Faedah Seminar

  • Uploaded by: Mohd Azman Bin Mohd Nor
  • 0
  • 0
  • February 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Faedah Seminar as PDF for free.

More details

  • Words: 2,216
  • Pages: 6
Loading documents preview...
KEBAIKKAN DAN KELEMAHAN SEMINAR CUTI SEKOLAH Yessss…akhirnya berjaya juga siapkan artikel ni. Semalam saya bertanyakan kpd rakan-rakan fb mengenai perkara diatas. Hari ini saya sendiri akan memberi pendapat peribadi saya. Jika ada point yang anda tidak setuju, tidak mengapa. Sekadar berkongsi bersama ibu bapa disini. Pendapat saya kali ni tersangat lah panjang, harap anda tak mengeluh utk habiskan artikal ini. Siapa yg tak sanggup utk baca, cukup sekadar baja sub-topik jerlah…heheee. Antara soalan-soalan yang biasa saya terima bila hampir cuti sekolah: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

Apa faedahnya Seminar ni? Pelajar dapat pandai ke? Boleh “cover” semua topik ke? Pelajar lemah boleh serta tak? Berapa yuranya, jika daftar 3org dpt diskaun tak? Sesuai tak utk pelajar sekolah biasa? Anak saya malas, kalua sertai boleh improve tak? Saya tinggal di Sandakan, mcm mana nak join seminar di Shah Alam?

Pelbagai bentuk soalan lagi yang saya pernah terima. Ada yang mampu dijawab dan dibalas. Ada juga yang tidak dpt utk dirungkaikan dan “tergantung sepi”. Saya cuba memberi penjelasan berdasarkan penglibatan saya sepanjang berseminar musim Cuti Sekolah. Sebenarnya seminar bukanlah satu-satunya solusi utk meningkatkan prestasi para pelajar, banyak lagi cara-cara lain yg mereka boleh pilih. Seperti private tuition, atau belajr bersama kwn-kwn. Namun ramai juga yg memilih seminar sebagai cara utk meningkatkan prestasi pelajar kerana mereka mempunyai alasan sendiri. Saya tak berminat utk kupas kenapa mereka memilih seminar utk anak mereka, sya berminat utk mengupas KEBAIKAN dan KELEMAHAN Seminar Cuti Sekolah. Rasanya tidak adil utk saya bercerita mengenai Kebaikkan sahaja, mestilah didedahkan juga dgn kelemahan seminar cuti sekolah ini kpd pelajar. Tidak semua pelajar yg sesuai utk dtg berseminar. Namun bukan saya yg tentukan, tuan punya badan atau pelajar itu sendiri lebih tahu prihal dirinya yg akan membuat keputusan. Atau ibu bapa mereka yg lebih arif. [KEBAIKKAN] Seminar Cuti sekolah sebenarnya memberi banyak kebaikkan dan faedah kepada pelajar UPSR, PT3 & SPM. Antara faedah itu termasuklah dapat mengetahui rahsia-rahsia peperiksaan termasuk: #1 [Konsep] Pelajar akan didedahkan kpd konsep-konsep asas secara pantas. Kenapa dibuat secara pantas? Ini kerana kebanyakan para pelajar sudah didedahkan di peringkat sekolah dan kebanyakan mereka pernah mendengar dan buat latihan terhadap konsep-konsep tersebut. Maka utk menjadikan Seminar lebih mudah biasanya konsep-konsep asas ini akan didedahkan semula dgn

teknik atau penjelasan dlm btk yg lebih “simple” dan mudah supaya pelajar dpt faham. Teknik dan cara penyampaian ini bergantung kpd kemahiran dan pengalamn penceramah itu sendiri. #2 [Teknik Menjawab] Pelajar akan didedahkan dgn Teknik Menjawab Soalan dgn betul. Pelajar dapat mendalami teknik menjawab soalan dengan tepat. Perlu ke tahu cara menjawab dgn betul selain drp konsep? Yes, itu sudah semestinya. Saya bagi satu Contoh; Soalan Kimia SPM : Namakan gas yang dihasilkan selepas tindakbalas kimia berlaku antara Asid Hidroklorik dan Logam Q ? Jawapan*1 (Salah x) : H2 Jawapan*2 (Betul ∕) : Gas Hidrogen Jika diikutkan kedua-dua jwp adalah betul pada pandangan pelajar. Namun jwp pertama tidak menjawab kehendak soalan, kerana soalan mahukan NAMA bukan FORMULA. Begitu juga dgn subj-subj lain. Anda dah faham sekarang kenapa Pengetahuan Teknik Menjawab mengikut permarkahan adalah sgt penting? Tak pasal-pasal pelajar kehilangan 1 markah atau mungkin lebih disebabkan kesilapan yg kecil ini. Oleh itu,murid perlu merebut peluang menyertai seminar cuti sekolah ini. #3 [SEMINAR MASA CUTI] Seminar peperiksaan biasanya dianjurkan oleh pihak tertentu. Biasanya seminar dijalankan sepanjang percutian sekolah atau dihujung minggu, Sabtu dan Ahad. Biasanya dibuat di tempat tempat yang selesa dan strategik. Masa cuti juga memberi kemudahan kpd ibu bapa untuk menghantar anak-anak ke tempat seminar tersebut. Ini memudahkan ibu bapa membuat perancangan lebih awal. Dalam masa yang sama juga ianya mengisi masa lapang pelajar sepanjang bercuti dgn perkara yg berfaedah. #4 [TIPS] Penganjur menyediakan guru-guru berpengalaman untuk mengendalikan seminar tersebut. Murid-murid beruntung berhadapan dengan guru ini sebab mereka sudah biasa dengan selokbelok bentuk soalan dan kesalahan yang sentiasa dibuat oleh para pelajar sebelumnya. Seminar peperiksaan dapat mendedahkan murid dari segi rahsia menjawab soalan dengan betul untuk mendapat keputusan yang baik. Tips yang menarik dan mudah juga akan dikongsikan sepanjang seminar berlangsung. Ini memberi peluang kpd pelajar menerima dan mendapat cara yang baru dan membantu mereka sepanjang ualangkaji kelak. Antara Tips yg sering dikongsikan adalah: a) b) c) d) e) f) g)

Teknik Mudah Pengiraan Soalan-soalan popular Topik-topik popular KBAT ASAS yang mesti dikuasai Formula-formula penting Persamaan-persamaan yg wajib pljr tahu

h) i) j) k)

Teknik menjawab yg simple Strategi menjawab mengikut Kertas dan subj Tips belajar efektif Tip membuat nota ringkas

Itu shj yg terlintas difikiran saya. Anda boleh senarai sendiri jika masih ingat. #5 [SUASANA BARU] Selain pelajar berada dalam persekitaran sekolah, dgn adanya seminar ini membuatkan pelajar terdedah kpd persekitaran baru dan mungkin dpt merangsang minat perlajar itu sendiri. Pengalaman pelajar juga turut menjadi bertambah matang dgn menerima info-info baru drp penceramah. Ini membuktikan juga pembelajaran bukanlah sekadar di sekolah sahaja, malah boleh diaplikasikan dimana-mana shj. Murid terdedah kepada suasana baru dari segi pembelajaran kerana berhadapan dengan penceramah berpengalaman. Yg pastinya lokasi atau dewan seminar mestilah Kondusif. #6 [KAWAN BARU] Disampaing belajar ditempat yang baru, suasan baru, ianya juga mendedahkan para pelajar dgn rakan-rakan baru dari pelbagai background dan latarbelakang keluarga dan budaya yg berbeza. Ianya sebagai hadiah atau bonus tambahan kpd pelajar yg tahu kelebihan mempunyai kwn yg ramai. Jika dlm perniagaan ianya dikenali sbg “Networking”, knp tidak kita ketengahkan konsep ini kpd para pelajar supaya mereka dpt membuat networking dari awal. Ini akan memudahkan para pelajar bertanya antara satu sama lain dan bertukar-tukar tips sekolah masing-masing. Bgaus bukan?? #7 [WHATSAPP GROUP] Tak kisahlah group wasap ke, atau telehram ke, atai ig ke, yg pasti mereka mempunyai satu medium baru selepas menghadiri seminar. Biasanya penganjur moden akan menyediakan platform ini secara percuma selepas seminar bagi tujuan dan perbincangan para pelajar dan juga memudahkan penganjur utk menganhantar message kpd pelajar jika perlu. Gunakan platform ini sebaik dan sebijak mungkin. Mereka akan berkomunikasi sendiri antara mereka, ini memberi rasa yakin pd diri utk bersosial secara maya. Dan biasanya mereka akan membantu dan menyokong antara satu sama lain jika diperlukan. Kecuali jika mereka tidak mahu terlibat dan bertindak utk inactive dlm group. #8 [ULANGKAJI SECARA PANTAS] Ini adalah salah satu objektif seminar diadakan adalah utk “speed up” sebanyak mungkin topiktopik sepanjang berseminar. Mungkin kita tertanya-tanya, boleh ke habis semua topik? Saya boleh katakan mustahil jika dapt khatamkan semua dlm masa satu hari. Dah tentu seminar akan berjalan seperti yg dirancangkan dgn objektif-objectif tertentu. Seminar biasanya akan membuat sikit revision mengenai topik dan sub topik yg penting sebelum melakukan pegukuhan. Maka ianya dapat menjmatkan masa pelajar utk membuat ulangkaji sendirian. Penceramahkana bantu pelajar mempercepatkan process ulangkaji tersebut bersama rakan-rakan lain. Selebihnya

pelajar akan membuat ulangkaji sendiri berdasarkan apa yg mereka dpt sepanjang berseminar tersebut. Cepat dan memudahkan pelajar bukan? #9 [KOS RENDAH] Ya, jauh lebih rendah jika kita mahu menempah seorang tutor. Sudah tentu private tutor lebih mahal per unit masa disebabkan masa yg diperuntukan oleh tutor. Bergantung kpd objektif dan budget ibu bapa. Namun seminar masih lagi jauh lebih redah jika dibuat pengiraan. Jadi ianya dpt membantu ibu bapa pertengahan dan keatas utk menghantar anak-anak jagaan mereka ke seminar cuti sekolah. Dgn kos serendah RM80-RM180 sehari banyak dapat dipasaran, hanya pilih shj. Sudah tentu ibu bapa akan pilih berdasarkan pengalam yg lalu atau atas recommendation rakan-rakan atau mencari info detail di media social. Apa yg pelajar dpr dgn kos tersebut? Antaranya ialah Ilmu drp penceramah, Modul, Makanan, dan tempat yg kondusif. Knp kos yuran ini menjadi begitu murah? Kerana ianya dikongsikan oleh sebilangan pelajar yg agak ramai anatara 50-100 org. Maka pihak penganjur dptlah menyelengara kos-kos tersebut dgn lebih optimum. #10 [MOTIVASI] Kebiasaanya penghujung Seminar, motivasi diselitkan utk memastikan momentum dan focus pelajar dpt dijanakan kearah yg lebih Jitu. Bukan sekadar seminar sahaja, ada yg membuat perkongsian bersama para pelajar yg cemerlang utk mengtahui cara mereka yg telah Berjaya. Kata-kata motivasi akan berkumandang dan ayat-ayat atau lafas ikrar akan dilaungkan utk memberi impak ked lm jiwa dan emosi pelajar suapaya mereka sentiasa ingat event yg telah mereka tempoh sepanjang hari. Rasanya cukup dulu saya kupas utk sepuluh perkara yg mendatangkan KEBAIKKAN kpd para pelajar. Jom tanpa membuang masa kita beralih kepada KELEMAHAN nya pula.

[KELEMAHAN SEMINAR] Tidak adil rasanya jika kita berbincang mengain kebaikkan shj. Dah tentu pasangan bagi baik adalah buruk atau lemah bukan. Mai saya senaraikan beberapa KELEMAHAN seminar ini, pun begitu ianya adalah sekadar pandangan peribadi saya shj. Mungkin ada yg setuju dan tidak. Itu lumrah… #1 [BIL. PELAJAR RAMAI] Tak semua pelajar selesa berlajar secara berjemaah ramai-ramai seperti ini. Rasa minat dan citarasa org berbeza-beza, yg ni saya kena akui. Jika ada golongan pelajar seperti ini, sy berpendapat ianya tidak efektif utk mereka. Cadangan saya utk pljr golongan seperti ini carilah small group atu private tutor yg bersesuaian utk anda. Kerana golongan seperti ini juga biasanya memilih utk mencari tutor yg secarasi dgn mereka. Kecuali mereka betul-betul bertekat utk mencuba perkara baru dan berazam akan berlajar bersungguh-sungguh sepanjang seminar. Oleh itu ibu bapa kena pastikan anak-anak anda golongan seperti mana.

#2 [DEWAN YG TIDAK KONDUSIF] Perkara ini adalah suatu yg abstraktif, kerana ianya melibatkan persekitaran sekeliling pembelajaran. Ada yg suka suasana begini, ada yg suka suasana begitu. Utk memuaskan semua pihak seperti yg anda maklum, memang susah. Namun kita perlu ada satu Aras utk memastikan suasana yg Kondusif yg mana boleh diterima oleh semua individu samada penganjur, pelajar, ibu bapa atau penceramah. Bayangkan jika pelajar seramai melebihi 50 peserta dan dewan hanya menyediakan kipas sahaja, rasanya sgt tidak kondusif jika nak di bandingkan dgn cuaca kita sekarang. Kecualilah pihak penganjur mengadakan seminar di dewan atas-atas bukit peranginan. Yg pasti, pelajar dan penceramah perlukan tempat yg selesa dan kondusif. #3 [TIDAK FOKUS] Kebiasaan seminar yg dibuat mengabungkan beberapa topik sekali gus utk satu hari. Ianya tidak menfokuskan hanya pada satu topik sahaja. Ini kerana utk menjimatkan masa dan dpt membincang setiap tajuk dgn cepat. Jika pelajar inginkan focus utk topik-topik tertentu dgn detail, sy berpendapat inaya tidak sesuai. Tapi jika anda ingin mendapatkan konsep ASAS dan hubungkait sub-sub topik dlm bab-bab tertentu ianya sgt bagus. Jadi anda tentukan apa yg anda atau pelajar perlukan? #4 [PELAJAR TERLALU LEMAH] Rambut sama hitam, hati dan perasaan lain-lain. Itulah yg boleh digambarkan oleh penceramah sepanjang berada di pentas. Ya lah, secara umumnya inilah kali pertama beliau berjumpa dgn para pelajar. Tiada maklumat lengkap mengenai para pelajar ini. Tiada istilah “common sense” dlm diri penceramah. Dalam minda penceramah semua pelajar yg hadir adalah sama shj. Rentak dan lontaran persembahan adalah sama rata dan biasanya lebih kpd keserdahanaan. Org putih ckp “Play it safe” supaya semua pelajar dpt manfaat. Jika perlajar itu terlalu dan sgt lemah, mereka tidak sesuai pergi ke seminar-seminar seperti ini. Ingin mencuba dipersilakan. Kebiasaanya penghujung tahun semakin kurang pelajar yg sgt lemah yg hadir ke seminar. Kebanyakan mereka sudah byk perubahan sepanjang tahun dan yg hadir kebanyakn mereka yg dah insaf. #5 [PELAJAR TIADA INERSIATIF] Bagi pelajar ini, mereka mungkin lemah, mungkin bagus, mungkin pandai, mungkin sedrhana. Namun mereka mempunyai sifat yg sama iaitu TIADA INERSIATIF. Maksudnya apa? Maksudnya mereka tidak mahu mengambil kesempatan yg ada sepanjang berseminar utk lebih berusaha dan memberi focus yg lebih. Jika dtg sambal duduk sambal lewa dan acuh tak acuh, percayalah ianya tidak memberi kesan kpd anda dan seminar tersebut sgt tidak efektif kpd anda. Jika inilah sikapnya , maka seminar juga adalah tidak sesuai utk golongan seperti ini. #6 [PENAT MELAMPAU] Penat melampau adalah perkara yg sgt susah utk dikesan oleh ibu bapa. Kekadang para pelajar berlakun shj buat-buat penat. Padahal OK jer sebelum tu, Namun ada juga para pelajar yg betul-

betul kebetulan penat pd hari berseminar, maklumlah skrg pelbagai aktiviti koko di sekolah yg kekadang kita sendiri sbg ibu bapa pun tak perasan bukan. Knp tak berkesan? Sudah tentu tak berkesan disebabkan kepenatan tadi, mereka akan mengantuk dan ada sesetengah tu tertidur sambill duduk disebabkan kepenatan tadi. Jadi berbincang elok-elok dgn para pelajar sebelum menghadiri seminar. Lihan dan rancang betul-betul jadual dan aktviti mereka #7 [MENTALITY TAK PERCAYA SEMINAR] Jika anda mempunyai sikap seperti ini saya sarankan supaya tidak menghantar anak-anak mereka pergi Seminar. Kepercayaan anda mempengaruhi tindakkan dan emosi anak anda. Dari awal berseminar sehingga akhir, asyik lihat keburukan itu dan ini, asyik fikirkan susah dan tidak membenarkan penceramahan yg disampaikan ke dlm otak anda, maka hasilnya sudah tentu tidak memberangasangkan. So, tanamkan perasaan dan keyakinan yg tinggi utk menyertai seminar ini, membantu mengubah emosi dan fikiran pelajar. #8 [KELEMAHAN PENCERAMAH] Sedarlah wahai ibu bapa dan pelajar, penceramah atau guru diatas pentas juga manusia seperti anda. Mempunyai kelemahan seperti mana manusia-manusia lain. Setiap penceramah ada kelibhan sudah tentu dtg sekali dgn kelemahan. Mungkin knowledge beliau bagus, Cuma kurang humor menyebabkan pelajar menguap. Mungkin terlalu byk humor, menyebabkan sedikit ilmu yg diajar. Jika beliau melakukan kesilapan-kesilapan kecil tegur lah dgn cara berhemah. Kekadang tersalah ejaan, kekadang tersalah formula, kekadang tersasul definasi, kekadang tersasul sebutan dan pelbagai lagi perkara kecil, maafkan mereka. Kecuali jika ianya mempunyai kesalah dan kelemahan yg besar, barulah laporan dan “complain” perlu dibuat kpd pihak penganjur Ok rasanya cukup samapai disini dulu. Rasa ingin menulis dan mengarang point2 lain masih ada lagi ni, namun saya pun seperti anda mempunyai tugasan hakikiharian yang saya perlu penuhi, Penulisan ini hanya lah sekadar sampingan dan mengisi masa lapang yg ada, disamping dpt berkongsi maklumat dan menerima maklum balas drp rakan-rakan dan ibu bapa di alam maya ini. Sekian.

Cikgu Azman Pusat Tuisyen Alfa-Banting 011-5353 7601

Related Documents


More Documents from "Alen Smiljan"