1.0 Pengenalan

  • Uploaded by: rara zahid
  • 0
  • 0
  • January 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View 1.0 Pengenalan as PDF for free.

More details

  • Words: 3,581
  • Pages: 19
Loading documents preview...
1.0 PENGENALAN

Pengurusan merupakan sesuatu yang signifikan di dalam sesebuah organisasi tanpa mengira saiz organisasi tersebut kecil atau besar, badan kerajaan atau swasta. Proses pengurusan adalah suatu proses yang menyeluruh yang melibatkan semua ahli di dalam organisasi iaitu dari peringkat bawahan ke peringkat atasan. Pengurusan dapat membantu mencapai matlamat kumpulan dengan mengintegrasikan objektif individu bersama matlamat organisasi. Kejayaan dalam mengurus sesebuah organisasi boleh diukur dari aspek kecekapan strategi, keberkesanan, produktiviti dan kualiti produk serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh sesuatu organisasi. Organisasi akan disifatkan sebagai tidak berkesan apabila ia gagal mencapai matlamatnya disebabkan oleh pelaksanaan rancangan yang lemah atau kerana kegagalan pihak pengurusan meramal perubahan persekitaran organisasi dengan lebih baik. Pengurusan yang cekap sentiasa mempunyai pelbagai tujuan dan dapat memberikan kepentingan sosial kepada golongan yang berbeza, seperti pekerja, pelanggan, pembekal dan lain-lain. Penekanan lebih tertumpu kepada menyediakan barangan berkualiti, membantu dalam pemberian gaji yang kompetitif, mewujudkan peluang pekerjaan dan sebagainya. Dengan meningkatkan pengurusan pengeluaran juga menyumbang kepada peningkatan dalam KDNK dan membawa kepada pertumbuhan negara.

2.0 KONSEP PENGURUSAN

Mary Parker Follett, seorang pelopor pengurusan klasik mentakrifkan pengurusan sebagai satu seni melakukan kerja melalui sumbangan orang lain.Takrif pengurusan yang diberi oleh Follett ini banyak didapati dalam buku pengurusan moden. 1 Stephen H Goodman

1

Disalin dari Aizzat Mohd Nasurdin. (2006). Pengantar Pengurusan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd. hlm. 43.

1

(2008) mendefinisikan pengurusan “proses mentadbir dan koordinasi sumber secara cekap dan berkesan dalam usaha untuk mencapai objektif organisasi.” Keberkesanan merujuk kepada objektif yang telah dicapai dengan melakukan perkara yang betul manakala kecekapan adalah menggunakan input yang minimum untuk mencapai pengeluaran yang maksimum. Definisi yang lebih kompleks diberi oleh George R. Terry (1953). Beliau mendefinisikan pengurusan sebagai satu proses sistematik yang merangkumi perancangan, pengorganisasian, kawalan dan pendorongan. Empat aktiviti pengurusan yang termasuk dalam definisi ini adalah: perancangan, pengorganisasian, pendorongan (actuating) dan kawalan. Merancang bermaksud pengurus adalah proaktif dan segala tindakan mereka dirancang terlebih dahulu berdasarkan sesuatu kaedah, logik atau rancangan, bukan dengan emosi. Pengorganisasian bermakna pengurus mengkoordinasi sumber-sumber manusia dan bahan organisasi. Pendorongan (actuating) bermaksud pengurus memotivasi dan memimpin orang bawahan mereka. Kawalan bermakna pengurus memastikan tidak ada tersasar daripada piawaian atau norma yang telah ditetapkan dalam proses perancangan. Definisi ini menunjukkan para pengurus menggunakan sumber manusia dan sumber lain seperti kewangan, peralatan untuk mencapai objektif organisasi. Pengurusan merupakan satu proses untuk mencapai objektif-objektif ini.

3.0 KONSEP ORGANISASI Sebuah organisasi dapat ditakrifkan sebagai sekumpulan manusia yang berkerja bersama-sama untuk mencapai matlamat individu, kumpulan dan organisasi itu sendiri. Dalam erti kata lain organisasi ini ialah satu unit sosial di mana manusia didalamnya akan sentiasa berhubung dan berkomunikasi dalam menjalan peranan. Dalam organisasi ini selalunya, pengurusan atasan sesebuah organisasi akan menentukan halatuju organisasi tersebut melalui penetapan tujuan, matlamat, dan strategi untuk mencapai 2

matlamat tersebut. Organisasi di sini tidak sahaja tertakluk kepada syarikat perniagaan, bahkan ia merangkumi syarikat bukan untuk, badan kerajaan, badan berkanun, badan bukan berkanun, organisasi bukan untung, persatuan, kelab dan pelbagai konfigurasi kumpulan manusia. Dalam masyarakat membangun di mana teknologi yang kompleks adalah dominan, organisasi memainkan peranan menggabungkan pengetahuan, manusia, bahan mentah, modal, maklumat dan sumber-sumber lain. Penggabungan ini membolehkan organisasi melaksanakan tugastugas yang tidak mungkin dapat dilaksanakan oleh individu secara perseorangan.

4.0 MISI, VISI DAN OBJEKTIF ORGANISASI – ‘THE MUFFIN MAN’ 4.1 Visi Visi syarikat perniagaan bakeri “The Muffin Man” adalah membuka sebuah galeri kek popular yang menawarkan kepelbagaian dari segi rasa dan bentuk selain membuka sebuah kedai yang menjual barang-barang keperluan membuat kek dan roti yang dijual dengan harga yang murah. 4.2 Misi Memastikan orang islam mempunyai pilihan alternatif dalam membeli produk berasaskan bakeri yang diyakini halal. Berlandaskan motto ”BERSIH DAN DIYAKINI” ,ianya dapat menarik minat konsumer daripada kalangan orang islam khususnya membeli produk yang dijual tanpa was-was. Selain daripada itu, ianya dapat meningkatkan lagi peratusan orang melayu menceburi bidang yang selama ini dimonopoli oleh bangsa lain. 4.3 Objektif Objektif syarikat ini berdasarkan jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Iaitu:

3



Menjadi pengeluar produk bakeri yang popular dan dikenali di Alor Setar dalam masa lima tahun.



Menguasai pasaran bakeri di Alor Setar dengan membekalkan produk bakeri ke restoran dan kafe sekitar Alor Setar.



Memasarkan produk kek ke negeri-negeri di Semenanjung Malaysia untuk jangka masa panjang.

5.0 FUNGSI PENGURUSAN

5.1 Perancangan 5.1.1 Menentukan matlamat dan objektif Merangkumi matlamat dan objektif dalam jangka masa panjang dan jangka masa pendek. Matlamat organisasi ini adalah untuk menjadi syarikat utama pengeluar produk Muslim berasaskan bakeri yang enak, berkualiti dan dijual pada harga yang berpatutan Muslim yang berstatus halal. 5.1.2 Menganalisis Persekitaran (Analisis SWOT) 1. Kekuatan (strengths) Kekuatan merujuk kepada kelebihan, keistimewaan atau kebolehan yang dimiliki oleh sesebuah organisasi itu sendiri yang tidak ada pada organisasi lain. Kekuatan ini akan memberi kemampuan bersaing kepada organisasi tersebut.



Menawarkan Pelbagai Jenis Kek

4

o

Ia adalah merupakan satu-satunya kedai yang menawarkan pelbagai jenis kek kepada pelanggan. Dengan ini pelanggan akan dapat merasai pelbagai rasa kek yang sedia ada dan baru. Pelbagai pilihan yang menarik dengan bentuk yang kreatif hasil daripada perbincangan dengan rakan sekerja.



Pentadbiran Organisasi Yang Kukuh

o

Kekuatan dalam pentadbiran perniagaan kerana setiap pekerja telah diberi tugas untuk menjalankan tanggungjawab dan peranan masing-masing dalam melicinkan aktiviti perniagaan. Peranan yang telah dimaklumkan dan difahami oleh setiap pekerja semasa memulakan pekerjaan menjadi kekuatan utama dalam mengurus perniagaan.



Menawarkan Harga Yang Kompetitif

o

Harga yang ditawarkan bagi setiap produk adalah kompetitif. Harga diletakkan berdasarkan kepada kandungan bahan yang digunakan dan melihat keadaan pasaran semasa. Harga yang ditawarkan juga adalah sama dengan pesaing yang ada di kawasan sekitar.



Lokasi Yang Strategik

o Lokasi perniagaan adalah strategik iaitu terletak di tengah-tengah bandar dan dikelilingi oleh sekolah, pejabat kerajaan, swasta dan juga berhampiran dengan kawasan perumahan. Jadi, pelanggan akan sentiasa ada untuk membeli produk yang ditawarkan kerana kek merupakan salah satu makanan yang boleh mengenyangkan dan menarik pelanggan.

5

2. Kelemahan (Weaknesses) Kelemahan merupakan keadaan perniagaan atau syarikat dalam menghadapi pesaing yang mempunyai keterbatasan dan kekurangan serta kemampuan dalam menguasai pasaran, sumber serta kepakaran. Kelemahan yang dimaksudkan dalam sesebuah perniagaan ialah keterbatasan atau kekurangan dari aspek sumber termasuklah sumber tenaga, kepakaran dan bahan mentah, kemahiran dan kemampuan yang menjadi penghalang utama bagi penampilan prestasi organisasi yang memuaskan. 

Tidak Mempunyai Pelanggan Tetap

o

Pada permulaan perniagaan dijalankan sudah menjadi lumrah bahawa pelanggan masih lagi tidak mengetahui tentang kelebihan produk yang ditawarkan. Oleh itu, pemilik dan pekerja perlu berusaha dengan lebih giat untuk mendapatkan pelanggan dan seterusnya menjadi pelanggan tetap perniagaan.



Kurang Dikenali

o

Perniagaan ‘The Muffin Man’ merupakan perniagaan yang kurang ternama jika dibandingkan dengan perniagaan pesaing lain seperti ‘Secret Recipe’, ‘Fairy’s’ dan lain-lain. Ini kerana ia merupakan perniagaan baru dan perlu giat menjalankan promosi untuk menarik pelanggan supaya dapat menembusi pasaran dan pesaing yang ada.

3. Peluang (Opportunities) Peluang-peluang yang wujud memberi potensi kepada perniagaan untuk berkembang. Perkembangan perniagaan atau organisasi boleh dilakukan melalui penemuan baru atau inovatif yang dikenalpasti dalam pasaran. Perubahan pasaran menawarkan pelbagai

6

peluang untuk di manfaatkan dalam perniagaan. Ini menjadikan perniagaan lebih kompetitif berbanding pesaing utama serta boleh bergerak dalam pasaran baru. 

Peluang Perniagaan Untuk Dikomersialkan

o

Perniagaan ini juga dijangka akan dapat dikomersialkan seperti perniagaan lain di pasaran. Ia berhubungan dengan kek merupakan makanan yang menjadi permintaan ramai tidak kira golongan dan peringkat umur. Imej perniagaan akan diperkenalkan kepada umum untuk menarik minat pelanggan. 

o

Mempelbagaikan Produk

Produk yang ditawarkan akan ditambah seperti mempelbagaikan lagi jenis kek dan menambah produk seperti roti, muffins dan makanan dingin beku seperti karipap segera dan sebagainya. Dengan mempelbagaikan pilihan produk akan meningkatkan lagi keuntungan yang diperoleh. 

o

Perkembangan Secara Online

Perniagaan ‘online’ yang semakin mendapat perhatian adalah satu peluang kepada perniagaan untuk terus berkembang. Pelanggan boleh melayari laman sesawang yang disediakan untuk mereka membuat tempahan dengan cepat atau melihat produk terkini yang ditawarkan.

4. Ancaman (Threats) Ancaman ialah sebarang kemungkinan yang melibatkan faktor-faktor luaran yang boleh menganggu pergerakan dan kemajuan organisasi. sesuatu perubahan persekitaran luaran juga boleh memberi ancaman kepada organisasi, syarikat

7

atau perniagaan. Ancaman merupakan suatu keadaan yang mengancam dari luaran organisasi. Analisis ancaman lebih ke arah menilai apakah halangan yang bakal ditempuhi kelak. Dalam analisis SWOT, ancaman merujuk kepada pengurusan risiko. Secara tidak langsung kita dapat menentukan jalan terbaik bagi mengatasi sesuatu masalah atau halangan yang timbul. o

Perniagaan ini juga akan bersaing dengan pasaran baru jika pasaran ini wujud dan berjaya. Pesaing baru yang memasuki pasaran merupakan ancaman kepada perniagaan. Di sini pelbagai strategi perlu diwujudkan bagi memastikan ‘The Muffin Man’ tetap menjadi pilihan utama pelanggan.



Kuasa Dan Kekuatan Pesaing Yang Ada

o

Persaingan dengan perniagaan yang mengeluarkan produk yang sama merupakan ancaman yang dihadapi. Pesaing yang telah lama berada di pasaran mempunyai pelbagai strategi untuk memantapkan perniagaan mereka. Nama perniagaan yang telah dikenali umum menyebabkan persaingan sengit kepada ‘The Muffin Man’ untuk memasuki pasaran yang ada. 5.1.3

Membentuk alternatif tindakan

Matlamat organisasi ini adalah untuk menjadi syarikat utama pengeluar produk Muslim berasaskan bakeri yang enak, berkualiti dan dijual pada harga yang berpatutan Muslim yang berstatus halal. Jadi untuk ke arah itu, opsyen yang merupakan alternatif tindakan yang diperlukan untuk mencapai matlamat perlu dirangka. Pemilihan opsyen akan

8

membawa kepada keputusan mengenai harga produk, promosi, perubahan dalam tenaga jurujual, dan perubahan dalam sistem pengagihan.

Gambar 5.1.4.1 Jenis Kek 5.1.4



Menilai alternatif

Produk

Antara produk yang disediakan di The Muffin Man adalah pelbagai jenis kek, muffin dan juga roti.

Gambar 5.1.4.2

Jenis muffin dan roti 9

Syarikat kami menggunakan bahan mentah dari pembekal yang sama iaitu House of Ingredients bagi menjaga kualiti rasa produk keluaran kami. Kami juga menggunakan bahan-bahan yang bermutu tinggi bagi memastikan kualiti produk kami. Bahan-bahan membuat kek yang berkualiti boleh mempengaruhi rasa dan tekstur kek yang dihasilkan. Keseimbangan rasa manis iaitu kandungan gula dan lemak dalam produk kami akan diambil kira bagi memastikan produk kami ini sesuai dimakan di semua peringkat umur tidak kira kanak-kanak mahupun orang tua.



Harga (Price)

Harga memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan hasil keuntungan syarikat.

Syarikat perlu meletakkan harga yang akan meliputi kos pengeluaran,

pengagihan, penjualan dan pada masa yang sama menghasilkan pulangan yang setimpal dengan usaha dan risiko yang ditanggung. Kos sesebuah syarikat merupakan elemen yang sangat penting dalam strategi penentuan harga. Syarikat yang mempunyai kos yang terendah dapat menetapkan harga yang rendah dan akan menghasilkan jualan dan keuntungan yang lebih. a. Kaedah penetapan harga mengikut strategi psikologi Strategi penetapan harga psikologi adalah peletakan harga yang menggalakan pengguna untuk membeli dengan berasakan emosi dan menggunakan rasional fikiran mereka. Antara konsep peletakan harga psikologi adalah meletakkan harga dengan angka genap seperti RM 10 atau meletakkan harga dengan angka ganjil seperti RM 9.99 supaya nampak murah. Syarikat mengikuti pendekatan penetapan harga dengan angka ganjil bagi kategori roti, cupcake dan muffin. Misalnya, harga Chocolate Swirl Bun adalah RM 3.95. Harga sebegini sengaja diletakkan kerana kebanyakan pengguna atau pelanggan hanya melihat angka depan harga. Sedangkan harga yang ditetapkan hampir kepada 10

RM 4 jika dilakukan penggenapan.

Selain itu, harga diskaun juga merupakan

sebahagian daripada strategi psikologi dalam penetapan harga. Harga diskaun adalah harga tawaran yang lebih rendah daripada harga asal yang diberikan kepada pengguna kerana sebab-sebab tertentu seperti jualan murah dan tawaran pembukaan. Biasanya jumlah diskaun ditetapkan sebanyak 10%, 20%, 30% atau lebih, bergantung kepada jumlah produk yang dibeli. Pemberian potongan harga istimewa akan diberi pada setiap musim perayaan dan hari –hari tertentu. Potongan harga istimewa akan ditawarkan untuk satu jangka masa tertentu. Potongan harga biasanya dijalankan untuk produk yang dikhususkan seperti hamper hari raya. 

Lokasi (Place)

Pemilihan lokasi kedai yang strategic yang menjadi lokasi kunjungan ramai dan mudah diakses. Ini akan lebih memudahkan bagi syarikat untuk memperluaskan pasaran dan perkhidmatan yang disediakan ke tempat-tempat yang menjadi tumpuan ramai seperti karnival atau expo keusahawanan. 

Promosi

Syarikat akan membuat promosi pada musim perayaan dan menawarkan pakej atau pek yang menarik dan istimewa. Antara strategi promosi adalah mengekalkan hubungan peribadi yang baik dengan pelanggan. Strategi promosi secara tidak langsung iaitu konsep “Pelanggan Akan Membawa Pelanggan”.

Syarikat juga akan menyediakan kad ahli untuk mengekalkan

pelanggan ulangan dengan memberikan diskaun 10% serta mata untuk setiap pembelian. Selain itu, promosi juga dibuat secara atas talian seperti di laman Facebook dan Instagram.

5.1.5

Memilih alternatif tindakan

Pengurus perlu membuat persiapan ke atas setiap alternatif yang telah dibuat dengan teliti. Alternatif yang telah dipilih perlu dilaksanakan dengan cekap dan berkesan. Seterusnya, 11

pekerja perlu membantu pengurus melaksanakan apa yang telah diputuskan mengikut skop tugas masing-masing supaya syarikat dapat menapai matlamat yang diimpikan.

5.2 Pengorganisasian 5.2.1 Carta Organisasi CARTA ORGANISASI ‘THE MUFFIN MAN’ Pengurus Besar Pengurus Operasi

Pembuat Roti

Pengurus Pemasaran

Pembuat Kek

Pemandu Van

Pembantu Jualan

5.2.2 Skop Tugas Skop tugas adalah ruang lingkup penglibatan seorang pekerja dalam sesuatu jawatan yang dipegang olehnya. Melalui skop tugas, setiap pekerja akan mengetahui tanggungjawab dan tugasan yang perlu dijalankan secara rutin. Setiap peringkat pekerja tidak kira atasan mahupun bawahan harus menjalankan tanggungjawan mengikut skop tugas masing-masing bagi membantu usaha syarikat untuk mencapai matlamat. Di bawah ini adalah jawatan serta skop tugas yang diwujudkan di dalam syarikat ‘The Muffin Man’. a.

Pengurus Besar

• Mengurus perjalanan dan aktiviti syarikat. • Mengurus pentadbiran, kewangan, pemasaran dan hal ehwal pekerja.

12

b. Pengurus operasi 

Melaksanakan urusan pejabat termasuk kemaskini semua rekod pejabat.



Mengambil dan merekod pesanan.



Urusan bank.



Mengurus keluar/masuk bahan mentah.



Menentukan jumlah,jenis dan mengawal mutu produk.

c. Pengurus Pemasaran 

Mengenal pasti pasaran sasaran dan menganalisis trend pasaran semasa.



Mengkaji keperluan dan kehendak pelanggan serta maklumat persaingan.



Merangka dan melaksanakan pelan strategik untuk memenuhi permintaan pelanggan.



Mengurus aktiviti bagi mempromosi produk.



Memantau perkembangan aktiviti promosi.



Berhubung dengan pihak media berkaitan bagi memastikan liputan yang sesuai.



Membangunkan program komunikasi pemasaran yang berkesan.



Menulis bahan pemasaran untuk promosi secara atas talian.



Memantau kempen pemasaran untuk memastikan pelaksanaan yang sesuai.



Mengurus belanjawan pemasaran dan memastikan semua aktiviti pemasaran sentiasa menepati belanjawan.



Memastikan pengagihan bahan pemasaran secara berkesan.



Memantau aktiviti pesaing dan menilai kempen pemasaran.



Menguruskan penggambaran dan mengemaskini pangkalan data pengemelan.

13



Menjalankan kaji selidik untuk memahami permintaan pelanggan dan menguruskan brand positioning. d. Pembuat kek



Menerima dan melaksanakan tempahan.



Memperkenal dan mempelbagaikan keluaran produk sedia ada. e. Pembuat Roti

 Memperkenal dan mempelbagaikan keluaran produk.  Melaksanakan tempahan. f. Pemandu van 

Menjalankan urusan pengangkutan yang berkaitan dengan pernigaan.



Menjaga keselamatan dan penjagaan kenderaan(van).



Lain-lain tugas. g. Pembantu Jualan



Membantu pelanggan setiap masa dengan baik dan mesra.



Memastikan produk sedia ada dan paparan produk dalam keadaan baik.



Bertanggungjawab dalam memberi maklumbalas kepada pertanyaan dan aduan



Memastikan tag harga dilekatkan pada produk dan kenal pasti promosi produk terkini dipamerkan dengan baik



Bertanggungjawab mengendalikan mesin pembayaran tunai.

5.3 Kepimpinan Kepimpinan ialah satu proses dimana pemimpin cuba mempengaruhi gelagat pekerjanya agar melaksanakan tugas yang diberi untuk mencapai objektif yang ditetapkan. Kejayaan seseorang pemimpin bergantung kepada pekerjanya yang menjalankan tugas. Jika pekerjanya gagal menjalankan tugas maka gagal juga pemimpin serta usaha syarikat untuk mencapai matlamat. 14

Makanya, pekerja serta pengurus perlu seiring dan melihat pada visi yang sama bagi memudahkan pencapai matlamat dilakukan. Bagi syarikat ini, gaya kepimpinan yang digunakan adalah dari Blake dan Mouton (1964) iaitu gaya kepimpinan penglibatan atau demokratik. Ini merupakan proses pembuatan keputusan yang melibatkan pekerja bawahan.

Kadangkala pandangan pekerja bawahan

diambil kira tetapi keputusan akhir tetap dibuat oleh pengurus secara berseorangan.2 Sebagai contoh, pengurus akan bertanyakan pendapat pembantu jualan dan pengurus pemasaran sama ada mereka akan menyertai jualan di karnival atau expo dan meminta cadangan jenis produk yang akan laris dijual di karnival tersebut. Ini kerana pembantu jualan yang berinteraksi dengan pelanggan dan merekod jualan setiap hari jadi mereka lebih tahu jenis produk yang mendapat sambutan di kalangan pelanggan. Manakala pengurus pemasaran akan memberi pendapat yang bernas dalam membantu pengurus membuat keputusan kerana beliau yang merangka promosi serta membuat analisis pasaran bakeri di kawasan berkenaan. Salah satu faktor yang menentukan tahap penglibatan adalah masa. Sekiranya pengurus perlu membuat keputusan dengan cepat maka keputusan akan dibuat berseorangan. Namun, sekiranya pengurus memerlukan penyelesaian yang lebih terperinci dan tidak terburu-buru, keputusan mungkin akan dibuat secara bersama. Gaya kepimpinan demokratik lebih sesuai dengan syarikat ini kerana ruang kerja lebih santai dan tidak terlalu formal. Pekerja akan lebih bermotivasi dan memberi komitmen yang tinggi kerana diberi kepercayaan dalam pembuatan keputusan. Bagi memberi motivasi kepada pekerja, syarikat melihat kepada Teori Keperluan Maslow yang menghuraikan bahawa manusia mempunyai beberapa peringkat keperluan secara teratur iaitu keperluan fisiologi, keperluan keselamatan, keperluan sosial, keperluan esteem, dan keperluan aktualisasi diri.3 Untuk memberi rangsangan motivasi supaya pekerja komited

2 3

Ibid,. hlm 240. Ibid,. hlm 278.

15

dengan tanggungjawab mereka dalam membawa syarikat mencapai matlamat serta memenuhi keperluan mereka, maka syarikat mewujudkan tempat kerja yang kondusif dan bersih, serta insurans bagi menjamin keselamatan dan masa depan pekerja. Pekerja juga bekerja di dalam ruang yang sama supaya mereka boleh berinteraksi antara satu sama lain dan tidak terasing dan menyendiri. Untuk memberi penghargaan kepada pekerja, syarikat juga menyediakan bonus tahunan serta imbuhan dari segi tajaan percutian kepada pekerja yang menunjukkan prestasi cemerlang.

5.4

Pengawalan

Menurut Holt (1993) kawalan merupakan proses memantau prestasi dan mengambil tindakan untuk memastikan pencapaian hasil yang diingini. Kawalan penting untuk memastikan keseluruhan arah tuju organisasi dan individu adalah konsisten dengan rancangan organisasi untuk jangka pendek dan jangka panjang. Ia juga dapat memastikan segala kerja dan hasil dilaksanakan mengikut piawaian yang ditetapkan.4 Bagi kawalan awalan, kawalan akan dibuat terhadap input untuk memastikan input yang digunakan semasa proses transformasi telah memenuhi standard (piawaian) yang tertentu. Input yang perlu dikawal mutu dan standardnya adalah seperti tenaga kerja, bahan mentah dan mesin. Input perlu dipastikan mutunya untuk mengelakkan berlakunya kerosakan atau kecacatan yang serius kepada proses transformasi dan juga kepada output yang dihasilkan. Kawalan semasa merupakan kawalan yang dilakukan semasa (serentak) proses tranformasi input kepada output berlaku. Ia melibatkan kawalan ke atas aktiviti yang dilakukan untuk mengubah input kepada output agar mematuhi standard yang telah ditetapkan oleh organisasi. Pengurus perlu kenalpasti masalah-masalah yang timbul semasa aktiviti transformasi yang boleh memberi kesan kepada aktiviti akhir pengeluaran. Kawalan selepas merupakan kawalan

4

Ibid,. hlm 122.

16

akhir terhadap output yang dihasilkan. Ianya dilakukan untuk memastikan bahawa output yang dihasilkan telah memenuhi standard yang telah ditetapkan oleh organisasi. Sebarang kesilapan yang berlaku atau yang tidak memenuhi standard seperti kek yang hangus atau terlalu manis boleh dikenalpasti untuk dibuat pembetulan. Alat kawalan yang digunakan seperti belanjawan seperti di bawah. Syarikat dapat membuat anggaran setiap bulan mengikut kepada jumlah pengeluaran bulan sebelumnya.

Rajah 8.1 Kos bahan mentah untuk sebulan Alat kawalan seterusnya adalah TPM (Titik Pulang Modal) untuk menentukan unit produk yang dikeluarkan untuk mendapatkan pulangan modal. TPM menunjukkan sama ada sesuatu rancangan perniagaan wajar dilaksanakan atau tidak dan sama ada keuntungan atau kerugian yang dihasilkan. Pada titik pulang modal, jumlah hasil jualan adalah sama dengan jumlah kos. Ini bermakna tiada untung atau rugi didapati pada titik ini. 𝑇𝑖𝑡𝑖𝑘 𝑝𝑢𝑙𝑎𝑛𝑔 𝑚𝑜𝑑𝑎𝑙 → 𝐽𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ ℎ𝑎𝑠𝑖𝑙 𝑗𝑢𝑎𝑙𝑎𝑛 = 𝐽𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑘𝑜𝑠 20 18 16

Kos dan hasil

14

Kawasan Untung

12 10

Jumlah Kos

TPM

8

Jumlah Hasil

6 4 2

Kawasan Rugi

0 2

4

6 Pengeluaran

17

8

Rajah 8.2 Lakaran keluk analisis titik pulang modal 𝑇𝑃𝑀 =

Jumlah Kos Tetap 𝐻𝑎𝑟𝑔𝑎 𝐽𝑢𝑎𝑙𝑎𝑛 𝑆𝑒𝑢𝑛𝑖𝑡 − 𝐾𝑜𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑢𝑏𝑎ℎ 𝑆𝑒𝑢𝑛𝑖𝑡

𝑇𝑃𝑀 =

Kos Tetap + Untung Sasaran Harga Jualan Seunit − Kos Berubah Seunit

Kaedah penetapan harga berdasarkan kos mengunakan konsep TPM oleh syarikat ini untuk melariskan produk yang kurang laris. Konsep ini diterapkan apabila produk yang dihasilkan hampir tarikh luput maka syarikat ini mengambil langkah untuk menurunkan harga sehingga ke titik pulang modal. Konsep ini menyebabkan syarikat tidak memperoleh sebarang untung dan tidak menanggung sebarang kerugian. Hasil dari jualan produk-produk ini hanya cukup sebagai modal pusingan (rolling income) untuk menghasilkan produk yang sama pada masa akan datang. Analisis ini amat penting untuk mengetahui penawaran dan permintaan menguntungkan atau tidak. Rajah 1 menunjukan analisis Titik Pulang modal. Analisis ini dibuat berdasarkan jumalah kos dan jumlah hasil. Jika jumlah kos melebihi jumlah hasil bermakna syarikat mengalami kerugian kerana hasil yang diperoleh tidak dapat menampung kos. Sebaliknya jika, jumlah hasil melebihi jumlah kos bermakna syarikat memperoleh keuntungan. TPM terbentuk apabila jumlah kos sama dengan jumlah hasil. Pengurus akan membuat perbandingan di antara piawaian yang ditetapkan dengan prestasi sebenar yang dicapai. Perbandingan ini dilakukan dengan tujuan untuk mengenalpasti perbezaan di antara maklumat yang telah dikumpulkan daripada penilaian prestasi sebenar dengan piawaian yang telah ditetapkan. Untuk membuat perbandingan, lazimnya pengurus akan bergantung kepada laporan yang diserahkan kepadanya oleh pengurus operasi yang bertanggungjawab merekodkan hasil keputusan kemajuan prestasi sebenar.

6.0

KESIMPULAN

Para pengurus memberi hala tuju pada semua organisasi sama ada perniagaan, kerajaan, pelajaran, keagamaan dan sektor perkhidmatan. Melalui usaha ini, objektif organisasi, masyarakat dan individu tercapai. Pengurus yang efektif adalah aset penting bagi negara maju

18

dan sangat diperlukan di negara sedang membangun (Peter Drucker, 1954).5 Pengurusan adalah penting untuk organisasi, jabatan, syarikat tidak kira organisasi awam atau swasta. Prinsip pengurusan kini digunakan secara sejagat dan tidak terhad untuk menguruskan perniagaan tetapi diguna pakai oleh pelbagai organisasi seperti sosial, ketenteraan, kerajaan dan pendidikan. Pengurusan adalah unsur yang selaras dengan aktiviti semasa dan aktiviti untuk masa hadapan firma. Pengurusan membantu mengatasi perbezaan, menyesuaikan organisasi dengan persekitarannya dan kepimpinan organisasi. Dalam ekonomi yang kompetitif, prestasi dan kualiti pengurusan menentukan kejayaan atau kegagalan sebuah organisasi. Claude S George (1974) menyatakan pengurusan adalah “pusat aktiviti personal dan nasional”, dan kaedah menguruskan kita sendiri dan institusi mencerminkan kejelasan apa yang akan terjadi pada kita dan masyarakat.

RUJUKAN Modul BPMN 1013, PENGANTAR PENGURUSAN Unit Pengajian Jarak Jauh, Universiti Utara Malaysia, Sintok. Aizzat Mohd Nasurdin. (2006). Pengantar Pengurusan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd. Stephen P. Robins, Management, 3 rd Edition, Prentice Hall Inc., 1991. Terry,

George.R.

(1953).

Principles

of

Management.

Diambil

https://babel.hathitrust.org/cgi/pt?id=mdp.39015081185376&view=1up&seq=6

5

Ibid., hlm 128.

19

dari

Related Documents

1.0 Pengenalan
January 2021 0
Pengenalan Etap
January 2021 2
Pengenalan Rambut
February 2021 2
Pengenalan Java
January 2021 1

More Documents from "Said Rahman"