Edup2072_t4_falsafah Pendidikan

  • Uploaded by: Bidadari scarves
  • 0
  • 0
  • January 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Edup2072_t4_falsafah Pendidikan as PDF for free.

More details

  • Words: 1,413
  • Pages: 32
Loading documents preview...
EDUP2072 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

TOPIK 4 FALSAFAH PENDIDIKAN

KANDUNGAN 4.1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan 4.2 Falsafah Pendidikan Guru 4.3 Falsafah Pendidikan Khas 4.4 Falsafah Pendidikan TVET 4.5 Hala Tuju Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) dalam Memartabatkan FPK 4.6 Profesionalisme Guru Berlandaskan FPK dalam Penjajaran Kurikulum 4.7 Peranan Guru dalam Merealisasikan FPK 4.8 Perbandingan antara Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan Falsafah Pendidikan Negara-negara Lain

4.1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)  Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dahulunya disebut Falsafah

Pendidikan Negara (FPN) merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia.  Hal ini bermakna, semua aktiviti pendidikan dan persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.  Idea penggubalan FPK dicetuskan pada tahun 1979 setelah penerbitan laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji Pelaksanaan Dasar Kebangsaan, berdasarkan dokumen-dokumen dasar dan berlandaskan ketiga-tiga ideologi negara, iaitu; Rukun Negara, Dasar Ekonomi Baru (Rancangan Malaysia Ketiga pada 1976-1980) dan Dasar Pendidikan Kebangsaan (1999).  Penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan mengambil berat tentang keperluan-keperluan individu, masyarakat dan negara.

4.1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

UNSUR-UNSUR YANG TERDAPAT DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

(1) usaha berterusan  Pendidikan merupakan satu proses yang berterusan sepanjang hayat iaitu bermula dari bayi sehinggalah kita meninggal dunia.  Proses pemerolehan, pemindahan pengetahuan dan penerapan nilai-nilai murni dalam pendidikan merupakan satu perkara yang tidak dapat dipisahkan.  Setelah meninggalkan alam persekolahan, seseorang itu akan terus mencari ilmu dengan menghadiri forum, bengkel, seminar dan sebagainya. Hal ini menunjukkan bahawa proses pendidikan itu terus berlangsung.

UNSUR-UNSUR YANG TERDAPAT DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

(2) potensi individu  Potensi individu ini dibahagikan kepada 4 iaitu unsur intelek, jasmani, emosi, dan rohani.  Melalui pendidikanlah potensi individu boleh diperkembangkan dan digilap.  Unsur jasmani ialah unsur fizikal individu iaitu berkaitan anggota tubuh badan.  Perkembangan dan kecerdasan fizikal amat penting untuk kecerdasan mental.  Unsur emosi mempunyai kaitan dengan jiwa individu yang mana memberi kawalan kuat kepada semangat perpaduan dan sebagainya. Perkembangan emosi yang sempurna mampu untuk mengawal tingkah laku yang baik.

Unsur rohani merangkumi unsur berkaitan kalbu iaitu hubungan antara manusia dengan penciptanya. Unsur rohani lebih menjurus kepada amalan keagamaan. Intelek dikaitkan dengan daya berfikir. Intelek penting kerana dengan unsur intelek, pelbagai masalah sukar dapat diselesaikan dengan tepat. (3) perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu  Merangkumi perkembangan individu yang maksimum pada cara yang tepat bagi membantu menggilap potensi yang ada pada diri individu tersebut. (4) insan yang seimbang dan harmonis  Maksudnya ialah insan yang berilmu pengetahuan, mempunyai akhlak mulia, percaya dan yakin kepada Tuhan, mempunyai jiwa dan fikiran yang tenteram, sihat tubuh badan, serta matang dari segi emosi dan sosialnya. Insan yang seimbang dan harmoni ini mempunyai jasmani, emosi, rohani dan intelek yang telah dikembangkan secara kritikal dan bersepadu. Hal ini dapat dilihat dalam kehidupan harian atau tingkah laku individu yang bertanggungjawab, menghormati orang lain, mempunyai kesedaran kendiri yang tinggi dan mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan tenang dan cepat.

(5) kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan  Memberi penekanan kepada perkara-perkara penting seperti mengakui wujudnya Pencipta, mengakui manusi dan alam dijadikan oleh Pencipta, mengetahui tentang percaturan yang telah dilakukan oleh Tuhan, faham bahawa manusia dijadikan untuk menjadi khalifah di muka bumi ini dan bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan, menjauhi kemungkaran dan melakukan kebaikan, mengikuti dan mengamalkan ajaran agama, dan yang terakhir sekali ialah sentiasa mengukuhkan kepercayaan beragama. (6) rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan  Berilmu pengetahuan bermakna pelajar sentiasa bersedia berkongsi ilmu dan menggunakan ilmu untuk manfaat bersama.  Antara ciri-ciri individu yang berilmu pengetahuan ialah individu yang mencintai ilmu pengetahuan, minat mentelaah, berfikiran global, berusaha berkongsi ilmu dan menambah ilmu pengetahuan yang sedia ada.

(7) rakyat Malaysia yang berketrampilan  bermakna rakyat yang bukan sahaja berilmu pengetahuan, malahan rakyat yang mahir dalam melakukan tugasan dan mampu menjadi rakyat yang inovatif.  Rakyat yang berketrampilan juga merupakan rakyat yang melaksanakan amanah yang diberikan kepadanya dengan adanya kemahiran yang tepat dan bersesuaian dengan kehendak. (8) rakyat Malaysia yang berakhlak mulia  bermakna rakyat yang mampu menilai mana satu yang baik dan mana satu yang buruk.  Kebolehan berfikir jauh dalam menimbang kesan dan akibat sesuatu perkara dan yakin dalam perkara murni yang dilakukan merupakan ciri-ciri yang perlu ada dalam rakyat Malaysia yang berakhlak mulia.

(9) bertanggungjawab  Mengetahui tugas dan tanggungjawab merupakan amanah yang wajib dilaksanakan dengan sempurna  Undang-undang, perlembagaan negara perlulah dihormati dan dipatuhi agar keamanan negara, perpaduan kaum dan kemaslahatan masyarakat dapat dijaga dan diteruskan. (10) kesejahteraan diri  Berupaya menangani masalah hidup, mampu berfikir secara waras, mempunyai tubuh badan sihat dan mempunyai kemahiran dalam menjalin perhubungan yang baik dengan orang lain (11) dapat memberi sumbangan kepada masyarakat, agama, dan negara  Wujudnya rakyat Malaysia yang mampu memberi sumbangan akan membantu pembangunan negara dengan melahirkan keluarga yang harmoni dan mempunyai nilainilai murni seperti semangat kerjasama dan perpaduan.  Perkara yang lebih penting ialah adanya rakyat yang mampu menguasai teknolongi dan ilmu-ilmu lain bagi memaksimumkan pembangunan negara kita.

Bincangkan: Guru berjiwa pendidik: Apakah itu jiwa pendidik? Apakah hubungan FPK dengan jiwa pendidik?

4.2 Falsafah Pendidikan Guru

4.3 Falsafah Pendidikan Khas

1598457171.webp

4.4 Falsafah Pendidikan TVET

4.4 Falsafah Pendidikan TVET

4.5 Hala Tuju Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) dalam Memartabatkan FPK Sistem PTV di Mlaaysia harus melalui inovasi yang terancang. Antara strategi yang perlu diambil: (i) menambahkan lagi enrolmen atau pengambilan pelajar dalam bidang vokasional dan kemahiran. (ii) memperkenalkan Sekolah Asas Kemahiran (iii) memperkasakan Kurikulum PTV (iv) peningkatan hubungan industri dan badan professional (v) memkerpaksakan School Enterprise

Hala tuju PTV akan datang: Kurikulum baharu dalam PTV

4.6 Profesionalisme Guru Berlandaskan FPK dalam Penjajaran Kurikulum

Bincangkan.

4.7 PERANAN GURU DALAM MEREALISASIKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (1) Mengembangkan diri dan murid secara holistik.  Matlamat utama Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah untuk mengembangkan potensi indivindu secara menyeluruh yakni merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.  Jasmani murid boleh diperkembang melalui penglibatan aktif dalam aktiviti kokurikulum. Manakala emosi, rohani, dan intelek pula boleh diperkaya dengan melibatkan murid dalam setiap aktiviti pengajaran dan program-program ilmiah seperti forum, pidato atau debat.  Di sini, guru harus menggerakkan murid dengan memberi rangsangan, tunjuk ajar dan pengukuhan supaya murid akan sentiasa bersemangat untuk terlibat dalam sebarang aktiviti kokurikulum .  Ini secara tidak langsung dapat membantu murid berfikiran terbuka, berfikiran cerdas dan tergolong dalam golongan kelas minda pertama.

(2) Memupuk cinta murid terhadap ilmu dan peribadi mulia. Untuk melahirkan murid yang berilmu, guru perlu menanamkan minat murid terhadap ilmu. Guru harus menekankan kepentingan ilmu kepada murid. Pengajaran dANpembelajaran guru harus berjalan dalam suasana yang menyeronokkan, murid akan teruja dan cenderung untuk terus menimba ilmu. (3) Menyemai rasa cinta terhadap diri, masyarakat dan negara.  Guru itu tugasnya bukanlah terhad di dalam kelas kerana dia perlu mengajar, mendidik dan memimpin.  Tugas mengajar itu agak terbatas dan perlu disempurnakan di dalam kelas, tetapi tugas mendidik dan memimpin sentiasa berterusan walaupun murid tidak berada di kawasan sekolah.

(4) Guru perlu menunjukkan sifat pekerti yang mulia. Guru yang akan ditugaskan untuk mendidik dan membimbing anak bangsa hendaklah disemai dengan sifat-sifat yang mulia. Untuk membentuk murid yang berakhlak mulia seperti yang diinginkan dalam falsafah kebangsaan, para guru perlulah menunjukkan sikap yang baik supaya dapat dicontohi oleh para pelajar. 5) Guru perlu berpandangan progresif dan saintifik. Guru yang berpandangan futuristik akan sentiasa menokok tambah ilmunya dengan membaca dan menghadiri seminar dan bengkel. Dengan itu, dia sentiasa menyedari perkembangan baharu dalam arena pendidikan dan dapat memainkan peranan sebagai seorang inovator. Hal ini amat penting kerana untuk membentuk pelajar yang mempunyai ilmu pengetahuan, para guru perlulah mempersiap diri dengan ilmu yang secukupnya.

(6) Guru perlulah melahirkan suatu masyarakat yang progresif. Dalam pengajaran guru, kaedah inkuiri (penemuan) dan pengajaran abad ke-21 hendaklah ditekankan. Ini perlu untuk memupuk sifat gemar menyiasat dan mereka cipta . Sifat-sifat ini adalah sesuai dengan hasrat mengembangkan anggota-anggota masyarakat yang berpotensi tinggi dan seimbang dari segi intelek. (7) Guru perlu melahirkan suatu masyarakat yang berdisiplin Unsur disiplin memang sentiasa dititkberatkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kegiatan-kegiatan bilik darjah tidak dapat berjalan dengan lancar tanpa disiplin. Walau bagaimanapun, guru hendaklah menitikberatkan nilai-nilai seperti ketepatan masa dalam kalangan pelajarnya. Amalan ini membolehkan pelajar membesar menjadi ahli-ahli masyarakat yang bersifat penyayang dan berdisiplin.

4.8 Perbandingan antara Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan Falsafah Pendidikan Negaranegara Lain

Cuba bandingkan FPK dengan falsafah-falsafah pendidikan di negara-negara lain.

Related Documents


More Documents from "Wesh De Geminos"