Aplikasi Teori Dlm Pdp Moral

  • Uploaded by: Ajmaain Noor
  • 0
  • 0
  • February 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Aplikasi Teori Dlm Pdp Moral as PDF for free.

More details

  • Words: 941
  • Pages: 4
Loading documents preview...
SOALAN 1 (b) i.

Teori yang diaplikasi dalam sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut.

Teori Perkembangan Moral Teori perkembangan moral membantu kita memahami fungsi nilai murni pada semua peringkat perkembangan individu. Dengan demikian, kita dapat menggunakan kaedah yang sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid. Teori perkembangan moral juga dapat membantu kita membuat penilaian moral dan seterusnya membuat keputusan moral berkesan jika berlaku permasalahan moral pada murid-murid. Di samping itu juga, kita dapat mengetahui tahap perkembangan murid-murid dari segi fizikal, kognitif, emosi dan sosial. Tahap kesediaan muridmurid yang berbeza tidak pula boleh memaksa kita memberi sepenuh perhatian kepada golongan yang lemah. Kita boleh menyediakan mereka dengan memberi latihan-latihan asas dan aktiviti pembelajaran latih tui atau latihan pemulihan yang lain. Oleh itu, teori perkembangan moral membantu kita untuk merancang pengajaran dan pembelajaran yang sesuai mengikut tahap perkembangan muridmurid. Teori ini banyak diaplikasikan semasa aktiviti perbincangan kumpulan di mana, murid lemah digabungkan dengan murid yang cerdas supaya dapat membantu dan membimbing murid yang lemah ini dalam mencari jawapan. Teori Perkembangan Kognitif Piaget Teori kognitif merupakan teori berkonsepkan proses pemikiran atau mental seperti mengingat, memproses maklumat dan membuat keputusan. Teori ini juga berkaitan dengan cara manusia membuat pengadaptasian secara biologi terhadap rangsangan

persekitaran

serta

mempelajari,

memahami

dan

membuat

pengubahsuaian terhadap rangsangan tersebut. Dalam konteks ini, manusia berkembang sejak lahir dalam menyusun secara kognitif semua rangsangan yang ditemui. Kajian Piaget banyak ditumpukan kepada bagaimana individu memproses

maklumat melalui tahap demi tahap. Menurut Piaget, kanak-kanak dalam kehidupannya berinteraksi dengan persekitarannya. Mereka dapat mengasingkan mana yang baik dan mana yang buruk, mana yang boleh dan mana yang tidak boleh. Setelah dapat mengasingkan mana yang baik dan mana yang buruk, mereka akan mengadaptasikan pemikiran mereka dengan memasukkan idea-idea baru. Keadaan ini membolehkan kanak-kanak menambah kefahaman tentang sesuatu perkara yang diperhati dan pengalaman yang dilaluinya. Teori ini diaplikasikan dalam set induksi dan juga dalam langkah perbincangan di mana murid dapat mengenal pasti puncapunca pencemaran dan kesannya terhadap alam sekitar serta dapat menambah ideaidea mereka di dalam perbincangan.

Teori Pembelajaran Humanistik Carl R. Rogers Teori pembelajaran Humanistik yang dipelopori oleh Rogers ini menekankan bahawa semua manusia dilahirkan baik dan akan berusaha untuk meningkatkan kesempurnaan kendiri sekiranya diberi ruang kebebasan dan kasih sayang secukupnya untuk mereka berbuat demikian. Apa yang berlaku di dalam diri seseorang individu seperti perasaan atau emosinya adalah suatu unsur yang sangat bermakna. Teori ini menitikberatkan perkembangan kanak-kanak secara bebas. Ia bertujuan mengurangkan tekanan yang dihadapi kanak-kanak daripada desakan keluarga dan harapan masyarakat terhadap mereka. Menekankan ke arah pembelajaran kendiri yang mana ia menjadikan pembelajaran sangat bermakna dan menyeronokkan kerana diisi dengan aktiviti yang menarik semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Teori pembelajaran ini juga dapat membantu kanak-kanak menyerap nilai-nilai moral seperti pembentukan keyakinan diri, memahami kemampuan diri sebenar, bertolenrasi dan boleh bekerjasama dengan orang lain serta menyesuaikan diri dengan pelbagai latar belakang budaya. Kestabilan emosi dan sosial kanak-kanak lebih dipentingkan berbanding pencapaian akademik. Teori ini diaplikasikan dalam kesemua langkah pengajaran dan pembelajaran.

ii.

Sumber pengajaran dan bahan bantu mengajar ( BBM ) yang dipilih. Mengapa memilih sumber tersebut.

Buku Teks Buku teks dipilih kerana ia bertepatan dengan tajuk yang dibincangkan dan mengandungi maklumat yang diperlukan serta dibantu oleh gambar-gambar yang yang bersesuaian dan menarik minat murid untuk melihatnya. Menggunakan buku teks juga membolehkan guru tidak terpesong daripada skop yang perlu diajar kepada murid. Tambahan pula, setiap murid dibekalkan dengan buku teks oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan mereka tidak perlu lagi membeli bahan rujukan lain yang mungkin tidak mampu dibeli oleh murid yang kurang mampu. Buku teks juga menepati sukatan pelajaran moral yang perlu diajar kepada murid kerana ia dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ke sekolah-sekolah seluruh Malaysia dan tidak rugi menggunakannya. Gambar Gambar yang bersesuaian dipilih kerana menerusi gambar, murid boleh terus melihat, membanding dan membezakan seterusnya menilai situasi yang dilihat di dalam gambar tersebut. Mereka boleh membezakan yang mana baik atau tidak dan memberikan sebab kenapa situasi yang ditunjukkan dalam gambar tersebut terjadi secara spontan dan cepat tanpa perbincangan. Oleh sebab itulah gambar suasana alam tercemar dijadikan set induksi supaya murid tertarik dan seterusnya ingin mengetahui lebih lanjut lagi tentang gambar tersebut. Sebagai set induksi, gambar seharusnya berjaya menarik minat murid untuk mengikuti dan memulakan pembelajaran pada setiap sesi pengajaran dan pembelajaran.

Lembaran Kerja Lembaran kerja dipilih kerana ia bukan sahaja digunakan sebagai latih tubi tetapi ia juga digunakan untuk menguji tahap kefahaman murid-murid tentang sesuatu pelajaran yang dipelajari. Semasa perbincangan di dalam kumpulan, lembaran kerja digunakan sebagai panduan supaya murid tidak terpesong daripada tajuk yang dibincangkan dan mereka boleh menggunakan maklumat yang terdapat di dalam lembaran kerja untuk pembahagian tugas di dalam kumpulan dan seterusnya membincangkan untuk mencari jawapan yang bersesuaian dengan persoalan yang dikemukakan di dalam lembaran kerja. Guru juga boleh menilai hasil kerja murid melalui lembaran kerja sekiranya guru tersebut tidak sempat untuk membuat penilaian di dalam kelas bagi setiap murid yang diajar dan bukan hanya bergantung kepada ujian atau peperiksaan semata-mata. Tayangan Video Tayangan video diplih kerana ia boleh menunjukkan kepada murid pencemaran alam sekitar yang tidak pernah dijangka dan dibayangkan oleh murid sebelum ini contohnya pencemaran air sungai yang banyak berlaku di Malaysia sekarang ini disebabkan oleh sikap manusia sendiri. Murid juga boleh melihat dengan jelas, kesan-kesan terhadap alam sekitar sekiranya masalah pencemaran ini berterusan. Ekoran daripada melihat tayangan video ini, murid boleh berfikir dan mencari sebabnya kenapa mereka harus mempertahankan alam sekitar daripada tercemar. Semuanya adalah untuk generasi dan keturunan akan datang yang bakal mewarisi apa yang ditinggalkan oleh generasi hari ini untuk meneruskan kelangsungan hidup dalam alam sekitar yang memerlukan usaha setiap orang bagi memastikan alam sekitar ini tetap terjaga dan terpelihara. Tayangan video ini juga boleh memberikan kesedaran kepada setiap murid tentang betapa pentingnya menjaga alam sekitar agar tidak tercemar.

Related Documents


More Documents from "fazamaula"

Idea -user Guide
January 2021 2
2 Storey 2cl
January 2021 2
Document 2.docx
January 2021 1
Gulma 2
January 2021 6
Chapter 1: Introduction
February 2021 0