Bab 8- Hala Tuju Negara

  • Uploaded by: Iris Chin
  • 0
  • 0
  • January 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bab 8- Hala Tuju Negara as PDF for free.

More details

  • Words: 3,435
  • Pages: 54
Loading documents preview...
HALA TUJU NEGAGA PENDAHULUAN  Satu konsep yang telah dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri Keempat Tun Dr. Mahathir Mohammad semasa pelancaran Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991.  Satu wawasan (vision) strategik jangka panjang sebagai panduan arah dasar yang luas meliputi pelbagai aspek berkaitan pembangunan negara dalam hubungan dengan perkembangan ekonomi dunia keseluruhannya • memberi panduan arah tujuan. • memberi panduan sasaran negara (tahap negara masa sepenuhnya). • jangka masa (30 tahun).

MENGAPA PERLUNYA SATU ‘WAWASAN’? 1. Memberi ‘National Focus’  Wawasan yang jelas dan diterima umum berupaya memastikan bergerak kehadapan dengan tumpuan yang lebih jelas, yakin dan serentak. 2. Mendapatkan konsensus national  Penduduk berbilang kaum dan geografinya berasingan antara wilayah.  Pandangan yang berbeza dan perselisihan mengenai masa depan negara.

MENGAPA PERLUNYA SATU ‘WAWASAN’? 3. Satu perjanjian sosio-politik  Menjadi satu panduan utama setiap rakyat membawa negara kepada satu tahap lebih maju di masa hadapan.  Setiap rakyat ‘setuju-terima’ mempersetujui arah dan matlamat yang sama. 4. Menyediakan garis panduan bagi agenda pembangunan nasional  Satu pandangan jauh kehadapan.  Wawasan merupakan garis panduan utama bagi menetapkan arah tujuan, matlamat, strategi, jangka masa dan pencapaian.

MENGAPA TAHUN 2020 ?  Pembangunan satu generasi dalam era tanpa sempadan dan persaingan yang pesat (30 tahun).  Satu era pemisah pembangunan perindustrian dunia (Berjaya / tidak dalam pembangunan perindustrian).

 Bersama dalam ‘Megatrend’ (Ditentukan oleh pembangunan sains, teknologi dan komunikasi)  Jangka masa yang munasabah dan praktikal (Berasaskan kemajuan dan pembangunan yang telah dicapai).

OBJEKTIF WAWASAN 2020 ? • Menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara industri yang benar-benar maju menjelang tahun 2020.  Kemajuan yang dimaksudkan meliputi aspek ekonomi, politik, sosial, budaya, psikologi dan kerohanian.  Kemajuan juga harus mengikut acuan negara sendiri.

CABARAN-CABARAN WAWASAN 2020  Objektif Wawasan 2020 hanya dapat dicapai sekiranya rakyat Malaysia dapat menghadapi dan mengatasi pelbagai halangan/rintangan yang dianggap sebagai cabaran.

CABARAN-CABARAN WAWASAN 2020 CABARAN PERTAMA  Mewujudkan sebuah negara yang bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama. Iaitu sebuah negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, bekerjasama sepenuhnya, secara adil dan didokong oleh satu bangsa malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara. CABARAN KEDUA  Mewujudkan sebuah negara yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang ada, dengan apa yang dicapai, gagah menghadapi pelbagjai masalah. Masyarakat malaysia yang mudah dikenali dari sikap ingin mencapai kecemerlangan, sedar semula kemampuannya, tidak mengalah kepada sesiapa dan dihormati oleh rakyat negara lain.

CABARAN-CABARAN WAWASAN 2020 CABARAN KETIGA  Mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik dan mengamalkan satu bentuk persefahaman matang iaitu demokrasi malaysia yang boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun. CABARAN KEEMPAT

 Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika, kukuh dalam nilai agama dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika yang tinggi. CABARAN KELIMA  Mewujudkan masyarakat yang liberal dan bertolak ansur, di mana masyarakat pelbagai kaum di malaysia bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka pada satu negara.

CABARAN-CABARAN WAWASAN 2020 CABARAN KEENAM  Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke hadapan yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan. CABARAN KETUJUH  Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu satu sistem sosial yang mana kepentingan masyarakat adalah lebih utama daripada diri sendiri, yang mana kebajikan insan tidak akan berkisar kepada orang perseorangan tetapi disekeliling sistem keluarga yang kukuh.

CABARAN-CABARAN WAWASAN 2020 CABARAN KELAPAN  Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Iaitu masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, yang mana wujud perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi dan kemunduran ekonomi berdasarkan kaum. CABARAN KESEMBILAN  Memujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi yang boleh bersaing, dinamik, giat dan berdaya tahan.

KE ARAH PENCAPAIAN WAWASAN 2020  Malaysia perlu membentuk ekonominya yang berdaya saing supaya mampu mengekalkan keupayaan jangka panjang serta bersifat dinamik, teguh, berdaya tahan dan berdaya maju.  Petunjuk utama: KDNK perlu dipertingkatkan dari RM115 billion (1990) kepada RM920 billion (2020) – 8 kali ganda. Peningkatan pendapatan perkapita sebanyak 4 kali ganda. Pertumbuhan ekonomi kepada kadar purata 7% setahun.

 Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua, 19912000 (RRJP2) & Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dan Rancangan Malaysia Keenam, 19911995 (RM6) digubal untuk mencapai Wawasan 2020.

KE ARAH PENCAPAIAN WAWASAN 2020 : Dasar Pembangunan Nasional (DPN) Latar Belakang: •

Ia dilancarkan oleh Perdana Menteri Keempat pada 17 Jun 1991.



Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) telah digubal berasaskan Dasar Pembangunan Nasional yang menandakan bermulanya satu lagi era bagi dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

KE ARAH PENCAPAIAN WAWASAN 2020 : Dasar Pembangunan Nasional (DPN) Matlamat: a)

Membina sebuah negara yang bersatu padu

b)

Mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan

c)

Menjadikan Malaysia sebuah negara maju dalam semua segi iaitu dari segi keadilan sosial, nilai, etika dan moral, kestabilan politik, kualiti hidup, kecekapan pentadbiran kerajaan dan kecemerlangan ekonomi.

KE ARAH PENCAPAIAN WAWASAN 2020 : Dasar Pembangunan Nasional (DPN) Strategi (I): a) Mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan saksama. b) Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor bagi mengoptimumkan pertumbuhan. c) Mengurangkan dan akhirnya menghapuskan keadaan ketidaksamaan dan ketidak seimbangan sosial dan ekonomi dalam negara untuk mengalakkan perkongsian secara lebih adil dan saksama faedah yang diperolehi daripada pembangunan ekonomi untuk semua rakyat malaysia.

KE ARAH PENCAPAIAN WAWASAN 2020 : Dasar Pembangunan Nasional (DPN) Strategi (II): d)

Menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi di kalangan negerinegeri dan di antara kawasan bandar dan luar bandar.

e)

Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif di mana semua rakyat menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi, di samping mempunyai nilai-nilai sosial dan kerohanian yang positif serta menghayati perasaan bangga dan cintakan negara.

f)

Memajukan pembangunan sumber manusia termasuk mewujudkan tenaga kerja yang berdisiplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran-kemahiran perlu bagi menghadapi cabaran dalam pembangunan industri melalui satu budaya kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat penyusunan semula masyarakat.

KE ARAH PENCAPAIAN WAWASAN 2020 : Dasar Pembangunan Nasional (DPN) Strategi (III): g) Menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting dalam perancangan dan pembangunan sosio ekonomi yang memerlukan usaha membangunkan keupayaan dan kebolehan dalam teknologi strategik dan berasaskan ilmu serta memajukan budaya sains dan teknologi dalam proses membangunkan satu ekonomi perindustrian moden. h) Memastikan bahawa dalam usaha mencapai pembangunan ekonomi, perhatian yang sewajarnya perlu diberikan kepada perlindungan alam sekitar dan ekologi dalam jangka panjang bagi memastikan pembangunan negara dapat dikekalkan secara berterusan.

KE ARAH PENCAPAIAN WAWASAN 2020 : Dasar Pembangunan Nasional (DPN) Dimensi Baru: a) Mengalihkan tumpuan kepada strategi pembasmian kemiskinan di kalangan golongan termiskin di samping mengurangkan kemiskinan relatif. b) Menumpukan kepada pewujudan gunatenaga dan pembangunan pesat sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera yang aktif. c) Meningkatkan penglibatan sektor swasta dalam proses penyusunan semula masyarakat melalui pewujudan peluang-peluang yang lebih luas untuk sektor tersebut berkembang. d) Menumpukan kepada pembangunan sumber manusia sebagai asas penting bagi mencapai matlamat pertumbuhan dan pengagihan saksama.

KE ARAH PENCAPAIAN WAWASAN 2020 : Dasar Pembangunan Nasional (DPN) Program Pelaksanaan (I): a) Hasil pencapaian yang berkualiti dan berkekalan • Penekanan Kepada Aspek Pendidikan Dan Latihan Sebelum Bantuan Diberi b) Persaingan dalam pasaran antarabangsa • Meningkatkan Daya Tarikan Pelabur dan Mengamalkan Dasar Liberal

KE ARAH PENCAPAIAN WAWASAN 2020 : Dasar Pembangunan Nasional (DPN) Program Pelaksanaan (II): c)

Wawasan 2020 •

Mengalakkan penggemblengan sumber-sumber negara dan menggunakan potensi kecerdasan masyarakat berbilang kaum



Memberi Latihan Kepada Belia Luar Bandar untuk meningkatkan kemahiran menggantikan pemberian subsidi

d)

Pembasmian kemiskinan

e)

Penyusunan semula masyarakat •

Membentuk Masyarakat Perdagangan Dan Perindustrian Bumiputera (MPPB)

KE ARAH PENCAPAIAN WAWASAN 2020 : Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995) Latar Belakang:



Merupakan fasa pertama pelaksanaan RRJP2 (19912000).



Menjelaskan strategi, program dan projek yang dibentuk bagi mencapai objektif DPN.



Teras utama: mengekalkan pertumbuhan ekonomi di tahap yang tinggi dan menguruskannya dengan berkesan bagi mencapai pembangunan ekonomi yang lebih seimbang.

KE ARAH PENCAPAIAN WAWASAN 2020 : Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995) Matlamat:

a)

Mengekalkan pertumbuhan pesat ekonomi negara dan pembangunan seimbang.

b)

Untuk mengurus kejayaan ekonomi supaya matlamat pembangunan tercapai.

c)

Untuk mengurus kejayaan ekonomi negara supaya keseimbangan dapat dicapai.

KE ARAH PENCAPAIAN WAWASAN 2020 : Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995) Strategi: a) Peruntukan yang dianggarkan sebanyak RM104 bilion untuk tujuan perbelanjaan sektor ekonomi, sosial, pertahanan dan pentadbiran awam. b) Meningkatkan produktiviti dalam sektor pertanian dan perindustrian, serta kemajuan sains dan teknologi. c) Peningkatan daya kecekapan dan daya saing ekonomi. d) Pengurangan penglibatan sektor awam dan penggalakan sektor swasta untuk memainkan peranan utama dalam pembangunan negara. e) Pengekalan dasar bebas dan longgar bagi suasana pelaburan yang baik. f) Memajukan program pembangunan industri dan penggunaan teknologi canggih untuk menghasilkan pengeluaran yang bermutu tinggi. g) Pengukuhan pasaran modal dan kewangan untuk meningkatkan tabungan dalam negeri. h) Program pemeliharaan dan perlindungan alam sekitar dan teknologi untuk penerusan sumber ekonomi negara.

KE ARAH PENCAPAIAN WAWASAN 2020 : DASAR-DASAR KERAJAAN UTAMA • Selain daripada DPN dan RM6, terdapat juga dasar-dasar kerajaan yang menyokong pencapaian Wawasan 2020 iaitu: – Dasar Perindustrian Negara – Dasar Sains dan Teknologi – Dasar Penswastaan – Dasar Persyarikatan Malaysia – Dasar Pertanian Negara Ketiga – Dasar Pendidikan Kebangsaan – Dasar Kebudayaan Kebangsaan – Dasar Bersih, Cekap Dan Amanah – Kawasan aman, bebas dan berkecuali (ZOPFAN)

Dasar Perindustrian Latar Belakang: •

Dasar ini digubal selepas kejatuhan harga semua jenis komoditi utama secara serentak pada tahun 80-an.



Penggubalan dasar perindustrian negara melambangkan keazaman kerajaan untuk mempergiatkan lagi proses industrialisasi negara agar sektor pembuatan menjadi punca utama pertumbuhan ekonomi negara.

Objektif:

a) Menjadikan sektor perkilangan sebagai pemangkin pertumbuhan perindustrian negara b) Menggalakan penggunaan sumber asli negara c) Meninggikan tahap penyelidikan dan pembangunan.

Dasar Perindustrian Cabaran: a) Modal yang besar diperlukan

b) Pulangan dalam tempoh yang panjang c) Tahap teknologi negara d) Kemahiran tenaga rakyat e) Kurang hubungkait di antara sektor perindustrian dengan sektor lain f)

Pasaran tempatan yang kecil

Dasar Perindustrian Strategi (I): a) Melaksanakan dasar yang berpandangan ke luar •

Untuk mengekalkan pertumbuhan perindustrian yang tiggi, penumpuan harus diberi keada pengeskportan keluaran-keluaran perkilangan secara besar-besaran.

b) Memajukan secara intensif industri-industri berasaskan sumber untuk eksport

c) Memajukan industri-industri berat untuk menyokong industri-industri eksport d) Membangunkan teknologi dan tenaga rakyat e) Memaju dan menggunakan sistem perkhidmatan maklumat yang bersepadu f)

Mengurangkan perbelanjaan dalam pembinaan infrastruktur dengan memberi tunpuan kepada pertumbuhan industri-industri di kawasan yang telah sedia mempunyai kemudahan infrastruktur

Dasar Perindustrian Strategi (II): g) Memperkukuhkan institusi-institusi yang bertanggungjawab kepada pembangunan sektor pembuatan h) Menyusun semula sistem galakan perindustrian yang sedia ada untuk memupuk kecekapan dan daya bersaing yang lebih tinggi i)

Memoden dan menyusun semula struktur perindustrian dengan mempertingkatkan pembangunan industri-industri kecil dan sederhana kerana sektor ini merupakan tulang belakang proses perindustrian

Dasar Perindustrian Berat di Malaysia Latar Belakang: • Proses perindustrian telah melalui tahap-tahap yang diperlukan bermula dengan industri tradisional berasaskan pertanian sebelum tahun 1960an kepada industri gantian-import pada tahun 1960an dan seterusnya industri-industri intensif buruh dan eksport pada tahun-tahun 1970an. •

Langkah seterusnya yang paling wajar dalam proses perindustrian ini ialah dengan mengamalkan dasar industri berat iaitu perindustrian yang memerlukan modal yang besar, teknologi yang tinggi dan menggunakan tenaga pekerja mahir yang ramai.

Dasar Perindustrian Berat di Malaysia Objektif: a) Mengimport dan menyerap teknologi yang lebih canggih untuk memajukan teknologi sendiri b) Mengelakkan pergantungan berterusan kepada barangan dan teknologi asing.

c) Mempelbagaikan dan memperkukuhkan eksport barangan Malaysia d) Meningkatkan keupayaan industri-industri kecil dan industri-industri sokongan e) Mewujudkan peluang pekerjaan untuk pekerjapekerja mahir

Dasar Perindustrian Berat di Malaysia Strategi: a) Penubuhan HICOM •

mengenalpasti, memulakan, melaksanakan dan menguruskan projek-projek dalam industri berat

b) Usahasama dengan pelabur asing •

Rakan perkongsian asing dimestikan menyediakan kerjasama dan bantuan dalam melatih pekerja, pengendalian dan pengurusan projek.

c) Insentif •

Kredit, subsiti diberi kepada projek industri berat untuk membolehkan industri ini berdiri buat permulaannya

d) Pemasaran yang agresif •

Mengurangkan kos pengeluaran agar barangan lebih kompetitif

Dasar Sains dan Teknologi Objektif: Menggalakkan pengunaan sains dan teknologi sebagai satu alat untuk pembangunan ekonomi, membaiki kedudukan fizikal dan kesejahteraan rakyat dan untuk melindungi kedaulatan negara

Dasar Sains dan Teknologi Strategi (I): a) Penggunaan sumber sains dan teknologi akan untuk mempertingkatkan kesejahteraan rakyat menjamin pekerjaan, keselamatan dan kekayaan b) Mengaitkan Dasar Sains dan Teknologi Negara dengan dasar-dasar lain c) Meningkatkan Perkhidmatan Saintifik d) Mengelakkan pergantungan kepada sains dan teknologi negara-negara maju e) Penubuhan pusat maklumat sains and teknologi untuk memudahkan penggunaannya

Dasar Sains dan Teknologi Strategi (II): f)

Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan

g) Membangunkan tenaga manusia yang mahir untuk memenuhi keperluan sektor perindustrian h) Menggalakan sektor swasta bekerjasama dengan jentera sains dan teknologi sektor awam untuk memenuhi keperluan penyelidikan dan pembangunan mereka i)

Pemindahan teknologi

j)

Meningkatkan kemahiran menggunakan komputer dalam pelajaran, industri dan pengurusan penyelidikan.

Dasar Penswastaan Latar Belakang: •

Pada tahun 80-an, perbelanjaan sektor awam meningkat dengan kadar yang cepat, dari 28% pada tahun 1975 kepada 36% pada tahun 1982 dan ini merupakan bebanan yang besar kepada kerajaan.



Selain itu, kemelesetan ekonomi pada masa itu juga menjadi faktor utama yang membawa Dasar Penswastaan ini diperkenalkan.

Dasar Penswastaan Objektif: a) Mengurangkan Bebanan Kewangan Kerajaan

b) Meninggikan Kecekapan Dan Penghasilan Kerja – Kepakaran dan peluang yang lebih baik boleh disediakan oleh pihak swasta c) Menggalakkan Pertumbuhan Ekonomi dan keberkesanan negara – Harta-harta atau kekayaan yang dimiliki oleh negara masih belum diusahakan dengan sepenuhnya

d) Pembahagian sumber serta kecekapan e) Mempercepatkan pencapaian matlamat DEB

Dasar Penswastaan Isu-isu yang perlu dipertimbangkan: a) Pemecahan sesuatu khidmat

b) Soal keselamatan c) Perundingan d) Implikasi kewangan e) Penentuan harga f)

Implikasi kepada kakitangan

Dasar Penswastaan Strategi: a) Satu jawatankuasa khas di Unit Perancang Ekonomi yang dianggotai Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan, Kementerian Kewangan dan Jabatan Awam b) Menyediakan garis panduan yang lengkap untuk memudahkan Kementerian menswastakan perkhidmatan di bawah Kementerian masing-masing c) Sektor swasta mengkaji keupayaan mereka dalam mengurus dan mengambilalih harta-harta yang diswastakan. d) Pengawasan dan penilaian yang rapi terhadap perkhidmatan-perkhidmatan yang diswastakan

Pensyarikatan Malaysia Latar Belakang: •

Sektor awam dan sektor swasta sharusnya boleh bekerjasama dalam semua bidang untuk mencapai dan meningkatkan pembangunan dan imej negara ke tahap yang lebih baik.



Keperluan kepada dasar Persyarikatan Malaysia ini wujud hasil dari kesedaran bahawa pada masa ini terdapat beberapa perkara dan persoalanpersoalan pokok yang menjadi berasingan atau bertentangan seperti soal matlamat organisasi, perhubungan peranan dan perturan di antara pihak awam dan swasta

Pensyarikatan Malaysia Objektif: a) Mewujudkan satu kerjasama yang erat, bermakna, dan berkesan di antara pihak swasta dan awam dalam menjayakan pembangunan negara yang akan membuahkan manfaat yang akan dikecapi oleh kedua-dua pihak. b) Menghapuskan sikap permusuhan antara sektor awam dan swasta dan sebaliknya bersama berkongsi maklmat, tanggungjawab, cabaran serta memahami polisi, objektif dan prosedur dalam usaha-usaha mempertingkatkan pembangunan sosial, pentadbiran dan ekonomi negara.

Pensyarikatan Malaysia Strategi: a) Menghapuskan sikap kurang faham terhadap pihak awam dengan pihak swasta. b) Pihak awam dan swasta haruslah mempunyai satu persetujuan bagi mencapai matlamat negara

c) Peraturan dan prosedur kerja pihak awam hendaklah dikaji dan diubah di mana perlu dan menggalakkan penglibatan pihak swasta dalam penggubalan peraturan dan prosedur d) Mempertingkatkan hubungan di antara Kementerian/ Jabatan/ Badan Berkanun di antara satu sama lain supaya stiap agensi kerajaan mempunyai matlamat kerja yang sama.

Dasar Pertanian Negara Ketiga Objektif: a) Meningkatkan sekuriti makanan (food security). b) Meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor pertanian. c) Mengukuhkan pertalian dengan sektor-sektor lain. d) Mewujudkan sumber pertumbuhan yang baru untuk sektor pertanian. e) Memulihara dan menggunakan sumber-sumber asli secara mampan.

Dasar Pertanian Negara Ketiga Strategi (I): Pendekatan perhutani

a)

Mewujudkan ruang yang lebih luas kepada pelbagai gabungan perusahaan perhutanan dan pertanian, mengoptimakan penggunaan sumber terutama tanah dan meningkatkan potensi penjanaan pendapatan dari pelaburan-pelaburan perhutani.

b)

Membolehkan pengeluaran hasil pertanian dan perhutanan daripada tanah yang sama dan dengan ini mengurangkan tekanan permintaan untuk tanah pertanian yang baru.

Dasar Pertanian Negara Ketiga Strategi (II): Pendekatan perhutani c)

Menyokong pelbagai perhubungan simbiotik seperti penanaman spesis pokok hutan dengan tanaman industri untuk mengoptimakan penggunaan tanah dan memaksimakan pulangan.

d)

Memberikan peluang hasil pulangan yang awal dan berterusan daripada komponen pertanian di dalam perusahaan campuran tersebut. Ini akan menggalakkan penyertaan sektor swasta di dalam kegiatan tanaman hutan komersil dan dengan demikian meningkatkan bekalan balak untuk industri berasaskan kayu.

Dasar Pertanian Negara Ketiga Strategi (III): Pendekatan berasaskan produk a)

Melengkapkan pendekatan pembangunan berkelompok industri berasaskan pertanian yang telah dikenalpasti di dalam Pelan Induk Perindustrian 2 (1996-2005) melalui pengukuhan pertalian dalam dan antara sektor ekonomi yang akan merangkumi pembangunan dan peluasan industri sokongan dan perantaraan

b)

Meningkatkan pengeluaran pertanian yang lebih khusus melalui penyampaian petunjuk-petunjuk pasaran serta pola citarasa pengguna kepada pengeluar di peringkat ladang.

Dasar Pertanian Negara Ketiga Strategi (IV): Pendekatan berasaskan produk c)

Meningkatkan pengeluaran pertanian yang lebih khusus melalui penyampaian petunjuk-petunjuk pasaran serta pola citarasa pengguna kepada pengeluar di peringkat ladang. Ini akan menggalakkan pengeluaran produk-produk pertanian yang bermutu dan bernilai tinggi, membantu penghasilan perbezaan produk dan meningkatkan nilai ditambah produk-produk pertanian bagi memenuhi keperluan pelbagai segmen pasaran tempatan dan antarabangsa

d)

Mengenalpasti dan memperluaskan peluang-peluang pasaran. Penggunaan petunjuk-petunjuk pasaran yang disalurkan kepada pengeluar akan memudahkan mereka membuat keputusan mengeluarkan bahan-bahan mentah yang diperlukan untuk menyokong aktiviti pengeluaran berasaskan pertanian dan aktiviti ekonomi yang lain.

Dasar Pendidikan Kebangsaan Latar Belakang •

Sistem pendidikan di zaman penjajahan telah berkembang tanpa mengambil kira kepada keperluan pembangunan, pembentukan identiti kebangsaan dan perpaduan negara.



Sistem ini mungkin secocok dengan Tanah Melayu yang terjajah, tetapi tidak sesuai pada Malaysia yang telah merdeka



Sistem pendidikan kebangsaan yang sesuai untuk negara yang merdeka dan mempunyai matlamatmatlamat sendiri diperlukan.

Dasar Pendidikan Kebangsaan Objektif: a) memenuhi keperluan tenaga rakyat negara ini dalam jangka panjang dan pendek dan melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisplin dan terlatih. b) melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis, yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Dasar Pendidikan Kebangsaan Strategi utama: a) Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama. b) Kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia c) Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu

d) Memperluaskan pendidikan vokasional dan teknik e) Menggalakan aktiviti ko-kurikulum yang memupuk disiplin

f) Memperkembangkan tenaga pengajar yang terlatih g) Membina sekolah selaras dengan pertambahan kanak-kanak

Dasar Kebudayaan Kebangsaan Latar Belakang Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia, proses pembentukan kebudayaab nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat keMalaysiaan. Objektif a) Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan b) Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada Kebudayaan Kebangsaan c) Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.

Dasar Kebudayaan Kebangsaan Strategi a) Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas Kebudayaan Kebangsaan melalui usahasama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya b) Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha pembimbing dan melatih peminat, mendokong dan menggerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan; c) Mewujudkan komunikasi yang berkesan kearah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia d) Memenuhi keperluan sosiobudaya e) Meninggikan taraf dan mutu kesenian

Bersih, Cekap dan Amanah Objektif a) Mewujudkan satu etika kerja dan sikap nerkhidmat yang baru bagi rakyat Malaysia dengan memberi keutamaan kepada peningkatan hasil dan mutu kerja b) Meningkatkan semangat atau motivasi pekerja seiring dengan penerapan nilai-nilai Islam dan Kepimpinan Melalui Teladan Bersih a) Mempunyai moral yang tinggi, bertatatertib dan berdisiplin, tidak menyeleweng dan tidak rasuah b) Berkecuali, iaitu tidak memihak ke mana-mana atauberat sebelah c) Tidak mementingkan diri sendiri d) Tidak khianat, hasad dan dengki

Bersih, Cekap dan Amanah Cekap a) b) c) d) e) f) g)

Berani dan cepat membuat keputusan Menghadapi krisis dengan tenang Bersikap tegas kepada prinsip Mempunyai produktiviti tinggi dan kualiti dalam kerja Mempunyai keyakinan diri Berpandangan jauh – proaktif dan bukan reaktif Berpengetahuan, berpengalaman dan mahir dalam bidang-bidang tertentu Amanah a) Rela dan cuba menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dalam batas kuasa yang ditentukan dengan penuh gigih dan ikhlas bagi mancapai objektif yang ditetapkan b) Mempunyai sifat luhur dan murni, jujur kepada diri sendiri, rakan dan organisasi

Konsep Kawasan Aman, Bebas & Berkecuali di ASEAN Faktor-faktor mendorong kewujudan konsep ini: a) Kedudukan Asia Tenggara yang agak strategik kepada kuasa-kuasa besar dalam konteks ketegangan politik Timur-Barat b) Peperangan di Korea dan di Vietnam menyakinkan ASEAN bahawa campur tangan dan sokongan tentera kuasa-kuasa besar dalam negara-negara Asia Tenggara sering menjejaskan ketabilan rantau ini. c) Pertubuhan kerjasama ekonomi serantau, ASEAN yang dapat digunakan sebagai jentera untuk mencapai tujuan ZOPFAN (Zone Of Peace, Freedom And Neutrality)

Konsep Kawasan Aman, Bebas & Berkecuali di ASEAN Objektif Menjadikan Asia Tenggara satu kawasan yang aman, bebas dan berkecuali daripada pertelingkahan politik kuasa-kuasa besar khususnya Amerika Syarikat, Russia dan Republik Rakyat China. Strategi a) Mendapat persetujuan, pengiktirafan dan jaminan kuasa-kuasa besar tentang objektif atau usaha ZOPFAN b) Mengundurkan tentera asing dari kawasan Asia Tenggara dalam jangka panjang c) Menjadikan rantau Asia Tenggara sebagai kawasan yang bebas daripada senjata nuklear.

Related Documents


More Documents from "Arista Damayanti"