Bab9 Lakuanmotor 140717004520 Phpapp02

  • Uploaded by: Muhamad Farid
  • 0
  • 0
  • February 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bab9 Lakuanmotor 140717004520 Phpapp02 as PDF for free.

More details

  • Words: 3,756
  • Pages: 97
Loading documents preview...
BAB 9 – LAKUAN MOTOR

SAINS SUKAN STPM PENGGAL 3 SAINS SUKAN TINGKATAN 6 ( SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA )

9.1 – Konsep Lakuan Motor 9.2 – Kawalan Motor

9.3 – Pembelajaran Motor 9.4 – Perkembangan Motor 9.5 – Klasifikasi Kemahiran Motor

9.1 – KONSEP LAKUAN MOTOR

SAINS SUKAN TINGKATAN 6 ( SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA )

Objektif Pembelajaran Diakhir bab, pelajar seharusnya dapat :a) Menyatakan kategori lakuan motor seperti pembelajaran motor, kawalan motor, dan perkembangan motor; b) Mentakrifkan pembelajaran motor, kawalan motor, dan perkembangan motor; c) Menjelaskan pembelajaran motor, kawalan motor, dan perkembangan motor.

KINESIOLOGI (PENGENALAN) DEFINISI KINESIOLOGI Kreighbaum dan Barthel [ 1981 ] mendefinisikan kajian yang berkaitan dengan pergerakan manusia berkaitan dengan asas – asas pergerakan manusia secara anatomi dan mekanikal. Dalam sukan, kinesiologi sebagai kajian pergerakan manusia dan berbagai – bagai perspektif seperti psikologi, falsafah, sosiologi dan fisiologi.

BIDANG KINESIOLOGI 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Kecukupan Kendiri ( Self-sufficiency ) Ekspresi Kendiri Kerja Pendidikan Kesenggangan Kesihatan Pertandingan

CABANG UTAMA KINESIOLOGI 1. SOSIOBUDAYA Aspek ini berkaitan tentang bagaimana falsafah dan sejarah aktiviti fizikal berkembang. Aspek ini juga mempunyai perkaitan antara jantina, etnik dan sosioekonomi dengan aktiviti fizikal. Komponen ini memberi tumpuan kepada tiga aspek yang utama iaitu falsafah, sejarah dan sosiologi dalam aktiviti sukan. 2. PERLAKUAN Aspek ini menjelaskan proses lakuan motor dalam kegiatan fizikal. Aspek ini juga memberi pengetahuan tentang pelbagai pedagogi dalam sukan dan peranan psikologi sukan. Komponen ini memberi tumpuan kepada tiga aspek yang utama iaitu perlakuan motor, psikologi sukan dan pedagogi. 3. BIOFIZIKAL Aspek ini menjelaskan tentang aplikasi biomekanik dan fisiologi senam dalam aktiviti kecergasan dalam sukan. Komponen ini memberi tumpuan kepada dua aspek yang utama iaitu biomekanik sukan dan fisiologi senam.

KONSEP LAKUAN MOTOR DEFINISI LAKUAN MOTOR Kajian bidang sains tentang pergerakan dengan gaya yang ditampilkan serta mekanisme peningkatan fungsi sistem – sistem menerusi proses persediaan fizikal serta menuju ke arah pengekalan gaya persembahannya. Dibahagikan kepada tiga kategori asas:a) Pembelajaran motor b) Kawalan motor c) Perkembangan motor.

1. PEMBELAJARAN MOTOR a) DEFINISI PEMBELAJARAN MOTOR Merupakan proses dalaman yang mengkaji perubahan kemahiran yang kekal akan wujud kepada pergerakan manusia akan berlaku melalui proses – proses luaran seperti praktis dan latihan yang berterusan.

b) PROSES PERUBAHAN Pembelajaran merupakan satu perubahan tingkah laku yang boleh mengakibatkan kemahiran itu kekal terhadap pengetahuan mahupun pengalaman baharu yang diperolehi oleh individu tersebut. c) CONTOH: Latihan sepakan penalti dalam bola sepak, Latihan menjaring dalam bola keranjang ataupun bola jaring dan sebagainya.

2. KAWALAN MOTOR a) DEFINISI KAWALAN MOTOR Merupakan proses adaptasi komponen kelenturan atau fleksibiliti dalam pergerakkan kemahiran yang wujud kepada pergerakan manusia membawa keunikkan dalam pergerakkan tersebut.

b) PROSES PERUBAHAN Pergerakkan yang terhasil memberikan kelebihan kepada atlit serta memberikan kedudukan yang terbaik untuk mencetuskan perubahan yang terbaik terhadap prestasi atlit dalam sukan. c) CONTOH: Pergerakkan mengelecek dalam bola sepak, melantun bola dalam bola keranjang dan sebagainya.

3. PERKEMBANGAN MOTOR a) DEFINISI PERKEMBANGAN MOTOR Perkembangan Motor fokus kepada perubahan yang berlaku pada mekanisma kawalan motor hasil daripada proses – proses semulajadi seperti tumbesaran, perkembangan, kematangan dan ketuaan.

b) PROSES PERUBAHAN Perkembangan Motor juga adalah bidang pengajaran pergerakan manusia yang berfokus kepada perubahan dari segi keupayaan kawalan pergerakan dan prestasi motor yang berlaku sepanjang hayat. c) CONTOH: Merangkak pada usia 5 bulan, berjalan pada usia 1 tahun serta melompat pada usia 3 tahun.

9.2 –ASAS KAWALAN MOTOR

SAINS SUKAN TINGKATAN 6 ( SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA )

Objektif Pembelajaran Diakhir bab, pelajar seharusnya dapat :a) Memerihalkan ciri pergerakan dalam kawalan motor seperti fleksibiliti, keunikan, konsistensi, dan kebolehan mengubah suai pergerakan; b) Memerihalkan kawalan motor yang melibatkan latihan (practice), pengekalan (retention), dan pemindahan (transfer); c) Memerihalkan teori refleks dan teori berhierarki dalam kawalan motor; d) Melakukan aktiviti fizikal yang menggunakan teori refleks dan teori berhierarki.

ASAS KAWALAN MOTOR a) DEFINISI ASAS KAWALAN MOTOR

Bidang pengajian yang melibatkan pengajian pergerakan berdasarkan aspek-aspek i. Mekanisme pengawalan postur & pergerakan ii. Organisasi proses yang terlibat dalam mekanisme mengawal pergerakan iii. Kawalan dicapai menerusi interaksi semua jenis lakuan.

KAWALAN MOTOR a) DEFINISI KAWALAN MOTOR Satu bidang kajian terhadap pencapaian (performance) manusia atau atlet dan gayanya serta proses yang mengarahkan bentuk perlakuan yang melibatkan mekanisme otot dan sendi. Persekitaran Pengalaman Individu Pembelajaran Baka Didikan Biologi Faktor Luaran Semulajadi Faktor Dalaman Tugasan Fizikal Faktor-faktor Mekanikal

KAWALAN MOTOR

Fleksibiliti Pergerakan

Keunikan Pergerakan

Konsistensi Pergerakan

Keupayaan menyelesaikan tugasan dengan sempurna dengan menggunakan pelbagai sumber sistem saraf otot.

Bila pergerakan yang berkaitan wujud, banyak pembolehubah wujud dengan melakukan pelbagai pergerakan yang hampir serupa.

Pergerakan seperti “di mana” dan “bila” yang menyerupai dari satu pergerakan dengan pergerakan yang lain.

Kebolehan Mengubahsuai

Pergerakan

Keupayaan dan kemampuan untuk mengubahsuai pergerakan semasa permainan.

1. FLEKSIBILITI PERGERAKAN a) DEFINISI FLEKSIBILITI PERGERAKAN Merupakan kemampuan individu atau atlet menyempurnakan tugasan fizikal dengan menggunakan pelbagai jenis sistem otot rangka pada tubuhnya. b) PROSES PERGERAKAN Individu tersebut akan menggunakan apa saja kemahiran yang ada dalam dirinya untuk menyempurnakan tugasan dalam sesuatu pertandingan. Kesungguhan ini masih dihadkan oleh kebebasan pergerakan (degrees of freedom).

c) CONTOH: Pemain atau atlet akan membuat apa saja pergerakkan mengikut kemampuan tekniknya untuk mencapai matlamat dan menewaskan pihak lawannya.

2. KEUNIKKAN PERGERAKAN a) DEFINISI KEUNIKKAN PERGERAKAN Merupakan kemampuan individu atau atlet membuat pergerakan yang unik dengan menggunakan pelbagai kemahirannya dalam sesuatu permainan. b) PROSES PERGERAKAN Dalam permainan, sama ada objek yang bergerak badan atlet kekal ataupun badan atlet kekal manakala objek permainan bergerak atau kedua-duanya sekali akan menghasilkan pergerakan yang menarik dan mengelirukan pihak lawan. c) CONTOH: Ronaldo ketika beliau mengelecek bola, Lionel Messi ketika beliau menjaringkan gol dan sebagainya.

3. KONSISTENSI PERGERAKAN a) DEFINISI KONSISTENSI PERGERAKAN Merupakan kemampuan individu atau atlet mengekalkan pergerakkan tubuh badannya sepanjang kariernya dalam sukan yang diceburinya. b) PROSES PERGERAKAN Seseorang atlet yang mempunyai pergerakan tersendiri digemari dan penonton mengharapkan pemain tersebut melakukan pergerakan yang sama setiap kali beliau beraksi diatas padang atau gelanggang permainan.

c) CONTOH: ‘Kobe Byran’ dalam sukan bola keranjang mempunyai peratus jaringan yang tinggi dalam menjaringkan 3 mata, penonton membeli tiket untuk melihat beliau beraksi.

4. KEBOLEHAN MENGUBAHSUAI PERGERAKAN a) DEFINISI KEBOLEHAN MENGUBAHSUAI PERGERAKAN Merupakan kemampuan individu atau atlet mengubahsuai pergerakan dalam dirinya untuk melepaskan diri atau mendapatkan posisi yang lebih baik. b) PROSES PERGERAKAN Lebih mudah dirujuk sebagai kelincahan dalam sesuatu sukan yang diceburi. Kemahiran seperti mengelak daripada ditakel, mengelak daripada berlanggar dengan pemain lain.

c) CONTOH: Kemahiran pemain ragbi mengelak daripada ditakel oleh pemain lain atau pemain bola sepak dalam situasi di takel bagi mengelakkan kecederaan.

TEORI REFLEKS a) DEFINISI Teori Refleks merupakan paradigma yang menjelaskan tingkahlaku yang menggunakan respon stereotaip, respon involuntari dan respon pantas sebagai ransangan.

LINGKARAN REFLEKS Neuron Sensori Reseptor

Neuron Motor

Efektor

Neuron Asosiatif

TEORI REFLEKS

TEORI BERHIERARKI a) DEFINISI Teori Berhierarki adalah satu konsep lakuan motor yang berasaskan heirarki daripada otak dan neokorteks. Arahan berbentuk hierarki bermula dari reseptor ke otak, memproses matlumat dan menghantar ke otot atau sistem yang berkenaan untuk mewujudkan satu lakuan motor.

Tahap Eksekutif • Mengenal pasti ransangan • Memilih tindak balas • Merancang tindak balas

Tahap Efektor • • • •

Perancangan lakuan motor Saraf tunjang Otot rangka dan sendi Pergerakan Lakuan Motor Sistem Open-loop

9.3 – PEMBELAJARAN MOTOR

SAINS SUKAN TINGKATAN 6 ( SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA )

Objektif Pembelajaran Diakhir bab, pelajar seharusnya dapat :a) Memerihalkan model Fitts dan Posner dan model Gentile; b) Melakukan aktiviti yang melibatkan kepantasan dan ketepatan (speed and accuracy) dan arahan lisan (verbal instruction).

PEMBELAJARAN MOTOR a) DEFINISI PEMBELAJARAN MOTOR Teori Pembelajaran Motor diperkenalkan oleh Fitts dan Posner pada tahun 1967. Memperkenalkan tiga fasa untuk pembelajaran motor iaitu:i. Fasa Kognitif ( Cognitive phase ) ii. Fasa Assosiatif ( Associative phase ) iii. Fasa Autonomous ( Autonomous phase )

MODEL FITTS AND POSNER, 1967

MODEL FITTS AND POSNER, 1967

1. FASA KOGNITIF a) DEFINISI Fasa Kognitif merupakan fasa permulaan atau penyesuaian bagi seseorang atlet terhadap sesuatu sukan yang diceburinya. b) PROSES PERGERAKAN Fasa awal dalam pembelajaran motor. Atlet mempelajari proses-proses atau kemahiran-kemahiran dalam sukan yang diceburinya. Fasa ini lebih manyak tertumpu kepada pemgumpulan maklumat mengenai kemahiran-kemahiran tersebut. Kemudian diubahsuai mengikut kemampuan dan kemahiran tersendiri. Kebarangkalian kejayaan dalam fasa ini adalah rendah.

1. FASA KOGNITIF

2. FASA ASSOSIATIF a) DEFINISI Fasa Assosiatif merupakan fasa persembahan atau performans. Pencapaian atlet baru kelihatan lebih konsisten dan menunjukkan pencapaian yang positif. b) PROSES PERGERAKAN Fasa ini menunjukkan atlet menampilkan kecekapan mereka dari segi biomekanikal, kesilapan menjadi berkurangan dan sentiasa memperbaiki kesilapan yang dibuat secara sendiri. Atlet-atlet cuba membangunkan potensi individu untuk memaksimakan pencapaian dalam sukan yang diceburinya. Menampakkan kejayaan dicipta tetapi tidak konsisten.

2. FASA ASSOSIATIF

3. FASA AUTONOMOUS a) DEFINISI Fasa Autonomous berasal daripada perkataan ‘automatik’ dimana dalam fasa ini, pergerakan motor atlet menjadi automatik dan persembahan yang biasa. Pergerakkan lebih stabil dan lancar.

b) PROSES PERGERAKAN Kejayaan dalam fasa ini menjadi biasa. Perlakuan lebih stabil dan tidak mengalami kesilapan yang remeh. Atlet akan bergerak ke kumpulan atlet elit. Fasa ini akan menumpukan perhatian terhadap kemahihan luar biasa dan peningkatan yang terbaik untuk mencabar keupayaan seseorang atlet tersebut.

3. FASA AUTONOMOUS

PEMBELAJARAN MOTOR a) MODEL GENTILE Model Gentile mempunyai dua peringkat dalam pembelajaran motor iaitu:i. Peringkat Pembelajaran ii. Peringkat Penetapan & Peringkat Kepelbagaian.

MODEL GENTILE

MODEL GENTILE

AMALI 10 – PEMBELAJARAN MOTOR • Bilangan Waktu Amali = 6 Waktu • Pembelajaran Motor – Melaksanakan tugasan secara berpasangan. – Seorang akan bertindak dalam kumpulan ‘whole’ dan seorang lagi dalam kumpulan ‘part-part-whole’. – Aktiviti 1 – Juggling menggunakan 3 biji bola. (sepanjang latihan) – Aktiviti 2 – kumpulan ‘part’ jugling menggunakan 1, 2, 2 dan 3 biji bola.

9.4 – PERKEMBANGAN MOTOR

SAINS SUKAN TINGKATAN 6 ( SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA )

Objektif Pembelajaran Diakhir bab, pelajar seharusnya dapat :a) Memerihalkan fasa perkembangan motor seperti fasa refleks, fasa rudimentari, fasa fundamental, fasa spesifik, dan fasa regresi; b) Menyatakan fasa perkembangan motor berdasarkan peringkat umur termasuk bayi (lahir – 2 tahun), awal kanakkanak (> 2 – 7 tahun), peringkat akhir kanakkanak (> 7 – 13 tahun), peringkat remaja (> 13 – 19 tahun), peringkat dewasa (> 19 – 30 tahun), dan peringkat lewat dewasa (> 30 – 70 tahun); c) Memerihalkan perkembangan perlakuan dalam setiap fasa perkembangan motor.

PERKEMBANGAN MOTOR 1. DEFINISI PERKEMBANGAN MOTOR Perkembangan Motor merupakan perkembangan pergerakkan dari bayi hingga seseorang itu menjadi dewasa. Dalam perkembangan motor, terdapat beberapa fasa yang terlibat seperti:a) Fasa Refleks b) Fasa Rudimentari c) Fasa Fundamental d) Fasa Spesifik e) Fasa Regresi

PERKEMBANGAN MOTOR

PERKEMBANGAN MOTOR • Perubahan dari segi keupayaan kawalan pergerakan dan prestasi motor sepanjang hayat. • Perubahan dalah hasil proses • • • •

Perkembangan Tumbesaran Kematangan Penuaan

Bayi hingga Dewasa – Peningkatan Dewasa hingga Tua - Penurunan

PRINSIP PERKEMBANGAN MOTOR CEPHALO-CAUDAL – Perkembangan dari Kepala Ke Bawah • Peningkatan Stabiliti – Kategori asas pergerakan – pergerakan voluntari melibatkan aspek stabiliti



Peningkatan bersekuen dari keadaan terlantar ke postur duduk sehingga postur berdiri.

SEKUEN PERKEMBANGAN & ANGGARAN UMUR PENINGKATAN STABILITI ASAS MENGAWAL KEPALA & LEHER

LAKUAN STABILITI

ANGGARAN UMUR

Paling Sebelah

Lahir

Paling Kedua-dua Belah

1 minggu

Dipegang dengan Sokongan

Bulan Kedua

Mengangkat dagu

Bulan Kedua

Kawalan Pronasi

Bulan Ketiga

Kawalan Supinasi

Bulan Kelima

SEKUEN PERKEMBANGAN & ANGGARAN UMUR PENINGKATAN STABILITI ASAS MENGAWAL BATANG TUBUH

LAKUAN STABILITI

ANGGARAN UMUR

Mengangkat Kepala & Dada

Bulan Kedua

Cubaaan Mengguling

Bulan Ketiga

Berjaya Mengguling

Bulan Keenam

Mengguling

Bulan Kelapan

SEKUEN PERKEMBANGAN & ANGGARAN UMUR PENINGKATAN STABILITI ASAS DUDUK LAKUAN STABILITI

ANGGARAN UMUR

Duduk dengan Sokongan

Bulan Ketiga Lahir

Duduk & Menyokong Diri

Bulan Keenam

Duduk

Bulan Kelapan

Berdiri dengan Sokongan

Bulan Keenam

SEKUEN PERKEMBANGAN & ANGGARAN UMUR PENINGKATAN STABILITI ASAS

Bulan Ke 3 Duduk dengan sokongan

Bulan Ke 6 Berupaya menyokong diri

Bulan Ke 8 Berupaya Duduk

SEKUEN PERKEMBANGAN & ANGGARAN UMUR PENINGKATAN STABILITI ASAS BERDIRI LAKUAN STABILITI Berdiri dengan Pegangan

ANGGARAN UMUR Bulan Kesepuluh

Menarik & Berdiri dgn Sokongan Bulan Kesebelas Berdiri

Bulan Keduabelas

SEKUEN PERKEMBANGAN & ANGGARAN UMUR PENINGKATAN STABILITI ASAS

Bulan Ke 6 Berdiri dgn sokongan

Bulan Ke 11 Menarik & Berdiri dgn sokongan

Bulan Ke 12 Berdiri

SEKUEN PERKEMBANGAN & ANGGARAN UMUR PENINGKATAN KEUPAYAAN LOKOMOTOR ASAS • Keupayaan lokomotor bergantung kepada keupayaan stabiliti. • Membolehkan bayi bergerak. • Menyusur – kemahiran lokomotor yang pertama ⁻ Kemajuan dari mengguling ⁻ Didahului oleh kawalan kepala, leher & Batang tubuh • Dari menyusur meningkat ke merangkak ⁻ Kaedah lokomasi yang efektif ⁻ Bermula dengan cubaan bergerak dengan kawalan ⁻ Peningkatan profinsensi dipamerkan oleh ⁻ Pergerakan anggota badan secara kontralateral • Meningkat ke berdiri tanpa sokongan dan seterusnya berjalan • Bergantung kepada kematangan dan persekitaran

SEKUEN PERKEMBANGAN & ANGGARAN UMUR PENINGKATAN KEUPAYAAN BUKAN LOKOMOTOR • PROKSIMA DISTAL – dari aksi tubuh ke arah luar • KEUPAYAAN MENJANGKAU – bulan Pertama dan meningkat sehingga berupaya mengawal – Bulan Ke 6 • MENGGENGAM – secara refleks – sejak lahir meningkat sehingga keupayaan menggengam objek seperti sudu – bulan ke 14 • Melepaskan – Asas- Bulan ke 12 – 14 Terkawal – Bulan Ke 14

SEKUEN PERKEMBANGAN & ANGGARAN UMUR PENINGKATAN KEUPAYAAN BUKAN LOKOMOTOR

MENJANGKAU

MEMEGANG

MELEPAS

Perkembangan Massa ke Spesifik Corak kawalan otot besar ke otot kecil

PERKEMBANGAN MOTOR • Perubahan keupayaan motor • Perkembangan keupayaan dalam melaksanakan pergerakan dari mudah ke kompleks. • Peningkatan berdasarkan umur

4 PERINGKAT UMUR YANG UTAMA i. 0 – 2 tahun ii. 2 – 7 tahun iii. 7 – Dewasa iv. Dewasa - Tua

TAHAP 0 – 2 TAHUN Bermula dengan pergerakan refleks • Mendapat maklumat mengenai persekitaran. Meningkat ke pergerakan voluntari • Bermula dengan kawalan postur/stabiliti • Meningkat ke pergerakan lokomotor & bukan lokomotor.

TAHAP 2 – 7 TAHUN • Berkembang dari pergerakan asas yang kurang licin hingga ke pergerakan yang licin. • Kualiti pergerakan meningkat hasil peningkatan kawalan.

PENINGKATAN KEMAHIRAN MEMBALING PERINGKAT PERMULAAN 2 – 3 TAHUN

• • • • •

Aksi siku Aksi mirip menolak Jejari terbuka Ikut lajak ke hadapan & ke bawah Batang tubuh tegak

• Kurang pergerakan rotari • Berat badan di belakang untuk keseimbangan • Kaki tidak bergerak • Pergerakan kaki pada fasa persediaan

PERINGKAT ASAS 4 – 5 TAHUN

• Fleksi Siku • Bola di belakang kepala • Hayunan lengan melepasi kepala • Rotasi batang tubuh ke sisi membaling pada fasa permulaan

• Rotasi bahu ke sisi membaling • Fleksi batang tubuh bersama pergerakan lengan ke hadapan • Pemindahan berat badan yang ketara • Melangkah ke hadapan pada sisi yang sama dengan tangan yang membaling

PERINGKAT MATANG 6 – 7 TAHUN

• Lengan dihayun ke belakang • Siku bertentang diangkat keseimbangan • Siku bergerak mendatar sambil ekstensi • Rotasi lengan dan ibu jari menunding ke bawah

• Rotasi batang tubuh ke sisi membaling pada fasa permulaan (ketara) • Bahu membaling dijatuhkan • Rotasi batang tubuh, kaki, spina dan bahu semasa membaling • Berat badan berpindah dari kaki belakang ke kaki hadapan • Melangkah dengan kaki yang bertentangan

TAHAP 7 TAHUN – DEWASA • Kemuncak peningkatan keupayaan. • Kombinasi pergerakan asas (yang matang) yang telah dihalusi. • Dipamerkan dalam bentuk kemahiran yang spesifik dan kompleks. • Peningkatan ketepatan hasil manipulasi daya.

PERGERAKAN ASAS YANG BERKEMBANG & DIHALUSI SEMASA PERINGKAT 7 TAHUN – DEWASA

Lokomotor

Bukan Lokomotor

Postur

Asas Berjalan Berlari

Propulsive Membaling Menendang

Aksial Membengkok Memusing

Kombinasi Skipping Memanjat

Penyerapan Menangkap Menyerkap

Statik & Dinamik Mengelak

Kombinasi kemahiran pergerakan untuk menghasilkan kemahiran sukan

TAHAP DEWASA – TUA • Kehilangan fungsi kawalan & kualiti pergerakan • Disebabkan oleh – perubahan fisiologi – ciri psikologi – persekitaran – keperluan lakuan • Mampu diperlahankan dengan gaya hidup yang sesuai…

PERKEMBANGAN MOTOR DAN PERUBAHAN FISIOLOGI • SEIRING • SISTEM SARAF PUSAT • Peningkatan Fungsi Otak • Peningkatan Kematangan Otak • Mielenasi • Percambahan sel-sel neuron • Sistem Reseptor • Mielenasi • Percambahan sel-sel neuron

KEMATANGAN OTAK SELEPAS KELAHIRAN

0b

1b

3b

6b

15 b

2 thn

KEMATANGAN OTAK SELEPAS KELAHIRAN • Tisu Korteks Serebral Yang Meningkat Matang. • Gambar menunjukkan peningkatan kompleksiti jaringan neural dalam otak yang meningkat matang. • Korteks Serebral - Bahagian otak yang paling lewat matang. • 6b – 2 thn – Perkembangan bahagian serebral korteks yang berkaitan dengan aktiviti kognitif yang kompleks spt antisipasi dan penaakulan. • Peningkatan bilangan sambungan di antara neuron ( Neuron tidak bertambah) “Arborization” • Kompleksiti dan saiz otak meningkat.

9.5 – KLASIFIKASI KEMAHIRAN MOTOR

SAINS SUKAN TINGKATAN 6 ( SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA )

Objektif Pembelajaran Diakhir bab, pelajar seharusnya dapat :a) Memerihalkan klasifikasi kemahiran motor kasar dan motor halus; b) Memerihalkan klasifikasi kemahiran diskret, bersiri, dan berterusan; c) Memerihalkan klasifikasi kemahiran terbuka dan tertutup; d) Melakukan aktiviti amali untuk menerangkan perbezaan kemahiran motor.

KLASIFIKASI KEMAHIRAN MOTOR a) DEFINISI Merupakan proses adaptasi komponen kelenturan atau fleksibiliti dalam pergerakkan kemahiran yang wujud kepada pergerakan manusia membawa keunikkan dalam pergerakkan tersebut. b) KATEGORI PERGERAKAN i. Kemahiran Motor Kasar dan Kemahiran Motor Halus. ii. Kemahiran Motor Diskret, Kemahiran Bersiri dan Kemahiran Berterusan. iii. Kemahiran Tertutup (Terkawal) dan Kemahiran Terbuka (Tidak Terkawal)

KLASIFIKASI KEMAHIRAN MOTOR BERDASARKAN 3 KRITERIA • Ketepatan Lakuan • Ciri Pergerakan • Stabiliti Persekitaran

1.

KEMAHIRAN MOTOR KASAR DAN KEMAHIRAN MOTOR HALUS

a) DEFINISI FLEKSIBILITI PERGERAKAN Merupakan kemampuan individu atau atlet menyempurnakan tugasan fizikal dengan menggunakan pelbagai jenis sistem otot rangka pada tubuhnya. b) PROSES PERGERAKAN Individu tersebut akan menggunakan apa saja kemahiran yang ada dalam dirinya untuk menyempurnakan tugasan dalam sesuatu pertandingan. Kesungguhan ini masih dihadkan oleh kebebasan pergerakan (degrees of freedom). c) CONTOH: Latihan sepakan penalti dalam bola sepak, Latihan menjaring dalam bola keranjang ataupun bola jaring dan sebagainya.

KETEPATAN LAKUAN BERPANDUKAN JENIS ATAU SAIZ OTOT YANG TERLIBAT

KEMAHIRAN MOTOR

KEMAHIRAN MOTOR

KASAR

HALUS

• Penggunaan otot-otot besar

sebagai otot utama. Cth : Angkat Berat

• Penggunaan otot-otot

kecil sebagai otot utama. Cth: Mengukir

2. KEMAHIRAN DISKRET, KEMAHIRAN BERSIRI DAN KEMAHIRAN BERTERUSAN a) DEFINISI FLEKSIBILITI PERGERAKAN Merupakan kemampuan individu atau atlet menyempurnakan tugasan fizikal dengan menggunakan pelbagai jenis sistem otot rangka pada tubuhnya. b) PROSES PERGERAKAN Individu tersebut akan menggunakan apa saja kemahiran yang ada dalam dirinya untuk menyempurnakan tugasan dalam sesuatu pertandingan. Kesungguhan ini masih dihadkan oleh kebebasan pergerakan (degrees of freedom). c) CONTOH: Latihan sepakan penalti dalam bola sepak, Latihan menjaring dalam bola keranjang ataupun bola jaring dan sebagainya.

CIRI PERGERAKAN ORGANISASI PERGERAKAN KEMAHIRAN DISKRIT • Permulaan & Pengakhiran yang nyata. • Ditentukan oleh kemahiran otot melaksanakan gerakan.

KEMAHIRAN SIRI • Gabungan beberapa kemahiran diskrit. • Perlakuan menjadi menarik dan tumpuan dalam permainan.

KEMAHIRAN BERTERUSAN • Permulaan & Pengakhiran ditentukan oleh pelaku. • Biasanya mempunyai rentak dan keseragaman lakuan.

DIMENSI KEMAHIRAN DISKRIT – SIRI – BERTERUSAN

3. KEMAHIRAN MOTOR TERKAWAL (TERTUTUP) DAN KEMAHIRAN MOTOR TAK TERKAWAL (TERBUKA) a) DEFINISI FLEKSIBILITI PERGERAKAN Merupakan kemampuan individu atau atlet menyempurnakan tugasan fizikal dengan menggunakan pelbagai jenis sistem otot rangka pada tubuhnya. b) PROSES PERGERAKAN Individu tersebut akan menggunakan apa saja kemahiran yang ada dalam dirinya untuk menyempurnakan tugasan dalam sesuatu pertandingan. Kesungguhan ini masih dihadkan oleh kebebasan pergerakan (degrees of freedom). c) CONTOH: Latihan sepakan penalti dalam bola sepak, Latihan menjaring dalam bola keranjang ataupun bola jaring dan sebagainya.

KESTABILAN PERSEKITARAN KEMAHIRAN TERKAWAL (TERTUTUP) • Persekitaran stabil. • Membolehkan perancangan awal sebelum perlakuan dibuat. Contoh : menyepak bola, mengerakkan buah catur. KEMAHIRAN LUAR KAWAL (TERBUKA) • Persekitaran dinamik. • Adaptasi pergerakan dengan persekitaran yang sering berubah. Contoh : penjaga gol, menerima serangan dalam badminton dan sebagainya.

KESTABILAN PERSEKITARAN Berdasarkan keadaan persekitaran kemahiran dihasilkan Stabil atau Dinamik Terkawal

Luar Kawal

STABIL

SEPARA STABIL

TIDAK STABIL

Jimnastik

Melintas Jalan

Menembak - Skeet

Menyepak bola

Mengelecek

Penjaga Gol – menangkap bola

KEPENTINGAN ELEMEN KOGNITIF DAN MOTOR Kepentingan relatif komponen Motor & komponen persepsi & Membuat Keputusan.

1. KEMAHIRAN MOTOR • Kualiti kemahiran ditentukan oleh kawalan motor – melakukan dengan tepat. • Pergerakkan yang dihasilkan oleh otot bersesuaian dan tepat pada saat dan ketika ia diperlukan. 2. KEMAHIRAN KOGNITIF • Kualiti kemahiran ditentukan oleh aspek persepsi dan membuat keputusan. • Pemain menggunakan akal fikiran memproses kejadian dan tahu apa yang perlu dilakukan.

KEPENTINGAN ELEMEN KOGNITIF DAN MOTOR Kemahiran Motor

Kemahiran Kognitif

Membuat Keputusan Minimum dan Kemahiran Motor Maksimum

Sedikit Membuat Keputusan serta Sedikit Kawalan Motor

Membuat Keputusan Maksimum tetapi Kemahiran Motor Minimum

Lompat Jauh

Permainan Tradisional

Catur

Angkat Berat

Memandu

Kejurulatihan

FUNGSI SISTEM BIOLOGI DALAM LAKUAN MOTOR • Pergerakan hasil daripada interaksi – sistem biologi dengan persekitaran. • Rangsangan dari persekitaran diproses untuk menghasilkan respon. • Penerimaan ransangan kemudian ke otak untuk pemprosesan maklumat serta menentukan tindakan yang akan dibuat. • Otak manusia memproses situasi dan menghantar maklumat tindakan kepada otot untuk tindak balas terhadap ransangan ini. • Segala proses ini boleh berlaku dalam tempoh 1 saat.

FUNGSI SISTEM BIOLOGI DALAM LAKUAN MOTOR Visual

Pemprosesan Sumber Maklumat

Vestibular

Kinestetik

SISTEM VISUAL PALING DOMINAN SISTEM AMBIENT • • • •

Peringkat rendah Keseimbangan Kesedaran Ruang Kawalan Pergerakan

SISTEM FOKAL • • • •

Peringkat Tinggi Pemfokusan Diskriminasi Imej Identifikasi Objek

SISTEM VESTIBULAR BAHAGIAN DALAM TELINGA – Kanal separa bulat – Vestibule

• Mengawal postur semasa pergerakan • Mampu befungsi tanpa maklumat visual tetapi tidak sebaliknya

SISTEM KINESTETIK • Terdapat di sendi, otot, tendon & kulit. • Reseptor dikenali sebagai proprioseptor. • Memaklumkan kedudukan anggota badan

PERSEKITARAN & LAKUAN MOTOR • Persekitaran – Pembekal maklumat ekstrinsik

• Sistem Biologi menentukan kerelevanan – Hasil daripada pengalaman

• 2 sumber maklumat yaang mempengaruhi penghasilan pergerakan • Rangsangan • Daya Fizikal

RANSANGAN • Semua jenis maklumat dari persekitaran. • Reseptor sensori menerima & memproses rangsangan dari persekitaran. • Ketepatan bergantung kepada keupayaan menumpukan perhatian kepada rangsangan yang relevan & mengabaikan rangsangan yang tidak relevan. • Tumpuan Selektif – Proses Persepsi yang tertinggi.

DAYA FIZIKAL • Daya yang wujud secara semula jadi dalam persekitaran • Daya rintangan udara, geseran & velositi • Mempengaruhi kualiti pergerakan – Kecekapan individu memanipulasikan daya – Kebolehan individu menganggarkan daya • Daya daripada otot menghasilkan pergerakan dan kebolehubahan dalam daya otot menghasilkan perubahan dalam pergerakan.

INTERAKSI SISTEM BIOLOGI DENGAN PERSEKITARAN PERSEKITARAN

PERGERAKAN

MEMPENGARUHI

SISTEM BIOLOGI • Sistem biologi menghasilkan pergerakan yang sesuai dengan persektiran • Penghasilan pergerakan dipengaruhi – Sistem Persepsi – Sistem Aksi

SISTEM PERSEPSI • MENTAFSIR & MEMANTAU – maklumat dalaman – maklumat luaran – perhubungan antara diri & persekitaran

• KEUPAYAAN SISTEM PERSEPSI BERGANTUNG KEPADA – pengalaman – pengetahuan – kecondongan – keyakinan

SISTEM AKSI • Pertalian yang sepadu dengan sistem persepsi • Merealisasikan tafsiran sistem persepsi – dengan menghasilkan pergerakan yang relevan

• Melibatkan 3 proses – Organisasi – Pelaksanaan – Pemantauan

AKSI

PERSEPSI

PROSES SISTEM AKSI

ORGANISASI LAKUAN Perancangan dari segi : • Sekuen • Timing

PELAKSANAAN Mengarahkan sistem efektor • Otot • Pergerakan

PEMANTAUAN Pengubahsuaian :• Lakuan • Berasaskan maklumat sensori

PROSES SISTEM BIOLOGI Maklumat Sensori Yang Relevan

Persepsi Langsung

Respon Yang Bermakna

Kawalan Bermakna

AMALI 11 – KLASIFIKASI KEMAHIRAN MOTOR • Bilangan Waktu Amali = 3 Waktu • Klasifikasi Kemahiran Motor – Sukan Bola Sepak / Futsal – Melaksanakan tugasan secara berpasangan. – Aktiviti 1 – Sepakan penalti dengan seorang penjaga gol. – Aktiviti 2 – mengelecek bola dan kemudian menjaringkan gol dengan penjaga gol.

SEKIAN DAN TERIMA KASIH BAB 9 – LAKUAN MOTOR

SAINS SUKAN TINGKATAN 6 ( SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA )

Related Documents


More Documents from "Luis Ibarra Valenzuela"