10.0 Kesan Imperialisme

  • Uploaded by: Nurul
  • 0
  • 0
  • March 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View 10.0 Kesan Imperialisme as PDF for free.

More details

  • Words: 3,136
  • Pages: 13
Loading documents preview...
10.0 IMPLIKASI IMPERIALISME KE ATAS TANAH MELAYU KONSEP IMPERIALISME Pada tahun 1830, istilah imperialisme telah diperkenalkan di imperium Napoleon Bonaparte, Perancis. Istilah tersebut telah diperkenalkan oleh penulis inggeris untuk menerangkan dasar-dasar perluasan kekuasaan yang dilakukan oleh kerajaan Inggeris. Orang Inggeris menganggap merekalah Greater Britain kerana mereka telah banyak menguasai dan menjajah di wilayah Asia dan Afrika. Menurut Kamus Dewan(2005), imperialisma adalah dasar atau tindakan sesebuah negara menjajah atau mengenakan kuasa pemerintahannya ke atas negara-negara lain. Imperialisme menonjolkan sifat-sifat hegemony (keunggulan) oleh satu bangsa atas bangsa lain. (Sivachandralingam Sundra Raja, 2002) Tujuan utamanya adalah untuk menambah hasil ekonomi.Imperialisme merupakan dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya dengan menjajah negara lain untuk kepentingan tertentu. Imperialisme membawa maksud penguasaan sesebuah negara yang lebih kuat terhadap negara lain yang lemah. Penguasaan ini bertujuan untuk mengaut keuntungan dari segi politik dan ekonomi. Imperialisme barat telah mengubah system politik tanah jajahannya di Asia Tenggara untuk memudahkan pengeksploitasian ekonomi dilakukan. Selain faktor ekonomi, terdapat satu kepercayaan bahawa sebuah bangsa yang mulia atau lebih baik dari bangsa lain yang dikenal sebagai ethnosentrim seperti bangsa Jerman dan Italia. Dasar imperialism pada awalnya adalah bertujuan untuk menyebarkan idea-idea dan kebudayaan Barat ke seluruh dunia. Oleh kerana itu, imperialism bukan saja dilihat sebagai penindasan terhadap tanah jajahan tetapi sebaliknya dapat menjadi faktor pendorong pembaharuan-pembaharuan yang dapat menyumbang kearah pembinaan sebuah bangsa seperti pendidikan, kesihatan, perundangan dan sistem pemerintahan. Peringkat awal imperialisme barat adalah secara tidak langsung bertujuan untuk menguasai perdagangan rempah namun perkembangan Revolusi Perindustrian di Eropah menjadikan persaingan kuasa Eropah bertambah sengit.(Qasim Ahmad,2004). Portugal mendahului kuasa besar yang lain apabila berjaya menawan Melaka pada

tahun 1511. Imperialisne barat di Asia Tenggara bermula sejak abad ke-16 kerana didorong oleh hasrat penjajah untuk menguasai ekonomi sehingga mengubah system politik tanah jajahannya. Menjelang tahun 1914, seluruh Asia Tenggara kecuali Thailand telah dikuasai sepenuhnya oleh imperialis Barat. SEJARAH RINGKAS IMPERIALISME BARAT DI TANAH MELAYU IMPERIALISME PORTUGIS DI TANAH MELAYU Penjajah pertama ialah Portugis yang menduduki Melaka selama 130 tahun, iaitu daripada tahun 1511 hingga tahun 1641. Walaupun begitu lama menjajah Melaka, namun Portugis tidak berjaya meluaskan pengaruhnya. Usaha-usaha untuk menawan Naning dan Rembau telah mengalami kegagalan. Pengaruh Portugis pada ketika itu hanyalah di sekitar bandar Melaka dan matlamat asal kuasa ini untuk mengembangkan agama Kristian juga tidak berkesan. Kejatuhan Melaka ke tangan orang Portugis berlaku pada 1511. Portugis berhasrat menggunakan pelabuhan Melaka sebagai pengkalan untuk mengawal kuasa perdagangan mereka di Pulau Hindia Timur. Di samping itu, tujuannya adalah untuk menghancurkan agama Islam dan mengembangkan agama Kristian serta memecahkan monopoli perdagangan yang selama ini dikuasai oleh orang Islam. Orang yang bertanggungjawab

merencanakan

strategi

menawan

Melaka

ialah

Alfonso

d’

Albuquerque. Bagi mencapai matlamatnya, Albuquerque telah menawan Goa di India pada 1510 untuk dijadikan markas kekuasaan dan gerakan Portugis di Timur. Pada 1509, Lopez de Sequeira telah dihantar untuk memulakan hubungan dagang dengan Melaka. Setibanya

mereka

di

Melaka,

rombongan

de

Sequiera

telah

ditahan.Walau

bagaimanapun, de Sequiera berjaya melarikan diri dan melaporkan peristiwa tersebut kepada Alfonso.Dengan alasan penahanan rombongan tersebut, Alfonso telah menghantar angkatan tenteranya untuk menyerang Melaka. Serangan ke atas Melaka telah dimulakan pada 1 Julai 1511 dan akhirnya Melaka telah berjaya ditakluki oleh Portugis pada bulan Ogos 1511.

IMPERIALISME BELANDA DI TANAH MELAYU Era penjajahan Portugis berakhir setelah 130 tahun menjajah Melaka dan bermula pula era penjajahan Belanda. Ekspedisi yang terawal tiba di Kepulauan Melayu pada tahun 1559. Pedagang Belanda amat berminat untuk berdagang di Kepulauan Melayu ini kerana hendak mendapatkan bahan-bahan rempah, buah pala dan cengkih. Ini telah mendorong pedagang-pedagang Belanda ini bergabung membentuk “Syarikat Bersatu Hindia Timur” pada 20 Mac 1602 yang digelar V.O.C.Tujuan utama penubuhan VOC adalah menguasai perdagangan rempah dan memonopoli perdagangan bijih timah.Mereka juga ingin menyingkir Portugis yang sedang bergiat dalam perdagangan di rantau Melayu. Pada tahun 1619, Belanda telah berjaya menguasai Betawi di Pulau Jawa. Betawi telah dijadikan pelabuhan perdagangan alternatif kepada pedagangpedagang dunia selain Melaka.Untuk memastikan penguasaan Portugis di Asia Tenggara lenyap sama sekali, Belanda telah beberapa kali melancarkan serangan ke atas Melaka. Akhirnya mereka berjaya menewaskan Portugis dengan bantuan Kerajaan Johor iaitu kerajaan warisan dari Kesultanan Melayu Melaka pada tahun 1641. Kerajaan Johor pada ketika tu di bawah pemerintahan Sultan Abdul Jalil, pengganti Sultan Hammat Shah. Belanda cuba meluaskan pengaruhnya dalam perdagangan di negara ini dengan melampaui sempadan Melaka. Pada tahun 1650, Belanda cuba memonopoli perdagangan timah dengan Perak dengan mengadakan satu perjanjian. Walaubagaimanapun, penduduk tempatan mula menyedari sikap mereka itu.Persaingan perdagangan antara Johor dan Belanda sejak persahabatan mereka terjalin selepas kejatuhan Portugis di Melaka nampaknya menjadi seolah-olah “retak menanti belah”. .Keadaan ini akhirnya mencetuskan pertikaian yang melibatkan tindakan ketenteraan oleh pihak Belanda ke atas Johor pada akhir abad ke 18. Belanda di Melaka berusaha menguasai perdagangan di selat Melaka khususnya bijih timah. Oleh itu Belanda cuba mendapatkan kuasa memonopoli membeli dan menjual bijih timah di Perak. Belanda cuba mempengaruhi Sultan Perak (Sultan Muzaffar Syah) membenarkan Belanda memonopoli bijih timah di Perak tetapi hasratnya ditolak. Dengan ini Belanda menemui Sultan Acheh iaitu Sultanah Tajul Alam Safiatuddin

bagi

membenarkan

Belanda

berdagang

di

Perak.

Keadaan

ini

menyebabkan

Sultan

Perak

terpaksa

menandatangani

perjanjian

dengan

membenarkan Belanda mendirikan lojinya di Kuala Perak pada 15 Ogos 1650. Perhubungan ini tidak disenangi oleh segolongan bangsawan Perak terutama Syahbandar dan Temenggung. Mereka menganggap perjanjian tersebut menghalang kebebasan mereka kerana sebelum ini mereka menjual bijih timah kepada saudagar Cina dan India denga harga yang tinggi berbanding Belanda yang menawarkan tawaran yang rendah dan tidak menarik Belanda mula memberi perhatian kepada Kepulauan Melayu pada hujung kurun ke 17 bagi memperolehi rempah secara langsung dari timur dan bukan melalui orang Portugis. Oleh itu, untuk menguasai gugusan ini mereka perlu menguasai Melaka yang merupakan tempat strategik. Beberapa percubaan Belanda untuk mendapatkan Melaka daripada penguasan Portugis pada tahun 1606, 1608, 1623 hingga 1627 telah gagal. Namun orang Belanda dapat menewaskan Portugis selepas enam bulan dikepung dan diserang oleh askar Belanda yang dibantu askar Johor terdiri daripada 40 buah perahu perang membawa 1500 orang askar Melayu pimpinan Laksaman Tun Abdul Jamil. Pada 14 Januari 1641 Belanda berkuasa di Melaka setelah 130 tahun Portugis menduduki Melaka(1511-1641). Belanda meluaskan perdagangan di Tanah Melayu dengan membuat perjanjian perdagangan yang biasanya menguntungkan Belanda sahaja . Ini menimbulkan penentangan orang Melayu khususnya pembesar-pembesar terutama di Naning, Perak, Johor, dan Selangor. IMPERIALISME BRITISH DI TANAH MELAYU Imperialisme British bermula apabila British berjaya menduduki Pulau Pinang pada tahun 1786 setelah berjanji dengan Sultan Muhammad Jiwa, Sultan Kedah ketika itu untuk memberikan bantuan ketenteraan sekiranya negeri itu diserang. Namun janjinya tidak ditepati lalu peperangan antara Sultan Kedah dengan pihak British telah berlaku

dan

akhirnya

kemenangan

berpihak

kepada

British.

Mereka

telah

menandatangi perjanjian untuk mengesahkan penempatan British di Pulau Pinang dengan janji pihak British akan membayar $600 setahun kepada Pulau Pinang; (Zainal Abidin Abdul Wahid,2000).

Seterusnya, Inggeris telah dapat menduduki Singapura setelah mencampuri urusan perebutan takhta dikalangan Raja Johor. British sememangnya ingin menguasai Singapura kerana mempunyai kepentingan, iaitu sebagai pelabuhan singgahan utama bagi pedagang ke China dan sebagai pengkalan British untuk menguasai kawasan perdagangan di Kepulauan Indonesia. Pada tahun 1824 pula, Melaka telah diambil alih oleh Bitish daripada pihak Belanda setelah menandatangani Perjanjian InggerisBelanda.

Perjanjian

Inggeris-Belanda

ini

telah

menukarkan

Melaka

kepada

pemerintahan British manakala kepentingan British di Indonesia telah dipindah milikkan kepada Belanda. Ketiga-tiga negara ini telah bergabung dan dikenali sebagai Negerinegeri Selat. Kuasa British telah berkembang ke seluruh Tanah Melayu dengan pelbagai tipu muslihat. Maka pada akhir abad ke-18 dengan awal abad ke-19, British mempunyai tiga buah jajahan dan pelabuhan di sepanjang Selat Melaka, iaitu Pulau Pinang dan Seberang perai di utara, Melaka di tengah, dan Singapura di selatan. Pulau Pinang dan Seberang perai pada mulanya telah ditadbir oleh Francis Light sebagai Penguasa dan diletakkan di bawah pemerintahan Gabenor British di Culcutta. Pada tahun 1800, pentadbir Pulau Pinang bergelar Leftenan Gabenor Jeneral dan pentadbirannya disama tarafkan dengan pentadbiran di Benggala, Madras, dan Bombay di India. Pentadbiran di Singapura pula pada mulanya diketuai oleh Residen yang bertanggungjawab kepada Leftenan Gabenor di Bangkahulu. Dua tahun selepas Perjanjian London, Singapura telah diletakkan di bawah pemerintahan Gabenor Jeneral, sama seperti di Pulau Pinang (Fuziah Shaffie dan Ruslan Zainuddin,2000).

KESAN IMPERIALISME KE ATAS TANAH MELAYU POLITIK Aspek pemerintahan dan pentadbiran yang dahulunya diterajui oleh orang tempatan telah diambil oleh penasihat dan pentadbir British. Perubahan dalam bidang pemerintahan oleh pentadbir Barat selari dengan pengenalan sistem perundangan Barat sesuai dengan anggapan mereka bahawa sistem pentadbiran masyarakat peribumi adalah ketinggalan zaman dan tidak sesuai dipraktikkan lagi. Ini dapat dilihat apabila banyak negara Asia Tenggara diperintah melalui secara lansung oleh pihak penjajah melalui sistem birokrasi yang dimonopoli oleh orang Barat. Bagi meningkatkan soal-soal agama dan adat istiadat, pemimpin tempatan dilantik semata-mata bertujuan bahawa, penjajah Barat masih lagi memerlukan dan menghargai kepimpinan mereka. Wujud persaingan antara kuasa-kuasa Barat dalam usaha mereka mendapatkan kawasan tanah jajahan baru lantas persaingan ini dapat diselesaikan dengan menetapkan kawasan pengaruh masing-masing supaya tidak tercetus peperangan di Asia Tenggara. Demokrasi telah dibawa oleh barat suatu ketika dahulu dan sekaligus telah membawa kesan yang besar dalam sistem pentadbiran di Tanah Melayu yang sebelum ini mengamalkan sistem feudal iaitu Pemerintahan Beraja yang menganggap raja sebagai pemimpin yang mutlak. Sistem demokrasi ini sangat berbezaa dengan sistem pemerintahan Beraja yang diamalkan oleh masyarakat Melayu masa dahulu. Dalam sistem demokrasi ini, kedaulatan dan keputusan negara mesti dibuat oleh rakyat dengan menggunakan suara majoriti yang memilih untuk melakukan sesuatu keputusan.

Pemilihan

pemimpin

para

demokrasi

juga

dilakukan

berdasarkan

pandangan-pandangan, sokongan dan aspirasi rakyat terhadap calon yang difikirkan layak. Pemilihan pemimpin dilakukan dalam pilihan raya yang diadakan. Demokrasi ini sebenarnya telah mengehadkan kuasa sultan atau raja yang mana sebelum ini. Mereka adalah pemerintah mutlak dalam pentadbiran negeri masing-masing.

EKONOMI Kedatangan kuasa Barat di Tanah Melayu telah merubah keadaan ekonomi negara yang dijajah. Kesan imperialism Portugis, pembinaan Kota A Famosa atau Porta de Santiago bermaksud "Yang Termashur" sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih ada di Asia. A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih ada di Asia. (Mohamad Kamal bin Kamaruddin, 2009) Selain itu, British telah memperkenalkan ekonomi dagangan seperti pertanian dan

perlombongan

yang

melibatkan

lebihan

pengeluaran

untuk

pemasaran.

Pengeluaran dalam skala yang besar, buruh yang ramai, modal besar dan pemasaran lebih luas.Bijih timah dipasarkan ke China, Jepun dan India Kawasan lombong di sungai dan diusahakan oleh buruh tempatan Kedatangan British meminggirkan ekonomi orang Melayu. Seterusnya, wujud ekonomi tradisional dan ekonomi dagangan. Selain itu Pantai barat dan timur juga tidak seimbang ekonominya. Akhirnya British mengambil alih ekonomi dagangan dan membawa masuk buruh China. Kegiatan perlombongan dan perladangan getah telah dijalankan secara besarbesaran bagi memenuhi keperluan perkilangan di Britain. Bentuk ekonomi masyarakat Asia Tenggara bersifat sara diri telah berubah kepada sektor berorientasikan perdagangan dan eksport dengan pengenalan tanaman baru seperti teh, tebu, kopi, getah dan nenas. Sektor perladangan, perlombongan dan perindustrian juga telah diperkenalkan oleh pemodal Eropah yang mempunyai modal yang banyak. Banyak kawasan perladangan yang besar telah diterokai. Tenaga buruh telah dibawa dari China dan India bagi memenuhi permintaan tenaga buruh yang tidak mencukupi.

Masyarakat tempatan tinggal hanya di luar kota. British pula menumpukan pembangunan tanah jajahan mereka hanya di Melaka, Pulau Pinang dan Singapura. Manakala Sabah dan Sarawak, British hanya menumpukan perhatian di Bandar-bandar seperti Jesselton, Sandakan, Miri, Sibu dan Kuching. Selain memperkenalkan sistem ekonomi bebas, mereka juga menggalakkan kemasukan orang Cina dan India untuk memajukan negeri-negeri tersebut. Orang-orang Cina umpamanya menggunakan kemahiran teknologi yang diwarisi daripada negeri asalnya seperti pembangunan bangunan (Bandar), melombong dan pertanian. Kemahiran dalam bidang perdagangan memberi sumbangan yang besar kepada pembangunan ekonomi di Bandar-bandar dan kawasan-kawasan sekitar. (Samri Sainuddin,2003) Sektor

perlombongan

bijih

timah

semakin

berkembang

pesat

dengan

pengenalan kaedah baru dalam perlombongan iaitu kapal korek yang mengeluarkan bijih timah dalam kuantiti yang banyak. Ekonomi tradisional penduduk peribumi yang bergantung kepada kawasan sungai sebagai alat pengangkutan telah terpinggir dengan pembinaan jalan raya dan kereta api. Pelabuhan tradisi negara-negara Asia Tenggara yang berpusat di muara sungai juga turut terpinggir akibat pertumbuhan bandar baru yang kemudiannya menjadi nadi penggerak kepada pembangunan ekonomi penjajah. Wujud dua jenis ekonomi, ekonomi moden yang berorientasikan eksport dan ekonomi tradisional yang dijalankan untuk tujuan sara diri. Ekonomi moden dikuasai oleh imperialisme Barat manakala penduduk tempatan menjalankan ekonomi sara diri. Perkembangan ekonomi berdasarkan sistem matawang telah menyebabkan wujud jurang perbezaan antara sistem ekonomi tersebut. Pemerasan ekonomi yang dilakukan oleh imperialisme Barat ke atas masyarakat Asia Tenggara menyebabkan timbul keinginan masyarakat peribumi untuk membebaskan diri daripada belenggu penjajah. Penentangan dan kebangkitan masyarakat peribumi menentang penindasan politik, ekonomi, dan sosial yang dilakukan oleh imperialisme Barat dinamakan sebagai nasionalisme. Kesan-kesan penjajahan barat terhadap msyarakat ialah munculnya semangat nasionalisme, dan berkembangnya sektor kesihatan bandar dan luar Bandar seperti memperkenalkan sistem perubatan moden dengan adanya doktor, jururawat, klinik,

palang merah dan pusat-pusat kesihatan. Seterunya, imperialis barat telah membina Hospital kerajaan terawal dibina di Taiping dan Kuala Lumpur, dan

Pusat perubatan

pula dibina di Batu Gajah, Kuala Kangsar dan Kuala Lumpur, untuk membantu mengubati pekerja-pekerja ladang dan juga penduduk tempatan yang menghidap penyakit Malaria, beri-beri, taun dan sebagainya.Orang barat juga telah mewujudkan Sanitary Board iaitu lembaga yang menjaga kebersihan dan kesihatan awam di bandar Kuala Lumpur. Seterusnya, orang barat juga melaksanakan Sistem pengangkutan dan perhubungan iaitu Jalan kereta api dibina untuk mempercepatkan pengangkutan bijih timah ke pelabuhan untuk dieksport, contohnya Taiping ke Port Weld, Seremban ke Port Dickson, Kuala Lumpur ke Port Swettenham. Pengangkutan kereta api juga menggalakkan pembukaan tanah baru di pedalaman dengan tanaman getah. Di samping itu, jalan denai dan kereta lembu yang digunakan untuk mengangkut bijih timah dan getah ke pangkalan sungai telah digantikan dengan jalan raya, Jalan raya terus berkembang khasnya apabila kenderaan bermotor diperkenalkan Beberapa rangkaian jalan raya disiapkan. Orang barat juga telah menperkenalkan sistem perhubungan seperti telegraf, telefon dan pos untuk Kemudahan pengangkutan dan perhubungan. Oleh sebab itu, jalan raya dan jalan kereta api terlah berkemban ,dan masih digunakan di Malaysia hinga masa kini.Selain itu, orang british telah memperkenalkan penggunaan mata wang di tanah malayu iaitu penggunaan wang kertas yang di keluarkan oleh kerajaan british bagi Negeri – Negeri Selat dibawah Lembaga Pesuruhjaya Wang. Seterusnya, Berkembangnya sektor kesihatan bandar dan luar Bandar terhadap masyarakat

Melayu

sebelum

kedatangan

penjajah

British

kebanyakannya

mengamalkan perubatan secara tradisional dan bergantung kepada pawang atau bomoh untuk mengubati penyakit. Penjajahan British di Tanah Melayu telah memperkenalkan sistem perubatan moden dengan adanya doktor, jururawat, klinik, palang merah dan pusat-pusat kesihatan. Lama kelamaan pusat-pusat kesihatan ini telah berkembang daripada bandar ke kawasan luar bandar.Pihak British telah membina infrastruktur seperti kemudahan jalan raya, jalan keretapi serta pelabuhan.

Kawasan ini juga dijadikan pusat pentadbiran British dengan kelengkapan telegraf, bangunan pentadbiran, sekolah dan sebagainya. Bermula dari sinilah wujudnya dua kawasan pembangunan yang berbeza di Tanah Melayu iaitu kawasan pentadbiran British menjadi bandar dan kawasan penduduk tempatan di kampung-kampung. British telah mebawa masuk buruh-buruh daripada China dan India ke Tanah Melayu untuk bekerja di lombong bijih timah dan ladang getah kepunyaan British. Disebabkan, pada masa itu Suasana politik di negara asal mereka yang tidak menentu menyebabkan buruh Cina dan India merasa terpanggil untuk mencari rezeki di Tanah Melayu. pada awal tahun 1920-an hingga 1930-an telah menyaksikan kemasukan buruh-buruh dari China dan India yang ramai ke Tanah Melayu. Bermula dari sinilah bermulanya masyarakat majmuk di Tanah Melayu dengan kehadiran orang Cina dan India yang akhirnya menjadi penduduk tetap Tanah Melayu.Disebabkan itu, Malaysia telah menjadi negara yang bebilang kaum. Seterusnya,

masyarakat

Tanah

Melayu

Sebelum

penjajahan

British

kebanyakannya tinggal di kawasan pedalaman, kampung-kampung dan juga di sepanjang sungai. Mereka menjalankan kegiatan ekonomi secukup hidup dengan bertani, menangkap ikan dan memungut hasil-hasil hutan. Kedatangan British telah mengubah lanskap atau demografi Tanah Melayu apabila wujudnya kawasan bandar akibat perkembangan pesat perlombongan bijih timah dan getah

SOSIAL Antara kesan peninggalan penjajah Portugis hingga ke hari ini ialah kewujudan masyarakat,akibat perkahwinan orang Portugis dengan penduduk tempatan , pengenalan tulisan rasmi kepada

masyarakat melayu , kewujudan perkataan yang

berasal dari bahasa Portugis seperti palsu , almari , jendela , garpu dan tuala.Kesan yang penting ialah kejatuhan kesultanan melayu melaka dan membawa kepada kemunculan kerajaan melayu-Riau , namun pengaruhnya tidak berkesan. Wujudnya kaum Eursia disebabkan kahwin campur orang portugis dengan orang melayu. Orang portugis mula makan dengan mengunakan tangan. Lahirnya masyarakat Serani beragama Kristian di Melaka hasil perkahwinan orang Portugis dengan penduduk tempatan.Berkembangnya agama Kristen atau Katholik di Maluku yang disebarkan oleh Fransiscus Xaverius. Berkembangnya musik Keroncong berasal dari Portugis, dan peninggalan bangunan yang berupa benteng-benteng Portugis PENDIDIKAN Pendidikan Barat telah diperkenalkan oleh kuasa Imperialisme ke atas negara yang dijajah tetapi terhad kepada kawasan di bandar sahaja. Pendidikan Barat ini bertujuan menyediakan golongan pentadbir bawahan bagi mengisi jawatan rendah seperti kerani, juru kira, juru ukur dan juru teknik dalam sistem birokrasi moden yang diperkenalkan oleh kuasa Barat. Pengajarannya menggunakan bahasa penjajah sebagai bahasa pengantaraan. Sekolah-sekolah mubaligh Kristian telah ditubuhkan bagi menyebarkan agama Kristian dikalangan penduduk peribumi di samping membenarkan sekolah jenis vernakular berkembang. Mereka yang mendapat pendidikan peluang masa hadapan yang lebih cerah dalam bidang kerjaya, tetapi bagi mereka yang mendapat pendidikan di sekolahsekolah vernikular sukar mendapat pekerjaan. Sesetengah golongan rakyat tempatan pula terpengaruh dengan fikiran, budaya dan sikap orang putih sehingga mendewadewakan "orang putih" dan tamadun Barat. Kepincangan dalam sistem pendidikan ini telah memaksa kerajaan peribumi memperbaikinya selepas mencapai kemerdekaan. Pekembangan pesat ekonomi berorientasikan eksport telah menyebabkan buruh-buruh asing telah dibawa dari pelbagai negara bagi memenuhi keperluan tenaga buruh. Kedudukan buruh asing pula telah mengubah komposisi kaum di Asia Tenggara sehingga mewujudkan jurang yang ketara dengan penduduk peribumi akibat perbezaan agama, bahasa, budaya, dan adat. Dasar ini diburukkan lagi oleh kuasa Barat yang

menjalankan dasar pecah dan perintah yang menghalang wujudnya perpaduan kaum Pantai barat dan timur juga tidak seimbang ekonominya. Akhirnya British mengambil alih ekonomi dagangan dan membawa masuk buruh China. Sebelum kedatangan British ke Tanah Melayu, penduduk Tanah Melayu telahpun mempunyai sistem pendidikan mereka sendiri iaitu pendidikan agama dan sekolah pondok. British juga telah memperkenalkan tulisan rumi kepada penduduk Tanah Melayu selain tulisan Jawi yang digunakan oleh orang Melayu pada waktu itu. Oleh sebab itu,tulisan rumi dan bahasa ingerris masih di gunakan di Malaysia hingga ke hari ini. British telah memperkenalkan sekolah-sekolah vernakular Melayu dan Inggeris seperti di tanah melayu seperti, Penang Free School yang merupakan sekolah Inggeris pertama dibina di Tanah Melayu.Selain itu, ada juga Sekolah Melayu, Sekolah Cina dan Sekolah Tamil. Penubuhan Sekolah Inggeris di Tanah Melayu pada waktu itu telah memberi peluang kepada penduduk Tanah Melayu mempelajari bahasa Inggeris dan menyambung pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

RUJUKAN Fuziah Shaffie dan Ruslan Zainuddin. (2000). Sejarah Malaysia. Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Mohamad Kamal bin Kamaruddin. (2009). Sejarah Eropah. Kuala Lumpur : Pearson Malaysia.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Samri Sainuddin.(2003). Tamadun Melayu. Perak : Quantum Books.

Sivachandralingam Sundra Raja. (2002). Sejarah Eropah. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Qasim Ahmad. (2000). Eropah Moden. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zainal Abidin Abdul Wahid. (2000). Sejarah Malaysia. Bangi : Penerbit Univertisi Kebangsaan Malaysia.

Related Documents

Kesan Kolonialisme
March 2021 0
100 Fiches.pdf
February 2021 0
100.pdf
February 2021 7

More Documents from "rprafal"