8. Modul Pimk2033r Pentaksiran Pendidikan Islam

  • Uploaded by: syakier mahmud
  • 0
  • 0
  • March 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View 8. Modul Pimk2033r Pentaksiran Pendidikan Islam as PDF for free.

More details

  • Words: 18,237
  • Pages: 109
Loading documents preview...
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN LEPAS IJAZAH MOD KURSUS DALAM CUTI (KDC) PIMK2033R PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 1-3, BLIK 2250 JALAN USAHAWAN 1 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa mulai November 2015 Kemas Kini Ogos 2017

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

November 2016 Kementerian Pendidikan Malaysia Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apaapa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.

KANDUNGAN MUKA SURAT 2

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

ii

Falsafah Pendidikan Guru

Ii

Notis Hak Pengarang

Iii

Kandungan

iv – vii

Panduan Pelajar

viii – ix

Pengenalan

X

Agihan Tajuk

xi - xiv

UNIT 1

KONSEP ASAS PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM

1

1.1 Konsep Pengujian, Pengukuran, Penilaian dan Pentaksiran 1.2 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 1.3 Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA) 1.4 Jadual Tindakan Pelaksanaan Ujian PAFA (SR)

UNIT 2

PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

26

2.1 Pentaksiran Berasaskan Sekolah 2.2 Penilaian Perkara Asas Fardu ’Ain (PAFA) 2.3 Dokumen Standard Prestasi 2.4 Kerangka Standard Prestasi UNIT 3

JENIS DAN BENTUK PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

42

3.1 Jenis-jenis pentaksiran

40

3.2 Bentuk-bentuk pentaksiran 3.3 Pentaksiran mengikut bidang

3

UNIT 4

PEMBINAAN JSU DAN ITEM UJIAN

71

4.1 Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) 4.2 Item Ujian 4.3 Peraturan Pemarkahan 4.4 PenyeIarasan dan integriti UNIT 5

ANALISIS ITEM DAN PENSKORAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

90

5.1 Statistik Asas 5.2 Indeks Kesukaran 5.3 Indeks Diskriminasi 5.4 Kesahan dan Kebolehpercayaan Item UNIT 6

PELAPORAN UJIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

6.1 Tujuan Pelaporan

6.2 Kaedah Pelaporan 6.3 Bentuk Pelaporan

6.4 Contoh Pelaporan Rujukan Panel Simbol

PANDUAN PELAJAR

4

111

PENGENALAN Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu pelajar menguruskan pembelajaran agar lebih berkesan. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan matlamat dan gaya pembelajaran terkini.

PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran yang akan ditempuhi. Pembelajaran arah kendiri berkesan jika pelajar dapat menentukan sasaran yang hendak dicapai. Ianya dibentuk agar pelajar mempunyai autonomi dan bertanggung jawab ke atas pembelajaran sendiri.

SASARAN KURSUS Pelajar Program Diploma Pendidikan Lepas Ijazah (PDPLI) yang mendaftar dengan Institut Pendidikan Guru (IPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP) Berdasarkan standard IPG KPM dan MQA pelajar perlu mengumpulkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Bagi kursus PDPLI SR/SM yang dilaksanakan dalam mod Kursus Dalam Cuti (KDC), diperuntukan 60% daripada Jumlah Pembelajaran Pelajar adalah bersemuka, manakala 40% adalah Jumlah Pembelajaran Pelajar pembelajaran kendiri.

SUSUNAN UNIT MODUL Modul ini ditulis dalam susunan Unit. Setiap unit mempunyai lima eleman asas yang konsisten: 1. 2. 3. 4. 5.

Hasil Pembelajaran Unit Sinopsis Kandungan Unit Penulisan berkaitan kandungan unit Refleksi/ Latihan

Pelajar boleh berbincang dengan pensyarah atau rakan pelajar melalui email atau alat media yang sesuai jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini.

IKON

5

Pelajar akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian pelajar agar pada sekali imbas pelajar akan tahu apa yang harus dibuat. PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN Pelajar juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti. Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam RMK yang pelajar pelajari secara interaksi bersemuka dan modul.

PENGENALAN

6

Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat menguasai ilmu berkaitan pentaksiran dalam Pendidikan Islam untuk diaplikasikan daalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah.

Hasil Pembelajaran 1. Menjelaskan konsep dan tujuan pentaksiran dalam Pendidikan Islam Sekolah Rendah dengan merujuk kepada pelbagai sumber. 2. Menganalisis secara terperinci bidang-bidang pembelajaran berasaskan standard prestasi. 3. Menghuraikan jenis dan bentuk pentaksiran mengikut Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Islam. 4. Membina jadual spesifikasi ujian (JSU), item ujian dan peraturan pemarkahan mengikut aras taksonomi Bloom secara berkumpulan. 5. Menghuraikan kaedah analisis item dan pelaporan dalam pentaksiran Pendidikan Islam mengikut kaedah yang ditetapkan.

7

AGIHAN TAJUK Panduan Kepada Pengguna Modul ini dibina berdasarkan Ringkasan Maklumat Kursus (RMK). Sejumlah 60% dari tajuk tertentu dalam RMK diajar kepada pelajar melalui interaksi bersemuka dan 40% lagi diajar melalui modul. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk interaksi bersemuka dan pembelajaran melalui modul.

JUMLAH JAM PEMBELAJARAN

TAJUK/ TOPIK

MODUL 40% (18j)

BERSEMUKA 60% (27j)

1. Konsep Asas Pentaksiran Pendidikan Islam : • • • • •

Konsep Pengujian, Pengukuran, Penilaian dan Pentaksiran. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Perkara Asas fardhu Ain (PAFA). Tujuan Pentaksiran Ciri-ciri Pentaksiran - Kesahan - Kebolehpercayaan - Keobjektifan - Kebolehtadbiran.

6

2

4

2. Pentaksiran dalam Kurikulum Pendidikan Islam : •





Bidang Pembelajaran - Penguasaan Ilmu - Penguasaan Kemahiran - Penghayatan dan Amalan Pernyataan Standard Prestasi - Band - Standard - Deskriptor - Evidens Tahap Kemahiran Aras 1-6 - Ilmu, - Amali - Amalan - Iltizam - Penghayatan - Pentabiatan.

9

8

4

5

TAJUK/ TOPIK

JUMLAH JAM PEMBELAJARAN

MODUL 40% (18j)

BERSEMUKA 60% (27j)

9

4

5

9

3

6

6

3

3

3. JENIS DAN BENTUK PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM : • Jenis-jenis pentaksiran - formatif - sumatif • Bentuk-bentuk pentaksiran - lisan - tulisan - pemerhatian - atas talian. • Pentaksiran mengikut bidang. - al-Quran - al-Hadis - Aqidah - Ibadah - Sirah - Adab - Jawi 4. Pembinaan JSU dan Item Ujian : •



• •

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) - kepentingan - komponen - langkah penyediaan. Item Ujian - item objektif - item struktur - item esei. Peraturan Pemarkahan PenyeIarasan dan integriti.

5. Analisis Item dan Penskoran Pentaksiran Pendidikan Islam •

• • •

Statistik Asas - skor mentah - min, median, mod - sisihan piawai Indeks Kesukaran Indeks Diskriminasi Kesahan dan Kebolehpercayaan Item

9

JUMLAH JAM PEMBELAJARAN

MODUL 40% (18j)

BERSEMUKA 60% (27j)

Tujuan Pelaporan - prestasi murid, - prestasi matapelajaran. Kaedah Pelaporan Bentuk Pelaporan Contoh Pelaporan - manual, - atas talian.

6

2

4

JUMLAH

45 JAM

18 JAM

27 JAM

TAJUK/ TOPIK 6.

Pelaporan Ujian dalam Pendidikan Islam • • • •

10

UNIT 1

KONSEP ASAS PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM

HASIL PEMBELAJARAN UNIT Di akhir topik ini, pelajar dapat : 1. Mengenalpasti dan menghuraikan konsep dan tujuan pengujian, pengukuran, penilaian dan pentaksiran. 2. Menganalisis ciri-ciri kesahan, kebolehpercayaan, keobjektifan dan kebolehtadbiran

SINOPSIS Kursus ini membincangkan konsep asas pentaksiran Pendidikan Islam yang meliputi pengujian, pengukuran, penilaian dan pentaksiran. 1.

KANDUNGAN UNIT 1: Konsep Asas Pentaksiran Pendidikan Islam : 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5

1.1

Konsep Pengujian, Pengukuran, Penilaian dan Pentaksiran. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Perkara Asas fardhu Ain (PAFA). Tujuan Pentaksiran Ciri-ciri Pentaksiran - Kesahan - Kebolehpercayaan - Keobjektifan - Kebolehtadbiran.

Konsep Pengujian, Pengukuran, Penilaian dan Pentaksiran.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

11

Pendahuluan Penilaian memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita. Contohnya sebelum anda dianugerahi Ijazah Perguruan, anda akan diuji dan dinilai dari aspek teori dan amali.

Kita sebagai guru juga sentiasa menanya soalan-soalan seperti :Sejauh

manakah pelajar kita bersedia untuk pelajaran berikut? Sejauh manakah pelajar mencapai kehendak-kehendak minima kursus tersebut? Apakah jenis-jenis kesukaran pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar?

Untuk menjawab soalan-soalan tersebut, kita harus mengumpul maklumat sesuai tentang pelajar. Akan tetapi pernahkah anda bertanya bagaimana ini boleh dilakukan? Pengukuran, pengujian dan penilaian amat berbeza dan ramai di antara kita kurang dapat menghuraikan perbezaannya. Dalam tajuk ini, kita akan membincangkan perbezaan antara pengukuran, pengujian dan penilaian.

1.1 Pentaksiran ,pengukuran, pengujian dan penilaian 1.1.1 Pentaksiran Pentaksiran di bilik darjah bermaksud proses mengumpulkan dan menafsirkan maklumat

tentang

pelajar

untuk

membuat

keputusan-keputusan

yang

dapat

meningkatkan pembelajaran dan pengajaran. Tujuan umum penaksiran di bilik darjah ialah untuk mengintegrasikan pengukuran

dan

penilaian

dengan

pengajaran

sehingga

meningkatkan

mutu

pembelajaran dan pembelajaran. Tujuan ini adalah berbeza daripada tujuan amalan pengukuran dan penilaian tradisional, di mana tujuan ujian dan peperiksaan adalah sekadar untuk mengetahui “ apa “ yang berjaya dicapai oleh pelajar dan menetapkan gred pencapaian.

Lantas ujian dan peperiksaan hanya penting diadakan di akhir

sesuatu unit pelajaran atau di penghujung semester. Akan tetapi penaksiran di bilik 12

darjah adalah untuk mendapat maklumat bagi mengukuhkan pembelajaran dan pengajaran. Untuk itu mengumpulkan maklumat perlu dilakukan dalam setiap langkah penagajaran, iaitu sebelum, semasa dan di akhir pengajaran. Rumusannya ialah penaksiran di bilik darjah bertujuan membantu guru untuk mengukur dan menilai keduadua aspek pembelajaran dan pengajaran iaitu produk dan proses pembelajaran dan pengajaran. Untuk menterjemahkan tujuan tersebut secara konkrit dalam amalan di bilik darjah proses penaksiran perlu dirancang, dilaksanakan dan dinilaikan dengan teliti. Semasa merancangkannya guru perlu memberi pertimbangan sama

ada usaha itu

dapat menghasilkan jawapan yang positif kepada soalan-soalan berikut ; 1. Adakah proses penaksiran yang dirancangkan bertujuan utuk memperbaiki prestasi pelajar dan tidak sekadar untuk mengaudit tingkat pencapaian ? 2. Adakah proses penaksiran itu berpotensi mengukur dan menilai sesuatu prestasi secara meluas dan mendalam ? 3. Adakah penaksiran itu mampu mengesan perubahan dan kemajuan pencapaian ? 4.Adakah maklumat yang dikumpulkan dapat digunakan untuk mengenalpasti kelemahan-kelemahan pembelajaran dan pengajaran secara konkrit ? Selain dari itu, Pentaksiran di bilik darjah dikenali juga sebagai proses mengumpulkan maklumat tentang pembelajaran dan pengajaran secara berterusan. Proses ini melibatkan dua aktiviti yang dikenali sebagai Pengukuran dan Penilaian.

1.1.2 Pengujian Pengujian adalah satu alat atau prosedur bagi mengukur satu sampel tingkah laku. Ia terdiri daripada satu set terpiawai soalan-soalan atau tugasan yang berkehendakkan murid memberi satu set tindakbalas. Calon ujian mungkin diminta menyelesaikan sesuatu masalah seperti mendefinisikan sesuatu perkataan, menyusun ayat-ayat alQur’an, menyatakan dalil atau hujjah sesuatu kenyataan dan sebagainya. Ujian merupakan alat pengukuran yang membenarkan kita mengukur pencapaian pelajar khususnya dalam bentuk markah. Pengujian menjelaskan tentang berapa baguskah prestasi individu tertentu.

Maksud terpiawai ialah semua prosedur telah dinyatakan awal dan semua pelajar dalam sesuatu kumpulan diuji dengan soalan atau masalah yang sama dan dengan cara yang sama di samping mendapat arahan yang sama. Skor atau markah yang diperolehi hasil daripada jawapan kepada sesuatu ujian adalah sebagai indikator numerik tentang 13

prestasi pelajar. Markat dalam bentuk numerik diperlukan kerana ketepatannya selain analisis boleh dilaksanakan dan ini akan membantu dalam membuat sesuatu keputusan.

Berikut adalah antara tujuan pengujian: a) Mengesan pencapaian hasil pembelajaran yang telah diperolehi. b) Mengesan kemajuan yang telah dicapai tentang pencapaian hasil-hasil pembelajaran yang lain. c) Mengesan masalah-masalah yang dihadapi oleh calon ujian.

Proses pengujian biasanya dimulakan dari peringkat persediaan soalan, kemudian peringkat pelaksanaan dan seterusnya peringkat pemeriksaan. Melalui proses pengujian guru dapat mengesan sejauh mana murid dapat menguasai satu-satu kemahiran yang telah dipelajari.

Proses pembelajaran murid tidak berakhir dengan menamatkan pelajaran oleh para guru sahaja, malah di akhir sesuatu ujian pihak guru seharusnya mengetahui sejauh mana sesuatu pelajaran itu telah diterima oleh pelajar mereka. Justeru, penilaian sangat penting dalam konteks pembelajaran. 1.1.3 Pengukuran

Pengukuran merupakan suatu proses mendapatkan penjelasan secara numerik untuk menentukan setakat manakah individu mempunyai ciri-ciri tertentu yang disukat dengan menggunakan alat. Dalam pendidikan, pengukuran mengukur secara kuantitatif peringkat atau tahap pencapaian pembelajaran murid dan keberkesanan pengajaran guru. Pada lazimnya, guru menggunakan alat pengukuran

yang mungkin terdiri

daripada ujian, soal selidik, senarai semak, inventori atau sesuatu skala. Pengukuran adalah terhad kepada huraian kuantitatif dan tidak termasuk huraian kualitatif atau membuat keputusan. Ia tidak bersifat mutlak, bergantung kepada keobjektifan, kesahan dan kebolehpercayaan alat ukur.

Fungsi pengukuran adalah seperti berikut : a) Mengesan hasil-hasil pembelajaran yang telah dicapai. b) Mengesan jenis-jenis kemahiran yang diperolehi. c) Mengesan

kemajuan-kemajuan

yang

telah

dicapai

dalam

aspek-aspek

pembelajaran yang lain. d) Mengesan jenis-jenis masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid-murid 14

e) Bagi mendapatkan maklumat untuk : i.

Bimbingan.

ii.

Kecekapan guru.

iii.

Rekod prestasi dan profil murid, khususnya sebagai maklum balas kepada murid dan ibu bapa.

Pengukuran dalam bidang pendidikan biasanya dijalankan dalam dua tahap. Tahaptahap ini adalah seperti berikut (Sharifah Alwiah Alsagoff, 1986): a) Menempatkan pangkatan murid mengikut pencapaian mereka seperti memilih 10 orang murid yang terbaik daripada satu darjah dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Untuk ini, guru memerlukan alat pengukuran yang dapat membeza dan menempatkan kedudukan murid dari segi kebolehan Pendidikan Islam. Untuk pengukuran di tahap ini, guru tidak perlu mengetahui sebanyak mana pengetahuan Pendidikan Islam bagi setiap 10 orang murid terbaik itu atau perbezaan kebolehan Pendidikan Islam bagi 10 orang murid yang terpilih berbanding dengan murid-murid lain. Skala yang digunakan di tahap ini ialah skala urutan sahaja (skala ordinal). b) Di tahap kedua, khususnya untuk kegunaan analisa perangkaan. Pengukuran jenis ini menggunakan skala selang. Guru harus menyediakan ujian yang memberi unit markah yang sama besarnya (seperti 100% dan di tahap 1% adalah sama berat nilainya). Dari maklumat seperti ini, kesemua murid bukan sahaja dapat diberi pangkatan, malahan perbezaan antara murid dapat dikira. 1.1.4 Penilaian Penilaian ditakrifkan sebagai proses sistematik yang digunakan untuk mengumpul, menganalisis dan menginterpretasi maklumat perubahan tingkahlaku berdasarkan data kuantitatif dan kualitatif. Ia melibatkan proses menentu, mendapat dan memberikan maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan mengenai tindakan selanjutnya. Dalam konteks pendidikan, penilaian adalah suatu sistem atau proses yang meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya, seperti merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya dengan cara yang lebih berkesan. Tujuan Penilaian dilaksanakan untuk mendapatkan gambaran tentang kemajuan pembelajaran murid di samping memberi maklum balas tentang keberkesanan pengajaran guru. 15

Melalui penilaian, guru dapat : a) mengesan perkembangan murid secara menyeluruh; b) mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran lebih awal dari semasa ke semasa; c) mengetahui keberkesanan pengajarannya; d) merancang dan mengubahsuai pengajarannya; dan e) menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta-merta.

Penilaian yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat awal lagi supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun seterusnya. Di samping itu kekuatan murid yang telah menguasai pula diperkukuh dan diperkaya. Melalui aktiviti tindakan susulan yang berkesan guru dapat membantu murid meningkatkan kemajuannya dalam pembelajaran dan seterusnya memperoleh pencapaian cemerlang dalam penilaian di peringkat pusat.

Proses penilaian melibatkan melibatkan tiga langkah berikut: a) Mendapatkan maklumat melalui cara mengukur. b) Menetapkan suatu kriteria bagi pengukuran. c) Membuat sesuatu pentaksiran atau pertimbangan tentang hasil pengukuran. Prosedur penilaian mengandungi aspek-aspek pengujian, pengukuran, penganalisaan dan penyimpulan. Berikut adalah lima prosedur penilaian secara ringkas: a) Peringkat persediaan ujian. b) Peringkat pentadbiran ujian. c) Peringkat pemeriksaan dan pengukuran. d) Peringkat analisis. e) Peringkat interpretasi dan tindakan.

Dari segi konsep, penilaian merupakan konsep yang paling luas dan gambarannya boleh dilihat seperti rajah berikut:

Pentaksiran Pengujian

Penila ian

Pengukuran

Pengukuran

16 Penilaian

Rajah 1.1 Perhubungan di antara penilaian, pengukuran, pengujian dan pentaksiran.

1.2

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Pentaksiran Berasaskan Sekolah atau singkatannya PBS ialah satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan kurikulum kebangsaan Malaysia. Pentaksiran ini merupakan sesuatu yang agak baharu dalam pendidikan di Malaysia, yang selaras dengan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Ia memainkan peranan penting bagi tujuan melahirkan murid-murid yang seimbang dalam pelbagai aspek. Pentaksiran adalah komponen penting dalam pendidikan kerana ia memberi maklumat mengenai perkembangan murid kepada guru, ibubapa dan murid itu sendiri. Hasil pentaksiran boleh membantu guru menilai kaedah pengajaran dan aktiviti yang dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kementerian prihatin terhadap dakwaan bahawa sistem pendidikan Negara terlalu berpaksikan peperiksaan. Justeru, Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 17 Disember 2010 telah bersetuju supaya Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dilaksanakan sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Pendidikan. PBS merupakan satu usaha untuk membangunkan modal insan secara holistik melalui penekanan terhadap penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif dan pengamalan nilai, etika serta moral yang tinggi seperti tercatat di dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), Pelan Integriti Nasional (PIN) dan seperti yang dihasratkan dalam Misi Nasional.

17

PBS mula dilaksanakan di Sekolah Rendah pada tahun 2011 dan diperkenalkan di peringkat Sekolah Menengah pada tahun 2012. Justeru pada tahun 2016 murid-murid sekolah rendah akan menduduki UPSR yang telah ditambahbaik. Pada tahun 2014 pula PMR akan dilaksanakan sepenuhnya dalam bentuk PBS.

Komponen Pentaksiran

Komponen PBS terdiri daripada dua kategori iaitu akademik dan bukan akademik. Kategori akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP), manakala kategori bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Kedua-dua kategori ini memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah.

18

1.2.1 Pentaksiran Sekolah Pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru sekolah yang berkenaan. 1. Pentaksiran formatif dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran(P&P). Contoh instrumen yang boleh digunakan ialah lembaran kerja,pemerhatian,kuiz,senarai semak,laporan tugasan,tugasan rumah dan ujian. 2. Pentaksiran sumatif dijalankan pada akhir setiap unit pembelajaran, penggal, bulan dan tahun. Pentaksiran Sumatif berfungsi sebagai pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning).

1.2.2 Pentaksiran Pusat Pentaksiran

yang

ditadbir,

diperiksa,

direkoddi

peringkat

sekolaholeh

guru

berdasarkanperaturan pentaksiran, instrumen pentaksiran, tugasan, garis panduan, peraturan penskoran dan penggredan dikeluarkan oleh LP dalam tempoh yang ditetapkan mengikut mata pelajaran.Pelaporan dikeluarkan LP.

1.2.3 Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum Pentaksiran yang ditadbir, direkod dan dilaporkan di peringkat sekolaholeh guru berdasarkan penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam aktivitisukan, kokurikulum dan ekstra kurikulum. Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan(SEGAK) dan Body Mass Index(BMI) dilaksanakan untuk menilai dan melaporkan aktiviti fizikal murid.

19

1.2.4 Pentaksiran Psikometrik Pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah dan/atau pusat untuk mengukur kebolehan (innate abilitydanacquired ability),kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid. Pentaksiran ini tidak berasaskan kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran.

Band, Penilaian Gred Baharu Dalam PBS pencapaian murid dilaporkan berdasarkan band dan bukan lagi sebagai skor mentah seperti 81% atau pun gred A,B,C,D. Di Band 1, murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi maklum balas terhadap perkara yang asas contohnya bagi Matematik murid di Band 1 mampu mengenal angka 1,2,3 ....

Di Band 2, murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari contohnya murid tahu dan faham nilai angka seperti 24 lebih banyak dari 10 dan 55 kg lebih berat daripada 48 kg. Di Band 3, murid boleh menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi. Bagi matematik Band 3 menunjukkan murid telah menguasai operasi mudah tambah, tolak, darab dan bahagi. Murid yang telah mencapai Band 3 dianggap telah menguasai kemahiran asas dalam subjek tersebut. Di Band 4, murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, seperti tertib atau melaksanakan sesuatu mengikut prosedur dan secara sistematik seperti menyelesaikan operasi tolak dengan mendahulukan rumah ’sa’.

20

Di Band 5, murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab pada situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif. Bagi matematik murid yang mencapai Band 5 mampu menyelesaikan masalah seperti Berapa biji telurkah yang boleh dibeli oleh Ali dengan wang RM10.00 jika sebiji telur berharga 20 sen? Dan akhir sekali, di Band 6, murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal. Di Band 6 murid boleh membuat keputusan dalam masalah seperti membuat pilihan di antara kemeja biru yang berharga RM30.00 tetapi diberi diskaun 50% dan baju tawaran terbaik (best buy) yang sama kualiti dengan harga RM20.00.

Band 3 boleh disamatarafkan dengan gred lulus. Justeru guru perlu merangka aktiviti pemulihan bagi membantu murid mencapai Band minima 3. PBS memberi autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran berdasarkan kesediaan murid. PBS membantu guru dan murid mengenalpasti kekuatan dan kelemahan murid semasa pengajaran dan pembelajaran berjalan. Sehubungan dengan itu guru bolehlah menyesuaikan aktiviti pengayaan atau pemulihan mengikut keperluan murid. Wajar diingat bahawa PBS tidak membandingkan murid dengan murid lain. Sebaliknya kejayaan murid diukur bersandarkan Standard yang harus dicapai di sesuatu tahap pembelajaran. Adalah diharapkan dengan cara ini tekanan ke atas murid dan guru dapat dikurangkan kerana murid tidak dibandingkan dengan kumpulan yang lebih cerdas atau terpaksa menunggu rakan lain yang belum menguasai sepenuhnya sesuatu kemahiran yang diajar untuk maju. Sekiranya dilaksanakan dengan baik dan terancang PBS bakal mewujudkan persekitaran yang harmonis dalam kelas untuk untuk perkembangan individu.

21

1.3 Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA) Perkara Asas Fardu Ain (PAFA) ialah beberapa perkara yang terpenting dari Fardu Ain yang berkaitan dengannya, yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam. PAFA hendak dipastikan supaya tiap-tiap murid/pelajar benar-benar mengetahui, memahami dan boleh mengamalkannya dengan cara yang betul dan sempurna sebagaimana yang ditetapkan oleh syarak.

Penilaian PAFA Sek.Rendah

Tujuan

Pelaksanaa n

Peraturan

1.3 1 Tujuan PAFA •

Mengenalpasti murid/pelajar yang lemah dalam kefahaman dan amalan Perkara Asas Fardu Ain, kemudian membimbing sehingga mereka dengan sendirinya faham dan dapat mengamalkan dengan betul dan sempurna.



Mempastikan tidak terdapat sebarang keciciran dalam Perkara Asas Fardu Ain. Dengan perkataan lain, menentukan kejayaan 100%.



Menimbulkan dan menyuburkan keinsafan dan kerelaan yang positif untuk menghayati amalan kehidupan sehari-hari.

1.3.2 Peraturan PAFA •

Penilaian Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA) dijalankan dalam ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), dan Peperiksaan Penilaian PAFA Sek.Rendah

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Tujuan

22

Peraturan

Pelaksanaan



Penilaian Perkara Asas Fardu Ain (PAFA) dikendalikan sepenuhnya oleh sekolah.



Penilaian dijalankan sendiri oleh guru mata pelajaran Pendidikan Islam di kelas masing-masing sebagai proses penilaian biasa dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P).



Penilaian dijalankan secara lisan dan amali mengikut sebagaimana yang telah ditetapkan.



Soalan dan jawapan penilaian adalah sebagaimana yang telah ditetapkan dalam laman web ini. Soalan dan jawapan tersebut tidak rahsia. Murid-murid hendaklah diberitahu lebih awal.



Tempuh

penilaian

bermula

dari

hari

pertama

pada

penggal

pertama

persekolahan dalam tahun peperiksaan berkenaan, dan berakhir sebulan sebelum tarikh peperiksaan bertulis dijalankan. •

Sepanjang tempuh penilaian tersebut, murid hendaklah diberi masa, peluang dan bimbingan yang secukupnya untuk mengulang, memperbetulkan dan memperbaiki kesalahan dan kelemahan sehingga mereka dengan sendirinya faham dan dapat mengamalkan sesuatu kelemahan dengan jaya, betul dan sempurna.



Pencapaian murid hendaklah dicatat dari masa ke semasa secara kemaskini dalam Borang Individu dan Borang Berkelompok. Catatan tersebut adalah rekod bagi proses dan keputusan penilaian yang dicapai oleh murid/pelajar.



Suatu penyetaraan akan dijalankan oleh Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri/ Bahagian/ Daerah sebagai sebahagian dari tugas penyeliaan harian biasa. Penyetaraan adalah untuk tujuan pengesahan dan pelaporan penilaian. 23



Pencapaian LULUS dalam sesuatu KOD/TAJUK ialah apabila murid faham dan dapat mengamalkan kemahiran sekurang-kurangnya pada tahap keupayaan yang PALING MINIMUM sekira-kira 'SAH' di segi Syara'.



Murid /Pelajar diakui LULUS dalam keseluruhan penilaian Perkara Asas fardu Ain apabila mereka berjaya memahami dan mengamalkan semua KOD/TAJUK soalan yang ditetapkan.



Pihak sekolah hendaklah melaporkan keputusan penilaian kepada Lembaga Peperiksaan Kementerian Penidikan menurut prosedur biasa yang ditetapkan.



Kementerian Pendidikan akan melaporkan pernyataan 'LULUS' atau 'GAGAL' dalam keputusan atau sijil peperiksaan. Pernyataan tersebut tidak mengubah atau menjejaskan sistem penggredan dan aggregat keputusan peperiksaan yang sedang berjalan sekarang.

1.3.3 Pelaksanaan PAFA Pelaksanaan PAFA adalah berdasarkan kepada surat pekeliling berikut: •

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 4/1994 : Penilaian Perkara Asas Fardu ’Ain (PAFA) Dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), dan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bertarikh 12 Mac 1994 bersamaan 29 Ramadhan 1414H.

Surat Pekeliling Ikhtisas ini adalah untuk memaklumkan bahawa Perkara Asas Fardu ’Ain akan dinilai dan dilaporkan dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), dan Peperiksaan Sijil Pelajaran

24

Malaysia (SPM), mulai Sesi 1994/1995. Perkara Asas Fardu ’Ain tersebut adalah seperti berikut :

Bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) ialah :

(a) Mengucap Dua Kalimah Syahadah (b) Rukun Iman (c) Rukun Islam (d) Beristinjak (e) Membersihkan diri, pakaian dan tempat daripada najis (f) Berwuduk (g) Mandi Wajib (h) Solat Fardu, termasuk Azan, Iqamah, menjawb Azan dan Iqamah, serta Doa selepas Azan dan Iqamah (i) Puasa : Dalam aspek niat, perkara-perkara yang membatalkan puasa dan hikmat (j) Adab terhadap ibu bapa (k) Ihsan

● SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 17/2002 : PELAKSANAAN PENILAIAN PERKARA ASAS FARDHU AIN (PAFA) DI SEKOLAH KEBANGSAAN DAN SEKOLAH MENENGAH bertarikh 3 Disember 2002. Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan bahawa Penilaian PAFA yang sedang dilaksanakan di sekolah mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1994 : Penilaian

Perkara Asas Fardhu ’Ain (PAFA) Dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bertarikh 12 Mac 1994 telah disemak semula. Penilaian PAFA Semakan

ini

akan

dilaksanakan

serentak

dengan

Pelaksanaan

Kurikulum

Pendidikan Islam KBSR/KBSM Semakan bermula sesi Persekolahan 2003. Bagi menyelaras pelaksanaan dan menentukan keberkesanan penilaian tersebut, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan tiga buah buku panduan berikut:

25

2.1 Buku Panduan dan Rekod Pencapaian Penilaian Perkara Asas Fadhu Ain (PAFA) UPSR; 2.2 Buku Panduan dan Rekod Pencapaian Penilaian Perkara Asas Fadhu Ain (PAFA) UPSR/PMR/SPM; dan 2.3 Buku Panduan dan Rekod Pencapaian Penilaian Perkara Asas Fadhu Ain (PAFA) PANDUAN GURU.

Setiap murid Islam dan Guru Pendidikan Islam harus memiliki buku berkaitan. Sekiranya murid berpindah ke sekolah lain mereka hendaklah membawa bersama buku tersebut dan menyerahkan kepada guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam dikelasnya. Murid dan guru boleh membeli buku tersebut di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

atau

cawangan-cawangannya.

Setiap

sekolah

hendaklah

memiliki

sekurangkurangnya satu set buku-buku tersebut sebagai rujukan. Soalan yang akan ditanya semasa penilaian PAFA adalah tidak rahsia. Semua murid mesti lulus 100% kod-kod yang telah ditetapkan. Guru boleh menilai keupayaan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan pada bila-bila masa setelah murid bersedia. Guru bertanggungjawab membimbing secara berterusan dan mempastikan mereka menguasai setiap kod yang ditentukan. Surat Pekeliling Ikhtisas ini hendaklah dibaca bersama dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1994 : Penilaian Perkara Asas Fardhu ’Ain (PAFA) Dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bertarikh 12 Mac 1994. APA YANG HENDAK DICAPAI OLEH PAFA? Melalui P&P, perkara yang hendak dicapai oleh setiap murid/pelajar ialah: 1. Boleh mengucap Dua kalimah syahadah dengan betul serta mengetahui dan memahami maknanya. 2. Mengingat dan memahami Rukun Islam dan Rukun Iman.

26

3. Mengetahui, memahami dan boleh mengamalkan cara menyucikan tubuh badan, pakaian, tempat daripada najis, berwuduk, mandi wajib dan tayammum. 4. Boleh mendidikan solat fardu dan yang berkaitan dengannya seperti azan, iqamah, menjawab azan dan iqamah serta do’anya. 5. Menghayati ibadat puasa, memahami hikmahnya dan perkara-perkara yang membatalkan puasa., 6. Mengetahui dan menghayati akhlak yang mulia yang berasaskan ‘ihsan’ dan bermula dari ‘birru al-walidain’. 7. Memahami dan meyakini sistem kekeluargaan Islam dalam pembentukan ummah yang kuat dan teguh.

1.3.4 Struktur Pelaksanaan PAFA Sekolah Rendah: •

Tahun 1 : Jun – Oktober



Tahun 2 – 5 : Januari – Oktober



Tahun 6 (UPSR): Januari – Julai

Kemaskini Borang Berkelompok: •

Mac



Jun

27

1

2 3

4

5

6

7

Penyediaan Fail PAFA (borang berkelompok) Pelaksanaan PAFA 3.1 Tahun 1 3.2 Tahun 2-5 3.3 Tahun 6 Kemaskini borang berkelompok



√ √







√ √ √

√ √ √

OKt

Sept

√ √ √

√ √

√ √

√ √



√ √

√ √

√ √



Menghantar keputusan penuh PAFA/ Disket ke Unit/ Bahagian Peperiksaan (JPN) Mengemaskini rekod pencapaian individu murid yang akan berpindah sekolah baru (sekiranya ada) Penyetaraan daripada Kementerian/JPN/ Bahagian/ Daerah

Ogos

Julai

Jun

Mei

Apr

Tindakan

Memastikan murid memiliki buku panduan penilaian PAFA

Feb

Jan

Bil

Mac

Jadual Tindakan Pelaksanaan Ujian PAFA (SR)























Mengikut taqwim pihak berkenaan

Agihan Kod PAFA (SR)

TAHUN

1

2

3

KOD DINILAI

TAJUK

01 02 03 04 05

Mengucap Dua Kalimah Syahadah Rukun Islam Rukun Iman Beristinjak Membersihkan diri, pakaian dan tempat dari najis

06 07 08 09 10

Cara Berwudhuk Cara Bertayammum (SM) Cara Mandi Wajib Azan dan iqamah serta jawapan dan doa selepasnya Solat Fardhu

11 12

Solat Jenazah (SM) Puasa 28

Catat an

4

5

1.4

13 15 16 17

Adab Terhadap Ibu bapa Ihsan Kewajipan Menutup Aurat (SM) Batas Pergaulan Dalam Islam (SM)

01 02 03 04 05 06 07 08 09

Mengucap dua kalimah syahadah Rukun Islam Rukun Iman Beristinjak Membersihkan diri, pakaian dan tempat dari najis Cara Berwuduk Cara Bertayammum (SM) Cara mandi wajib Azan dan Iqamah serta jawapan dan doa selepasnya

10 11 12 13 14 15 16 17 15

Solat Fardhu Solat Jenazah (SM) Puasa Adab terhadap ibu bapa Perkahwinan (SM) Ihsan Kewajipan menutup aurat (SM) Batas pergaulan dalam Islam (SM) Ihsan

Ciri-ciri Pentaksiran

1.4.1 Kesahan Apakah yang anda faham dengan istilah “kesahan”? Kesahan merujuk kepada takat mana suatu ujian boleh mengukur apa yang sepatut diukur, iaitu, takat mana ujian itu memenuhi objektifnya. Kita akan tanya soalan, “ Adakah ujian itu mengukur apa yang ia sepatutnya diukur?” Apakah sebenarnya kesahan? Pertama, ia merujuk kepada kesesuaian interpretasi keputusan sesuatu ujian atau alat penilaian untuk satu-satu kumpulan individu, bukan alat itu sendiri. Kedua, ia merupakan suatu anggaran darjah. Ia paling sesuai dianggap dalam bentuk kategori-kategori yang menentukan darjah, seperti kesahan sederhana dan kesahan rendah. Ketiga, ia

kesahan tinggi,

spesifik terhadap kegunaan

tertentu atau interpretasi. Tiada ujian yang sah untuk semua tujuan. Sebagai contoh, keputusan-keputusan suatu ujian matematik mungkin mempunyai darjah kesahan yang tinggi dalam menentukan kemahiran komputer, satu darjah kesahan yang rendah untuk penaakulan matematik dan darjah kesahan yang sederhana untuk meramalkan kejayaan dalam seni atau muzik.

29

Jenis Jenis Kesahan Ujian Pada asasnya, terdapat lima jenis kesahan ujian. Antara berikut adalah: (i)

Kesahan muka

(ii)

Kesahan kandungan

(iii) Kesahan ramalan (iv) Kesahan serentak (v)

Kesahan konstruk

Bolehkah anda membezakan antara setiap jenis kesahan ujian? Ia

penting untuk

mengetahui apakah jenis kesahan dan cara-cara yang boleh digunakan

untuk

mempastikan setiap jenis kesahan.

(i)

Kesahan Muka

Kesahan muka merujuk kepada apa yang kerap diperlihatkan atau digunakan sebagai bentuk pengujian. Untuk mempastikan kesahan muka, item-item ujian harus disemak oleh pakar dalam bidang yang diuji. Satu format ujian yang biasa

dan bentuk serupa

digunakan.

(ii)

Kesahan Kandungan

Ini adalah proses menentukan setakat

mana satu set tugasan ujian menyediakan

sampel relevan dan mewakili sampel domin tugasan yang mana interpretasi skor ujian dibuat. Bagaimana ini boleh dilakukan?

Dalam ujian bilik darjah, domin pencapaian tugasan-tugasan ditentukan oleh pengajaran dan pembentukan ujian melibatkan (a) menentukan dengan jelas domin item/tugasantugasan yang relevan untuk diuji dan (b) membina atau memilih satu set yang mewakili item/ tugasan ujian. Oleh itu, untuk memperoleh satu ukuran hasil pembelajaran yang sah, kita beralih dari pengajaran (apa yang telah diajar) kepada domin pencapaian (apa yang patut diuji) dan akhirnya ujian itu sendiri ( satu sampel mewakili item/tugasan relevan). Justeru, kesahan kandungan berlaku semasa pembentukan ujian. Ia

dapat dicapai

dengan penyediaan spesifikasi ujian yang terperinci dan kemudian membina satu ujian yang menepati spesifikasi tersebut. Adakah anda setuju? 30

(ii)

Kesahan Ramalan

Apakah kesahan ramalan? Bolehkah anda mengingat kembali jika skor ssuatu ujian yang dibina oleh anda dapat meramal pencapaian atau prestasi pelajar pada masa hadapan? Satu ujian yang mempunyai kesahan ramalan boleh meramal perubahan

seseorang pada masa hadapan. Sebagai contoh,

watak atau

seorang pelajar

matrikulasi yang berjaya dalam peperiksaan SPM/STPM akan juga berjaya dalam peperiksaan matrikulasinya nanti.

Dalam cara ini, ujian yang mempunyai kesahan ramalan boleh digunakan untuk memilih calon untuk sesuatu jawatan dan meramal prestasi akademik pelajar masa hadapan atau kejayaan dalam kerjaya mereka. Untuk memperoleh kesahan ramalan yang tinggi dalam suatu ujian, item-item harus benar-benar menguji kebolehan-kebolehan yang relevan kepada

kemampuan, kemahiran atau

kelayakan yang diperlukan dalam

sesuatu bidang kerja masa hadapan.

(iv)

Kesahan Serentak

Apakah kesahan serentak?

Pernahkah

anda menghadapi situasi di mana anda

membina item-item ujian yang merangkumi

aspek-aspek tertentu

seperti terdapat

dalam latihan harian pelajar, dan anda kemudian dapati bahawa pencapaian ujian mereka hampir serupa dengan latihan-latihan harian? Jika keadaan sebegini, ujian tersebut boleh dikatakan sebagai mempunyai kesahan serentak yang tinggi. Mengapa? Ini kerana item-item ujian dapat mengesahkan pengukuran suatu ciri atau menunjukkan ketekalan dalam pengukuran. Contoh lain termasuklah kesahan serentak yang tinggi untuk ujian Matematiks dan Sains tetapi kesahan serentak yang rendah untuk ujian Matematiks dan Bahasa Inggeris.

(v)

Kesahan Konstruk

Untuk memahami kesahan konstruk, anda harus terlebih dahulu memahami maksud konstruk. Satu

konstruk didefinisikan sebagai kualiti psikologi yang

beberapa aspek tingkah laku.

menerangkan

Contoh-contoh konstruk termasuklah

kreativiti,

kecerdasan, motivasi, keikhlasan, ketabahan, keresahan, kebolehan penaakulan, pemahaman membaca dan watak.

Kesahan konstruk didefinisikan sebagai proses menentukan takat mana prestasi ujian 31

seseorang pelajar boleh diinterpretasi

berdasarkan satu atau lebih konstruk

psikologikal. Ia merupakan suatu darjah di mana seseorang boleh membuat inferens beberapa konstruk dalam suatu teori psikologikal daripada skor ujian.

Bilakah kesahan konstruk penting? Kesahan konstruk penting untuk ujian-ujian yang mengukur ciri-ciri (Konstruk) seperti kecerdasan, motivasi, keasertifan dan sebagainya. Sebagai contoh, seorang guru ingin membina satu ujian kertas dan pensil untuk mengukur kreativiti. Apabila dibina, ujian akan dianggap sebagai mempunyai kesahan konstruk jika skor ujian adalah berhubungkait dengan penghakiman yang dibuat berasaskan pemerhatian tingkah laku yang dikenal pasti sebagai kreatif. oleh teori psikologi.

Jika keputusan ujian tidak mencerminkan konstruk yang diperlukan, maka ia bukan alat yang sah. Sebagai contoh, satu ujian yang dibina untuk mengukur motivasi intrinsik di kalangan pelajar-pelajar tidak dapat diterima sebagai sah jika item-item didapati tidak mengukur motivasi ektrinsik juga.

Bolehkah anda beza kesemua jenis kesahan ujian? Ia penting untuk kita mengetahui bahawa setiap jenis kesahan mempunyai tujian tertentu dan terdapat faktor-faktor yang mempengaruhi kesahan ujian. Apakah faktor-faktor ini? Bolehkah anda menyenaraikan beberapa daripada faktor-faktor tersebut?

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Kesahan Ujian Antara beberapa faktor- faktor, termasuklah yang berikut: •

Arahan yang kurang jelas;



Perbendaharaan kata dan struktur ayat sukar difahami;



Ambiguiti;



Masa yang diberikan tidak mencukupi;



Aras kesukaran item ujian tidak sesuai;



Item-item ujian tidak dibina dengan baik;



Bilangan item yang tidak mencukupi;



Susunan jawapan (item objektif) boleh diramalkan



Kekaburan pernyataan dalam item ujian menyumbang kepada salahtafsiran dan kekeliruan.

32

Adakah anda tahu tentang implikasi-implikasi kesahan ujian? menyediakan bukti konkrit untuk mempastikan

Kesahan ujian boleh

takat di mana ujian-ujian boleh

membekalkan data relevan untuk membuat keputusan masa hadapan berkait dengan tingkah laku-tingkah laku tertentu. Jika kesahan ujian rendah, ujian adalah tidak bermakna dan keputusan tidak mencerminkan kebolehan yang diuji. 1.4.2 Kebolehpercayaan Apakah yang anda faham dengan kebolehpercayaan ujian? Untuk mendefinisikan kebolehpercayaan, kita harus tanya soalan ini - Adakah ujian mengukur apa yang ia sepatutnya mengukur dengan tepat dan tekal? Ketekalan pengukuran adalah penting, iaitu bagaimana konsisten skor-skor ujian atau keputusan-keputusan penilaian antara satu pengukuran dengan yang lain.

Secara ringkas, kebolehpercayaan ujian dirujuk kepada ketekalan prestasi pelajar dalam dua ujian yang sama

yang ditadbir pada masa yang

berlainan. Sebagai contoh,

seorang calon memperoleh 80 markah untuk ujian Matematik dan kemudian memperoleh markah yang sama apabila ujian yang sama ditadbirkan selepas seminggu. Dalam kes ini, ujian dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi.

Mari

kita

memberi

perhatian

kepada

sifat

kebolehpercayaan.

Pertama,

kebolehpercayaan merujuk kepada keputusan yang diperolehi dengan satu instrumen penilaian, bukan kepada instrumen itu. Adalah sesuai untuk menyatakan bahawa kebolehpercayaan “skor ujian” atau “ pengukuran” daripada “ujian” atau “instrumen” Kedua, satu anggaran kebolehpercayaan sentiasa merujuk kepada ketekalan tertentu. Skor-skor ujian boleh dipercayai pada tempoh-tempoh masa yang berlainan terhadap sampel

soalan yang berlainan, pelbagai pemeriksa dan sebagainya. Ketiga,

kebolehpercayaan adalah satu keperluan tetapi bukan satu syarat yang cukup untuk kesahan. Satu ujian yang memberi keputusan yang tidak konsisten tidak mungkin merupakan maklumat sah tentang prestasi yang diukur. Pada satu pihak yang lain, keputusan-keputusan ujian yang konsisten mungkin mengukur sesuatu yang salah atau digunakan dalam cara yang tidak sesuai. Akhirnya, kebolehpercayaan ujian mudah dipengaruhi oleh faktor- faktor seperti emosi, tempat ujian, situasi sekitar, kesihatan, masa dan keselamatan item ujian.

Kaedah-Kaedah menentukan kebolehpercayaan 33

Secara umumnya, terdapat empat cara, iaitu, •

Uji- Ulang uji (test-retest)



Cara bentuk setara (equivalent forms method)



Cara bahagi dua (split half)



Cara Kuder-Richardson

Jika anda berminat untuk belajar tentang setiap kaedah, anda boleh baca bahan bacaan yang relevan. Mari kita menyiasat beberapa faktor yang mempengaruhi kebolehpercayaan. Jika anda berminat untuk belajar tentang setiap kaedah, anda boleh baca bahan bacaan yang relevan. Mari kita menyiasat beberapa faktor yang mempengaruhi kebolehpercayaan.

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Kebolehpercayaan Beberapa faktor yang mempengaruhi kebolehpercayaan termasuk yang berikut: •

Panjang ujian. Semakin panjang ujian semakin boleh dipercayai ujian tersebut. Ini kerana ujian yang lebih panjang akan membekalkan satu sampel soalan yang mencukupi tentang tingkah laku yang diukur, dan skor adalah sesuai dan kurang diseleweng oleh faktor-faktor peluang seperti meneka. Tambahan pula, ujian yang lebih panjang cenderong untuk mengurangkan pengaruh tekaan. Dalam membina ujian, adalah penting untuk mengingati

tentang pengaruh

penjang ujian. Maka, ingat, jika ujian pendek diperlukan disebabkan had masa atau umur pelajar, anda harus adakah ujian yang lebih kerap. •

Sebaran

skor.

Semakin

tersebar

skor,

semakin

tinggi

anggaran

kebolehpercayaan. Apakah pandangan anda? •

Kesukaran ujian. Ujian rujukan norma yang terlalu mudah atau terlalu sukar untuk kumpulan ahli yang mengambilnya berkecenderungan menghasilkan skor yang mempunyai kebolehpercayaan yang rendah. Ini kerana kedua-dua ujian yang menghasilkan sebaran skor yang terhad. Untuk ujian yang mudah, skorskor akan berada rapat sekali pada bahagian atas skala. Manakala, untuk ujian yang sukar, skor-skor berkelompok di bahagian bawah skala. Untuk kedua-dua ujian, perbezaan individu adalah kecil dan tidak boleh dipercayai. Ujian bilik darjah yang direkabentuk untuk mengukur perbezaan di kalangan pelajar harus

34

dibina agar skor purata adalah 50% betul dan bezantara skor dari hampir sifir kepada markah penuh. Bolehkah anda cuba dan ingatkan ini? •

Keobjektifan ujian. Merujuk kepada

takat mana skor-skor

yang diperolehi

memberi keputusan yang sama. Apabila item ujian objektif digunakan, skor yang dperolehi tidak dipengaruhi oleh penghakiman atau pendapat pemeriksa. Untuk ujian bilik darjah yang dibina oleh guru-guru, keobjektifan memainkan peranan penting. Dalam pengujian esei, ia bergantung kepada pemeriksa dan pemeriksa yang tidak konsisten akan mempengaruhi kebolehpercayaan pengukuran.

1.4.3 Keobjektifan

Bolehkah anda menerangkan kefahaman anda tentang keobjektifan? Satu ujian yang mempunyai keobjektifan yang tinggi merujuk kepada takat mana pemeriksa memberi markah yang sama kepada kertas jawapan ujian yang berlainan dengan jawapan – jawapan yang sama berdasarkan peraturan memberi markah. Jika keadaan sebegini, ujian tersebut dikatakan sebagai mempunyai keobjektifan yang tinggi. Ujian objektif dikatakan mempunyai keobjektifan yang tinggi kerana pemeriksaan tidak dipengaruhi oleh faktor-faktor kemahiran dan emosi pemeriksa. Manakala, ujian subjektif mempunyai keobjektifan yang rendah kerana skor yang diberi mungkin akan berbeza daripada seorang pemeriksa dengan yang lain walau pun mereka diberi kertas jawapan yang sama. Oleh yang demikian, bagaimanakah kita boleh cuba mempastikan keobjektifan dalam ujian subjektif? Ini boleh dilakukan dengan menyedia dan membekalkan peraturan memberi markah untuk digunakan oleh semua pemeriksa

bagi

berkenaan. Tambahan pula, pemeriksa boleh dilatih dan moderasi

sesuatu ujian pemarkahan

dilaksanakan untuk mengurangkan perbezaan dalam skor yang diberikan oleh mereka.

1.4.4 Kebolehtadbiran. Apakah yang dimaksudkan dengan kebolehtadbiran sesuatu ujian? Ia sebenarnya merujuk kepada pelaksanaan ujian-ujian dalam bilik darjah atau dewan peperiksaan dengan lancar. Ini bermaksud ujian yang ditadbir harus memenuhi syarat-syarat dan keperluan untuk pengujian. Dalam perkataan lain, ia harus praktikal dan boleh diurus dengan mudah. Adakah anda setuju?

35

Faktor- Faktor yang mempengaruhi kebolehtadbiran Apakah antara beberapa faktor yang mempengaruhi kebolehtadbiran? Ia merangkumi perkara-perkara berikut: •

Mudah dalam pentadbiran. Ini bermaksud arahan yang jelas dan mudah serta tempoh masa ujian perlu diberi perhatian. Ia merangkumi penyediaan dewan peperiksaan secara sistematik dan berkesan, pengagihan kertas peperiksaan, pengawasan dan pengumpulan kertas peperiksaan serta kertas jawapan



Masa yang diperlukan untuk pentadbiran. Jika kita hendakkan pengukuran yang boleh dipercayai dalam bidang yang diliputi, kita perlu tingkatkan masa pengujian kerana kebolehpercayaan berkait secara langsung dengan panjangnya ujian.



Kos pengujian.

Rumusan Berdasarkan kepada perbincangan yang panjang berkait dengan pentaksiran,penilaian, pengukuran dan pengujian ini telah membuktikan bahawa pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan tidak akan bermakna jika kesemua pentaksiran dan sebagainya tidak dijalankan dengansebaiknya.

TUGASAN

Tugasan Perbincangan 1.Dengan menggunakan jadual, bandingbezakan antara pengujian, pengukuran, penilaian dan pentaksiran. 2.Mengapakah kebolehpercayaan sangat penting dalam sesuatu pentaksiran. Berikan 5 sebab beserta contoh. 3.Bincangkan faktor-Faktor yang Mempengaruhi Kesahan Ujian yang dijalankan oleh Guru Pendidikan Islam.

36

UNIT 2

PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

HASIL PEMBELAJARAN UNIT Di akhir topik ini, pelajar dapat : 1- Menghuraikan kaedah pentaksiran terkini dalam Pendidikan Islam 2. Menganalisis pernyataan standard prestasi dan enam tahap kemahiran pernyataan standard prestasi dan enam tahap kemahiran.

SINOPSIS Kursus ini membincangkan konsep kaedah pentaksiran terkini dalam Pendidikan Islam dan KANDUNGAN UNIT 1: • Bidang Pembelajaran - Penguasaan Ilmu - Penguasaan Kemahiran - Penghayatan dan Amalan • Pernyataan Standard Prestasi - Band - Standard - Deskriptor - Evidens • Tahap Kemahiran Aras 1-6 - Ilmu, - Amali - Amalan - Iltizam - Penghayatan - Pentabiatan

PENDAHULUAN Pentaksiran dalam pendidikan ialah integrasi proses mengumpul maklumat tentang pembelajaran murid, memberi nilai kepada maklumat, menginterpretasi maklumat, membuat inferens, dan membuat keputusan tentang perkara yang perlu dilakukan terhadap murid untuk memperbaiki proses pembelajaran. Proses pengajaran, pembelajaran, dan pentaksiran berlaku secara timbal balik dan bersepadu. Hal ini bermakna seseorang guru membuat pentaksiran untuk mengetahui tahap penguasaan murid ketika mengajar. Di samping itu, guru akan menerapkan nilai-nilai murni dan PENDAHULUAN Pentaksiran dalam pendidikan ialah integrasi proses mengumpul maklumat tentang pembelajaran murid, memberi nilai kepada maklumat, menginterpretasi maklumat, membuat inferens, dan 37dilakukan terhadap murid untuk memperbaiki proses membuat keputusan tentang perkara yang perlu pembelajaran. Proses pengajaran, pembelajaran, dan pentaksiran berlaku secara timbal balik dan bersepadu. Hal ini bermakna seseorang guru membuat pentaksiran untuk mengetahui tahap penguasaan murid ketika mengajar. Di samping itu, guru akan menerapkan nilai-nilai murni dan

akhlak mulia yang bersifat holistik semasa proses tersebut berjalan. Proses pengumpulan maklumat pembelajaran murid dilakukan dengan pelbagai cara sama ada secara formal atau tidak formal dengan menggunakan instrumen pentaksiran seperti ujian, soal selidik, amali, kerja kursus dan pemerhatian. Maklumat yang dikumpulkan akan dinilai dan diinterpretasikan supaya keputusan dapat dibuat tentang kebolehan seseorang murid dalam pembelajaran.

2.1 Bidang Pembelajaran Tumpuan penguasaan pelajar dalam pembelajaran Pendidikan Islam ialah kepada 3 perkara iaitu: a) Penguasaan Ilmu b) Penguasaan kemahiran c) Penguasaan amalan dan penghayatan 2.1.1

Penguasaan Ilmu

Murid dapat menguasai pengetahuan dalam setiap kandungan yang dipelajari mengikut keupayaan masing-masing seperti dalam bentuk fakta tentang definisi aqidah, ibadah, rukun, syarat , hukum dan sebagainya.

Bidang Pembelajaran Yang Diuji DIMENSI PROSES KOGNITIF Kategori & Proses Kognitif 1 1.1

1.2

2. 2.1

2.2

Nama Alternatif

Definisi Dan Contoh

MENGINGAT - Mendapat kembali pengetahuan yang berkaitan daripada memori jangka panjang MENGECAM Mengenal pasti Mencari pengetahuan dalam ingatan jangka panjang yang konsisten dengan bahan yang dipersembahkan (seperti mengenal pasti tarikh peristiwa penting dalam sejarah A.S) MENGINGAT Mendapatkan Mendapatkan kembali pengetahuan berkaitan KEMBALI kembali (seperti mengingat kembali tarikh penting dalam sejarah A.S) PEMAHAMAN - Membina makna daripada mesej pengajaran, termasuk lisan, bertulis dan komunikasi grafik PENTAFSIRAN Penjelasan, Berubah daripada satu bentuk perwakilan Parafrasa, (contohnya numerikal) ke bentuk lain Pewakilan, (seperti verbal) (contohnya Penterjemahan memparafrasakan ucapan dan dokumen penting) PENCONTOHAN Mengilustrasikan, Mencari contoh yang khusus atau ilustrasi Memberikan sesuatu konsep atau prinsip (contoh; 38

contoh

2.3

2.4

2.5

2.6

2.7

3 3.1

3.2

4

4.1

4.2

4.3

memberikan contoh pelbagai gaya lukisan artistik) MENGELASKAN Pengkategorian Menentukan bahawa sesuatu tergolong Penggolongan dalam sesuatu kategori (contoh konsep atau prinsip) (contohnya mengelaskan kes-kes gangguan mental yang diperhatikan atau diperihalkan) MERINGKASKAN Pengabstrakan Pengabstrakan tema umum atau titik utama Generalisasi (contohnya menulis ringkasan pendek peristiwa yang digambarkan pada pita video) MEMBUAT Menyimpulkan, Menghasilkan satu kesimpulan logik daripada KESIMPULAN Penentuluaran, maklumat yang disampaikan (contohnya, Penentudalaman, dalam pembelajaran bahasa asing, membuat Meramalkan kesimpulan prinsip tatabahasa daripada contoh) MEMBANDING Mengkontraskan Mengesan hubungan antara dua idea, objek Pemetaan dan sebagainya (contohnya, membandingkan Pemadanan peristiwa-peristiwa sejarah dengan situasisituasi kontemporari) MENJELASKAN Membina model Membina satu model sebab dan akibat sesuatu sistem (seperti menerangkan sebabsebab kepentingan peristiwa pada abad ke 18 di Perancis) APLIKASI - Menjalankan atau menggunakan prosedur dalam sesuatu keadaan tertentu MELAKUKAN Menjalankan Mengaplikasikan satu prosedur bagi satu tugas yang biasa (contohnya, bahagikan satu nombor bulat dengan nombor bulat lain, kedua-duanya dengan pelbagai angka) MELAKSANAKAN Menggunakan Menggunakan pengetahuan (selalunya berbentuk prosedur) untuk satu tugas yang bukan rutin. (Contohnya, penggunaan Hukum Newton Kedua dalam situasi di mana ianya sesuai) MENGANALISA - memecahkan sesuatu perkara kepada bahagian-bahagiannya dan menentukan bagaimana bahagian-bahagian berkenaan berkait dengan satu sama lain serta kepada struktur atau tujuan keseluruhan MEMBEZAKAN Mendiskriminasi, Membezakan antara bahagian relevan Membezakan, dengan tidak relevan atau bahagian penting Memberi dengan bahagian tidak penting yang tumpuan, Memilih dibentangkan (contohnya, bezakan antara nombor yang relevan dan tidak relevan dalam masalah perkataan matematik) MENYUSUN Mencari Menentukan bagaimana unsur-unsur kepaduan, menepati atau berfungsi dalam sesuatu Mengintegrasikan, struktur (contohnya, bukti struktur dalam Merangka, keterangan sejarah kepada bukti yang Penghuraian, menyokong dan menentang penjelasan Penstrukturan sejarah tertentu.) PENYIFATAN Dekonstriksi Menentukan sudut pandangan, bias, nilainilai, atau ada niat yang mendasari bahan yang dibentangkan (contohnya, tentukan pandangan penulis daripada esei dari segi perspektif politik beliau) 39

5

MENILAI - membuat pertimbangan berdasarkan kriteria dan standard

5.1 MENYEMAK

5.2

6

6.1

6.2

6.3

2.1.2

Menyelaras, Menguji, Mengesan, Memantau

Mengesan ketidakselarasan atau kesilapan dalam proses atau produk. Menentukan sama ada proses atau produk mempunyai ketekalan dalaman; mengesan keberkesanan prosedur semasa ia sedang dilaksanakan. (contohnya, tentukan sekiranya kesimpulan seorang saintis itu mengikuti data yang diperhatikan) KRITIKAN Mengadili Mengesan ketidakseragaman antara produk dan kriteria luaran, menentukan sama ada produk yang mempunyai ketekalan luaran; mengesan kesesuaian sesuatu prosedur untuk tugas atau masalah yang diberikan (contohnya, tentukan yang mana satu antara dua kaedah merupakan cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah yang diberikan) MENCIPTA - menggabungkan elemen bersama-sama untuk membentuk satu keseluruhan yang koheren atau berfungsi; menyusun semula elemen-elemen ke dalam corak baru MENJANA Menghipotesis Tampil dengan alternatif atau hipotesis berdasarkan kriteria (contohnya, hipotesis untuk menjelaskan fenomena yang diperhatikan) MERANCANG Mereka bentuk Merangka prosedur untuk menyempurnakan beberapa tugas (contohnya, merancang kertas penyelidikan mengenai topik sejarah yang diberikan) MENGHASILKAN Membina Mencipta produk (contohnya, membina habitat untuk tujuan tertentu)

Penguasaan Kemahiran

Objektif bidang Kemahiran psikomotor memberi penekanan kepada perkembangan pergerakan anggota seseorang pelajar secara sistematik. Dalam pengajaran, guru berusaha untuk memastikan pelajar melakukan sesuatu aktiviti atau tindakan yang melibatkan anggota zahir secara teratur dan betul.

Dalam pendidikan Islam, penilaian yang boleh dilakukan dalam bidang penguasaan kemahiran ini dapat ditunjukkan secara khusus melalui pemerhatian terhadap tingkah laku pelajar semasa melaksanakan amali seperti wuduk, solat, tilawah dan hafazan al-Qur’an, tayammum, menyuci najis dan lain-lain. Penguasaan pelajar terhadap kemahiran tersebut biasanya menggunakan alat ukur seperti senarai semak dan borang pemerhatian.

40

Objektif bidang kemahiran intelektual pula melibatkan kemampuan pelajar, pertama:

menggunakan alat-alat berfikir (KBKK) bagi memahami, mengaplikasi,

membuat analisis, mensintesis, menyelesaikan masalah serta menilai, dan kedua: mengaplikasikan kemahiran-kemahiran belajar seperti mencatat nota, mengingat, menghafaz dan lain-lain.

2.1.3 Penguasaan Penghayatan Dan Amalan (Afektif) Objektif bidang penghayatan dan amalan memberi penekanan kepada perkembangan perasaan, emosi, sikap dan nilai seseorang pelajar. Guru atau pensyarah akan berusaha menerapkan dan mengembangkan perasaan, emosi,sikap dan nilai positif dalam kalangan pelajar melalui pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Satu cara pengelasan objektif aras taksonomi afektif adalah berdasarkan kategori yang dibina oleh Krathwohl.et.al (1964) seperti rajah di bawah:

Taksonomi afektif Krathwohl,et.al (1964) ini menjelaskan satu proses di mana proses penerimaan bermula dengan kesedaran dan keprihatinan seseorang terhadap wujudnya sesuatu rangsangan. Sebagai contoh: Pada akhir pengajaran, pelajar sedar tentang kewujudan malaikat dan tugas-tugasnya dalam melaksanakan perintah Allah s.w.t. terhadap makhlukNya. Kata tugas yang sesuai untuk aras penerimaan ini ialah: •

Menamakan



Memberitahu



Mengenal



Memilih



Menerangkan

Gerak balas

41

Proses penerimaan berbentuk pasif ini diikuti dengan kesanggupan untuk mendengar dan bertindakbalas dengan rangsangan tersebut. Sebagai contoh: Pelajar dapat membezakan antara akhlak yang baik dengan akhlak yang buruk. Kata tugas yang sesuai yang sesuai untuk aras gerak balas antaranya ialah: •

menerangkan



membezakan



menyelesaikan



mencadangkan



melaporkan

Menilai Aras afektif menilai menekankan penilaian dan penghargaan pelajar terhadap sesuatu rangsangan. Pada aras ini pelajar berupaya membuat pertimbangan terhadap sesuatu aktiviti berasaskan nilai kepada diri sendiri. Sebagai contoh: Pelajar dapat menunjukkan tingkah laku yang baik sebagaimana yang dituntut oleh agama Islam. Kata tugas yang sesuai untuk soalan aras penilaian ialah: •

menunjukkan



membezakan



mencadangkan



mengamalkan



menyelesaikan



menggunakan

Penyusunan Aras objektif afektif penyusunan menekankan proses penyusunan semula idea, sikap dan kepercayaan seseorang terhadap suatu rangsangan dengan sistem nilai yang sedia ada pada dirinya. Sebagai contoh: Pada akhir pengajaran, pelajar dapat menyatakan nilai-nilai murni yang perlu diterapkan bagi membentuk masyarakat madani. Pada peringkat penyusunan ini idea-idea yang bernilai disusun bagi memastikan ketekalan dan kesesuaiannya antara satu nilai dengan nilai yang lain. Di antara soalan ujian yang sesuai dengan aras penyusunan ialah: 42



mengenalpasti



mengaitkan



membandingkan



menjelaskan



menyusun



mengubah



menyatukan

Perwatakan Aras tertinggi domain afektif perwatakan menekankan ketekalan tingkah laku dengan sistem nilai yang dianuti oleh seseorang. Sebagai contoh: Pada akhir pelajaran ini pelajar dapat mengamalkan nilai-nilai murni masyarakat madani. Individu yang berada pada peringkat perwatakan mengotakan apa yang dikata. Kita tidak mengharapkan pendidik merubah tingkah laku pelajar melalui pengajaran yang diajar di dalam kelas dalam tempoh kurang setahun. Namun, taksonomi afektif memberi implikasi yang penting bagi merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran pendidik. Antara kata tugas yang sesuai digunakan bagi soalan ujian yang mengukur aras perwatakan ialah; •

membezakan



mencadangkan



menunjukkan



menggunakan



menyelesaikan



mengamalkan

43

3.2 Pernyataan Dalam Dokumen Standard Prestasi

Dokumen

Standard Prestasi

bagi

mata pelajaran

Kurikulum

Standard Sekolah

Rendah(KSSR) dibina sebagai panduan untuk guru menambahbaik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.

Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat

tentang

sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum matapelajaran ini.

Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang

menekankan

tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan seimbang

2.2.1 Band

ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakanbagi tujuan pelaporan individu.

KERANGKA STANDARD PRESTASI

BAND

PERNYATAAN BAND

6

Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali

5

Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji

44

4

Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab

3

Tahu, Faham dan Boleh Buat

2

Tahu dan Faham

1

Tahu

TAFSIRAN BAND BAND

PERNYATAAN BAND

TAFSIRAN Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan

6

untuk

membuat

Tahu, Faham Dan Boleh

keputusan

mengadaptasi

Buat Dengan Beradab

permintaan

Mithali

kehidupan seharian serta boleh

serta cabaran dalam

berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.

5

Tahu, Faham Dan Boleh

Muridmelaksanakan sesuatu

Buat Dengan Beradab

kemahiran pada situasi baru,

Terpuji

dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif.

4

Tahu, Faham Dan Boleh

Murid melaksanakan sesuatu

Buat Dengan Beradab

kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.

Tahu, Faham Dan Boleh

Muridmenggunakan

45

pengetahuan

3

Buat

untuk

melaksanakan

sesuatu

kemahiran pada suatu situasi. Tahu Dan Faham

Murid menunjukkan kefahaman

2

untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari. Tahu

Murid tahu perkara asas, atau boleh

1

melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas.

2.2.2 Tahap Penguasaan: Kriteria pencapaian yang berasaskan setiap kelompok standard kandungan dan standard pembelajaran yang telah ditetapkan

Himpunan Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi ini akan digunakan oleh guru untuk mengukur tahap penguasaan yang boleh dicapai oleh murid setelah berlakunya interaksi antara guru dan murid dalam sesi PdP. Bagi menentukan tahap penguasaan murid, guru mesti menghabiskan satu standard kandungan dan keseluruhan standard pembelajaran yang berkenaan dalam waktu PdP yang ditetapkan. Standard Kandungan dan himpunan Standard Pembelajaran ini disebut sebagai kelompok. Prestasi murid akan ditentukan oleh guru setelah mereka menghabiskan setiap kelompok standard kandungan dan standard pembelajaran yang telah ditetapkan dalam interaksi antara guru dan murid. Tafsiran tahap penguasaan secara umum telah dibangunkan untuk memudahkan setiap subjek menentukan apakah tahap penguasaan yang perlu dicapai oleh murid bagi memastikan seseoramg murid telah mencapai standard yang telah ditetapkan bagi setiap mata pelajaran.

46

Tafsiran Tahap Penguasaan Secara Umum

Tahap Penguasaan 1

Tafsiran Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas.

2

Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.

3

Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi.

4

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.

5

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu dengan mengikut prosedur atau secara sistematik serta tekal dan bersikap positif.

6

Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif serta boleh dicontohi.

2.2.3 Standard

ialah satu pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi gambaran holistik tentang individu. Antara contohnya ialah:

a)Standard Prestasi ialah pernyataan pembelajaran murid mana kedudukan

tentang tahap yang murid

diukur

berdasarkan

dalam

pembelajarannya.Perkembangan dalam

perkembangan standard

dan menunjukkan di

perkembangan atau standard itu terbahagi

47

kemajuan kepada dua iaitu

perkembangan

secara mendatar

(konstruk) danperkembangan

Pertumbuhan murid dijelaskan dengan

menegak

satu atau lebih qualifier

(band).

menggunakan

perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.

2.2.4 Deskriptor

ialah pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di manakualiti boleh ditaksir dan dicapai.

2.2.4 Evidens Evidens adalah bukti-bukti yang merangkumi murid dan instrument. Ianya adalah seperti berikut : a . Murid

Pernyataan yang menerangkan tentang bagaimana murid melaksanakan apa yang dia tahu dan boleh buat berdasarkan deskriptor.

b. Instrumen

Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatutugasan dalam bentuk produk atau proses seperti foto, grafik, artifak, laporan dan lain-lain. Instrumen juga ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain sepertiujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali.

2.3 Tahap Penguasaan dan Tahap Kemahiran Aras 1-6

Penerangan tentang tahap Penguasaan dan Tahap Kemahiran Aras 1 hingga 6 dalam matapelajaran Pendidikan Islam dijelaskan dalam jadual di bawah ini.

48

Pernyataan Umum Tahap Kemahiran dan Penguasaan Pendidikan Islam Tahap

Tahap Kemahiran

Pernyataan Standard

Penguasaan

Murid dapat menguasai asas 1

ILMU

pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam setiap kandungan yang dipelajari mengikut keupayaan masing-masing.

2

AMALI

Murid dapat menjelaskan konsep atau menggunakan pengetahuan, kemahiran dan nilai secara praktik dalam kandungan yang dipelajari mengikut keupayaan masing-masing.

3

AMALAN

Murid dapat menjelaskan dan mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai daripada kandungan yang dipelajari mengikut keupayaan masingmasing dalam kehidupan harian.

4

ILTIZAM

Murid berkebolehan menghuraikan dan mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai daripada kandungan yang dipelajari secara bersungguh-sungguh dan bertanggung jawab melaksanakannya dalam kehidupan harian.

5

PENGHAYATAN

Murid berkebolehan memberikan justifikasi serta istiqamah terhadap tindakan yang dilakukan dalam kehidupan harian berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan nilai daripada kandungan yang dipelajari.

49

6

PENTABIATAN

Murid berkebolehan merumuskan pengetahuan, mengaplikasikan kemahiran dan nilai daripada kandungan yang dipelajari dalam bentuk perubahan tingkah laku serta mempamerkan ciri-ciri kepimpinan sebagai seorang yang bertaqwa dan boleh dicontohi atau boleh membimbing orang lain.

Rumusan Dalam tajuk ini, dapat dirumuskan bahawa pentaksiran dalam matapelajaran Pendidikan Islam begitu menitikberatkan kepada penguasaan murid bukan sahaja dalam berbentuk fakta tetapi juga berbentuk kemahiran dan yang lebih penting lagi dalam bentuk amalan dan penghayatan sepanjang hayat. Dalam matapelajaran Pendidikan Islam juga tidak ketinggalan dalam menekankan elemen-elemen baru dalam pentaksiran terkini iaitu Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) seperti Dokumen Standard Prestasi, tahap penguasaan murid, band, evidens dan sebagainya.

TUGASAN

Tugasan Perbincangan 1.Huraikan secara ringkas tentang bagaimanakah cara yang tepat untuk guru Pendidikan Islam dapat menilai murid-murid dalam penguasaan ilmu, kemahiran serta amalan dan penghayatan . 2.Terangkan kepentingan guru-guru Pendidikan Islam menguasai tentang Dokumen Standard Prestasi , tahap penguasaan murid, band, evidens dan sebagainya.

50

UNIT 3

JENIS DAN BENTUK PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

HASIL PEMBELAJARAN UNIT

Di akhir topik ini, pelajar dapat : 1.Menyenaraikan tentang jenis-jenis pentaksiran 2.Mengenal pasti dan membanding beza antara penilaian formatif dan sumatif 3.Menghuraikan bentuk-bentuk pentaksiran dan penilaian 4.Menganalisis cara pentaksiran mengikut bidang-bidang pendidikan Islam 3. Mengenal pasti dan memahami tentang kurikulum sekolah rendah dan menengah 2. Mengenal pasti dan memahami kurikulum bagi program khas sekolah menengah dan model-model program j-QAF

SINOPSIS

Kursus ini membincangkan tentang jenis-jenis pentaksiran formatif dan sumatif , bentukbentuk pentaksiran. Ia juga membincangkan pentaksiran mengikut bidang-bidang dalam pendidikan Islam

KANDUNGAN TAJUK 3 : 3.1 Jenis-jenis pentaksiran 3.1.1 formatif 3.1.2 sumatif 3.2 Bentuk-bentuk pentaksiran 3.2.1 lisan 3.2.2 tulisan 3.2.3 pemerhatian 3.2.4 atas talian 3.3 Pentaksiran mengikut bidang 3.3.1 al-Quran 3.3.2 al-Hadis 3.3.3 Aqidah 3.3.4 Ibadah 3.3.5 Sirah 3.3.6 Adab 3.3.7 Jawi 51

3.1 Jenis-jenis pentaksiran Pentaksiran

adalah

kaedah

yang

digunakan

dalam

proses

pengajaran

dan

pembelajaran untuk menentukan objektif pembelajaran telah dicapai. Kepentingan pentaksiran kepada guru adalah untuk memberi gambaran tentang perkembangan murid, menilai keberkesanan PdP, membantu memperbaiki PdP dan membantu menyusun

perancangan

untuk

melaksanakan

tindakan

susulan.

Kepentingan

pentaksiran kepada murid pula adalah untuk memahami tujuan mereka belajar, meningkatkan motivasi dan keyakinan diri dan memaklumkan kepada murid tentang tindakan susulan yang perlu diambil untuk mereka mencapai standard yang ditetapkan. Pelbagai kaedah pentaksiran digunakan untuk membolehkan penilaian yang lebih autentik dan holistik dapat dijalankan. Dua bentuk pentaksiran dijalankan, iaitu pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif. Pentaksiran formatif dijalankan secara berterusan dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Maklumat yang diperolehi memberi maklum balas tentang sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran telah dikuasai. Guru dapat mengetahui kelemahan dan kekuatan serta potensi seseorang murid. Kelemahan murid yang dikenal pasti perlu diatasi melalui aktiviti pemulihan dan kekuatan murid perlu ditingkatkan melalui aktiviti pengayaan. Contoh pentaksiran formatif : latihan, kerja rumah, kuiz, lembaran kerja, tugasan, pemerhatian dan lain-lain yang bersesuaian. Pentaksiran Sumatif pula dikaitkan dengan pentaksiran pada akhir unit pembelajaran, penggal, bulan atau tahun. Memberikan nilai yang membezakan pencapaian seseorang murid dengan murid yang lain dan seringkali digunakan untuk membuat pemilihan. Contoh ujian sumatif: ujian topical, ujian bulanan, peperiksaan penggal dan lain-lain ujian yang bersesuaian.

3.1.1

Pentaksiran Formatif

Pentaksiran yang dijalankan bertujuan memperoleh maklumat bagi memperbaiki kurikulum dikenali sebagai penilaian formatif. Pentaksiran ini dijalankan sepanjang masa dan maklumat yang diperoleh daripada penilaian ini digunakan secara berterusan.

52

Penilaian formatif melibatkan penggunaan ujian untuk mengukur kemajuan murid-murid setelah mereka mencapai hasil pembelajaran tentang satu bahagian pengajaran yang terhad, misalnya satu unit pelajaran atau satu bab di dalam buku teks. Keputusan yang diperoleh digunakan untuk memperbaiki pembelajaran dan bukanlah untuk memberikan gred atau kedudukan di dalam kelas. Objektif ujian formatif ialah untuk mengesan kejayaan dan kegagalan pembelajaran murid-murid. Dengan itu kaedah dan isi pelajaran boleh disediakan. Sekiranya terdapat sejumlah besar murid-murid gagal dalam sesuatu unit pelajaran, unit itu akan diajar semula dengan kaedah yang sesuai seperti kaedah kumpulan. Pencapaian murid akan dicatat dalam laporan prestasi dan maklumat ini akan membantu guru merancang akitivit-aktiviti pemulihan serta mengubah strategi pengajarannya jika perlu.

Contoh-contoh penilaian formatif ialah seperti lembaran kerja dan ujian bulanan. Secara lebih dekat lagi lihat contoh berikut, guru mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 1, bab 1, bahagian Tilawah Al Quran Sumber Kejayaan. Di akhir pengajaran guru mengedar soalan-soalan seperti berikut:

a) Jawab soalan-soalan berikut berpandukan surah Al Baqarah ayat 1-5:

3.1.2

i.

Nyatakan ciri-ciri orang yang bertakwa.

ii.

Terangkan maksud perkara ghaib serta berikan dua contoh.

iii.

Nyatakan tiga pengajaran yang dapat diambil daripada ayat di atas.

Pentaksiran Sumatif

Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir semester atau tahun. Penilaian ini memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang murid dengan murid lain dan seringkali digunakan untuk membuat pemilihan. Penilaian dirancang dan dilaksanakan oleh guru secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran harian. Maklumat tentang perkembangan murid yang diperoleh dari semasa ke semasa melalui penilaian berterusan dapat membantu guru mengambil tindakan susulan yang sewajarnya jika perlu. Penilaian boleh menilai kemajuan murid dalam pelbagai aspek termasuk aspek-aspek yang tidak dapat dinilai secara berpusat. Penilaian secara berpusat iaitu UPSR, PMR dan SPM dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Keputusan penilaian secara berpusat dapat memberi maklumat tentang pencapaian murid di seluruh negara. PKS dan penilaian berpusat saling melengkapi dalam sistem penilaian. 53

Sebagai contoh penilaian sumatif, cuba lihat soalan peperiksaan SPM bagi mata pelajaran Pendidikan Islam Ulum Syariah seperti berikut:

a) Soalan 1 i.

Jelaskan pengertian Islam.

ii.

Sebutkan dalil naqli pengiktirafan Allah terhadap Islam.

b) Soalan 2 i.

Mengapakah ilmu pengetahuan dianggap penting.

ii.

Apakah akibat jika ilmu pengetahuan tidak diamalkan.

c) Soalan 3 i.

Terangkan maksud poligami dalam Islam.

ii.

Ceritakan dengan ringkas riwayat hidup Ibn Rushd.

Perbezaan antara Ujian Formatif dengan Ujian Sumatif

Perbezaan antara ujian formatif dengan ujian sumatif boleh dilihat dari beberapa aspek seperti berikut: a) Fungsi. Ujian formatif menghasilkan maklumat balik kepada murid dan guru tentang kemajuan murid. Ia dapat mengesan punca-punca kelemahan untuk kegunaan dalam pendidikan pemulihan. Ujian sumatif digunakan untuk pensijilan atau penggredan murid di akhir kursus. b) Masa diberi. Ujian formatif diberi sepanjang pengajaran, manakala ujian sumatif diberi pada akhir satu-satu unit atau kursus. c) Tekanan dalam penilaian. Ujian formatif memberi penekanan kepada tingkah laku kognitif, psikomotor dan afektif. Ujian sumatif menekankan kepada tingkah laku kognitif sahaja. d) Fokus pengukuran. 54

Ujian formatif difokuskan kepada satu-satu segmen. Ujian sumatif difokuskan kepada objektif kursus. e) Sifat sampelan. Ujian formatif terhad kepada tugasan pembelajaran.berubah-ubah mengikut segmen. Ujian sumatif adalah beraneka jenis. f) Kesukaran item. Ujian formatif berubah-ubah mengikut segmen. Ujian sumatif kesukarannya terdapat pada semua peringkat, ada yang sangat senang dan ada pula yang sangat susah. g) Jenis alat. Alat pengukur formatif dibentuk secara khusus. Pengukur ujian sumatif adalah pada peperiksaan akhir tahun. h) Jenis-jenis skor. Ujian formatif dijadikan ujian rujukan kriteria. Ujian sumatif biasanya merupakan ujian rujukan norma, tetapi boleh juga digunakan sebagai ujian rujukan kriteria. i) Cara melapor skor. Skor dalam ujian penilaian formatif adalah gagal atau lulus. Dalam ujian sumatif, jumlah skor diambil kira. j) Contoh. Contoh ujian formatif adalah ujian bulanan dan lembaran kerja. Contoh ujian sumatif termasuklah peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STPM dan seumpamanya.

3.2 Bentuk-bentuk pentaksiran Pentaksiran terhadap hasil pembelajaran yang telah dikenal pasti boleh dinilai dengan menggunakan bentuk-bentuk pentaksiran berikut : a)

Lisan

b)

Tulisan

c)

Pemerhatian

d)

Atas Talian

Pemilihan kaedah penilaian bergantung kepada: a) Hasil pembelajaran yang hendak dinilai. 55

b) Kesesuaian dengan perkara yang hendak dinilai. Kaedah-kaedah ini boleh dilaksanakan secara berasingan atau digabungkan untuk mendapatkan maklumat penilaian yang lebih jelas dan tepat mengenai kebolehan, perkembangan dan kemajuan murid. Ketiga-tiga kaedah ini boleh digunakan untuk : a) mengesan serta-merta. b) mengesan

penguasaan

hasil

pembelajaran

dengan

serta-merta

dalam pengajaran harian dan tidak memerlukan instrumen yang khusus. c) mengesan kemajuan. d) mengesan kekuatan dan kelemahan selepas beberapa pembelajaran. e) perlu dirancang secara individu atau kumpulan. f) menggunakan instrumen tertentu seperti senarai semak, lembaran kerja, ujian bertulis. g) mengesan pencapaian. h) mengesan pencapaian selepas beberapa pembelajaran atau pada akhir program. i) perlu dirancang secara individu. j) dijalankan dengan menggunakan senarai semak, skala kadar, ujian bertulis dan ujian lisan.

3.2.1

Pentaksiran secara lisan

Pentaksiran secara lisan digunakan untuk mengumpul maklumat semasa berlaku interaksi antara: a) murid dengan guru. b) murid dengan murid. c) murid dengan bahan pembelajaran.

Antara aspek yang boleh dinilai secara lisan ialah: a) kefahaman konsep. 56

b) pengetahuan fakta. c) kecekapan mendengar. d) penggunaan bahasa yang tepat. e) kefasihan menghafaz. f) sebutan dalam berbahasa. g) kecekapan mencongak. h) gaya persembahan. i) pertuturan dan sikap. Instrumen Pentaksiran Lisan Kemahiran lisan boleh dinilai melalui aktiviti seperti yang berikut: a) bacaan kuat. b) Syarahan. c) Perbahasan. d) Bercerita. e) Perbincangan. f) Hafazan. g) temu bual. h) soal jawab. i) Nyanyian. j) deklamasi sajak. k) mendengar dan memberi respon secara lisan

Pentaksiran secara lisan membolehkan guru : a) mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam kemahiran mendengar dan bertutur secara gramatis. b) mendapat maklumat serta-merta tentang pengetahuan dan kefahaman murid. c) mengesan kebolehan murid dalam kemahiran membaca dan menghafaz. d) mengesan kelancaran dalam sebutan. 57

e) mengesan amalan dan sikap murid secara serta merta.

Instrumen Pentaksiran lisan boleh dipelbagaikan, ia merangkumi soalan dan aktiviti yang memerlukan respon murid dalam bentuk lisan. Dalam menyediakan instrumen tersebut guru perlu memastikan: a) soalan, pernyataan, ilustrasi dan bahan rangsangan perlu jelas dan mudah difahami. b) aktiviti/bahan boleh merangsang murid mengeluarkan idea. c) pelbagai bentuk soalan seperti soalan bertumpu dan bercapah digunakan untuk merangsang murid berfikir. d) aras kesukaran perlu sesuai dengan kebolehan murid.

3.2.2

Pentaksiran Secara Penulisan

Pentaksiran secara penulisan melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa tugasan dan hasil penulisan murid seperti yang berikut: a) karangan. b) laporan projek/kerja kursus/folio. c) latihan dan ujian bertulis. d) huraian atau tafsiran peta, jadual, graf atau carta.

Instrumen Pentaksiran Penulisan Instrumen Pentaksiran Penulisan seperti set soalan bertulis, digunakan untuk mengesan kemahiran bahasa dan perkembangan intelek murid yang meliputi kemahiran seperti yang berikut: a) kemahiran menulis. b) menyusun idea. c) penggunaan tanda baca. d) perbendaharaan kata. e) Mengaplikasi. f) Mentafsir. g) Menilai.

58

Dalam menyediakan soalan-soalan yang sahih, perkara yang berikut mestilah diberi perhatian: a) soalan menepati kemahiran yang akan diuji. b) bahasa yang digunakan jelas dan mudah difahami. c) bilangan soalan sesuai dengan masa yang diperuntukkan. d) aras kesukaran soalan dipelbagaikan. e) skema pemarkahan disediakan.

Soalan yang digunakan dalam pentaksiran penulisan yang biasa dijalankan ialah: a) soalan subjektif. b) soalan objektif.

Guru perlu mempelbagaikan soalan yang merangkumi soalan kognitif peringkat rendah dan peringkat tinggi. Soalan yang berperingkat tersebut dapat menilai peningkatan tahap pemikiran murid. Soalan peringkat rendah dan bertumpu dapat mengesan penguasaan pengetahuan asas murid. Soalan peringkat tinggi yang bercapah boleh merangsang murid untuk memperkembang apa yang telah dipelajari dan difahami secara kritis dan kreatif.

3.2.3

Pentaksiran Secara Pemerhatian

Pentaksiran secara pemerhatian digunakan untuk menilai aspek-aspek yang sukar dikesan melalui kaedah lisan dan penulisan seperti: a) sikap. b) perlakuan/amalan. c) Amali. d) kemahiran manipulatif. e) kemahiran bersosial. f) kemahiran belajar.

59

g) kemahiran kinestetik. h) kemahiran literasi komputer. i) kemahiran mereka cipta.

Pemerhatian proses dan hasil kerja murid seperti lukisan, buku skrap, kraf tangan dan kerja

kursus

membolehkan

guru

menilai

sikap

serta

penguasaan

sesuatu

kemahiran. Maklumat daripada pemerhatian boleh membantu guru melengkapkan gambaran mengenai keputusan penilaian yang diperoleh melalui kaedah lisan dan penulisan. Instrumen pentaksiran pemerhatian meliputi senarai semak dan skala kadar.

Cara-cara Mengukur Sikap Melalui Pemerhatian Pemerhatian boleh dibuat dalam dua cara iaitu secara berstruktur atau tidak berstruktur. Pemerhatian berstruktur memerlukan perancangan rapi terlebih dahulu sebelum melaksanakan pemerhatian. Perancangan biasanya tertumpu kepada tujuan membuat pemerhatian, pola perlakuan yang hendak dilihat atau diukur (kerap dilakukan atau tidak kerap dilakukan), tingkah laku yang telah dikenal pasti dan bagaimana catatan akan dilakukan sama ada secara membilang kekerapan atau menyatakan kekerapan secara pangkatan (”sangat kerap”, ”kerap”, ”sekali sekala”, ”tiada langsung”). Pemerhatian tidak berstruktur pula tidak memerlukan sebarang perancangan sebaliknya hanya perlu menetapkan masa, tempat dan tempoh pemerhatian yang akan dibuat. Walau bagaimanapun masa yang panjang diperlukan bagi menghurai dan mentafsir maklumat yang telah dikumpul. Daripada maklumat yang diperolehi, guru akan mengkategorikan perlakuan (aspek sikap - tingkah laku), perbualan dan pergerakan (sikap - afektif), dan merekod prestasi (kognitif). Seterusnya maklumat itu akan ditafsir bagi menerangkan sikap terhadap sesuatu konsep itu.

3.2.4

Pentaksiran Atas Talian

Suatu bentuk pentaksiran yang menggunakan komputer dan akses internet ; •

Penilaian Formatif



Kuiz



Latihan

60

Tujuan utama pentaksiran atas talian adalah untuk mengetahui tahap pencapaian murid.

Kekuatan

Kelemahan

Mengurang jurang perbezaan murid

Memerlukan komputer dan rangkaian

pelbagai gaya Jimat (masa, kos seperti percetakan)

Berlaku sikap tidak jujur (murid)

Fleksibel tempat dan masa

Memerlukan kemahiran menggunakan perisian

Sesuai untuk penilaian formatif :

Masa yang lama untuk mempelajari

-Penerangan cepat diperoleh -maklum balas yang cepat memotivasikan pelajar Maklum balas yang sama terhadap semua murid

Contoh Perisian / Aplikasi :

61

3.3 Pentaksiran Mengikut Bidang-Bidang Pendidikan Islam Kurikulum Pendidikan Islam sekolah rendah dibangunkan dengan memberi penekanan pada standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu diketahui dan boleh dilakukan oleh murid. Standard kandungan Pendidikan Islam Sekolah Rendah dibahagikan kepada tujuh bidang iaitu: 3.3.1 Bidang al Quran Bidang ini memberikan tumpuan kepada membaca al-Quran dengan betul, fasih dan bertajwid, menghafaz dan memahami surah al- Fatihah dan surah tertentu daripada juzu’ Amma serta menghayati pengajarannya.

3.3.2 Bidang Hadis Bidang ini memberikan tumpuan kepada memahami maksud hadis secara umum serta menghayati pengajarannya.

3.3.3 Bidang Aqidah Bidang ini memberikan

tumpuan

tanggungjawab

Allah

terhadap

kepada

s.w.t,

pembentukan

pemahaman

akidah

akidah,

sikap

dan

yang

sahih

dan

mengaplikasikan tuntutan akidah dalam kehidupan harian .

3.3.4 Bidang Ibadah Bidang ini memberikan tumpuan kepada memahami dan menghayati cara beribadah yang ditentukan oleh Allah s.w.t. dan melaksanakannya dalam kehidupan harian.

3.3.5 Bidang Sirah Bidang ini memberikan tumpuan kepada memahami sirah Rasulullah s.a.w dan mengambil iktibar daripadanya serta mengaplikasikan dalam kehidupan harian.

3.3.6 Bidang Adab Bidang ini memberikan tumpuan kepada menghayati tatacara perhubungan manusia dengan Allah, manusia sesama manusia dan manusia dengan alam sekitar.

3.3.7 Bidang Jawi Bidang ini memberikan tumpuan kepada kemahiran membaca dan menulis jawi serta mempelajari asas seni khat.

62

Standard Kurikulum diperlukan bagi merealisasikan hasrat; •

Memastikan semua murid melepasi standard yang ditetapkan.



Penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas.



Mengenal pasti strategi penambahbaikan (assessment for learning).



Mengatasi masalah murid keciciran dalam pembelajaran.



Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah .

Rumusan Berdasarkan tajuk ini, dapat diringkaskan bahawa kemampuan dalam penguasaan jenis dan bentuk pentaksiran akan membantu GPI menentukan penilaian yang betul untuk murid. Tajuk ini juga boleh membantu GPI melaksanakan penilaian mengikut bidang dengan cara dan bentuk yang tepat.

TUGASAN

TUGASAN PERBINCANGAN 1. Bandingbezakan antara penilaian formatif dansumatif. 2. Terangkan bentuk-bentuk pentaksiran yang sesuai untuk bidang ibadah dan Asuhan Tilawah Al-Quran. 3.Huraikan tentang kelebihan Pentaksiran secara lisan kepada GPI

63

TAJUK 4

PEMBINAAN JSU DAN ITEM UJIAN

HASIL PEMBELAJARAN UNIT

Di akhir topik ini, pelajar dapat : . 1. Menghuraikan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU), Item Ujian, Peraturan Pemarkahan, PenyeIarasan dan integriti. 2. Menganalisis dan membina Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) , Item Ujian dan Soalan ujian Pendikan Islam mengikut aras kesukaran.

SINOPSIS Kursus ini membincangkan tentang Jadual Spesifikasi Ujian (JSU), Item Ujian, Peraturan Pemarkahan, PenyeIarasan dan integriti. KANDUNGAN TAJUK 4: 4.1 Jadual Spesifikasi Ujian (JSU): 4.1.1 kepentingan 4.1.2 Komponen 4.1.3 Langkah penyediaan

.

4.2 Item Ujian: 4.2.1 item Objektif 4.2.2 Item Struktur 4.2.3 Item Esei 4.3 Peraturan Pemarkahan. 4.4 PenyeIarasan dan integriti.

4.1

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

Jadual Spesifikasi Ujian dikenali juga dengan nama Test Blue Print

atau

Test

Specification. JSU merupakan satu matrik yang terdiri dua paksi kandungan (paksi menegak) dengan paksi aras kemahiran (paksi melintang). Dalam ruangan aras kemahiran pula dicatatkan objektif pengajaran yang biasanya disesuaikan dengan

64

taksonomi objektif pendidikan.

Secara am objektif pengajaran dinyatakan dalam

kurikulum pelajaran dan secara khusus terdapat dalam sukatan pelajaran sesuatu mata pelajaran berkenaan. Tiap-tiap pelajaran mempunyai penekanan aras kemahiran yang berbeza sesuai dengan objektif mata pelajaran berkenaan.

Senarai semak penggunaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) berikut akan dapat menentukan penyediaan ujian untuk semua objektif pengajaran yang telah ditetapkan telah diliputi. Beberapa soalan yang perlu dipertimbangkan adalah: 1. Adakah JSU mengandungi tajuk diajar? 2. Adakah JSU mengandungi aras pengetahuan dan kemahiran sebagaimana objektif sukatan pelajaran? 3. Adakah pemberatan markah mengikut nisbah kandungan dan masa yang diperuntukkan bagi pengajaran sesuatu tajuk? 4. Adakah tajuk yang digunakan bagi pengajaran seterusnya diberi pemberatan yang lebih? 5. Adakah tajuk berkaitan dengan aktiviti atau amali diberi lebih pemberatan? 6. Adakah aras kemahiran asas pengetahuan, kefahaman dan penggunaan diambilkira? 7. Adakah aras kemahiran yang lebih tinggi seperti analisis, sintesis dan penilaian diambilkira? 8. Adakah semua markah dan bilangan soalan digenapkan agar memudahkan pembinaan ujian? 9. Adakah JSU mengandungi soalan pelbagai bentuk ujian objektif dan subjektif? 10. Adakah JSU menunjukkan bilangan soalan jawapan dibina dan jawapan dipilih?

Dengan membina JSU dapat membantu guru menyatakan topik-topik dalam isi pelajaran atau kandungan kursus dan objektif tingkah laku atau kemahiran yang guru inginkan murid-muridnya itu belajar. Jadual Spesifikasi dapat menentukan penegasan isi, taburan bilangan item (soalan) ujian/ peperiksaan mengikut pemberatan.

4.1.1. Kepentingan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) i.

Mengelakkan ujian dibina secara sembarangan.

ii. Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian. iii. Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras kemahiran kepada guru yang mengajar dan menggubal ujian. iv. Memastikan terdapat perseimbangan antara topk-topik dengan aras-aras kemahiran yang diuji (terdapat sebaran aras kemahiran yang sesuai). 65

v. Menjadi panduan membentuk format ujian. vi. Menjadi panduan membentuk soalan. vii. Menstabilkan taraf ujian yang sama pada masa hadapan. viii. Membolehkan ujian yang sama dibina oleh kumpulan lain. ix. Membolehkan perbandingan dengan ujin yang lain. x. Menstabilkan taraf dan aras kepayahan ujian dari semasa ke semasa.

4.1.2. Komponen Utama Dalam JSU i.

Paksi Kandungan: Dalam paksi kandungan dicatatkan bahan yang diajar. Bahan-bahan itu boleh dicatatkan secara ringkas atau secara topic demi topic seperti yang terdapat dalam sukatan pelajaran. Boleh juga dibuat secara ringkas dan am yang mana sukatan dibahagigkan kepada skop-skop yang luas seperti dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dibahagikan kepada Tilawah Al-Quran, Aqidah, Ibadah, Sirah dan Akhlak. Pembahagian begini hanya sesuai untuk menghasilkan rumusan dan kurang memberi faedah kepada guru dan penggubal soalan.

ii.

Paksi Aras Kemahiran: Dalam paksi ini mengandungi objektif pengajaran yang merupakan perubahan tingkah laku dan kemahiran-kemahiran yang diharapkan pada tiap-tiap topic dalam paksi kandungan. Model yang digunkan ialah taksonomi pendidikan iaitu domain kognitif, afektif dan psikomotor.

iii.

Paksi Pemberatan: Pemberatan adalah penekanan yang patut diberikan kepada tiap-tiap topic dan kemahiran. Untuk ujian bilik darjah pemberatan bolehlah didasarkan kepada rasa penting terhadap sesuatu topic atau tajuk yang diajar pada sesuatu ketika. Untuk sesuatu ujian yang lebih luas penggunaannya, pemberatan tentulah berdasarkan kepada keluasan isi pelajaran dan panjang waktu yang diperuntukkan kepadanya. Proses pemberatan boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat:

iv. •

Menukarkan pemberatan waktu kepada peratus dan dicatatkan di hujung paksi tersebut.



Membahagikan peratus itu kepada bentuk soalan yang sesuai objektif atau esei.



Menyelaraskan bentuk soalan, bilangan soalan dengan aras kemahiran.

66

v.

Kepayahan

soalan:

Secara

kuantitatif

kepayahan

soalan

adalah

dimaksudkan peratus calon yang boleh menjawab dengan betul pada sesuatu soalan. Semakin besar peratus semakin mudahlah sesuatu soalan itu. Untuk ujian pencapaian bersifat rujukan norma, min kepayahan ujian sebaik-baiknya ialah 50%. Walaupun begitu soalan yang mudah dan sukar harus juga dimasukkan ke dalam ujian. Soalan mudah iaitu lebih kurang 70% daripada calon boleh menjawabnya, boleh menjadi motivasi kepada caloncalon yang lemah. Soalan yang sukar pula lebih kurang 30% daripada calon dapat menjawabnya, boleh menjadi pencabar kepada calon-calon yang bijak. Perbanyakkan soalan beraras kepayahan sederhana antara 40% hingga 60%. Terdapat kajian menunjukkan soalan-soalan beraras

kepayahan

sederhana boleh menambah sisihan lazim dan memberi kesan kepada kebolehpercayaan ujian. vi. Tajuk ini agak sukar difahami… Sila hubungi pensyarah/pembimbing anda jika menghadapi masalah

4.1.3. Langkah Penyediaan Langkah 1: Kaji objektif ujian dan sukatan pelajaran berkenaan. Fahamkan falsafah, objektif, topiktopik dan cadangan penilaian yang juga menyebutkan kerja kursus serta kerja amali. Sebaik-baiknya

kerja

kursus

dan

amali

tidak

berulang

secara

tepat

dalam

ujian/peperiksaan. Langkah 2: Tentukan format ujian/peperiksaan iaitu dari segi tempoh ujian, jenis soalan, bahagian, bilangan soalan, peruntukan masa bagi setiap bahagian, pemberatan markah. Buat rumusan format seperti contoh berikut:

Rumusan Format Mata Pelajaran

:

Pendidikan Islam

Panjang Masa

:

2 jam

Bentuk

:

Objektif dan esei

Markah

:

100

Perkara

Objektif

67

Esei

Masa

1 jam

1 jam

Markah

40

60

Bilangan soalan

40

3

Markah 1 soalan

1

20

1.5 minit

20 minit

Masa bagi setiap soalan

Langkah 3: Senaraikan tajuk/ topik yang hendak diuji dan masa kuliah yang diperuntukkan bagi setiap tajuk.

Rajah 4.1: Carta aliran proses menyediakan JSU

68

Jadual 4.1: Contoh JSU Mata Pelajaran: Pendidikan Islam Tajuk: Solat Lima Waktu

Kandungan @

Domain Kognitif (Objektif Intelektual) Mengingat

memahami

menggunakan

menganalisis

Jumlah menilai

mencipta

%

Tajuk Pengertian

1

1

Bilangan

1

1

Waktu Rukun

1

1

1

Hikmah

1

3 1

2

Jumlah

2

1

1

1

1

1

7

Peratus

28.5

14.3

14.3

14.3

14.3

14.3

100

Nota:

Ratio untuk mudah: sederhana: sukar = 1:3:1

Tidak semua peringkat hasil pembelajaran dan aras kemahiran mesti diuji dalam sesuatu penilaian/ujian. Aras kemahiran boleh diubahsuai kepada mudah dan sukar.

Untuk pengujian domain kognitif, Taksonomi Bloom Dua Dimensi digunakan untuk menggubal item-item yang berbeza dari segi aras seperti ditunjukkan dalam Rajah 1.1. Contoh-contoh kata

kerja untuk setiap aras menunjukkan tugasan-tugasan yang

dilakukan seperti jadual x.

Jadual 4.2: Struktur Dimensi Proses Kognitif 1. Mengingat •

Mengenal pasti



mengingat semula

2. Memahami •

menginterpretasikan



memberi contoh



mengelaskan



merumuskan



membuat inferens



membandingkan



menjelaskan

3. Menggunakan

69



menjalankan



melaksanakan

4. menganalisis •

membezakan



menyusun



memberikan lambang atau simbol

5. menilai •

memeriksa



mengkritik

6. mencipta •

menjana



merancang



menghasilkan

Secara umumnya, enam aras ini boleh digunakan untuk membina dua set item ujian: item aras rendah ( menguji mengingat, memahami dan menggunakan) dan item beraras tinggi (menguji menganalisis, menilai dan mencipta). Adalah penting untuk mengambil perhatian bahawa item beraras tinggi bukanlah item yang sukar. Sebenarnya, item beraras tinggi berkehendakkan calon untuk menggunakan kemahiran berfikir yang lebih kompleks atau beraras tinggi berbanding dengan item beraras rendah. Aras item atau kemahiran yang dipilih dan diuji harus padan dengan objektif ujian dan perkembangan kognitif pelajar.

Walau bagaimana pun, item-item yang menggunakan

kemahiran

berfikir aras tinggi digalakkan.

4.2. Item Ujian

Jenis-jenis soalan: Penulisan item memerlukan pengetahuan dan kefahaman yang mendalam dalam pelbagai aspek seperti bentuk item, jenis item, aras item, penyusunan item, kelebihan dan kelemahan setiap jenis item ujian dan sebagainya. Guru haruslah memahami bagaimana untuk membentuk ujian yang bermutu tinggi. Ujian bermutu tinggi ialah ujian yang mengandungi semua ciri ujian iaitu kesahan, kebolehpercayaan, keobjektifan, kebolehtadbiran dan kemudahtafsiran. Langkah-langkah berikut perlu diambil kira oleh guru untuk memastikan ujian yang itu bermutu tinggi:

70

i.

item-item ujian hendaklah disediakan berdasarkan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) mengikut kepada tujuannya

ii.

bilangan item hendklah diberikan secara berpatutan, mengikut masa ujian yang diperuntukkan

iii.

proses pengujian hendaklah dijalankan secara teratur dan kemas

iv.

kertas jawapan hendaklah diperiksa secara objektif, mengikut skema pemarkahan yang baik.

v.

keputusan ujian hendaklah mudah ditafsirkan mengikut suatu sistem penilaian yang berkesan.

Pemilihan bentuk ujian juga adalah penting. Ujian sama ada objektif atau struktur, kedua-duanya memerlukan peringkat kebolehan yang sama jika ditadbirkan dengan baik boleh menghasilkan keputusan yang sah dan boleh dipercayai.

4.2.1 Ujian Objektif

Didapati lebih sesuai menguji kebolehan calon di aras kognitif yang rendah iaitu pengetahuan, kefahaman dan aplikasi. Walaubagaimana pun kajian menunjukkan jika soalan objektif digubal dengan teliti boleh juga menguji kebolehan calon di aras kognitif tinggi. Jawapan item jenis ini mempunyai keobjektifan yang paling tinggi kerana jawapan dapat diperiksa secara mudah dan tepat oleh pemeriksa yang berlainan. Menurut Gronlund (1993), pelbagai jenis item objektif boleh didapati tetapi setiap satunya mempunyai satu ciri yang serupa, iaitu ia menghidangkan tugasan (task) yang terkawal dan membataskan gerakbalas (respon) yang dibuat oleh calon. Oleh itu sistem pemarkahannya adalah tetap. Tidak ada kebebasan diberikan kepada pemeriksa bagi membuat pertimbangan atau keputusan sendiri tentang jawapan yang dikemukakan oleh murid.

Ciri penting dalam item ujian objektif ialah setiap item hanya menumpukan satu perkara dalam pengetahuan atau kemahiran. Jawapannya adalah spesifik dan tidak menguji banyak perkara sekaligus.

Jenis-Jenis Item Objektif

71

Terdapat dua jenis/kumpulan item/soalan yang biasa digunakan dalam ujian objektif. Satu kumpulan item yang memerlukan sumbangan jawapan pendek daripada calon (item respons bebas), manakala kumpulan kedua memerlukan calon membuat pilihan daripada beberapa pilihan jawapannyang disediakan (item respons tetap).

Kumpulan pertama: Jenis item respons bebas

Jenis item 1. Item jawapan pendek

Contoh Siapakah nama datuk nabi Muhammad s.a.w.? _____________________________

2. Item melengkapkan ayat

Peristiwa Nabi s.a.w. dibawa berjalan malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa terus ke Sidratul Muntaha dinamakan peristiwa ______________________________

3. Item perkaitan

Tuliskan tempoh penyusuan Nabi s.a.w. dengan wanita-wanita berikut: Ibu Khadijah:................................................... Suwaibah al-Aslamiyyah:................................ Halimah as-Sa’adiyyah:..................................

Kumpulan kedua: Jenis item respons tetap

Jenis item

1. Item betul/salah

Contoh

Pahala sembahyang berjemaah adalah 27 kali ganda daripada sembahyang bersendirian.

(

Betul/salah )

2. Item padanan

Suaikan perkara-perkara berikut: Anjing dan babi

najis mughallazah

Muntah

najis mukhaffafah

Air kencing

najis mutawassitah

72

3. Item pengelasan



Tuliskan nombor pada ruang jawapan.



A

B

Jawapan



1.Niat

Rukun

...............



2.Masuk waktu

Sunat

...............



3.Mengelap air

Makruh

...............



4.Berkumur-kumur

Batal

...............



5.Bercakap-cakap

Syarat sah

...............

4. Item aneka pilihan - satu jawapan salah

Pembukaan kota Makkah berlaku pada tahun ke berapa hijrah?

- satu jawapan betul - satu jawapan terbaik

A 3H

- jenis negatif

B 5H

- ayat KECUALI

C 8H

- item cantuman

D 10H

Panduan menulis pokok soalan dan Distraktor (Pengganggu) bagi soalan aneka pilihan.

a) Pati masalah hendaklah dalam pokok soalan. Calon sepatutnya dapat mengetahui apa yang dikehendaki oleh soalan tanpa membaca pilihan. b) Pokok soalan hendaklah khusus boleh menguji kefahaman calon tentang sesuatu perkara dengan cara menggunakan tugasan. c) Pokok soalan hendaklah dinyatakan secara mudah. Buangkan perkataanperkataan berlebihan dan kurang berfungsi. d) Memulakan pokok soalan dengan "mengapa" dan "bagaimana" lebih baik daripada soalan "siapa" dan "bila". Soalan awal ini lebih mudah diikuti dengan soalan sukar dan lebih tinggi peringkatnya. e) Kurangkan pokok soalan yang berbentuk negatif kerana keadaan begini mungkin menimbulkan kekeliruan. f)

Elakkan mengambil petikan secara langsung daripada buku teks dan nota.

g) Bilangan soalan objektif hendaklah sesuai dengan masa yang diberi. h) Pastikan tiap-tiap soalan adalah bebas daripada soalan yang lain.

73

i)

Gunakan bentuk soalan objektif yang sesuai. Jika hendak mengukur ketepatan fakta boleh gunakan bentuk Betul-Salah dan jika hendak mengukur fakta yang homogen boleh gunakan bentuk padanan.

Panduan menulis distraktor

a) Semua distraktor hendaklah selaras dengan pokok soalan sama ada dari segi tata bahasa atau perkara b) Bagi soalan yang berkaitan dengan pengiraan tiap-tiap distraktor hendaklah dicuba terlebih dahulu. c) Distraktor hendaklah munasabah dan homogen. Keadaan ini memaksa calon meneliti dan memikirkan semua distraktor. d) Gunakan bilangan distraktor yang sesuai. e) Pastikan hanya terdapat SATU sahaja jawapan yang betul atau yang paling tepat. f)

Untuk membentuk soalan mengukur proses mental tinggi hendaklah soalan yang berbeza daripada yang diajar dalam kelas.

g) Pelbagai aras kesukaran soalan. h) Kurangkan penggunaan pilihan "semua di atas" atau "bukan semua di atas" sebagai salah satu daripada distraktor. Soalan cantuman boleh mengatasi masalah ini.

Kelebihan Dan Kelemahan Item Objektif

Kelebihan item objektif:

1. Mempunyai ciri keobjektifan yang tinggi kerana kertas jawapan mudah diperiksa dengan tepat dan mdah oleh sesiapa sahaja. 2. Banyak topik, bab atau unit boleh dijadikan soalan untuk diuji. Liputan lebih besar dan mempunyai kbolehpercayaan yang tinggi. 3. Ia boleh menguji isi kandungan dalam kebanyakan aras kesukaran domain kognitif. 4. Mudah ditadbir. 5. Mudah menyediakan jadual spesifikasi kerana setiap soalan menguji topik, bab atau unit yang khusus.

74

Kelemahan item objektif:

1. Banyak masa dan tenaga untuk menghasilkan soalan ujian objektif yang bermutu tinggi. 2. Tidak sesuai untuk mengukur aras kesuakran domain kognitif yang lebih tinggi seperti analisis, sintesis dan penilaian. 3. Naan bahasa.Ia menggalakkan calon meneka jawapan yang sedia ada. 4. Ia tidak sesuai untuk digunakan untuk mengesan kelemahan dalam penggunaan bahasa. 5. Ia mungkin mempunyai ciri kesahan yang rendah jika ada calon ysng menggunakan teknik menolak gerak balas yang dianggap salah tanpa menggunakan sepenuhnya kemahiran berfikir.

4.2.2 Item Subjektif

Ujian ini ditakrifkan sebagai ujian berbentuk esei di mana calon berpeluang memberi gerak balas dalam tulisan dengan menggunakan perkataan sendiri sama ada dalam satu ayat, beberpa ayat, satu perenggan atau beberapa perenggan berbentuk karangan yang lengkap dan menyeluruh.

Jenis-jenis soalan subjektif

a)

Soalan jenis gerak balas terhad.

Soalan yang menentukan bentuk dan batasan kandungan gerak balas calon. Gerak balas yang dikehendaki adalah secara ringkas mungkin dalam bentuk satu frasa atau satu ayat. Kata lazim yang digunakan ialah: i.

Berikan

ii.

Apakah

iii.

Bilakah

iv.

Nyatakan

v. Senaraikan

Contoh: 1. Apakah yang dimaksudkan dengan najis mukhaffafah. 2. Senaraikan syarat-syarat sah tayammum.

75

b)

Soalan jenis gerak balas bebas.

Jenis ini melibatkan jenis perbicaraan. Ia memberi peluang calon menjawab secara bebas dengan menghuraikan idea atau pendapatnya secara bertulis dalam satu atau beberapa perenggan berbentuk karangan. Soalan ini sangat sesuai digunakan untuk mengukur proses pemikiran kreatif dan kritis, daya pemikiran analitikal, inferensi, keaslian idea, induksi dan imaginasi yang lebih tinggi iaitu aras analisis, sintesis dan penilaian.

Kata dasar yang digunakan ialah: i.

Terangkan

ii.

Bezakan

iii.

Bincangkan

iv.

Rancangkan

v.

Huraikan

Contoh: 1. Bezakan antara ujian objektif dengan ujian subjektif. 2. Bincangkan kesan-kesan hijrah kepada individu, masyarakat dan perkembangan agama Islam.

Kelebihan Dan Kelemahan Item Subjektif

Kelebihan item subjektif:

1. Soalan mudah digubal dan cepat disediakan. 2. Sesuai untuk menguji semua aras kesukaran dalam kognitif. 3. Sesuai

untuk

menguji

kemahiran

calon

menulis,

menyusun

dan

mengintegrasikan idea-idea. 4. Sesuai untuk menguji kemahiran berbahasa. 5. Menggalakkan calon berfikir untuk mencari jawapan (bukan meneka jawapan). 6. Mudah untuk mengesan kesalahan dan kelemahan calon. 76

Kelemahan item subjektif:

1. Nilai kebolehpercayaan soalan adalan rendah kerana soalan yang hendak diuji adalah terhad sedangkan bidang yang hendak diuji adalah menyeluruh. 2. Calon boleh meramal soalan yang hendak diuji memandangkan bilangan soalan adalah terhad. 3. Soalan subjektif

yang kecil bilangannya adalah kurang sesuai untuk

penilaian sumatif. 4. Ia kurang sesuai digunakan untuk penilai pencaqpaian calon dalam bidang kognitif terutama calon yang menghadapi penguasaan bahasa. 5. Ciri keobjektifan soalan mungkin rendah kerana kelainan pemeriksa. 6. Memeriksa kertas soalan subjektif memerluka tenaga dan masa yang lebih. 7. Skema pemarkahan adalah sukar ditentulan kerna bukan mudah bagi penggubal soalan menentukan jumlah skor untuk isi penting dan kurang penting. 8. Menghadapi kesukaran untuk mengira indeks diskriminasi kerana setiap soalan mempunyai markah yang berbeza-beza dan berkait dengan soalan lain.

4.3. Peraturan Pemarkahan

Bagi soalan subjektif, adalah penting suatu skema pemarkahan disediakan supaya pemeriksa boleh memberi markah dengan tepat atau hampir tepat dengan skema pemarkahan. Dengan adanya skema pemarkahan ini, pengaruh unsur-unsur subjektif dapat dikurangkan. Hal ini dapat meninggikan ciri keobjektifan serta kebolehpercayaan dalam ujian subjektif yang akan ditadbirkan.

Cara menyediakan skema pemarkahan a. Cara analitik b. Cara holistik

a) Cara analitik: Dengan cara ini, contoh jawapan disediakan bagi setiap soalan. Pada umumnya, unsur-unsur penting dalam pemarkahan caqra analitik merangkumi nilai tara 77

kandungan, pengelolaan dan proses. Misalnya, dalam ujian karangan, markahmarkah boleh dicerakinkan seperti berikut: Isi

: 40

Ejaan

: 10

Bahasa

: 30

Gaya

: 10

Pengolahan

: 10

Jumlah :100

Untuk mengelak masalah kebolehpercayaan, semasa penyelarasan dibuat, penerangan lanjut perlu dilakukan dengan memperincikan apa yang dimaksudkan dengan isi, ejaan, bahasa, gaya, pengolahan dan sebagainya serta berapakah markah yang diberikan bagi tiap-tiap perkara yang diperincikan itu. Misalnya jika jika isi penting yang dikehendaki 8 dan markah penuhnya 40, maka markah penuh untuk setiap satu isi ialah 3 dan jika lengkap dengan contoh setiap satu isi ditambah 2 menjadikan jumlahnya 5.

Bagi mata pelajaran bukan bahasa, unsur-unsur yang penting dalam skema pemarkahan ialah isi kandungan. Oleh itu, markah-markah akan dicerakin kepada isi-isi penting.

Contoh Soalan: Huraikan 5 keistimewaan sirah Rasulullah s.a.w.

(10m)

Skema pemarkahan: i.

Merupakan sirah yang paling sahih mengenai kehidupan Rasulullah kerana ia diriwayatkan secara ilmiah yang paling kuat lagi tepat

ii.

Kehidupan Nabi begitu jelas dalam setiap peringkat.

iii.

Sirah Nabi merupakan lukisan sejarah seorang manusia biasa yang mendapat keistimewaan dan tidak diberi sifat-sifat ketuhanan.

iv.

Sirah Nabi meliputi seluruh aspek kemanusiaan

v.

Satu-satunya sumber yang tepat dan benar menceritakan bukti kenabian dan kerasulan menggunakan metod iman dan akal

78

Satu isi = 2 markah. 5 isi x 2 = 10 markah.

Kesimpulan

Dalam mengubal soalan/item ujian, guru haruslah mengambil kira banyak perkara. Selain kandungan isi pelajaran, pencapaian dan kebolehan pelajar juga perlu diberi perhatian. Oleh kerana pencapaian dan kebolehan pelajar adalah berbeza-beza, maka para guru perlu menggunakan satu ujian piawai yang boleh diterima dan diuji untuk semua pelajar.

Tugasan tutorial.

Binakan satu set soalan ujian bagi satu bab atau tajuk pelajaran yang telah dilaksanakan. Soalan-soalan tersebut mewakili semua bentuk soalan ujian objektif dan ujian subjektif. Bentangkan tugasan ini semasa interaksi bersama pensyarah anda.

4.4 Penyelarasan dan integriti 4.4.1.Intergriti dalam pendidikan

Integriti Integriti secara umumnya ialah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu dan organisasi. Integriti berkaitan erat dengan etika. Ia adalah berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam tindakan sehari-hari.

Integriti individu

79

Integriti individu ialah keselarasan di antara apa yang dikatakan oleh individu dengan apa yang dikotakannya; keselarasan di antara tindakannya dengan prinsip moral, etika dan undang-undang; serta keselarasan di antara kepentingan diri dengan kepentingan umum. Apa yang dilakukan individu itu pula cepat, tepat dan bermutu. Apabila dia bertindak atau bertingkah lalu demikian secara konsisten dalam pelbagai segi, dia dikatakan mempunyai integriti. Apabila bertindak sebaliknya, dia dikatakan tidak berintegriti atau lemah intergritinya.

Integriti Penjawat Awam Bagi individu yang memegang amanah seperti mereka yang menjawat jawatan awam, integriti bermaksud melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum. Penjawat jawatan itu tidak boleh menyalahgunakan kuasanya untuk kepentingan diri, keluarga, saudara mara atau kaum kerabat sendiri. Apabila berlaku konflik kepentingan, ia mesti diselesaikan dengan memberi keutamaan kepada kepentingan awam. Dengan demikian penjawat itu perlu telus dan tulus, harus memikul pertanggungjawaban terhadap ketuanya, orang dibawahnya dan kepada pihak lain.

Kesimpulan Pembudayaan etika dan integriti individu harus melalui satu proses seumur hidup. Ia melibatkan peranan pelbagai institusi masyarakat seperti keluarga, pendidikan dan media massa. Pembudayaan etika dan integriti dalam organisasi pula, menuntut kepimpinan bertindak sebagai teladan (role model) manakala anggota lain menzahirkan kod itu dalam tindakan mereka. Organisasi juga perlu mempunyai matlamat yang jelas dan realistik yang dikongsi bersama oleh anggota organisasi. Ia perlu mempunyai sistem dan prosedur yang baik bagi melicinkan pelaksanaan tugasnya secara cekap, teratur, dan tepat, di samping mempunyai sistem kawalan kualiti, pemantauan, ganjaran dan penghukuman. Etika dan integriti yang digariskan itu perlu dipatuhi kerana akhirnya seseorang itu bertanggungjawab kepada Tuhannya. http://integritiguide.blogspot.my/p/penjelasan-etika-dan-integriti-adalah.html

80

TUGASAN

TUGASAN PERBINCANGAN 1. Jelaskan jenis-jenis penilaian beserta dengan contoh yang sesuai. 2. Huraikan kepentingan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). 3. Bina item soalan objektif dan soalan subjektif meliputi bidang al-Quran, Ulum Syariah dan Akhlak Islamiah. 4. Bandingbezakan antara Item Objektif dan Subjektif 5. Terangkan cara yang betul dalam membina distraktor untuk jawapan bagi soalan objektif.

81

TAJUK 5

ANALISIS ITEM DAN PENSKORAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

HASIL PEMBELAJARAN UNIT

Di akhir topik ini, pelajar dapat : 1. Mengenal pasti statistik asas yang digunakan dalam pentaksiran Pendidikan Islam. 2. Menganalisis pentaksiran dari sudut indeks kesukaran dan indeks diskriminasi item. 3. Menghuraikan aspek-aspek Kesahan dan Kebolehpercayaan Item

SINOPSIS Kursus ini membincangkan statistik asas yang digunakan dalam pentaksiran Pendidikan Islam, pentaksiran dari sudut indeks kesukaran dan indeks diskriminasi item dan aspekaspek Kesahan dan Kebolehpercayaan Item KANDUNGAN TAJUK 5: 5.1 Analisis Item dan Penskoran Pentaksiran Pendidikan Islam 5.1.1 Statistik Asas a. skor mentah b. min, median, mod c. sisihan piawai 5.1.2 Indeks Kesukaran 5.1.3 Indeks Diskriminasi 5.1.3 Kesahan dan Kebolehpercayaan Item

82

5.1 Statistik Asas. Setelah data-data mentah sesuatu pentaksiran diperolehi, ia perlu dianalisis dan diinterpretasi untuk memberi gambaran tentang prestasi murid dan prestasi mata pelajaran. Peringkat ini merupakan peringkat yang penting dalam proses pentaksiran di mana-mana peringkat sekali pun. Pernyataan prestasi ini perlu dikemukakan dalam bentuk yang mudah difahami. Biasanya statistik asas yang sering digunakan dalam proses penilaian ialah pemindahan skor mentah kepada graf, poligon kekerapan atau histogram, termasuklah pengiraan dan penggunaan julat, peratus, min, median dan mod. Hasil pengiraan menggunakan statistik asas ini akan membolehkan satu interpretasi dan pelaporan pentaksiran boleh dikemukakan.

5.1.1 Skor mentah.

Skor mentah merupakan data yang penting dalam sesuatu proses pentaksiran. Ia merupakan markah-markah yang dikumpulkan secara rawak tanpa mengikut tertib tertentu. Contohnya, seorang guru memperoleh skor mentah dari hasil ujian yang telah diberikan kepada 20 orang muridnya sebagaimana berikut:

73, 70, 68, 68, 67, 67, 65, 65, 63, 62, 60, 59, 59, 58, 58, 56, 52, 50, 41, 40.

5.1.2 Min, median dan mod.

Min, median dan mod boleh diertikan sebagai ukuran kecenderungan memusat. Ketiga-tiga ukuran ini merupakan statistik asas yang digunakan untuk membuat perbandingan tentang pencapaian antara calon-calon yang menduduki ujian yang sama. Oleh itu, seorang guru perlu mengorganisasi dan mempamerkan skor mentah yang diperolehi ke dalam bentuk yang teratur supaya ia lebih bermakna. Ia melibatkan pengiraan mudah untuk mentafsirkan data secara tepat.

i. Min.

Min merupakan ukuran kecenderungan memusat yang terbaik. Ia merupakan.purata markah yang diperoleh oleh pelajar dalam sesuatu ujian. Nilai min sering digunakan 83

kerana ia mengambil kira setiap skor dalam sesuatu taburan. Ia dihitung dengan cara menjumlahkan semua skor dan membahagikannya dengan jumlah bilangan skor dan frekuensinya. Dengan kata lain, ukuran min memberi gambaran secara keseluruhan tentang sesuatu taburan. Rumusnya adalah seperti berikut:

Sebagai contoh, dalam satu ujian pendidikan Islam,skor untuk 10 orang pelajar adalah 45,52,58,77,85,88,80,92,94 dan 88. Hitungan min berpandukan formula di atas adalah sebagaimana berikut :

=

45+52+58+77+85+88+80+92+94+88 10

=

759 10

=

75.9

84

Pengiraan min untuk data terkumpul yang lebih kompleks pula adalah sebagaimana berikut :

ii. Median.

Median ialah skor tengah apabila jumlah bilangan skor adalah ganjil atau nilai purata dua skor di tengah-tengah taburan jika jumlah bilangan skor adalah genap dalam satu susunan taburan menaik atau menurun. Sebagai contoh, median untuk skor ujian ejaan jawi (40,56,35,70,94) dan ujian penulisan (55,62,96,45,76,80) adalah berikut :

Median berguna jika terdapat skor yang ekstrim (melampau) dalam sesuatu taburan. Contohnya, terdapat 3 skor dalam sesuatu ujian, iaitu 20, 20 dan 80. Walau pun min taburan ini ialah 40, tetapi ini tidak menggambarkan ukuran kecenderungan memusat. Dalam kes ini, nilai median 20 adalah lebih berguna sebagai ukuran kecenderungan memusat.

85

iii. Mod.

Nilai mod pula boleh diperoleh dengan menyusun data yang tidak terkumpul itu secara menaik atau menurun. Mod (Mo) adalah skor yang mempunyai kekerapan yang paling tinggi dalam satu taburan. Satu taburan mungkin mempunyai satu atau lebih mod atau tidak mempunyai mod langsung. Mod memberi satu gambaran umum tentang taburan. Sebagai contoh, dalam penghasilan baju-T, pengetahuan tentang mod akan membantu pengusaha menentukan saiz baju-T yang paling dikehendaki. Cuba perhatikan contoh skor-skor ujian pendidikan Islam berikut :

Contoh 1 : 76,55,34,80,60,95,70

Taburan skor ini tidak mempunyai mod.

Contoh 2 : 86,70,59,70,75,68,70

Taburan skor ini mempunyai satu mod (unimod) sahaja. Nilainya ialah 70.

Contoh 3 : 76,62,54,68,62,54,88,71

Taburan skor ini mempunyai dua mod (dwi-mod). Nilai mod ialah 62 dan 54.

5.1.3 Sisihan Piawai

Selain daripada mengetahui tentang ukuran kecenderungan memusat, kita perlu juga mengira untuk mengetahui berapa jauh skor-skor itu tersebar. Kiraan ini dinamakan sisihan piawai.

i. Kaedah pengiraan

86

Terdapat dua kaedah mengira Sisihan Piawai iaitu Sisihan Piawai Untuk Data Tidak Terkumpul dan Sisihan Piawai Untuk Data Terkumpul.

-

Sisihan Piawai untuk Data Tidak Terkumpul

Cuba faham contoh di bawah: -

Contoh 1 : Skor untuk 5 orang pelajar ialah 1,2,3,4, dan 5

-

Contoh 2 : Mengira sisihan piawai untuk satu set skor yang tidak terkumpul.

87

-

Sisihan Piawai untuk Data Terkumpul

Untuk data terkumpul rumus yang digunakan adalah seperti berikut:

Contoh : Jadual di bawah menunjukkan data terkumpul untuk satu ujian Pendidkan Islam.

88

Cuba kirakan sisihan piawai.

ii. Pentafsiran Nilai Sisihan Piawai

Sisihan Piawai ialah ukuran keboleh-ubahan atau sebaran skor-skor. Ia merupakan sejauh mana skor berubah keliling min. Semakin kecil nilai sisihan piawai, semakin kecil sebaran skor dalam taburan. Ini membawa implikasi bahawa data adalah berhampiran antara satu sama lain (homogen). Begitu juga, semakin besar nilai sisihan piawai, semakin besar sebaran skor dalam taburan. Ini bermakna data adalah tersebar luas antara satu sama lain (heterogen).

Kira sisihan piawai skor-skor berikut dan tafsirkan nilai sisihan piawai yang diperoleh bagi skor-skor berikut: 4, 7, 9, 3, 2

89

Sisihan piawai ialah 6.8,di mana ia kurang daripada 10. Nilai kecil menunjukkan bahawa kebanyakan skor adalah berhampiran dengan min 5. Ini bermaksud bahawa taburan bercorak homogen dan skor-skor tidak tersebar luas.

iii. Skor Piawai.

Skor piawai menunjukkan kedudukan sesuatu skor dari segi berapa sisihan piawai skor tersebut berada di atas atau di bawah min taburan. Dan ia biasanya diwakili dengan skor-z atau skor-t. - Skor-z dikira dengan menggunakan rumus berikut:

- Skor-t dikira dengan menggunakan rumus berikut:

t = 50 + 10z

90

Contoh: Skor untuk 5 orang pelajar dalam satu ujian ialah 5,8,10,4 dan 3. Cari skor-z dan skor-t untuk pelajar yang mempunyai 10 markah.

iv. Penafsiran Skor Z. Sebagai contoh, Fairuz mempunyai skor sebanyak 55 dalam ujian Pendidikan Islam ; skor purata kumpulan normal ialah 60 dan sisihan piawai 15. Maka skor piawai Fairuz ialah :

Ini bermaksud skor Fairuz adalah satu pertiga sisihan piawai daripada min. Tanda negatif menunjukkan bahawa ia adalah satu pertiga sisihan piawai di bawah min. 91

Bagi contoh kedua, katakan Fairuz mempunyai skor sebanyak 75 dalam satu ujian Pendidikan Islam ; purata skor untuk kumpulan normal ialah 65 dan sisihan piawai ialah 10. Maka skor piawai Fairuz ialah :

Ini bermakna Fairuz adalah satu sisihan piawai daripada min. Tanda positif menunjukkan bahawa ia adalah satu sisihan piawai di atas min.

5.2 Indeks Kesukaran.

Indeks kesukaran dibuat

bertujuan untuk melihat samada item ataupun

soalan yang digubal terlalu sukar, pada tahap sederhana dan terlalu mudah bagi murid. Berikut merupakan cara yang digunakan bagi mengira indeks kesukaran. Indeks Kesukaran =

,

Bagi bilangan calon yang besar pula, cara tersebut digunakan untuk mengira Indeks Kesukaaran: Indeks Kesukaran = = Bilangan calon kumpulan pada aras tinggi yang menjawab dengan betul. = Bilangan calon kumpulan pada aras rendah yang menjawab dengan betul. J

= Jumlah calon dalam kedua-dua kumpulan tinggi dan rendah.

Hasil penganalisisan daripada pengiraan Indeks Kesukaran boleh dilihat pada jadual berikut :

92

Indeks kesukaran (I.K)

Pentafsiran Item

Keputusan

I.K. < 0.3

Terlalu Sukar

Ubahsuai item

0.3 < I.K. < 0.8

Sederhana

Item sesuai dan boleh diterima

I.K. > 0.8

Terlalu Mudah

Ubahsuai item

5.3 Indeks Diskriminasi. Pengiraan Indeks Diskriminasi pula dilakukan bagi membezakan calon-calon daripada kumpulan pada aras tinggi dan kumpulan pada aras rendah. Rumus yang digunakan untuk mengira indeks diskriminasi ini adalah seperti berikut: I.D. =

= Bilangan calon kumpulan pada aras tinggi yang menjawab dengan betul. = Bilangan calon kumpulan pada aras rendah yang menjawab dengan betul. J

= Jumlah calon dalam kedua-dua kumpulan tinggi dan rendah.

Daripada hasil pengiraan yang telah dilakukan untuk mendapatkan nilai indeks diskriminasi ini, kesesuaian item untuk digunakan dan dapat dikategorikan kepada item yang amat sesuai diterima, harus diubahsuai ataupun dibuang terus.

Indeks

Pentaksiran Item

Keputusan

Diskriminasi poisitif yang

Item amat sesuai diterima

diskriminasi (D)

I.D. > 0.4

tinggi

0.2 < I.D. < 0.4

Diskriminasi positif yang

93

Item perlu diubahsuai dan perlu

0 < I.D. < 0.2

I.D. < 0

sederhana

dicuba sekali lagi

Diskriminasi positif yang

Item perlu diubahsuai dan perlu

rendah

dicuba sekali lagi

Diskriminasi negative,

Item perlu dibuang

prestasi kumpulan murid yang berada pada aras rendah lebih baik daripada kumpulan pada aras tinggi.

5.4 Kesahan dan Kebolehpercayaan Item.

5.4.1. Kesahan.

i. Definisi Kesahan. Kesahan ujian ialah ujian yang mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan skor ujian yang tinggi. Sesuatu ujian dianggap mempunyai kesahan yang tinggi apabila ia mengukur apa yang sepatutnya diukur. Ujian yang baik juga harus menghasilkan skor ujian yang sah dan boleh dipercayai ii. Jenis-Jenis Kesahan. -

Kandungan Semasa/ serentak Ramalan/ telahan Konstruk/ gagasan Kriteria muka

-

Kesahan Isi Kandungan. Ia merujuk kepada sejauh mana isi kandungan ujian tersebut dapat mewakili domain pengetahuan dan kemahiran yang hendak diukur oleh ujian it

-

Kesahan telahan/ramalan Kesahan yang mengambil kira sejauh mana skor ujian dapat meramal kriteria yang diukur.

-

Kesahan Kandungan. 94

Kesahan ini menentukan setakat mana sesebuah ujian meliputi bidang yang hendak diuji. -

Kesahan Semasa/serentak Ia merujuk kepada pencapaian seseorang dalam ujian itu sepadan dengan pencapaiannya dalam satu ujian lain yang diakui sah.

-

Kesahan Ramalan Ketepatan Kemampuan sesuatu ujian untuk meramal kebolehan sebenar seseorang murid untuk menjalankan sesuatu ujian pada masa hadapan di dalam situasi yang lain

iii. Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kesahan. -

Panjang ujian

-

Liputan isi kandungan.

-

Kejelasan soalan

-

Syarat-syarat yang diletakkan untuk mentadbir ujian

-

Kesilapan semasa memeriksa.

-

Kelakuan individu bagi calon yang menduduki ujian

-

Penelitian yang diberi semasa membina ujian.

iv. Bagaimanakah Kesahan Ujian dapat ditingkatkan.

-

Soalan ujian dibina hendaklah berdasarkan aras Taksonomi Bloom

-

Soalan yang dibina perlulah memenuhi Spesifikasi Ujian,JSU dan DSKP.

-

Memastikan segala istilah yang diguna pakai dalam soalan difahami dan diketahui oleh murid.

-

Soalan yang dibina berdasarkan topik yang telah dipelajari oleh murid.

95

-

Guru perlu memastikan bahawa soalan yang dibina dengan arahan yang jelas dan mudah difahami oleh murid.

5.4.2. Kebolehpercayaan i. Definisi Kebolehpercayaan. Kebolehpercayaan sesuatu ujian merujuk kepada sejauh mana tekalnya (consistent) dua set ukuran yang mengukur perkara yang sama. Ketekalan bermaksud pangkat (rank) yang terdapat dalam ukuran yang pertama adalah serupa dengan pangkat (rank) yang dihasilkan bagi ukuran kedua. Sebaliknya, ujian yang menghasilkan skor yang berubah- ubah mempunyai kebolehpercayaan yang rendah Dua set pengukuran boleh diperolehi dengan cara: -

Mengulangi ujian yang sama selepas sesuatu masa tertentu.

-

Mentadbir secara bergilir-gilir dua ujian yang serupa, yang mengukur domain isi kandungan yang sama.

-

Mentadbir dua ujian yang serupa yang mengukur domain isi kandungan yang sama selepas sesuatu masa tertentu.

ii. Faktor yang mempengaruhi kebolehpercayaan ujian -

Panjang ujian

-

Kesukaran item.

-

Homogeniti (keseragaman) item

-

Kuasa diskriminasi item.

iii. Kepentingan kebolehpercayaan Aspek kebolehpercayaan dalam sesuatu pentaksiran amat penting untuk memastikan

bahawa

jawapan

yang

dikemukakan

oleh

murid

mencerminkan

keupayaannya dan bukanlah disebabkan nasib. iv. Bagaimanakah Kebolehpercayaan Ujian dapat ditingkatkan -

Ujian perlu ditadbir dalam suasana yang sesuai dan kondusif

-

Skrip jawapan murid perlulah dinilai oleh lebih daripada seorang pemeriksa untuk skrip jawapan yang sama.

96

-

Skrip jawapan murid perlulah ditanda mengikut Panduan Memberi Markah (PMM) yang telah disediakan.

-

Elakkan daripadaSoalan yang menggunakan ayat- ayat yang boleh mengelirukan murid selain mengelakkan masalah- masalah teknikal.

c. Perkaitan antara Kesahan dengan Kebolehpercayaan.

-

Kesahan akan memastikan ujian yang dibina itu menepati matlamat atau objektif ujian itu dibina

-

Kebolehpercayaan

memastikan

ketekalan

dalam

pengukuran

pencapaian murid dalam sesuatu ujian -

Kebolehpercayaan boleh dikaji terus dari data ujian tetapi kesahan tidak boleh

-

Ujian yang boleh diterima mestilah sah dan boleh dipercayai.

-

Untuk

mengesahkan

sesuatu

yang

digunakan,

pengukuran

hendaklah mempunyai kebolehpercayaan. -

Konsep kesahan dan kebolehpercayaan lebih merujuk kepada maklumat

yang

diperolehi

daripada

alat

pengukur

itu

dari

menerangkan alat pengukur itu sendiri

d. Tujuan Kesahan dan Kebolehpercayaan perlu dititik-beratkan. -

Membolehkan pengurus sekolah memahami ciri-ciri ujian yang baik;

-

Memperkenalkan kepada pengurus sekolah konsep-konsep kesahan dan kebolehpercayaan ujian;

-

Membolehkan pengurus sekolah mempertingkatkan mutu ujian yang dibina

di

sekolah

dengan

mengambil

kira

faktor-

faktor

yang

mempengaruhi kesahan dan kebolehpercayaan sesuatu ujian Rumusan Perbincangan tentang statistik asas yang digunakan dalam pentaksiran Pendidikan Islam telah dibuat dengan mendalam. Begitu juga dengan aspek-aspek Kesahan dan Kebolehpercayaan Item yang begitu penting dalam membuat pelaporan tentang keputusan pentaksiran yang dilaksanakan oleh setiap guru

97

TUGASAN

Tugasan Perbincangan 1.Terangkan dengan ringkas apakah yang dikatakan indeks kesukaran dan indeks diskriminasi? 2. Huraikan kepentingan kesahan dan kebolehpercayaan dalam pembinaan item.

98

TAJUK 6

PELAPORAN UJIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

HASIL PEMBELAJARAN UNIT

Di akhir topik ini, pelajar dapat : . 1. menerangkan tujuan tujuan pelaporan, kaedah pelaporan,bentuk pelaporan ujian. 2. Menulis pelaporan ujian secara manual dan atas talian mengikut contoh yang disediakan.

SINOPSIS Unit ini membincangkan berkaitan tujuan pelaporan, kaedah pelaporan,bentuk pelaporan dan diakhiri dengan contoh pelaporan secara manual dan atas talian.

KANDUNGAN TAJUK 6: 6.1 Tujuan Pelaporan: • Prestasi murid • Prestasi matapelajaran 6.2 Kaedah Pelaporan • Rasional • Impak 6.3 Bentuk Pelaporan 6.4 Contoh Pelaporan •

Manual



Atas talian

99

6.1 Tujuan Pelaporan :

Pelaporan adalah tindakan yang menyusul selepas selesai proses penyemakan kertas ujian.Ianya merupakan proses penyediaan laporan pencapaian untuk melihat prestasi murid

dan

prestasi

matapelajaran

disamping

tujuan

dokumentasi,

tindakan

penambahbaikan dan makluman kepada pelbagai pihak yang berkepentingan.

6.1.1

Prestasi Murid

Pelaporan mampu untuk menilai tahap penguasaan dan kemajuan serta pencapaian seseorang murid dalam aktiviti pembelajarannya. Guru-guru perlu mengetahui tahap prestasi murid mereka agar mereka sedar dan mengetahui tahap keberkesanan pendekatan atau strategi pengajaran yang telah dilaksanakan ( Tanner,2001 ) .Maklumat berkaitan turut digunakan oleh guru bimbingan dan kaunseling agar tindakan susulan boleh diambil terhadap murid yang lemah dan bermasalah pembelajaran.

Murid-murid pula memerlukan maklumat ini untuk mengetahuai tahap kemampuan dan kemajuan akademik mereka dan mengambil tindakan-tindakan susulan untuk kemahiran dan pengetahuan yang kurang dikuasai.

Manakala bagi ibu bapa dan penjaga murid,pelaporan ujian merupakan salah satu strategi pemuafakatan sekolah dengan rumah. Penglibatan mereka dalam pembelajaran murid-murid merupakan asas menilai prestasi murid agar sentiasa berterusan.*cara langsung.

Pelaporan prestasi murid akan diteliti oleh Jawatankuasa Kurikulum Sekolah ( JKS ) .Badan tersebut akan mengenal pasti keperluan dan bantuan sewajarnya akan diberi kepada mana-mana

murid yang berkaitan.Tindakan yang lebih berfokus dan

pemantauan yang berterusan serta sistematik

Selain daripada itu,pelaporan prestasi bagi pihak- pihak berkepentingan (stakeholders) lain seperti pihak Pejabat Pendidikan Daerah ( PPD ), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ) membantu pihak berkaitan merancang aktiviti untuk meningkatkan Prestasi murid.

100

6.1.2 Prestasi Matapelajaran

Post

mortem

merupakan

analisis

secara

menyeluruh

prestasi

sesuatu

matapelajaran.Situasi serta faktor yang mempengaruhi peningkatan dan penurunan mata pelajaran dikenalpasti. Dapatan akan dilaporkan dalam bentuk markah, gred, peratusan lulus,gagal,gred purata sekolah ( GPS ), gred purata mata pelajaran ( GPMP ),gred purata individu ( GPI ) dan sebagainya. Rumusan pencapaian Berdasarkan dapatan itu;keupayaan guru mata pelajaran,keupayaan murid belajar ( kuasai tajuk) ,kualiti soalan ( bardasarkan JSU), keberkesanan program pemulihan dan pengayaan serta keberkesanan pengurusan panitia dikenalpasti dan tindakan susulan yang sesuai serta efektif dirancang dan dilaksanakan untuk meningkatkan prestasi mata pelajaran.

6.2 Kaedah Pelaporan

Terdapat pelbagai kaedah pelaporan untuk menentukan markah dan gred prestasi murid iaitu melalui: -

Gred

-

Peratus

-

Senarai semak

-

Lulus/ gagal

-

Sistem campuran.

Kaedah pelaporan ini akan diterangkan lebih terperinci dalam bentuk pelaporan di bawah ini.

6.3 Bentuk Pelaporan

Bentuk laporan adalah berbeza mengikut ketetapan dan pilihan sekolah berkaitan.Setiap sekolah mungkin menyediakan laporan yang berbeza berbanding dengan sekolah yang lain. Terdapat juga penyeragaman bentuk pelaporan mengikut daerah dan negeri. Secara umum,bentuk pelaporan yang digunapakai dalam sistem pendidikan di Malaysia adalah menggunakan kaedah gred abjad, sistem lulus – gagal, pelaporan bertulis dan pelaporan lisan.

101

i.

Sistem Abjad

Bentuk pelaporan ini menggunakan

abjad A, B, C, D, E dan F dalam

menentukan prestasi murid.Ianya adalah bentuk yang paling mudah,senang mencari puratanya dan popular pada masa kini. Setiap abjad mewakili prestasi mengikut tahapnya: A untuk cemerlang, B untuk baik, C untuk memuaskan, D untuk lemah, E atau F untuk gagal. Penetapan tahap adalah kombinasi prestasi, daya usaha, tatakerja dan tingkahlaku. Penilaian adalah mengikut ketetapan guru secara subjektif****

ii.

sistem Gagal – Lulus

Penetapan sistem Gagal – Lulus atau memuaskan – tidak memuaskan dikaitkan dengan kaedah rujukan kriteria. Ianya diberi berdasarkan sesuatu tahap pencapaian minimum. Sistem ini mudah digunakan tetapi gred yang diberi tidak banyak mengandungi keterangan tentang prestasi pada masa kini atau akan datang. Sistem ini amat wajar bagi mata pelajaran yang memerlukan penguasaan atau kemahiran murid.

(vi)

Sistem Senarai Semak

Sistem ini diguna pakai untuk menentukan sesuatu tahap prestasi murid. Sebarang simbol boleh digunakan atau ditentukan oleh guru dan difahami maksudnya. Sebagai contoh, C** untuk Cemerlang, m**untuk Memuaskan dan P**

Perlu untuk

diperbaiki.Sistem ini perlu jelas,mudah dibaca dan difahami oleh pihak yang berkaitan. satu untuk prestasi dan satu untuk usaha, kemajuan atau pembangunan. Sebagai contoh, gred bagi prestasi kognatif akan diberikan bersama senarai semak yang merujuk kepada prestasi afektif dan ( atau ) psikomotor; berdasarkan kriteria objektif pengajaran atau objektif sekolah. Ciri dan kaedah adalah bergantung kepada ketetapan pihak berkaitan; sekolah,PPD,jabatan atau kementerian.

(vii)

Sistem Campuran

Berdasarkan sistem ini, laporan mengandungi dua atau lebih kombinasi sistem di atas. Kemungkinan dua bentuk gred untuk setiap mata pelajaran, iaitu

satu untuk

prestasi dan satu untuk usaha, kemajuan atau pembangunan. Sebagai contoh, gred bagi prestasi kognatif akan diberikan bersama senarai semak yang merujuk kepada

102

prestasi afektif dan ( atau ) psikomotor; berdasarkan kriteria objektif pengajaran atau objektif sekolah.

6.4 Contoh Pelaporan 6.4.1 Manual

i.

Buku Rekod/ Laporan Prestasi

Rekod Prestasi

menunjukkan pelaporan berkaitan kemahiran yang

ditetap

dalam setiap mata pelajaran. Pencapaian murid akan ditandai pada ruangan yang disediakan mengikut gred tertentu. Sebarang tindakan susulan sama ada pengayaan atau pemulihan akan dikesan daripada pelaporan yang tercatat.

ii.Rekod Profil Menyediakan

maklumat

lengkap

mengenai

kemajuan

murid.

Segala

aspek

perkembangan potensi intelek, rohani, jasmani dan social. Ia sebagai panduan kepada ibubapa dalam memahami kemajuan dan kelebihan anak-anak mereka. Ianya juga sebagai panduan kepada sendiri untuk mengetahui potensi diri masing-masing.

103

contoh rekod profil

a. Pelaporan bertulis

Laporan bertulis akan menggambarkan tahap prestasi murid. Penyediaan laporan yang tepat lagi terperinci akan menentukan kesahan dan kebolehpercayaan bagi mengelak laporan daripada disalahtafsirkan.

b. Pelaporan Lisan

Pelaporan secara lisan berlaku semasa sesi pertemuan ibu bapa dan guru. Prestasi murid dibincang secara bersemuka dan sebarang kelebihan dan kelemahan dapat dibincang dan diambil tindakan sewajarnya. Pelaksanaan sesi pertemuan perlu dirancang secara sistematik dengan mengambilkira tempat, tempoh masa, bahan pelaporan dibuat.

6.4.2 Secara atas talian Pelaporan data ujian secara atas talian(online) telah banyak dilakukan oleh pihak Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri-negeri, Pejabat Pendidikan Daerah sama ada melibatkan keputusan peperiksaan secara berpusat atau Pentaksiran Berasaskan Sekolah(PBS). Guru-guru hanya memasukkan keputusan ujian yang 104

dianalisis mengikut bentuk pelaporan yang dikehendaki sama ada berbentuk gred, atau lulus-gagal dan sebagainya.

Contoh pengisian laporan data ujian secara atas talian.

Rumusan GPI seharusnya dapat menguasai berkaitan tujuan pelaporan, kaedah pelaporan dan bentuk pelaporan supaya dilihat sebagai guru yang kompeten.Seterusnya GPI juga mesti mahir membuat pelaporan secara manual dan atas talian.

TUGASAN PERBINCANGAN

TUGASAN

105

Tugasan Perbincangan: 1.Huraikan tujuan dan kaedah pelaporan ujian PAFA. 2. Bincangkan tentang bentuk-bentuk pelaporan yang perlu dibuat oleh setiap guru. 2. Analisiskan contoh pelaporan secara manual dan atas talian.

Itu saja yang perlu anda lakukan.......SELAMAT BERJAYA.

106

RUJUKAN Abdullah Ishak. (2000). Perkembangan pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ahmad Mohd Salleh. (2011). Kurikulum, metodologi dan pedagogi Pengajian Islam: KPLI Pengajian Islam & j-QAF. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim Tamuri. (2007). Pendidikan Islam kaedah pengajaran dan pembelajaran. Johor: UTM, Skudai Kementerian Pelajaran Malaysia. (2006). Buku panduan perlaksanaan model pengajaran dan pembelajaran dan kokurikulum j-QAF tahun 1-6, Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pelajaran Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia: Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kementerian Pelajaran Malaysia: Huraian Sukatan Pendidikan Islam (KBSR) Kementerian Pendidikan Malaysia. (2002). Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Mohd Hairudin Amin & Kamarul Azmi Jasmi. (2012). Sekolah agama di Malaysia : Sejarah, isu dan cabaran. Johor Bahru: Penerbit UTM Press, Universiti Teknologi Malaysia. Noor Hisham Md. Nawi. (2011). Konsepsualisasi semula kurikulum Pendidikan Islam. Tanjung Malim : Nur Niaga Sdn. Bhd. Mohammad Najib Abdul Ghafar (2012). Pembinaan dan Analisis Ujian Bilik Darjah Edisi 2. Johor : UTM Press Vincent Pans, Denis Lagium, (2014), Penilian Dalam Pendidikan, Kota Kinabalu : UMS Press Azizi Ahmad dan Mohd Isha Awang, (2008), Pengukuran Dan Penilaian Pendidikan, Kuala Lumpur : DBP James H. McMillan, (2014), Classroom Assessment Principles And Pactice For Effetive Study Sixth Edition. Virgenia Commenwelth University. Mohd Sahari Nordin (2012) Cetakan 3, Pengujian dan Pentaksiran Di Bilik Darjah, Gombak :IIUM Press Zamri Muhamad, Muhammad Amin Embi, Nik Mohd Rahimi Nik Yusof, (2010) Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Panduan Untuk Guru BM, Inggeris dan Arab, Bangi : UKM

107

James Ang Jib Ng. Ed. D Balasandram, Ramiah DBA. (2009), Kepimpinan Instruksional Satu Panduan Praktikum, Kuala Lumpur : PTS Profesional

PANEL PENGGUBAL DAN PEMURNI PIM2033 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM Bil.

Nama

1

Dr. Mohd Sharani bin Mohd Naim

2

Wan Anuar bin Yaacob

3

Zulkefli bin Junoh

4

Kamilah binti Mohamed

5

Mohd Ridhuan bin Hj. Jusoh

6

Zaiton Bt. Mat Deris

Kelayakan Akademik PhD. Bahasa Arab, UM Sarjana Bahasa Arab, al-Yarmouk University, Jordan. Sarjana Muda (Kepujian), Bahasa Arab dan Tamadun Islam, UKM Diploma Pendidikan, IPG Kampus Kota Bharu Sarjana Syariah, UM B.A (Hons) Syariah, UM Diploma Pendidikan (B.Arab/P.Islam), UIAM Sarjana Bahasa Moden (B.Arab), UM. BA (Hons) Bahasa Arab, Muhammad al-Khamis, Morocco Sijil Perguruan, MPI. Sarjana Pendidikan Islam, UKM. BA (Hons) Pengajian Islam (Syariah) UKM Diploma Pendidikan (P.Islam/B.Arab) UIAM Sarjana Pendidikan Bahasa Arab, UKM B.A (Hons) Bahasa & Sastera Arab Yarmouk University, Jordan. Diploma Pendidikan (Pengajian B. Arab/P.Islam) MPI Sarjana Pendidikan Islam, UM B.A (Hons) Bahasa & Sastera Arab UIAM. Sijil Perguruan (/P.Islam /Pengajian B. Arab) MPI

108

SILA GUNAKAN SIMBOL-SIMBOL BERIKUT BAGI TUJUAN / MAKSUD SEPERTI YANG DINYATAKAN Fikir mengenai soalan yang diberikan. Satu soalan yang dibentuk untuk membawa pelajar secara beransur-ansur ke isi pelajaran.

Aktiviti Tutorial

Itu saja yang perlu anda lakukan.......SELAMAT BERJAYA.

109

Related Documents


More Documents from "Faid Kemi"