Ctu 101 (bab 5)

  • Uploaded by: Hazmi Bakar
  • 0
  • 0
  • January 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ctu 101 (bab 5) as PDF for free.

More details

  • Words: 1,843
  • Pages: 36
Loading documents preview...
5. AKHLAK DALAM PEMBENTUKAN JATI DIRI MUSLIM

KATEGORI AKHLAK PENGERTIAN AKHLAK

PEMBINAAN DAN PEMANTAPAN AKHLAK

CABARAN DAN PENYELESAIAN DALAM PEMBENTUKAN AKHLAK

AHMAD HISHAM BIN AZIZAN

DEFINISI [BAHASA]:

AKHLAK

Berasal dari perkataan Arab khulq: budi pekerti, tingkah laku yang lahir secara semulajadi

DEFINISI [ISTILAH]: Sikap yang dihasilkan oleh keutuhan akidah dan kemantapan syariah yang diamalkan berasaskan kepada al-Quran dan al-Sunnah

PEMBAHAGIAN: Mahmudah (Terpuji) Mazmumah (Tercela)

AKHLAK

IBN MASKAWAYH: Keadaan jiwa yang mendorong dan menggerakkan seseorang untuk melakukan sesuatu perbuatan tanpa melalui pertimbangan fikiran/akal terlebih dahulu

AKHLAK

AL-GHAZALI: Suatu sifat yang tersemat dalam jiwa dan daripadanya terbentuk perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan akal terlebih dahulu. Akhlak yang mulia mempunyai empat [4] perkara iaitu bijaksana, memelihara diri dari sesuatu yang tidak baik, keberanian (menundukkan hawa nafsu) dan bersifat adil

AKHLAK Kata pepatah seorang penyair Mesir, Syauqi Bei: “hanya saja bangsa itu kekal selama berakhlak, bila akhlaknya telah lenyap, maka lenyap pulalah bangsa itu”

AKHLAK Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Orang Mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya.” (Hadith Riwayat Ahmad)

Kedudukan Akhlak Dalam Islam ibarat buah pada sebatang pokok – jika akidah & ibadah asas dijaga, buah (akhlak) pasti akan terhasil dengan baik

KEDUDUKAN AKHLAK DALAM ISLAM

KATEGORI AKHLAK AKHLAK MAHMUDAH AKHLAK MAZMUMAH

Akhlak yang dituntut dalam Islam Merupakan segala bentuk kebaikan yang dilakukan oleh manusia daripada sekecil-kecil perbuatan sehinggalah sebesarbesar perlakuan dalam hidup Semua perbuatan perlaksanaan tanggungjawab kepada perintah Allah S.W.T. dan akur kepada

laranganNya walau di mana berada

Keimanan yang mutlak kepada Allah S.W.T.

AKHLAK MAHMUDAH

Jujur & Amanah Pemurah, Tabah, Ihsan, Bijaksana

Benar, Lemah Lembut, Rajin, Qana’ah Menegakkan hak, Adil, Hormat, Sabar, Istiqamah dan sebagainya

Akhlak yang keji dan tercela Merupakan segala bentuk perlakuan, sifat, tabiat dan perangai buruk yang dicela oleh syarak

Syirik, Derhaka kepada ibu bapa

AKHLAK MAZMUMAH

Khianat, Sombong Mencela, Fitnah, BenciMembenci

Semua perbuatan yang melaksanakan larangan Allah S.W.T. dan meninggalkan suruhanNya

Pemalas, Biadap, Penting diri sendiri Dengki, Rasuah, Mengaibkan orang lain, Iri hati, Munafik

SKOP AKHLAK DALAM ISLAM 1) AKHLAK DENGAN ALLAH S.W.T. – menghubungkan seluruh kehidupan hanya kepada Allah S.W.T. – memohon supayan Allah memperelok akhlak dan menjauhi akhlak buruk – contoh: bersyukur, taat dan sebagainya

2) AKHLAK SESAMA MANUSIA – memberi hak kepada mereka yang sepatutnya diberikan hak [hak diri sendiri, isteri, suami, anak-anak dan sebagainya] – menjadi pakaian harian dalam kehidupan berkeluarga

3) AKHLAK DENGAN ALAM – konsep dan sifat mesra alam perlu dijadikan amalan – tidak melakukan pembakaran terbuka, pembuangan sampah & sisa ke dalam sungai dan sebagainya – memulihara alam sekitar yang menjadi sumber keperluan daripada tercemar

PENGHAYATAN AL-QURAN

PEMBINAAN & PEMANTAPAN AKHLAK

RASULULLAH S.A.W. USWAH HASANAH

PELAKSANAAN IBADAH

ILMU PENGETAHUAN: DIDIKAN & LATIHAN

TARBIYYAH RUHIYYAH

MUHASABAH DIRI

PEMBINAAN & PEMANTAPAN AKHLAK

PENGHAYATAN AL-QURAN  Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Didiklah anak-anak kamu atas tiga perkara: cinta kepada Nabi kamu, cinta kepada kaum keluarganya serta membaca al-Quran. Sesungguhnya para pembaca al-Quran itu berada di dalam naungan arasy Allah pada hari tiada naungan melainkan naunganNya bersama-sama para NabiNya dan orangorang suci”. (Hadith Riwayat Al-Tabrani)  Mendidik hati supaya sentiasa akur dan patuh kepada Allah S.W.T. – takut pada ancamanNya dan gembira dengan janjiNya yang sentiasa benar

RASULULLAH S.A.W. USWAH

PEMBINAAN & PEMANTAPAN AKHLAK

HASANAH  Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: “Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik…” Al-Ahzab (33): 21

 Berakhlak sebagaimana akhlak Rasulullah s.a.w. – tidak mampu amalkan semuanya, lakukan sedikit demi sedikit secara perlahanlahan [ISTIQAMAH]  Berakhlah berasaskan al-Quran – tidak menurut hawa nafsu – menjaga hubungan dengan Allah S.W.T., sesama manusia dan dengan alam dengan baik

PEMBINAAN & PEMANTAPAN AKHLAK

PELAKSANAAN IBADAH  Terpancar melalui pelaksanaan rukun Islam yang lima

 Rukun Islam merupakan pokok akhlak dalam Islam  Bukan sahaja merupakan latihan lahiriah tetapi juga adalah latihan batiniah yang mendalam & mempunyai tujuan untuk memperbaiki akhlak manusia

PELAKSANAAN IBADAH

PEMBINAAN & PEMANTAPAN AKHLAK

i. KALIMAH SYAHADAH  Mempunyai 2 ungkapan:  Ungkapan Pertama: “Aku bersaksi tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah”  Dikenali sebagai ungkapan tauhid  Wajib patuh pada suruhanNya dan meninggalkan laranganNya berpandukan al-Quran  Ungkapan Kedua: “Aku bersaksi bahawa Muhammad s.a.w. adalah pesuruh Allah”  Baginda adalah ikutan dalam semua hal & keadaan

 Akhlak yang baik akan terbentuk apabila mengikuti akhlak Rasulullah s.a.w.

PELAKSANAAN IBADAH

PEMBINAAN & PEMANTAPAN AKHLAK

ii. SOLAT  solat yang dikerjakan dengan sempurna dapat mendidik diri manusia dengan didikan akhlak yang baik dan menjauhi fahsya serta mungkar.  Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: “Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari al-Quran dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedah & kesan) dan ingatlah Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan” Al-Ankabut (29): 45

PELAKSANAAN IBADAH

PEMBINAAN & PEMANTAPAN AKHLAK

iii. PUASA  Mendidik manusia memiliki sifat takwa, menahan lapar, dahaga, nafsu syahwat, percakapan sia-sia dalam kehidupan seharian  Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: “wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa”

Al-Baqarah (2): 183  Amalan yang dapat digunakan untuk menolak tipu daya syaitan, mengecewakan angan-angan, mematahkan usaha yang jahat & benteng serta perisai bagi manusia yang beriman

PELAKSANAAN IBADAH

PEMBINAAN & PEMANTAPAN AKHLAK

iV. ZAKAT  Membentuk sifat kasih sayang, kerjasama, saling membantu sesama manusia  Mendidik manusia membersihkan harta & diri daripada sifat-sifat keji seperti kikir, tamak & haloba – pembersihan dilakukan dengan memberi harta yang dimiliki secara sukarela untuk mencari keredhaan Allah S.W.T.  Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: “Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka…..” Al-Taubah (9): 103

PELAKSANAAN IBADAH

PEMBINAAN & PEMANTAPAN AKHLAK

iV. HAJI  Melahirkan insan bertakwa dan berakhlak mulia; membina kesepaduan dan kerjasama, menghubung silaturrahim di kalangan umat Islam seluruh dunia  Dapat membersihkan hati, menjaga lidah daripada percakapan yang tidak berfaedah, sia-sia, bertengkar, terhindar daripada melakukan kemaksiatan & berusaha menjaga keaiban diri

ILMU PENGETAHUAN: DIDIKAN & LATIHAN

PEMBINAAN & PEMANTAPAN AKHLAK

 Pendidikan yang berkesan tersusun di atas 5 perkara:  Pendidikan Dengan Contoh Tauladan – melihat akhlak ibu bapa yang baik & dipraktikkan dalam kehidupan

 Pendidikan Dengan Adat Kebiasaan – adat memberi salam dan sebagainya  Pendidikan Dengan Nasihat & Bimbingan – memberi tunjuk ajar manakah akhlak yang baik & buruk  Pendidikan Dengan Pemerhatian & Pengawasan – memerhati & mengawasi sebarang bentuk pergaulan anak-anak  Pendidikan Dengan Denda & Hukuman – merotan jika tidak mengerjakan solat dan sebagainya

PEMBINAAN & PEMANTAPAN AKHLAK

ILMU PENGETAHUAN: DIDIKAN & LATIHAN

 Pendidikan akhlak juga perlu disertakan dengan latihan

 Pepatah Melayu ada menyebutkan: “bagaimana kuih begitulah acuannya”, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”

 Contoh: Baginda s.a.w. telah menyuruh supaya sejak kecil lagi anak dididik dan dibiasakan diri melakukan solat dan apabila berusia 10 tahun, disuruh mendenda (merotan) jika tidak dilakukannya (mafhum sabda Nabi s.a.w.)

TARBIYYAH

PEMBINAAN & PEMANTAPAN AKHLAK

RUHIYYAH  Merupakan pendidikan rohani iaitu pendidikan yang mengikat jiwa manusia dengan Allah S.W.T.  Cara mendidik hati:

 Zikrullah  Istighfar  Selawat  Tasbih  Tahmid  Zikir munajat  Berdoa

PEMBINAAN & PEMANTAPAN AKHLAK

MUHASABAH DIRI  Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya) dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat)…..” Al-Hasyr (59): 18  Sayyidina Umar pernah berpesan: “hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung dan bersiaplah untuk menghadapi pembentangan yang besar. Sesungguhnya hisab (perhitungan) yang ringan pada hari kiamat ialah bagi sesiapa yang menghitung (menghisab) dirinya di dunia”.

MUHASABAH DIRI

PEMBINAAN & PEMANTAPAN AKHLAK

Menurut Imam al-Ghazali, terdapat 4 (empat) kaedah untuk mengetahui kelemahan & kecacatan diri: i. Berguru dengan guru yang mursyid (guru yang dapat mengenali & melihat kecacatan diri muridnya dengan mata hatinya & berusaha untuk merawati penyakit tersebut ii. Mencari sahabat yang sentiasa benarm bermata hati yang tajam & kuat beragama – boleh menegur kesilapan & sentiasa memberi peringatan kepada diri iii. Melalui mulut musuh-musuh kerana mata yang membenci dan marah itu sering melihat keburukan-keburukan – manusia yang bijak akan sentiasa cuba untuk memperbaiki keburukan dirinya iv. Bercampur gaul dengan orang lain – setiap orang mukmin itu adalah cermin kepada orang mukmin yang lain

MUHASABAH DIRI

PEMBINAAN & PEMANTAPAN AKHLAK

Kenalilah diri anda, siapa anda sebenarnya: •

Adakah anda membalas keburukan dengan keburukan? Sekiranya YA, itu DENDAM namanya



Adakah anda membalas kebaikan dengan keburukan? Sekiranya YA, itulah ZALIM



Adakah anda membalas kebaikan dengan kebaikan? Sekiranya YA, itu MENGHARGAI namanya ….. biasa tuuu, semua kita pernah melakukannya



Adakah anda membalas keburukan dengan kebaikan? Sekiranya YA, anda seorang yang HEBAT! Hebatkah diri anda? (Jangan membangga diri)

PERANAN AKHLAK DALAM KEHIDUPAN

1. Membentuk masyarakat yang mulia & terhormat

2. Membentuk masyarakat yang maju & progresif

3. Membentuk masyarakat yang sejahtera

6. Mengikis budaya hidup materialistik

7. Benteng pertahanan diri daripada hawa nafsu, budaya hedonisme dsb

5. Menghasilkan modal insan yang dinamik

8. Dapat menjaga hubungan dengan Tuhan, sesama manusia dan alam

4. Pemisahan antara kebenaran & kepalsuan, baik & buruk dsb

9. Penyucian jiwa daripada pelbagai penyakit hati

CABARAN DALAM PEMBENTUKAN AKHLAK

1. Serangan ideologi Barat yang bertentangan dengan Islam

6. Nafsu yang mendorong kepada perkara yang tidak baik

7. Syaitan yang menyesatkan

2. Pengaruh budaya kuning

5. Pengabaian pendidikan agama

8. Kawan yang mengambil kesempatan

3. Pengaruh media massa, elektronik dan cetak

4. Persekitaran yang mendorong perlakuan negatif

9. Cybertainment – hiburan berbentuk cyber

KESAN AKHLAK KEPADA DIRI SENDIRI, KELUARGA, MASYARAKAT & NEGARA

1] melaksanakan amanah & tanggungjawab sebagai hamba & khalifah

2] menyeimbangkan antara akal fikiran, roh, jasad dan syahwat

3] menggunakan akal fikiran untuk berfikir, membezakan antara yang baik & buruk serta lainlain lagi

5] bijak memilih kawan – bijak bergaul & boleh menegur, memberi nasihat jika melakukan sesuatu yang buruk

4] tidak mengasingkan agama daripada kehidupan

KESAN AKHLAK KEPADA DIRI SENDIRI

1] pemilihan makanan mestilah bersih, baik & dari sumber yang halal

2] amalan buruk seperti merokok, minuman keras dan sebagainya hendaklah dijauhi

3] membimbing ahli keluarga dengan akhlak Islamiyah

5] mengamalkan sunnah Nabi s.a.w. dalam kehidupan berkeluarga

4] mengatur soal kehidupan ekonomi & sosial keluarga berpandukan nilai-nilai yang baik

KESAN AKHLAK KEPADA KELUARGA

1] membentuk persekitaran yang positif

2] prinsip hubungan kejiranan & masyarakat sekitarnya diasaskan kepada panduan yang digariskan Islam

3] memupuk semangat silaturrahim, kerjasama & bersatu padu dalam melakukan sesuatu kerja

5] kepimpinan ummah – menjadi model kepada negara lain

4] melahirkan negara yang sentiasa aman, sejahtera & selamat didiami

KESAN AKHLAK KEPADA MASYARAKAT & NEGARA

KESIMPULAN:  Akhlak merupakan elemen utama dalam pembentukan diri & jiwa generasi kini & akan datang

 Nilai-nilai akhlak Islam sendiri sesuai dengan fitrah manusia di mana akhlak Islam bersifat sejagat  Kegagalan dalam membentuk masyarakat yang berakhlak mulia samalah seperti menjurus muka bumi kepada kehancuran. Firman Allah S.W.T. bermaksud: “Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang dilakukan oleh tangan manusia. (timbulnya demikian) kerana Allah merosakkan mereka sebahagian dari balasan perbuatanperbuatan buruk yang mereka lakukan supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”. Al-Rum (13): 41

SYUKRAN JAZILAN

Related Documents

Ctu 101 (bab 5)
January 2021 3
Ctu 101 (bab 3)
January 2021 5
Bab 5 Transformasi Laplace
February 2021 0
Bab 5 Compression
March 2021 0
Modul Bab 5 Protista
January 2021 1

More Documents from "dewi arifa"

Ctu 101 (bab 3)
January 2021 5
Ctu 101 (bab 5)
January 2021 3
Stok Makmal
January 2021 5
Riwayat Hidup Hilmy Bakar
February 2021 1