Gci1022 Minggu 15

  • Uploaded by: Chung Ek
  • 0
  • 0
  • January 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Gci1022 Minggu 15 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,274
  • Pages: 24
Loading documents preview...
Topik 5 Cabaran-Cabaran Yang Dihadapi Negara dan Langkah-Langkah Menanganinya • Malaysia sebagai hub pendidikan antarabangsa • Malaysia dan visi masa depan dalam zaman globalisasi

Hasil Pembelajaran: • Mengenalpasti cabaran-cabaran terhadap negara dan langkah-langkah menanganinya.

Malaysia sebagai hub pendidikan antarabangsa • Membincangkan usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hub pendidikan antarabangsa

• Untuk mencapai matlamat menghasilkan modal insan yang mempunyai minda kelas pertama dalam konteks menjadikan Malaysia hab kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa, maka langkah-langkah transformasi yang sesuai perlu dilaksanakan.

Usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hub pendidikan antarabangsa 1. Meningkatkan enrolmen pelajar antarabangsa secara berperingkat 2. Meningkatkan kelayakan dan kemahiran tenaga pengajar 3. Meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran 4. Meningkatkan kemudahan infrastruktur di institusi pengajian tinggi

5. Memperhebatkan program pemasaran di luar negara, menyebarkan matlumat IPT melalui laman web IPT berkenaan 6. Memperkasa Pusat Promosi Pendidikan Malaysia di Dubai, Beijing, Jakarta, Bandar Ho Chih Min untuk memasarkan produk pendidikan, dan bandar-bandar lain 7. IPTS mengadakan pelbagai program berkembar dengan negara lain 8. IPTS mendirikan cawangan di luar negara

9. Meningkatkan kemudahan penginapan, sosial dan keselamatan yang mampu menarik pelajar asing 10. Memberi latihan dan pengantarabangsaan kepada staf IPT supaya mempunyai kemahiran dan sikap yang bersesuaian 11. Mewujudkan universiti APEX yang berautonomi 12. Kerjasama dengan semua agensi dan pihak berkuasa untuk selesai semua isu berkaitan visa

Malaysia dan visi masa depan dalam zaman globalisasi Membincangkan visi dan masa depan Malaysia dalam zaman globalisasi

Wawasan 2020 • Wawasan 2020 ialah sebuah wawasan kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia yang bertujuan untuk meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. • Yang dimaksudkan sepenuhnya terangkum bukan sahaja bidang ekonomi, tetapi juga bidangbidang politik, sosial,kerohanian, psikologi, serta juga perpaduan nasional dan sosial.

Sembilan matlamat utama Wawasan 2020: 1. Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama: Malaysia mesti menjadi sebuah negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam keharmonian, bekerjasama sepenuhnya secara adil, dan terdiri daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara. 2. Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju, dengan keyakinan akan keupayaan sendiri, berbangga dengan apa yang ada, dengan apa yang telah dicapai, cukup gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, amat sedar akan semua potensinya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain.

3.Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, yang mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia yang mempunyai persefahaman matang, berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada beberapa banyak negara membangun. 4.Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, dengan warganegara teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan didukung oleh nilai etika paling tinggi.

5. Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, dengan rakyat Malaysia pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan, dan kepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara. 6. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan.

7. Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri, dengan kebajikan insan tidak berkisar pada negara atau orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang kukuh. 8. Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Ini merupakan masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, dengan wujudnya perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi. 9. Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.

Konsep 1 Malaysia • 1Malaysia adalah satu gagasan yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2 April 2009. • Intipati gagasan ini idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan. • Ia adalah kesinambungan konsep daripada dua kepimpinan terdahulu dalam membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju. Ia adalah ramuan serta formula pentadbiran dalam proses negara menuju Wawasan 2020.

• 1 Malaysia adalah pra syarat untuk mencapai wawasan negara maju menjelang 2020. • Falsafah ini adalah hasrat murni untuk melihat Malaysia berada dalam keadaan stabil dan kukuh. • Setiap kaum saling menerima antara satu sama lain dan dapat hidup bersama sebagai rakyat satu negara.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 • Pendidikan merupakan peranan utama bagi perkembangan ekonomi dan pembangunan sesebuah negara. • Dalam menghadapi persaingan ekonomi global pada masa ini, kejayaan sesebuah negara amat bergantung kepada ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang dimiliki oleh rakyat. • Oleh itu, negara yang mempunyai rakyat berpengetahuan tinggi akan menikmati kemajuan ekonomi yang lebih tinggi. Selain itu, pendidikan juga menjadi asas pembinaan negara bangsa dan pengukuhan perpaduan.

11 anjakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah: 1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa. 2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. 3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai. 4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan. 5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.

6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan. 7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. 8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan. 9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas. 10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit. 11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.

Pendidikan berkualiti • Menyedari pentingnya usaha untuk melebarkan akses pendidikan, falsafah pendemokrasian pendidikan tinggi diperkenalkan supaya semua lapisan masyarakat boleh mendapat pendidikan tinggi yang berkualiti. • Pengajian tinggi tidak lagi bersifat elitis. Peluang pengajian tertiari harus terbuka untuk mereka yang mempunyai kelayakan minimum, daripada keluarga miskin dan berpendapatan rendah, keluarga di luar bandar dan pedalaman serta golongan minoriti.

• Justeru, dalam merealisasikan hasrat ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang pada masa itu adalah Menteri Pendidikan, merangka beberapa undang-undang dan dasar untuk dilaksanakan bagi mengupayakan pelaksanaan prinsip akses pendidikan negara. • Antaranya ialah penggubalan Akta Institusi Pendidikan Swasta 1996 (Akta 555). Hasil daripada akta itu dan pelbagai inisiatif yang diperkenalkan untuk meningkatkan akses dan ekuiti pengajian tinggi, bilangan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Malaysia berkembang secara dinamik.

• Pertambahan jumlah IPTS di negara ini berjaya meliberalisasikan sektor pengajian tinggi negara dan membolehkan lebih banyak kolej, kolej universiti dan universiti swasta ditubuhkan bagi mengambil pelajar dari dalam dan luar negara serta mewujudkan suasana global. • Ia juga berupaya melebarkan akses kepada pendidikan tertiari kepada rakyat dengan penubuhan IPTS sebagai alternatif kepada IPTA, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada IPTA semata-mata. • Kesannya, turut meningkatkan daya saing pengajian tinggi negara melalui tawaran kepada IPT luar negara untuk membuka kampus cawangan di Malaysia termasuk penyediaan ruang kepada IPTS untuk menawarkan bidang pengajian baharu yang tiada di IPTA serta menawarkan lebih tempat untuk bidang pengajian tertentu yang tidak dapat ditampung di IPTA.

• Tindakan kedua ialah penggubalan Akta Lembaga Akreditasi Negara (Akta 556) sebagai satu undangundang yang menubuhkan Lembaga Akreditasi Negara (LAN). Fungsi LAN ialah menetapkan piawai dan jaminan kualiti kursus pengajian, sijil, diploma dan ijazah; mengawal selia piawai dan kualiti kursus pengajian serta akreditasi sijil, diploma dan ijazah; menentukan aras pencapaian bahasa kebangsaan dan subjek wajib untuk melayakkan penganugerahan sijil, diploma dan ijazah oleh IPTS berdasarkan Akta 555.

• Fungsi badan itu kemudian berkembang sebagai Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) yang menggabungkan LAN dengan Bahagian Jaminan Kualiti, Kementerian Pengajian Tinggi. MQA dipertanggungjawabkan untuk membangunkan rangka kerja kelayakan pengajian tinggi negara sebagai asas kawalan kualiti dan akreditasi program pengajian di IPTS termasuk IPTA selepas 2007.

• Ketiga, ialah penggubalan Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang membentuk Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Dalam merealisasikan pengeluaran modal insan yang berkualiti, bilangan pelajar pengajian tinggi perlu ditingkatkan agar selari dengan keperluan negara. Maka penubuhan PTPTN melengkapkan ekosistem pengajian tinggi negara apabila pembiayaan pengajian terjamin untuk setiap anak bangsa yang mendapat tempat pengajian melalui akses yang diluaskan.

Related Documents

Gci1022 Minggu 15
January 2021 1
Rincian Minggu Efektif
January 2021 1
#15
March 2021 0

More Documents from "Mega Oktaf"