Doc-20190410-wa0150.pdf

  • Uploaded by: Mohamad Hafizzudin
  • 0
  • 0
  • February 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Doc-20190410-wa0150.pdf as PDF for free.

More details

  • Words: 37,220
  • Pages: 190
Loading documents preview...
1

KITAB PATI RAHSIA Dihiasi di dalamnya nama Allah Yang Maha Besar lagi Maha Tinggi, Kelebihan, basmallah, Al-Fatihah, Ayat-ayat, Hizib-hizib dan lain-lain. Disusun Oleh: Haji Nik Mahmud Bin Ismail (Dato' Perdana Menteri Paduka Raja)

2

3

KITAB PATI RAHSIA Haji Nik Mahmud Bin Ismail (Dato' Perdana Menteri Paduka Raja) 2002

"Sebelum beramal dengan mana-mana ayat di dalam buku ini elok diperbetulkan dahulu bacaannya dengan sesiapa yang ahli di dalam bahasa Arab supaya betul bacaannya."

4

KANDUNGAN Prakata Nama Allah Yang Maha Besar Lagi Maha Tinggi Fadilat (Kelebihan) Al-Fatihah Fadilat Surah Al-Ikhlas Kelebihan Surah Al-Falaq Dan An-Nas Fadilat Ayat Al-Kursi Ketika Yang Mustajab Berdoa Syarat-Syarat Dan Adab Berdoa "Ayat Lima" Kaifiat Bagi Mendapat Mimpi Hizbul Bahr Fadilat Dua Ayat Yang Di Akhir Pada Surah Bara'ah Fadilat Selawat Fadilat Surah Al-Qadr Pohonlah Petunjuk Daripada Tuhan Dengan Jalan Nafas Ilmu. Ini Ialah Pakaian Hulubalang Dan Orang-Orang Soleh Pada Bicarakan Ilmu Nafas Ayat Tujuh Fadilat Surah Al-Kautsar Fadilat Surah Ad-Dhuha Fadilat Surah Alam Nasyrah Fadilat Kalimah At-Tauhid Fadilat Yaasin Fadilat Surah Al-Waqi'ah Fadilat Surah Al-Mulk Hizbun Nasr Atau Hizbul Qahr Nama-Nama Allah: Al-Mughni, Ar-Razzaq, Al-Fattah Kerana Orang-Orang Zalim Al-Haq - Nama Allah Yang Maha Perkasa Al-Latif - Nama Allah S.W.T. Mahabbah - "Bagi Mendatangkan Orang Yang Dikehendaki" Doa Nabi Isa Menghidupkan Orang Yang Mati Riadah Ayat Al-Kursi (Peraturan Bagi Mengamalkan Dia) Bersahabat Dengan Jin Yang Mukmin Riadah Surah Al-Jin Pekerjaan Mendatangkan Za’zu’ Bagi Menunaikan Hajat Doa Bagi Membukakan Hati Seseorang Supaya la Kasihan Belas Dan Kasih Kepada Kita Kaifiat Mengeluarkan Benda-Benda Menjadikan Perasapan Rasi Di Antara Lelaki Dan Perempuan Bagi Menjadikan Ibu Rumah Mandel Tilikan Yang Mujarab Riadah Surah Al-Ikhlas Riadah Ya Kariim Ya Rahiim Khalwat Amalan Huruf Jim Kelebihan Doa Burhatiah Peringatan Mengamalkannya Ayat Lima Belas Hizbul Birri 5

MUKA SURAT 16 19 27 30 31 35 35 37 39 42 46 47 50 52 60 61 62 63 65 65 68 68 70 72 73 74 78 85 89 95 97 99 100 103 105 105 105 108 110 112 114 116 117 119

Hizbun Nawawi Kaifiat Memberi Salam Kepada Qutbul Aqtab Kaifiat Memberi Salam Kepada Rijalul Ghaib Keterangan Kepada Mengetahuikan Pihak-Pihak Yang Ada Padanya Rijalul Ghaib (Dan Segala Masa Peredaran Mereka Dari Satu Ke Satu Pihak Yang Lain) Faedah Ayat Empat Faedah Yang Amat Mujarab Pada Menyatakan Hari Yang Bercahaya, Berkelam, Saasah (Selempang) Dan Batil Buat Dan Kerjakan Apa-Apa Pekerjaan Di Dalam Hari Yang Bercahaya Nescaya Dapat Kebaikan Ketika Bintang Tujuh Perlangkahan Yang Masyhur Siang Hari Ahad Dan Malam Khamis Hari Isnin Dan Malam Jumaat Hari Selasa Dan Malam Sabtu Hari Rabu Dan Malam Ahad Hari Khamis Dan Malam Isnin Hari Jumaat Dan Malam Selasa Hari Sabtu Dan Malam Rabu Al-Malikul Quddus Memberhentikan Perempuan Dan Lelaki Dari Berzina Syabsyah Abu Riyah Hai Penuntut-Penuntut Yang Bahagia!! Hari Ahad Hari Isnin Hari Selasa Hari Rabu Hari Khamis Hari Jumaat Hari Sabtu Hitungan Mengetahuikan Tabiat Seseorang Dengan Jalan Buruj Dan Bintang-Bintang. Bilangan Huruf-Huruf Alif, Ta Hingga Akhir Pada Mengetahuikan Rahsia-Rahsia Segala Huruf, Khadam-Khadam Dan Khalwatnya. Huruf Alif Huruf Ba Huruf Jim Huruf Dal Huruf Ha Huruf Wau Huruf Zai Huruf Ha Huruf Tho Huruf Ya Huruf Kaf Huruf Lam Huruf Mim 6

120 123 123

124 125 126

128 128 129 130 130 131 132 133 133 134 135 135 136 136 136 137 137 137 137 138 139 139 142 142 144 146 147 148 149 150 151 152 153 154 155 156

Huruf Nun Huruf Sin Huruf Ain Huruf Fa Huruf Shad Huruf Qaf Huruf Ra' Huruf Syin Huruf Ta Huruf Tsa Huruf Kha Huruf Dzal Huruf Dhad Huruf Dzha Huruf Ghain Pengenalan Khadam Hari-Hari Yang Tujuh Peraturan Bagi Membukakan Hati Seseorang Mudah-Mudahan la Akan Kasihan Belas Kepada Kita Kaifiat Berjumpa Dengan Jin-Jin Dan Mendengar Suara Mereka Itu. Pada Mengetahuikan Huruf-Huruf Ramal Tetapi Tidak Dinyatakan Garisan-Garisan Rajahnya Faedah Yang Amat Besar Bagi Menyenangkan Hati Kaifiat Doa Zalzalah Menahankan Lelaki Daripada Berzina Faedah Bagi Memajukan Berjual Beli Dan Meluaskan Rezeki. Peraturan Mendapatkan Khadam-Khadam Bagi Menghapuskan Cinta Berahi (Kepada Siapa-Siapa Pun) Khasiat Burung Belatuk Cerang Penyudahan

7

157 158 159 160 161 162 163 164 165 166 167 167 168 169 169 172 173 174 175 176 177 180 181 181 187 188 190

Pujian bagi Tuhan Yang Amat Pemurah lagi Maha Kaya cucuran rahmat sentosa ke atas Nabi Muhammad galian segala rahsia, dan ke atas ahli keluarga dan semua sahabat serta pengikutnya yang berbahagia. Waba'du, Apakala telah dikurnia oleh Tuhan Yang Maha Mulia menatapkan kitab yang bernama "Pati Rahsia", saya dapati apa yang saya faham daripada kandungannya, sangat bersetuju dan bersebetulan dengan namanya dan kitab inilah - setahu saya - julung karangan yang baru ditimbulkan ke alam Melayu dari lautan ilmu rahsia yang disimpan oleh Tuhan pada kejadian-Nya, maka tak payah lagi saya terangkan kelengkapan kitab kerana kezahirannya daripada: Al Muhtaram Hj. Nik Mahmud Bin Ismail (Dato' Perdana Menteri Paduka Raja Kelantan) telah memadai dan mencukupi. Ditulis oleh yang berharap "futuh" Tuhan Yang Karim, hamba yang fakir Muhamad Nur Bin Ibrahim pada hari Rabu (buah) bulan Jamadi As-Tsani bagi tahun (biji Pati Rahsia akan ditani lebih) yang bersamaan dengan (raya) bulan Mei bagi tahun (patut minum ilmu Pati Rahsia). Muhamad Nur 14.6.1320 H - 15.5.1946 M

8

Kehadapan majlis Dato' Lela Jasa, Setiausaha Majlis Agama Islam, Yang ada dengan kesejahteraannya. Dato' Dengan hormatnya saya kembarkan bersama-sama ini sebuah kitab yang bernama "Pati Rahsia", harapkan Majlis tolong sahkan kitab ini supaya boleh cap bagi pergunaan anak-anak negeri ini dan lainlainnya. Saya harap boleh dapat kebenaran ini tidak lewat 10 hari daripada tarikh ini dengan mendahului saya berbanyak-banyak terima kasih adanya..

Sain: Mahmud Ismail Dato' Menteri Kelantan.

Kota Bharu, Pada 28 haribulan Mei 1946

9

Segala pujian itu bagi Tuhan yang mempunyai ihsan, rahmat dan salam di atas junjungan kita Nabi Muhammad yang beramal dengan Quran, dan di atas keluarganya, sahabatnya dan sekalian pengikutnya yang mempunyai 'irfan. Waba'du, maka dengan taufik dan hidayah daripada Allah S.W.T. telah saya tatap akan kitab "Pati Rahsia" karangan bagi Yang Amat Berhormat (Dato' Perdana Menteri Paduka Raja Kelantan) daripada awalnya hingga akhirnya - maka saya dapati apa-apa kandungan yang saya faham itu sangatlah bersetuju dan berkenan. Dan saya percaya ini kitab akan digunakan oleh yang ramai - betapa tidak? Kerana isinya sangat wangi dan rasanya sangat manis.

Maka tak payahlah saya mensifatkan kelebihannya dan ketinggiannya kerana rahsia itu tak dapat disifatkan - bahkan memadailah namanya itu menyaksikan.

(Katah Tarab Al-Aqdam) Hj. Muhammad Ali Sollehuddin (Murid Tua bagi Almarhum Tuan Guru Kenali) Di Kota Bharu Kelantan pada hari Selasa 10 Sya'ban 1365 H.

10

Bilangan (3) dlm. m.a. 136/46

Kota Bharu, Kelantan Pada 15 haribulan Jun 1946

Ke medan majlis Yang Amat Berhormat Dato' Perdana Menteri Paduka Raja Kelantan. Dengan beberapa amat kesejahteraannya. Dato' Adalah saya bagi pihak Majlis Agama dengan hormatnya memaklumkan kepada Dato' bahawa surat Dato' yang bertarikh pada 28 haribulan Mei, 1946 berkenaan dengan meminta Majlis mengesahkan sebuah kitab 'Pati Rahsia' kerana hendak dicap bagi pergunaan anak-anak negeri ini dan lain-lainnya itu telah sampai dan faham. Maka saya dengan sukacitanya memaklumkan bahawa kitab yang tersebut itu sudahlah disahkan oleh Majlis Agama dan diampuni oleh Duli Yang Maha Mulia Al Sultan pada 12 haribulan Jun, 1946 serta diluluskan Dato' mengecapnya bagaimana maksud Dato' itu dan bersama-sama ini saya kembarkan balik naskah kitab yang termaklum itu diharapkan Dato' terima dengan selamatnya. Dan lagi saya bagi pihak Majlis Agama mengucapkan dengan sepenuh-penuh terima kasih kepada Dato' yang telah berusaha pada menjalankan pekerjaan yang maha kebajikan bagi faedah orang muslimin dan muslimat itu, mudah-mudahan Tuhan kabul jua maksud Dato' itu wassalam. Saya dengan hormatnya, Disain oleh Raja Muda

Indra Petra Yang Dipertua Majlis Agama Islam.

11

Puji-pujian bagi Allah Tuhan yang menyusunkan perkataan daripada kalimah dan huruf yang mengandungi bermacam-macam rahsia dan menghinggakan tiap-tiap suatu itu kepada zat-Nya Yang Maha Suci, selawat dan salam atas Penghulu kami Nabi Muhammad yang mempunyai kelebihan yang bersinaran dan atas ahli dan sahabatnya yang amat tinggi kemuliaan. Amma ba'du, Tatakala adalah tiap-tiap seorang itu berlainan kehendak dan tujuannya bagi menyucikan diri dan menuntutkan segala hajat di bawah segala cahaya bintang yang bergerak maka inilah sehidangan bermacam-macam ilmu daripada hantaran hukama dan ulama diterjemahkan daripada kitab Khuzbanah Al-Asrar, Syamsul Maarif, Mujarobat Ad-Dhairaby, Al-Fuyudhat AlIlahiyah, Al-Sarurbani dan lain-lainnya dan kami namakannya "Pati Rahsia" mudah-mudahan Allah S.W.T. mengurniai manfaat dan kebajikan kepada laki-laki dan perempuan pada dunia dan akhiratnya serta mengelokkan kesudahan segala pekerjaan kami dan melepaskan kami daripada kekejian dunia dan azab akhirat dan memulai kami dengan menyatakan bilangan nama Allah Yang Maha Besar lagi Maha Tinggi kemudian kelebihan Bismillahirrahmanirrahim dan lain-lainnya.

(Al-Haqir) Mahmud Bin Ismail, Atas Banggol, Kota Bharu, Kelantan, 1 haribulan Rejab 1363 H.

12

Latar belakang Dato Paduka Raja Datuk Nik Mahmud - Perdana Menteri Paduka Raja Kelantan NAMA lengkapnya ialah Nik Mahmud bin Haji Nik Ismail Qadhi bin Haji Mahmud bin Cik Seman. Beliau meninggal dunia pada 1384 Hijrah/1964 Masihi. Ibunya bernama Wan Aisyah binti Wan Utsman. Ayahnya, Haji Nik Wan Ismail Qadhi bin Haji Nik Wan Mahmud adalah sahabat Syeikh Ahmad al-Fathani. Kedua-duanya adalah ulama besar. Oleh itu Nik Mahmud mendapat pendidikan awal daripada ayahnya sendiri di Kelantan. Setelah ayahnya wafat pada 1315 Hijrah/1898 Masihi, dalam tahun itu juga ibunya Wan Aisyah membawa Nik Mahmud dan tiga orang anaknya yang lain ke Mekah. Nik Mahmud diserahkan pengurusannya kepada Syeikh Ahmad al-Fathani. Oleh sebab ilmu-ilmu dalam bidang keislaman yang dipelajari oleh Nik Mahmud daripada ayahnya dipandang sudah memadai, maka al-Fathani hanya mendidik Nik Mahmud dalam bidang-bidang ilmu khusus, terutama ilmu pentadbiran dan siasah, serta diperlengkap lagi dengan ilmu pertahanan diri. Pati Rahsia. Diselesaikan pada 1 Rejab 1363 Hijrah. Cetakan yang ketiga Haji Daud bin Haji Abu Bakar al-Ahmadi, 3296-B, Jalan Tengku Petra Semerak, Kota Bharu, Kelantan, 1389 Hijrah/1969 Masihi. Dicetak atas perbelanjaan Nik Ahmad Kamil (Datuk Seri Setia Raja) bin Nik Mahmud, dan dicetak atas kebenarannya. Ditandatangani oleh Raja Muda, Yang Dipertua Majlis Ugama Islam, Pejabat Majlis Ugama Islam Kelantan pada tarikh 15 Jun 1946 Masihi, bilangan (3) 136/46. Kandungannya mengupas ilmu hikmah menggunakan berbagai-bagai, isim, wirid, doa, dan lain-lain. Di antara anak Datuk Nik Mahmud yang menjadi tokoh atau pembesar sama ada di Malaysia mahupun peringkat antarabangsa ialah Tan Sri Datuk Nik Ahmad Kamil (meninggal dunia 20 Disember 1977). Di antara anak Tan Sri Datuk Nik Ahmad Kamil pula ialah Tan Sri Datuk Nik Ibrahim Kamil, sekarang Pengerusi Southern Investment Bank Berhad, Kuala Lumpur.

13

KATA ALUAN DARI AL-MUALLIJ MUSTAQIM

Selawat dan salam buat junjungan nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wassalam, keluarganya, sahabatnya, para tabiin, para aulia, para ulama dan guru-guru sekalian. Syukur ke hadrat Allah Taala kerana memberi masa dan ruang untuk saya siapkan buku terjemahan Pati Rahsia ini. Wa ba’du. Sebelum membaca buku ini, bacalah kata aluan saya ini terlebih dahulu mudah-mudahan mengerti apa niat saya dan apa yang telah saya karangkan ini. Di dalam buku ini banyak terkandung hadis daif dan palsu. Hadis daif boleh diamalkan menurut pendapat Imam Nawawi dan Ibnu Hajar al-Asqolani tetapi dengan syarat-syarat yang ketat. Boleh digunakan untuk targhib dan fada'il amal. Tetapi tidak boleh digunakan sebagai hujah untuk hukum syarak dan aqidah seperti sifat-sifat Allah ia tidak boleh digunakan. syarat beramal menurut pendapat al-hafiz ibn hajar al-asqolani ialah: 1. Daif yang ada pada hadis itu adalah tidak keterlaluan. 2. Maksud yang terkandung di dalam hadis daif itu tidak bercanggah dengan kaedah umum agama Islam. 3. Hendaklah berhati-hati ataupun ihtiyat dari sudut pegangan ketika beramal dengannya. Supaya kita tidak bersalah menyandarkan hadis tersebut kepada Rasulullah, sedangkan hakikatnya ia bukan hadis atau bukan perkataan nabi. Ada juga sebahagian hadis daif yang sampai kepada peringkat hadis maudhu (palsu). Mana-mana hadis daif yang sampai ke peringkat itu (maudhu) dilabelkan sebagai darjat hadis yang paling buruk. Para ulama bersikap tegas terhadap hadis daif tersebut (yang sampai kepada peringkat maudhu) pada penggunaannya terhadap sesuatu hukum. Malah haram untuk kita berpegang dan beramal dengan hadis maudhu. Walau bagaimanapun ada di kalangan para Ulama mengambil sikap yang lebih longgar dalam meriwayatkan hadis-hadis daif yang bersifat targhib (galakan) dan jua tarhib (menakut-nakutkan). Penerangan lebih jelas Abu al-Sheikh Ibn Hibban dalam kitabnya al-Nawaib meriwayatkan secara marfukhadis Jabir yang menyebutkan: Buku ini diterbitkan sekadar untuk berkongsi ilmu dan pendedahan lanjut tentang apa yang terkandung di dalam kitab pati rahsia ini. Bukanlah tujuan mengutip untung duniawi, tetapi untuk perkongsian ilmu sahaja. Dihuraikan dengan lebih jelas serta dijelaskan sumber hadis, sumber doa dan sumber perawi. Bukanlah bermaksud ingin mencacatkan atau menuduh syirik atau mengkafirkan atau berkhilaf pendapat, tetapi pada dekad ini telah ramai yang mencari ilmu tanpa berguru di mana kesudahannya mendapat gila isim. Tidak tahu asal-usul, tidak berguru, bertaklid sesuka hati, bertambah ego dengan ilmu yang dimiliki dan bertegang urat menegakkan benang yang basah. Maka terhasillah buku ini fisabilillah dengan niat ikhlas untuk memperbetulkan persepsi masyarakat terhadap kitab yang pernah diajar di pondok-pondok di Malaysia. Isi kandungan asal telah bercampur dengan isi huraian yang telah saya huraikan iaitu bagi membezakannya, tulisan isi 14

kandungan asal tegak dan tulisan nota tambahan dalam berbentuk italik. Saya tidak menjadikan ulasan saya sebagai nota kaki kerana ia lebih mudah dan lebih mesra untuk dibaca. Buku ini diterbitkan sebagai Edisi Asal kerana mereka yang pernah memiliki kitab syarah Pati Rahsia yang telah saya terbitkan pada tahun lepas membuat permintaan agar dapat mencetaknya dalam bentuk yang asal. Saya tidak bertanggungjawab di atas kerosakan jiwa, gila isim atau apa sahaja bentuk ritual syirik yang berlaku selepas buku ini diedarkan. Sekali lagi saya berpesan, di dalam kitab ini bukanlah ilmu yang betul dan hampir 98% mengandungi hadis maudhu serta dinilai sebagai mengandungi unsur yang boleh membawa ke arah syirik. Semoga Allah merahmati kalian, Insya Allah. Al-Muallij Al-Quraisy Ibnu Najib Al-Husaini Masjid Tanah, Melaka. 28 Feb 2012

15

NAMA ALLAH YANG MAHA BESAR LAGI MAHA TINGGI Sanya (Bahawasanya) Allah S.W.T. ada mempunyai 3,000 (tiga ribu) nama iaitu:1. Sebanyak 1,000 (satu ribu) nama - Allah Taala memberi ketahui kepada malaikat-malaikat sahaja. 2. Sebanyak 1,000 (satu ribu) nama - Allah Taala memberi ketahui kepada nabi-nabi sahaja. 3. Sebanyak 300 (tiga ratus) nama - Ada tersebut di dalam At-Taurat. 4. Sebanyak 300 (tiga ratus) nama - Ada tersebut di dalam Al-Injil. 5. Sebanyak 300 (tiga ratus) nama - Ada tersebut di dalam Az-Zabur. 6. Sebanyak 99 (sembilan puluh sembilan) nama - Ada tersebut di dalam Al-Quran. Dan 1 (satu) nama khas tersimpan dalam pengetahuan Allah S.W.T. Sekalian makna nama-nama Allah Taala yang 3,000 (tiga ribu) itu ada terkandung di dalam ayat ( ) dan jika siapa-siapa membaca nescaya mengurnia Allah S.W.T. kepadanya akan balasan pahala sebanyak pahala yang dikurnia kepada orang yang membaca sekalian nama Allah S.W.T. yang 3,000 (tiga ribu) itu.

Siapa-siapa banyak membaca pada mana-mana perkara yang dihajati istimewa pula pada mendapatkan rezeki, nescaya memudah Allah Taala kepadanya, dan mengurnia Allah Taala hebat pada hati mereka-mereka yang memandang kepadanya.

Siapa-siapa membaca 21 (dua puluh satu) kali ketika hendak tidur terpeliharalah pada malam itu daripada syaitan dan daripada kejahatan manusia, dan jin dan daripada kecurian dan kebakaran dan selamat daripada mati terkejut dan terjauh daripada bala dan penyakit.

Jika dibaca 100 (seratus) kali selama tujuh hari berturut-turut pada mana-mana penyakit atau pun pada orang yang kena sihir nescaya sembuh orang itu daripada sihir dan penyakitnya.

Siapa-siapa membaca 113 (seratus tiga belas) kali pada hari Jumaat ketika khatib di atas mimbar, kemudian berdoa bersama khatib dan memohon daripada Allah Taala akan apa-apa hajat nescaya Taala apa-apa yang dipohonkan itu.

Siapa-siapa membaca 313 (tiga ratus tiga belas) kali ketika terbit matahari pada hari Ahad dengan keadaan mengadap kiblat nescaya mengurnia Allah Taala kepadanya rezeki yang tiada terhingga banyaknya. 16

Siapa-siapa membaca 787 (tujuh ratus lapan puluh tujuh) kali dengan hati yang suci pada suatu perkara yang diredhai akan dia oleh Allah Taala atau pada mencapai suatu hajat, atau hendak menjauhkan apa-apa bala nescaya dapat berhasil apa-apa yang dipohonkannya.

Dan yang terlebih elok dibaca sebanyak 787 (tujuh ratus lapan puluh tujuh) kali itu ialah dibaca ketika berpuasa di tempat yang sunyi (berkhalwat) selama tujuh hari berturutturut kerana kaifiat yang seperti ini terlebih diharap akan dapat dengan segera apa-apa yang dihajati.

Siapa-siapa membaca 2,500 (dua ribu lima ratus) kali tiap-tiap lepas sembahyang Subuh, selama empat puluh hari berturut-turut serta ingat kepada fadilat-fadilat (kelebihannya) nescaya dibuka Allah Taala akan hatinya mudah mengetahui ilmu-ilmu.

Siapa-siapa membaca 1,500 (seribu lima ratus) kali pada tiap-tiap hari, nescaya dijadikan semua manusia bersetuju kepadanya.

Siapa-siapa sentiasa membaca mudahlah memperolehi apa-apa yang dikehendakinya.

Siapa membaca terlepaslah daripada bala dan kesusahan.

1,000 (seribu) kali pada tiap-tiap hari,

1,000 (seribu) kali pada tiap-tiap hari dan malam,

Jika dibaca 1,000 (seribu) kali pada suatu mangkuk air hujan, kemudian diberi minum kepada orang yang bodoh ketika terbit matahari berturut-turut tujuh pagi, teranglah hati dan mudahlah ingat apa-apa yang dipelajarinya.

Siapa-siapa mengekali membaca ketika memulai sesuatu pekerjaan, atau ketika duduk, bangun, hendak berjalan, tidur, makan, mengambil wuduk, menulis, membaca dan lain-lain lagi, nescaya mempermudah Allah Taala baginya keluar nyawa ketika hendak mati dengan tidak merasai apa-apa kesakitan, dan fasih lidahnya menjawab apa-apa pertanyaan Munkar dan Nakir dan memperluaskan Allah Taala akan kuburnya dengan keadaan cahaya yang gilang-gemilang dan pada hari kiamat keluar dari kuburnya putih kulitnya dan bercahaya dan dapatlah kebahagiaan dan kesenangan dan melalui titian dengan cepat seolah-olah seperti kilat lakunya masuk ke dalam syurga. Siapa-siapa puasa tiga hari berturut-turut mulai hari Rabu, Khamis, Jumaat, serta pergi ke masjid pada hari Jumaat dengan keadaan bersih dan bersedekah sekadar yang boleh, kemudian apabila selesai sembahyang Jumaat berdoa dengan doa:

17

(sebut apa yang dihajati), nescaya dimakbulkan akan hajatnya oleh Allah Taala. Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Allah Taala tiada menolak permintaan orang yang berdoa yang dimulai dengan

".

Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Siapa-siapa daripada kamu hendak menulis, jadikanlah pada awal tulisan kamu," dan lagi sabdanya: "Siapa-siapa menulis dengan tiada dihapus nescaya mengurnia Allah Taala kepadanya 1,000 (seribu) kebajikan dan menghapuskan 1,000 (seribu) kejahatan."

Siapa menulis dengan tulisan yang elok kerana memuliakan Allah Taala, nescaya mengampunkan Allah Taala akan dosanya.

Siapa mengutip kertas yang ada padanya nescaya mengurnia Allah Taala kepadanya masuk kumpulan As-Siddiqin.

Dan setengah daripada tanda-tanda kelebihan dalam Al-Quran dimulai dengannya.

kerana takut terkena pijak

itu ialah surah-surah

Jika ditulis 21 (dua puluh satu) kali pada suatu kertas, kemudian diberi pakai kepada budak-budak kecil yang selalu terkejut ketika tidur, nescaya hilang penyakitnya itu. 18

Siapa-siapa menulis 35 (tiga puluh lima) kali pada suatu kertas kemudian digantungkan di dalam rumah, terpelihara rumah itu daripada syaitan, jin dan diberi kepadanya berkat yang banyak dan memelihara oleh Allah akan hartanya dan usahanya serta terjauh daripada kesusahan.

Siapa-siapa menulis 101 (seratus satu) kali pada suatu kertas yang putih, kemudian ditanamkan dalam kebun nescaya subur tumbuh- tumbuhannya dan terpelihara daripada musuh-musuhnya. ************************** FADILAT FATIHAH Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Siapa-siapa membaca fatihah nescaya mendapat pahala baginya seumpama pahala orang yang membaca tujuh kali At-Taurat, Al-lnjil, Az-Zabur, Al-Quran dan Suhuf (Idris dan Ibrahim)." Dan tiap-tiap satu huruf yang dibacanya itu dikurnia kepadanya satu darjah di dalam syurga yang luasnya seumpama perantaraan bumi dengan langit. Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya : "Demi Allah sanya Al-Fatihah itu ialah “Al Sab'ul masyaani” dan Quran yang maha besar yang dikurniakan Allah S.W.T. kepada aku dan tidak ada dalam At-Taurat, Al-lnjil, AzZabur dan Quran yang serupa dengannya." Al-Fatihah sunat dibaca pada tiap-tiap kali hadir di masjid sebelum keluar daripadanya, sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Barang-barang yang dikeluarkan daripada harta perbendaharaan 'Arasy ialah empat perkara iaitu: Al-Fatihah, Ayat Kursi, dua ayat yang penghabisan surah Al-Baqarah dan surah AlKauthar." Pahala orang yang membaca Al-Fatihah setimbang dengan pahala orang yang membaca dua pertiga (2/3) Al-Quran.

Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya; "Yang terlebih afdal dalam Quran ialah Siapa-siapa membaca Al-Fatihah dan bencana yang lain daripada mati.

.

, nescaya sejahteralah daripada sekalian

Sunat melafazkan "Amiin" ketika lepas membaca Al-Fatihah sama ada Al-Fatihah yang kita baca sendiri atau Al-Fatihah yang imam baca. Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Apabila selesai imam daripada membaca Al-Fatihah hendaklah kamu baca Amiin nescaya diperkenan permintaan kamu." Hadith Rasulullah S.A.W.: "Pada suatu masa sedang Rasulullah S.A.W. dengan Abu Zaid berjalan pada suatu jalan di Madinah tiba-tiba kedengaran suara seorang laki-laki sedang membaca Al-Fatihah lalu bersabda Rasulullah S.A.W.: "kita berhenti dengarkan Al-Fatihah ini hingga sempurna bacaannya."

19

Sabda Rasulullah SAW ertinya: "Siapa-siapa hadir mendengar orang membaca Al-Fatihah mulai dari awal hingga akhirnya nescaya mendapat pahala baginya seumpama orang yang berperang sabilillah." Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Siapa-siapa membaca Al-Fatihah maka mendapat pahala baginya seumpama pahala orang yang membaca Al-Injil, Az-Zabur, At-Taurat, Al-Quran dan tiap-tiap satu ayat yang dibacanya itu baginya pahala seumpama mensedekahkan beberapa banyak emas kerana sabiilillah, dan terpelihara tubuhnya daripada masuk ke dalam api neraka dan kemudian daripada Nabi ialah orang yang terlebih kaya daripada orang-orang yang masuk ke dalam syurga." Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Pada malam dibawaku daripada Baitullah ke Baitulmaqdis, ketika kuberhenti di 'Arasy dan aku nampak Al-Fatihah dan sekalian Quran tertulis pada luh mutiara dan yaqut, kemudian ku pohon daripada Allah Taala akan dua perkara yang tersebut, supaya dikurniakan kepada umatku, firman Allah Subha Nahu Wa Taala: "Dua perkara yang tersebut Aku berikanlah kepada engkau dan umat engkau," kemudian aku bertanya pula: "Apa pahala orang yang membaca Al-Fatihah dan apa pahala orang yang membaca Quran," berfirman Allah S.W.T.: "Wahai Muhammad Al-Fatihah itu ada mengandungi tujuh ayat, maka Aku haramkan - tutupkan atas orang yang membacanya tujuh pintu api neraka jahanam, dan orang yang membaca Quran Aku beri kepadanya pahala dengan tiap-tiap satu huruf yang dibacanya itu, satu pohon kayu daripada tanaman syurga yang mempunyai beberapa banyak nikmat." Siapa-siapa membaca Al-Fatihah, nescaya adalah tiap-tiap satu ayat daripada Al-Fatihah itu mendinding baginya daripada neraka jahanam. Siapa-siapa

yang

di

dalam

bilangan

masuk

neraka,

jika

anaknya

ada

membaca

nescaya diberhentikan azabnya selama 40 hari. Siapa-siapa membaca sepuluh perkara yang disebut di bawah ini nescaya sejahtera daripada sepuluh perkara iaitu:1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

Surah Al-Fatihah, menegahkan daripada kemurkaan Tuhan. Surah Yaasin, menegahkan dahaga pada hari kiamat. Surah Ad-Dukhan, menegahkan huru-hara pada hari kiamat. Surah Al-Waqi'ah, menegahkan daripada fakir. Surah Al-Mulk, menegahkan daripada seksa kubur. Surah Al-Kauthar, menegahkan daripada perkelahian. Surah Al-Kafirun, menegahkan daripada mati kafir. Surah Al-Ikhlas, menegahkan daripada menjadi munafik. Surah Al-Falaq, menegahkan daripada kena penjara. Surah An-Naas, menegahkan daripada was-was.

Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Siapa-siapa membaca Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas, ketika kembali ke rumah, nescaya terjauh daripada fakir - papa - dan dapat kebajikan rumahnya beberapa banyak." Jika dibaca fatihah 41 (empat puluh satu) kali dengan mewasalkan (menyambungkan) dihembuskan kepada orang sakit nescaya sembuh penyakitnya itu.

20

dan

Siapa-siapa sentiasa membaca Al-Fatihah 41 (empat puluh satu) kali pada masa antara sembahyang sunat Subuh dengan sembahyang Subuh nescaya terlepas dari hutang, sihat tubuhnya dan mengurnia Allah Taala akan dia kekayaan dan kemuliaan. Siapa-siapa membaca Al-Fatihah dengan niat yang bersih 41 (empat puluh satu) kali pada mata orang yang sakit ketika antara sembahyang sunat Subuh dengan sembahyang Subuh selama 40 hari berturutturut sembuh sakit matanya itu. Siapa-siapa membaca Al-Fatihah 7 (tujuh) kali pada suatu penyakit dengan meletakkan tangan ke atas tempat sakit itu dan berdoa,

7 (tujuh) kali nescaya sembuh penyakitnya itu. Siapa-siapa membaca Al-Fatihah pada pagi-pagi dan dihembuskan pada tangan kemudian disapukan pada muka dan perut, nescaya tiada merasa, dahaga dan lapar pada hari itu. Jika ditulis Al-Fatihah pada suatu mangkuk yang bersih dan dihapuskan tulisan itu dengan air, kemudian diberi minum kepada orang yang sakit, atau disapu pada sekalian badannya satu kali atau pun pada tempat yang sakit sahaja tiga kali dengan berdoa:

nescaya sembuh penyakit itu. Jika ditulis Al-Fatihah dengan za'faran (kunyit) pada suatu bijana (bekas) yang bersih dan kemudian dihapuskan dengan air atau air mawar dan beri minum kepada orang yang benak selama tujuh hari berturut-turut, teranglah hatinya. Siapa-siapa sentiasa membaca Al-Fatihah pada tiap-tiap hari dan malam hilanglah pemalasnya dan diperbaik Allah S.W.T. akan kelakuan zahir dan batin. Siapa-siapa membaca Al-Fatihah 40 (empat puluh) kali dengan kaifiat di bawah ini, nescaya dapat apaapa yang dihajatinya, iaitu:Baca Al-Fatihah lepas selesai sembahyang Maghrib dan sunat Maghrib sebelum beralih daripada tempat sembahyang itu, manakala selesai daripada membaca Al-Fatihah bermohon daripada Allah Taala apaapa yang dihajati dan baca:-

21

Siapa-siapa membaca Al-Fatihah di dalam keadaan berwuduk 70 (tujuh puluh) kali kemudian dihembuskan pada air yang bersih dan minum air itu tiap-tiap hari selama tujuh hari, mengurnia Allah Taala kepadanya ilmu hikmat dan kecerdikan dan bersihkan hatinya daripada perkara-perkara yang fasid (fasad). Jika engkau hendak memperbaiki antara dua orang laki isteri atau dua orang yang bersaudara, tulislah Al-Fatihah menurut aturan yang tersebut di bawah ini:-

Tulisan ( ) itu hendaklah tulis dengan nama dua orang yang dimaksudkan itu dan nama ibu kedua-duanya seumpama, Ahmad bin Fatimah li-Zainab binti A’isyah atau Ahmad bin Fatimah li-Osman bin A’isyah. Kaifiat menulisnya:1. Orang yang menulisnya itu hendaklah suci dari hadas. 2. Tulislah dengan za'faran, air mawar dan kasturi. 22

3. Ketika menulis hendaklah bakar kayu gaharu dan sebagainya. 4. Manakala selesai daripada menulis hendaklah cucukkan pada pertengahan sebatang jarum yang berlubang dan gantunglah pada tempat angin yang bertiup kepada pihak orang yang dimaksudkan nescaya sampailah maksudnya dengan segera. Dan lagi siapa-siapa hendak memperbaikkan di antara dua orang laki isteri atau orang yang bersaudara atau sahabat buatlah bagaimana yang tersebut di bawah ini:1. Ambil seurat benang pakaian daripada kedua-dua mereka yang dikehendak bagi membaikkan antara keduanya. 2. Pintal kedua benang itu dan baca padanya:

7 (tujuh) kali. Doa ini ada ijazah dari As-Sayid Baqir Al-Hasyimi, sebagaimana dalam bukunya iaitu At-Tuhfat AlHashimiah fi Mujarobat Al-Atarah Az-Zakiah. Cuma di dalam versi Kitab Pati Rahsia agak berbeza sedikit iaitu penambahan doa kalimah toyyibah yang boleh ditemui dalam gerakan Ikhwanul Muslimun, Mesir (Surah Ibrahim: 24-25). Maksudnya: Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuhmusuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara;. (Ali-'Imraan: 103) Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. 23

(Al-Hujuraat: 013) Ya Tuhanku, satukan antara .............. dan ............... seperti bersatu antara Musa dan Harun, dan juga satukan bersama-sama seperti bersatunya antara Mikail dan Jibrail a.s., dan antara Khadijah Al-Kubro dengan Muhammad antara Fatimah Zahrah dengan Ali Mutadha Radiallahuanhu serta Ya Tuhanku, satukan antara .................... dan ................... perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan seizin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat. (Ibrahim: 24-25). Pada tanda titik-titik itu hendaklah sebut nama kedua orang yang dimaksudkan serta nama ibunya umpama: Husain bin Fatimah wa Uthman bin Zainab. 3. Tiap-tiap kali habis baca doa yang tersebut, simpullah benang itu sekali. 4. Kemudian beri pakai salah seorang daripada keduanya nescaya mereka itu akan berbaik-baik dan berkasih-kasihan. Asal Al-Fatihah yang tersebut di bawah ini ialah seorang alim dapat di Madinah Al-Munawarah dengan tiada mempunya ijazah, tetapi disebabkan hajatnya sentiasa hendak mencari guru kerana mengambil ijazah, tak berapa lama ia bermimpi berjumpa dengan Saidina Ali lalu dikucupnya tangan Saidina Ali dan meminta ijazah kepadanya, kemudian dikhabarkan mimpinya kepada Sheikh Muhamad Sanusi AlMaghribi lalu jawabnya; "Ijazah yang seperti itu memadailah dan amalkanlah olehmu akan Al-Fatihah yang engkau dapat itu."

24

25

Maka siapa-siapa sentiasa membaca Al-Fatihah yang tersebut itu satu kali pada tiap-tiap malam nescaya dapat apa-apa yang dihajatinya dan terjauh daripada bala dunia akhirat dan lembut hati sekalian manusia menurut kepadanya. Jika dibaca Al-Fatihah yang tersebut dengan kaifiat yang di bawah ini nescaya dapat apa-apa perkara yang dicintai iaitu:Berwuduk dan bersih sekalian anggota dan pakaian, kemudian sembahyang sunat dua rakaat, lepas sembahyang baca istighfar 70 (tujuh puluh) kali dan menselawat kepada Nabi 70 (tujuh puluh) kali, bacalah Al-Fatihah tersebut dan kemudian pohonkan apa-apa yang engkau kehendaki. Siapa-siapa membaca Al-Fatihah 7 (tujuh) kali, surah Al-Ikhlas 7 (tujuh) kali, surah Al-Falaq 7 (tujuh) kali dan surah An-Nas 7 (tujuh) kali lepas daripada sembahyang Jumaat iaitu sebelum mengubah kedudukannya nescaya diampunkan akan dosanya. Ibnu Abbas r.a. bercerita: Pada suatu ketika Jibrail berada di sisi Nabi S.A.W. tiba-tiba terdengar suara dari atas, maka ia mengangkat kepalanya dan berkata: ini sebuah pintu di langit, pada hari ini dibuka, dan turun seorang malaikat, memberi salam dan berkata: "(Bergembiralah dengan dua cahaya penerangan yang diberikan oleh Allah kepadamu, dan belum pernah diberikan kepada seseorang Nabi sebelum kamu, iaitu: Fatihul kitab dan akhir surah Al-Baqarah. Tiada engkau membaca suatu huruf daripadanya, melainkan pasti permintaanmu diberi)." (Sahih Muslim). Al-Syahid Hasan al-Banna dalam risalahnya - Mukadiman fi al-Tafsir - berkata: "Tiada syak siapa yang tadabbur Al-Fatihah yang mulia ini pasti dapat melihat kayanya makna dan keindahannya serta keserasiannya, antara lain dapat dilimpahi cahaya pada hatinya." Al-Syahid Syed Qutub dalam tafsirnya - Fi Zilal al-Quran antara lain berkata: "Sesungguhnya surah ini mengandungi intipati aqidah Islamiyyah Tasawuf Islami, perasaan dan harapan doa kepada Ilahi yang diisyaratkan daripada hikmah pemilihan surah ini pada setiap rakaat sembahyang."

26

Al-Syeikh Abdul Rahman Habannakah al-Midani di dalam kitabnya Ma’arij al-Tafakkur membahagikan intipati Al-Fatihah kepada empat, iaitu asas iman yang wajib diimani hamba-hamba Allah yang diujinya ketika berkelana di dunia secara mesti, kedua tuntutan Allah terhadap hambanya beribadat dan bergantung kepadanya tanpa sekatan dengan yang lain, ketiga, agama pilihan Allah bagi hamba-hambaNya yang diuji hanya sirat al-mustaqim yang dapat kemenangan yang disuruh pohon hidayah kepadaNya dan keempat dua masa ujian, ujian di dunia dalam kehidupan semenjak lahir dan hingga kiamat terhadap tuntutan Allah. Justeru, dinamakan surah in Um al-Quran kerana rangkuman segala inti pati al-Quran. ************************** FADILAT SURAH AL-IKHLAS Dari Abu Said al-Khudri Radiallahuanhu, pula bahawasanya ada seorang lelaki mendengar orang lelaki lain membaca: Qul huwAllahu ahad, dan seterusnya - dan orang itu mengulang-ulanginya. Setelah datang pagi harinya, orang yang mendengar itu pergi ke tempat Rasulullah S.A.W. lalu menyebutkan pada beliau apa yang didengarnya, seolah-olah orang ini menganggapnya sebagai amalan yang kecil saja - kurang bererti. Kemudian Rasulullah S.A.W. bersabda: "Demi Zat yang jiwaku ada di dalam genggamanNya, sesungguhnya surat al-Ikhlas itu nescayalah menyamai - pahalanya dengan membaca sepertiga al-Quran." (Riwayat Bukhari). Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Siapa-siapa membaca kepadanya pahala seumpama pahala orang yang membaca satu pertiga Quran."

, sekali dikurniakan

Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Siapa-siapa membaca 3 (tiga) kali nescaya mendapat pahala seumpama pahala orang yang membaca Quran sekali khatam." Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Siapa-siapa membaca menyedia Allah Taala baginya satu mahligai di dalam syurga." Siapa-siapa membaca mudahan terpelihara dosa pada hari itu.

11 (sebelas) kali nescaya

11 (sebelas) kali lepas daripada sembahyang Subuh, mudah-

Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Siapa-siapa membaca 11 (sebelas) kali pada tiaptiap lepas sembahyang dibenarkan baginya mengahwini anak bidadari mana-mana yang disukainya." Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Siapa-siapa membaca pada tiap-tiap hari nescaya dibangunkan dari kuburnya terus ke syurga."

51 (lima puluh satu) kali

Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya; "Siapa-siapa membaca 100 (seratus) kali dan tiada menzalimkan manusia dan tiada mencuri, tiada berzina dan tiada minum minuman yang memabukkan, nescaya mengampunkan Allah Taala baginya akan kesilapan yang diperbuatnya dalam masa lima puluh tahun."

27

Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Siapa-siapa membaca 200 (dua ratus) kali pada tiap-tiap hari serta ianya tiada mempunyai hutang nescaya dituliskan baginya seribu lima ratus kebajikan dan dihapuskan dosanya yang telah diperbuat dalam masa lima puluh tahun." Siapa-siapa membaca 21 (dua puluh satu) kali ketika hendak tidur dan merebahkan dirinya mengiring kesebelah kanan nescaya menyeru Allah Taala kepadanya pada hari kiamat dengan firman-Nya: "Wahai hamba Ku pergilah engkau ke pihak kanan masuk ke dalam syurga." Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Siapa-siapa membaca 100,000 (seratus ribu) kali nescaya dikurnia kepadanya pahala seumpama orang yang telah menebus dirinya daripada neraka." Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Siapa-siapa membaca kepadanya kesukaannya dan di tempatkan di syurga."

1,000 (seribu) kali dikurnia

Sabda Rasulullah S.A.W ertinya: "Orang-orang membaca 1,000 (seribu) kali itu dikasihi Allah Taala terlebih daripada orang yang membelanjakan dua ratus ekor kudanya kerana perang sabil." Siapa-siapa membaca 3 (tiga) kali ketika masuk ke dalam rumahnya, terpeliharalah daripada papa dan dikasihi oleh jiran-jirannya. Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Siapa-siapa sembahyang dan membaca dengan kaifiat yang tersebut di bawah ini, nescaya terlepas daripada hutangnya, dan terjauh daripada papa dan jika menjajah ke negeri asing, nescaya kembali ke negerinya dengan selamat dan sekiranya dipohonkan anak daripada Allah Taala mudah-mudahan diperkenankan." Kaifiatnya:Sembahyang sunat empat rakaat dengan satu salam dan dengan wuduk yang baharu, pada suatu tempat yang sunyi dan manusia. 1. Pada rakaat pertama: Baca Al-Fatihah sekali dan

sepuluh kali.

2. Pada rakaat kedua: Baca Al-Fatihah sekali dan

dua puluh kali.

3. Pada rakaat ketiga: Baca Al-Fatihah sekali dan

tiga puluh kali.

4. Pada rakaat keempat: Baca Al-Fatihah sekali dan

empat puluh kali.

Manakala selesai daripada memberi salam hendaklah membaca lima puluh kali, dan menselawat keatas Nabi S.A.W. lima puluh kali, istighfar lima puluh kali dan membaca

28

lima puluh kali (50), kemudian pohonlah apa-apa yang dihajati. Hadith Rasulullah S.A.W. yang diceritakan oleh Anas R.A. : "Suatu masa ketika aku serta Nabi S.A.W. sedang ada di Tabuk, kelihatan pada kami matahari terbit berwarna putih sahaja dengan tiada mempunyai cahaya yang lain, sebagaimana bisanya sehingga jadilah kami kehairanan melihatnya, tibatiba turun Jibrail berjumpa dengan Nabi S.A.W., lalu Nabi bertanya kepadanya: "Hai Jibrail apakah hal yang terjadi pada matahari ini?" Jawab Jibrail: "Ada pun sebabnya ialah kerana dilindungi oleh sayap tujuh puluh ribu malaikat yang diperintahkan turun ke Madinah kerana sembahyang mayat Muawiyah Bin Muawiyah Al-Laith, lalu bertanya pula Nabi: "Hai Jibrail apakah kelebihan Muawiyah hingga dimuliakan sedemikian itu?" Jawab Jibrail: "Adapun sebabnya ialah kerana Muawiyah itu sentiasa beramal membaca ketika berjalannya."

siang dan malam. Ketika duduk atau berbaring, berdiri atau pun

Sabda Nabi S.A.W. ertinya: "Siapa-siapa kasih membaca kasih nescaya ditempatkan di syurga."

Sanya (Bahawasanya) Nabi S.A.W. membaca

dengan sebenar-benar

,

dan

dengan dihembuskan kepada dua tangannya, dan disapukan kepada sekalian tubuhnya iaitu pada masa sakitnya dan ketika hendak beradu, dan juga Rasulullah bersabda: "Siapa-siapa sakit buatlah seperti yang demikian itu." Siapa-siapa membaca 1,001 (seribu satu) kali serta membaca pada permulaannya sekali sahaja dengan tiada berhenti hingga sampai genap bilangan yang tersebut itu, serta tidak campur dengan perkataan yang lain nescaya memperoleh beberapa banyak kebajikan dan sejahtera daripada kejahatan dunia dan akhirat. Sabda Nabi S.A.W. ertinya; "Siapa-siapa lupa membaca bismillah pada permulaan makan, bacalah ketika selesai daripada makan." Sanya (Bahawasanya) seorang daripada wali Basrah ada bermimpi melihat Thabit Bin Al-Bannani bersaing dengan malaikat seperti orang yang sama-sama terbang, lalu bertanya wali itu kepadanya: "Apakah sebab engkau dapat pangkat yang semulia-mulia?" Jawabnya: "Adapun sebabnya ialah kerana aku sabar dan mengucapkan syukur kehadhirat Tuhan dan aku beramal membaca qulhuallah huahad beberapa banyak." Jika ditulis dan 7 (tujuh) kali pada bekas-bekas seumpama mangkuk yang diperbuat daripada tanah, kemudian dihapuskan dengan air dan diberi minum kepada orang yang sakit, mudah-mudahan dengan kurnia Allah sembuh kesakitan itu.

29

Sanya adalah Rasulullah S.A.W., tiap-tiap kali berbaring hendak beradu, ada menghembuskan bacaanbacaan surah , dan kepada dua belah tangannya, dan sapukan kepada muka kemudian pada sekalian tubuhnya, dengan tiga kali diperbuatnya berturut-turut. Sabda

Rasulullah

S.A.W.

ertinya:

'Siapa-siapa

membaca

surah

,

dan 3 (tiga) kali pada tiap-tiap pagi dan petang, nescaya tiada mengenai apa-apa kesusahan kepadanya'.

Siapa-siapa

membaca

surah

,

dan

7 (tujuh) kali kemudian daripada sembahyang Jumaat nescaya terpelihara daripada perkara-perkara yang keji hingga Jumaat yang akan datang. Siapa-siapa membaca dan hingga akhirnya nescaya Allah Taala mengampunkan dosanya, yang terjadi pada masa lima puluh tahun. Siapa-siapa membaca pada masa sakit yang membawa kepada matinya, nescaya dapat kelepasan baginya daripada fitnah dan kepicikan kubur, dan apabila hari kiamat mengangkatkan dia oleh malaikat dengan sayapnya hingga selamat melalui Sirat (Siratalmustakim) dan masuk ke dalam syurga. Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Siapa-siapa yang mengerjakan suruhan agamanya dan berkehendak memelihara akan diri daripada api neraka hendaklah bersedekah sebanyak 12,000 (dua belas ribu) dirham dan jika orang yang tiada mempunyai harta, hendaklah baca belas ribu) kali.

12,000 (dua

Peringatan: Telah dikira satu dirham itu dua belas sen setengah, maka 12,000 (dua belas ribu) dirham itu dijadikan ringgit 1,500 (seribu lima ratus) ringgit ialah perbelanjaan pada masa ini (tahun 1365 Hijrah). Jika dikira pada tarikh 6 Mei 2011, harga 1 dirham ialah RM30 dan 12,000 dirham bersamaan RM360,000. ************************** KELEBIHAN SURAH Al-FALAQ DAN AN-NAS Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Jampi yang terlebih afdal dibaca kerana untuk menghilangkan ketakutan, bacalah surah

dan

30

".

Siapa membaca surah dan 41 (empat puluh satu) kali pada orang yang kena sihir, insyaAllah akan terlepas daripada sihirnya itu, dan baca bagi orang yang sakit selama tiga atau lima hari dan sebanyak-banyaknya tujuh hari, insyaAllah akan sembuh penyakit itu. ************************** FADILAT AYAT AL-KURSI Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Siapa-siapa membaca Ayat Al-Kursi kemudian daripada sembahyang, nescaya diberi pilih kepadanya mana-mana syurga ia suka masuk." Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Siapa-siapa sentiasa beramal membaca Ayat Al-Kursi pada tiap-tiap lepas sembahyang, nescaya diberi pahala kepadanya, seumpama pahala orang Muttaqin dan pahala balasan amal Sodiqin." Siapa-siapa sentiasa membaca Ayat Al-Kursi, sebagaimana yang diamalkan orang-orang siddiq dan 'abid, iaitu pada tiap-tiap sembahyang, nescaya mendapat syurga. Sesiapa yang membaca ayat Kursi semasa hendak tidur nescaya mengurniakan Allah padanya dan jiranjirannya keselamatan. Siapa-siapa membaca Ayat Al-Kursi lepas daripada sembahyang, nescaya Allah memeliharakannya hingga sampai sembahyang yang di hadapan. Siapa-siapa selesai daripada sembahyang fardhu, sunat baginya membaca Ayat Al-Kursi dan akan dikurniakan kepadanya balasan pahala yang banyak dan mendapat darjat yang tinggi di dalam syurga. Siapa-siapa membaca Ayat Al-Kursi serta ayat-ayat yang tersebut di bawah ini ketika selesai daripada tiap-tiap sembahyang nescaya memperolehi apa-apa yang dihajati dan terpelihara daripada seteru dan terlepas daripada kena hasad dan akan mengurniakan Allah kepadanya tempat kediaman di dalam syurga, iaitu: Baca Fatihah, Ayat Al-Kursi, ayat Ali Imran (18-19):

Allah menyatakan bahawasanya tidak ada Tuhan melainkan Dia (yang berhak disembah), Yang menegakkan keadilan. Para Malaikat dan orang-orang yang berilmu [188] (juga menyatakan yang demikian itu). Tak ada Tuhan melainkan Dia (yang berhak disembah), Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Sesungguhnya agama (yang diredai) di sisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orangorang yang telah diberi Al-Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, kerana kedengkian (yang ada) di antara mereka. Barang siapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisabNya. 31

Siapa-siapa membaca Ayat Al-Kursi 170 (seratus tujuh puluh) kali pada waktu tengah malam kerana sesuatu hajat, nescaya diperoleh apa-apa yang dihajatinya. Siapa-siapa kesusahan mencari rezeki, bacalah Ayat Al-Kursi 170 (seratus tujuh puluh) kali dan kemudian baca: 3000 (tiga ribu) kali, nescaya mudah rezekinya dan memperolehi apa-apa yang dicitainya serta mewah kehidupan. Siapa-siapa membaca Ayat Al-Kursi 201 (dua ratus satu) kali, kemudian berdoa memohonkan apa-apa yang dihajati, nescaya dimakbulkan permintaanya itu. Siapa-siapa membaca Ayat Al-Kursi 313 (tiga ratus tiga belas) kali, nescaya dikurnia kepadanya kebajikan yang banyak dan mencukupi baginya apa-apa yang diusahakannya. Siapa-siapa membaca Ayat Al-Kursi 170 (seratus tujuh puluh) kali, kemudian berdoa memohonkan hajat ketika tengah malam pada tempat yang bersih dan sunyi daripada manusia nescaya diperoleh dengan segera apa-apa yang dihajati itu. Siapa-siapa naik marah, bacalah Ayat Al-Kursi, kemudian ludahkan ke sebelah kiri nescaya dijauhkan daripada syaitan yang memanaskan hatinya dan berhenti marahnya itu. Siapa-siapa membaca Ayat Al-Kursi 170 (seratus tujuh puluh) kali, nescaya beroleh pangkat yang mulia serta dikasihi orang akan dia dan dibuka kepadanya jalan kebajikan. Siapa-siapa beramal membaca Ayat Al-Kursi 1,000 (seribu) kali pada tiap-tiap hari dan malam selama empat puluh hari berturut-turut nescaya mengurnia Allah kepadanya dapat memandang rohani yang terang dan datang malaikat menziarahi kepadanya dan memperoleh apa-apa yang dimaksudkan. Siapa-siapa membaca Ayat Al-Kursi menjadikan wirid sebanyak 1,000 (seribu) kali pada tiap-tiap hari, nescaya dapat apa-apa yang dicitainya. Siapa-siapa hendak terang hatinya dan menambah kecerdikannya bacalah Ayat Al-Kursi 170 (seratus tujuh puluh) kali pada satu bekas air hujan, kemudian minum air itu, nescaya mengurnia Allah akan hajatnya. Telah berkata As-Syeikh Abul Faraj menceritakan ajaran gurunya berkenaan dengan Ayat Al-Kursi, katanya: "Amalkan olehmu akan Ayat Al-Kursi pada mana-mana masa kerana manfaatnya banyak dan bacalah pada sesuatu kesusahan, nescaya engkau dapat faedahnya, ialah jikalau engkau orang yang tidak berdosa dan tiada membuat perkara-perkara yang maksiat, setelah lepas membaca, iaitu ketika berdoa, ingatkan aku (Syeikh Abul Faraj) sebelum dapat apa-apa yang engkau minta - janganlah berkata: "Sudah aku baca, tetapi tidak juga makbul hajatku", hanya ingatlah sebab tiada makbul itu kerana engkau berdosa ataupun tiada cukup syarat-syaratnya, ataupun Allah sudah makbul tetapi belum sampai masanya lagi bagi mendapatnya. Siapa-siapa membaca Ayat Al-Kursi 5 (lima) kali atau 7 (tujuh) kali ataupun 17 (tujuh belas) kali pada tiap-tiap kali keluar dari rumahnya, nescaya selamat dalam perjalannya pergi dan balik. Siapa-siapa menjadikan Ayat Al-Kursi itu wirid pada tiap-tiap lepas sembahyang fardhu membaca 17 (tujuh belas) kali, nescaya dikasihi kepadanya oleh malaikat dan sekalian makhluk dan diterima orang akan perkataannya dan hebat pada pandangan seterunya. 32

Siapa-siapa sentiasa berwirid membaca Ayat Al-Kursi pada tiap-tiap kali selepas sembahyang fardhu dan pagi-pagi dan petang dan ketika masuk rumah dan hendak tidur, hendak pergi berjalan ke mana-mana dan hendak musafir nescaya dijauh Allah daripada tipu daya syaitan dan terpelihara daripada aniaya manusia dan daripada kejahatan binatang dan selamat ahlinya, anaknya dan rumahnya dengan peliharaan Allah Taala. Siapa-siapa sentiasa membaca Ayat Al-Kursi 7 (tujuh) kali pada tiap-tiap hari, nescaya Allah Taala masukkan dalam pemeliharaan-Nya. Telah berkata Al-Ustaz Al-Fadhil Al-Kamil Haji Ibrahim kepada murid-muridnya: "Apabila susah bagi kamu hendak mencapai sesuatu hajat atau lemah daripada menolakkan kejahatan bacalah Ayat Al-Kursi sebagaimana yang kita baca dalam perjalanan kita di dalam hujan dan hujan tidak mengenai kita, iaitu bacalah Ayat Al-Kursi beberapa banyak. Manakala sampai kepada perkataan , ulangkanlah sampai 70 (tujuh puluh) kali pada tiap-tiap sekali baca. Siapa-siapa berjumpa dengan orang yang kita takut akan kelebihannya atau orang yang jahat, bacalah ayat-ayat yang tersebut di bawah ini ketika hendak masuk berjumpa atau di mana-mana, nescaya tiada dapat mereka bercakap kasar atau membuat aniaya, iaitu: Baca Ayat Al-Kursi dan,

Siapa-siapa hendak menghilangkan penyakit balgham, bacalah Ayat Al-Kursi dengan kaifiat yang tersebut di bawah ini, nescaya sembuh dengan izin Allah Taala, iaitu: Ambil garam putih yang kecil-kecil tujuh buku pada tiap-tiap hari selama tujuh hari berturut-turut dan pada setiap sebuku, baca Ayat Al-Kursi sekali dan kulum sampai hancur. Siapa-siapa membaca Ayat Al-Kursi 170 (seratus tujuh puluh) kali dan berdoa seperti yang tersebut di bawah ini sekali pada tiap-tiap hari, nescaya dibuka Allah Taala kepadanya akan rahsia-rahsia yang dimaksudnya dan dengan mudah memperoleh apa-apa yang dihajati berserta sekalian manusia suka akan dia, iaitu:

33

Siapa-siapa membaca Ayat Al-Kursi 17 (tujuh belas) kali ketika lepas sembahyang Asar hari Jumaat, mudah-mudahan memberi Allah Taala satu macam perubahan yang baik pada perasaannya, dan ketika itu pohonkanlah apa-apa yang dihajati, nescaya dimakbulkan Allah S.W.T. Siapa-siapa membaca Ayat Al-Kursi pada hari Jumaat mulai lepas sembahyang Asar sampai waktu Maghrib, nescaya mengurnia Allah Taala kepadanya hikmah dan kebajikan yang banyak. 34

Siapa-siapa menulis Ayat Al-Kursi pada bekas yang diperbuat daripada kaca dan minum airnya dengan kaifiat yang tersebut di bawah ini, nescaya mengurnia Allah Taala kepadanya akan hikmah-hikmah yang banyak dan ilmu-ilmu yang dihajati olehnya, iaitu: Tuliskan Ayat Al-Kursi dengan za'faran, air mawar, air hujan, dan kasturi dengan huruf bercerai. Ketika menulis hendaklah berpuasa mulai pada satu haribulan hingga sampai 50 (lima puluh) hari. Pada tiaptiap hari ketika hendak berbuka, bacalah:

Setelah sudah, berbukalah dengan air Ayat Al-Kursi yang ditulis itu. Siapa-siapa menulis Ayat Al-Kursi di atas pintu rumahnya atau di atas pintu kebunnya, nescaya mengurnia Allah Taala kepadanya rezeki yang banyak dan terpelihara daripada pencuri. Siapa-siapa membaca Ayat Al-Kursi tatkala hendak keluar dari rumahnya nescaya menyempurna Allah Taala segala hajatnya dan diampuni akan segala dosanya dan dihalau daripadanya akan segala syaitan dan mewakili Allah Taala akan beberapa malaikat yang memelihara akan dia daripada usikan jin, manusia dan daripada sebarang yang ditakuti olehnya. ************************** KETIKA YANG MUSTAJAB BERDOA YANG TELAH MASYHUR DI SISI AHLINYA. 1. Tiap-tiap lepas sembahyang fardhu. 2. Satu pertiga yang akhir daripada mana-mana malam, istimewa pula pada malam Jumaat (dahulu daripada masuk waktu Subuh). 3. Lepas daripada sembahyang Asar (di dalam waktu Asar hingga jatuh matahari tiap-tiap hari Jumaat). 4. Lain ketika hendaklah mengikut bagaimana yang telah disebut pada tempat yang berkenaan dengan mana-mana surah ayat selawat dan lainnya. 5. Jikalau sekiranya kita ada terkena kesusahan apa-apa, tiada masa bagi kita menunggu ketika yang ditentukan itu, bacalah dan mintalah doa pada mana-mana ketika, Allah SW.T. sedia menerima doa tiap-tiap seorang yang dikehendakinya dan yakinlah dengan kuat bahawa Allah mengurnia apa-apa permohonan kita dan Allah jua yang berkuasa di atas tiap-tiap suatu. Berserahlah kepada-Nya. Hadis: Ertinya, "Siapa-siapa tiada berdoa memohon daripada Allah Taala nescaya mengenai ke atasnya kemurkaan." Hadis: Ertinya, "Siapa-siapa yang suka supaya Allah Taala menerima dan memperkenankan permohonannya pada masa datang bala, atau pada mana-mana kesusahan, banyakkanlah berdoa pada masa di dalam kesenangan." ************************** SYARAT-SYARAT DAN ADAB BERDOA. Siapa-siapa yang berdoa hendaklah menyempurnakan segala syarat-syaratnya dan mengikut sebagaimana adab-adabnya. Adapun syarat-syaratnya ialah:35

1. Hendaklah berhenti daripada mengerjakan maksiat dan menjauhi daripada perkara-perkara yang dilarang walau sedikit, umpama sesuap makanan yang tiada halal pun. 2. Hati tetap ingat kepada Allah S.W.T. dan sentiasa khudhu’ (tunduk) sehingga sekejap pun jangan lupa atau lalai ke hadrat Allah S.W.T. 3. Yakin di hati dengan tiada syak lagi bahawa permintaan kita itu diperkenankan Allah S.W.T. sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: “Sanya Allah S.W.T. tuhan kamu ialah Tuhan yang hidup dan sangat pemurah dan pemalu jika tiada memperkenankan permohonan hamba-Nya.” 4. Mana-mana hajat yang dipohon ketika berdoa itu janganlah tertinggal pada cita-cita sahaja dengan tiada diusahakan ialah jika berkenaan dengan ringan tulang dan ikhtiar yang berhubung di antara satu dengan lain. Dan adabnya:1. Bersih daripada sekalian hadas. 2. Mengadap kiblat duduk bertimpuh seperti kedudukan baca tahiyat awal. 3. Waktu berdoa mengangkat dua tangan sampai berbetulan dengan bahu dan menjadikan tapak tangan ke pihak muka dan jangan memandang ke pihak langit. 4. Mulai dengan memuji Allah S.W.T. umpama membaca “Alhamdulillah” dan menselawat kepada junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. 5. Mengumumkan doa minta selamat sejahtera bagi kita dan bagi sekalian manusia. 6. Mengaku kejahatan diri sendiri dan bersungguh-sungguh meminta ampun kepada Allah S.W.T. dengan membaca:

(Ya Allah ya Tuhanku, aku sungguh telah banyak ‘menganiaya’ diriku sendiri yang dapat mengampuni dosa kecuali Engkau; maka berilah ampunan kepadaku ampunan dari sisiMu dan kasihilah aku. Sungguh Engkaulah Sang Maha Pengampun dan Maha Pengasih). Kemudian pohonkanlah apa-apa yang kita berkehendak. 7. Pada penghabisan, bacalah:

8. Apakala habis, sapukanlah dua tangan ke muka (meraup muka). Sabda Rasulullah S.A.W.: “Siapa-siapa mencintai pada suatu pekerjaan hendaklah sembahyang istikharah dua rakaat dan berdoa seperti yang tersebut di bawah ini, nescaya ditunjukkan kita oleh Allah Taala - bahawa pekerjaan itu akan jadi kebajikan bagi kita atau tidak ataupun ditunjukkan mana-mana yang lebih manfaat bagi kita, iaitu:1. Sembahyang dua rakaat dengan niat sembahyang sunat istikharah 36

2. Pada rakaat yang pertama, baca Al-Fatihah dan surah Al-Kafirun. 3. Rakaat yang kedua, baca Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas. 4. Apakala habis sembahyang, bacalah doa:-

"Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kekuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini........ baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berakah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikalau di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja di mana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu." 5. Ketika berdoa, ingatlah apa-apa yang dihajati. 6. Apabila habis berdoa, tetapi belum kita dapat apa-apa lagi yang kita akan menerima, hendaklah ulangi lagi sembahyang dan berdoa hingga sampai tujuh kali. Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: “Siapa-siapa membuat sesuatu pekerjaan dengan dapat petunjuk kerana sembahyang istikharah, nescaya selamat pekerjaan dan tiada terkena kesusahan apa-apa.” ************************** "AYAT LIMA" Ialah ayat yang masyhur kelebihannya beberapa banyak, tiada disebut di sini. Siapa-siapa menjadikannya wirid pada pagi dan petang tiga kali atau dua kali, atau sekurang-kurangnya sekali, nescaya terpeliharalah ia daripada kejahatan seteru serta menang atasnya, iaitu:-

37

Apakah kamu tidak memperhatikan pemuka-pemuka Bani Israil sesudah Nabi Musa, iaitu ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka: "Angkatlah untuk kami seorang raja supaya kami berperang (di bawah pimpinannya) di jalan Allah". Nabi mereka menjawab: "Mungkin sekali jika kamu nanti diwajibkan berperang, kamu tidak akan berperang." Mereka menjawab: "Mengapa kami tidak mau berperang di jalan Allah, padahal sesungguhnya kami telah diusir dari kampung halaman kami dan dari anak-anak kami?" Maka tatkala perang itu diwajibkan atas mereka, mereka pun berpaling, kecuali beberapa orang saja di antara mereka. Dan Allah Maha Mengetahui orang-orang yang zalim. [AlBaqarah: (246)]

Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan orang-orang yang mengatakan: "Sesungguhnya Allah miskin dan kami kaya". Kami akan mencatat perkataan mereka itu dan perbuatan mereka membunuh nabi-nabi tanpa alasan yang benar, dan Kami akan mengatakan (kepada mereka): "Rasakanlah olehmu azab yang membakar." [Ali-'Imraan :(181)]

Tidakkah kamu perhatikan orang-orang yang dikatakan kepada mereka: "Tahanlah tanganmu (dari berperang), dirikanlah sembahyang dan tunaikanlah zakat!" Setelah diwajibkan kepada mereka berperang, tiba-tiba sebahagian dari mereka (golongan munafik) takut kepada manusia (musuh), seperti takutnya kepada Allah, bahkan lebih sangat dari itu takutnya. Mereka berkata: "Ya Tuhan kami, mengapa Engkau wajibkan berperang kepada kami? Mengapa tidak Engkau tangguhkan (kewajiban berperang) kepada kami beberapa waktu lagi?" Katakanlah: "Kesenangan di dunia ini hanya sebentar dan akhirat itu lebih baik untuk orang-orang yang bertakwa dan kamu tidak akan dianiaya sedikit pun. [An-Nisaa' :(77)]

38

Ceriterakanlah kepada mereka kisah kedua putera Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan korban, maka diterima dari salah seorang dari mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil). Ia berkata (Qabil): "Aku pasti membunuhmu!" Berkata Habil: "Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa". [Al-Maaidah :(27)]

Katakanlah: "Siapakah Tuhan langit dan bumi?" Jawabnya: "Allah." Katakanlah: "Maka patutkah kamu mengambil pelindung-pelindungmu dari selain Allah, padahal mereka tidak menguasai kemanfaatan dan tidak (pula) kemudaratan bagi diri mereka sendiri?". Katakanlah: "Adakah sama orang buta dan yang dapat melihat, atau samakah gelap gelita dan terang-benderang; apakah mereka menjadikan beberapa sekutu bagi Allah yang dapat menciptakan seperti ciptaanNya sehingga kedua ciptaan itu serupa menurut pandangan mereka?" Katakanlah: "Allah adalah Pencipta segala sesuatu dan Dia (Ar-Ra'd: 16) ************************** KAIFIAT BAGI MENDAPAT MIMPI Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya "Mimpi yang baik yang terjadi pada orang-orang yang soleh ialah satu bahagian menyamai dengan 1/46 kenabian." Hadis riwayat Anas bin Malik, ia berkata: Rasulullah bersabda: Mimpi seorang mukmin adalah termasuk satu dari empat puluh enam bagian kenabian. (Sahih Muslim No.4201) Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Mimpi orang-orang yang mukmin itu ialah satu firman daripada Allah S. W. T. kepada mereka itu." Sabda Saidina Ali bin Abi Talib R.A. ertinya: "Siapa-siapa sembahyang 6 (enam) rakaat ketika hendak tidur seperti kaifiat yang tersebut di bawah ini kerana sesuatu hajat supaya Allah Taala menunjukkannya, nescaya ditunjukkan dengan jalan mimpi apa-apa yang dihajati itu oleh Allah Taala pada malam itu atau malam besoknya atau selambat-lambatnya pada malam yang ketujuh, iaitu:1. Sembahyang sunat 6 (enam) rakaat.

39

2. Pada rakaat yang pertama, baca Al-Fatihah sekali dan surah 3. Rakaat yang kedua baca Al-Fatihah sekali dan surah 4. Rakaat yang ketiga, baca Al-Fatihah sekali dan surah 5. Rakaat yang keempat, baca Al-Fatihah sekali dan surah 6. Rakaat yang kelima, baca Al-Fatihah sekali dan surah 7. Rakaat yang keenam, baca Al-Fatihah sekali dan surah inna 8. Apakala selesai sembahyang, berdoa:-

, tujuh kali. tujuh kali. tujuh kali. tujuh kali. tujuh kali. tujuh kali.

Siapa-siapa membaca bacaan yang tersebut ini ketika hendak tidur kerana hendak tahu akan kesudahan pekerjaannya baik atau jahat, nescaya ditunjukkan dengan jalan mimpi oleh Allah Taala, iaitu:1. Lepas daripada sembahyang Isyak, baharuilah wuduk dan duduk di atas suatu hamparan yang bersih. 2. Kemudian selawat kepada Nabi S.A.W. 3 (tiga) kali. 3. Baca Al-Fatihah 10 (sepuluh) kali. 4. Baca surah Al-Ikhlas sebelas kali. 5. Dan selawat kepada Nabi S.A.W. 3 (tiga) kali pula, kemudian tidur mengiring ke pihak kanan dengan mengadap kiblat. Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: “Siapa-siapa bermimpi melihat aku, maka sesungguhnya ia melihat akan tubuhku yang sebetulnya.” Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Siapa-siapa bermimpi melihat aku, nescaya ia akan nampakku pada hari akhirat." Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Mimpi yang baik itu datang daripada Allah S.W.T. dan mimpi yang karut itu terjadi daripada syaitan atau lemah otak, kurang kuat badan atau makan terlampau kenyang." Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Siapa-siapa sembahyang dengan kaifiat yang tersebut di bawah ini pada malam Jumaat kerana qasad hendak berjumpa dengan Nabi S.A.W., nescaya dapat melihatnya dengan jalan mimpi iaitu:-

40

1. Sembahyang sunat dua rakaat. 2. Pada tiap-tiap rakaat, baca Al-Fatihah sekali dan Ayat Kursi 15 (lima belas) kali. 3. Lepas daripada memberi salam, selawat kepada Nabi S.A.W. 1,000 (seribu) kali. Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: 'Siapa-siapa bermimpi melihatku, nescaya mengurnia Allah S. W.T. kepadanya akan sembilan perkara yang tersebut di bawah ini:1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Husnul khatimah. Syafaat Nabi Muhammad S.A.W. Berkediaman dalam syurga. Mengampuni Allah S.W.T. akan dosanya dan dosa dua ibu bapanya. Diberi pahala seumpama orang yang membaca al-Quran dua belas kali khatam. Tiada merasai kesusahan waktu hendak matinya. Terlepas daripada seksa kubur. Terpelihara daripada huru-hara hari kiamat, dan Diperoleh sekalian hajat pada dunia dan akhirat.

Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: “Siapa-siapa sembahyang pada malam Jumaat dengan kaifiat yang tersebut di bawah ini, nescaya ia akan bermimpi melihat Rasulullah S.A.W. pada malam itu atau selambat-lambatnya pada malam ketujuh, iaitu:1. Sembahyang sunat dua rakaat. 2. Pada tiap-tiap rakaat baca Al-Fatihah sekali dan Ayat Kursi dan surah Al-Ikhlas 15 (lima belas) kali. 3. Lepas daripada memberi salam, baca selawat 1,000 (seribu) kali. Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: “Siapa-siapa sembahyang dua rakaat lepas daripada mandi pada malam Jumaat dengan kaifiat pada tiap-tiap rakaat itu baca Al-Fatihah sekali dan surah Al-Ikhlas sebanyak 1,000 (seribu) kali, nescaya beroleh melihat Rasulullah S.A.W. dengan jalan mimpinya.” Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: “Siapa-siapa sembahyang pada malam Jumaat dengan kaifiat yang tersebut di bawah ini, nescaya dapat mimpi melihatku, iaitu:1. Sembahyang empat rakaat dengan dua kali salam. 2. Pada tiap-tiap rakaat, baca Al-Fatihah sekali, surah ad-dhuha sekali, surah alam nasyrah sekali, surah al-qadr sekali dan surah al-zalzalah sekali. 3. Lepas daripada memberi salam, Selawat kepada Nabi S.A.W. 70 (tujuh puluh) kali. 4. Kemudian, tidur dan selawat ketika hendak tidur. Siapa-siapa membaca surah al-Qadr 1,000 (seribu) kali pada hari Jumaat, nescaya beroleh mimpi melihat Rasulullah S.A.W. Siapa-siapa membaca bacaan yang tersebut di bawah ini ketika hendak tidur pada malam Jumaat, nescaya beroleh mimpi melihat Rasulullah S.A.W., iaitu:1. Surah Al-Kautsar 1,000 (seribu) kali. 2. Baca Selawat:

41

seribu kali. Siapa-siapa sembahyang sunat dua rakaat dan kemudian baca:-

seratus kali, nescaya akan beroleh mimpi melihat Rasulullah S.A.W. Siapa-siapa bermimpi melihat Rasulullah S.A.W., nescaya hilang dukacita dan akan terbayar sekalian hutang-hutangnya, menang di atas seteru dan terlepas daripada hukumannya, selamat kembali daripada perdagangan , sembuh daripada penyakit dan akan mendapat kekayaan. ************************** HIZBUL BAHRI Kata masyaikh adalah Hizbul Bahr sampai kepada kita dengan beberapa silsilah yang tidak sama menyatakan khasiatnya dan kita tidak 'ajib kerana hizib ini ialah hizib laut ilmu dan khasiat, sehingga tak kuasa seorangpun memberi syarahan dengan sepenuhnya, cuma boleh dinyatakan setengah daripada faedah membacanya, jika diamal tiap-tiap hari sekali waktu naik matahari, nescaya meluaskan kepicikan, meninggikan darjat, menjilahkan tauhid hati, menyenangkan pekerjaan, memudahkan kepayahan memelihara daripada kejahatan jin dan manusia serta mengamankan daripada timpaan bala malam dan siang, iaitu:-

42

43

44

45

************************** FADILAT DUA AYAT YANG DI AKHIR PADA SURAH BARA'AH Siapa-siapa sentiasa membaca dua ayat yang di akhir surah Bara'ah, iaitu:-

46

(Sungguh telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin. Jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah: "Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki `Arsy yang agung". (At-Taubah: 128-129).) Tujuh kali pada tiap-tiap lepas sembahyang fardhu, nescaya bertukar kedaifannya dengan kekuatan dan berganti kehinaannya jadi kemuliaan dan mendapat kemenangan atas gerak-geri seterunya, dan mempermudah baginya oleh Allah S.W.T. akan sekalian pekerjaannya dan akan terbayar sekalian hutang-hutangnya dan jauh daripada dukacita dan luas kehidupannya dengan mendapat rezeki yang banyak. Siapa-siapa sentiasa membaca dua ayat yang tersebut itu 41 (empat puluh satu) kali pada tiap-tiap lepas sembahyang nescaya terlepas daripada aniaya. Siapa-siapa sentiasa membaca dua ayat yang tersebut itu 41 (empat puluh satu) kali pada tiap-tiap hari, nescaya akan diperlihatkan kepadanya perkara-perkara yang ajaib-ajaib oleh Allah S.W.T. dan akan bermimpi melihat Rasulullah S.A.W. Siapa-siapa membaca dua ayat yang tersebut itu pada mana-mana hari, nescaya selamat daripada mati pada hari itu, dan tiada dapat orang hendak mencederakannya dengan senjata. Pada suatu hari, Abu Bakar as-Syibli masuk berjumpa dengan Abu Bakar bin Mujahid al-Maqri, lalu Abu Bakar bin Mujahid al-Maqri berdiri kerana memberi hormat kepadanya. Kemudian daripada itu, bercakap-cakaplah sahabat-sahabat Abu Bakar bin Mujahid al-Maqri darihal perjumpaan kedua mereka itu: Apakah sebabnya Abu Bakar bin Mujahid al-Maqri membesarkan Abu Bakar bin as-Syibli, sedangkan ketika datang Ali bin Isa al-Wazir, tiada bangun ia seperti memuliakan Abu Bakar as-Syibli? Mereka bertanyakan kepadanya akan hal tersebut. Jawabnya: “Adalah Abu Bakar as-Syibli itu, aku permuliakan kerana ia seorang yang mempunyai kelebihan, sehingga Rasulullah sendiri menyuruhkan daku memuliakan dia, sebagaimana yang telah jadi dalam mimpiku:Iaitu, pada suatu malam aku bermimpi melihat Rasulullah S.A.W. dan sabdanya kepada aku: “Besok akan datang kepada engkau seorang ahli syurga, hendaklah engkau memuliakan dia.” Tiba-tiba Abu Bakar asSyibli datang lalu aku bangun memuliakannya. Lepas dua malam daripada itu aku bermimpi pula berjumpa dengan Rasulullah S.A.W. dan bersabda: “Wahai Mujahid, sebagaimana engkau memuliakan seseorang ahli syurga, maka sesungguhnya memulia pula akan engkau oleh Allah S.W.T.” Kemudian aku bertanya kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah, apakah sebabnya Abu Bakar as-Syibli berbahagia mendapat kelebihan itu?” Sabdanya: “Ialah sebab Abu Bakar as-Syibli itu sentiasa lepas sembahyang berwirid membaca ayat:

47

hingga akhirnya selama hidupnya lapan puluh tahun. ************************** FADILAT SELAWAT Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya:. "Siapa-siapa membaca selawat kepada aku, nescaya akan menselawat kepadanya oleh malaikat dan menurunkan rahmat kepadanya oleh Allah S.W.T. dan akan mengucapkan selamat kepadanya oleh sekalian ahli langit dan bumi.” Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: “Siapa-siapa menselawat kepada aku 100 (seratus) kali pada tiap-tiap hari, nescaya dihasilkan oleh Allah S.W.T. akan hajat-hajatnya sebanyak seratus macam, iaitu tiga puluh daripadanya diperoleh di dalam dunia ini dan tujuh puluh lagi akan dapat di akhirat." Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Siapa-siapa banyak menselawat kepadaku, nescaya mengurnia Allah S.W.T. kepadanya kekayaan selama hidupnya." Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Siapa-siapa menselawat kepada aku 500 (lima ratus) kali pada tiap-tiap hari, nescaya memperoleh kesenangan dan keselamatan selama-lamanya." Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Hendaklah kamu membanyakkan selawat kepada aku, sebab selawat yang banyak itu akan menghilangkan kemurkaan dan menjauhkan bala." Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Sanya aku kekasih Allah dan siapa yang menselawat kepada aku ialah kekasihku yang bermakna kekasih bagi kekasih Allah." Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Siapa-siapa susah hendak mencapai sesuatu perkara yang dihajati, bacalah selawat beberapa kali, nescaya akan diperolehnya. " Siapa-siapa banyak membaca selawat kepada Nabi S.A.W., nescaya banyak mendapat rezeki yang berkat dan memperoleh apa-apa yang dihajati, serta hilang dukacitanya dan terpelihara daripada bala. Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya : "Pada suatu hari datang Jibrail kepada aku dengan rupa yang cantik, dan berseri serta manis mukanya, lalu aku bertanya kepadanya: "Wahai Jibrail, adakah apa-apahal engkau datang dengan rupa yang hebat ini?" Jawabnya: "Kudatang hendak menceritakan suatu perkara yang ajaib-ajaib kepada tuan, iaitu ketika kusampai ke bukit Qaaf, kudengar suara orang mengerang dan tadharru' memohon kepada Allah S. W. T. dengan tangisan. Kemudian ku pun pergi ke tempat itu dan amat-amati, tiba-tiba ku dapati malaikat muqarrib yang mempunyai singgahsana di langit dan mempunyai seribu saf malaikat yang setia berkhidmat kepadanya, lalu kubertanya kepadanya: "Apakah dosa tuan hingga turun ke tempat ini?" Jawabnya: "Ketika Nabi Muhammad S.A. W. naik mikraj, aku tiada berhadap memuliakannya, kerana asyik bekerja pada perkara yang telah ditanggungkan ke atas aku, dan akhirnya jadilah aku dimurkai oleh Allah S.W.T. hingga diturun ke tempat ini. Dan sekarang aku tadharru' bersungguh-sungguh hati memohonkan ampuni daripada Allah S.W.T. Setelah itu ku (Jibrail) pergi mengadap hadrat Allah S.W.T., kerana memohonkan syafaat kepada-Nya, tetap, firman Allah S.W.T. : "Aku tiada boleh menerima permohonan engkau pada mengampuni kepadanya, jika sebelum malaikat Muqarrib itu menselawatkan kepada kekasih-Ku Nabi Muhammad S.A.W. 10 (sepuluh) kali, kemudian ku (Jibrail) khabar kepadanya akan firman Allah S.W.T itu, lalu membaca ia selawat sepuluh kali," dan dengan serta-merta Allah Taala mengurniakan kelebihan dan mengembalikan martabatnya sebagaimana sediakala.

48

Siapa-siapa sakit atau dukacita ataupun kena bala atau berhajat hendak mendapat sesuatu perkara, bacalah selawat beberapa kali, nescaya hilang kesusahan itu, dan memperoleh perkara-perkara yang dihajatinya. Selawat yang terpilih dan munasabah dibaca pada sesuatu hajat ialah:

Siapa-siapa membaca selawat yang tersebut itu 1,000 (seribu) kali ketika tengah malam kerana sesuatu hajat, nescaya diperoleh apa-apa yang dihajatinya. Selawat yang terlebih utama dibaca kerana menjauhkan bala dan mencapai sesuatu hajat ialah selawat iaitu:

Selawat ini, siapa-siapa membacanya 4,444 (empat ribu empat ratus empat puluh empat) kali kerana sesuatu hajat, nescaya diperoleh dengan segeranya. Dan siapa-siapa membacanya 10 (sepuluh) kali pada tiap-tiap hari, nescaya dikurnia kepadanya rezeki yang banyak dan balasan yang berganda-ganda, umpama mendapat rezeki yang datang daripada segala pihak bumi, dan yang turun dari langit. Siapa-siapa membacanya 10 (sepuluh) kali, jadi wirid pada tiap-tiap lepas sembahyang, nescaya berkekalan selama-lamanya tiada merasai keputusan rezeki, dan mendapat martabat yang tinggi serta kekayaan. Siapa-siapa membacanya 41 (empat puluh satu) kali ketika tiap-tiap lepas sembahyang Subuh, nescaya memperoleh apa-apa yang dicitainya. Siapa-siapa sentiasa membacanya 100 (seratus) kali pada tiap-tiap hari, nescaya berhasil apa-apa yang diusahakannya dan memperoleh sesuatu perkara lebih banyak daripada yang dihajatinya.

49

Siapa-siapa sentiasa membacanya 313 (tiga ratus tiga belas) kali pada tiap-tiap hari, kerana hendak mendapat apa-apa perbendaharaan rahsia yang lebih tinggi atau yang lebih dalam, nescaya diperoleh hajatnya. Siapa-siapa membacanya 1,000 (seribu) kali pada tiap-tiap hari, nescaya beroleh pengurniaan Allah S.W.T. yang tiada terperi banyaknya. Siapa-siapa membacanya 41 (empat puluh satu) kali atau 1,000 (seribu) kali ataupun lebih lagi pada tiaptiap hari dengan syarat berkekalan selama-lamanya, nescaya dihapus oleh Allah S.W.T. akan dukacitanya, dan terjauh daripada sekalian bala, dan mudah pada segala pekerjaannya, serta sentiasa bercahaya-cahaya perkara batinnya, molek perangai, mewah rezekinya, diterima orang percakapannya, walaupun pada membaiki sesuatu kaum dan siapa-siapa melihat nescaya kasih kepadanya dan dimakbulkan oleh Allah S.W.T. akan sekalian permohonannya. Siapa-siapa membaca selawat:

70 (tujuh puluh) kali, nescaya malaikat mendoa baginya dengan kata: "Hai fulan, mudah-mudahan diturunkan rahmat kepada engkau oleh Allah S.W.T." Siapa-siapa membaca selawat:

1,000 (seribu) kali pada tiap-tiap malam mulai malam Jumaat hingga malam Jumaat hadapan, nescaya beroleh apa-apa yang dihajatinya dengan segera dan berhasil sekalian maksudnya dunia akhirat. ************************** FADILAT SURAH Al-QADR

Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya : "Siapa-siapa membaca surah 100 (seratus) kali, nescaya terlukis pada hatinya nama Allah S.W.T. yang maha besar dan dimakbulkan sekalian permohonannya."

Siapa-siapa membaca surah 1,000 (seribu) kali pada hari Jumaat, nescaya tiada sampai ajalnya sebelum mendapat mimpi melihat Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W. kepada sahabat-sahabatnya: "Adakah kamu berkehendak supaya Allah S.W.T. mengawal akan kamu daripada iblis?" Jawab mereka itu: "Sememanglah kami berkehendak wahai Rasulullah." Lalu bersabda Rasulullah: "Bacalah surah doanya:

50

3 (tiga) kali dan

pada tiap-tiap lepas sembahyang Maghrib dan Subuh sebelum bangun daripada tempat sembahyang itu."

Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya : "Siapa-siapa membaca surah , ketika sembahyang fardhu, nescaya terhadap baginya satu seruan yang berkata: "Wahai fulan: Sanya mengampun oleh Allah Taala akan mana-mana dosa yang telah engkau perbuat, dan sekarang binalah amalan engkau." Siapa-siapa membaca surah yang tersebut itu dengan nyaring suaranya nescaya diberi baginya pahala seumpama pahala orang yang berlawan dalam perang sabil, dengan menghunuskan pedangnya dan jika dibaca perlahan-lahan diberi balasannya seumpama pahala orang yang berlumur dengan darah kerana perang sabil. Siapa-siapa membaca surah yang tersebut itu 10 (sepuluh) kali, mengampun oleh Allah Taala akan seribu dosanya dan siapa-siapa membacanya ketika hendak musafir dan ketika keluar dari rumahnya, nescaya selamat perjalanannya pergi balik. Siapa-siapa membaca surah yang tersebut ketika mendaki bukit, nescaya terpelihara daripada syaitan, dan siapa-siapa membaca ketika menaiki kenderaan nescaya selamat di atasnya dan ketika turunnya. Siapa-siapa memegang ubun-ubun anaknya atau isterinya dengan membaca surah yang tersebut itu ke atasnya nescaya memperlihat oleh Allah Taala kepadanya, bahawa anaknya dan isterinya itu membuat perkara-perkara yang disukainya. Siapa-siapa mengadap kiblat dan membaca Al-Fatihah, surah Al-Ikhlas dan Ayat Kursi dan surah , kemudian berdoa apa-apa yang dihajatinya, nescaya dimakbulkan oleh Allah S.W.T. Siapa-siapa

memegang

ubun-ubun

orang

yang

dikasihinya

dan

membaca

surah

, nescaya ditunjuk oleh Allah Taala kepada orang itu, bagaimana hendak membuat perkara-perkara yang disukai olehnya. Siapa-siapa

berkehendak

sentiasa

benar

perkataannya

amalkanlah

membaca

surah

.

Siapa-siapa membaca surah dan surah Al-Khafirun dan surah Al-Ikhlas 10 (sepuluh) kali pada air dan percikan kepada kain yang baharu, nescaya mendapatkan kehidupan yang berkat selama masih ada kain itu.

51

Siapa-siapa membaca surah

41 (empat puluh satu) kali dan doanya:

41 (empat puluh satu) kali nescaya beroleh apa-apa yang dihajatinya.

Siapa-siapa membaca surah ketika pergi mengusahakan sesuatu hajatnya, nescaya bersukacita masa kembalinya, dengan mendapat apa-apa yang dihajati.

Siapa-siapa menulis surah dan minum airnya, nescaya terpelihara tubuhnya daripada perkara-perkara yang tiada disukai olehnya.

Siapa-siapa berkehendak mengetahui penghidupannya, tulislah surah dan namanya serta nama ibunya dengan za'faran pada suatu punca kain, kemudian lipat dan letakkan di atas dada ketika tidur nescaya diberi ketahui baginya pada masa tidurnya itu. ************************** POHONLAH PETUNJUK DARIPADA TUHAN DENGAN JALAN NAFAS ILMU INI IALAH PAKAIAN HULUBALANG DAN ORANG-ORANG SOLEH PADA BICARAKAN ILMU NAFAS Nama-nama nafas: Adalah pendeta pada ilmu nafas telah memberi fatwa bahawasanya nafas di liang hidung sebelah kanan dan di liang hidung sebelah kiri adalah bermacam-macam jalan yang dibuat pengenalan dengan dia. Ada pendeta menamakan nafas yang di sebelah kanan, hulubalang Allah dan nafas yang di sebelah kiri, hulubalang Muhammad, dan ada pendeta menamakan nafas yang di sebelah kanan, matahari dan nafas yang di sebelah kiri, bulan, dan ada juga pendeta menamakan nafas yang di sebelah kanan, ruh idhafi dan yang di sebelah kiri, a'yan tsabitah, dan ada pendita menamakan nafas yang di sebelah kanan, sejahtera dan nafas yang di sebelah kiri, bahaya. Dan ada lagi nama-nama yang lain daripada yang tersebut itu maka tidaklah disebut di sini dengan kerana tiada penggunaan yang banyak, hanya semata-mata hendak menjadi panggilan di antara perkataan guru dengan murid-murid sahaja, apabila disebut matahari mengertilah nafas di sebelah kanan, dan apabila disebut bulan, ialah nafas di sebelah kiri, demikian jua panggilan-panggilan di atas yang lain lagi itu.

52

Jalan nafas keluar masuk dan gelaran- gelarannya: Bahawa adalah jalan nafas yang keluar masuk di sebelah kanan dan kiri itu, iaitu lima pada sebelah kanan dan lima pada sebelah kiri, iaitu: Sebelah kanan: Nafas digelar Abu Bakar Yang pertama - Apabila keluar di sebelah bawah, digelar Abu Bakar dan istananya pada hati, dan jikalau hampa berat (ada bernas sedikit-sedikit) tiadalah kesusahan atau kesakitan yang besar, dan jikalau bernas benar (kuat benar bernasnya) itulah alamat akan beroleh harta yang banyak, dan jikalau sedang bernasnya, pertengahanlah dapat harta dan jikalau sedikit sahaja bernasnya, sedikit sahajalah dapat harta. Dan jika kita turun dengan nafas Abu Bakar, kerana hendak mencari orang, kita akan bertemu orang yang kita berhajat itu, dan jika turun dengan nafas itu niat hendak mencari barang-barang hilang hendaklah cari di hadapan dan di kiri kanan, sedikit daripada perjalanan kita barang itu akan bertemu berhampiran dengan air atau di dalam air atau di tempat-tempat rendah. Nafas digelar Omar: Yang kedua - Digelar Omar, istananya di limpa dan tempat keluarnya di juring hidung sebelah kanan, jikalau keluarnya itu berasa kuat bernasnya ada juga sedikit-sedikit rezekinya, dan jikalau tiada berasa kuat bernasnya, tiadalah rezekinya dan jikalau turun dengan nafas itu dengan niat hendak mencari sesuatu atau hendak bertemu dengan orang, hendaklah cari di sebelah kanan, tetapi sukar benar hendak dapat atau bertemu apa-apa yang kita berhajat. Nafas digelar Osman: Yang ketiga - digelar Osman istananya di paru-paru dan tempat keluarnya di susur juring sebelah atas, dan jikalau keluarnya itu bernas benar, akan datang rezeki sedikit sebanyak daripada pihak yang di atas seperti daripada raja-raja atau orang besar, atau daripada orang-orang yang jauhjauh. Dan jika ada orang yang berkhabar sesuatu, adalah perkhabaran itu setengahnya benar dan setengahnya dusta. Dan jika kita mencari apa-apa barang, adalah barang yang kita cari itu duduk pada tempat yang tinggi, dan jikalau orang hendak datang atau sudah datang berjumpa dengan kita, alamat orang itu tinggi pangkatnya dan mulia kadarnya, atau handal pendirian hidupnya. Nafas digelar Ali: Yang keempat - Digelar Ali, istananya di hempedu, tempat keluarnya tepi dinding hidung, dan jika keluarnya kuat benar bernasnya, adalah pertengahan rezekinya dan jikalau turun hendak bertemu dengan orang, boleh bertemu di atas rumah atau di atas tangga atau di hadapan tangganya, jikalau kita turun dengan niat hendak mencari barang-barang hilang, bertemu barang itu, tetapi ada kesusahan sikit hendak mendapat balik. Nafas digelar Muhammad: Yang kelima - Digelar Muhammad, istananya di jantung dan tempat keluarnya di tengah-tengah liang hidung, inilah jalan yang terutama sekali bagi menyampaikan segala hajat yang kita citai dan maha tinggi baiknya. Dan jika keluar nafas memenuhi alam hidung (ertinya kelima-limanya 53

keluar belaka) bahawa menunjuklah segala pekerjaan kita diperkenankan dan pada masa nafas keluar semacam itu maha banyaklah kita akan dapat rezeki dan jikalau sekiranya hujan turun ketika itu teramat lebat lagi besar butirnya, kiaslah atas nafas yang lain-lain lagi itu. Dan sebelah kiri: 1. 2. 3. 4. 5.

Yang pertama - Apabila keluar di sebelah bawah digelar Jibrail. Yang kedua - Di juring sebelah kiri digelar Mikail. Yang ketiga - Di Juring sebelah atas digelar Israfil. Yang keempat - Di tepi dinding hidung digelar Izrail. Yang kelima - Di tengah-tengah liang hidung digelar Fatimah.

Kelima-lima jalan nafas itu lebih kurang sama juga pengenalan sebagaimana jalan nafas sebelah kanan juga, tetapi pada peredaran perjalanan sekalian hulubalang tiadalah dipakai atau digunakan bagi melawan seteru. Sesungguhnya dipakai oleh mereka itu jalan nafas sebelah kanan sahaja, kerana nafas yang di sebelah kiri itu dikirakan nafas yang bersemangat perempuan. Sungguhpun begitu ada juga sedikit-sedikit orang menggunakan nafas yang di sebelah kiri itu. Diiktikadkan faedahnya serupa juga dengan jalan nafas yang di sebelah kanan, bahkan dikatakan lebih baik lagi pada menjauhkan diri daripada perkelahian. Ada lagi dua pengenalan, iaitu yang pertama digelar nafas bisu atau digelar puteri berkurung, ialah tiada memberi apa-apa perasaan pada keluar dan masuknya padahal kita bernyawa keluar dan masuk yang keduanya rindu gaya panjang hingga ke tapak tangan, maka jika kita dapat nafas-nafas itu amatlah besar faedahnya dan bagi yang pertamanya tidak dapat dipandang orang dan jika dapat dipandang pun tiada dikenal dan bagi yang keduanya akan dapat rezeki yang banyak atau dapat kemuliaan, dan lain-lainnya lagi faedahnya amat banyak. Jalan hendak mengetahui kehendak kita sendiri: Dan jikalau sekiranya kita hendak mengetahui apa-apa, hendaklah bertakbir Allahu Akbar tujuh kali, kemudian hisap masuk nafas dan tahan selama tiga perempat daripada kita boleh menahankannya, setelah itu lepaslah keluar dengan perlahan dan hisap masuk pula hingga genap tujuh kali, dan pada tiap-tiap kali tahan nafas yang kita hisap masuk itu, hendaklah berniat apa-apa hajat, kemudian daripada sempurna pekerjaan itu, hendaklah bersabar selama membaca sebanyak Bismillah empat puluh satu kali, setelah itu bolehlah rasa di mana duduknya nafas itu, misalnya nafas duduk di Abu Bakar atau di Jibrail, dapatlah apa-apa yang kita berniat itu sebagaimana pendapatan Abu Bakar atau Jibrail itu juga kiaslah kepada yang lain-lain lagi. Kalau ditanya apa-apa hajat: Kalau sekiranya ada orang bertanya kita sesuatu hajat atau perkara dan diminta hendak mengetahui lebih kurang pada waktu itu juga, maka hendaklah kita menimbang pertanyaan itu dengan berniat mengikut apa-apa perkataannya, misalnya ditanya berkenaan kehilangan mata benda atau lainnya, bila habis pertanyaannya hendaklah rasa nafas, selalu kalau kita dapati nafas bernas, insyaAllah akan bertemu benda yang hilang atau lainnya itu dan jika nafas hampa berat, susah sedikit hendak mendapat balik atau hendak mimpikan hajatnya, kalau dapat balik atau sampai hajatnya pun lebih kurang setengah sahaja, dan jika nafas hampa layang, tiada boleh dapat apa yang dihajatinya.

54

Jalan hendak mengetahui perkara-perkara yang besar yang akan berlaku: Apabila hendak mengetahui sesuatu perkara pekerjaan yang besar-besar seperti hendak mengetahuikan hal ehwal diri sendiri atau orang lain atau apa-apa pekerjaan, hendaklah takbir Allahu Akbar tujuh kali pada mulai masuk Zohor, tiap-tiap kali takbir hendaklah berniat dalam takbir itu apa-apa hajat, lepas itu rasalah nafas di mana duduknya sama ada di sebelah kanan ataupun di sebelah kiri hendaklah ingat. Dan apabila jatuh matahari hendaklah takbir pula tujuh kali, dan berniat sebagaimana yang sudah berniat pada waktu Zohor itu juga setelah itu rasa pula nafas di mana duduknya, dan waktu hendak rebah tidur yang biasa hendaklah takbir pula tujuh kali dan berniat seperti dahulu juga, maka rebahlah tidur jangan mengiring ke kiri atau ke kanan. Dan bila tetap belakang di tempat tidur, hendaklah rasa nafas di mana duduknya, misalnya didapati nafas waktu Zohor dan ketika Maghrib di sebelah kanan, dan ketika rebah tidur di sebelah kanan dan pada ketika jaga dan bangun pada pagi besok pun ada di sebelah kanan juga, Inilah alamat akan dapat apa-apa hajat - dikehendakkan demikian itu berturut-turut tiga hari tiga malam, insyaAllah Taala sempurnalah segala cita-cita dengan tiada sedikitpun kesusahan, dan jika ketika Zohor di kanan dan ketika Maghrib di kiri dan ketika tidur di kiri juga dan ketika bangun di kanan, itu alamat dapat juga, tetapi pada pertengahan terkena kepayahan yang amat sangat, pendeknya pada pagi-pagi hari ketika jaga dan bangun ada nafas di sebelah kanan, menunjuklah hasil apa-apa maksud, dan jika jaga pagi bangun daripada tidur nafas di sebelah kiri, menunjuklah tiada sampai apa-apa maksud, dan pada setengah pendita berkata inilah jalan yang baik (dapat apa-apa dengan lemah lembut). Jika sekiranya tiada masa bagi kita menimbang sampai tiga hari tiga malam berturut-turut boleh juga dipakai dua malam atau satu malam sahaja, tetapi tiadalah berapa sah sama ada sampai hajat dengan sempurna atau tiada. Petua pendeta bersyahadah pada tiap-tiap pagi dan petang: Dan ada lagi satu pendeta memfatwakan pada tiap-tiap hari ketika mulai bangun tidur hendaklah bersyahadah tiga kali iaitu:

Setelah itu baca: Bismillahirrahmanirrahim, akulah sebenar-benar Muhammad bukan aku yang berkata Muhammad, yang sebenar-benar Muhammad yang berkata, dahulu roh kemudian jasad, hari inilah bapaku, binasa siang ini, binasalah aku, kalau tidak binasa siang ini, sekali-kali tak binasalah aku wujudMu wujud aku, wujudku sewujud dengan-Mu, ghaiblah aku di dalam kandungan kalimah:, La ilaha illallah hu (

), lenyaplah aku di dalam kandungan kalimah: La ilaha illallah hu (

), kandunglah hai bapaku akan nur-nur Muhammad, maka hendaklah masukkan nafas kita perlahan-lahan ke dalam fuad (hati) hingga penuh, kemudian lepas keluar perlahan-lahan juga. Pada ketika mulai jatuh matahari hendaklah bersyahadah pula seperti sebelah pagi juga, dan baca: Bismillahirrahmanirrahim, serta berkata sebagaimana perkataan di atas juga, tetapi hendaklah tukar perkataan "siang" itu dengan perkataan "malam" dan perkataan "bapaku" itu dengan perkataan "ibuku" dan hendaklah mulai membaca dan memakai pada pagi hari Isnin sebelum purnama bulan, serta jadikan 55

amalan pada tiap-tiap pagi dan petang bersyahadah membaca "Bismillahirrahmanirrahim" hingga akhir segala perkataan itu, insyaAllah Taala tiadalah kita binasa dengan peliharaan Allah. Empat perasaan nafas di kiri dan di kanan: Nafas yang di sebelah kanan dan kiri ada empat perasaan:1. Yang pertama - Jarum sepucuk, tempat keluarnya di tengah-tengah liang hidung dan rasanya seperti jarum sepucuk halus lagi keras. 2. Yang kedua - Butir lada, tempat keluarnya di tengah-tengah liang hidung juga dan rasanya berbutir seperti butir lada, kuat serta berasa berat tempohnya. 3. Yang ketiga - Pitis sekeping, keluarnya penuh liang hidung kanan atau kiri, dan setengah pendita berkata, bahawa nafas pitis sekeping itu ada belaka: Muhammad, Abu Bakar, Omar, Osman dan Ali, itulah sebenar-benarnya gelaran pitis sekeping. 4. Dan yang keempat - Nafas bisu atau puteri berkurung atau rindu kaya, ketika keluar masuknya tiada berasa apa- apa walaupun sedikit. Faedah empat perasaan nafas: Tuah dan nasib empat perasaan itu, jika bertemu jarum Faedah empat sepucuk tiada berlawan, ialah yang terutama sekali dan perasaan nafas sempurna segala hajat, dan jika berkekalan sampai tiga hari tiga malam, atau tujuh hari tujuh malam ialah seorang yang bertuah di dalam peredaran hidupnya, dan jika bertemu dengan nafas butir lada pada ketika itu kita jadi kebal, dan anggota kita akan bertambah kuat, dan gagah kuasa ialah yang bernasib baik, dan jikalau bertemu dengan nafas pitis sekeping pada masa itu kita jadi pelias, dan terpelihara daripada ditempuh orang atau binatang, dan terpelihara daripada kecederaan, dan jika bertemu dengan nafas bisu atau rindu kaya, mudah di dalam tiap-tiap pekerjaan kita - bahawa kedua-dua nafas ini alamat maha baik. Pesanan pendeta nafas terlampau panas dan sejuk: Telah dipesan oleh tiap-tiap pendeta, bahawa nafas yang berasa panas lebih daripada biasa itu kita akan berdarah, dan jikalau nafas itu sejuk, menunjuklah kita akan lemah atau sakit. Dan jika nafas itu berhampa berat sampai jua sedikit-sedikit maksud tetapi tiada sempurna, dan jika nafas berhampa layang menunjuklah tiada hasil apa- apa hajat. Dan selagi nafas ada berasa bernas walaupun di dalam sakit yang berat insyaAllah ada lagi rezeki kita di dalam dunia. Sesungguhnya diperingatkan perjalanan nafas pada suatu ketika atau sekali atau beberapa kali sehari, atau pada seminggu dua atau tiga kali, atau dalam masa empat puluh satu hari, dua tiga hari datang sekali kesusahan nafas, iaitu menangis boleh terdengar kepada telinga kita sendiri keadaannya itu, padahalnya kita ada di dalam sihat, tidak selsema, tidak sakit, tidak tumpat hidung dan tidak berhingus, hal ini hendaklah kita beringat benar-benar itulah alamat akan datang bencana yang panjang dan bahaya yang besar atau kesusahan yang teramat banyak kepada kita, atau kepada ahli kampung kita atau kepada isi negeri sekalian, ialah seperti kedatangan penyakit cerah atau demam yang berat dan lainnya, daripada segala yang mendatangkan huru-hara yang besar, maka hendaklah kita bersungguh berdoa minta Allah S.W.T. menjauhkan kita dan sekalian ahli kampung dan isi negeri daripada segala bala dan wabak dan hendaklah kita bersedekah kepada fakir dan miskin pada tiap-tiap hari selama kita kuasa membuatnya, mudah-mudahan Allah S.W.T. memasukkan kita ke dalam peliharaan-Nya dan mengurniai petunjuk kepada kita supaya terlepas kita sekalian daripadanya.

56

Alamat hendak terkena kesusahan nafas bergilir-gilir: Jika kita hendak terkena kesusahan, apa-apa atau hendak datang seteru, atau perbuatan yang menyusahkan kita, tak dapat tiada nafas kita bergilir-gilir sebentar di kiri dan sebentar di kanan, serta berkemera pula, hendaklah kita menjaga diri, dan berikhtiar melepaskan diri kita daripada bertemu dengan kesusahan itu, dan sungguhpun nafas kita bergilir-gilir menunjukkan susah, tetapi kalau kuat bernas insyaAllah kesusahan-kesusahan itu tiada boleh mencederakan kita dan jikalau sekiranya kita tengok ribut atau pokok awan yang kita boleh fikir hujan akan datang jika nafas tak berasa susah nyatalah hujan itu tidak datang, kalau datang pun sedikit sahaja, dan jika nafas susah hujan itu akan sampai, dan jikalau rumah di kampung- kampung atau di bandar hendak terbakar atau hendak datang bah besar - sekurang-kurangnya tiga hari terlebih dahulu daripada masa hendak berlakunya, kita telah mendapat alamat nafas bergilir-gilir sebagaimana yang tersebut di atas itu juga. Jika kita duduk jauh dengan kampung atau rumah tangga, tiba-tiba terdatang kesusahan nafas, dan hati kita pada ketika itu, teringat kepada hal ehwal di rumah atau di kampung atau anak buah kita atau lainnya, maka hendaklah rasa baik-baik nafas itu bernas atau bekemera atau hampa, dan jika bernas tiadalah apa-apa dan jika berkemera ataupun hampa, menunjuklah ada kesusahan, banyak atau sedikit mengikut kadar keelokan dan kehodohan nafas itu. Petua hendak turun berjalan: Apabila kita hendak turun berjalan hendaklah cari nafas yang baik yang di sebelah kanan atau di sebelah kiri, dan adalah makna nafas yang baik itu iaitu bernas serta tidak berkemera, insyaAllah sampailah segala hajat mengikut kadar bernasnya dan sejahteralah daripada segala bahaya, dan jikalau sekiranya nafas kurang bernas dan berkemera - kita turun juga pada ketika itu sukarlah segala pekerjaan dan tidak diambil berat atau hirau sangat apa-apa perkataan kita oleh orang, dan jika turun dengan nafas yang berkemera atau yang hampa - semua pekerjaan tiada berjaya dan tiada pula dapat apa-apa hajat kita. Nafas yang hampa itu ada setengah pendeta berkata adalah seperti asap kalau datang seteru pada ketika itu sampailah kepada tubuh kita. Jalan-jalan supaya menjadikan anggota kebal dan timbul: Apabila kita berhajat hendak menjadikan anggota kita kebal dan timbul boleh menahan apa-apa perbuatan seteru, hendaklah kita gontel nafas dengan ibu jari dan telunjuk sehingga berasa berbutirbutir lebih kurang seperti lada hitam, dan apabila kita dapat seperti itu, hendaklah memenuhkan alam diri hingga sampai tujuh kali dan pada kali yang kemudian sekali, hendaklah kita tahan jangan beri keluar nafas itu, dan jika kita berasa penuh tumpat dan tidak pula berasa bocor atau pecah di mana-mana insyaAllah tiadalah apa-apa yang boleh mudaratkan diri kita. Jalan-jalan hendak mengenalkan budak yang baharu zahir (belum dilihat) dan tuah nasibnya: Jikalau kita ada di mana-mana, tiba-tiba datang perkhabaran mengatakan si fulan itu beranak, jika nafas di kanan budak itu laki-laki dan jika nafas di kiri, budak itu perempuan dan tuah nasib budak itu tengoklah keras lembut dan bernasnya, jika keras dan bernas menunjuklah budak itu baik qadarnya, dan jika hampa berat menunjuklah budak itu kehidupannya, tiada lebih daripada kebanyakan orang, dan jika hampa layang ataupun berasap alamatnya budak itu tiada boleh kesenangan sebagaimana kebanyakan orang.

57

Hendak mencari atau menurut orang: Apabila kita hendak pergi mencari atau menurut orang, hendaklah nafas kita berada di sebelah kanan, dan di sebelah kiri (berganding) lebih kurang berat sedikit di sebelah kanan serta ada bernas, turunlah pergi, insyaAllah kita akan berjumpa dan tak usahlah takut kejahatannya. Kita tengah berjalan nafas lebih kurang sama berat: Jikalau kita tengah berjalan atau berhenti daripada perjalanan tiba-tiba kita berasa nafas sama berat, akan bertemu dengan seteru atau seorang yang bengis, dan pada ketika berjumpa hendaklah kita lalu atau duduk tindih nafas kita kepada pihaknya, demikian juga pada masa kita berkelahi hendaklah kita berkata pada ketika itu: Ya hayyu, Ya Qayyum, hai tuhanku pelihara olehmu akan daku daripada segala kejahatan seteruku, bahawa engkau ada sertaku," katalah beberapa kali, insyaAllah selamatlah kita daripada kejahatan seteru. Bertemu dengan orang hendak pergi mencari ikan atau lainnya: Jika kita bertemu dengan orang yang hendak mencari ikan seperti mengail, memukat, menjala dan sebagainya, nafas kita ada pada Abu Bakar, kalau kuat bernasnya banyaklah dapat ikan, dan mata kailnya tersangkut di bibir mulut ikan sebelah bawah dan kebanyakan ikannya jantan belaka, dan jika nafas di Omar atau di Usman atau di Ali kalau bernas benar-benar, ada dapat juga ikan tetapi tidak banyak ialah mengikut kadar bernas jua, dan jikalau hampa berat atau hampa layang, tidaklah mendapat ikan, jikalau bertemu dengan ikan pun boleh tengok sahaja, demikian jua nafas di sebelah kiri tetapi kebanyakan ikannya betina belaka, hendaklah kiaskan lagi pada lain-lain hal dan pekerjaan dan pendapatannya. Rasa nafas waktu hendak tidur: Sebagai lagi pada ketika kita hendak tidur, jika ada berasa keras di sebelah kanan, hendaklah kita tidur tindih kanan, dan jika berasa keras di sebelah kiri, hendaklah tidur tindih kiri. Dan jika hendak bangun, hendaklah bangun dengan nafas yang kita tidur itu juga. Perkhabaran yang datang kepada kita: Jikalau datang orang laki-laki membawa apa perkhabaran, dan pembawa khabar itu ada di sebelah kanan dan nafas kita pun di sebelah kanan juga, menunjuklah perkhabaran itu benar, dan jika orang itu di sebelah kiri menunjuklah perkhabaran itu dusta. Dan jika orang perempuan membawa khabar apa-apa, nafas di sebelah kiri, dan perempuan itu ada di sebelah kiri juga, menunjuklah perkhabaran itu betul, dan jika perempuan itu ada di sebelah kanan, menunjuklah perkhabaran itu dusta, tetapi ada setengah pendeta berkata tiap-tiap datang perkhabaran kepada kita sama ada daripada laki-laki atau perempuan hendaklah rasa baik-baik, dan jika cukup bernas, menunjuklah perkhabaran itu betul semuanya dan jika setengah sahaja bernas, menunjuklah perkhabaran itu setengah sahaja yang betul dan setengahnya dusta, dan jika sedikit sahaja bernas, menunjuklah sedikit sahaja perkhabaran itu betul, banyak yang dusta, dan jika hampa semuanya sedikitpun tidak bernas, menunjuklah perkhabaran itu semua dusta.

58

Simpan nafas ke dalam fuad: Jika kita bertemu nafas yang baik, hendaklah kita kirim kepada fuad dengan perkataan: “Ya Hu, Ya man Hu”, apabila berkehendak nafas yang kita kirim di fuad (had) itu keluar hendaklah berniat minta nafas yang baik itu keluar dengan perkataan: “Ya Hu, Ya man Hu” juga. Siapa-siapa hendak memakai ilmu nafas: (Fatwa) bagi sesiapa yang hendak memakai ilmu ini, hendaklah menyempurnakan segala pesanan bagaimana di bawah ini:1. Yang pertama - Taubat segala dosa. 2. Yang kedua - Menjauhkan diri daripada segala maksiat. 3. Yang ketiga - Memeliharakan lidah daripada bercakap dusta, dan apabila kita bercakap dusta dengan mana-mana jalan sekalipun akan jadi baka yang menarikkan nafas kepada jalan yang mungkar, pada sekali berdusta, akan jadi beberapa kali mungkar. 4. Yang keempat - Hendaklah berserah kepada Allah S.W.T. segala pekerjaan dan gerak diam kita. 5. Yang kelima - Hendaklah berpegang dengan kuat bahawa Allah ada berserta kita di mana-mana kita ada, dan mengurniai petunjuk kepada kita pada segala pekerjaan zahir dan batin. 6. Yang keenam - Hendaklah sentiasa berzikir: Allah Hu, inilah perkataan berhajat kepada ahli yang boleh mengijazahkannya. 7. Yang ketujuh - Berzikir hendaklah berkekalan, dikecualikan mata jenera (tidur nyenyak). 8. Yang kelapan - Sentiasa ada air sembahyang pada tubuh. 9. Dan yang kesembilan - Memeliharakan diri daripada makan dan minum harta yang tiada halal, dan apabila kita dengan keadaan yang demikian, nescaya sampailah kita kepada martabat yang tinggi. Dan lagi hendaklah ingat pada tiap-tiap pagi atau waktu jaga daripada tidur hendaklah takbir, Allahu Akbar, tujuh kali, istimewa pula pada ketika naik matahari dan ketika jatuhnya. Beramal dalam masa empat puluh satu (41) hari: Siapa-siapa hendak memakai ilmu nafas, hendaklah beramal dalam masa empat puluh satu hari, pada malam sahaja atau pada siang sahaja, atau pada malam dan siang mulai daripada hari Isnin atau pada malamnya, sebelum bulan purnama, kerana mencari pengenalan dan pengecaman yang tentu pada tiaptiap jalan nafas yang lima dan nafas bisu, terutama sekali terlebih dahulu daripada kita hendak mencari dan mengenal itu, hendaklah mendahului sembahyang sunat hajat dua rakaat lepas daripada sembahyang fardhu dikecualikan sembahyang Asar dan Subuh, dikehendakkan sembahyang sunat terlebih dahulu dan kedudukan kita mengamalkannya hendaklah mengadap kiblat dengan bersila (tidak bertimpuh) dan kedudukan tubuh kita betul atau condong sedikit ke pihak hadapan dan berniat minta Tuhan menunjukkan jalan nafas yang lima dan nafas bisu yang keluar masuk di kedua-dua alam hidung itu, dan setelah berniat hendaklah kita berzikir, “Allah Hu, Allah Hu”, sekurang-kurangnya tujuh puluh kali atau seratus kali, dan pada tiap-tiap dua puluh kali kita berzikir hendaklah kita rasa di mana nafas duduk dan apabila genap berzikir bolehlah beredar makan minum dan membuat apa-apa pekerjaan, setelah genap empat puluh satu hari, hendaklah kita keluar daripada amalan itu dengan memberi sedekah sedikit atau banyak kepada fakir miskin.

59

Ilmu nafas amatlah panjang dan luas peredarannya: Telah berkata dan berpesan sekalian pendeta, bahawasanya pengenalan dan pengetahuan ilmu nafas itu, teramatlah panjang dan luas peredarannya yang boleh dapati daripadanya. Maka dengan sebab itu tiadalah diberi fatwa tiap-tiap satu perkara dengan secukupnya, hanya diberi fatwa kadar menjadikan ibu pengenalan sahaja dan bagi mendapatkan tiap-tiap satu pengenalan dengan panjang dan luas itu hendaklah dengan timbangan dan pengecaman sendiri, maknanya pada tiap-tiap hari dan malam hendaklah kita menaruh peringatan dengan terangnya apa-apa nafas yang berlaku pada siang dan malam itu sama ada baik atau jahat, dan jikalau sekiranya terkeluarlah nafas sebagaimana yang telah sudah kita perhati dan cam itu pada mana-mana masa yang lain, faedahnya atau kejadiannya insyaAllah tiada mungkir lagi daripada apa-apa yang kita sudah ketahui dalam masa yang telah lalu itu. Pesanan: Ingat-ingat, hendaklah amal dan pakai dengan cermat menimbangkan tiap-tiap perkara itu, mudahmudahan dapat petunjuk daripada Tuhan Yang Maha Kuasa melakukan kudrat dan iradat di atas tiaptiap suatu. "Wallahua'lam" ************************** AYAT TUJUH Kata Ka'ab al-Akhbar R.A., "Tujuh ayat daripada kitab Allah bila kubacakan dia, tidak kuendahkan apaapa, hingga terbalik bumi sekalipun lepas aku dengan izin Allah, dan kata Saidina Ali R.A., siapa menjadikan tujuh ayat ini wirid pagi dan petang, selamatlah daripada kebinasaan masa kedatangan bala, serta bersepakailah dengan pakaian peliharaan Allah daripada tipu daya seteru, iaitu:-

60

FADILAT SURAH AL-KAUTSAR (

Siapa-siapa membaca surah mengalir dalam syurga dengan kurnia Allah Taala.

)

nescaya dapat minum air sungai yang

Siapa-siapa beramal dengan bersungguh-sungguh membaca surah nescaya lembut hatinya, dan sentiasa taat dan khusyuk kepada Allah S.W.T.

Siapa-siapa membaca surah 100 (seratus) kali pada mata air yang tiada berapa mengalir, serta kurang airnya nescaya menjadi banyak air itu. 61

Siapa-siapa membaca surah pada air mawar dan sapukan airnya ke mata pada tiap-tiap hari, nescaya bertambah-tambah terang pandangannya dan selamat daripada sakit.

Siapa-siapa membaca surah pada suatu rumah yang kena sihir serta tiada diketahui di mana benda yang dijadikan penyihir itu diletakkan, nescaya tiada jadi mudarat kepadanya sihir itu, dan ditunjukkan oleh Allah Taala kepadanya akan tempat yang diletaknya.

Jika ditulis surah dengan manisan madu pada suatu bijana yang bersih dan dicampur ke dalam makanan orang-orang yang tiada mahu berbuat kebajikan, umpama tiada suka puasa, bersedekah dan menolong orang yang kena kesusahan, kemudian diberi makan akan dia, nescaya dibuka oleh Allah Taala akan hatinya pada membuat kebajikan dan terbuang daripadanya perkaraperkara yang kekejian.

Siapa-siapa hendak terkena jel, bacalah surah mudah-mudahan dapat terlepas daripadanya dengan izin Allah S.W.T.

71 (tujuh puluh satu) kali,

Siapa-siapa membaca surah 300 (tiga ratus) kali pada tempat yang sunyi dengan niat hendak mendapat kemenangan di atas seterunya, nescaya ditolong akan dia oleh Allah Taala pada menyempurnakan hajatnya.

Siapa-siapa membaca surah 300 (tiga ratus) kali kerana bermaksud hendak melepaskan orang daripada penjara atau daripada pendakwaan, nescaya beroleh apa-apa yang dimaksud itu.

Siapa-siapa membaca surah nescaya berhasil dengan segera.

1,000 (seribu) kali kerana suatu hajat, ************************** FADILAT SURAH AD-DHUHA

Siapa-siapa membaca surah 7 (tujuh) kali ketika terbit matahari, dan ketika jatuhnya, nescaya tiada datang kepadanya kebinasaan dan apa-apa pun tiada dapat lari melepaskan diri daripadanya, terpelihara rumahnya daripada pencuri dan taun, serta dijadikan Allah Taala di keliling rumahnya itu suatu kota besi pada pemandangan pencuri atau orang jahat yang hendak memasukinya.

62

Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya "Siapa-siapa keciciran atau kehilangan barang- barang atau ada siapasiapa melarikan diri daripadanya hendaklah sembahyang sunat Dhuha, pada hari Jumaat sebanyak lapan rakaat, lepas daripada sembahyang baca surah

7 (tujuh) kali, dan berdoa:

Dan jika sembahyang itu kerana harta orang lain, hendaklah sebut nama tuannya tukar pada tempat “ ” iaitu umpama:

nescaya dapat balik barang-barang dan kembali yang lari itu.

Siapa-siapa beramal membaca surah dan doanya:

40 (empat puluh) kali sehari selama empat puluh hari

nescaya diperintahkan Allah Taala orang datang mengajar hikmat-hikmat padanya iaitu pada waktu jaganya ataupun dengan jalan mimpi. ************************** FADILAT SURAH ALAM NASYRAH (

)

Siapa-siapa membaca surah jadi wirid pada tiap-tiap lepas sembahyang fardhu, nescaya hilang dukacitanya dan mengurnialah oleh Allah S.W.T. akan rezekinya dengan beberapa banyak.

Siapa-siapa sentiasa banyak membaca surah nescaya mudah mendapat rezekinya dan luas fikirannya, senang membuat sesuatu pekerjaan dan hilang daripadanya malas.

Siapa-siapa membaca surah 7 (tujuh) kali pada tiap-tiap lepas sembahyang nescaya terlepas daripadanya kesusahan dan memudah oleh Allah S.W.T. akan rezekinya.

63

Siapa-siapa membaca surah 40 (empat puluh) kali pada tiap-tiap lepas sembahyang fardhu selama tujuh hari berturut-turut, nescaya mengurnia oleh Allah S.W.T. kepadanya kekayaan. Siapa-siapa susah pada sesuatu pekerjaan, hendaklah sembahyang dengan kaifiat yang tersebut di bawah ini, nescaya sampai maksudnya, iaitu:1. Sembahyang sunat dua rakaat. 2. Pada tiap-tiap rakaat baca Al-Fatihah dan surah (mana-mana surah). 3. Lepas sembahyang duduk mengadap kiblat dengan tetap bersungguh-sungguh ingatlah akan Allah S.W.T., dan baca surah iaitu:-

sebanyak bilangan hurufnya,

4. Sesudah membaca surah daripada Allah S.W.T.

, pohonkanlah apa-apa yang dihajati

Siapa-siapa membaca surah 200 (dua ratus) kali pada tiap-tiap hari ketika matahari naik (waktu dhuha) nescaya memperlihat oleh Allah S.W.T. kepadanya perkara-perkara yang ajaib-ajaib.

Siapa-siapa berhajat sesuatu perkara, bacalah surah 700 (tujuh ratus) kali atau 1,000 (seribu) kali pada tiap-tiap hari selama ia mengusahakannya nescaya beroleh apa-apa yang dihajati.

Siapa-siapa menulis surah pada suatu bekas dan hapuskannya dengan air mawar kemudian minum, nescaya hilang dukacitanya dan terpelihara daripada terkejut.

Setengah daripada khasiat surah demam, dengan kaifiat:-

itu ialah dibaca kerana jadi ubat

1. Ambil seurat benang daripada kulit kayu dan bacakan surah . 2. Tiap-tiap ketika baca huruf "Kaf" daripadanya simpullah benang itu sekali, hingga cukup jumlah semuanya tujuh kali simpul. 3. Kemudian ikatkan benang itu ke tangan orang yang demam pada pergelangannya yang di sebelah kiri.

Siapa-siapa benak menghafal, tulislah surah dan minum airnya bersama- sama menelan air liur ketika berbuka puasa selama tujuh hari berturut-turut nescaya mudah ingat apa-apa yang dihafalnya, dan jika minum airnya itu lain daripada masa berbuka boleh juga, tetapi yang baiknya ialah pada masa yang tersebut. 64

Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Siapa-siapa membaca surah , akan dikurniakan kepadanya kelebihan umpama orang yang datang menyukakan hatiku ketika aku duduk di dalam kedukaan." ************************** FADILAT KALIMAH AT-TAUHID Sabda

Rasulullah

S.A.W.

ertinya

"Siapa-siapa

membaca

dua

kalimah

syahadah

iaitu:

dengan yakin bahawa sesungguhnya tiada ada disembah yang lain daripada Allah dan Nabi Muhammad ialah pesuruh-Nya serta menunai akan hak-hak kalimah syahadah itu iaitu dengan menjunjung membuat perintah Allah dan menjauhi apa-apa larangan-Nya, nescaya mejauhkan dia oleh Allah S. W. T. daripada api neraka." Sabda rasulullah S.A.W. ertinya: "Iman yang terlebih afdal ialah ketahui dan ingat bahawasanya Allah Taala itu sentiasa ada berserta engkau walau ke mana-mana engkau pergi." Sabda

Rasulullah

S.A.W.

ertinya:

"Siapa-siapa

membaca

kalimah

100 (seratus) kali nescaya dibangkitkan dia pada hari kiamat dengan rupa yang molek umpama bulan purnama." Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Seafdal-afdal perkataanku dan perkataan sekalian nabi-nabi yang terdahulu daripada aku, ialah kalimah

.

Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Siapa-siapa mati di dalam masa iktikad yang tidak putus pada kalimah dengan yakin tiada tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan Allah, nescaya masuk syurga." ************************** FADILAT YAASIN Sabda Rasulullah SA.W. ertinya: "Surah Yaasin ialah hati bagi Quran, dan siapa-siapa membacanya kerana menilik kepada balasan akhirat nescaya diampunkan dosanya oleh Allah S.W.T., dan juga bacalah surah Yaasin itu pada orang-orang yang mati." Sabda Rasulullah SA.W. ertinya: "Tiap-tiap suatu itu ada mempunyai hati, begitu juga Quran iaitu hatinya surah Yaasin, maka siapa-siapa membacanya, nescaya ditulis akan pahalanya sebanyak sepuluh kali baca Quran." Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Siapa membaca surah Yaasin kerana Allah Taala pada mana-mana malam, nescaya diampunkan dosanya oleh Allah S. W. T. dan bacalah surah Yaasin pada orang-orang yang mati daripada kamu."

65

Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Siapa-siapa sentiasa membaca surah Yaasin jadi wiridnya pada tiaptiap malam hingga sampai ajalnya, nescaya beroleh mati syahid." Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Siapa-siapa membaca surah Yaasin pada tiap-tiap malam nescaya diampunkan dosanya oleh Allah S.W.T. pada paginya." Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Siapa-siapa membaca surah Yaasin dengan niat yang bersungguhsungguh mengadap Allah Taala, nescaya diampunkan dosanya oleh Allah Taala, mengurnia pahala yang berganda-ganda kepadanya, seumpama membaca Quran dua puluh dua kali khatam." Siapa-siapa daripada orang muslim yang dibacakan kepadanya surah Yaasin ketika Malakulmaut berbetulan turun hendak mengambil nyawanya, nescaya datang sertanya beberapa malaikat yang lain sepuluh kali ganda daripada sekalian huruf surah Yaasin itu dan semua mereka itu berdiri bersaf-saf di hadapan dengan mengucap selawat dan memohonkan ampuni baginya dan hadir mereka itu ketika dimandikannya dan sembahyang mereka itu akan dia dan mengiring ke kubur hingga selesai dikuburkannya. Siapa-siapa membaca surah Yaasin, nescaya menolong baginya dua puluh orang saksi dan siapa-siapa yang mendengarnya, dikurnia kepadanya pahala umpama orang yang mensedekahkan seribu dinar kerana fisabilillah. Siapa-siapa menulis surah Yaasin dan minum airnya, nescaya masuk ke dalam rongganya seribu macam ubat, dan seribu nur, seribu berkat dan seribu rahmat, dan keluar dari dalamnya sekalian penyakitpenyakit dan kejahatan-kejahatannya. Siapa-siapa membaca surah Yaasin ketika Subuh, nescaya sentiasa beroleh sukacita pada siangnya dan apabila dibaca ketika petang, beroleh sukacita pada malamnya hingga sampai Subuh. Tersebut pada hadis: "Baca olehmu akan surah Yaasin dan di dalamnya ada dua puluh berkat, dan jika dibaca oleh orang yang lapar, nescaya jadi kenyang dan jika dibaca oleh orang yang tiada mempunyai pakaian bagi menutup auratnya, nescaya mendapat ia, dan jika dibaca oleh orang yang tiada beristeri, nescaya mendapat akan dia, dan jika dibaca oleh orang yang takut, nescaya hilang ketakutannya dan jika dibaca oleh orang yang terkena kurung, nescaya terlepas daripadanya, dan jika dibaca oleh orang yang musafir, nescaya dapat pertolongan di dalam perjalanannya, dan jika dibaca orang yang kehilangan harta bendanya, nescaya dapat balik benda yang hilang itu, jika dibaca pada mayat, mudah-mudahan diringankan azabnya, dan jika dibaca oleh orang yang dahaga, nescaya hilang kedahagaannya, dan jika dibaca oleh orang yang sakit nescaya sembuh kesakitannya." Tersebut pada hadis rasulullah S.A.W.: "Surah Yaasin itu jika dibaca pada sesuatu hajat, nescaya diperoleh apa-apa yang dicitainya." Siapa-siapa membaca Yaasin hingga sampai kepada ayat ke-13:

kemudian berdoa apa-apa maksud, nescaya makbul doanya itu. Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Siapa-siapa membaca surah Yaasin pada mana-mana waktu, nescaya terpelihara dirinya daripada dosa pada hari itu." 66

Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Sanya di dalam Quran itu ada suatu surah, namanya surah Yaasin, dan surah itu mensyafaatkan bagi siapa-siapa yang membacanya dan menentukan ampuni bagi orang yang mendengarnya." Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Siapa-siapa yang beriman membaca surah Yaasin dan surah AdDukhan, pada malam hari dengan niat mengharap kurnia Allah Taala, nescaya diampunkan dosadosanya oleh Allah S.W.T." Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Siapa-siapa sembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat dan membaca pada rakaat yang pertama kemudian daripada Al-Fatihah, surah Yaasin dan pada rakaat yang kedua surah (Al-Mulk), nescaya mengurnia oleh Allah Taala baginya nur sebanyak huruf daripada surah yang dibacanya dan sekaliannya menuju kepadanya, dan akan menerima suratan amalan dengan tangan kanan, dan mudah-mudahan terlepas daripada neraka." Siapa-siapa membaca surah Yaasin 7 (tujuh) kali atau 21 (dua puluh satu) kali, ataupun 41 (empat puluh satu) kali ketika bermaksud kepada sesuatu, nescaya berhasil maksudnya itu. Siapa-siapa membaca surah Yaasin 7 (tujuh) kali dengan kaifiat yang tersebut di bawah ini pada menghasilkan hajatnya, nescaya beroleh yang dihajatnya itu, iaitu:1. Pada permulaannya baca Yaasin tujuh kali. 2. Apakala sampai kepada ayat 38:

, baca empat belas kali.

3. Apakala sampai kepada ayat 58: 4. Apakala sampai

, baca enam belas kali. kepada

ayat: ,

baca empat belas kali. Siapa-siapa menulis surah Yaasin 7 (tujuh) kali, dengan air mawar yang bercampur za'faran pada sesuatu bijana, dan minum airnya tujuh pagi berturut-turut, nescaya mudah ingat apa-apa yang didengarnya dan boleh kesukaan di dalam perbahasan dan besar darjatnya. Siapa-siapa menulis surah Yaasin dengan kasturi yang bercampur za'faran dan minum airnya, nescaya mudah menghafal apa-apa yang dipelajarinya. Jika ditulis surah Yaasin dengan kasturi yang bercampur za'faran, kemudian dihapuskan dengan air dan beri minum kepada perempuan yang menyusukan kanak-kanak, nescaya anak yang menyusu daripadanya itu mendapat susu yang mengenyangkan, lagi menjadi ubat baginya. Jika ditulis surah Yaasin dan surah Al-Fatihah , surah Al-Alaq dan surah An-Nas, pada suatu bekas kemudian, dihapuskan dengan air hujan dan beri minum kepada orang sakit dengan membaca: ketika hendak minumnya, nescaya sembuh penyakitnya.

67

************************** FADILAT SURAH AL-WAQI'AH Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Siapa-siapa membaca surah Al-Waqi'ah nescaya selamat daripada papa selama-lamanya." Tersebut di dalam Hadis: "Siapa-siapa sentiasa mengamalkan surah Al-Waqi'ah menjadi wiridnya, nescaya beroleh kesenangan selama-lamanya, dengan tiada berhajat kepada sesuatu apapun." Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Siapa-siapa sentiasa membaca surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, nescaya tiada akan merasai kepapaan. Dan surah Al-Waqi'ah itu ialah suatu surah bagi kekayaan, maka bacakanlah dan ajarkanlah kepada anak-anak kamu." Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barang siapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkat pula. Siapa-siapa berkehendak mengetahui cerita orang-orang yang dahulu dan orang-orang yang kemudian dan perkhabaran ahli dunia dan akhirat dan hal orang-orang yang di dalam syurga dan neraka, bacalah surah Al-Waqi'ah. Siapa-siapa membaca surah Al-Waqi'ah dengan bersungguh-sungguh hatinya sebanyak 40 (empat puluh) kali pada tiap-tiap hari selama empat puluh hari berturut-turut, nescaya mengurnia oleh Allah Taala kepadanya akan rezeki yang banyak dan tiada merasai kepenatan baginya. Siapa-siapa membaca surah Al-Waqi'ah 14 (empat belas) kali, kemudian daripada sembahyang Asar, nescaya dikurnia kepadanya akan rezeki yang banyak oleh Allah S.W.T. Siapa-siapa membaca surah Al-Waqi'ah 41 (empat puluh satu) kali dalam masa sekali duduk, pada menghasilkan suatu maksud, nescaya beroleh perkara yang dimaksudnya itu. Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Mereka-mereka yang mengamalkan surah Al-Hadiid , surah Al-Waqi'ah dan surah Ar-Rahman, beroleh gelaran daripada Yang Maha Besar kerajaan bumi dan langit dengan seruan "penduduk Jannatul (Syurga) Firdaus". ************************** FADILAT SURAH AL-MULK (

)

Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Sanya di dalam al-Quran ada tiga puluh ayat yang bernama surah AlMulk dan surah ini mensyafaatkan mereka-mereka yang membacanya dan mengampun oleh Allah Taala akan dosa-dosa mereka dengan syafaatnya itu. Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Bermula surah Al-Mulk itu akan memelihara dan melepaskan orangorang yang membacanya daripada kena azab kubur." Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Aku sukacita benar sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al-Mulk hingga jadi seolah-olah surah itu ada tertulis di dalam hati mereka itu."

68

Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Siapa-siapa membaca surah Al-Mulk pada tiap-tiap malam diselamat akan dia daripada kena azab kubur." Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Siapa-siapa membaca surah Al-Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya, surah itu kerana bersoal jawab menggantikan yang membacanya." Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Suatu surah di dalam Quran yang hanya sebanyak tiga puluh ayat, iaitu surah Al-Mulk, akan datang menolong orang-orang yang membacanya bersoal jawab pada kuburnya hingga mereka itu selamat masuk ke dalam syurga. " Sanya surah Al-Mulk itu akan memeliharakan orang-orang yang membacanya daripada azab kubur, iaitu waktu azab hendak datang ke pihak kepalanya, berkata kepala itu tiada boleh engkau mengusik ke pihak ini kerana di sini tempat membaca surah Al-Mulk, dan ketika azab datang ke pihak perut, berkata perut: Tiada boleh engkau datang ke sini, kerana di sini ada tersimpan surah Al-Mulk, dan ketika azab datang ke pihak kaki, berkata kaki tiada boleh engkau datang ke sini kerana aku berdiri bagi membaca surah AlMulk. Sanya Nabi S.A.W., apakala hendak beradu membaca ia akan surah

dan surah

, dan jika belum membaca surah yang tersebut, nescaya tiada beradu ia. Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Setengah daripada surah-surah yang tersebut di dalam Quran ialah surah, ayatnya tiga puluh, surah ini mensyafaatkan pada hari kiamat kepada mereka-mereka yang membacanya dengan mengeluarkannya daripada neraka dan memasukkannya ke dalam syurga." Sanya surah itu melepaskan mereka-mereka yang mengamalkannya daripada kena azab, iaitu dengan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan Tuhan kerana menentukan kelepasan mereka-mereka yang mengamalkannya daripada azab. Bahawa adalah pada suatu masa, berkata Ibnu Abbas R.A. kepada seorang laki-laki ketika hendak mengajar kepadanya ilmu yang memberi manfaat, dan akan mendapat sukacita sebab mengamalkannya, katanya: "Hafal olehmu akan surah serta jadikan amalan engkau, dan ajarkan kepada ahli engkau, anak engkau dan lain-lain orang yang ada di rumah engkau dan jiran-jiran engkau, kerana surah itu akan melepaskan dan menolong orang-orang yang mengamalkannya dengan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan Tuhan dan memohonkan daripada Allah S.W.T. supaya mereka-mereka yang mengamalkannya itu Allah menjauhkannya daripada api neraka. Sabda Saidina Ali R.A. ertinya : "Siapa-siapa mengamalkan surah , nescaya dibawa akan dia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta rupanya yang elok seperti rupa Nabi Yusuf." Sanya pada suatu hari meletak oleh Ibnu Abbas akan kain selendangnya pada suatu tempat yang berbetulan dengan tanah perkuburan, tiba-tiba kedengaran padanya suara orang membaca surah , lalu ia pun pergi mengadap Rasulullah S.A.W. kerana mengkhabarkan hal 69

yang telah jadi itu, maka sabda Rasulullah S.A.W.: "Itulah surah telah diamal olehnya melepaskan dia daripada azab."

yang

Sabda Ibnu Abbas R.A. ertinya : "siapa-siapa mengamalkan surah , menjadi wiridnya, nescaya beroleh pertolongan Allah S.W.T. iaitu di dalam kubur, apakala azab hendak datang ke pihak kepalanya menyerulah satu seruan : "Tiada boleh engkau datang ke pihak kepala itu kerana di situ ada membaca surah

, begitulah seruannya apakala azab

datang ke pihak kakinya dan perutnya, kerana ia mengandungi bagaimana sabda Rasulullah S.A.W. yang telah disebut dahulu."

, ialah

Sanya surah Yaasin dan surah , ada mempunyai beberapa rahsia-rahsia kelebihan, dan siapa-siapa beramal membacanya, nescaya beroleh kelebihan itu (martabat yang tinggi pangkat yang besar) dan lain lagi dikasihi oleh sekalian manusia laki-laki dan perempuan dan menjadi hebat pada pandangan makhluk. ************************** HIZBUN NASHR ATAU HIZBUL QAHAR Hizbun Nasr yang ialah doa pedang mukminin, hizib ini, janganlah didoa ke atas mereka yang tidak mustahak takut olehmu akan Allah.

70

71

**************************

NAMA-NAMA ALLAH: AL-MUGHNI, AR-RAZZAQ, AL-FATTAH (

)

Siapa-siapa mengamalkan nama Allah S.W.T. Al-Mughni, Ar-Razzaq, Al-Fattah nescaya turunlah kepadanya berkat dengan mengurniai Allah Taala kepadanya akan rezeki yang tiada terhingga 72

banyaknya dengan mudah didapatinya daripada mana-mana pihak. Dan siapa-siapa membaca pada makanan atau minuman nescaya zahirlah bertambah-tambah berkat pada makanan dan minuman itu dengan terang- terangnya, dan siapa-siapa berkekalan menjadikan wirid membaca pada tiap-tiap hari 1,990 (seribu sembilan ratus sembilan puluh) kali atau pada tiap-tiap lepas sembahyang membaca sebanyak 398 (tiga ratus sembilan puluh lapan) kali, nescaya jadilah ia seorang yang tiada merasai fakir selama-lamanya dan hasillah faedahnya bagaimana yang tersebut, iaitu hendaklah baca “Ya Allah” 3 kali kemudian

sebanyak yang tersebut.

Dan siapa-siapa membuat wafak ( ) ruang empat bagaimana di bawah ini, akan bilangan nama Allah S.W.T. yang tersebut pada kain sutera yang kuning, kemudian masukkannya ke dalam peti atau ke dalam kekandi wang, nescaya harta benda yang di dalamnya jadi subur dan bertambah-tambah dengan izin Allah Taala inilah wafaqnya - hendaklah dibuat pada ketika

.

************************** KERANA ORANG-ORANG ZALIM Adapun kaifiatnya: Hendaklah engkau puasa selama tiga hari bersahur dan berbuka puasa dengan benda-benda yang tidak bernyawa, pada hari yang ketiga ambillah benda dan baca pada tiap-tiap satu surah Al-Lahab dengan tidak baca Bismillah walau sekalipun hingga habis dan baca doa yang akan datang sekali, begitulah perbuatannya hingga habis seribu benda itu kemudian bungkuslah benda itu di dalam kain putih dan campak ke dalam telaga atau sungai dan umpamanya nescaya binasalah orang zalim atau seteru itu dalam masa atau kemudian daripada telah ghaib benda itu. Ingat olehmu! Amalan ini sangat mujarab, maka jangan sekali-kali engkau amalkan dia kepada orang yang tidak mustahak, inilah doanya:-

73

************************** AL-HAQ - NAMA ALLAH YANG MAHA PERKASA Nama Allah yang tersebut iaitu Al-Haq ialah pedang perkasaan Allah di muka bumi bagi meruntuhkan gunung keaniayaan dan kezaliman, dan mendirikan hak kebenaran kepada orang yang mengamalkan dia, adapun penjaga-penjaga nama ini, empat pasukan malaikat yang diketuai oleh malaikat (Sarafail), pada tiap-tiap satu pasukan 108 baris, dan pada tiap-tiap satu barisan 108 malaikat, semuanya diwakilkan oleh Allah pada menjagakan barang yang benar lagi betul. Siapa-siapa menjadikan dia wind pada tiap-tiap lepas sembahyang, atau sekurang-kurangnya tiap-tiap lepas sembahyang Maghrib dan Subuh dengan memulai katanya, "Ya Allah" 3 kali, kemudian baca "Ya Haqq" 108 (seratus lapan) kali, setelah itu bacalah doa ini, iaitu:-

nescaya datanglah malaikat menunaikan segala hajatnya dengan tiada syak bahawa, Allah S.W.T. berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. Siapa-siapa berkehendakkan sesuatu perkara daripada Allah Taala atau terkena apa-apa kesusahan, dukacita dan seumpamanya, hendaklah bangun tengah malam dan mengambil air sembahyang dengan sempurna, kemudian sembahyanglah dua rakaat, baca kemudian daripada Al-Fatihah apa-apa surah yang engkau sukai, setelah selesai daripada sembahyang bacalah selawat ini:-

74

sebanyak 1,000 (seribu) kali, nescaya Allah Taala menunaikan segala hajat dan menjauhkan segala bala, maka berpeganglah dan beramallah olehmu dengan perbendaharaan yang berharga ini. Siapa-siapa hendak melihat di dalam mimpi seorang, sama ada yang masih hidup lagi atau sudah mati demikian juga kalau ada sesuatu hajat daripada Allah Taala hendaklah tidur dengan keadaan hamparan dan tubuh badan yang suci berpakaian putih berbau harum dan berseorang diri, tetapi sebelum daripada itu hendaklah sembahyang dua rakaat baca pada rakaat yang pertama Al-Fatihah dan surah Ad-Dhuha 7 (tujuh) kali, pada rakaat yang kedua baca Al-Fatihah dan surah Al-Lail 7 (tujuh) kali juga, apakala selesai daripadanya, hendaklah selawat kepada Nabi sekadar yang kuasa kemudian tulislah huruf-huruf ini, letakkan dia di bawah kepala ketika hendak tidur iaitu:-

nescaya dapat apa-apa yang engkau hajati. Siapa-siapa hendak mengetahui di dalam mimpi, seseorang yang ghaib adakah dia masih hidup atau sudah mati dan hendak bertanya apa-apa pertanyaan yang engkau kehendaki, hendaklah tidur dengan hamparan dan tubuh badan yang suci, berpakaian putih lagi pula ada air sembahyang mengiringkan sebelah kanan ke pihak kiblat, kemudian bacalah surah Ad-Dhuha 7 (tujuh) kali dan surah Al-Lail 7 (tujuh) kali dan surah At-Tin 7 (tujuh) kali dan surah Al-Ikhlas 7 (tujuh) kali, kemudian bacalah doa ini:-

nescaya dapatlah pertunjukan apa-apa yang dihendaki, pada malam itu juga, kalau tidak dapat apa-apa, buatlah berturut-turut tujuh malam, di dalam tempoh tujuh malam itu kalau sekiranya tak dapat apaapa juga pada salah satu daripadanya menunjuklah ada kesilapan ketika beramal dengan kaifiat yang tersebut, maka hendaklah bersungguh-sungguh hati dan perbaikkan betul-betul niat dan azam engkau itu, mudah-mudahan hasillah cita-cita engkau itu. Siapa-siapa hendak ketahui di dalam mimpi barang yang dicitainya, maka bacalah doa ini ketika hendak tidur iaitu:

75

Kemudian ulang-ulangkan "Ya Khabir" hingga jenera (tidur nyenyak), nescaya dapat melihat apa-apa yang dikehendaki dan dicitai oleh engkau dengan izin Allah Taala. Siapa-siapa hendak mendapat kemenangan atas seteru, hendaklah baca doa ini, siang malam sekadar kuasanya, Sesungguhnya tidak mengenai akan dia oleh sesuatu kecederaan daripada seteru, sama ada kesakitan atau kematian selama ia membuat wirid dengan dia kalau sekiranya sampai masa - ajal kematiannya nescaya lupalah ia daripada membacanya. Dan bacalah tiap-tiap lepas sembahyang Maghrib dan Subuh sekurang-kurangnya sekali, inilah doanya:-

Ulang tujuh kali

hingga akhirnya.

Sesungguhnya amatlah banyak kelebihan ayat ini bagaimana sabda Rasulullah S.A.W. erti tujuannya: "Siapa-siapa membacakan dia siang atau malam tidaklah mengenai sesuatu kecederaan pun sama ada 76

kematian atau kesakitan." Dan telah diriwayatkan, manakala sampailah kepada setengah orang yang soleh-soleh persabdaan Nabi S.A.W. bagaimana yang tersebut di atas, beramallah ia dengan berkekalan membacakan ayat itu dari semenjak umurnya 70 (tujuh puluh) tahun hingga sampai umurnya 130 (seratus tiga puluh) tahun, tatkala sampai ajal - kematiannya, melihat di dalam mimpinya akan Rasulullah S.A.W. seraya bersabda kepadanya: "Hai engkau! Hingga bilakah engkau hendak lari daripada kami?" Orang itu pun meninggallah membaca ayat itu, maka kembalilah ia ke rahmat Allah." Diriwayatkan pula, siapa-siapa membaca:

7 (tujuh) kali, tiap-tiap hari, nescaya Allah Taala menjauhkan dia daripada apa-apa kesusahan dan kepayahan dan dikasihani oleh segala manusia, maka berpeganglah olehmu dengan amalan yang berguna ini, dengan hati yang suci dan tetap berserahlah kepada Allah Taala, mudah-mudahan dapatlah keluasan dan kesenangan daripada segala kepicikan dunia dan akhirat. Doa ini amat besar kelebihannya bagi menggunakan diri daripada keaniayaan dan kezaliman siapa-siapa pun, dan siapa-siapa menjadikan dia wirid-wirid yang berkekalan siang malam nescaya dikasihani oleh orang, dan terlepas ia daripada apa-apa yang menyakitinya, walau di bawah mata pedang sekalipun, sebenarnya inilah suatu perbendaharaan yang amat berharga bagi siapa-siapa yang mengamalkan dia dengan hati yang tetap, berserah kepada Allah Taala, iaitu:-

Siapa-siapa hendak menjauhkan dirinya daripada keaniayaan seteru, hendaklah berkekalan membuat bagaimana di bawah ini, yang telah diakui mujarab oleh Al-Imam Al-Ghazali Raimahullahutaala, iaitu kaifiatnya:77

Sembahyanglah sunat dua rakaat dahulu daripada sembahyang Subuh baca pada rakaat yang pertama kemudian daripada Al-Fatihah, surah ‘al-Insyirah’ dan pada rakaat yang kedua kemudian daripada AlFatihah, surah ‘Al-Fil’ nescaya terpelihara ia daripada apa-apa yang menyakitinya dan adalah ia di dalam aman dan sentosa. ************************** AL-LATIF - NAMA ALLAH S.W.T. Siapa-siapa berkekalan membaca “Ya Allah” 3 (tiga) kali kemudian membaca “Ya Latif” sekurangkurangnya 129 (seratus dua puluh sembilan) kali pada tiap-tiap lepas sembahyang dan seberapa banyak dengan tiada dikirakan bilangannya siang dan malam, serta membaca doanya, beberapa kali, nescaya mudahlah mendapat rezeki dan melepaskan dukacita dan menjauhkan bala dan menyampaikan segala perkara pekerjaan, yang tiada kurang daripada apa-apa yang terupa pada cita-citanya, ialah dengan liputan kehalusan kekuasaannya. Siapa-siapa dapat ijazah daripada ahlinya pada membacakan nama ini sebanyak 16,641 (enam belas ribu enam ratus empat puluh satu) kali siang malam dengan hari yang tertentu dan syarat-syaratnya, di dalam bilik yang suci lagi bersih, nescaya turunlah kepadanya malaikat yang bernama Atafiyail pada ketika tidur atau jaga, ialah mengikut kadar amalannya, kedatangan malaikat ini menyarung dua pakaian, pakaian batin ialah melengkapi segala kehalusan 'lemah lembut' dan yang kedua pakaian zahir memudahkan segala kepayahan dengan kurnia Allah S.W.T. kerana menunaikan hajat-hajatnya, dan doanya ialah:

Dan lagi setengah kaifiat mengamalkan nama ini kerana mendatangkan rezeki menolakkan bala, menunaikan segala hajat, hendaklah baca nama ini tiap-tiap lepas sembahyang fardhu, buat wirid dengan dia, setidak-tidaknya sebanyak 129 (seratus dua puluh sembilan) kali. Dan pada suatu pekerjaan yang khas hendaklah baca sebanyak 9,000 (sembilan ribu) kali, kemudian bacalah doa ini:-

78

7 (tujuh) kali, dan baca:-

(Kata setengah Ulamak): Siapa berkehendakkan sesuatu hajat daripada Allah Taala hendaklah baca Asma Latif sebanyak 9,000 (sembilan ribu) kali kemudian baca ayat:

(Katakanlah: "Siapakah yang dapat menyelamatkan kamu dari bencana di darat dan di laut, yang kamu berdoa kepadaNya dengan rendah diri dengan suara yang lembut (dengan mengatakan: "Sesungguhnya jika Dia menyelamatkan kami dari (bencana) ini, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur"". Katakanlah: "Allah menyelamatkan kamu dari bencana itu dan dari segala macam kesusahan. (Al-An`aam: 63-64)) sebanyak 270 (dua ratus tujuh puluh) kali, dengan syarat jangan bercakap-cakap ketika mengamalkan dia nescaya Tuhan menunaikan segala hajat, serta dapat kesenangan selama-lamanya. Kalau sekiranya engkau hendak beramal dengan bilangan yang besar dengan asma al-Latif, kerana hendak mendapatkan sesuatu kehendak yang khas, hendaklah duduk di tempat yang suci tubuh badan pun suci juga, sembahyanglah dua rakaat dan bacalah isim yang tersebut 16,641 (enam belas ribu enam 79

ratus empat puluh satu) kali, kemudian baca doa akan datang tiga kali atau sekali tiap-tiap lepas seribu kali hingga cukup sempurna sebanyak 16,641 (enam belas ribu enam ratus empat puluh satu) kali. Inilah doanya:-

3 (tiga) kali. (Kata setengah ahli-ahli khalwat): Siapa-siapa berkehendakkan sesuatu hajat hendaklah baca “Ya Latif” sebanyak 16,641 (enam belas ribu enam ratus empat puluh satu) kali dengan keadaan engkau merupakan barang yang engkau kehendaki itu di dalam had engkau, dan di hadapan mata pandangan engkau - ketika baca isim ini - apakala sudah selesai daripada membaca sebanyak 16,641 (enam belas ribu enam ratus empat puluh satu) kali, hendaklah baca Al-Fatihah tujuh kali, hadiahkan pahalanya kepada penghulu kita Nabi Muhammad S.A.W. dan juga kepada Kutubul Fard Al-Ghawath dan aulia, nujaba, autad, orang yang soleh-soleh kemudian bacalah doa ini tujuh kali:-

(Kata setengah ulamak): Kalau engkau hendak mendapatkan sesuatu hajat atau kerana menghilangkan kesusahan dan kepayahan, sembahyanglah dua rakaat dan duduk berhadap ke kiblat dengan memulai katanya: “Ya Latif” sebanyak 16,641 (enam belas ribu enam ratus empat puluh satu) kali, apakala selesai bilangannya yang tersebut berdoalah dengan doa ini:-

80

Didapati pada tulisan setengah-setengah ulamak bahawa “Latif” itu ada baginya empat perhubungan: 1. 2. 3. 4.

Yang pertama - mendatangkan rezeki Yang kedua - menunaikan segala hajat. Yang ketiga - melepaskan daripada kena penjara. Yang keempat - menyembunyikan diri daripada pandangan seteru.

Adapun kaifiat mengamalkan dia (isim Latif) hendaklah tubuh badan dan tempat duduk bersih suci, kemudian bacalah sebanyak 16,641 (enam belas ribu enam ratus empat puluh satu) kali, tiap-tiap lepas 129 (seratus dua puluh sembilan) kali, hendaklah baca mana-mana satu daripada ayat-ayat yang akan datang mengikut barang yang engkau kehendaki: 1. Ayat mendatangkan rezeki, iaitu:

(Allah Maha lembut terhadap hamba-hambaNya; Dia memberi rezeki kepada yang dikehendakiNya dan Dialah Yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa. (Syura:19)) Dan doanya:

81

2. Ayat melepaskan daripada kena penjara iaitu:

(Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. (Yusuf:100)) 3. Ayat menyembunyikan diri pandangan seteru iaitu:

(Dia tidak dapat dicapai oleh penglihatan mata, sedang Dia dapat melihat segala yang kelihatan; dan Dialah Yang Maha Halus lagi Maha Mengetahui. (Al-An’am:103)) Kata Al-Allamah Al-Buni, di dalam kitab Syamsul Ma’arif Al-Kubro, siapa-siapa hendak mengamalkan isim Latif kerana sesuatu kehendak, hendaklah sembahyang dua rakaat baca kemudian daripada Al-Fatihah surah Al-Insyirah, kemudian baca “Ya Latif” sebanyak 16,641 (enam belas ribu enam ratus empat puluh satu) kali, maka berdoalah dengan apa-apa doa yang engkau kehendaki atau dengan doa ini, iaitu:

82

Siapa-siapa hendak membinasakan orang yang zalim bacalah “Ya Latif” sebanyak 16,641 (enam belas ribu enam ratus empat puluh satu) kali, dengan keadaan engkau ada air sembahyang, dan jangan berkata-kata ketika beramal dengan dia, dan hendaklah kuat niat dan cita-cita engkau dengan Allah berpegang kukuh bahawa Tuhan memperkenankan permintaan engkau itu, kemudian apakala sudah selesai bilangan yang tersebut bacalah doa ini, iaitu:-

83

hingga akhirnya, kemudian baca “Ya Allah” 3 (tiga) kali dan,

sebanyak 129 (seratus dua puluh sembilan) kali. Dan sayugia ditambahkan doa ini nescaya bertambah molek lagi iaitu:

sebanyak 129 (seratus dua puluh sembilan) kali, di bawah ini wafak isim Latif:-

84

Siapa-siapa membaca ayat:

sebanyak 1,210 (seribu dua ratus sepuluh) kali nescaya beroleh pangkat dan kemuliaan dan akan diberi ketahui kepadanya perkara yang ghaib-ghaib dan terjauh daripada bala dan jika sakit nescaya akan dapat sembuh. (Tambahan) Kelebihan “Ya Latif” amatlah panjang lebarnya dan tinggi kemuliaannya, pendeknya hendaklah amal berkekalan hingga jadi daging darah, insyaAllah Taala dapatlah merasai kelebihannya. ************************** MAHABBAH - "BAGI MENDATANGKAN ORANG YANG DIKEHENDAKI" Hendaklah tulis huruf ( ) sebanyak dua puluh tiga kali di atas dua puluh satu keping kertas yang suci dan bersih, kemudian tulis di sekelilingnya ayat ini:

disambungkan di hujung ayat ini perkataan:

Setelah selesai menulisnya, hendaklah baca 343 (tiga ratus empat puluh tiga) kali ayat yang tersebut serta sambungan itu. Atas tiap-tiap sekeping kertas yang dua puluh keping sahaja, dan sekeping yang tinggal lagi itu hendaklah baca ayat itu juga serta dengan sambungannya sebanyak 344 (tiga ratus empat puluh empat kali) kemudian jadikan kertas-kertas itu umpama kelongsong dan bubuh ke dalam tiap-tiap satu daripadanya sebuku kemenyan arab, bakarlah sekaliannya dengan bara api, nescaya datanglah orang yang dikehendakinya dan ingat-ingat jangan sekali-kali buat, melainkan kepada orang yang mustahak dibuat umpama laki bini jua. Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Siapa-siapa berkehendakkan bangun daripada tidur pada ketika yang dihajati, bacalah pada masa hendak tidur doa:

85

Pada lafaz

hendaklah tukar dengan nama-nama waktu yang dikehendaki bangun.

Siapa-siapa hendak bangun pada mana-mana waktu yang dikehendaki olehnya, bacalah ketika hendak tidur ayat dan doa yang tersebut di bawah ini:

nescaya terjaga pada waktu yang dihajatinya (pada tanda titik-titik itu hendaklah sebut mana-mana waktu yang dihajati). Siapa-siapa membaca doa khawas yang tersebut di bawah ini pada sesuatu kesusahan atau kedatangan bala atau pada pencuri-pencuri dan pada orang-orang zalim, nescaya mendapat pertolongan Allah Taala dengan segera, iaitu:-

86

Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Siapa-siapa membaca doa:

pada memohonkan pertolongan daripada Allah Taala ketika datang sesuatu bala, nescaya diperkenankan Allah Taala permohonannya itu." Dan setengah daripada mereka-mereka itu yang telah beroleh manfaat daripada doa yang tersebut ialah: Zaid bin Harithah iaitu waktu ia musafir membawa harta perniagaannya, manakala sampai di tengah jalan berjumpa ia dengan perompak dan merampas hartanya serta hendak membunuh akan dia, 87

Ia pun sembahyang dua rakaat dan berdoa dengan doa yang tersebut, apakala selesai daripada sembahyang dan berdoa tiba-tiba datanglah Jibril membunuh perompak itu kerana menyelamatkan Zaid bin Harithah. Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Siapa-siapa susah hati dan dukacita, amalkanlah doa ini:

Siapa-siapa mengamalkan doa:

nescaya Allah Taala sedia memberi pertolongan kepadanya. Siapa-siapa mengamalkan doa:

nescaya terbayar sekalian hutangnya walau beberapa banyak sekali pun. 88

************************** DOA NABI ISA MENGHIDUPKAN ORANG YANG MATI Diriwayatkan daripada Abi Huzail R.A., sanya Nabi Allah Isa A.S., apakala hendak menghidupkan orang yang mati, sembahyang olehnya dua rakaat kemudian sujud ia dan membaca doa:-

Dan telah berkata Muqatil bin Sulaiman R.A., doa yang dibaca oleh Nabi Isa pada menghidupkan orang yang mati ini, sudah empat puluh tahun lamanya aku mencarinya, barulah aku dapat iaitu daripada seorang syeikh ahli ilmu, berkata syeikh itu: "Siapa-siapa membacanya 100 (seratus) kali lepas sembahyang Subuh dan memohon daripada Allah Taala akan sesuatu hajat, Nescaya dimakbulkan oleh Allah Taala". Dahulu sedikit daripada masa Nabi Isa diangkat naik ke langit, iaitu ketika puak-puak Yahudi datang hendak membunuhnya, ia ada berdoa kerana hendak melepaskan dirinya daripada mereka itu iaitu:

Telah bersabda Rasulullah S.A.W. kepada sahabat-sahabatnya ertinya: "Baca olehmu doa yang tersebut itu pada mana-mana kesusahan kamu nescaya beroleh pertolongan daripada Allah Taala," Telah berwasiat Imam Ghazali kepada murid-muridnya, supaya mengamalkan doa yang tersebut di bawah ini pada mana-mana waktu, istimewa pula lepas daripada sembahyang fardhu, kerana banyak faedahnya, iaitu:-

89

Siapa-siapa membaca surah Yaasin dan berdoa:

ketika hendak berhadap dengan orang yang zalim dan jahat, nescaya terjauh kita daripada kezalimannya dan kejahatannya. Pada titik-titik itu sebutlah mereka-mereka yang kita hendak berhadap itu. Siapa-siapa membaca surah Yaasin 4 (empat) kali dengan tiada diceraikan oleh perkataan yang lain dan doa:

90

4 (empat kali), nescaya beroleh pekurniaan daripada Allah S.W.T. Siapa-siapa membaca surah Yaasin 41 (empat puluh satu) kali dengan tiada berkata-kata yang lain ketika membacanya dan berdoa:

nescaya beroleh rezeki yang tiada disangka-sangkanya dengan kurnia Allah S.W.T. dan juga doa ini tersangat baik jika dibaca lepas daripada membaca surah al-Waqi'ah. Sabda Rasulullah S A.W. ertinya: "Siapa-siapa mengamalkan membaca ayat:

(Segala puji tertentu bagi Allah Yang menciptakan langit dan bumi, dan menjadikan gelap dan terang; Dalam pada itu, orang-orang kafir menyamakan (sesuatu Yang lain) Dengan Tuhan mereka. Dia lah Yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian ia tentukan ajal (kematian kamu) dan satu ajal lagi Yang tertentu di sisiNya (iaitu masa Yang telah ditetapkan untuk dibangkitkan kamu semula pada hari kiamat); Dalam pada itu, kamu masih ragu-ragu (tentang hari pembalasan), dan Dia lah Allah (yang disembah dan diakui kekuasaanNya) di langit dan di bumi; ia mengetahui apa Yang kamu rahsiakan dan apa Yang kamu lahirkan, dan ia juga mengetahui apa Yang kamu usahakan. (Al-An'am:1-3)) nescaya dititahkan oleh Allah S.W.T., empat puluh (40) malaikat datang mengawal akan dia supaya tiada terkena was-was syaitan." 91

Sabda Rasulullah S A.W. ertinya: "Siapa-siapa membaca:

10 (sepuluh) kali pada malam Jumaat, nescaya disuratkan baginya oleh Allah Taala beribu-ribu kebajikan. Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Siapa-siapa membaca:

7 (tujuh) kali ketika menziarahi orang sakit nescaya mudah-mudahan sembuh orang itu). Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Siapa-siapa membaca:

3 (tiga) kali pada tiap-tiap pagi dan petang, nescaya terpelihara daripada bermacam-macam penyakit dan akan hilang daripadanya segala dukacita." Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Siapa-siapa membaca:

100 (seratus) kali pada tiap-tiap hari, nescaya tidak merasai kepapaan selama-lamanya." Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Orang-orang yang beroleh semulia-mulia darjat pada hari kiamat, ialah mereka-mereka yang banyak berzikir menyebut kalimah

"

Siapa-siapa membaca:

3 (tiga) kali pada tiap-tiap pagi dan petang, nescaya dipelihara akan dia oleh Allah S.W.T. daripada sekalian bala dan kebinasaan dan daripada orang-orang zalim. Siapa-siapa membaca kalimah: 92

pada mana-mana kesusahannya, nescaya beroleh pertolongan Allah Taala dengan kaifiat genggamkan tangan kanan waktu membacanya. Siapa-siapa mengamalkan:

nescaya dibuka baginya pintu rezeki dan ditutup daripadanya pintu kepapaan oleh Allah Taala. Siapa-siapa mengamalkan istighfar:

4 (empat) kali pada tiap-tiap lepas sembahyang Maghrib nescaya boleh husnul khatimah apakala matinya. Siapa-siapa takut sebab ada hantu atau syaitan atau pun jin, hendaklah bang baca Ayat Al-Kursi ataupun baca:

nescaya hilang ketakutan itu. Siapa-siapa takut terkena sesuatu kesusahan atau huru-hara, bacalah:

pada mana-mana masa. Siapa-siapa membaca surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap hari, nescaya tidak mengenai kepapaan selamalamanya, dan jika dibaca pada tiap-tiap malam Jumaat, nescaya dikasihi akan dia oleh Allah Taala dan sekalian manusia. Dan yang terlebih afdal lagi mengamalkan surah Al-Waqi'ah itu ialah apakala habis dibaca, hendaklah dibaca doanya:-

93

Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Bahawa ada pada malam-malam itu suatu masa yang terlebih makbul padanya berdoa, maka siapa-siapa berkehendakkan mengetahui masa itu, bacalah ketika hendak tidur ayat:

94

************************** RIADAH AYAT AL-KURSI (PERATURAN BAGI MENGAMALKAN DIA) 1. Hendaklah berserah dengan bersungguh-sungguh hati kepada Allah S.W.T. 2. Bersihkan hati daripada segala maksiat dan bersungguh-sungguh berhadap ke hadrat Allah S.W.T. 3. Bersih pakaian dan tempat beribadat daripada sekalian najis dan kekotoran. 4. Bersihkan niat dengan seikhlas-ikhlasnya. 5. Dimulakan berkhalwat (masuk beramal) pada hari Selasa waktu Fajar lepas sembahyang Subuh. 6. Dalam masa beramal itu banyakkanlah memakai bau-bauan dan membakar setanggi. 7. Apabila lepas tiap-tiap sembahyang fardhu bacalah doa Ayat Al-Kursi yang tersebut di bawah ini 72 (tujuh puluh dua) kali. Adapun lama masa berkhalwat mengamalkan dia, ialah empat hari empat malam, pada malam yang pertama akan kedengaran suara seperti jerit himar daripada bucu tempat berkhalwat itu, malam yang kedua pertengahan malam akan kedengaran suara kuda di atas tempat berkhalwat itu. Malam yang ketiga waktu tengah malam, datang tiga ekor kucing berupa merah, putih dan hitam daripada pintu kemudian hilang di tengah-tengah tempat berkhalwat itu. Maka janganlah takut dan gerun, sebab semuanya itu tiada mengusik dan membinasakan kita, kerana doa Ayat Al-Kursi itu jadi pendinding daripadanya, dan malam yang keempat bakarlah banyak-banyak setanggi dan mengadap kiblat serta bacakan doa Ayat Al-Kursi berturut-turut, dan apakala terjadi sesuatu hal janganlah takut kerana malam itu akan nampak terbuka dinding tempat berkhalwat itu dan masuk khadam daripada nur memberi salam dengan katanya: "Assalamaualaika ya waliyyallah (wahai wali Alah)" dan hendaklah jawab: "Waalaikasssalam w.b.t.", berkata pula khadam itu: "Apa engkau kehendak daripada kami wahai wali Allah". Hendaklah jawab: "Tiada aku berkehendakkan kepada engkau apa-apa melainkan suatu khadam yang boleh mengkhidmatkan daku seumur hidupku", berkata khadam itu : "Ambillah cincin ini kepada engkau, padanya ada tersebut nama Allah Yang Maha Besar, Inilah perjanjianku dengan engkau, manakala engkau berhajat aku datang kepada engkau, pakailah cincin ini di jari tangan kanan engkau, dan baca doa Ayat Kursi 3 (tiga) kali, dan serulah namaku dengan perkataan: "Ya Malika Kandias Ajbani Bihudhurika" ( ) dan sebutlah apa-apa yang engkau hajati, seumpama hendak memendekkan sesuatu perjalanan, berjalan di atas air dan lain-lain lagi yang engkau kehendaki yang masuk dalam bahagian keramat. (Peringatan): Siapa-siapa hendak mengamalkan riadah Ayat Kursi ini, hendaklah lebih dahulu mendapat ijazah.

95

Adapun doa Ayat Kursi yang dikehendaki baca (yang tersebut pada bilangan yang ketujuh) dalam peraturan bagi mengamalkan riadah Ayat Kursi itu ialah:-

Siapa-siapa membaca Ayat Kursi 313 (tiga ratus tiga belas) kali dan doanya 7 (tujuh) kali lepas sembahyang Isyak pada tempat yang lindung lagi sunyi daripada manusia ketika datang sesuatu bala ke atasnya, nescaya terlepas daripadanya bala itu. 96

************************** BERSAHABAT DENGAN JIN YANG MUKMIN Siapa-siapa hendak mengamalkan amalan yang tersebut di bawah ini, kerana hendak bersahabat dengan jin supaya beroleh pertolongan daripada mereka itu pada sesuatu hajat, hendaklah mempunyai hati yang kuat, cita-cita yang tetap, berhemah tinggi, fikiran yang tenang, dan sekiranya tiada seperti yang tersebut itu, boleh jadi mendatangkan mudarat ke atas tubuh mereka yang beramal. Peraturan mengamalkannya:1.

Bersihkan sekalian pakaian dan tubuh.

2.

Puasa empat hari - mulai pada hari Rabu hingga hari Sabtu.

3. Baca surah Al-Ikhlas 1,000 (seribu) kali, surah Yaasin sekali, surah Ad-Dukhan sekali, surah AsSajadah sekali dan surah Al-Mulk sekali. 4. Apabila sampai waktu Asar pada hari keempat (iaitu hari Sabtu) hendaklah menjauhkan diri daripada manusia dan berkhalwat pada suatu tempat yang bersih dan bawa tujuh helai kertas, lilin dan benang, kemudian tuliskan pada kertas itu dengan aturan:a. Kertas yang pertama tulis:

(Dan Dialah yang menghidupkan dan mematikan, dan Dialah yang (mengatur) pertukaran malam dan siang. Maka apakah kamu tidak memahaminya? Al-Mu`minuun:080) b. Yang kedua:

(Dia hanya berkata kepadanya: "Jadilah", maka jadilah ia. Al-Mukmin: 068) c. Yang ketiga:

(Maka Allah akan memelihara kamu dari mereka. Dan Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Al-Baqarah:137) d. Yang keempat:

(Kemudian apabila Dia memanggil kamu sekali panggil dari bumi, seketika itu (juga) kamu keluar (dari kubur). Ar-Ruum:025) 97

e. Yang kelima:

(Dan ditiuplah sangkakala [1271], maka tiba-tiba mereka keluar dengan segera dari kuburnya (menuju) kepada Tuhan mereka. (Yasin: 51)) f. Yang keenam:

(Dan ditiuplah sangkakala, maka matilah siapa yang di langit dan di bumi kecuali siapa yang dikehendaki Allah. Kemudian ditiup sangkakala itu sekali lagi maka tiba-tiba mereka berdiri menunggu (putusannya masing-masing). Az-Zumar: 068) g. Dan yang ketujuh:

(pada hari mereka keluar dari kubur dengan cepat, Al-Ma`aarij:043 Maka Allah akan memelihara kamu dari mereka. Dan Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Al-Baqarah: 137) 5. Setelah itu cucuk dengan benang buat seperti kupiah dan pakai di kepala, kemudian sembahyang empat rakaat satu salam. a. b. c. d.

Rakaat yang pertama baca Al-Fatihah dan surah Yaasin. Rakaat yang kedua baca Al-Fatihah dan surah Ad-Dukhan. Rakaat yang ketiga baca Fatihah, surah As-Sajdah dan surah Al-Mulk. Rakaat yang keempat baca Al-Fatihah dan mana-mana surah.

Pada tiap-tiap kali sujud hendaklah baca:

6. Apakala sudah sembahyang angkatkan kepala dan berdoa: 98

Setelah kita selesai daripada berdoa itu datanglah tujuh ketua jin yang mulia-mulia semuanya memberi salam dan menerima perintah kita, apakala mereka sudah memberi salam, ambilkan kertas yang tujuh helai itu dan baca sehelai daripadanya kepada mereka itu dan tanya siapa di antara kamu yang mempunyai ini? Menjawab seorang daripada mereka itu: "Akulah tuannya," kemudian tanya pula: "Siapa nama engkau?" Apakala disebutkan namanya tulislah pada kertas itu pada pihak sebelah atas kemudian minta cincinnya dan ambilkan benang bubuh di bawah lilin dan capkan atasnya cap itu dikehendakkan di sebelah bawah tulisan ayat itu, kemudian ambil sekeping lagi dan buat seperti itu juga hingga habis ketujuhnya. Setelah itu katakan kepada mereka itu: "Aku bersumpah kepada kamu dengan isim-isim yang ada pada surat ini apakala aku sera hendaklah kamu hadir dan perkenankan permintaanku." Kemudian suruhlah mereka itu kembali dan kata baginya, Barakallahu fikum waalaikum. Sekalian surat-surat itu hendaklah simpan baik-baik pada tempat yang suci, dan apakala berhajat kepada suatu perkara serulah mereka itu, nescaya datanglah mereka itu dengan segera. ************************** RIADAH SURAH AL-JIN Adapun masa mengamalkan riadah surah Al-Jin itu ialah selama tiga hari iaitu mulai hari Selasa sampai hari Jumaat, apakala hendak masuk mengamalkannya hendaklah berpuasa tiga hari yang tersebut itu, dan janganlah makan benda-benda yang bernyawa dan yang keluar daripadanya, ketika mengamalkannya itu bakarlah kemenyan berturut-turut siang dan malam jangan putus-putus. Dalam masa tiga hari yang tersebut itu bacalah surah Al-Jin 1,000 (seribu) kali iaitu 333 (tiga ratus tiga puluh tiga) kali sehari ataupun berlebih kurang, tetapi dengan syarat cukup semuanya 1,000 (seribu) kali itu dalam masa tiga hari, serta hendaklah bersungguh-sungguh membacanya sekira-kira dapat sempurna semua bacaan itu di pertengahan malam yang ketiga (malam Jumaat) itu akan datang khadamnya iaitu seorang laki-laki yang pendek lagi panjang dua tangannya dan mempunyai rupa yang hebat, namanya Abu Yusuf berserta tiga orang pengiringnya duduk di hadapan kita dan berkata: "Assalamualaika," ia ini ialah seorang raja bagi sekalian jin yang mukmin yang semua mereka itu telah masuk Islam di hadapan Rasulullah SA.W. lagi, hal ini janganlah takut atau gerun kepadanya, kerana jika takut atau lemah bercakap-cakap dengan dia, nescaya mereka kembali berpaling daripada kita dan jadilah cita-cita, amalan dan usaha kita itu sia-sia sahaja, bahkan hendaklah beranikan hati dan mengelokkan percakapan dengannya, tetapkan kedudukan dan jawab salamnya itu kemudian katalah kepadanya:

99

(Wahai Abu Yusuf telah menjadi kewajiban pada dirimu untuk melaksanakan hak-hak aku, Dan sebagaimana yang engkau lihat keadaanku yang fakir dan dalam kesempitan dan aku menginginkan darimu pada saat ini juga sesuatu yang mubah yang halal yang dapat menolong dengan harta tersebut pada keperluan harian dan Nafaqoh keluarga aku, dan yang dapat menolong harta tersebut pada ibadah Haji ke Baitullah Al-haram, dan Allah lah yang akan membalas kamu.) Bacaan ini jika kita baca dengan hati yang berani dan cekal, nescaya berpaling jin itu kepada pengiringnya menyuruh mereka mengambil sesuatu benda, dan pada ketika itu juga mereka pergi serta kembali dengan segera membawa benda-benda itu dan diberikannya kepada kita dan hendaklah kita terima serta ucapkan terima kasih dan syukur kepada mereka itu, setelah itu ucapkan pula kepadanya selamat tinggal (wida'). (Peringatan): Siapa-siapa beroleh kelebihan dengan mengamalkan surah-surah dan amalan yang tersebut hendaklah bersungguh-sungguh takut kepada Allah S.W.T. sama ada ketika zahir atau tersembunyi, kerana sanya amalan yang tersebut itu ialah rahsia-rahsia yang tersembunyi dan diambil daripada kitab-kitab aulia dan asrar (rahsia) mereka itu. Di dalam kitab Syamsul Ma’arif Al-Qubro Hal 122 dalam bab Riadah Qul Uhiya Yang Terkenal berkata Syeikh Ahmad Al-Buny penyusun kitab ini, ketahuilah wahai saudaraku apabila engkau hatimu kuat dan kamu mengucapkan ucapan tadi di atas, Maka sesungguhnya khadam Syeikh Abu Yusuf akan menoleh ke belakang kepada salah satu pengiringnya kemudian memerintahkan sesuatu, maka pengiringnya tersebut akan datang lagi lebih cepat dari kilat dan dia membawa harta yang Allah telah membagikannya padamu, maka ambillah apa-apa yang sampai padamu dan ucapkan terima kasih pada mereka serta doakanlah mereka maka mereka pun akan pergi. Diriwayatkan dari Syeikh Salih Abi Abdillahi Husain bin Mansur sesungguhnya beliau mengerjakan riadah ini, Maka datanglah khadamnya dengan membawa 10000 dinar emas dan diberikan pada Syeikh tersebut, kemudian muridnya Syeikh Salih yang bernama Yahya mengerjakan juga Riadah ini, maka tatkala Khadam (Syeikh Abu Yusuf) datang di hadapannya dia takut dan menggigil sehingga terdengar giginya beradu dan terkunci lisannya sehingga tidak bisa berbicara, tiap-tiap dia membuka kedua matanya khadam tersebut ada di depannya , maka setelah beberapa lama Yahya tidak dapat berbicara Para khadam pun pergi dari Yahya. Maka haruslah wahai saudaraku bagi engkau untuk berani kerana sesungguhnya Khadam dari surah ini tidak akan mampu untuk mencelakakan engkau yang memegang azimatnya, azimat dan doa bersatu dengan surahnya dan ketahuilah wahai saudaraku bahawa khususnya, rahsia ini terletak pada kitab para aulia dan asrar mereka itu. ************************** PEKERJAAN MENDATANGKAN ZA’ZU’ BAGI MENUNAIKAN HAJAT Amalan bagi mendatangkan za’zu hendaklah gali kubur yang lama dan turun dengan belakang, tiada boleh bercakap. Pada hari Jumaat. Ambil batu atau benda yang seumpamanya daripada liang lahad dan hendaklah engkau kata inilah nama za’zu’ dan balutkan dia dengan kain putih yang baharu dan bersih. Jadikan seperti kanak-kanak kecil di dalam badung. Setelah itu baliklah engkau ke rumah dan jangan engkau bercakap sepatah pin engkau letakkannya di atas dapur yang tidak berapi serta engkau duduk di atas dapur itu berkeadaan telanjang bogel dan tidak tertutup kepala. Bacalah engkau doa dan perasapan yang tersebut di bawah ini sehingga engkau berada dapur itu bergerak terangkat dan bergoyang seolah-olah engkau

100

hendak jatuh daripadanya ketika itu turunlah engkau daripada dapur. Ambil yang dibedung itu dan bubuh ke dalam peti dan kunci. Kemudian engkau balik ke dapur dan baca doanya 21 kali, setelah itu engkau pergi tidur pada tempat engkau. Apabila masuk waktu subuh, pergilah engkau buka peti itu, nescaya engkau nampak di dalamnya kanak-kanak yang menangis menyerukan ibunya dan berkata ia, “bawa pergilah za’zu’ kepada ibunya”. Apakala engkau dengar perkataan itu, hendaklah engkau jawab: Aku tidak boleh bawa engkau kepada ibu engkau hingga engkau mendatangkan si anu anak si anu dan hendaklah engkau cium dan kucup pipinya. Letakkan ke dalam petik balik dan tutup sekali lagi dan pergilah engkau pada tempat engkau tidur sekadar satu masa yang pendek. Sesungguhnya orang yang engkau kehendak sudah hadir. Apakala sudah datang orang yang kamu kehendaki bukalah kain bedung serta beri cium kepada za’zu’ kain-kain najis daripada perempuan. Setelah itu lepaskanlah ia kepada ibunya dengan kata, baliklah engkau kepada ibu engkau. Serta membaca surah al-zalzalah. Simpan baik-naik batu itu atau benda yang seumpamanya itu bagi menggunakan pula pada bila-bila masa yang kamu kehendaki. (Peringatan) Perasapan yang tersebut ialah ketumbar mudah, jintan putih, sabat dan kemenyan Arab, bunga cengkih, mustak, kayu gaharu berat. Inilah doanya:

101

**************************

102

DOA BAGI MEMBUKAKAN HATI SESEORANG SUPAYA IA KASIHAN BELAS DAN KASIH KEPADA KITA Siapa-siapa berhajat supaya orang kasih kepadanya, hendaklah ia puasa selama dua hari iaitu pada hari Isnin dan Khamis dan bacakan doa yang tersebut di bawah ini 15 (lima belas) kali ketika berbuka puasa dan 15 (lima belas) kali ketika terbit fajar (Subuh), iaitu:-

103

(Juga dikenali dengan nama Doa selepas surah Al-Fatihah Aqidah Al-Akbar Al-Ghaut Al-Izhom Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani) 104

kemudian sebutlah nama orang yang dihajati itu serta pohonkan daripada Allah Taala supaya dipalingkan hatinya kasih akan kita. ************************** KAIFIAT MENGELUARKAN BENDA-BENDA MENJADIKAN PERASAPAN Hendaklah keluarkan bilangan bintang yang dikehendaki, tolak daripadanya tiga - tiga. Jika baki satu menunjukkan benda itu daripada binatang-binatang. Jika baki dua menunjukkan daripada galiangalian, jika baki tiga menunjukkan daripada tumbuh-tumbuhan Jika hendak mengetahui tabiat-tabiat satu daripadanya hendaklah jumlahkan bilangan tabiat yang empat, tolak daripadanya 4 - 4, jika baki satu menunjukkan tabiatnya api, jika baki dua tabiatnya angin, jika baki tiga tabiatnya air dan jika baki empat tabiatnya tanah. (Shin) ************************** RASI DI ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN BAGI MENJADIKAN IBU RUMAH (RASIKAH ATAU TIDAK) (BAGINYA DUA ATURAN) 1. Jumlahkan nama lelaki dengan bilangan nama perempuan dan tambah atas jumlah itu bilangan tujuh, kemudian tolak daripadanya jumlah besar lapan-lapan bilangannya. Jika baki satu menunjukkan baik dan beruntung. Jika baki dua berkahwinlah dengan dia dan dapat anak. Jika baki tiga, tak usah berkahwin dengan dia kerana tidak berkebajikan. Jika baki empat, tak usah berkahwin dengannya. Jika baki lima, menunjukkan permulaan payah, jika baki enam, baik perkahwinan itu dapat anak dan dikasihi oleh pembesar-pembesar dan orang ramai. Jika baki tujuh berkahwinlah dengannya dan dapat anak. Jika baki lapan, menunjukkan ramai benar di antara keduanya dan dapat anak. 2. Jumlahkan bilangan nama lelaki dan perempuan, kemudian tolak daripada jumlah besar sembilan-sembilan. Jika baki satu menunjukkan baik ia tetap tidak kekal. Jika baki dua menunjukkan ramai dapat kebajikan dan berkat. Jika baki tiga permulaan nahas akhirnya muafakat dan bahagia dapat ana-pinak dan rezeki. Jika baki empat, perkahwinan ini tidak kekal. Jika baki lima, menunjukkan perkahwinan dapat kebaikan. Jika baki enam, tiada kebajikan. Jika baki tujuh, kahwinlah dapat kebaikan. Jika baki lapan, menunjukkan kejahatan, dengki umpamanya dan jika baki sembilan menunjukkan perkahwinan itu berkekalan di dalam kesusahan dan kesempitan. Wallahu a’lam. (Al-Sirr Ar-Rabani) ************************** MANDEL TILIKAN YANG MUJARAB (BAGINYA DUA ATURAN) Kaedah pertama: 1. Sedikit minyak kelapa atau minyak zaitun di dalam cawan. 2. Suci bersih tubuh badan engkau daripada kekotoran. 105

3. Seorang kanak-kanak yang belum sampai umur lagi suci bersih tubuh badan dan pakaiannya. 4. Tulis di dahi kanak-kanak itu:

5. Bakar kemenyan dan budak itu hendaklah tilik (tengok) ke dalam cawan minyak itu serta membaca engkau:

Apakala hadir khadam-khadam itu hendaklah budak itu memberi salam kepadanya serta berkata atau meminta ketahui apa-apa yang dikehendaki dan apakala sudah selesai daripada pekerjaan itu hendaklah suruh ia pulang balik dengan kata engkau. Kaedah kedua: 1. Tulis rajah azimat di bawah ini di tapak tangan kanak-kanak lelaki atau perempuan yang belum sampai umur. 2. Tulis di atas ibu jarinya:

Tulis di jari telunjuknya:

Di jari tengahnya:

Tulis di jari manis:

Tulis di jari kelingking:

106

3. Apakala selesai daripada pekerjaan yang tersebut, bacalah engkau bacaan ini di sisi kanak-kanak itu:

Apakala datang khadam hendaklah memberi salam kepadanya serta suruh khadam itu pergi ambil kambing, sembelih, masak dan sediakan dalam hidangan. Setelah itu suruh khadam sembah sultan duduklah atas kerusi kemudian daripada sudah santap, jamuan itu bolehlah engkau bertanya atau meminta ketahui apa-apa yang dikehendaki. Kemudian daripada telah sempurna pekerjaan engkau suruhlah khadam itu balik kepada tempatnya. (Al-Sirr Ar-Rabani) Inilah rajah azimat:

107

************************** RIADAH SURAH AL-IKHLAS Syarat-syarat mengamalkan riadah surah Al-Ikhlas itu: Bersihkan niat, mandi dan bersuci daripada sekalian kekotoran, duduk pada tempat yang sunyi (berkhalwat) Jangan bercakap dengan siapa-siapa dan jangan dibiarkan orang masuk ke tempat berkhalwat itu, melainkan seorang sahaja laki-laki untuk berkhidmat akan kita, dan laki-laki itu pula, hendaklah orang yang soleh baik perangainya, membersih dan suci daripada hadas, Ketika berkhalwat itu perbanyakkan bau-bauan dengan membakar kemenyan, lama masanya berkhalwat itu ialah lima belas hari, mulai hari Khamis berbetulan dengan awal daripada mana-mana bulan dan pada dap-tiap kali berbuka puasa itu hendaklah memakan makanan yang diperbuat daripada gandum, garam dan minyak zaitun (barangkali di negeri yang tiada gandum bolehlah diganti dengan nasi dan minyak zaitun diganti dengan minyak kelapa) dan lain-lainnya daripada benda yang tidak bernyawa dan yang keluar daripadanya seperti telur dan sebagainya. Amalan-amalan yang dikehendaki baca:Pada tiap-tiap lepas sembahyang fardhu bacalah surah Al-Ikhlas 1,000 (seribu) kali dan ketika tiap-tiap tengah malam pula bacalah surah Al-Ikhlas sebanyak yang tersebut di atas selama empat belas hari jadilah jumlah semuanya -84,000- (lapan puluh empat ribu) dalam masa lepas membaca sebanyak yang ditentukan itu hendaklah baca pula lain-lain bacaan umpama berzikir, selawat dan sebagainya. Pada hari

108

yang kelima belas baca lagi surah Al-Ikhlas 16,000 (enam belas ribu) kali dengan dikhatamkan pada malamnya (malam Jumaat). Apakala sempurna membaca enam belas ribu (16,000) kali itu bacakan pula doa:

Kemudian kata:

nescaya pada ketika itu datang tiga orang pembesar daripada malaikat mukanya seperti bulan purnama dan cahayanya menyilaukan pandangan mata, berkata mereka itu; " Assalamualaikum Ya Ibadi Soliha Warahmatullahi Wabarakatuh, kami ialah khadam bagi surah yang mulia dan yang maha besar ini, maka apakah engkau kehendaki kepada kami?" Setelah selesai daripada ia berkata-kata ini jawablah salamnya dan katakan baginya: "Kerana memuliakan dan membesarkan Tuhan yang bersifat dengan sifat-sifat yang ada pada surah itu, aku berkehendakkan supaya kamu berkhidmat kepada aku dan taat akan apaapa suruhanku yang diwajib ke atas kamu taat sesungguhnya aku tiada minta daripada kamu melainkan hajat-hajat yang diredai Tuhan." Jawab mereka itu: "Kami taat pada menyempurnakan perkataan engkau itu dan memperkenankan seruan engkau, tetapi mulai masa ini wajib atas engkau mengikut akan syarat-syarat ini:Jangan engkau mengambil manfaat pada perkara-perkara yang maksiat dan dusta, jangan makan bawang putih, bawang merah dan ikan, hendaklah mandi pada hari Jumaat dan puasa pada tiap-tiap hari Khamis, melainkan jika berbetulan dengan hari raya, dan pada tiap-tiap malam Jumaat hendaklah baca surah Al-Ikhlas 1,000 (seribu) kali hadiahkan pahalanya kepada orang-orang muslim yang telah mati, dan pada tiap-tiap hari Sabtu hendaklah pergi ke kuburnya (orang-orang muslim) sebelum daripada terbit matahari, dan baca surah Al-Ikhlas 11 (sebelas) kali niat hadiah kepadanya.

Setelah selesai jawablah dengan perkataan: "Ya ( ) Allah menunjukkan jalan yang betul dan Allah menjadi saksi di atasku akan yang demikian itu." Kemudian mereka itu berjabat salam dengan kita dan katanya: "Sungguhnya adalah engkau ini menjadi saudara kami, dan apa-apa hajat yang engkau minta insyaAllah kami sedia menunaikannya." Kemudian kata kepada mereka itu: "Haraplah tiap-tiap seorang daripada kamu memberi tanda bagaimana isyarat yang akan aku perbuat. Maka jawablah yang pertama aku bernama Abdul Wahid hendaklah baca surah Al-Ikhlas dan serulah namaku, nescaya aku perkenankan seruan engkau itu wajib atasku membawa engkau ke mana-mana, dan pada saat itu juga boleh aku bawa engkau kembali ke tempat engkau." Berkata yang kedua: "Aku bernama Abdul Somad - jika engkau berhajat kepadaku bacalah surah Al-Ikhlas, apakala membaca As-Somad, serulah aku dengan kata, "ya Abdul Somad nescaya aku perkenankan seruan engkau dan wajib atasku menghadirkan kepada engkau apa-apa yang 109

engkau kehendaki umpama: makanan, minuman ataupun emas dan perak." Berkata yang ketiga: "Aku bernama Abdul Rahman, jika engkau berhajat kepada aku, bacalah surah Al-Ikhlas dan serulah namaku dengan kata "ya Abdul Rahman nescaya aku perkenankan seruan engkau dengan izin Allah Taala dan aku akan berkhidmat kepada engkau atas tiga perkara, iaitu: Aku sembunyikan engkau daripada pandangan manusia, aku akan bawa kepada engkau perkhabaran-perkhabaran daripada lain-lain negeri, dan aku akan bekukan air bagi perjalanan engkau." Setelah itu hendaklah kita sujud ke hadrat Allah Taala kerana syukurkan nikmat-nikmat-Nya yang besar itu. Kemudian katakan kepada mereka itu:

(Sekalian apa-apa yang diterima daripada perkara-perkara yang tersebut hendaklah ingat dan pelihara baik-baik serta sembunyikan daripada orang-orang yang jahil, jangan sekali-kali buka kepada mereka itu). ************************** RIADAH YA KARIIM YA RAHIIM Syarat-syarat mengamalkannya ialah bersih pakaian dan badan daripada sekalian kekotoran dan hadas. Tempat mengamalkannya di dalam khalwat (bilik) yang sunyi daripada manusia dan jauh daripada suara, berkhalwat itu selama tujuh hari, mulai hari Ahad sampai hari Sabtu, dan tiap-tiap hari itu hendaklah puasa, dan pada tiap-tiap kali berbuka puasa tiada boleh memakan makanan yang lain daripada zabib, minyak zaitun, tepung yang diperbuat daripada gandum dan cuka. Tetapi di negeri yang tiada minyak zaitun bolehlah diganti dengan minyak kelapa dan gandum diganti dengan beras. Dalam masa berkhalwat itu hendaklah baca, "Ya Kariim Ya Rahiim" dengan tiada berkeputusan dan pada tiap-tiap lepas sembahyang Subuh hendaklah baca surah Al-Kafiruun 21 (dua puluh satu) kali dan baca:

3 (tiga) kali dan lazimkan membaca "ya kariim ya rahiim". Apakala sampai malam Jumaat hendaklah sembahyang sunat dua rakaat, kemudian duduk di tempat sembahyang itu mengadap kiblat dengan ada air sembahyang, dan bacalah selawat kepada Nabi Muhammad S.A.W. 1,000 (seribu) kali, kemudian baca " ya kariim ya rahiim" 1,000 (seribu) kali, dan ketika tengah malam bacalah bacaan yang telah dibaca itu iaitu:

110

hingga habis 41

(empat puluh satu) kali dengan kaifiat apakala sampai bacaan Allah S.W.T., kemudian bangun dan baca doa ini:-

hendaklah sujud kepada

Apakala malam Ahad di waktu tengah malam datanglah khadam isim ini iaitu malaikat yang tiada berupa dan tiada terbayang-bayang pada pandangan kita. Mereka ini tiada menyakiti dan dada menakuti akan kita, tetapi hendaklah kita bersungguh-sungguh takut kepada Allah S.W.T., dan ketika berkhalwat itu hendaklah banyakkan membakar bau-bauan (setanggi). 111

Khadam yang datang itu berkata kepada kita: "Wahai hamba Allah, apakah engkau tuntut dan engkau kehendaki?" Jawablah perkataannya itu dengan kata: "Aku kehendaki dengan kemurahan engkau dan dengan kelebihan Allah S.W.T. supaya engkau bawa kepada aku tiap-tiap hari dinar emas atau paun emas - sebutlah bilangan sebanyak mana yang kita berhajat kepadanya untuk perbelanjaan sehari bagi kita sendiri atau bagi fakir miskin, lalu dijawab olehnya: "Baiklah, hal ini ia akan mensyaratkan kepada kita dengan beberapa syarat, setengah daripadanya hendaklah kita menziarahi kubur-kubur orang mati pada tiap-tiap hari Sabtu. Dan tiap-tiap lepas sembahyang fardhu hendaklah berwirid membaca : "Ya Kariim Ya Rahiim" 528 (lima ratus dua puluh lapan) kali, bersedekah kepada fakir-fakir miskin dan kepada orang-orang yang berhajat kepada pertolongan. Sekalian syarat-syarat yang disebutkan itu hendaklah terima dan kemudian ucapkan kepadanya:

Apakala kita telah sempurnakan segala yang tersebut itu, nescaya pada malam itu juga kita dapat dinar emas atau paun emas yang kita berkehendak itu di bawah kepala tidur kita. (Peringatan): Lebih dahulu daripada hendak membaca "ya kariim ya rahiim" itu hendaklah baca "ya Allah, ya Allah, ya Allah". ************************** KHALWAT AMALAN HURUF JIM (

)

Siapa-siapa hendak mengamalkan huruf hendaklah berkhalwat, bersih daripada sekalian kekotoran dan hadas, kemudian masuklah berkhalwat dan baca doa yang tersebut di bawah ini, dan permulaan berkhalwat itu tuliskan wafak pada kertas dan pakai di kepala kita.

Dan pada tiap-tiap lepas sembahyang bacalah doa:

112

berulang-ulang sehingga datang khadam huruf jim itu namanya "Tho’iyail" dan ketika datangnya ke tempat berkhalwat itu hendaklah pandang kepadanya dan ikatkan perjanjian dengan apa-apa yang kita kehendaki, umpama minta ia menunaikan apa-apa perkara yang kita berhajat, pada lafaz doa " " hendaklah tukar dengan perkataan apa-apa yang kita hajati, tetapi jangan minta apaapa yang mustahil atau apa-apa yang mendatangkan kecederaan bagi kita dan bagi orang lain.

Siapa-siapa sentiasa berwirid membaca nama Allah S.W.T. nescaya mengurnia oleh Allah S.W.T. kepadanya kekayaan dan memberi ilham kepadanya sehingga sentiasa ia mengucap tahmid dan syukur kehadrat Allah S.W.T. sama ada waktu kesenangannya ataupun kesusahannya. Dan siapa-siapa bertabiat bakhil apakala ia berwirid mengamalkan bacaan dua nama Allah Taala yang tersebut, nescaya menukar Allah Taala kebakhilannya itu menjadi pemurah dan pemaaf, bacalah pada pagi dan petang "ya Allah ya Allah" 3 (tiga) kali, dan kemudian bacalah bilangannya 1,586 (seribu lima ratus lapan puluh enam) kali.

sebanyak

Siapa-siapa membuat wafak nama Allah S.W.T. menurut sebagaimana bilangannya pada sekeping timah, dan rendamkan ke dalam air minuman yang diminum setiap-setiap hari nescaya beroleh perusahaan yang sentiasa di dalam kekayaan serta mendapat keredhaan Allah S.W.T., bacalah pada pagi dan petang "ya Allah ya Allah" 3 (tiga) kali, dan kemudian bacalah 1,100 (seribu seratus) kali.

sebanyak bilangannya

Siapa-siapa membaca nama Allah S.W.T. pada sepanjang-panjang masanya nescaya mengurnia kepadanya kecantikan dan dijauhkan daripadanya kekejian dan sentiasa beroleh nikmat dengan kurnia Allah Taala dan kembali kepadanya apa-apa yang melarikan diri daripadanya bacalah pada pagi-pagi dan petang "ya Allah ya Allah" 3 (tiga) kali dan kemudian bacalah bilangannya 526 (lima ratus dua puluh enam) kali.

113

sebanyak

Siapa-siapa membaca nama Allah Taala

dan doanya:

100 (seratus) kali ketika hendak tidur dengan niat minta Allah Taala membuka kepada kita akan isim-isim yang dibangsakan kepada perbuatan dan perkataan, nescaya Allah Taala memperlihatkan kita akan apaapa yang kita pohonkannya di dalam tidur dengan bawaan malaikat doa yang tersebut hendaklah baca pada tiap-tiap kali lepas membacanya, dan apakala telah sempurna di baca 1,000 (seribu) kali, hendaklah baca hingga kita jenera dengan bacaan itu. Dan jika belum Allah Taala memperlihatkan apaapa yang kita citai pada malam itu, hendaklah ulangi lagi pada malam esoknya supaya dapat kita melihatnya. ************************** KELEBIHAN DOA BURHATIAH Bab ini pada menyatakan doa burhatiah dan digelarkan juga doa perjanjian Nabi Sulaiman dan perjanjian faqtash iaitu satu doa yang masyhur mustajabnya dan besar kesannya, segala isim-isim yang tersebut di dalamnya melebihi pangkat darjahnya daripada isim-isim yang terkandung di dalam manamana doa yang lain. Kerana ini suatu perjanjian yang Nabi Allah Sulaiman A.S. berikat dengan jin kemudian daripada ianya menduduki singgahsana kebesaran dan kemuliaan di dalam dunia. Maka mengakulah segala jin, yang mereka itu tidak akan derhaka sekali-kali hingga kepada hari kiamat dengan berkatnya dan berkat segala isim-isim (nama-nama) yang dikandunginya. Berkata ahli-ahli ilmu ini, doa ini bila seseorang memakainya terkayalah daripada segala isim-isim yang lain sama ada pada bab hendak menghadirkan jin ataupun mana-mana rohani, khadam dan sebagainya, ataupun membatalkan sihir-sihir dan bagi menggunakan supaya menjadi berkasih sayang di antara dua orang yang berbenci-benci ataupun menceraikan di antara dua orang yang berkasih-kasih atau mengembalikan orang yang jauh atau membinasakan orang yang zalim, menenggelamkan perahu atau apa-apa jua yang dimaksudkan di dalam alam ini. Maka doa ini berfaedah bagi semua perkara yang tersebut, dan doa itu ialah:

Setengah guru-guru telah memperbuat satu doa untuk dibaca dahulu daripada membacanya dan dijadikan sebagai pagar tubuh supaya tidak dapat khadam itu membuat apa-apa angkara dan inilah doanya: 114

hingga akhirnya. Adapun doanya hendaklah dibaca kemudian daripada isim Burhatiah yang tersebut:

Sebutlah apa-apa hajat. Dan apabila hendak mengamalkannya dengan jalan wirid sahaja, maka hendaklah dibaca kemudian daripada

:

115

PERINGATAN MENGAMALKANNYA Jikalau siapa-siapa mengamalkannya dengan tujuan yang tertentu seperti murah rezeki, mendapat bahagia, melepaskan apa tuduhan, menarik kasih sayang dan sebagainya, hendaklah ia puasa tujuh hari dan jauhi jangan memakan perkara yang bernyawa serta hendaklah dibaca isim ini empat puluh lima kali lepas daripada sembahyang fardhu yang lima waktu, dan hendaklah ditulis tiap-tiap hari di dalam mangkuk sabun dengan air mawar, kasturi dan za'faran kemudian membasuhkan dengan air serta minum berbuka puasa. Apabila telah dibaca sebanyak yang tersebut kemudian daripada tiap-tiap lepas sembahyang fardhu hendaklah ia wakilkan kepada khadam-khadam supaya menjaga dan memelihara tubuh badannya dan segala gerak-geri amalannya serta menunaikan hajatnya. Apabila sudah sempurna riadah tujuh hari itu, maka hendaklah diamalnya untuk apa-apa yang ia kehendaki dengan menurut peraturannya, Pada masa itu mustajablah doa itu dengan izin Allah Taala, misalnya, jika ia hendak menghadirkan roh, sama ada roh ulwiyyah atau sufliyyah, maka hendaklah ia puasa dengan kerana Allah Taala pada hari ia hendak beramal itu, dan jika berbetulan dengan hari yang ditetap kepada roh yang hendak dipanggilnya makin menjadi sangat baik, kemudian hendaklah ia duduk pada tempat yang suci dan dengan keadaannya suci serta perasapkan dengan gaharu cendana dan dibacanya doa ini tujuh kali, lepas itu dipanggil manamana roh yang ia maksudkan serta disuruh kepadanya membuat apa-apa pekerjaan, roh itu akan hadir dan menunaikan hajatnya, demikianlah seterusnya tiap-tiap satu kehendak hendaklah diturut peraturan yang ditetapkan untuknya, segala peraturan yang lain ada tersebut di dalam syarahnya yang khas. **************************

116

AYAT LIMA BELAS Tersebut di dalam Fawa'idul Yumna bahawa setengah daripada kelebihan ayat ini memeliharakan tubuh badan dan harta benda daripada jin dan manusia, kata Ibnu Ujail: "Sungguhnya berkata al-Faqih Ismail al-Hadhrami, sabda Rasulullah S A.W.: "Barang siapa membaca ayat ini pada ketika takut, nescaya beroleh aman atau ketika menuntut hajat, nescaya dapat atau musafir nescaya dikembali ke negerinya, di baca pagi dan petang sekali, iaitu:-

1. Ali Imran: 1-2 dan 18

2. Al-Mukmin: 62

3. Ar-Ra’d: 31

117

4. Yasin: 82

5. Al-Fatihah: 2

6. Qaf: 15

7. Al-Hadid: 4 dan 25

8. Ath-Thalaq: 3

9. Al-Jinn: 28

10. Al-Muzzammil: 9

11. An-Naba: 38

12. Abasa: 18-19

13. At-Takwir: 20

14. At-Takwiir: 021

118

15. Al-Buruj: 20-22

******************* HIZBUL BIRRI (

)

Kata ulamak, hizib ini khasiatnya jika dibaca pagi dan petang sekali terpelihara daripada diusikkan seteru, kemalangan siang dan malam serta terbelenggulah kaki tangan mereka yang berniat salah:-

119

************************** HIZBUN NAWAWI (

)

Kata masyaikh: Hizib inilah yang tidak sunyi seorang pun daripada ulamak membacakan dia istimewa segala ulamak Syafie. Khasiatnya menyelamatkan diri anak bini, harta benda dan sahabat handai daripada segala seteru manusia, jin dan binatang buas, dibaca pagi petang sekali, iaitu:120

(Di ijazahkan oleh: Tuan Guru yang dikasihi, Syeikh Muhammad Rajab Akmal bin Abdul Halim al-Idrisi alAhmadi)

121

************************** 122

KAIFIAT MEMBERI SALAM KEPADA QUTBUL AQTAB (

)

************************** KAIFIAT MEMBERI SALAM KEPADA RIJALUL GHAIB (

)

Rijalul Ghaib sebahagian ulama menggelarinya untuk arwah para solihin dan malaikat yang membantu para mukminin dalam perjuangan dakwahnya, ada doanya, namun tidak mengizinkan untuk mengamalkannya, cukup Allah dan Rasul Nya, maka semua rijalul ghaib akan ditundukkan Allah Subhanahu Wa Taala untuk membantu. Imam Ahmad bin Ali Al-Buni dalam Manba Ushul Al-Hikmah-nya menjelaskan tentang rijalul ghaib ini sebagai berikut: "Ketahuilah, bahawa Allah Yang Maha Agung dan Maha Luhur dengan kemurahannya yang besar terhadap manusia, Ia menciptakan roh-roh berkarakter malaikat yang berkeliling di seluruh penjuru bumi. Para roh tersebut membahagiakan orang-orang yang memiliki hajat dengan membantu menunaikan hajat-hajat mereka dan membantu mencapai keinginan-keinginan mereka. Maka barang siapa yang bertepatan waktu hajatnya dengan arah di mana para rijalul ghaib itu berada dan berdoa kepada Allah pada saat itu juga, para rijalul ghaib itu akan mengamini doanya tersebut maka akan terkabulkan hajatnya serta tercapai apa yang ia minta". 123

Yang penting kita ketahui iaitu para Rijalul Ghaib merupakan hamba-hamba Allah yang soleh yang banyak diberi pengetahuan hal yang ghaib oleh Allah S.W.T. Mereka bertebaran di muka bumi dan disamarkan oleh Allah dari kebanyakan makhluknya, dan kerana kesolehannya doanya di ijabah Allah. Hal ini sesuai dengan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Ya`la, Ibnu al-Sunni, and At-Thabrani dalam alMu`jam al-Kabir bahawasanya Rasulullah bersabda: "Apabila seorang daripada kamu kehilangan sesuatu atau memerlukan pertolongan sedangkan dia berada di suatu tempat yang tiada orang dapat menolongnya, maka hendaklah dia berseru: "Wahai hamba-hamba Allah, tolonglah aku..!" sesungguhnya bagi Allah itu ialah hamba-hamba yang kita tidak nampak." Oleh kerananya banyak orang yang bertawassul kepada mereka agar Allah mengijabah doa mereka dengan keramat para Rijalul Ghaib tadi. ************************** KETERANGAN KEPADA MENGETAHUIKAN PIHAK-PIHAK YANG ADA PADANYA RIJALUL GHAIB

(DAN SEGALA MASA PEREDARAN MEREKA DARI SATU KE SATU PIHAK YANG LAIN) Ketahuilah olehmu bahawa rijalul ghaib atau Al-Arwahul Muqaddasah (roh kudus) pada hari yang ketujuh (7) dan yang keempat belas (14) dan yang kedua puluh (20) dan yang kedua puluh sembilan (29), berhadap mereka itu ke pihak masyriq (timur) dan pada hari yang keenam (6) dan yang kedua puluh satu (21) dan yang kedua puluh lapan (28), ada mereka itu di antara timur dan utara. Dan pada hari yang ketiga (3) dan kelima belas (15) dan yang kedua puluh tiga (23) dan yang ketiga puluh (30) berhadap ke pihak juring (seseran) utara. Dan pada hari yang kelima (5) dan yang ketiga belas (13) dan yang kesembilan (9) dan yang kedua puluh tujuh (27) daripadanya berhadap mereka itu ke pihak maghrib (barat). Dan pada hari yang kedua (2) dan yang kesepuluh (10) dan yang ketujuh belas (17) dan yang kedua puluh lima (25) daripadanya, berhadap mereka itu ke pihak yang di antara maghrib (barat) dan kiblat. Dan pada hari yang kelapan (8) dan yang kesembilan (9) dan yang kelapan belas (18) dan yang kedua puluh enam (26) dan yang kedua puluh empat (24) daripadanya berhadap mereka itu di antara masyrik (timur) dan kiblat. Maka ayuhai saudaraku! setelah engkau ketahui pihak-pihak peredaran mereka, hendaklah berserah diri kepada Allah dan bersandar kepada mereka itu. Dan apakala sudah selesai engkau daripada membaca segala wirid-wirid hendaklah engkau berkata demikian:-

Dan sebutlah apa-apa hajat engkau yang dikehendaki kemudian daripada berkata itu, mudah-mudahan dengan berkata rijalul ghaib, dapatlah segala cita-cita dan kehendak-kehendak engkau insyaAllah Taala.

124

(Peringatan): Lebih dahulu daripada kamu hendak memberi salam kepada Qutbul Aqtab atau Rijalul Ghaib yang tersebut hendaklah kamu baca Al-Fatihah sekali dan surah Al-Ikhlas tiga kali dan kedua-dua sekali dan baca Al-Fatihah serta Al-Baqarah sambung hingga penghabisan Ayat Kursi (hadiah kepada Nabi Muhammad S.A.W. dan segala keluarganya juga kepada qutbul aqtab atau rijalul ghaib), setelah itu bacalah:

atau,

Syarat-syarat yang terutama sekali hendaklah penuhkan hati engkau berserah kepada Allah Taala serta percaya bahawa Allah menunaikan apa-apa permohonan engkau dengan wasitah mereka itu adanya. ************************** FAEDAH (AYAT EMPAT) Ini ayat empat yang sangat besar kelebihannya iaitu:-

Amalannya tiga jalan:1. Jalan yang pertama: Kemudian daripada tiap-tiap lepas sembahyang Maghrib dan Subuh atau tiaptiap lepas sembahyang lima waktu baca ayat yang pertama 10 (sepuluh) kali, dan ayat yang kedua 33 (tiga puluh tiga) kali, dan ayat yang ketiga 33 (tiga puluh tiga) kali, dan ayat yang keempat 33 (tiga puluh tiga) kali, atau seberapa banyak ikut kuasa. 2. Jalan yang kedua: Baca pada waktu lain daripada lepas sembahyang iaitu ayat yang pertama 130 (seratus tiga puluh) kali dan ayat yang kedua 110 (seratus sepuluh) kali, dan ayat yang ketiga 100 (seratus) kali dan ayat yang keempat 1,999 (seribu sembilan ratus sembilan puluh sembilan) kali. 3. Jalan yang ketiga: Tiap-tiap ayat itu hendaklah baca 2,000 (dua ribu) kali, kecuali ayat tiada mengapa lebih daripada 2,000 (dua ribu) itu, tetapi disyaratkan pada 125

jalan yang ketiga ini dengan berasing diri dan puasa, permulaan amalan itu pada hari Ahad hingga tujuh hari, dan jika tidak dapat hikmat, hendaklah amalkan sehingga mendapat hikmat, iaitu melihat rupa singa kepala manusia, tersurat pada kepalanya itu Al-Fatihah dan pada tubuhnya Yasiin, atau datang Nabi S.A.W. menyurat pada tubuhnya. Hikmat ini alamat dapat menjadi hulubalang yang terutama sekali. Jika datang lain-lain nabi atau malaikat menyurat pada tubuh kita, atau kita sendiri menyurat ayat-ayat itu, hikmat ini alamat dapat jadi hulubalang yang kedua. Jika dapat kain baju dan kupiah, atau nampak suratan pada tubuh, atau timbul seumpama bintang pada tubuh kita, hikmat ini boleh jadi hulubalang yang ketiga. Hikmat yang terutama dapat ajaran ayat seribu jadi, dan yang keduanya datang malaikat membelah perut kita, dan memasukkan hikmat. Dan yang ketiga dapat ajaran satu-satu ayat bagi satu faedah jua, dan manakala dapat hikmat-hikmat itu, hendaklah buat bubur putih sebagai nasi kanji bagi jamuan orang ramai. ************************** FAEDAH YANG AMAT MUJARAB Bagi mustajabkan doa dengan wasitah hadhratul ghauth Abdul Qadir Al-Jilani qudus serah dengan syarat sebenar-benar berkehendak dan bulat berhadapan kepada Tuhan. Sekiranya engkau berkehendak sesuatu hajat sama ada dunia ataupun akhirat hendaklah bangun daripada tidur pada malam Selasa sebelum fajar dan ambil wuduk kemudian sembahyang Hajat dua rakaat. Engkau baca di dalam rakaat yang pertama lepas daripada Al-Fatihah surah Al-Kafirun sebelas kali dan dalam rakaat yang kedua lepas daripada Al-Fatihah surah Al-Ikhlas sebelas kali, kemudian daripada itu engkau seru akan hadhratul ghauth sebelas kali, seruan itu seperti berikut: "Ya sayyidi abdul qadir muhyiddin" setelah itu engkau melangkah kepada pihak timur sebelas langkah dan engkau kata pada tiap-tiap langkah itu: "Ya syeikh Abdul Qadir ya Jilani," kemudian engkau ulangi dua baris syair tiga kali, syair itu seperti di bawah ini:-

Kemudian engkau kata: "Ya Sayyidi Abdul Qadir al-Jilani dapatkan daku dan engkau tolongkan daku ........." serta engkau pun pohon akan hajat engkau daripada Allah dengan wasitah al-Ghauth yang tersebut itu maka ia mendapatkan engkau bagi menyempurnakan kehendak engkau itu. Wasitah dan konsep yang seumpamanya seperti tawassul (mengambil wasilah) dan tasyaffu' (memohon syafaat) kepada Allah dengan (perantaraan)para wali Nya ada beberapa macam. Pertama. - Seseorang memohon kepada wali yang masih hidup agar mendoakannya supaya mendapatkan kelapangan rezeki, kesembuhan dari penyakit, hidayah dan taufik, atau (permintaanpermintaan) lainnya. Tawassul yang seperti ini dibolehkan. Termasuk dalam tawassul ini adalah permintaan sebagian sahabat kepada Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wassalam agar beristsiqa (meminta hujan) 126

ketika hujan lama tidak turun kepada mereka. Akhirnya, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam memohon kepada Allah agar menurunkan hujan, dan Allah mengabulkan doa beliau itu dengan menurunkan hujan kepada mereka. Begitu pula, ketika para sahabat beristisqa dengan perantaraan Abbas Radiallahuanhu pada masa kekhalifahan Umar Radiallahuanhu. Mereka meminta kepadanya agar berdoa kepada Allah supaya menurunkan hujan. Abbas pun lalu berdoa kepada Allah dan diamini oleh para sahabat yang lain. Dan kisah-kisah lainnya yang terjadi pada masa Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wassalam dan setelahnya berupa permintaan seorang Muslim kepada saudaranya sesama Muslim agar berdoa kepada Allah untuknya supaya mendatangkan manfaat atau menghilangkan bahaya. Kedua - Seseorang menyeru Allah bertawassul kepadaNya dengan (perantaraan) rasa cinta dan ketaatannya kepada nabiNya, dan dengan rasa cintanya kepada para wali Allah dengan berkata, 'Ya Allah, sesungguhnya aku meminta kepadaMu agar Engkau memberiku ini (menyebutkan hajatnya)'. Tawassul yang seperti ini boleh kerana merupakan tawassul dari seorang hamba kepada rabbnya dengan (perantaraan) amal-amal solehnya. Termasuk tawassul jenis ini adalah kisah yang sahih tentang tawassul tiga orang, yang terjebak dalam sebuah gua, dengan amal-amal soleh mereka. [Hadis Riwayat Imam Ahmad II/116. Bukhari III/51,69. IV/147. VII/69. dan Muslim dengan Syarah Nawawi XVII/55]. Ketiga - Seseorang meminta kepada Allah dengan (perantaraan) kedudukan para nabi atau kedudukan seorang wali dari wali-wali Allah dengan berkata -misalnya- 'Ya Allah, sesungguhnya aku meminta kepadaMu dengan kedudukan nabiMu atau dengan kedudukan Husain. Tawassul yang seperti ini tidak boleh kerana kedudukan wali-wali Allah dan lebih khusus lagai kekasih kita Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wassalam, sekalipun agung di sisi Allah, bukanlah sebab yang disyariatkan dan bukan pula suatu yang lumrah bagi terkabulnya sebuah doa. Kerana itulah ketika mengalami musim kemarau, para sahabat Radiallahuanhu berpaling dari tawassul dengan kedudukan Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wassalam ketika berdoa meminta hujan dan lebih memilih bertawassul dengan doa paman beliau, Abbas Radiallahuanhu, padahal kedudukan Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wassalam berada di atas kedudukan orang selain beliau. Demikian pula, tidak diketahui bahawa para sahabat ada yang bertawassul dengan (perantaraan) Nabi setelah beliau wafat, sementara mereka adalah generasi yang paling baik, manusia yang paling mengetahui hakhak Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wassalam, dan yang paling cinta kepada beliau. Keempat - Seorang hamba meminta hajatnya kepada Allah dengan bersumpah (atas nama) wali atau nabiNya atau dengan hak nabi atau wali dengan mengatakan, 'Ya Allah, sesungguhnya aku meminta ini (menyebutkan hajatnya) dengan (perantaraan) wali Mu si Fulan atau dengan hak nabiMu Fulan', maka yang seperti ini tidak boleh. Sesungguhnya bersumpah dengan makhluk terhadap makhluk adalah terlarang, dan yang demikian terhadap Allah Sang Khalik adalah lebih keras lagi larangannya. Tidak ada hak bagi makhluk terhadap Sang Khalik (pencipta) hanya semata-mata kerana ketaatannya kepadaNya sehingga dengan itu dia boleh bersumpah dengan para nabi dan wali kepada Allah atau bertawassul dengan mereka. Inilah yang ditampakkan oleh dalil-dalil, dan dengannya aqidah Islamiah terjaga dan pintu-pintu kesyirikan tertutup. [Fatawa Li Al- Lajnah Ad-Da'imah 1/498-500, Pertanyaan ke-2 dari Fatwa no. 1328 Di susun oleh Syaikh Ahmad Abdurrazzak Ad-Duwaisy, Darul Asimah Riyadh. Di salin ulang dari Majalah Fatawa edisi 3/I/Dzulqa'dah 1423H] 127

************************** PADA MENYATAKAN HARI YANG BERCAHAYA, BERKELAM, SAASAH (SELEMPANG) DAN BATIL BUAT DAN KERJAKAN APA-APA PEKERJAAN DI DALAM HARI YANG BERCAHAYA NESCAYA DAPAT KEBAIKAN Muharam - Daripada 1 hingga 5 bercahaya kemudian 5 kelam kemudian 8 bercahaya kemudian 3 saasah kemudian 6 bercahaya kemudian 3 batil. (30 Muharam). Safar - Daripada 1 hingga 3 kelam, kemudian 5 bercahaya kemudian 6 batil kemudian 6 bercahaya kemudian 2 saasah kemudian 5 batil kemudian 3 kelam (29 Safar). Rabiulawal - Daripada 1 hingga 9 bercahaya kemudian3 kelam kemudian 7 bercahaya kemudian 4 saasah kemudian 7 bercahaya (30 Rabiulawal). Rabiulakhir - Daripada 1 hingga 7 kelam, kemudian 3bercahaya, kemudian 5 saasah kemudian 4 bercahaya, kemudian 5 batil, kemudian 5 bercahaya kemudian 1 batil (20 Rabiulakhir). Jamadilawal - Daripada 1 hingga 4 saasah, kemudian 4 batil, kemudian 5 bercahaya, kemudian 4 kelam, kemudian 8 bercahaya, kemudian 4 batil kemudian 5 bercahaya (30 Jamadilawal). Jamadilakhir - Daripada 1 hingga 6 kelam, kemudian 6 bercahaya, kemudian 6 kelam, kemudian 6 bercahaya, kemudian 4 batil kemudian 2 kelam (29 Jamadilakhir). Rejab - Daripada 1 hingga 3 kelam, kemudian 5 bercahaya, kemudian 8 kelam, kemudian 4 bercahaya, kemudian 4 batil, kemudian 5 bercahaya kemudian 1 batil (30 Rejab). Syaaban - Daripada 1 hingga 3 kelam, kemudian 4 bercahaya, kemudian 5 batil, kemudian 8 bercahaya, kemudian 5 batil, kemudian 3 bercahaya, kemudian 2 batil (29 Syaaban). Ramadan - Daripada 1 hingga 7 bercahaya, kemudian 3kelam, kemudian 5 bercahaya, kemudian 2 batil, kemudian 6 bercahaya, kemudian 5 kelam, kemudian 2 batil (30 Ramadan). Syawal - Daripada 1 hingga 12 bercahaya, kemudian 2 kelam, kemudian 4 batil, kemudian 2 saasah, kemudian 8 bercahaya kemudian 2 batil. (29 Syawal). Zulkaedah - Daripada 1 hingga 10 malam kelam, kemudian 6 saasah, kemudian 5 batil, kemudian 9 bercahaya (30 Zulkaedah). Zulhijah - Daripada 1 hingga 6 kelam, kemudian 3 bercahaya kemudian 2 batil, kemudian 6 bercahaya kemudian 4 saasah, kemudian 5 batil kemudian 4 kelam (29 Zulhijah). ************************** KETIKA BINTANG TUJUH PERLANGKAHAN YANG MASYHUR Bahawa adalah ketika jam-jam yang tersebut di bawah ini ialah permulaan daripada terbit atau masuk matahari, dan pada musim panjang atau pendek pada siang dan malam hari, hendaklah dibahagi kepada 12 sampai boleh diketahui betul ketika mulai masuk bintang-bintang itu dan keluarnya (masuk kepada ketika bintang yang lain pula): 1. Tengoklah takwim bagi waktu sembahyang berkenaan dengan panjang dan pendek malam dan siang itu. 128

(Peringatan) Apabila berpindah daripada satu bintang kepada satu bintang hendaklah tunggu sampai 12 minit, supaya tentu bintang itu telah ada di dalam jam itu pada semua pekerjaan. Segala hari dan malam itu ada ketika (jam) yang menunjukkan baik atau tidak pada segala pekerjaan. ************************** SIANG HARI AHAD DAN MALAM KHAMIS Ketika yang pertama jam pukul 6 matahari, ketika ini baik bagi musafir memakai pakaian baru, menggunting pakaian dan menghadap pemerintah dan orang-orang kaya. Ketika yang kedua jam pukul 7 Zuhrah, ketika ini baik bagi pekerjaan mengakad nikah (berkahwin) dan menulis apa surat kerana berkasih atau kerana membuat azimat pengasih dan bagi menyambungkan kira bicara yang baik berkenal-kenalan dan berbaik-baik. Kata setengah pendeta, jangan berbuat pekerjaan yang amat besar. Ketika yang ketiga, jam pukul 8 Utarid, ketika ini baik bagi musafir dan memohon apa-apa hajat daripada pemerintah-pemerintah, berjual-beli dan mendirikan rumah dan akad nikah. Ketika yang keempat, jam pukul 9 Bulan - Ketika ini tiada baik bagi berjual beli selama-lamanya, tetapi tiada ditegah pada lain-lain pekerjaan. Ketika yang kelima, jam pukul 10 Zuhal - Ketika ini nahas, janganlah berbuat sesuatu apa pun. Ketika yang keenam, jam pukul 11 Musytari - Ketika ini baik bagi segala pekerjaan seperti memohon apa-apa daripada pemerintah-pemerintah dan orang-orang besarnya, dan terima baik berjual beli, membangunkan rumah dan berlangkah ke negeri asing dan akad nikah dan menanam. Ketika yang ketujuh, jam pukul 12 Marikh - Ketika ini baik bagi berbekam (membuang darah), tetapi ditegah turun berjalan kerana bercadang hendak berkelahi dan sebagainya supaya terlepas daripada dipaksakan kita oleh musuh. Ketika yang kelapan, jam pukul 1 Matahari - ketika ini munasabah berkhidmat bagi raja-raja dan lainlainnya dan memohonkan apa-apa daripadanya dan musafir ke negeri yang jauh dan baik juga bagi pekerjaan akad nikah. Ketika yang kesembilan, jam pukul 2 Zuhrah- Ketika ini patut mengerjakan apa-apa yang baik seperti kira bicara dan bercakap yang halus manusia dengan perempuan-perempuan dan membaiki kelakuan mereka itu pada segala yang membawa kepada kebajikan, terutamanya pekerjaan akad nikah dan menanam. Ketika yang kesepuluh, jam pukul 3 Utarid - Ketika ini baik bagi membuat apa-apa pekerjaan, melawat orang besar, orang-orang alim dan orang-orang yang mulia mudah-mudahan dapatlah apa yang kita citai. Ketika yang kesebelas, jam pukul 4 Bulan - Ketika ini baik bagi memulai membuat rumah, mengasaskan apa-apa pembinaan yang berkehendakkan tahan lama, menanam pokok, atau sayursayuran dan lain pekerjaan. 129

Ketika yang kedua belas, jam pukul 5 Zuhal – Ketika ini berjaya membuat perkara-perkara yang keji-keji, tetapi lebih baik jangan buat apa-apa. ************************** HARI ISNIN DAN MALAM JUMAAT Ketika yang pertama jam pukul 6 Bulan - Ketika ini tiada patut bekerja pada perkara-perkara kebajikan. Ketika yang kedua jam pukul 7 Zuhal - Ketika ini nahas, tiada baik apa-apa pekerjaan. Ketika yang ketiga, jam pukul 8 Musytari - Ketika ini baik bagi apa=apa pekerjaan pun seperti bercucuk tanam, berjual beli, mendirikan rumah dan akad nikah, dan lain-lainnya daripada pekerjaan baik. Ketika yang keempat, jam pukul 9 Marikh - Ketika ini baik bagi berbekam (mengeluarkan darah). Ketika yang kelima, jam pukul 10 Matahari - Ketika ini baik bagi berniaga dan lainnya daripada segala pekerjaan yang memberi manfaat seperti akad nikah dan kira bicara yang kebajikan. Ketika yang keenam, jam pukul 11 Zuhrah - Ketika ini baik bagi menunaikan apa-apa hajat seperti berkahwin, meminang, dan lainnya dan meminta apa-apa hajat daripada perempuan yang mulia. Ketika yang ketujuh, jam pukul 12 Utarid - Ketika ini baik bagi menulis, berhitung, mengambil harta dan sebagainya daripada pekerjaan yang berkenaan dengan surat-menyurat dan azimat. Ketika yang kelapan, jam pukul 1 Bulan - Ketika ini tiada sesuatu pun pekerjaan yang baik. Ketika yang kesembilan, jam pukul 2 Zuhal - Ketika ini nahas pada pekerjaan yang baik. Ketika yang kesepuluh, jam pukul 3 Musytari - Ketika ini baik bagi menghadap ulama-ulama, qadi-qadi, dan penulis-penulis dan menghasilkan apa-apa maksud daripada mereka itu dan pekerjaan akad nikah dan memulai apa-apa pekerjaan. Ketika yang kesebelas, jam pukul 4 Marikh - Ketika ini baik bagi berbekam (mengeluarkan darah). Lain daripada ini tiada ada padanya pekerjaan yang baik. Ketika yang kedua belas, jam pukul 5 Matahari - Ketika ini baik bagi menuai padi, menyimpan apa-apa perbendaharaan dan berlayar melalui lautan. ************************** HARI SELASA DAN MALAM SABTU Ketika yang pertama jam pukul 6 Marikh - Ketika ini nahas dan sangat mudah bagi merekamereka yang membuat pekerjaan dan akan terkena bala atasnya. Ketika yang kedua jam pukul 7 Matahari - Ketika ini baik bagi meminang sesiapa yang dikehendaki dan belilah binatang-binatang nescaya akan beroleh keuntungan, demikian juga apa-apa yang berkenaan dengan perempuan, kata setengah pendeta tidak boleh buat sesuatu yang lain melainkan daripada itu.

130

Ketika yang ketiga, jam pukul 8 Zuhrah- Ketika ini tiada baik membuat kebajikan ataupun kejahatan, tetapi kata setengah pendeta baik bagi membuat pengasih dan mengakad nikah dan menanam. Ketika yang keempat, jam pukul 9 Utarid - Ketika ini buatlah apa-apa bagi menarik harta dan berjual beli, kata setengah pendeta bekerjalah pada pekerjaan yang mendatangkan rezeki dan akad nikah. Ketika yang kelima, jam pukul 10 Bulan - Ketika ini baik bagi berjual beli, tetapi kata setengah pendeta tiada baik buat apa-apa pekerjaan pun. Ketika yang keenam, jam pukul 11 Zuhal - Ketika ini tiada baik buat apa-apa pekerjaan pun. Ketika yang ketujuh, jam pukul 12 Musytari - Ketika ini tiada baik bagi segala pekerjaan istimewa akad nikah. Ketika yang kelapan, jam pukul 1 Marikh - Ketika ini baik bagi membuat ubat dan mengubatkan. Ketika yang kesembilan, jam pukul 2 Matahari - Ketika ini baik bagi mengubati perempuan-perempuan dan membuat pengasih dan akad nikah dan menanam. Ketika yang kesepuluh, jam pukul 3 Zuhrah- Ketika ini baik bagi membaikkan anak, isteri, pembesar-pembesar dan pada pekerjaan perkahwinan mereka itu tetapi kata setengah pendeta, tiada baik. Ketika yang kesebelas, jam pukul 4 Utarid - Ketika ini baik bagi berkasih-kasihan (berjinak-jinak) dengan penulis dan orang yang lebih-lebih tetapi tiada baik pada pekerjaan musafir dan nikah kahwin. Ketika yang kedua belas, jam pukul 5 Bulan – Ketika ini baik bagi membuat berkasih-kasihan dan tiada baik berpindah daripada tempat kediaman tetapi kata setengah pendeta baik belaka. ************************** HARI RABU DAN MALAM AHAD Ketika yang pertama jam pukul 6 Utarid - Ketika ini tuntutlah apa-apa yang dikehendaki daripada pemerintah dan mengubat mereka itu dan menerima atau menjalankan perkara-perkara yang berkasihkasihan. Ketika yang kedua jam pukul 7 Bulan - Ketika ini baik bagi membuat pengasih dan mendampingi diri dengan pemerintah-pemerintah dan mengubat mereka itu, kata setengah pendeta tiada baik. Ketika yang ketiga, jam pukul 8 Zuhal - Ketika ini baik bagi mengubati pemerintah-pemerintah. Ketika yang keempat, jam pukul 9 Musytari – Ketika ini lawanlah ahli-ahli penulis (pengarang) dan tuntutlah apa-apa yang dihajati daripadanya nescaya dapat. Ketika yang kelima, jam pukul 10 Marikh - Ketika ini di tengah-tengah (ada baik dan jahat) dan orang yang zalim boleh terkena perbuatan orang ke atasnya. Ketika yang keenam, jam pukul 11 Matahari - Ketika ini baik bagi berniaga, musafir dan lain-lain.

131

Ketika yang ketujuh, jam pukul 12 Zuhrah - Ketika ini di tengah-tengah (ada biak dan ada jahat) dan boleh berlaku kesusahan atas orang-orang yang zalim kata setengah pendeta bersetuju semua daripada apa-apa pekerjaan yang dikehendaki. Ketika yang kelapan, jam pukul 1 Utarid - Ketika ini baik bagi membuat azimat budak-budak menangis dan yang kena pandangan jin dan baik pada menolak segala kejahatan. Ketika yang kesembilan, jam pukul 2 Bulan - Ketika ini baik dan bahagia apa-apa yang dikehendaki, tetapi kata setengah pendeta tiada baik, perkataan yang baik itu lebih sah. Ketika yang kesepuluh, jam pukul 3 Zuhal - Ketika ini baik bagi membuat apa-apa atas orang jahat. Ketika yang kesebelas, jam pukul 4 Musytari - Ketika ini baik bagi berkasih-kasih dengan ahli tarekat, ahli-ahli tasawuf dan menghadap mereka itu dan menuntut apa-apa hajat daripadanya dan baik akad nikah. Ketika yang kedua belas, jam pukul 5 Marikh - Ketika ini bagi mencederakan orang dengan perbuatan atau perkataan. ************************** HARI KHAMIS DAN MALAM ISNIN Ketika yang pertama jam pukul 6 Musytari - Ketika ini baik bagi segala pekerjaan dan membuat minyak atar, bau-bauan dan membuat sira-menyira dan akad nikah. Ketika yang kedua jam pukul 7 Marikh - Ketika ini baik bagi membuat ubat dan mengubat dan membuat azimat. Ketika yang ketiga, jam pukul 8 Matahari - Ketika ini baik tetapi janganlah mengambil dan jangan memberi dan tidak boleh musafir. Ketika yang keempat, jam pukul 9 Zuhrah- Ketika ini akad nikah dan hantarlah apa-apa kiriman kepada perempuan-perempuan yang dikehendaki dan pinanglah akan dia. Kata setengah pendeta, tiada baik buat apa-apa pekerjaan yang besar. Ketika yang kelima, jam pukul 10 Utarid - Ketika ini baik bagi berniaga dan akad nikah. Ketika yang keenam, jam pukul 11 Bulan - Ketika ini baik bagi menghantar apa-apa hadiah berkirim-kiriman dan musafir dan akad nikah. Ketika yang ketujuh, jam pukul 12 Zuhal - Ketika ini baik bagi berburu dan mengambil peluang pada perkara yang lazat-lazat dan menangkap sesuatu. Ketika yang kelapan, jam pukul 1 Musytari - Ketika ini baik bagi mendamaikan antara laki-laki dan perempuan dan memulakan membuat rumah dan mendirikan dan akad nikah. Ketika yang kesembilan, jam pukul 2 Marikh - Ketika ini baik bagi membuat ubat dan mengubatkan. Ketika yang kesepuluh, jam pukul 3 Matahari - Ketika ini baik bagi belayar ke laut dan membuat azimat dan kerana memberi pertolongan kepada orang yang susah. 132

Ketika yang kesebelas, jam pukul 4 Zuhrah - Ketika ini baik bagi musafir, berniaga, meminang dan akad nikah. Ketika yang kedua belas, jam pukul 5 Utarid - Ketika ini pergilah ke mana-mana nescaya hasillah maksud, kata setengah pendeta tidak boleh membuat sesuatu daripada pekerjaan besar. ************************** HARI JUMAAT DAN MALAM SELASA Ketika yang pertama jam pukul 6 Zuhrah- Ketika ini bagi mendampingi diri kepada perempuan dan menarikannya dan akad nikah. Ketika yang kedua jam pukul 7 Utarid - Ketika ini berbahagia dan beruntung di dalam apa-apa pekerjaan pun. Ketika yang ketiga, jam pukul 8 Bulan - Ketika ini baik dan bahagia di dalam apa-apa pekerjaan kata setengah pendeta: Tak boleh buat pekerjaan mendirikan rumah dan memulai menjalankan perniagaan. Ketika yang keempat, jam pukul 9 Zuhal - Ketika ini nahas segala pekerjaan tidak baik. Ketika yang kelima, jam pukul 10 Musytari - Ketika ini baik bagi segala pekerjaan dan akad nikah dan mulai menanam. Ketika yang keenam, jam pukul 11 Marikh - Ketika ini nahas, janganlah berbuat sesuatu apa pun. Ketika yang ketujuh, jam pukul 12 Matahari – Ketika ini peredarkanlah segala pekerjaan yang baik dan akad nikah dan menanam pokok yang kekal. Ketika yang kelapan, jam pukul 1 Zuharah - Ketika ini baik bagi mengakad nikah (berkahwin), membuat pengas dan azimat dan tolong-menolong dan memulai menanam. Ketika yang kesembilan, jam pukul 2 Utarid – Ketika ini baik bagi mendirikan rumah, menanam sayursayuran dan lain-lainnya dan akad nikah dan menanam pokok buah-buahan yang kekal. Ketika yang kesepuluh, jam pukul 3 Bulan - Ketika ini tiada baik bagi pekerjaan yang halus-halus sahaja. Ketika yang kesebelas, jam pukul 4 Zuhal - Ketika ini kemenangan. Ketika yang kedua belas, jam pukul 5 Musytari - Ketika ini baik dan bahagia pada segala pekerjaan istimewa pula pekerjaan akad nikah dan memulai apa-apa pekerjaan. ************************** HARI SABTU DAN MALAM RABU Ketika yang pertama jam pukul 6 Zuhal - Ketika ini nahas. Ketika yang kedua jam pukul 7 Musytari - Ketika ini berbahagia dan baik akad nikah. Ketika yang ketiga, jam pukul 8 Marikh - Ketika ini nahas segala pekerjaan.

133

Ketika yang keempat, jam pukul 9 Matahari - Ketika ini baik bagi kira bicara dan membuat apa-apa pekerjaan dan akad nikah. Ketika yang kelima, jam pukul 10 Zuhrah- Ketika ini nahas tiada boleh buat apa-apa pekerjaan yang besar dan kata setengah pendeta, baik semuanya. Ketika yang keenam, jam pukul 11 Utarid - Ketika ini baik dan jaya dalam pekerjaan kira bicara. Ketika yang ketujuh, jam pukul 12 Bulan - Ketika ini baik bagi apa-apa pekerjaan pun. Ketika yang kelapan, jam pukul 1 Zuhal - Ketika ini nahas apa pekerjaan pun tetapi setengah pendeta, baik mendirikan rumah, menanam pokok buah-buahan.

kata

Ketika yang kesembilan, jam pukul 2 Musytari - Ketika ini baik pada pa-apa pekerjaan pun, istimewa pula pada pekerjaan menanam, seperti menanam padi, jagung dan sebagainya. Ketika yang kesepuluh, jam pukul 3 Marikh - Ketika ini tiada molek bagi turun berjalan jauh dan dekat. Ketika yang kesebelas, jam pukul 4 Matahari - Ketika ini baik bagi segala pekerjaan zahir dan batin seperti mendamaikan yang berkelahi, istimewa pula pekerjaan akad nikah dan turun berjalan jauh dan dekat. Ketika yang kedua belas, jam pukul 5 Zuhrah- Ketika ini baik bagi menghasilkan kemegahan di sisi orangorang besar negeri dan berdamping diri dengan perempuan-perempuan dan memulai apa-apa pekerjaan. Wallahu Alam ************************** AL-MALIKUL QUDDUS (

)

Ialah nama Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar. Setengah daripada khasiatnya:Siapa-siapa yang mengamalkan kedua-duanya, nescaya masyhurlah namanya dengan kebaikan dan dapat martabat yang tinggi serta bersih batinnya daripada kekotoran dosa. Sesiapa menulis bilangan nama melainkannya menjadikan wafak empat persegi (4 X 4) atas batu akik jadikannya cincin, iaitu buat pada hari Isnin bulan suci daripada najis dan pakaikan dia, nescaya berkekalanlah dengan segala kelakuan yang baik dan taatlah orang kepadanya.

************************** 134

MEMBERHENTIKAN PEREMPUAN DAN LELAKI DARI BERZINA Jika kamu berkehendak memberhentikan lelaki dan perempuan daripada berbuat zina, ambillah sekeping kertas atau kain dan tulis di atasnya:

Kemudian tanamlah kertas atau kain itu di bawah pelangkahan pintunya. Pada tempat pulan itu, tuliskan nama orang yang dikehendaki itu nama ibunya dan boleh juga diperbuat bagi perempuan. ************************** SYABSYAH ABU RIYAH (

).

Syabsyah Abu Riyah ini setengah daripada ilmu ahli Al-Rawasikh dan sudah dicuba beberapa kali sangat mujarab bagi laki-laki atau perempuan. Siapa-siapa berkehendak diperkenankan apa-apa yang dihajatinya atau hendak menghadirkan siapasiapa pergilah ke tempat yang sunyi dan jauh dengan manusia, perbuatlah gambar atas kertas lebih kurang mengikut rupa orang yang dihajati itu laki-laki atau perempuan dan gantungkan kepada angin yang bertiup kepada pihaknya. Hendaklah engkau berdiri di hadapan gambar itu dengan terbuka, kemudian baca doa yang tersebut di bawah ini 21 (dua puluh satu) kali dan mintalah khadam itu menarikkan orang yang dikehendaki sebutlah namanya dan nama ibunya. Ketika berbuat pekerjaan itu hendaklah mengadakan pembaraan yang diperbuat daripada ketumbar, jintan putih, kemenyan arab, kemenyan melayu tanaseri - maka sungguhnya akan hadirlah yang dikehendaki itu. Pada masa itu bakarlah kertas atau kain itu selalu nescaya jadilah orang-orang itu menurut apa-apa yang kamu kehendaki padanya. Ingat!! Ini kerana membaiki di antara laki bini - jangan kamu perbuat lain daripada itu, takut olehmu akan Allah, Inilah doanya:-

135

************************** HAI PENUNTUT-PENUNTUT YANG BAHAGIA!! Bahawa di bawah ini kaedah yang patut bagi seseorang mengetahuikan ketika-ketika dan hari yang jadi permulaan tahun adakah baik atau tidak, mengikut kaedah Al-Hakim Daniel katanya kalau sekiranya masuk permulaan mana-mana tahun. ************************** HARI AHAD Tahun ini bagi Al-Syams (matahari), burujnya "Al-Qasus", bintangnya Musytari menunjukkan kezaliman pemerintah-pemerintah, pembesar-pembesar, penyakit- penyakit, kemarau pun ada, buah-buahan murah, penduduk-penduduk negeri berpindah ke lain-lain tempat kerana mencari kesenangan, pada musim panas udaranya lembab basah, padanya berlaku kematian-kematian, dan pada musim sejuk udaranya banyak kering, angin pun kering juga, perniagaan bertambah maju, tumbuh-tumbuhan, tanam-tanaman subur dan ada berkat padanya, pemerintah-pemerintah dapat kemenangan. ************************** HARI ISNIN Tahun ini bagi Al-Qamar (bulan), burujnya "Al-Sarthon", menunjukkan keadilan pemerintah-pemerintah dan kebaikan rakyat, subur bumi dengan tumbuh- tumbuhan, lembu kerbau kebanyakannya beranak. Murah harga-harga jualan di pasar-pasar umpama padi, beras, jagung dan mahal ia pada bulan "bersamaan dengan Al-Jadi" hingga kepada bulan "bersamaan dengan Al-Thur" juga barang- barang umpama minyak-minyak dan pakaian-pakaian selama lima bulan, dan berlaku perkelahian dan perbunuhan-perbunuhan besar, pada musim sejuk udaranya lembut dan pada musim panas udaranya sangat keras dan banyak padanya berlaku kematian dan wabak (hawar). ************************** 136

HARI SELASA Bintangnya Marikh, burujnya "Al-'Iqrab" menunjukkan banyak kematian pembesar-pembesar daripada pemerintah-pemerintah dan ulamak-ulamak, berlaku pertelingkahan di antara pembesar-pembesar, kesusahan-kesusahan, kepayahan kepicikan di serata alam, pada musim sejuk udaranya amat sejuk dan berlaku pembunuhan-pembunuhan dan kematian kanak-kanak di dalam perut ibunya, dan juga samun menyamun (perompak) dan kerosakan, pada musim panas udaranya sangat panas, tanam-tanaman rosak, harga barang-barang mahal, dan banyak berlaku kesusahan di dalam pelayaran dan putus perjalanan darat dan berlaku permusuhan di antara pembesar-pembesar. ************************** HARI RABU Tahun ini bagi Utarid, burujnya "Al-Sanabilah", menunjukkan keadilan pemerintah- pemerintah, air sungai banyak, kanak-kanak mati, banyak pencuri, perbunuhan-perbunuhan, permusuhan-permusuhan berlaku di dalam negeri, murah padi beras pada bulan "bersamaan dengan Al-Mizan" dan naik harganya "pada bulan "bersamaan dengan Aqrob" dan murah pula pada penghabisan tahun dan akan nampak (zahir) satu bintang yang pelik tak pernah zahir pada beberapa tahun yang lepas iaitu menunjukkan banyak berlaku kejahatan-kejahatan, kerosakan, fitnah-fitnah dan permusuhan, buah-buahan banyak dan orang yang kena bunuh pun banyak. Udaranya sejuk, lelaki-lelaki kerajaan dapat pangkat kebesaran, demikian juga kadi-kadi, ulamak-ulamak, guru-guru, penulis-penulis dan orang-orang kenamaan, permainan-permainan banyak dan banyak berlaku gempa bumi dan kekurangan keuntungan berjual beli dan banyak ikan dan perburuan-perburuan darat. Kekurangan air sungai dan perigi (telaga) pada penghabisan tahun. ************************** HARI KHAMIS Tahun ini bagi Musytari, burujnya "Al-Qus" menunjukkan kematian pembesar-pembesar negeri daripada pemerintah-pemerintah, ketua-ketua- bala tentera, ulamak-ulamak, ahli-ahli kenamaan, air sungai pasang dan tidak baik barang-barang makanan kecuali pada lembu kerbau, minyak dan pakaian-pakaian, banyak perburuan laut dan darat, kerajaan negeri adil, ehwal rakyat aman sentosa, ulamak- ulamak kadi-kadi, guru-guru, ahli ugama dapat pangkat belaka, raja negeri ialah seorang yang adil lagi soleh. Angin kuat (deras) sangat, tanam-tanaman, tumbuh-tumbuhan subur dan banyak, daging minyak murah, kejahatan kurang benar, perasaan tolong-menolong kasihan belas kepada faqir miskin berjadi-jadi keriaan, kesukaan pun banyak, pendeknya ialah Tuhan yang berkat pada serata alam dunia. ************************** HARI JUMAAT Tahun ini bagi Zuhrah, burujnya "Al-Mizan", menunjukkan perubahan pemerintah-pemerintah negeri dan pembunuhan menteri-menteri dan kejatuhan pembesar- pembesar, berlaku perbalahan di antara pemangku-pemangku raja, dan permusuhan-permusuhan di antara tentera, ehwal rakyat lemah dan susah, air sungai surut sedikit, ahli-ahli perniagaan dan pertukangan dapat keuntungan dan berlaku kerosakan-kerosakan perangai umpama zina, liwat, minum arak, kebakaran, kebinasaan orang-orang musafir laut dan darat, perompak-perompak banyak, kerosakan di antara perempuan-perempuan, perceraian pun banyak, murah harga padi beras dari bulan "bersamaan dengan al-mizan hingga 137

bersamaan dengan "Al-Jadi" kemudian mahal semula. Keadilan pemerintah berhenti seketika beberapa bulan, rakyat-rakyat negeri dalam huru-hara, kemudian berubahlah kesusahan itu kepada kesenangan, kesukaan, kebaikan, kenikmatan dan keberkatan selama lebih kurang tujuh bulan, kemudian pula berlaku kematian ramai, kebanyakannya daripada perempuan-perempuan dan rosak segala tanamtanaman, tumbuh- tumbuhan dan lainnya - pendeknya ialah tahun yang tidak kebajikan. ************************** HARI SABTU Tahun ini bagi Zuhal, burujnya "Al-Jadi", menunjukkan orang-orang hina (rendah) menduduki kerusikerusi kerajaan, perseteruan di antara orang ramai, berlaku kemarau dan kelaparan air sungai pasang besar dan berlaku wabak (hawar) , kematian orang-orang tua, ulamak-ulamak, ahli-ahli kenamaan, kadikadi dan orang-orang yang tak pernah berkata-kata pun dapat berkata-kata, pertukangan- pertukangan banyak hampir tidak laku, kerugian ahli-ahli perniagaan, kenaikan hasil-hasil cukai, dan kezaliman ahliahli ugama, ulamak, hukum kadi tidak dihiraukan, maka banyaklah kerosakan-kerosakan, kejahatankejahatan, ahli pengarang dihinakan dan dizalimkan, berlaku perbunuhan di antara orang bangsa negeri dan perhubungan perjalanan diputuskan, pemerintah-pemerintah sangat bersusah payah, dan mati kanak-kanak di dalam perut ibunya pada penghabisan tahun ini - kemakmuran, keluasan, keamanan, keadilan dan banyak penyakit kanak-kanak. (Kata ulama): Bahawa semua segala tahun-tahun itu tetap bagi zuhal, tetapi jika ada ia (zuhal) iaitu pada buruj yang dibangsakan kepada air maka menunjukkan banyak hujan pada tahun itu (bah besar) umpama taufan dan kemakmuran di dalam negeri, jika ada ia (zuhal) itu pada buruj angin, kebanyakan mahal barang-barang dan murahnya sederhana jua, kalau sekiranya pada buruj api menunjukkan banyak penyakit-penyakit, hujan pun sedikit (kemarau) kejahatan banyak, jika ada ia pada buruj tanah, menunjukkan banyak kematian dan anginnya panas. wallahua'lam. Tersebut di dalam Syamsul Maarif, kata setengah ulamak pada firman Tuhan:

Ertinya : "Maha Suci Allah Taala yang menjadikan di petala langit beberapa buruj (petak-petak) iaitu bagi 12 bintang, 1. Al-Himal, 2. At-Thur, 3. Al-Jawza’, 4. Al-Sarthon, 5. Al-Asad, 6. Al-Sanabilah, 7. Al-Mizan, 8. Al-Aqrob, 9. Al-Qus, 10. Al-Jadi, 11. Ad-Dalu dan 12. Al-Hut. Maka Hamal dan Aqrob pada ketika Marikh, dan At-Thur pada ketika Zuhrah, ZuHadis Riwayatah, Jawza’ dan Sanabilah pada ketika Utarid, Sarthon pada ketika Qamar, Asad pada ketika Syams, Hut pada ketika Musytari, Jadi dan Dalu pada ketika Zuhal. Dan segala bintang-bintang itu dibahagi pula tiga bahagi mengikut tabiat empat (air, tanah, api dan angin) yang digelarkan dia (

) sambungan tiga bagaimana jadual yang di bawah ini:-

138

Maka hendaklah kamu pilih mana-mana ketika yang munasabah dengan pekerjaan- pekerjaan kamu itu supaya sempurna segala-cita-cita kamu, misalnya: Jika di bintang itu pada sambungan api hendaklah berbuat padanya pekerjaan yang membetuli dengan (anasir) tabiat seseorang. ************************** HITUNGAN MENGETAHUIKAN TABIAT SESEORANG DENGAN JALAN BURUJ DAN BINTANG-BINTANG. Jumlahkan bilangan huruf nama orang yang dikehendaki serta dengan nama ibunya, kemudian tolak dua-dua belas: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12.

Jika tinggal 1, burujnya Al-Hamal bintangnya Marikh - api. Jika baki 2, burujnya At-Thur bintangnya Zuhrah - tanah. Jika baki 3, burujnya Al-Jawza' bintangnya Utarid - angin. Jika baki 4 burujnya Al-Sarthon bintangnya Qamar (bulan) - air. Jika baki 5, burujnya Al-Asad bintangnya Syams (matahari) - api. Jika baki 6, burujnya Al-Sanabilah bintangnya Utarid - tanah. Jika baki 7, burujnya Al-Mizan bintangnya Zuhrah - angin. Jika baki 8, burujnya Al-Aqrob bintangnya Marikh - air. Jika baki 9, burujnya Al-Qus bintangnya Musytari - api. Jika baki 10, burujnya Al-Jadi bintangnya Zuhal - tanah. Jika baki 11, burujnya Al-Dalu bintangnya Utarid - angin. Jika baki 12 burujnya Al-Hut bintangnya Musytari - air. ************************** BILANGAN HURUF-HURUF ALIF, TA HINGGA AKHIR

Ketahuilah olehmu bahawa telah menghantar ulamak-ulamak falak bilangan-bilangan bagi tiap-tiap satu daripada huruf-huruf alif ba ta yang 28 huruf itu bagaimana bacaan-bacaan di bawah ini:-

139

140

Ada enam huruf Melayu dipakai di dalam bahasa melayu dan ada bagi huruf melayu ini bilangan yang disebutkan di dalam kitab buku "Katan Jauhar" (kamus melayu):

Tetapi telah difahamkan bahawa bilangan huruf-huruf melayu itu tidak dipakai bagi perjalanan ini dan hendaklah digantikan huruf dengan

,

dengan

dengan

,

dengan

,

dengan

,

dengan

,

.

Nama tambahan atau nama bangsa keturunan tidak boleh diambil bilangan hurufnya, hanya yang boleh diambil dipakai nama yang diletak oleh ibu bapanya sahaja, kiaslah kepada yang lain. ************************** 141

PADA MENGETAHUIKAN RAHSIA-RAHSIA SEGALA HURUF, KHADAM-KHADAM DAN KHALWATNYA. HURUF ALIF ( ) Ketahui olehmu huruf Alif ini awal-awal kejadian huruf iaitu bilangan satu ialah kandungan rahsia tuturan atau percakapan. Adapun huruf-huruf yang lain kandungan rahsia perbuatan jua, huruf ini memberi sebab-sebab, kesan-kesan, ketinggian bagi mereka yang berkekalan amalannya zahir dan batin dan di bawah kehendaknya segala isi alam ini, yang semuanya daripada kurniaan Tuhan Yang Maha Kuasa. Ketahuilah huruf Alif ini pati segala kejadian alam dan perhinggaan kemuncak kemuliaan yang amat tinggi, yang membawa kepada setinggi-tinggi rahsia kesempurnaan. Huruf Alif kandungan rahsia nama Allah al-Qayyum dan ialah permulaan huruf isim Allah Al-A'zom, permulaan Al-Fatihah, permulaan segala surah-surah, huruf ini dibangsakan kepada (nurani) cerah cuaca, baginya beberapa khasiat yang banyak. Daripada khasiat huruf ini jika ditulis 1,000 (seribu) kali di secopeng kain sutera dan ditanggung oleh kanak-kanak yang bodoh, nescaya cerdik dan kuat ingatan. Jika ditulis sebanyak bilangan asalnya 111 (seratus sebelas) kali dikembarkan bersama-samanya nama engkau dan nama orang yang dikehendak dan ditanggungnya, nescaya dapat kasihan belas dan mudahlah segala pekerjaan. Jika ditulis huruf ini serta nama engkau nescaya dikasihi oleh tiap-tiap orang atau nama yang dikehendaki pada hari Ahad pada ketika As-Syams dan ditanggungnya nescaya dikasihani olehnya. Jika ditulis wafak huruf ini bilangannya 111 (seratus sebelas) kali dengan bilangan nama yang berkehendak serta nama yang dikehendak di atas emas pada ketika Al-Qamar pada burujnya Al-Hut, bertentangan dengan bintangnya dibaca bacaan serta doa pada waktu menurunkan angka-angka atas emas itu, nescaya dapatlah apa-apa yang dikehendak. Jika engkau hendak ke tempat perbendaharaan di dalam gua atau di dalam tanah tulis huruf alif serta nama khadam dan bacaannya dan engkau tanggung, nescaya terbuka dan tidak tertutup pintu perbendaharaan itu. Jika ditulis huruf ini bilangannya 111 (seratus sebelas) di batu serta bacaaanya, diletak di tempat harta benda dan engkau berkata: "Ayuhai khadam huruf ini, pelihara olehmu akan harta ini, nescaya terpeliharalah." Jika dirupakan rupa kibas dengan kulit atau perutnya dan ditulis bilangan huruf alif dengan nama khadam, kemudian diletak di binaan-binaan atau rumah-rumah nescaya runtuh ia. Jika hendak dijadikan pengasih tulis nama orang yang berkehendak dan nama orang yang dikehendak serta dengan nama ibu keduanya dengan bilangan huruf alif, himpunkan semua-semua itu pada hari Ahad pada ketika Al-Syams pada burujnya Al-Asad dan tulis segala huruf-huruf itu di sekeping kaca atau di secopeng kain sutera atau tulis wafaknya pada ketika dan burujnya diperasap dengan kemenyan pada waktu menulis, maka orang yang dikehendak itu tidak tertahan daripada menyerahkan dirinya kepada engkau.

142

Ada satu aturan lagi bagi menjadikan pengasih - hendaklah tulis nama orang yang berkehendak dengan nama orang yang dikehendak dengan huruf bercerai-cerai pada wafak ruangan empat, dan tulis padanya nama khadam di penjuru wafak itu, dan tulis huruf alif pada tiap-tiap penjuru tiga puluh kali, kecuali penjuru yang keempat, hendaklah tulis sebanyak tiga puluh satu kali, jadi jumlah semuanya seratus dua puluh satu kali, di sekeping emas beratnya dua misqal (bersamaan dengan tiga dirham berat) pada hari Ahad dan perasap dengan benda-benda yang dikeluar daripada bilangan hurufnya, kemudian tanggunglah, nescaya dikasihani olehnya. Jika ditulis huruf ini dengan nama khadamnya di sebilah pisau, kemudian diisyarat mengeratkan penyakit di limpa, pitam atau pengsan, nescaya sembuh ia. Dan lagi daripada khasiat huruf ini bagi melindungkan diri daripada pandangan orang hendaklah lumur kulit burung hantu dengan inai dan syabat kemudian tulis huruf ini, nama khadam, doa dan bacaannya, dan pakailah di atas kepala engkau nescaya terlindunglah engkau daripada pandangan orang. Jika diceraikan huruf ini di tapak ruangan enam pada ketika Syaraful Syam di bintang Marikh di sekeping kertas ditulis dengan dakwat merah dan ditanggung oleh siapa pun, nescaya kebal tubuh badannya. Jika ditulis huruf ini dengan darah di atas tangan kanan oleh tangan kiri engkau pada ketika Al-Qamar di bintang An-Natoh, bertentangan dengan Marikh kemudian engkau letak tangan kanan ke atas dada orang tidur atau berjabat tangan dengan orang yang sedar (jaga) nescaya bercakaplah ia dengan bermacam-macam perkataan yang ajaib. Dan bagi huruf ini khalwat dan riadah selama dua puluh lapan (28) hari, pada hari-hari berkhalwat itu hendaklah bersih dan suci (zahir dan batin). Bagi mendatangkan khadamnya hendaklah baca doa dan bacaannya (akan datang) tiap-tiap lepas sembahyang fardhu seratus sebelas kali, inilah bacaannya pada ketika itu:

InsyaAllah bercuacalah tempat khalwat itu, dan nampaklah khadam huruf ini di antara langit dan bumi. Mintalah daripadanya apa yang engkau kehendak. Adapun doa huruf Alif ini jika engkau baca jadikan wirid yang berkekalan nescaya diperkenankan oleh segala 'awalim (malaikat rohani dan sebagainya) dan dikasihani oleh manusia, inilah doanya:-

143

Inilah bacaan huruf "Alif':

************************** HURUF BA (

)

Tabiatnya sejuk kering. Huruf ini kandungan rahsia wujud dan penunjuk pada mengesakan Allah. Sungguhnya dimulia oleh Tuhan yang menjadikannya permulaan Bismillah dan ialah permulaan kitab yang diturunkan kepada Nabi Allah Adam dan nama segala benda-benda. Ketahui olehmu apakala menurun Jibrail Quran yang maha mulia kepada junjungan kita Muhammad S.A.W. menyuruh ia membaca, dan sifat Allah Taala.

maka (

) pada

itu mengandungi pengertian zat

Dan lagi manakala Tuhan menjadikan huruf ( ) ini Allah Taala menjadikan sertanya dua puluh empat malaikat-malaikat (khadamnya) yang tidak terbilang banyaknya malaikat-malaikat yang di bawah jagaannya membesarkan Allah Taala; Oleh itu huruf ( pembukaan segala kitab-kitab.

) ini anak kunci perbendaharaan rahsia dan

Ketahui olehmu jika ditulis huruf ( ) sebanyak bilangan asalnya (empat) dengan nama Allah permulaannya ba ditanggung oleh orang yang kepicikan dan kepayahan rezeki, nescaya dapat keluasan ia. Jika ditulis seperti yang tersebut di pinggan, dihapuskan dengan air kemudian diminum oleh orang yang penyakit kurus kering, nescaya sembuh ia. 144

Dan jika ditulis huruf (

) enam belas kali dan sembilan belas kali dengan firman Tuhan:

nescaya berguna bagi segala pekerjaan dan tujuan yang baik-baik. Jika ditulis huruf ( ) dengan nama yang berkehendak serta nama yang dikehendak dengan segala nama Allah (Asmaul Husna) serta bacaannya pada ketika Al-Qamar, dibintang "Al-Batin" dan ditanggung, nescaya dapat kasihan belas, dan mudah segala pekerjaan, diperkenankan apa-apa yang dihajat. Jika hendak jadikan pengasih, tulis huruf ( berkata engkau:

) enam belas kali serta bacaannya enam belas kali dengan

pada malam seharibulan (nampak anak bulan) apakala selesai menulisnya berhadaplah engkau ke pihak bulan dan letaklah kertas itu di muka engkau dan hapuskanlah tulisan itu dengan lidah engkau. Peraturan ini hendaklah dibuat hingga empat belas haribulan (bulan purnama) nescaya datanglah khadam yang menunaikan segala kehendak.

Siapa-siapa tulis huruf ( ) dengan serta nama-nama Allah yang permulaannya ba dan bacaannya dan ditanggung, nescaya kuatlah amal ibadatnya. Siapa-siapa tulisnya enam belas (16) kali di tiga keping kertas kemudian dibubuh dalam air diberi minum kepada orang demam nescaya sembuh ia. Jika hendak jadikan pengasih di sisi semua makhluk, tulislah huruf ( ) atas sekeping perak dan bubuh permata yaqut ( dapat apa-apa yang tersebut.

) serta dengan isim "budduh" (

) kemudian engkau pakailah, nescaya

Wafak huruf ( ) ruangan empat jika diletakkan di dinding rumah, nescaya tidak dimasuk oleh pencuri, jika hendak mengeringkan air di dalam kolam atau telaga tulislah wafaknya di sekeping bata jatuhkan ke dalam air nescaya kering ia. Jika hendak melindungkan diri daripada seteru hendaklah baca doa huruf ini di segenggam debu tanah atau pasir, kemudian tabur di hadapan mereka itu, nescaya tertutup mata dan lidahnya terkunci. Inilah doa huruf (

):-

145

Inilah bacaannya:-

Tambahan di dalam kitab Syamsul Maarif Al-Kubro Huruf Ba’ ************************** HURUF JIM (

)

Tabiatnya huruf ini sejuk belengas yang dibangsakan kepada "Jamal" keelokan dan "Jalal" kebesaran. Jika ditulisnya dengan nama-nama Allah yang permulaannya huruf jim di kertas atau di pinggan, diberi minum air kepada orang yang demam panas nescaya sembuh ia. Jika ditulis bagaimana yang tersebut di sekeping kulit dengan dakwat merah, serta bacaannya dan ditanggung, nescaya jadi pengasih. Ketahui olehmu bahawa 'awalim huruf inilah yang menanggung pekerjaan melembut kepanasan matahari supaya tidak terbakar segala makhluk. Oleh yang demikian jika ditulis huruf ini di cincin serta tulis bacaannya kemudian membaca doanya dan membaca huruf jim lima puluh tiga kali kemudian engkau tanggung, nescaya tidak merasai dahaga. Jika hendak mendatangkan khadam huruf ini, hendaklah berkhalwat tubuh, tempat yang suci dan tulis rupa huruf jim dijadikan azimat pakai di kepala engkau dan hendaklah baca doanya tiap-tiap lepas sembahyang. Maka datanglah khadam nama "Tho’aya’ail" dan berjanjilah dengan apa-apa yang engkau kehendaki.

146

Inilah doa huruf (

):-

Inilah bacaannya:-

************************** HURUF DAL (

)

Huruf ini sejuk belengas, huruf ini kandungan rahsia perkekalan jika hendak jadikan pengasih, tulislah huruf dal ini di pinggan serta tulis nama orang yang berkehendak dan nama orang yang dikehendaki dan nama ibu keduanya dan baca segala isim yang bermakna perkasihan - daripada Asma' ul-Husna sebanyak bilangan huruf isim-isim itu. Airnya diberi minum kepada orang yang dikehendaki, nescaya sampailah hajatnya. Jika ditulis huruf ini tiga puluh enam huruf atau dibuat wafak dengan bilangannya dan tulis huruf itu pada sekelilingnya sebanyak bilangannya dan dipakainya nescaya dapat berkat pada kehidupannya. Jika ditulis di secopeng kain dua puluh enam kali dengan firman Tuhan:-

147

(hingga akhir surah) dan nama khadam serta bacaannya, nescaya dapat melihat rahsia kebesaran Allah Taala yang tidak terhingga. Huruf ini ada baginya riadah dua puluh lapan hari dan berkhalwat selama empat belas hari kemudian daripada sudah beriadah itu dan baca doanya tiap-tiap lepas sembahyang, nescaya datanglah khadam bernama Syalahail. Inilah doanya:-

Inilah bacaannya:-

************************** HURUF HA (

)

Tabiat huruf ini dibangsakan kepada hawa-i, rohani dan batini ( ). Jika ditulis dua puluh lima kali dengan nama dan nama ibu yang dikehendak di secopeng kain biru dijadikan sumbu pelita serta membaca bacaannya dengan niat pada tempatnya di dalam doa (akan datang) nescaya datanglah orang yang dikehendak itu.

Jika ditulis empat puluh lima (45) kali dengan nama Allah ( nescaya Allah Taala tambahkan kecerdikan dan fahamannya.

) ditanggung oleh orang yang bodoh,

Jika ditulis huruf ( ) atau bilangannya dibuat wafak pada cincin emas atau perak pada hari Jumaat ketika Al-Qamar di bintang “Al-Hina’ah” ditanggungkan dia, nescaya dapat kehebatan dan kebesaran. Jika hendak menahankan daripada bermimpi yang karut-karut hendaklah tulis huruf ini dengan bacaannya diletakkan dia atas kepala, nescaya tidaklah bermimpi ia.

148

Jika seorang sakit tidak diketahui apakah penyakitnya hendaklah tulis huruf ini tujuh kali di pinggan diberi minum airnya kepada orang itu, nescaya bermimpi melihat ia akan penyakitnya di dalam tidur. Jika dibuat wafak huruf ini dengan ditulis nama dan nama orang yang dikehendak dan dicampur dengan nama dan nama ibu orang yang dituntut kemudian dipakai olehnya, nescaya jadi pengasih. Huruf ini ada khalwat selama empat puluh lima (45) hari bagi mendatangkan khadam hendaklah baca doanya tiap-tiap lepas sembahyang serta bacaannya empat puluh lima kali, nescaya dapatlah khadamnya menunaikan hajat. Inilah doanya:-

Inilah bacaannya:-

************************** HURUF WAU (

)

Huruf ini huruf pengasih, khasiatnya menyembuhkan penyakit cerah perut. Jika ditulis huruf ini atas rupa bahu dan baca bacaannya kemudian ditanggung oleh orang itu, nescaya sembuh ia. Jika ditulis huruf ini dengan nama Allah yang permulaannya huruf wau dan baca bacaannya, nescaya jadi pengasih. Huruf ini ada baginya khalwat, hendaklah terlebih dahulu tulis wafak huruf ini di cincin emas pada ketika al-qamar di bintang huruf ini diperasap dengan kayu gaharu dan mustoka dan baca doa serta bacaannya (di bawah ini) empat puluh lima (45) kali tiap-tiap lepas sembahyang, nescaya datanglah khadam menunaikan segala hajat. Inilah doanya:-

149

Inilah bacaannya:-

************************** HURUF ZAI (

)

Tabiatnya sejuk belengas, khasiatnya menjinakkan binatang-binatang liar, huruf ini ada pada nama Allah Al-Razaq dan Al-Aziz. Siapa jadikan wafak bilangannya dan bilangan “Al-Aziz” pada hari Khamis ketika Al-Qamar di bintang Musytari dan dipakai, nescaya dapat kemuliaan dan kehebatan di antara segala 'awalim. Jika ditulis huruf ini pada ketika dan bintang yang tersebut pada tulang betis unta, nescaya yang menanggungnya tidak letih daripada perjalanannya dan jika tidur ia di mana-mana tempat pun tidak diusik oleh binatang-binatang buas. Jika engkau berkehendak hujan, tulislah huruf ini di kulit (belulang) kambing hitam, kemudian letakkan di kepala biri-biri serta berdoa dan membaca bacaannya dengan bersungguh-sungguh bergantung kuat kepada Allah Taala dan berkata engkau:

insyaAllah turunlah hujan. Jika ditulis huruf ini dihapuskan dengan air dan dicampur pada makanan atau minuman, nescaya dapat berkat kepadanya. 150

Jika ditulisnya pada ketika qamar di bintangnya, di sekeping perak serta bacaannya diletak di dalam bekas minyak nescaya dapat berkat padanya. Jika ditulis huruf ini serta bacaannya dan ditanggungkan dia, nescaya luaslah rezekinya. Jika ditulis wafak huruf ini dengan kasturi dan za'faran nescaya jadi pengasih. Huruf ini ada baginya khalwat mendatangkan khadam hendaklah berdoa dan membaca bacaannya tiaptiap lepas sembahyang dua puluh satu kali dan perasap dengan za'faran, zabib (kecil) dan butir zaitun hendaklah diwafak di atas cincin dan pakainya pada masa berkhalwat. Inilah doanya:-

Doa ini jika dibaca di tempat binatang-binatang hutan, nescaya datanglah ia kepada engkau (jinak). Inilah bacaannya:-

************************** HURUF HA (

)

Huruf ini rahsia hidup bilangannya lapan, khasiatnya jika ditulis huruf ini dengan bilangan nama orang sakit serta dengan tiap-tiap isim daripada Asma'ul-Husna yang permulaannya ( dengan manisan lebah selama dua minggu nescaya sembuh ia.

151

) diberi minum airnya

Siapa-siapa buat berzikir segala isim-isim Allah yang permulaannya ( ) pagi petang pada musim panas atau musafir ia pada ketika panas, nescaya tidak merasai kepanasan matahari atau dahaga ia. Jika ditulis huruf ini serta nama khadam dan bacaannya dan ditanggungnya nescaya jadi pelemah syahwat. Huruf ini ada baginya khalwat dan doanya tiap-tiap lepas sembahyang lapan belas (18) kali:-

Inilah bacaannya:-

************************** HURUF THO (

)

Huruf ini perhimpunan dua kepanasan, jika ditulis pada ketika Al-Qamar sembilan kali (

) dan lima kali

( ) serta bacaannya dan nama khadam nescaya dapat mengalah segala 'awalim. Jika ditulisnya dan ditanggung oleh orang yang sakit kepala nescaya sembuh ia. Jika ditulis sembilan (9) kali ( ) dan lima (5) kali ( ) pada ketika Al-Qamar di tempatnya (di manzilahnya) dan ditanggung oleh kanak-kanak kecil nescaya tidak diusik oleh binatang-binatang buas. Jika ditulis lapan puluh satu (81) kali ( ) pada ruangan sembilan empat persegi di kulit belulang kijang pada empat belas haribulan dan ditanggungnya oleh orang yang hendak musafir (berjalan jauh) nescaya tidak letih di dalam perjalanannya.

152

Jika ditulisnya dan ditulis kelilingnya bacaan huruf ( ) dan digantungnya di mana-mana kedai, nescaya jadi pelaris dan siapa-siapa tanggungnya dapatlah rezeki yang banyak. Jika diletakkan di bawah bantal tidur, nescaya terpelihara daripada bermimpi yang karut-karut. Jika dibaca lapan puluh satu (81) kali ( fahamannya.

) oleh kanak-kanak yang bodoh, nescaya bertambahlah

Huruf ini ada baginya khalwat dan riadah empat belas hari dan berdoa 81 (lapan puluh satu) kali tiaptiap lepas sembahyang sembilan hari nescaya zahirlah khadam bernama “Athoail”. Inilah doanya:

Inilah bacaannya:

************************** HURUF YA ( Tabiatnya api daripada huruf alam kursi, jika ditulis (

) ) sepuluh kali serta nama-nama Allah yang

permulaannya ( ) dan diminum airnya oleh orang yang baharu mulai masuk di dalam amalan suluk nescaya padamlah kepanasan hawa nafsu. Jika ditulisnya seratus kali di kulit (belulang) serta bacaannya dan diberi minum airnya kepada orang yang kuat mengikut hawa nafsunya dan berbuat maksiat- maksiat nescaya hilanglah keinginannya dan berhadaplah kepada membuat amal-amal yang soleh jika ditulis sebanyak bilangan yang tersebut di perkakas penggali telaga nescaya lekaslah keluar air dan dapat berkat padanya. Sungguhnya huruf (

) ini daripada isim Allah Taala maka mana-mana permohonan yang tidak dimulai

dengan (

) adalah permohonan itu lambat diterima oleh Allah.

) serta (

153

Huruf ini ada baginya riadah dan khalwat, khadamnya “Harqiyail”, cahayanya putih, inilah doanya:-

Inilah bacaannya:-

************************** HURUF KAF (

)

Ketahui olehmu bahawa huruf ( ) ini rahsia segala kejadian, Asal rupanya tiga Alif khasiatnya ialah khasiat huruf Alif. Huruf ini ada khadam warnanya hijau. Inilah doanya: -

154

Inilah bacaannya:-

************************** HURUF LAM (

Ialah satu huruf permulaan Asmaul Izhom (

)

) dan salah satu daripada huruf

dan ada pada isim latif, siapa-siapa faham akan rahsia huruf ini nescaya tinggilah hemahnya. Siapa-siapa tulis sebanyak tujuh puluh satu kali diberi minum airnya kepada orang sakit nescaya sembuh ia. Huruf ini ada baginya khalwat dan riadah mendatangkan khadam dan berdoa dua puluh lima kali tiaptiap lepas sembahyang, maka datanglah khadam kepada engkau menyempurnakan hajat. Inilah doanya:-

155

Inilah bacaaanya:-

************************** HURUF MIM (

)

Huruf ini ada baginya tiga 'awalim: Alamul Muluk, Alamul Malakut, Alamul Jabarut. Jika ditulisnya serta dengan ayat “Muhammad Rasulullah” hingga akhir ayat dan ditanggungnya nescaya terbuka baginya beberapa rahsia yang tersembunyi. Jika ditulisnya dengan isim-isim yang permulaannya ( ) empat puluh isim dan ditanggungnya nescaya dapat kehebatan. Jika ditulisnya dengan nama khadam serta bacaannya dan disarung dengan emas atau perak pada ketika al-qamar pada buruj “Al-Hut” nescaya jadi pengasih.

156

Huruf ini ada baginya khalwat dan riadah mendatangkan khadam yang menunaikan hajat maka hendaklah berdoa empat puluh kali tiap-tiap lepas sembahyang dalam masa khalwat. Inilah doanya:-

Inilah bacaannya:-

************************** HURUF NUN (

)

Huruf ini dibangsakan kepada (nurani) cerah dan (zalamani) gelap. Tabiatnya sejuk kering. Jika ditulisnya di sekeping timah serta dengan nama khadam diletak di dalam sungai atau laut, nescaya datanglah berkerumun segala ikan di tempat itu. Jika diletakkan di hutan rimba, nescaya datanglah binatang perburuan. Jika ditulis huruf ini serta dengan segala isim-isim daripada Asma'ul-Husna yang permulaannya huruf ( ) dan ditanggungnya nescaya terbukalah segala pintu rezeki.

157

Jika engkau hendak mengambil harta perbendaharaan di mana-mana tempat, hendaklah tulis huruf ini di batu dan letak pada tempat itu, bolehlah engkau ambil daripadanya sebanyak mana-mana dengan keadaan engkau membaca doanya pada ketika itu. Huruf ini ada baginya khalwat dan riadah mendatangkan khadam dengan membaca doanya lima puluh kali serta bacaannya tiap-tiap lepas sembahyang dalam masa khalwat. Inilah doanya:-

Inilah bacaannya:-

************************** HURUF SIN (

)

Tabiatnya kering panas, jika ditulis huruf ini serta bacaannya dan dipakai oleh orang sakit di kepala nescaya sembuh. Jika ditulisnya serta dengan segala isim-isim yang permulaannya ( ) di secopeng kain sutera, dan ditulis padanya surah Yasin (hingga akhir) dan ditanggung nescaya dikasihani oleh orang. Jika ditulisnya di sebutir telur kemudian direbus, dan diberi makan perempuan payah beranak, nescaya mudahlah beranak. Jika ditulisnya di suatu bekas airnya dibuat basuh luka atau bisul dan umpama, nescaya sembuh..

158

Huruf ini ada khalwat dan riadah bagi mendatangkan khadam, maka hendaklah baca doanya tiap-tiap lepas sembahyang sembilan puluh kali nescaya datanglah khadam bernama “Tohfiail” menunaikan hajat. Inilah doanya:-

Inilah bacaaanya:-

************************** HURUF 'AIN ( ) Tabiatnya sejuk belengas, jika ditulis sebanyak bilangannya dengan isim-isim yang permulaannya ( ) di secopeng kain pada ketika al-qamar di manzilahnya, maka jadilah pengasih dan mentaatkan segala makhluk. Jika ditanggung copengan kain itu oleh kanak-kanak yang bodoh, nescaya bertambahlah fahamannya.

Jika ditulis huruf ini dengan firman Tuhan: sesak nafas nescaya sembuh.

, diberi minum kepada orang yang

Jika ditulis pada hari Jumaat serta bacaan di secopeng kain sutera putih dan dibungkus dengan perak atau emas, maka jadilah pengasih. Huruf ini ada khalwat dan riadah bagi mendatangkan khadam. Inilah doanya:-

159

Inilah bacaannya:-

************************** HURUF FA (

)

Tabiatnya panas belengas (di antara dua kepanasan) khasiatnya menuturkan kanak-kanak yang bisu, Jika ditulis sebanyak bilangannya serta bacaannya ditanggung oleh kanak-kanak itu nescaya membawalah sedikit-sedikit kepada berkata-berkata dengan sempurna. Inilah doanya:-

160

Inilah bacaannya:-

************************** HURUF SHAD (

)

Huruf ini satu daripada huruf Asma Allah Al-Izhom ( ). Jika ditulis di secopeng kain sutera dengan nama khadam serta bacaannya dibungkus dengan emas atau perak dan dipakai, maka jadilah pengasih yang mendatangkan kebajikan dan kebaikan dan terpelihara daripada usikan-usikan, khasiatnya lebih kurang serupa dengan khasiat huruf jim (

).

Huruf ini ada baginya khalwat dan riadah mendatangkan khadam, hendaklah baca doa dan bacaannya tiap-tiap lepas sembahyang tujuh puluh kali dan doa ini jika dibaca buat berkekalan nescaya kuat ia mengamalkan amal ibadat. Inilah doanya:-

161

Inilah bacaannya:-

************************** HURUF QAF (

)

Tabiatnya kering pada darjah yang kelima. Khasiatnya jika ditulis huruf ini serta segala nama-nama Allah yang permulaannya ( nescaya jadi pengasih.

) di secopeng kain sutera dibungkus dengan emas atau perak dan dipakai,

Jika hendak menolakkan kejahatan seteru atau hendak menahankan tutur kata orang atas engkau, hendaklah tulis huruf ini seratus kali serta nama yang dikehendaki pada sekeping kertas digantungnya di hawa (angin) nescaya jadilah bagaimana yang dikehendak itu. Jika ditulis di atas sekeping perak serta dengan firman Tuhan:

162

dan ditanggungnya, nescaya mudahlah dapat rezekinya. Huruf ini ada baginya khalwat dan riadah mendatangkan khadam, hendaklah berdoa serta bacaan tiaptiap lepas sembahyang seratus kali dengan memakai rupa huruf ini di kepala engkau nescaya datanglah khadam itu bercahaya-cahaya umpama matahari. Inilah doanya:-

Inilah bacaannya:

************************** HURUF RA’ (

)

Tabiatnya sejuk pada darjah yang kelima jika ditulis huruf ini pada ketika Al-Qamar di bintangnya, pada sekeping timah dan ditanggungnya nescaya jadilah pembukaan rahsia kebesaran Allah kepada engkau. Jika ditulisnya dan diletakkan ke dalam bekas penjirus tanam-tanaman nescaya subur dan berbuahlah. Huruf ini ada baginya khalwat dan riadah mendatangkan khadam, hendaklah doa dan bacaannya tiaptiap lepas sembahyang, inilah doanya:163

Inilah bacaannya:-

Doa ini lebih kurang sama dengan Doa Untuk Mendapatkan Bantuan Ghaib/Ruhaniyah, AsSyaikh Ali Al-Makki R.A, Ini adalah suatu warisan yang berharga dari Ulama salafus-sholih. Doa ini termasuk doa besar. Di ajarkan oleh As-Syaikh Ali Al-Makki R.a. Beliau menceritakan suatu kesulitan yang pernah dialaminya. Terjadi perselisihan faham yang mengancam keselamatan jiwa beliau. Keadaan itu membuat beliau susah dan cemas. Sampai suatu hari didapatinya di dalam sakunya sepotong kertas berisi sebuah lafaz doa. Dan beliau sedar betul bahawa tidak seorang pun yang memberikan kertas berisi doa tersebut kepadanya. Yang menghairankan lagi pada malamnya beliau bermimpi bertemu seseorang yang berpakaian lazimnya dipakai orang-orang soleh yang zahid. Dan berkata padanya,” Kami berikan doa itu padamu, maka engkau berdoalah dengannya. Nescaya engkau akan selamat dan lolos dari kesulitan yang menimpamu.” ************************** HURUF SYIN (

)

Tabiatnya panas belengas, khasiatnya membaiki di antara yang berkelahi. Hendaklah tulis huruf serta dengan nama yang dikehendaki dan bacaannya pada ketika yang baik dan ditanggung nescaya hasillah kebaikan di antara keduanya. Jika ditulis huruf ini dengan terbalik atas timah serta bacaannya dan ditanam pada tempatnya nescaya jadi pembenci dan memperkelahikan. Jika ditulisnya serta dengan nama-nama Allah yang dimulai dengan huruf (

) dan ditanggungnya, nescaya luaslah rezekinya dan dapat kehebatan dan kebesaran.

164

Huruf ini ada baginya riadah dan khalwat selama dua puluh lapan hari serta berdoa dan membaca bacaannya seberapa yang kuasa, nescaya datanglah khadam yang menunaikan segala hajat. Inilah doanya:-

Inilah bacaannya:-

************************** HURUF TA (

)

Tabiatnya sejuk kering, khasiatnya jika ditulis huruf ( ) sebanyak bilangannya serta bacaannya dan surah Al-Mulk dan ditanggungnya nescaya jadi penahan daripada bermimpi-mimpi karut di dalam tidur. Huruf ini ditulis bagi menahankan seseorang daripada bertutur kata bahawa ditanam di bawah bendul pintu yang dikehendaki. Huruf ini ada baginya khalwat dan riadah selama dua puluh lapan hari dan datanglah khadamnya bernama “Nuyaiil” cahayanya umpama matahari, menolong ia akan kamu. Inilah doanya:-

165

Inilah bacaannya:-

************************** HURUF TSA (

)

Tabiatnya sejuk kering, jika ditulis huruf ini serta dengan bacaannya di sekeping perak dan di tanggung oleh orang yang demam, nescaya sembuh. Khasiatnya lebih kurang serupa dengan huruf Alif. Huruf ini ada baginya khalwat dan riadah selama empat puluh satu hari dengan berdoa serta bacaannya tiap lepas sembahyang. Inilah doanya:-

Inilah bacaannya:-

166

************************** HURUF KHA (

)

Huruf ini dibangsakan kepada air, tabiatnya sejuk kering khasiatnya jika ditulis dengan tulisan terbalik di sekeping bata (yang belum dibakar) serta bacaannya dan dihancurkan (bata itu) di dalam air yang diambil daripada pancur atau sungai kemudian dicuah di tempat orang yang berbuat maksiat, nescaya berpecah belah mereka itu dengan izin Allah Taala. Jika ditulis di sekeping timah dan ditanam di tempat berjual beli, nescaya tidak laku perjualan itu. Jika ditulis wafak huruf ini di perut jari engkau serta bacaannya dan berkata engkau: “ayuhai fulan, takutlah kepada aku!” serta membuka tangan engkau di hadapannya, nescaya takut ia kepada engkau. Inilah doanya:-

Inilah bacaannya:-

************************** HURUF DZAL (

)

Tabiatnya panas basah, iaitu kandungan panas dan sejuk. Khasiatnya jika ditulis huruf ini dan ditanggung oleh orang yang musafir nescaya tidak merasai penat atau lelah. Huruf ini ada baginya riadah dan khalwat mendatangkan khadam dengan membaca doanya sebanyak seratus kali tiap-tiap lepas sembahyang nescaya datanglah khadam menunaikan segala hajat engkau. 167

Inilah doanya: -

Inilah bacaannya:-

************************** HURUF DHAD (

)

Tabiatnya sejuk kering, jika ditulis huruf ini serta bacaannya di secopeng kain sutera pada ketika alqamar dibintang huruf ini, dan ditanggungnya nescaya dapat kehebatan dan kebesaran. Huruf ini ada baginya khalwat dan riadah mendatangkan khadam, inilah doanya:-

Inilah bacaannya:-

168

************************** HURUF DZHA (

)

Tabiatnya kering sejuk, khasiatnya serupa dengan huruf Tho. Jika ditulis huruf ini ditanggung oleh kanakkanak nescaya terpelihara daripada usikan. Jika ditulis serta bacaannya (dengan tulisan terbalik) diletakkan pada mana-mana tempat nescaya penduduknya berpecah belah. Huruf ini ada baginya khalwat dan riadah hendaklah baca doanya tiga ratus kali nescaya datanglah khadamnya menunaikan hajat kamu. Inilah doanya:-

Inilah bacaannya:-

************************** HURUF GHAIN (

)

Tabiatnya sejuk kering. Jika ditulis huruf ini serta nama-nama Allah yang permulaannya Ghain ( ) dan ditanggungnya, nescaya dapat kemuliaan dan kekayaan. Jika ditulisnya pada ketika as-syams nescaya jadi pengasih. Huruf ini ada baginya khalwat dan khadam bernama "Saqsaiil". Hendaklah baca doa serta bacaannya tiap-tiap lepas sembahyang sebanyak seratus dua puluh kali. Inilah doanya:-

169

Inilah bacaannya:-

(Peringatan): Ketahui olehmu bahawa khasiat mana-mana huruf yang tersebut tidak ditentukan amalannya dengan sesuatu masa. Jika engkau hendak mengetahuikan bilangan hari berkhalwat mana-mana huruf, hendaklah engkau tolakkan tiga puluh tiga daripada bilangan huruf yang lebih bilangannya daripada tiga puluh, yang baki ialah hari berkhalwat. Jika engkau berkehendakkan sesuatu hajat umpama hendak menghalaukan seteru, ambil bilangan huruf permulaan kalimah yang bermakna "halau" di dalam bahasa arab iaitu seperti berkehendakkan jadi pengasih, ambil bilangan huruf permulaan kalimah dengan bilangan huruf-huruf nama orang yang dikehendaki.

dan umpama iaitu (

) campurkan

Pendeknya tiap-tiap kalimah bahasa lain daripada bahasa Arab, hendaklah dijadikan kalimah atau perkataan arab yang bertentang dengan makna bahasa lain. Pada ketika berkhalwat hendaklah makan makanan dan minuman yang bersih dan halal dan memakai pakaian-pakaian yang berbetulan mengikut warna cahaya bintang. Jika pada bintang Zuhal hendaklah pakaian daripada warna hijau atau hitam bercampur hijau. Jika pada bintang Musytari hendaklah berpakaian daripada benang yang halus berwarna putih bercampur kuning.

170

Jika pada bintang Syams (Marikh) hendaklah berpakaian daripada benang yang berkasat berwarna merah bercampur kuning. Jika bintang matahari, hendaklah berpakaian daripada benang yang kesat berwarna merah campur kuning. Jika pada bintang Zuhrah hendaklah berpakaian daripada sutera yang halus berwarna putih atau bercahaya hijau pucuk pisang atau biru air laut dan merah darah ikan. Jika pada bintang Utarid hendaklah berpakaian yang halus warnanya mengikut warna yang engkau kehendaki. Jika pada bintang Al-Qamar hendaklah berpakaian daripada kain katan (kain daripada kulit kayu) atau sutera yang halus berwarna putih bercampur hijau. Berkhalwat itu hendaklah di tempat yang suci dan sunyi dan berkekalanlah engkau membaca huruf yang engkau kehendaki itu sebanyak bilangannya, istimewa pada ketika malam dan zahirlah kepada engkau beberapa cahaya. Apabila sempurna bilangan bacaan itu, datanglah pada permulaannya rupa seekor kucing yang beransur-ansur jadi cahaya umpama bulan purnama jadi rupa malaikat (khadam) yang menunaikan hajat engkau. Inilah doanya:-

171

************************** PENGENALAN KHADAM HARI-HARI YANG TUJUH Hari Ahad : Khadamnya dari bawah (pihak bumi) Abu Dibaj Al-Mazhab, dan dari atas (pihak langit) Salsiaiil. Hari Isnin : Khadamnya dari bawah (pihak bumi) Abu Ka’ab Masrah, dan dari atas (pihak langit) Jibrail. Hari Selasa : Khadamnya dari bawah (pihak bumi) Abu Mihraz Al-Ahmar, dan dari atas (pihak langit) Samsamail. Hari Rabu : Khadamnya dari bawah (pihak bumi) Abu Al-‘Ijaib Basraqan, dan dari atas (pihak langit) Mikail. Hari Khamis : Khadamnya dari bawah (pihak bumi) Abu Al-Hakam Al-Qadi, dan dari atas (pihak langit) Wirdayail. 172

Hari Jumaat : Khadamnya dari bawah (pihak bumi) Abu An-Nur Al-Abidh, dan dari atas (pihak langit) ‘Inayaiil. Hari Sabtu : Khadamnya dari bawah (pihak bumi) Abu Riah Maimun, dan dari atas (pihak langit) Kasfiyaiil. ************************** PERATURAN BAGI MEMBUKAKAN HATI SESEORANG MUDAH-MUDAHAN IA AKAN KASIHAN BELAS KEPADA KITA Hendaklah tulis wafak di bawah ini di tapak tangan engkau dan tulis bacaannya di sekelilingnya pada ketika Marikh. Kemudian bacalah bacaannya di atas tapak tangan engkau, setelah itu hendaklah genggam tangan engkau, ingat-ingat jangan engkau buka melainkan di hadapan (muka) orang yang dikehendaki dan jangan engkau berkata-kata dengan siapa-siapa pun. Waktu engkau membaca bacaannya itu hendaklah perasap dengan ketumbar dan rambut yang dikehendaki. Inilah bacaannya:-

**************************

173

KAIFIAT BERJUMPA DENGAN JIN-JIN DAN MENDENGAR SUARA MEREKA ITU. Jika engkau hendak melihat dan bercakap-cakap dengan mereka, hendaklah engkau tulis nama-nama (akan datang) di belulang kambing jantan, kemudian bakar jadikan abu, buat bercelak dengannya mudah-mudahan nampak dengan pandangan mata engkau jin-jin itu. Apabila engkau hendak berkata-kata dengannya terlebih dahulu hendaklah engkau baca segala namanya (akan datang) serta berkata engkau;

Setelah itu mudah-mudahan bolehlah engkau berkata-kata dengan mereka. Jika engkau berkehendak sesuatu hajat, hendaklah duduk di tempat suci dan membaca nama-nama (akan datang) tiap-tiap lepas sembahyang tujuh kali salam tiga hari, nescaya datanglah kepada engkau ketua-ketua dan bilangan yang banyak daripada jin-jin. Hendaklah engkau sujud syukur kepada Allah Taala atas pengurniannya itu dan pohonlah apa-apa yang engkau kehendak. Inilah bacaannya di dalam sujud engkau itu:engkau angkat kepala engkau (bengah daripada sujud) dan berkata;

, tiga kali, kemudian

Inilah nama-nama yang hendak ditulis dan dibaca:-

Dan hendaklah engkau baca isim-isim ini kebanyakannya daripada isim-isim Suryani yang digelar isimisim Syamkhutiah. Inilah bacaannya:-

174

************************** PADA MENGETAHUIKAN HURUF-HURUF RAMAL TETAPI TIDAK DINYATAKAN GARISAN -GARISAN RAJAHNYA (BAGI MENJAWABKAN APA-APA PERTANYAAN). Hendaklah engkau kira nama orang yang dikehendaki, dan nama hari berserta dengan nama bulan, dan tambahkanlah 16 di atas bilangan-bilangan yang didapati itu. Kemudian tolak 16 dari jumlah besar, kalau baki satu (1), hurufnya Alif ( ) menunjukkan kehilangan dapat balik, berjual beli baik, orang yang sakit sembuh, yang mengandung dapat anak perempuan. Kalau baki dua (2), hurufnya Ba ( ) menunjukkan waris-waris baik belaka, dan dapat perkhabaran yang menyukakan, dapat surat daripada orang yang jauh dan balik ia dengan selamat, datang wariswaris dari dekat, orang yang mengandung beranak lelaki. Perkahwinan itu sempurna, orang yang lari, pencuri, orang yang di dalam perjalanan jauh balik dengan segera, pelayaran (musafir) tergendala. Jika baki tiga (3), berbetulan dengan huruf Jim ( ), maka perkahwinan itu kurang sempurna pekerjaan, tak ada kepercayaan, harta benda kena tahan, orang yang kena penjara berpanjangan di dalamnya, orang yang sakit mati. Jika baki empat (4), berbetulan dengan huruf Dal ( ) maka orang yang sakit itu berat benar kesakitannya, orang yang kena penjara lama di dalamnya, orang yang berkehendak itu dapat harta daripada perak, dan yang dikehendak itu payah boleh. Jika baki lima (5), hurufnya Ha ( yang ghaib lambat kembali.

) menunjukkan kehilangan itu dapat, orang yang sakit mati, orang

Jika baki enam (6), hurufnya Waw ( ) menunjukkan kesudahan sesuatu baik, kehilangan lembu kerbau itu balik, perempuan yang mengandung beranak lelaki, orang yang ghaib kembali, dapat perkhabaran yang menyukakan hati daripada pembesar-pembesar dan dapat harta benda, benda kehilangan atau kecurian dapat balik.

175

Jika baki tujuh (7), hurufnya Zai ( ) menunjukkan bahawa menduduki jawatan itu berguna, rezeki dapat, perempuan yang mengandung beranak lelaki., apa-apa yang dikehendaki berhasil walau daripada raja-raja, pelayaran (musafir) berserta raja-raja baik, orang yang ghaib pulang, orang yang sakit sembuh, kehilangan atau kecurian dapat balik. Jika baki lapan (8) hurufnya Ha ( ) orang yang musafir atau lari itu kembali, perkahwinan kurang baik, orang yang sakit mati, dan menunjukkan atas kerugian. Jika baki sembilan (9) hurufnya Tho (

) menunjukkan kebaikan dan kebajikan.

Jika baki sepuluh (10), hurufnya Ya ( ) menunjukkan harta benda dan perkahwinan hasil dan apa-apa yang dikehendaki dapat dan dapat kesukaan kerana kedatangan orang yang ghaib (jauh). Jika baki dua puluh (20), hurufnya Kaf ( ) menunjukkan apa-apa yang ditanya itu tidak ada apa-apa kerosakan dan mendapat harta benda dan binatang peranakan, perkhabaran yang menyukakan, orang yang ghaib datang serta-merta, perkahwinan, pelayaran (musafir) baik. Jika baki tiga puluh (30), hurufnya Lam ( ) menunjukkan pelayaran (musafir) baik, orang yang ghaib itu kembali tidak berapa lama, orang yang di dalam penjara dapat keluar, orang yang mengandung beranak perempuan, kehilangan tidak kembali. Jika baki empat puluh (40), hurufnya Mim ( ) menunjukkan lambat dapat, perempuan yang mengandung sentosa, kehilangan dapat kembali, dan hasil segala kehendak. Jika baki lima puluh (50), hurufnya Dal ( ) menunjukkan orang yang ghaib itu hadir ia, perkahwinan kurang baik, pelayaran (musafir) berniaga baik, kehilangan atau yang lari tidak merbahaya apa-apa. Jika tinggal enam puluh (60), hurufnya Sin ( ) menunjukkan perjalanan, perkahwinan, persahabatan kurang baik pada permulaan tetapi baik pada kesudahannya, wallahua'lam. (Peringatan): Kemudian daripada ditolak enam belas (16) kalau ada baki 60, 50, 40, 30 atau 20, hendaklah masuk selalu tengok jawabnya yang bertentang dengan bilangan itu dan jika ada baki bilangan lebih daripada 10 tetapi tidak lebih daripada 16 hendaklah ambil jawapannya pada bilangan 20. ************************** FAEDAH YANG AMAT BESAR BAGI MENYENANGKAN HATI Siapa-siapa terkena dukacita daripada mana-mana sebab dan hendak daripadanya hendaklah sembahyang empat rakaat seperti aturan di bawah ini:1. Pada rakaat yang pertama baca kemudian daripada Al-Fatihah, Ayat Kursi. Pada rakaat yang kedua baca kemudian daripada Al-Fatihah, surah Al-Ikhlas. Pada rakaat yang ketiga baca kemudian daripada Al-Fatihah, surah Ad-Dhuha.

176

Pada rakaat yang keempat baca kemudian daripada Al-Fatihah, surah Al-Falaq dan surah An-Nas (tujuh kali). 2. Pada tiap-tiap kali sujud hendaklah baca:

************************** KAIFIAT DOA ZALZALAH

(BAGI KEBAIKAN DAN KEROSAKAN)

Yang pertama: (a) Bagi kebaikan dan perkasihan, Tulis huruf-huruf ini:

dan huruf-huruf nama yang dikehendaki serta nama ibunya dan tulis wafak ini pada waktu yang baik dan berbetulan dengan bintangnya serta baca doanya (akan datang) dua puluh satu kali, nescaya datanglah orang yang dikehendak, walau dibelenggu dengan rantai besi sekalipun. (b) Jika hendak mendapatkan perbendaharaan di dalam tanah atau di dalam gua tulis wafak ini juga di sekeping kertas diletakkan di tempat perbendaharaan serta baca doanya dalam keadaan tubuh badan bersih sebanyak dua puluh satu kali nescaya dapatlah perbendaharaan itu dan dapat mengambil daripadanya sebanyak mana-mana pun.

177

Yang kedua: Jika hendak membinasakan siapa-siapa yang dikehendak campurlah huruf namanya dengan huruf-huruf ini:

serta tulis wafaknya dan baca doanya dua puluh satu kali kemudian bakar yang ditulis itu, nescaya binasalah ia. Yang ketiga: Jika hendak merosakkan (meruntuhkan) mana-mana rumah, hendaklah puasa hari Khamis dan sembahyang lima rakaat dengan dua puluh lima kali salam, kemudian baca doanya dua puluh satu kali, pada ketika itu datanglah khadam dan suruhlah apa yang dikehendak, nescaya hasillah. Yang keempat: Jika hendak mengeringkan air di mana-mana tempat, hendaklah tulis wafak yang pertama dan yang kedua, kemudian diletakkan dalam tempat air serta baca doanya dua puluh satu kali, maka keringlah air itu. Yang kelima: Jika hendak memperlindungkan diri daripada pandangan mata orang, hendaklah tulis wafak yang pertama dan yang kedua pada suatu pasu, kemudian bubuh air dalamnya (simpan baik-baik), tanam tujuh biji butir pula (sejenis kacang di tanah arab) di dalam pasu yang suci, dan jiruslah dengan air wafak itu, apakala berbuah ambil buahnya letak di bawah lidah engkau dan tilik ke dalam cermin, jika nampak muka engkau di dalamnya janganlah engkau gunakan dia. Kalau tak nampak biarlah di bawah lidah engkau, dan pergilah ke mana-mana engkau kehendak. Inilah doa Zalzalah:-

178

179

************************** MENAHANKAN LELAKI DARIPADA BERZINA BAGINYA DUA PERATURAN Yang pertama - Tulis perkataan ini di sekeping kertas:

Kemudian diletak di bawah bendul pintu orang yang dikehendaki. Yang kedua - Pintal tujuh urat sutera tujuh warna, kemudian simpulkan tujuh simpulan pada tiaptiap simpulan baca perkataan ini:

180

************************** FAEDAH BAGI MEMAJUKAN BERJUAL BELI DAN MELUASKAN REZEKI. Siapa-siapa berkekalan membaca doa ini tujuh kali petang, nescaya mudahlah pencarian hidupnya, iaitu:-

************************** PERATURAN MENDAPATKAN KHADAM-KHADAM Ketahui olehmu, inilah satu amalan yang amat besar bagi Ismul Izhom (

) dari huruf-huruf

tujuh, iaitu:- ( ), huruf-huruf ini tak ada di dalam Al-Fatihah dan terbahagi ia kepada tujuh hari, satu hari satu huruf bagi tiap-tiap huruf khadamnya yang khas. Jika engkau hendak mengamalkan isim-isim ini kerana hendak mendapatkan khadam-khadam engkau pada mana-mana pekerjaan pun, hendaklah puasa tujuh hari dan membaca doanya (akan datang) tujuh kali tiap-tiap lepas sembahyang fardhu selama tujuh hari. Pada hari yang pertama khadam-khadam itu melontarkan engkau dengan anak-anak batu, pada hari yang kedua berupa mereka itu dengan rupa ular yang besar, pada hari yang ketiga berupa dengan rupa harimau, pada hari yang keempat berupa dengan rupa perawan-perawan muda, hari yang kelima dan keenam membawa mereka itu emas dan perak jangan engkau ambil walau sedikit pun, hari yang ketujuh datanglah kepada engkau tiga puluh laki-laki daripada jin yang baik-baik (soleh), maka berkata mereka itu: "Apakah hajat engkau?" Jawablah kepada mereka: "Aku berkehendak tiga puluh daripada kamu - sebanyak bilangan haribulan - tiap-tiap satu hari satu daripada kamu yang boleh berkhidmat kepada aku." maka sangguplah mereka itu. Tinggal lagi satu syarat yang mesti dijaga betul, ketika engkau beramal hendaklah engkau bersuci dan bersih zahir dan batin, dan pada tempat duduk hendaklah bersih daripada najis dan kekotoran dan jangan makan makanan-makanan yang bernyawa dan yang keluar daripada yang bernyawa, dan lagi 181

hendaklah sentiasa membakar benda-benda yang wangi seperti kemenyan dan lain-lain yang seumpamanya, dan hendaklah engkau tulis rajah yang di bawah ini letak di tapak tangan engkau ketika membaca doanya (akan datang) sebenarnya inilah dinding dan kota yang amat kukuh pada menyekatkan segala kejahatan mereka itu, hendaklah kamu pelihara daripada orang yang tidak layak mengamalkannya. Inilah wafaknya:-

Inilah doanya:-

182

183

184

185

186

Kaifiat salam di atas mereka itu tatkala hadir mereka itu di dalam khalwat hendaklah engkau kata:-

************************** BAGI MENGHAPUSKAN CINTA BERAHI (KEPADA SIAPA-SIAPA PUN) Siapa-siapa cinta berahi (asyik) kepada siapa pun dan hendak melepaskan diri daripada bencana itu, hendaklah tulis huruf-huruf ini (

) serta firman Tuhan:

(Pada hari ini Kami melupakan kamu sebagaimana kamu telah melupakan pertemuan (dengan) harimu ini (Al-Jaatsiyah: 034)) (Dan lupa apa yang tangannya telah membuat perjanjian dengan Adam, tetapi ia lupa dan Kami tidak menemukan keteguhan dalam dirinya serta pulan bin pulanah lupakan pulanah binti pulanah) di pinggan putih, setelah itu hapus dan minumkan airnya selama tiga pagi tiap-tiap hari tiga kali minum, nescaya hilanglah cinta (asyik) insyaAllah Taala. (Peringatan): Di tempat perkataan "fulan" itu hendaklah dituliskan nama yang asyik dan tempat perkataan "fulanah binti fulanah" itu nama yang diasyikkan.

187

Siapa-siapa membaca doa yang tersebut di bawah ini pada pagi petang berkekalan menjadikan wirid, nescaya dapat melihat beberapa rahsia yang ajaib. Inilah doanya:-

************************** KHASIAT BURUNG BELATUK CERANG (DAN KATA ORANG, BELATUK KAMPUNG PUN BERKHASIAT SEBAGABMANA BELATUK CERANG JUGA, WALLAHUA'LAM) Siapa-siapa campur otak burung belatuk cerang dengan manisan madu atau gula sama berat, nescaya kuatlah ingatannya. Jika ditanggung matanya oleh orang yang pelupa nescaya kuatlah ingatan. Jika dibakarkan hatinya dicampurkan dengan syadab, dan dimakan nescaya kuatlah ingatannya. 188

Jika ditanggung perut panjangnya oleh orang yang keluar darah, nescaya tertahanlah darah itu, paruhnya jika diletak pada suatu benda, nescaya terpelihara daripada kerosakan. Jika ditanggungnya oleh orang yang hendak mengadap pembesar- pembesar nescaya dihormati dan hasil segala maksud. Tanah sarangnya jika ditanggung oleh orang yang kena penjara, nescaya keluar ia daripadanya. Kukunya jika ditanggung oleh kanak-kanak kecil atau lainnya nescaya terpelihara bencana daripada pandangan orang. Ekor belatuk dilumur dengan darahnya, jika digantung di pokok kayu nescaya tidak berbuah ia dan jika ditanggung oleh orang yang berdarah, nescaya berhenti darah itu. Sayapnya jika ditanggung oleh orang yang berlawan, nescaya dapat kemenangan dan hasil segala hajat. Jika dimakan dagingnya (yang masak) nescaya jadi ubat bagi anggota yang tidak berjalan kekuatannya. Otak belatuk bakar dan campur sesuatu daripada anggota setelah itu dicampur dengan makanan dan diberi makan kepada orang yang dikehendaki dengan katanya: "Ayuhai si anu binti si anu, aku beri makan akan dikau burung belatuk dan hendaklah kamu dengar dan taat perintahku, dan aku menaik saksi akan dikau bagaimana menaik saksi oleh hud-hud kepada Nabi Allah Sulaiman A.S., nescaya orang itu kasih dan taat kepada engkau. Mata belatuk di sebelah kanan jika dibalut dengan kain yang bersih, dan digantungnya di lengan kanan, nescaya dikasih oleh orang. Otak belatuk jika dilumur di muka (dijadikan umpama bedak) nescaya membersih dan menggilat cahaya muka. Hati belatuk diletak di atas dada perempuan yang tidur nescaya berkata-kata ia dengan apa yang ia telah buat. Darahnya jika dititik ke dalam mata yang masuk sesuatu yang kelabunya nescaya hilang ia. Jika diperasapkan sarang mana-mana burung dengan asap dagingnya, nescaya terpelihara burung itu daripada usikan binatang-binatang buas. Jika digantung burung belatuk yang sembelih di mana-mana rumah, nescaya terpelihara ahlinya daripada terkena sihir. Siapa-siapa minum air asahan tulang kepala belatuk dengan za'faran, nescaya terpelihara daripada usikan jin. Jika dicampur air asahan itu dengan susu dan diminumnya, nescaya terpelihara daripada usikan syaitan. Siapa-siapa minum air asahan lidahnya dengan air hujan, nescaya terpelihara daripada segala penyakit. Siapa-siapa perembun hati belatuk dengan air tiga malam dan diminumnya nescaya kuat ingatannya wallahua'lam. **************************

189

PENYUDAHAN Sungguh pun kitab ini diterjemahkan daripada kitab-kitab yang terbilang dan yang panjang syarahnya tetapi tiadalah diterjemah sampai menghabisi syarahan-syarahan yang ada di dalam kandungan ibunya yang asal itu. Kerana takut jatuh kitab ini ke dalam tangan As-Sufaha ( sekadar yang boleh jadi pembuka hati dan punca peringatan jua. Ahli

isyarat

berkata:

Bahawa

perkataan

engkau

). Hanya disebut bismillahirrahmanirrahim

(

) itu menepati firman Tuhan "KUN" ( ) ertinya "Jadilah". Pendeknya jika engkau menyebutkan nama Allah dengan kepercayaan penuh dan tetap, nescaya Allah Taala mengadakan apa-apa hajat engkau dan mengurniakan apa-apa yang engkau pohon daripadanya dengan serta merta. Dengan limpah kurnia Tuhan Yang Maha Kuasa sempurnalah terjemahan kitab ini pada 1 haribulan Rejab tahun 1363 H.

190

More Documents from "Mohamad Hafizzudin"