Gpm 1083 Prinsip Keadilan

  • Uploaded by: Kai Xin
  • 0
  • 0
  • February 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Gpm 1083 Prinsip Keadilan as PDF for free.

More details

  • Words: 411
  • Pages: 12
Loading documents preview...
GPM 1083 Pendidikan Moral Insan Moral: Prinsip-prinsip Asas Kemoralan –

Prinsip Keadilan Disediakan Oleh: Sia Hui Ru (PPISMP Sem 2 BC 1)

Mempunyai sikap murah hati,hormatmenghormati dan menghargai jasa.

Memahami perasaan orang lain.

Sifat-sifat insan moral Mempunyai sikap bertanggungjawab dan bekerjasama dalam menjalankan tugas.

Dapat membuat keputusan secara rasional.

Dapat menilai pandangan orang lain terhadap sesuatu situasi.

Peka terhadap keperluan orang lain sebelum mengambil tindakan.

Prinsip-prinsip asas kemoralan  Dikemukakan sebagai panduan menentukan insan bermoral.

Biasanya digunakan sebagai satu tunjuk arah dalam pertimbangan moral. Prinsip keadilan merupakan salah satu prinsip asas kemoralan.

Prinsip keadilan Merupakan tindakan yang saksama dan menghormati orang lain apabila membuat sesuatu keputusan. Merangkumi konsep kesaksamaan atau keseimbangan dalam semua perkara. Konsep keadilan: - sebarang perbuatan dan kelakuan yang adil terhadap diri sendiri dan orang lain - tidak merugikan diri dan orang lain - melayan semua orang dengan cara yang saksama tanpa mengira siapa orang itu.

Prinsip keadilan Menurut agama Islam, konsep keadilan adalah boleh dikatakan sebagai meletakkan sesuatu pada tempatnya, iaitu tempat yang sesuai dan sepatutnya yang melibatkan kesaksamaan atau keseimbangan. Amat berkaitan dengan pemikiran atau penaakulan. Tindakan yang adil melibatkan fikiran yang rasional.

Hubungan Antara Keadilan dan Kebenaran  Keadilan dan kebenaran adalah saling berhubungan.  Keadilan bertitik tolak daripada kebenaran.

 Jika tidak ada kebenaran maka keadilan tidak akan dapat diwujudkan.  Keadilan adalah suatu tindakan manusia yang berlandaskan

kebenaran dan kebenaran itu harus diperjuangkan oleh manusia untuk menegakkan keadilan.

Hak individu yang dianggapkan sah diberi.

Hukuman diberi kepada sesuatu salah laku yang dilakukan.

Tindakan yang adil Terdapat kesaksamaan dalam ganjaran, harga serta pertukaran.

Terdapat kesaksamaan dalam pengagihan sumber.

Prinsip keadilan Keadilan merupakan satu piawai yang penting dalam penilaian moral. Individu dapat mengawal dirinya daripada unsur–unsur yang buruk(perasaan tamak haloba, kemarahan dan sebagainya) Individu tidak dibenarkan untuk menyalahgunakan kebebasannya. Tidak berat sebelah dan tidak menyebelahi mana-mana pihak.

Prinsip keadilan Keadilan: -Tidak pilih kasih dan tidak tamak untuk kepentingan diri sendiri. Perbuatan dan tindakan ketidakadilan boleh menyebabkan sesetengah orang berasa tidak puas hati dan berasa marah terhadap orang yang mempraktikkan ketidakadilan ini.

Kesimpulan Setiap anggota masyarakat harus mengikuti prinsip keadilan dalam kehidupan seharian untuk mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan hidup.

Rujukan Abdullah Zhidi Omar, Mahdi Shuid, Mazlan Aris, Mohd Fu’ad Sam &Roslina Suratnu. (2014). Pengantar Pendidikan Moral. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Hafiz Jemain. (2015). Prinsip Asas Kemoralan–Alturisme, Keadilan, Autonomi. Dimuat turun pada 2017, Februari 10 dari https://www.vbook.pub.com/doc/59994640/7-Prinsip-Asas-KemoralanAlturisme-Keadilan-Autonomi Zakirah Yaakob. (2013). Prinsip asas kemoralan. Dimuat turun pada 2017, Februari 11 dari http://www.slideshare.net/zakirahyaakob/prinsip-asas-kemoralan

SEKIAN, TERIMA KASIH

Related Documents


More Documents from "Athirah Fadzil"