Absp4103 Prinsip Pengurusan Islam.pdf

  • Uploaded by: Athirah Fadzil
  • 0
  • 0
  • January 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Absp4103 Prinsip Pengurusan Islam.pdf as PDF for free.

More details

  • Words: 53,104
  • Pages: 234
Loading documents preview...
Fakulti Sains Sosial Gunaan

ABSP4103

Prinsip Pengurusan Islam

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

ABSP4103 PRINSIP PENGURUSAN ISLAM

Dr Muhammad Nasri Md Hussin

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Pengarah Projek:

Prof Dato’ Dr Mansor Fadzil Prof Madya Dr Mohd Yusuf Ahmad Open University Malaysia

Penulis Modul:

Dr Muhammad Nasri Md Hussin University Utara Malaysia

Penyederhana:

Mohamad Kamil Ariff Dato’ Khalid Universiti Teknologi MARA

Dibangunkan oleh:

Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi Open University Malaysia

Edisi Pertama, April 2012 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM), April 2012, ABSP4103 Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada bahan ini boleh disalin semula dalam mana-mana cara tanpa kebenaran secara bertulis daripada Presiden Open University Malaysia (OUM)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Isi Kandungan Panduan Kursus Topik 1

Topik 2

xi-xviii

Perspektif Pengurusan Islam 1.1 Definisi Pengurusan 1.2 Fungsi-fungsi Pengurusan dalam Organisasi Formal 1.2.1 Evolusi dan Tahap Pembangunan Pengurusan dari Perspektif Islam 1.2.2 Evolusi Pengurusan Konvensional Skop dan Pendekatan 1.3 Islam dalam Bidang Pengurusan 1.3.1 Skop Pengurusan Islam 1.3.2 Pendekatan Pengurusan Islam 1.3.3 Aplikasi Pengurusan Islam 1.4 Tauhid dan Pengurusan 1.4.1 Pengertian Tauhid 1.4.2 Penerapan Tauhid dalam Aspek Pengurusan 1.4.3 Visi, Misi, Matlamat dan Fungsi Pengurusan Islam Rumusan Kata Kunci Rujukan

8 8 10 14 15 15 17 19 22 23 23

Pembangunan Disiplin Pengurusan Islam 2.1 Sumber Hukum Primer dan Sekunder 2.1.1 Sumber-sumber Utama Hukum Islam 2.1.2 Sumber Hukum Islam Tambahan 2.2 Prinsip-prinsip Pengurusan Islam 2.2.1 Perbezaan Pemilihan 2.2.2 Huraian Beberapa Prinsip Islam dalam Pengurusan 2.3 Etika dan Tanggungjawab Sosial Organisasi 2.3.1 Definisi Etika dan Tanggungjawab Sosial 2.3.2 Pengurusan Kualiti Menyeluruh 2.3.3 Budaya Organisasi Rumusan Kata Kunci Rujukan

25 26 28 33 37 37 39 40 40 41 43 45 45 46

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

1 2 3 6 7

iv



Topik 3

Topik 4

ISI KANDUNGAN

Pembangunan Teori Pengurusan Islam 3.1 Pembangunan Teori 3.1.1 Kepentingan Pembangunan Kerangka dan Teori 3.1.2 Peranan Dominan Nilai ke atas Semua Kegiatan Organisasi 3.1.3 Teori dan Amali 3.2 Pendekatan dalam Kaedah Penyelidikan 3.2.1 Matlamat Penyelidikan; Penyelidikan Primer dan Sekunder 3.2.2 Analisis Teks 3.2.3 Analisa Empirikal 3.3 Ubah Suai Amalan Konvensional 3.3.1 Panduan Mengubahsuai 3.3.2 Contoh Pengubahsuaian 3.3.3 Semakan dan Penambahbaikan Rumusan Kata Kunci Rujukan

47 48 49 50

Perancangan dalam Organisasi 4.1 Perancangan dan Kejayaan 4.1.1 Definsi Perancangan 4.2 Konsep Perancangan Allah dan Para Nabi-nabi 4.2.1 Perancangan oleh Allah 4.2.1 Perancangan oleh Para AnbiyaÊ dan Nabi Muhammad s.a.w. 4.3 Jenis-jenis Perancangan 4.3.1 Perancangan Strategik 4.3.2 Perancangan Taktikal 4.3.3 Perancangan Operasi 4.3.3 Perancangan Kontingensi 4.4 Proses Perancangan Strategik Organisasi 4.4.1 Unsur-unsur Perancangan Strategik 4.4.2 Proses Perancangan 4.4.3 Ciri-ciri Perancangan yang Baik Rumusan Kata Kunci Rujukan

66 67 68 70 72 72

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

51 55 55 56 57 58 60 62 62 63 64 64

74 75 77 77 79 81 81 82 84 85 86 86

ISI KANDUNGAN

Topik 5

Topik 6



v

Perancangan dalam Organisasi 5.1 Dimensi dan Reka Bentuk Kerja 5.1.1 Dimensi Utama Kerja: Kepelbagaian Kemahiran, Identiti Tugas, Kepentingan Tugas, Autonomi dan Maklumbalas 5.1.2 Teori Pembentukan Kerja 5.1.3 Analisis Kerja, Deskripsi Kerja (Job Description) dan Spesifikasi Kerja (Job Specification) 5.2 Hubungan Kerja dalam Organisasi 5.2.1 Autoriti dan Tanggungjawab dalam Organisasi 5.3 Jenis-jenis Struktur Organisasi 5.3.1 Struktur Mudah 5.3.2 Struktur Fungsian 5.3.3 Struktur Bahagian 5.3.4 Struktur Konglomerat 5.3.5 Struktur Kacukan 5.3.6 Struktur Matriks 5.3.7 Struktur Berasaskan Pasukan 5.3.8 Struktur Rangkaian 5.4 Kerja Berkepasukan dalam Organisasi 5.4.1 Personaliti dan Kerjaya 5.4.2 Peranan Anggota-anggota Kumpulan 5.4.3 Proses Keberkesanan Kumpulan 5.4.4 Peringkat Pembentukan Kumpulan 5.4.5 Ciri-ciri Pasukan yang Berkesan 5.4.6 Kekuatan dan Kelemahan dalam Kumpulan Rumusan Kata Kunci Rujukan

92 93 97 97 98 98 100 100 101 101 101 102 103 105 107 108 110 111 113 113 114

Sumber Manusia 6.1 Definisi Sumber Manusia 6.1.1 Kepentingan Pengurusan Sumber Manusia 6.1.2 Proses Pengurusan Sumber Manusia 6.2 Perundangan dan Pembangunan Sumber Manusia 6.2.1 Perundangan Sumber Manusia 6.2.2 Latihan Pembangunan dan Disiplin Pekerja 6.3 Prinsip-prinsip Islam dalam Pengurusan Sumber Manusia 6.3.1 Amanah 6.3.2 Mengamalkan Syura 6.3.3 Keadilan 6.3.4 Persamaan 6.3.5 Kebebasan

115 116 117 119 120 121 122 123 123 124 125 127 127

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

88 89 89 90

90

vi



ISI KANDUNGAN

6.3.6 Bekerjasama 6.3.7 Asas Pemilihan dalam Islam Rumusan Kata Kunci Rujukan

128 129 133 134 134

Topik 7

Kepimpinan 7.1 Fungsi Kepimpinan 7.1.1 Fungsi Kepimpinan dalam Organisasi 7.2 Ciri-ciri Pemimpin dan Pembangunan Kepimpinan 7.2.2 Keusahawanan 7.3 Peranan Pemimpin dan Pengikut 7.3.1 Kewajipan Pemimpin 7.3.2 Kewajipan Pengikut 7.3.3 Timbal Balik antara Pemimpin dan Pengikut 7.4 Model-model kepimpinan 7.4.1 Model Berteraskan Pemimpin 7.4.2 Model Berteraskan Pengikut Rumusan Kata Kunci Rujukan

136 137 138 141 145 146 147 148 149 150 150 152 153 153 153

Topik 8

Membuat Keputusan dan Komunikasi 8.1 Model Membuat Keputusan 8.2 Kepentingan Membuat Keputusan 8.2.1 Model Rasional dan Model Gelagat 8.2.2 Langkah-langkah Membuat Keputusan 8.3 Membuat Keputusan dalam Kumpulan 8.3.1 Peranan Membuat Keputusan dalam Kumpulan 8.3.2 Teknik-teknik Membuat Keputusan dalam Kumpulan (Syura) 8.3.3 Teknik-teknik Membuat Keputusan dalam Kumpulan 8.3.4 Keputusan Rutin dan Tidak Terancang 8.3.5 Jenis Keputusan 8.4 Asas-asas Komunikasi 8.4.1 Kepentingan Komunikasi, Unsur-unsur dan Proses Komunisasi, Saluran Komunikasi dan Halanganhalangan Komunikasi

155 156 156 157 158 161 161 162

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

163 164 164 165 166

ISI KANDUNGAN

8.4.2

8.3.3

Topik 9

Bentuk-bentuk Komunikasi: Rohaniah, Dalam Perorangan (Intrapersonal), antara Perorangan (Interpersonal), dalam Organisasi (Intra-organisational), antara Organisasi (Inter-organisational) Halangan-halangan Komunikasi: Individu, Sistem dan Persekitaran

vii

171

175

Rumusan Kata Kunci Rujukan

178 178 178

Motivasi Definisi Motivasi 9.2 Sumber Motivasi 9.2.1 Fungsi Ganjaran dan Hukuman 9.2.3 Aqidah Tauhid Sebagai Motivasi Primer 9.3 Model - model Teori Motivasi Konvensional 9.4 Motivasi Islam 9.4.1 Penerapan Aqidah 9.4.2 Hubungkait antara Aqidah, Kehendak, Tindakan dan Prestasi Kerja 9.4.3 Perbezaan Motivasi Islam dan Konvensional Rumusan Kata Kunci Rujukan

180 180 181 183 184 186 189 189 191

Kawalan, Budaya Organisasi dan Perubahan 10.1 Kawalan 10.1.1 Teknologi Maklumat 10.1.2 Kaitan antara Penilaian Prestasi dan Kawalan 10.2 Budaya, Prestasi dan Perubahan Organisasi 10.2.1 Keterangan Budaya Organisasi 10.2.2 Pembinaan, Pembaikan dan Penerusan Budaya Organisasi 10.2.3 Perubahan 10.2.4 Bentuk-bentuk Perubahan 10.3 Pengurusan Konflik 10.3.1 Konflik Bermanfaat dan tidak Bermanfaat; Punca, Akibat dan Pengurusan Konflik Rumusan Kata Kunci Rujukan

197 198 200 200 201 201 202

9.1

Topik 10



Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

193 195 196 196

203 204 206 207 211 211 212

viii 

ISI KANDUNGAN

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

PANDUAN KURSUS

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

PANDUAN KURSUS  xi

DESKRIPSI PANDUAN KURSUS Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati daripada awal sehingga akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan membantu anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah tempoh masa untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan sepenuhnya. Sentiasalah rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda membaca kandungan kursus kerana ia dapat membantu di dalam menjelaskan komponen-komponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas pandang.

PENGENALAN ABSP4103 Prinsip Pengurusan Islam adalah salah satu kursus yang ditawarkan oleh Fakulti Sains Sosial Gunaan di Open University Malaysia (OUM). Kursus ini melibatkan 3 jam kredit dan harus dijalankan dalam tempoh masa 8 hingga 15 minggu.

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN Kursus ini ditawarkan kepada semua pelajar yang mengambil program Sarjana Muda Pengajian Islam (Pengurusan Islam). Modul ini bertujuan memaklumkan asas, konsep, prinsip utama dan skop pengurusan Islam dan evolusi pengurusan Islam, serta perbezaannya dengan pengurusan konvensional. Ia juga menonjolkan pendekatan untuk membangunkan pengurusan Islam, dan isu-isu berkaitan. Sebagai pelajar jarak jauh, anda harus fasih dengan keperluan pembelajaran kendiri dan mampu mengoptimakan kaedah pembelajaran dan persekitaran yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan anda maklum dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus tersebut dikendalikan.

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN Berdasarkan piawaian OUM, seseorang pelajar itu perlu memperuntukkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Selaras dengan piawaian ini, kursus yang bernilai tiga jam kredit memerlukan masa selama 120 jam pembelajaran. Anggaran masa pembelajaran ialah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

xii

 PANDUAN KURSUS

Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran Activiti Pembelajaran

Jam Pembelajaran

Membaca kandungan kursus dan mengambil bahagian dalam perbincangan awal

2

Membaca modul

60

Menghadiri 3 hingga 5 sesi tutorial

8

Perbincangan atas talian

12

Ulang kaji

18

Menyiapkan tugasan, Ujian dan Peperiksaan

20

JUMLAH MASA PEMBELAJARAN

120

OBJEKTIF KURSUS Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat: 1.

Menerangkan asas, konsep, prinsip utama dan skop pengurusan Islam;

2.

Menerangkan evolusi pengurusan Islam, dan perbezaannya dengan pengurusan konvensional; dan

3.

Membincangkan pendekatan untuk membangunkan pengurusan Islam, dan isu-isu yang berkaitan.

SINOPSIS KURSUS Kursus ini terbahagi kepada 10 topik. Sinopsis untuk setiap topik adalah seperti yang disenaraikan berikut: Topik 1 memulakan perbincangan dengan pengenalan pengurusan dari perspektif Islam dari segi fungsi pengurusan dalam organisasi formal, evolusi dan tahap pembangunan pengurusan dari perspektif Islam, skop pengurusan Islam, pendekatan pengurusan Islam dan tauhid dan pengurusan. Topik 2 memperkenalkan konsep pembangunan disiplin pengurusan Islam yang merangkumi sumber primer dan sekunder, Maqasid al-ShariÊah dan Usul al-Fiqh, Prinsip-prinsip pengurusan Islam dan etika dan tanggungjawab sosial organisasi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

PANDUAN KURSUS  xiii

Topik 3 membincangkan pembangunan teori pengurusan Islam yang merangkumi pembangunan teori, pendekatan dalam kaedah penyelidikan dan ubahsuian amalan konvensional. Topik 4 membincangkan aspek perancangan iaitu perancangan oleh Allah s.w.t., perancangan oleh para AnbiyaÊ dan Nabi Muhammad s.a.w., jenis-jenis dan plan perancangan dan proses perancangan dan halangan-halangan. Topik 5 membincangkan aspek pengorganisasian dan kepasukanan dari segi dimensi dan reka bentuk kerja, hubungan kerja, kerja berpasukan dan proses pemantapan kumpulan. Topik 6 membincangkan aspek sumber manusia yang merangkumi kepentingan sumber manusia, pembangunan dan pengurusan sumber manusia dan proses pengurusan sumber manusia seperti pengambilan, pemilihan, latihan dan pembangunan, disiplin, ganjaran dan perhubungan perusahaan. Topik 7 membincangkan aspek kepimpinan yang merangkumi tajuk-tajuk fungsi kepimpinan, peranan pemimpin dan pengikut dan model-model kepimpinan. Topik 8 membincangkan aspek membuat keputusan dan komunikasi dari segi model membuat keputusan, proses membuat keputusan dalam kumpulan dan asas-asas komunikasi. Topik 9 membincangkan aspek motivasi dari segi sumber motivasi, Êaqidah tauhid sebagai motivasi primer, model-model motivasi konvensional dan perbezaan motivasi Islam dan konvensional. Topik 10 membincangkan aspek kawalan, budaya organisasi, dan perubahan dari segi kawalan diri (self control), kawalan dalaman (internal control) dan kawalan luaran (external control); kawalan secara langsung dan tidak langsung, rasmi dan tidak rasmi, budaya, prestasi dan perubahan organisasi serta pengurusan konflik.

PANDUAN SUSUN ATUR TEKS Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting anda mengambil tahu akan susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan. Amnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti berikut:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

xiv

 PANDUAN KURSUS

Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau capai setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap topik anda digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan untuk memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan seperti ini akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan kandungan sesuatu topik. Semak Kendiri: Soalan-soalan diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu topik. Soalan-soalan ini menguji kefahaman tentang maklumat yang anda telah baca. Jawapan untuk soalan-soalan ini biasanya terdapat dalam perenggan-perenggan yang sebelumnya. Anda digalakkan menjawab soalansoalan semak kendiri ini untuk menguji dan memastikan sama ada anda telah memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya menyediakan anda menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan jawapan kepada soalansoalan yang ditanya terdapat di dalam modul itu sendiri. Aktiviti: Aktiviti-aktiviti juga diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu topik dengan tujuan menggalakkan anda mengaplikasi konsep dan prinsip yang anda telah pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti-aktiviti ini juga memperluaskan kefahaman kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan anda melakukan sesuatu seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat, berbincang bersama rakan dalam kelas, merujuk kepada laman web, membaca artikel jurnal dan seumpamanya. Rumusan: Di akhir sesuatu topik, isi-isi penting topik tersebut disenaraikan. Komponen ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula keseluruhan topik. Pastikan bahawa anda memahami setiap pernyataan yang disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan. Perkataan Penting: Di akhir topik disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting yang digunakan di dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan. Rujukan: Rujukan adalah bahagian di mana senarai buku teks, jurnal, artikel, kandungan elektronik atau sumber-sumber yang boleh ditemui yang berkaitan dan berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat di dalam beberapa bahagian seperti di dalam Panduan Kursus (di bahagian Rujukan), di akhir setiap topik atau di akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagianbahagian yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

PANDUAN KURSUS  xv

KAEDAH PENILAIAN Sila rujuk myINSPIRE.

RUJUKAN Ab. Wahab Mat, Shahrol Aman Ahmad, Azhari Ramli, Abu Mansor Ahmad. (2007). Pengurusan. Sintok: Pernerbit Universiti Utara Malaysia. Abu Muhammad ÂAli ibn Ahmad ibn SaÊid Ibn Hazm al-Andalusi, (t.t), al-Ahkam fi Usul al-Ahkam. Beirut: Dar al-Kutub al-Âiliyyah. Abu Sin, Ahmad Ibrahim. (1991). Pengurusan Dalam Islam (terjemahan Abd Rashid Ngah dan Jusoh Kadir). K. Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ahmad Atory Hussain. (1991). Pengurusan Organisasi. Kuala Lumpur: Utusan Publication. Ahmad ibn Yahya ibn Jabir al-Baladhuri. (1987). Futuh al-Buldan. Beirut: Dar al-Fikr. Al-Buti, Muhammad SaÊid Ramadhan. (1980). Fiqh al-Sirah. cet. 8, Beirut: Dar al-Fikr. al-Quran versi 6.31 (1997). CD-ROM. Kaherah: Sakhr Technologies. al-Zuhayli, Wahbah. (1986). Usul al-Fiqh al-Islamiy. juz 1, Damsyik: Dar al-Fikr. Ary, D., Jacobs, L.C., & Razavieh, A. (1996). Introduction to research in education (5th ed.) New York: Harcourt Brace. Asmadi Mohamed Naim (2003). Maqasid Syariah dan Pemikiran Pengurusan Islam. Sintok, Penerbit Universiti Utara Malaysia. Badran Abu ÂAynayn Badran (t.t), al-ShariÊah al-Islamiyyah, Tarikhuha wa Nazariyyah al-Milkiyyah wa al-ÂUqud. Kaherah : Dar al-Fikr. Burr, W. (1973). Theory construction and the sociology of the family. New york: Wiley. Garrison, R. (2000). Theoretical challenges for distance education in the 21st Century: A shift from structural to transactional issues. International Review of Research in Open and Distance Learning. 1(1), June, 1-17. Harold Koontz & Heinz Weirich. (1999). Principles of management. New York: McGraw-Hill. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

xvi

 PANDUAN KURSUS

Ibn Hajar al-ÂAsqalani, Abu al-Fadhl Syihab al-Din Ahmad b. ÂAli b. Muhammad (1991), Fath al-Bari Bi Syarh Sahih al-Bukhari. Beirut: Dar al-Fikr. Ivanacevish, J. (2000). Human resource management (7eds). Mc Graw Hill. Jaafar Muhamad (1999). Kelakuan organisasi. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd. Jaafar Muhamad (1992). Ed. ke-2. Asas pengurusan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd. Jaafar Muhamad (1999). Kelakuan organisasi. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd. Kaplan, A. (1964). The conduct of inquiry: Methodology for behavioral science. San Francisco: Chandler. Kerlinger, F.N. (1973). Foundations of behavioral research (2nd ed.). New York: Holt, Rinehqrt and Winston. Lefrancois, G.R. (1986). Psychology of learning (2nd ed.). New York: Springer. Manna Al-Qattan (1995). Tarikh al-TasyriÊ al- Islami. Beirut: Muasasah Risalah. Merriam, S.B. (1998). Qualitative Research and case study applications in education. San Francisco, CA: Jossey-Bass. Muhammad al-Buraey. (1992). Administrative development; An Islamic perspective. United Kingdom: Islamic Publisher. Muhammad bin Muhammad bin Ahmad al-Ghazali, (t.t), al-mustafa min ÂIlm al-usul. Cet 1, Beirut: Dar al-IhyaÊ al-Turath al-ÂArabi. Muhammad bin YaÊqub al-Fairuz Abadi. (1997). al-Qamusal Munjid. Juz. 1. Beirut: Darul IhyaÊ al-Turath al-Arabi. Muhammad Ibn Abi Bakr Ibn Qayyim al-Jawjiyyah (t.t) IÊlam al-MuwaqqiÊin Âan Rabb al-ÂAlamin. Kaherah: Maktabah al-Taufiqiyyah Muhammad Nasri Md Hussain, Ab. Aziz Yusof. (2005). Pengurusan sumber manusia dari perspektif Islam. Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Muhammad Rawas Dr, QalÊahji. (1985). MuÊjam Lughat al-FuqahaÊ. Beirut: Dar al-NafaÊis. Muhammad Said Ramadhan al-Buti. (1982). Dhawabit al-Maslahah fi al-Syariah al-Islamiah. Beirut: Muassah Risalah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

PANDUAN KURSUS  xvii

Muslim, Abu al-Husayn b. al-Hajjaj b. Muslim al-Qusyairy al-Naisaburo (t.t), Sahih Muslim. Kaherah: MatbaÊah Muhammad ÂAli Subayh wa Awladih. Mustafa Haji Daud. (1994). Pengurusan Islam. K.Lumpur: Utusan Publications & Distributions. Nik Azis, N.P. (2003). Pendekatan konstruktivisme radikal dalam pendidikan matematik. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Nizamuddin Zainuddin, Badruddin A.Rahman, Abu Bakar Hamed, Thi Lip Sam, Azrain Nasyrah Mustapa, Nazlina Zakaria, Norita Deraman, Norzalila Jamaludin, Shamsul Huda Abd Rani & Suhaila Abdul Hanan, (2010). Penyelidikan Saintifik: Asas dan Aplikasi. Malaysia, McGraw-Hill Sdn. Bhd. P.S. Lewis, S.H Goodman, and P.M. Fandt. (2004). Management: Challenges for TomorrowÊs Leaders. Ohio: Thomson South-Western. Rosli Mahmood, Lily Julienti Abu Bakar, Mohamed Yusop Mohd Jani, Muhammad Shukri Bakar, Norita Deraman, Norria Zakaria, Syahrina Abdullah, Rosli Mohd Saad & Azrain Nasyrah Mustapa (2007). PrinsipPrinsip Asas Keusahawanan. Singapore:Thomson Learning. Rue, L.W dan Byars, L.L. (2005). Management Theory and Application. Illinois: Richard D. Irwin Inc. Sohair Abdel Moneim Sery. (1990). Konsep Pengurusan Pentadbiran Menurut

Ajaran Islam Satu Kajian Perbandingan dengan Penekanan ke atas Konsepsi Kepimpinan Dalam Islam. Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara. Stoner, James A.F. Stoner & Charles Wienkel. (2000). Management. Prentice Hall, New Jersey: Inc., Englewood Cliff. Syed Mohd. Ghazali Wafa Syed Adwam Wafa, Hj. Muhammad Nasri Hj. Md. Hussain & Mohd. Nizam Hanafiah. (2006). Penghantar Perniagaan Islam. Selangor: Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Syed Othman Alhabshi & Hamiza Ibrahim. (1998). Pengurusan dan Pentadbiran: Mencapai Kecemerlangan Melalui Penghayatan Nilai. Malaysia: Unit Penerbit Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Taylor, Frederick Winston. (1978). Principles of Scientific Management. New York: Harper & Row. Troye, S.V. (1994). Evaluation of theory and research. Oslo: Tano.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

xviii  PANDUAN KURSUS

Wahbah al-Zuhayli. (1986). Usul al-Fiqh al-Islami. juz 1, Damsyik: Dar al-Fikr. Yusof Ismail. (2004). Mengurus Secara Islam. Edisi Kedua. K.Lumpur: A.S Noordeen. Zainal ÂAbidin Bin Ibrahim, Ibn Nujayn. (1968). al-Asybah wa al-nazaÊir Âala Madhhab Abi Hanifah al-NuÊman. Juz 1, Kaherah: Muassasah al-Halabi wa Auladuhu. Zainal Ariffin Ahmad. (1998). Perlakuan Organisasi. Penerbit Fajar Bakti. Zaydan, ÂAbd al-Karim. (1969). al-Madkhal li al-Dirasah al-Syariah al Islamiyyah. Bahgdad: MatbaÊah al-ÂAini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Topik  Perspektif

1

Pengurusan Islam

HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1.

Menerangkan secara umum konvensional dan Islam;

definisi

pengurusan

secara

2.

Menjelaskan fungsi-fungsi pengurusan dalam organisasi formal;

3.

Membincangkan skop dan pendekatan Islam dalam bidang pengurusan; dan

4.

Menghuraikan konsep tauhid dan kaitannya dengan bidang pengurusan.   

 PENGENALAN Ibnu Khaldun, seorang sarjana Islam pada zaman silam, pernah berkata bahawa manusia itu terbina secara fitrahnya secara bermasyarakat. Manusia hidup bukan secara bersendirian. Mereka menjalankan kehidupan secara bermasyarakat. Secara umumnya, setiap kaum dan bangsa di dalam dunia ini mempunyai cara mengurus yang tersendiri. Manusia selalunya menggunakan akal fikiran mereka dalam membina cara-cara mengurus kehidupan mereka. Selalunya mereka memulakan kaedah pengurusan daripada perkara yang mudah kepada yang lebih terperinci. Masyarakat Jepun, China, Melayu, Arab dan barat ada cara pengurusan masing-masing. Cuma dalam dunia pengurusan moden sekarang ini, kaedah pengurusan masyarakat barat nampaknya lebih dikenali di semua peringkat kerana mereka telah membuat kaedah pengurusan secara sistematik dan saintifik termasuk mengumpulkannya dalam bentuk makalah yang tersusun sama ada untuk kegunaan atau sebagai disiplin ilmu pengurusan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

2



TOPIK 1 PERSPEKTIF PENGURUSAN ISLAM

Dalam topik ini, kita akan membincangkan dengan lebih terperinci mengenai pengurusan secara konvensional dan Islam dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya seperti definisi pengurusan secara konvensional dan Islam, fungsifungsi pengurusan dalam organisasi formal, skop dan pendekatan Islam dalam bidang pengurusan dan konsep tauhid dalam bidang pengurusan.

AKTIVITI 1.1 Sebelum anda meneruskan pembacaan, anda boleh memikirkan beberapa aspek pengurusan Islam seperti apa erti Islam sebagai satu cara kehidupan dan sama ada terdapat aktiviti Islam dalam pengurusan di tempat anda bekerja. Anda juga boleh memikirkan bagaimana bentuk pengurusan dan pentadbiran kerajaan Melayu pada zaman dahulu dan bagaimana pula pengurusan pada masa sekarang .

1.1

DEFINISI PENGURUSAN

Apakah maksud pengurusan? Pengurusan secara umumnya boleh didefinisikan sebagai satu seni bagi melaksanakan sesuatu proses kerja yang terancang dan dilaksanakan secara bersistematik, teratur dan mempunyai garis panduan tertentu.

Dari segi epistemologi, perkataan mengurus (management) adalah berasal dari bahasa Itali ÂmaneggiareÊ yang bermaksud menangani. Kata nama ÂmaneggiareÊ tersebut pula terbit daripada perkataan Latin iaitu ÂmanusÊ yang bermaksud tangan. Sebenarnya, perkataan bahasa Perancis ÂmesnagementÊ telah banyak mempengaruhi perkembangan maksud perkataan Bahasa Inggeris ÂmanagementÊ iaitu pada abad ke-17 dan ke-18.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1 PERSPEKTIF PENGURUSAN ISLAM



3

Jadual 1.1 menunjukkan tiga lagi definisi pengurusan daripada penulis yang berbeza. Jadual 1.1: Definisi Pengurusan Tokoh

Definisi Pengurusan

Mary Parker Follet (1868 -1933)

Pengurusan adalah suatu seni untuk mencapai sesuatu melalui orang lain. Pengurusan juga boleh didefinisikan berdasarkan kepada fungsinya sebagai Âtindakan untuk mengukur sesuatu kuantiti pada tempoh-tempoh yang tetap dan berdasarkan kepentingan, mengubahsuai rancangan asal ataupun tindakan untuk mencapai maklumat yang dirancangÊ. Pengurusan juga adalah suatu proses sosial yang dibentuk untuk mendapatkan kerjasama, penyertaan dan penglibatan seluruh ahli-ahli dalam sesebuah organisasi untuk mencapai sesuatu matlamat atau objektif dengan cara yang paling berkesan.

James A.F Stoner (1955-2012)

Pengurusan adalah proses merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal daya usaha anggota organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain dalam organisasi bagi mencapai matlamat organisasi yang ditetapkan.

Charles Babbage (1791 ă 1871)

1.2

Memperkenalkan prinsip pembahagian dan pengkhususan kerja melalui pengeluaran produk melalui jabatan-jabatan yang dikhususkan dengan fungsi tertentu dan memberikan idea penubuhan Âline of productionÊ dengan penetapan fungsi kerja yang rutin.

FUNGSI-FUNGSI PENGURUSAN DALAM ORGANISASI FORMAL

Fungsi pengurusan dapat dibahagikan kepada beberapa fungsi bergantung kepada cara kita mengkelaskannya, iaitu melalui perancangan, penyusunan, penyelarasan, penstafan dan pengawalan. Secara umumnya, fungsi pengurusan boleh dibahagikan kepada empat, iaitu perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan (Lihat Rajah 1.1).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

4



TOPIK 1 PERSPEKTIF PENGURUSAN ISLAM

Rajah 1.1: Fungsi-fungsi pengurusan

Mari kita lihat setiap fungsi dengan terperinci. (a)

Perancangan (Planning) Perancangan ialah memutuskan apa yang perlu berlaku pada masa hadapan (hari ini, minggu hadapan, bulan hadapan, tahun hadapan, sepanjang lima tahun yang berikut dan sebagainya) dan mencipta rancangan-rancangan untuk dilaksanakan. Sebelum pihak pengurusan memulakan sesuatu aktiviti organisasi, perancangan hendaklah dibuat terlebih dahulu. Pada peringkat perancangan, perkara-perkara yang perlu dipersoalkan adalah seperti berikut: (i)

Tujuan dan Objektif Ini termasuklah mengenal pasti perkara yang ingin dicapai oleh sesebuah organisasi seperti misi dan visi organisasi berdasarkan matlamat penubuhan organisasi tersebut dan prestasi yang diinginkan, seperti kadar pertumbuhan organisasi atau peratusan keuntungan dan lain-lain.

(ii)

Strategi Organisasi Apabila matlamat dan tujuan telah ditakrifkan dengan jelas, organisasi perlu mencari strategi untuk mencapai matlamat dan tujuan yang diharapkan. Di dalam strategi, pihak pengurusan akan membincangkan beberapa perkara seperti strategi pemasaran yang meliputi perletakan harga, perluasan pasaran atau perbezaan barangan agar organisasi itu dapat bersaing dengan pihak luar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1 PERSPEKTIF PENGURUSAN ISLAM



5

(iii) Pelan Pelaksanaan Langkah seterusnya ialah pihak pengurusan perlu membuat pelan pelaksanaan yang teratur mengikut strategi yang berasaskan matlamat organisasi yang dirancangkan. (b)

Penyusunan (Organising) Penyusunan ialah menyusun atur penggunaan sumber-sumber yang diperlukan secara optimum untuk membolehkan rancangan-rancangan dilaksanakan dengan berjaya. Terdapat juga buku pengurusan yang menggunakan istilah pengorganisasian bagi penyusunan. Penyusunan melibatkan kerja menstruktur organisasi dan penstafan (proses pengambilan kakitangan). Struktur organisasi menunjukkan pembahagian kerja mengikut aktiviti (pemasaran, kewangan, pemprosesan dan lain-lain), tingkat (hierarki) autoriti, penyelarasan melalui peraturan dan dasar serta prosedur yang dibuat. Penstafan meliputi perancangan sumber manusia, pengambilan dan pemilihan kakitangan, orientasi dan latihan, penilaian prestasi, sistem pampasan (gaji, upah dan faedah), program peningkatan produktiviti dan kualiti, program keselamatan dan kesihatan kakitangan serta program kebajikan dan perkhidmatan kakitangan.

(c)

Pengarahan (Leading) Pengarahan atau kepimpinan menonjolkan kemahiran dalam bidangbidang kepimpinan dan motivasi bagi mendapatkan orang lain untuk memainkan peranan yang berkesan dalam pencapaian rancanganrancangan. Pengarahan merupakan fungsi penting untuk menjamin aktiviti organisasi berjalan dengan teratur dan sempurna dalam suasana yang harmoni. Untuk mencapai matlamat ini faktor-faktor motivasi, kepimpinan dan sistem komunikasi perlu diberi perhatian oleh pihak pengurusan.

(d)

Pengawalan (Controlling) Pengawalan ialah proses memeriksa dan membandingkan kemajuan yang sebenar dengan rancangan serta mengubah suai rancangan tersebut (jika perlu) berdasarkan maklum balas. Jika sesuatu perancangan tidak dapat dilaksanakan, maka pengubahsuaian aktiviti perlu dilakukan sehingga matlamat yang disasarkan tercapai. Pengawalan merupakan fungsi terakhir untuk menentukan bahawa prestasi organisasi telah dicapai mengikut perancangan, masalah dalam penyusunan dikenal pasti dan langkah tertentu diambil. Faktor-faktor di dalam organisasi, keinginan dan sifat kakitangan yang ada hubungan dengan prestasi dan tingkah laku perlu diberi perhatian dan diawasi. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

6



TOPIK 1 PERSPEKTIF PENGURUSAN ISLAM

SEMAK KENDIRI 1.1 Huraikan fungsi-fungsi pengurusan dan kaitannya dengan kejayaan organisasi.

AKTIVITI 1.2 Bincangkan kenapa aktiviti pengawalan penting untuk pengurusan organisasi.

1.2.1

Evolusi dan Tahap Pembangunan Pengurusan dari Perspektif Islam

Kehidupan manusia dalam sistem bermasyarakat dan bernegara memerlukan ilmu pengurusan. Tanpa ilmu pengurusan sudah pasti kehidupan akan menjadi tidak tersusun seperti sebuah kapal tanpa nakhoda. Begitu juga dengan manusia dalam kehidupan seharian, mereka perlukan sistem pengurusan bagi memastikan kehidupan mereka menjadi sempurna. Namun dari perspektif Islam, pengurusan yang dijalankan oleh manusia hendaklah bertepatan dengan kehendak Islam iaitu dengan berpandukan apa yang terkandung dalam al-Quran dan as-Sunnah yang menjadi pegangan seluruh umat Islam. Dalam pengurusan, manusia perlulah saling mengenali, bekerjasama, ada perancangan serta perlaksanaan dan sebagainya bagi manusia mencapai tujuan hidup. Hidup yang berpengurusan perlu ada pada setiap orang sama ada orang biasa, majikan, pemimpin atau siapa saja. Jika semua faham akan tanggungjawab, barulah hidup ini akan lebih bermakna. Kedatangan Islam bukan sahaja membawa perubahan pokok dalam bidang akidah, perundangan dan akhlak, malah ia membawa ciri-ciri perubahan dalam bidang pengurusan dan pentadbiran. Islam bukan saja agama yang membangun kekuatan peribadi atau akhlak, malah ia juga mengatur kehidupan berorganisasi dan bersistem. Insan atau manusia sangat memerlukan pedoman bagaimana sesuatu itu harus diurus atau ditadbirkan. Tanpa pedoman yang menepati keperluan akidah, syariah dan nilai Qurani, tidak mungkin sesuatu pengurusan dan pentadbiran berjalan mengikut keperluan ihsan dan insan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1 PERSPEKTIF PENGURUSAN ISLAM

1.2.2



7

Evolusi Pengurusan Konvensional

Berikut diterangkan beberapa evolusi pengurusan yang dibuat oleh beberapa orang tokoh terkenal: (a)

Frederick Taylor Para pengkaji ilmu pengurusan selalunya sudah biasa dengan seorang tokoh bernama Frederick Taylor yang digelar bapa pengurusan saintifik. Antara karya Frederick Taylor mengenai pengurusan yang terkenal adalah Shop Management (1912), Principles of Scientific Management dan pernah membentangkan testimoninya di hadapan Jawatankuasa Dewan Khas pada tahun 1912 (Harold Koontz & Heinz Weirich). Frederick Taylor juga memperkenalkan sistem ganjaran bagi pekerja yang telah memenuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh organisasi masingmasing. Melalui konsep pengurusan yang diperkenalkan oleh Frederick Taylor, pekerja yang tidak memenuhi piawaian dan sasaran yang ditetapkan akan disingkirkan dari sistem kitaran kerja setelah berada dibawah pengawalan dalam jangka masa tertentu. Ia juga turut memperkenalkan sistem waktu rehat berjadual bagi membantu mengurangkan kepenatan bekerja.

(b)

Henry Gantt Henry Gantt pula membuat kajian ke atas teori yang diperkenalkan oleh Frederick Taylor dan ia mendapati teori ini kurang memberikan penekanan terhadap aspek kemanusiaan. Henry Gantt yang terkenal dengan sistem Carta Gantt memberikan penekanan terhadap perincian dalam jadual tugasan dan amat relevan dari masa lalu hingga masa kini bagi membolehkan pengurusan menetapkan sasaran dan tarikh akhir bagi setiap tugasan. Ia juga turut memperkenalkan sistem bonus bagi pekerja yang melepasi sasaran tugasan yang ditetapkan secara harian. Beliau turut menekankan kepentingan latihan dalam memahirkan kakitangan dalam menjalankan tugas.

(c)

Frank dan Lillian Gilbreths Frank dan Lillian Gilbreths banyak memberikan sumbangan dalam kajian tentang gerakan pengurusan saintifik. Dalam buku bertajuk ÂThe Psychology of ManagementÊ (1912), mereka telah memberikan penekanan tentang aspek kebajikan pekerja secara individu selain hasil hipotesis ke atas kajian mereka tentang Âkelesuan dan gerakan kerjaÊ. Frank memberikan tumpuan ke atas kajian yang menjurus kepada teknikal yang sesuai untuk meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kelesuan dikalangan pekerja akibat tekanan dan tempat kerja yang tidak selesa. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

8

(d)



TOPIK 1 PERSPEKTIF PENGURUSAN ISLAM

Henry Fayol Henry Fayol dianggap sebagai pemikir Teori Pengurusan Moden dan antara karya beliau yang terkenal adalah ÂAdministration Industrielle et GeneraleÊ (1916). Beliau memberikan penekanan kepada fungsi organisasi. Menurutnya, fungsi organisasi haruslah mantap dan berkemampuan untuk menggerakkan organisasi untuk mencapai objektif yang ditekankan.

1.3

SKOP DAN PENDEKATAN ISLAM DALAM BIDANG PENGURUSAN

Islam mempunyai skop perbincangan yang tersendiri. Pihak pengurusan yang ingin menerapkan sistem Islam di dalam pengurusan organisasi mereka perlu memahami skop dan pendekatan Islam di dalam bidang pengurusan dan pentadbiran.

1.3.1

Skop Pengurusan Islam

Islam itu mempunyai tiga cabang utama iaitu Aqidah, Syariah dan Akhlak (lihat Rajah 1.2). Mengikut perspektif Islam, urusan perniagaan adalah termasuk di dalam bidang muamalat. Hukum-hukum yang berkaitan dengan bidang tersebut dinamakan fiqh muamalat. Islam sebagai agama yang mempunyai prinsip panduan hidup yang syumul (lengkap) boleh dijadikan asas oleh para pengurus perniagaan, ahli ekonomi dan kewangan dalam membina suatu sistem perniagaan yang baik dan dapat menyelesaikan berbagai masalah yang berkaitan dengan kehidupan termasuk isu-isu muamalat iaitu perniagaan, ekonomi, kewangan dan lain-lain. Syariat Islam melengkapi segenap aktiviti kehidupan meliputi persoalan tauhid, keimanan, ibadah, akhlak, kekeluargaan, jenayah, muamalat, pengurusan pentadbiran, politik dan lain-lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1 PERSPEKTIF PENGURUSAN ISLAM



9

  Rajah 1.2: Tiga cabang utama Islam

Dari segi sejarah, agama Islam telah dibawa oleh seorang rasul atau utusan Tuhan yang bernama Muhammad bin Abdullah. Beliau telah dilantik oleh Tuhan sebagai rasul ketika berumur 40 tahun bagi membawa ajaran Tuhan kepada seluruh manusia untuk dijadikan panduan hidup yang membawa kepada kebaikan hidup di dunia dan akhirat. Beliau tidak mereka atau mencipta agama Islam sebaliknya beliau hanya membawa dan menyampaikan apa yang datang dari Allah. Oleh sebab itu nabi Muhamad s.a.w dinamakan sebagai rasul iaitu penyampai. Akhirat ialah kehidupan selepas mati dan selepas kemusnahan dunia iaitu hari kiamat. Kehidupan akhirat kekal abadi dan ia hanya mempunyai dua tempat iaitu syurga dan neraka. Syurga adalah tempat selesa yang disediakan oleh Allah untuk semua Muslim yang baik semasa hidup mereka di dunia sementara neraka ialah tempat azab yang disediakan kepada semua manusia yang jahat semasa kehidupan mereka di dunia. Dari segi nama, istilah Islam berasal daripada perkataan bahasa Arab iaitu salima yang bermaksud sejahtera, damai, suci dan selamat. Dari segi istilah syarak pula Islam bererti ketundukan, kepatuhan, ketaatan dan penyerahan jiwa dan raga dengan penuh keikhlasan hanya kepada Allah s.w.t. Terdapat juga ulamak yang memberikan definisi Islam sebagai kepatuhan, penyerahan dan ketaatan kepada Allah dalam semua tindak-tanduk manusia yang meliputi aspek pemikiran, pengetahuan, pertuturan, akhlak, tingkah laku dan iÊtikad.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

10 

TOPIK 1 PERSPEKTIF PENGURUSAN ISLAM

Selain merupakan satu agama mengikut fahaman biasa, Islam juga adalah kaedah sosial dan tata cara hidup yang lengkap yang berbeza dengan agama lain. Islam adalah agama yang memberi panduan hidup kepada manusia ke jalan yang selamat iaitu jalan yang baik dan mendapat keredaan Allah s.w.t. Islam ialah ad-din atau satu cara hidup. Ia adalah satu sistem yang merangkumi peraturan-peraturan yang menyeluruh dan undang-undang yang lengkap dalam semua urusan hidup manusia untuk mereka menerima dan mengamalkannya secara menyeluruh. (Abd al-Karim Zaydan, 1984: 3), (Muhammad al-Buraey, 1992: 2). Oleh itu skop pengurusan Islam adalah menyeluruh. Segala aspek kehidupan selari dengan konsep Islam sebagai ad-din. Seluruh aspek kehidupan perlu diurus dengan sempurna sesuai dengan kehendak Allah s.w.t. Manusia perlu mengurus kehidupan dunia mereka untuk mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat. Aspek ini agak berbeza dengan konsep pengurusan barat yang hanya membincangkan kebaikan hidup dunia tanpa membincangkan kehidupan akhirat serta keredaan Allah dalam isu hidup sesudah mati seperti syurga dan neraka.

AKTIVITI 1.3 1.

Bincangkan skop pengurusan dari perspektif Islam.

2.

Huraikan pendekatan yang diambil oleh ajaran Islam dalam ilmu pengurusan.

1.3.2

Pendekatan Pengurusan Islam

Dalam konteks pengurusan Islam, terdapat lima objektif umum yang hendak dicapai seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.3.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1 PERSPEKTIF PENGURUSAN ISLAM



11

Rajah 1.3: Objektif umum pengurusan Islam

(a)

Mencapai kebaikan hidup dunia dan akhirat Kebaikan adalah idaman kepada semua manusia. Persoalannya, apakah yang dikatakan baik? Apakah kebaikan itu kebahagiaan? Atau keseronokan itu kebahagiaan sebagaimana yang digambarkan oleh para ahli falsafah Yunani? Apakah kebahagiaan boleh dinilai sebagai memiliki harta benda atau wang ringgit yang melimpah ruah, kereta besar menjalar, rumah bagai mahligai atau pelbagai kenikmatan hidup yang diperolehi? Dalam konteks pengurusan Islam, baik yang sebenar adalah baik dunia dan akhirat. Manusia menjadikan dunia sebagai landasan/jambatan ke akhirat yang kekal abadi. Di akhirat dijauhi daripada api neraka dan mendapat nikmat hidup di syurga. Ini yang sering didoakan sebagaimana firman Allah s.w.t dalam Surah al-Baqarah (2:200-202) yang bermaksud:

3 #\ò2ÏŒ £‰x©r& ÷ρr& öΝà2u™!$t/#u™ ö/ä.Ìø.É‹x. ©!$# (#ρãà2øŒ$$sù öΝà6s3Å¡≈oΨ¨Β ΟçGøŠŸÒ%s #sŒÎ*sù 9,≈n=yz ô⎯ÏΒ ÍοtÅzFψ$# †Îû …ã&s! $tΒuρ $u‹÷Ρ‘‰9$# ’Îû $oΨÏ?#u™ !$oΨ−/u‘ ãΑθà)tƒ ⎯tΒ Ä¨$¨Ψ9$# š∅Ïϑsù $oΨÏ%uρ ZπuΖ|¡ym ÍοtÅzFψ$# ’Îûuρ ZπuΖ|¡ym $u‹÷Ρ‘‰9$# ’Îû $oΨÏ?#u™ !$oΨ−/u‘ ãΑθà)tƒ ⎯¨Β Οßγ÷ΨÏΒuρ ∩⊄⊃⊃∪ ∩⊄⊃⊇∪ Í‘$¨Ζ9$# z>#x‹tã

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

12 

TOPIK 1 PERSPEKTIF PENGURUSAN ISLAM

Maksudnya: „Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan amalan Ibadat Haji kamu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebut dan mengingati Allah (dengan membesarkanNya) sebagaimana kamu dahulu menyebut-nyebut (memuji-muji) datuk nenek kamu, bahkan dengan sebutan yang lebih lagi. Dalam pada itu, ada di antara manusia yang (berdoa dengan) berkata: ‰Wahai Tuhan kami! berilah kami kebaikan) di dunia". (orang-orang ini diberikan kebaikan di dunia) dan tidak ada baginya sedikitpun kebaikan di akhirat. Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka‰. Mereka itulah yang akan mendapat bahagian yang baik dari apa yang telah mereka usahakan; dan Allah amat cepat hitunganNya‰. Untuk mencapai kebaikan tersebut sudah pasti kita perlu melakukan semua aktiviti hidup yang selaras dengan tuntutan syariah dengan berpaksikan ketauhidan kepada Allah s.w.t. Bahagia, baik dan buruk berasaskan kenyataan yang diwahyu oleh Allah s.w.t, bukannya berasaskan kefahaman manusia semata-mata. (b)

Organisasi yang „baik‰ dan diampuni oleh Allah s.w.t Objektif seterusnya ialah untuk mewujudkan organisasi yang baik, aman dan makmur serta dirahmati Allah s.w.t yang Maha Pengampun. Ini sebagaimana dirakamkan oleh al-Quran melalui Surah SabaÊ (34:15) yang bermaksud:

É−ø—Íh‘ ⎯ÏΒ (#θè=ä. ( 5Α$yϑÏ©uρ &⎦⎫Ïϑtƒ ⎯tã Èβ$tG¨Ψy_ ( ×πtƒ#u™ öΝÎγÏΨs3ó¡tΒ ’Îû :*t7|¡Ï9 tβ%x. !ô‰s)s9 ∩⊇∈∪ Ö‘θàxî ;>u‘uρ ×πt6Íh‹sÛ ×οt$ù#t/ 4 …çμs9 (#ρãä3ô©$#uρ öΝä3În/u‘ Maksudnya: „Demi sesungguhnya! Adalah bagi penduduk negeri SabaÊ

satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat ditempat tinggal mereka, iaitu: dua kumpulan kebun (yang luas lagi subor), yang terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri (qariah mereka). (Lalu dikataan kepada mereka): „makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepada-Nya; (Negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman makmur), dan (Tuhan kamu ialah) Tuhan yang amat Pengampun! ‰.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1 PERSPEKTIF PENGURUSAN ISLAM

(c)



13

Menegakkan kebaikan dan menghapuskan kerosakan Objektif seterusnya ialah menegakkan kebaikan dan menghapuskan kerosakan di atas muka bumi. Ini adalah antara tugas manusia sebagai khalifah fi al-ardh ă khalifah di atas muka bumi. Firman Allah s.w.t dalam Surah al-Baqarah (2: 30) yang bermaksud:

⎯tΒ $pκÏù ã≅yèøgrBr& (#þθä9$s% ( Zπx‹Î=yz ÇÚö‘F{$# ’Îû ×≅Ïã%y` ’ÎoΤÎ) Ïπs3Íׯ≈n=yϑù=Ï9 š•/u‘ tΑ$s% øŒÎ)uρ ãΝn=ôãr& þ’ÎoΤÎ) tΑ$s% ( y7s9 â¨Ïd‰s)çΡuρ x8ωôϑpt¿2 ßxÎm7|¡çΡ ß⎯øtwΥuρ u™!$tΒÏe$!$# à7Ïó¡o„uρ $pκÏù ߉šøム∩⊂⊃∪ tβθßϑn=÷ès? Ÿω $tΒ Maksudnya: „Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat;

‰Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi„. mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu Dengan berkata): ‰Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang Yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuhbunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih Dengan memujiMu dan mensucikanMu?‰. Tuhan berfirman: ‰Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa Yang kamu tidak mengetahuinya‰. Khalifah ialah manusia, bermula dengan Adam a.s. dan keturunannya. Visi dan misi cukup jelas iaitu memakmurkan alam dengan syariat-Nya. Dalam Surah al-Haj (22: 41) pula Allah berfirman, bermaksud:

(#ρãtΒr&uρ nο4θŸ2¨“9$# (#âθs?#u™uρ nο4θn=¢Á9$# (#θãΒ$s%r& ÇÚö‘F{$# ’Îû öΝßγ≈¨Ψ©3¨Β βÎ) t⎦⎪Ï%©!$# ∩⊆⊇∪ Í‘θãΒW{$# èπt6É)≈tã ¬!uρ 3 Ìs3Ζßϑø9$# Ç⎯tã (#öθyγtΡuρ Å∃ρã÷èyϑø9$$Î/ Maksudnya: „Iaitu mereka (umat Islam) Yang jika Kami berikan mereka

kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara Yang mungkar. dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan Segala urusan.‰ Gambaran dalam ayat ini cukup jelas, iaitu mereka yang diberikan kedudukan, memegang jawatan, berkuasa atau sebagainya tidak boleh mengabaikan tanggungjawab asas, solat, zakat dan berbuat baik serta mencegah kejahatan dan mungkar. Ini sesuai dengan fungsi manusia Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

14 

TOPIK 1 PERSPEKTIF PENGURUSAN ISLAM

sebagai hamba-Nya. Dalam Surah ad-Dzariyat (51:56), Allah berfirman, bermaksud:

∩∈∉∪ Èβρ߉ç7÷èu‹Ï9 ωÎ) }§ΡM}$#uρ £⎯Ågø:$# àMø)n=yz $tΒuρ Maksudnya: „Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia

melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.‰ (d)

Menjaga nilai dan maslahat (kepentingan) manusia Terdapat pelbagai nilai dan kepentingan (maslahat) yang diperlukan oleh manusia. Ini sesuai dengan fitrah kejadian manusia dan sesuai dengan tujuan kedatangan syariat (maqasid syariat). Antara maslahat yang utama tersebut ialah agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Objektif pengurusan Islam adalah untuk menjaga kelima-lima maslahat ini agar berada dalam keadaan yang diredai Allah s.w.t. Justeru, para pengurus dan pekerja Muslim perlu memelihara kelima-lima aspek ini agar tidak terjerumus ke arah larangan Allah s.w.t. Kelima-lima nilai (maslahat) ini merupakan perkara dharuri (asas) kepada manusia.

1.3.3

Aplikasi Pengurusan Islam

Umat Islam di Malaysia agak bertuah kerana agama Islam telah dianuti oleh majoriti penduduk Malaysia. Semua penduduk berbangsa Melayu yang memegang tampok pemerintahan sejak dahulu pula beragama Islam. Islam telah dijadikan agama persekutuan. Pentadbiran agama Islam juga terdapat disetiap negeri untuk mengurus dan mentadbir hal ehwal agama Islam. Usaha-usaha menerapkan sistem Islam dalam pengurusan dan pentadbiran hendaklah dilaksanakan secara berterusan. Sehingga kini terdapat tiga bidang pengurusan Islam yang telah diaplikasikan dalam sistem kehidupan semasa iaitu bidang kewangan Islam, perbankan Islam dan takaful. Umat Islam tidak perlu ragu-ragu lagi dari segi halalnya produkproduk tersebut kerana disetiap bidang tersebut terdapat jawatankuasa syariah yang melihat dan mengkajinya. Begitu juga dalam produk makanan halal terdapat bahagian hub halal JAKIM yang melihat, mengkaji dan memutuskan sama ada sesuatu produk itu halal atau sebaliknya. Dalam bidang latihan sumber manusia pula terdapat beberapa organisasi yang menerapkan konsep Islam dalam latihan seperti ESQ Training yang telah berjaya membawa konsep baru dalam latihan sumber manusia walaupun terdapat beberapa isu kontroversi dalam pelaksanaannya. Umat Islam perlu terus menerus memperjuangkan pelaksanaan sistem pengurusan Islam dalam kehidupan. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1 PERSPEKTIF PENGURUSAN ISLAM



15

SEMAK KENDIRI 1.2 Huraikan beberapa prinsip Islam dalam bidang pengurusan.

AKTIVITI 1.4 Bincangkan bagaimana prinsip Islam boleh diterapkan di dalam sistem pengurusan organisasi pekerjaan anda sekarang.

1.4

TAUHID DAN PENGURUSAN

Dalam bahagian ini, kita akan mempelajari tentang konsep tauhid dalam bidang pengurusan.

1.4.1

Pengertian Tauhid

Tauhid (bahasa Arab: ‫ )توحيد‬merupakan konsep monoteisme Islam yang mempercayai bahawa Tuhan itu hanya satu. Tauhid ialah asas Aqidah. Dalam bahasa Arab, ‰Tauhid„ bermaksud ‰penyatuan„, sedangkan dalam Islam, ‰Tauhid„ bermaksud ‰menegaskan penyatuan dengan Allah„. Lawan kepada perkataan Tauhid ialah ‰mengelak daripada membuat„ dan dalam bahasa Arab bermaksud ‰pembahagian„ dan merujuk kepada ‰penyembahan berhala‰. Tauhid menurut bahasa ertinya mengetahui dengan sebenarnya Allah itu Ada lagi Esa. Menurut istilah, tauhid ialah satu ilmu yang membentangkan tentang wujudullah (adanya Allah) dengan sifat-Nya yang wajib, mustahil dan jaiz (harus) dan membuktikan kerasulan para rasul-Nya dengan sifat-sifat mereka yang wajib, mustahil dan jaiz, serta membahas segala hujah terhadap keimanan yang berhubung dengan perkara-perkara samÊiyat, iaitu perkara yang diambil dari al-Quran dan Hadis dengan yakin. Sebahagian ulama mentakrifkan ilmu tauhid sebagai ilmu yang menerangkan hukum-hukum syarak dalam bidang iÊtiqad yang diperoleh dari dalil-dalil yang qatÊi (pasti) yang berdasarkan ketetapan akal, al-Quran dan Hadis.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

16 

TOPIK 1 PERSPEKTIF PENGURUSAN ISLAM

Kalimah Âlaa ilaha illallahÊ bermaksud tidak ada Tuhan selain Allah. Kalimah ini menunjukkan bahawa manusia tidak ada tempat bersandar, berlindung dan berharap kecuali Allah. Tidak ada yang menghidupkan dan mematikan, tiada yang memberi dan menolak melainkan Allah. Zahirnya syariat menyuruh kita berusaha beramal, sedang hakikatnya syariat melarang kita menyandarkan diri pada amal usaha itu supaya tetap bersandar pada kurnia Allah. Konsep ini melahirkan konsep tawakkal, di mana selepas kita berusaha, kita tetap perlu kepada Allah. Tauhid bukanlah sekadar ucapan Âlaa ilaha illallahÊ, walaupun ucapan tersebut merupakan sebahagian daripadanya. Tetapi tauhid itu adalah nama untuk pengertian yang agung dan ucapan yang mempunyai erti yang besar, lebih besar dari semua pengertian. Tauhid ialah pembebasan daripada penyembahan kepada semua yang bukan kepada Allah dan penerimaan dengan hati serta pengibadahan kepada Allah semata. Allah berfirman dalam Surah al-Baqarah (2: 163):

∩⊇∉⊂∪ ÞΟŠÏm§9$# ß⎯≈yϑôm§9$# uθèδ ωÎ) tμ≈s9Î) Hω ( Ó‰Ïn≡uρ ×μ≈s9Î) ö/ä3ßγ≈s9Î)uρ Maksudnya: „Dan Tuhan kamu ialah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain dari Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani‰. Dan Allah berfirman lagi dalam Surah al-Mukmin (40: 41-42)

∩⊆⊇∪ Í‘$¨Ζ9$# ’n<Î) û_Í_tΡθããô‰s?uρ Íο4θyf¨Ζ9$# ’n<Î) öΝà2θãã÷Šr& þ’Í< $tΒ ÏΘöθs)≈tƒuρ ãt* Í“ƒÍ“yèø9$# ’n<Î) öΝà2θãã÷Šr& O$tΡr&uρ ÖΝù=Ïæ ⎯ÏμÎ/ ’Í< }§øŠ9s $tΒ ⎯ÏμÎ/ x8Îõ°é&uρ «!$$Î/ tàò2L{ ©Í_Ρt θããô‰s? ∩⊆⊄∪ Ì≈¤tóø9$# Maksudnya: ‰Dan Wahai kaumku! apa halnya Aku Dengan kamu? Aku

mengajak kamu kepada keselamatan, dan kamu pula mengajakku ke neraka?42. ‰Kamu mengajakku supaya Aku kufur (tidak percayakan keesaan) Allah dan mempersekutukanNya Dengan apa Yang Aku tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, padahal Aku mengajak kamu beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun?‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1 PERSPEKTIF PENGURUSAN ISLAM



17

Ayat-ayat seperti ini terdapat banyak dalam al-Quran dan menerangkan bahawa erti dua kalimah syahadah adalah bebas dari penyembahan kepada selain Allah, dan mengkhususkan Allah sahaja untuk penyembahan itu. Inilah petunjuk dalam beragama dan untuk perkara inilah Allah mengutus para rasul-Nya dan untuk perkara inilah juga Allah menurunkan semua kitab-Nya. Orang-orang musyrik sebenarnya percaya dengan kewujudan Allah dan mereka mencari perantara untuk mendekatkan diri mereka kepada Allah lalu diharapkan kepada rahmat-Nya dan takut akan siksa-Nya. Ibn Abbas berpendapat bahawa yang mereka seru dengan doa ialah Isa, Maryam dan Uzair. AthaaÊ dan ad-Dhahhaq pula berpendapat mereka menyeru pada para malaikat. Yang dibenarkan dalam Islam bukanlah berdoa kepada malaikat atau nabi atau perantara lainnya. Islam menuntut kita agar hanya rasa takut dan berharap kepada Allah kerana itu hak Allah daripada hambanya. Suatu kisah terjadi di zaman Rasulullah s.a.w, di mana seorang pencuri telah dipotong tangannya, lalu dia berkata kepada Nabi, „Allahumma Ya Allah! Sesungguhnya aku bertaubat kepada Allah dan aku tidak bertaubat kepada Muhammad.‰ Nabi s.a.w langsung bersabda, „Dia mengetahui yang hak bagi yang berhak.‰ Perkara ini menunjukkan bahawa yang patut ditakuti, digeruni, diharapkan dan dipanjatkan doa ialah Allah dan Allah semata. Demikianlah para ahli tafsir, dengan bukti-bukti seperti di atas, menyatakan:

‰Maka teranglah bahawa erti tauhid dan syahadat laa ilaha illallah ialah meninggalkan perbuatan orang-orang musyrik, iaitu berdoa kepada orang-orang saleh, atau malaikat atau jin dalam meminta pertolongan Allah untuk menghilangkan bahaya atau mendapatkan rahmat.‰ Orang Islam mempercayai bahawa Allah tidak boleh disamakan dengan makhluk atau konsep yang lain. Monoteisme Islam adalah mutlak, bukannya relatif atau majmuk dalam semua erti kata perkataan ini. Oleh itu, orang Islam menolak konsep Triniti yang dipegang oleh kebanyakan orang Kristian yang memerihalkan Tuhan sebagai tiga entiti.

1.4.2

Penerapan Tauhid dalam Aspek Pengurusan

Prinsip ialah asas atau dasar yang menjadi pokok sesuatu pemikiran, tindakan atau pelaksanaan. Dalam kontek pengurusan Islam, prinsip bertindak selaku landasan dalam melaksanakan kegiatan pentadbiran atau pengurusan untuk mencapai sesuatu matlamat yang telah dirancang dan ditetapkan. Pentadbiran dan pengurusan Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah di samping tidak mengenepikan daya pemikiran manusia. Lantaran itu prinsip pengurusan Islam bersifat global, universal dan kekal. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

18 

TOPIK 1 PERSPEKTIF PENGURUSAN ISLAM

Rajah 1.4 menunjukkan beberapa pengaruh tauhid dalam pengurusan Islam.

Rajah 1.4: Pengaruh tauhid dalam pengurusan Islam

(a)

Kepatuhan kepada Keesaan Allah Kepatuhan kepada Keesaan Allah menjadi teras kepada Islam. Seluruh aktiviti manusia terikat dengan kepercayaan dan keyakinan bahawa Allah Yang Maha Agong mentadbir dan mengurus segala-galanya. Kepatuhan manusia kepada keesaan dan kekuasaan Allah akan melahirkan para pekerja, pentadbir dan pengurus yang sedar tentang tanggungjawab mereka yang sebenarnya. Justeru pentadbiran atau pengurusan akan menjadi perantaraan serta alat yang boleh memartabatkan kemanusiaan dalam diri manusia. Ia boleh menyusun dan mengagihkan segala nilai yang diperlukan oleh manusia secara adil dan saksama. Inilah hasrat yang ingin dicapai oleh sesuatu pengurusan atau pentadbiran.

(b)

Melaksanakan Amalan Syura Islam menjadikan amalan syura sebagai suatu pendekatan yang perlu diterapkan dalam segala bidang kehidupan. Proses syura yang dijalankan akan memberi peluang kepada yang terlibat untuk mengemukakan pandangan secara bebas dan pada masa yang sama menghargai pandangan pihak lain. Akhirnya keputusan yang terbaik akan dapat dicapai melalui penyertaan pelbagai pihak.

(c)

Mementingkan Persamaan (al-Musawah) Para pentadbir, pengurus, ketua dan lain-lain adalah sama di sisi peraturan dan undang-undang Islam. Tiada sesiapa yang boleh dilucutkan hak asasinya melainkan mengikut undang-undang. Setiap pekerja adalah sama dari segi: (i)

Tanggungjawab terhadap undang-undang.

(ii)

Tanggungjawab terhadap hukuman. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1 PERSPEKTIF PENGURUSAN ISLAM



19

(iii) Agihan dan penerimaan kemudahan-kemudahan. (d)

Melaksanakan Keadilan (al-ÂAdalah) Keadilan bermaksud meletakkan sesuatu pada tempat dan keadaan yang betul. Ia mesti dipatuhi di dalam setiap aktiviti. Skop keadilan teramat luas, meliputi keadilan dalam urusan persendirian, menguruskan harta, pertuturan, proses perbicaraan dan penghukuman, melayani mereka yang tidak sealiran pendapat. Dalam konteks pentadbiran dan pengurusan, keadilan boleh berlaku dalam hal-hal seperti keadilan dalam bentuk persamaan ă semua kakitangan dibayar gaji pada hari yang sama, keadilan dalam bentuk yang berbeza ă jumlah imbuhan atau gaji diberi berbeza mengikut kepakaran atau profesion masing-masing, keadilan dalam bentuk hak keistimewaan ă ketua boleh menetapkan peraturan dalam pejabat demi kebaikan jabatannya.

(e)

Mengutamakan Kebebasan (al-Hurriyyah) Mengikut undang-undang, setiap orang berhak untuk mendapat kebebasan dalam perkara-perkara seperti kebebasan diri, kebebasan beragama, kebebasan bergerak, kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat dan kebebasan mencari dan memiliki harta dengan cara yang halal.

1.4.3 (a)

Visi, Misi, Matlamat dan Fungsi Pengurusan Islam

Definisi Visi dan Misi Visi boleh didefinisikan sebagai suatu bayangan masa depan yang ingin diwujudkan atau dicapai. Pernyataan visi selalunya dapat menerangkan di mana kedudukan penentu matlamat pada masa depan. Ia mungkin dapat menerangkan perubahan yang akan berlaku dalam tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang jika semua perkara berjalan lancar seperti yang diharapkan. Ia adalah satu gambaran yang ringkas mengenai pandangan sesebuah organisasi dari segi tujuan dan nilainya. Pernyataan misi diperoleh dari pernyataan visi (wawasan). Bagi memahami lebih jelas tentang visi dan misi mari kita lihat contoh visi dan misi syarikat Telekom Malaysia Berhad. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

20 

(b)

TOPIK 1 PERSPEKTIF PENGURUSAN ISLAM

Visi dan Misi Syarikat Telekom Malaysia Jadual 2.2 dan 2.3 menerangkan visi dan misi Syarikat Telekom Malaysia. Jadual 2.2: Visi Syarikat Telekom Malaysia English

Bahasa Malaysia

‰To be MalaysiaÊs leading new generation communications provider, embracing customer needs through innovation and execution excellence‰

„Untuk menjadi peneraju pembekal komunikasi generasi baru Malaysia, menerima keperluan pelanggan menerusi inovasi dan kecemerlangan pelaksanaan‰

Jadual 2.3: Misi Syarikat Telekom Malaysia English

(c)

Bahasa Malaysia

(a) Strive towards customer service excellence and operational efficiency.

(a) Berusaha ke arah kecemerlangan perkhidmatan pelanggan dan kecekapan operasi.

(b) Enrich consumer lifestyle and experience by providing innovative new generation services.

(b) Memperkayakan gaya hidup dan pengalaman pengguna dengan menyediakan perkhidmatan generasi baru yang inovatif.

(c) Improve the performance of our business customers by providing high value information and communications solutions.

(c) Meningkatkan prestasi pelanggan perniagaan kami dengan menyediakan maklumat yang bernilai tinggi dan penyelesaian komunikasi.

(d) Deliver value for stakeholders by generating shareholder value and supporting MalaysiaÊs growth and development.

(d) Memberikan nilai terbaik bagi mereka yang berkepentingan dengan menjana nilai pemegang saham dan menyokong pertumbuhan dan pembangunan Malaysia.

Matlamat dan Objektif Pengurusan Islam Dari pandangan Islam, pihak pengurusan dan pekerja adalah khalifah Allah s.w.t yang diamanahkan untuk menegakkan kalimah Allah s.w.t dengan menjalankan pengurusan secara adil dan memelihara hubungan yang baik sesama manusia. Perkara tersebut perlu menjadi matlamat umum pekerjaan mereka. Objektif pengurusan Islam juga adalah untuk melaksanakan syariah secara total termasuk di dalamnya ibadat, muamalat dan hukum Islam. Matlamat umum pengurusan Islam ialah untuk Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1 PERSPEKTIF PENGURUSAN ISLAM



21

memakmurkan bumi Allah s.w.t mengikut cara yang diredai-Nya. Manusia perlu menggunakan segala kemampuan yang ada dalam diri seperti keazaman, dedikasi, fikiran, tenaga, kemahiran bakat dan sumber alam untuk memaksimumkan produktiviti dan kualiti yang tinggi (d)

Pelaksanaan Sistem Pengurusan Islam Pelaksanaan sistem pengurusan Islam boleh mengeratkan hubungan antara pihak pengurusan dengan pekerja dan masyarakat melalui nilai bersama yang dibangunkan oleh organisasi. Organisasi perlu mengutamakan syura dalam proses pembuatan keputusan dan kerjasama dalam tindakan untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti. Pelaksanaan sistem pengurusan Islam akan memperkukuhkan ekonomi dan kemakmuran di samping menjaga kebajikan pekerja. Kepimpinan organisasi perlu mengagihkan bidang kuasa, tanggungjawab, tugas dan kawalan kepada pekerja dengan adil dan beramanah.

(e)

Pengurusan Sumber Manusia Organisasi perlu menyediakan tenaga kerja yang mencukupi, berkelayakan dan berkemahiran serta diberi latihan yang sesuai. Kepimpinan organisasi memupuk sifat amanah dalam tingkah laku dan meningkatkan keyakinan diri pekerja dengan kekuatan rohani dan akhlak. Mereka perlu meningkatkan disiplin dari perancangan, pengurusan tugas, pelaksanaan, penyeliaan, peneguhan pekerja hinggalah kepada produktiviti dan kualiti. Mereka perlu meningkatkan kerjasama seperti ketaatan, kepatuhan dan kesetiaan kepada pengurusan oleh pihak pekerja.

(f)

Kesan Tauhid dalam Pengurusan Islam Penghayatan konsep tauhid dalam pengurusan seharusnya akan melahirkan budaya kerja cemerlang dalam organisasi. Penghayatan konsep tauhid dalam pengurusan seharusnya akan melahirkan sistem pengurusan organisasi yang berkualiti. Penghayatan konsep tauhid dalam pengurusan seharusnya akan melahirkan perkhidmatan masyarakat yang sempurna. Penghayatan konsep tauhid dalam pengurusan seharusnya akan melahirkan masyarakat yang adil, stabil dan bahagia.

SEMAK KENDIRI 1.3 Apakah maksud visi dan misi dalam sesuatu organisasi serta bagaimana pula matlamat organisasi dari perspektif Islam?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

22 

TOPIK 1 PERSPEKTIF PENGURUSAN ISLAM

 Pengurusan adalah satu ilmu yang penting untuk memenuhi kehidupan manusia untuk berjaya.  Terdapat perlbagai definisi pengurusan, antaranya ialah satu seni bagi melaksanakan sesuatu proses kerja yang terancang dan dilaksanakan secara bersistematik, teratur dan mempunyai garis panduan tertentu.  Terdapat empat fungsi pengurusan yang utama iaitu perancangan, penyusunan (pengorganisasian), pengarahan (kepimpinan) dan kawalan.  Mengikut perspektif Islam, ilmu pengurusan adalah tergolong di dalam bahagian muamalat.  Sumber ilmu muamalat adalah akal fikiran selagi ia tidak bercanggah dengan al-Quran dan al-Hadis.  Islam sebagai satu cara hidup yang menyeluruh telah menganjurkan supaya manusia dapat mengurus kehidupan dengan sempurna supaya mencapai kebaikan hidup dunia dan akhirat.  Islam menerapkan nilai tauhid dalam aspek pengurusan. Prinsip-prinsip Islam yang banyak dalam pengurusan hendaklah diamalkan disetiap fungsi pengurusan yang dilaksanakan dalam organisasi.  Semua aktiviti manusia yang dibuat dengan niat yang ihklas dan bertepatan dengan kehendak syarak akan dikira ibadat oleh Allah s.w.t.  Mengurus organisasi secara Islam akan melahirkan budaya kerja yang baik untuk mencapai kecemerlangan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1 PERSPEKTIF PENGURUSAN ISLAM

Aqidah Islam

Prinsip Pengurusan Islam

Evolusi pengurusan

Skop Pengurusan Islam

Fungsi pengurusan

Syariah Islam

Khalifah Allah

Syura

Organisasi formal

Tauhid dalam pengurusan

Pengurusan Islam

Visi dan misi pengurusan Islam



23

Al-Quran versi 6.31 (1997). CD-ROM. Kaherah: Sakhr Technologies. Abu Sin, Ahmad Ibrahim (1991). Pengurusan dalam Islam (terjemahan Abd Rashid Ngah dan Jusoh Kadir), K.Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Koontz, H., & Weirich, H. (1999). Principles of McGraw-Hill.

management. New York:

al-Buraey (1992). Administrative development: An Islamic Perspective. United Kingdom: Islamic Publisher.

Muhammad

Mustafa Haji Daud (1994). Pengurusan Islam. K.Lumpur: Utusan Publications & Distributions. Lewis, P.S., Goodman, S.H., and Fandt, P.M. (2004). Management: Challenges for tomorrowÊs leaders. Ohio: Thomson South-Western. Rue, L.W dan Byars, L.L (2005). Management theory and application. Illinois: Richard D. Irwin Inc. Sohair Abdel Moneim Sery (1990). Konsep pengurusan pentadbiran menurut

ajaran Islam satu kajian perbandingan dengan penekanan ke atas konsepsi kepimpinan dalam Islam. Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara. Stoner, James A.F Stoner & Charles Wienkel (2000). Management. Prentice Hall, New Jersey: Inc., Englewood Cliff.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

24 

TOPIK 1 PERSPEKTIF PENGURUSAN ISLAM

Taylor, F. W. (1978). Principles of scientific management. New York: Harper & Row. Yusof Ismail (2004). Mengurus secara Islam. Edisi Kedua. K.Lumpur: A.S Noordeen. Zaydan, ÂAbd al-Karim (1984). al-Madkhal li al-Dirasah al-Syariah al-Islamiyyah, Bahgdad : MatbaÊah al-ÂAini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Topik  Pembangunan

2

Disiplin Pengurusan Islam

HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1.

Menerangkan secara umum mengenai asas pembangunan disiplin pengurusan Islam;

2.

Menjelaskan sumber-sumber rujukan utama pembinaan hukum Islam;

3.

Menghuraikan beberapa prinsip pengurusan Islam; dan

4.

Membincangkan bagaimana etika berkaitan dengan pengurusan Islam.

dan

tanggungjawab

sosial

 PENGENALAN Proses membangunkan sesuatu sistem pengurusan perlulah mengikut asas tertentu. Masyarakat barat membangunkan sistem pengurusan mereka berlandaskan kaedah saintifik seperti apa yang dibuat oleh beberapa tokoh pengurusan yang telah dibincangkan dalam Topik 1 yang lalu. Proses membangunkan sistem pengurusan Islam pula perlu berasaskan fikiran manusia untuk maslahah umum namun ia perlulah tidak bercanggah dengan sumber hukum Islam serta falsafahnya boleh diambil daripada prinsip-prinsip al-Quran dan hadis serta apa yang telah dibuat oleh para sahabat. Ini adalah kerana prinsip Islam menyebut bahawa urusan muamalat adalah asalnya harus kecuali ada dalil atau sebab yang mengharamkannya. Topik 2 ini akan membincangkan asas-asas pembentukan sistem pengurusan Islam yang akan membincangkan sumber-sumber hukum utama dan tambahan bagi dijadikan asas pembentukan nanti. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

26 

TOPIK 2 PEMBANGUNAN DISIPLIN PENGURUSAN ISLAM

AKTIVIT1 2.1 Bincangkan dalam kumpulan bagaimana sesuatu teori pengurusan Islam boleh dibina dalam memenuhi keperluan hidup yang sentiasa berubah.

2.1

SUMBER HUKUM PRIMER DAN SEKUNDER

Pembangunan disiplin ilmu pengurusan Islam adalah berasaskan kekuatan akal yang dianugerah Allah kerana ia adalah termasuk di dalam urusan muamalat. Manusia perlu memikirkan kaedah terbaik dalam kehidupan dunia namun ia hendaklah bertepatan dengan kehendak syarak. Kaedah tersebut juga boleh diambil daripada prinsip-prinsip umum di dalam al-Quran, hadis, amalan sahabat dan tokoh-tokoh Islam di zaman silam. Mengikut prinsip asas Syariat Islam, semua bentuk urusan muamalat secara asalnya adalah harus kecuali terdapat dalil yang mengharamkannya. Sebaliknya semua bentuk ibadat asalnya adalah haram dilakukan kecuali terdapat dalil yang sahih dan jelas mengenai pensyariatannya. Semua ulama dan para sarjana menerima prinsip ini kecuali Ibn Hazm al-Zahiri yang menganggap semua perkara adalah haram kecuali wujudnya sesuatu yang mengharuskan (Abu Muhammad ÂAli ibn Ahmad ibn SaÊid Ibn Hazm al-Andalusi, (t.t): 52). Menurut Syeikh al-Qaradawi, antara bukti yang jelas berkenaan prinsip ini ialah kes pada zaman Rasulullah s.a.w. sewaktu peristiwa pengharaman arak pada peringkat awal. Ketika itu Allah berfirman: „Mereka bertanya kepadamu (wahai

Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah pada keduanya dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya....‰ (Surah al-Baqarah, 2: 219). Selepas ayat ini turun, terdapat lagi para sahabat yang masih minum arak kerana belum wujud lagi dalil yang jelas tentang pengharamannya bahkan sesetengah daripada mereka juga mahukan suatu penerangan yang menyeluruh berkenaan dengan pengharaman arak. Kes ini menurut al-Qaradawi ialah bukti bahawa para sahabat tidak meninggalkan sebarang perbuatan sehingga datangnya dalil yang jelas tentang haramnya sesuatu perkara (Yusuf al-Qaradawi, 2001: 15-16). Prinsip ini juga, menurut Ibn Qayyim, adalah berasaskan prinsip al-Istishab. Mengikut prinsip al-Istishab, segala hukum sekarang adalah dianggap suatu penerusan daripada hukum terdahulu iaitu selagi tidak ada bukti yang boleh mengubah hukum dahulu kepada status hukum yang baharu, justeru itu Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2 PEMBANGUNAN DISIPLIN PENGURUSAN ISLAM



27

meletakkan bahawa asalnya manusia ini bebas daripada menanggung sebarang liabiliti (al-BaraÊah al-Dhimmah) (Muhammad Ibn Abi Bakr Ibn Qayyim al-Jawjiyyah (t.t); 355). Oleh itu, manusia secara asalnya bebas melakukan apa-apa sahaja dalam urusan muamalat kecuali setelah terbukti ia diharamkan. Allah s.w.t. berfirman:

„Katakanlah (kepada kaum yang mengada-adakan sesuatu hukum): Sudahkah kamu nampak baik buruknya sesuatu yang diturunkan Allah untuk manfaat kamu itu sehingga dapat kamu jadikan sebahagian daripadanya haram dan sebahagian lagi halal? Katakanlah lagi (kepada mereka): Adakah Allah izinkan bagi kamu berbuat demikian atau kamu hanya mengada-adakan secara dusta terhadap Allah?‰ ( Surah Yunus:59). Dari segi ibadat pula manusia tidak boleh melakukan ibadah sewenangwenangnya kecuali terbukti ia telah ditentukan oleh syariah sebagai ibadat (al-Qaradawi, 2001: 15-16; Ibn Qudamah, 1999: 112). Membuat ibadat tanpa ada dalil akan dianggap bidÊah (perkara baru yang dilarang oleh ajaran Islam). Prinsip semua bentuk muamalat asalnya adalah harus boleh diguna pakai oleh para ahli pengurusan dalam membuat sistem pengurusan semasa yang berlandaskan Islam di mana ia boleh memberikan suatu keyakinan kepada mereka untuk berani mengetengahkan kaedah-kaedah baru yang sesuai dengan keperluan semasa dalam sistem pengurusan moden berteraskan prinsip Islam. Bagi memudahkan ahli pengurusan Islam mencipta kaedah-kaedah baru dalam pengurusan, mereka hendaklah memahami sumber-sumber hukum Islam yang utama dan tambahan untuk dijadikan panduan. Oleh itu dalam mencari sesuatu hukum halal atau haram dalam sesuatu produk pengurusan, adalah perlu dicari kebaikan dalam produk tersebut dan ditentukan adakah terdapat dalil atau sesuatu yang mengharamkan daripada produk tersebut. Jika tiada sesuatu yang mengharamkan maka hukumnya adalah harus atau halal walaupun tiada dalil yang menghalalkan. Sumber hukum adalah tempat rujukan sesuatu hukum Islam itu diperolehi. Ulamak telah membahagikan sumber pengambilan hukum-hukum Islam kepada dua jenis sumber iaitu sumber-sumber hukum yang disepakati ulamak (sumber hukum utama) dan sumber-sumber hukum yang tidak disepakati ulamak (sumber hukum tambahan).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

28 

2.1.1

TOPIK 2 PEMBANGUNAN DISIPLIN PENGURUSAN ISLAM

Sumber-sumber Utama Hukum Islam

Sumber-sumber hukum yang disepakati ulamak ialah al-Quran, al-Hadis, Ijmak dan Qiyas seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.1.

Rajah 2.1: Sumber utama hukum Islam

Berikut adalah penerangan bagi setiap sumber utama hukum Islam. (a)

Al-Quran Sumber hukum yang utama di dalam Islam yang disepakati oleh para ulamak ialah al-Quran. Al-Quran didefinisikan sebagai Kalam (perkataan) Allah yang diturunkan kepada Rasullullah s.a.w. dalam bahasa Arab sebagai mukjizat yang boleh melemahkan sesuatu walaupun dengan hanya suatu surah yang pendek. Ia ditulis di dalam mashaf-mashaf dan dipindahkan dari Rasulullah kepada para sahabat secara mutawatir. Membacanya dikira ibadat. Ayatnya dimulakan dengan surah al-Fatihah dan disudahi dengan surah al-Nas (al-Zuhaili, Wahbah: 211). Terdapat empat ciri al-Quran iaitu: (i)

Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab. Oleh sebab itu al-Quran terjemahan tidak dikira sebagai al-Quran dan ia juga tidak boleh dijadikan rujukan dalam membuat kesimpulan sesuatu hukum Islam. Ini adalah kerana dikhuatirkan berlaku kesilapan atau pemahaman yang salah dari maknanya yang sebenar mengikut bahasa Arab.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2 PEMBANGUNAN DISIPLIN PENGURUSAN ISLAM

(ii)



29

Lafaz dan makna al-Quran yang berbahasa Arab itu adalah diturunkan dari Allah s.w.t. Tugas Rasulullah s.a.w. mengenainya hanyalah menerimanya dari Allah dan menyampaikannya kepada manusia serta menjelaskan apa yang perlu dijelaskan. Al-Quran berbeza daripada hadis-hadis Rasulullah s.a.w. kerana dalam hadis, lafaznya adalah dari Rasul tetapi makna dari Allah.

(iii) Al-Quran dipindahkan dengan cara mutawatir iaitu secara tulisan dan mulut ke mulut (musyafahah) dalam semua peringkat masa semenjak diturunkannya ke atas Nabi Muhammad s.a.w. sehinggalah sekarang. Proses mutawatir itu berlaku dengan al-Quran telah ditulis oleh para sahabat dari Rasulullah s.a.w. oleh segolongan penulis wahyu dan dihafaz oleh sejumlah para sahabat yang mana tidak mungkin mereka (segolongan penulis dan penghafaz-penghafaz al-Quran) bersepakat untuk memalsukannya. Ia kemudian dipindahkannya dari segolongan ini oleh segolongan yang lain pula dengan sejumlah sahabat yang mana tidak mungkin mereka bersepakat memalsukannya, begitulah berlakunya sepanjang zaman sehingga sampailah ia kepada kita sekarang ini dalam keadaannya ditulis di dalam mashaf dan dihafaz oleh para penghafaznya (Wahbah al- Zuhaili, 1987 : 212-217). (iv) Al-Quran adalah mukjizat yang tidak mampu dicipta oleh manusia walaupun dengan satu surah. Ini ternyata berlaku apabila dicabar oleh pakar-pakar bahasa Arab untuk melakukannya pada zaman nabi seperti yang dijelaskan oleh Allah Taala di dalam Surah al-Baqarah (2: 23-24):

⎯Ï&Î#÷VÏiΒ ⎯ÏiΒ ;οu‘θÝ¡Î/ (#θè?ù'sù $tΡωö7tã 4’n?tã $uΖø9¨“tΡ $£ϑÏiΒ 5=÷ƒu‘ ’Îû öΝçFΖà2 βÎ)uρ öΝ©9 βÎ*sù ∩⊄⊂∪ t⎦⎫Ï%ω≈|¹ öΝçFΖä. χÎ) «!$# Èβρߊ ⎯ÏiΒ Νä.u™!#y‰yγä© (#θãã÷Š$#uρ ôN£‰Ïãé& ( äοu‘$yfÅsø9$#uρ â¨$¨Ζ9$# $yδߊθè%uρ ©ÉL©9$# u‘$¨Ζ9$# (#θà)¨?$$sù (#θè=yèøs? ⎯s9uρ (#θè=yèøs? ∩⊄⊆∪ t⎦⎪ÌÏ≈s3ù=Ï9 Maksudnya: ‰Dan jika kamu (tetap) dalam keraguan tentang Al Quran yang kami wahyukan kepada hamba kami (Muhammad), buatlah[31] satu surat (saja) yang semisal Al Quran itu dan ajaklah Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

30 

TOPIK 2 PEMBANGUNAN DISIPLIN PENGURUSAN ISLAM

penolong-penolongmu selain Allah, jika kamu orang-orang yang benar. 24. Maka jika kamu tidak dapat membuat(nya) - dan pasti kamu tidak akan dapat membuat(nya), peliharalah dirimu dari neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu, yang disediakan bagi orang-orang kafir.‰ Ayat ini merupakan tentangan bagi mereka yang meragukan tentang kebenaran al-Quran itu tidak dapat ditiru walaupun dengan mengerahkan semua ahli sastera dan bahasa kerana ia merupakan mukjizat Nabi Muhammad s.a.w. (b)

Al-Hadis Sumber hukum Islam kedua ialah al-Hadis. Al-hadis juga disebut al-sunnah. Al-Sunnah dari segi bahasa Arab bermaksud perjalanan yang biasa dilalui sama ada ia baik atau jahat. Rasullullah s.a.w. bersabda: „Barang siapa mengadakan sesuatu sunnah (perjalanan) yang baik maka

baginya pahala sunat (perjalanan) itu dan pahala orang yang mengerjakannya hingga hari kiamatÊ dan barang siapa mengadakan sesuatu sunat (perjalanan) yang jahat atau buruk maka keatasnyalah dosanya dan dosa orang yang mengerjakannya hingga hari kiamat.‰ (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Definisi al-Sunnah pada istilah UlamaÊ Usul al-Fiqh ialah perkara yang datang dari Rasulullah s.a.w. selain daripada al-Quran sama ada berupa perkataan, perbuatan atau pengakuan. Pengertian al-Sunnah pada istilah UlamaÊ Usul al-Fiqh ini membayangkan kepada kita bahawa al-Sunnah dipandang dari sudut dirinya sendiri dan ia terbahagi kepada tiga bahagian iaitu: (i)

Al-Sunnah al-Qauliyyah (Sunnah dengan Perkataan) Sunnah secara perkataan iaitu segala hadis yang diperkatakan oleh Rasulullah s.a.w. Sebagai contoh adalah hadis dari Saidina Umar al-Khattab bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: „Bahawasanya segala amalan itu dengan niat dan setiap perkara itu diatas apa yang ia niatkan.‰ (Riwayat Bukhari dan Muslim).

(ii)

Al-Sunnah al-FiÊliyyah (Sunnah dengan Perbuatan) Sunnah secara perbuatan pula ialah segala perbuatan Rasulullah s.a.w. seperti baginda berwuduk, bersembahyang, menunaikan fardu haji dan sebagainya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2 PEMBANGUNAN DISIPLIN PENGURUSAN ISLAM

(iii)



31

Al-Sunnah al-Taqririyah (Sunah Penerimaan/Penetapan) Sunnah secara penerimaan/penetapan adalah sunnah yang berlaku apabila Rasulullah s.a.w. hanya mendiamkan diri sahaja tanpa berkata apa-apa sama ada membenarkan sesuatu perbuatan itu atau melarangnya sedangkan Rasulullah s.a.w. mengetahuinya berlaku sama dihadapannya atau dibelakangnya. Diam baginda ini menunjukkan bahawa perkataan atau perbuatan ini adalah harus kerana Rasulullah s.a.w. tidak mendiamkan diri pada perkara yang batil dan mungkar. Contohnya, Rasulullah s.a.w. hanya berdiam diri apabila melihat seorang Badawi Muslim membawa dhob (sejenis binatang padang pasir seperti biawak). Diam baginda menunjukkan bahawa tidak haram memakan dhob walaupun Rasulullah tidak memakan dhob.

(iv) Al-Ijmak al-Ulamak (Persepakatan Ulamak) Definisi ijmak dari segi istilah ialah persepakatan para ulamak mujtahidin dari umat Nabi Muhammad s.a.w. pada mana-mana masa terhadap hukum syarak selepas wafatnya Nabi Muhammad s.a.w.. Ijmak ulamak akan dikira berlaku jika terdapat perkara-perkara seperti berikut: 

Persepakatan itu mestilah terdiri di kalangan ulamak mujtahidin. Oleh itu persepakatan di kalangan orang awam yang tidak ada kemampuan berijtihad mengeluarkan hukum adalah tidak dikira ijmak ulamak.



Persepakatan itu hendaklah terdiri daripada kesemua ulamak mujtahidin yang ada pada zaman itu. Jika hanya sebilangan besar sahaja bersepakat dan tidak yang lain maka tidak dikira ijmak ulamak.



Para ulamak mujtahidin itu hendaklah terdiri daripada umat Nabi Muhammad s.a.w. Oleh itu jika terdapat orang bukan Islam yang mahir ilmu agama Islam dan menjadi tempat rujukan orang Islam dalam mengeluarkan hukum, maka ia tidak boleh melakukan ijmak kerana ia tidak menganut Islam. Begitu juga jika terdapat orang berilmu dari pengikut nabi-nabi terdahulu seperti ahli al-Kitab, maka persepakatan mereka tidak diterima sebagai ijmak.



Ijmak mestilah dilakukan selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Persepakatan para sahabat semasa hayat Rasulullah s.a.w. masih ada tidak dikira ijmak.



Hukum yang disepakati itu mestilah terdiri daripada hukum syarak seperti wajib, sunat, haram, sah, batal dan sebagainya. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

32 

TOPIK 2 PEMBANGUNAN DISIPLIN PENGURUSAN ISLAM

Persepakatan dalam urusan bahasa, politik, sosial dan sebagainya tidaklah dikira ijmak ulamak. (v)

Al-Qiyas (Perbandingan) Al-Qiyas didefinisikan sebagai proses mendapatkan hukum bagi sesuatu masalah baru dengan membandingkan masalah tersebut dengan hukum yang telah jelas dalam al-Quran dan hadis atau ijmak berdasarkan illah (sebab) yang sama. Masalah yang dijelaskan hukumnya di dalam al-Quran, Sunnah atau ijmak dinamakan asal (hukum asal yang dirujuk) atau maqis alaih (perkara yang dijadikan rujukan asal). Masalah baru yang tidak dijelaskan hukumnya dinamakannya faraÊ (cabang) atau maqis. Hukum masalah yang dijelaskan di dalam salah satu dari tiga dalil itu dinamakan hukum asal. Illah ialah sebab sesuatu hukum itu dibuat seperti arak diharamkan kerana menyebabkan mabuk. Maka mabuk adalah illah hukum arak diharamkan diminum. Contoh haramnya minum bir kerana arak haram. Firman Allah s.w.t dalam Surah al-Maidah (5:90):

Maksudnya: „Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.‰ Yang dimaksudkan dengan al-Khamru oleh para fuqaha ialah nama minuman yang memabukkan yang dibuat dari buah anggur sahaja. Jadi telah difahami daripada ayat di atas adalah hukum haram meminum arak (yang dibuat dari buah anggur). Illahnya ialah kerana ia memabukkan. Apabila didapati juga minuman lain yang memabukkan seperti tuak, bir, todi dan lain-lain tetapi tidak disebut perkataan tuak, bir dan todi di dalam al-Quran atau Sunnah hukum yang menjelaskannya. Oleh itu ulama mujtahidin menggunakan kaedah Qiyas bagi menentukan hukum haram minuman tuak, bir Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2 PEMBANGUNAN DISIPLIN PENGURUSAN ISLAM



33

dan todi kerana ia sama dengan arak dari segi illah hukum iaitu memabukkan. Qiyas mempunyai empat rukun iaitu Ushul, Hukum Ushul, FariÊ dan Illah seperti dalam Jadual 2.1. Jadual 2.1: Empat Rukun Qiyas Rukun Qiyas

Penerangan

Ushul

Iaitu masalah yang dijelaskan hukumnya dalam al-QurÊan atau sunnah atau ijma, seperti arak yang sabit hukumnya dengan alQurÊan.

Hukum Ushul

Iaitu hukum syarÊi bagi masalah yang dijelaskan di dalam salah satu dari tiga dalil seperti hukum haram arak.

FarÊi

Iaitu maslah yang tidak dijelaskan hukumnya di dalam salah satu dari tiga dalil tersebut seperti tuak.

IÊllah

Iaitu sifat berupa sebab bagi hukum ushul yang mana ia serupa dengan sifat pada farÊi seperti sifat mabuk pada arak.

2.1.2

Sumber Hukum Islam Tambahan

Sebagai agama sejagat, Islam telah membuka pintu bagi menyesuaikan pelaksanaannya dengan perkembangan hidup manusia. Pada masa hayat Rasulullah s.a.w. iaitu diperingkat pertama pembentukan hukum Islam, Rasullullah s.a.w. menerima fikiran dan ijtihad para sahabat sepertimana dalam hadis Muaz Jabal walaupun sumber-sumber hukum Islam pada masa itu hanyalah kitab Allah dan Sunnah rasul. Apabila Rasulullah s.a.w. wafat, para mujtahid mula menggunakan fikiran mereka dalam bidang hukum secara meluas berpandukan kepada prinsip al-Quran dan al-Sunnah. Mereka telah berijtihad memahami nas-nas dan menggunakan kaedah atau prinsip yang umum bagi maslahah baru yang lahir dalam masyarakat. Penggunaan kaedah tersebut berasaskan cara Istishab, Qiyas, Istihsan, Masalih al-Mursalah, ÂUrf dan lain-lain lagi (Manna Al-Qattan, 1995: 46). Sumber-sumber hukum yang tidak disepakati ulamak ialah Istihsan, Masalih Mursalah, Uruf dan Istishab (lihat Rajah 2.2).  

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

34 

TOPIK 2 PEMBANGUNAN DISIPLIN PENGURUSAN ISLAM

Rajah 2.2: Sumber hukum Islam tambahan

(a)

Istihsan Secara amnya, istihsan bererti mengambil sesuatu yang lebih baik mengikut keperluan. Menurut istilah ulamak Hanafi, istihsan ialah mengubah sesuatu perkara yang berasal daripada al-Qiyas kepada al-Qiyas yang lebih baik dan kuat atau perubahan terhadap al-Qiyas kepada dalil nas yang bercanggah dengan qiyas yang terang nyata. Manakala menurut istilah ulamak usul fiqh pula, istihsan ialah menukarkan pengambilan al-Qiyas yang nyata (al-Jaliy) kepada kias yang tidak nyata (al-Qiyas al-Khafiy) ataupun menukarkan sesuatu hukum kulliy (umum) kepada hukum pengecualian (IstihnaÊ) atau dari kulliy kepada hukum takhsis ekoran terdapat dalil yang menyebabkan mujtahid memindahkannya. Istihsan juga didefinisikan sebagai sesuatu perkara yang dikira baik yang lahir hasil pemikiran ulamak mujtahid dalam perkara yang bertentangan dengan hukum al-Qiyas terang. Walaupun begitu, ia juga mempunyai sandaran yang berupa al-QurÊan atau hadis, ijmak atau al-Qiyas yang tidak jelas atau disebabkan keadaan yang memerlukannya. Sebagaimana Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: „Apa yang dinilai oleh orang-orang Islam itu baik, maka ia adalah baik di

sisi Allah, dan apa yang dinilai oleh orang-orang Islam itu buruk, maka ia adalah buruk di sisi Allah.‰ (HR Bukhari )

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2 PEMBANGUNAN DISIPLIN PENGURUSAN ISLAM



35

Contoh istihsan ialah: Syarak menegah melakukan akad atau jual beli terhadap barangan yang tidak ada pada waktu akad. Berdasarkan istihsan, harus akad jual beli bagi barang yang tiada pada waktu akad seperti salam, sewa-menyewa, upah-mengupah atau membuat tempahan atau semua bentuk urusan barangan yang tiada pada waktu akad. Hujah dan alasan penggunaan istihsan kerana manusia memerlukan dan berhajat dan sudah menjadi kebiasaan mereka menjalankan urusan dengan cara tersebut. (b)

Masalih Mursalah Masalih Mursalah ialah sifat-sifat atau keadaan yang boleh mendatangkan kebaikan atau menjauhkan makhluk dari keburukan disebabkan oleh diikat hukum dengan sifat-sifat itu dan dibinakan hukum ke atasnya, dan tidak ada sesuatu dalil syarak yang khusus memperakui atau menghapuskannya. Di antara contohnya ialah harus bagi pemerintah yang adil mewajibkan orang-orang kaya mengeluarkan sejumlah wang yang ditetapkan bagi menambah anggota tentera dan alat kelengkapan perang untuk mempertahankan negara jika wang perbendaharaan tidak mencukupi untuk membiayainya. Ini adalah merupakan masalih mursalah kerana tidak ada sesuatu dalil yang khusus menegaskan atau melarang perbuatan itu bahkan ia merupakan usaha yang baik dan mendatangkan kepentingan umum kepada masyarakat iaitu dengan angkatan tentera yang kuat dan dapat mempertahankan masyarakat daripada ancaman musuh. Masalih Mursalah juga boleh didefinisikan sebagai suatu keadaan yang sesuai untuk diadakan hukum syarak yang boleh mendatangkan kebaikan atau menjauhkan daripada keburukan serta tidak ada satupun dalil atau nas syarak khusus yang mengesahkan atau menghapuskan hukumnya. Ia juga boleh didefinisikan sebagai membuat sesuatu hukum dan undangundang yang baik dan berfaedah untuk kepentingan manusia dan masyarakat yang tidak ada sebarang nas untuk dijadikan bukti dan dasar sama ada ia boleh dilaksanakan, harus atau tidak boleh dilaksanakan. Prinsip utama masalih ialah untuk mencari seuatu yang boleh memberi manfaat dan menolak sesuatu yang kemudaratan. Konsep penggunaan masalih mursalah ialah untuk tujuan kemaslahatan dan kebaikan manusia dengan berdasarkan kepada asas Islam berikut: (i)

Daruriyat iaitu keperluan asasi.

(ii)

Hajiyat iaitu keperluan kebaikan dan kebiasaan.

(iii) Tahsiniyat iaitu tujuan kesempurnaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

36 

TOPIK 2 PEMBANGUNAN DISIPLIN PENGURUSAN ISLAM

Antara contoh penggunaan masalih mursalah dalam masyarakat ialah:

(c)

(i)

Kerajaan mengeluarkan lesen memandu kereta motor untuk mengelakkan daripada berlakunya kemalangan dan melahirkan pemandu yang mahir serta mengetahui peraturan jalan raya. Undang-undang tersebut tidak ada nas yang boleh dijadikan bukti atau ditolak.

(ii)

Kerajaan mengenakan denda terhadap orang-orang yang melintas jalan raya yang tidak menggunakan jejantas sewaktu melintas. Hal tersebut untuk mengelakkan daripada berlaku kemalangan jiwa dan kesesakan lalu lintas.

Uruf Uruf dari sudut bahasa ialah adat atau perkara yang senang dan diterima pada perasaan manusia. Manakala Uruf dari segi istilah syarak ialah: Apa sahaja yang menjadi kebiasaan sekumpulan manusia serta diikuti oleh orang lain, sama ada dalam percakapan atau amalan. Uruf tidak dianggap sebagai hujah jika menyalahi dalil-dalil dan hukum syarak yang tetap dan tidak berubah, walaupun suasana dan adat berubah. Justeru itu mana-mana uruf yang bertentangan dengan nas atau hukum mestilah sama-sama kita berusaha untuk menghapuskannya dan meninggalkannya. Sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud: „Dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat)

dan pencerobohan.‰ (Surah al-Maidah, 5: 2). Uruf yang betul dan tidak bertentangan dengan syarak mestilah diambil kira dalam pembinaan hukum dan pembuatan keputusan. Contohnya: Syarak mengambil kira dan menjaga adat kebiasaan orang Arab yang baik serta tidak bertentangan dengan hukum seperti mewajibkan bayaran diat terhadap Âaqilah iaitu ahli keluarga pembunuh. Antara syarat penerimaan uruf ialah: (i)

Sesuatu uruf itu diamalkan secara berterusan di dalam semua masalah atau diamalkan pada kebanyakan masalah, walaupun tidak pada semua masalah.

(ii)

Uruf itu wujud dan diamalkan ketika melakukan tindakan sama ada berupa uruf perkataan atau perbuatan.

(iii) Uruf tidak menyalahi dalil syarak dan kaedah asas. (iv) Uruf itu mestilah diamalkan oleh orang ramai.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2 PEMBANGUNAN DISIPLIN PENGURUSAN ISLAM

(d)



37

Istishab Istishab ialah sesuatu perkara atau keadaan yang dihukum pada zaman kedua (zaman sahabat) berdasarkan hukum zaman pertama (zaman Rasulullah), iaitu menetapkan hukum yang berlaku pada masa kini berdasarkan hukum yang telah berlaku di masa lalu. Kecuali terdapat nas yang mengubahnya atau sesuatu yang dibuat oleh ulamak mujtahid dalam sesuatu perkara yang telah dikaji setelah mereka tidak menemui sesuatu dalil pun yang boleh mengubah hukumnya. Dalam keadaan tersebut, ulamak mengekalkan sesuatu hukum itu dengan berasaskan hukum yang telah sedia ada, kerana tiada sebarang dalil pun yang dapat mengubah hukum tersebut. Imam al-Syawkani memberikan definisi istishab ialah sesuatu yang kekal keadaannya selama mana tiada sesuatu yang boleh mengubahnya. Ini bermakna keadaan atau kedudukan sesuatu ini kekal seperti sebelumnya dan akan sentiasa digunakan dan diambilkira di masa sekarang dan akan datang, contohnya dalam pertelingkahan hak milik sesuatu barang. Hakim akan memutuskan yang memiliki surat hak milik itu dikira pemiliknya sehinggalah dapat dibuktikan sebaliknya. Begitu juga jika seseorang suami itu hilang (mafqud), isterinya tetap dikira isterinya yang sah kecuali mahkamah mengeluarkan hukum sebaliknya.

SEMAK KENDIRI 2.1 Senaraikan sumber-sumber hukum utama Islam dan sumber-sumber hukum tambahan.

2.2

PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN ISLAM

Selain daripada hukum aqidah dan hukum ibadat, Islam juga banyak memberi prinsip-prinsip hidup berasaskan al-Quran dan al-Hadis. Terdapat beberapa prinsip pengurusan dalam Islam yang akan dibincangkan selanjutnya.

2.2.1 Perbezaan Pemilihan Setiap manusia dalam perjalanan hidupnya tidak dapat lari dari membuat pilihan dan keputusan. Seorang manusia yang bijak akan membuat keputusan setelah menimbang pilihan yang ada. Sepertimana manusia membuat keputusan untuk memilih apa yang paling baik untuk hidupnya, organisasi juga perlu membuat pilihan bagi memastikan operasinya berjalan dengan baik. Selain daripada memiliki peralatan yang moden serta sumber kewangan yang kukuh, Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

38 

TOPIK 2 PEMBANGUNAN DISIPLIN PENGURUSAN ISLAM

kelangsungan hidup sesebuah organisasi amat bergantung kepada individu yang berada di dalamnya. Sejarah telah membuktikan bahawa jatuh bangun sesebuah organisasi amat bergantung kepada individu yang berada dalam organisasi tersebut. Ini dibuktikan misalnya dalam kejayaan umat Islam menundukkan golongan Musyrikin Mekah semasa tercetusnya perang Badar. Walaupun bilangan tentera Islam hanya sepertiga daripada bilangan golongan tentera Musyrikin Mekah, mereka berjaya mengalahkan golongan tersebut seperti mana firman Allah s.w.t. dalam Surah Al-Imran (3:123):

∩⊇⊄⊂∪ tβρãä3ô±n@ öΝä3ª=yès9 ©!$# (#θà)¨?$$sù ( ×'©!ÏŒr& öΝçFΡr&uρ 9‘ô‰t7Î/ ª!$# ãΝä.u|ÇtΡ ô‰s)s9uρ „Dan Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan Dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu).‰ Persoalannya bagaimanakah kemenangan tersebut boleh tercapai jika individu yang berada dalam organisasi tersebut mempunyai agenda tersendiri berbanding dengan kepentingan organisasi. Selain daripada pertolongan Allah, kemenangan tentera Islam juga didokong oleh kebijaksanaan Rasululah s.a.w. dalam mengemudi pasukan di samping semangat anggota-anggota pasukan perangnya yang merupakan insan terpilih, sama ada hidup untuk mengabdikan diri kepada Allah atau syahid dijalan Allah. Sebaliknya apa yang berlaku semasa Perang Uhud adalah berbeza. Tentera Kafir telah berjaya mencapai kemenangan kerana kealpaan umat Islam dalam perjuangan. Setelah berjaya menggempur tentera musuh dan hampir berjaya mencapai kemenangan, timbul perasaan tamakkan kebendaan, lalu memilih untuk meninggalkan medan pertempuran bagi mengutip harta peperangan dan seterusnya mengabaikan perintah Rasululah s.a.w. Pilihan untuk merebut harta dari mempertahankan Bukit Uhud telah menyebabkan bukit tersebut ditawan oleh tentera Musyirikin dan ia merupakan sebahagian dari punca kekalahan umat Islam di medan Uhud. Peristiwa-peristiwa yang terungkap di dalam al-Quran sebenarnya bukan sekadar cerita semata-mata tetapi adalah satu nasihat dan panduan kepada umat manusia agar tidak membuat pilihan yang salah kerana harga yang terpaksa dibayar apabila suatu kesilapan dilakukan adalah terlalu tinggi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2 PEMBANGUNAN DISIPLIN PENGURUSAN ISLAM

2.2.2



39

Huraian Beberapa Prinsip Islam dalam Pengurusan

Antara beberapa prinsip pengurusan Islam yang lain dalam organisasi ialah: (a)

Pembentukan Keikhlasan dan Semangat Bekerja Keikhlasan dalam diri untuk memberi sumbangan yang bermakna. Sifat keikhlasan ini kita sendiri boleh mengetahui dan merasainya. Sekiranya keikhlasan wujud, ia sudah tentu akan dapat menimbulkan semangat juang yang tinggi. Keikhlasan bukan terletak pada apa yang kita cakap atau apa yang kita janji tetapi ianya terserlah melalui perbuatan dan etika seseorang.

(b)

Pengurusan Berorientasikan Pelanggan Pekerja yang berjaya di dalam sesebuah organisasi mestilah mengutamakan pelanggan. Pelanggan tidak semestinya orang yang memberi kita perniagaan bahkan pelajar juga dianggap pelanggan kepada seorang guru. Oleh itu pekerja yang baik akan sentiasa berusaha untuk memenuhi keperluan pelanggan. Seorang pekerja yang baik hendaklah mempunyai pengetahuan dan memahami pelanggannya. Bagi organisasi sekolah misalnya, murid adalah pelanggan utama dan memahami pelanggan adalah memahami dari segi pembangunan jasmani, emosi, rohani dan inteleknya.

(c)

Keupayaan Berfikir Kepimpinan Pemimpin yang baik berupaya untuk berfikir dengan baik. Pemikiran yang baik pula hanya dapat dihasilkan daripada ilmu dan pengalaman yang dimiliki. Mereka yang tidak berilmu tidak akan mampu menjadi pemimpin yang baik di dalam dunia moden ini di mana ilmu merupakan sumber utama bagi kejayaan sesuatu bangsa. Seseorang pemimpin yang baik bukan sahaja perlu memiliki ilmu itu sendiri malah mereka berupaya menggunakan dan mengolah maklumat bagi menghasilkan strategi yang baik. Oleh itu kepelbagaian ilmu seperti memiliki limu dalam bidang kepimpinan, pengurusan, kewangan, strategi organisasi, sumber manusia dan lain-lain adalah penting dalam membentuk strategi, program, aktiviti dan lain-lain tugasan. Keupayaan berfikir boleh dipraktikkan dengan memperkayakan ilmu. Cara yang paling mudah untuk mendapat ilmu adalah dengan membaca. Nabi Muhammad s.a.w. diberi tugas sebagai pemimpin bermula dengan BACA.

(d)

Sistem Berkomunikasi Berkesan Kepimpinan dalam organisasi sering didefinisikan sebagai keupayaan seseorang untuk mempengaruhi satu kumpulan untuk melakukan sesuatu yang tanpanya segala aktiviti organisasi lazimnya tidak dapat dilakukan Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

40 

TOPIK 2 PEMBANGUNAN DISIPLIN PENGURUSAN ISLAM

dengan sempurna atau gagal. Ini bermakna pemimpin sebenar perlu berupaya memberi nilai tambah kepada organisasi. Ia juga melibatkan keupayaan mempengaruhi atau mengorientasikan orang lain untuk melaksana atau menjayakan sesuatu yang dihasrat oleh pemimpin tersebut. Ini bermakna seseorang pemimpin perlu berupaya berkomunikasi secara berkesan sama ada secara lisan, penulisan atau lain-lain. Dalam konteks ini, komunikasi bermakna pemimpin tersebut berupaya dan sentiasa berkomunikasi secara berkesan dengan pegawai-pegawai dan pekerja di bawahnya dalam konteks untuk sama-sama memahami, menghayati dan komited dengan strategi, misi, visi, matlamat dan wawasan serta aktiviti yang dirancang. Ini juga bererti pemimpin mestilah selalu berbincang, meminta pandangan, mendengar dan berinteraksi dengan baik dalam organisasi yang diterajuinya. Dalam hal ini pendekatan turun padang (management by working around) adalah perlu untuk menjayakan komunikasi dengan berkesan.

AKTIVITI 2.2 Huraikan beberapa prinsip pengurusan Islam yang dilaksanakan dalam organisasi anda pada masa kini.

2.3

boleh

ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL ORGANISASI

Pembangunan prinsip pengurusan juga berasaskan etika dan tanggungjawab sosial. Etika adalah salah satu komponen utama ajaran Islam selain aqidah dan ibadah. Islam sangat mementingkan akhlak dalam kehidupan. Islam adalah agama yang ada hubungan antara manusia dan Allah (hablum minallah) dan hubungan antara manusia sesama manusia (hablum minannas). Tanggungjawab sosial adalah sebahagian daripada hubungan tersebut.

2.3.1

Definisi Etika dan Tanggungjawab Sosial

Kerja yang dilakukan oleh seseorang manusia itu tidak dapat lari dari pertimbangan moral. Kerja yang dilakukan mungkin baik atau buruk, mungkin diterima oleh masyarakat dan mungkin juga tidak. Begitu juga kerja boleh dipertimbangkan sama ada benar dan salahnya oleh pelakunya. Ini kerana perbuatan manusia tidak sama dengan perlakuan haiwan. Haiwan dijadikan oleh Allah tergerak melakukan satu-satu perbuatan akibat dari naluri yang ada dalam diri mereka, sebab itu ia tidak memerlukan pertimbangan etika dan ini Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2 PEMBANGUNAN DISIPLIN PENGURUSAN ISLAM



41

jauh sekali dari dipertanggungjawabkan ke atas perlakuannya itu. Sebaliknya manusia dibekalkan oleh Penciptanya dengan perasaan kemanusiaan serta keintelektualan yang memungkinkan mereka memilih, meneroka, membayangkan, menjangkakan atau menyembunyikan sesuatu realiti. Oleh yang demikian dalam perbuatannya manusia itu dipertanggungjawabkan atas pilihan yang dibuatnya. Allah menerangkan perkara tersebut di dalam al-Quran: „Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan perasaan hati manusia semuanya akan disoal oleh Allah.‰ Setiap perbuatan itu tidak boleh dipisahkan penilaiannya dari aspek agama dan pertimbangan etika. Setiap perlakuan manusia sama ada aktiviti fizikal atau pemikirannya terletak kepada pertimbangan agama dan pada masa yang sama pertimbangan etika. Antara keduanya saling menyokong dan saling melengkapi. Pada pandangan Islam tidak ada perkataan secular morality seperti yang wujud dalam sesetengah masyarakat. Konsep secularism telah diketengahkan asalnya di Eropah Barat bertujuan membebaskan diri masyarakat dalam aspek sosial, ekonomi dan politik dari ketidakadilan dan penguasaan gereja dan ilmuan agamanya (Muhammad Abdul Rauf, 1987). Pemisahan antara dua aspek utama ini yang satunya disebut sebagai sekular (secular) atau keduniaan (worldly) daripada perkara yang satu lagi disebut sebagai spiritual atau religious (keagamaan) adalah terlalu asing bagi pemikiran masyarakat dan ajaran Islam dari dahulu sehingga sekarang. Islam sebagai punca penunjuk jalan yang benar dan Allah s.w.t. mengetahui apa yang terbaik bagi setiap jiwa manusia. Sekiranya diri manusia bebas menentukan pertimbangan etika tentu akan membawa kepada konflik di mana hukumanhukuman yang berbeza diberikan kepada satu perlakuan yang sama akibat dari perbezaan geografi dan manusia yang terlibat. Panduan etika dan perbuatan seseorang Islam dalam perkara ini telah ditentukan oleh wahyu yang tentunya jauh dari sifat kekurangan dan kelemahan.

2.3.2

Pengurusan Kualiti Menyeluruh

Sistem pengurusan kualiti menyeluruh juga boleh dianggap sebahagian daripada tanggungjawab sosial organisasi malah ia menjadi faktor penting dalam kejayaan sesebuah organisasi. Islam menerima prinsip ini kerana ia menjamin sesuatu itu menjadi baik dan elok.

Total Quality Management (TQM) atau juga dikenali sebagai Pengurusan Kualiti Menyeluruh merupakan satu sistem pengurusan baru yang lahir pada tahun 1920an dan digunakan oleh kilang-kilang di Amerika Syarikat bagi tujuan mengawal kualiti. Sistem ini kemudiannya mendapat sambutan menggalakkan daripada para pengurus syarikat di Jepun bermula sekitar tahun 1950an yang mana pada ketika itu sedang pesat membangun dalam sektor industri dan Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

42 

TOPIK 2 PEMBANGUNAN DISIPLIN PENGURUSAN ISLAM

seterusnya konsep ini telah berkembang pesat ke seluruh dunia pada tahun 1980an, bilamana timbul kesedaran tentang pentingnya kualiti dalam kehidupan manusia. Kewujudan sistem pengurusan baru ini seterusnya telah berjaya mempengaruhi serta merubah sikap para pengurus di sektor swasta dan kerajaan tentang cara mereka menguruskan kualiti dan hal ini telah menyebabkan para pengurus menukar cara pengurusan mereka dalam pengurusan bercorak tradisional kepada pengurusan kualiti menyeluruh kerana diyakini cara pengurusan yang baru ini adalah lebih efektif dan berjaya meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi. Seterusnya menyentuh mengenai konsep yang dipegang oleh TQM ini, apa yang jelas ialah pengurusan jenis ini adalah lebih berorientasikan kepada pelanggan dan akitivitinya adalah berterusan serta melibatkan semua aspek dalam organisasi yang bertujuan membawa perubahan menyeluruh ke arah melahirkan organisasi cemerlang yang berjaya mencapai kualiti menyeluruh dalam segala aspek operasinya. Pada tahap ini kualiti akan dipamerkan melalui kecekapan pentadbiran, kebolehan pekerja, kelicinan operasi dan sebagainya. Antara ciriciri TQM ialah: (a)

Matlamat Terdapat tiga matlamat sebenar TQM dan yang pertamanya ialah kepuasan hati pelanggan, output tanpa cacat (zero defect) dan output yang sentiasa tepat.

(b)

Fokus Dalam hal ini, pengurusan jenis ini nampaknya adalah lebih memfokuskan kepada beberapa perkara. Perkara yang pertama yang difokuskan oleh pengurusan jenis ini adalah sistem dan operasi, budaya organisasi, pelanggan dan juga pembekal. Pemfokusan mengenai perkara-perkara yang sebegini adalah penting bagi mengelakkan ketidakcekapan daripada berlaku.

(c)

Strategi Strategi yang pertama ialah ‰Penambahbaikan yang berterusan‰. Langkah atau strategi yang pertama ini boleh dilakukan dengan mewujudkan „team work‰ dalam organisasi. Peranan pihak pengurusan amat penting dalam melaksanakan tujuan ini kerana pengurusan bertanggungjawab terhadap seluruh organisasi. Strategi seterusnya ialah „Pengawalan kos kualiti‰. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan sumber yang ada dengan seoptimum mungkin bagi mengelakkan berlakunya pembaziran dan seterusnya dapat mengelakkan penghasilan output yang tidak berkualiti. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2 PEMBANGUNAN DISIPLIN PENGURUSAN ISLAM



43

Strategi terakhir adalah „Tindakan Pencegahan‰. Ini boleh dilakukan dengan memperbaiki proses-proses kerja supaya peluang untuk berlaku kesilapan atau kecacatan dapat dikawal sepenuhnya. (d)

Pelaksana Hal ini merujuk kepada siapakah yang akan melaksanakan tugas-tugas yang telah dirancang bagi mencapai matlamat yang telah dinyatakan tadi. Terdapat tiga faktor dalam melaksanakan tujuan ini iaitu pihak pengurusan atasan, semua pekerja (total participation) dan teamwork.

2.3.3

Budaya Organisasi

Sistem pengurusan secara Islam adalah bersifat komprehensif dan berteraskan falsafah tauhid dan berasaskan ilmu wahyu iaitu al-QurÊan, al-Hadith dan amalan ulamak silam. Oleh itu pembangunan modal insan bersepadu adalah amat penting dalam konteks pengurusan Islam. Dalam sistem ini, segala proses pembuatan keputusan, perancangan, pengawalan, pelaksanaan projek, perhubungan dan komunikasi, tanggungjawab di antara majikan dan pekerja, etika kerja dan aspek-aspek lain yang berkaitan dengan pengurusan adalah berpandukan kepada prinsip-prinsip pengurusan Islam yang telah digariskan oleh ajaran Islam. Pengurusan dalam Islam amat menekankan aspek pengurusan kerja berkualiti dan pembangunan modal insan secara terancang. Ia telah dibincangkan sejak wujudnya dan terbinanya sejarah tamadun manusia. Dari segi sejarah misalnya, telah ditonjolkan corak pengurusan Nabi Musa a.s. dalam catatan penghijrahan bani Israel dari Mesir ke Semenanjung Sinai. Nabi Musa a.s. mempunyai pengikut yang ramai pada masa itu. Selepas diadakan mesyuarat, Nabi Musa a.s. bersetuju untuk mengikut pandangan yang diutarakan oleh bapa mertuanya iaitu menyediakan beberapa orang yang berkemampuan menjadi pekerja. Pekerja ini dilantik dan mereka bertanggungjawab sepenuhnya kepada pengikut masing-masing. Corak pengurusan berasaskan kekuatan modal insan ini telah dipraktikkan sehingga kini dan ia mempunyai persamaan dengan corak pengurusan sekarang yang menekankan konsep disentralisasi dan penurunan kuasa (empowerment) kepada staf bawahan (subordinates) yang dipilih dan dilantik oleh pihak pengurusan. Rasulullah s.a.w. sendiri bagi orang Islam adalah model pekerja yang berwawasan dalam konteks pengurusan Islam yang sebenar. Baginda telah mempelopori sistem pengurusan Islam pada zaman awal Islam lagi, melalui praktik-praktik kepimpinan dalam pengurusan organisasi dan negara. Fungsifungsi pengurusan barat seperti perancangan (plan), pengorganisasian (organise), pengawalan (control), penstafan (recruitment), kepimpinan Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

44 

TOPIK 2 PEMBANGUNAN DISIPLIN PENGURUSAN ISLAM

(leadership) dan pelaksanaan (execute) telahpun dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w. dalam mengurus modal insan iaitu pengikut-pengikutnya semasa penghijrahan baginda dari Mekah ke Madinah dan juga dalam usaha baginda menyebarkan agama Islam di muka bumi ini. Berpandukan fakta sejarah ini, adalah perlu bagi setiap pekerja untuk mencontohinya. Dalam konteks ini, seorang pekerja organisasi yang baik akan sentiasa berusaha untuk menambahbaik pencapaian organisasi dengan penuh komitmen dan semangat. Justeru itu, pekerja yang baik akan menetapkan objektif-objektif yang beliau percaya sepenuhnya akan dapat memberi kesan positif kepada organisasi dalam suasana kerja yang penuh bersemangat dan ceria. Ini bererti kepimpinan yang berkesan merupakan agen perubah kepada organisasi. Mereka ini akan sentiasa berusaha untuk menambahbaik organisasi. Dengan perkataan yang lebih mudah, ciri utama pekerja yang baik ialah mengetahui dan menetapkan halatuju organisasi dari segi visi dan misi serta objektif yang jelas yang hendak dicapai. Malah pekerja juga bertanggungjawab dalam mengawalselia perancangan dan mengatur strategi, mewujudkan program dan memantau pelaksanaan projek. Pekerja yang berkesan bukan sahaja berupaya dalam melaksana perkara yang betul dan dirancang tetapi juga memastikan pelaksanaannya adalah mengikut jadual dan mencapai objektif dan matlamat dengan sumber mentah yang boleh digemblengkan. Seterusnya, budaya kerja cemerlang ialah budaya kerja murni dan berkualiti yang menjadi amalan kerja bersama, diperkukuhkan dengan sistem, proses, prosedur, peraturan yang jelas dan mudah dilaksanakan. Ianya perlu dimulakan oleh peringkat atas pentadbiran organisasi, seterusnya diturun dan diimplementasikan di kalangan pengurusan eksekutif atau pertengahan dan seterusnya diamal dan dihayati oleh pekerja bawahan (subordinates).

SEMAK KENDIRI 2.2 1.

Huraikan prinsip Islam tanggungjawab sosial.

dalam

etika

organisasi

2.

Huraikan budaya organisasi berteraskan prinsip Islam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

dan

TOPIK 2 PEMBANGUNAN DISIPLIN PENGURUSAN ISLAM



45

AKTIVITI 2.3 Apakah pandangan anda mengenai konsep Pengurusan Kualiti Menyeluruh dan kaitannya dengan sistem pengurusan Islam?



Proses membangunkan sesuatu sistem pengurusan perlu mengikut asas tertentu.



Proses membangunkan sistem pengurusan Islam perlu berasaskan fikiran manusia untuk maslahah umum dan tidak bercanggah dengan sumber hukum Islam.



Falsafah pengurusan Islam boleh diambil daripada prinsip-prinsip al-Quran dan hadis serta apa yang telah dibuat oleh para sahabat.



Prinsip Islam menyebut bahawa urusan muamalat adalah asalnya harus kecuali ada dalil atau sebab yang mengharamkannya.



Asas-asas pembentukan sistem pengurusan Islam yang akan melibatkan sumber-sumber hukum utama dan tambahan bagi dijadikan asas pembentukan nanti.



Sumber hukum Islam yang utama ialah al-Quran, al-Hadis, Ijmak Ulamak dan Qiyas.



Terdapat juga sumber-sumber hukum tambahan iaitu Istihsan, Masalih Mursalah, Uruf dan Istishab.

Al-Qiyas Al-Quran dan al-Sunnah Disiplin pengurusan Islam Ijmak ulamak Istihsan , Istishab

Masalih mursalah Pengurusan kualiti menyeluruh Sumber hukum Islam tambahan Sumber hukum Islam utama Uruf

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

46 

TOPIK 2 PEMBANGUNAN DISIPLIN PENGURUSAN ISLAM

al-Quran versi 6.31. (1997). CD-ROM. Kaherah: Sakhr Technologies. al-Zuhayli, Wahbah. (1986). Usul al-Fiqh al-Islamiy. juz 1, Damsyik: Dar al-Fikr. Abu Muhammad ÂAli ibn Ahmad ibn SaÊid Ibn Hazm al-Andalusi, (t.t). al-Ahkam fi Usul al-Ahkam. Beirut: Dar al-Kutub al-Âiliyyah, juz 1, h. 52. Badran Abu ÂAynayn Badran (t.t), al-ShariÊah al-Islamiyyah, Tarikhuha wa Nazariyyah al-Milkiyyah wa al-ÂUqud. Kaherah: Dar al-Fikr. Manna Al-Qattan. (1995). Tarikh al-TasyriÊ al- Islami. Beirut: Muasasah Risalah, h. 46, 83. Muhammad Ibn Abi Bakr Ibn Qayyim al-Jawjiyyah (t.t). IÊlam al- MuwaqqiÊin Âan Rabb al-ÂAlamin. Kaherah: Maktabah al-Taufiqiyyah. Muhammad bin Muhammad bin Ahmad al-Ghazali, (t.t), al-mustafa min ÂIlm al-usul, Cet 1. Beirut: Dar al-IhyaÊ al-Turath al-ÂArabi. Yusuf al-Qaradawi. (2001). BayÊ al-Murabahah Li al-Amr bi al-SyraÊ. Beirut: Dar al-Fikr, h. 15-16. Zainal ÂAbidin Bin Ibrahim, Ibn Nujayn (1968). al-Asybah wa al-nazaÊir Âala Madhhab Abi Hanifah al-NuÊman. Juz 1, Kaherah : Muassasah al-Halabi wa Auladuhu, h. 118. al-Karim. (1984). al-Madkhal al- Islamiyyah. Bahgdad: MatbaÊah al-ÂAini.

Zaydan,

ÂAbd

li

al-Dirasah

al-Syariah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Topik  Pembangunan

3

Teori Pengurusan Islam

HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1.

Menerangkan secara umum konsep pembangunan teori pengurusan Islam;

2.

Menghuraikan kepentingan kerangka teori dalam membangunkan sesuatu penyelidikan atau kajian;

3.

Menerangkan beberapa pendekatan dalam kaedah penyelidikan berteraskan Islam; dan

4.

Menjelaskan langkah-langkah yang perlu dilakukan dalam mengubahsuai sesuatu produk konvensional kepada produk berteraskan Islam.

 PENGENALAN Umat Islam hendaklah sentiasa berani memikirkan dan mengenengahkan ideaidea baru dalam kehidupan. Lihatlah tokoh-tokoh ilmuan Islam silam yang berani membongkar rahsia-rahsia kehidupan berteraskan ajaran Islam seperti Ibnu Sina, Ibnu Taymiyyah, al-Khawarizmi dan lain-lain yang menjadi rujukan manusia seluruh dunia dalam bidang ilmu. Mereka berjaya membuat teori baru dalam kehidupan. Umat Islam tidak perlu risau dalam membuat kajian dan mengenengahkan teori baru dalam bidang pengurusan. Ini adalah disebabkan ilmu pengurusan adalah ilmu muamalat yang sumber ilmu utamanya ialah akal fikiran. Yang perlu diberi perhatian adalah teori baru tersebut tidak boleh Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

48



TOPIK 3 PEMBANGUNAN TEORI PENGURUSAN ISLAM

bercanggah dengan al-Quran dan hadis malah prinsip-prinsip pengurusan boleh diperolehi di dalam al-Quran dan hadis. Topik ini akan membincangkan beberapa aspek pembangunan teori pengurusan Islam seperti falsafah pembangunan teori dari pandangan Islam, kepentingan membina kerangka teori, peranan dominan nilai ke atas semua kegiatan organisasi, teori dan amali dan cara mengubahsuai sesuatu produk konvensional menjadi produk Islam.

AKTIVITI 3.1 Sebelum anda meneruskan pembacaan, bolehkan anda menamakan beberapa ahli falsafah dan ilmuan Islam silam yang terkenal dengan teori-teori serta sumbangan kepada bidang ilmu? Pernahkah anda terfikir bagaimana mereka dapat membuat pelbagai teori dan penemuan ilmu baru yang sebelumnya tidak diketahui oleh orang?

3.1

PEMBANGUNAN TEORI

Secara umumnya, umat Islam sekarang agak kebelakang dalam membuat teori pengurusan berbanding dengan orang barat. Umat Islam tidak lagi gemar menggunakan akal fikiran untuk membuat teori atau ilmu baru berbanding dengan para ulamak dan sarjana Islam silam seperti Ibnu Sina, al-Farabi, alMawardi, Ibnu Taimiyyah, Ibnu Khaldun dan lain-lain. Perkara ini mungkin terjadi kerana kekeliruan mengenai konsep pembangunan ilmu kehidupan (muamalat) dan ilmu aqidah serta ilmu ibadat. Pembinaan ilmu aqidah dan ibadat perlu dirujuk 100 peratus kepada nas syarak iaitu al-Quran dan hadis sementara ilmu-ilmu kehidupan dunia (muamalat) adalah bergantung kepada akal fikiran manusia. Ia perlu dicerna oleh akal berdasarkan kaedahkaedah tertentu dalam ilmu keduniaan, Cuma akhirnya perlulah dipastikan ia tidak bertentangan dengan kehendak syarak. Namun secara asalnya ia tidak perlu bergantung kepada nas-nas syarak. Nas-nas syarak hanyalah perlu dalam pembentukan hukum dalam bidang aqidah dan ibadah. Ahli falsafah Islam di Zaman Pertengahan menggunakan akal fikiran mereka untuk membuat teori baru dalam kehidupan dengan mengambil panduan dan pengajaran daripada al-Quran dan hadis serta pengamatan mereka tentang kehidupan. Antaranya ialah Ibn Ishaq al-Kindi, al-Razi, al-Jahiz, Abu al-Nasr alFarabi, Ibn Masarrah, al-Amiri, Ibn Miskawayh, Ikhwan al-Safa, Ibn al-Haytham, Ibn al-Rawandi, Abu Raihan al-Biruni, Ibn Sina, Ibn Hazm, al-Ghazali, Ibn Tufail, Ibn Rushd, Nasīr al-Dīn al-Tūsī, Zakariya al-Qazwini, Ibn al-Nafis, Fakhruddin al-Razi, Ibn Taymiyyah, Ibn Khaldun dan lain-lain. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 3 PEMBANGUNAN TEORI PENGURUSAN ISLAM 

49

Pada hakikatnya, teori dan penyelidikan saling berkait antara satu sama lain. Mereka merupakan dua perkara yang saling melengkapi antara satu sama lain. Penyelidikan dan teori hanya akan bermakna apabila kerja terhadap mereka dilakukan secara serentak. Misalnya, penyelidikan membekalkan data, manakala teori pula memberi makna kepada data tersebut. Teori memandu penyelidikan tetapi akhirnya penyelidikanlah yang membekalkan data empirikal untuk meningkatkan tahap daya maju sesuatu teori. Teori dalam ilmu pengetahuan boleh dikatakan sebagai sesuatu model atau kerangka fikiran yang boleh menjelaskan fenomena alam atau fenomena sosial yang berlaku. Sesuatu teori selalunya dirumus, dikembang dan dinilai mengikut kaedah-kaedah ilmiah yang diterima. Kadangkala teori juga adalah suatu hipotesis yang telah terbukti akan kebenarannya setelah ujian dijalankan. Pembangunan teori pengurusan Islam boleh diambil daripada falsafah sumbersumber utama hukum Islam dan sumber tambahan seperti yang telah dibincangkan dalam Topik 2 yang lalu di samping penelitian kepada amalan sahabat dan tokoh-tokoh ilmuan silam serta pemikiran manusia yang benar. Namun perlu diketahui bahawa dalam mencapai urusan kehidupan dunia, Islam memberi kebebasan kepada manusia supaya menggunakan akal fikiran yang Allah kurniakan bagi mencari kaedah dan cara sendiri asalkan tidak melanggar hukum syarak dan prinsipnya boleh diambil daripada al-Quran dan hadis kerana dua sumber tersebut mempunyai banyak prinsip kehidupan. Sebagai contoh, ada suatu hadis yang berasal dari peristiwa penanaman pokok kurma di mana Rasulullah s.a.w. melihat orang sedang memindahkan debunga kurma antara pokok ke pokok bertujuan mempercepatkan dan memperbanyakkan penghasilan buah kurma. Melihat yang demikian, Rasulullah berkata: „Aku tidak melihat adanya faedah padanya.‰ Lalu mereka meninggalkan usaha tersebut dan nyata selepas itu hasil kurma mulai berkurangan lalu Rasulullah s.a.w. diberitahu akan akibat ini kemudian baginda pun bersabda, „Kamu semua lebih mengetahui urusan dunia kamu‰ (Sahih: Hadis dari Anas bin Malik radiallahu-anhu, dikeluarkan oleh Malik dan Muslim (Sahih Muslim ă no: 2363).

3.1.1

Kepentingan Pembangunan Kerangka dan Teori

Idea tentang kerangka teori dan kerangka konsep adalah saling berkait dengan kerangka kajian. Pada asasnya, kerangka kajian merujuk kepada struktur idea yang abstrak atau logik yang memandu perancangan, pelaksanaan dan laporan sesuatu kajian. Ia merupakan struktur yang mencantumkan bahagian-bahagian dalam sesuatu kajian untuk membentuk satu keseluruhan (Nik Azis, 2003). Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

50



TOPIK 3 PEMBANGUNAN TEORI PENGURUSAN ISLAM

Menurut Ary, Jacobs dan Razavieh (1996) serta Merriam (1998), kerangka kajian adalah satu unsur yang sangat penting dalam sebarang kajian. Ia membekalkan landasan bagi sesuatu kajian dengan menjelaskan pendekatan yang digunakan dalam kajian tersebut. Ia boleh dianggap sebagai tempat rujukan yang menyediakan konteks bagi meneliti masalah atau soalan yang menjadi fokus sesuatu kajian. Kerangka kajian mewarnai seluruh aspek kajian yang dijalankan. Ia merangkumi garis panduan tentang perkara yang akan dan tidak akan dikaji dalam sesuatu kajian dan cara untuk mengkaji perkara tersebut. Kerangka kajian boleh berbentuk teori atau konsep. Ia memandu semua aspek kajian, termasuk proses mengenal pasti metodologi yang akan digunakan dalam kajian (reka bentuk kajian), pemilihan subjek kajian (pensampelan), jenis maklumat yang akan dikumpulkan dan cara mengumpul maklumat tersebut (pengumpulan data), cara mentafsir maklumat (analisis data) dan cara melaporkan hasil kajian (laporan kajian). Kerangka kajian juga membolehkan penyelidik menghubungkaitkan hasil kajian dengan himpunan pengetahuan yang sudah mantap. Dalam konteks ini, wajarlah kebanyakan jurnal penyelidikan menetapkan bahawa artikel yang hendak diterbitkan mestilah mempunyai kerangka kajian yang jelas.

3.1.2

Peranan Dominan Nilai ke Atas Semua Kegiatan Organisasi

Nilai adalah sesuatu yang berharga dalam kehidupan. Dalam sistem pengurusan, semua orang, alat dan semua sumber adalah dianggap bernilai kepada organisasi. Semua aktiviti yang boleh membawa kejayaan organisasi dianggap sesuatu yang bernilai. Pembangunan sesuatu teori dalam pengurusan Islam juga dianggap perkara yang bernilai kerana ia mempunyai matlamat akhir untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. Teori dianggap amat bernilai jika hasilnya benar dan boleh dilaksanakan untuk kepentingan organisasi. Di dalam pembentukan sesuatu teori pula, pembentukan kerangka teori adalah amat penting. Dalam menganalisa penggunaan kerangka teori atau konsep dalam pembangunan sesuatu ilmu atau penyelidikan, mungkin terdapat banyak persoalan asas yang perlu dijawab seperti: (a)

Apakah yang dimaksudkan dengan teori?

(b)

Apakah kegunaan teori dalam pembangunan sesuatu ilmu?

(c)

Apakah yang dimaksudkan dengan konsep? Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 3 PEMBANGUNAN TEORI PENGURUSAN ISLAM 

51

(d)

Apakah hubungan antara teori dengan apa yang diselidiki atau yang ingin diketahui?

(e)

Apakah yang dimaksudkan dengan kerangka teori bagi penyelidikan?

(f)

Apakah pula kerangka konsep bagi sesuatu penyelidikan?

(g)

Apakah hubungan antara kerangka teori dengan kerangka konsep?

(h)

Bagaimanakah pula sesuatu kerangka teori bagi sesuatu penyelidikan dibentuk?

(i)

Bagaimanakah cara untuk menentukan kecukupan kerangka teori bagi sesuatu penyelidikan?

3.1.3

Teori dan Amali

Dalam disiplin ilmu pengurusan dan penyelidikan, perkataan „teori‰ berasal dari perkataan Yunani iaitu „theoria‰ yang bermaksud visi, berfikir dalam-dalam atau membuat spekulasi. Ramai sarjana penyelidikan membincangkan definisi teori (lihat Jadual 3.1). Jadual 3.1: Definisi Teori dari Beberapa Orang Sarjana Penyelidikan Sarjana

Definisi

Rudner (1966)

Mendefinisikan teori dari sudut yang sempit sebagai satu himpunan proposisi yang berkait secara sistematik dan boleh diuji secara empirikal.

Troye (1994)

Mendefinisikan teori dari sudut yang luas sebagai andaian tentang hubungan antara konsep.

McMillan dan Schumacher (1984)

Mendefinisikan teori dari sudut yang luas sebagai satu penjelasan atau pemerian sistematik tentang saling hubungan di kalangan satu himpunan fenomena.

Lefrancois (1986)

Mendefinisikan teori secara umum dari sudut tujuan pembinaan teori. Menurut beliau, teori merujuk kepada satu himpunan pernyataan berkait yang bertujuan untuk menyusun dan menjelaskan satu himpunan pemerhatian. Bagaimanapun, matlamat pembinaan teori bukan sekadar untuk memberi penjelasan. Sebagai tambahan, ia melibatkan ramalan dan kawalan.

Nik Azis (2003) menerangkan bahawa teras bagi sebarang teori ialah satu himpunan konsep dan saling hubungan antara mereka. Teori menjelaskan fenomena dalam kehidupan manusia dan ia dijana dengan berlandaskan Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

52



TOPIK 3 PEMBANGUNAN TEORI PENGURUSAN ISLAM

pemikiran reflektif, pengalaman atau pemerhatian. Teori beroperasi pada tahap yang berlainan dan memenuhi tujuan yang berbeza. Banyak istilah digunakan dalam membincangkan idea yang berkait secara langsung atau tidak langsung dengan teori seperti acuan, andaian, anggapan, cadangan, corak, dogma, doktrin, fahaman, hujah, ideologi, kaca mata, kaedah, kepercayaan, kerangka, konsep, mazhab, model, paradigma, pandangan, pegangan, pendapat, pendekatan, perspektif, pola, rasional, skim, spekulasi, syarat, tanggapan dan wawasan. Bagaimanapun, perlu ditegaskan bahawa teori bukan merupakan satu pelan generik bagi penyelidikan. (Nik Azis, 2003). Mengikut Garrison (2000), teori merupakan satu penyusunan idea, konsep dan model secara sistematik bagi tujuan membina makna untuk menjelaskan, mentafsir dan mencorak amalan. Teori membekalkan perspektif yang dapat mengurangkan kerumitan dalam menjelaskan fenomena yang kompleks dan pada masa yang sama, mencadangkan generalisasi. Himpunan pengetahuan yang disebut sebagai teori ialah satu set pernyataan yang telah disusun dan diolah sedemikian bagi tujuan memahami fenomena dan memandu amalan. Teori wujud dalam pemikiran manusia semata-mata dan terdiri daripada pengetahuan yang tidak pasti dan tidak muktamad; satu penjelasan tentatif (sementara) tentang satu himpunan fenomena: suatu yang tidak ditemui dalam dunia luar, tetapi dibina oleh individu berasaskan saling hubungan yang munasabah antara konsep-konsep yang berkait dengan fenomena tertentu. Penyelidikan memainkan peranan yang penting dalam proses pembinaan teori dan begitu juga sebaliknya. Misalnya, penyelidikan berpandukan teori sebab teori membantu dalam penetapan batasan dan konteks bagi penyelidikan akan datang. Dari sudut epistemologi, teori membolehkan penyelidik menggabungkan komponen-komponen fenomena yang kompleks untuk membentuk satu keseluruhan yang boleh difahami, yang kemudiannya membolehkan penyelidik mengaitkan fenomena tersebut dengan himpunan pengetahuan lain yang relevan. Menurut Garrison (2000), tujuan teori ialah membentuk aturan konsepsi dan membekalkan kemudahan dalam menjelaskan fenomena yang kompleks. Aturan tersebut membayangkan nilai dan andaian yang akhirnya mencorakkan amalan. Teori membekalkan kerangka asas bagi perkembangan bidang kajian melalui penjelasan yang koheren tentang amalan semasa dan analisis tentang arah aliran kini serta ramalan tentang trend masa depan. Perkembangan tersebut

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 3 PEMBANGUNAN TEORI PENGURUSAN ISLAM 

53

didedahkan dan dikekalkan melalui pembinaan teori yang koheren dan rapi, yang terbuka kepada kritikan, perbahasan dan penilaian. Garrison berpendapat teori penting bagi memahami dan menghuraikan tujuan dan kaedah sesuatu bidang penyelidikan atau amalan tertentu. Kebergunaan suatu teori berkait langsung dengan kebolehan teori tersebut untuk memandu penyelidikan dan amalan praktikal dalam disiplin ilmu yang tertentu. Teori membantu penyelidik memahami bukan sahaja apa yang berlaku tetapi mengapa perkara itu berlaku. Intipati teori ialah penjelasan bagaimana dan mengapa konsep tertentu saling berkait antara satu sama lain. Pandangan sistematik yang dibekalkan oleh teori tentang sesuatu fenomena boleh menggalakkan pengembangan pengetahuan sedia ada dan pembinaan pengetahuan baru. Menurut Krathwohl (1998), teori merujuk kepada satu penjelasan yang munasabah tentang tingkah laku (dan fenomena) dan ia dicirikan sebagai: (a)

Konsisten dengan hasil penyelidikan dan penjelasan yang terdahulu; dan

(b)

Menyangkal atau mengubahsuai hasil penyelidikan dan penjelasan yang terdahulu.

Teori membantu penyelidik mengenal pasti pemboleh ubah yang signifikan, menggabung pelbagai hasil penyelidikan untuk membentuk satu himpunan pengetahuan yang padu dan saling berkait dan mengenal pasti isu yang relevan untuk kajian lanjutan. Ringkasnya, kepentingan teori bagi penyelidikan tidak boleh dipandang rendah. Tanpa satu teori yang baik untuk memandu penyelidikan, kebarangkalian memperoleh hasil kajian yang bermakna adalah rendah. Penyelidikan dianggap kurang berkualiti jika pengkaji gagal meneliti sumber yang diketahui umum dan disiplin ilmu yang relevan secara menyeluruh untuk mengenal pasti teori yang sesuai dijadikan landasan bagi kajian yang hendak dijalankan. Pengkaji dianggap cuai dalam menjalankan tugas penyelidikannya. Sebaliknya, jika pengkaji mendapati tidak ada teori tahap makro atau tahap pertengahan yang sesuai dijadikan landasan bagi penyelidikan yang hendak dijalankan selepas berusaha bersungguh-sungguh mencarinya, maka dia boleh menggunakan teori tahap mikro sebagai landasan penyelidikannya. Johnson (1980) menegaskan bahawa persediaan yang tidak mencukupi telah menimbulkan kelemahan yang mungkin boleh dianggap sebagai paling besar dalam penyelidikan kontemporari, iaitu kurang berpegang kepada sebarang jenis kerangka teori atau konsep untuk memandu usaha penyelidikan dan untuk membekalkan asas bagi mentafsirkan hasil kajian. Beliau menegaskan bahawa Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

54



TOPIK 3 PEMBANGUNAN TEORI PENGURUSAN ISLAM

pengkaji perlu memberi perhatian kepada kerangka teori semasa mengkonsepsikan masalah kajian, menjalankan aktiviti kajian dan menganalisa data kajian. Ini kerana teori dapat membantu pengkaji dalam menjalankan beberapa aktiviti seperti: (a)

Menjelaskan fenomena yang diperhatikan;

(b)

Membuat ramalan tentang saling hubungan yang belum diperhatikan; dan

(c)

Menstrukturkan proses inkuiri, khususnya proses mengemukakan soalan, membentuk hipotesis dan menentukan apa pemboleh ubah dan saling hubungan utama yang hendak dikaji.

Dalam sesuatu penyelidikan, teori membekalkan jawapan kepada persoalan mengapa dan bagaimana sesuatu fenomena berlaku. Menurut Burr (1973), penjelasan dianggap sebagai fungsi teori yang paling penting. Klein dan White (1996) pula menjelaskan bahawa teori dapat membantu pengkaji melakukan beberapa perkara seperti: (a)

Memahami bagaimana pelbagai pemerhatian dan data berkait antara satu sama lain (fungsi organisasi);

(b)

Menentukan perkara penting yang perlu diberi perhatian (fungsi tumpuan);

(c)

Menentukan perkara-perkara yang berkemungkinan besar akan berlaku sebelum mereka berlaku (fungsi ramalan);

(d)

Menentukan apa yang perlu dan tidak perlu dilakukan (fungsi kawalan);

(e)

Menjana soalan kajian dan menggalakkan penyelidikan baru (fungsi heuristik);

(f)

Mentafsirkan fenomena yang kompleks (fungsi tafsiran);

(g)

Menyusun dan pengembangan);

(h)

Meningkatkan kejelasan dan ketepatan dalam komunikasi (fungsi ketepatan); dan

(i)

Membentuk dan menguji hipotesis (fungsi bimbingan).

menghubungkaitkan

hasil

penyelidikan

(fungsi

Secara kesimpulannya, boleh dikatakan teori membekalkan cara (mekanisme, aturan dan penjelasan) memahami fenomena dan amalan yang kompleks. Misalnya Remenyi, Williams, Money dan Swartz (1998) menegaskan bahawa kajian kes yang tidak berlandaskan teori mudah bertukar menjadi satu cerita anekdot sahaja. Secara ideal, teori boleh menjelaskan aktiviti semasa dan membekalkan arah haluan kepada pendekatan baru. Seterusnya, teori yang Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 3 PEMBANGUNAN TEORI PENGURUSAN ISLAM 

55

relevan dan bermakna adalah penting kepada perkembangan sesuatu disiplin ilmu.

SEMAK KENDIRI 3.1 1.

Apakah kaitan di antara teori dan penyelidikan?

2.

Terangkan bagaimana sesuatu teori boleh membantu penyelidik mencapai tujuan kajian.

 

AKTIVITI 3.2 Bagaimanakah tahap sesuatu penyelidikan jika ia tidak mempunyai teori yang menjelaskannya sebelum penyelidikan dijalankan? Jelaskan.

3.2

PENDEKATAN DALAM KAEDAH PENYELIDIKAN

Penyelidikan yang dijalankan oleh para penyelidik atau ilmuan mempunyai pelbagai pendekatan dan kaedah penyelidikan.

3.2.1

Matlamat Penyelidikan; Penyelidikan Primer dan Sekunder

Tidak kira betapa tidak sempurnanya sesuatu teori, teori kasar sentiasa lebih baik daripada tiada teori langsung. Teori amat penting dalam mengenal pasti keteraturan dalam data yang tidak teratur. Teori juga menyediakan jalan untuk mengembangkan pengetahuan dalam disiplin ilmu yang tertentu. Pada dasarnya, teori yang digunakan tidak sepatutnya lebih kompleks daripada apa yang diperlukan untuk menjawab soalan kajian. Teori boleh terdiri daripada dua konsep dan saling hubungan antara mereka atau lima belas konsep dan saling hubungan antara mereka. Pemilihan teori adalah bergantung kepada skop kajian (Nik Azis, 2003). Terdapat banyak bentuk kajian atau penyelidikan seperti kajian tinjauan, eksperimen, kajian kes, kajian tindakan, kajian falsafah, kajian penilaian dan kajian sejarah. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

56



TOPIK 3 PEMBANGUNAN TEORI PENGURUSAN ISLAM

Dalam kajian eksperimen berlandaskan pendekatan kuantitatif (empirisisme dan reduksionisme), teori akan memandu penyelidikan dan penyelidikan pula menguji teori. Semasa menguji sesuatu teori, pengkaji mencari bukti empirikal untuk menyangkal teori tersebut dan bukan untuk mengesahkannya. Kebenaran sesuatu teori tidak boleh dibuktikan tetapi kepalsuan teori tersebut mungkin boleh dibuktikan melalui pemerhatian empirikal. Apabila suatu teori tidak disokong oleh sejumlah pemerhatian empirikal, teori tersebut akan diubahsuai sedikit atau diketepikan sepenuhnya. Dengan kata lain, teori boleh digunakan sehingga ia terbukti salah. Bagaimanapun, kadangkala teori yang didapati salah dalam beberapa kes tidak diketepikan dengan serta-merta sebab teori itu merupakan teori yang terbaik pada ketika itu atau teori tersebut dapat membekalkan idea yang berguna bagi menjalankan kajian baru yang mungkin dapat menghasilkan teori yang lebih baik. Perlu ditegaskan bahawa pengujian empirikal sesuatu teori bukan merupakan satu proses yang bersifat objektif sepenuhnya. Oleh itu, biasanya teori tidak dianggap salah secara menyeluruh. Pada umumnya, proses deduktif digunakan untuk menguji atau mengubahsuai teori sedia ada manakala proses induktif digunakan untuk menjana teori baru. Seterusnya, apabila suatu teori disokong oleh pemerhatian empirikal, keyakinan seseorang terhadap teori itu akan meningkat. Bagaimanapun, keadaan ini (iaitu tahap daya maju) tidak sekali-kali menunjukkan bahawa kebenaran teori tersebut telah terbukti. Pada hakikatnya, tidak ada cara untuk membuktikan kebenaran sesuatu teori. Terdapat dua alasan untuk perkara ini. (a)

Manusia tidak mempunyai masa yang cukup untuk menjalankan semua pengujian yang mungkin dan mereka tidak boleh mendakwa bahawa mereka mengetahui semua perkara yang boleh diketahui. Misalnya, walaupun sesuatu teori terselamat (tidak didapati salah) dalam seribu pengujian, ada kemungkinan teori itu akan gagal dalam pengujian kali ke seribu satu.

(b)

Sesuatu fenomena boleh ditafsirkan dengan menggunakan lebih daripada satu teori. lni kerana teori hanya merupakan satu naratif atau kisah yang menjelaskan fenomena tertentu dan kisah itu boleh diceritakan dalam pelbagai cara yang berbeza.

3.2.2

Analisis Teks

Dokumen analisis adalah ujian sistematik dokumen pembelajaran seperti sukatan, tugas, nota kuliah dan hasil penilaian tentu saja dalam rangka untuk mengenal pasti keperluan instruksional dan cabaran dan menggambarkan suatu kegiatan pembelajaran. Fokus analisis harus pemeriksaan kritis, daripada keterangan belaka, dari dokumen-dokumen. Analisis ini harus merangkumi soalan tentang tujuan instruksional dokumen, bagaimana anda dan pelajar Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 3 PEMBANGUNAN TEORI PENGURUSAN ISLAM 

57

menggunakannya dan bagaimana hal itu adalah (atau tidak) memberikan sumbangan untuk belajar. Analisis dokumen bekerja paling baik bila tujuannya adalah untuk mendapatkan maklumat tentang kegiatan pembelajaran atau pendekatan. Hal ini dapat membantu anda untuk mengenali pola yang mungkin anda lewatkan jika anda membuat satu kuliah, tugas atau kegiatan pada satu masa. Sebagai contoh, anda mungkin meninjau dokumen untuk menentukan sama ada anda menyajikan maklumat dengan menggunakan pelbagai mod yang sesuai dengan gaya belajar yang berbeza. Belajar mode termasuk aural (bercakap pendengaran), membaca, (nombor melihat, diagram, grafik, gambar) visual dan kinestetik (menggunakan gerakan dan penyertaan aktif). Sumber primer adalah bahan yang dihasilkan oleh orang atau kumpulan langsung terlibat dalam peristiwa atau topik yang sedang dipertimbangkan, baik sebagai peserta atau saksi. Ciri-ciri yang paling penting dari teks primer, dengan kata lain, adalah bahawa itu diciptakan pada masa peristiwa di bawah analisis dan bahawa hal itu tidak diinterpretasikan. Mesej Sekunder / Bukti / Sumber Teks sekunder adalah tafsiran dari teks primer. Sumber sekunder ialah artikel, buku, monograf akademik, filem, peta dan graf statistik. Ia dikira teks sekunder kerana penulis mereka menggunakan bukti primer dan tafsiran berasal dari mereka kemudian menerbitkan interpretasi.

3.2.3

Analisa Empirikal

Menurut The Collins International Dictionary, penyelidikan ialah suatu penyiasatan sistematik untuk memperolehi fakta atau maklumat tentang sesuatu perkara. Kamus Webster pula menyifatkan penyelidikan sebagai penyiasatan saintifik untuk membongkar fakta. Apakah yang dimaksudkan dengan penyiasatan saintifik?. Penyiasatan saintifik merupakan kaedah dan cara berfikir sistematik, terkawal dan empirikal yang bertujuan mengkaji hubung kaitan antara fenomena semulajadi yang boleh diperhatikan (Kerlinger, 1973). Tiga perkataan penting dalam definisi ini ialah sistematik, terkawal dan empirikal. Penyelidikan saintifik yang sistematik dan terkawal dapat menghasilkan penemuan atau dapatan yang lebih meyakinkan. Penyiasatan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

58



TOPIK 3 PEMBANGUNAN TEORI PENGURUSAN ISLAM

saintifik empirikal bermakna kajian yang dirancang boleh diuji di dalam atau di luar makmal dan terbuka untuk diteliti orang lain. Empirikal ialah kaedah yang digunakan melalui kajian dengan pengumpulan data. Kajian empirikal melibatkan pengumpulan data dan maklumat melalui temubual dan pengedaran borang soal selidik. Bukti empirikal dikumpul secara sistematik berasaskan maklumat yang sahih, tekal, telus dan boleh dipertahankan. Tanpa bukti empirikal, pertimbangan terhadap pencapaian objektif sesuatu itu dibuat berasaskan pendapat iaitu pertimbangan nilai bersifat subjektif, pincang dan rapuh.  

SEMAK KENDIRI 3.2 1.

Apakah yang anda faham mengenai analisa empirikal?

2.

Bezakan analisa empirikal dan analisa teks.

3.

Terangkan bagaimana penyelidikan primer dan sekunder boleh membantu anda mencapai matlamat penyelidikan.  

3.3

UBAH SUAI AMALAN KONVENSIONAL

Ubah suai amalan konvensional untuk mencari kaedah baru secara Islam adalah dibenarkan di dalam sistem pengurusan Islam. Ini adalah kerana yang dipentingkan di dalam Islam ialah menerima sesuatu yang baik dan bertepatan dengan kehendak syarak sama ada ianya berasal dari kaedah Islam atau yang diubahsuai dari amalan semasa pada waktu itu. Rasulullah s.a.w. menerima duit emas daripada Rom dan Parsi sebagai matawang kerajaan Islam Madinah semasa hayatnya kerana ia bertepatan dengan kehendak Islam yang matawang perlu diperbuat daripada emas. Masyarakat Arab Jahiliyyah pada ketika itu menggunakan dinar emas Heraclius Byzantine yang berasal daripada negeri Syam manakala dirham perak Sasaniyah pula dari Iraq. Tatkala itu mereka tidak mempunyai matawang tersendiri untuk melaksanakan urusniaga perniagaan dalam mahupun luar negara. Penggunaan kedua-dua matawang ini adalah bagi memudahkan urusniaga terutamanya pada masa yang melibatkan perdagangan utama di Syam pada musim panas manakala di Yaman pada musim sejuk. Namun demikian, keadaan mulai berubah apabila Nabi Muhammad s.a.w. dipilih sebagai Rasul, dinar dan dirham telah dinaiktaraf sebagai matawang rasmi urusniaga sektor ekonomi kerana terdapat keseragaman bagi tujuan memudahkan urusniaga. Ketika ini jugalah reka bentuk berunsur Islam mula menyusup dalam penempaan dinar serta Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 3 PEMBANGUNAN TEORI PENGURUSAN ISLAM 

59

dirham. Pada tahun 18H atau 20H, Saidina Omar r.a. telah menambah pada dirham Sasaniyah beberapa elemen dengan tulisan khat Kufi seperti Bismillah, Bismillah Rabbi dan Alhamdulillah serta sesetengahnya Muhammad Rasulullah yang ditempa pada keliling gambar Kisra. Beliau turut menetapkan piawaian bahawa 10 dirham bersamaan 7 dinar dan ini kekal digunapakai sehingga kini. Satu dinar mempunyai 91.6% atau 22 karat seberat 4.25 gram manakala dirham ialah syiling perak seberat 2.975 gram. Dalam rekaan ini ukiran pada permukaan matawang adalah rekabentuk Islam yang khusus tanpa wujud elemen Byzantine dan Parsi yang muncul pada tahun 76H hasil cetusan idea Khalifah Abd al-Malik bin Marwan pada zaman Bani Umaiyyah. Senario ini turut dimangkinkan oleh perselisihan faham yang berlaku di antara baginda dengan Raja Rom. Pada ketika itu Khalifah Abd al-Malik bin Marwan telah diktiraf oleh Ibn Jarir al-Tabari dan Ibn al-Athir sebagai perintis menempa dinar dan dirham dalam unsur-unsur Islam. Semasa Islam muncul di Mekah dan Madinah, sistem matawang yang digunakan pada waktu tersebut adalah sistem pertukaran barang dan sistem wang yang menggunakan emas dan perak. Walaupun tiada ditentukan mana-mana jenis matawang yang sah digunakan di negeri-negeri tersebut. Matawang daripada mana-mana negeri diterima pakai di kawasan tersebut asalkan diperbuat daripada emas atau perak. Pada masa tersebut terdapat dua kerajaan besar di kawasan tersebut iaitu kerajaan Rom (Bizantium) dan Parsi (Sasan). Keduaduanya telah mempunyai sistem matawang negara yang standard. Rasulullah s.a.w. menerima kedua-dua matawang tersebut tanpa ada sebarang perubahan. Amalan pertukaran pada waktu tersebut ditentukan berdasarkan berat matawang tersebut. Perubahan hanya berlaku bermula pada zaman khalifah Umar al-Khattab yang menggunakan berat wang emas (dinar) ialah 4.25 gram (mengikut timbangan sekarang) dan berat wang perak ialah 3 gram (mengikut timbangan sekarang) (Taqi al-Din Ahmad Ali al-Maqrizi, 1998: 652-653). Pemerintahan Islam selepas itu yang terdiri daripada pemerintahan sistem khalifah (KhulafaÊ al-Rasyidin: 632M-661M, ÊUmawiyyah: 661M-750M, ÊAbbasiyyah: 749M-1258M, ÊUthmaniyyah: 1324M-1691M) telah menggunakan logam emas dan perak sebagai matawang walaupun dengan melakukan pengubahsuaian iaitu menggunakan bentuk penepaan yang berbeza. Kedua-dua logam tersebut bersifat Êalami (global) dan mempunyai nilai benar dalam setiap tempat, keadaan dan masa (al-Maqrizi, 1998: 652-653; Mahmood M.Sanusi (2002:81). Kaedah pertukaran wang mengikut perspektif Islam (al-Sarf) dilihat berdasarkan pemahaman yang diambil daripada sumber hukum fiqh yang disepakati ulama dalam Madhhab Fiqh Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah iaitu al-Quran, al-Sunnah, Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

60



TOPIK 3 PEMBANGUNAN TEORI PENGURUSAN ISLAM

al-IjmaÊ dan al-Qiyas. Asas muamalat dan kaedah al-Sarf diambil daripada sumber hukum tersebut yang telah dibincangkan oleh ulama silam di dalam kitab-kitab Turath yang muktabar manakala perkara-perkara baru, hukum diambil daripada fatwa semasa dan pandangan tokoh ilmuan Islam dan ekonomi semasa yang banyak menjalankan kajian mengenai kes-kes kewangan Islam sama ada telah dibukukan atau hasil pembentangan kertas kerja di seminar hukum semasa atau seminar ekonomi dan kewangan Islam. Bagi perkara baru yang berlaku di dalam masyarakat, fatwa semasa oleh orang-orang yang berkelayakan adalah diperlukan bagi menyelesaikan masalah tersebut (Abd alKarim Zaydan, 1969). Rasulullah s.a.w. melarang pertukaran satu dinar emas dengan dua dinar emas atau satu dirham perak dengan dua dirham kerana wujud unsur riba yang diharamkan. Pertukaran yang bersamaan jenis mestilah tamathul pada kuantiti sebagaimana hadis Abu Said al-Khudri r.a. yang meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:„Jangan kamu menukar emas dengan emas kecuali

dengan sama bilangan dan jangan kamu menukar dengan bilangan yang lebih. Jangan kamu menukar perak dengan perak kecuali dengan sama bilangan dan jangan menukar dengan bilangan yang lebih. Jangan kamu menukar barangan yang ada dengan barangan yang tiada‰ (Ibn Hajar al-ÂAsqolani (2000), h. 479).

3.3.1

Panduan Mengubahsuai

Agama Islam datang daripada Allah s.w.t. Seluruh ajarannya bertujuan menjaga kebaikan hidup manusia sama ada di dunia ataupun di akhirat. Segala hukum dan peraturannya bertujuan menjaga kemaslahatan manusia. Maslahah boleh diertikan sebagai kemaslahatan atau kebaikan yang banyak. Maslahah di dalam perspektif Islam adalah maslahah yang meletakkan pertimbangan kepada kebaikan dunia dan akhirat secara serentak (Mustafa Zaid 1964 :19 ; Muhammad Said Ramadhan Al-Buti, 1982:25). Rajah 3.1 menerangkan lima langkah membuat pengubahsuaian.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 3 PEMBANGUNAN TEORI PENGURUSAN ISLAM 

61

Rajah 3.1: Langkah-langkah membuat pengubahsuaian

Langkah-langkah membuat pengubahsuaian dimulakan dengan proses membuat kajian secara terperinci sesuatu perkara yang asal untuk diubahsuai seperti produk simpanan dalam perbankan konvensional. Kemudian ia diikuti dengan membuat cadangan baru dengan rangka pengubahsuaian secara terperinci mengikut kehendak syariat Islam seperti produk al-Wadiah. Seterusnya rancangan pengubahsuaian mengikut acuan Islam perlu diperakukan oleh jawatankuasa penasihat syariah. Selepas itu barulah produk baru berteraskan Islam boleh dilaksanakan seperti produk simpanan al-Wadiah dalam perbankan Islam. Akhirnya untuk membuat penambahbaikan yang berterusan, proses semakan dan penambaikan yang berterusan perlu dilakukan dari masa ke semasa berdasarkan keperluan dan kesesuaian namun setiap perubahan perlu diluluskan oleh jawatankuasa penasihat syariah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

62



3.3.2

TOPIK 3 PEMBANGUNAN TEORI PENGURUSAN ISLAM

Contoh Pengubahsuaian

Antara  contoh  pengubahsuaian  yang  dilakukan  dalam  sistem  perbankan  Islam  ialah  produk  kredit  kad  bank  Islam.  Produk  tersebut  adalah  pengubahsuaian  kepada sistem kredit kad konvensional. Perubahan dibuat kepada sistem Bai al‐ Inah  bagi  had  kredit  yang  dibenarkan.  Had  kredit  tersebut  dikira  hutang  dan  akan  dibayar  secara  ansuran  iaitu  apabila  ia  digunakan.  Bank  mendahulukan  bayaran  bagi  setiap  pembelian  dan  pelanggan  dibenarkan  membuat  bayaran  balik  secara  tunai  atau  tertangguh.  Jika  bayaran  dibuat  secara  tertangguh  (hutang), bank berhak menuntut keuntungan secara prinsip Bai al‐Inah.    Begitu  juga  terhadap  produk‐produk  perbankan  Islam  yang  lain,  hampir  80  peratus  produk  pasaran  dalam  sistem  perbankan  Islam  adalah  merupakan  pengubahsuaian  daripada  sistem  konvensional  yang  akhirnya  diluluskan  oleh  jawatankuasa  penasihat  syariah  setiap  bank  dan  majlis  Penasihat  Syariah  Bank  Negara. 

3.3.3

Semakan dan Penambahbaikan

Proses semakan dan penambahbaikan hendaklah dijalankan secara berterusan kerana persekitaran sesuatu industri itu dan kehendak pelanggan sentiasa berubah. Apabila sesuatu produk baru hendak dicadangkan, proses semakan terhadap sistem atau produk sedia ada hendaklah dijalankan secara terperinci supaya setiap sudut sistem atau produk tersebut diketahui dengan sempurna. Kemudian dilakukan penyelidikan terhadap kekurangan atau kelemahan yang perlu diubah. Semakan menyeluruh hendaklah dilakukan dengan sempurna. Selepas dikenal pasti kelemahan atau kekurangan, proses penambahbaikan perlu dikaji secara mendalam supaya perubahan yang akan dilakukan itu mempunyai kebaikan yang bermakna. Tiada guna pembaharuan dilakukan jika tiada kebaikan diperolehi daripada apa yang diubah atau ditambah. Ini adalah kerana perubahan akan melibatkan kos. Jika perubahan itu bermakna maka kos yang dikeluarkan itu dianggap berbaloi dan akan memberi keuntungan di masa hadapan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 3 PEMBANGUNAN TEORI PENGURUSAN ISLAM 

63

SEMAK KENDIRI 3.3 1.

Sebutkan  jenis‐jenis  penyelidikan  yang  boleh  dijalankan  untuk mencapai sesuatu objektif penyelidikan.  

2.

Terangkan  perbezaaan  di  antara  analisis  dokumen  dan  analisis empirikal 

 



Dewasa ini, penekanan kepada saling hubungan antara teori dan penyelidikan dalam bidang kehidupan termasuk pengurusan Islam semakin meningkat.



Ramai pengkaji mula menyedari kepentingan kerangka teori dalam membimbing penyelidikan mereka. Bagaimanapun, adalah tidak munasabah untuk mengharapkan semua penyelidikan dalam pengurusan menggunakan teori tahap makro sebagai landasan kajian mereka.



Pada asasnya, teori tahap mikro yang berlandaskan sorotan kajian yang meluas dapat membekalkan panduan yang mencukupi bagi sebahagian penyelidikan dalam pengurusan.



Kerangka teori adalah penting bagi kedua-dua kajian kuantitatif dan kualitatif. Dengan menjelaskan kerangka teori secara eksplisit, pengkaji tidak lagi bekerja secara bersendirian, tetapi menjadi ahli kumpulan penyelidik yang menggunakan teori yang khusus seperti konstruktivisme radikal atau perspektif bersepadu sejagat sebagai landasan bagi kajian mereka.



Pembangunan teori pengurusan Islam boleh diambil daripada falsafah sumber-sumber utama hukum Islam dan sumber tambahan seperti yang telah dibincangkan dalam Topik 2 yang lalu di samping penelitian kepada amalan sahabat dan tokoh-tokoh ilmuan silam serta pemikiran manusia yang benar.



Dalam mencapai urusan kehidupan dunia, Islam memberi kebebasan kepada manusia supaya menggunakan akal fikiran yang Allah kurniakan bagi mencari kaedah dan cara-cara sendiri asalkan tidak melanggar hukum syarak dan prinsipnya boleh diambil daripada al-Quran dan hadis kerana dua sumber tersebut mempunyai banyak prinsip kehidupan.

 

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

64



TOPIK 3 PEMBANGUNAN TEORI PENGURUSAN ISLAM

  Ahli falsafah Islam   Amalan konvensional   Analisis dokumen   Analisis empirikal    Aristotle      

Ibnu Sina   Kerangka teori    Penambahbaikan   Pengubahsuaian  Teori dan konsep   

  Al-Buti, Muhammad SaÊid Ramadhan. (1980). Fiqh al-Sirah. cet. 8, Beirut: Dar al-Fikr. Ibn Hajar al-ÂAsqalani, Abu al-Fadhl Syihab al-Din Ahmad b. ÂAli B. Muhammad. (1991). Fath al-Bari Bi Syarh Sahih al-Bukhari, Beirut: Dar al-Fikr. ÂAbd al-Karim. (1969). al-Madkhal al- Islamiyyah. Bahgdad: MatbaÊah al-ÂAini

Zaydan,

li

al-Dirasah

al-Syariah

Ary, D., Jacobs, L.C., & Razavieh, A. (1996). Introduction to research in education (5th ed.) New York: Harcourt Brace. Burr, W. (1973). Theory construction and the sociology of the family. New York: Wiley. Garrison, R. (2000). Theoretical challenges for distance education in the 21st Century: A shift from structural to transactional issues.

International Review of Research in Open and Distance Learning, 1(1), June, 1-17. Kerlinger, F. N. (1973). Foundations of behavioral research (2nd ed.). New York: Holt, Rinehart and Winston. Klein, D. M., & White, J. M. (1996). Family theories: An introduction. Thousand Oaks, CA: Sage. Ramadhan Al-Buti. (1982). Dhawabit al-Syariah al-Islamiah. Beirut: Muassah Risalah.

Muhammad

Said

al-Maslahahfi

Mustafa Zaid. (1964). al-Maslahah fi al-TaysriÊ al-Islami wa Najm al-Din al-Tufi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 3 PEMBANGUNAN TEORI PENGURUSAN ISLAM 

65

Nik Azis, Nik Pa. (2003). Pendekatan konstruktivisme radikal dalam pendidikan matematik. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Taqi al-Din Ahmad Ali al-Maqrizi (1998). Kitab al- suluk li maÊrifah al duwat al-Muluk. jil2, Kaherah: Darul Kutub. Wahbah al-Zuhayli. (1986). Usul al-Fiqh al-Islamiy. juz 1, Damsyik: Dar al-Fikr. al-Maqrizi, Taqi al-Din Ahmad Ali. (1998). Kitab al-Suluk li maÊrifah al-Duwat al-Muluk. jil2, Kaherah: Darul Kutub.

 

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Topik  Perancangan

4

dalam Organisasi

HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1.

Menerangkan secara umum definisi perancangan dalam konteks ilmu dan pengurusan Islam;

2.

Menghuraikan konsep perancangan Allah dan para Nabi-nabi;

3.

Menerangkan proses perancangan dan jenis-jenis perancangan dalam organisasi;

4.

Menjelaskan ciri-ciri perancangan yang baik dalam organisasi.

 PENGENALAN Islam mempercayai manusia adalah makhluk yang mulia yang difitrahkan memiliki potensi untuk mendapat kejayaan dari segi intelek, jasmani dan rohani untuk mentadbir alam ini supaya ia selari dengan apa yang dikehendaki oleh penciptaNya. Islam telah berjaya membawa satu pandangan hidup yang cukup luas dan sentiasa relevan dengan kehendak masa, keadaan dan tempat namun Islam tidak pernah menolak pembaharuan tetapi perlu dijalankan dengan penuh amanah. Dalam membuat pembaharuan pengurusan, aspek perancangan amat penting. Ia kemudiannya diikuti dengan proses pengorganisasian, kepimpinan dan pengawalan. Dalam bidang pengurusan, merancang adalah fungsi pengurusan yang paling utama. Tanpa perancangan, fungsi-fungsi pengorganisasian, pengarahan dan kawalan tidak dapat dijalankan dengan sempurna. Pada asasnya perancangan ialah satu penentuan arah tujuan yang bakal dilakukan oleh sesebuah organisasi. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4 PERANCANGAN DALAM ORGANISASI 

67

Ini memerlukan penentuan tentang apa yang akan dibuat, siapa yang akan membuatnya dan bila masanya sesuatu kerja itu perlu disiapkan.

4.1

PERANCANGAN DAN KEJAYAAN

Islam adalah agama untuk berjaya dan memandu manusia ke arah kejayaan. Bagi mendapat kejayaan ia memerlukan perancangan yang jelas, teratur dan strategik. Berjaya adalah satu tuntutan dalam Islam, ini bertetapan dengan sabda Rasulullah s.a.w. yang membawa maksud:

„Orang yang beriman apabila membuat sesuatu perkara ia akan membuatnya dengan betul-betul, bersungguh-sungguh dan penuh tekun.‰ (HR Bukhari) Perancangan secara umumnya merujuk kepada proses menentukan objektif organisasi dan menentukan aktiviti di masa hadapan bagi memastikan objektif yang disasarkan tercapai. Untuk mencapai kejayaan ia perlu perancangan dari peringkat awal lagi supaya segala bentuk yang ingin dilaksanakan mengikut perancangan yang telah digariskan. Allah s.w.t. telah berfirman di dalam al-Quran yang membawa maksud:

„Wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu melihat apa yang siap untuk hari esok dan masa depan kamu.‰ Islam telah menerima perancangan sebagai satu unsur penting dalam kehidupan kerana perancangan merupakan salah satu cara untuk kita melihat masa depan. Merancang untuk kejayaan hidup adalah suatu tanggungjawab atau amanah daripada manusia kepada Allah s.w.t. Di dalam Islam, kehidupan dan segala sumbernya adalah amanah yang diberikan kepada manusia. Oleh itu semua sumber-sumber itu perlu dirancang secara pelbagai tanpa menyebabkan sebarang kemudaratan kepada organisasi dan persekitarannya. Prinsip ini juga bermaksud setiap individu bertanggungjawab menjalankan atau melaksanakan amanah itu dengan bersungguh-sungguh. Apatah lagi, konsep „Al-Falah‰ adalah konsep yang digalakkan dalam Islam untuk dituntut. Ini dapat dilihat daripada seruan azan yang mengajak manusia menuju kejayaan. Pekerja bertanggungjawab terhadap segala apa yang telah ditugaskan oleh pengurus mereka selagi arahan yang diberikan tidak bercanggah dengan syariat Islam. Dalam hal ini, Allah s.w.t telah memberi amaran kepada manusia yang suka melakukan kezaliman dan membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan, seperti yang disebut dalam Surah al-Ahzab (33:72).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

68



TOPIK 4 PERANCANGAN DALAM ORGANISASI

$yγn=uΗxquρ $pκ÷]ÏΒ z⎯ø)xô©r&uρ $pκs]ù=Ïϑøts† βr& š⎥÷⎫t/'r sù ÉΑ$t6Éfø9$#uρ ÇÚö‘F{$#uρ ÏN≡uθ≈uΚ¡¡9$# ’n?tã sπtΡ$tΒF{$# $oΨôÊttã $¯ΡÎ) ∩∠⊄∪ Zωθßγy_ $YΒθè=sß tβ%x. …çμ¯ΡÎ) ( ß⎯≈|¡ΡM}$# „Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan Yang ada padanya) sanggup memikulnya. (ingatlah) Sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara Yang tidak patut dikerjakan. Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah pula bermaksud: „Tunaikanlah amanah terhadap orang yang memberi amanah kepada kamu‰ (Riwayat Tarmizi). Setiap individu harus membuat perancangan dengan baik. Ia perlu bertanggungjawab di dunia dan di akhirat kerana mereka akan dipersoalkan di atas apa yang dipertanggungjawabkan. Allah s.w.t. menegah sama sekali berkhianat dalam menunaikan amanah. Firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Anfal (8:27) yang bermaksud:

∩⊄∠∪ tβθßϑn=÷ès? öΝçFΡr&uρ öΝä3ÏG≈oΨ≈tΒr& (#þθçΡθèƒrBuρ tΑθß™§9$#uρ ©!$# (#θçΡθèƒrB Ÿω (#θãΖtΒ#u™ z⎯ƒÏ%©!$# $pκš‰r'¯≈tƒ ‰Wahai orang-orang Yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).‰

4.1.1

Definsi Perancangan

Perancangan adalah satu unsur yang penting di dalam pengurusan. Organisasi yang berjaya selalunya mementingkan perancangan. Perancangan melibatkan masa depan organisasi. Tanpa sistem perancangan yang baik dan teratur pastinya masa depan organisasi tidak akan menentu dan akan mengalami masalah. Perancangan juga ialah kaedah-kaedah yang terperinci yang telah diaturkan terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu. Perancangan mengandungi aktiviti-aktiviti fizikal dan mental yang dibuat sebelum berlaku sesuatu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4 PERANCANGAN DALAM ORGANISASI 

69

Perancangan ialah proses menyatukan dan menjuruskan segala sumber organisasi secara optimum untuk mencapai matlamat organisasi. Dalam proses perancangan, pemimpin atau ketua hendaklah mengenal pasti matlamat yang ingin dicapai oleh organisasi tersebut serta menyusun sumber-sumber, langkahlangkah dan tindakan-tindakan yang hendak diambil untuk mencapai matlamat tersebut. Gary Dessler mendefinisikan perancangan sebagai kaedah-kaedah yang terperinci yang diatur terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu. Michael Scott pula mendefinisikan perancangan sebagai suatu proses analitikal yang merangkumi penilaian masa hadapan, pembentukan pelbagai alternatif tindakan untuk mencapai matlamat dan pemilihan daripada pelbagai alternatif. Koontz pula mengatakan perancangan adalah penentuan tentang apa yang hendak dibuat, bagaimana melaksanakannya dan siapa yang akan melaksanakannya (Jaafar Muhammad, 1999). Perancangan terdiri daripada aktiviti berikut:  

(a)

Menentukan apa, bila, siapa dan bagaimana hendak dibuat sesuatu.

(b)

Mengenal pasti objektif sesuatu dan menetapkan kaedah pencapaiannya keberkesanan yang paling baik melalui proses penetapan matlamat organisasi yang tepat.

(c)

Mengumpul serta menganalisis maklumat perancangan.

(d)

Mencari alternatif atau pilihan sesuatu objektif.

(e)

Menyediakan atau menghubung perancangan dengan keputusan yang dibuat.

Dari perspektif Islam, kepentingan perancangan dalam membangunkan organisasi di dalam kehidupan organisasi dapat dilihat dari firman Allah yang bermaksud:

„Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat).‰ Perancangan adalah penting kepada organisasi kerana sumber-sumber yang ada adalah terhad dan perkara yang ingin dicapai adalah sentiasa tinggi dan tiada had. Tanpa perancangan, sesuatu pekerjaan akan menjadi kucar-kacir dan tidak terurus, oleh itu pengurus atau ketua itu haruslah merancang terlebih dahulu sebelum mengambil sesuatu tindakan yang sewajarnya. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: „Perancangan adalah sebahagian dari kehidupan.‰ Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

70



TOPIK 4 PERANCANGAN DALAM ORGANISASI

Dari perspektif Islam, perancangan yang dibuat mesti tidak bercanggah dengan matlamat penubuhan organisasi serta tidak terkeluar dari landasan Islam. Perancangan juga perlu mengambil kira elemen-elemen persekitaran dalaman dan luaran. Allah s.w.t. telah memerintahkan manusia untuk bersedia di dalam menghadapi sesuatu perjalanan atau tindakan. Hal ini mengandungi pengertian bahawa sesuatu perbuatan atau tindakan itu haruslah dimulai dengan suatu perancangan yang konkrit, bagi menghindari kekeliruan yang merugikan. Perancangan juga merupakan satu proses berfikir, di mana Nabi Muhammad s.a.w. juga menyatakan bahawa berfikir itu adalah ibadah. Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud: „Tidakkah akal itu seperti suatu perancangan?‰ Jadi, sebelum pengurus melakukan sesuatu wajiblah difikirkan terlebih dahulu. Allah mengurniakan akal dan ilmu yang digunakan untuk melakukan sesuatu ikhtiar bagi menghindari kerugian atau kegagalan. Dari perspektif Islam juga objektif sesebuah organisasi juga tidak hanya memberi tumpuan kepada keuntungan yang maksimum semata-mata, namun Islam mementingkan hubungan antara manusia, seperti hubungan pengurus dengan pekerja, pembeli dengan penjual, organisasi dan masyarakat dan sebagainya. Oleh itu, Islam menyuruh pengurus mengambil pekerja yang berfikir tentang masa depan mereka kerana mereka ini akan membuat perancangan yang baik tentang apa yang akan dilakukan kelak. Organisasi memerlukan pekerja yang dapat melakukan kerja dengan baik dan tahu apa yang hendak mereka lakukan. Pekerja inilah yang dikatakan sebagai pekerja yang cemerlang.

SEMAK KENDIRI 4.1 Huraikan beberapa definsi perancangan yang anda ketahui dan bagaimana hubungannya dengan kejayaan sesebuah organisasi.

4.2

KONSEP PERANCANGAN ALLAH DAN PARA NABI-NABI

Hidup manusia di dunia memerlukan mereka berusaha untuk menyediakan keperluan-keperluan asasi yang penting bagi menjamin kelangsungan hidup mereka agar lebih sempurna. Firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Qasas (28:17) yang bermaksud:

„Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah s.w.t. kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu di dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah s.w.t. telah berbuat baik kepadamu dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi.‰ Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4 PERANCANGAN DALAM ORGANISASI 

71

Untuk itu adalah penting bagi manusia agar berusaha untuk mencari rezeki yang halal. Islam menekankan usaha yang bersungguh-sungguh dalam melaksanakan segala pekerjaan. Rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadith riwayat Baihaqi ada menyebut yang bermaksud:

„Sesungguhnya Allah s.w.t. menyukai apabila kamu melakukan sesuatu pekerjaan supaya dikerjakan dengan baik dan sempurna.‰ Usaha sambil lewa tidak akan mendatangkan sebarang perubahan. Firman Allah s.w.t. di dalam al-Quran dalam Surah al-RaÊd (13:11) yang bermaksud:

$tΒ çÉitóムŸω ©!$# χÎ) 3 «!$# ÌøΒr& ô⎯ÏΒ …çμtΡθÝàxøts† ⎯ÏμÏù=yz ô⎯ÏΒuρ Ïμ÷ƒy‰tƒ È⎦÷⎫t/ .⎯ÏiΒ ×M≈t7Ée)yèãΒ …çμs9 ⎯ÏiΒ Οßγs9 $tΒuρ 4 …çμs9 ¨ŠttΒ Ÿξsù #[™þθß™ 5Θöθs)Î/ ª!$# yŠ#u‘r& !#sŒÎ)uρ 3 öΝÍκŦàΡr'Î/ $tΒ (#ρçÉitóム4©®Lym BΘöθs)Î/ ∩⊇⊇∪ @Α#uρ ⎯ÏΒ ⎯ÏμÏΡρߊ ‰Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadanya.‰ Oleh itu, Islam menuntut agar para pekerja berusaha untuk berjaya. Islam telah menyediakan beberapa garis panduan ketika bekerja antaranya adalah menggalakkan sikap mujahadah. Sikap ini menekankan kepada nekad individu terutamanya pekerja dalam melaksanakan kerjayanya sehingga ia dapat menembusi segala halangan. Allah s.w.t. berfirman dalam Surah al-Ankabut (29:69) yang bermaksud:

∩∉®∪ t⎦⎫ÏΖÅ¡ósßϑø9$# yìyϑs9 ©!$# ¨βÎ)uρ 4 $uΖn=ç7ß™ öΝåκ¨]tƒÏ‰öκs]s9 $uΖŠÏù (#ρ߉yγ≈y_ z⎯ƒÏ%©!$#uρ Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan);

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

72



TOPIK 4 PERANCANGAN DALAM ORGANISASI

dan sesungguhnya (Pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya. Rasulullah s.a.w. juga ada menyebut di dalam riwayat al-Faqih dan sabdanya dari Ayyub yang menyebut bahawa Sabillillah (menegakkan agama Allah s.w.t) itu bukan hanya perang sahaja tetapi turut melibatkan orang yang memberi nafkah kepada anak isteri dengan jalan yang halal. Oleh itu adalah penting pekerja itu berusaha dengan lebih gigih lagi dalam membangunkan kerjaya bagi memenuhi keperluan keluarga mereka. Konsep perancangan bukan sahaja difikirkan oleh manusia. Jika diteliti kepada ajaran agama Islam, konsep tersebut telah dilakukan oleh Allah s.w.t. dan kehidupan para nabi dan rasul. Di bahagian ini, kita akan mempelajari tentang konsep perancangan Allah dan para nabi-nabi.

4.2.1

Perancangan oleh Allah

Allah  menyuruh  kita  merancang  dalam  melaksanakan  sesuatu.  Manusia  perlu  yakin  bahawa  Allah  juga  membuat  perancangan  dan  manusia  hendaklah  melakukan perancangan dan aktiviti yang selari dengan kehendak Allah kerana  apabila berlaku pertembungan dengan perancangan manusia maka perancangan  Allah lebih berjaya.    Konsep  kehidupan  akhirat  adalah  salah  satu  bentuk  arahan  mengenai  perancangan  yang  dinyatakan  secara  simbolik  oleh  Allah  kerana  umat  Islam  mengakui  adanya  hari  akhirat  sudah  pasti  mereka  merancang  dengan  baik  apa  yang perlu mereka lakukan di dunia ini bagi mencapai kehidupan yang baik di  akhirat nanti.    Setiap  manusia  itu  apabila  dilahirkan  sahaja  di  dunia  ini  ia  telah  ditetapkan  rezekinya, jodohnya dan tarikh matinya.    Kenyataan  di  atas  menunjukkan  Allah  telah  mempunyai  perancangan  kepada  manusia  apabila  dilahirkan  cuma  manusia  hanya  perlu  berusaha  sementara  ketentuan berada di tangan Allah. 

4.2.2

Perancangan oleh Para Anbiya’ dan Nabi Muhammad s.a.w.

Marilah kita sama-sama menyingkap kembali sirah Rasulullah s.a.w. sendiri pun membuat perancangan dalam menyebarkan dakwah Islamiah. Di antara kisah yang boleh dipetik bagi membuktikan bahawa setiap perkara yang dilakukan Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4 PERANCANGAN DALAM ORGANISASI 

73

haruslah didahului dengan perancangan antaranya ialah peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w. dan seruan masuk Islam selepas penghijrahan baginda dari Makkah ke Madinah. Peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w. pada tahun 662 Masihi menjadi satu lambang dan kemuncak semangat pengorbanan yang tinggi demi agama. Rasulullah s.a.w. telah membuat perancangan yang rapi untuk membolehkan hijrah tersebut berjaya. Dalam kisah tersebut, pihak kaum musyrikin yang diketuai oleh Suraqah bin Malik dapat mengesan tempat persembunyian baginda dan cuba membunuh baginda, namun begitu tindakan mereka menghalang hijrah baginda gagal kerana Allah s.w.t. juga membuat perancangan yang lebih baik. Kegagalan kaum musyrikin itu adalah ditakdirkan oleh Allah. Pengajaran daripada hijrah Nabi Muhammad s.a.w. ialah walaupun perancangan tersebut telah dilaksanakan namun ketentuannya bergantung datang dari Allah. Kita sebagai manusia perlu merancang dan melaksanakan dengan perancangan yang teratur dan seterusnya bertawakal kepadaNya supaya perancangan yang dilaksanakan itu mendapat kejayaan. Islam amat menggalakkan umatnya sentiasa berfikir terlebih dahulu apa yang akan dilakukan pada masa hadapan termasuk membuat perancangan yang rapi dan tersusun. Rasulullah s.a.w. sendiri merancangkan sesuatu aktiviti atau tindakan yang akan diambil untuk memastikan segala perancangan mampu membuahkan hasil yang dikehendaki. Jika kita melihat kepada hijrah baginda, baginda telah membuat perancangan yang strategik dan di dalam kisah-kisah peperangan seperti peperangan Badar, Uhud dan lain-lain. Antara contoh perancangan yang pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. ialah: (a)

Era Mekah Pada era Mekah, penekanan usaha dakwah lebih ditumpukan kepada pengukuhan ajaran Islam dan menyeru manusia supaya menyembah dan mentauhidkan Allah s.w.t. Dua strategik dipraktikkan iaitu secara sulit dan terang-terangan. Nabi merancang langkah sedemikian dengan mengambil kira kedudukan, keupayaan, bentuk tentangan yang amat keras dari golongan Quraish dan suasana ketika itu. Apabila kedudukan Islam difikirkan telah stabil dan kuat, barulah Nabi mengambil langkah berdakwah secara terang-terangan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

74



(b)

Era Madinah Program al-Muakha merupakan rancangan pertama yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. untuk menjamin perpaduan antara dua kumpulan yang berbeza kerana menyedari matlamat lebih mudah dicapai sekiranya wujud perpaduan di kalangan mereka.

TOPIK 4 PERANCANGAN DALAM ORGANISASI

Mendirikan masjid ă Nabi juga merancang membina masjid sebagai langkah untuk menyatukan umat Islam atas dasar Islam dan bukan atas semangat perkauman yang sangat menebal ketika itu. Selain itu, jangkaan Nabi, Islam lebih mudah dikembangkan melalui institusi masjid. Nabi juga merancang untuk menjadikan masjid sebagai nadi untuk menggerak setiap aktiviti yang dirancang. Menggubal Piagam Madinah ă Nabi juga mengambil langkah untuk mengukuhkan Islam dengan memperkenalkan Piagam Madinah iaitu perlembagaan Negara Islam yang pertama. Ia mengandungi pelbagai aspek dasar untuk menubuhkan sebuah negara Islam Madinah. Dari perspektif Islam, aktiviti yang ingin dilaksanakan merupakan suatu amanah dan tanggungjawab yang besar diberikan oleh organisasi bagi dilaksanakan sebaik mungkin untuk mengelak dari berlaku kesilapan atau kekurangan dalam menjalankan tugas tersebut, ia memberi kesan yang besar kepada organisasi, ia biasanya dilaksanakan oleh bahagian sumber manusia.

AKTIVITI 4.1 Huraikan bentuk-bentuk perancangan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dalam kisah hijrah Nabi dari Mekah ke Madinah dan seterusnya corak pemerintahan Rasulullah di Madinah.

4.3

JENIS-JENIS PERANCANGAN

Menurut Jaafar Muhamad (1999), perancangan boleh dikelaskan kepada beberapa jenis. Ini dilakukan dengan berbagai cara, iaitu: (a)

Perancangan dikelaskan mengikut jangka masa yang diliputi oleh sesuatu perancangan seperti perancangan jangka panjang ialah untuk lima tahun ke atas dan perancangan jangka pendek meliputi jangka masa tidak melebihi setahun.

(b)

Perancangan juga boleh dikelaskan mengikut skop iaitu sama ada perancangan itu menyeluruh untuk keseluruhan organisasi atau sesuatu Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4 PERANCANGAN DALAM ORGANISASI 

75

bahagian (perancangan bahagian pemasaran) atau unit dalam organisasi sahaja (perancangan unit kawalan kualiti). (c)

Perancangan dikelaskan mengikut peringkat pengurusan dalam organisasi seperti perancangan peringkat pengurusan tertinggi yang akan memberi tumpuan kepada perancangan strategik, perancangan pengurusan peringkat pertengahan (perancangan operasi) atau bawahan (perancangan harian, mingguan dan bulanan).

Di dalam pengurusan organisasi moden sekarang ini, terdapat beberapa jenis perancangan diadakan bagi melancarkan proses operasi aktiviti organisasi. Di bahagian ini, kita akan mengenal pasti beberapa jenis pelan perancangan. Terdapat tiga jenis perancangan iaitu: (a)

Perancangan strategik;

(b)

Perancangan taktikal;

(c)

Perancangan operasi; dan

(d)

Perancangan kontigensi.

4.3.1

Perancangan Strategik

Perancangan strategik ialah suatu perancangan jangka panjang yang komprehensif yang dibuat dengan teliti bagi tujuan mencapai matlamat organisasi. Perancangan strategik bermaksud proses mengenal pasti objektif organisasi sebagai reaksi kepada peluang dan ancaman dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti dan menggunakan sumber-sumber bagi mencapai objektif yang digariskan. Pengurusan strategik adalah bidang yang berkaitan dengan inisiatif yang diambil oleh pengurus yang melibatkan penggunaan sumber daya untuk meningkatkan prestasi syarikat dalam persekitaran luaran mereka. Ini memerlukan penetapan misi organisasi, visi dan tujuan, dasar dan rancangan pembangunan yang direka untuk mencapai tujuan tersebut. Hal ini biasanya kita boleh lihat dalam projek-projek dan program yang memperuntukkan sumber untuk melaksanakan dasar dan rancangan tersebut. Pengurusan strategik selalunya dimulakan terlebih dahulu untuk sesebuah organisasi supaya dapat mencapai matlamat yang ditetapkan dengan sempurna. Sesuatu proses strategik apabila ia melibatkan pilihan tindakan yang terbaik untuk respon kepada persekitaran yang dinamik. Pengurusan strategik proses formulasi perancangan strategik dan pelaksanaan perancangan tersebut. Ia melibatkan pemilihan strategik dan implementasi strategik. Pengurusan Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

76



TOPIK 4 PERANCANGAN DALAM ORGANISASI

strategik meliputi tidak hanya pasukan pengurusan sahaja tetapi meliputi juga pengarah dan pihak yang berkepentingan (stakeholder) lain dalam organisasi. Dari perspektif Islam, semua aktiviti organisasi sama ada jangka masa panjang atau pendek mestilah dirancang terlebih dahulu supaya mudah mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Dalam membuat perancangan yang bijak seharusnya berasaskan keilmuan dan kepakaran yang tinggi. Firman Allah Taala dalam Surah al-Nahl (16:43) yang bermaksud:

Ÿω óΟçGΨä. βÎ) Ìø.Ïe%!$# Ÿ≅÷δr& (#þθè=t↔ó¡sù 4 öΝÍκös9Î) û©ÇrθœΡ Zω%y`Í‘ ωÎ) y7Î=ö6s% ∅ÏΒ $uΖù=y™ö‘r& !$tΒuρ ∩⊆⊂∪ tβθçΗs>÷ès? „Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (Wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, Yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu (Wahai golongan musyrik) kepada orangorang yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui.‰ Imam Ibn Kathir mentafsirkan dalam ayat di atas bahawa Allah berfirman, „Dan

kami tidak mengutuskan sebelum kamu melainkan orang-orang lelaki yang kami beri wahyu kepadanya Rasul, maka jika kamu tidak mengetahui tanyalah kepada orang-orang yang mengetahui, iaitu ahli-ahli kitab.‰ Dan dalam tafsir Munir ( ‫ ) التفسير المنير‬telah menyatakan bahawa tanyakanlah kepada ahl al-dhikr merujuk kepada ahli ilmu dan ahli kitab yang lepas. Maka daripada ayat ini dapatlah dikaitkan bahawa dalam sesebuah perancangan memerlukan kepakaran yang tinggi dan relevan. Al-Quran menyebut orangorang yang berkepakaran itu sebagai ahl al-dhikr yang perlu dirujuk sebagaimana yang diperintahkan dalam ayat di atas. Kesediaan mendengar pelbagai pandangan dan seterusnya membuat pilihan yang terbaik sebagaimana yang dianjurkan oleh al-Quran. Firman Allah Taala dalam Surah al-Zumar (39:18) yang bermaksud:

öΝèδ y7Íׯ≈s9'ρé&uρ ( ª!$# ãΝßγ1y‰yδ t⎦⎪Ï%©!$# y7Íׯ≈s9'ρé& 4 ÿ…çμuΖ|¡ômr& tβθãèÎ6−Fu‹sù tΑöθs)ø9$# tβθãèÏϑtFó¡o„ t⎦⎪Ï%©!$# ∩⊇∇∪ É=≈t7ø9F{$# (#θä9'ρé&

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4 PERANCANGAN DALAM ORGANISASI 

77

„Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan Yang sebaik-baiknya (pada segi hukum ugama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna.‰ Menurut tafsiran Ibn Kathir menyatakan tentang Allah memberi berita gembira kepada hamba-hambanya yang apabila mendengar perkataan dan ucapan, mereka memilihkannya lalu mengikuti dan menerima apa yang paling baik dan paling benar. Orang-orang yang demikian itu yang termasuk dalam golongan ahli fikir dan yang mempunyai akal yang sempurna. Ayat ini diturunkan kepada orang-orang yang meninggalkan dari menyembah berhala dan kembali kepada jalan yang benar yakni beriman kepada Allah. Dan menurut tafsiran dari tafsir Munir menerangkan bahawasanya Allah menjanjikan balasan syurga ke atas golongan ini iaitu golongan yang bersedia mendengar perkataan yang benar daripada kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w. dan mereka adalah golongan yang diberi hidayah oleh Allah.

SEMAK KENDIRI 4.2 Apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan strategik serta hubungannya dengan kejayaan sesebuah oganisasi?  

4.3.2

Perancangan Taktikal

Perancangan taktikal selalunya dibuat oleh pengurus peringkat pertengahan. Mereka membuat perancangan berpandukan perancangan strategik yang dibuat oleh pihak atasan. Perancangan ini dibuat bagi memastikan perancangan strategik organisasi dapat dicapai.

4.3.3

Perancangan Operasi

Sebuah perancangan operasi adalah sebahagian daripada rancangan kerja strategik. Ia memperincikan lagi perancangan strategik organisasi. Ia boleh menjelaskan bagaimana rancangan strategik ini akan dimasukkan ke dalam operasi selama tempoh operasi diberikan. Rancangan operasi harus menetapkan aktiviti dan anggaran untuk setiap bahagian organisasi untuk satu hingga tiga tahun. Ia akan menyambungkan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

78



TOPIK 4 PERANCANGAN DALAM ORGANISASI

rancangan strategik dengan aktiviti organisasi dari segi pelaksanaan. Rancangan operasi selalunya dibuat oleh pekerja di peringkat pelaksanaan. Dari perspektif Islam, perancangan memang amat digalakkan dalam setiap perbuatan. Firman Allah s.w.t. di dalam Surah al-Anfal (8:60) yang bermaksud:

«!$# ¨ρ߉tã ⎯ÏμÎ/ šχθç7Ïδöè? È≅ø‹y⇐ø9$# ÅÞ$t/Íh‘ ∅ÏΒuρ ;ο§θè% ⎯ÏiΒ ΟçF÷èsÜtGó™$# $¨Β Νßγs9 (#ρ‘‰Ïãr&uρ &™ó©x« ⎯ÏΒ (#θà)ÏΖè? $tΒuρ 4 öΝßγßϑn=÷ètƒ ª!$# ãΝßγtΡθßϑn=÷ès? Ÿω óΟÎγÏΡρߊ ⎯ÏΒ t⎦⎪Ìyz#u™uρ öΝà2¨ρ߉tãuρ ∩∉⊃∪ šχθßϑn=ôàè? Ÿω óΟçFΡr&uρ öΝä3ö‹s9Î) ¤∃uθム«!$# È≅‹Î6y™ †Îû „Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.‰ Menurut Tafsir Ibn Kathir (‫)ابن كثير‬, Allah menyuruh hambanya yang beriman supaya selalu bersiap sedia dan berwaspada dalam apa jua jenis kekuatan. Selalu bersiap sedia di sini bermaksud kita hendaklah sentiasa mempersiapkan diri dengan pelbagai kelengkapan kekuatan yang dapat menimbulkan rasa takut di kalangan musuh Allah seperti perlengkapkan senjata dan kenderaan supaya orang kafir tidak memandang ringan terhadap orang Mukmin kerana Allah mewajibkan orang Mukmin jika dihina dan dipersendakan agama maka wajib membela dan mempertahankan agama walaupun nyawa terkorban. Ayat ini disokong dengan sebuah hadith daripada Uqbah Ibn Amir r.a. berkata, saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, ketika di atas mimbar:

‰Siap sedialah untuk menghadapi musuh dengan segala kekuatan yang dapat kamu sediakan, ingatlah sesungguhnya kekuatan itu ialah memanah‰ (Riwayat Ahmad, Muslim, Ibn Majah, Abu Daud) Oleh itu dapatlah dinyatakan bahawa ayat-ayat tersebut secara jelas menyeru kepada merancang dan melaksanakan perancangan. Umat Islam juga diseru supaya bersiap-sedia dengan segala kemampuan yang ada untuk berhadapan dengan perkara-perkara yang mungkin akan terjadi ke atas mereka. Persiapan tersebut meliputi banyak aspek seperti menyediakan pemuda-pemudi yang sihat dan mempunyai kelengkapan persenjataan yang hebat, bersesuaian dengan Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4 PERANCANGAN DALAM ORGANISASI 

79

sesuatu zaman untuk berhadapan dengan musuh-musuh Islam. Dalam erti kata lain, gerak kerja merancang dan melaksanakan perancangan merupakan perkara yang sudah wujud dalam syariat yang agung ini sejak ianya mula-mula diturunkan lagi dan ianya tidak khusus kepada peperangan sahaja. Perancangan adalah merupakan usaha-usaha yang dilakukan dan yang diambil dengan mengenal pasti matlamat yang hendak dicapai dan kemudiannya menetapkan cara untuk mencapai matlamat tersebut dengan mengambil kira keupayaan dan kemampuan yang dimiliki. Perancangan akan melibatkan proses membuat keputusan untuk masa depan.

SEMAK KENDIRI 4.3 Bagaimanakah rancangan taktikal dan operasi memainkan peranan dalam kejayaan organisasi?  

4.3.4

Perancangan Kontingensi

Sebuah rancangan kontingensi adalah rancangan yang dibuat untuk menangani situasi-situasi atau dalam bahasa yang lebih mudah ialah rancangan kecemasan. Rancangan kontingensi sering dibuat oleh kerajaan atau perniagaan yang ingin bersiap menghadapi keadaan luar jangka yang terjadi. Perniagaan dan rancangan kerajaan kecemasan perlu menyediakan perancangan kontingensi untuk mendapatkan sokongan semua pihak yang berkepentingan dengannya iaitu stakeholder. Perancangan kontingensi mempunyai hubungan yang erat dengan kedua-dua jenis perancangan yang dihuraikan tadi iaitu perancangan operasi dan perancangan strategik seperti yang dijelaskan dalam Rajah 4.1. Perancangan perlu dimulakan dengan perancangan strategik, kemudian diikuti dengan perancangan operasi seterusnya diakhiri dengan perancangan kontingensi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

80



TOPIK 4 PERANCANGAN DALAM ORGANISASI

Rajah 4.1: Hubungan antara perancangan strategik, taktikal dan operasi

Perancangan strategik bermula dengan penyediaan dokumen lengkap ke mana organisasi akan tuju dan bagaimana organisasi yang boleh mencapai kejayaan. Ia dibuat hasil daripada proses menilai keadaan semasa bagi menentukan strategi untuk mencapai misi dan visi organisasi. Ia selalunya dibuat oleh pihak perancangan peringkat tertinggi dan ia bersifat jangka panjang serta menyeluruh. Perancangan operasi adalah program yang dibuat bagi memastikan pelan strategik dilaksanakan. Ia adalah perancangan yang dibuat oleh pihak pengurusan peringkat pertengahan. Selalunya ia bersifat jangka pendek dalam skop yang lebih khusus bagi setiap bahagian atau unit. Perancangan taktikal selalunya dibuat oleh pengurus-pengurus peringkat pertengahan. Mereka membuat perancangan berpandukan perancangan strategik yang dibuat buat oleh pihak atasan. Perancangan ini dibuat bagi memastikan perancangan strategik organisasi dapat dicapai. Perancangan kontingensi pula adalah perancangan luar jangka yang akan digunakan jika perancangan tidak dapat dilaksanakan akibat perubahan persekitaran organisasi. Ia digunakan bagi memastikan pelan operasi dilaksanakan dengan baik bagi mencapai matlamat organisasi biarpun telah berlaku beberapa perubahan daripada perancangan asal. Ia juga adalah perancangan pelaksanaan yang bercorak semasa bagi menyelesaikan masalah yang timbul daripada pelaksanaan yang dilakukan. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4 PERANCANGAN DALAM ORGANISASI 

81

AKTIVITI 4.2 Bincangkan kenapa perancangan kontingensi menjadi senjata penting kepada organisasi jika sesuatu keadaan luar jangka berlaku.

4.4

PROSES PERANCANGAN STRATEGIK ORGANISASI

Setelah dibincangkan bahawa terdapat beberapa perancangan iaitu strategik, taktikal, operasi dan kontingensi. Persoalan yang mungkin timbul pula ialah bagaimanakah pula proses pelaksanaannya. Kita akan huraikan lebih lanjut mengenai perincian bagaimana proses setiap perancangan dilakukan.

4.4.1

Unsur-unsur Perancangan Strategik

Perancangan  merupakan  satu  proses  yang  melibatkan  individu  di  mana  ia  merangkumi  aktiviti  yang  boleh  meningkatkan  pembangunan  dan  peluang‐ peluang  dalam  usaha  mencapai  kejayaan.  Bagi  setiap  Muslim,  dalam  mengejar  keredaan,  ia  perlu  disertakan  dengan  niat  yang  ikhlas  bagi  mencapai  kejayaan.  Niat adalah awal bagi perbuatan manusia yang menggambarkan perbuatan yang  akan  dilaksanakan  dan  keinginan  untuk  mencapai  hasil  yang  positif  dan  konstruktif. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:    

„Bahawasanya semua pekerjaan itu dimulakan dengan niat dan bahawasanya pekerjaan seseorang itu bergantung kepada niatnya‰.   Proses perancangan biasanya melibatkan beberapa perkara utama antaranya:  (a)

Mengenal Pasti Matlamat Dalam membuat perancangan, matlamat yang dikehendaki mestilah jelas sama ada matlamat yang perlu dicapai bagi jangka panjang atau matlamat bagi jangka pendek. Matlamat yang jelas perlu merangkumi serampang dua mata iaitu kejayaan dunia dan akhirat.

(b)

Menilai Keupayaan Sumber Keupayaan sumber juga perlu diambil kira dengan membuat analisa dari sudut kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran. Semua ini penting untuk menentukan sama ada matlamat itu boleh dan boleh dicapai atau sebaliknya. Selain itu, perlu difikirkan cara terbaik yang boleh dilakukan untuk menggembelingkan segala keupayaan yang ada untuk Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

82



TOPIK 4 PERANCANGAN DALAM ORGANISASI

meningkatkan produktiviti dan ia juga perlu diambil kira peluang yang disediakan oleh pihak kerajaan. (c)

Membuat Jangkaan atau Ramalan Keupayaan untuk membuat jangkaan, andaian atau ramalan juga penting dalam menyediakan strategi tertentu dalam memastikan matalamat tercapai. Oleh itu, perlu juga dilakukan pelbagai kajian dari pelbagai sudut seperti jangkaan pertumbuhan ekonomi, kadar inflasi, harga sumber, pilihan gantian sumber dan sebagainya.

(d)

Memperkenalkan Pelan Tindakan Akhir sekali disediakan pelan tindakan yang difikirkan sesuai diambil untuk menjayakan setiap misi yang disasarkan. Pelan ini perlu meliputi perancangan utama dan langkah susulan perlu diambil sekiranya pelan utama menghadapi kegagalan atau menghadapi sesuatu di luar jangkaan.

4.4.2

Proses Perancangan

Sebelum  pihak  pengurusan  memulakan  aktiviti  organisasi,  perancangan  hendaklah  dibuat  terlebih  dahulu.  Terdapat  tiga  peringkat  utama  di  dalam  proses  menyediakan  perancangan.  Peringkat‐peringkat  tersebut  seperti  dalam  Rajah 4.2. 

Rajah 4.2: Tiga peringkat dalam proses perancangan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4 PERANCANGAN DALAM ORGANISASI 

(a)

83

Menentukan Objektif Menentukan objektif ialah langkah pertama dan terpenting dalam pembentukan sesuatu perancangan. Objektif menentukan apa yang harus dilakukan. Ia merupakan sasaran yang akan dituju oleh sesebuah organisasi. Objektif organisasi mestilah bersifat realistik dan mencabar, sekiranya tidak berpotensi pekerja tidak akan dapat digunakan sepenuhnya. Biasanya seseorang pengurus mempunyai dua bentuk objektif iaitu objektif formal dan objektif tidak formal. Objektif formal ialah objektif yang dinyatakan dengan jelas dalam bentuk hitam putih serta disampaikan kepada seluruh ahli di dalam organisasi. Objektif tidak formal pula tidak tercatat malahan ia hanya merupakan sampingan kepada objektif yang formal.

(b)

Membentuk Dasar dan Strategi Peringkat kedua di dalam perancangan ialah membentuk dasar dan strategi. Dasar merupakan satu garis panduan yang umum untuk sesuatu organisasi. Untuk mencapai sesuatu objektif beberapa dasar mungkin dibentuk. Dasar adalah lebih terperinci daripada objektif. Dasar merupakan sesuatu peraturan asas untuk menjalankan sesuatu tindakan. Sebagaimana yang dinyatakan, strategi ialah suatu perancangan jangka panjang yang komprehensif yang dibuat dengan teliti bagi tujuan mencapai beberapa matlamat. Untuk mencapai sesuatu matlamat, seseorang pengurus terlebih dahulu mengatur suatu perancangan jangka panjang iaitu strategi. Strategi merupakan suatu senjata yang paling utama dalam sebarang operasi. Alfred D. Chandler mendefinisikan strategi sebagai mengatur langkah dan peruntukan sumber-sumber pengeluaran yang perlu bagi mencapai matlamat yang telah ditentukan. Ini jelas menunjukkan bahawa strategi merupakan suatu perancangan tindakan untuk mencapai satu matlamat yang telah ditentukan dengan menggunakan punca-punca matlamat yang telah ditentukan dengan menggunakan sumber-sumber pengeluaran yang ada dengan cara yang paling cekap.

(c)

Perancangan Jangka Panjang Perancangan jangka panjang bermula dengan pemahaman yang mendalam tentang segala operasi yang dijalankan oleh sesebuah organisasi pada masa sekarang. Ini meliputi keluaran-keluaran yang dikeluarkan dan bahagianbahagian keuntungan yang diperolehi dan segala yang berkaitan dengan organisasi. Analisis operasi boleh dijalankan secara berkesan dengan meneliti prestasi syarikat pada masa lalu. Perancangan lima tahun yang akan datang biasanya adalah berasaskan kepada pengendalian dan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

84

TOPIK 4 PERANCANGAN DALAM ORGANISASI



perancangan yang ada sekarang untuk membaiki pengendalian pada masa hadapan.

SEMAK KENDIRI 4.4 1.

Apakah proses-proses yang membantu dalam perancangan strategik dan perancangan taktikal?

2.

Apakah peringkat-peringkat perancangan yang perlu ada dalam pengurusan?

4.4.3

Ciri-ciri Perancangan yang Baik

Di antara ciri-ciri perancangan yang baik ialah: (a)

Luwes (Fleksibel) Ciri ini penting terutamanya di dalam perancangan jangka panjang yang objektif dan strategiknya boleh diubah untuk disesuaikan dengan keadaan masa dan peluang baru yang mungkin wujud dari masa ke semasa.

(b)

Keberkesanan Kos Kos menyedia dan melaksanakan sesuatu perancangan itu seharusnya tidak melebihi faedah yang boleh diperolehi daripada penggunaan perancangan itu sendiri.

(c)

Rasional Sesuatu perancangan yang baik seharusnya bersifat rasional dari segi objektif dan pelaksanaan.

(d)

Ketepatan Tiap-tiap penyataan dalam perancangan perlulah jelas dan tepat tentang apa yang hendak dibuat, bila akan dibuat, di mana dan bagaimana akan dibuat serta siapa yang akan melakukannya.

(e)

Keformalan Perancangan seharusnya disediakan dengan format yang tertentu dan diselaras supaya ia boleh diikuti dan difahami oleh semua pihak yaang bertanggungjawab di dalam pelaksanaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4 PERANCANGAN DALAM ORGANISASI 

85

(f)

Kerahsiaan Sesuatu perancangan seharusnya hanya diketahui oleh pihak-pihak yang patut mengetahuinya dan tidak semua orang perlu tahu jika tiada keperluan.

(g)

Jangka Waktu Sesuatu perancangan yang dibuat perlulah dinyatakan jangka masa tertentu yang ingin dicapai. Jika jangka waktu tidak dinyatakan, maka ia tidak akan berlaku dengan berkesan.

(h)

Relevan (Sesuai) Sesuatu perancangan perlu mengandungi objektif-objektif dan cara pelaksanaan yang sesuai.

(i)

Menyeluruh Sesuatu perancangan harus bersifat komprehensif. Ia mestilah meliputi semua fungsi dan peringkat di dalam sesebuah organisasi.

SEMAK KENDIRI 4.5 Apakah ciri-ciri perancangan yang baik?



Perancangan ialah satu penentuan arah tujuan yang bakal dilakukan oleh sesebuah organisasi. Ini memerlukan penentuan tentang apa yang akan dibuat, siapa yang akan membuatnya dan bila masanya sesuatu kerja itu perlu disiapkan.



Islam telah menerima perancangan sebagai satu unsur penting dalam kehidupan kerana perancangan merupakan salah satu cara untuk kita melihat masa depan.



Di dalam Islam, kehidupan dan segala sumbernya adalah amanah yang diberikan kepada manusia. Oleh itu semua sumber-sumber itu adalah perlu dirancang tanpa menyebabkan sebarang kemudaratan kepada organisasi dan persekitarannya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

86



TOPIK 4 PERANCANGAN DALAM ORGANISASI



Dari perspektif Islam, perancangan yang dibuat mestilah tidak bercanggah dengan matlamat penubuhan organisasi serta tidak terkeluar dari landasan Islam.



Dari perspektif Islam juga objektif sesebuah organisasi juga tidak hanya memberi tumpuan kepada keuntungan yang maksimum semata-mata, namun Islam mementingkan hubungan antara manusia, seperti hubungan pengurus dengan pekerja, pembeli dengan penjual, organisasi dan masyarakat dan sebagainya.



Allah s.w.t. menyuruh kita merancang dalam melaksanakan sesuatu. Manusia perlu yakin bahawa Allah s.w.t. juga membuat perancangan dan manusia hendaklah melakukan perancangan dan aktiviti yang selari dengan kehendak Allah s.w.t. kerana apabila berlaku pertembungan dengan perancangan manusia maka perancangan Allah s.w.t. lebih berjaya.



Perancangan dikelaskan mengikut peringkat pengurusan dalam organisasi seperti perancangan peringkat pengurusan tertinggi yang akan memberi tumpuan kepada perancangan strategik, perancangan pengurusan peringkat pertengahan (perancangan operasi) atau bawahan (perancangan harian, mingguan, bulanan).

Aqidah Islam Fungsi perancangan Jangka waktu Keberkesanan kos Luwes

Organisasi formal Perancangan operasi Perancangan operasi Perancangan strategik Perancangan taktikal

Ab. Wahab Mat et al. (2007). Pengurusan. Fakulti Pengurusan Perniagaan, UUM, Sintok, Kedah. Abu Muhammad ÂAli ibn Ahmad ibn SaÊid Ibn Hazm al-Andalusi, (t.t), al-Ahkam fi Usul al-Ahkam. Beirut: Dar al-Kutub al-Âiliyyah, juz 1 al-Quran versi 6.31 (1997), CD-ROM. Kaherah: Sakhr Technologies. Badran Abu ÂAynayn Badran (t.t), al-ShariÊah al-Islamiyyah, Tarikhuha wa Nazariyyah al- Milkiyyah wa al-ÂUqud. Kaherah: Dar al-Fikr. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4 PERANCANGAN DALAM ORGANISASI 

87

Jaafar Muhamad. (1992). Ed. ke-2. Asas pengurusan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd. Manna Al-Qattan. (1995). Tarikh al-TasyriÊ al-Islami. Beirut: Muasasah Risalah, h. 46, 83. Muhammad bin Muhammad bin Ahmad al-Ghazali, (t.t). al-mustafa min ÂIlm al-usul. Cet 1, Beirut: Dar al-IhyaÊ al-Turath al-ÂArabi. Muhammad Ibn Abi Bakr Ibn Qayyim al-Jawjiyyah (t.t). IÊlam al-MuwaqqiÊin Âan Rabb al- ÂAlamin. Kaherah: Maktabah al-Taufiqiyyah. Shahrol Aman Ahmad et al. (2004). Prinsip pengurusan. Fakulti Perniagaan dan Pengurusan, Universiti Terbuka Malaysia. Yusof Ismail. (2004). Mengurus secara Islam. Edisi Kedua. K.Lumpur: A.S Noordeen. Yusuf al-Qaradawi. (2001). BayÊ al-Murabahah Li al-Amr bi al-SyraÊ. Beirut: Dar al-FikrZainal ÂAbidin Bin Ibrahim, Ibn Nujayn (1968). al-Asybah wa alnazaÊir Âala Madhhab Abi Hanifah al-NuÊman. Juz 1, Kaherah: Muassasah al-Halabi wa Auladuhu. ÂAbd al-Karim. (1984). al-Madkhal al-Islamiyyah. Bahgdad: MatbaÊah al-ÂAini.

Zaydan,

li

al-Dirasah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

al-Syariah

Topik  Pengorganisasian

5

dan Kepasukanan

HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

p

1.

Menerangkan secara jelas tentang konsep autoriti dalam organisasi;

2.

Mengenal pasti kepelbagaian dalam mereka bentuk kerja;

3.

Menghuraikan bentuk-bentuk struktur organisasi;

4.

Membincangkan konsep personaliti dan kerjaya; dan

5.

Menjelaskan faktor dalam pemantapan sebuah kumpulan.

 PENGENALAN Islam sangat mementingkan kehidupan manusia. Begitu juga ia mengambil berat mengenai amanah dalam sesuatu organisasi. Apabila seseorang itu diberi amanah untuk menjalankan sesuatu tugas, ia perlu mengorganisasikan segala sumber yang ada dengan baik dan sempurna. Proses pengorganisasian juga dianggap penting selepas fungsi perancangan. Istilah pengorganisasian menentukan cara bagaimana suatu matlamat tersebut akan dicapai dan menetapkan peranan serta tugas yang mesti dijalankan oleh setiap pekerja. Dalam proses tersebut bahagian sumber manusia disusun dan dibahagikan mengikut gabungan yang tepat bagi menentukan perancangan itu berjalan dan mencapai matlamatnya. Ini termasuklah menyusun tingkat kuasa, membahagikan unit-unit atau jabatan serta memilih kakitangan untuk memenuhi jawatan yang diwujudkan. Proses penyusunan melibatkan kerja menstruktur organisasi. Topik ini akan membincangkan beberapa tajuk mengenai pengorganisasian seperti dimensi dan reka bentuk kerja dalam organisasi, jenis-jenis struktur organisasi dan isu-isu kepasukanan dalam organisasi. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 5 PENGORGANISASIAN DAN KEPASUKANAN 

5.1

89

DIMENSI DAN REKA BENTUK KERJA

Struktur organisasi ialah suatu susunan kerja, bahagian atau jabatan yang mengarah perilaku individu dan kumpulan ke arah pencapaian objektif organisasi. Ini merupakan satu sistem perhubungan antara tugas, aliran kerja dan saluran komunikasi antara individu atau kumpulan kerja. Tujuannya bagi mempermudahkan penggunaan setiap sumber dan individu secara kolektif sebagai satu sistem pengurusan bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Kebiasaannya struktur organisasi akan menunjukkan pembahagian kerja mengikut aktiviti seperti pemasaran, kewangan, pemprosesan, tingkat (hierarki) autoriti, penyelarasan melalui peraturan dan dasar serta prosedur yang dibuat. Autoriti dalam sebuah organisasi mengalir dari bahagian atasan ke bahagian bawahan. Pakar-pakar pengurusan pula menegaskan bahawa autoriti dan tanggungjawab harus berjalan serentak dan selari. Ini bermakna apabila seseorang itu diberikan tanggungjawab melaksanakan sesuatu tugas, dia juga harus diberikan kuasa atau autoriti untuk melaksanakan tugas tersebut.

5.1.1

Dimensi Utama Kerja: Kepelbagaian Kemahiran, Identiti Tugas, Kepentingan Tugas, Autonomi dan Maklumbalas

Jaafar Muhamad (1992) mendefinisikan istilah pengorganisasian sebagai penyusunan sumber organisasi (sumber fizikal, sumber manusia dan sumber fungsian seperti pemasaran, pengeluaran dan kewangan) dalam bentuk kesatuan dengan cara berkesan agar matlamat dan objektif organisasi yang dirancang dapat dicapai. Ini secara langsung berkait rapat dengan kepelbagaian yang wujud dalam setiap organisasi. Kepelbagaian tenaga kerja dalam organisasi berlaku apabila terdapat pekerja yang berbeza dari segi bangsa, agama, jantina, umur dan juga perbezaan dari sudut personaliti, nilai dan kepercayaan. Kepelbagaian yang diamalkan oleh sesebuah organisasi itu akan menyumbang banyak manfaat terutamanya dalam aspek penjimatan kos, pengekalan pekerja berbakat serta peningkatan pertumbuhan perniagaan yang dijalankan. Selain itu, kepelbagaian juga membantu organisasi meningkatkan kecekapan dan produktiviti. Tenaga kerja yang pelbagai dapat memastikan setiap kerja dapat dilaksanakan dengan baik serta mencapai objektif organisasi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

90  TOPIK 5 PENGORGANISASIAN DAN KEPASUKANAN

5.1.2

Teori Pembentukan Kerja

Menurut Milkovich dan Boudreau (1988), reka bentuk kerja adalah gabungan kerja, ganjaran dan kelayakan yang diperlukan dalam sesuatu pekerjaan. Gomez (1998) pula menjelaskan bahawa reka bentuk kerja merupakan satu proses penstrukturan kerja yang menghendaki tugas dan tanggungjawab yang perlu dilakukan untuk melaksanakan pekerjaan khusus. Ia dilakukan bertujuan meningkatkan keberkesanan organisasi serta kepuasan pekerja. Reka bentuk dalam pekerjaan mesti suatu bentuk kerja yang membantu memudahkan pencapaian matlamat organisasi serta pada masa yang sama dapat mengenal pasti kemampuan dan keperluan mereka dalam melaksanakan pekerjaan tersebut. Terdapat dua reka bentuk kerja iaitu perluasan kerja dan pengkayaan kerja seperti dalam Jadual 5.1. Jadual 5.1: Perbezaan antara Perluasan Kerja dan Pengkayaan Kerja Perluasan kerja

Pengkayaan kerja



Dikenali sebagai kepelbagaian kerja secara mendatar

 Dikenali sebagai kepelbagaian kerja secara menegak



Merupakan peningkatan jumlah tugas yang perlu dilaksanakan untuk meningkatkan kepelbagaian dan motivasi

 Merupakan peningkatan prestasi kerja dengan faktor motivasi seperti tanggungjawab, pencapaian, pengiktirafan dan kemajuan



Dapat melahirkan individu yang lebih berkemahiran dalam pelbagai tugas

 Pekerja dapat mengawal perancangan, pelaksanaan dan penilaian tugasannya



Usaha ini tidak begitu diterima kerana pekerja akan merasa terbeban dengan kerja yang lebih banyak



Kekurangan kepelbagaian dalam tugasan yang khusus

 Menambah kebebasan pekerja dan bersikap berdikari, bertanggungjawab serta memberikan maklumbalas untuk menilai dan memperbaiki prestasi pekerja

5.1.3

Analisis kerja, Deskripsi Kerja (Job Description) dan Spesifikasi Kerja (Job Specification)

Analisis kerja merupakan salah satu tugas penting yang perlu dijalankan oleh bahagian sumber manusia di dalam sesebuah organisasi. Analisis pekerjaan juga didefinisikan sebagai suatu proses mempelajari sesuatu pekerjaan untuk memperolehi, menganalisis, mensintesis dan melaporkan Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 5 PENGORGANISASIAN DAN KEPASUKANAN 

91

maklumat mengenai sesuatu pekerjaan dan semua ganjaran yang berkaitan dengan pekerjaan (Heneman & Judge, 2000). Ivancevich (1995) pula menjelaskan analisis pekerjaan adalah suatu proses yang sistematik bertujuan mengumpulkan maklumat yang berkaitan dengan aspek kerja serta tugas bagi sesuatu jenis pekerjaan. Secara amnya, ia merupakan satu proses sistematik yang digunakan untuk memperoleh dan menganalisis maklumat tentang sesuatu kerja bagi membolehkan organisasi menentukan keperluan dalam sesuatu tugas tertentu. Proses ini melibatkan segala aspek pekerjaan seperti maklumat yang berkaitan dengan tugas, peranan, tanggungjawab dan aktiviti-aktiviti yang perlu dilaksanakan dalam sesuatu pekerjaan. Hasil maklumat yang diperoleh daripada analisis kerja ini adalah untuk menyediakan pangkalan data kerja dan membantu melaksanakan fungsi-fungsi pengurusan sumber manusia. Pengurus sumber manusia akan menggunakan hasil analisis kerja untuk menyediakan spesifikasi dan deskripsi pekerjaan (lihat Rajah 5.1).

Rajah 5.1: Dua jenis analisis kerja

(a)

Spesifikasi Pekerjaan Spesifikasi pekerjaan (job specification) merupakan penerangan bertulis tentang pengetahuan, kemahiran, keupayaan, sifat dan lain-lain kriteria yang diperlukan bagi memastikan prestasi yang efektif terhadap suatu pekerjaan. Maklumat ini penting kepada organisasi untuk memastikan suatu jawatan yang ada di dalam organisasi itu dipegang oleh mereka yang berkelayakan dan mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan sempurna sehingga matlamat organisasi tercapai. Organisasi akan membayar kos gaji serta imbuhan berdasarkan tugas yang disempurnakan.

(b)

Deskripsi Pekerjaan Deskripsi pekerjaan (job description) adalah satu penyataan tentang tugas, kewajipan dan tanggungjawab, peranan serta situasi kerja dalam sesuatu pekerjaan. Ia menyenaraikan dengan jelas setiap tugas yang patut Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

92  TOPIK 5 PENGORGANISASIAN DAN KEPASUKANAN

dilakukan secara terperinci, kewajipan dan tanggungjawab yang akan dipikul. Begitu juga dalam sebuah organisasi, jawatan selalunya akan diberi kepada mereka yang sesuai dengan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Pengurus organisasi boleh mendapatkan maklumat tersebut daripada deskripsi pekerjaan yang disediakan oleh bahagian sumber manusia.

SEMAK KENDIRI 5.1 1.

Bagaimanakah kepelbagaian dalam organisasi boleh berlaku?

2.

Apakah yang anda faham mengenai perluasan kerja?

3.

Huraikan dengan ringkas konsep deskripsi pekerjaan dan spesifikasi pekerjaan.

AKTIVITI 5.1 1.

Mengapakah perluasan kerja perlu digantikan dengan pengkayaan kerja? Jelaskan.

2.

Apakah hubungan di antara kepelbagaian dan tugas dalam sesebuah organisasi?

3.

Bagaimanakah bahagian sumber manusia dalam organisasi menganalisis sesuatu kerja?

5.2

HUBUNGAN KERJA DALAM ORGANISASI

Hubungan antara ahli di dalam sesuatu organisasi bukanlah bersifat hubungan sosial. Ia adalah hubungan rasmi organisasi yang melibatkan struktur dalam organisasi seperti siapa di atas dan siapa di bawah dari segi hierarki. Ini melibatkan kesan pematuhan, berkenaan siapa yang perlu mengeluarkan arahan dan siapa pula patut patuh kepada siapa dan lain-lain lagi. Subtopik ini akan membincangkan lebih lanjut mengenai perkara ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 5 PENGORGANISASIAN DAN KEPASUKANAN 

5.2.1

93

Autoriti dan Tanggungjawab dalam Organisasi

Setiap organisasi mempunyai piawaian penilaian prestasi bagi semua jenis jawatan dan pekerja. Setiap pekerja hendaklah mematuhi semua piawaian tersebut agar proses penilaian prestasi dapat dijalankan dengan sempurna dan adil. Dalam menyusun sebuah organisasi formal, terdapat tiga perkaitan asas antara konsep iaitu autoriti, tanggungjawab dan penanggungjawaban. Autoriti bermaksud hak untuk memberi arahan, mengambil tindakan dan membuat keputusan berhubung dengan aktiviti-aktiviti bagi mencapai matlamat organisasi. Autoriti yang kuat biasanya ada pada pihak atasan serta ianya diperturunkan kepada pihak bawahan mengikut kesesuaian tugas. Hak ini berasaskan jawatan atau kedudukan formal seseorang dalam organisasi. Jika seseorang meninggalkan kedudukan tersebut, autoriti masih kekal dalam jawatan tersebut. Tanggungjawab boleh diertikan sebagai kewajipan seorang individu dalam melaksanakan tugas yang telah diberikan kepadanya. Ia wujud dengan adanya hubungan antara pekerja dan pengurus. Apabila seorang pengurus mempunyai autoriti atau kuasa dalam memberikan tugasan kepada pekerja, maka secara rasmi pekerja tersebut mempunyai tanggungjawab terhadap suatu tugasan yang telah diserahkan. Penyerahan tersebut bukan bermakna pengurus bebas dari sebarang tugasan tetapi ia merupakan kebenaran kepada pekerja dalam menyelesaikan tugas; dalam erti kata lain, penurunan tugas dari ketua kepada pekerja. Di samping itu, pengurus mesti memantau apa sahaja tugas yang telah diserahkan kepada pekerja agar ia mencapai objektif sebenar suatu organisasi. Penanggungjawaban bermaksud ciri tanggungjawab yang mengalir dari bawah ke atas dalam organisasi. Contohnya dari pekerja kepada penyelia, dari penyelia kepada pengurus dan dari pengurus kepada pengurus besar iaitu setiap kakitangan bertanggungjawab kepada ketuanya. Hierarki autoriti adalah satu hubungan yang tidak putus daripada kekuasaan pihak atasan kepada pekerja bawahan. Ia merujuk kepada hak yang diperoleh oleh pengurus bagi mengeluarkan arahan dan menjangkakan arahannya dipatuhi. Setiap pengurus diberikan satu tahap kekuasaan tertentu supaya ia dapat melaksanakan tanggungjawab itu. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

94  TOPIK 5 PENGORGANISASIAN DAN KEPASUKANAN

Struktur organisasi yang wujud dalam setiap organisasi terdiri daripada unit atau jabatan, kedudukan individu dalam organisasi serta perkaitan dan perhubungan antara satu dengan lain. Bentuk struktur yang dipilih akan menentukan kaedah atau cara sesebuah organisasi itu bergerak. Syura merupakan mekanisme pembuatan keputusan yang lazim digunakan bukan sahaja di kalangan masyarakat tetapi juga dalam sebuah organisasi. Secara umum, sistem syura ini digunakan dalam menyelesaikan masalah yang dikenali sebagai musyawarah atau mesyuarat. Syura bermaksud mendapatkan pandangan daripada orang yang mempunyai banyak pengalaman terhadap sesuatu perkara untuk mencapai kebenaran pada kebanyakan perkara. Sistem syura ini digunakan sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w. sehingga hari ini. Rajah 5.2 menunjukkan satu carta rantaian perintah (chain of command) dalam sebuah organisasi. Garisan yang menghubung kotak-kotak yang berada di bahagian atas dengan kotak-kotak yang berada di bahagian bawah dikenali sebagai rantaian perintah. Carta rantaian perintah ini menerangkan autoriti setiap individu dalam sebuah organisasi. Individu yang berada pada barisan atasan mempunyai autoriti terhadap individu barisan bawahan mengikut garisan yang menghubungkannya. Individu barisan atas mempunyai hak dalam memberi arahan, mengambil tindakan serta membuat keputusan berkenaan tugas individu dibawahnya. Sebarang aduan atau pertanyaan mestilah dirujuk kepada pihak yang berada diatasnya terlebih dahulu sebelum dirujuk oleh pengurus atasan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 5 PENGORGANISASIAN DAN KEPASUKANAN 

95

Rajah 5.2: Carta rantaian perintah

Paduan arahan (unity of command) pula merujuk kepada seorang pengurus sahaja dalam satu bahagian. Pengurus tersebut mempunyai hak untuk membuat keputusan dan memberikan arahan kepada para pekerja yang berada di dalam rantaian perintahnya. Jika terdapat lebih dari seorang pengurus dalam satu bahagian, kelancaran suatu tugas akan terganggu disebabkan perbezaan arahan yang diterima. Jangkauan kawalan (span of control) boleh dirujuk pada bilangan pekerja yang melapor secara langsung kepada pengurus. Terdapat dua jenis jangkauan kawalan iaitu jangkauan kawalan sempit dan jangkauan kawalan luas. Jangkauan kawalan sempit bermaksud bilangan pekerja yang melapor kepada pengurus adalah dalam jumlah yang sedikit manakala jangkauan kawalan luas bermaksud bilangan pekerja yang melapor kepada pengurus adalah dalam jumlah yang ramai seperti dalam Rajah 5.3(a) dan Rajah 5.3(b).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

96  TOPIK 5 PENGORGANISASIAN DAN KEPASUKANAN

Rajah 5.3(a): Jangkauan kawalan sempit

Rajah 5.3(b): Jangkauan kawalan luas

Pelaksanaan jangkauan kawalan perlu disesuaikan mengikut jenis pekerjaan yang dilakukan oleh pihak pengurus dan pekerja. Sekiranya suatu kerja yang dilaksanakan memerlukan khidmat nasihat, bimbingan dan penyeliaan daripada pengurus, maka jangkauan kawalan sempit sesuai digunakan. Tetapi jika kerja yang dilakukan tidak memerlukan sebarang khidmat nasihat, bimbingan dan penyeliaan yang khusus daripada pengurus, maka jangkauan kawalan luas sesuai diaplikasikan. Tahap pemusatan kuasa (delegation of authority) ada dua jenis iaitu pemusatan dan pemencaran. Pemusatan kuasa merupakan situasi yang merangkumi keseluruhan kuasa dipusatkan, terutamanya kuasa dalam membuat keputusan kepada pihak atasan sebuah organisasi. Konsep pemusatan kuasa ini Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 5 PENGORGANISASIAN DAN KEPASUKANAN 

97

memberikan autoriti membuat keputusan sepenuhnya kepada pihak pengurus walaupun berkaitan perkara yang kecil. Pemencaran kuasa pula bererti autoriti yang diturunkan kepada pekerja bawahan dalam membuat sesuatu keputusan yang terbaik mengikut bidang kuasa yang diberikan. Masalah ini akan dapat diselesaikan dengan segera tanpa mengambil masa yang terlalu lama.

SEMAK KENDIRI 5.2 Apakah yang dimaksudkan dengan tanggungjawab?

5.3

JENIS-JENIS STRUKTUR ORGANISASI

Jenis-jenis struktur organisasi terbahagi kepada lapan iaitu: (a)

Struktur mudah;

(b)

Struktur fungsian;

(c)

Struktur bahagian;

(d)

Struktur konglomerat;

(e)

Struktur kacukan;

(f)

Struktur matriks;

(g)

Struktur berasaskan pasukan; dan

(h)

Struktur rangkaian.

5.3.1 Struktur Mudah Bentuk struktur ini merupakan bentuk organisasi yang pertama. Struktur ini biasa ditemui pada peringkat awal penubuhan sebuah firma. Ia menggambarkan keinginan dan personaliti pemilik sebuah organisasi. Pada peringkat ini, hierarkinya adalah mendatar, memiliki sedikit peraturan dan tahap pengkhususan kerja yang rendah (lihat Rajah 5.4).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

98  TOPIK 5 PENGORGANISASIAN DAN KEPASUKANAN

Rajah 5.4: Struktur mudah

(Hanya ada satu tahap pengurusan hierarki di bawah pemilik)

5.3.2

Struktur Fungsian

Bentuk organisasi kedua ialah struktur fungsian. Struktur fungsian merupakan struktur penjabatan berasaskan fungsi perniagaan. Struktur ini meletakkan pekerja dengan kemahiran kerja yang sama dalam satu kumpulan formal. Contoh penjabatan berdasarkan fungsian seperti pemasaran, kewangan, pengeluaran, sumber manusia dan lain-lain bersesuaian dengan organisasi tersebut (lihat Rajah 5.5).

Rajah 5.5: Struktur fungsian

5.3.3

Struktur Bahagian

Struktur bahagian adalah bentuk organisasi yang ketiga. Pekerja yang mempunyai pelbagai kemahiran diletakkan dalam satu jabatan atau kumpulan (lihat Rajah 5.6 (a), Rajah 5.6 (b) dan Rajah 5.6 (c).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 5 PENGORGANISASIAN DAN KEPASUKANAN 

99

Rajah 5.6 (a): Contoh struktur bahagian produk

(Struktur ini digunakan oleh organisasi yang mempunyai pelbagai jenis produk dan perkhidmatan untuk dipasarkan)

Rajah 5.6 (b): Contoh struktur bahagian pelanggan

(Struktur ini membolehkan pihak pengurusan memberi tumpuan layanan kepada para pelanggan)

Rajah 5.6 (c): Contoh struktur bahagian geografi

(Struktur yang membahagikan para pekerja berdasarkan kawasan)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

100  TOPIK 5 PENGORGANISASIAN DAN KEPASUKANAN

5.3.4

Struktur Konglomerat

Struktur konglomerat ini digunapakai oleh syarikat besar yang menjalankan perniagaan yang berbeza serta ianya tidak berhubungan antara satu sama lain (lihat Rajah 5.7).

Rajah 5.7: Contoh struktur konglomerat

5.3.5

Struktur Kacukan

Jenis struktur organisasi kelima ini menggabungkan struktur fungsian dan bahagian dalam organisasi yang sama (lihat Rajah 5.8).

Rajah 5.8: Contoh struktur kacukan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 5 PENGORGANISASIAN DAN KEPASUKANAN  101

5.3.6

Struktur Matriks

Struktur organisasi matriks adalah gabungan struktur bahagian dan fungsian di dalam suatu grid. Terdapat dua struktur arahan iaitu menegak dan mendatar.

5.3.7

Struktur Berasaskan Pasukan

Struktur organisasi ini memerlukan sebuah kumpulan, sama ada tetap atau tidak, digunakan bagi memperbaiki hubungan secara mendatar serta menyelesaikan masalah bersama dalam sesebuah organisasi.

5.3.8

Struktur Rangkaian

Pada peringkat struktur ini, sesebuah organisasi mempunyai pusat perniagaan dan bekerjasama dengan beberapa firma di tempat yang berbeza. Mereka berhubungan melalui jaringan komputer. Mekanisma Penyelarasan: Matlamat, Polisi, Peraturan, Prosedur dan Pelan

Rajah 5.9: Mekanisma penyelarasan Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

102  TOPIK 5 PENGORGANISASIAN DAN KEPASUKANAN

SEMAK KENDIRI 5.3 1.

Huraikan jenis-jenis struktur dalam organisasi.

2.

Bagaimanakah perkaitan antara peraturan dan prosedur?

AKTIVITI 5.2 Berdasarkan kepada struktur-struktur organisasi yang telah dibincangkan, struktur manakah yang anda rasa paling penting? Mengapa?

5.4

KERJA BERPASUKAN DALAM ORGANISASI

Pasukan dan kumpulan merupakan dua entiti berbeza. Pasukan dapat didefinisikan sebagai satu entiti yang saling bergantung dan lengkap melengkapi dalam semua aspek antara ahli serta mempunyai komitmen mencapai matlamat.

Kumpulan pula boleh didefinisikan sebagai dua atau lebih individu yang berinteraksi dan tidak bergantung antara satu sama lain dalam mencapai matlamat tertentu. Amalan berpasukan amat popular kerana ia dapat meningkatkan prestasi dan fleksibiliti dalam sebuah organisasi. Kejayaan yang dicapai dalam sebuah pasukan adalah hasil kebergantungan antara setiap ahli pasukan serta usahasama antara mereka. Setiap ahli juga akan mempengaruhi ahli yang lain apabila bekerja dalam satu pasukan. Suatu pasukan akan diperlukan apabila tujuan atau maksud penggunaanya adalah jelas. Kebanyakan organisasi menggunakan pasukan kerana beranggapan suatu pasukan yang ditubuhkan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi. Tetapi suatu pasukan hanya akan berjaya apabila setiap ahli tahu tujuan penubuhan pasukan tersebut dan apa yang perlu mereka laksanakan. Selain itu, pasukan juga diperlukan apabila suatu kerja itu tidak boleh dilakukan secara individu. Dalam erti kata lain, pasukan diperlukan dalam suatu tugas yang lebih kompleks, memerlukan pelbagai perspektif atau memerlukan pengulangan Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 5 PENGORGANISASIAN DAN KEPASUKANAN  103

interaksi dengan orang lain untuk menyelesaikannya. Pasukan boleh digunakan apabila telah tersedia pelbagai sumber antaranya latihan, masa, tempat dan kaedah untuk bekerja bersama-sama, peralatan dan maklumat yang konsisten serta maklumbalas mengenai proses kerja berpasukan dan prestasi kerja. Setiap pasukan juga mempunyai autoriti yang jelas untuk mengurus dan mengubah cara kerja, membuat penjadualan kerja, latihan dan penyelenggaraan atau bagaimana untuk menyelesaikan masalah pelanggan. Apabila autoriti tugas dalam satu pasukan telah jelas, maka kerja yang ditanggungjawabkan dapat dilaksanakan dengan sempurna.

5.4.1

Personaliti dan Kerjaya

Personaliti merupakan perkara pertama yang akan menentukan tingkah laku seseorang dalam setiap pasukan. Personaliti boleh didefinisikan sebagai ciri-ciri dan sifat-sifat membezakan antara seorang individu dengan individu yang lain.

yang

Ia merupakan antara faktor yang membantu interaksi sesama individu. Personaliti adalah gabungan antara kestabilan ciri-ciri fizikal dan mental yang akan menjadikan identiti tersendiri (lihat Rajah 5.10). Rajah ini menunjukkan terdapat lima jenis personaliti iaitu jenis personaliti keterbukaan, persetujuan, berhati-hati, emosi yang stabil dan terbuka pengalaman.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

104  TOPIK 5 PENGORGANISASIAN DAN KEPASUKANAN

Rajah 5.10: Dimensi dalam personaliti

Rajah 5.11 pula menerangkan empat ciri-ciri personaliti, iaitu keberkesanan diri, penghargaan diri, lokus kawalan dan pemantauan diri.

Rajah 5.11: Empat ciri personaliti yang penting dalam organisasi (a)

Lokus Kawalan Lokus kawalan menyatakan sebanyak mana manusia percaya bahawa mereka mengawal takdir mereka melalui usaha mereka sendiri. Lokus kawalan terbahagi kepada dua golongan iaitu individu yang mempunyai lokus kawalan luaran dan lokus kawalan dalaman. Seseorang yang tergolong dalam lokus kawalan luaran akan melihat kehidupan mereka Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 5 PENGORGANISASIAN DAN KEPASUKANAN  105

dikawal oleh kuasa luar, manakala individu yang mempunyai lokus kawalan dalaman percaya mereka yang mengawal dan mencorak kehidupan mereka. (b)

Keberkesanan Diri (Self-efficacy) Keberkesanan diri (self-efficacy) merupakan kepercayaan ke atas keupayaan sendiri untuk melakukan suatu tugas demi mencapai kejayaan. Seseorang yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi berani mengambil risiko serta lebih teliti dalam membuat sebarang pemilihan. Keyakinan diri individu yang rendah pula lebih sensitif terhadap pengaruh luar. Mereka lebih mengutamakan pendapat serta persetujuan orang lain daripada pendapat sendiri. Kajian mengesahkan bahawa individu yang berkeyakinan diri yang tinggi lebih berpuas hati dengan kerjaya mereka berbanding individu yang mempunyai keyakinan diri yang rendah.

(c)

Penghargaan Diri (Self-esteem) Penghargaan diri (self-esteem) meninjau sejauh mana seseorang itu menyukai atau tidak menyukai dirinya. Setiap individu harus berusaha meningkatkan harga diri. Pengurus juga berperanan memberi sokongan, perhatian serta meyakini keupayaan pengurusan kendiri pekerja di samping memberi ganjaran di atas usaha yang telah disumbangkan.

(d)

Pemantauan Diri (Self-control) Pemantauan diri (self-control) merujuk kepada keupayaan individu menyelaraskan gelagatnya terhadap situasi yang berbeza. Seseorang yang mempunyai pengawalan diri yang tinggi menunjukkan penyesuaian yang ketara walaupun dalam keadaan yang berbeza. Pemantauan diri yang rendah pula ialah ia gagal mengawal diri dalam keadaan sedemikian. Mereka lebih menunjukkan sifat semulajadi mereka.

5.4.2

Peranan Anggota-anggota Kumpulan

Setiap individu dalam kumpulan mempunyai peranan penting dalam mencapai matlamat organisasi (lihat Jadual 5.2).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

106  TOPIK 5 PENGORGANISASIAN DAN KEPASUKANAN

Jadual 5.2: Peranan Anggota-anggota Kumpulan Peranan

Penerangan

Mendalamkan pengetahuan dalam satu bidang kerja

Apabila terdapat isu yang perlu dibentangkan dalam satu kumpulan, setiap ahli kumpulan tersebut mestilah menyumbangkan idea, pendapat serta pengalaman mereka dalam pelbagai aspek. Ini membantu ketua kumpulan dalam proses pembuatan keputusan di samping bertukar pandangan sesama ahli kumpulan. Bertukar idea serta maklumat dapat menambahkan ilmu pengetahuan yang sudah sedia ada dalam diri mereka.

Mewujudkan pelbagai strategi dalam penyelesaian masalah

Pembahagian kerja dalam kumpulan biasanya dibahagikan antara ahli bagi memudahkan proses pembuatan keputusan. Ini menjadikan setiap orang mempunyai kemahiran dalam bidang tugas tertentu. Dalam setiap perbincangan, ahli kumpulan akan mengutarakan idea-idea yang dapat membantu dalam menyelesaikan suatu masalah.

Membantu meningkatkan produktiviti

Individu dalam kumpulan yang terlibat secara langsung dalam proses pembuatan keputusan akan lebih komited serta sanggup menerima beban tanggungjawab berbanding dengan ahli yang lain. Hasilnya, produktiviti suatu kerja akan meningkat apabila setiap tugas dilaksanakan dengan sukarela.

Membantu menjimatkan masa

Apabila setiap ahli kumpulan mempunyai pengetahuan serta kepakaran dalam pelbagai aspek, ini akan memudahkan mereka membuat keputusan di samping dapat menjimatkan masa.

Mencapai matlamat

Setiap ahli kumpulan mempunyai tanggungjawab dalam mencapai matlamat, visi dan misi organisasi.

Membuat penambahbaikan

Teguran atau komen yang diterima daripada pelanggan adalah salah satu faktor penting dalam sebuah organisasi. Ini akan dapat meningkatkan mutu kerja dan kualiti suatu kerja di atas penambaikan yang dilakukan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 5 PENGORGANISASIAN DAN KEPASUKANAN  107

5.4.3

Proses Keberkesanan Kumpulan

Bekerja secara berkumpulan dalam organisasi meningkatkan pencapaian organisasi. Terdapat beberapa faktor yang akan memberi kesan kepada kerja secara berkumpulan. Antara faktor yang mempengaruhi keberkesanan kumpulan adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.12.

Rajah 5.12: Faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan kumpulan

(a)

Saiz Kumpulan Ia bergantung kepada jenis kerja yang dilaksanakan. Saiz optimum adalah antara lima hingga tujuh orang. Saiz kumpulan membolehkan setiap ahli mengenali antara satu sama lain. Semakin besar saiz kumpulan itu, semakin rumit proses komunikasi dalam kumpulan tersebut. Jika tugas yang dilaksanakan memerlukan pembentukan kumpulan yang besar, maka lebih baik kumpulan itu dibahagikan mengikut kumpulan yang lebih kecil berdasarkan tanggungjawab yang diberikan.

(b)

Perwatakan Ahli Kemahiran dan perwatakan yang baik adalah perlu dalam mewujudkan kumpulan kerja yang baik. Setiap ahli mempunyai peranan penting dalam sebuah organisasi di samping meningkatkan prestasi organisasi.

(c)

Tanggungjawab Sesebuah kumpulan kerja wujud apabila ada tugas yang perlu diselesaikan. Tanggungjawab tersebut termasuklah menyelesaikan masalah, menjana Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

108  TOPIK 5 PENGORGANISASIAN DAN KEPASUKANAN

idea, merancang dan melaksanakan perubahan, peningkatan kualiti, membuat keputusan dan sebagainya. (d)

Organisasi Secara am, norma dalam sebuah organisasi akan mempengaruhi kumpulan kerja dalam organisasi tersebut. Organisasi yang terlalu bersifat birokrasi seperti tentera mengandungi prosedur dalam setiap tugas yang dilaksanakan.

(e)

Ketua Kumpulan Individu yang bertanggungjawab dalam mengetuai sebuah kumpulan sebenarnya mempengaruhi kejayaan atau kegagalan kumpulan itu. Ketua kumpulan mempunyai hak ke atas kedudukan mereka dalam hierarki kumpulan tersebut. Walaupun ketua kumpulan tidak mempunyai kedudukan dalam sebuah organisasi, mereka juga bertanggungjawab serta mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang baik apabila mengetuai sebuah kumpulan kerja.

(f)

Proses dan Prosedur Satu model proses yang berkesan digunakan dalam menyelesaikan masalah dalam kumpulan iaitu: (i)

Mengenal pasti masalah

(ii)

Mencari maklumat

(iii) Merancang (iv) Pandangan (v)

Penilaian

(vi) Keputusan (g)

Komunikasi Cara berkomunikasi antara ahli sesama ahli dan ahli bersama orang luar memberikan kesan pada keberkesanan sebuah kumpulan kerja. Komunikasi yang berkesan dapat dilihat sekiranya saiz sesebuah kumpulan yang kecil berbanding kumpulan yang besar.

5.4.4

Peringkat Pembentukan Kumpulan

Rajah 5.13 menunjukkan terdapat lima peringkat dalam pembentukan sesebuah kumpulan iaitu pembentukan, persaingan, pembentukan norma, pelaksanaan dan pembubaran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 5 PENGORGANISASIAN DAN KEPASUKANAN  109

Rajah 5.13: Peringkat pembentukan kumpulan

(a)

Pembentukan Peringkat pertama ialah peringkat pembentukan (forming). Ia dikenali sebagai peringkat pengenalan dan penerimaan antara satu sama lain. Pada peringkat ini, ahli kumpulan cuba untuk mengenal pasti dan mempelajari perlakuan yang digemari serta tidak digemari. Ketidakpastian juga tinggi berkenaan dengan matlamat kumpulan, kuasa dan hubungan antara perorangan. Peringkat ini lebih menekankan orientasi dan penyesuaian diri.

(b)

Persaingan Peringkat kedua ialah peringkat persaingan atau pertelingkahan (storming). Setiap ahli kumpulan sudah berasa selesa antara satu sama lain dan timbul isu siapa layak menjadi ketua serta peranan yang dimainkan dalam kumpulan tersebut. Konflik timbul pada peringkat ini kerana penetapan matlamat serta peraturan tidak mudah diterima oleh setiap ahli kumpulan. Ia berakhir apabila struktur kumpulan jelas iaitu apabila melantik seorang ketua, peranan yang perlu dimainkan oleh setiap ahli, tanggungjawab dan sebagainya.

(c)

Pembentukan Norma Peringkat ketiga ialah pembentukan norma dalam kumpulan (norming). Semua masalah dan konflik telah dapat diselesaikan. Kerjasama antara ahli kumpulan mulai terbentuk apabila ahli kumpulan jelas berkenaan dengan arah, tujuan, norma yang perlu dipatuhi serta peraturan yang perlu diikuti.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

110  TOPIK 5 PENGORGANISASIAN DAN KEPASUKANAN

(d)

Pelaksanaan Peringkat pelaksanaan (performing) adalah peringkat keempat dalam pembentukan kumpulan. Kumpulan yang telah terbentuk mula berfungsi sebagai satu unit dan ahli kumpulan bertindak menyokong antara satu sama lain.

(e)

Pembubaran Peringkat terakhir iaitu peringkat pembubaran (adjourning). Selepas tugas yang diberikan telah diselesaikan, kumpulan tersebut akan dibubarkan. Perasaan ahli kumpulan terhadap pembubaran tersebut ada bermacammacam. Ada yang gembira dan ada yang sebaliknya.

5.4.5

Ciri-ciri Pasukan yang Berkesan

Suatu pasukan adalah berkesan apabila berjaya menghasilkan keputusan yang cemerlang dan berjaya mencapai keputusan selepas menghadapi pelbagai kesukaran serta rintangan. Setiap ahli dalam pasukan tersebut mestilah mempunyai rasa tanggungjawab sesama mereka dalam memberikan sumbangan peribadi ke arah keputusan yang ingin dicapai. Ciri-ciri pasukan yang berprestasi tinggi dapat dilihat dalam Jadual 5.3. Jadual 5.3: Ciri-ciri Pasukan yang Berkesan Ciri-ciri

Penerangan

Hasil

Pasukan dapat menghasilkan sesuatu yang lebih baik berbanding apaapa yang mampu dihasilkan oleh individu.

Objektif

Ahli-ahli dalam setiap pasukan memahami tujuan mereka dan berkongsi matlamat, iaitu kombinasi bagi mencapai misi.

Tenaga

Setiap ahli mendapat kekuatan dan membina keupayaan melalui ahliahli yang lain. Ini menerangkan tentang gabungan tenaga sesama ahli pasukan.

Struktur

Ahli yang lebih matang membentuk mekanisme untuk berurusan dengan isu prosedur, organisasi, peranan, kawalan dan juga kepimpinan.

Persekitaran

Ahli-ahli membentuk kepercayaan dan budaya yang terbuka, dapat menghadapi dan mengambil risiko serta keyakinan yang boleh dikongsi bersama-sama

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 5 PENGORGANISASIAN DAN KEPASUKANAN  111

5.4.6

Kekuatan dan Kelemahan dalam Kumpulan

Jadual 5.4 membandingkan kekuatan dan kelemahan dalam kumpulan. Jadual 5.4: Kekuatan dan Kelemahan dalam Kumpulan Kekuatan

Kelemahan

Meningkatkan kepuasan pelanggan

Kadar pusing ganti yang tinggi





Pada peringkat awal pembentukan kumpulan, ahli tidak dapat menyesuaikan keadaan persekitaran dalam pasukan.



Ketidakupayaan untuk mengambil tanggungjawab, menyumbang usaha dan tidak berpengalaman.

Pelanggan akan terus dihubungkan kepada pasukan di samping memenuhi kehendak pelanggan.

Meningkatkan perkhidmatan 



kualiti

produk

dan

Pasukan dapat memenuhi keperluan terhadap kepantasan dan kecekapan mereka bentuk dan mengeluarkan produk. Perubahan citarasa yang pantas menyebabkan organisasi memerlukan kepantasan dan kecekapan tersebut.

Meningkatkan tahap kepuasan kerja

Lepak sosial 

Pekerja gagal untuk memberikan sumbangan dalam suatu kerja.



Menjadi „sleeping pasukan.



Berlaku dalam pasukan yang bersaiz besar.



Kegiatan mereka sukar dikesan oleh pihak atasan.

partner‰

dalam

Gelagat pembatasan diri



Memberi pekerja peluang meningkatkan kemahiran.



Ahli pasukan dapat menikmati kepuasan kerja daripada tanggungjawab kerja yang dilaksanakan.

untuk



Terdapat ahli kumpulan yang tidak mengeluarkan sebarang pandangan atau pendapat.



Ahli yang tidak melibatkan diri dalam perbincangan dan banyak berfikir atau ‰daydreaming‰.

Membuat keputusan yang berkualiti 

Pasukan terdiri daripada individu yang mempuyai pengetahuan, kemahiran, keupayaan dan pengalaman yang berbeza.



Menjana idea yang bernas dalam menyelesaikan suatu masalah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

112  TOPIK 5 PENGORGANISASIAN DAN KEPASUKANAN

SEMAK KENDIRI 5.4 1.

Apakah yang anda faham tentang konsep personaliti pada hari ini?

2.

Merujuk kepada peringkat pembentukan kumpulan, apakah yang berlaku pada peringkat persaingan?

AKTIVITI 5.3 Tandakan ( √ ) pada pernyataan yang betul. Pernyataan

Betul

Seseorang yang tergolong dalam lokus kawalan luaran akan melihat kehidupan mereka dikawal oleh kuasa luar. Personaliti boleh didefinisikan sebagai ciri-ciri dan sifat-sifat yang membezakan antara seorang individu dengan individu yang lain. Dimensi personaliti jenis keterbukaan menerangkan ciri-ciri individu yang bersikap lemah lembut, kesediaan memberikan kerjasama, pemaaf dan fleksibel. Timbulnya konflik pada peringkat persaingan kerana penetapan matlamat serta peraturan tidak mudah diterima oleh setiap ahli kumpulan. Pemantauan diri yang rendah pula gagal menyamar diri dalam keadaan sedemikian. Mereka lebih menunjukkan sifat semulajadi mereka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 5 PENGORGANISASIAN DAN KEPASUKANAN  113



Islam sangat mementingkan kehidupan secara berjamaah.



Organisasi perlu distruktur sebaik mungkin agar ia dapat memberikan ruang ke arah kecekapan dan keberkesanan suatu kerja. Reka bentuk struktur organisasi juga perlu disesuaikan dengan faktor-faktor yang mempengaruhinya agar dapat membantu ke arah keberkesanan strategi yang dirancang.



Kepelbagaian tenaga kerja memberikan banyak manfaat dalam organisasi. Ia dapat membantu dalam memperkukuhkan kelebihan persaingan di samping para pengurus mengetahui tentang perbezaan yang wujud antara individu.



Setiap pekerja yang terlibat dalam sebuah organisasi secara langsung terlibat dalam menggalas tugas serta tanggungjawab yang telah diamanahkan. Ini kerana tanggungjawab serta autoriti adalah saling berkaitan antara satu sama lain dalam meningkatkan prestasi sebuah organisasi.



Individu merupakan aset bernilai kepada sebuah organisasi. Penelitian terhadap gelagat individu penting kepada seorang pengurus untuk mengurus sebuah organisasi. Gelagat individu boleh diteliti melalui aspek nilai, sikap, personaliti, persepsi dan pembelajaran.



Pasukan adalah satu entiti yang mampu memberikan kekuatan kepada pembangunan organisasi. Pasukan yang diwujudkan mestilah sesuai pada masanya agar dapat memaksimumkan kebaikannya.

Autoriti Pasukan Personaliti Struktur organisasi Tanggungjawab

Kerja berkumpulan Penghargaan diri (Self-esteem) Keberkesanan diri (Self-efficacy) Pemantauan diri (Self-control) Syura

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

114  TOPIK 5 PENGORGANISASIAN DAN KEPASUKANAN

Ab. Wahab Mat et al. (2007). Pengurusan. Fakulti Pengurusan Perniagaan, UUM, Sintok, Kedah. Abu Sin, Ahmad Ibrahim. (1991). Pengurusan dalam Islam (terjemahan Abd Rashid Ngah dan Jusoh Kadir), K.Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. al-Quran versi 6.31. (1997). CD-ROM. Kaherah: Sakhr Technologies. Harold Koontz & Heinz Weirich. (1999). Principles of management, New York: McGraw-Hill. Jaafar Muhamad. (1992). Ed. ke-2. Asas pengurusan. Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn Bhd. Muhammad al-Buraey. (1992). Administrative development; An Islamic perspective. United Kingdom: Islamic Publisher. Mustafa Haji Daud. (1994). Pengurusan Islam. K.Lumpur: Utusan Publications & Distributions. P.S. Lewis, S.H Goodman, and P.M. Fandt. (2004). Management: Challenges for tomorrowÊs leaders. Ohio: Thomson South-Western. Rue, L.W dan Byars, L.L. (2005). Management theory and application. Illinois: Richard D. Irwin Inc. Shahrol Aman Ahmad et al. (2004). Prinsip Pengurusan. Fakulti Perniagaan dan Pengurusan, Universiti Terbuka Malaysia. Stoner, James A.F Stoner & Charles Wienkel. (2000). Management. Prentice Hall, New Jersey: Inc., Englewood Cliff. Taylor, Frederick Winston. (1978). Principles of scientific management. New York: Harper & Row. Yusof Ismail. (2004). Mengurus secara Islam. Edisi Kedua. K.Lumpur: A.S Noordeen. ÂAbd al-Karim. (1984). al-Madkhal al-Islamiyyah, Bahgdad : MatbaÊah al-ÂAini.

Zaydan,

li

al-Dirasah

al-Syariah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Topik  Sumber

6

Manusia

HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

p

1.

Menjelaskan definisi pengurusan pandangan konvensional dan Islam;

2.

Mengenal pasti kepentingan pengurusan sumber manusia kepada organisasi;

3.

Menghuraikan beberapa isu perundangan pengurusan sumber manusia; dan

4.

Menjelaskan manusia.

prinsip-prinsip

Islam

sumber

dalam

manusia

dan

mengikut

pembangunan

pengurusan

sumber

 PENGENALAN Pengurusan sumber manusia merupakan satu bahagian yang penting dalam ilmu pengurusan. Ini adalah kerana semua aktiviti organisasi dilaksanakan oleh sumber manusia organisasi. Pengurusan sumber manusia ialah aktiviti yang menumpukan bagaimana tenaga kerja diurus dengan baik di dalam sesuatu organisasi agar matlamat organisasi dapat dicapai dengan sempurna. Ia bertujuan untuk memastikan bahawa manusia yang diambil bekerja oleh sesebuah organisasi digunakan dengan berkesan dan cekap dan mereka berupaya menyumbang kepada pencapaian matlamat organisasi. Pekerja adalah aset paling penting dan bernilai dalam organisasi. Oleh itu, perhatian perlu diberi kepada cara mengurus pekerja dengan baik dan berkesan supaya mereka dapat menyumbang tenaga dengan produktif kepada organisasi. Berbagai cara mengurus difikir dan dilaksanakan di setiap organisasi bagi mencapai matlamat organisasi. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

116  TOPIK 6 SUMBER MANUSIA

Topik ini akan membincangkan definisi sumber manusia, bagaimana ia menjadi penting kepada pencapaian organisasi dan beberapa prinsip Islam dalam pengurusan sumber manusia.

6.1

DEFINISI SUMBER MANUSIA

Terdapat berbagai definisi diberikan oleh para sarjana mengenai ilmu pengurusan sumber manusia. Secara umumnya, ia merujuk kepada cara dan pendekatan sesebuah organisasi mengurus dan mengawal aktiviti yang berkait dengan sumber manusia agar ia seiring dengan matlamat yang ingin dicapai (lihat Jadual 6.1). Jadual 6.1: Definisi Pengurusan Sumber Manusia oleh Para Sarjana Para Sarjana

Definisi

Ivancevich (2001)

Mendefinisikannya sebagai fungsi yang dilaksanakan dalam organisasi bagi membantu memudahkan penggunaan sumber manusia secara berkesan untuk mencapai matlamat organisasi dan individu.

Noe et all (2000)

Mendefinisikannya sebagai dasar, amalan dan sistem yang mempengaruhi tingkahlaku, sikap dan prestasi pekerja. Antara amalan bidang ini termasuklah menentukan keperluan sumber manusia, menarik pekerja yang berpotensi, memilih pekerja, mengajar pekerja bagaimana melaksanakan kerja dan menyediakan mereka untuk masa hadapan, memberi ganjaran, menilai prestasi dan membentuk persekitaran pekerjaan yang positif.

Daft (2000)

Merumuskan bahawa bahagian sumber manusia sesuatu jabatan mempunyai tugas utama kepada organisasi di dalam aktiviti menarik pekerja yang berpotensi kepada organisasi, membangunkan pekerja di dalam organisasi agar sesuai dengan pencapaian matlamat dan mengekalkan pekerja yang telah sesuai dan mahir di dalam organisasi.

Pengurusan sumber manusia mempunyai fungsi tertentu yang sentiasa berkembang mengikut keperluan dan cabaran semasa. Byres dan Rue (2000) menjelaskan terdapat enam fungsi utama pengurusan sumber manusia iaitu: (a)

Perancangan dan perekrutan;

(b)

Pembangunan sumber manusia;

(c)

Pampasan dan kemudahan;

(d)

Keselamatan dan kesihatan pekerjaan;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 6

(e)

Perhubungan industri; dan

(f)

Penyelidikan sumber manusia.

SUMBER MANUSIA  117

Fungsi-fungsi di atas akan dibincangkan dalam topik yang akan datang. Mengikut definisi dari perspektif Islam pula, ilmu pengurusan sumber manusia tergolong di dalam ilmu fardhu kifayah. Sumber utama ilmu ini adalah akal fikiran dan selagi ia tidak bertentangan dengan hukum syariah, ia boleh dipraktikkan. Ini kerana Islam mempunyai prinsip terbuka di dalam menerima dan mengembang ilmu pengetahuan. Apa yang penting adalah ia tidak bercanggah dengan hukum syariah dan etika Islam. Oleh itu fungsi yang disebut di atas tadi boleh diterima sama ada dikurang atau ditambah mengikut keperluan semasa di dalam organisasi.

6.1.1

Kepentingan Pengurusan Sumber Manusia

Pengurusan sumber manusia merupakan suatu aktiviti penting dalam sebuah organisasi. Ini kerana, kajian mendapati bahawa terdapat hubungan antara pengurusan sumber manusia yang cekap dengan prestasi organisasi. Oleh itu, jika organisasi mahu memastikan sumber manusia ataupun pekerja boleh membantu mencapai matlamat dan objektif organisasi, maka ia perlu diurus dengan baik. Pengurus sumber manusia yang berupaya memotivasikan pekerja seperti menyediakan latihan kepada pekerja, memberi imbuhan yang adil dan menarik dan yang memberikan penilaian secara adil dapat menghasilkan tenaga kerja yang mempamerkan prestasi yang cemerlang. Di samping itu, menurut kajian yang dibuat oleh Huselid (1995), beliau mendapati bahawa pengurusan sumber manusia mempengaruhi kadar lantik henti pekerja. Pekerja yang tidak diurus dengan baik lebih cenderung untuk berhenti kerja berbanding pekerja yang diurus dengan baik dan sempurna. Byars dan Rue (2006) menyatakan bahawa pengurus sumber manusia boleh memberi kesan langsung pada prestasi organisasi melalui pelbagai cara. Antaranya: (a)

Mengurangkan perbelanjaan lebih masa yang tidak sepatutnya dengan meningkatkan produktiviti pada hari kerja biasa;

(b)

Memantau ketidakhadiran dan melaksanakan program yang dirangka khusus untuk mengurangkan perbelanjaan bagi masa tidak bekerja;

(c)

Menghapuskan masa yang dibazirkan oleh pekerja melalui reka bentuk kerja yang baik;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

118  TOPIK 6 SUMBER MANUSIA

(d)

Meminimumkan lantik henti pekerja dengan mengamalkan hubungan pekerja yang baik dengan membentuk satu suasana kerja yang boleh meningkatkan prestasi kerja;

(e)

Melaksanakan dan memantau program keselamatan dan kesihatan yang berkesan bagi mengurangkan kehilangan masa akibat kemalangan dan memastikan kos perubatan dan pampasan rendah;

(f)

Melatih dan membangunkan pekerja dengan sempurna agar mereka mempunyai nilai tambah kepada organisasi serta mereka boleh menjalankan kerja membuat serta menjual produk ataupun perkhidmatan berkualiti tinggi pada kos terendah;

(g)

Mengurangkan bahan buangan mahal dengan menghapuskan tabiat dan sikap kerja yang buruk dan suasana kerja yang kurang baik yang boleh menyebabkan kecuaian dan kesilapan;

(h)

Mengambil pekerja yang terbaik bagi mengelakkan masalah berlebihan staf;

(i)

Mengamalkan pembayaran gaji dan program faedah yang kompetitif untuk menggalakkan suasana yang memberangsangkan untuk pekerja;

(j)

Menggalakkan pekerja memberi produktiviti dan menjimatkan kos;

(k)

Mengadakan sistem maklumat sumber manusia untuk memperkemaskan fungsi pengurusan sumber manusia.

idea

tentang

cara

meningkatkan

Bohlander, Snell dan Sherman (2000) telah menyenaraikan objektif-objektif pengurusan sumber manusia, antaranya: (a)

Menempatkan tenaga kerja yang sesuai dalam kerja yang sesuai dan pada masa yang sesuai.

(b)

Menetapkan sistem pengambilan dan pemilihan pekerja yang adil supaya organisasi dapat mengambil pekerja paling berkelayakan dan sesuai untuk memenuhi keperluan organisasi.

(c)

Memaksimumkan potensi setiap pekerja supaya matlamat organisasi tercapai.

(d)

Menjaga keselamatan, kesihatan dan kebajikan menyediakan program-program yang sesuai.

pekerja

dengan

Setiap organisasi perlu mengambil tindakan dalam memastikan objektif-objektif ini tercapai. Bagi membolehkan perkara ini terjadi, mereka perlu membentuk dan melaksanakan dasar-dasar sumber manusia secara tepat, terang dan Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 6

SUMBER MANUSIA  119

dibenarkan oleh kerajaan. Dasar-dasar ini perlu sah dari segi kerajaan, bagi mengelak pekerja dari dianiaya dan mewujudkan suatu suasana organisasi yang stabil dan harmoni, iaitu majikan, pihak pengurusan dan pekerja-pekerja lain tidak terasa ditindas dan mereka mempunyai hubungan yang baik. Dengan wujudnya hubungan ini, ahli-ahli organisasi akan berusaha memastikan organisasi mencapai matlamat dan dapat bertahan lebih lama dalam pasaran.

6.1.2

Proses Pengurusan Sumber Manusia

Pengurusan sumber manusia penting untuk organisasi kerana ia merancang, menarik, membangun dan mengekalkan suasana kerja yang efektif. Proses pengurusan sumber manusia terdiri daripada aktiviti yang dijalankan oleh pengurus bagi meningkatkan prestasi kerja sekaligus mencapai visi dan misi yang telah ditetapkan oleh organisasi. Antara proses pengurusan yang digunakan oleh kebanyakan organisasi di Malaysia adalah: (a)

Menetapkan visi dan misi yang sesuai

(b)

Merancang strategi pembangunan organisasi

(c)

Merancang keperluan sumber manusia

(d)

Membuat pengambilan dan pemilihan pekerja

(e)

Menjalankan latihan dan pembangunan pekerja

(f)

Menjalankan penilaian prestasi pekerja

Berikut adalah Jadual 6.2 yang menerangkan fungsi dan aktitivi-aktiviti yang dijalankan oleh Jabatan Sumber Manusia. Jadual 6.2: Fungsi dan Aktiviti-aktiviti yang Dijalankan oleh Jabatan Sumber Manusia Fungsi

Aktiviti

Perancangan dan Pengrekrutan

Temuduga, pengrekrutan, ujian, koordinasi pekerja sementara.

Latihan dan Pengembangan

Orientasi, pengurusan prestasi, kemahiran, latihan, dan peningkatan produktiviti.

Pampasan

Mentadbir gaji dan upah, reka bentuk kerja, pampasan eksekutif, bayaran insentif dan penilaian kerja.

Kemudahan

Insurans, pengurusan cuti, pelan persaraan, pembahagian keuntungan dan pelan stok.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

120  TOPIK 6 SUMBER MANUSIA

Perkhidmatan Pekerja

Program-program bantuan pekerja, pemindahan pekerja dan perkhidmatan mendapatkan pekerjaan lain.

Pekerja dan Hubungan Komuniti/Masyarakat

Kajian sikap, hubungan pekerja, penerbitan, undang-undang buruh, disiplin dan mematuhi undang-undang.

Rekod Peribadi

Sistem maklumat dan rekod pekerja.

Keselamatan dan Kesihatan

Pengawasan keselamatan, kesihatan dan ujian kesihatan.

Perancangan Strategik

Pengurusan sumber manusia antarabangsa, ramalan, perancangan, gabungan dan pengambilalihan.

Sumber: Faizuniah Pangil, Aini hayati Mohamed, Daratul Ambia Che Mit, Khulida Kirana Yahya, Norazuwa Mat, Norsiah Mat. (2002). Pengurusan Sumber Manusia. McGraw-Hill (Malaysia) Sdn Bhd.

6.2

PERUNDANGAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

Perundangan dan pembangunan sumber manusia adalah suatu aspek yang penting bagi memastikan prosesnya berjalan lancar di dalam organisasi. Undang-undang akan memastikan proses berjalan seperti yang dikehendaki sementara pembangunan sumber manusia yang mampan dianggap penting kerana ia menyediakan tenaga kerja di dalam pengurusan sumber manusia. Tanpa adanya pekerja berkenaan, isu-isu pengurusan sumber manusia sukar untuk dilaksanakan.

6.2.1

Perundangan Sumber Manusia

Perundangan sumber manusia digubal untuk memastikan pekerja mendapat perhatian yang sewajarnya daripada majikan serta menjaga hak-hak pekerja supaya tidak ditindas. Selain itu juga, ia mengelakkan diskriminasi antara pekerja dan lain-lain. Antara bidang perundangan yang dititikberatkan dalam pengurusan sumber manusia adalah hubungan pekerja, pampasan dan faedah, kesihatan dan keselamatan dan peluang pekerjaan yang sama. (a)

Hubungan Pekerja Di Malaysia, Akta Kerja 1955 menyentuh hak pekerja yang menjadi tangungjawab majikan seperti standard minimum waktu kerja dan kerja lebih masa, cuti yang boleh diambil oleh pekerja, faedah-faedah bersalin, Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 6

SUMBER MANUSIA  121

penamatan kerja dan lain-lain. Akta ini juga meliputi perlindungan berkaitan dengan kebajikan pekerja serta perlindungan kepada pekerja wanita. Selain itu, akta ini juga menetapkan pekerjaan pekerja asing serta berkenaan dengan diskriminasi dan pemberhentian kerja. Selain dari akta kerja 1955, akta-akta yang berkaitan dengan hubungan pekerja adalah akta Majlis Penetapan Gaji 1947, Akta Cuti Mingguan 1950, Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda 1966, Akta Maklumat Pekerjaan 1953, Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 dan Akta Standard Minimum Perumahan dan Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990. (b)

Pampasan dan Faedah Antara akta yang membincangkan pampasan dan faedah ialah Akta Pampasan Pekerja 1952. Akta ini mula dikuatkuasakan di Semenanjung Malaysia pada 1953 dan di Sabah dan Sarawak pada tahun 1981. Ia dikuatkuasakan bagi sektor awam dan swasta. Antara yang terkandung di dalam akta ini adalah peruntukan tentang pembayaran pampasan kepada pekerja termasuk pekerja asing yang ditimpa kemalangan atau mendapat kecederaan yang serius semasa bekerja, membayar pampasan kepada tanggungan pekerja sekiranya pekerja terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan kematian di tempat kerja, memberi pampasan sekiranya pekerja menghadapi penyakit disebabkan kerja yang dilakukan dan penyakit tersebut boleh menyebabkan kematian. Selain itu, ia juga memperuntukkan wang pampasan dan ganti rugi atau perlindungan kepada pekerja selepas mereka bersara.

(c)

Kesihatan dan Keselamatan Bagi memupuk dan menggalakkan kesedaran tentang kesihatan di kalangan pekerja dan mewujudkan organisasi yang mempunyai langkahlangkah keselamatan dan kesihatan yang berkesan, kerajaan Malaysia telah menguatkuasakan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. Ia menggariskan peraturan berhubung kewajipan umum majikan, pengilang, pekerja, pekerja sendiri, pereka bentuk, pengimport dan pembekal. Walaubagaimanapun ia hanya dikuatkuasakan di sektor perkilangan, pelombongan dan penguraian, pembinaan, pertanian, perhutanan dan perikanan, kemudahan, pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi, perdagangan borong dan runcit, hotel dan restoran, kewangan, insurans, harta tanah dan perkhidmatan perniagaan, perkhidmatan awam dan pihak berkuasa berkanun.

(d)

Peluang Kerja yang Sama Diskriminasi adalah layanan tidak adil terhadap individu tertentu. Diskriminasi dalam pekerjaan berlaku apabila seseorang yang layak Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

122  TOPIK 6 SUMBER MANUSIA

diambil bekerja atau dinaikkan pangkat tidak mendapat hak tersebut disebabkan perkara yang tidak munasabah. Contohnya disebabkan oleh warna kulit, jantina, agama dan kepercayaan pekerja tersebut. Kerajaan Malaysia menentang sebarang bentuk penindasan dan diskriminasi terhadap pekerja kerana dasar kerajaan yang mengamalkan persamaan meliputi kesemua aspek pekerjaan tanpa mengira jantina, paras rupa serta agama dan kepercayaan. Dasar ini juga memberi penekanan bahawa semua pekerja mendapat hak sama seperti peluang latihan dan perkembangan kerjaya, bayaran yang sama untuk pekerjaan yang bersesuaian dengan kebolehannya. Selain itu, ia juga mengelakkan diskriminasi terhadap pekerja lama serta golongan yang kurang keupayaan fizikal dan mental.

6.2.2

Latihan, Pembangunan dan Disiplin Pekerja

Latihan bermaksud majikan memberi peluang kepada pekerja untuk meningkatkan prestasi dan membangunkan kemahiran bekerja.

Ini amat diperlukan supaya organisasi dapat berkembang dengan lebih baik supaya dapat menyaingi pesaing. Latihan bukan sahaja diperlukan oleh pekerja baru malahan pekerja yang sudah lama bekerja juga layak mendapat latihan bagi meningkatkan kualiti kerja ataupun membantu kenaikan pangkat. Ia lebih memfokuskan kepada sesuatu yang spesifik dan prestasi jangka pendek. Pembangunan bermaksud aktiviti-aktiviti yang direkabentuk oleh sesebuah organisasi secara terancang bagi memberi peluang kepada pekerja mempelajari kemahiran yang penting untuk pekerja di masa akan datang. Ia lebih memfokuskan kepada kaedah jangka panjang yang boleh memberi manfaat kepada pekerja dan organisasi. Disiplin bermaksud satu bentuk penguatkuasaan peraturan organisasi yang berkait rapat dengan salah laku. Pekerja yang berdisiplin ialah pekerja yang mempamerkan kelakuan yang baik seperti yang diminta oleh organisasi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 6

SUMBER MANUSIA  123

SEMAK KENDIRI 6.2 Nyatakan definisi latihan dan pembangunan sumber manusia organisasi.

AKTIVITI 6.2 1.

Bincangkan bagaimana latihan dan pembangunan meningkatkan prestasi dan kemahiran pekerja.

2.

Pada pendapat anda, adakah pihak majikan perlu menyediakan latihan dan pembangunan kepada pekerja? Mengapa?

6.3

dapat

PRINSIP-PRINSIP ISLAM DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Di dalam Islam, bagi memastikan pengurusan sumber manusia organisasi yang terbaik, terdapat beberapa prinsip yang perlu dipatuhi oleh pengurus semasa membuat keputusan berkaitan dengan sumber manusia organisasi. Di antara prinsip-prinsip tersebut adalah seperti berikut:

6.3.1

Amanah

Amanah adalah prinsip akauntabiliti kepada Allah. Dalam Islam, kehidupan dan segala sumbernya adalah amanah yang diberikan kepada manusia. Dalam mengurus sumber manusia, perlu berlaku amanah kepada organisasi, masyarakat, individu dan Allah. Oleh itu, sumber-sumber organisasi perlu dimanfaatkan secara paling beramanah tanpa menyebabkan sebarang kemudharatan kepada masyarakat dan persekitaran. Keperluan amanah ini ditegaskan dalam al-Quran melalui firman Allah yang bermaksud:

4 ÉΑô‰yèø9$$Î/ (#θßϑä3øtrB βr& Ĩ$¨Ζ9$# t⎦÷⎫t/ ΟçFôϑs3ym #sŒÎ)uρ $yγÎ=÷δr& #’n<Î) ÏM≈uΖ≈tΒF{$# (#ρ–Šxσè? βr& öΝä.ããΒù'tƒ ©!$# ¨βÎ) * ∩∈∇∪ #ZÅÁt/ $Jè‹Ïÿxœ tβ%x. ©!$# ¨βÎ) 3 ÿ⎯ÏμÎ/ /ä3ÝàÏètƒ $−ΚÏèÏΡ ©!$# ¨βÎ) „Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

124  TOPIK 6 SUMBER MANUSIA

menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.‰

6.3.2

Mengamalkan Syura

Bagi memastikan sesuatu urusan dalam pengurusan sumber manusia dapat dijalankan dengan cekap dan berkesan dan tidak mendatangkan rungutan kepada pekerja-pekerja yang lain sebaik-baiknya ia perlu diputuskan dengan jalan perundingan. Islam menjadikan syura (permesyuaratan) sebagai peraturan untuk meneliti dan menilai pendapat orang lain serta menyatukan pendapat sebelum sesuatu keputusan dipersetujui untuk dilaksanakan. Firman Allah dalam surah al-Syura (42:38):

∩⊂∇∪ tβθà)ÏΖムöΝßγ≈uΖø%y—u‘ $£ϑÏΒuρ öΝæηuΖ÷t/ 3“u‘θä© öΝèδãøΒr&uρ nο4θn=¢Á9$# (#θãΒ$s%r&uρ öΝÍκÍh5tÏ9 (#θç/$yfGt ó™$# t⎦⎪Ï%©!$#uρ „Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang Yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang Dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa Yang Kami beri kepadanya.‰ Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh At-Tabrani, Rasullulah telah bersabda yang bermaksud:

„Sesiapa yang hendak melakukan sesuatu urusan umat Islam hendaklah bermesyuarat nescaya Allah akan memberi taufiq bagi memperelokkan urusan mereka.‰ Melalui mesyuarat majikan akan dapat mendengar pandangan dari semua pihak sebelum sesuatu keputusan diambil khususnya yang berkaitan soal pemilihan pekerja. Ini akan mengurangkan risiko untuk membuat keputusan pemilihan yang salah dan berkemungkinan akan menjejaskan prestasi organisasi. Islam mewajibkan amalan syura dalam menyelesaikan masalah berkaitan dengan kehidupan organisasi seperti firman Allah s.w.t di dalam Surah al-Imran (3:159), yang bermaksud:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 6

SUMBER MANUSIA  125

öΝåκ÷]tã ß#ôã$$sù ( y7Ï9öθym ô⎯ÏΒ (#θ‘ÒxΡ]ω É=ù=s)ø9$# xá‹Î=xî $ˆàsù |MΨä. öθs9uρ ( öΝßγs9 |MΖÏ9 «!$# z⎯ÏiΒ 7πyϑômu‘ $yϑÎ6sù ∩⊇∈®∪ t⎦,Î#Ïj.uθtGßϑø9$# =Ïtä† ©!$# ¨βÎ) 4 «!$# ’n?tã ö≅©.uθtGsù |MøΒz•tã #sŒÎ*sù ( ÍöΔF{$# ’Îû öΝèδö‘Íρ$x©uρ öΝçλm; öÏøótGó™$#uρ „Maka Dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu Wahai Muhammad), Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan Yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah Dengan mereka Dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila Engkau telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertawakal kepadaNya.‰ Setiap pengurus perlu sedar bahawa syura adalah kaedah berkesan dalam menyelesaikan sebarang masalah dalam organisasi. Hasil syura juga menunjukkan kemajuan kualiti kerja serta dapat meningkatkan mutu dan hasil kerja dalam organisasi. Dalam banyak hal penyelesaian melalui syura mampu mengelak daripada berlakunya konflik, kekecewaan dan salah faham mengenai sesuatu isu. Mengenai keutamaan amalan syura Rasulullah s.a.w. pernah bersabda sebagaimana berikut: „Orang-orang yang bersyura tidak akan menyesal dan orang-orang yang

beristikharah tidak akan menyesal.‰

6.3.3

Keadilan

Untuk mencapai matlamat utama pengurusan sumber manusia pengurus perlu bertindak dengan adil dalam semua perkara sama ada selari dengan ketetapan prosedur, pengagihan sumber dan juga tanggungjawab yang perlu diberikan kepada pekerja. Antara keadilan yang dituntut dalam Islam semasa melaksanakan fungsi pengurusan sumber manusia ialah bebas daripada ketidakadilan, tidak mengamalkan nepotisme, kronisme, prejudis dan stereotaip. Ini bermakna pengurus perlu memberi memberi layanan yang sama rata kepada semua pekerja tanpa sikap pilih kasih. Hukum syarak mewajibkan pengurus menegakkan keadilan tidak kira dalam apa jua situasi dan tempat. Allah s.w.t. berfirman dalam Surah an-Nisa (4:58) yang bermaksud:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

126  TOPIK 6 SUMBER MANUSIA

4 ÉΑô‰yèø9$$Î/ (#θßϑä3øtrB βr& Ĩ$¨Ζ9$# t⎦÷⎫t/ ΟçFôϑs3ym #sŒÎ)uρ $yγÎ=÷δr& #’n<Î) ÏM≈uΖ≈tΒF{$# (#ρ–Šxσè? βr& öΝä.ããΒù'tƒ ©!$# ¨βÎ) * ∩∈∇∪ #ZÅÁt/ $Jè‹Ïÿxœ tβ%x. ©!$# ¨βÎ) 3 ÿ⎯ÏμÎ/ /ä3ÝàÏètƒ $−ΚÏèÏΡ ©!$# ¨βÎ) „Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan Segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum Dengan adil. Sesungguhnya Allah Dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran Yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.‰ Seterusnya dalam Surah al-AÊraf (7:29), Allah s.w.t. telah berfirman:

$yϑx. 4 t⎦⎪Ïe$!$# ã&s! š⎥⎫ÅÁÎ=øƒèΧ çνθãã÷Š$#uρ 7‰Éfó¡tΒ Èe≅à2 y‰ΖÏã öΝä3yδθã_ãρ (#θßϑŠÏ%r&uρ ( ÅÝó¡É)ø9$$Î/ ’În1‘u zsΔr& ö≅è% ∩⊄®∪ tβρߊθãès? öΝä.r&y‰t/ „Katakanlah: Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada Segala perkara), dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) Dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan sembahyang, dan Beribadatlah Dengan mengikhlaskan amal ugama kamu kepadanya semata-mata; (kerana) sebagaimana ia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepadaNya).‰ Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang maksudnya :

„Orang yang paling dicintai Allah s.w.t. pada hari kiamat dan amat dekat kedudukannya di sisi Allah s.w.t. adalah pemimipin yang adil. Dan orang yang paling dibenci Allah s.w.t. pada hari kiamat dan amat jauh kedudukannya dari Allah s.w.t. adalah pemimpin yang zalim‰. Sekiranya seseorang pengurus itu berlaku adil terhadap pekerjanya, tidak akan timbul perasaan tidak puas hati kerana mereka beranggapan tiada diskriminasi di antara mereka. Ini akan menyebabkan pekerja bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh kerana yakin akan mendapat ganjaran yang adil daripada organisasi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 6

6.3.4

SUMBER MANUSIA  127

Persamaan

Di dalam Islam konsep persamaan adalah penting, tambahan pula dalam organisasi. Semua manusia adalah sama di sisi Allah s.w.t. tanpa perbezaan warna kulit, paras rupa dan kedudukan tetapi yang membezakan seseorang dengan yang lain adalah ketakwaan mereka kepada Allah s.w.t. Oleh itu, prinsip ini perlu diamalkan sepenuhnya dalam mengurus sumber manusia. Ini kerana pengurusan mestilah mengambil kira pendapat yang dikemukakan oleh para pekerja mereka tanpa mengambil kira kedudukan mereka dalam organsisasi. Semasa membuat sebarang keputusan terdapat empat situasi di mana persamaan dituntut dalam Islam: (a)

Persamaan dari segi undang-undang dan peraturan;

(b)

Persamaan hak di dalam mendapatkan pengagihan ganjaran dan tugas berdasarkan ;

(c)

Kebolehan setiap pekerja;

(d)

Persamaan untuk bersuara dan menyatakan pendapat; dan

(e)

Persamaan di dalam memberi peluang kepada pekerja untuk memajukan kerjaya.

Allah berfirman di dalam al-Quran yang menegaskan bahawa Ia sangat suka kepada orang yang berjuang laksana satu barisan yang sama sebagai firmannya dalam Surah al-Saff (61:4):

∩⊆∪ ÒÉθß¹ö¨Β Ö⎯≈uŠ÷Ψç/ Οßγ¯Ρr(x. $y|¹ ⎯Ï&Î#‹Î6y™ ’Îû šχθè=ÏG≈s)ムš⎥⎪Ï%©!$# =Ïtä† ©!$# ¨βÎ) „Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berperang untuk membela ugamaNya, Dalam barisan Yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan Yang tersusun kukuh.‰

6.3.5

Kebebasan

Mengikut Islam manusia berhak bersuara bagi menyatakan rasa ketidakpuasan hati kepada pengurus. Kebebasan bersuara dibenarkan selagi ia tidak menyalahi syariat seperti yang ditetapkan dalam Islam. Jadi, semasa berinteraksi dengan pekerja, mereka hendaklah diberi kebebasan untuk menyatakan pandangan, rasa ketidakpuasan hati dan memberi maklum balas terhadap kesukaran yang dihadapi semasa melaksanakan tugas. Pengurus perlu sedar kebebasan yang diberikan kepada pekerja akan membolehkan mereka menjadi lebih kreatif, Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

128  TOPIK 6 SUMBER MANUSIA

inovatif dan peka terhadap sebarang permasalahan yang dihadapi semasa melaksanakan tanggungjawab.

6.3.6

Bekerjasama

Islam mengutamakan kerjasama dan saling tolong-menolong dalam pelaksanaan tugas dan tanggungjawab. Sungguhpun begitu kerjasama yang boleh diberikan hanyalah dalam melakukan kebaikan (amal maÊruf) tidak sekali-kali dalam melakukan kerosakan (nahi mungkar). Di samping itu, Islam menggalakkan kegiatan saling bantu membantu dalam usaha untuk mencapai keredaan Allah s.w.t. sebagaimana yang telah dijelaskan dalam Surah al-Maidah ( 5:2).

Iωuρ y‰Íׯ≈n=s)ø9$# Ÿωuρ y“ô‰oλù;$# Ÿωuρ tΠ#tptø:$# töꤶ9$# Ÿωuρ «!$# uÈ∝¯≈yèx© (#θ=ÏtéB Ÿω (#θãΖtΒ#u™ t⎦⎪Ï%©!$# $pκš‰r'¯≈tƒ Ÿωuρ 4 (#ρߊ$sÜô¹$$sù ÷Λä⎢ù=n=ym #sŒÎ)uρ 4 $ZΡ≡uθôÊÍ‘uρ öΝÍκÍh5§‘ ⎯ÏiΒ WξôÒùs tβθäótGö6tƒ tΠ#tptø:$# |MøŠt7ø9$# t⎦⎫ÏiΒ!#u™ (#θçΡuρ$yès?uρ ¢ (#ρ߉tG÷ès? βr& ÏΘ#tptø:$# ωÉfó¡yϑø9$# Ç⎯tã öΝà2ρ‘‰|¹ βr& BΘöθs% ãβ$t↔oΨx© öΝä3¨ΖtΒÌøgs† ߉ƒÏ‰x© ©!$# ¨βÎ) ( ©!$# (#θà)¨?$#uρ 4 Èβ≡uρô‰ãèø9$#uρ ÉΟøOM}$# ’n?tã (#θçΡuρ$yès? Ÿωuρ ( 3“uθø)−G9$#uρ ÎhÉ9ø9$# ’n?tã ∩⊄∪ É>$s)Ïèø9$# „Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ingat halal membuat sesuka hati mengenai syiar-syiar ugama Allah, dan mengenai bulan-bulan yang dihormati, dan mengenai binatang-binatang yang dihadiahkan (ke Makkah untuk korban), dan mengenai kalong-kalong binatang hadiah itu, dan mengenai orang-orang yang menuju ke Baitullah al-Haraam, yang bertujuan mencari limpah kurnia dari Tuhan mereka (dengan jalan perniagaan) dan mencari keredaanNya (dengan mengerjakan Ibadat Haji di tanah Suci); dan apabila kamu telah selesai dari ihram maka bolehlah kamu berburu. dan jangan sekali-kali kebencian kamu kepada suatu kaum kerana mereka pernah menghalangi kamu dari Masjid Al-Haraam itu - mendorong kamu menceroboh. dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. dan bertaqwalah kepada Allah, kerana Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa Yang melanggar perintahNya).‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 6

SUMBER MANUSIA  129

Dalam konteks pengurusan sumber manusia kerjasama sepatutnya meliputi perkara-pekara seperti menyediakan program latihan, memberi bimbingan, saling membantu, menghormati dan patuh kepada kepimpinan, polisi, peraturan dan undang-undang yang selaras dengan tuntutan Islam. Islam melarang keras falsafah tujuan menghalalkan cara kerana ia boleh menyebabkan berlaku penindasan terhadap pekerja, memanipulasi, vandalisme terhadap aset organisasi dan mengambil tindakan yang membelakangkan nilai moral dan etika.

6.3.7

Asas Pemilihan Dalam Islam

Aktiviti pemilihan pekerja merupakan satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh pengurus dengan penuh berhati-hati. Islam memberi garis panduan yang jelas bagi memilih para pekerja dan bagaimana ia dilakukan. Antara asas yang perlu diguna pakai dalam pemilihan pekerja mengikut perspektif Islam adalah: (a)

Pertimbangan Ilmu Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: „Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya‰ (Riwayat oleh Bukhari) Berdasarkan hadis ini, Islam telah menetapkan bahawa pemilihan individu untuk menjawat sesuatu jawatan tertentu perlu berlandaskan kebolehan dan kemampuan individu untuk melaksanakan tugas tersebut. Bukan sahaja ilmu duniawi tapi ilmu akhirat juga perlu dimiliki oleh setiap individu kerana ilmu duniawi yang yang diperoleh membolehkan pekerja tersebut menjalankan kerjanya dengan baik untuk kepentingan orang lain manakala ilmu akhirat akan membolehkannya menyedari hakikat penciptanya. Bagi membolehkan sesuatu pekerjaan dijalankan dengan sempurna, seseorang calon perlu mempunyai pengetahuan bukan sahaja ilmu duniawi malahan juga ilmu akhirat. Ilmu keduniaan yang diperolehi akan membolehkan calon pekerja tersebut menjalankan kerjanya dengan baik untuk kepentingan manusia lain. Manakala ilmu akhirat akan membolehkannya menyedari hakikat penciptanya.

(b)

Berkebolehan Di samping berilmu, seseorang calon yang baik perlu mempunyai kebolehan dalam menjalankan tugas yang diamanahkan. Seseorang calon hanya akan mempunyai kebolehan setelah menjalani latihan dengan tekun. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

130  TOPIK 6 SUMBER MANUSIA

Latihan yang diperolehnya akan menjadikannya lebih berkemahiran dan berpengetahuan dan dapat menjalankan tugas dengan baik dan mudah. Pengalaman yang dikumpul oleh pekerja memerlukan kesabaran dan ketekunan yang tinggi. Di samping mempunyai ilmu pengetahuan, seseorang calon pekerja yang baik perlu mempunyai kebolehan dalam menjalankan tugas yang diamanahkan. Seseorang calon pekerja yang baik hanya akan mempunyai kebolehan untuk melaksanakan sesuatu tugas setelah menjalani latihan yang tekun. Latihan yang diperolehi akan menjadikan seseorang itu berkemahiran dan berpengetahuan dan dapat mengendalikan tugas tersebut dengan lebih mudah. Pengalaman yang dikumpul oleh seseorang pekerja memerlukan kesabaran dan ketekunan sepertimana yang pernah dialami oleh nabi Allah Yusuf a.s. Pengalaman nabi Yusuf dalam menjalani pelbagai ujian hidup dengan cubaan dibunuh oleh saudara-maranya, dipisahkan dari ayah kandungnya dan dipenjarakan atas perbuatan fitnah, telah membolehkan beliau menjadi seorang yang tabah untuk memikul amanah yang dipertanggungjawabkan ke atasnya dengan sempurna. Kehidupan beliau semasa remaja penuh dengan dugaan seperti yang telah diperjelaskan oleh Allah dalam surah Yusuf telah melengkapkan beliau dengan pelbagai ilmu serta kebolehan. Kebolehan ini meletakkan beliau pada martabat yang tinggi sehingga dilantik menjadi bendaharawan negara. Peristiwa ini telah dinyatakan oleh Allah s.w.t. dalam Surah Yusuf (12:54-55), yang bermaksud:

$uΖ÷ƒt$s! tΠöθu‹ø9$# y7¨ΡÎ) tΑ$s% …çμyϑ¯=x. $£ϑn=sù ( ©Å¤øuΖÏ9 çμóÁÎ=÷‚tGó™r& ÿ⎯ÏμÎ/ ’ÎΤθçGø$# à7Î=yϑø9$# tΑ$s%uρ ∩∈∈∪ ÒΟŠÎ=æ t îáŠÏym ’ÎoΤÎ) ( ÇÚö‘F{$# È⎦É⎩!#t“yz 4’n?tã ©Í_ù=yèô_$# tΑ$s% ∩∈⊆∪ ×⎦⎫ÏΒr& î⎦⎫Å3Βt „Dan (setelah mendengar pengakuan perempuan-perempuan itu), raja berkata: „Bawalah Yusuf kepadaku, Aku hendak menjadikan Dia orang yang khas untuk Aku bermesyuarat dengannya. setelah (Yusuf dibawa mengadap, dan raja) berkata-kata dengannya (serta mengetahui kebijaksanaannya) berkatalah raja kepadanya: „Sesungguhnya Engkau pada hari ini (Wahai Yusuf), seorang yang berpangkat tinggi, lagi dipercayai di kalangan Kami „.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 6

SUMBER MANUSIA  131

Yusuf berkata: „Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir); Sesungguhnya Aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya‰. (c)

Amanah Seseorang pekerja yang dipilih majikan untuk sesuatu jawatan bukan sahaja akan membawa imej dirinya tetapi juga imej kepada organisasi majikannnya. Pekerja yang beramanah akan menjadi contoh dan ikutan serta berupaya membimbing dan memimpin pekerja lain. Bukti betapa pentingnya sifat amanah telah diperlihatkan dalam pemilihan nabi Muhamad s.a.w. oleh Siti Khadijah sebagai pekerjanya untuk membawa barang dagangan untuk diniagakan di Syam. Lantaran sifat amanah nabi Muhammad s.a.w. berjaya memikat Khadijah untuk mengambil beliau sebagai pekerjanya dan kemudiannya melamar baginda. Dalam sebuah hadis, Rasulullah bersabda yang bermaksud:

„Seseorang hamba yang dipercayakan Allah memimpin rakyatnya, tetapi dia menipu rakyat, maka jika dia mati, Allah mengharamkan syurga baginya.‰ (Diriwayatkan oleh Muslim) Berhubung dengan sifat amanah, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: „Ia pemimpin adalah amanah. Dihari kiamat ia menjadi punca

kehinaan dan penyesalan, kecuali mereka yang mengambilnya dengan haknya (yakni cukup syarat-syarat dan menunaikan kewajipan yang terkandung di dalamnya.‰ (Diriwayatkan oleh Muslim) Dengan mempunyai pekerja yang amanah, majikan tidak perlu bimbang kemungkinan berlaku penyalahgunaan kuasa serta penglibatan pekerja dalam perkara maksiat. (d)

Beriman Asas pemilihan pekerja mestilah berdasarkan keimanan dan ketaqwaan pekerja terhadap penciptaNya. Namun begitu Islam tidak melarang seseorang pengurus mengambil pekerja bukan Muslim asalkan mereka mempunyai kelayakan dan budi pekerti yang baik. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: „Orang yang beriman itu apabila membuat sesuatu pekerjaan, ia membuatnya dengan penuh teliti.‰ (Riwayat Bukhari).

(e)

Taat Sesebuah organisasi hanya akan berfungsi dengan berkesan sekiranya pekerja yang berada di dalam organisasi tersebut mempunyai perasaan kepunyaan dan memberikan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada organisasi, di samping itu, keberkesanan sesuatu organisasi bergantung Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

132  TOPIK 6 SUMBER MANUSIA

kepada corak perhubungan di antara pekerja dengan pengurus. Corak perhubungan yang erat antara pekerja dan pengurus adalah jaminan utama kepada kejayaan sesebuah organisasi. Islam telah menggariskan bahawa pekerja yang baik wajib mematuhi arahan pengurus selagi tidak bercanggah dengan hukum-hukum Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t dalam Surah an-Nisa (4:59) yang bermaksud:

βÎ*sù ( óΟä3ΖÏΒ ÍöΔF{$# ’Í<'ρé&uρ tΑθß™§9$# (#θãè‹ÏÛr&uρ ©!$# (#θãè‹ÏÛr& (#þθãΨtΒ#u™ t⎦⎪Ï%©!$# $pκš‰r'¯≈tƒ 4 ÌÅzFψ$# ÏΘöθu‹ø9$#uρ «!$$Î/ tβθãΖÏΒ÷σè? ÷Λä⎢Ψä. βÎ) ÉΑθß™§9$#uρ «!$# ’n<Î) çνρ–Šãsù &™ó©x« ’Îû ÷Λä⎢ôãt“≈uΖs? ∩∈®∪ ¸ξƒÍρù's? ß⎯|¡ômr&uρ ×öyz y7Ï9≡sŒ „Wahai orang-orang yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada „Ulil-Amri‰ (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantahbantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.„ (f)

Kuat fizikal Bagi memastikan sesuatu pekerjaan dapat dijalankan dengan sempurna, keupayaan fizikal seseorang pekerja untuk mengendalikan sesuatu tugas adalah amat diperlukan. Islam telah menetapkan bahawa seseorang calon yang hendak diberikan pekerjaan mestilah mempunyai tubuh badan yang sihat dan kuat. Allah telah berfirman dalam Surah al-Qashash (28:26) yang bermaksud:

∩⊄∉∪ ß⎦⎫ÏΒF{$# ‘“Èθs)ø9$# |Nöyfø↔tGó™$# Ç⎯tΒ uöyz χÎ) ( çνöÉfø↔tGó™$# ÏMt/r'¯≈tƒ $yϑßγ1y‰÷nÎ) ôMs9$s% „Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: „Wahai ayah, ambilah Dia memjadi orang upahan (mengembala kambing kita), Sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah‰. Persoalan kuat di sini bukan sahaja merujuk kepada keperluan untuk mempunyai tubuh badan yang sihat semata-mata tetapi juga dari Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 6

SUMBER MANUSIA  133

kemampuan mental untuk menanggung amanah yang akan diberikan. Rasulullah s.a.w. sendiri sangat berhati-hati dalam melaksanakan pemilihan seseorang calon untuk menjalankan tugasan yang akan dipertanggungjawabkan. Pemilihan tersebut perlu dilakukan secara teliti bagi memastikan calon tersebut bukan sahaja dapat mematuhi perintah Allah serta dapat mengelakkan diri dari aktiviti rasuah dan kegiatan yang tidak bermoral. Penelitian Rasulullah terhadap aktiviti pemilihan, terbukti dalam peristiwa permintaan Abu Zar untuk mendapatkan jawatan. „Abu Zar Al-Ghaffari

meriwayatkan, saya berkata kepada Rasulullah s.a.w. Tidakkah Tuan hendak melantik saya untuk mengetuai sesuatu urusan? Rasulullah menepuk bahu saya dan berkata „Wahai Abu Zar, engkau adalah lemah sedangkan pemimpin itu suatu amanah. Di hari kiamat ia adalah kehinaan dan penyesalan, melainkan mereka yang mengambilnya dengan hak dan menunaikan kewajipan yang ditentukan didalamnya.‰ (Diriwayatkan oleh Muslim)

SEMAK KENDIRI 5.1 1.

Apakah prinsip Islam dalam pengurusan sumber manusia?

2.

Bagaimana pemilihan pekerja dibuat mengikut prinsip Islam?

3.

Pada pandangan anda, apakah kaitan saringan jasmani dalam pengambilan pekerja?



Perancangan sumber manusia adalah proses penyemakan semula keperluan sumber manusia di dalam organisasi bagi memastikan bilangan pekerja dan kemahiran tersedia apabila diperlukan.



Dari perspektif Islam, ilmu pengurusan sumber manusia tergolong di dalam ilmu fardhu kifayah.



Ilmu pengurusan sumber manusia yang telah dibuat dan difikirkan oleh sarjana pengurusan di seluruh dunia dianggap boleh diterima jika ia sesuai dengan prinsip kehidupan Muslim bagi kebaikan hidup di dunia dan di akhirat.



Perancangan melibatkan masa depan organisasi. Tanpa sistem perancangan yang baik dan teratur pastinya masa depan organisasi tidak akan menentu. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

134  TOPIK 6 SUMBER MANUSIA



Terdapat banyak prinsip Islam dalam pengurusan sumber manusia.



Prinsip Islam boleh dirujuk kepada ayat al-Quran, hadis, ijmak ulamak, amalan sahabat dan kisah-kisah silam serta akal fikiran yang sempurna. Islam mengiktiraf hasil buah fikiran asalkan ia dapat memberi kebaikan kepada semua dan tidak bertentangan dengan Quran dan hadis.

Akta Amanah Kuat jasmani Latihan sumber manusia Pembangunan

Pemilihan Perancangan Syura Undang-undang

Ad. Wahab Mat, Azahari Ramli, Sharol Aman Ahmad, Abu Mansor Ahmad. (2007). Pengurusan. McGraw-Hill (Malaysia) Sdn.Bhd. Bohlander, Snell & Sherman. (2001). Managing human resources (12th Ed.). South-Western College Publishing: Cincinnati, Ohio. Faizuniah Pangil, Aini Hayati Mohamed, Daratul Ambia Che Mit, Khulida Kirana Yahya, Norazuwa Maat, Norsiah Mat. (2002). Pengurusan sumber manusia. McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd. Faridahwati Mohd. Samsudin, Md. Lazim Mohd. Zin, Zuraida Hassan, Hadziroh Ibrahim, Chandrakantan Subramaniam, Ghazali Din, Mohamad Ismandi wasli, Edora Ismail (2006). Pengurusan sumber manusia di Malaysia. McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd. Harold Koontz & Heinz Weirich. (1999). Principles of management. New York: McGraw-Hill. Ivanacevish, J. (2000). Human resource management (7 ed.). Mc Graw Hill. Muhammad al-Buraey. (1992). Administrative development: An Islamic perspective. United Kingdom: Islamic Publisher. Mustafa Haji Daud. (1994). Pengurusan Islam. K.Lumpur: Utusan Publications & Distributions. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 6

SUMBER MANUSIA  135

P.S. Lewis, S.H Goodman, and P.M. Fandt. (2004). Management: Challenges for tomorrowÊs leaders, Ohio: Thomson South-Western. Rue, L.W dan Byars, L.L. (2005). Management theory and application, Illinois: Richard D. Irwin Inc. Stoner, James A.F Stoner & Charles Wienkel. (2000). Management. Prentice Hall, New Jersey: Inc., Englewood Cliff. Taylor, Frederick Winston. (1978). Principles of Scientific Management, New York: Harper & Row. ÂAbd al-Karim. (1984). al-Madkhal al-Islamiyyah, Baghdad: MatbaÊah al-ÂAini.

Zaydan,

li

al-Dirasah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

al-Syariah

Topik  Kepimpinan

7

HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

p

1.

Menerangkan secara umum definisi kepimpinan;

2.

Mengenal pasti fungsi kepimpinan;

3.

Mengenal pasti ciri-ciri kepimpinan;

4.

Membandingkan hubungan kewajipan pengikut; dan

5.

Mengaplikasikan sifat-sifat model berteraskan pemimpin.

antara

kewajipan

pemimpin

dan

 PENGENALAN Kepimpinan berasal dari perkataan pemimpin yang bermaksud orang yang berada di hadapan dan mempunyai pengikut. Kepimpinan amat diperlukan dalam sesebuah kumpulan atau organisasi supaya ada pihak yang menyusun dan mengatur segala urusan bagi mencapai tujuan tertentu. Dengan adanya seorang pemimpin, setiap keputusan atau tindakan yang akan diambil oleh kumpulan tersebut dapat dibincangkan bersama. Seterusnya, dengan kepercayaan yang diberikan kepada pemimpin, sesuatu keputusan yang dibuat akan dihormati dan ini menjamin kepentingan semua pihak supaya terpelihara. Di dalam Islam kepimpinan amat ditekankan seperti sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

„Jika tiga orang keluar bermusafir, hendaklah salah seorang daripada mereka dilantik menjadi ketua.‰ Walaupun hanya tiga orang, keperluan melantik seorang ketua amat ditekankan, apatah lagi dalam masyarakat mahupun kumpulan atau organisasi, pasti memerlukan seorang ketua untuk menjaga kepentingan mereka. Namun, dengan Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 7 KEPIMPINAN  137

adanya kuasa ketua atau pemimpin, tidaklah bermakna seseorang yang memegang jawatan itu boleh bertindak sesuka hati. Sebaliknya beliau terikat dengan peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh Islam. Seseorang pemimpin haruslah memerintah atau mengurus berlandaskan syura yang mana segala keputusan diambil melalui suara ramai. Justeru itu, orang Islam diwajibkan menurut dan mematuhi perintah yang dikeluarkan oleh seseorang pemimpin selagi tidak bertentangan dengan syarak seperti contoh perintah untuk membuat maksiat. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

„Tidak ada taat kepada pemimpin bagi membuat maksiat kepada Pencipta.‰

7.1

FUNGSI KEPIMPINAN

Huraian yang dibuat oleh John C. Maxwell di dalam bukunya Becoming A Person of Influence berkaitan dengan soal kepimpinan. Kepimpinan adalah salah satu cara mengaplikasikan pengaruh berikut: (a)

Keperibadian (Personhood)

(b)

Pembangunan manusia (People development)

(c)

Pengeluaran (Production)

(d)

Kebenaran (Permission)

(e)

Kedudukan (Position)

Kepimpinan yang paling lemah adalah kepimpinan yang hanya bergantung kepada kuasa dan jawatan. Pemimpin seperti ini sentiasa berada di dalam keadaan tidak tenteram dan tidak selamat dan beliau akan menggunakan sepenuh keupayaan yang ada untuk mempertahankan kedudukannya lebih daripada usaha membangunkan dirinya sendiri sebagai seorang pemimpin. Lazimnya, kepimpinan bermula dengan kedudukan dan jawatan (position). Jawatan dan kuasa merupakan lesen yang memudahkan laluan seseorang berperanan. Akan tetapi, itu hanya sebagai pengiktirafan kepada kualiti asasnya sebagai ketua dan pemimpin. Justeru itu, ia mestilah ditingkatkan ke tahap yang lebih tinggi. Apabila seseorang ketua berjaya memperlihat kewibawaan pada dirinya, maka pengikut akan mula membenarkan diri mereka dipimpin dan diterajui oleh ketua tersebut. Inilah yang dimaksudkan dengan tahap

„permission‰. Untuk membolehkan kumpulan atau organisasi tersebut maju setahap lagi ke peringkat „production‰, pengikut mungkin akan membenarkan seorang ketua melaksanakan lebih dari skop kerjanya. Pengikut akan bertanya lebih dari soal Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

138  TOPIK 7 KEPIMPINAN

kerja dan meminta pandangan tentang satu dua masalah peribadi. Kerjasama di antara pemimpin dengan mereka yang dipimpin boleh menghasilkan kerja mereka dengan lebih produktif. Jika seorang pemimpin bergaul baik dengan pengikutnya, beliau berjaya memberikan impak dan mengubah kehidupan pengikutnya kepada yang lebih baik, maka kepimpinannya sudah berada di tahap yang keempat iaitu „people development‰. Pemimpin yang berada ditahap ini akan membantu pengikutnya membangunkan potensi diri. Akan tetapi, seseorang pemimpin yang benar-benar cemerlang adalah pemimpin yang berjaya sampai ke peringkat kelima iaitu „personhood‰. Kepimpinannya bukan hanya memberi kesan kepada soal taraf kehidupan pengikut atau kejayaan karier mereka, malah berjaya membentuk pengikutnya menjadi insan yang cemerlang hasil pengaruh dirinya sendiri ke atas mereka yang dipimpin. Ianya amat sukar dicapai, kecuali jika seseorang itu menghabiskan seluruh umurnya untuk membangunkan manusia untuk mencapai potensi terbaik mereka.

7.1.1

Fungsi Kepimpinan dalam Organisasi

Kepimpinan yang berwibawa akan menghasilkan pengurusan dan pentadbiran yang cekap yang mampu menyumbang kepada kejayaan sesebuah organisasi. Para pemimpin memegang peranan yang penting di dalam membantu organisasi untuk mencapai objektif masing-masing. Dengan melakukan tugas-tugas seperti merancang, mengelola, mengambil dan melatih para pekerja serta mengawal, pengurus akan memperoleh keputusan. Tetapi, keputusan itu tidak mungkin sampai pada tahap yang tinggi pencapaiannya sekiranya pengurus tidak memimpin secara berkesan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 7 KEPIMPINAN  139

Rajah 7.1 menunjukkan hubungan kepimpinan kepada organisasi.

Rajah 7.1: Hubungan kepimpinan kepada organisasi

Apabila berbicara mengenai kepimpinan, Islam menentukan bahawa bidangnya amat luas. Semakin tinggi bidang kepimpinannya semakin besar tanggungjawab. Pemimpin tidak hanya memimpin di dalam sesebuah negara, malah pemimpin dalam Islam merupakan orang yang diberi tanggungjawab untuk mengendalikan sesuatu urusan. Oleh disebabkan setiap orang mempunyai tanggungjawab ini, maka setiap orang mempunyai peranan memimpin. Contohnya, seorang bapa perlu memimpin keluarganya, maka ia merupakan pemimpin kepada keluarganya. Begitu juga seorang ketua negara yang diberi tugas untuk memimpin rakyat di negaranya, maka ia merupakan pemimpin kepada rakyatnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

140  TOPIK 7 KEPIMPINAN

Dalam al-Quran terdapat beberapa istilah yang dapat diertikan sebagai pemimpin atau secara tidak langsung berkait dengan kepimpinan, antaranya: (a)

Imam Satu jawatan yang berperanan sebagai penunjuk jalan kepada sesuatu arah atau tempat atau memimpin dengan menunjuk contoh di mana imam mesti melaksanakan segalanya lebih awal dari orang yang dipimpin.

(b)

Khalifah Khalifah merupakan pentadbir, penguasa, pengatur dan pemakmur yang bertanggungjawab mengatur kehidupan manusia di bumi berdasarkan kepada wahyu dan syariat Allah supaya kehidupan manusia itu teratur dan mempunyai tujuan hidup yang suci untuk mencapai keredhaan Allah. Manusia sebagai khalifah merupakan wakil Allah di bumi dan berkewajipan mendirikan institusi kepimpinan yang diredhai oleh Allah.

(c)

Amir al-Mukminin Merupakan suatu jawatan atau kedudukan dalam kepimpinan yang bermaksud sebagai memberi arahan, pemberi tugas, pemerintah atau mengamanahkan seseorang dengan tugas. Dalam sejarah Islam, Amir alMukminin merupakan pemerintah masyarakat atau ketua negara Islam.

(d)

Uli al-Amri Merupakan suatu jawatan atau kedudukan di dalam kepimpinan yang menjalankan tugas dan amanah unutk mentadbir dan mengendalikan urusan dunia sesuai dengan syariat Allah. Oleh sebab itu, menjadi kewajipan kepada rakyat mematuhi apa yang diperintahkan oleh Uli alAmri sebagaimana firman Allah dalam Surah an-NisaÊ (4:59) yang bermaksud:

βÎ*sù ( óΟä3ΖÏΒ ÍöΔF{$# ’Í<'ρé&uρ tΑθß™§9$# (#θãè‹ÏÛr&uρ ©!$# (#θãè‹ÏÛr& (#þθãΨtΒ#u™ t⎦⎪Ï%©!$# $pκš‰r'¯≈tƒ 4 ÌÅzFψ$# ÏΘöθu‹ø9$#uρ «!$$Î/ tβθãΖÏΒ÷σè? ÷Λä⎢Ψä. βÎ) ÉΑθß™§9$#uρ «!$# ’n<Î) çνρ–Šãsù &™ó©x« ’Îû ÷Λä⎢ôãt“≈uΖs? ∩∈®∪ ¸ξƒÍρù's? ß⎯|¡ômr&uρ ×öyz y7Ï9≡sŒ „Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. kemudian jika kamu berbantahbantah (berselisihan) Dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 7 KEPIMPINAN  141

mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.‰ Selain itu, terdapat juga istilah yang dipakai membawa maksud yang berkaitan dengan kepimpinan dalam sesuatu kumpulan seperti Mursyid (penunjuk), Syeikh (ketua) dan Murabbi (pendidik).

SEMAK KENDIRI 7.1 1.

Nyatakan fungsi kepimpinan.

2.

Bagaimanakah fungsi kepimpinan berhubung dengan organisasi?

3.

Berikan istilah lain yang dapat diertikan sebagai pemimpin.

AKTIVITI 7.1 Adakah fungsi kepimpinan dalam organisasi penting? Mengapa?

7.2

CIRI-CIRI PEMIMPIN DAN PEMBANGUNAN KEPIMPINAN

Menjadi pemimpin adalah amanah yang harus dilaksanakan dengan baik kerana Allah akan meminta pemimpin bertanggungjawab atas kepimpinannya itu. Dalam Islam, terdapat ciri-ciri yang perlu ada dalam seorang pemimpin seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.2.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

142  TOPIK 7 KEPIMPINAN

Rajah 7.2: Ciri-ciri pemimpin

Mari kita lihat ciri-ciri pemimpin satu persatu. (a)

Lelaki Sebaiknya wanita tidak memegang tampuk kepimpinan. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

„Tidak akan beruntung kaum yang dipimpin oleh seorang wanita‰. (b)

(c)

(Riwayat Bukhari) Niat yang Ikhlas Ketika menerima suatu tanggungjawab ia perlu berlandaskan niat yang sesuai dengan ketetapan yang telah Allah perintahkan dan mengharapkan keredhaanNya. Kepimpinan adalah tanggungjawab. Muqarabah Di samping keikhlasan, peimimpin juga wajib merasa sensitif terhadap pengawasan Allah yang berterusan terhadapnya pada setiap waktu dan setiap tindak-tanduk kerja yang dilakukannya. Perasaan itu akan mendorong untuk segera membuat kebaikan dan membaiki segala kerjanya serta membantu peningkatan martabat Islam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 7 KEPIMPINAN  143

(d)

Bertanggungjawab Pemimpin mesti mempunyai rasa tanggungjawab yang mendalam yang mendorongnya untuk sentiasa berwaspada dalam memegang amanah yang diberikan. Seorang pemimpin mestilah bersedia menghadapi segala kemungkinan dalam mencapai faedah dari aspek yang baru atau yang akan berlaku.

(e)

Keadilan Pemimpin Islam hendaklah berurusan dengan orang ramai secara adil dan saksama tanpa mengira bangsa, warna kulit, keturunan dan agama. Hal ini jelas dari firman Allah s.w.t. yang memerintahkan orang-orang Islam supaya berlaku adil walau apabila berurusan dengan orang-orang yang menentang mereka. Allah berfirman dalam Surah al-Maidah (5:8) yang bermaksud:  

öΝà6¨ΖtΒÌôftƒ Ÿωuρ ( ÅÝó¡É)ø9$$Î/ u™!#y‰pκà− ¬! š⎥⎫ÏΒ≡§θs% (#θçΡθä. (#θãΨtΒ#u™ š⎥⎪Ï%©!$# $pκš‰r'¯≈tƒ ©!$# χÎ) 4 ©!$# (#θà)¨?$#uρ ( 3“uθø)−G=Ï9 Ü>tø%r& uθèδ (#θä9ωôã$# 4 (#θä9ω÷ès? ωr& #’n?tã BΘöθs% ãβ$t↔oΨx© ∩∇∪ šχθè=yϑ÷ès? $yϑÎ/ 7Î6yz „Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.‰

Dan firmanNya lagi dalam Surah an-Nisa (4:135) yang bermaksud:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

144  TOPIK 7 KEPIMPINAN

Íρr& öΝä3Å¡àΡr& #’n?tã öθs9uρ ¬! u™!#y‰pκà− ÅÝó¡É)ø9$$Î/ t⎦⎫ÏΒ≡§θs% (#θçΡθä. (#θãΨtΒ#u™ t⎦⎪Ï%©!$# $pκš‰r'¯≈tƒ * (#θãèÎ7−Fs? Ÿξsù ( $yϑÍκÍ5 4’n<÷ρr& ª!$$sù #ZÉ)sù ÷ρr& $†‹ÏΨxî ï∅ä3tƒ βÎ) 4 t⎦⎫Î/tø%F{$#uρ È⎦ø⎪y‰Ï9≡uθø9$# #ZÎ6yz tβθè=yϑ÷ès? $yϑÎ/ tβ%x. ©!$# ¨βÎ*sù (#θàÊÌ÷èè? ÷ρr& (#ÿ…âθù=s? βÎ)uρ 4 (#θä9ω÷ès? βr& #“uθoλù;$# ‰Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang Yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.‰ (f)

Memimpin Hati Pengikut Seorang pemimpin dakwah yang masyhur, Hassan Al-Banna pernah berkata:

„⁄kamu akan dapat dikalahkan dengan pukulan teruk yang akan mengakibatkan kamu hilang segala-galanya lantaran satu sebab iaitu, apabila hati kamu telah rosak, Allah tidak memperbaiki kerja-kerja kamu, suara kamu berpecah belah dan fikiran kamu bertentangan di antara satu sama lain. Sebaliknya selagi kamu bersatu padu ditambahii pula kamu sentiasa menghadap kepada Allah, sentiasa mengikuti jalan taat kepadaNya, berjalan menurut petunjuk yang diredhaiNya, tidak pernah merasa lemah dan hina maka kamulah umat yang paling tinggi, Allah bersama dengan kamu dan Dia tidak akan mensia-siakan kerja kamu.‰ Daripada apa yang disebut oleh Imam Hassan Al-Banna, jelas menunjukkan bahawa faktor penting dalam kepimpinan adalah hati. Pemimpin sebenarnya memimpin hati atau jiwa manusia untuk melakukan sesuatu kerja. Sekiranya pemimpin dapat menguasai hati pengikutnya, bererti beliau mampu menguasai jasad mereka dan segala kerja akan menjadi mudah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 7 KEPIMPINAN  145

Pembangunan pemimpin dapat dilihat melalui tanggungjawab dan perhatian yang cukup kepada urusan mendidik dan memberi latihan bagi peningkatan pengikutnya. Pemimpin mestilah berusaha membentuk iman yang kuat, asas yang teguh dalam pembentukan peribadi individu dalam organisasi. Hanya dengan melaksanakan tuntutan itu barulah dapat memenuhi janji Allah kepada hamba-hambaNya yang beriman dengan menjadikan mereka mempunyai ketetapan, ketahanan, kejayaan dan kecemerlangan.

SEMAK KENDIRI 7.2 1.

Senaraikan ciri-ciri pemimpin dan huraikan.

2.

Salah satu daripada ciri-ciri pemimpin ialah keadilan. Nyatakan dengan ringkas maksud ciri ini.

7.2.2

Keusahawanan

Keusahawan mempunyai pelbagai definisi yang meluas. Hanya terdapat satu terma utama yang terhasil iaitu keusahawanan dikenal pasti sebagai satu proses. Satu proses keputusan dan tindakan yang berterusan. Ianya juga melibatkan satu siri keputusan dan tindakan bermula dari memulakan hingga mengurus sesuatu perniagaan. Definisi terma kedua ialah inovasi. Keusahawanan melibatkan perubahan, revolusi, perpindahan dan pengenalan pendekatan baru. Definisi terakhir ialah penciptaan nilai. Melalui keusahawanan, produk baru, perkhidmatan, transaksi, pendekatan, sumber-sumber, teknologi dan pasaran telah dicipta dengan tujuan memberi sedikit sumbangan nilai kepada masyarakat atau pasaran. Sumber-sumber dipindah ke dalam bentuk output seperti produk. Maka dengan itu, nilai proses transformasi dicipta kerana usahawan berupaya mencipta sesuatu yang berguna dan bernilai.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

146  TOPIK 7 KEPIMPINAN

Rajah 7.3 menunjukkan ciri-ciri yang diperoleh dalam definisi keusahawanan.

Rajah 7.3: Ciri-ciri yang diperoleh dalam definisi keusahawan

Keusahawan berkaitan rapat dengan kepimpinan. Kepimpinan dalam organisasi mempunyai fungsi tersendiri untuk membuat keputusan, di mana seseorang pemimpin seharusnya boleh dan mampu membuat keputusan, berkomunikasi, memberi motivasi, mengarah dan mengawal aktiviti orang bawahannya dengan melaksanakan pemantauan dan mendapatkan maklum balas.

7.3

PERANAN PEMIMPIN DAN PENGIKUT

Dalam Islam, kepimpinan adalah merupakan satu perhubungan di antara ketua dengan pengikut. Pemimpin perlu melaksanakan tugas ini dengan menekankan beberapa prinsip yang di antaranya: (a)

Sentiasa memberikan contoh yang baik

(b)

Sentiasa menjaga hubungan baik dengan yang dipimpin

(c)

Menghormati pendapat orang lain walaupun tidak diterima

(d)

Mewujudkan persekitaran bekerja dengan amanah

(e)

Yakin terhadap kemampuan pengikut

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 7 KEPIMPINAN  147

(f)

Sentiasa mengawasi daripada apa jua bentuk penyelewengan

(g)

Memberi tunjuk ajar dengan penuh hormat

Pemimpin hendaklah memaklumkan tanggungjawabnya kepada setiap bahagian dibawah kuasanya agar mereka dapat merasakan bagaimana beratnya amanah yang dipikul oleh pemimpin dan bagaimana orang bawah boleh menolong meringankan bebanannya. Ini akan mendorong setiap anggota menyempurnakan kewajipan masing-masing dengan tidak lagi membebankan pemimpin. Malah menolongnya dengan memberi nasihat dan cadangan dalam suasana kasih sayang, persaudaraan serta hormat menghormati. Di antara perkara yang selalu menolong kepimpinan ialah kemurnian pengertian kasih sayang, kemesraan dan keakraban di kalangan anggota organisasi. Justeru itu, akan lahirlah suasana persefahaman, syura, tolong menolong dan bekerjasama. Jika tidak wujud kemesraan di kalangan anggota, persengketaan akan tercetus dan ini akan merosakkan suasana tolong menolong, sekali gus menambah berat bebanan pepimpin.

7.3.1

Kewajipan Pemimpin

Seseorang pemimpin wajiblah bekerjasama dengan orang-orang di bawah pimpinannya dalam segala aspek dan hendaklah menonjolkan bahawa pemimpin sebagai salah seorang anggota masyarakatnya yang menjadi teladan dalam menyelesaikan sesuatu kepentingan. Bagi tujuan ini, seseorang pemimpin hendaklah sentiasa mendampingi ahli atau jemaahnya dan menjadikan sebagai amalan dan perkara asasi dalam kepemimpinannya. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

„Sesiapa yang diserahkan oleh Allah akan sesuatu urusan dari beberapa urusan pemerintahan kaum muslimin, lalu ia tidak memperdulikan tentang keperluan mereka, kesusahan dan penderitaan mereka, nescaya Allah tidak akan mempedulikan tentang keperluan, kesusahan dan penderitaannya di hari kiamat nanti.‰ (Riwayat Abu Daud dan At-Tarmizi) Huraian daripada hadis ini menerangkan pemimpin yang tidak melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepadanya ke atas rakyat adalah pemimpin yang tidak bertanggungjawab manakala kepimpinan yang baik adalah kepimpinan yang berjaya menarik hati rakyat dan rakyat pula sayang terhadapnya. Seseorang pemimpin hendaklah bijak dalam membuat sesuatu tindakan dan bersikap adil, telus dan mengutamakan kebajikan rakyatnya. Tidak

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

148  TOPIK 7 KEPIMPINAN

seharusnya bersikap sombong dan mementingkan diri hingga rakyat hidup menderita dan teraniaya tanpa mendapat pembelaan yang sepatutnya.

7.3.2

Kewajipan Pengikut

Semua perlakuan seperti kesetiaan, ketaatan, perlanggaran, keingkaran adalah suatu Sunnahtullah dalam kehidupan di dunia ini. Kita perlu menempatkan diri sendiri selari dengan tuntutan syarak dan seiring dengan keperluan dan mudahmudahan peranan yang dimainkan itu dapat membawa diri, keluarga, masyarakat dan negara mendapat keredhaan Allah s.w.t. Malaysia sudah semestinya mempunyai kerajaan dan ketua negara dan raja yang menjadi payung kepada sistem yang kita amalkan iaitu negara demokrasi dan raja perlembagaan. Seri Paduka Yang Dipertuan Agung merupakan tunggak utama kepimpinan negara yang bertanggungjawab melindungi seluruh rakyat tanpa mengira bangsa dan agama dan menjadi tunjang kedaulatan negara sebagai pemimpin tertinggi dan sebagai obor pemeliharaan kesucian agama Islam di negara ini. Kewajipan pengikut adalah mentaati Ulil Amri iaitu mentaati ketua negara dan wajib mematuhi segala perintahnya selagi tidak bertentangan dengan syarak. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

„Dari Abdullah bin Umar r.a, Rasulullah s.a.w.: Mendengar dan mentaati adalah tanggungjawab atas setiap Muslim sama ada perkara yang ia tidak suka atau tidak (benci) selagi ia tidak disuruh berbuat maksiat. Maka apabila disuruh mengerjakan perkara maksiat, maka perintah itu tidak boleh didengar dan tidak boleh ditaati lagi.‰ (Riwayat Bukhari dan Muslim) Dari Imam al-Mawardi:

„Adalah menjadi kewajipan fardhu ain ke atas setiap orang Islam untuk mematuhi Ulil Amri (pemerintah) selama mana pemerintah tersebut mentaati Allah dan rasulNya serta tidak pula menyuruh melakukan perkara maksiat dan mungkar.‰ Sesebuah negara tidak akan wujud jika tiada rakyat dan pemerintah serta wilayah yang berdaulat. Kita sebagai rakyat hendaklah mematuhi dan menghormati perlembagaan negara. Rakyat mengharapkan segala urusan mereka ditadbir dan dilaksanakan secara teratur dan baik. Bagi pemerintah, mereka memerlukan rakyat yang sentiasa bekerjasama dan memberi sokongan Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 7 KEPIMPINAN  149

serta ketaatan kepadanya. Sebagaimana firman Allah dalam Surah SabaÊ (34:15) yang bermaksud:

„...Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadaNya, (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur) dan (Tuhan kamu adalah Tuhan yang Maha Pengampun)‰. Rasulullah s.a.w. berdoa:

„Ya Allah! Barangsiapa yang ditugaskan untuk menguruskan sesuatu keperluan umat ini, lalu ia berlaku kasih sayang kepada mereka maka sayangilah dia, dan barangsiapa yang berlaku merendahkan hati kepada mereka maka kasihanilah dia.‰ (Riwayat An-NasaaÊi)

7.3.3

Timbal Balik Antara Pemimpin dan Pengikut

Sebagai pemimpin terdapat kewajipan yang mesti dipikul dan dilaksanakan. Sedemikian juga para pengikut, mereka juga mempunyai kewajipan dan tanggungjawab yang perlu ditunaikan. Jika segala kewajipan dan tanggungjawab masing-masing tidak ditunaikan sama ada dari pihak pemimpin atau pengikut, maka perlantikan menjadi sia-sia dan hancur dengan sendirinya. Oleh itu, selaku pemimpin dan pengikut perlu berusaha untuk memikul tanggungjawab dan melaksanakan tugas masing-masing. Pemimpin dan pengikut adalah dua konsep yang berbeza dan keduanya mesti difahami. Tanpa pemahaman salah satunya, maka seseorang itu tidak akan memahami gambaran sebenar pemimpin dan juga pengikut. Sebaik-baik hubungan patut dilihat sebagai satu peranan yang ditemui didalam setiap organisasi. Pergantungan antara pemimpin dan pengikut yang baik akan menghasilkan pemimpin yang baik dan juga sebaliknya.

SEMAK KENDIRI 7.3 Huraikan peranan antara pemimpin dan pengikut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

150  TOPIK 7 KEPIMPINAN

7.4

MODEL-MODEL KEPIMPINAN

Di bahagian ini, kita akan mempelajari tentang model berteraskan pemimpin dan model berteraskan pengikut.

7.4.1

Model Berteraskan Pemimpin

Para nabi dan rasul merupakan manusia yang dipilih dan menjadi utusan Allah untuk memimpin dan membimbing manusia ke jalan yang benar. Ternyata para nabi dan rasul merupakan contoh pemimpin dan mercu tanda sejarah ketamadunan manusia. Dalam konteks yang lebih khusus, Nabi Muhammad s.a.w. merupakan nabi dan rasul yang terakhir dan penghulu para nabi dan rasul, tentunya mempunyai kedudukan yang tersendiri terutama yang berkaitan dengan hal-hal kepimpinan. Sebagai pemimpin yang dipilih oleh Allah, tentunya dirancang sedemikian rupa untuk menjadikan baginda pemimpin mithali. Kehidupan baginda yang yatim, hidup dalam suasana kehidupan yang serba sederhana menjadi aspek penting dalam proses memupuk sifat kepimpinan baginda. Dengan kehendak dan pemeliharaan Allah, baginda dapat menbataskan diri baginda dari perkara yang merosakkan dan tidak berfaedah. Baginda akhirnya menjadi manusia yang paling dipercayai yang digelar „al-Amin‰ oleh seluruh masyarakat di zamannya. Sifat-sifat wajib bagi nabi dan rasul cukup terserlah dan nyata pada diri Rasulullah s.a.w. iaitu sidiq, amanah, tabligh dan fatonah. Sifat-sifat ini merupakan tunggak asasi keperibadian dan kepimpinan Rasulullah s.a.w. Sidiq ialah sifat yang mempunyai ciri-ciri benar yang merangkumi nilai-nilai tidak melakukan pembohongan dan pendustaan, sama ada dalam percakapan mahupun dalam perbuatan. Sidiq juga membawa maksud hidup dan perjuangan baginda itu bertunjangkan kebenaran hakiki yang membawa manusia ke arah mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Sifat amanah merujuk kepada sifat baginda melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab dan keikhlasan. Sifat asasi yang lain ialah tabligh yang bermaksud menyampaikan seluruh dan sepenuhnya risalah kenabian dan kerasulan baginda kepada manusia. Dengan sifat tabligh, baginda mempunyai kemahiran dan kemampuan komunikasi yang tinggi dan membolehkan manusia yang didakwah oleh baginda memahami maksud dan tujuan dakwah tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 7 KEPIMPINAN  151

Sifat asasi yang lainnya ialah fatonah yang bermaksud bijaksana. Sebagai pembawa utusan dan risalah Allah dan juga pemimpin manusia sejagat, baginda merupakan pemimpin yang mempunyai kebijaksanaan yang luar biasa. Ini dapat dilihat melalui tindakan yang dilaksanakan dalam sejarah perjuangan dan kehidupan baginda. Rajah 7.4 menerangkan empat sifat wajib Nabi dan Rasul.

Figure 7.4: Sifat-sifat wajib Nabi dan Rasul

Dengan sifat-sifat asasi tersebut, baginda telah melaksanakan tanggungjawab kenabian dan kerasulan dengan berjaya dan ianya penuh dengan contoh dan teladan yang bukan sedikit. Sewajarnya ianya dicungkil dan dihayati oleh seluruh umat manusia. Jika diselusuri sepanjang perjalanan kehidupan baginda, khususnya yang berkaitan dengan persoalan kepimpinan, baginda memberi penekanan kepada beberapa isu yang penting iaitu melibatkan perkara-perkara berikut: (a)

Pembinaan manusia

(b)

Objektif dan matlamat

(c)

Bekerja secara kolektif

(d)

Perancangan yang tepat

(e)

Terbuka dan dinamik

(f)

Bertunjangkan Islam dan sejagat Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

152  TOPIK 7 KEPIMPINAN

(g)

Disiplin dan pengorbanan

(h)

Usaha dan tawakal

(i)

Tarbiyah, dakwah dan daulah

(j)

Agenda dan pendekatan

  Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. seorang pemimpin agung pilihan Allah. Ketokohan baginda dalam bidang kepimpinan begitu menyerlah dalam segenap sudut dan peringkat. Baginda merupakan pemimpin diri sendiri yang berkesan, pemimpin keluarga yang memikat, pemimpin masyarakat dan negara yang cukup berpengaruh. Baginda merupakan pemimpin contohan dan ikutan, pemimpin yang dihormati bukan ditakuti, pemimpin yang dikasihi dan disayangi. Wajar kiranya kepimpinan baginda itu ditelaah, ditekuni dan diambil mutiara darinya untuk menerangi kehidupan. Mudah-mudahan kita akan menjadi umatnya yang ingin mengambil ikhtibar dan contoh dari kehidupan baginda. Inilah sebahagian dari rasa kasih dan cinta kita kepada baginda.

7.4.2

Model Berteraskan Pengikut

Sistem pentadbiran di zaman Saiyidina Abu Bakar r.a. merupakan penerusan kepada apa yang beliau warisi daripada Rasulullah s.a.w. oleh kerana tempoh pemerintah beliau begitu singkat dan beliau terpaksa berdepan dengan beberapa pemberontakan selepas kewafatan Rasulullah tetapi beliau telah menggunakan waktu yang singkat ini untuk menstabilkan negara Islam dari sudut politik dan pentadbiran (organisasi). Beliau telah berjaya menundukkan musuh Islam dalam masa dua setengah tahun sepanjang tempoh pemerintahan beliau dan berjaya menyatukan seluruh Semenanjung Arab.

SEMAK KENDIRI 7.4 1. Bincangkan sifat-sifat wajib nabi dan rasul yang menjadi tunggak asasi keperibadian dan kepimpinan Rasulullah s.a.w. 2. Jelaskan dengan ringkas peranan pemimpin terhadap pengikut. 3. Rasulullah s.a.w. merupakan model berteraskan pemimpin. Bincangkan sifat kepimpinan yang terdapat pada beliau.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 7 KEPIMPINAN  153

AKTIVITI 7.2 Pergantungan antara pemimpin dan pengikut yang baik akan menghasilkan pemimpin yang baik dan juga sebaliknya. Adakah terdapat kesilapan di dalam logik ini? Jelaskan.



Kepimpinan Islam mengambil berat kedua belah pihak iaitu pemimpin dan yang di pimpin.



Islam mengemukakan pemimpin contoh yang mana pengikut bukan hanya disuruh melakukan sesuatu tetapi dapat melihat pemimpinnya sendiri melaksanakan apa yang diperintahkan.



Seorang pemimpin perlu mempunyai nilai dan etika di mana ia perlu merumus, memperjelas dan menghayati budaya kerja di dalam organisasi untuk mencapai matlamat organisasi.



Kejayaan dan kecemerlangan organisasi bergantung kepada pemimpin yang menyelia dan memberi perkhidmatan yang berkualiti dan menerapkan nilainilai murni di dalam organisasi.

Amir al-Mukminin Dinamik Fungsi kepimpinan Keperibadian

Khalifah Muqarabah Syeikh Uli al-Amri

Harold Koontz & Heinz Weirich. (1999). Principles of management. New York: McGraw-Hill. Ivanacevish, J. (2000). Human resource management (7th ed.). Mc Graw Hill. Jaafar Muhammad. (1992). Asas pengurusan. Malaysia: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

154  TOPIK 7 KEPIMPINAN

Muhammad al-Buraey. (1992). Administrative development: An Islamic perspective. United Kingdom: Islamic Publisher. Mustafa Haji Daud. (1994). Pengurusan Publications & Distributions.

Islam.

K.

Lumpur:

Utusan

P.S. Lewis, S.H Goodman, & P.M. Fandt. (2004). Management: Challenges for tomorrowÊs Leaders. Ohio: Thomson South-Western. Rosli Mahmood, Lily Julienti Abu Bakar, Mohamed Yusop Mohd Jani, Muhammad Shukri Bakar, Norita Deraman, Norria Zakaria, Syahrina Abdullah, Rosli Mohd Saad & Azrain Nasyrah Mustapa (2007). Prinsip-prinsip asas keusahawanan. Singapore: Thomson Learning. Rue, L.W. & Byars, L.L. (2005). Management theory and application. Illinois: Richard D. Irwin Inc. Stoner, James A.F Stoner & Charles Wienkel (2000). Management. Prentice Hall, New Jersey: Inc., Englewood Cliff. Syed Othman Alhabshi & Hamiza Ibrahim. (1998).

pentadbiran:

Mencapai

kecemerlangan

melalui

Pengurusan dan penghayatan nilai.

Malaysia: Unit Penerbit Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Taylor, Frederick Winston. (1978). Principles of scientific management. New York: Harper & Row. ÂAbd al-Karim (1984). Al-Madkhal al-Islamiyyah. Baghdad: MatbaÊah al-ÂAini.

Zaydan,

li

al-Dirasah

al-Syariah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Topik  Membuat

8

Keputusan dan Komunikasi

HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

p

1.

Menerangkan tentang model membuat keputusan;

2.

Menghuraikan kepentingan dalam membuat keputusan dengan langkah-langkah yang sistematik;

3.

Menjelaskan maksud dan bentuk-bentuk komunikasi di dalam menjalankan sesuatu pengurusan; dan

4.

Mengenal pasti halangan-halangan komunikasi antara individu, sistem dan persekitaran.

 PENGENALAN Proses membuat keputusan merupakan proses yang paling penting untuk kesempurnaan dalam bidang pengurusan untuk semua organisasi. Proses membuat keputusan bukan hanya wujud dalam bidang pengurusan tetapi juga dihadapi oleh setiap individu, baik keputusan tentang diri sendiri, keluarga, di rumah dan di tempat kerja. Kadangkala kehidupan kita terdiri daripada beriburibu keputusan, baik kecil mahupun yang besar. Keputusan merujuk kepada pilihan yang dibuat melalui pelbagai alternatif yang sedia ada. Pilihan merupakan suatu fungsi kepada objektif si pembuat keputusan tadi, maka dalam penilaian alternatif untuk dipilih, si pembuat juga berminat untuk mengetahui akibat daripada tindakan, akibat daripada pilihan yang dibuatnya. Pilihan juga melibatkan elemen ketidakpastian.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

156  TOPIK 8 MEMBUAT KEPUTUSAN DAN KOMUNIKASI

8.1 MODEL MEMBUAT KEPUTUSAN Banyak definisi wujud mengenai proses membuat keputusan dan perkataan „keputusan‰ iaitu suatu tindakan yang diambil secara sedar dari pelbagai alternatif dengan tujuan mencapai hasil yang diharapkan (Massie (1987) dan definisi lain ialah suatu aktiviti pemilihan dari pelbagai alternatif dan merupakan nadi dalam perancangan (Koontz dan Dannel, 1978). Menurut Ofstad pula, maksud keputusan adalah sesuatu keputusan yang telah dibuat oleh seseorang bagi melakukan sesuatu tindakan dan tidak mempunyai keraguan untuk melakukan tindakan tersebut. Selain itu, membuat keputusan juga adalah suatu kehakiman mengenai apa yang patut dibuat terhadap keadaan tertentu. Menurut Herbert A. Simon dalam kerja pengurusan sains pula, ia menganggap pembuat keputusan sebagai satu proses yang sama dengan seluruh proses pengurusan. Tujuan kita mengadakan membuat keputusan adalah untuk memberi pendedahan kepada teknik-teknik penyelesaian masalah dan mengutarakan cara pembuatan keputusan secara individu dan berkumpulan. Biasanya dalam proses membuat keputusan, kita harus mengutamakan tiga perkara iaitu: (a)

Proses membuat keputusan;

(b)

Orang yang membuat keputusan; dan

(c)

Keputusan yang dibuat.

8.2

KEPENTINGAN MEMBUAT KEPUTUSAN

Pembuatan keputusan memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia. Setiap tindakan yang diambil oleh setiap individu memiliki latar belakang yang mendalam dari sebuah proses pembuatan keputusan itu sendiri. Kepelbagaian keputusan yang dilakukan seseorang menunjukkan berapa kuat dirinya. Akan tetapi, kita tidak mempunyai masa untuk meneliti semua aspek di dalam sesuatu situasi untuk membuat keputusan yang tepat. Kadang-kadang kita harus menggunakan seluruh sumber daya kita. Kita juga tidak memiliki masa yang cukup untuk menganalisis bahagian yang benar dan yang tepat dan yang kurang tepat. Oleh sebab itu, kita hanya mendapatkan suatu pandangan dan gambaran yang luas dan sekilas pandang mengenainya akibat dari tindakan tertentu. Seperti firman Allah di dalam Surah al-Mukminun (23: 115) yang bermaksud:

„Maka apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu bermain-main (tanpa ada maksud) dan kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 8 MEMBUAT KEPUTUSAN DAN KOMUNIKASI  157

Ayat ini menjelaskan kepada manusia supaya bermuhasabah diri dalam melakukan sesuatu keputusan dengan menggunakan akal iaitu suatu anugerah Allah yang tidak ternilai seperti firman Allah di dalam Surah al-Kahfi (18: 29) yang bermaksud:

„ ...maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya..‰ Secara asasnya, manusia diciptakan Allah dengan tiga komponen iaitu hati, akal dan jasad. Ketiga-tiga komponen ini ada tugas dan peranan. Peranan hati ialah untuk membuat pilihan. Maka gabungan akal dan hati yang dikurniakan Allah dapat menghasilkan suatu keputusan yang baik tanpa melanggar syariat yang telah ditetapkan oleh Allah.

SEMAK KENDIRI 8.1 1.

Apakah proses dalam membuat keputusan?

2.

Berikan maksud keputusan dari sudut konsep berserta contohnya.

8.2.1

Model Rasional dan Model Gelagat

Definisi bagi model rasional merujuk kepada logikal dan pembuatan keputusan langkah demi langkah melalui analisis alternatif dan akibat-akibat. Model ini diasaskan oleh teori ekonomi klasik dan pembuatan keputusan dikatakan rasional sepenuhnya. Hasil keputusan adalah rasional sepenuhnya dan pembuat keputusan memiliki sistem pilihan yang konsisten bagi kegunaan memilih alternatif terbaik. Selain itu, pembuat keputusan boleh mengira kebarangkalian kejayaan bagi setiap alternatif dan pembuat keputusan sedia maklum tentang semua alternatif yang mungkin. Mc Shane dan Von Gilnow (2005) menjelaskan bahawa terdapat enam fasa berkaitan model rasional iaitu mengenal pasti masalah atau peluang, memilih gaya pemutusan terbaik, membangunkan alternatif penyelesaian, memilih penyelesaian terbaik, melaksanakan alternatif terpilih dan menilai hasil keputusan yang dibuat. Model gelagat adalah satu pembuat keputusan di kalangan pengurus yang mana hasil keputusannya berupaya memberi implikasi tertentu kepada prestasi dan imej organisasi. Gibson, Ivancevich dan Donnelliy (1997) menjelaskan bahawa terdapat beberapa faktor gelagat yang mempengaruhi proses pembuatan Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

158  TOPIK 8 MEMBUAT KEPUTUSAN DAN KOMUNIKASI

keputusan. Dalam pada itu, pengaruh gelagat boleh memberikan kesan kepada seluruh proses berkaitan pembuatan keputusan. Menurut Porteretal (2004) dan Turban (2004), faktor persekitaran (dalaman dan luaran) merupakan faktor yang boleh mempengaruhi proses pengurusan dan pembuatan keputusan organisasi. Oleh yang demikian, faktor gelagat dan persekitaran merupakan faktor yang mempengaruhi pembuatan keputusan organisasi. Pembuat keputusan merupakan aktiviti kritikal dalam kehidupan seorang pengurus ini dapat menyebabkan keputusan yang dihasilkan tidak memenuhi objektif dan aspirasi organisasi. Bagi memahami gelagat pembuat keputusan di kalangan pengurus, maka model rasional digunakan sebagai asas perbincangan. Aspek perbincangan adalah meliputi konsep, andaian, pengukuran hasil dan fasa-fasa atau proses perlaksanaan. Selepas itu, faktor persekitaran (luaran dan dalaman) yang memberi permasalahan kepada pembuat keputusan akan dibincangkan. Oleh itu, fenomena ini menimbulkan implikasi tertentu kepada organisasi dan pihak berkepentingan. Akhir sekali, isu-isu etika turut dibincangkan memandangkan proses pembuatan keputusan bukan sahaja realistik dari segi perlaksanaannya, malahan juga beretika dari segi pembuatan keputusan.

8.2.2

Langkah-langkah Membuat Keputusan

Terdapat enam langkah yang penting dan terlibat dalam proses pembuatan keputusan yang efektif iaitu mengenal pasti keperluan, situasi dan masalah, diagnosis dan analisis sebab, pembentukan alternatif, pemilihan alternatif, pelaksanaan alternatif dan penilaian dan maklum balas (lihat Rajah 8.1).

Rajah 8.1: Langkah-langkah membuat keputusan Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 8 MEMBUAT KEPUTUSAN DAN KOMUNIKASI  159

(a)

Mengenal pasti Keperluan, Situasi dan Masalah Ia merupakan langkah pertama dalam membuat sesuatu keputusan. Keperluan ini selalunya dalam bentuk masalah atau peluang. Dalam memilih sesuatu masalah dan peluang, kita boleh menggunakan kriteria berikut: (i)

Kawalan – Sejauh manakah kita boleh mengawal masalah tersebut dan penyelesaiannya?

(ii)

Kepentingan – Darjah kepentingan masalah tersebut.

(iii) Kerumitan – Bagaimanakah rumitnya untuk mencari penyelesaian. (iv) Masa – Jangka masa yang akan diambil daripada menyelesaikan masalah tersebut (v)

Sumber – Sumber-sumber yang diperlukan.

Mengenal pasti masalah yang betul adalah penting kerana mengenal pasti masalah yang salah akan mempengaruhi proses membuat keputusan yang selanjutnya. (b)

Diagnosis dan Analisis Data Dalam menganalisis sesuatu masalah, kita boleh mengumpulkan semua data dan mempamerkan maklumat yang berkaitan supaya membantu dalam membuat keputusan.

(c)

Pembentukan Alternatif Kita boleh mengembang atau satukan alternatif atau menciptakan alternatif baru. Adalah dicadangkan supaya kita berwaspada dengan alternatif yang tersedia. Juga dicadangkan supaya pertimbangkan tentang batasan dan peluang dalam membincangkan setiap idea dan juga pertimbangkan alternatif lama kepada masalah yang sama.

(d)

Pemilihan Alternatif Dalam pemilihan sesuatu alternatif, kita perlu pertimbangkan kriteria berikut: (i)

Kawalan: Adakah anda/kita?

pelaksanaan

alternatif

ini

dalam

kawalan

(ii)

Kesesuaian: Adakah alternatif ini menyelesaikan masalah tersebut?

(iii) Keperluan sumber: Mampukah kita melaksanakannya (manusia, wang, peralatan dan sebagainya?) (iv) Faedah: Adakah ia bersedekah?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

160  TOPIK 8 MEMBUAT KEPUTUSAN DAN KOMUNIKASI

(v)

Masa: Berapa lama sebelum kita dapat lihat hasilnya?

(vi) Kebolehterimaan: Adakah ahli dalam organisasi akan menerimanya? (e)

Perlaksanaan Alternatif Pelaksanaan alternatif yang terpilih memerlukan perancangan yang terperinci. Ini boleh dilakukan dengan memikirkan strategi pelaksanaan. Soalan-soalan berikut boleh digunakan untuk membentuk strategi pelaksanaan: (i)

Kebolehterimaan: Bagaimanakah kita boleh mendapatkan penerimaan dari orang lain? Apakah faedah yang boleh kita tonjolkan dari alternatif ini? Dan bagaimana boleh kita tunjukkan faedah tersebut?

(ii)

Jangkaan: Apakah tentangan yang boleh kita jangka kepada alternatif ini? Bagaimanakah patut kita patut mengatasinya?

(iii)

Bantuan: Bagaimanakah kita boleh mendapat bantuan dari orang atau kumpulan lain?

(iv) Lokasi: Dimanakah patut kita laksanakan alternatif ini? (v)

Masa: Bagaimanakah boleh kita mengambil kesempatan hari, masa dan tarikh tertentu untuk melaksanakan alternatif ini?

(vi) Berhati-hati: Bagaimanakah boleh kita uji keberkesanan alternatif ini? (f)

Penilaian dan Maklum Balas Semasa pelaksanaan, kita patut memastikan bahawa alternatif yang dipilih itu merupakan alternatif yang paling berkesan. Untuk mengukur keberkesanan alternatif tersebut, kita haruslah fikirkan: (i)

Ukuran: Maklumat apakah yang perlu dikumpulkan?

(ii)

Alat analisis: Alat apakah yang akan digunakan untuk menganalisis dan mempamerkan maklumat?

(iii) Ujian: Apakah ujian atau „trial run‰ yang perlu untuk kita lihat keberkesanan alternatif itu? Bagaimanakah kita akan menilai keputusannya? (iv) Keputusan: Apakah kriteria yang akan kita gunakan? Bilakah kita melakukan penilaian terakhir? Apakah bukti alternatif itu berkesan?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 8 MEMBUAT KEPUTUSAN DAN KOMUNIKASI  161

SEMAK KENDIRI 8.2 1.

Apakah langkah-langkah dalam membuat sesuatu keputusan?

2.

Apakah maksud model gelagat dan model rasional yang dapat difahami dalam konteks membuat keputusan dalam pengurusan?

8.3

MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM KUMPULAN

Dalam bahagian ini kita akan mempelajari dengan lebih lanjut mengenai membuat keputusan dalam kumpulan.

8.3.1

Peranan Membuat Keputusan dalam Kumpulan

Sikap tolong-menolong, bantu-membantu dan jamin-menjamin sesama Muslim di dalam perkara makruf atau kebaikan adalah merupakan tuntutan ukhuwah Islamiyah (persaudaraan Islam). Seseorang Muslim sentiasa berusaha membantu saudara Muslimnya yang lain. Membantu sesama Muslim adalah antara tanggungjawab yang mesti dipikul oleh setiap orang yang beriman berdasarkan firman Allah dalam Surah al-Hujurat (49: 10) yang bermaksud:

„Sesungguhnya orang beriman itu bersaudara‰ Bagi membuktikan persaudaraan Islam yang tulin, baginda Nabi s.a.w. menghuraikan di dalam hadisnya, daripada Abi Musa r.a., sabda Nabi s.a.w.

„Bandingan seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain bagaikan satu bangunan, kuat-menguatkan antara satu sama lain‰ (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

"Bandingan orang-orang mukmin yang saling sayang-menyayangi dan lemahlembut di antara mereka seperti satu tubuh badan yang apabila satu anggota berasa sakit menyebabkan seluruh badan berjaga malam dan berasa demam" (Riwayat Ahmad)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

162  TOPIK 8 MEMBUAT KEPUTUSAN DAN KOMUNIKASI

Allah telah menerangkan kepada kita supaya saling membantu di antara satu sama lain dalam melakukan sesuatu. Kerjasama wujud dan berkembang dalam suasana kehidupan yang harmoni dan stabil. Kehidupan begini berpunca daripada kemesraan berkomunikasi, kemesraan kecintaan dan kasih sayang serta saling bersimpati. Kejayaan Rasulullah s.a.w. melahirkan masyarakat harmoni dan simpati dapat dijadikan contoh yang paling baik bagi mewujudkan suasana kerjasama dalam masyarakat kini. Gambaran sebuah masyarakat yang bekerjasama dan saling membantu yang diasaskan oleh Rasulullah s.a.w. antaranya ialah wujudnya keadaan bersimpati antara anggota masyarakat, bak kata pepatah, "Cubit paha kiri, paha kanan terasa sakit."

8.3.2

Teknik-teknik Membuat Keputusan Dalam Kumpulan (Syura)

Membuat keputusan adalah merupakan satu proses yang agak menakutkan dan ia juga memakan masa. Ini kerana setiap keputusan yang dilakukan akan mempengaruhi perjalanan hidup anda. Terdapat beberapa teknik untuk membuat sesuatu keputusan di antarannya dengan mengadakan perbincangan kumpulan ataupun dikenali sebagai syura, ia merupakan satu jalan yang terbaik dalam membuat sesuatu keputusan. Ia juga adalah satu prinsip organisasi dan perlembagaan terpenting dalam Islam. Sebelum kita mengetahui tentang teknik-teknik untuk membuat keputusan, terlebih dahulu mari kita lihat tentang kelebihan dan kelemahan dalam membuat keputusan dalam kumpulan (lihat Jadual 8.1). Jadual 8.1: Kelebihan dan Kelemahan Dalam Membuat Keputusan Kelebihan

Kelemahan

1.

Dapat menjana lebih banyak alternatif

1.

Mengambil masa yang lama

2.

Dapat menghasilkan idea yang lebih baik dan kreatif

2.

Meningkatkan ketidakberkesanan dan kos

3.

Membolehkan ahli-ahli melihat situasi dan masalah pelbagai sudut

3.

Akauntabiliti sukar dilaksanakan

4.

Wujud tolak ansur

4.

Ahli lebih komited dan bermotivasi untuk melaksanakan tindakan yang dibuat

5.

Seseorang/lebih ahli cuba menguasai sesi perbincangan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 8 MEMBUAT KEPUTUSAN DAN KOMUNIKASI  163

8.3.3

Teknik-teknik Membuat Keputusan Dalam Kumpulan

Terdapat tiga teknik membuat keputusan secara kumpulan iaitu sumbangsaran (brainstorming), kumpulan nominal dan teknik delphi. (a)

Teknik sumbangsaran (brainstorming) ialah teknik penjanaan idea dengan setiap ahli dalam kumpulan dibenarkan untuk memberi pendapat secara bebas tentang sesuatu masalah atau tajuk perbincangan. Ia sesuai digunakan apabila idea-idea baru diperlukan. Biasanya terdiri daripada lima hingga tujuh orang individu. Setiap ahli akan menunggu giliran masing-masing untuk mencadangkan idea-idea sehingga tiada lagi cadangan atau idea baru dapat dihasilkan. Garis panduan berikut diperlukan untuk membolehkan proses sumbangsaran dijalankan dengan berkesan. Sebarang kritikan atau perbahasan tidak digalakkan. Pembatasan dari segi bilangan idea yang boleh dihasilkan adalah tidak digalakkan. Sinergi (gabungan) digalakkan melalui sumbangan bersama dan persaingan yang sihat agar dapat menghasilkan lebih banyak idea.

(b)

Teknik kumpulan nominal digunakan apabila persetujuan sebulat suara atau penyelesaian masalah perlu diselesaikan dalam masa yang singkat. Satu panel ditubuhkan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Pendapat ahli panel dianggap sulit.

(c)

Teknik delphi ialah kaedah tinjauan untuk mengembleng pendapat ahliahli kumpulan dalam proses pembuatan keputusan yang kreatif dengan ahli-ahli kumpulan tidak bertemu dan identiti ahli dirahsiakan. Setiap ahli akan ditinjau menerusi beberapa pusingan penyiasatan untuk menghasilkan profil maklumat, idea-idea atau penyelesaian kepada sesuatu masalah yang ditakrifkan dengan jelas. Teknik delphi berkesan untuk mendapatkan balasan atau idea berkenaan isu-isu negatif. Akan tetapi terdapat beberapa kelemahan dalam teknik delphi iaitu keahlian panel mungkin berubah, khasnya jika proses berkenaan memerlukan masa yang panjang. Ahli-ahli kumpulan mungkin bukan pakar dalam hal-hal yang dibincangkan. Identiti secara rahsia mungkin akan menjejaskan sikap akauntabiliti dan tanggungjawab di kalangan ahli. Soalan-soalan yang tidak jelas mungkin menyebabkan ahli-ahli panel mencapai konsensus yang tidak tepat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

164  TOPIK 8 MEMBUAT KEPUTUSAN DAN KOMUNIKASI

8.3.4

Keputusan Rutin dan Tidak Terancang

Pengambilan keputusan merupakan suatu hal yang sangat penting bagi individu mahupun organisasi. Mengambil keputusan kadang-kadang mudah tetapi lebih sering sulit sekali. Kemudahan atau kesulitan mengambil keputusan tergantung pada banyaknya alternatif yang tersedia. Semakin banyak alternatif yang tersedia, kita akan semakin sulit dalam mengambil keputusan. Keputusan yang diambil memiliki tingkat yang berbeza-beza. Ada keputusan yang tidak terlalu berpengaruh terhadap organisasi, tetapi ada keputusan yang dapat menentukan kelangsungan hidup organisasi. Oleh kerana itu, hendaknya mengambil keputusan dengan hati-hati dan bijaksana.

8.3.5

Jenis Keputusan

Jenis keputusan dalam sebuah organisasi dapat digolongkan berdasarkan banyaknya waktu yang diperlukan untuk mengambil keputusan tersebut, bahagian mana organisasi harus dilibatkan dalam mengambil keputusan dan pada bahagian organisasi mana keputusan tersebut difokuskan. Secara menyeluruhnya keputusan digolongkan ke dalam keputusan rutin dan keputusan yang tidak rutin. Keputusan rutin adalah keputusan yang sifatnya rutin dan berulang-ulang dan biasanya telah dikembangkan dengan cara tertentu untuk mengendalikannya. Keputusan tidak rutin adalah keputusan yang diambil pada saat-saat khusus dan tidak bersifat rutin. Dalam mengambil keputusan, baik yang bersifat rutin mahupun tidak, ada dua metode yang digunakan. Metode pertama adalah metode tradisional, di mana pengambilan keputusan lebih berdasarkan pada intuisi dan kebiasaan. Metode yang kedua adalah metode moden, di mana pengambilan keputusan disandarkan kepada perhitungan matematik dan penggunaan instrumen yang bersifat moden, seperti komputer dan perhitungan statistik.

SEMAK KENDIRI 8.3 Apakah teknik-teknik yang berkesan dalam menghasikan sesuatu keputusan yang baik?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 8 MEMBUAT KEPUTUSAN DAN KOMUNIKASI  165

8.4

ASAS-ASAS KOMUNIKASI

Apakah yang dimaksudkan dengan komunikasi? Komunikasi boleh ditakrifkan sebagai "satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea, dan fikiran seseorang individu kepada individu atau sekumpulan individu yang lain". Ia merupakan proses interaksi yang bererti antara hidupan dan merangkumi perkara berikut: (a)

Perbuatan menghantar matklumat

(b)

Proses untuk bertukar-tukar maksud

Proses ini dilakukan supaya dapat menghasilkan pemahaman. Komunikasi boleh mengambil bentuk, baik secara lisan mahupun tidak, misalnya bahasa gerak-geri, bahasa isyarat, sentuhan, hubungan mata dan penulisan. Komunikasi boleh dilihatkan sebagai proses untuk menghantar maklumat yang tertakluk kepada tiga peringkat peraturan semiotik, iaitu: (a)

Sintaks (sifat tanda dan simbol yang formal)

(b)

Pragmatik (berkenaan dengan hubungan antara tanda/ungkapan dan pengguna)

(c)

Semantik (kajian tentang hubungan antara tanda, simbol dan maknanya).

Oleh itu, komunikasi merupakan interaksi sosial antara sekurang-kurangnya dua ejen berinteraksi yang berkongsi satu set tanda serta satu set peraturan semiotik yang sama. Perbualan merupakan sejenis komunikasi yang kedua-dua pihaknya saling menghantar dan menerima maklumat. Teori pengawalan bersama memerihalkan komunikasi sebagai satu proses selanjar yang kreatif dan dinamik, dan bukannya penukaran maklumat yang berasingan. Dalam model yang mudah, maklumat atau kandungan (misalnya, pesanan dalam bahasa sejadi) dihantar daripada penghantar kepada penerima menerusi saluran penghantaran, misalnya udara. Perantara komunikasi bukan sahaja membabitkan media massa dan media berita tetapi juga merangkumi perantara tunggal yang digunakan untuk menyampaikan apa-apa data bagi apa jua tujuan. Bahantara ialah storan dan peralatan penghantaran data yang digunakan untuk menyimpan dan menghantar maklumat atau data. Jika wujudnya gangguan komunikasi dalam saluran penghantaran, maka penerimaan dan penyahkodan kandungan akan terjejas dan dengan itu, penghantar pesanan itu tidak akan mencapai kesan yang diingini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

166  TOPIK 8 MEMBUAT KEPUTUSAN DAN KOMUNIKASI

Bahasa ialah sistem isyarat teratur daripada segi sintaks, misalnya intonasi, gerak isyarat atau simbol bertulis iaitu yang menyampaikan pemikiran atau perasaan. Kedua-dua bahasa pertuturan dan bahasa tulisan manusia boleh diperihalkan sebagai sebuah sistem yang terdiri daripada simbol (leksem) serta juga peraturan tatabahasa yang mengolah simbol tersebut. Walaupun haiwan tidak memiliki sebarang bahasa tulisan, ia masih berkomunikasi dengan menggunakan bahasa, iaitu bahasa tersendiri. Dalam kehidupan seharian, aktiviti komunikasi adalah perkara yang amat penting. Ini kerana kesemua individu berusaha bagi memenuhi keperluan dan kehendak sendiri melalui komunikasi. Manusia juga mahu berperanan dan merasai kehidupan yang sempurna dan selesa dalam sesebuah masyarakat. Oleh itu, aktiviti komunikasi adalah asas kepada segala aktiviti sesebuah masyarakat atau organisasi dalam usaha memenuhi keperluan kehidupan manusia itu. Dalam konteks perhubungan sesama manusia, manusia menggunakan pelbagai bentuk komunikasi yang canggih. Tidak dapat dinafikan kemajuan dalam bidang teknologi maklumat adalah pemangkin kepada pola komunikasi semasa dunia semakin sempit dan tiada lagi batas sempadan yang menghalang manusia dari mendapat maklumat sejauh mana manusia berada.

8.4.1

(a)

Kepentingan Komunikasi, Unsur-unsur dan Proses Komunisasi, Saluran Komunikasi dan Halangan-halangan Komunikasi

Kepentingan Komunikasi Komunikasi adalah satu aktiviti penting dalam sesebuah organisasi (Zelko dan Dance, 1965) dan pengurus-pengurus dalam organisasi-organisasi besar di Amerika Syarikat menggunakan 85-90 peratus daripada masa kerja mereka untuk kerja-kerja yang ada kaitan dengan komunikasi. Penulispenulis tentang organisasi telah menekankan kepentingan komunikasi dalam organisasi sejak sebelum Perang Dunia Kedua lagi. Barnard (1938) menyatakan bahawa tugas pertama yang patut dilakukan oleh seseorang eksekutif dalam organisasi ialah membentuk dan mengekalkan satu sistem komunikasi formal yang baik. Ia juga patut berusaha mewujudkan iklim komunikasi yang baik dalam organisasinya di samping menggalakkan pertumbuhan satu sistem komunikasi tidak formal yang baik. Kemahiran dalam komunikasi lisan juga telah dijadikan satu syarat untuk kenaikan pangkat dalam organisasi. Kepentingan komunikasi dari perspektif Islam pula dilihat dari sudut menyebarkan dakwah, menjaga hubungan sesama manusia dan hubungan dengan Allah s.w.t., melaksanakan tuntutan-tuntutan SyariÊah dan Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 8 MEMBUAT KEPUTUSAN DAN KOMUNIKASI  167

menegakkan konsep „amar maÊruf nahi mungkar‰ serta melaksanakan segala apa yang disuruh oleh Allah s.w.t. dan menjauhi segala larangannya. Allah s.w.t. telah menjelaskan kepentingan komunikasi dalam al-QurÊan dengan jelas. Umpamanya dalam firman Allah s.w.t. di dalam Surah al- Hujurat (49:13) yang bermaksud:

„Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu dari pelbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dalam dan kamu)‰ Pada masa hadapan, seseorang pengurus bukan saja berkomunikasi dengan kakitangan tetapi juga dengan mesin. Komputer dan pemprosesan data bereletronik akan terus berkembang bagi memenuhi kepentingan dan keperluan komunikasi yang lebih baik antara manusia dan mesin. Dengan bertambahnya daya input maklumat dalam mengarahkan komputer, kad, pita, disk dan lain-lain peralatan, maka tidak lama lagi manusia akan berupaya mengarahkan komputer secara langsung melalui kata-kata sahaja. Dalam perkara ini, jelas komunikasi yang berkesan sangat diperlukan di dalam semua organisasi dan kumpulan pengurus, eksekutif perniagaan penyelia dan lain-lain. Mereka terpaksa meningkatkan daya komunikasi mereka untuk memenuhi cabaran-cabaran masa kini. Sebagai rumusannya, dipercayai bahawa masalah komunikasi akan terus meningkat oleh kerana faktor berikut. (i)

Menukar sikap dan keperluan kerja Menurut E.B. Weiss, pekerja-pekerja, sama ada golongan kolar biru atau putih tidak lagi bertolak ansur semata-mata kerana bilangan yang ramai. Artikel dan kajian telah mengutarakan ketidakpuasan tenaga kerja yang berkisar kepada hak mereka untuk mengambil bahagian dalam membuat keputusan dan dasar organisasi. Ini bererti pola pengurusan penyelia yang cenderung kepada pemegangan rahsia harus ditukarkan dengan yang lebih terbuka untuk berkomunikasi.

(ii)

Organisasi semakin membesar Pembesaran, perkembangan dan percantuman syarikat bersama-sama dengan kepelbagaian keluaran turut meningkatkan lagi masalah– masalah komunikasi. Misalnya, perkembangan syarikat-syarikat

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

168  TOPIK 8 MEMBUAT KEPUTUSAN DAN KOMUNIKASI

perniagaan pada peringkat nasional dan antarabangsa, maka timbul pula beberapa masalah seperti perbezaan agar perbezaan ini dapat difahami oleh pihak-pihak berkenaan. (iii) Organisasi bertambah kompleks Perkembangan teknologi juga telah membawa persekitaran seperti pencemaran dan persaingan. Kesan daripada peraturan dasar kerajaan asing dalam perniagaan antarabangsa pula memerlukan satu penyelesaian oleh organisasi dengan keadaan. Misalnya, apabila diadakan bagi mengeratkan pemahaman dan menyelesaikan masalah yang wujud. Perkembangan teknologi ini juga telah menambahkan masalah oral pekerja. Dengan adanya mesin-mesin automatik, operasi kerja menjadi semakin kurang mencabar dan pergaulan antara dan dengan pekerja-pekerja mulai renggang. Begitu juga dengan pengkhususan kerja juga telah menimbulkan ketidakpuasan dalam melakukan sesuatu kerja. Hasil daripada gejala-gejala ini boleh melibatkan daya pengeluaran merosot. (iv) Data dan maklumat yang berlebihan Dengan bertambahnya amaun data yang ada hasil daripada keupayaan memproses komputer, telah mewujudkan kelebihan maklumat. Ini telah menambahkan beban dan dilema kepada sistem komunikasi untuk memastikan maklumat itu diagihkan dan disebarkan kepada mereka yang memerlukannya. (v)

Peningkatan persaingan Syarikat-syarikat perniagaan bukan sahaja menghadapi persaingan dalam negeri, malahan berdepan dengan gergasi perdagangan antarabangsa. Untuk bersaing di pasaran antarabangsa, syarikatsyarikat perniagaan seharusnya menjadi lebih cekap dalam bidang pengeluaran dan pemasaran. Kekerapan dan ketepatan berkomunikasi adalah penting bagi memastikan kejayaan persaingan seperti itu.

(vi) Permintaan masyarakat untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan Jika dahulunya sesebuah firma perniagaan beroperasi hanya sekadar mencari untung dan tidak bertangungjawab pula, maka hari ini ianya tidak lagi boleh berkelakuan sedemikian. Ianya haruslah betanggungjawab kepada permintaan pelanggan dan juga terpaksa mendengar dan meneliti setiap kritikan yang dilemparkan kepadanya. Di masa-masa hadapan akan terdapat keperluan yang sangat besar untuk mengadakan dialog yang berterusan di antara firma-firma perniagaan dengan penduduk tempatan. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 8 MEMBUAT KEPUTUSAN DAN KOMUNIKASI  169

(vii) Peraturan kerajaan Peraturan dan kawalan memerlukan jumlah data mentah yang banyak dan juga laporan–laporan terperinci. Bagi mengurangkan peraturan, firma atau organisasi perniagaan haruslah lebih peka kepada keperluan dan keinginan masyarakat dan mengamalkan peraturan diri dan disiplin diri. Ianya haruslah diumumkan melalui komunikasi tentang apa yang telah dibuat, apa yang sedang dibuat dan apa yang akan dibuat di masa hadapan. Faktor komunikasi lain yang menentukan kepentingan berterusan tentang komuniksi firma perniagaan termasuklah peningkatan dalam pengkhususan organisasi, perubahan dalam struktur organisasi, pembentukan kuasa, sentimen anti perniagaan sama ada di peringkat domestik mahupun peringkat antarabangsa, serta penjelasan dan kajian yang berterusan. (b)

Unsur Komunikasi Pada keseluruhannya, walaupun banyak definisi komunikasi, terdapat beberapa unsur yang tidak boleh dipisahkan daripada pengertian sebenar. Antara unsur-unsur komunikasi yang penting adalah seperti berikut. (i)

Bertujuan Komunikasi mesti mempunyai objektif yang telah ditetapkan dahulu selaras dengan tujuan untuk mencapai matlamat organisasi. Ia mungkin berbentuk formal atau tidak formal tetapi bukan berbentuk sosial, kecuali yang selaras dengan matlamat akhir firma.

(ii)

Pertukaran Biasanya, ia melibatkan sekurang-kurangnya dua orang atau lebih termasuk pengantar dan penerima.

(iii) Idea, pendapat, maklumat, arahan dan sebagainya Kandungan mesej yang disampaikan berbeza kerana bergantung kepada tujuan dan keadaan. (iv) Secara personal atau tidak personal Saluran mungkin secara langsung, misalnya pertemuan empat mata atau melalui televisyen yang disiarkan kepada berjuta manusia. (v)

Isyarat atau lambang Mana-mana alat atau cara yang dapat dikodkan untuk membawa mesej atau maklumat yang boleh digunakan. Corak boleh jadi positif atau abstrak, isyarat pula boleh dalam bentuk perkataan atau tidak, tetapi yang penting adalah mesej yang disampaikan itu harus difahami. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

170  TOPIK 8 MEMBUAT KEPUTUSAN DAN KOMUNIKASI

(vi) Mencapai matlamat organisasi Salah satu ciri yang menonjol bagi organisasi yang formal ialah menetapkan matlamat atau menentukan tujuan oleh pihak pengurusan. Bettinghaus telah menamakan dua jenis matlamat utama, matlamat daya pengeluaran dan matlamat penyelenggaraan. Sebagai firma perniagaan yang kejayaannya diukur dari segi keuntungan, matlamat daya pengeluaran dapat menentukan paras atau tahap operasi dan matlamat penyelanggaran telah diwujudkan untuk kesinambungan tahap oeperasi tersebut. (c)

Proses Komunikasi Komunikasi boleh disifatkan sebagai suatu proses atau aliran. Masalahmasalah komunikasi timbul apabila terdapat lencongan atau halangan di dalam aliran tersebut. Dalam bahagian ini, akan dijelaskan proses komunikasi dalam bentuk model.

(d)

Model Komunikasi Model komunikasi merupakan satu persembahan abstrak yang digunakan untuk menerangkan proses komunikasi. Namun begitu, persembahan ini kadangkala berlainan daripada aktiviti–aktiviti sebenar yang berlaku semasa penyampaian maklumat-maklumat tertentu sehinggalah penerima bertindak terhadap maklumat berkenaan. Dalam suatu proses komunikasi, terdapat sekurang-kurangnya tiga elemen penting iaitu sumber (penghantaran), maklumat-maklumat (mesej) dan penerima seperti yang digambarkan berikut: Penghantar

Mesej

Penerima

Model ini mudah jika dibincangkan dengan keadaan sebenarnya. Untuk menerangkan keadaan yang kompleks di dalamnya terdapat beberapa unsur penting seperti sumber, enkod, saluran gangguan maklumat, penerima dan maklum balas (lihat Jadual 8.2). Jadual 8.2: Model Komunikasi Perkara Sumber

Penerangan Dalam konteks komunikasi, sumber ialah orang atau sesuatu objek seperti buku, laporan, radio dan lain-lain. Keberkesanan sesuatu proses komunikasi bergantung kepada ciri-ciri sumber yang berkesan. Jika sumber mempunyai ciri-ciri ini, maklumat yang disampaikan akan diterima dengan mudah oleh penerima.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 8 MEMBUAT KEPUTUSAN DAN KOMUNIKASI  171

Enkod

Maklumat

(e)

Ini merupakan satu persembahan untuk menyampaikan maklumat yang baik oleh sumber. Misalnya, seseorang menyampaikan maklumat dengan menulis dalam bahasa yang mudah diterima. Keberkesanan proses enkod ini akan menambah keberkesanan penerima maklumat. Proses enkod menghiasi maklumat sama ada dalam bentuk lisan atau bukan lisan. Maklumat atau mesej berbentuk lisan banyak digunakan dalam organisasi. Mesej bukan lisan mengambil bentuk, antaranya air muka, pergerakan badan, nada suara, hubungan mata, sentuhan dan isyarat. Mesej lisan boleh menghasilkan keberkesanan dengan sokongan dari mesej bukan lisan.

Saluran Komunikasi Saluran merupakan alat–alat yang digunakan untuk menyebarkan maklumat kepada penerima, iaitu sama ada secara penglihatan, pendengaran, penulisan ataupun kombinasi alat-alat tersebut. Pemilihan saluran adalah penting dalam penyampaian maklumat supaya masalah ketidakfahaman penerima tidak akan berlaku. Biasanya, cara-cara yang digunakan berbeza di antara individu dan syarikat berserta dengan situasi yang berlainan. Misalnya untuk menjelaskan sesuatu masalah matematik yang kompleks kepada pelajar, seseorang pengajar boleh menggunakan berbagai cara, iaitu melalui pengajaran (mengajar), melalui penglihatan (jawapan secara graf) dan penulisan (nota pengajaran).

SEMAK KENDIRI 8.4 Apakah saluran-saluran yang terdapat dalam proses komunikasi?

8.4.2

Bentuk-bentuk Komunikasi: Rohaniah, dalam Perorangan (Intrapersonal), antara Perorangan (Interpersonal), dalam Organisasi (Intraorganisational), antara Organisasi (Inter-organisational)

Perhubungan antara manusia dibangun melalui komunikasi. Dengan kata lain, komunikasi menjadi sarana yang ampuh untuk membangun perhubungan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

172  TOPIK 8 MEMBUAT KEPUTUSAN DAN KOMUNIKASI

antara kita dengan orang lain. Melalui komunikasi kita mampu mengenal diri kita dan orang lain. (a)

Komunikasi Intrapersonal Komunikasi intrapersonal bererti fikiran dan bahasa kita berkomunikasi dengan diri sendiri. Tanpa disedari, komunikasi intrapersonal selalu kita alami, iaitu ketika kita berkhayal, termenung dan berfikir. Komunikasi intrapersonal diperlukan sebagai saranan untuk kita lebih kenal dan akrab dengan diri dan peribadi kita. Tuhan yang Maha Bijaksana telah mengatur proses komunikasi intrapersonal yang melibatkan beberapa unsur atau elemen sebagai berikut (Burgon & Huffner, 2002): (i)

Sensasi berasal dari kata „sense‰ yang ertinya alat pengindraan, yang menghubungkan organisme dengan lingkungannya. Menurut Dennis Coon, „Sensasi adalah pengerakan elementer yang segera, yang tidak memerlukan penguraian verbal. Simbolis, atau konseptual dan terutama sekali berhubungan dengan kegiatan alat pancaindera.‰ Definisi sensasi, iaitu fungsi alat pancaindera untuk menerima informasi, sangat penting. Kita mengenal lima alat indera atau pancaindera. Kita mengelaskan kepada tiga jenis pancaindera, sesuai dengan sumber informasi. Sumber informasi boleh didapati dari dunia luar (eksternal) atau dari dalam diri (internal). Informasi dari luar diindera oleh eksteroseptor (misalnya, telinga atau mata). Informasi dari dalam diindera oleh ineroseptor (misalnya, sistem peredaran darah). Gerakan tubuh kita sendiri diindera oleh propriseptor (misalnya, organ vestibular).

(ii)

Persepsi, ialah proses memberikan makna terhadap informasi yang ditangkap oleh sensasi. Pemberian makna ini melibatkan unsur subjektif.

(iii) Memori, iaitu proses penyimpanan informasi dan evaluasinya dalam kognitif atau fikiran seseorang individu. Kemudian informasi dan evaluasi komunikasi tersebut akan dikeluarkan atau diingat kembali pada suatu saat, baik ketika sedar mahupun tidak sedar. Proses pengingatan kembali ini disebut sebagai recalling. (iv) Berfikir, iaitu proses mengolah dan memanipulasi maklumat untuk memenuhi keperluan atau menyelesaikan masalah. Proses ini meliputi pengambilan keputusan, pemecahan masalah dan berfikir kreatif. Setelah mendapatkan evaluasi terhadap proses komunikasi interpersonal, maka ada antisipasi terhadap proses komunikasi yang selanjutnya. Contohnya, jika kita merasa tidak selesa berkomunikasi Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 8 MEMBUAT KEPUTUSAN DAN KOMUNIKASI  173

dengan seseorang maka kita mempunyai cara untuk antisipasi agar komunikasi di kemudian hari menjadi lancar. (b)

Komunikasi Interpersonal Kita dapat memahami makna komunikasi interpersonal dengan mudah jika sebelumnya kita sudah memahami makna komunikasi intrapersonal. Komunikasi intrapersonal dapat diertikan sebagai penggunaan bahasa atau fikiran yang terjadi di dalam diri sendiri. Jadi dapat diertikan bahawa komunikasi interpersonal adalah komunikasi yang memerlukan pelaku atau individu lebih dari satu orang. R. Wayne Pace mengatakan bahawa komunikasi interpersonal adalah proses komunikasi yang berlangsung antara dua orang atau lebih secara bersua muka (face to face). Komunikasi interpersonal ini berlaku bergantung kepada keadaan, budaya dan juga konteks psikologikal. Cara dan bentuk interaksi antara individu akan tercorak mengikut keadaan-keadaan ini. Komunikasi interpersonal telah dikelaskan dalam beberapa tujuan, di sini dinyatakan lima tujuan mengapa komunikasi ini terbentuk: (i)

Menemukan diri sendiri Salah satu tujuan komunikasi interpersonal adalah menemukan seseorang atau peribadi diri. Bila kita terlibat dalam pertemuan interpersonal dengan orang lain kita akan mempelajari tentang diri kita mahupun orang lain. Komunikasi interpersonal memberikan kesempatan kepada kita untuk berbicara tentang apa yang kita sukai atau mengenai diri kita. Adalah sangat menarik dan mengasyikkan bila berdiskusi mengenai perasaan, fikiran dan tingkah laku kita sendiri. Dengan membicarakan diri kita dengan orang lain, kita memberikan sumber balikan yang luar biasa pada perasaan, fikiran dan tingkah laku kita.

(ii)

Menemukan dunia luar Hanya komunikasi interpersonal menjadikan kita dapat memahami lebih banyak tentang diri kita dan orang lain yang berkomunikasi dengan kita. Banyak pengetahuan yang kita ketahui datang dari komunikasi interpersonal, meskipun banyak jumlah pengetahuan yang datang kepada kita dari media massa, hal itu seringkali dibincangkan dan akhirnya dipelajari atau didalami melalui interaksi interpersonal.

(iii) Membentuk dan menjaga hubungan Salah satu keinginan manusia yang penting adalah membentuk dan memelihara hubungan dengan orang lain. Banyak masa yang digunakan dalam komunikasi interpersonal diabadikan untuk membentuk dan menjaga hubungan sosial dengan orang lain. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

174  TOPIK 8 MEMBUAT KEPUTUSAN DAN KOMUNIKASI

(iv) Berubah sikap dan tingkah laku Banyak masa kita pergunakan untuk mengubah sikap dan tingkah laku orang lain dengan pertemuan interpersonal. Kita boleh mengajak mereka memilih cara tertentu, misalnya mencuba diet yang baru, membeli barang tertentu, menonton filem, menulis dan membaca buku, memasuki bidang tertentu dan percaya bahawa sesuatu itu benar atau salah. (v)

Untuk bersenang hati dan bermesra antara satu sama lain Mencari kesenangan. Berbicara dengan teman mengenai aktiviti kita pada waktu akhir pencen, berdiskusi mengenai olahraga, menceritakan cerita dan cerita lucu. Dengan melakukan komunikasi interpersonal seperti itu dapat memberikan keseimbangan yang penting dalam fikiran yang memerlukan ketenangan di usia kita ketika itu.

Setelah kita mengetahui tentang kedua-dua komunikasi di atas, dinyatakan juga di sini enam peringkat proses komunikasi yang dipetik daripada Denis McQuail bagi memudahkan pembaca mengenali proses-proses komunikasi, iaitu: (i)

Komunikasi intra-peribadi (intrapersonal communication) Proses komunikasi yang terjadi dalam diri seseorang, berupa pengolahan informasi melalui pancaindra dan sistem saraf. Contoh: berfikir, merenung, menggambar, menulis sesuatu dan lain-lain.

(ii)

Komunikasi antara-peribadi Kegiatan komunikasi yang dilakukan secara langsung antara seseorang dengan orang lain. Misalnya, percakapan dengan menatap muka, korespondensi, percakapan melalui telefon dan sebagainya.

(iii) Komunikasi dalam kelompok Kegiatan komunikasi yang berlaku di antara suatu kelompok. Pada peringkat ini, setiap individu yang terlibat berkomunikasi sesuai dengan peranan dan kedudukannya dalam kelompok. Pesanan atau informasi yang disampaikan juga bersangkutan dengan kepentingan seluruh anggota kelompok, bukan bersifat pribadi. Misalnya, perbincangan antara ayah, ibu dan anak dalam keluarga, perbincangan guru dan murid di kelas tentang topik yang dipelajari dan sebagainya. (iv) Komunikasi antara-kelompok (association) Kegiatan komunikasi yang berlangsung antara suatu kelompok dengan kelompok lainnya. Jumlah pelaku yang terlibat boleh jadi hanya dua atau beberapa orang, tetapi masing-masing membawa Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 8 MEMBUAT KEPUTUSAN DAN KOMUNIKASI  175

peranan dan kedudukannya sebagai wakil dari kelompok dan kumpulan masing-masing. (v)

Komunikasi organisasi Komunikasi organisasi merangkumi kegiatan komunikasi dalam suatu organisasi dan komunikasi antara organisasi. Bezanya dengan komunikasi kelompok adalah sifat organisasi lebih formal dan lebih mengutamakan prinsip-prinsip efisiensi dalam melakukan kegiatan komunikasi.

(vi) Komunikasi dengan masyarakat secara meluas Pada tahap ini, kegiatan komunikasi ditujukan kepada masyarakat am. Bentuk kegiatan komunikasinya dapat dilakukan melalui dua cara iaitu komunikasi massa iaitu komunikasi melalui media massa seperti radio, surat khabar, TV dan sebagainya; dan secara langsung atau tanpa melalui media massa, misalnya ceramah atau pidato di lapangan terbuka. Dalam pengurusan, semua jenis komunikasi ini berhubungkait antara satu sama lain dalam membentuk pengurusan yang sentiasa bijak dalam membuat sesuatu keputusan sama ada dari segi perbincangan mahupun persendirian.

SEMAK KENDIRI 8.5 1.

Apakah maksud komunikasi dalam aspek pengurusan dan kepentingannya di dalam sesebuah organisasi?

2.

Bagaimanakah sesuatu proses komunikasi itu berlaku?

3.

Apakah unsur- unsur yang tedapat dalam komunikasi?

AKTIVITI 8.1 Bagaimanakah sesuatu komunikasi itu berlaku dalam bentuk intra-peribadi dan antara peribadi, dalam organisasi dan antara organisasi?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

176  TOPIK 8 MEMBUAT KEPUTUSAN DAN KOMUNIKASI

8.3.3

Halangan-halangan Komunikasi: Individu, Sistem dan Persekitaran

Halangan-halangan komunikasi biasanya berbentuk dalam dua keadaan sistem komunikasi, iaitu formal dan tidak formal. Halangan-halangan biasanya menyebabkan salah faham dan salah tafsir maklumat ataupun mesej. Sesuatu mesej yang dihantar dari seorang kepada orang lain jarang menepati ciri-ciri seperti yang dikehendaki. Halangan berlaku di setiap peringkat proses komunikasi, tetapi perlu diatasi bagi melancarkan perjalanan proses komunikasi dan pengurusan. Halangan Individu Terdapat beberapa faktor yang menjadi halangan peribadi dalam sesuatu proses komunikasi. Antara empat faktor utama adalah seperti dalam Jadual 8.3. Jadual 8.3: Empat Faktor Halangan Individu Faktor

Penerangan

Tidak berupaya mendengar dan memahami

Mendengar sahaja tidak membawa sebarang maksud dan penyelesaian. Sebagai seorang pengurus, seseorang itu perlu mendengar dan memahami situasi dan masalah yang dihadapi. Mendengar dengan baik juga membolehkan sesuatu mesej itu ditafsir dengan baik walaupun masalah yang disampaikan adalah kririkal.

Stereotaip dan prejudis

Halangan ini wujud apabila berlaku kepercayaan kekal dan tetap berkenaan sesuatu kelompok atau kumpulan. Hal ini salah kerana walaupun secara purata sesuatu kumpulan dapat ditafsir tetapi adalah tidak adil untuk semua ahli yang sesetengah ahlinya mempunyai pendapat dan pandangan yang berbeza. Contohnya, proses komunikasi yang berkaitan dengan jantina iaitu lelaki dan wanita yang mempunyai teknik komunikasi tertentu.

Komunikasi bukan lisan

Komunikasi bukan lisan juga dapat menjadi halangan dalam komunikasi. Contohnya gaya badan dan riak wajah perlu bersesuaian dengan perkataan ataupun pernyataan yang diucapkan. Komunikasi tanpa lisan memainkan peranan penting supaya mesej yang ingin disampaikan diterima dengan baik.

Kepelbagaian rujukan dan konsep

Individu dapat mentafsir sesuatu mesej komunikasi yang sama dalam pelbagai aspek yang berbeza bergantung pada pengalaman lalu, rujukan dan pengetahuan sedia ada. Hasil perbezaan antara proses enkod dan dekod menyebabkan berlaku halangan dalam komunikasi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 8 MEMBUAT KEPUTUSAN DAN KOMUNIKASI  177

Halangan Sistem Masalah semantik juga wujud antara kumpulan kerja kerana kebanyakan kumpulan pekerja berkomunikasi secara dalaman dan juga berkomunikasi golongan yang biasanya berbeza mengikut kumpulan masing-masing. Jargon adalah istilah yang digunakan dalam kumpulan, iaitu bahasa-bahasa teknikal yang diaplikasikan bagi menggambarkan dan membezakan sesuatu kumpulan. Setiap unit mempunyai terminologi unik yang berbeza dan tersendiri bagi menggambarkan kumpulan masing-masing. Bagi mengatasi masalah ini pengurus perlu mengambil berat beberapa perkara yang utama seperti menjadi sensitif apabila mentafsir mesej atau maklumat, mengenalpasti kumpulankumpulan yang berbeza serta meramal gaya penggunaan yang dapat merapatkan hubungan dengan para pekerja. Halangan Persekitaran Halangan persekitaran terdiri daripada halangan fizikal. Halangan fizikal ialah suatu kekangan yang dapat dikurangkan ataupun diatasi. Halangan ini tidak dapat dielakkan. Halangan fizikal dapat dibahagikan kepada beberapa bahagaian yang penting, iaitu: (a)

Bunyi Sesuatu aspek persekitaran yang mengakibatkan gangguan dalam penghantaran dan penerimaan mesej dikenali sebagai bunyi. Bunyi adalah gangguan utama komunikasi dan dapat menyebabkan kebanyakan mesej hilang begitu sahaja kerana perhatian penerima terganggu. Kajian menunjukkan pengurus kadangkala tidak dapat mengelak daripada berkomunikasi dalam keadaan bising. Contohnya bunyi mesin faks, telefon berdering dan sebagainya. Pengurus perlu menggunakan bilik khas bagi mengadakan mesyuarat atau di tempat-tempat yang tiada gangguan.

(b)

Masa Masa memainkan peranan yang penting dan merupakan elemen utama dalam halangan komunikasi. Masalah ini biasanya timbul disebabkan pengurus tidak mempunyai masa untuk kerap berkomunikasi dengan semua kakitangan pekerja. Tekanan masa dapat membawa kepada konflik serius sehingga menghasilkan mesej negatif pada seseorang pengurus. Pengurus juga dianggap kurang prihatin dan sekaligus menjatuhkan produktiviti dan kerjasama dari kalangan pekerja.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

178  TOPIK 8 MEMBUAT KEPUTUSAN DAN KOMUNIKASI

SEMAK KENDIRI 8.6 Apakah halangan-halangan yang wujud dalam dalam individu, sistem dan persekitaran?



Membuat keputusan merupakan elemen yang penting dalam mengurus sesebuah organisasi.



Komunikasi juga memainkan peranan yang sangat penting dalam sesebuah organisasi.



Komunikasi adalah satu faktor penting dalam kejayaan ekonomi dan pekerjaan. Ciri inilah yang paling membezakan kita daripada makhluk lain di dunia ini.

Bahantara Leksem Model gelagat Model rasional Pragmatik

Semiotik Simiotik Sintaks Storan Syura

Ahmad Atory Hussain. (1991). Pengurusan organisasi. Utusan Publication. Distributions. Harold Koontz & Heinz Weirich. (1999). Principles of management. New York: Ivanacevish, J. (2000). Human resource management (7eds) . McGraw Hill. Jack G. McAuley, terjemahan oleh Mohd Safar Hashim, Fatimah Yusoof (1988). Kathryn M. Bartol & David C. Martin. (1998). Management. Irwin McGraw-Hill. Komunikasi antara manusia. Dewan Bahasa dan Pustaka. McGraw-Hill.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 8 MEMBUAT KEPUTUSAN DAN KOMUNIKASI  179

Muhammad al-Buraey. (1992). Administrative development; An Islamic perspective, United Kingdom: Islamic Publisher. Mustafa Haji Daud. (1994). Pengurusan Islam. K.Lumpur: Utusan Publications & New Jersey: Inc., Englewood Cliff. P.S. Lewis, S.H Goodman, and P.M. Fandt. (2004). Management: Challenges for tomorrowÊs leaders, Ohio: Thomson South-Western. Peter Byrne David Cadman. (1993). Risiko, ketidakpastian dan membuat keputusan dalam pembangunan harta. DBP Kuala Lumpur. Richard D. Irwin Inc. Rue, L.W dan Byars, L.L. (2005). Management theory and application. Illinois: Stoner, James A.F Stoner & Charles Wienkel. (2000). Management., Prentice Hall, Taylor, Frederick Winston. (1978). Principles of scientific management. New York: Harper & Row Zainal Ariffin Ahmad. (1998). Perlakuan organisasi. Penerbit Fajar Bakti. ÂAbd al-Karim. (1984). al-Madkhal al-Islamiyyah, Bahgdad : MatbaÊah al-ÂAini.

Zaydan,

li

al-Dirasah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

al-Syariah

Topik  Motivasi

9

HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1.

Menerangkan secara umum definisi motivasi;

2.

Menerangkan tentang sumber-sumber motivasi;

3.

Menghuraikan model-model motivasi konvensional; dan

4.

Membezakan beberapa isu antara motivasi Islam dan konvensional.

 PENGENALAN Perkataan motivasi dalam era pembangunan masa kini sudah menjadi sesuatu yang lumrah. Namun kini, masih ramai individu yang kurang faham dan tidak mengetahui apa yang dimaksudkan dengan perkataan motivasi. Ia adalah perkataan yang berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris iaitu motivation. Perkataan asalnya adalah motive yang juga dipinjam oleh Bahasa Melayu kepada motif, yang memberi definisi tujuan. Selain maksud motivasi, kita juga akan membincangkan tentang sumber motivasi dan perbezaan antara motivasi Islam dan konvensional.

9.1

DEFINISI MOTIVASI

Apakah yang dimaksudkan dengan motivasi? Motivasi boleh didefinisikan sebagai suatu proses mendorong perlakuan untuk mencapai matlamat.

dalaman

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

yang

TOPIK 9 MOTIVASI  181

Ia adalah suatu yang kompleks dan tanggungjawab yang sukar serta merupakan sistem yang mempunyai pertalian yang banyak di dalam dan di luar organisasi. Di samping itu, motivasi adalah dorongan untuk seseorang mengambil tindakan yang mahu dilakukannya. Jika seseorang merasa tertekan, mereka biasanya akan bertindak ke atas sesuatu kerana mereka rasakan ia perlu dilakukan, walaubagaimanapun, jika mereka bermotivasi mereka akan membuat pilihan yang positif untuk melakukan sesuatu kerana tindakan-tindakan tersebut dirasakan penting. Secara umumnya, motivasi bolehlah didefinisikan sebagai suatu set paksaan yang menyebabkan manusia berkelakuan dalam cara tertentu. Sementara proses motivasi merupakan suatu proses mencipta keadaan supaya bertindak sebagai pendorong kepada pekerja berusaha ke arah mencapai kehendak atau matlamat organisasi.

9.2

SUMBER MOTIVASI

Sekiranya kita merujuk mana-mana bahan rujukan mengenai motivasi, kita akan dapat melihat banyak definisi yang diutarakan oleh setiap penulis. Akan tetapi kita akan dapat melihat sumber motivasi yang akan dipersoalkan hanyalah dua. Sebagaimana yang kita lihat di bawah, sumber motivasi terbahagi kepada dua seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 9.1.

Rajah 9.1: Sumber motivasi

Menurut Sardiman (1987), motivasi yang mendorong ke arah memenuhi kehendak dan keperluan setiap individu ialah motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

182  TOPIK 9 MOTIVASI

(a)

Motivasi Intrinsik Motivasi intrinsik juga dikenali sebagai motivasi dalaman bagi seseorang. Motivasi ini timbul dari dalam diri individu sendiri tanpa paksaan dan dorongan orang lain tetapi atas kemahuan dan tujuan diri sendiri. Ia juga adalah motivasi yang menjadi aktif dan berfungsi dengan tidak memerlukan perangsang dari luaran, disebabkan dalam diri individu sudah ada dorongan untuk melakukan sesuatu. Seseorang yang memiliki sumber motivasi seperti ini tidak memerlukan tawaran ganjaran atau diancam dengan sebarang hukuman apapun untuk melakukan sesuatu. Sebagai contoh pelajar akan tetap mempelajari sesuatu pelajaran dengan tekun walaupun masa itu bukanlah musim peperiksaan. Dengan demikian, tingkah laku seseorang itu disebabkan oleh kemahuan sendiri, bukan dorongan luar dan sama sekali tidak terdapat sebarang bentuk paksaan dari luar.

(b)

Motivasi Ekstrinsik Motivasi ekstrinsik merupakan motivasi luaran bagi seseorang dan wujud dalam diri seseorang akibat dari pengaruh dari luar seperti suruhan, ajakan atau paksaan dari individu atau pihak lain. Dengan kata lain, motivasi ini merupakan motif yang berfungsi kerana ada dorongan atau rangsangan dari luar dan dilakukan untuk mendapatkan sesuatu yang lain (mencapai tujuan). Ia dipengaruhi oleh insentif luaran seperti pemberian sesuatu ataupun hukuman. Sebagai contoh, seorang pelajar menjadi rajin kerana tidak mahu dihukum ataupun ingin mendapat keputusan yang cemerlang pada masa akan datang.

SEMAK KENDIRI 9.1 1.

Berikan pengertian motivasi.

2.

Bezakan motivasi intrinsik dan ekstrinsik.

3.

Apakah kebaikan motivasi intrinsik berbanding ekstrinsik?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 9 MOTIVASI  183

9.2.1

Fungsi Ganjaran dan Hukuman

Apabila bayaran ganjaran bonus berdasarkan kerja yang dibuat, dibayar mengikut kadar seperti kenaikan gaji, kenaikan pangkat, ujian dan keselamatan bekerja dilaksanakan, ia memberikan kesan positif. Contohnya, gaji kepada jurujual berdasarkan kuota yang diberikan bonus tunai menyebabkan pekerja bekerja kuat untuk meningkatkan kuota penjualan demi mendapatkan bonus yang lebih banyak lagi. Sebagaimana firman Allah s.w.t dalam Surah al-Baqarah (2:261-262 ) yang bermaksud:

Èe≅ä. ’Îû Ÿ≅Î/$uΖy™ yìö7y™ ôMtFu;/Ρr& >π¬6ym È≅sVyϑx. «!$# È≅‹Î6y™ ’Îû óΟßγs9≡uθøΒr& tβθà)ÏΖムt⎦⎪Ï%©!$# ã≅sW¨Β tβθà)ÏΖムt⎦⎪Ï%©!$# ∩⊄∉⊇∪ íΟŠÎ=æ t ììÅ™≡uρ ª!$#uρ 3 â™!$t±o„ ⎯yϑÏ9 ß#Ïè≈ŸÒムª!$#uρ 3 7π¬6ym èπs($ÏiΒ 7's#ç7/Ψß™ öΝÎγÎn/u‘ y‰ΨÏã öΝèδãô_r& öΝçλ°;   “]Œr& Iωuρ $xΨtΒ (#θà)xΡr& !$tΒ tβθãèÎ7÷GムŸω §ΝèO «!$# È≅‹Î6y™ ’Îû öΝßγs9≡uθøΒr& ∩⊄∉⊄∪ šχθçΡt“óstƒ öΝèδ Ÿωuρ óΟÎγøŠn=tæ ì∃öθyz Ÿωuρ „Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya.‰ „Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (ugama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya), dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.‰ Terdapat juga hadith Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:

‰Bercucuk tanam di dunia untuk menuai di akhirat.‰ Hukuman digunakan untuk mengubah sikap seseorang yang gagal untuk melaksanakan tugasnya. Pekerja datang lambat berulang kali mungkin akan digantung atau ditangguhkan gajinya. Contohnya, liga bola sepak menggantung pemain yang didapati bersalah agar dapat mengubah sikap pemain tersebut. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

184  TOPIK 9 MOTIVASI

Ganjaran dapat digunakan dengan baik apabila manusia mengetahui perlakuan, kemahuan dan pekerjaan baru. Pada umumnya, pengurus yang suka memberi ganjaran dan memberi sesuatu yang positif kepada seseorang yang berkelakuan baik, akhirnya akan menimbulkan kesan yang positif dalam hubungan antara majikan dan pekerja. Ganjaran lebih disukai oleh pekerja berbanding dengan hukuman dalam mewujudkan motivasi pekerja. Walaubagaimanapun, ada had tertentu dalam untuk menggunakan ganjaran. Ganjaran akan digunakan apabila seseorang percaya yang mereka boleh melakukan kerja yang baik, apabila mereka akan mendapat ganjaran dari perlaksanaan kerja yang baik dan juga apabila mereka inginkan ganjaran atau sanjungan oleh syarikat atas perlaksanaan kerja yang baik. Kebanyakan pihak atasan tidak suka memberi hukuman kerana ia akan menimbulkan kemarahan, permusuhan atau perasaan dendam. Kadangkala ia perlu menggunakan cara hukuman untuk mengurangkan risiko. Kebanyakan pihak pengurusan menggabungkan hukuman untuk pekerja yang berkelakuan buruk dan ganjaran untuk pekerja yang berkelakuan baik.

SEMAK KENDIRI 9.2 1.

Apakah yang anda faham mengenai ganjaran?

2.

Jelaskan definisi hukuman.

3.

Berikan dua contoh ganjaran kepada pekerja.

9.2.3

Aqidah Tauhid Sebagai Motivasi Primer

Aqidah dan tauhid mempunyai hubungan dan kaitan yang tidak dapat dipisahkan dengan kehidupan Muslim. Dalam diri setiap insan, jika tidak tersemat aqidah yang satu iaitu mengakui bahawa Tuhan hanyalah satu iaitu Allah yang Maha Esa. Pengakuan ini adalah penting bagi setiap insan yang bergelar mukmin. Aqidah boleh difahami sebagai kepercayaan yang kukuh dalam jiwa umpama tali yang tersimpul kuat sehingga tidak mungkin akan terurai. Di atas aqidah atau iman inilah berdirinya syariat Islam dan akhlak manusia. Tunjang kepada aqidah Islam ialah rukun iman seperti yang kita lihat dalam Rajah 9.2.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 9 MOTIVASI  185

Rajah 9.2: Rukun Iman

Tauhid merupakan konsep utama Islam yang mempercayai bahawa Tuhan itu hanya satu. Ianya adalah asas aqidah. Perkataan tauhid yang berasal dari bahasa Arab bermaksud penyatuan dan dalam Islam, tauhid memberi makna mendalam iaitu penyatuan dengan Allah. Lawan bagi perkataan tauhid ialah mengelak daripada membuat sesuatu. Tauhid dari sudut bahasa memberi pengertian mengetahui dan mengakui dengan sebenar-benarnyanya Allah itu wujud lagi Esa. Berdasarkan maksud menurut istilah, tauhid adalah suatu ilmu yang membentangkan tentang wujudullah (adanya Allah). Seringkali kita mendengar persoalan „Apa itu tauhid?‰ dan bagi seseorang yang mengetahui apakah itu tauhid hanya akan menjawab dengan mudah adalah ucapan kalimah syahadah iaitu lafaz „Laa ilaha illallah‰ yang merupakan puncak kenyataan tauhid. Selain itu, terdapat juga individu yang tidak mengetahui dan memahami apakah maksud sebenar tauhid tetapi pernah mengucapkan lafaz tersebut. Kalimah „Laa ilaha illallah‰ memberi maksud tidak ada Tuhan selain Allah. Kalimah ini menunjukkan bahawa manusia tidak ada tempat bersandar, berlindung dan berharap kecuali Allah. Tidak ada yang menghidupkan dan mematikan, tiada yang memberi dan menolak melainkan Allah. Sebagaimana firman Allah dalam Surah al-Baqarah (2:163) yang bermaksud: Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

186  TOPIK 9 MOTIVASI

∩⊇∉⊂∪ ÞΟŠÏm§9$# ß⎯≈yϑôm§9$# uθèδ ωÎ) tμ≈s9Î) Hω ( Ó‰Ïn≡uρ ×μ≈s9Î) ö/ä3ßγ≈s9Î)uρ „Dan Tuhan kamu ialah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain dari Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.‰ Berdasarkan definisi yang diterangkan di atas, kita dapat memperjelaskan apakah pula aqidah tauhid. Aqidah tauhid memberi pengertian yang sama walaupun berbeza dari segi perkataan, iaitu suatu ilmu yang menyelidiki dan memeriksa kepercayaan seseorang berkenaan dengan konsep ketuhanan, kerasulan dan juga samÊiyyat dengan bukti-bukti dalil iaitu dalil aqli dan naqli. Dengan adanya bukti-bukti ini keraguan yang timbul di dalam hati manusia akan hilang. Aqidah tauhid merupakan suatu ilmu yang mendedahkan kebatilan, keraguan dan pendustaan orang-orang musyrikin terhadap orang-orang yang beriman yang mempercayai Allah, rasul-rasul, kitab-kitab Allah, hari akhirat serta qada dan qadar yang telah tersebut dalam hadith Rasulullah s.a.w. Selain dari itu, aqidah tauhid memiliki peranan penting dalam penetapan keimanan dalam hati seseorang yang yakin sebenar-benarnya dengan kewujudan Allah s.w.t. dan mentauhidkannya.

9.3

MODEL-MODEL TEORI MOTIVASI KONVENSIONAL

Mengikut Jaafar Muhamad (1999), terdapat banyak teori atau model motivasi antaranya ialah: (a)

Teori Keperluan Maslow Teori keperluan Maslow diperkenalkan oleh Abraham H. Maslow dalam tahun 1954. Menurut Maslow, manusia dari segi dorongan memenuhi keinginan dan kepuasan, adalah seakan haiwan. Manusia, seperti haiwan, digerakkan oleh keinginan untuk memuaskan beberapa jenis keperluan. Menurutnya lagi, manusia tidak pernah puas. Selepas satu keperluan dipuaskan, keperluan yang lain pula akan timbul. Untuk memenuhi keperluan tersebut, manusia perlu bekerja. Keperluan utama manusia ialah keperluan fisiologi dan biologi, keperluan keselamatan diri, keperluan sosial dan keperluan penghormatan atau ego diri.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 9 MOTIVASI  187

(b)

Teori ERG Teori ERG oleh Alderfer pula menyebut tiga peringkat keperluan iaitu keperluan kewujudan, keperluan pertalian dan keperluan pertumbuhan.

(c)

Teori X dan Y Teori X dan Y dipelopori oleh Douglas McGregor pada awal tahun 1960-an. Teori ini menerangkan dua keadaan bertentangan tentang sifat manusia. Dalam teori X, terdapat beberapa andaian penting seperti: (i)

Manusia memang secara semulajadi mempunyai sifat malas atau tidak suka bekerja. Jika ada peluang mereka akan mengelak daripada bekerja. Oleh itu mereka perlu diberi arahan dan kawalan untuk bekerja dengan baik.

(ii)

Manusia secara semulajadi selalunya bertentangan tanggapan dengan organisasi. Oleh itu mereka perlu diugut dan dipaksa oleh kuasakuasa luaran bagi mencapai matlamat organisasi.

(iii) Manusia selalunya mempunyai kelemahan sehingga mereka tidak mampu mendisiplinkan diri termasuk tidak mempunyai cita-cita dan selalu mementingkan kepentingan diri. Oleh itu organisasi perlu mengarah dan mengawal mereka supaya mencapai matlamat organisasi. Teori Y pula ditampilkan oleh McGregor yang mengandaikan perkaraperkara berikut: (i)

Dorongan yang paling baik ialah dengan memuaskan keperluan manusia di peringkat yang tertinggi seperti penghargaan dan pencapaian hasrat diri.

(ii)

Kebanyakan manusia boleh mengawal diri sendiri termasuk boleh didorong untuk melakukan kerja dan tidak dikuasai oleh perasaan. Mereka mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam organisasi.

(iii) Manusia mempunyai kemampuan dari segi fizikal dan mental untuk membuat sesuatu kerja. (iv)

(d)

Kawalan dan hukuman bukanlah cara yang baik untuk mencapai matlamat organisasi.

Teori Z Teori Z pula dikemukakan oleh Willium Ouchi yang berorientasikan pengurusan masa hadapan. Antara ciri-ciri teori yang dikemukakan ialah:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

188  TOPIK 9 MOTIVASI

(i)

Kesetiaan bersama yang kukuh di antara pekerja dan syarikat.

(ii)

Menjamin pekerjaan seumur hidup kepada pekerja.

(iii) Menekankan matlamat jangka panjang organisasi. (iv) (e)

Setiap keputusan dibuat bersama dan bebanan ditanggung bersama.

Teori Pencapaian McClelland Teori pencapaian McClelland mengenal pasti dan mengkaji beberapa motif manusia dalam konteks organisasi. Keperibadian dikatakan mempunyai tiga motif asas iaitu: (i)

Keperluan untuk pencapaian ă Keperluan untuk mencapai kejayaan diukur mengikut suatu piawaian.

(ii)

Keperluan untuk gabungan (affiliation) ă Keperluan untuk menjalin perhubungan peribadi dan persahabatan yang rapat dengan orang lain.

(iii) Keperluan untuk memperoleh ă Keperluan untuk mengawal atau mempengaruhi kelakuan orang lain secara langsung atau tidak langsung. (f)

Teori Keperluan Dua Faktor Teori ini dikemukakan oleh Frederick Hertzberg pada tahun 1959. Faktor motivasi yang dimaksudkan dalam teori ini ialah faktor keperluan dua faktor iaitu faktor intrinsik yang terdiri daripada keperluan pencapaian, pengiktirafan, tanggungjawab, keupayaan dan sebagainya. Faktor lain ialah faktor ekstrinsik yang berhubung dengan gaji, ganjaran dan sebagainya yang ditawarkan oleh organisasi.

(g)

Teori Ekuiti (kesamaan) Teori ini menjelaskan bahawa seseorang pekerja akan membuat perbandingan di antara input-output kerjanya dengan input-output pekerja-pekerja lain. Sekiranya perbandingan yang dibuat dengan pekerja lain menunjukkan nisbah yang diterimanya berkurangan maka ia akan menurunkan motivasi kerja. Jika perbandingan menunjukkan ia mendapat lebih daripada pekerja lain atau sama, ia akan meningkatkan motivasi kerja.

(h)

Teori Penetapan Matlamat Teori ini menjelaskan bahawa penetapan matlamat boleh memberikan motivasi kepada pekerja.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 9 MOTIVASI  189

(i)

Teori Jangkaan Teori Jangkaan mengatakan bahawa manusia berkelakuan berdasarkan kepada jangkaan yang akan diperolehi. Jika ia menjangka akan mendapat sesuatu melalui tindakan yang sepatutnya ia buat maka ia akan terdorong melakukan kerja tersebut. Contohnya, Amin menjangka bapanya akan memberi hadiah yang bernilai jika ia mendapat keputusan yang cemerlang dan jangkaan ini mendorongnya untuk rajin belajar.

SEMAK KENDIRI 9.3 1.

Apakah kebaikan Teori Keperluan Maslow?

2.

Terangkan konsep teori pencapaian McClelland.

3.

Berikan definisi ekuiti.

9.4

MOTIVASI ISLAM

Dalam bahagian ini, kita akan membincangkan motivasi Islam dan konvensional.

9.4.1 Penerapan Aqidah Sebagaimana yang kita ketahui, paksi aqidah yang utama adalah lafaz „La ilaha illallah (Tiada Tuhan melainkan Allah)‰. Ianya merupakan kalimah pengakuan keimanan yang membawa maksud tiada sesuatu pun yang patut ditujukan pengabdian melainkan Allah. Penerapan aqidah adalah wajib dalam diri setiap individu yang bergelar Muslim. Ia menjadi teras utama seorang Islam. Di Malaysia, penerapan aqidah ini sudah mula dipraktikkan beberapa ketika yang lalu terutamanya kepada golongangolongan yang mengikut ajaran Islam. Ia dilaksanakan setelah timbul kesedaran yang agak menyeluruh dalam masyarakat umat Islam betapa perlunya Islam dan ajarannya dijadikan panduan dan landasan hidup demi mencapai kehidupan yang sejahtera dan diredhai Allah s.w.t. Di samping itu, disebabkan timbul kesan-kesan negatif kerana penjajahan yang berlaku ke atas umat Islam memberi impak yang amat mendalam kepada masyarakat tentang pentingnya penerapan aqidah dalam diri setiap orang. Sebagai contoh, penubuhan sistem pengajian, penambahan silibus dan pelajaran pendidikan Islam diberikan nafas baru dan keutamaan yang sewajarmya. Selain dari itu, dengan munculnya institusi pengajian agama sama ada di peringkat Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

190  TOPIK 9 MOTIVASI

bawah iaitu tadika, rendah dan menengah bahkan di peringkat institusi pengajian tinggi secara besar-besaran bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan diseluruh negara, di mana ia menunjukkan bahawa isu pendidikan Islam mula bertapak secara serius bermula dari saat itu. Justeru itu, usaha penerapan aqidah dalam sistem dan silibus pengajian mula menampakkan kejayaan dan ia terus berlangsung dan berkembang sehingga sekarang. Namun begitu, dalam kerangka memantapkan aqidah dalam pelbagai sistem seperti sistem pendidikan, persoalan yang dihadapi ialah cabaran semasa yang berlaku dalam masyarakat dan bagaimana pula caranya untuk membina kekuatan penerapan aqidah dan menghadapi cabaran-cabaran tersebut. Antara cabarannya adalah seperti dalam Rajah 9.3.

Rajah 9.3: Cabaran-cabaran masa kini

Berdasarkan kepada cabaran-cabaran semasa seperti dalam Rajah 9.3, beberapa langkah perlu dilaksanakan, antaranya ialah melalui sistem penerapan aqidah dalam proses pendidikan dan pembentukan anak-anak sejak dari kecil lagi. Sehubungan ini, dapat dirumuskan beberapa kepentingan dari pendidikan dan penerapan aqidah kepada generasi anak-anak. Antara penerapannya adalah: (a)

Aqidah dapat menjelaskan tentang pengertian dan maksud hidup yang sebenar sebagai khalifah di muka bumi.

(b)

Aqidah menjadikan anak-anak dibimbing melalui asal fitrah kejadian hidup mereka.

(c)

Melalui didikan aqidah, anak-anak dapat dididik watak, cara hidup dan ibadat menurut ketentuan Penciptanya. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 9 MOTIVASI  191

(d)

Aqidah yang mantap menjadi benteng dan teras utama dalam realiti hidup yang akan ditempuhi oleh anak-anak apabila dewasa kelak.

(e)

Melalui didikan aqidah, anak-anak akan terselamat dari sebarang penyelewengan dan kejutan akhlak dan moral yang berbagai.

9.4.2

Hubungkait antara Aqidah, Kehendak, Tindakan dan Prestasi kerja

Perspektif Islam menjelaskan motivasi mempunyai kaitan dengan aqidah Islam iaitu kepercayaan yang teguh kepada Allah sebagai puncak segala amalan. Setiap amalan yang dibuat oleh manusia berpaksi kepada ibadat yang tulus kepada Allah. Manusia menjalankan aktiviti ibadat khusus dan ibadat umum untuk memperolehi keredhaan Allah bagi mencapai kehendak manusia yang inginkan kejayaan kehidupan akhirat dan kesenangan hidup dunia.

Rajah 9.4: Hubungkait aqidah, kehendak, tindakan dan prestasi

(a)

Aqidah Aqidah yang benar kepada Allah sepatutnya menjadi perkara utama dalam kehidupan Muslim. Ini kerana asas kehidupan bermula dengan aqidah yang benar yang sepatutnya menjadi puncak kehidupan Agama Islam mempunyai lima pokok ajaran iaitu mempercayai Allah sebagai Tuhan yang satu (tauhid), Nabi Muhammad ialah rasul atau utusan Allah, menunaikan sembahyang, berpuasa di bulan Ramadan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji di Mekah. Ia juga mempunyai enam kepercayaan utama yang dinamakan rukun iman iaitu percaya kepada Allah sebagai Tuhan yang satu, percaya kepada malaikat, percaya kepada rasul sebagai utusan Tuhan, percaya kepada seseorang, percaya kepada hari akhirat, percaya kepada qada dan qadar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

192  TOPIK 9 MOTIVASI

Menurut Islam, matlamat hidup seseorang individu Muslim itu adalah mencari keredhaan Allah. Firman Allah dalam Surah Az-Dzaariyat (51:56) yang bermaksud:

∩∈∉∪ Èβρ߉ç7÷èu‹Ï9 ωÎ) }§ΡM}$#uρ £⎯Ågø:$# àMø)n=yz $tΒuρ „Dan Aku (Allah) tidak menjadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah (beribadat) kepada Aku.‰ Tujuan agama Islam diturunkan kepada manusia adalah untuk dijadikan panduan hidup bagi kebaikan di dunia dan akhirat. Bagi tujuan tersebut, Allah s.w.t. telah menurunkan al-Quran sebagai sumber rujukan dan hadis sebagai mengukuhkan apa yang dijelaskan di dalam al-Quran. Al-Quran ialah himpunan kata-kata Allah yang disampaikan kepada Nabi Muhammad selaku perantaraan malaikat Jibrail bagi dijadikan panduan hidup manusia dan membacanya dikira ibadat. Segala ajaran dan peraturan yang dibawa melalui al-Quran adalah dikira syariat. Allah berfirman di dalam Surah Al-Baqarah (2:1-2) yang bermaksud:

∩⊄∪ z⎯ŠÉ)−Fßϑù=Ïj9 “W‰èδ ¡ Ïμ‹Ïù ¡ |=÷ƒu‘ Ÿω Ü=≈tGÅ6ø9$# y7Ï9≡sŒ ∩⊇∪ $Ο!9# „Alif lam Mim, demikianlah seseorang al-Quran itu yang tiada ragu ragu lagi (isinya), menjadi petunjuk kepada orang-orang yang beriman.‰ Tujuan syariat Islam adalah untuk menjaga lima perkara iaitu agama, jiwa, akal, keturunan dan harta. Semua hukum-hakam yang terdapat dalam ajaran Islam seperti wajib, sunat, makhruh, haram, halal dan harus semuanya untuk menjaga lima perkara yang disebutkan di atas. Hukum haram minuman keras adalah untuk menjaga akal, hukum haram berzina adalah untuk menjaga keturunan dan agama, haram mengata orang adalah untuk menjaga jiwa, wajib sembahyang adalah untuk menjaga agama dan akhlak. Semua perkara yang dijelaskan tadi memberi tujuan yang lebih utama sebabsebab penurunan ajaran Islam iaitu akhlak. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: „Bahawasanya aku diutuskan kepada manusia adalah untuk

menyempurnakan akhlak.‰ (a)

Kehendak Kehendak merupakan keinginan dalam diri seseorang. Islam tidak menghalang manusia memenuhi keinginan mereka. Kehendak terhadap Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 9 MOTIVASI  193

sesuatu boleh mendorong kepada sesuatu perbuatan dan tindakan. Keyakinan teguh kepada kehendak Allah s.w.t. dan ajaran Islam boleh menjadi sumber motivasi kepada seseorang Muslim kerana apa yang dilakukan mereka untuk kehidupan dunia akan dikira ibadat oleh Allah s.w.t. jika ia dilaksanakan dengan cara yang betul dengan syariat Islam dan niat yang betul. (b)

Tindakan Apabila seseorang manusia itu mempunyai aqidah yang benar, ia mempunyai kehendak untuk melakukan sesuatu. Kerja yang dilakukan dengan niat yang betul serta bertujuan mencapai kehendak manusia boleh berlaku dengan penuh motivasi. Tindakan yang betul dengan penuh bermotivasi akan dikira ibadat dan sudah tentu akan memberikan kesan yang baik. Tindakan yang dilakukan perlu bersesuaian dengan kehendak Allah s.w.t. Di dalam ajaran Islam, semua tindakan manusia dengan niat yang ikhlas dan betul akan dikira ibadat dan diberi ganjaran Allah s.w.t.

(c)

Prestasi Prestasi kerja adalah perkara yang penting dalam Islam. Rasulullah bersabda, „Seorang mukmin itu, bila melakukan sesuatu kerja/amalan, ia akan buat dengan penuh teliti dan sunguh-sungguh‰. Prestasi kerja pula perlu dihisab setiap masa. Islam sentiasa menyuruh setiap Muslim supaya melakukan muhasabah terhadap setiap amalan yang dilakukannya. Jika prestasi kerja tidak dapat memenuhi kehendak yang diperlukan manusia, maka ia perlu membuat pengubahsuaian dalam tindakan sesuatu kerja. Pencapaian prestasi kerja yang tinggi akan memberikan motivasi kepada seseorang untuk terus bekerja dengan kuat di masa akan datang. Manusia perlu sentiasa memikirkan untuk melakukan kerja dengan baik agar prestasinya baik dan ini akan menambahkan motivasinya di masa akan datang.

9.4.3

Perbezaan Motivasi Islam dan Konvensional

Islam bersifat tolerasi dan terbuka dalam perbincangan ilmu kehidupan. Ilmu motivasi yang dibincangkan oleh cendekiawan barat boleh diterima selagi konsep dan prinsipnya tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Biarpun terdapat beberapa perbezaan diantara konvensional dan Islam, ia hanyalah bersifat beberapa perkara yang boleh menunjukkan bahawa Islam itu adalah lengkap dan mempunyai asas sumber rujukan yang kukuh dalam membincangkan isu motivasi. Berikut adalah beberapa perbezaan yang terdapat di dalam motivasi Islam dan konvensional Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

194  TOPIK 9 MOTIVASI

Rajah 9.5 menunjukkan perbezaan antara motivasi Islam dan konvensional.

Rajah 9.5: Perbezaan antara motivasi Islam dan konvensional

Dari segi sumber rujukan, prinsip motivasi Islam berlandaskan al-Quran dan hadis sementara prinsip motivasi konvensional berlandaskan teori-teori cendekiawan barat yang bersumber kepada akal fikiran. Objektif sistem motivasi Islam ialah untuk mencapai kebahagiaan akhirat dan kesenangan dunia sementara sistem motivasi konvensional semata-mata bermotifkan kesenangan duniawi. Penyelesaian motivasi Islam berteraskan akhlak Islam yang mementingkan maslahah umum sementara penyelesaian motivasi konvensional berteraskan keinginan peribadi, akal fikiran serta kemungkinan terdapat penyelesaian mengikut sentimen nafsu, keinginan peribadi, emosi dan lain-lain.

SEMAK KENDIRI 9.4 Huraikan beberapa perbezaaan di antara motivasi Islam dan konvensional.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 9 MOTIVASI  195



Motivasi boleh didefinisikan sebagai suatu set paksaan yang menyebabkan manusia berkelakuan dalam cara tertentu.



Proses motivasi merupakan suatu proses mencipta keadaan supaya bertindak sebagai pendorong kepada pekerja berusaha ke arah mencapai kehendak atau matlamat organisasi.



Penerapan akidah ke dalam jiwa setiap umat Islam adalah penting bagi memberi motivasi kerja kepada mereka.



Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi pegangan hidup dan panduan bagi setiap mukmin untuk mencari sumber motivasi hidup.



Perspektif Islam menjelaskan bahawa motivasi mempunyai kaitan dengan aqidah Islam iaitu kepercayaan yang teguh kepada Allah sebagai puncak segala amalan.



Manusia menjalankan aktiviti ibadat khusus dan ibadat umum untuk memperolehi keredhaan Allah bagi mencapai kehendak manusia yang inginkan kejayaan kehidupan akhirat dan kesenangan hidup dunia.



Dari segi sumber rujukan, prinsip motivasi Islam berlandaskan al-Quran dan hadis sementara prinsip motivasi konvensional berlandaskan teori-teori cendekiawan barat yang bersumber kepada akal fikiran.



Objektif sistem motivasi Islam ialah untuk mencapai kebahagian akhirat dan kesenangan dunia sementara sistem motivasi konvensional semata-mata bermotifkan kesenangan duniawi.



Penyelesaian motivasi Islam berteraskan akhlak Islam yang mementingkan maslahah umum sementara penyelesaian motivasi konvensional berteraskan keinginan peribadi, akal fikiran serta kemungkinan terdapat penyelesaian mengikut sentimen nafsu, keinginan peribadi, emosi dan lain-lain.

Akhlak Islam Aqidah Ekstrinsik Emosi Intrinsik

Kehendak Maslahah Prestasi Proses motivasi Sumber ilmu

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

196  TOPIK 9 MOTIVASI

Ab.Wahab Mat, Shahrol Aman Ahmad, Azhari Ramli, Abu Mansor Ahmad. (2007). Pengurusan. Fakulti Pengurusan Perniagaan Universiti Utara Malaysia. al-Zuhayli, Wahbah. (1986). Usul al-Fiqh al-Islamiy. juz 1, Damsyik: Dar al-Fikr. Abu Muhammad ÂAli ibn Ahmad ibn SaÊid Ibn Hazm al-Andalusi, (t.t), al-Ahkam fi Usul al-Ahkam. Beirut: Dar al-Kutub al-Âiliyyah, juz 1, h. 52. Badran Abu ÂAynayn Badran (t.t), al-ShariÊah al-Islamiyyah, Tarikhuha wa Nazariyyah al-Milkiyyah wa al-ÂUqud. Kaherah: Dar al-Fikr. Jaafar Muhamad. (edisi ketiga 1999). Kelakuan organisasi. Perpustakaan Negara Malaysia, Kuala Lumpur. Manna Al-Qattan. (1995). Tarikh al-TasyriÊ al- Islami. Beirut: Muasasah Risalah, h. 46, 83. Muhammad bin Muhammad bin Ahmad al-Ghazali, (t.t), al-mustafa min ÂIlm al-usul. Cet 1, Beirut: Dar al-IhyaÊ al-Turath al-ÂArabi. Muhammad Ibn Abi Bakr Ibn Qayyim al-Jawjiyyah (t.t) IÊlam al-MuwaqqiÊin Âan Rabb al-ÂAlamin. Kaherah: Maktabah al-Taufiqiyyah Muhammad Nasri Md Hussain, Ab. Aziz Yusof. (2005). Pengurusan sumber manusia dari perspektif Islam. Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Yusuf al-Qaradawi. (2001). BayÊ al-Murabahah Li al-Amr bi al-SyraÊ. Beirut: Dar al-Fikr, h. 15-16. Zainal ÂAbidin Bin Ibrahim, Ibn Nujayn. (1968). al-Asybah wa al-nazaÊir Âala Madhhab Abi Hanifah al-NuÊman. Juz 1, Kaherah: Muassasah al-Halabi wa Auladuhu, h. 118. ÂAbd al-Karim. (1984). al-Madkhal al- Islamiyyah. Bahgdad: MatbaÊah al-ÂAini.

Zaydan,

li

al-Dirasah

al-Syariah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Topik  Kawalan,

10

Budaya Organisasi dan Perubahan

HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1.

Menerangkan secara umum maksud kawalan dan jenis-jenis kawalan dalam meningkatkan keberkesanan organisasi;

p 2.

Menjelaskan berkaitan budaya, prestasi dan perubahan budaya organisasi;

3.

Menghuraikan beberapa bahagian dalam perubahan berkaitan dengan perubahan budaya organisasi; dan

4.

Menguruskan tekanan konflik dalam pekerjaan.

 PENGENALAN Islam adalah cara hidup yang sempurna, baik dari segi kepercayaan atau kehidupan seharian. Manusia adalah aset organisasi kerana pekerja merupakan penggerak organisasi sama ada di sektor awam atau swasta. Selain itu, penilaian pekerja patut dijalankan supaya prestasi pekerja tidak merosot dan dapat memperbaiki kelemahan supaya mereka dapat menjalankan tugas dengan penuh komitmen. Pampasan dan faedah juga patut diberikan kepada pekerja sebagai ganjaran. Pemikiran pengurusan kontemporari telah membuat penyusunan asas untuk gerak kerja pengurusan iaitu kawalan, budaya, prestasi, perubahan organisasi dan pengurusan konflik. Topik ini cuba melihat amalan kerja pengurusan yang boleh diterima pakai oleh syariat Islam. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

198  TOPIK 10 KAWALAN, BUDAYA ORGANISASI DAN PERUBAHAN

10.1 KAWALAN Kawalan merupakan langkah terakhir kepada pengurusan. Melalui kawalan, sesuatu perancangan dan pelaksanaan pengurusan dapat dipastikan keberkesanannya. Tanpa kawalan, sesuatu perancangan yang baik tidak akan dapat dipastikan kejayaannya. Abd Rahman al-Dahyan dalam bukunya memberikan pembahagian yang baik mengenai tahap-tahap kawalan. Kawalan dapat dilihat daripada sudut satu organisasi kepada tiga tahap kawalan iaitu, kawalan diri sendiri, kawalan dalaman dan kawalan luaran. Maksud melakukan kawalan sememangnya sudah diisyaratkan dengan jelas sekali dalam ajaran Islam. Kawalan yang boleh disama ertikan dengan memeriksa dan memerhatikan kemudiannya membawa ke arah membetulkan sebarang kepincangan yang timbul daripada perlaksanaannya. Sebagai contoh, seorang pengurus yang memantau prestasi dan membandingkannya dengan matlamat. Seterusnya membuat tindakan pembetulan sekiranya tindakan itu perlu. Terdapat dalil yang menunjukkan bahawa kawalan dianjurkan dalam pengurusan Islam. Firman Allah dalam Surah al-Taubah (9:105) yang bermaksud:

„Dan katakan (wahai Muhammad), berbuatlah kamu, bahawasanya Allah s.w.t melihat amalan-amalan kamu, dan rasulnya dan orang-orang mukmin (akan turut melihat). Dan akan dikembalikan amalan-amalan tersebut ke alam ghaib dan alam yang sebenar, maka dia akan mengkhabarkan kepada kamu dengan setiap apa yang kamu lakukan‰. Ayat suci di atas dengan jelas menerangkan bagaimana faktor mengawasi diri sendiri, merasai diri diawasi oleh manusia dan merasakan pemerhatian oleh Allah s.w.t ditanam dalam jiwa setiap Muslim. Diri yang mempunyai kekuatan untuk menghisab perlakuan diri, berupaya untuk menilai setiap gerak-gerinya daripada melakukan kesilapan. Manakala merasai diawasi oleh seseorang sama ada oleh manusia mahupun Allah s.w.t. menjadikan seseorang lebih berhati-hati dalam melakukan setiap tindakan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 10 KAWALAN, BUDAYA ORGANISASI DAN PERUBAHAN  199

Jadual 10.1 menyenaraikan tiga tahap kawalan berserta dengan penerangannya. Jadual 10.1: Tiga Tahap Kawalan Kawalan

Penerangan

Kawalan diri

Setiap pekerja perlu mengawasi diri sendiri. Kawalan terhadap diri sendiri ini dapat dilakukan melalui pemahaman kepada ajaran Islam itu sendiri yang amat menyeru kepada bertaqwa dan merasai pemerhatian dan kekuasaan Allah s.w.t terhadap semua perbuatan manusia sama ada secara terang-terangan mahupun secara bersembunyi. Melalui keyakinan yang bertapak di jiwa inilah yang akan mendorong seseorang melakukan kerjanya sebaik mungkin.

Kawalan dalaman

Kawalan dalaman bermaksud melalui jabatan-jabatan dalam sesebuah organisasi yang bertanggungjawab memerhatikan pekerja-pekerjanya. Ataupun peranan seseorang ketua mengawasi para pekerja.

Kawalan luaran

Kawalan luaran adalah kawalan yang dilakukan oleh negara terhadap organisasi bagi menjaga kesinambunagan keluhuran pekerja dan organisasi dalam mencapai matlamat masingmasing melalui institusi al-hisbah, al-muzalim dan kehakiman biasa.

Tambahan lagi, untuk mengurus kawalan dengan efektif adalah dengan cara sistem kawalan yang baik. Antara cirinya, ia perlu strategik dan berpotensikan keputusan. Sistem kawalan biasanya menggalakkan rancangan-rancangan strategik dan fokus pada aktiviti-aktiviti penting yang menjadikan sesebuah organisasi itu berbeza dan lebih efektif daripada organisasi lain. Pengurus merangka dan membangunkan sesuatu rancangan strategik bagi mencapai matlamat strategik. Oleh sebab itu, mereka patut mengambil perhatian bagi membangunkan piawai kawalan yang menjadi ukuran betapa baiknya perancangan yang dibuat dapat dicapai. Selain itu, ia perlu mengikut masa, tepat dan berobjektif. Ini kerana sistem kawalan yang baik diperlukan seperti maklumat yang berkesan untuk semua aspek. Maklumat tidak semestinya sampai cepat tetapi ia perlu sampai tepat dan sesuai pada masanya seperti setiap minggu atau setiap bulan. Maklumat itu biasanya cukup untuk para pengurus dan pekerja membuat tindakan pembetulan pada sebarang penyimpanan atau kesalahan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

200  TOPIK 10 KAWALAN, BUDAYA ORGANISASI DAN PERUBAHAN

10.1.1 Teknologi Maklumat Teknologi maklumat merupakan teknologi yang diperlukan dalam pemprosesan data. Isi kandungannya sangat luas berkaitan dengan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara keseluruhannya, teknologi maklumat boleh didapati dengan tepat dan mudah. Selain itu, penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat serta mendapatkan maklumat tanpa mengira waktu dan di mana-mana. Selain itu, teknologi maklumat dapat dipecahkan kepada beberapa komponen atau bahagian untuk memudahkan kajian dalam bidang ini. Bahagian komponen tersebut adalah teknologi, organisasi dan pengguna. Selain dari itu, terdapat juga tafsiran di mana komponen penting dalam teknologi ialah komputer seperti perisian, maklumat, tatacara, manusia dan rangkaian komunikasi.

10.1.2 Kaitan antara Penilaian Prestasi dan Kawalan Pengurus perlu membuktikan kepekaan yang tinggi terhadap keadilan dalam melaksanakan penilaian prestasi dari perspektif Islam. Keprihatinan mereka dalam perlaksanaan penilaian prestasi akan memungkinkan mereka meringankan kesan-kesan negatif yang telah dikenal pasti. Oleh itu, pelaksanaan penilaian prestasi berlandaskan Islam perlu diberi tempat yang sewajarnya, dihayati dan dikomunikasikan. Ini adalah untuk menjamin agar tidak ada pihak yang akan menjadi mangsa. Sebagaimana yang telah dijelaskan, Islam merupakan satu cara hidup yang mencakupi segenap aspek dalam kehidupan manusia dan fitrah kejadian manusia itu sendiri. Oleh kerana pekerjaan melibatkan hubungan pengurus dan pekerja maka sudah tentu setiap keputusan yang melibatkan pengagihan tugas, penentuan ganjaran dan program pembangunan pekerja perlu dilakukan dengan seadil yang mungkin. Islam sebagai satu cara hidup yang syumul diyakini mampu memberi kelebihan kepada organisasi dalam memastikan untuk terus membangun. Prestasi kerja yang terbaik mampu diberikan penghargaan kerana pekerja bekerja hasil daripada dorongan dalaman yang tinggi di atas keyakinan iaitu untuk mendapat keredhaan Allah. Keharmonian dalam organisasi jelas terjejas apabila pengurus yang bertanggungjawab dalam menilai prestasi pekerja lebih cenderung dijadikan Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 10 KAWALAN, BUDAYA ORGANISASI DAN PERUBAHAN  201

sebahagian daripada alat kawalan untuk mengawal gelagat kerja pekerja dan seterusnya mendapat ganjaran untuk mereka. Akibat daripada keadaan ini, matlamat utama pelaksanaan penilaian prestasi tidak dicapai. Sehubungan dengan ini, pengurus perlu bertindak sebagai pereka atau pemikir strategi untuk membangunkan model serta melaksanakan keputusan sesuai dengan persekitaran Islam berkait dengan pelaksanaan penilaian prestasi dalam organisasi. Mereka perlu bertindak selari dengan tuntutan yang dijelaskan dalam Surah ar-RaÊd (13:11):

„Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak akan mengubah keadaan nasib sesuatu kaum sehingga mereka merobohkan keadaan yang ada pada diri mereka sendiri‰.

SEMAK KENDIRI 10.1 1.

Apakah yang dimaksudkan dengan kawalan? Dengan ringkas, jelaskan mengapa ia penting.

2.

Nyatakan perbezaan antara kawalan diri, kawalan dalaman dan kawalan luaran.

AKTIVITI 10.1 Bincangkan kaitan teknologi maklumat dengan pengurusan kawalan.

10.2 BUDAYA, PRESTASI DAN PERUBAHAN ORGANISASI Di bahagian ini, kita akan membincangkan budaya, prestasi dan perubahan organisasi.

10.2.1 Keterangan Budaya Organisasi Budaya organisasi ialah satu perkongsian pegangan dan nilai yang wujud dalam sesebuah organisasi bagi membimbing kelakuan ahli-ahli dalam organisasi itu. Budaya organisasi adalah berbeza antara sesebuah organisasi dengan organisasi lain. Setiap organisasi mungkin berbeza dari segi penerimaan risiko, layanan kepada pekerja, kerja berpasukan, peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan, Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

202  TOPIK 10 KAWALAN, BUDAYA ORGANISASI DAN PERUBAHAN

konflik-konflik yang timbul, kritikan-kritikan kepada majikan dan organisasi serta ganjaran-ganjaran yang disediakan kepada ahli-ahlinya.

10.2.2 Pembinaan, Pembaikan dan Penerusan Budaya Organisasi Apabila membicarakan tentang budaya organisasi, ia lebih tertumpu kepada budaya kerja. Pengurusan dan budaya kerja mempunyai hubungan erat antara satu sama lain. Pengurusan melahirkan budaya organisasi dalam kerja. Budaya organisasi tidak wujud dengan sendirinya. Oleh itu, tanpa pengurusan bererti tiada budaya kerja. Pengurusan adalah kuasa penggerak bagi mewujudkan budaya kerja yang baik ataupun sebaliknya. Sebagai pengurus, terdapat lima aspek utama yang perlu mereka fahami dan lakukan iaitu, menentukan matlamat, merancang dan menyelenggarakan sumber-sumber yang sedia ada dengan cara yang berkesan. Antaranya ialah tenaga manusia. Selain itu, mengawal proses perlaksanaan untuk mencapai matlamat organisasi dan meletakkan standard tertentu untuk mengawal mutu kerja. Bagi organisasi yang mempunyai pengurusan yang baik, kelima-kelima aspek ini berhubung kait dalam satu keadaan yang seimbang dan harmoni. Ini merupakan ciri utama bagi budaya kerja organisasi dan pengurusan yang sempurna. Antara hasil-hasil budaya kerja organisasi yang unggul ialah produktiviti yang tinggi, bermutu dan cemerlang. Kesemua ini boleh dihasilkan oleh barisan pekerja yang bersemangat tinggi, bermotivasi dan mempunyai iltizam yang tinggi terhadap kerja. Justeru itu, perancangan dalam membangunkan organisasi dapat dilihat dari firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Hasyr (59:18), yang bermaksud:

„Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok‰. Dalam konteks penerusan budaya organisasi, ia lebih kepada mewujudkan budaya yang kukuh. Budaya organisasi yang kukuh wujud apabila semua pihak memahami dan mempunyai kepercayaan terhadap matlamat-matlamat, nilainilai utama dan amalan-amalan dalam organisasi. Semakin tinggi penerimaan matlamat-matlamat, nilai-nilai utama dan amalan-amalan tersebut, maka semakin tinggi komitmen mereka pada matlamat, nilai dan amalan itu. Oleh itu, budaya organisasi yang kukuh dapat memberikan kelebihan kepada organisasi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 10 KAWALAN, BUDAYA ORGANISASI DAN PERUBAHAN  203

10.2.3 Perubahan Perubahan organisasi ialah keperluan organisasi untuk berubah daripada satu keadaan kepada suatu keadaan lain sama ada bagi mengambil peluang atau mengelak ancaman hasil daripada perubahan persekitaran bagi menjamin survival organisasi. Organisasi kebiasaannya berhadapan dengan dua jenis persekitaran, iaitu persekitaran stabil dan dinamik. Amat sukar pada masa kini mencari persekitaran yang stabil. Organisasi masa kini berhadapan dengan persekitaran dinamik yang faktor-faktor persekitarannya sama ada faktor persekitaran khusus atau umum berubah dengan cepat. Sekiranya organisasi tidak berupaya menangani perubahan persekitaran ini, ia akan menyebabkan organisasi mempunyai peluang yang gelap untuk terus kekal dalam apa-apa bidang yang diceburi. Justeru, organisasi perlu sentiasa memerhatikan dan melihat kesan bagi setiap perubahan itu. Sebarang perubahan dapat memberikan peluang dan ancaman kepada organisasi. Selain itu, terdapat juga beberapa objektif yang boleh digunakan sebagai panduan. Perubahan yang dilakukan kepada sesebuah organisasi mempunyai objektif yang jelas. Cuma kadangkala maksud itu tidak begitu disenangi atas alasan tertentu. Antara beberapa objektif perubahan ialah seperti dalam Rajah 10.1.

Rajah 10.1: Objektif perubahan

(a)

Meningkatkan Motivasi Perubahan yang diperkenalkan dalam organisasi lebih bertumpu kepada menarik dan meningkatkan minat kerja kakitangan sama ada di peringkat atasan mahupun bawahan. Dalam hal ini satu susunan dan reka bentuk kerja yang baru dan menarik perlu diadakan supaya mereka turut menyertai setiap program atau rancangan yang disampaikan. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

204  TOPIK 10 KAWALAN, BUDAYA ORGANISASI DAN PERUBAHAN

(b)

Meningkatkan Daya Pengeluaran Kerja yang kemas boleh memberi kesan positif ke arah peningkatan produktiviti. Kerjasama di kalangan pekerja telah bertambah dengan adanya perubahan struktur yang dijalankan disesetengah syarikat. Di samping itu, pengaruh hubungan produktiviti organisasi dari masa ke semasa.

(c)

Faktor Mengurangkan Konflik Elemen persekitaran organisasi semakin kompleks masa kini. Faktor-faktor seperti ekonomi, teknologi, politik dan sosio-budaya berkait rapat antara satu sama lain. Begitu juga di dalam organisasi setiap bahagian saling berhubung untuk meningkatkan kecekapan masing-masing.

10.2.4 Bentuk-bentuk Perubahan Terdapat beberapa bentuk perubahan yang dilakukan oleh sesebuah organisasi seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 10.2.

Rajah 10.2: Bentuk-bentuk perubahan

(a)

Perubahan struktur organisasi Perubahan keadaan persekitaran menyebabkan perubahan terhadap struktur organisasi itu sendiri. Perhubungan aktiviti dan fungsi dalam organisasi disusun dengan jelas selaras dengan kelakuan dan kebolehan individu atau kumpulan. Segala perubahan yang ingin dilakukan boleh Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 10 KAWALAN, BUDAYA ORGANISASI DAN PERUBAHAN  205

dijalankan dengan menyediakan garis panduan kerja dengan jelas dan mudah. Contohnya syarikat pembuat kereta terutamanya di bahagian pemasangan. Pengubahsuaian kerja di barisan pemasangan yang diperkenalkan dapat mendorong kepada kepuasan kerja dan seterusnya meningkatkan pengeluaran.

(b)

Perubahan pekerja Salah satu perkara yang sukar diubah ialah kelakuan manusia. Sesetengah perubahan bertujuan untuk memberi kesan kepada individu supaya bersikap lebih positif terhadap tugasnya. Oleh itu, dalam proses perubahan ia perlu diselenggarakan dengan teliti supaya segala tindakan dianggap ke arah yang positif.

(c)

Perubahan teknologi Perubahan teknologi yang canggih telah menghasilkan perhubungan dan produktiviti yang lebih baik di dalam organisasi. Contoh seperti ini boleh di ambil daripada sebuah kilang pembuat kain di India yang telah membuat perubahan teknologi secara berskel setelah memperbaiki sistem sosial di kalangan pekerja di organisasi itu. Dalam pada itu, walaupun perubahan teknologi membawa kepada penghasilan yang positif, tetapi ia melibatkan kos yang tinggi, memerlukan penilaian semula sistem kerja yang mungkin juga akan mengubah kelakuan pekerja yang tidak dijangka.

(d)

Perubahan budaya organisasi Perubahan dalam budaya organisasi telah menyebabkan beberapa tugas perlu diubah. Mengikut kelazimannya, pekerja menjalankan tugas mengikut apa yang biasa dilakukan tiap-tiap hari, tetapi setelah terdapat perubahan dalam organisasi dari segi pendekatan, objektif, kepercayaan, autoriti, tugas dan sebagainya telah memaksa mengubah cara mereka bekerja. Dalam proses ini, pengurus harus yakin bahawa budaya baru yang ditampilkan benar-benar perlu dan jika tidak mereka menghadapi rintangan yang lebih merumitkan.

(e)

Perubahan proses pengurusan Perubahan proses pengurusan juga merupakan tumpuan kepada perubahan. Perubahan boleh dibuat pada matlamat organisasi, rancangan organisasi atau kawalan. Fungsi mengarah dan penyeliaan juga boleh diubah. Perubahan dan aktiviti proses pengurusan boleh dibuat dalam berbagai bentuk. Contohnya seperti pengenalan management by objective (MBO), ramalan teknologi, pemilihan pekerja dan sistem insentif kepada prestasi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

206  TOPIK 10 KAWALAN, BUDAYA ORGANISASI DAN PERUBAHAN

(f)

Perubahan dalam proses membuat keputusan Perubahan perancangan selalunya menitikberatkan rasional dan ini perlu mengarah kepada satu keputusan yang ideal. Proses membuat keputusan yang praktikal mungkin boleh dicapai melalui latihan yang diperolehi atau melalui penyampaian yang baik. Pembuat keputusan yang berkesan adalah mustahak dalam menentukan pencapaian matlamat dalam masa yang ditentukan.

SEMAK KENDIRI 10.2 1.

Prestasi dalam sesuatu kerja boleh mempengaruhi perubahan dalam organisasi. Huraikan.

2.

Jelaskan maksud perubahan organisasi.

AKTIVITI 10.2 Bagaimanakah mewujudkan atau yang kukuh? Bincangkan.

membina budaya organisasi

10.3 PENGURUSAN KONFLIK Dalam menyempurnakan sesuatu tugasan, kumpulan dan pasukan menghadapi percanggahan idea dan konflik dalam kumpulan. Konflik merujuk kepada ketidakserasian pandangan yang mengakibatkan perselisihan ahli. Terdapat beberapa pendekatan berkaitan konflik iaitu: (a)

Konflik pada pandangan tradisional – menyatakan konflik mesti dielakkan bagi menghindarkan sebarang masalah.

(b)

Konflik pada pandangan hubungan manusia – konflik adalah semulajadi dan tidak dapat dielakkan. Selain membawa kesan negatif, ia turut membawa kesan positif ke atas sumbangan prestasi kumpulan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 10 KAWALAN, BUDAYA ORGANISASI DAN PERUBAHAN  207

10.3.1 Konflik Bermanfaat dan Tidak Bermanfaat; Punca, Akibat dan Pengurusan Konflik Konflik yang menyokong matlamat organisasi dan menolong memperbaiki tahap pencapaian organisasi dipanggil konflik bermanfaat, sementara konflik yang menyekat keadaan positif di atas merupakan konflik tidak bermanfaat. Batasan antara kedua konflik ini tidak dapat ditentukan dengan nyata. Ini memandangkan tiada satu tahap konflik yang boleh dikatakan bermanfaat atau tidak bermanfaat di dalam semua keadaan. Kewujudan suasana organisasi yang mempunyai konflik yang sihat terletak kepada kebijaksanaan pihak pengurusan menilai sama ada tahap konflik yang ditetapkan di dalam organisasinya telah mencapai optima, tinggi atau rendah. Dalam usaha mengawal kedua-dua keadaan ini, beberapa strategi boleh dilakukan dengan membentuk satu badan berkecuali yang dihormati untuk mengurangkan konflik. Seterusnya membentuk satu matlamat bersama supaya kedua-dua pihak tertarik dan seterusnya sedia bekerjasama ke arah yang baru. Ini boleh dilakukan dengan menstruktur semula organisasi kepada beberapa bahagian agar ahli-ahli dari kedua pihak boleh dipecahkan dan diintegrasikan antara satu sama lain. Seterusnya terdapat beberapa punca yang menjuruskan kepada berlakunya konflik. Dengan memahami punca-punca ini, ahli dalam pasukan atau kumpulan dapat mengatasi konflik dan mengelak daripada konflik yang menguasai persekitaran kerja. Rajah 10.3 berikut menyenaraikan beberapa punca konflik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

208  TOPIK 10 KAWALAN, BUDAYA ORGANISASI DAN PERUBAHAN

Rajah 10.3: Punca-punca konflik

(a)

Sumber yang terhad Punca pertama adalah persaingan pada sumber yang terhad; hal ini berlaku apabila dua pihak memerlukan sumber yang sama seperti ruang pejabat yang terhad, sumber kewangan, peralatan dan juga pekerja.

(b)

Kekangan masa Apabila berlaku kekangan masa, pekerja berasakan masa yang diberikan bagi menyelesaikan sesuatu kerja itu tidak mencukupi. Contohnya apabila majikan meletakkan tempoh pelaksanaan kerja yang ditetapkan tetapi pekerja merasakan mereka tidak mampu memenuhi kehendak itu.

(c)

Matlamat atau sistem ganjaran yang tidak konsisten Keadaan ini berlaku apabila setiap individu mempunyai objektif yang berbeza tetapi mengharapkan ganjaran yang setimpal.

(d)

Pengadilan yang meragukan Keadaan ini berlaku berpunca daripada kekaburan dalam bidang kerja. Apabila tanggungjawab dalam melaksanakan tugas tidak jelas, maka akan wujud konflik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 10 KAWALAN, BUDAYA ORGANISASI DAN PERUBAHAN  209

(e)

Perbezaan status Mereka yang berada pada status yang rendah mempunyai kuasa yang sedikit berbanding dengan mereka yang mempunyai status yang lebih tinggi. Ini juga mendorong berlakunya konflik kerana kuasa dan pengaruh tidak konsisten.

(f)

Pertembungan personaliti Apabila perbezaan individu terlalu ketara dan tidak dapat disesuaikan, konflik mudah berlaku. Ini adalah berpunca dari pertembungan personaliti. Perbezaan personaliti, nilai, sikap dan pengalaman antara individu boleh diketepikan apabila bekerja dalam pasukan. Namun begitu, konflik lebih mudah berlaku kerana mereka gagal menyesuaikan diri sesama mereka kerana perbezaan itu.

(g)

Kegagalan dalam komunikasi Kegagalan dalam komunikasi mendorong berlakunya konflik apabila komunikasi itu mendatangkan salah tanggapan serta salah faham sesama ahli.

Organisasi perlu mengambil langkah-langkah yang serius dalam menangani konflik di tempat kerja. Antara langkah-langkah pengurusan konflik adalah seperti yang digambarkan dalam Rajah 10.4.

Rajah 10.4: Pengurusan konflik

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

210  TOPIK 10 KAWALAN, BUDAYA ORGANISASI DAN PERUBAHAN

(a)

Iklim organisasi yang baik Langkah-langkah pengurusan konflik dipengaruhi oleh iklim organisasi yang baik. Bagi mengelakkan berlakunya konflik, iklim atau suasana dalam organisasi perlu dalam keadaan yang menyenangkan semua pihak. Iklim organisasi mungkin tidak harmoni, terlalu banyak birokrasi dan tiada kebebasan sehingga menyebabkan konflik. Kebajikan pekerja dan hubungan sesama ahli dalam organisasi juga perlu dititikberatkan.

(b)

Pemilihan dan penempatan dalam menguruskan konflik Ciri-ciri, latar belakang dan pengalaman individu mempengaruhi tahap ketegangan pekerja. Oleh itu, semasa pemilihan dan penempatan pekerja, faktor individu dan pekerjaan perlu dikaji dengan teliti.

(c)

Penempatan matlamat Pekerja yang mempunyai matlamat dan arah tuju adalah mereka yang lebih cemerlang berbanding rakan-rakan mereka. Pekerja tahu sama ada mereka berjaya ataupun tidak dalam menjalankan tugas apabila matlamat ditetapkan. Namun begitu, penetapan matlamat tidak boleh diserahkan sepenuhnya kepada pekerja. Ia perlu dilakukan bersama-sama pihak pengurusan atau penyelia supaya tahap kemajuan dapat dinilai secara bersama dan bimbingan perlu diberikan kepada mereka yang memerlukannya.

(d)

Reka bentuk semula kerja Terdapat sesetengah pekerjaan yang membosankan, tidak mencabar atau terlalu menekan pekerja. Organisasi boleh mereka bentuk semula pekerjaan itu bagi membantu mengurangkan ketegangan yang berpunca daripada faktor-faktor pekerjaan. Memberikan tanggungjawab yang lebih, kuasa atau autonomi bagi membuat keputusan dan memberikan maklum balas pada prestasi dapat meningkatkan kawalan pekerja pada pekerjaan mereka. Memberikan hak kepada pekerja bagi menentukan matlamat, cara bekerja, masa depan mereka dalam organisasi dan perkara-perkara yang melibatkan dasar organisasi dapat meningkatkan kepuasan kerja mereka.

(e)

Komunikasi organisasi Komunikasi dapat menjelaskan peranan pekerja yang sebenar dan mengurangkan kekaburan peranan atau konflik peranan. Setiap perubahan yang dilakukan mesti dimaklumkan kepada pekerja secara rasmi. Pekerja mempunyai persepsi mereka sendiri pada apa-apa yang berlaku. Mereka membuat andaian mereka sendiri sekiranya tidak diberikan penjelasan yang sebaik-baiknya. Namun, komunikasi tidak rasmi seperti khabar angin memesongkan fakta-fakta sebenar. Justeru itu, ia harus dielakkan dalam organisasi. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 10 KAWALAN, BUDAYA ORGANISASI DAN PERUBAHAN  211

SEMAK KENDIRI 10.3 1.

Apa yang dimaksudkan dengan konflik bermanfaat dan konflik tidak bermanfaat?

2.

Bagaimanakah seseorang pekerja dapat mengurus konflik apabila berlaku situasi sedemikan?

AKTIVITI 10.3 Setiap organisasi tidak akan terlepas dari berlakunya konflik. Bincangkan bagaimana untuk mengurus konflik dengan baik.

Budaya organisasi Jenis-jenis kawalan Kawalan Pengurusan konflik

Penilaian prestasi Perubahan organisasi Punca konflik Teknologi maklumat



Islam sangat menggalakkan sistem pengawalan dalam kehidupan.



Secara keseluruhannya, fungsi kawalan adalah salah satu fungsi pengurusan yang penting dalam sesebuah organisasi. Dengan adanya sistem kawalan, perjalanan organisasi dapat dikawal dengan teratur dan sempurna.



Pengawalan dibuat dengan memantau prestasi, membandingkannya dengan matlamat dan membuat tindakan pembetulan sekiranya perlu. Melalui kawalan juga, sesebuah organisasi tidak mampu pergi jauh dan tidak mampu bersaing dengan organisasi lain.



Dalam memahami budaya organisasi, pada keseluruhannya perkara yang penting adalah melihat setakat mana budaya berkenaan berjaya mempengaruhi elemen kepuasan kerja dan prestasi pekerja dalam organisasi dari semasa ke semasa.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

212  TOPIK 10 KAWALAN, BUDAYA ORGANISASI DAN PERUBAHAN



Kepuasan kerja berubah atau berbeza mengikut prestasi pekerja terhadap budaya organisasi. Pencapaian menjadi tinggi apabila budaya itu sesuai dengan teknologi. Budaya yang tidak formal, kreatif dan menyokong dalam pengambilan risiko dan konflik, pencapaian prestasinya adalah tinggi jika teknologi tidak rutin.



Konflik wujud dalam setiap organisasi dan tidak boleh dihapuskan tetapi dapat diminimumkan pada satu tahap yang tertentu dan terkawal.



Kebanyakkan pihak pengurusan akan cuba mengurangkan disebabkan oleh keburukan yang timbul dari masalah itu.



Walau bagaimanapun, ia juga mempunyai kebaikan terhadap organisasi di mana ia berfungi meningkatkan produktiviti pekerja.

konflik

Ab. Wahab Mat, Shahrol Aman Ahmad, Azhari Ramli, Abu Mansor Ahmad. (2007). Pengurusan. Fakulti Pengurusan Perniagaan Universiti, Utara Malaysia. Abu Muhammad ÂAli ibn Ahmad ibn SaÊid Ibn Hazm al-Andalusi, (t.t), al-Ahkam fi Usul al-Ahkam. Beirut: Dar al-Kutub al-Âiliyyah, juz 1, h. 52. al-Zuhayli, Wahbah. (1986). Usul al-Fiqh al-Islamiy. juz 1, Damsyik: Dar al-Fikr. Badran Abu ÂAynayn Badran (t.t), al-ShariÊah al-Islamiyyah, Tarikhuha wa Nazariyyah al-Milkiyyah wa al-ÂUqud. Kaherah: Dar al-Fikr. Jaafar Muhamad (edisi ketiga 1999). Kelakuan organisasi. Perpustakaan Negara Malaysia, Kuala Lumpur. Manna al-Qattan. (1995). Tarikh al-TasyriÊ al-Islami. Beirut: Muasasah Risalah, h. 46, 83. Muhammad bin Muhammad bin Ahmad al-Ghazali, (t.t), al-mustafa min ÂIlm al-usul. Cet 1, Beirut: Dar al-IhyaÊ al-Turath al-ÂArabi. Muhammad Ibn Abi Bakr Ibn Qayyim al-Jawjiyyah (t.t) IÊlam al-MuwaqqiÊin Âan Rabb al-ÂAlamin. Kaherah: Maktabah al-Taufiqiyyah. Muhammad Nasri Md Hussain, Ab. Aziz Yusof. (2005). Pengurusan sumber manusia dari perspektif Islam. Pearson Malaysia Sdn.Bhd.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 10 KAWALAN, BUDAYA ORGANISASI DAN PERUBAHAN  213

Yusuf al-Qaradawi, (2001). BayÊ al-Murabahah Li al-Amr bi al-SyraÊ. Beirut: Dar al-Fikr, h. 15-16. Zainal ÂAbidin Bin Ibrahim, Ibn Nujayn. (1968). al-Asybah wa al-nazaÊir Âala Madhhab Abi Hanifah al-NuÊman. Juz 1, Kaherah: Muassasah al-Halabi wa Auladuhu, h. 118. al-Karim. (1984). al-Madkhal al-Islamiyyah. Bahgdad: MatbaÊah al-ÂAin.

Zaydan,

ÂAbd

li

al-Dirasah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

al-Syariah

MODULE FEEDBACK MAKLUM BALAS MODUL

If you have any comment or feedback, you are welcome to: 1.

E-mail your comment or feedback to [email protected]

OR 2.

Fill in the Print Module online evaluation form available on myINSPIRE.

Thank you. Centre for Instructional Design and Technology (Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi ) Tel No.:

03-27732578

Fax No.:

03-26978702

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Related Documents


More Documents from "Heroyuy1994"