Etika Dan Peradaban

  • Uploaded by: Waniey Lynn
  • 0
  • 0
  • January 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Etika Dan Peradaban as PDF for free.

More details

  • Words: 954
  • Pages: 2
Loading documents preview...
TAMADUN ISLAM Islam adalah satu agama yang lengkap dan bagus untuk para penganutnya. Setiap apa yang terkandung dalam agama islam adalah mempunyai manfaat yang baik untuk seluruh penganutnya. Ianya tidaklah disyariatkan semata-mata tetapi mempunyai kebaikan baik untuk jangka masa pendek dan jangka masa panjang terhadap para penganutnya. Ianya adalah sebuah agama yang unik dan sempurna. Ianya juga meliputi segala macam aspek kehidupan dunia dan akhirat. Tamadun islam amat menitikberatkan 3 aspek yang sangat penting ataupun menjadi tunjang utama iaitu akidah, syariat dan ibadah. Daripada 3 aspek inilah membentuk dan mencorakkan cara kehidupan seseorang manusia itu sama ada dari segi etikanya sesama manusia dan lain-lain lagi. Syariat mengikut Prof Dr. Achmad El Ghandur, syariat dari segi istilah adalah peraturan yang diturunkan Allah SWT melalui rasul-rasulNya yang mulia, agar mereka keluar dari kegelapan dan mendapat petunjuk ke arah jalan yang lurus. Disebabkan itu, sesiapa yang mengaplikasikan perkara ini secara total sebagai cara hidupnya, maka kehidupannya akan menjadi mudah dan tidak mempunyai masalah dengan sesiapa pun sama ada dengan tuhan ataupun dengan makhluk tuhan. Dia akan memperolehi kecemerlangan di dunia dan di akhirat. Kita boleh membuat perbandingan dengan masyarakat jahiliyah dahulu yang tidak mengaplikasikan perkara ini. Kehidupan mereka seolah-olah tiada undang-undang, dimana peraturan yang ada hanyalah mengikut hawa nafsu semata. Hukum hanya untuk para rakyat, manakala mereka yang mempunyai kuasa seolah-olah kebal dari sistem perundangan ketika itu. Disebabkan itu, perhambaan telah bermaharajalela ketika itu, terutamanya kepada masyarakat yang berkulit hitam, Badwi. Maka, ketika itu mereka seolah kurang dari sudut etika dan peradaban sesama mereka kerana tidak mengaplikasikan Syariah. Sebaik sahaja, Nabi SAW diutuskan kepada umat manusia untuk membawa mereke keluar dari kegelapan, perlahan-lahan etika dan peradaban dalam kalangan masyarakat mereka ketika itu terbentuk. TAMADUN MELAYU Istilah melayu menurut Zainal Abidin Borhan (2004) ialah satu masyarakat peribumi atau masyarakat asal rantau ini yang disebut sebagai Malay Archipelago, Kepulauan Melayu atau Alam Melayu. Kesatuan melayu sangat kukuh dan mantap berikutan nilai kemelayuan yang dimiliki. Nilai kemelayuan penuh dan padat dengan falsafah yang memberi definisi kehidupan bangsa melayu dalam membina jati diri bangsa. Terdapat banyak ahli filosofi yang timbul dalam kalangan masyarakat melayu yang mempunyai falsafah hidup yang tinggi dan bagus. Menurut Mohd Taib Osman, tamadun Melayu terbina dengan nilai falsafah Islam yang tercerna dalam world view masyarakat Melayu. Setiap gerak, tingkah dan usaha orang Melayu disandarkan kepada falsafah Islam. Justeru itu, akar umbi bagi Tamadun Melayu adalah Tamadun Islam. Hal ini menjadi kaitan utama kerana Islam telah berjaya merubah kepercayaan, pemikiran, cita rasa dan tingkah laku masyarakat Melayu di negara dan rantau ini. Disebabkan ini, umat melayu mempunyai nilai etika dan adab yang tinggi sesama masyarakat sama ada dikenali ataupun tidak. Umat melayu sememangnya sangat terkenal dengan sikap beradab yang tinggi dalam apa jua perkara. Lagi pula, mereka menyandarkan tamadun ini dengan falsafah-falsafah yang terkandung dalam agama islam yang sememangnya wajar diikuti dan dijadikan contoh tauladan untuk tamadun lain agar dapat berkembang maju dengan baik dan melahirkan generasi yang berkualiti dan bagus dalam segala aspek.

TAMADUN CINA Kaum cina sangat menghargai hasil minda (pemikiran) daripada hal-hal kebendaan yang lain. Lebih kurang seratus tahun yang lampau, orang cina lebih memilih cara hidup dan corak pemikiran yang berasal dari nenek moyang mereka. Sejak awal lagi, orang-orang cina mempercayai bahawasanya mereka lebih cerdik, beradab dan berkebolehan berbanding agama lain. Setiap tradisi dan amalan dalam masyarakat mereka mempunyai pengertian tersendiri dan melambangkan norma-norma yang wujud dalam masyarakat mereka. Nilai-nilai etika yang terdapat dalam masyarakat mereka amat penting untuk mempertahankan kelangsungan hidup dan keharmonian sesama anggota masyarakat. Amalan,adat dan pantang larang yang di pegang oleh masyarakat Cina lebih berupa suatu kawalan sosial yang berperanan mengikat anggota-anggota masyarakat agar tidak melakukan perkara yang menyimpang dari amalan-amalan orang Cina. Antara contoh etika mereka ialah dalam aktiviti sosialisi mereka. Setiap perayaan mereka disambut oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira jantina, umur dan keturunan. Dalam pada masa yang sama, mereka berkumpul dan dapat mewujudkan perpaduan yang kukuh. Hal ini juga dapat menghapuskan budaya berpuak-puak antara individu dengan individu atau kumpulan dengan kumpulan yang lain. Pengaruh-pengaruh luar yang mengganggu gugat sistem sosial ini dapat ditangkis dengan meneruskan nilai-nilai tradisional dan adat resam yang diamalkan sejak turun temurun. Etika dan peradaban mereka menjadi lebih tinggi dan bagus apabila mereka sentiasa menyemat dan mempraktikkan sistem sosial yang sedia ada terdapat dalam konteks tamadun dan adat mereka. TAMADUN INDIA Secara umumnya, masyarakat india boleh dibahagikan kepada 2 golongan iaitu Indo Arya dan Dravidia. Dari segi demografi, orang Indo Arya menetap di Kawasan utara India dan orang Dravidia menetap di Kawasan selatan India. Awalnya, kedua-dua jenis masyarakat ini mempunyai adat dan tradisi tersendiri. Tetapi selepas kedua-dua jenis tradisi dari kedua masyarakat ini bertembung, lahirlah satu budaya lain yang dikongsi bersama. Masyarakat India mempunyai pelbagai jenis sistem kasta yang membezakan taraf mereka. Mereka membezakan antara golongan yang tinggi dan rendah. Seterusnya, ada juga di kalangan mereka yang merendah-rendahkan kaum wanita. Kaum wanita hanyalah kaum yang tidak berhak mendapat Pendidikan tinggi sebaliknya mereka harus duduk di rumah. Perkara seperti ini tidak sepatutnya terjadi kerana taraf semua manusia adalah sama dan tidak patut dibeza-bezakan. Bagi saya, etika dan peradaban mereka agak kurang berbanding tamadun lain. TAMADUN BARAT Mereka meletakkan agama sebahagian daripada kebudayaan. Kebudayaan pula sentiasa mengalami perubahan dan agama juga turut mengalami perubahan. Mereka juga meletakkan perkara keduniaan hanya untuk kehidupan dunia semata-mata. Segala urusan tidak mempunyai kaitan dengan agama. Seterusnya, dalam konsep kemajuan, mereka hanya berdasarkan keuntungan semata-mata. Mereka tidak mengamalkan konsep memberi seperti yang digunapakai dalam agama islam. Mereka juga berpegang dengan konsep “matlamat menghalalkan cara”. Apa-apa sahaja matlamat atau niat yang disemat dalam hati tidak kira baik atau buruk boleh dilakukan. Mereka juga mengamalkan gaya hidup bebas dan tidak mementingkan soal kesucian dalaman seseorang yang akhirnya menyebabkan mereka menghadapi krisis etika, peradaban dan nilai yang teruk akibat mengenepikan soal kerohanian dan spiritual.

Related Documents


More Documents from "Ratno Legoh-lohonauman"