Aliran Ranke Dan Aliran Thomson

  • Uploaded by: jainu2126
  • 0
  • 0
  • March 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Aliran Ranke Dan Aliran Thomson as PDF for free.

More details

  • Words: 693
  • Pages: 16
Loading documents preview...
KULIAH 3







satu aliran sejarah moden dalam ilmu sejarah yang melihat sejarah sebagai satu disiplin ilmu yang sistematik dan saintifik. dipelopori oleh Leopold Von Ranke dan menggelarkan mereka sebagai Aliran Objektivisme. (R.Suntharalingam,1982) menganggap sejarah “sebagai mana yang berlaku” dan mengetengahkan prinsip sejarah berasaskan fakta dan kenyataan sebenar tanpa penokokan dan penambahan



memperjuangkan sejarah yang ditulis berdasarkan fakta sebenar serta bebas daripada dipengaruhi perasaan, bias, emosi dan prasangka.

 

Louis Gottschalk misalnya menganggap sejarah yang objektif sebagai sejarah yang bebas daripada memihak kepada sesiapa dan reaksi peribadi seseorang.







Mengenepikan terus pengadilan moral yang dianggapnya membawa kepada kemasukan unsur berat sebelah dan prasangka sezaman; Penggunaan sumber sejarah berdasarkan sumber dan dokumen yang benar-benar asli sahaja; Menolak unsur penilaian peribadi, mitos dan lagenda;







Sumber-sumber yang penting adalah buku kenangan, catatan harian, surat-surat, laporan diplomatik serta gambaran asli saksisaksi. Menganggap rekod-rekod kerajaan sebagai tingkat sumber paling tinggi (R.Suntharalingam, 1982) Sejarah tidak wujud tanpa dokumen (bukti)





Disebabkan objektiviti yang dipentingkan oleh ahli-ahli objektivis, penggunaan keterangan lisan sebagai sumber sejarah tidak begitu disokong dan sebahagiannya ditolak. Wbpun, Ranke misalnya masih menerima keterangan-keterangan pelaku sejarah (keterangan proto) dan keterangan saksi mata iaitu orang yang benar-benar mengalami dan melihat sesuatu peristiwa dan mampu menggambarkannya semula





Golongan objektivis menolak sejarah lisan yang bersifat kata dengar (oral hearsay) yang dianggap tidak dapat dibuktikan kesahihannya. Sebab- orang sumber kata dengar tidak mempunyai keupayaan menceritakan gambaran yang sebenarnya berdasarkan yang terjadi serta keterangan yang bergantung kepada pendengarannya semata-mata sebelum ini.



Tradisi lisan (oral history) dan folkfore ditolak sebagai sumber sejarah.

 

Golongan objektivis menolak keterangan lisan yang dipengaruhi emosi, berkecenderungan, bias serta memihak.





Pada tahun 1890-an, muncul golongan subjektivis yang mempertikaikan kemampuan ahli sejarah untuk menghasilkan penulisan sejarah yang benar-benar objektif Sebab - kecenderungan semula jadi manusia sesuatu yang dianggap penting akan menjadi penting dan akan mengenetepikan sesuatu yang dianggap tidak penting.





Selain itu, muncul pula satu lagi aliran baharu dalam sejarah yang mengangkat keterangan lisan sebagai satu sumber sejarah yang penting yang dipelopori oleh Allistair Thomson, seorang sejarawan British. Aliran sejarah lisan dalam sejarah sebenarnya telah dimulakan oleh Allan Nevins, seorang ahli sejarah dari Universiti Columbia, Amerika Syarikat bermula tahun 1948.





Wbpun, perkembangan aliran lisan ini berkembang pesat di London sekitar tahun 1960-an dan 1970-an. Kemunculan aliran oralist di Britain telah menerima kritikan hebat daripada golongan objektivis dan menimbulkan perdebatan.





Misalnya, Harold Perkin pada tahun 1976 telah memperjuangkan “sejarah dari bawah” dengan mengangkat tema sejarah rakyat marhaen dan sejarah kaum buruh di United Kingdom. Usaha ini adalah dilihat menyaingi golongan objektivis yang melihat sejarah dari ruang lingkup pemerintah dan negara dan kurang memberi penekanan terhadap sejarah kemasyarakatan dan sosial.



Usaha yang cuba diketengahkan oleh Aliran Lisan ini dianggap selari dengan Aliran Annales yang memperjuangkan sejarah merentasi kelas dan sejarah yang disembunyikan.

 

Antara perdebatan utama yang ditimbul oleh golongan objektivis terhadap golongan aliran oralist adalah berkait dengan isu “memori dalam sejarah”.



 

Golongan objektivis berpendapat, memori yang menjadi kunci utama kepada keterangan lisan adalah tidak boleh dipercayai disebabkan kekangan tempoh masa, kehilangan memori oleh orang sumber merentasi masa serta kecenderungan peribadi (personal bias) oleh interviewer dan interviewee. Wbpun, golongan oralist menolak kritikan golongan objektivis dengan mengemukakan The Handbook of Oral History yang memperincikan kaedah kajian sejarah lisan yang dianggap tidak terkeluar daripada penyelidikan sejarah yang saintifik.





menurut golongan oralist, persoalan bias dan memihak serta kelemahan ingatan orang sumber boleh diatasi melalui kaedah penyelidikan sejarah sedia ada termasuk mengkritik sumber, banding silang dan merujuk sumber yang pelbagai.

golongan oralist berpandangan bahawa kebanyakan ruang sejarah masih berada di kotak pemikiran manusia yang tidak didokumenkan dan diselidiki. Akhirnya, banyak sumber sejarah yang boleh diusahakan lenyap ditelan zaman dan hal ini adalah sesuatu yang merugikan kepada ilmu sejarah itu sendiri.







Keperluan sejarah lisan juga diperjuangkan bagi menulis sejarah golongan bawah seperti golongan-golongan marhaen, pekerja dan minoriti dalam usaha mempelbagaikan lagi topik dan ruang lingkup sejarah.

Masalahnya, kebanyakan sejarah bawahan seperti ini tidak boleh didapati melalui rekod secara bertulis. Justeru, penggunaan keterangan lisan sebagai sumber sejarah menjadi semakin penting dan berkembang sehingga ke hari ini.

Related Documents


More Documents from "Nataliyana Gigih Pramono"