Edup2023_psikologi Pendidikan

  • Uploaded by: teo kim moi
  • 0
  • 0
  • March 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Edup2023_psikologi Pendidikan as PDF for free.

More details

  • Words: 6,176
  • Pages: 41
Loading documents preview...
PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH MENENGAH

MODUL PEMBELAJARAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA November 2015

EDUP2023 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH MENENGAH.

MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM TERSEBUT.

November 2015 Institut Pendidikan Guru Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

i

EDUP2023 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

November 2015 Kementerian Pendidikan Malaysia Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.

ii

EDUP2023 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

KANDUNGAN

MUKA SURAT

iii

EDUP2023 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Notis Hak Kerajaan

i

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

ii

Falsafah Pendidikan Guru

ii

Kandungan

iii

Panduan Pelajar

viii

Pengenalan

xi xiii

Agihan Tajuk Tajuk Pembelajaran Tajuk 1 :

Psikologi dan Psikologi Pendidikan

1.1

Sinopsis

1.2

Hasil Pembelajaran

1.3

Kerangka Tajuk

1

1.4

Kandungan

1

1.4.1 Konsep Asas Psikologi

2

1.4.2 Konsep Psikologi Pendidikan

2

1.4.3 Tujuan Psikologi Pendidikan

2

1.4.4 Implikasi Psikologi Pendidikan Kepada Guru Tajuk 2: pertumbuhan dan perkembangan 2.1

Sinopsis

2.2

Hasil Pembelajaran

2.3

Kerangka Tajuk

2.4

Kandungan 2.4.1 Konsep Asas Perkembangan KanakKanak 2.4.2 Prinsip-Prinsip Asas Perkembangan Kanak-Kanak 2.4.3 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Perkembangan Kanak-Kanak - Baka Dan Persekitaran (Nature And Nature) iv

EDUP2023 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Tajuk 3: Peringkat Perkembangan Fizikal Individu Hingga Remaja 3.1

Sinopsis

3.2

Hasil Pembelajaran

3.3

Kerangka Tajuk

3.4

Kandungan 3.4.1 Perkembangan Fizikal 3.4.2 Implikasi Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran

Tajuk 4:

peringkat perkembangan kognitif individu hingga remaja berdasarkan perspektif teori

97

4.1

Sinopsis

97

4.2

Hasil Pembelajaran

98

4.3

Kerangka Tajuk

98

4.4

Kandungan

99

4.4.1 Perkembangan Kognitif

101

4.4.2 Teori Piaget Dan Vygotsky

102

4.4.3 Implikasi Terhadap Pengajaran Dan

103

Pembelajaran Tajuk 5:

106

Peringkat perkembangan moral individu hingga remaja berdasarkan perspektif teori

110

5.1

Sinopsis

110

5.2

Hasil Pembelajaran

111

5.3

Kerangka Tajuk

111

5.4

Kandungan

111

5.4.1 Perkembangan Moral 5.4.2 Teori Lawrence Kohlberg 5.4.3 Implikasi Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran

v

122

EDUP2023 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Tajuk 6:

peringkat perkembangan sosio emosi individu hingga remaja berdasarkan perspektif teori

97

6.1

Sinopsis

97

6.2

Hasil Pembelajaran

98

6.3

Kerangka Tajuk

98

6.4

Kandungan

99

6.4.1 Perkembangan Sisio Emosi

101

6.4.2 Teori Erik Erikson

102

6.4.3 Implikasi Terhadap Pengajaran Dan

103

Pembelajaran Tajuk 7:

106

perbezaan individu dan pembelajaran

7.1

Sinopsis

7.2

Hasil Pembelajaran

97

7.3

Kerangka Tajuk

97

7.4

Kandungan

98

7.4.1 Aspek-Aspek Perbezaan Individu

98

- Fizikal

99

- Kognitif

101

- Afektif

102

- Sosio Budaya Pelajar

103

7.4.2 Kecerdasan

106

- Teori Kecerdasan Sternberg - Teori Kecerdasan Pelbagai Howard Gardner - Teori Kecerdasan Emosi Goleman 7.4.3 Implikasi Perbezaan Individu Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Tajuk 8:

perbezaan individu dan pembelajaran

8.1

Sinopsis

8.2

Hasil Pembelajaran

97

8.3

Kerangka Tajuk

97 vi

EDUP2023 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

8.4

Kandungan

98

8.4.1 Gaya Kognitif

98

- Bersandar/ Tidak Bersandar (Field Dependent/ Field Independent) 8.4.2 Konsep Pemikiran - Jenis-Jenis Pemikiran 8.4.3 Gaya Pembelajaran

99 101 102 103 106

- Model Dunn & Dunn - Model Kold - Model Honey & Mumford 8.4.4 Implikasi Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Tajuk 9:

personaliti

9.1

Sinopsis

9.2

Hasil Pembelajaran

97

9.3

Kerangka Tajuk

97

9.4

Kandungan

98

9.4.1 Personaliti

98

- Konsep Personaliti

99

- Jenis Dan Ciri Personaliti

101

- Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi

102

Personaliti

103

- Implikasi Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran 9.4.2 Konsep Kendiri - Konsep Kendiri - Pengertian Konsep Kendiri - Jenis Dan Ciri-Ciri Konsep Kendiri - Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pembentukan Konsep Kendiri - Implikasi Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran

vii

106

EDUP2023 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Tajuk 10:

motivasi dan pembelajaran

10.1

Sinopsis

10.2

Hasil Pembelajaran

97

10.3

Kerangka Tajuk

97

10.4

Kandungan

98

10.4.1 Perspektif Behavioris - Teori Peneguhan Skinner 10.4.2 Perspektif Kognitivis

98 99 101

- Teori Pencapaian Mc Clelland

102

- Teori Atribusi Weiner

103

- Teori Expectansy x Value Vroom

106

10.4.3 Perspektif Humanistik - Carl Rogers - Abraham Maslow 10.4.3 Implikasi Motivasi Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Rujukan

130

Panel Penulis Modul

133

Panel Penilai Modul

xxx

Ikon Modul

135

PANDUAN PELAJAR

PENGENALAN Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda.

viii

EDUP2023 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui

kursus

ini

dengan

mudah.

Memohon

bantuan

apabila

diperlukan

hendaklah

dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri. SASARAN KURSUS Pelajar PDPLI SM yang mendaftar dengan Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidkan Malaysia (IPG KPM). JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP) Berdasarkan standard IPG KPM dan MQA yang memerlukan pelajar mengumpulkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Bagi kursus PDPLI SM yang dilaksanakan dalam mod Kursus Dalam Cuti (KDC), diperuntukkan 60% daripada jumlah jam pembelajaran mod sepenuh masa adalah JPP bersemuka dan 40% adalah JPP pembelajaran kendiri.

SUSUNAN TAJUK MODUL Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi kuliah dan tutorial. Anda boleh berbincang dengan pensyarah atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini.

ix

EDUP2023 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

IKON Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat.

PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti. Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam modul pembelajaran dan juga perbincangan Tip untuk membantu anda melalui kursus ini. 1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan. 2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan. 3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda. 4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda. 5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti maklumat yang diterima. 6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-bahan yang bermakna. 7. Cari kawan yang boleh membantu pembelajaran anda.

x

EDUP2023 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

PENGENALAN

Kursus EDUP2023 iaitu Psikologi Pendidikan

memberi peluang kepada pelajar

untuk memahami psikologi murid murid di sekolah untuk membantu mereka membangunkan diri. Pelajar diajar dan dibimbing untuk menggunakan kaedah dan teknik yang sesuai dalam perancangan dengan menggunakan idea-idea yang terdapat dalam topik-topik yang akan dipelajari kelak Modul

ini

merangkumi

konsep,

prinsip

dan

faktor-faktor

mempengaruhi

pertumbuhan dan perkembangan. Juga dibincangkan berkenaan dengan peringkatperingkat perkembangan individu dan teori-teori berkaitan. Dalam modul ini juga dibincangkan tentang perbezaan individu selain itu personaliti dan juga konsep kendiri dan akhir sekali berkenaan dengan motivasi dalam pembelajaran. Tajuk pertama dalam modul ialah Psikologi dan Psikologi Pendidikan. Tajuk ini membincangkan tentang konsep asas pendidikan, konsep psikologi pendidikan, tujuan psikologi pendidikan dan implikasi psikologi pendidikan kepada guru. Tajuk kedua dalam modul ini ialah Pertumbuhan dan Perkembangan. Tajuk ini membincangkan berkenaan dengan konsep asas, prinsip dan faktor perkembangan kanak-kanak. Tajuk yang ketiga berkenaan dengan Peringkat Perkembangan Individu Hingga Remaja yang mana membincangkan tentang perkembangan fivikal dan implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran. Tajuk 4, 5 dan 6 dalam modul ini adalah tentang Peringkat Perkembangan Kognitif, Moral dan Sosio Emosi Individu Hingga Remaja Berdasarkan Perspektif Teori. Teoriteori yang dibincangkan adalah teori Piaget & Vygotsky, teori Lawrence Kohlberg dan teori Erik Erikson. Tajuk 7 membincangkan tentang Perbezaan Individu dan Pembelajaran, dalam modul ini aspek-aspek perbezaan individu diberi perhatian selain itu, juga dibincangkan berkenaan dengan teori-teori kecerdasan iaitu teori kecerdasan xi

EDUP2023 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Sternberg,

teori

kecerdasan

Howard

Gardner

dan

teori

emosi

Goleman.

Dibincangkan juga berkenaan implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran. Topik 8 juga membincangkan Perbezaan Individu dan Pembelajaran. Aspek yang dibincangkan adalah berkenaan dengan gaya kognitif, konsep pemikiran dan juga gaya pembelajaran. Setiap satu aspek akan dibincangkan secara detail dan terperinci. Topik 9 ada dua tajuk iaitu berkenaan dengan personaliti dan konsep kendiri, dalam personaliti akan dibincangkan tentang konsep personaliti, jenis dan ciri personaliti dan faktor-faktor yang mempengaruhi personaliti. Manakala dalak konsep kendiri pula membincangkan tentang pengertian dan jenis-jenis konsep kendiri. Selain itu dibincangkan juga tentang faktor-faktor yang mempengaruhi konsep kendiri. Tajuk yang terakhir akan membincangkan tentang Motivasi dan Pembelajaran. Perkara yang dibincangkan dalam tajuk ini adalah tentang perspektif behaviorisme, perspektif kognitivisme dan juga perspektif humanistik.

AGIHAN TAJUK: Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk dalam kursus ini. Topik

Jam Interaksi Bersemuka

Kandungan K

T

1

Psikologi dan Psikologi Pendidikan  Konsep Asas Psikologi  Konsep Psikologi Pendidikan  Tujuan Psikologi Pendidikan  Implikasi Psikologi Pendidikan Kepada Guru

2

1

2

Pertumbuhan dan Perkembangan  Konsep Asas Perkembangan Kanak-Kanak  Prinsip-Prinsip Asas Perkembangan KanakKanak

2

1

xii

Jam Modul A

Jum Masa

EDUP2023 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Perkembangan Kanak-Kanak  Baka dan Persekitaran (Nature and Nurture) 3

Peringkat Perkembangan Fazikal Individu Hingga Remaja  Perkembangan Fizikal  Implikasi Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran

1

4

Peringkat Perkembangan Kognitif Individu Hingga Remaja Berdasarkan Perspektif Teori  Perkembangan Kognitif  Teori Piaget & Vygotsky  Implikasi Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran

1

5

Peringkat Perkembangan Moral Individu Hingga Remaja Berdasarkan Perspektif Teori  Perkembangan Moral  Teori Lawrence Kohlberg  Implikasi Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran

1

6

Peringkat Perkembangan Sosio Emosi Individu Hingga Remaja Berdasarkan Perspektif Teori  Perkembangan Sosio Emosi  Teori Erik Erikson  Implikasi Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran

1

7

Perbezaan Individu Dan Pembelajaran  Aspek-Aspek Perbezaan Individu  Fizikal  Kognitif  Afektif  Sosio Budaya Pelajar  Kecerdasan  Teori Kecerdasan Sternberg  Teori Kecerdasan Pelbagai Howard Gardner  Teori Kecerdasan Emosi Goleman  Implikasi Perbezaan Individu Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran

3

11/2

8

Perbezaan Individu dan Pembelajaran  Gaya Kognitif  Bersandar/ Tidak Bersandar (Field Dependent/ Field Independent  Konsep Pemikiran  Jenis-Jenis Pemikiran  Gaya Pembelajaran

3

11/2

xiii

2

EDUP2023 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

 Model Dunn & Dunn  Model Kolb  Model Honey & Mumford  Implikasi Perbezaan Individu Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran 9

Personaliti  Personaliti  Konsep Personaliti  Jenis dan Ciri-Ciri Personaliti  Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Personaliti  Implikasi Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Konsep Kendiri  Konsep Kendiri  Pengertian Konsep Kendiri  Jenis dan Ciri-Ciri Konsep Kendiri  Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pembentukan Konsep Kendiri  Implikasi Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran

2

1

10

Motivasi dan Pembelajaran  Perspektif Behavioris  Teori Peneguhan Skinner  Perspektif Kognitivis  Teori Pencapaian Mc Clelland  Teori Atribusi Weiner  Teori Expectancy x Value Vroom  Perspektif Humanistik  Carl Rogers  Abraham Maslow  Implikasi Motivasi Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran

2

1

18

9

Jumlah

xiv

18

45

EDUP2023 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

TAJUK 1

1.1

PSIKOLOGI DAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN

SINOPSIS Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi konsep asas psikologi, konsep psikologi pendidikan, tujuan psikologi pendidikan dan implikasi psikologi pendidikan kepada guru. Ia juga merangkumi kepentingan psikologi dan psikologi

pendidikan

terutama

sekali

yang

berkaitan

dengan

profesion

perguruan. Pengetahuan ini akan membolehkan guru-guru dan juga mereka yang berkecimpung dalam bidng pendidikan memahami dengan lebih baik profesion ini seterusnya dapat menghasilkan keputusan yang lebih lebih berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 1.2

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini, anda dijangkakan akan dapat: 1. Mendefinisikan psikologi dan psikologi pendidikan. 2. Menjelaskan sejarah perkembangan psikologi. 3. Menghuraikan kepentingan psikologi pendidikan kepada guru.

1.3

KERANGKA TAJUK

Psikologi dan Psikologi Pendidikan Konsep Asas Psikologi

1.4

Konsep Psikologi Pendidikan

Tujuan Psikologi Pendidikan

Implikasi Psikologi Pendidikan Kepada Guru

KANDUNGAN PENGENALAN Tugas guru sebagai pendidik bukan sekadar menyampaikan maklumat berkaitan dengan mata pelajaran yang diajarnya tetapi juga bermatlamat membangunkan anak-anak secara menyeluruh, merangkumi dimensi intelek, rohani, emosi, dan jasmani seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan sejajar 1

EDUP2023 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

dengan kehendak Kementerian Pendidikan dalam usaha membangunkan murid secara menyeluruh dalam usaha membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang baharu (2013-2025). 1.4.1

KONSEP ASAS PSIKOLOGI PENDIDIKAN Istilah psikologi berasas gabungan dua perkataan Greek iaitu psyche dan logos. Perkataan ‘psyche’ bermaksud ‘jiwa’ manakala perkataan ‘logos’ bermaksud ‘kajian mengenai sesuatu’. Jadi perkataan psikologi boleh diertikan sebagai suatu kajian mengenai sesuatu yang memberi kesan kepada jiwa seseorang. Aristotle menggunakan istilah ‘psyche’ untuk jiwa (mind), tetapi ia berkaitan rapat dengan jiwa atau roh (beath). Istilah ‘logos’ pula bermakna ‘kajian mengenai sesuatu’. Ahli-ahli psikologi moden juga berminat dengan perkara-perkara seperti Aristotle iaitu tentang pemikiran, perasaan, persepsi, sikap dan motivasi (Ramlah Jantan dan Mahani Razak, 2004). Merujuk kepada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, psikologi didefinikan sebagai: "Kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung dengan perlakuan manusia dan haiwan; pola pemikiran dan perlakuan seseorang atau sesuatu kumpulan tertentu; dan kebijaksanaan memahami sifat manusia.” Merujuk kepada Cambridge Internasional Dictionary of English m.s 383 pula, psikologi didefinikan sebagai "Psikologi merupkan satu kajian sainstifik untuk mengkaji pemikiran manusia bekerja dan bagaimana pemikiran tersebut mempengaruhi tingkahlaku atau mempengaruhi sikap seseorang itu terhadap sesuatu tingkah laku.” Maka, secara keseluruhan, kepentingan psikologi adalah penyelidikan saintifik yang engkaji prinsip-prinsip asas menegenai pembelajaran dan tingkah laku dalam kalangan manusia. Oleh itu, dengan mempelajari psikologi seseorang itu akan menjadi manusia yang lebih baik dan juga dapat memahami manusia lain dengan lebih tepat. Psikologi adalah satu disiplin ilmu yang mengkaji secara sainstifik tingkahlaku manusia

atau haiwan khasnya pemikiran, sikap, perasaan, naluri, potensi,

kecerdasan, keperluan dan tindak balas manusia terhadap ransangan persekitaran sosial. Pendidikan merupakan proses perkembangan potensi dan kemahiran individu dalam bidang-bidang tertentu. Aktiviti yang berkaitan dengan pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia. Menurut beberapa tokoh adalah:

2

EDUP2023 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

1.4.3

TUJUAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN KEPADA GURU rujuk laman web berikut untuk mengetahui dengan(memerihal lebih lanjut sejarah psikologi MatlamatSila psikologi pendidikan ialah untuk memahami dan menerangkan) http://ukm.academia.edu/MohdMernanEdjie tingkah laku pelajar di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, seterusnya meramalkan www.ship.edu/historyfpsych.html tingkah laku gantian yang mungkin berlaku dan mengawal tingkah laku tersebut. Sebagai contoh, dengan merujuk kepada cara penyelesaian masalah pelajar seperti di bawah, tingkah laku dapat dikawal di mana tingkah laku yang negative boleh diganti dengan tingkah laku positif dengan cara menggalakkan pelajar melakukan pelbagai aktiviti yang berfaedah. Perbincangan Lengkapkan jadual dibawah tentang tujuan psikologi pendidikan kepada guru.

1.4.4 IMPLIKASI PSIKOLOGI PENDIDIKAN KEPADA GURU

3

EDUP2023 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Psikologi adalah suatu ilmu yang sangat penting kepada guru. Pengetahuan psikologi pendidikan menjadi asas pemahaman kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Tanpa pengetahuan psikologi pendidikan maka guru-guru akan menghadapi masalah yang besar ketika memahami perlakuan pelajar-pelajar mereka. Implikasi psikologi pendidikan dalam bilik darjah banyak memberi kepentingan kepada seseorang guru. Antara implikasi atau kepentingannya ialah : Tutorial Terdapat beberapa sebab mengapa guru-guru perlu memahami dan mempraktikkan psikologi pendidikan. 1. Apakah kepentingan psikologi pendidikan kepada guru dan juga pelajar? 2. Berikan contoh-contoh bagaimanakah tujuan psikologi pendidikan dan implikasi psikologi pendidikan kepada guru dalam meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah? RUMUSAN Bab ini telah memperkenalkan bidang psikologi dan memberi definisi psikologi. Sejarah perkembangan bidang ini turut dibincangkan dari zaman Greek Purba sehingga

kini.

Beberapa

pendekatan

penting

dalam

psikologi

seterusnya

diperkenalkan. Akhir sekali, kepentingan bidang kepada pendidik turut dibincangkan.

TAJUK 2

PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN 4

EDUP2023 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

2.1

SINOPSIS Tajuk

ini

akan

membincangkan

beberapa

topik

berkaitan

konsep

asas

perkembangan kanak-kanak, prinsip-prinsip asas perkembangan kanak-kanak, faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak berdasarkan aspek baka dan persekitaran (Nature and Nurture). Oleh itu, ahli pengkaji psikologi mengkaji kedua-dua aspek iaitu baka dan persekitaran yang lebih berpengaruh ke atas pertumbuhan dan perkembangan manusia serta ciri-cirinya. 2.2

HASIL PEMBELAJARAN Setelah selesai mengikuti modul ini, diharap anda dapat:

1. Mengetahui dengan jelas tentang konsep asas pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.

2. Menjelaskan dengan terperinci berkaitan prinsip-prinsip asas perkembangan kanak-kanak.

3. Menerangkan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dari aspek baka dan perspektif (Nature and Nuture).

2.3 KERANGKA TAJUK

Pertumbuhan dan Perkembangan Konsep Asas Perkembangan Kanak-kanak

2.4.1

Prinsip-prinsip Asas Perkembangan kanakkanak

Baka dan Persekitaran (Nature and Nutere)

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Perkembangan Kanak-kanak

KONSEP ASAS PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Pengetahuan mengenai pertumbuhan dan perkembangan adalah sangat penting di dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk perancangan kurikulum dan mencipta teknik mengajar kepada semua pelajar di dalam pelbagai peringkat 5

EDUP2023 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

perkembangan. Pertumbuhan dan perkembangan merupakan dua proses yang saling berkait. Pengetahuan mengenai psikologi pertumbuhan dan perkembangan membolehkan guru memahami perkembangan konsep yang dicapai oleh kanakkanak berbagai umur akan membolehkan guru merancang serta memilih bahan bacaan pada peringkat kesukaran yang paling sesuai. Guru perlu mengetahui jenis minat yang mungkin dibentuk oleh kanak-kanak berbagai peringkat umur untuk memberi dorongan agar penyertaan pelajar yang berkesan dapat dijayakan di dalam bilik darjah. Santrock (2008) dalam Haliza Hamzah, & Joy N. Samuel. (2011). Mentafsirkan perkembangan sebagai perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosioemosi individu yang bermula daripada peringkat percambahan sehingga ke akhir hayat. Menurut Karl E. Garrison pula dalam Azlia Abu Bakar. (2005), perkembangan terhasil daripada tindakan yang saling berkait antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua perkembangan itu sama ada berbentuk struktur, kemahiran tingkah laku ataupun sahsiah, adalah mengikut beberapa aturan semula jadi dan bersifat sejagat. Selain itu, Paul Eggan dan Don Kauchak dalam Mohd. Sharani Ahmad (2005) pula berpendapat perkembangan adalah perubahan yang berurutan dan kekal dalam diri seseorang hasil daripada pembelajaran, pengalaman dan kematangan. Secara ringkasnya, Mok Soon Sang (2008) menjelaskan bahawa perkembangan ialah perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi dapat dilihat daripada sifat baru yang berlainan daripada peringkat lebih awal

Pertumbuhan Pertumbuhan dan perkembangan manusia atau penyuburan manusia adalah fokus kajian bidang psikologi perkembangan. Ahli psikologi perkembangan 6

EDUP2023 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

mengkaji aspek-aspek pertumbuhan dan perkembangan manusia dan cuba melihat kaitannya dengan faktor-faktor yang mempengaruhinya iaitu baka dan persekitaran. Mereka sering cuba menentukan secara empirikal sama ada baka atau persekitaran yang lebih berpengaruh ke atas pertumbuhan dan perkembangan manusia. Perdebatan ini masih berterusan hingga ke hari ini. Pertumbuhan dan perkembangan merupakan satu proses yang penting kepada individu. Proses pertumbuhan dan perkembangan bagi sesuatu organisma biasanya sudah sedia terancang di dalam gen-gen yang diwarisi oleh sesuatu keturunan. Perkembangan Perkembangan pada manusia ialah perubahan yang bersifat kualitatif. Sifat perubahan ini tidak dapat diukur tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal, contohnya, perubahan pada rambut manusia daripada berwarna hitam semasa remaja menjadi putih pada peringkat akhir dewasa. Perkembangan ialah aspek perubahan yang dialami oleh individu yang bersifat kualitatif, tidak dapat diukur tapi jelas kelihatan berubah melalui peredaran masa. Contohnya, semasa berumur 4 tahun. Fatin belum boleh melukis seekor kucing tetapi pada usia 7 tahun, dia dapat membuat perkara tersebut. Pembelajaran boleh berlaku sebab Fatin telah mengalami perkembangan dari segi kognitif (mencapai peringkat kesediaan yang sesuai) dan terdapat kesediaan otot tangan (perkembangan psikomotor). Perbincangan Lengkapkan ciri-ciri pertumbuhan dan perkembangan http://www.academia.edu/5089731/TEORI_PERKEMBANGAN

2.4.2

PRINSIP-PRINSIP ASAS PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

7

EDUP2023 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel dan Rafidah Kastawi (2008), terdapat lima prinsip perkembangan kanak-kanak. Prinsip pertama, proses perkembangan berlaku mengikut aturan. Misalnya seseorang bayi pada peringkat awal boleh duduk dengan bantuan, kemudian merangkak diikuti dengan kebolehan berdiri dan seterusnya berjalan. Proses perkembangan bayi adalah sama dalam semua peringkat melainkan bayi yang lahir awal, mungkin akan lambat dalam beberapa aspek. Perkembangan juga bermula daripada konkrit kepada abstrak terutamanya dalam perkembangan kognitif dan bahasa. Prinsip kedua, perubahan dalam pertumbuhan dan perkembangan beransur daripada keadaan umum kepada yang lebih spesifik. Contohnya, seorang bayi boleh menggenggam objek dengan tangan sebelum belajar menggunakan jari tangan. Pertumbuhan berlaku dengan otot-otot kasar terlebih dahulu sebelum beransur ke otot-otot halus. Seterusnya, mereka menyatakan bahawa pertumbuhan dan perkembangan adalah satu proses yang berlaku secara berterusan. Dengan kata lain, pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak berlaku secara berterusan daripada lahir sehingga mati. Dalam proses perkembangan, seorang kanak-kanak akan menambah kemahiran sedia ada. Pada setiap peringkat, kanak-kanak akan mendapat kemahiran yang tertentu. Kemahiran yang ada padanya sekarang juga merupakan asas untuk mencapai kemahiran-kemahiran baru kelak. Prinsip yang keempat pula ialah corak dan aturan perkembangan adalah hampir samat tetapi kadar perkembangan manusia berbeza untuk setiap individu. Sebagai contoh, sesetengah kanak-kanak dapat berjalan pada umur 10 bulan manakala ada yang hanya boleh berjalan pada 18 bulan. Ini akan menjejaskan perkembangan emosi dan sosial kanak-kanak tersebut. Perkara ini adalah salah satu faktor yang membawa kepada perbezaan antara manusia seperti yang kita dapat lihat di dalam sebuah bilik darjah. Prinsip perkembangan yang seterusnya adalah perkembangan adalah hasil interaksi diantara kematangan dan pembelajaran. Kematangan adalah kemunculan potensi yang sediaada dalam seseorang individu, misalnya merangkak, duduk, berjalan dan kemudian berlari. Iadi pengaruhi oleh faktor-faktor genetik. Pembelajaran adalah hasil daripada latihan, proses peniruan atau identifikasi dan memerlukan usaha. Selain itu, mereka menyatakan bahawa proses pembelajaran membantu seseorang individu memperkembangan potensi yang sedia ada dalam dirinya. Misalnya perkembangan otot dan saraf anggota badan yang sempurna memungkinkan seseorang itu berenang tetapi dia hanya boleh berenang jika berlatih atau meniru cara-cara berenang. 2.4.3

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KANAK8

EDUP2023 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

KANAK Mengikut kajian ahli psikologi, perkembangan kanak-kanak dipecahkan kepada limaa spek iaitu aspek jasmani, kognitif, emosi, sosial dan rohani. Kelima-lima aspek ini pula adalah berasaskan kepada dua faktor yang utama iaitu dipengaruhi oleh faktor baka dan faktor persekitaran. Ahli psikologi juga telah berpendapat bahawa tiada individu di dunia ini yang mempunya kadar perkembangan yang sama dan menjadikan faktor baka (nature) dan faktor persekitaran (nurture) sebagai penyebab utama ketidaksamaan kadar perkembangan seseorang individu. Perbincangan Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dari aspek baka dan persekitaran

Tutorial Berdasarkan faktor-faktor pertumbuhan dan perkembangan yang dapat anda lihar pada kanak-kanak berumur 5 tahun, bincangkan perkaitan faktor baka dan persekitaran dan berikan buktinya bagi menyokong pendapat anda.

RUMUSAN Secara keseluruhannya, aspek-aspek ini adalah saling berinteraksi antara satu sama lain. Setiap unsur-unsur ini mempengaruhi perkembangan individu, maka setiap individu memang tidak dapat dinafikan mempunyai tahap perkembangan yang berbeza-beza.

9

EDUP2023 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

TAJUK 3

3.1

PERINGKAT PERKEMBANGAN FIZIKAL INDIVIDU HINGGA REMAJA

SINOPSIS Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi perkembangan fizikal dan implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran. Setiap manusia yang normal akan mengalami pertumbuhan dan perkembangan dari segi aspek fizikal, sejak mereka dilahirkan sehinggalah menjadi remaja, dewasa dan tua. Sebagai seorang guru perlu peka dan prihatin dengan perubahan perkembangan

10

EDUP2023 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

terhadap murid-murid supaya mereka dapat mencapai pertumbuhan dan perkembangan fizikal dari pelbagai aspek ke tahap yang maksimum. 3.2

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini, anda dijangkakan akan dapat: (1) Menerangkan pertumbuhan dan perkembangan fizikal serta ciri-ciri utama dari kanak-kanak hingga remaja.

(2) Dapat menghuraikan pertumbuhan dan perkembangan fizikal individu hingga remaja. (3) Menjelaskan implikasi pertumbuhan dan perkembangan fizikal terhadap pengajaran dan pembelajaran.

3.3

KERANGKA TAJUK

Peringkat Perkembangan Fizikal Individu Hingga Remaja

Perkembangan Fizikal

3.4

Implikasi Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran

KANDUNGAN Kadar pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat awal remaja ini pula adalah cepat dan pesat, sama seperti kadar perkembangan semasa bayi. Perubahan fizikal seperti ketinggian, saiz dan bentuk badan mula ke arah dewasa.

3.4.1 PERKEMBANGAN FIZIKAL Perkembangan fizikal remaja perlu diketahui bagi membantu memahami tentang sesetengah remaja yang lambat atau cepat dalam pekembangan mereka dan apakah kesan-kesan disebaliknya. Ketika ini remaja-remaja lelaki dan perempuan secara sedar atau tidak akan 11

EDUP2023 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

mengalami perubahan dari segi bentuk tubuh badan atau fizikal. Perubahanperubahan ini berlaku akibat tindakan hormon dalam bentuk badan. Kadar pembesaran dan perubahan zaman remaja adalah berbeza di antara remaja lelaki dan perempuan. Malah kadar pembesaran adalah berbeza di antara seorang individu dengan individu yang lain. Perbincangan Berikan konsep perkembangan fizikal kanak-kanak hingga remaja serta apakah perubahan yang dapat anda perhatikan dari segi fizikal dari kecil hingga remaja

3.4.2 IMPLIKASI TERHADAP PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN Perkembangan

fizikal

merupakan

satu

aspek

yang

menekankan

asas

pertumbuhan dan pembesaran kanak-kanak dalam keadaan sihat, selamat dan ceria. Perkembangan fizikal kanak-kanak haruslah dititikberatkan dan difahami oleh golongan pendidik supaya perkembangan fizikal kanak-kanak dalam pembelajaran dan pengajaran (P&P) dapat ditingkatkan lagi dalam diri kanakkanak tersebut sekaligus membolehkankan para pendidik memahami mengapa pelajar mereka bertingkahlaku sedemikian. Guru dinasihatkan membantu kanak-kanak tetapi hanya setakat mana yang perlu. Bantuan yang berlebihan akan menggalakkan pergantungan kanak-kanak kepada ibu bapa 12

EDUP2023 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

atau guru dan menimbulkan perasaan kurang yakin untuk melakukan sesuatu dengan sendiri. Tutorial Berikan justifikasi anda, sejauhmanakah seorang guru mengaplikasikan perkembangan fizikal dalam bilik darjah RUMUSAN Bab ini telah membincangkan ciri-ciri perkembangan fizikal individu hingga remaja manusia . Perkembangan fizikal dijelaskan serta dibincangkan, akhir sekali implikasi ke atas guru turut dijelaskan terhadap pengajaran dan pembelajaran.

TAJUK 4

PERINGKAT

PERKEMBANGAN

KOGNITIF

INDIVIDU

HINGGA

REMAJA BERDASARKAN PERSPEKTIF TEORI 4.1

SINOPSIS Perkembangan kognitif adalah fokus topik yang dibincangkan dalam tajuk 4. Ahli psikologi perkembangan kognitif mengkaji aspek ini dan cuba mencari kaitan dengan teori-teori perkembangan dan implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran.

4.2

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini, anda dijangkakan akan dapat:

13

EDUP2023 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

(1) Menerangkan pengertian perkembangan kognitif dan ciri-ciri utama perkembangam kognitif individu hingga remaja. (2)

Dapat menghuraikan perkembangan kognitif individu hingga remaja serta kaitakan dengan teori.

(3) Menganalisis implikasi perkembangan terhadap pengajaran dan pembelajaran. 4.3

KERANGKA TAJUK ᄃ Peringkat Perkembangan Kognitif Individu Hingga Remaja Berdasarkan Perspektif Teori

Perkembangan Kognitif

4.4

Teori Piaget

Teori Vygotsky

Implikasi Psikologi Pendidikan Kepada Guru

KANDUNGAN Teori-teori Piaget dan Vygotsky ini telah memainkan peranan penting di dalam membantu memahami cara kanak-kanak berfikir dan bagaimana guru boleh memainkan peranannya di dalam perkembangan kognitif kanak-kanak

4.4.1 PERKEMBANGAN KOGNITIF Kemahiran kognitif merupakan kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat, memahami, mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing. Ia melibatkan aktiviti mental seperti ingatan, mengkategori, merancang, menaakul, menyelesaikan masalah, mencipta, berimaginasi dan lain-lain. Kemahiran kognitif ini penting untuk kelangsungan hidup seseorang individu. Perkembangan kognitif kanak-kanak memberi penekanan terhadap pembinaan pemikiran kanak-kanak. Ia berpusat kepada perubahan pemikiran kanak-kanak yang berlaku dalam satu peringkat perkembangan kepada yang seterusnya. Untuk mengkaji perkembangan kognitif kita akan membincangkan dua teori utama perkembangan kognitif oleh ahli psikologi Jean Piaget dan Lev Vygotsky. 4.4.2 TEORI PIAGET DAN TEORI VYGOTSKY Teori Piaget (1896-1980) Jeans Piaget merupakan seorang ahli psikologi yang terkenal dalam bidang pendidikan, beliau menumpukanperhatiannya kepada kajian perkembangan kognitif kanak-kanak.

Berdasarkan kajian Piaget perkembangan kognitif kanak-kanak 14

EDUP2023 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

terdapat peringkat ini sebagai peringkat deria motor (0-2 tahun), peringkat praoperasi (2-7 tahun), peringkat operasi konkrit (7-12 tahun) dan peringkat operasi formal (selepas 12 tahun) http://www.academia.edu/4935771/PERKEMBANGAN_KOGNITIF_TEORI_PIAGET

Teori Vygotsky Lev Vygotsky (1896-1934) berpendapat bahwa perkembangan kognitif dan bahasa anak-anak tidak berkembang dalam suatu situasi sosial yang hampa. Vygotsky adalah pengagum Piaget. Walaupun setuju dengan Piaget bahwa perkembangan kognitif terjadi secara bertahap dan dicirikan dengan gaya berpikir yang berbeda-beda, tetapi Vygotsky tidak setuju dengan pandangan Piaget bahwa anak menjelajahi dunianya sendiri dan membentuk gambaran realitas batinnya sendiri. Teori Vygotsky menawarkan suatu potret perkembangan manusia sebagai sesuatu yang tidak terpisahkan dari kegiatan-kegiatan sosial dan budaya. Vygotsky menekankan bagaimana proses-proses perkembangan mental seperti ingatan, perhatian, dan penalaran melibatkan pembelajaran menggunakan fungsi mental yang relatif dasar seperti kemampuan untuk memahami dunia luar dan memusatkan perhatian. Namun, anak-anak tidak banyak memiliki fungsi mental yang lebih tinggi seperti ingatan, berfikir dan menyelesaikan masalah. http://www.academia.edu/6260463/PENERAPAN_TEORI_BELAJAR_VYGOTSKY_DAL AM_PEMBELAJARAN_BAB_1_1_PENDAHULUAN

4.4.3 IMPLIKASI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Dari segi pengajaran dan pembelajaran, seseorang guru yang mengamalkan prinsipprinsip teori perkembangan kognitif akan mendapati proses pembelajaran yang sangat aktif. Guru juga akan menyediakan alat-alat pembelajaran yang bersesuaian dan mencukupi untuk mencapai objektif pengajaran yang efektif. Mengikut Vygotsky, guru perlulah menggalakkan murid yang lebih pandai untuk memberi bimbingan kepada rakan-rakan yang kurang pandai. Di samping itu, implikasi bagi teori ini juga ialah guru haruslah menyediakan lebih banyak contoh dan bahan sumber yang boleh digunakan untuk membantu murid 15

EDUP2023 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

membuat perkaitan dengan isi pelajaran yang dipelajari. Hal ini secara tidak langsung akan membantu murid-murid tersebut membina pemahaman baharu yang belum lagi diketahui atau dikuasai oleh mereka. Lebih banyak contoh dan bahan sumber ditunjukkan kepada murid-murid, lebih banyak pengetahuan dapat dikuasai oleh seseorang murid itu. Tutorial Berikan justifikasi bagaimana anda sebagai seorang guru mengaplikasikan teori perkembangan kognitif berdasarkan teori Vygotsky. RUMUSAN Bab ini telah membincangkan ciri-ciri perkembangan kognitif individu hingga remaja manusia. Perkembangan kognitif dijelaskan serta dibincangkan, akhir sekali implikasi ke atas guru turut dijelaskan terhadap pengajaran dan pembelajaran.

TAJUK 5

PERINGKAT PERKEMBANGAN MORAL INDIVIDU HINGGA REMAJA BERDASARKAN PERSPEKTIF TEORI

5.1

SINOPSIS Perkembangan moral adalah fokus topik yang dibincangkan dalam tajuk 4. Ahli psikologi perkembangan kognitif mengkaji aspek ini dan cuba mencari kaitan dengan teori-teori perkembangan dan implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran.

16

EDUP2023 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

5.2

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini, anda dijangkakan akan dapat: (4) Menerangkan pengertian perkembangan dan ciri-ciri utama perkembangam kognitif individu hingga remaja. (5) Dapat menghuraikan perkembangan kognitif individu hingga remaja serta kaitakan dengan teori. (6) Menilai implikasi perkembangan terhadap pengajaran dan pembelajaran.

5.3

KERANGKA TAJUK ᄃ Peringkat Perkembangan Moral Individu Hingga Remaja Berdasarkan Perspektif Teori

Perkembangan Moral

5.4

Teori Lawrence Kohlberg

Implikasi Psikologi Pendidikan Kepada Guru

KANDUNGAN Seseorang individu biasanya mengalami tiga tahap perkembangan moral yang utama, setiap tahap mengandungi dua peringkat. Berdasarkan teori Lawrwnce Kohlberg (1984) menghuraikan perkembangan moral adalah ditentukan oleh perkembangan kognitif.

5.4.1 PERKEMBANGAN MORAL Tiga peringkat perkembangan moral utama, setiap tahap mengandungi dua peringkat.

17

EDUP2023 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Buku rujukan Mok Soon Sang (2009): Psikologi pendidikan Untuk Pengajaran dan Pembelajaran, Penerbit Multimedia Sdn.Bhd. Puchong

5.4.2 TEORI LAWRENCE KOHLBERG Lawrence Kohlberg membahagikan perkembangan moral kepada tiga tahap, iaitu tahap prekonvensional, tahap konvensional, dan tahap postkonvensional (Slavin, 2006:54). Menurut pandangan Kohlberg dari tiga tingkatan tersebut, anak harus melewati enam tahap dalam dirinya iaitu:

Peringkat Perkembangan Moral Huraian Tahap 1 : Moral Prakonvensional: Awal Kanak-kanak Peringkat 1

Peringkat 2

18

EDUP2023 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Peringkat Perkembangan Moral Huraian Tahap 2 : Moral Prakonvensional: Masa Kanak-kanak Peringkat 1

Peringkat 2 Peringkat Perkembangan Moral Huraian Tahap 2 : Moral Prakonvensional: Masa Kanak-kanak Peringkat 1

Peringkat 2

Perbincangan Lengkapkan peringkat-peringkat perkembangan moral di atas

5.4.3

IMPLIKASI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Tutorial Berdasarkan perkembangan moral pelajar pada era yang penuh cabaran, bincangkan implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran pelajar setelah berlaku transformasi pendidikan berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. RUMUSAN Bab ini telah membincangkan ciri-ciri perkembangan moral individu hingga remaja manusia . Perkembangan moral dijelaskan serta dibincangkan, akhir sekali implikasi ke atas guru turut dijelaskan terhadap pengajaran dan pembelajaran. kita sebagai guruharus memperkaya ilmu kita demi anak didik kita salah satunya adalah dengan menanamlan nilai-nilai moral dan perkembangan moral agar anak bergerak ke arah yang baik.

TAJUK 6

PERINGKAT PERKEMBANGAN SOSIO EMOSI INDIVIDU HINGGA REMAJA BERDASARKAN PERSPEKTIF TEORI

6.1

SINOPSIS

19

EDUP2023 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Topik ini telah membincangkan perkembangan sosio emosi serta perkaitan dengan teori Erik Erikson dan implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran. Teori ini mempunyai kelebihan tersendiri dalam menerangkan perkembangan manusia.

6.2

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini, anda dijangkakan akan dapat: (7) Menerangkan pengertian perkembangan sosio emosi individu hingga remaja.

(8) Dapat menghuraikan perkembangan sosio emosi individu hingga remaja serta kaitakan dengan teori. (9) Menilai implikasi perkembangan terhadap pengajaran dan pembelajaran.

6.3

KERANGKA TAJUK

Peringkat Perkembangan Sosio Emosi Individu Hingga Remaja Berdasarkan Perspektif Teori

Perkembangan Sosio Emosi

6.4

Teori Erik Erikson

Implikasi Psikologi Pendidikan Kepada Guru

KANDUNGAN Perkembangan sosio emosi dalam topik enam membincangkan perkembangan sosio emoasi, teori erik erikson dan implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian perkembangan sosio emoasi memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kanakkanak. Ada perkara atau benda yang dialami seseorang mendatangkan rasa senang dan ada perkara yang tidak menyenangkan.

6.4.1 PERKEMBANGAN SOSIO EMOSI

20

EDUP2023 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Menurut

kamus

Advanced

Learner‟s

English-Malay

Dictionary (2001)

menghuraikan emosi sebagai perasaan apa sahaja yang meluap-luap, seperti kasih gembira, benci, takut, gembira dan sebagainya. Mengikut Daniel Goleman, emosi merujuk kepada sesuatu perasaan dan pemikiran tersendiri di bawah keadaan psikologikal dan biologikal, serta ada kecenderungan yang berbeza-beza untuk bertindak.

http://www.academia.edu/16505751/TAJUK-7-PERKEMBANGAN-SOSIO-EMOSI

6.4.2 TEORI ERIK ERIKSON Teori perkembangan Psikososial Erik Erikson menekankan kepentingan hubungan sosial dengan

individu-individu

di

persekitaran

kanak-kanak.

Menurut

Erikson,

personaliti seseorang kanak-kanak dibentuk hasil daripada perkembangan ini.

21

EDUP2023 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Peringkat

Umur (Tahun)

Bayi

0-2

Awal Kanak-

2-6

Aspek Perkembangan Emosi dan Sosial

kanak Kanak-kanak

6-12

Perbincangan Lengkapkan aspek perkembangan emosi dan sosial berdasarkan peringkat umur

6.4.3 IMPLIKASI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Melalui pembelajaran perkembangan sosio emosi, boleh dirumuskan faedah ilmu psikologi perkembangan sosio emosi kepara para guru. Ini membolehkan para guru lebih memahami mengapa pelajar bertingkah laku sedemikain, membantu pelajar memahami diri mereka sendiri, membantu guru-guru merancang objektif dan matlamat pembelajaran yang sesuai dengan pelajar dan merumuskan langkah-langkah supaya pelajarnya dapat mencapai matlamat dan objektif pembelajaran yang telah ditetapkan. Tutorial Pada pendapat anda, sejauhmanakah implikasi perkembangan sosio emosi terhadap pengajaran dan pembelajaran pelajar

22

EDUP2023 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

RUMUSAN Secara keseluruhannya, aspek-aspek ini merupakan perkembangan sosio emosi merupakan perkembangan sosio emosi yang matang. Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid belajar mengawal emosi, pemikiran dan tindakan supaya dapat menyesuaikan diri dalam kehidupan bermasyarakat.

PANEL PENULIS MODUL PEMBELAJARAN EDUP2023 PSIKOLOGI PENDIDIKAN NAMA EN MOHD YUSRI BIN MOHAMD NOOR Pensyarah IPG Kampus Batu Lintang, 93250 Kuching, Sarawak

KELAYAKAN Kelulusan: M.Ed. ( Pengurusan Pendidikan ) UPSI B.Ed (Bimbingan dan Kaunseling) UPSI Pengalaman: Pensyarah Pengajian Profesional Guru Bimbingan dan Kaunseling

23

EDUP2023 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

NAMA PN NOORAZURA BT MOHD MAKHTAR Pensyarah IPG Kampus Batu Lintang, 93250 Kuching, Sarawak

KELAYAKAN Kelulusan: M.Ed. ( Pengurusan Pendidikan ) UPSI B.Ed (Bimbingan dan Kaunseling) UPSI Dip. (Pembangunan Manusial) UPM Pengalaman: Pensyarah Pengajian Profesional Guru Bimbingan dan Kaunseling

RUJUKAN

A.J. Michael. (2006). Kompetensi Kecerdasan Emosi untuk Pelajar Kursus Persediaan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP). Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Bahagian Pendidikan Guru. (2003). Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah. Ilmu Pendidikan Pengetahuan Ikhtisas Model 1/3 Unit 1/2 Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Guru. Bahagian Pendidikan Guru. (2004). Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah. Ilmu Pendidikan 24

EDUP2023 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Pengetahuan Ikhtisas Model 2/3 Unit 1 dan Unit 2 Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Guru. Dr. Ragbir Kaur A/P Joginder Singh. (2005). Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan untuk Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI). Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Ee Ah Meng. 1995. Psikologi dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sd. Bhd. Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2009), ”Perkembangan Kanak-Kanak”. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Halpin, A.W. dan Croft, D.B. (1963), “The Organizational Climate of School”. Chicago: Midwest Administration Centre, University of Chicago Ibrahim Mamat (1993), “Kepimpinan Sekolah: Teori Untuk Praktis”. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Ibrahim Md Noh (1997), “Pengurusan Pendidikan” Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia 7(1) Khadijah Rohani Mohd. Yusof. (2007). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Open University (OUM). Lee Shok Mee. (1994). Asas Pendidikan 2 : Psikologi dalam Blik Darjah. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Lee Shok Mee. (1995). Asas Pendidikan 2 : Murid dan Proses Pembelajaran. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Mook Soon Sang. (2000). Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Kursus Perguruan Lepas Ijazah Semester 1). Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Mok Soon Sang (2003). Psikologi Pendidikan (Siri Pendidikan Guru). Subang Jaya: Kumpulan Budiman. Mok Soon Sang (2013). Psikologi Pendidikan untuk Pengajaran-Pembelajaran. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Noriati, A.Rashid, Boon, P.Y., & Sharifah, Fakriah Syed Ahmad. (2009). Murid dan alam belajar. (Siri Pendidikan Guru). Shah Alam: Oxford Fajar. Ormrod, J. E. (2008). Educational Psychology: Developing Learners (6th ed.). Uppersaddle River, New Jersey: Pearson Prentice Hall. Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. Shahabuddin Hashim, Dr. Rohizani Yaakub. (2004). Psikologi Pembelajaran & Personaliti. Pahang : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. 25

EDUP2023 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Shahabuddin Hashim, Mahani Razali, Ramlah Jantan. (2004). Psikologi Pendidikan. Pahang : PTS Publications & distributors Sdn. Bhd. Slavin, R.E. (2005) , Educational Psychology: Theory into Practice.Englewood Cliff: Prentice Hall Ltd Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan, & Abdul Aziz Abdul Shukor (2008). Psikologi Pendidikan(Siri Pendidikan Guru). Shah Alam: Oxford Fajar. Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2009), ”Perkembangan Kanak-Kanak”. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Halpin, A.W. dan Croft, D.B. (1963), “The Organizational Climate of School”. Chicago: Midwest Administration Centre, University of Chicago Ibrahim Mamat (1993), “Kepimpinan Sekolah: Teori Untuk Praktis”. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kementerian Pendidikan Malaysia (1981), ”Kurikulum Baru Sekolah Rendah: Matlamat, Rasional, Bidang Pelajaran dan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran”. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying dan Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2009), ”Murid dan Alam Belajar”. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

26

Related Documents


More Documents from "Wesh De Geminos"

Tarzan
February 2021 2
Phobia Release In Five Days
February 2021 1
Ciment
March 2021 0
Shark In The Park
January 2021 1