Contoh Report Ppg2

  • Uploaded by: Muzaiftn Mustafa
  • 0
  • 0
  • February 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Contoh Report Ppg2 as PDF for free.

More details

  • Words: 6,802
  • Pages: 53
Loading documents preview...
Page |1

1.0 Pengenalan Program Perintis Guru 2 ini merupakan kesinambungan kepada Program Perintis Guru 1 yang telah dijalani oleh semua pelajar yang mengambil Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Program Perintis Guru atau PPG ini merupakan suatu program pembaharuan yang diilhamkan daripada program yang dipanggil ROS suatu ketika dahulu. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar dalam bidang pendidikan untuk mendapatkan pengalaman dan gambaran awal mengenai suasana sebagai seorang guru di sekolah. Pada 16 haribulan Julai 2018, saya telah mendaftarkan diri di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri yang terletak di Rawang, Selangor bagi menjalani Program Perintis Guru 2 (PPG2) selama sebulan iaitu, bermula pada 16 haribulan Julai 2018 sehingga 10 haribulan Ogos 2018. Saya memilih sekolah tersebut atas sebab sekolah ini merupakan sekolah menengah yang berdekatan dengan kawasan rumah saya memandangkan pihak Pusat Latihan Mengajar UPSI juga menyarankan kami untuk menjalankan PPG ini berdekatan dengan tempat tinggal kami sahaja. Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri atau lebih dikenali sebagai Semetri atau SMKBTP merupakan sebuah sekolah yang dikategorikan sebagai sekolah luar bandar. Sekolah ini mempunyai 9 orang pentadbir, 133 orang guru termasuk guru luar norma dan 43 staf sokongan yang terdiri daripada staf pembersihan, staf kantin sekolah dan kakitangan perlaksanaan.

Page |2

2.0 Sukatan / dokumen kandungan matapelajaran pengkhususan masing-masing 2.1 DSKP ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 1

Page |3

Page |4

Page |5

Page |6

2.2 DSKP SAINS KOMPUTER TINGKATAN 2

Page |7

Page |8

Page |9

2.3 DSKP ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 4

P a g e | 10

P a g e | 11

P a g e | 12

P a g e | 13

P a g e | 14

P a g e | 15

P a g e | 16

P a g e | 17

P a g e | 18

2.4 DSKP ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 5

P a g e | 19

P a g e | 20

P a g e | 21

P a g e | 22

P a g e | 23

P a g e | 24

Perkaitan Antara Tajuk Menegah Rendah dan Menegah Tinggi Terdapat empat bab dalam Asas Sains Komputer menegah rendah (Tingkatan 1) iaitu, Konsep Asas Pemikiran Komputasional, Perwakilan Data, Algoritma dan Kod Arahan. Empat bab ini telah disusun mengikut aras kognitif pelajar iaitu dari aras yang mudah ke arah yang lebih kompleks. Bagi pelajar tingkatan satu, mereka akan mempelajari empat bab tersebut iaitu untuk bab satu konsep asas pemikiran komputasional, mereka akan mempelajari asas pemikiran komputasional manakala bab dua pula perwakilan data mereka akan mempelajari sistem nombor penduaan dan ukuran data. Seterusnya bagi bab tiga iaitu, algoritma sub topik yang terlibat ialah pembangunan algoritma sahaja dan bab terakhir kod arahan yang melibatkan dua sub topik iaitu, kod arahan dan kod arahan HTML. Bagi pelajar tingkatan dua pula, mereka akan hanya mempelajari tiga bab sahaja yang merupakan sambungan kepada perkara yang telah dipelajari semasa di tingkatan satu iaitu, bab satu perwakilan data yang melibatkan sistem nombor perlapanan dan sistem nombor penambahbelasan. Bagi bab dua pula, murid akan mempelajari lanjutan kepada bab tiga tingkatan satu iaitu, algoritma yang melibatkan pembangunan algoritma dan persekitaran kod arahan dan akhir sekali bab ketiga kod arahan telah melibatkan struktur kod arahan sahaja. Untuk Sains Komputer menegah atas pula iaitu tingkatan empat dan tingkatan lima mempunyai tiga bab yang berlainan. Untuk tingkatan empat, bab satu pengaturcaraan dimana ia hanya melibatkan strategi penyelesaian masalah, algortima dan pemboleh ubah, pemalar dan jenis data, struktur kawalan, amalan terbaik pengaturcaraan, struktur data dan modular dan pembangunan aplikasi. Bab dua pangkalan data pula melibatkan pangkalan data hubungan, reka bentuk pangkalan data hubungan, pembangunan pangkalan data dan pembangunan sistem pangkalan data. Bagi tingkatan 5 pula mempunyai tiga bab iaitu untuk bab pertama pengkomputeran yang mempunyai sub topik komputer dan impak, senibina komputer dan set logik. Bab dua

P a g e | 25

pangkalan data lanjutan mempunyai satu sub topik iaitu, bahasa pertanyaan berstruktur SQL dan bab terakhir pengaturcaraan berasaskan web mempunyai tiga sub topik iaitu bahasa pengskripan klien, bahasa penskripan pelayan dan bahasa web interaktif. Oleh itu, terdapat dua perkaitan antara topik menegah rendah dan menegah tinggi iaitu yang pertama melibatkan pengaturcaraan dimana untuk menegah rendah mereka akan mempelajari segala asas pengaturcaraan dan apabila diperingkat menegah tinggi pula mereka hanya akan mempelajari pengaturcaraan yang sedikit susah dan mengaplikasikannya bagi membolehkan mereka untuk menghasilkan aplikasi sendiri. Perkaitan yang kedua pula melibatkan kod arahan HTML. Bagi menegah rendah mereka akan mempelajari bagaimana cara untuk membina lawan sesawang dengan menggunakan kod arahan HTML dan menegah atas pula akan membina satu sistem untuk kegunaan pengguna dan pentadbir dalam menyelesaikan masalah. Kesimpulannya, Asas Sains Komputer dan Sains Komputer sangat mempunyai kaitan yang rapat kerana sekiranya mereka tidak mempunyai asas yang kukuh mereka tidak akan mampu untuk keperingkat seterusnya. Dengan adanya asas ini, pelajar akan dapat mempraktikkan ilmu tersebut serta mengaplikasinya dalam membangunkan satu sistem atau aplikasi.

P a g e | 26

Huraian Rancangan Pengajaran Tahunan Pendidikan Muzik Tingkatan 1 dan Tingkatan 2. RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN PENDIDIKAN MUZIK TINGKATAN 1

MINGGU & TARIKH

BIDANG

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

2/1-5/1

1.0 Ensembel Nyanyian

1.1 Menyanyikan lagu secara ensemble daripada pelbagai repetoir

Murid boleh: .1.1 Bernyanyi secara Unison dengan; i. Pic yang betul

08/1-12/1

1.0 Ensembel Nyanyian

1.1 Menyanyikan lagu secara ensemble daripada pelbagai repetoir

Murid boleh: .1.2 Bernyanyi secara Unison dengan; ii. Pic yang betul

15/1-19/1

5.0 Membaca dan menulis notasi muzik

5.1 Membaca dan menulis notasi muzik

Murid boleh; 5.1.1 Membaca dan menulis jenis not serta tanda rehat mengikut nilai i. Semibrif ii. Minim iii. Krocet

22/1-26/1

2.0 Ensembel Muzik

2.1 Memainkan muzik Murid boleh: secara ensemble 2.1.1 Memainkan muzik (Ensembel pilihan secara ensemble sekolah) berdasarkan skor; i. Bermain alat muzik dengan betul.

29/1-02/2

5.0 Membaca dan menulis notasi muzik

5.1 Membaca dan menulis notasi muzik

Murid boleh; 5.1.1 Membaca dan menulis jenis not serta tanda rehat mengikut nilai i. Semibrif ii. Minim iii. Krocet

05/2-09/2

5.0 Membaca dan menulis notasi muzik

5.1 Membaca dan menulis notasi muzik

Murid boleh; 5.1.1 Membaca dan menulis jenis not serta tanda rehat mengikut nilai

CATATAN

P a g e | 27

i. ii. iii. 12/2-15/2

2.0 Ensembel Muzik

2.1 Memainkan muzik Murid boleh: secara ensemble 2.1.2 Memainkan muzik (Ensembel pilihan secara ensemble sekolah) berdasarkan skor; i. Bermain alat muzik dengan betul.

15/2-19/2 20/2-23/2

1.0 Ensembel Nyanyian

1.1 Menyanyikan lagu secara ensemble daripada pelbagai repetoir

26/2-09/3 12/3-16/3

TAHUN BARU CINA Murid boleh: .1.3 Bernyanyi secara Unison dengan; iii. Pic yang betul

Peperiksaan Pertengahan Penggal 1 5.0 Membaca dan menulis notasi muzik

5.1 Membaca dan menulis notasi muzik

19/3-23/3 26/3-27/3

Semibrif Minim Krocet

Murid boleh; 5.1.2 Membaca dan menulis not serta tanda rehat berdasarkan meter; i. 2 4 ii. 4 4 Cuti Pertengahan Penggal 1

3.0 Penghasilan Muzik

3.1 Menghasilkan idea muzik kreatif

28/03-29/03

Murid boleh; 3.1.1 Mencipta corak irama berdasarkan meter 3 4 SUKAN SEKOLAH

02/4-06/4

1.0 Ensembel Nyanyian

1.1 Menyanyikan lagu secara ensemble daripada pelbagai repetoir

Murid boleh: 1.1.2 Bernyanyi dengan teknik yang betul; i. Postur i. Pernafasan

09/4-13/4

5.0 Membaca dan menulis notasi muzik

5.1 Membaca dan menulis notasi muzik

Murid boleh; 5.1.2 Membaca dan menulis not pada garisan lejer

P a g e | 28

16/4-20/4

3.0 Penghasilan Muzik

3.1 Menghasilkan idea muzik kreatif

Murid boleh; 3.1.1 Mencipta corak irama berdasarkan meter 4 4

23/4-27/4

5.0 Membaca dan menulis notasi muzik

5.1 Membaca dan menulis notasi muzik

Murid boleh; 5.1.2 Membaca dan menulis; i. not dan tanda rehat ii. krocet dan minim

02/5-07/5

PEPERIKSAAN PENGGAL 1 Murid boleh; 5.1.6 Membaca, memahami Skel dan menulis pembinaan skel C Major.

07/5-11/5

5.0 Membaca dan menulis notasi muzik

5.1 Membaca dan menulis notasi muzik

14/5-18/5

5.0 Membaca dan menulis notasi muzik

5.1 Membaca dan menulis notasi muzik

Murid boleh; 5.1.6 Membaca, memahami Skel dan menulis pembinaan skel A Harmonik.

21/5-25/5

3.0 Penghasilan Muzik

3.1 Menghasilkan idea muzik kreatif

Murid boleh; 3.1.1 Mencipta corak irama berdasarkan not dan tanda rehat semibrif.

2.0 Ensembel Muzik

2.1 Memainkan muzik Murid boleh: secara ensemble 2.1.1 Memainkan muzik secara ensemble (Ensembel pilihan berdasarkan skor; sekolah) i. Bermain alat muzik dengan betul. ii. Bermain alat muzik dengan irama yang betul mengikut tempo

28/5-31/5 04/6-07/6

1.0 Ensembel Nyanyian

SEMPENA HARI WESAK DAN PESTA KAMAATAN 1.1 Menyanyikan lagu Murid boleh: secara ensemble 1.1.3 Bernyanyi dengan daripada pelbagai teknik yang betul; repetoir ii. Postur

P a g e | 29

2.0 Ensembel Muzik

11/6-22/6 25/6-29/6

Murid boleh: 2.1 Memainkan muzik 2.1.2 Memainkan muzik secara ensemble secara ensemble berdasarkan skor; (Ensembel pilihan i. Bermain alat muzik sekolah) dengan betul. ii. Bermain alat muzik dengan irama yang betul mengikut tempo CUTI PERTENGAHAN PENGGAL CUTI HARI RAYA AIDILFITRI

1.0 Ensembel Nyanyian

1.1 Menyanyikan lagu secara ensemble daripada pelbagai repetoir

Murid boleh: 1.1.1. Bernyanyi secara unison dengan; i. Pic yang betul ii. Dinamik yang betul iv. Tempo yang betul 1.1.3 Mengamalkan etika persembahan dan nilai murni dalam aktiviti muzik: i. sebelum, semasa dan selepas latihan. ii. sebelum, semasa dan selepas persembahan

02/7-06/7

1.0 Ensembel Nyanyian

1.1 Menyanyikan lagu secara ensemble daripada pelbagai repetoir

Murid boleh: 1.1.1 Bernyanyi secara unison dengan; i. Pic yang betul ii. Dinamik yang betul iii. Tempo yang betul 1.1.3 Mengamalkan etika persembahan dan nilai murni dalam aktiviti muzik: i. sebelum, semasa dan selepas latihan. ii. sebelum, semasa dan selepas persembahan

P a g e | 30

09/7-13/7

1.0 Ensembel Nyanyian

2.0 Ensembel Muzik

16/7-20/7

1.0 Ensembel Nyanyian

2.0 Ensembel Muzik

23/7-27/7

1.0 Ensembel Nyanyian

2.0 Ensembel Muzik

1.1 Menyanyikan lagu secara ensemble daripada pelbagai repetoir

Murid boleh: 1.1.4 Bernyanyi dengan teknik yang betul; iii. Postur

Murid boleh: 2.1 Memainkan muzik 2.1.3 Memainkan muzik secara ensemble secara ensemble (Ensembel pilihan berdasarkan skor; sekolah) iii. Bermain alat muzik dengan betul. iv. Bermain alat muzik dengan irama yang betul mengikut tempo 1.1 Menyanyikan lagu secara ensemble daripada pelbagai repetoir

Murid boleh: 1.1.5 Bernyanyi dengan teknik yang betul; iv. Postur

Murid boleh: 2.1 Memainkan muzik 2.1.4 Memainkan muzik secara ensemble secara ensemble (Ensembel pilihan berdasarkan skor; sekolah) v. Bermain alat muzik dengan betul. vi. Bermain alat muzik dengan irama yang betul mengikut tempo 1.1 Menyanyikan lagu secara ensemble daripada pelbagai repetoir

Murid boleh: 1.1.6 Bernyanyi dengan teknik yang betul; v. Postur

Murid boleh: 2.1 Memainkan muzik 2.1.5 Memainkan muzik secara ensemble secara ensemble (Ensembel pilihan berdasarkan skor; sekolah) vii. Bermain alat muzik dengan betul. viii. Bermain alat muzik dengan irama yang betul mengikut tempo

P a g e | 31

30/7-03/8

1.0 Ensembel Nyanyian

2.0 Ensembel Muzik

06/8-10/8

1.0 Ensembel Nyanyian

2.0 Ensembel Muzik

13/8-17/8

1.0 Ensembel Nyanyian

2.0 Ensembel Muzik

1.1 Menyanyikan lagu secara ensemble daripada pelbagai repetoir

Murid boleh: 1.1.7 Bernyanyi dengan teknik yang betul; vi. Postur

Murid boleh: 2.1 Memainkan muzik 2.1.6 Memainkan muzik secara ensemble secara ensemble (Ensembel pilihan berdasarkan skor; sekolah) ix. Bermain alat muzik dengan betul. x. Bermain alat muzik dengan irama yang betul mengikut tempo 1.1 Menyanyikan lagu secara ensemble daripada pelbagai repetoir

Murid boleh: 1.1.8 Bernyanyi dengan teknik yang betul; vii. Postur

Murid boleh: 2.1 Memainkan muzik 2.1.7 Memainkan muzik secara ensemble secara ensemble (Ensembel pilihan berdasarkan skor; sekolah) xi. Bermain alat muzik dengan betul. xii. Bermain alat muzik dengan irama yang betul mengikut tempo 1.1 Menyanyikan lagu secara ensemble daripada pelbagai repetoir

Murid boleh: 1.1.9 Bernyanyi dengan teknik yang betul; viii. Postur

Murid boleh: 2.1 Memainkan muzik 2.1.8 Memainkan muzik secara ensemble secara ensemble (Ensembel pilihan berdasarkan skor; sekolah) xiii. Bermain alat muzik dengan betul. xiv. Bermain alat muzik dengan irama yang

P a g e | 32

betul mengikut tempo 20/8-24/8 27/8-30/8

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 2 HARI RAYA HAJI 5.0 Membaca dan menulis notasi muzik

5.1 Membaca dan menulis notasi muzik

03/9-07/9

Murid boleh; 5.1.2 Membaca dan menulis not serta tanda rehat berdasarkan meter; i. 2 4 ii. 4 4 PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN

10/9-14/9

5.0 Membaca dan menulis notasi muzik

5.1 Membaca dan menulis notasi muzik

Murid boleh; 5.1.2 Membaca dan menulis not serta tanda rehat berdasarkan meter; i. 2 4 ii. 4 4

18/9-21/9

3.0 Penghasilan Muzik

3.1 Menghasilkan idea muzik kreatif

Murid boleh; 3.1.1 Mencipta corak irama berdasarkan meter 4 4

1.0 Ensembel Muzik

Murid boleh: 2.1 Memainkan muzik 2.1.3 Memainkan muzik secara ensemble secara ensemble berdasarkan skor; (Ensembel pilihan i. Bermain alat muzik sekolah) dengan betul. ii. Bermain alat muzik dengan pic yang betul atau ton yang baik iii. Bermain alat muzik dengan irama yang betul mengikut tempo

P a g e | 33

24/9-28/9

1.0 Ensembel Nyanyian

1.1 Menyanyikan lagu secara ensemble daripada pelbagai repetoir

Murid boleh: .1.4 Bernyanyi secara unison dengan; i. Pic yang betul ii. Dinamik yang betul iii. Tempo yang betul 1.1.3 Mengamalkan etika persembahan dan nilai murni dalam aktiviti muzik: i. sebelum, semasa dan selepas latihan. ii. sebelum, semasa dan selepas persembahan

01/10-05/10

5.0 Membaca dan menulis notasi muzik

5.1 Membaca dan menulis notasi muzik

08/10-12/10 15/10-19/10

Dijangka PT3 3.0 Penghasilan Muzik

2.0 Ensembel Muzik

22/10-26/10

Murid boleh; 5.1.2 Membaca dan menulis Skel kord primer i. nada C major ii. A minor harmonik

4.0 Apresiasi Muzik

3.1 Menghasilkan idea muzik kreatif

Murid boleh; 3.1.1 Mencipta corak irama berdasarkan meter 4 4

2.1 Memainkan muzik Murid boleh: secara ensemble 2.1.4 Memainkan muzik (Ensembel pilihan secara ensemble sekolah) berdasarkan skor; i. Bermain alat muzik dengan betul. ii. Bermain alat muzik dengan pic yang betul atau ton yang baik iii. Bermain alat muzik dengan irama yang betul mengikut tempo 4.1 Menghayati muzik Murid boleh; daripada pelbagai 4.1.1 Memberi ulasan tentang genre. muzik Malaysia yang

P a g e | 34

didengar atau ditonton dari aspek: i. Genre muzik ii.Alat muzik iii. Fungsi muzik iv. Cara persembahan v. Latar belakang muzik 29/10-02/11

HARI MUAFAKAT 2/HARI ANUGERAH/RESTU ILMU

5/11-09/11

JANGKAAN SPM/DEEPAVALI

12/11-16/11

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN

19/11-23/11

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN PENDIDIKAN MUZIK TINGKATAN 2

Berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat, saya mendapati bahawa Rancangan Pengajaran Tahunan bagi mata pelajaran Pendidikan Muzik Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 mempunyai sedikit persamaan dan beberapa perbezaan serta penekanan yang ditambah baik oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Tujuan penambahbaikkan dibuat oleh KPM adalah untuk membantu guru-guru mata pelajaran tersebut mengajar sesuai dengan dasar PdPc iaitu Pengajaran dan Pemudah cara. Oleh itu, dengan adanya RPT ini, guru-guru boleh membuat rujukan sebelum memulakan kelas dan sedikit sebanyak dapat juga membantu guru-guru untuk merancang dan menyiapkan Rancangan Pengajaran Harian mereka. Selain itu juga, dengan adanya RPT ini, guru-guru tidak akan risau sekiranya terkeluar daripada konteks mata pelajaran yang diajar atau tertinggal sub topik yang sepatutnya kerana RPT yang disediakan telah pun disusun mengikut kesesuaian dan kesenambungan mata pelajaran tersebut.

P a g e | 35

Antara perbezaan yang dapat disenaraikan ialah pada RPT Tingkatan 1 murid-murid di ajar untuk bernyanyi secara Unison iaitu, menyanyi lagu yang sama dalam nada yang sama atau juga dikenali sebagai “choir”. Manakala, pada RPT Tingkatan 2, murid-murid di ajar untuk bernyanyi secara Canon iaitu, menyanyikan lagu yang sama namun dalam waktu yang berbeza atau bertindih. Selain itu, Pada RPT Tingkatan 1, murid-murid didedahkan dengan 3 jenis notasi iaitu, Semibrif, Minim dan Krocet dan 2 jenis meter dalam melodi iaitu, meter 2/4 dan meter 4/4. Manakala, RPT Tingkatan 2 juga mengajar jenis notasi dan jenis meter yang sama cuma ditambah lagi dengan jenis notasi yang keempat iaitu, Kuaver dan jenis meter yang ke tiga iaitu, meter 3/4. Akhir sekali, boleh dirumuskan bahawa RPT Tingkatan 1 lebih menekankan teori kepada murid sebagai permulaan untuk memahami dan mengenali sub-sub topik yang bakal dipelajari dan dipraktikkan pada tahap yang lebih tinggi. Sebaliknya RPT Tingkatan 2 pula juga menekankan teori kepada murid namun ditambah juga dengan sedikit praktikal diberikan kepada murid bagi mengaplikasikan perkara yang telah dipelajari semasa di tingkatan 1.

3.0 Kemahiran dalam amalan PdPc Guru Pembimbing MINGGU 27

HARI / TARIKH

KELAS

ISNIN

2RK

23/7/2018 STANDARD KANDUNGAN

WAKTU 0110

-

SUBJEK 0255

ASAS SAINS KOMPUTER

STANDARD PEMBELAJARAN Pada akhir pembelajaran, murid dapat

KEHADIRAN /21

3.1 PERSEKITARAN KOD ARAHAN

3.1.4 Mengesan dan membaiki ralat pada segmen kod dalam penyelesaian masalah 3.1.5 Mengunakan gabungan jenis data, pembolehubah, pemalar dan operator untuk menyelesaikan masalah

STANDARD PRESTASI (TAHAP PENGUASAAN) MASA

(3.2) TP5 - Menunjukkan keupayaan membaiki ralat dalam aturcara -

LANGKAH PdPc

P a g e | 36 PENGURUSAN MAKMAL 5 minit INDUKSI 5 minit

LANGKAH PdPc

1. Pengurusan Makmal ( kehadiran pelajar, menghidupkan komputer, perisian)

1.

Murid dimulakan dengan kuiz untuk mengimbas pelajaran yang lepas melalui vle frog

1. 2. 3. 4.

Guru memaparkan slide power point, terdapat situasi dan kod arahan Murid menulis cara dan mengesan membaiki ralat Guru menyoal soalan teknik mengesan ralat. Murid bekerja secara perpasangan untuk mengesan dan membaiki ralat untuk pseudokad yang dipaparkan. Guru mengedarkan helaian lembaran kerja.

5. RUMUSAN 5 minit

1. Murid merumuskan pengajaran dengan menjawab soalan rumusan untuk standard pembelajaran. PdPc disambung pada kelas akan datang INSTRUMEN PENILAIAN ☒Q&A

☐ BUKU KERJA

☒ LEMBARAN KERJA DI DALAM KELAS ☐KUIZ

☒PEMBENTANGAN

☐HOMEWORK

☐PROJEK

STRATEGI / TEKNIK / EMK / NILAI / BBM / TAHAP PEMIKIRAN / PAK 21 TEKNIK : (pelajar) perbincangan

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN :pembelajaran koperatif dan kolaboratif ; GROUP PRESENTATION

TAHAP PEMIKIRAN : KBAT - MENGANALISIS

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM : Teknologi Maklumat dan Komunikasi

BBM : buku teks, gambar

NILAI : tanggungjawab

PEMBELAJARAN ABAD KE 21 : Kerja Sepasukan

PETA PEMIKIRAN I-THINK : REFLEKSI / IMPAK

☐ ……/…… orang murid dapat menyenaraikan jenis data dalam kod segmen

☐ Aktiviti PdPc ditangguhkan kerana: ☐ Mesyuarat / Kursus ☐ Program Sekolah

☐ ……/…… orang murid tidak menguasai objektif pembelajaran.

☐ Mengiringi Murid ☐ Aktiviti Luar ☐ Cuti Rehat / Cuti Sakit ☐ Cuti Peristiwa / Cuti Am

TINDAKAN SUSULAN/CATATAN

Topik yang diajar pada tarikh 27 Julai 2018 ialah Bab 3 Persekitaran Kod Arahan. Murid akan diajar untuk mengesan dan membaiki ralat pada segmen kod dalam penyelesaian masalah dan menggunakan gabungan jenis data, pembolehubah, pemalar dan operator untuk menyelesaikan masalah. Standard prestasi yang telah ditetapkan oleh guru pembimbing ialah menunjukkan keupayaan membaiki ralat dalam aturcara Selain itu, murid juga perlu mengesan dan membaiki

P a g e | 37

ralat yang wujud dalam segmen kod yang ditunjukkan oleh guru pembimbing dan menggabungjan jenis data, pembolehubah, pemalar dan operator yang telah dipelajari bagi menyelesaikan masalah dalam kod segmen. Kaedah penilaian yang digunakan oleh guru ini ialah dengan memberikan lembaran kerja kepada pelajar supaya murid lebih memahami dan mengingati. Selain itu, guru juga akan melaksanakan kuiz ataupun penilaian formatif bagi memastikan murid tersebut faham apa yang diajarkan dan mengetahui bentuk soalan yang akan mereka jawab ketika dalam peperiksaan serta guru meminta murid untuk membuat pembentangan. Pada awalnya, guru memaparkan slide power point yang terdapat situasi dan kod arahan. Kemudian, murid perlu mengesan dan membaiki ralat tersebut. Bagi penggunaan alat bantu mengajar pula guru ini menggunakan LCD dan komputer dan juga buku teks sebagai rujukan yang utama. Bagi pengurusan bilik darjah pula, guru ini menggunakan makmal komputer untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia lebih selesa serta mempunyai kemudahan yang lengkap bagi membantu guru tersebut melaksanakan proses PdPc dengan baik. Bagi pengurusan masa pula, untuk subjek sains komputer ini mengambil masa satu jam empat puluh lima minit. Guru akan mengajar selama satu jam manakala 30 minit seterusnya guru akan memberikan lembaran kerja untuk muridbagi menguji kefahaman dan kemahiran murid untuk mengaplikasi topik yang telah diajarkan dan lima minit seterusnya guru tersebut akan meminta murid merumuskan pengajaran dengan menjawab soalan rumusan untuk standard pembelajaran. Disini dapat dilihat bahawa guru ini menyusun waktu dengan baik supaya murid tersebut dapat mengukuhkan lagi penguasaan mereka terhadap topik tersebut.

4.0 Kemahiran dalam amalan PdPc Guru Pelatih

P a g e | 38

Secara keseluruhannya, hampir 80 peratus pelajar dapat menyenaraikan 5 jenis data dalam kod segmen dengan tepat dan membezakan serta menyenaraikan 2 contoh antara pemboleh ubah dan pemalar dalam kod segmen. Keberkesanan aktiviti yang dijalankan juga menampakkan hasil yang bagus kerana murid-murid dilihat dapat memberikan perhatian dan kerjasama yang MASA SUBJEK STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

KRITERIA KEJAYAAN

1.10 – 2.55 TARIKH petang ASAS SAINS KOMPUTER 3.1 Persekitaran Kod Arahan

30/07/2018

KELAS

2 RK

KEHADIRAN

18/21

Di akhir pembelajaran murid dapat, i. 3.1.1 Mengenalpasti jenis data (integer, Boolean, double, char dan string) dalam kod segmen. ii. 3.1.2 Membezakan antara pemboleh ubah dan pemalar dalam kod segmen. Di akhir pembelajaran murid dapat, i. Menyenaraikan 5 jenis data (integer, Boolean, double, char dan string) dan fungsinya dalam kod segmen. ii. Membezakan dan menyenaraikan 2 contoh antara pemboleh ubah dan pemalar dalam kod segmen.

PAK21 - Perbincangan - Pembentangan hasil sendiri NILAI MURNI Berkerjasama, Bertanggungjawab

KBAT -

Mengaplikasi

EMK Teknologi Maklumat dan Komunikasi

ABM Dekstop, Laptop, Buku, Slide, Projecter

baik serta berjaya menjawab hampir kesemua soalan yang disoal dengan betul. Latihan yang diberikan juga memperoleh hasil yang memberangsangkan kerana melalui latihan yang diberikan guru dapat mengenal pasti topik yang mungkin masih tidak dapat di kuasai oleh murid dan penambakbaikkan dapat dilakukan. Rancangan Pengajaran Harian Asas Sains Komputer

P a g e | 39 Langkah Set induksi (5min) 1.10 – 1.15 petang

Kandungan/ Kemahiran Menarik perhatian pelajar untuk bersedia fizikal dan mental apabila memulakan pembelajaran

Aktiviti Pembelajaran 1. Guru memperkenalkan diri kepada murid dengan menyatakan nama, tempat pengajian dan program yang diambil di universiti. 2. Guru memaparkan 5 contoh nombor iaitu, nombor positif, nombor negatif dan nombor yang mempunyai titik perpuluhan. 3. Guru menyoal murid tentang nombor-nombor yang dipaparkan.

Bahan/Nota/ Nilai Strategi : Berpusatkan pelajar Berpusatkan guru Teknik : Menyoal Menerang Nilai : Berkomunika si BBM : Komputer

Soalan 1 : Boleh nyatakan pada saya, apakah perbezaan di antara nombor-nombor yang terdapat di paparan slide ? 4. Guru menjelaskan perbezaan di antara nombornombor yang dipaparkan dan menyatakan bahawa nombor-nombor tersebut boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis data dalam kod segmen iaitu, Integer, Char, String, Double, dan Boolean. 5. Seterusnya, guru memaparkan satu video yang berkaitan dengan topik hari ini. URL : https://www.youtube.com/watch?v=S7N9r55P13I

Langkah 2 25 min 1.30 – 1.55 petang

Sesi pembentangan

1. Setiap kumpulan diberi masa selama 5 minit untuk membentangkan dan menjelaskan tajuk tugasan yang diberikan. 2. Kumpulan pertama yang membentangkan tugasan mereka ialah kumpulan 1. 3. Guru menjelaskan lebih lanjut kepada murid tentang contoh integer yang dibentangkan. 4. Guru turut bertanyakan soalan kepada seorang murid bernama Harith. Soalan 1 : Boleh beritahu saya sintaks bagi jenis data integer ? 5. Kemudian, sesi pembentangan diteruskan lagi dengan pembentangan kumpulan double. 6. Setelah kumpulan double selesai membentangkan pembentangan mereka, guru menambah sedikit maklumat berkaitan double iaitu, bahasa

Strategi: Berpusatkan pelajar Mengaplikasi Teknik : Menerang

P a g e | 40

7. 8. 9.

10.

Langkah 3 15 min 1.55 – 2.10 petang

Menerangkan dan mengaplikasikan

pengatucaraan python tidak menyokong jenis data double sebaliknya menggunakan jenis data float bagi mewakili nombor-nombor yang mempunyai titik perpuluhan. Seterusnya, pembentangan diteruskan lagi dengan kumpulan 2 iaitu, kumpulan Char. Diikuti dengan kumpulan 3 iaitu, kumpulan String. Sebelum menyambung sesi pembentangan kepada kumpulan Boolean, guru menunjukkan perbezaan di antara jenis data Char dan String. Akhirnya, guru meneruskan pembentangan kepada kumpulan Boolean.

1. Guru meneruskan sesi pembelajaran dengan objektif pembelajaran yang kedua iaitu, tentang pemboleh ubah dan pemalar. 2. Guru memaparkan paparan di slide bagi menjelaskan lagi apakah yang dimaksudkan dengan pemboleh ubah dan pemalar.

Strategi: Berpusatkan guru Berpusatkan pelajar Teknik : Menerang Nilai : Berkomunika si, berkolaborati f secara berkesan, fokus, berani

3. Guru juga meminta murid mengeluarkan buku teks asas sains komputer dan mengarahkan mereka membuka muka surat 93 dan mencuba amali komputer 3.1 sambil dipantau oleh guru. Langkah 4 5 min 2.45 – 2.50 petang

Menyelesaikan tugasan

1. Guru meminta murid untuk ‘log in’ ke laman sesawang http://bea7618.1bestarinet.net.

BBM : Komputer Strategi: Berpusatkan guru Berpusatkan pelajar Menilai Nilai : Bersifat ingin tahu, berkerjasama BBM : Komputer

P a g e | 41 2. Seterusnya, murid diarahkan untuk menaip “ask 2rk” di ruangan search dan memuat turun tugasan yang disediakan di sites tersebut.

3. Setelah murid selesai menjawab soalan latihan tersebut, mereka diminta untuk memuat naik soalan tersebut di ruangan sites yang sama dengan menamakan fail mereka sebagai nama kumpulan mereka. Penutup 5 min 2.50 – 2.55 petang

Rumusan

1. Murid dipilih secara rawak untuk merumuskan input pelajaran yang dipelajari. 2. Guru menanyakan kepada murid adakah mereka faham terhadap pembelajaran yang diajar. 3. Setelah selesai pengajaran, guru meminta murid memastikan makmal berada dalam keadaan kemas seperti sediakala.

Strategi : Merumus Mengaplikasi

P a g e | 42 Langkah 1 15 min 1.15 – 1.30 petang

Memberikan tugasan dan membentuk kumpulan

1. Guru menyatakan aktiviti yang bakal dijalankan pada hari tersebut iaitu, pembentangan dalam kumpulan berdasarkan jenis data dalam kod segmen. 2. Kemudian, guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan iaitu, 4 orang murid dalam satu kumpulan. 3. Seterusnya guru memberikan tajuk tugasan kepada setiap kumpulan. Kumpulan 1 – Integer Kumpulan 2 – Char Kumpulan 3 – String Kumpulan 4 – Boolean Kumpulan 5 – Double 4. Murid diberi masa selama 10 minit untuk membincangkan dan menyiapkan tugasan yang diberikan.

Strategi : Berpusatkan pelajar Berpusatkan guru Teknik : Menerang Nilai : Berkomunika si dan berkolaborati f secara berkesan BBM : Buku Teks Asas Sains Komputer Tingkatan 2

P a g e | 43

MASA

1.10 – 2.10

SUBJEK STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA KEJAYAAN

TARIKH

02/08/2018

1 RK

/21

Di akhir pembelajaran murid dapat, 1.1.2 Bernyanyi dengan teknik yang betul: i. postur Di akhir pembelajaran murid dapat, 1.1.2 Murid dapat menyanyi dengan 5 postur yang betul semasa duduk

NILAI MURNI

Berkerjasama

Kandungan/Kemahiran Menarik perhatian pelajar untuk bersedia fizikal dan mental apabila memulakan pembelajaran

KBAT Mengaplikasi

EMK

Nilai murni, kretiviti dan inovasi

BBM

Buku teks, whiteboard

Aktiviti pembelajaran 1. Guru memulakan sesi pembelajaran dengan menyoal murid tentang topik yang telah dipelajari minggu lalu. 2. Kemudian, guru memeriksa tugasan murid yang telah diberikan pada minggu lalu. 3. Guru menyoal murid :Soalan 1 : Siapa suka lihat program realiti nyanyian di televisyen ? Contohnya ? Soalan 2 : Semasa seorang penyanyi menyampaikan lagu, selain berdiri, posisi apa lagi yang mereka biasa lakukan ? 4. Guru memaklumkan kepada murid posisi/postur yang biasanya digunakan oleh seorang penyanyi.

Langkah 1 20 min 1.15 – 1.35 petang

KEHADIRAN

PENDIDIKAN MUZIK 1.1 Menyanyikan lagu secara ensembel daripada pelbagai repertoir

PAK21 Bermaklumat

Langkah Set induksi 5 min 1.10 – 1.15 petang

KELAS

Menjelaskan postur dalam nyanyian semasa duduk

1. Guru menerangkan kepada murid tentang topik yang bakal dipelajari pada hari tersebut. 2. Guru meminta murid untuk membacakan 5 postur nyanyian semasa duduk. 3. Guru memanggil seorang lagi murid untuk menjadi model bagi menunjukkan postur yang betul kepada murid yang lain. 4. Guru menanyakan kepada murid sekiranya terdapat sebarang soalan atau

Bahan/Nota/Nilai Strategi : Berpusatkan guru, Berpusatkan pelajar Teknik : Menyoal, Menerang

Strategi : Berpusatkan guru, Berpusatkan pelajar Teknik : Menerang BBM : Buku teks

P a g e | 44 kemusykilan sebelum memulakan aktiviti seterusnya. Langkah 2 30 min 1.35 – 2.05 petang

Penutup 5 min 2.05 – 2.10 petang

Menjalankan aktiviti yang diberi nama “Gudang Ilmu”

Rumusan

1. Guru meminta murid untuk duduk dalam bulatan. 2. Guru menjelaskan cara aktiviti ini dijalankan. 3. Guru memulakan aktiviti “Gudang Ilmu” dengan memberikan gudang ilmu tersebut kepada salah seorang murid. 4. Guru mula memasang muzik dan murid mula menyerahkan gudang ilmu kepada rakan mereka sehingga lagu diberhentikan dan murid yang terakhir memegang gudang ilmu tersebut perlu mencabut satu kertas dan menjawab soalan yang ada pada kertas tersebut. 5. Aktiviti akan berterusan selama 30 min

Strategi : Berpusatkan pelajar, Mengaplikasi

1. Murid dipilih secara rawak untuk merumuskan input pelajaran yang dipelajari. 2. Guru menanyakan kepada murid adakah mereka faham terhadap pembelajaran yang diajar. 3. Setelah selesai pengajaran, guru meminta murid memastikan bilik muzik berada dalam keadaan kemas seperti sediakala.

Strategi : Merumus Mengaplikasi

Nilai : Bersungguhsungguh, berkomunikasi

Secara keseluruhannya, hampir 90 peratus pelajar dapat bernyanyi dengan postur yang betul dan memahami topik yang telah disampaikan. Keberkesanan aktiviti yang dijalankan juga menampakkan hasil yang bagus kerana murid-murid dilihat dapat memberikan perhatian dan kerjasama yang baik serta berjaya menjawab hampir kesemua soalan yang disoal dengan betul.

Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Muzik

P a g e | 45

5.0 Kemahiran dalam aktiviti pengurusan sekolah

Program Pemantapan Sahsiah 2 ‘Dirimu Amat Berharga’ Pada 17 Julai 2018 telah berlangsungnya suatu Program Pemantapan Sahsiah Diri Fasa kedua yang dianjurkan oleh guru unit bimbingan & kaunseling yang bertempat di Surau Al-Hidayah, SMK Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor dan berlangsung selama 3 jam iaitu, daripada jam 1.10 petang hingga 4.10 petang. Program ini menyasarkan murid-murid yang berhadapan dengan masalah pembangunan sahsiah dan disiplin di sekolah. Perlaksanaan program ini adalah salah satu langkah pembentukan sahsiah diri bagi mencapai sifar salah laku di sekolah. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk membantu murid-murid membentuk peribadi, sahsiah yang lebih baik, seiring dengan itu pencapaian akademik mereka juga akan meningkat. Tambahan pula, program sebegini juga sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dengan memenuhi kriteria Aspirasi Sistem Perpaduan, Anjakan 11 iaitu meningkatkan ketahanan untuk kebertanggungjawaban awam secara langsung. Akhir sekali, tujuan utama program ini dilaksanakan adalah untuk menjadi titik permulaan perubahan kepada murid-murid supaya lebih berdisiplin, berdaya saing serta membentuk jati diri yang tinggi agar terlahirnya seorang insan yang cemerlang dari segala sudut bukan sahaja akademik tetapi juga jasmani, emosi, rohani, dan sahsiah diri. Para pelajar yang menjadi kumpulan sasaran digelar Murid Program Care To Change, mereka ini merupakan para pelajar yang mempunyai masalah disiplin juga tingkah laku dan dipantau terus oleh kaunselor. Selain itu, kaunselor turut memanggil beberapa buah kelas untuk melibatkan diri dalam program ini. Program ini dijalankan sepenuhnya oleh guru-guru unit bimbingan & kaunseling dan dibantu oleh seorang guru praktikal dan 11 orang Pembimbing Rakan Sebaya (PRS).

P a g e | 46

Pihak guru unit bimbingan & kaunseling telah menjemput seorang penceramah jemputan iaitu, PU Muhammad Abu Sufyan bin Mohd Mokhtar Rozaidi yang terlahir daripada program realiti televisyen yang diberi nama Pencetus Ummah. Antara perkongsian yang diberikan sepanjang program adalah tentang adab terhadap ibu bapa, adab terhadap guru dan adab terhadap rakan sebaya serta sedikit tips mendekatkan diri dengan Allah. Selain itu, PU Abu Sufyan juga menjalankan satu slot yang mana para pelajar diminta untuk menutup mata mereka lalu membayangkan wajah kedua ibu bapa mereka sambil PU Abu Sufyan bermonolog dengan tujuan untuk memberi kesedaran kepada para pelajar tersebut tentang betapa besarnya pengorbanan kedua ibu bapa. Antara refleksi yang dapat saya kongsikan sepanjang program dijalankan adalah objektif yang cuba untuk dicapai oleh guru-guru unit bimbingan & kaunseling nampaknya 50% tercapai. Setelah seminggu kaunselor mengikuti perkembangan Murid Program Care To Change, mereka mula menampakkan perubahan dari segi tingkah laku mereka dan masalah disiplin mereka mula berkurangan. Selain itu, guru disiplin juga menyatakan bahawa peratusan masalah disiplin di sekolah menurun sedikit sebanyak 10%. Program yang sebegini memang sepatutnya diadakan di setiap sekolah agar masalah disiplin dan tingkah laku dapat diatasi dengan lebih baik, Di samping itu, sekiranya masalah disiplin dan tingkah laku di sekolah dapat diatasi pasti tahap kecemerlangan sekolah akan dapat ditingkatkan.

Hari Diskusi Akademik SMK Bandar Tasik Puteri Program Hari Diskusi Akademik SMK Bandar Tasik Puteri atau kata nama lain Hari Bertemu Pelanggan merupakan hari perjumpaan di antara ibu bapa dengan guru kelas kepada murid atau anak mereka. Tujuan perjumpaan ini dijalankan adalah untuk memaklumkan pada ibu bapa tentang keputusan yang diperoleh anak mereka pada peperiksaan pertengahan tahun tempoh hari. Selain itu, ibu bapa dapat dimaklumkan tentang sikap anak-anak mereka sepanjang berada

P a g e | 47

di sekolah. Tambahan pula, program yang seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan di antara guru dengan ibu bapa murid memandangkan ini adalah salah satu cara untuk ibu bapa bertemu dan berkenalan dengan guru-guru yang mendidik anak-anak mereka. Di samping itu, dengan berlangsungnya program sebegini, guru-guru akan lebih mudah untuk memaklumkan pada ibu bapa sekiranya mereka masih mempunyai hutang dengan pihak sekolah. Sebagai contoh, sumbangan PIBG, yuran koperasi dan lain-lain lagi. Oleh itu, dengan adanya program sebegini ibu bapa dapat melangsaikan yuran-yuran yang belum dijelaskan. Akhir sekali, dengan wujudnya program sebegini juga ibu bapa akan dapat melihat suasana sekolah sama ada bersesuaian atau tidak bagi anak mereka belajar dan sebagainya. Program ini telah berlangsung pada tarikh 20 Julai 2018 pada jam 3.00 hingga 6.00 petang. Perjumpaan ini terbahagi kepada 3 tempat iaitu, di kelas masing-masing, di dewan sekolah dan di bilik mesyuarat sekolah. Pihak sekolah mewujudkan tiga stesen ini bertujuan untuk membahagikan murid-murid kepada beberapa kelompok tertentu. Kesemua murid yang mengambil slip keputusan mereka di dewan sekolah merupakan murid-murid yang mempunyai rekod disiplin yang tinggi atau boleh dikatakan murid yang bermasalah. Seramai 74 orang murid

dan 53 ibu bapa yang hadir dan seramai 3 orang guru yang ditugaskan bagi

mengendalikan murid-murid tersebut. Pihak sekolah juga turut menjemput seorang pegawai Polis Diraja Malaysia bagi menyampaikan syarahan dan beberapa kata-kata nasihat kepada kesemua murid tersebut. Manakala murid-murid yang ditempatkan di bilik mesyuarat sekolah merupakan murid yang menerima biasiswa daripada pihak sekolah. Perjumpaan di bilik mesyuarat ini dikendalikan oleh seorang guru sahaja. Seterusnya bagi penyampaian keputusan peperiksaan murid di dalam kelas telah disampaikan oleh guru kelas masing-masing dan setiap guru dibantu oleh seorang guru pembantu. Ini bertujuan untuk memberi masa kepada guru tersebut untuk ke tandas atau solat sebelum menyambung kembali tugasan yang diberikan.

P a g e | 48

Setiap ibu bapa yang hadir akan diberi kelonggaran untuk membawa anak mereka pulang ke rumah lebih awal. Manakala bagi murid yang ibu bapanya tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah akan dikumpulkan di dewan sekolah agar tidak berkeliaran di kawasan sekolah atau tidak keluar daripada kawasan sekolah. Selain itu, ini juga akan memudahkan guru-guru bertugas untuk memantau mereka dan sekiranya berlaku perkara yang tidak diinginkan tindakan dapat diambil dengan kadar segera kerana adanya guru-guru yang memantau. Program ini dimulakan dengan bacaan yasin pada jam 1.50 tengah hari dan setelah itu murid-murid diarahkan untuk masuk ke kelas dan belajar seperti biasa sehingga jam 3.00 petang. Hari Diskusi tersebut dilangsungkan selama 3 jam namun pada jam 4.15 petang kesemua murid telah diberi waktu rehat. Kesemua murid diberi masa rehat selama 20 minit sahaja kemudian hari diskusi akan berlangsung semula seperti biasa sehingga jam 6.00 petang di mana kesemua murid yang tidak pulang dengan ibu bapa mereka atau murid yang ibu bapanya tidak menghadirkan diri ke sekolah akan dikumpulkan dan bersama-sama menunaikan solat asar berjemaah. Setelah itu, mereka akan menjalani program bersama kaunselor sehingga tiba waktu pulang. Antara bahan yang akan disedikan oleh setiap guru tingkatan masing-masing pada Hari Diskusi Akademik tersebut ialah buku rekod kedatangan murid, slip keputusan murid, senarai semakan sumbangan murid dan rekod salah laku disiplin murid. Kesemua laporan ini akan ditunjukkan kepada ibu bapa murid yang hadir bagi tujuan penilaian dan pengetahuan ibu bapa tahap kecemerlangan dan sahsiah diri anak-anak mereka. Selain itu, dengan adanya kesemua laporan ini, guru-guru pembantu yang bertugas akan lebih mudah untuk mengolah setiap murid walaupun mereka tidak mengajar murid tersebut. Melalui program yang sebegini, 70 % daripada objektif yang diwujudkan telah berjaya dicapai. Murid-murid yang ibu bapanya hadir ke sekolah rata-rata dilihat menunjukkan

P a g e | 49

penyesalan dan ada juga yang berjanji akan melakukan yang terbaik dan tidak lagi ingin mengecewakan diri sendiri, ibu bapa mereka dan guru. Akhir sekali, berdasarkan soal selidik yang dibuat oleh pihak kaunseling setelah beberapa minggu program dijalankan, seramai 50 % murid mula menampakkan perubahan pada diri mereka tidak kira dari segi sahsiah diri mahupun dari segi akademik.

6.0 Kemahiran dalam aktiviti pengurusan ko-kurikulum

Perjumpaan Mingguan Badan Beruniform Pandu Puteri Pada 25hb Julai 2018 saya telah mengikuti satu perjumpaan mingguan yang dibuat oleh badan beruniform Pandu Puteri. Perjumpaan ini diadakan di Bengkel Kejuruteraan Sekolah yang bermula pada jam 8.00 pagi. Perjumpaan kali ini merupakan perjumpaan kali ke-10. Seramai 22 orang murid yang telah menghadirkan diri ke perjumpaan itu bersama dengan 3 orang guru penasihat unit tersebut. Perjumpaan kali ini dimulakan dengan salah seorang guru penasihat memberi sepatah dua kata dan bertanyakan tentang pembelajaran yang telah dipelajari pada perjumpaan minggu lalu dan seterusnya menjelaskan tentang agenda perjumpaan mereka pada hari ini. Kemudian guru penasihat tersebut menyenaraikan aktiviti yang bakal dilakukan pada perjumpaan kali ini. Antaranya ialah panji-panji, nyanyian dan pembinaan gajet. Aktiviti pertama yang dibuat oleh guru penasihat ialah panji-panji. Panji-panji ini merupakan istilah kepada perbarisan dalam badan beruniform Pandu Puteri dan kebiasaanya dilakukan sebelum memulakan sebarang aktiviti yang lain. Selain itu, panji-panji ini dilakukan juga adalah dengan tujuan bagi ketua panji-panji melaporkan jumlah ahli yang hadir seterusnya melaporkan diri kepada ketua (guru penasihat). Setelah selesai melaporkan diri, ketua panjipanji akan mengarahkan ahli-ahli yang lain untuk menyanyikan lagu badan beruniform Pandu

P a g e | 50

Puteri. Dengan berakhirnya nyanyian daripada mereka maka berakhirlah aktiviti panji-panji tersebut dan ahli-ahli diarahkan untuk keluar dari perbarisan dan kembali ke Bengkel Kejuruteraan bagi aktiviti seterusnya. Aktiviti kedua yang dibuat ialah pembinaan gajet iaitu, membina tripod. Bagi membina tripod ini guru penasihat telah mengajarkan 2 jenis ikatan dan simpulan iaitu, Buku Sila dan Simpul Manuk. Guru penasihat juga telah mengarahkan murid untuk membawa sebatang kayu setiap seorang. Batang kayu ini ialah tripod yang bakal dibinakan menggunakan ikatan dan simpulan yang telah diajarkan. Pertama sekali, guru menunjukkan cara membuat ikatan buku sila dan simpul manuk kepada murid. Setelah hampir kesemua pelajar berjaya membuat ikatan dan simpulan tersebut, aktiviti diteruskan lagi dengan guru penasihat menunjukkan cara untuk membina tripod menggunakan 3 batang kayu, ikatan dan simpulan yang dipelajari sebentar tadi. Bagi membina tripod ini, murid telah dibahagikan kepada 4 kumpulan dan terdiri daripada 4 hingga 6 orang ahli. Mereka diberikan masa selama 10 minit untuk membina gajet tersebut. Setelah kesemua kumpulan berjaya menyiapkan tripod mereka, guru penasihat menjelaskan tujuan dan fungsi tripod itu dibina. Tripod tersebut merupakan tapak bagi ahli-ahli Pandu Puteri memasak sekiranya berada dalam situasi perkhemahan di hutan dan unggun api akan dibina di tengah-tengah tapak tripod tersebut. Pada akhir sesi perjumpaan badan beruniform ini, hampir 80% murid dilihat dapat mencapai objektif pada hari tersebut. 100 % ahli Pandu Puteri dapat menyiapkan tripod mereka dengan nilai sungguh-sungguh, tolong-menolong dan semangat berkerjasama yang ditunjukkan. Selain itu, dengan adanya perjumpaan sebegini, murid dapat menambah pengetahuan mereka bukan sahaja dari segi akademik malah dari segi pengetahuan ilmu alam dan cara-cara untuk menyelamatkan diri sekiranya terperangkap atau tersesat di tempat yang tidak diingini. Tambahan pula, perjumpaan yang sebegini dapat mengeratkan lagi silaturrahim di antara ahli-ahli badan beruniform Pandu Puteri.

P a g e | 51

Ujibakat Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Daerah Gombak Pada 1hb Ogos 2018 telah berlangsungnya Ujibakat Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) peringkat daerah Gombak di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri. Ujibakat ini diadakan adalah usaha PPDa Pejabat Pendidikan Gombak untuk memberi pendedahan kepada murid, guru dan warga sekolah tentang bahaya pengunaan dadah, alkohol, rokok, vape, inhalan, HIV/AIDS dan gejala sosial lain. Melalui Ujibakat Karnival PPDa ini juga ia dapat mengenalpasti bakat-bakat terpendam murid-murid melalui pertandingan yang dianjurkan. Dengan wujudnya ujibakat ini, ia dapat memberikan impak yang lebih besar kepada kurikulum, ko-kurikulum dan pembangunan sahsiah sebagai pemangkin ke arah mewujudkan sekolah bebas dari dadah dan menanam sikap anti dadah di kalangan warga sekolah. Selain itu, Ujibakat Karnival PPDa ini juga merupakan inisiatif Unit PPDa bagi menerapkan nilai-nilai murni “Bencikan Dadah” dan mengamalkan gaya hidup sihat tanpa dadah. Dengan ini, visi ke arah merealisasikan hasrat melahirkan Sekolah bebas dadah akan tercapai. Antara objektif utama ujibakat ini diadakan adalah memberi pendedahan kepada murid tentang bahaya DARVIH dan sekutunya, menanamkan nilai murni “Bencikan Dadah” di kalangan murid, mencungkil bakat-bakat kreatif murid yang perlu diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi melalui pertandingan yang dianjurkan, dan akhir sekali, merealisasikan hasrat untuk melahirkan Sekolah Bebas Dadah dan menyebar luas maklumat tentang bahaya Darvih.

P a g e | 52

Antara ujibakat yang diadakan ialah Ujibakat Dikir Barat sekolah rendah dan menengah, Ujibakat Nyanyian Solo sekolah menengah, Ujibakat Jombola sekolah rendah dan menengah dan Ujibakat Poster rendah dan menengah. Sasaran ujibakat ialah peserta daripada sekolah-sekolah di dalam PPD Gombak. Ujibakat ini diseliakan oleh guru-guru di Unit Bimbingan & Kaunseling dan di bantu oleh beberapa orang guru lain antaranya ialah guru muzik, guru pjk, seorang guru praktikal dan seorang kaunseling praktikal. Ujibakat ini dimulakan dengan pendaftaran peserta pada pukul 7.30 pagi dan kesemua ujibakat dimulakan pada pukul 9.00 pagi. Keempat-empat acara ini diadakan di lokasi yang berlainan melainkan ujibakat dikir barat dan ujibakat nyanyian solo iaitu, di Dewan Bestari Puteri atau dewan sekolah. Manakala ujibakat jombola diadakan di Arena Gemilang dan ujibakat poster pula diadakan di Bengkel Kemahiran Hidup. Sepanjang ujibakat ini, saya telah ditugaskan untuk mengendalikan PA system di Dewan Bestari Puteri bagi ujibakat dikir barat dan nyanyian solo. Antara lagu yang didendangkan ialah Gemilang nyanyian Jaclyn Victor, Andai Kutahu nyanyian Ungu dan lainlain. Pada awalnya berlaku sedikit masalah pada wayar yang disambungkan daripada laptop ke speaker iaitu, wayar tersebut longgar dan berlaku gangguan dari segi bunyi yang dikeluarkan dan setelah dibaik pulih, acara dapat dijalankan seperti sedia kala. Antara refleksi yang saya dapat setelah bersama-sama mengendalikan program ujibakat ini ialah hampir 80% objektif ujibakat ini tercapai dengan jayanya. Selain itu, pengalaman yang diperoleh dan hubungan yang terbina sepanjang ujibakat dijalankan sangat berharga dan bermakna tidak kira sama ada di antara peserta dengan pihak penganjur atau di antara ahli-ahli jawatankuasa yang terlibat sepanjang program dijalankan. Akhir sekali, dengan wujudnya program yang sebegini, peserta yang terlibat secara langsung atau tidak langsung akan dapat menambah pengetahuan tentang bahaya DARVIH pada diri mereka dan melalui program ini para peserta dapat meningkatkan kemahiran bersosial yang ada pada diri mereka dengan

P a g e | 53

menyertai sebarang acara yang dijalankan dan berkomunikasi dengan pihak penganjur atau peserta yang lain.

Related Documents

Contoh Report Ppg2
February 2021 0
Contoh
February 2021 3
Report
February 2021 2
Contoh Diktat
February 2021 0
Contoh Nota
January 2021 1
Contoh Lamaran
January 2021 0

More Documents from "Dicky pratama putra"