27-sebab-mengapa-anda-harus-membeli-hartanah-berhampiran-kolej

  • Uploaded by: Ahmad Izzat
  • 0
  • 0
  • February 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View 27-sebab-mengapa-anda-harus-membeli-hartanah-berhampiran-kolej as PDF for free.

More details

  • Words: 2,607
  • Pages: 17
Loading documents preview...
[Versi Bahasa Melayu]

27 SEBAB MENGAPA ANDA HARUS MEMBELI HARTANAH BERHAMPIRAN KOLEJ

REAL PROPERTY VIBES

Hakcipta © 2018 by Real Property Vibes dot com Semua hakcipta terpelihara. Tiada bahagian dalam terbitan ini boleh diulang hasil, diedarkan atau dipindahkan ke dalam sebarang bentuk atau sebarang cara, termasuk fotokopi, rakaman, atau cara elektronik atau mekanikal lain, tanpa keizinan bertulis daripada penulis terlebih dahulu, kecuali kes seperti petikan ringkas terkandung di dalam ulasan kritik dan lain-lain pengunaan bukan komersial yang dibenarkan undang-undang hakcipta. Untuk memohon keizinan, sila tulis kepada penerbit di: [email protected]

PENAFIAN Jika anda memilih untuk mengikuti mana-mana panduan ini, anda akan menanggung risiko sendiri dan penulis tidak dipertanggungjawabkan atas sebarang kerosakan yang timbul daripada penggunaan maklumat daripada buku ini.

27 SEBAB MENGAPA ANDA HARUS MEMBELI HARTANAH BERHAMPIRAN KOLEJ

1. Katakan Tidak Kepada Perjalanan Pergi Balik Jauh – Tidak Akan Lewat ke Kelas Setiap pelajar mahu bangun tidur lambat tetapi tidak terlalu lewat untuk ke kelas. Ini hanya mungkin jika anda tinggal berhampiran kolej anda. Hari di mana anda harus bangun awal pagi buta tetapi masih lambat untuk kelas, telah lama berlalu. Ibu bapa sekalian, tolong jangan biarkan anak anda menderita terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas, kerana mereka telah menghadapi banyak tekanan daripada kerja sekolah mereka. Buatlah kira-kira yang mudah dan lihat sebanyak mana masa terkumpul yang terbazir di atas jalan. Dan bila hari hujan, ganda duakannya. Walaupun terdapat pengangkutan awam tersedia, tiada apa yang dapat menandingi betapa jimatnya masa dan duit jika tinggal berhampiran kolej.

2. Jadi Aktif dalam Aktiviti Kurikulum Tambahan Adalah biasa untuk berjumpa dengan pelajar yang bergantung kepada pengangkutan, contohnya untuk pulang ke rumah, yang mana harus mengambil kira penglibatan mereka dalam aktiviti kurikulum tambahan dengan adanya pengangkutan atau tidak. Akan ada pelajar yang akan menggunakan alasan ini untuk tidak mengikuti aktiviti kurikulum tambahan. Penglibatan dalam aktiviti adalah penting sebagai sebahagian daripada pengalaman pendidikan

1



yang sihat dan holistik. Antara faedah lainnya adalah memupuk kemahiran seperti pengurusan masa, membina keyakinan diri, semangat berpasukan, kepimpinan dan banyak lagi yang akhirnya dapat meningkatkan peluang pelajar di universiti atau/dan untuk permohonan kerja. Adalah sangat malang jika pelajar terpaksa memonteng aktiviti kurikulum tambahan semata-mata untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas, penat dan “tidak ada semangat” apabila terfikirkan masa yang diperlukan untuk perjalanan pergi dan pulang dari rumah.

3. Potensi Peralihan Ke Alam Dewasa Yang Lebih Mudah Tiada tempat seperti rumah adalah sesuatu yang ramai boleh memahaminya. Sudah tentu ada para pelajar yang tidak sabar untuk meninggalkan rumah dan melebarkan sayap mereka untuk kebebasan abadi dengan belajar di luar negara. Memang benar yang belajar di luar negara dapat memberikan suatu pengalaman baru yang tidak dapat dirasa jika seseorang itu belajar di dalam negara. Tetapi, tidak semua mampu untuk belajar di luar negara. Sebaliknya, mereka yang memilih untuk belajar dalam negara adalah untuk berada dekat dengan keluarga mereka. Mereka mementingkan dan menghargai kebahagiaan seperti makan makanan sebenar (masakan rumah), mendapatkan pelukan dari ibu dan ibu bapa tidak perlu terlalu risaukan mereka. Oleh itu, peralihan ke alam dewasa mereka akan beransur-ansur dan tidak mendadak.

4. Capaian Kepada Kemudahan-kemudahan Bagus Pembangunan Perumahan di sekitar kawasan institusi pengajian pastinya menarik kemudahan-kemudahan yang bagus seperti pengangkutan awam,

2



hospital, infrastruktur yang elok dan sebagainya. Seterusnya meningkatkan lagi nilai hartanah. Ini menjelaskan kenapa kebanyakan iklan hartanah sama ada untuk disewa atau dijual, salah satu ciri-ciri yang akan ditonjolkan adalah “Capaian Kepada Kemudahan-kemudahan Bagus”.

5. Menggalakkan Gaya Hidup yang Aktif Berlenggang-lenggang, berjalan dan berlari jika anda perlu ke… ke Kampus! Gaya Hidup Aktif = Hidup Sihat. Walaupun anda telah terlepas atau tertinggal sesi senaman di gim, berjalan sahaja sudah dapat menggantikannya sedikit dan mengurangkan sedikit rasa bersalah!

6. Sesi Belajar Yang Mudah dan Keselamatan KESELAMATAN DIUTAMAKAN! Ini adalah salah satu isu dan dilema yang selalui menghantui ibu bapa. Walaupun anda mahukan anak anda berjaya dalam pelajaran, anda juga, kalau tak sama, lebih bimbang akan kesejahteraan dan keselamatannya. Belajar dalam kumpulan telah terbukti sebagai cara belajar yang berkesan. Salah satu amalan biasa pelajar adalah terus berada di kolej untuk mengulangkaji dalam kumpulan terutama ketika peperiksaan semakin dekat. Ibu bapa sekalian, anda akan mendapat yang terbaik dari dua dunia tersebut jika rumah anda berhampiran kolej – anak anda dapat mengikuti kumpulan belajar dan anda tidak perlu terlalu merisaukan keselamatan mereka kerana anda boleh mengambil mereka pulang ke rumah bila-bila masa.

7. Kebahagiaan Tinggal Berhampiran Kolej Walaupun Anda Tidak Ke Sekolah

3



Ramai yang mungkin tidak menyedarinya tetapi ada keseronokan dan kebaikan tinggal berhampiran kolej walaupun anda bukan lagi pelajar disana. Sesetengah kolej ada kemudahan di mana orang luar boleh pinjam atau sewa. Contohnya, kemudahan padang futsal, gelanggang badminton, bola jaring dan kemudahan lain seperti dewan serbaguna. Yang mana ada kolam renang juga mungkin menawarkan latihan berenang. Sesetengah perpustakaan universiti juga dibuka untuk orang awam tetapi dengan caj nominal.

8. Menjimatkan Wang Dari segi penjimatan wang, di mana harus kita mulakan? Mari mulakan dengan pengangkutan – minyak,

parkir, tol, penyelenggaraan kenderaan, tambang

pengangkutan awam. Dan juga makanan dan benda lain yang tersedia dari rumah. Dan jika anda terlupa sesuatu dari rumah, tiada masalah, Cuma pusing kejap, tiada kos penghantaran yang terlibat!

9. Kejiranan yang Bersepadu (Intergrated) Kolej

biasanya

berada

di

dalam

kawasan

kejiranan

bersepadu

atau

pembangunan bersepadu. Selain daripada kediaman dan hartanah kormesial, akan ada tempat membeli-belah, bank, restoren, dan mungkin juga hospital berada berhampiran sepertimana kemudahan dan aksesibiliti di depan pintu anda. Anda akan jumpa hampir semuanya di dalamnya.

10. Permandangan Yang Cantik Bandar kolej biasanya cantik, tetapi kebanyakan orang yang tinggal di sana tidak

menyedari

bahawa

institusi

4

pengajian

itulah

yang

membantu

mencantikkan kawasan tersebut. Dari tanah yang terjaga sebegitu indah daripada senibina kampus yang luar biasa, yang mana menambah warna dan rasa kepada sebarang kejiranan. Anda akan dapat menikmati lanskap yang menakjubkan seperti taman, tasik dan pemandangan indah yang lain.

11. Murah Dan Pelbagai Kegiatan Tidak mengejutkan apabila terjumpa barang yang sangat murah di kawasan sekitar kolej/kampus kerana peniaga-peniaga perlu memenuhi keperluan para pelajar yang mungkin tidak mempunyai wang yang secukupnya untuk berbelanja. Oleh itu, anda dapat menikmati makanan yang lebih murah dan tempat makan yang pelbagai kerana mengambilkira yang kebanyakan populasi pelajar di kolej dan universiti di Malaysia juga terdapat para pelajar antarabangsa.

12. Tahan Kemelesetan Perniagaan pendidikan diketahui sebagai tahan kemelesatan kerana ibu bapa perlu membelanjakan wang untuk pendidikan anak-anak sama ada di keadaanu ekonomi bagus atau tidak. Satu-satunya perbezaan mungkin ialah apabila keadaan ekonomi tidak baik kebanyakan para ibu bapa tiada pilihan lain kecuali menghantar anak-anak mereka menyambung pelajaran di universiti tempatan berbanding luar negara. Inilah antara sebab lain kenapa pasaran hartanah berhampiran kolej mempunyai permintaan walaupun ketika kemelesetan. Para pelajar dan para pensyarah sentiasa memerlukan rumah dan perniagaan tempatan sentiasa ada untuk menyokong mereka.

5



13. Capaian Mudah Untuk Sumber dan Kemudahan Sekolah Ia membuatkan kehidupan pelajar lebih senang jika dia mempunyai capaian mudah kepada sumber dan kemudahan kolej seperti perpustakaan, makmal komputer dan sebagainya. Pastinya, di hari dan zaman sekarang, seseorang pasti berhujah tentang ketidakperluan lagi perpustakaan fizikal apabila terdapat E-buku dan perpustakaan digital. Walau bagaimanapun, pelajar sentiasa diingatkan agar tidak hanya bergantung kepada membaca buku online kerana ia terlalu meletihkan dan tidak menyihatkan untuk mata. Ada masanya mereka perlu membaca buku fizikal. Mencetak e-buku tidak digalakkan langsung atas kesedaran akan kerosakan yang akan ia lakukan kepada alam sekitar. Kita sepatutnya memeluk pokok, bukan membunuh mereka! Mempunyai capaian mudah ke makmal komputer atau sebarang makmal adalah sangat bagus kerana anda tidak perlu berbelanja keterlaluan dan tidak sepatutnya untuk alatan atau peranti yang terdapat di kolej. Juga, bayangkan pelajar yang mengikuti kusus seperti mereka grafik, dia akan mempunyai capaian mudah dan senang ke makmal multimedia dan sumber berkaitan yang lain.

14. Ada Sahaja Sesuatu Untuk Dilakukan Di Kampus Tidak pernah ada saat membosankan di Kampus selepas waktu belajar! Walaupun anda tidak terlibat dengan mana-mana kelab, persatuan atau aktiviti, meluangkan masa dengan kawan-kawan sahaja pun dan mempunyai tempat berjumpa yang bagus dan percuma dalam persekitaran yang kondusif sudah menjadi suatu kebahagiaan. Anda tidak perlu meluangkan masa dan melepak

6



di tempat yang akan memerah tidak kurang daripada RM15 untuk secawan kopi hanya untuk menggunakan WiFi mereka!

15. Kelompok Penyewa Yang Ramai Akan sentiasa ada kelompok penyewa yang ramai dan bersedia dan untuk jangka masa panjang kerana tempoh program akademik adalah lebih lama berbanding kursus-kursus latihan. Tempoh untuk program Diploma sepenuh masa adalah 2 hingga 2.5 tahun manakala Ijazah Sarjana Muda akan mengambil masa 2 -3 tahun dan memakan masa lagi lama untuk program Pascasiswazah. Tambahan pula, tempoh untuk kursus-kursus separuh masa akan lebih panjang daripada yang sepenuh masa. Populasi pelajar di Kolej dan Universiti bereputasi adalah sentiasa meningkat walaupun peratus kenaikan berbeza dari tahun ke tahun. Mengambil kira hakikat bahawa ada banyak bilangan kolej di luar sana, kebanyakan kolej sedar yang mereka tidak sepatutnya bergantung sepenuhnya kepada pengambilan pelajar-pelajar tempatan sahaja tetapi mereka juga harus dengan agresifnya mempromosikan produk mereka kepada pelajar antarabangsa juga. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahidi Hamidi berucap hari ini, menambah yang kerajaan mensasarkan untuk menguruskan 200,000 para pelajar asing di sini menjelang 2020. “Kami lihat sektor pendidikan mempunyai potensi untuk menjadi penyumbang utama kepada pendapatan negara.

7



Sehingga kini, sejumlah 159,172 para pelajar asing sedang melanjutkan pelajaran di pelbagai institusi pendidikan di Malaysia. Ini menyumbang kepada ekonomi negara dengan RM7.8billion telah dibelanjakan para pelajar berkenaan untuk menyambung pelajaran mereka di sini.” Sebagaimana yang telah dilaporkan The New Straits Times pada 19 January 2018. Para pelajar antarabangsa pastinya akan mencari tempat penginapan untuk disewa kerana kemungkinan besar mereka tidak mempunyai rumah di sini.

16. Sewa Yang Stabil dan Pembayaran Sewa Yang Boleh Diharap Secara amnya, sewa para pelajar akan dijelaskan oleh ibu bapa mereka. Perkara terakhir yang ibu bapa mahukan ialah menyebabkan anak-anak mereka risau tentang sewa yang tidak berbayar. Walau bagaimanapun, dalam sebarang situasi di mana pembayaran gagal dilakukan, tuan rumah dengan mudahnya boleh mengetahui di mana untuk mencari penyewa jika penyewa masih belajar di kolej berkenaan. Pungutan bayaran sewa tanpa kerumitan adalah mimpi menjadi kenyataan untuk mana-mana tuan rumah.

17. Caj Sewa Premium Pemilik boleh mengenakan caj sewa premium terutamanya jika hartanah itu berhampiran dengan Kolej atau Universiti bereputasi. Jika ibu bapa mampu membayar yuran belajar premium kolej, seharusnya mereka juga mampu untuk membayar sewa premium juga. Tambahan pula, pelajar antarabangsa selalu dikenali sebagai anak orang berada. Mereka jarang memilih untuk tinggal di asrama kerana mereka lebih

8



memilih untuk menyewa tempat mereka sendiri dan mereka sanggup untuk membayar sewa premium asalkan mereka sukakan tempat itu. Yang paling penting, pemilik boleh mengenakan caj sewa premium kerana PERMINTAAN MELEBIHI PENAWARAN. Dalam satu masa, populasi pelajar di kolej atau Universiti yang agak besar adalah lebih daripada 5000.

18. Kawasan Itu Terjual Sendiri Hartanah tersebut boleh menumpang kejayaan sesebuah institusi pendidikan untuk dimanfaatkan sepenuhnya dan sebaliknya. Kolej dan Universiti selalu menjadi pusat tarikan untuk sesuatu kawasan. Jika anda pernah berniat untuk menyewa dan menjual hartanah, fakta jualan utama atau tajuk utama seharusnya menekankan tentang lokasinya yang strategik berhampiran dengan institusi pendidikan. Betapa berpengaruh dan pentingnya ciri ini dalam menaikkan profil hartanah tersebut untuk membolehkan ia terjual dengan sendirinya, tanpa perlu bersusah payah memikirkan jenis strategi pemasaran yang mungkin tidak berkesan lagi di dalam pasaran hartanah hari ini.

19. Tiada Asrama Tidak semua kolej dan universiti mempunyai asrama sendiri. Dalam banyak kes, kolej akan mengambil satu kawasan unit yang besar untuk sewaan para pelajar. Membantu para pelajar untuk sumber dan juga mengurus penginapan untuk para pelajar, adalah satu servis tambahan yang bernilai yang ditawarkan kepada pelajar oleh kolej kerana ini juga adalah satu tarikan untuk institusi mempromosikan kolej dan program mereka. Cuba bayangkan jika hartanah

9



anda adalah sebahagian daripada strategi pemasaran institusi pendidikan tersebut yang mana tidak memerlukan anda mengeluarkan satu sen pun. Tiada yang lagi bagus dari ini!

20. Para Pelajar Bukan Satu-satunya Penyewa – Pensyarah, Staff Pejabat Orang ramai selalu berfikir yang para pelajar hanyalah kelompok penyewa untuk hartanah di sekitar insititusi pendidikan. Ada kelompok prospek penyewa lain yang tidak patut dilupakan dan mereka adalah pensyarah dan staff pejabat. Oleh kerana ada banyak program Ijazah 3+0 dan juga penubuhan lebih banyak cawangan Kampus Universiti dari UK dan Australia, institusi tempatan kini mendapatkan lebih ramai ekspatriat untuk menyampaikan program-program berkenaan untuk memberi suasana seperti para pelajar belajar di kampus luar negara. Adalah fakta yang diketahui umum bahawa ekspatriat tidak kisah untuk membayar sewa premium selagi tempat itu kelihatan dan berkeadaan lebih dari biasa. Di sini reka bentuk dalaman yang menarik tetapi tidak semestinya mahal akan membantu.

21. Kawasan Membangun Adalah agak mustahil untuk berjumpa dengan sebuah institusi pendidikan di kawasan terpencil atau tidak terbangun. Walaupun sebelumnya ia adalah kawasan tidak membangun, dengan kehadiran Kolej atau Universiti sekarang akan merubah segalanya dan memberikannya suatu wajah yang baru. Ada beberapa contoh di mana sesuatu kawasan yang belum diterokai telah berubah menjadi tempat yang indah dan hidup selepas penubuhan Kolej atau Universiti di situ. 10



22. Kurang Tempoh Kekosongan Mimpi ngeri ramai pemilik hartanah apabila penyewa yang sedia ada sudah pergi ataupun akan pergi, adalah tidak dapat mencari pengganti secepatnya, terutama jika pemilik masih mempunyai pinjaman rumah atau komitmen membayar ansuran bulanan. Di sini, betul-betul MASA ITU EMAS. Bagaimana anda rasa bila berdepan dengan situasi yang mana apabila penyewa pergi, dua atau tiga lagi sedang beratur untuk menyewa tempat daripada anda.

23. Harga Hartanah Yang Lebih Tinggi Harga hartanah yang lebih tinggi adalah apa yang pelabur cari-carikan, cuma itu sahaja. Nilai dan harga hartanah sekitar institusi pendidikan adalah sangat tipis kemungkinan untuk turun. Ia hanya naik! Ini termasuklah untuk jualan dan sewaan.

24. Anda Menjadi Permintaan Ramai Apabila hantanah anda menjadi permintaan ramai, anda boleh meminta! Ini jarang didengar dalam pasaran hartanah sekarang. Dalam pasaran hartanah hari ini, ramai yang sanggup mengurangkan sewa atau/dan harga jualan sematamata

kerana

terlebih

penawaran

hartanah

berbanding

dengan

penyewa/pembeli yang ada. Anda tidak perlu menghadapi pengalaman sedemikian jika anda mempunyai hartanah yang betul di tangan anda.

25. Sewaktu Kemelesetan Ekonomi, Ramai Yang Kembali Ke Sekolah Ini mungkin kedengaran seperti suatu paradoks tetapi ya, ramai yang sedar bahawa mereka perlu menaik taraf diri mereka apabila pasaran pekerjaan 11



menjadi buruk. Ia bukan lagi pilihan, ia adalah keperluan. Pihak kerajaan juga menyediakan bantuan kewangan seperti pinjaman PTPTN dan skim lain di bawah Badan Pembangunan Tenaga Manusia untuk melatih penganggur. Di sini anda akan berjumpa pelajar dewasa yang mahu menyewa tempat berdekatan

dengan

institusi

pengajian

untuk

menjimatkan

kos

untuk

memastikan perbelanjaan harian mereka seperti belanja pengangkutan dan makan minum adalah di paras minimum. Kelihatan seperti perniagaan berkembang maju dan peluang memanggilmanggil lebih lagi ketika kegawatan ekonomi untuk pelabur/tuan tanah yang bijak.

26. Tempat Nostalgik Tutup mata anda sebentar dan bayangkan – melihat kampus yang indah dari jauh, para pelajar dengan beg sandang berlenggang-lenggang, sekumpulan pelajar sedang ketawa dan berbual dalam perjalanan mereka ke kolej… Ini pastinya memberi anda rasa yang bagus dan nostalgik yang anda tidak mahu sedar daripadanya ketika anda mengingat kembali zaman kolej anda. Ia akan menjadi waktu yang seperti mimpi. Persekitaran yang tenang dan aman adalah memang permandangan yang patut dilihat dan ia adalah sangat berbeza dengan hiruk-pikuk dan juga kacau-bilau keadaan dan persekitaran di tempat yang lain.

27. Nilai Hartanah Boleh Meningkat Lebih Mendadak Dari Purata Kebangsaan

12



Sudah terbukti bahawa harga hartanah berhampiran institusi pengajian telah meningkat dengan pesat. Kemunculan institusi pendidikan itu sendiri akan secara automatiknya menjadikan atau merubah kawasan itu menjadi tempat utama, tanpa banyak usaha. Sebagai contoh, harga hartanah di SS15 Subang dan Seksyen 17 di Petaling Jaya adalah tinggi disebabkan kolej swasta dan universiti awam masing-masing di sekitarnya. Dalam kes Seksyen 17 di Petaling Jaya, walaupun Universiti Malaya mempunyai asrama, tetapi ia tidak mencukupi untuk menampung semua pelajar. Oleh itu, sehingga ke hari ini, seksyen 17 dikenali sebagai kawasan di mana terdapat ramai pelajar UM. Dan ramai juga yang masih tinggal di sana walaupun selepas mereka telah sekian lama menamatkan pelajaran dengan membeli hartanah mereka sendiri di kawasan tersebut.

-TAMAT-

13

More Documents from "Ahmad Izzat"