3 Soalan 3 Versailles.docx

  • Uploaded by: najwa
  • 0
  • 0
  • January 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View 3 Soalan 3 Versailles.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,009
  • Pages: 3
Loading documents preview...
SOALAN 3: PERINCIKAN ISI2 PERJANJIAN VERSAILLES PADA BULAN JUN 1919 DAN MENGAPAKAH PERJANJIAN INI MENDAPAT BANTAHAN KERAS DARIPADA JERMAN DAN TURKI. FOKUS SOALAN: menerangkan secara terperinci mengenai isi-isi penting Perjanjian Versailles yang berkaitan dengan Jerman dan juga punca bantahan Jerman terhadap Perjanjian Versailles Jun 1919 sehingga tercetusnya Perang Dunia Kedua.

ISI-ISI PENTING: I ) ISI-ISI PENTING DALAM PERJANJIAN VERSAILLES: -Perubahan Wilayah -Pasukan Ketenteraan -Pembayara Ganti Rugi dari Jerman II) KESAN PERJANJIAN VERSAILLES YANG MENYEBABKAN BANGKITNYA ADOLF HITLER.

PENGENALAN -Semua keputusan utama persidangan tersebut dibuat oleh 'Majlis Empat' atau ‘The Big Four’ yang diwakili oleh pemimpin seperti David Lloyd George (Britain), Woodrow Wilson (USA), Georges Clemenceau (Perancis) dan Vittorio Orlando (Itali) - Persidangan Keamanan Paris yang pertama bermula di Istana Versailles pada 12 Januari 1919 - Perjanjian Versailles Jun 1919 dikenali sebagai perjanjian perdamaian yang mengakhiri Perang Dunia Pertama dan menjadi pemicu kepada tercetusnya Perang Dunia Kedua. - Perang Dunia Pertama ini berlaku antara kuasa bersekutu iaitu England, Perancis, Itali dan Russia (Allied Powers) dengan Austria-Hungary dan German (Central Powers). - bermula apabila berlaku peristiwa pembunuhan Archduke Fran Ferdinand yang berasal AustriaHungary & isterinya terbunuh di Sarajevo, Bosnia pada 28 Jun 1914. - Bosnia yang merupakan kawasan Austria telah dituntut oleh Serbia dan perkara inilah yang menyebabkan Austria-Hungary menyerang Serbia dengan bantuan Jerman. - sehingga melancarkan Perang Dunia Pertama dan diakhiri dengan Perjanjian Versailles Jun 1919.

ISI-ISI PENTING DALAM PERJANJIAN VERSAILLES I ) PERUBAHAN WILAYAH - sempadan barat Jerman telah diubah dengan mengembalikan Alsace-Lorraine kepada Perancis. - seterusnya perpindahan Eupen dan Malmedy ke Belgium - utara Schleswig telah dikembalikan kepada Denmark mengikut undian rakyat. - timur pula, pembahagian wilayah menetapkan hampir semua Posen dan Prusia barat dipindahkan ke negara Poland. Sebuah negara yang baru diwujudkan.

-Wilayah Danziq pula diserahkan kepada Poland supaya Poland ada akses ke Laut Baltik dan memisahkan East Prussia dengan Jerman. -Upper Silesia dan sumber industri diperolehi Poland. -Kawasan Memel diletakkan scr tdk langsung di bwh kawalan Lithuania apabila diletakkan di bawah Pesuruhjaya Tingi Perancis. - tanah jajahannya di seberang laut diserahkan kepada Pihak Berikat - Shantung dan Kiachow yang berada di China terpaksa diserahkan kepada Perancis - Afrika dan rantau Pasifik diserahkan kepada Britain, Perancis dan Jepun - Samoa diserahkan kepada New Zealand manakala wilayah Cameroon dan Togoland diserahkan kepada Perancis dan Britain -Jerman mengiktiraf kemerdekaan Belgium, Poland dan Czechoslovakia - Jerman kehilangan 27,000 batu persegi dan dari segi sumber manusia, antara 6.5 dan 7 juta orang, atau antara 10 dan 13 peratus penduduk pra-perangnya - menunjukkan bahawa kuasa Bersekutu (Allied Powers)seperti Lloyd George, Clemenceau dan lain-lain lagi ingin membalas dendam terhadap Jerman dengan meletakkan syarat-syarat seperti ini dalam Perjanjian Versailles Jun 1919. II) PASUKAN KETENTERAAN - batasan senjata telah dilaksanakan dalam Perjanjian Versailles - tentera Jerman adalah dihadkan kepada 100,000 orang, penjara dihapuskan, dan penggunaan kereta kebal dan pesawat udara dilarang sama sekali - tentera laut Jerman telah dihadkan kepada 15 000 orang sahaja - pembinaan kapal perang dan kapal selam dilarang- hanya dibenarkan untuk menggunakan enam kapal perang dan Jerman dilarang untuk membeli lebih banyak senjata dan bahan perang lain -Sampaikan si Jerman ni tentera darat dia sama level jerr dengan Greece dan navy sama level jerr dengan Argentina’s navy. Huhuhu III) PEMBAYARAN GANTI RUGI OLEH JERMAN --Artikel 231 menekankan jerman sbg pihak bersalah - Jerman yang harus menanggung segala hutang yang dihadapi oleh negara-negara yang terlibat dalam peperangan serta membayar ganti rugi kepada kuasa bersekutu. - melalui pembayaran ganti rugi ini, Jerman akan mengalami kerugian dan akan memberi kesan kepada rakyat dan negara tersebut - Jerman juga berasa tidak puas hati dengan isi perjanjian ini - melihat klausa ini sebagai penghinaan negara, memaksa Jerman menerima tanggungjawab sepenuhnya sebagai asbab peperangan. -ahli politik Jerman bersuara untuk menunjukkan bantahan mereka terhadap artikel itu dalam usaha untuk menjana simpati antarabangsa -Perancis menerusi perjanjian ini ingin memastikan Jerman tidak lagi mampu mengatasi keupayaan industrialisasi Perancis dan tidak lagi menjadi ancaman. -Kawasan2 industri Perancis di bahagian Timur Laut musnah akibat peperangan oleh Jerman. - seorang diplomat Amerika John Foster Dulles-salah seorang penulis artikel 231- menyesali kata-kata yang digunakan kerana telah membangkitkan kemarahan Jerman.

KESAN PERJANJIAN VERSAILLE MENYEBABKAN KEBANGKITAN HITLER -Seorang yang memimpin Nazi dalam Perang Dunia Kedua. - Adolf Hitler ialah seorang tokoh politik di Jerman antara akhir 1920-an dan 1940-an - Hitler telah berusaha untuk memulihkan keadaan melalui Nationalist Socialist German Workers Party (NSDAP) ataupun parti Nazi- kerugian dan kehancuran kepada rakyat dan negara Jerman dalam semua aspek terutamanya ekonomi dan ketenteraan. -25 Points Plan- dasar2 parti Nazi- menolak syarat-syarat Persetiaan Versailles dan menyeru rakyat Jerman untuk bersatu. -memperkukuhkan ideologi nasionalisme, dengan memberi hak saksama kepada rakyat Jerman sahaja dan bukannya orang luar atau orang asing -Pada mulanya Nazi tak berapa feymes dalam kalangan Jerman sebab budak baru nak up- 1929, apabila Amerika Syarikat dilanda Kemelesatan Besar akibat kejatuhan di Wall Street. Pada akhir 1930, hampir 4 juta rakyat Jerman telah menjadi penganggur. Sokongan kepada parti NSDAP semakin melonjak. -1929 parti NSDAP memenangi undi majoriti dalam pengundian bandar Coburg- memenangi pengundian daerah Thuringia -1930, parti pimpinan Hitler telah menambahkan kerusinya daripada 14 kepada 107 - kerana Hitler menggunakan sentiment nasionalisme rakyat German yang meningkatkan sokongan terhadap segala perancangan Hitler - melakukan beberapa perkara yang menunjukkan bantahannya terhadap Perjanjian Versailles - Misi utama Hitler adalah untuk meluaskan negara German dengan menakluk semula kawasan-kawasan yang diberikan kepada negara lain kesan daripada Perjanjian Versailles - Hitler mula rancangan dengan membina semula pasukan tentera dan memulakan perarakan tentera Jerman ke Rhineland. - Rhineland merupakan kawasan Jerman pada mulanya dan telah dijadikan zon demiliterasi iaitu pasukan militer Jerman atau pertahanannya tidak diizinkan di sana -Hitler telah melancarkan serangan terhadap Poland kerana ingin membalas dendam terhadap Komunis Poland dan tentera NDVK (Russia) berketurunan Yahudi terhadap warga Jerman yang berada di Danzig -nak rampas balik semua Posen dan Prusia Barat yang dipindahkan ke negara Poland yang baru dibangkitkan. -Tertekan dengan Perjanjian Versailles, ketidak puasan hati rakyat Jerman digunakan oleh Hitler untuk rally atau kumpul pengaruh dan seterusnya memulakan rancangan untuk membina semula Empayar Jerman.

KESIMPULAN -emang lagi manja lagi ingin dipanja -cmni..versailles tekan jerman. Jerman marah. Hitler gunakan sentimen kemarahan tu untuk bangkit. Done.

Related Documents

3
February 2021 0
3
February 2021 4
3
January 2021 2
3
March 2021 0
3
February 2021 4

More Documents from "rddkwa"