Israiliyyat_dalam_tafsir.docx

  • Uploaded by: imam zamrudi
  • 0
  • 0
  • January 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Israiliyyat_dalam_tafsir.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 28,854
  • Pages: 106
Loading documents preview...
REVIEW KITAB-KITAB TAFSIR BIL MA’THUR ISRAILIYYAT DI DALAM AL-QURAN DAN SUNNAH

Disediakan oleh: Mohd Farhan Bin Md Ariffin IEJ 090021 Muhammad Firdaus Bin Md Nor IEJ 090029

JABATAN AL-QURAN DAN AL-HADITH BAHAGIAN PENGAJIAN USULUDDIN AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR SESI 2010/2011

2

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬ DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

3

DAFTAR ISI Motto

4

Pengantar Kata

5

Definisi Tafsir

6-7

Pengertian Ilmu Tafsir

8

Tafsir Bi al-Ma’thur

9-13

Metode-Metode Tafsir Bi al-Ma’thur

13-21

Pengertian Isra’iliyyat

21-23

Pendapat Ulama’ Tentang Isra’iliyyat

24

Perkembangan dan Kemasukan Isra’iliyyat Dalam Tafsir

25-28

Perawi Isra’iliyyat Yang Termasyhur

28-29

Pensejarahan Isra’iliyyat

30-35

Isra’iliyyat Kontemporari

35-37

Pembahagian Isra’iliyyat Dan Hukum Periwayatan

37-44

Pandangan Ulama’ Dalam Hilangkan Kekeliruan Tentang Isra’iliyyat

44

Kitab Jami’ Al-Bayan ‘An Ta’wil Ay Qur’an Pengenalan Imam Ibn Tabari

46-51

Sumbangannya Dalam Tafsir

51

Pendirian Terhadap Isra’iliyyat

52

Pengenalan kepada Kitab Tafsir al-Tabari

53

Manhaj Kitab Tafsir al-Tabari

54-58

Pengiktirafan Ulama’ Kepada Kitab Tafsir Al-Tabari

59-60

Review Kitab Tafsir: Kisah Tentang Nabi Adam A.S

61-62

Kisah Habil dan Qabil

63

Kisah Tentang kaum Jabbarin

63-65

4

Kitab Tafsir Qur’an Aziim Pengenalan Imam Ibn Kathir

67-69

Metodologi Penulisan Kitab

69-80

Review Kitab: Kisah Tentang Ma’idah

81-87

Kisah Nabi Musa A.S Meminta Melihat Allah S.W.T

87-91

Kitab Dur al-Manthur Pengenalan Imam Al-Suyuti

93

Review Kitab: Kisah Harut Dan Marut Kisah al-Tabut Pembinaan Ka’abah Al-Haram Dan hajar Al-Aswad Bibliografi

94-98 99-101 101-103 104

5

MOTTO

‫يؤتي الحكمة من يشاء ومن يؤت الحكمة فقد أوتى خيرا‬ )269( ‫كثير وما يذكر إال ألوا األلبب‬ Terjemahannya:

“Allah menganugerahkan al-Hikmah ( Kefahaman yang dalam tentang al-Quran dal al-Sunnah ) kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dan barangsiapa yang dianugerahi al-Hikmah itu, ia benar-benar dianugerahi kurnia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran ( dari firman Allah ). (Surah al-Baqarah: 269)

6

PENGANTAR KATA

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬ Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Permurah Lagi Maha Penyayang. Segala pujian bagi Allah S.W.T yang telah menurunkan al-Quran kepada hamba-Nya Muhammad sebagai bimbingan yang lurus yang tidak akan terseleweng oleh keinginan individu-individu, tidak akan dicampuri oleh kata-kata manusia, tidak akan dipengaruhi oleh orang yang ingin melakukan kebatilan. )42( ‫) ال يأتيه البطل من بين يديه وال من خلفه تنزيل من حكيم حميد‬41( ‫وإنه لكتب عزيز‬ Maksudnya: “…demi sesungguhnya sebuah Kitab Suci yang tidak dapat ditandingi, yang tidak dapat didatangi sebarang kepalsuan dari mana-mana arah dan seginya; ia diturunkan dari Tuhan Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Terpuji.” (Surah Fussilat: 41-42) Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, selawat dan salam buat penghulu dan junjungan besar Rasulullah S.A.W, ahli-ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan orang-orang yang dipilih oleh Allah S.W.T dari kalangan para solehin. Yang sentiasa diingati saf pendidik yang tidak pernah jemu mendidik dan memberi perangsang kejayaan kami dalam lapangan ilmu ini. Buat keluarga kami, tanpa inspirasi dan motivasi kalian siapalah kami di persada ini. Buat teman dan taulan penyala obor, pembakar semangat, semoga keperitan selama ini akan diakhiri dengan kesenangan dan kebahagiaan. Buat semua yang pernah menabur bakti untuk diri kami ini, ribuan terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan. Hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalas semua jasa baik kalian.

7

DEFINISI TAFSIR Tafsir dari sudut bahasa: Berasal dari asal kata al-Fashr (‫ )فسر‬yang bererti menjelaskan atau menerangkan. Maksud tafsir mengikut kamus lisan al- ‘arab (‫)لسان العرب‬, iaitu perkataan al-fasr bermaksud membuka sesuatu yang tersembunyi. Manakala perkataan al-tafsir membawa maksud membuka atau menerangkan sesuatu lafaz yang aneh dan sukar1. Sebagaimana firman Allah:

)33( ‫ق َو َأ ْحسَنَ تَ ْفسِيرا‬ ِ ‫َوال يَ ْأ ُتونَكَ ب ِ َم َث ٍل إ ِ َّال ِج ْئنَاكَ بِا ْل َح‬ Terjemahan: Dan mereka tidak membawa kepadamu sesuatu kata-kata yang ganjil (untuk menentangmu) melainkan kami bawakan kepadamu kebenaran dan penjelasan yang sebaikbaiknya (untuk menangkis segala yang mereka katakana itu)2 (surah al-Furqan ayat 33) Sebahagian ulama’ mengatakan bahawa perkataan tafsir berasal dari kata safara (‫ )سفر‬iaitu lawan kepada fasara yang bermaksud membuka atau al-kasyf (‫)الكشف‬. Ia juga bermaksud membongkar atau membentangkan pancaindera tentang apa yang dikehendaki.3 Tafsir dari sudut istilah: Suatu ilmu yang membicarakan secara khusus tentang kalam Allah dan menta’wilkan ayatayat-Nya,

menerangkan

lafaz-lafaznya,

membahaskan

tentang

cara

dan

bentuk

pengucapannya, menerangkan petunjuk-petunjuknya hukum-hakamnya,susunannya dan membentangkan tentang makna-maknanya, mengetahui nasakh dan mansukhnya, asbab alnuzul, qarinah-qarinah yang menjelaskan apa yang kesamaran, menjelaskan hikmat-hikmat yang ada di dalamnya dan lainnya yang berkaitan dengan ayat-ayat al-Quran.4

1

Dr. Rosmawati Ali, Pengantar Ulum Al-Qur`an, Pustaka Salam, Kuala Lumpur, hal. 194 H. Zainuddin Hamidy Fachruddin Hs, Tafsir Quran, Klang Book Center, Selangor, hal. 520 3 Op. cit, hal.195 4 Ibid, hal. 195-196 2

8

Menurut pengertian yang diberikan oleh Abu Hayyan, tafsir ialah ilmu yang membicarakan tentang cara ucapan lafaz al-Quran. Iaitu ilmu qiraat, dilalah yang ditunjukkan oleh lafaznya, hukum-hukum serta susunan makna-makna yang dapat melengkapkannya, yang meliputi ilmu Saraf, I ‘rab, Bayan dan Baddi ‘. Ia juga meliputi pengertian lafaz yang hakiki atau majaz, nasikh dan mansukh, sebab nuzul dan lainnya.5 Menurut pendapat al-Zarkasyi, tafsir adalah satu ilmu yang berkaitan dengan pemahaman atau untu memahami al-Quran, serta menjelaskan makna-makna dan mengeluarkan hukum. Ia juga ilmu yang mengetahui dan memahami al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad dan menerangkan makna-maknanya, mengeluarkan hukum-hukumnya dan hikmah-hikmahnya.6 Menurut pengertian yang diberikan oleh al-Kalbi pula, tafsir ialah mensyarahkan al-Quran. Ia juga menerangkan makna al-Quran serta menghuraikan apa yang dikehendaki oleh ayat mengikut dalil dan hujah serta mengeluarkan hukum serta hikmah yang terkandung di dalam al-Quran.7 Takrif tafsir yang diberikan oleh al-Zarqani, tafsir ialah ilmu yang mengkaji tentang al-Quran dari aspek dalilnya yang dimaksudkan oleh Allah dengan kadar yang termamp oleh manusia.8 Menurut pengertian yang diberikan oleh al-Jurjani, tafsir ialah membuka dan melahirkan.9 Tafsir bermaksud menjelaskan makna ayat, kisah yang terdapat di dalamnya, serta menjelaskan sebab penurunan ayat dengan lafaz yang menunjukkan kepada penurunannya dengan lafaz yang terang dan jelas.10

5

Ibid, hal. 196 Ibid, hal. 196 7 Ibid, hal 196 8 Ibid, hal. 197 9 Ibid, hal. 196 10 Ibid, hal. 197 6

9

PENGERTIAN ILMU TAFSIR Menurut pendapat Ibnu Hajar al-`Asqalani, ilmu Tafsir ialah suatu ilmu yang membicarakan tentang cara mengucapkan atau menuturkan lafaz al-Qur`an, petunjukpetunjuknya yang mufrad atau tersusun serta membahaskan tentang makna yang difahami daripada susunan ayat, mengetahui berkaitan dengan nasikh dan mansukh, Sebab Nuzul serta apa yang mempunyai hubungan dengan al-Qur`an.11 Ilmu tafsir ialah suatu ilmu yang menjelaskan tentang penurunan sesuatu ayat, keadaan-keadaannya, kisah-kisahnya, Sebab Nuzul, Makki dan Madani Ayat Muhkamat dan Mutasyabihat, nasikh dan mansukh, am dan mutlak, mujmal dan mufassal dan lainnya yang ada kaitan dengan tafsir al-Qur`an.12 SUMBER ILMU TAFSIR Sumber pengambilan ilmu tafsir ialah dengan berdasarkan ilmu riwayah dan dirayah. Iaitu dengan berdasarkan ilmu bahasa Arab, Nahu, Saraf, Balaghah, Usul Fiqh, ilmu Sebab Nuzul dan ilmu Nasakh dan Mansukh.13 PEMBAHAGIAN TAFSIR Tafsir yang biasa bagi jumhur ulama` sama ada Salaf atau Khalaf terbahagi kepada dua kategori: Pertama: Tafsir secara ma`thur Kedua: Tafsir mengikut pendapat yang tepat dan ijtihad yang sahih serta berlandaskan ilmuilmu yang telah kami nyatakan sebelum ini. Kitab-kitab tafsir secara ma`thur ada yang hanya mengandungi tafsiran secara ma`thur sepenuhnya dan ada yang mempunyai tambahan dengan mentaujihkan pendapat-pendapat yang ada. Manakala tafsir secara ijtihad tidak dapat dipisahkan daripada tafsir ma`thur walau

11 12 13

Ibid, hal. 205 Ibid, hal. 206 Ibid, hal. 206

10

apa bentuk dan haluannya sekalipun. Kita tidak pernah menemui tafsir secara ijtihad yang langsung tidak mengandungi tafsir secara ma`thur.14

PENGERTIAN TAFSIR BIL MA`THUR Dari segi lughah ma`thur )‫ )المأثور‬ialah isim maf`ul (‫ )مفعول‬yang berasal dari perkataan )‫)أثرت‬. Oleh itu tafsir seb\cara ma`tuhr bermakna secara manqul (‫ )منقول‬sama ada secara mutawatir atau tidak mutawatir. Dari segi isitlah ia merangkumi tafsir yang dinukilkan daripada Allah S.W.T di dalm al-Qur`an, yang dinukilkan daripada Nabi S.A.W, tafsir yang dinukilkan daripada para sahabat dan tafsir yang dinukilkan daripada Tabi`in. Tafsir secara ma`thur adalah berkisar di atas empat jenis nukilan.15 PEMBAHAGIAN TAFSIR BIL MA`THUR 1) Tafsir al-Qur`an dengan al-Qur`an Ia adalah menafsirkan sesetengah ayat al-Qur`an dengan ayat yang terdapat di dalam al-Qur`an sendiri kerana ayat al-Qur`an adalah menafsirkan sesame ayatnya. Ayat yang mujmal di suatu tempat kadang-kadang dijelaskan oleh ayat lain di tempat lain. Ayat yang ringkas di suatu tempat dijelaskan dan dihuraikan oleh ayat lain di tempat lain.16 Berikut dinyatakan contoh: Firman Allah S.W.T di dalam surah al-Fatihah: )7( َ‫ضالِين‬ َّ ‫ص َرا َط ا َّلذِينَ َأ ْنع َ ْمتَ عَ َل ْي ِه ْم َغي ِْر ا ْل َم ْغضُوبِ عَ َل ْي ِه ْم َوال ال‬ ِ )6( َ ‫الص َرا َط ا ْل ُم ْستَ ِقيم‬ ِ ‫ا ْه ِدنَا‬

14

Dr. Muhammad Bin Muhammad Abu Syahbah, Israiliyyat Dan Hadith Palsu Dalam Kitab-Kitab Tafsir, Pencetakan Nasional Malaysia Berhad, Kuala Lumpur, hal. 47 15 Ibid, hal. 48 16 Ibid, hal. 48

11

Maksudnya: “Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang yang engkau telah engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang telah engkau murkai, dan bukan pula (jalan) orang yang sesat”.17 "Orang-orang yang telah engkau kurniakan nikmat” di dalam ayat ini telah ditafsirkan dengan firman Allah S.W.T di dalam surah an-Nisaa’ : 69 : ُّ ‫الصدِيقِينَ َوال‬ َّ ‫سو َل فَأ ُ ْولَئِكَ َم َع الَّذِينَ أ َ ْنعَ َم‬ َّ ‫َو َم ْن ي ُِط ْع‬ ‫صا ِل ِحينَ َو َحسُنَ أ ُ ْولَئِكَ َرفِيقا‬ ِ َ‫ش َهد‬ ُ ‫الر‬ َّ ‫اء َوال‬ َّ ‫َّللاَ َو‬ ِ ‫َّللاُ َعلَ ْي ِه ْم ِم ْن النَّبِيِينَ َو‬ )69( Maksudnya: “Dan sesiapa yang taat kepada kepada Allah dan rasul-Nya,maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka iaitu nabi-nabi, orang-orang siddiqiin, dan orang-orang yang syahid serta orang-orang yang salih. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orangorang yang taat).18 TAFSIR AL-QURAN DENGAN AL-SUNNAH Sekiranya tidak didapati tafsir ayat al-Qur’an di dalmal-Qur’an sendiri, maka hendaklah dicari al-Sunnah dan hadith yang tsabit dan sahih kerana ia merupakan penjelas dan penghurai bagi al-Quran.19 Sebagaimana firman Allah Taala di dalam al-Nahl:44 : )44( َ‫الذ ْك َر ِلتُبَيِنَ ِللنَّا ِس َما نُ ِز َل إِلَ ْي ِه ْم َولَعَلَّ ُه ْم يَتَ َف َّك ُرون‬ ِ َ‫َوأَنزَ ْلنَا إِلَيْك‬ Maksudnya: “Dan Kami telah menurunkan kepada engkau al-Zikr supaya kamu menjelaskan kepada manusia apa yang diturunkan kepada mereka semoga mereka berfikir tentangnya”. 20 Contoh tafsir al-Quran dengan Sunnah Antaranya ialah menafsirkan (‫ )المغضوب‬dengan Orang-orang Yahudi dan (‫ )الضالين‬dengan Orang-orang Nasrani di dalam Surah al-Fatihah. Imam Ahmad dan Tirmizi meriwayatkan dan mengatakan bahawa hadith ini adalah hadith hasan serta Ibnu Hibban di dalam Sahihnya daripada Adi bun Hatim telah berkata: Rasulullah telah bersabda: 17

H. Zainuddin Hamidy Fachruddin Hs, Tafsir Quran, Klang Book Center, Selangor, hal. 1 Ibid, hal. 124 19 Dr. Muhammad Bin Muhammad Abu Syahbah, Israiliyyat Dan Hadith Palsu Dalam Kitab-Kitab Tafsir, Pencetakan Nasional Malaysia Berhad, Kuala Lumpur, hal. 51 20 Op. cit, hal. 379 18

12

‫ النصارى‬: ‫ وإن الضالين ُه ْم‬,‫ أليهود‬: ‫إن المغضوب عليهم ُه ُم‬ Maksudnya: “Sesungguhnya (‫ )المغضوب‬ialah orang-orang Yahudi, dan sesungguhnya (‫)الضالين‬ ialah orang-orang Nasrani.21 Tafsir ini telah diperkuatkan oleh firman Allah Taala: َّ ‫ير َو َعبَدَ ال‬ ُ ‫طا‬ َّ ُ‫َّللاِ َم ْن لَ َعنَه‬ َّ َ‫قُ ْل ه َْل أُن َِبئ ُ ُك ْم ِبش ٍَر ِم ْن ذَلِكَ َمثُوبَة ِع ْند‬ ‫غوتَ أ ُ ْولَئِكَ ش ٌَّر‬ َ ‫َض‬ ِ ‫َّللاُ َوغ‬ َ ‫َاز‬ ِ ‫ب َعلَ ْي ِه َو َج َع َل ِم ْن ُه ْم ْال ِق َردَة َ َو ْال َخن‬ )60( ‫س ِبي ِل‬ َّ ‫اء ال‬ ِ ‫س َو‬ َ َ ‫َمكَانا َوأ‬ َ ‫ض ُّل َع ْن‬ (Surah al-Ma`idah: 60) Maksudnya: “Katakanlah: Mahukah, aku khabarkan kepada kamu tentang yang lebih buruk balasannya disisi Allah daripada yang demikian itu ialah orang-orang yang dilaknati oleh Allah dan dimurkai-Nya, dan orang-orang yang dijadikan di antara mereka sebagai kera dan babi, dan penyembah Taghut. Mereka inilah yang lebih buruk keadaannya dan telah sesat dari jalan yang betul”.22 ‫اء‬ ِ ‫س َو‬ َ ‫ضلُّوا َكثِيرا َو‬ َ َ ‫ضلُّوا ِم ْن قَ ْب ُل َوأ‬ َ ْ‫ق َوال تَتَّ ِبعُوا أ َ ْه َوا َء قَ ْو ٍم قَد‬ ِ ‫قُ ْل يَا أَ ْه َل ْال ِكتَا‬ َ ‫ضلُّوا َع ْن‬ ِ ‫ب ال ت َ ْغلُوا فِي دِينِ ُك ْم َغي َْر ْال َح‬ )77( ‫س ِبي ِل‬ َّ ‫ال‬ Maksudnya: “Katakanlah: Wahai Ahli Kitab, janganlah kamu melampau dalam agama kamu secara yang tidak benar dan janganlah kamu menurut hawa nafsu suatu kaum yang telah sesat sebelum ini dan telah menyesatkan banyak manusia, dan juga (sekarang) mereka telah tersesat (jauh) dari jalan yang betul.23 (Surah al-Ma’idah: 77) Nabi S.A.W telah menjadikan Orang Yahudi sebagai simbol bagi semua orang yang mempunyai keinginan yang rosak yang mana mengetahui mereka mengetahui kebenaran tetapi lari daripadanya. Seterusnya Baginda menjadikan Orang Nasrani sebagai simbol bagi

21

Op. Cit, hal. 59 Op. cit, hal. 161 23 Ibid, hal. 165 22

13

mereka yang tidak mempunyai ilmu dan tidak dapat menyampaikan kebenaran. Mereka hanyut dalam kesesatan dan tidak mendapat petunjuk ke jalan kebenaran.24 TAFSIR SAHABAT Sekiranya kita tidak berjumpa sebarang tafsir di dalam tafsir al-Quran, tidak dalam al-Sunnah, dan hadith-hadith yang diriwayatkan daripada Nabi S.A.W, maka kita akan merujuk kepada tafsir yang sahih dan tsabit daripada para sahabat r.a. Ini kerana mereka adalah lebih mengetahui daripada kita tentang tafsir al-Quran. Sesungguhnya Nabi S.A.W telah menjelaskan kepada mereka makna-makna al-Quran, baginda telah memberi penerangan kepada mereka ayat-ayat mujmal bagi menghilangkan kemusykilan. Mereka jua lebih alim tentang tafsir daripada kita kerana mereka menyaksikan peristiwa-peristiwa dan suasana yang berlaku di sekitar penurunan al-Quran. Mereka juga mempunyai kefahaman yang sempurna, ilmu yang sahih, amal soleh, hati yang bersinar dan akal yang bijaksana terutama para sahabat dan ulama’ yang besar-besar seperti empat orang khulafa ar-Rasyidin, Abdullah bin Mas ‘ud, Ubai bin Ka’ab, Zaid bin Tsabit, Abdullah bin Abbas dan lain-lain lagi.25 Antara contohnya adalah tafsir yang diriwayatkan oleh Bukhari di dalam sahihnya dengan sanad dari Ibnu Abbas r.a bahawa beliau telah berkata tentang al-Kauthar bahawa ia adalah kebaikan yang diberikan Allah S.W.T kepadanya. Abu Basyar berkata: “Aku berkata kepada Said bin Jabir: Sesungguhnya orang ramai mendakwa al-kauthar itu adalah satu sungai di dalam syurga. Said berkata: Sungai di dalam syurga adalah antara kebaikan yang diberikan oleh Allah S.W.T kepada baginda”. Tidak ada pertentangan antara tafsir ini dengan tafsir yang sahih diriwayatkan dari Nabi S.A.W bahawa ia adalah telaga kauthar kerana telaga tersebut termasuk di dalam kebaikan yang banyak ini. Termasuk juga dalam kebaikan yang banyak ini darjat kenabian, kerasulan dan al-Qur’an.26

24

Dr. Muhammad Bin Muhammad Abu Syahbah, Israiliyyat Dan Hadith Palsu Dalam Kitab-Kitab Tafsir, Pencetakan Nasional Malaysia Berhad, Kuala Lumpur, hal. 60 25 Ibid, hal. 63 26 Ibid, hal. 69

14

TAFSIR TABI’IN Manakala pendapat-pendapat para tabi’in di dalam tafsir ada perselisihan pendapat tentangnya di kalangan ulama’. Sesetengah mereka mengatakan termasuk dalam tafsir secara ma’thur kerana kebiasaannya mereka menerima daripada para sahabat. Sesetengah yang lain pula mengatakan itu termasuk dalam takwil dan tafsir secara ijtihad serta pendapat kerana perselisihan pendapat mereka di dalam tafsir adalah lebih banyak dari sahabat. Al-Zarkasyi berkata di dalam al-Burhan: Dalam merujuk kepada pendapat tabi’in ada dua riwayat dari Imam Ahmad. Ibnu Aqil memilih untuk tidak boleh merujuk kepadanya. Ulama’ menceritakan kepada Syu ‘bah bin al-Hajaj bahawa beliau telah berkata: Pendapat tabi’in dalam masalah furu’ bukannya hujah maka bagaimana ia boleh menjadi hujah dalam tafsir. Akan tetapi aalan para ahli tafsir adalah sebaliknya. Mereka telah meriwayatkan pendapat-pendapat mereka di dalm kitab-kitab mereka kerana kebanyakkannya adalah diterima daripada para sahabat.27 METODE-METODE TAFSIR BI AL-MA’THUR Kaedah tafsir bil ma'thur adalah kaedah tafsir yang sebenarnya menjadi amalan para sahabat dan tabi`in yang ulung. Para sahabat dan tabi`in adalah golongan yang paling dekat dengan Rasulullah S.A.W dan amat menitikberatkan sebarang pengertian ayat Al-Qur`an agar menepati saranan dan sunnah Nabi itu sendiri. Banyak ulama` tafsir yang telah menulis beberapa karya tentang metode penafsiran al-Qur’an. Dari para ulama` itu muncullah berbagai macam model dan metode penafsiran dalam rangka menyingkap pesanan al-Qur’an secara optima sesuai dengan kemampuan dan keaadan sosial mereka. Di antara metode penafsiran yang popular di kalangan para ulama tafsir adalah metode tahlili(analisis), metode ijmali (global), metode muqaran (komprehensif), dan metode mawdhu'i (tematik).

27

Ibid, hal. 69

15

Metode Tahlili Secara estimologi, metode tahlili bererti menjelaskan ayat-ayat al-Qur'an dengan meneliti aspeknya dan menyingkap seluruh maksudnya, bermula dari huraian makna kosa kata, makna kalimat, maksud setiap ungkapan, kaitan antara pemisah (munasabat), sehingga yang berkaitan antara pemisah itu (wajh al munasabat) dengan bantuan latar belakang penurunan ayat (asbab al-nuzul), riwayat-riwayat yang berasal dari Nabi S.A.W., Sahabat dan tabi'in. Dari sekian metode tafsir yang ada, metode tahlili merupakan metode yang paling lama usianya dan sering digunakan. Selain menjelaskan kosa kata dan lafaz, metode ini juga menjelaskan sasaran yang dituju dan kandungan ayat, seperti unsur-unsur i’jaz, balaghah, dan keindahan susunan kalimat, serta menjelaskan apa yang dapat diambil dari ayat tersebut untuk hukum fiqh, dalil syara`. Hampir seluruh kitab-kitab tafsir al-Qur'an yang ada sekarang dan yang digunakan dalam pengajian tafsir menggunakan metode tafsir tahlili, iaitu menafsirkan ayat-ayat al-Qur'an mengikut turutan ayat-ayat yang ada dalam mushaf, mulai dari awal surah al-Fatihah sampai akhir surah al-Nas tanpa dikaitkan dengan ayat-ayat lain yang sama ertinya. Ini menunjukkan, majoriti mufassir dalam menafsirkan ayat-ayat al-Qur'an selalu mengikuti tertib turutan ayat-ayat yang ditafsirkan tanpa memerhatikan topik atau tema ayatayatnya.28

Ciri-ciri Metode Tahlili Tafsir bil ma'thur, iaitu penafsiran ayat al-Qur'an dengan ayat al-Qur`an, penafsiran ayat dengan Hadith Nabi S.A.W, untuk ayat yang dirasa sukar dipahami oleh para sahabat, atau penafsiran ayat dengan hasil ijtihad para sahabat, atau penafsiran ayat dengan hasil ijtihad para tabi'in.29 Tafsir bi al ma'thur juga dikenal dengan tafsir bil riwayah. Di antara kitab tafsir yang menggunakan metode bi al ma'thur adalah Jami' al-Bayan fi Tafsir al-Qur'an karya Imam Ibn Jarir al-Tabari. Tafsir al-Qur'an al-'Azim karya Ibn Kathir. Menurut W. Montgomery Watt, tafsir al-Tabari adalah tafsir al-Qur'an yang paling penting di antara kitab

28

Abdul Jalal, Urgensi Studi Tafsir yang mutaakhir (Pidato Pengukuhan Pada Penerimaan Jabatan Guru Besar dalam Ilmu Tafsir/Tafsir) Surabaya, IAIN Sunan Ampel, 17. 29 Abdul Hayy Al-Farmawy, Metode Tafsir Maudhu'iy (Jakarta: PT Raja Grafindo Persada, 1996), 12.

16

tafsir yang masih ada dan dapat diperolehi dengan mudah. Karyanya itu dicetak pertama kali di Mesir pada tahun 1903 Masihi dalam tiga jilid dan kemudian dicetak berulang kali.30

Keistimewaan dan Kelemahaman Metode Tahlili Keistimewaan metode ini terletak pada ruang lingkupnya yang luas sehingga dapat menampung berbagai idea dalam upaya menafsirkan al-Qur'an. Jadi dalam meode tafsir ini mufassir lebih mempunyai kebebasan dalam melontarkan idea-idea baru dalam penafsiran alQur'an. Mungkin keadaan inilah yang membuat tafsir tahlili lebih berkembang pesat. Sebaliknya, antara kelemahan metode tahlili boleh dilihat dari membuka peluang masuknya pemikiran isra’iliyat.31 Meskipun demikian, metodologi tahlili telah memberikan pemahaman yang luas dari suatu ayat dengan melihat dari berbagai aspek iaitu bahasa, fikih, teologi, falsafah, sains dan sebagainya.

Kritikan Terhadap Metodologi Menurut Abdul Jalal, terdapat beberapa permasalahan dalam metode tafsir ini. Pertama, bagaimana untuk mengatasi umat Islam yang kurang memahami maksud ayat-ayat al-Qur'an, karena penggunaan metode tafsir ini mengakibatkan pemahaman terhadap suatu topik atau judul tidak boleh dituntas sekaligus. Hal itu disebabkan kerana ayat-ayat yang membahas topik tertentu berada dalam berbagai surah, sehingga penafsirannya pun berkecamuk. Hal ini semestinya menyulitkan proses pencarian konteks penafsiran ayat dengan yang lainnya karena harus menelusuri letak ayat-ayat yang semakna. Kedua, bagaimana untuk menghentikan permasalahan di antara ajaran al-Qur'an yang berupa pedoman hidup dengan kehidupan yang memerlukan tuntunan Allah S.W.T. Ini disebabkan tuntunan Allah yang sebenarnya telah ada dalam al-Qur'an tetapi kurang praktikal karena susah untuk difahami oleh masyarakat Islam, kerana metode penafsirannya tidak secara topikal. Ketiga, bagaimana untuk menghindari permasalahan yang mengakibatkan orang-orang yang tidak faham akan tuntunan Allah tadi lalu meninggalkan ajaran-ajaran Islam, dengan

30 31

W. Montgomery Watt, Pengantar Studi Al-Qur'an (Terj.) Taufik Adnan Amal (Jakarta: CV Rajawali, 1991), 265. Nashiruddin Baidan, Metodologi Penafsiran Al-Qur'an (Yogyakarta: Pustaka Pelajar, 1998), 24-27.

17

beranggapan bahwa ajaran itu tidak relevan dengan alam kehidupan pada zaman kemajuan ilmu dan teknologi sekarang ini.32

Metode Ijmali Metode ijmali (global) ialah metode yang cuba menjelaskan ayat-ayat al-Qur’an secara ringkas dan padat, tetapi menyeluruh (global). Metode ini mengulas setiap ayat alQur’an dengan sangat sederhana, tanpa ada upaya untuk memberikan pengetahuan dengan maksud yang lain, sehingga pembahasan yang dilakukan hanya menekankan pada pemahaman yang ringkas dan bersifat global. Dalam metode ini, seorang mufassir berupaya untuk menjelaskan makna-makna alQur’an dengan huraian singkat dan mudah difahami oleh pembaca dalam semua tahap, baik tahap orang yang memiliki pengetahuan yang sederhana sehingga pada orang yang berpengetahuan luas. Dengan kata lain, metode tafsir ijmali menempatkan setiap ayat hanya sekadar ditafsirkan dan tidak diletakkan sebagai obyek yang harus dianalisis secara tajam dan mendalam, karena penyajian yang dilakukan tidak terlalu jauh dari gaya bahasa al-Qur’an, sehingga membaca tafsir yang dihasilkan dengan memakai metode ijmali, seperti membaca ayat al-Qur’an. Huraian yang singkat dan padat ini membuat tafsir dengan metode ijmali ini tidak jauh berbeza dengan ayat yang ditafsirkan.

Ciri Metode Ijmali Perbezaan utama antara metode ijmali dengan metode tahlili, muqarran, ataupun mawdu'i adalah terletak pada: (1) cara seorang mufassir melakukan penafsiran, di mana seorang mufassir langsung menafsirkan ayat al-Qur'an dari awal sampai akhir tanpa perbandingan dan penetapan judul, (2) mufassir tidak banyak mengemukakan pendapat dan idenya, (3) mufassir tidak banyak memberikan penafsiran secara terperinci tetapi ringkas dan umum, meskipun pada beberapa ayat tertentu memberikan penafsiran yang agak luas. 32

Abdul Jalal, Urgensi Studi Tafsir yang Mutaakhir, 18.

18

Keistimewan dan Kelemahan Metode Ijmali Setiap metode tentu saja memiliki kelebihan dan kekurangan, sehingga dalam mendalami makna al-Qur’an ada yang tidak boleh secara utuh menyentuh makna dan dasar yang ingin disampaikan oleh al-Qur’an. Kelebihan pada metode ijmali, terletak pada: (1) proses dan bentuknya yang mudah dibaca dan sangat ringkas serta bersifat umum, (2) terhindar dari penafsiran yang bersifat isra’iliyat, karena pembahasan tafsir yang ringkas dan padat, sehingga tidak memungkinkan seorang mufassir memasukkan unsur-unsur lain, (3) bahasanya yang seupama dan hmpir dengan bahasa al-Qur'an. Adapun kekurangan metode ijmali adalah: (1) menjadikan petunjuk Al-Qur'an bersifat umum, (2) tidak ada ruang untuk analisis yang memadai.33 Meskipun demikian, metode penafsirannya yang sangat ringkas, maka metode ijmali sangat sesuai bagi mereka yang berada pada tahap permulaan untuk mempelajari tafsir, dan sibuk dengan pekerjaannya serta mereka yang tidak memerlukan huraian yang mendalam tentang pemahaman suatu ayat. Metode ijmali yang dipakai oleh para mufassir memang sangat mudah untuk dibaca kerana tidak menggunakan pendekatan analisis, tetapi dilakukan dengan pola tafsir yang mudah dan tidak berbelit-belit, walaupun begitu, ia masih meninggalkan sesuatu yang harus ditelaah berulang kali. Metode ijmali memiliki tujuan yang pembaca harus boleh memahami kandungan pokok al-Qur’an sebagai kitab suci yang memberikan petunjuk hidup. Di antara kitab tafsir yang ditulis dengan metode ijmali adalah; Kitab Tafsir Al-Qur’an al-Karim, karya Muhammad Farid Wajdi, Al-Tafsir al-Wasit, terbitan Majma’ al-Buhuth alIslamiyyah, Taj al-Tafasir, karya Muhammad Ushman al-Mirghani, dan Tafsir li al-Imam alJalalayn, karya bersama Jalaluddin al-Mahalli dan Jalaluddin Al-Suyuti.

33

Nashiruddin Baidan, Metodologi Penafsiran Al-Qur'an, hal. 24-27

19

Meskipun demikian, seiring perkembangan zaman, yang menuntut adanya perubahan pola dan paradigma dalam melakukan proses penafsiran metode ini dan metode ini termasuk antara yang kurang diminati, terutama oleh para mufassir kontemporari.

Kritik Terhadap Metodologi Ijmali Dalam metode tafsir ijmali, teks dijadikan sebagai objek pembacaan , tanpa mencuba membongkar makna-makna yang tersimpan di sebalik teks (makna tersirat). Teks hanya dipandang pada sisi zahir, bukan pada sisi batin sebuah teks. Dengan cara memahami teks dalam memahami al-Qur’an ini, pada akhirnya melahirkan kesimpulan yang tidak dalam, sehingga masih menyimpan pertanyaan-pertanyaan tentang ageda yang akan disampaikan oleh teks. Metode ijmali ini memakai pendekatan yang ringkas, iaitu tidak hanya setakat gambaran-gambaran singkat dan umum, sehingga tidak menyentuh pada kandungan teks, misalnya dalam tafsir Jalalayn yang ditulis dengan metode ijmali. Metode Muqarran Metode Muqarran adalah suatu metode tafsir yang menggunakan cara perbandingan. Metode ini bermaksud menemukan dan mengkaji perbezaan-perbezaan antara unsur-unsur yang diperbandingkan, baik untuk tujuan menemukan unsur yang benar di antara yang kurang benar, ataupun untuk tujuan memperolah gambaran yang lebih lengkap mengenai masalah yang dibahas dengan penggabungan (sintesis) unsur-unsur yang berbeza itu. Manfaat tafsir muqarran adalah memperoleh pengertian yang paling tepat dan lengkap mengenai masalah yang dibahas, dengan melihat perbezaan-perbezaan di antara berbagai unsur relevan yang diperbandingkan. Sedangkan manfaat khususnya adalah : Pertama, dalam perbandingan ayat dengan ayat, metode ini menumpukan perhatian pada penggalian hikmah di balik variasi ayat untuk perkara yang sama dan pemilihan redaksi yang mirip untuk perkara yang berbeza.

20

Kedua, dalam perbandingan ayat al-Quran dengan hadis, jika pada perbandingan ayat dengan ayat yang dapat mengetahui kedua unsur yang dibandingkan, maka dalam metode ini dapat diketahui dari salah satu unsur saja, iaitu unsur ayat. Ketiga, dalam perbandingan unsur penafsiran seorang mufassir dengan mufassir lainnya, ada beberapa manfaat yang dapat diperolehi : a. mengetahui cara penafsiran seorang mufassir. b. Dapat mengungkap kecenderungan mufassir, baik kecenderungan mazhab, keilmuan, konteks zaman dan sebagainya. c. Dapat mengungkapkan kekeliruan seorang mufassir, sekaligus mencari pandangan yang paling mendekati kebenaran. d. Dapat mengungkap sumber-sumber perbezaan pendapat di kalangan mufassir, ataupun perbezaan pendapat di antara berbagai kelompok umat Islam. e. Dapat menjadi saranan bagi pendekatan di antara berbagai ulama tafsir. f. Dapat membawa kepada pemahaman yang lebih lengkap mengenai kandungan ayatayat al-Quran, dengan menggabungkan berbagai kefahaman ulama tafsir dari berbagai aliran tafsir.

Metode Mawdu’i (Bertema) Metode ini membahas ayat-ayat al-Quran sesuai dengan tema atau judul yang telah ditetapkan. Semua ayat yang berkaitan, dihimpun, kemudian dikaji secara mendalam dari berbagai aspek yang berkaitan dengannya seperti kosa kata. Semua dijelaskan dengan terperinci, serta didokong oleh dalil-dalil atau fakta yang dapat dipertanggungjawabkan secara ilmiah, baik pun berasal dari al-Quran, hadis, mahu pun pemikiran rasional. Sesuai dengan namanya tematik, maka yang menjadi ciri utama dari metode ini adalah menonjolkan tema, judul, atau topik pembahasan, sehingga tidak salah jika dikatakan bahawa metode ini disebut metode topikal atau secara bertopik. Metode mawdu’i muncul kerana bermula dari wacana keislaman yang mengfokuskan pada topik tertentu dengan landasan-landasan yang diambil dari al-Quran, wacana tersebut berupa karya yang ditulis, diantaranya Al-Insan fi Al-Quran, dan Al-Mar’ah fi Al-Quran karya Abbas Mahmud Al-Aqqad, atau Al-Riba fi Al-Quran karya Al-Maududi.

21

Metode Mawdu’i pertama kali dikenalkan oleh Prof. Dr. Ahmad Sayyid Al-Kumiy, Ketua Jurusan Tafsir pada Fakulti Usuluddin Universiti Al-Azhar Mesir sampai tahun 1981. Beberapa dozen tafsir di universiti tersebut telah berhasil menyusun banyak karya ilmiah dengan menggunakan metode tersebut. Antara lain Prof. Dr. Al-Husaini Abu Farhah menulis Al-Futuhat Al-Rabbaniyyah fi Al-Tafsir Al-Mawdhu’i li Al-Ayat al-Qur’aniyyah dalam dua jilid yang kemudian disusul oleh Prof. Dr. Abdul Hay Al-Farmawiy guru besar pada Fakulti Usuluddin Al-Azhar dengan menerbitkan buku Al-Bidayah fi Al-Tafsir Al-Mawdhu’I Pada tahun 1977. Adapun langkah-langkah yang ditempuh untuk melakukan metode mawd’ui adalah : - Penetapan masalah yang dibahas. - Menulis turutan ayat sesuai dengan masa turunnya. - Kosa kata ayat dengan merujuk kepada penggunaan al-Quran. - Memasukkan asbab al-Nuzul. Keistimewaan metode ini adalah: a) menghindari masalah atau kelemahan metode-metode lain seperti yang digambarkan di atas. b) menafsirkan ayat dengan ayat atau dengan hadis Nabi, satu cara terbaik dalam menafsirkan al-Quran, c) kesimpulan yang dihasilkan mudah difahami. Hal ini disebabkan kerana ia membawa pembaca kepada petunjuk al-Quran tanpa mengemukakan berbagai pembahasan terperinci dalam satu disiplin ilmu. Juga dengan metode ini, dapat dibuktikan bahwa persoalan yang disentuh al-Quran bukan bersifat teori semata-mata dan atau tidak dapat diterapkan dalam kehidupan masyarakat. Dengan begitu, ia dapat membawa kita kepada pendapat al-Quran tentang berbagai permasalahan hidup dengan disertai dengan jawapannya. Ia dapat memperjelaskan kembali fungsi al-Quran sebagai Kitab Suci dan dapat membuktikan keistimewaan al-Quran.

22

d) Metode ini memungkinkan seseorang untuk menolak anggapan adanya ayat-ayat yang bertentangan dalam al-Quran. Ia sekaligus dapat dijadikan bukti bahwa ayat-ayat al-Quran seiring dengan perkembangan ilmu pengetahuan dan masyarakat.

PENGERTIAN ISRAILIYYAT Dari segi bahasa : ‫ إسرائيليات‬adalah kata jamak bagi perkataan israiliyyah ‫ إسرائيلية‬, nisbah bagi Bani Israil. Israil ialah Yaakob a.s yang bermaksud hamba Allah S.W.T. Bani Israil ialah anak-anak Nabi Yaakob a.s dan keturunan seterusnya yang lahir daripada mereka sehingga zaman Nabi Musa a.s dan para nabi selepasnya sehingga zaman Nabi Isa a.s dan zaman Nabi Muhammad S.A.W.34 Israil adalah perkataan A`jamiyyun iaitu bahasa `Ibrani yang merupakan gabungan dua kalimah iaitu (‫ )إسرا‬yang bermaksud hamba atau pilihan dan (‫ )إيل‬yang bermakna Allah S.W.T. oleh itu gabungan dua perkataan tadi menjadi (‫ )إسرائيل‬yang yang membawa erti hamba Allah atau pilihan Allah.35 Nabi Ya`qub mendapat gelaran ini kerana beliau telah berjuang di jalan Allah Taala dengan bersungguh-sungguh secara bersendirian pada waktu malam sehingga terbit fajar. Bagi menghargai keimananya yang tinggi itu Allah Taala telah memanggil baginda dengan panggilan Isra’il.36 Maka daripada sinilah Bani Israil mendapat nama mereka iaitu keturunan Nabi Ya`qub yang mendakwa diri mereka sebagai (‫ )شعب مختارا‬bangsa pilihan tuhan kerana mereka adalah keturunan Nabi Ya`qub. Mereka telah dikenali sebagai Orang-orang Yahudi sejak dari zaman dahulu lagi. Mereka yang beriman kepada Nabi Isa a.s diberikan nama sebagai orang-orang Nasrani dan

34 34

Dr. Muhammad Bin Muhammad Abu Syahbah, Israiliyyat Dan Hadith Palsu Dalam Kitab-Kitab Tafsir, Pencetakan Nasional Malaysia Berhad, (2006), Kuala Lumpur, hal. 1 35 Dr. Muhammad Sira Tantawi, Banu Isra’il fi al-Qur’an al-Karim wa al-Sunnah, Al-Zahra’ li ‘Ilam al-‘Arabi, (1987), hal. 18 36 Muhammad Lutfi Jum’ah, Nazarat Asriyyah fi al-Qur’an al-Karim, ‘Alam al-Kutub, hal. 234.

23

mereka yang beriman kepada Nabi Muhammad S.A.W telah termasuk ke dalam lingkungan Orang-orang Islam dan dikenali Ahli-ahli Kitab yang beriman37.38 Memandangkan Israiliyyat adalah perkataan A`jamiyyun maka cara menyebutnya juga ada pelbagai cara. Mengikut Imam al-Qurtubi terdapat tujuh wajah39 untuk menyebut perkataan Israil iaitu : 1)Isra`il

‫ إسرائيل‬seperti dalam al-Qur`an

2)Isra`il

‫ إسرائيل‬dengan memanjangkan hamzah

3)Israyil

‫ إسراييل‬dengan tanpa hamzah

4)Israi`il

‫ إسرئل‬dengan tanpa ya dan mad

5)Isra`il

‫ إسرائل‬dengan kasrah hamzah tanpa ya

6)Israi`al

‫ إسرائل‬dengan fathah pada hamzah

7)Isra`in

‫ إسرانين‬dengan nun dan bukan lam

Jika kita merujuk kepada Kamus Dewan Isra`il bermaksud orang berketurunan Yuda dan beragama Yahudi. Namun begitu apabila kita merujuk kepada al-Qamus al-Jadid, ia membawa makna cerita-cerita yang diadakan-adakan mengenai para nabi.40 Manakala dalam Mu`jam al-Arani ia membawa tiga makna iaitu gelaran Nabi Ya`qub bin Ishaq, keturunan Nabi Ya`qub dan kerajaan Israil di Palestin.41 Apabila kita mengkaji pengertian Israiliyyat dari segi etimologi apa yang kita dapati Israiliyyat adalah kata gabungan yan bersandaran dan bukannya kata dasar yang berdiri dengan sendirinya. Isra`il adalah merujuk kepada keturunan atau bangsa manakala Israiliyyat pula merupakan sandaran kepada unsur-unsur atau sumber-sumber yang ada pada Isra`il itu sendiri. 37

Nama Ahli Kitab digunakan untuk Orang-orang Yahudi dan Nasrani, akan tetapi kebiasaan dalam keadaan ini yang dimaksudkan dengan Ahli Kitab ialah Orang-orang Yahudi kerana mereka adalah orang yang tinggal di Madinah dan sekelilingnya. Kebanyakkan besar dari Israiliyyat adalah datang dari Orang-orang Yahudi. 38 Ibid, hal. 1 39 ‘Abdullah Muhammad bin Ahmad al-Ansari al-Qurtubi, (t.t), Tafsir al-Jami’ li Ahkam al-Qur’an, juz. 1, Dar alThurath al-‘Arabi, hal. 331 40 Hj.Ishak Abbas, Qamus al-Jadid, Penerbitan Seri Kota, (1986), Kuala Lumpur, hal.18 41 Al-Lughawin al-‘Arab, al-Mu’jam al-‘Arabi al-Asasi, Dar al-Durus,(1995), hal.88

24

Bagi memulakan perbahasan berkaitan tajuk ini, tidak sempurna sekiranya kita tidak membicarakan definisi Israiliyyat secara etimologi (bahasa) atau terminologi (istilah), perbahasan ulama` dan pendapat yang diterima pakai di dunia keilmuan kini. Dari segi bahasa Israiliyyat (‫ )اسرائيليات‬adalah kata jama` bagi perkataan Israiliyyah )‫ (اسرائيلى‬yang dinisbahkan dengan Bani Israil. Ia merupakan susunan perkataan yang bersandaran dan bukan perkataan dasar. Oleh itu ia disebut sebagai Israiliy )‫ (اسرائيلى‬atau Israiliyyah )‫(اسرائيلية‬.42 Dari segi istilah perkataan Isra`iliyyat adalah merujuk kepada riwayat yang bersumberkan kaum Yahudi.43 Namun begitu ulama` khususnya mufassirin dan muhaddithin menggunakan istilah tersebut dalam erti yang lebih luas dan mendalam.44 Jadi secara ringkasnya pengertian Isra`iliyyat dari segi istilah ialah dengan mengambil kira pandangan Dr. Muhammad Husin al-Zahabi iaitu segala perkhabaran. Periwayatan dan kisah-kisah yang bersumberkan dari sumber khususnya dari Yahudi dan Nasrani yang mewarnai pengajian tafsir dan sunnah.45 Walau bagaimanapun Isra`iliyyat lebih banyak datangnya dari kaum Yahudi berbanding Nasrani kerana maklumat berkaitan Isra`iliyyat didapati daripada perawi atau ilmuan Yahudi yang memeluk Islam.46 Oleh itu pengertian yang diberikan oleh Dr. Muhammad Husin al-Zhahabi adalah merupakan definisi Isra`iliyyat yang bersifat klasikal atau yang bersifat tradisional kerana hanya menjuruskan kepada pengajian tafsir dan sunnah semata-semata. Namun begitu Isra`iliyyat dalam tafsir dan sunnah adalah merupakan titik tolak kepada kekacauan keilmuan dan pemikiran umat Islam. Maka dengan itu definisi yang diberikan oleh Dr. Muhammad Husin al-Zahabi adalah amat bertepatan sekali.

42

Abd. Al-Wahab ‘Abd. Al-Wahab Fa’eid (1978), al-Dakhil fi Tafsir al-Qur’an al-Karim, Kaherah, hal. 14 Ibid, hal. 14 44 Hamzah bin Yaa’kob, Isra’iliyyat: Pengaruh dan Kesannya Ke Atas Ilmu-Ilmu Islam, Jurnal Darul Qur’an, Bil.7, November 2001, hal. 46 45 Dr. Muhammad Husin al-Zahabi, (t.t), tafsir al-Mufassirun, jld.1, Maktabah Wahbah, Kaherah, hal. 121 46 Dr Muhammad bin Muhammad abu Syahbah, (t.t), op.cit, hal. 12 43

25

PENDAPAT ULAMA’ TENTANG ISRA’ILIYYAT Ilmuan Islam yang lain turut member pendapat masing-masing berhubung masalah Isra’liyyat ini. Pendapat-pendapat mereka ini dapat memperkayakan lagi keilmuan Islam dan seterusnya dan seterusnya menjadi tauladan kepada generasi yang akan datang untuk mendalami masalah ini. Ahmad Khalil berpendapat yang Isra’iliyyat adala kisah-kisah yang diriwayatkan dari Ahl al-Kitab sama ada yang mempunyai hubungan dan kaitannya dengan agama mereka atau tidak.47 Amin al-Kulli pula berpendapat Isra’iliyyat adalah percampuran kisah-kisah agama dan kepercayaan bukan Islam yang dibawa masuk ke Tanah Arab melalui orang Yahudi yang mengembara ke timur menuju Babylon dan sekitarnya dan ke arah Barat menuju Mesir. Setelah kembali ke Negara asal, mereka membawa pelbagai berita dan kepercayaan yang mereka jumpai dari negara-negara yang mereka singgahi.48 Muhammad Muhammad Abu Zahw pula berkata sebarang perkhabaran yang bersumberkan Ka’ab bin Ahbar dan Wahab bin Munabbih adalah “Akhbar Isra’iliyyat” bukannya hadith Nabawi.49 Dr. Muhammad Husin al-Zhahabi membahagikan Isra’iliyyat kepada dua bahagian,50 yang pertama Isra’iliyyat sebagai setiap sesuatu yang menyerap masuk ke dalam tafsir dan sunnah yang terdiri daripada cerita-cerita dongeng dan yang tidak ada asalnya dari ceritacerita lama dan merupakan kisah rekaan musuh Islam dengan niat untuk merosakkan akidah umat Islam dan sebagainya. Kedua, Isra’iliyyat adalah segala perkara khurafat, dongeng dan palsu yang riwayatnya adalah bersumberkan Yahudi dan Nasrani. Dr. Solah al-Khalidi pula mempunyai pendapat yang lebih ke hadapan berbanding ulama’-ulama’ yang lain. Beliau berpendapat segala cerita khurafat, karut-marut, palsu, tahyul, tahyul, kesesatan dan shubhah adalah Isra’iliyyat walaupun bukan bersumberkan 47

Ahmad Khalil Arsyad, Dirasah fi al-Qur’an, Dar al-Ma’arif, (1972), Mesir, hal.115 Amin al-Kulli, Manhaj al-Tajdid fi al-Tafsir, dar al-Ma’arif, (1961), Kaherah, hal.227 49 Muhammad bin Muhammad Abu Zahw, (t.t), al-Hadith wa al-Muhaddithun, Misriyyah, hal.185 50 Dr. Muhammad Husin al-Zahabi, (1996), op.cit, hal. 20-21 48

26

Yahudi. Beliau berpendapat Isra’iliyyat bukan sahaja Yahudi tetapi juga oleh Nasrani, Parsi dan Romani serta mana-mana musuh Islam yang mempunyai rancangan-rancangan jahat terhadap Islam yang dipelopori oleh Yahudi.51

PERKEMBANGAN DAN KEMASUKAN ISRA’ILIYYAT DALAM TAFSIR Untuk mengetahui sejarah kemasukan dan perkembangan Isra’iliyyat dalam bidang tafsir, perlu ditinjau dari sudut sejarah awal Islam semenjak zaman Jahiliah lagi. Di mana pada tahun 70 Masihi, Ahl al-Kitab iaitu Yahudi telah berpindah beramai-ramai ke Tanah Arab. Mereka membawa bersama kebudayaan mereka yang diambil dari kitab-kitab warisan ulama’ dan nabi mereka. Orang Arab zaman jahiliah pula ada yang berniaga, di mana pada musim panas mereka ke Syam (Syria) dan musim sejuk ke Yaman. Di kedua-dua tempat ituterdapat ramai Ahl al-Kitab, khasnya Yahudi, dengan itu terjalinlah hubungan antara mereka. Dari situ juga kebudayaan Yahudi meresap ke dalam kebudayaan bangsa Arab. Pada saat itulah munculnya Nabi Muhammad S.A.W dan al-Qur’an. Sewaktu Nabi Muhammad S.A.W berhijrah, bumi Madinah juga didiami oleh beberapa puak bangsa Yahudi, antaranya ialah Bani Quraizah, Bani Nadir, Yahudi Khaibar, Tayma dan Fadak. Akibat hidup berjiran juga berlaku pertukaran ilmu pengetahuan dan Nabi S.A.W berdakwah kepada kaum Yahudi dan mereka juga sering menemui Nabi S.A.W untuk menyelesaikan masalah mereka atau kadang-kala untuk mengajukan pertanyaan mereka untuk menguji Nabi S.A.W atau untuk mempersendakan Islam, sebagaimana yang diceritakan oleh al-Qur’an. Selain itu, sering berlaku perdebatan antara orang Islam dan Yahudi dan beberapa golongan Yahudi yang telah memeluk Islam di mana mereka mempunyai pengetahuan yang luas tentang budaya Yahudi. Justeru itu, tersebar ddan bercampurlah kebudayaan Islam dan Yahudi.52

Meresapnya Isra’iliyyat dalam tafsir ini boleh dibahagikan kepada dua peringkat : 1. Zaman Periwayatan Tafsir 2. Zaman Pembukuan Tafsir 51 52

Dr. Solah al-Khalidi, Isra’iliyyat Mu’asirah, ‘Amman, Dar ‘Ammar, hal. 14-16 Abd. Latiff B. Muda, Pengantar ilmu Tawhid, Pustaka Salam Sdn. Bhd, (1998), Kuala Lumpur, hal. 333-334

27

1. Zaman Periwayatan Tafsir Rasulullah S.A.W telah menjelaskan semua perkara kepada para sahabat tentang urusan agama yang mencakupi tafsir yang samar-samar. Para sahabat r.a menghafal riwayat dan menyampaikan pula kepada orang lain yang tidak hadir. Rasullullah S.A.W amat menggalakkan mereka berbuat demikian53, hinggalah ke zaman Tabi’in. Para tabi’in pula meriwayatkan kepada tabi’in lain dan ia menjadi semakin meluas. Para zaman sahabat r.a, mereka sangat mengambil berat tentang tentang kesahihan riwayat yang mereka terima dan sampaikan. Dalam al-Qur’an, terdapat ayat-ayat yang menceritakan tentang sesuatu kisah. Ada di kalangan sahabat yang bertanya kepada Ahl al-Kitab yang memeluk Islam. Menurut Dr Muhammad Husain al-Dhahabi, merujuk kepada Ahl al-Kitab merupakan salah satu sumber penafsiran zaman sahabat di mana wujud kecenderungan dalam dirimereka untuk bertanya kepada Ahl al-Kitab apabila mereka membacakan sesuatu kisah yang diutarakan oleh alQur’an. Tetapi mereka tidaklah bertanya mengenai semua perkara dan tidak juga menerima semuanya.54 Malahan ada ketikanya mereka memperbetulkan sesuatu riwayat yang salah dari Ahl al-Kitab yang menceritakan kepada mereka.55 Pada zaman Tabi’in, periwayatan Ahl al-Kitab dan kisah Isra’iliyyat dalam tafsir semakin meluas ekoran dari ramai Ahl al-Kitab yang memeluk Islam dan lantaran daripada sesetengah orang Islamyang ingin mengetahui tentang kisah aneh dalam kitab mereka (Ahl al-Kitab). Dari situ, banyak tafsir yang diresapi oleh kisah aneh dan batil. Pada zaman ini juga, khasnya bermula tahun 41 Hijrah telah tersebar hadith-hadith palsu yang disandarkan kepada Rasulullah S.A.W.56 Seterusnya, apabila tiba zaman Tabi’ Tabi’in, mereka tidak menitik beratkan tentang sanad dan tidak mengkaji dengan teliti orang yang meriwayatkannya. Sesetengahnya pula membuang sanad dan ketika menerima sesuatu hadith, mereka tidak menerima tentang sanadnya. Justeru itu, ia membawa bencana buruk dalam periwayatan tafsir.

53

Muhammad Dr.‘Ajjaj al-Khatib, Usul al-Hadith wa Mustalahah, Dar al-Fikr, (1998), Beirut, hal. 37 Muhamad Dr. Husayn al-Dhahabi, al-Tafsir wa al-Mufassirun, dar al-Yusuf, (2000), Beirut, hal 180 55 Ibid, hal 182 56 Abd. Latif Bin Muda, (1998), op.cit, hal. 335 54

28

2. Zaman Pembukuan Tafsir Zaman ini bermula pada abad pertama dan awal abad kedua hijrah iaitu pada zaman Umar al-‘Aziz yang mengeluarkan arahan supaya hadith Nabi S.A.W dikumpulkan dan dibukukan. Untuk tujuan itu, para ulama’ menjelajah ke seluruh pelusuk Negara untuk mengumpulkannya dan dalam aktiviti pengumpulan ini termasuk segala keterangan sahabat dan tabi’in r.a. Apa yang merek kumpulkan itu dibukukan menjadi berbagai bab dan tafsir merupakan salah satu bab daripada bab-bab tersebut.57 Selepas itu, tafsir dan hadith telah dipisahkan dan dibukukan secara berasingan, di mana tafsir telah menjadi satu disiplin yang tersendiri. Namun begitu, kedua-duanya masih mempunyai hubung kait. Segala yang diriwayatkan dalam tafsir waktu itu adalah Nabi S.A.W atau sahabat r.a dan para tabi’in r.a. Pada mulanya, tafsir dibukukan dengan metodologi bi alMa’thur58 dan dikemukakan dengan sanad yang terang dan ia masih bersih daripada cerita Isra’iliyyat, kecuali sedikit sahaja dan itupun tidak bertentangan dengan syara’. Dalam hal ini, sebahagian cerita tersebut ada yang diriwayatkan dari Rasulullah S.A.W melalui riwayat yang sahih. Cerita Isra’iliyyat yang dibukukan tidak kurang banyaknya dan sebahagiannya mempunyai sanad yang lemah dan aneh. Selepas itu, ada ahli tafsir yang yang membukukan riwayat tafsir tanpa menyebut nama perawi atau membuang sanad. Dengan membuang sanad itu menyebabkan orang yang membaca dan mempelajari kita tafsir membuat tanggapan bahawa semua riwayatnya adalah yang sahih. Seterusnya ada di antara ahli tafsir yang menulis kitab tafsir dengan cara memindahkan riwayat tersebut walaupun ada di dalamnya kepalsuan dan kebatilan, namun diyakini kesahihannya. Mereka mengumpulkan riwayat yang sahih dan tidak sahih dalam kitab mereka dan di situ termasuk juga cerita Isra’iliyyat. Justeru itu, cerita-cerita Isra’iliyyat telah meresap ke dalam tafsir secara beransur-ansur melalui zaman periwayatan dan zaman pembukuan tafsir. Contohnya, cerita yang berkaitan dengan asal kejadian makhluk dan peperangan. Antara Ahl al-Kitab yang meriwayatkan tentang itu adalah Ka’ab al-Ahbar, Wahab bin Munabbih, dan ‘Abdullah bin Salam. 57

Manna al-Qattan, Mabahith fi ‘Ulum al-Qur’an, Muassasah al-Risalah, (1997), Beirut, hal. 340 Iaitu penafsiran al-Qur’an melalui ayat al-Qur’an yang lain atau melalui hadith nabi, pandangan sahabat atau tabi’in. 58

29

PERAWI-PERAWI ISRA’ILIYYAT YANG TERMASYHUR Walaupun perawi-perawi kisah Isra’iliyyat adalah ramai tetapi perbincangan tentang perawi Isra’iliyyat ini hanya akan melibatkan dua orang tokoh yang terkenal iaitu: Ka’ab alAhbar dan Wahab al-Munabbih. 1. Ka’ab al-Ahbar Beliau adalah Abu Ishaq Ka’ab bin Mati’ al-Humairi. Beliau berbangsa Yahudi dan merupakan antara tokoh yang terkenal di kalangan mereka. Digelar dengan Kaab al-Ahbar dan dianggap seorang yang berpengetahuan tinggi khususnya tentang al-Qur’an dan Taurat serta termasuk dari golongan al-Mukhdarimun (orang yang hidup dalam dua zaman, Jahiliyyah dan Islam).Ka’ab dilahirkan di Yaman dan dikatakan memeluk agama Islam pada zaman pemerintahan Umar al-Khattab r.a. Beliau berpindah dari Yaman ke Madinah dan menuntut ilmu al-Qur’an dan al-Sunnah dengan para sahabat r.a di sana. Beliau juga turut serta dalam peperangan menentang kerajaan Rom. Setelah itu, Ka’ab berpindah pula ke Syam59 pada zaman pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan r.a dengan menetap di Bandar Hims hinggalah beliau meninggal duniadi sana pada tahun 32 Hijrah. Ada pendapat yang mengatakan pada tahun 34 Hijrah. Umurnya ketika itu 140 tahun.60 Beliau meriwayatkan hadith dari Rasulullah S.A.W dan juga dari ‘Umar Ibn Khattab r.a, Suhaib serta ‘Aisyah r.a. Antara sahabat da tabi’in yang meriwayatkan hadith dari beliau adalah Mu’awiyah, Abu Hurairah, Ibnu ‘Abbas, ‘Abdullah bin ‘Umar, Ibnu al-Zubair, Anas,’Ata’ bin Abi Rabah dan lain-lain. Hadith beliau dikeluarkan oleh Imam al-Bukhari, Imam Muslim, Abu Daud, Imam al-Tirmidzi dan al-Nasa’i. Dari aspek thiqah dan ‘adalah (adil)61, ramai dari kalangan ulama’ yang mengakui Ka’ab mempunyai sikap demikian. Sebagai buktinya, Ibnu ‘Abbas dan Abu Hurairah serta sahabat

59

Sekarang dikenali sebagai Syria Muhammad bin Muhammad Abu Zahw, al-Hadith wa al-Muhaddithin, Dar al-Kitab al-‘Arabi, (1984), Beirut, hal. 179-180 61 Iaitu di antara sikap yang menjadi syarat yang perlu ada untuk membolehkan periwayatan dari seseorang rawi itu diterima. Lihat Mahmud Tahhan Dr, (1984), Taisir Mustalah al-Hadith, Kuwait, Dar al-Turath, hal. 145 60

30

dan tabi’in r.a yang lain mengambil periwayatan daripada beliau. Manakala Ibnu Hajar al‘Asqalani mengatakan Ka’ab adalah thiqah.62

2. Wahab bin Munabbih Beliau adalah Abu Abdullah Wahab bin Munabbih bin Sij bin Zi Kinaz al-Yamani alSan’ani, tergolong daripada golongan ulama’ tabi’in yang terpilih. Beliau berbangsa Yahudi dan berasal dari Yaman. Bapanya, Munabbih berasal dari Hirat, Khurasan di mana Kisra telah mengutus mereka dari sana ke Yaman untuk menaklukinya. Bapanya memeluk Islam pada zaman Rasulullah S.A.W masih hidup. Wahab bin Munabbih dilahirkan pada masa pemerintahan Uthman Ibn ‘Affan pada tahun 34 Hijrah. Beliau mempunyai pengetahuan yang luas tentan kitab Ahl al-Kitab, sejarah dan syair sehingga dikatakan beliau mewarisi ilmu yang dimiliki oleh ‘Abdullah bin Salam dan Ka’ab al-Ahbar. Beliau meriwayatkan hadith dari Abu Hurairah, ‘Abdullah Ibn ‘Umar, Ibnu ‘Abbas, ‘Abdullah bin ‘Amru al-‘As, ‘Abu Sa’id al Khudri, Jabir dan ramai lagi. Perawi yang mengambil periwayatan dari beliau adalah dua orang anaknya, ‘Abdullah dan juga ‘Abd alRahman, anak saudaranya ‘Abd al-Samad, ‘Amru bin Dinar, Samak bin al-Fadl, ‘Awf al‘Arabi dan lain-lain lagi. Hadith yang diriwayatkan oleh beliau dikeluarkan oleh Imam alBukhari, Imam Muslim, Abu Daud, Imam al-Nasa’I dan Imam al-Tirmdzi. Menurut salah satu pandangan tentang tahun kematiannya, beliau meninggal dunia pada tahun 110 Hijrah. Dari aspek keperibadian, ramai dari kalangan ulama’ yang mengakui kethiqahan Wahab bin Munabbih. Di antaranya adalah al-Dhahabi, al-‘Ajali, Ibn Hajar al-‘Asqalani dan al-Nasa’i.

62

Syihab al-Din Ahmad bin ‘Ali Ibn Hajar al-‘Asqalani, Taqrib al-Tahzib, Dar al-Ma’rifat, (2001), Beirut, hal. 144

31

PENSEJARAHAN ISRA’ILIYYAT Sebelum penulis membawa pembaca kepada perbincangan seterusnya, amat wajar diimbas kembali sejarah perkembangan israi`liyyat khususnya dalam pengajian tafsir dan sunnah. Sejarah semasukan israi`liyyat dalam pengakian tafsir dan sunnah dapat dilihat menerusi zaman Rasulullah S.A.W, para sahabat, tabi`in, tabi` tabi`in dan zaman sekarang yang mana lebih dikenali sebagai Israi`liyyat kontemporari.

PENSEJARAHAN ISRAI`LIYYAT PADA ZAMAN RASULULLAH Keadaan kehidupan masyarakat awal Arab yang tidak mempunyai para ilmuan dan Ahl-al-kitab menjadi faktor utama penambahan dan pengurangan di dalam kitab-kitab atau karya-karya mereka. Ketika itu masyarakat Yahudi khususnya mempunyai ramai yang berpengetahuan secara umum mengenai kitab Taurat atau lebih dikenali sebagai Ahl al-kitab namun kehidupan masyarakat Arab kerana Nabi Muhammad S.A.W sendiri berbangsa Arab. Walaupun baginda menjadi rujukan utama umat Islam, namun masih ada segolongan kecil daripada umat Islam yang merujuk kepada ahl al-kitab ini khususnya mengenai kawniyyat,63 qisas al-anbiya,64 dan ghaibiyyat.65 Lalu keadaan ini berleluasa kepada penafsiran ayat-ayat al-Qur`an.66 Rasulullah mempunyai pendirian tersendiri dalam menetukan hukum meriwayatkan cerita atau kisah-kisah israi`liyyat daripada ahl al-kitab. Pada peringkat pertama Rasulullah melarang para sahabat membaca kitab yang dimiliki ahl al-kitab, bertanya atau mendengar cerita-cerita daripada mereka. Larangan ini berkuat kuasa pada permulaan hubungan dengan ahl- al-Kitab di Madinah67 berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Jabir r.a:68

َّ ‫ع ِن ال‬ َّ ‫ع ْب ِد‬ ‫ع َم َر‬ َ ‫ َحدَّثَنَا ُه‬: ‫ قَا َل‬، ‫ان‬ ُ ‫ أ َ َّن‬، ِ‫َّللا‬ ُ ‫َحدَّثَنَا‬ َ ‫ع ْن َجا ِب ِر ب ِْن‬ َ ، ِ ‫ش ْع ِبي‬ َ ، ٌ‫ أ َ ْخ َب َرنَا ُم َجا ِلد‬، ‫ش ْي ٌم‬ ِ ‫س َر ْي ُج ب ُْن النُّ ْع َم‬ َّ ‫بْنَ ْالخ‬ K‫ي‬ ٍ ‫ي صلى هللا عليه وسلم ِب ِكت َا‬ ِ ُ ‫ض أ َ ْه ِل ْال ُكت‬ ِ ‫صا َبهُ ِم ْن َب ْع‬ ِ ‫َطا‬ َ ُ‫ فَقَ َرأَه‬،‫ب‬ َ َ‫ب أ‬ ُّ ‫علَّى النَّ ِب‬ َّ ِ‫ب أَت َى النَّب‬ 63

Kawniyyat bermaksud ayat-ayat al-Qur’an yang berkaitan dengan kejadian alam seperti matahari, bulan dan bintang. 64 Qisas al-Anbiya’ bermaksud kisah-isah para nabi. 65 Ghaibiyyat bermaksud perkara-perkara yang tidak dapat dilihat dengan pancaindera manusia. 66 Dr. Muhammad Hussein al-Dhahabi, Al-Tafsir al-Mufassirun, jld 1, Al-Azhar, (t.t), hal. 177 67 Dr. ‘Abdul Wahab ‘Abdul Wahab Fayid, Al-Dakhil fi Tafsir al-Qur’an al-Karim, Matba’ah Hassan, 1989/1398, Kaherah, Cet. 1, juzu’ 1, hal. 110-113 68 Imam Ahmad bin Hanbal, Musnad al-Imam Ahmad, Juz 3, Muassasah Qurtubah, (t.t), Andalus, hal. 387, bil hadis 15195

32

َّ ‫ " أ َ ُمت َ َه ِو ُكونَ ِفي َها يَا ابْنَ ْالخ‬: ‫ َو َقا َل‬،‫ب‬ ‫ َال تَسْأَلُو ُه ْم‬،‫ضا َء نَ ِقيَّة‬ ِ ‫َطا‬ َ ‫ َوالَّذِي نَ ْفسِي ِب َي ِد ِه لَقَ ْد ِجئْت ُ ُك ْم ِب َها بَ ْي‬،‫ب‬ َ ‫َض‬ ِ ‫فَغ‬ ‫ َما‬،‫سى َكانَ َحيًّا‬ ِ ‫ أ َ ْو ِب َب‬،‫ق فَت ُ َك ِذبُوا ِب ِه‬ َ َ ‫ لَ ْو أَ َّن ُمو‬،ِ‫ َوالَّذِي نَ ْفسِي ِب َي ِده‬،‫ص ِدقُوا ِب ِه‬ َ ُ ‫اط ٍل فَت‬ ٍ ‫َيءٍ فَيُ ْخ ِب ُرو ُك ْم بِ َح‬ ْ ‫ع ْن ش‬ " ‫َو ِس َعهُ ِإ َّال أ َ ْن َيت َّ ِب َعنِي‬ Terjemahannya: “Daripada Jabir Ibn `Abdullah, bahawanya `Umar Ibn al-Khattob datang menemui Nabi S.A.W bersamanya sebuah kitab daripada ahl-kitab, maka beliau membaca dihadapan Nabi S.A.W, Rasulullah S.A.W memarahinya dengan bersabda; Apakah yang masih meragukan kamu waha `Umar Ibn al-Khattab? Demi apa yang ada di tanganku, sesungguhnya aku telah datangkan kepada kamu (al-Qur`an) yang jelas lagi suci, maka janganlah kamu bertanya kepada mereka mengenai sesuatu, kamu memberitahu mereka yang benar tetapi mereka mengingkarinya ataupun perkara batil lalu mereka membenarkannya, demi apa yang ada di tangannya, jikalau Musa A.S masih hidup mereka akan mengikutiku” Pada peringkat kedua rasulullah S.A.W mengizinkan umat Islam mendengar sahaja riwayat-riwayat dan cerita-cerita daripada ahl al-kitab dengan syarat mereka tidak membenarkannya atau mendustakannya,69 atau dengan kata lain Rasulullah S.A.W menyuruh umat Islam ketika itu mendiamkan diri tanpa member sebarang respon mengenai cerita-cerita atau riwayat-riwayat tersebut berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a: 70

َّ َ‫َحدَّثَنَا ُم َح َّمدُ ب ُْن ب‬ ُ ‫عثْ َم‬ ‫ع ْن أَبِي‬ ُ ‫ان ب ُْن‬ ُ ‫ َحدَّثَنَا‬، ‫ار‬ َ ، ‫ير‬ َ ، ‫ي ب ُْن ْال ُمبَا َر ِك‬ َ ‫ أ َ ْخ َب َرنَا‬، ‫ع َم َر‬ ٍ ِ‫ع ْن َيحْ َيى ب ِْن أَبِي َكث‬ ٍ ‫ش‬ ُّ ‫ع ِل‬ َّ ‫ي‬ ‫ َويُفَس ُِرونَ َها‬، ‫ب َي ْق َر ُءونَ الت َّ ْو َراة َ ِب ْال ِعب َْرانِيَّ ِة‬ ِ ‫ َكانَ أ َ ْه ُل ْال ِكت َا‬: ‫ قَا َل‬،ُ‫ع ْنه‬ َ ُ‫َّللا‬ ِ ‫ع ْن أ َ ِبي ُه َري َْرة َ َر‬ َ ، َ‫سلَ َمة‬ َ َ ‫ض‬ ْ ْ َ َ ْ ُ ُ َ َ ْ ْ َ َ َّ ُ ‫ب َو َال ت ُ َك ِذبُو ُه ْم َوقُولُوا‬ ‫َا‬ ‫ت‬ ‫ك‬ ‫ال‬ ‫ل‬ ‫ه‬ ‫أ‬ ‫وا‬ ‫ق‬ ‫د‬ ‫ص‬ ‫ت‬ ‫ال‬ " : ‫لم‬ ‫وس‬ ‫عليه‬ ‫هللا‬ ‫صلى‬ ‫َّللا‬ ‫ل‬ ‫و‬ ‫س‬ ‫ر‬ ‫ل‬ ‫ا‬ ‫ق‬ ‫ف‬ ، ‫م‬ ‫َْل‬ ‫س‬ ‫اْل‬ ‫ل‬ ‫ه‬ ‫أل‬ ‫ة‬ ‫ي‬ ‫ب‬ ‫ر‬ ‫ع‬ ‫ال‬ ِ َّ َ َ ِ ِ ِ ُ َ ِ ِ ِ ِ ِ َ ِ َ َ ‫ِب‬ ُ َ‫اّللِ َو َما أ ْن ِز َل ِإلَ ْينَاق ْاْل َية‬ َّ ِ‫ف آ َمنَّا ب‬:

Terjemahannya: Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Adalah ahl al-kitab membaca taurat dengan bahsa `Ibrani dan mereka menafsirkannya denga bahasa Arab kepada umat Islam, mak Rasulullah S.A.W bersabda janganlah kamu membenarkan ahl al-kitab dan janganlah kamu mendustakan mereka dan katakanlah kepada mereka (Kami beriman dengan Allah S.W.T dan apa yang diturunkan kepada kami)”.

Walaubagaimanpun pada akhir hayat rasulullah S.A.W, baginda membenarkan umat islam berbincang dengan ahl al-kitab dan meriwayatkan cerita-cerita daripada mereka denga syarat cerita-cerita tersebut benar. Keadaan umat Islam pada waktu itu sudah berubah yang mana mereka sudah mempunyai keilmuan dan kefahaman yang mantap dan dapat membezakan kebudayaan dan keilmuan ahl al-kitab dengan Islam. Oleh yang demikian, keizinan tersebut tidak menimbulkan sebarang masalah. Rasulullah S.A.W mewjibkan para

69 70

Dr. ‘Abdul Wahab ‘Abdul Wahab Fayid, Op.cit, hal. 111 Al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Juz 4, Dar al-Ihya’, Lubnan, 1400 M, hal. 415, bil Hadis 7542

33

sahabat menyampaikan al-Qur`an dan melarang mendustakan kenabian baginda.71 Ini bermakna Rasulullah hanya membenarkan berbincang perkara yang benar sahaja berdasarkan hadith riwayat `Abdullah Ibn `Amr al-`As:72

ُ ‫س‬ ‫ع ْب ِد‬ َ ‫ع ْن أ َ ِبي َك ْب‬ َّ ‫اص ٍم ال‬ َّ ‫ َحدَّثَنَا َح‬، ‫ي‬ َ ‫ع ْن‬ َ ، َ ‫شة‬ َ ، َ‫ع ِطيَّة‬ َ ‫ان ْب ُن‬ ِ ‫ع‬ َ ‫َحدَّثَنَا أَبُو‬ ُّ ‫ أ َ ْخ َب َرنَا ْاأل َ ْوزَ ا ِع‬، ‫ض َّحاكُ ب ُْن َم ْخلَ ٍد‬ َّ ‫ع ْن بَ ِني ِإس َْرائِي َل َو َال‬ َ ‫عنِي َولَ ْو آ َية َو َح ِدثُوا‬ َ ‫ " َب ِلغُوا‬: ‫ي صلى هللا عليه وسلم قَا َل‬ َ ‫َّللاِ ب ِْن‬ َّ ‫ أَن النَّ ِب‬، ‫ع ْم ٍرو‬ ْ " ‫ار‬ َ ‫ب‬ َ َ‫َح َر َج َو َم ْن َكذ‬ ِ َّ‫ي ُمت َ َع ِمدا فَ ْل َيتَبَ َّوأ َم ْق َعدَهُ ِمنَ الن‬ َّ َ‫عل‬

Terjemahannya: “Daripada `Abdullah Ibn `Amr Ibn `As bahawasanya Nabi S.A.W bersabda: Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat dan berbincanglah dengan Bani Israil dengan baik, barangsiapa berdusta kepadaku dengan sengaja maka disediakan kepadanya tempat duduk di neraka”.

Tidak dinafikan bahawa kelonggaran yang diberikan oleh Rasulullah S.A.W dalam meriwayatkan verita-cerita atau khabar daripada ahl al-kitab telah membuka ruang kemasukan israi`liyyat dalam penafsiran al-Qur`an. Namun terdapat faktor lain yang mempengaruhi kemasukan unsur-unsur israi`liyyat ini, antaranya ialah berlaku percampuran umat Islam dengan golongan Yahudi yang terdiri daripada Bani Qainuqa`, Bani Nadi dan Bani Quraidah keitika penghijrahan Rasulullah S.A.W ke Madinah.73 Walaupun begitu ianya masih terkawal.

PENSEJARAHAN ISRAI`LIYYAT PADA ZAMAN SAHABAT74 Selepas kewafatan Rasulullah S.A.W banyak berlaku pertembungan pendapat di antara orang Islam dan ahl al-Kitab dan berlakunya perluasan wilayah Islam pada zaman sahabat dan tabi`in. Ramai di kalangan ahl al-kitab yang memeluk Islam tetapi sebahagian daripada mereka berpura-pura memeluk Islam semata-mata untuk menybarkan fitnah dan memecahbelahkan kesatuan umat Islam. Dengan berselindung di sebalik keislaman itu, mereka telah memasukkan israi`liyyat yang kebanyakkannya perkara khurafat dan dongeng ke dalam

71

Dr. ‘Abdul Wahab ‘Abdul Wahab Fayid, Op.cit, hal. 114 Al-Bukhari, Op.cit, Juz 2, Hal. 493, bil Hadis 3461 73 Dr. ‘Abdul Wahab ‘Abdul Wahab Fayid, Op.cit, hal. 116 74 Sahabat adalah mereka yang pernah bertemu denga nabi S.A.W, beriman dengannya, dan mati dalam keadaan beragama Islam. Dr. Muhammad ‘Ajjaj al-Khatib, Usul al-Hadith ‘Ullumuhu wa Mustolahuhu, Dar alFikri, Beirut, 1989, hal. 385 72

34

pemikiran masyarakat Islam ketika itu, Dan kemudiannya diserapkan sebahagian besarnya ke dalam penafsiran al-Qur`an.75 Meskipun begitu, kemasukan israi`liyyat pada zaman sahabat tidak terlalu ketara kerana mereka begitu berhati-hati dengan hal tersebut. Para sahabat merupakan orang yang paling bersungguh-sungguh dan teliti dalam mengikuti dan melaksanakan perintah rasulullah S.A.W dalam perkara yang berkaitan urusan agama, Namun ada sebahagian daripada sahabat yang merujuk kepada ahl al-kitab yang telah memeluk Islam dan mengambil darpada ceritacerita mereka yang dihuraikan dengan panjang lebar di dalam kitab mereka. Para sahabat mempunyai pendirian dan begitu teliti dalam mengambil sebarang riwayat daripada ahli al-kitab. Dengan itu mereka tidak bertanya kepada ahl al-kitab dalam semua perkara dan tidak membenarkan ahl al-kitab dalam perkara-perkara tertentu. Para sahabat tidak bertanya perkara yang berkaitan dengan `aqidah atau hokum yang telah diterangkan oleh Rasulullah S.A.W pada peringkat awal dan hanya tentang perkara yang menjadi penerang bagi sesuatu dalam al-Qur`an dan sekadar untuk pengetahuan mereka.76 Oleh kerana para sahabat merupakan orang yang paling dekat dengan Rasulullah S.A.W , mereka banyak mengetahui asbab al-nuzul77 dan dapat memahami al-Qur`an dengan baik. Kesibukan para sahabat menyebarkan dakwah dan berjihad di jalan Allah S.W.T menybabkan mereka tiada masa untuk nertanya ataupun mengambil riwayat daripada ahl alkitab. Pada mereka keilmuan ahl al-kitab penuh dengan keraguan dan pertikaian kerana banyak perubahan dan penyelewengan berlaku dalam kitab Taurat dan Injil. Dengan ini, penafsiran al-Qur`an pada zaman sahabat bersih daripada sebarang unsur israi`liyyat dan dalam keadaan terkawal.78

75

Ibid, hal. 119-120 Dr. Muhamad Hussein al-Dhahabi, Op.cit, hal. 169 77 Asbab al-Nuzul bermaksud sebab-sebab turun ayat. 78 Dr. ‘Abdul Wahab ‘Abdul Wahab Fayid, Op.cit, hal. 123-124 76

35

PENSEJARAHAN ISRAI`LIYYAT PADA ZAMAN TABI`IN79 Pada zaman tabi`in Israi`liyyat berkembang begitu meluas dan terlalu banyak pengambilan hadith-hadith daripada ahl al-kitab dan semakin banyak percampuran perkaraperkara sahih dengan batil.80 Sikap mereka amat berbeza dengan sahabat yang hanya menerima sesuatu hadith yang mempunyai sanad dan jelas keadilan perawinya dan kekuatan ingatannya. Israi`liyyat telah berkembang dengan begitu meluas pada zaman pemeritahan Umayyah. Di antara faktor-faktor berkembangnya israi`liyyat pada zaman tabi`in ialah sikap mereka yang tidak adil dan bermudah-mudah dalam meriwayatkan israi`liyyat sedangkan mereka tahu ianya adalah pendustaan dan pembohongan. Selain itu ramai di kalangan ahl alkitab yang memeluk Islam tetapi ada di kalangan mereka yang berpura-pura, contohnya `Abdullah Ibn Saba`. Mereka menjadi sumber utama masuknya isra’iliyyat dalam penafsiran al-Qur`an pada waktu ini. Antara tabi`in yang didakwa mengambil dan meriwayatkan riwayat-riwayat yang mengadungi israi`liyyat ialah Ka`ab al-Ahbar (m.32H) dan Wahab ibn Munabbih (m.110H). mereka adalah dari kalangan ahl al-kitab yang memeluk Islam pada zaman sahabat. Kebanyakkan ulama` mengakui keilmuan dan kethiqahan mereka dalam meriwayatkan hadith-hadith. Oleh itu tuduhan yang dilemparkan kepada mereka adalah sauatu tohmahan yang melulu dan tidak berasas.

PENSEJARAHAN ISRAI`LIYYAT PADA ZAMAN TABI` TABI`IN Pada zaman tabi` tabi’in, kemasukan israiliyyat dalam pengajian tafsir dan hadith begitu berleluasa dan amat berbahaya dalam gambaran yang tidak menentu. Banyak hadithhadith dan cerita-cerita palsu yang terserap masuk ke dalam tafsir dan hadith hasil daripada peranan kaum mubtadi’ (ahli bid’ah) dan penyesat. Pada zaman ini, sikap berhati-hati dan cermat sebagaimana yang ditunjukkan oleh ulama’ulama’ sebelum itu telah luntur, lebih-lebih lagi apabila lahir tokoh-tokoh tafsir yang terdiri 79

Tabi’in adalah setiap orang Islam yang sempat berjumpa para sahabat dan wafat dalam keadaan beragama Islam. Dr. Muhammad ‘Ajjaj al-Khatib, Op.cit, hal. 410 80 Dr. ‘Abdul Wahab ‘Abdul Wahab Fayid, Op.cit, hal. 139

36

daripada mereka yang kurang mengerti tentang hadith.81 Keadaan ini menyebabkan mereka bermudah-mudah dan lalai dalam mengambil sebarang riwayat atau cerita-cerita yang mengandungi israiliyyat. Mereka tidak menghalang percampuran israiliyyat ke dalam penafsiran al-Quran malah mereka suka meriwayatkan cerita-cerita khurafat tersebut sehinggalah pada zaman pembukuan kitab-kitab tafsir.82 Masa pembukuan bermula pada akhir dinasti Bani Umayyah dan di awal dinasti Bani Abbasiyyah. Pada awalnya kebanyakkan para mufassir lebih menumpukan kepada periwayatan yang dinisbahkan kepada nabi Muhammad S.A.W, sahabat atau tabi’in seperti Yazid bin Harun as-Sulami (wafat 117 H) dan Syu’bah bin al-Hajjaj (wafat 160 H). Selepas itu, muncul pula para mufassir seperti Ibn Jarir al-Tabari (wafat 310 H) dan Ibn Majah (wafat 273 H) yang menafsirkan al-Qur’an dengan lebih sistematik sesuai dengan tertib mushaf.83 Kemudian muncul sejumlah mufassir yang menafsirkan al-Qur’an dengan meringkaskan sanad-sanadnya dan menghimpun pelbagai pendapat tanpa pemiliknya. Ini menyebabkan banyak persoalannya meenjadi kabur dan riwayat-riwayat yang sahih bercampur dengan yang tidak sahih. Seterusnya lahir pula penafsiran yang lebih semasa dengan berpandukan penafsiran mutaqaddimin dengan cara meringkaskannya atau memberi

komentar.

Demikianlah penerangan ringkas sejarah kemasukan israiliyyat ke dalam penulisan tafsir.

DEFINISI ISRA’ILIYYAT KONTEMPORARI Israiliyyat Kontemporari merupakan israiliyyat masa kini yang telah menular ke dalam kehidupan dan pemikiran manusia. Israiliyyat kontemporari ini muncu dalam berbagai bentuk yang mengelirukan manusia untuk membezakan di anatara yang salah dan benar. Pembentangan di bawah akan memperkenalkan dan menjelaskan apakah itu Isra’iliyyat Kontemporari. Terdapat berbagai jenis Isra’iliyyat Kontemporari,84 contohnya ialah: 1) Setiap perkara yang salah, bohong dan palsu yang tersebar di kalangan manusia tidak kira sama ada muslim atau bukan muslim. 81

Mohammad Yusuf Ibrahim, Tafsir al-Qur’an Pertumbuhan dan Perkembangannya, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992, hal. 154 82 Dr. Muhammad Hussein al-Dhahabi, Op.cit, hal. 176-177 83 Manna’ Khalil al-Qattan, Mabahith fi ‘Ulum al-Qur’an, Muassasah al-Risalah, Beirut, hal. 340-342 84 Dr. Solah al-Khalidi, Op.cit, hal. 59

37

2) Segala dakwaan, kenyataan dan sebagainya yang salah berlegar secara meluas di kalangan orang Islam. 3) Segala sebaran kekeliruan, kepalsuan dan khurafat yang tersebar di kalangan orang Islam. 4) Setiap buah fikiran, perkataan, ceramah-ceramah, penulisan yang dihadapkan kepada orang Islam dan bertentangan dengan asas-asas Islam dan pengajarannya. Menurut Dr. Solah al-Khalidi Kontemporari ialah setiap cerita yang karut marut, khurafat, pendustaan, kesesatan dan syubhah yang berkembang di kalangan manusia hari ini yang berperanan untuk merosakkan kehidupan manusia.85 Israiliyyat Kotemporari meliputi seluruh kehidupa manusia sama ada dalam bidang politik, ekonomi, pemikiran, kemasyarakatan, akhlak, kenegaraan ataupun ketenteraan. Sebagai contoh dalam bidang ekonomi ialah kapitalisme, yang mana dalam system ekonomi ini golongan kuat menguasai golongan yang lemah. Maka lahirlah golongan yang dijajah dan penjajah. Sistem ini juga mewujudkan jurang perbezaan dan pemisahan diantara golongan miskin dan kaya. Golongan miskin terus melarat manakala golongan kaya hidup mewah.86 Ciri-Ciri Israiliyyat Kontemporari Untuk mengenali dengan lebih lanjut israiliyyat kontemporari, telah dibentangkan beberapa ciri umum israiliyyat kontemporari,87 1) Ia adalah khabar, dakwaan dan kekeliruan yang diasaskan kepada pembohongan dan kepalsuan. 2) Pertentangan terhadap Islam dengan apa yang sama (Islam) daripada kebenaran, petunjuk, cahaya pada setiap peringkat kehidupan. 3) Bertujuan untuk menjauhkan orang Islam daripada Islam itu sendiri, dan mengosongkan kebenaran Islam, peraturan-peraturan dan asas-asasnya untuk menggantikan dengan keraguan dan kepalsuan. 4) Dianggap sebagai permulaan usaha Yahudi ke atas orang Islam iaitu penguasaan Yahudi dari aspek politik, komunikasi, budaya dan fikrah (pemikiran). Ini merupakan

85

Ibid, hal. 6 Ibid, hal. 105-123 87 Ibid, hal. 60 86

38

permulaan kepada peperangan secara fizikal terhadap negara-negara Islam dan merupaka faktor-faktor kekalahan orang Islam dalam menghadapi peperangan ini.

PEMBAHAGIAN ISRA’ILIYYAT DAN HUKUM MERIWAYATKANNYA Pembahagian Isra’iliyyat berbagai cara88 iaitu: 1. Melalui pembahagian sanad dan matan hadith atau riwayat. 2. Melalui tajuk yang berkaitan seperti akidah, hokum hakam dan sebagainya. 3. Dari segi ketepatan dengan syariat Islam atau tidak Melalui pembahagian sanad sama ada sahih atau dha’if. Cotoh Isra’iliyyat yang sahih dari segi sanad dan matan iaitu: Hadith riwayat ‘Adullah bin Amru bin al-‘As dalam kitab Sahih al-Bukhari yang berbunyi: Maksudnya: “Dalam kitab Taurat tercatat sepertimana tercatat dalam al-Qur’an. Wahai Nabi ! Sesungguhnya kami mengutuskan engkau untuk menjadi saksi, pembawa berita gembira dan pemberi peringatan, pemelihara bagi golongan ummi, engkau adalah hambaku dan rasulku. Namamu al-Mutawakkil, tidak kasar dan tidak biadab, tidak membalas kejahatan dengan kejahatan tetapi engkau pemaaf dan pengampun. Allah S.W.T tidak akan mematikannya sehingga dia menegakkan agama yang bengkok dengan mengatakan tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah S.W.T. Membuka mata-mata yang buta, telinga-telinga yang pekak dan hati-hati yang tertutup.89 Manakala ini pula adalah ayat al-Qur’an yang menerangkan sifat Nabi S.A.W sama seperti yang terdapat di dalam kitab al-Tawrah:

88

Dr. Ramzi Na’na’ah, (1970), Op.cit, hal. 76 Imam Abu ‘Abdullah Muhammad bin Isma’il al-Bukhari, (2001), Op.cit, Kitab al-Tafsir, Surah al-Ahzab, hal. 866 89

39

Maksudnya: “Wahai Nabi, sesungguhnya Kami mengutuskanmu sebagai saksi (terhadap ummatmu), dan pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman) serta pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar).90 Hadith di atas adalah sahih dan bertepatan dengan ayat al-Qur’an ini. Oleh itu, ia diterima oleh syara’. Malah sanad juga bersambung sehingga akhir dan menepati syaratsyarat hadith sahih yang ditetapkan oleh Imam Bukhari. Manakala contoh bagi riwayat dha’if yang dari segi sanad dan matan pula seperti riwayat yang terdapat dalam Tafsir Jami’ al-Bayan ‘An Ta’wil ‘Ayi al-Qur’an mengenai cerita malaikat pembawa ‘Arasy. Maksudnya: “Dalam kitab Allah, malaikat pembawa ‘Arasy setiap dari mereka memiliki wajah seperti manusia, lembu jantan dan singa dan apabila mereka menggerakkan sayap mereka, itulah kilat.91 Menurut Imam Ibnu Hajar dalam Lisan al-Mizan, Syu’aib telah mengambil riwayat ini daripada cerita-cerita dongeng Ahl-al-Kitab dan hadis ini tidak asuk akal langsung.92 Malah terdapat cerita Israiliyyat yang dilabelkan sebagai mawdu’ oleh para ulama’. Sebagai contoh, suatu kisah yang terdapat dalam tafsir al-Tabari Jami’ al-bayan ‘An Ta’wil Ayi Qur’an berkaitan surah al-Isra’, ayat 4: Maksudnya: Dan Kami menyatakan kepada Bani Isra’il dalam kitab itu: “Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau. Ibnu Jarir telah membawa satu riwayat yang sangat pelik dan aneh yang diriwayatkan dari Huzaifah al-Yamani. Kisah ini sangat panjang dan terlalu meleret-leret serta telah mencemarkan sifat malaikat yang ma’sum dan taat kepada Allah S.W.T. Cerita tersebut terpaksa diringkaskan oleh penulis.

90

Surah al-Ahzab ayat 45 Abu Ja`far Muhammad bin Jarir bin Yazid bin Khalid al-Tabari (1995), Jami` al-Bayan `An Ta`wil Ayi al-Qur`an, jld. 1, Lubnan: Dar al-Fikr, hal. 344 92 Dr. Ramzi Na`naah (1970), op.cit, hal. 77 91

40

Terjemahannya: ‘Sesungguhnya apabilla Bani Isra’il telah melampau dan berlagak angkuh dan membunuh para Nabi Allah S.W.T, lalu Allah S.W.T telah utuskan kepada mereka malaikat yang berkuda pada waktu malam dan memasuki Baitul Maqdis lalu menawannya dan menggempur penduduknya serta membunuh 70 000 orang daripada mereka serta menawan yang lainnya kerana membunuh Nabi Zakaria. Harta (barang perhiasan) Baitul Maqdis dirampas sehingga nilai rampasan tersebut bernilai seperti 170 000 kereta kuda yang disusun samapai ke Babylon. Berkata Huzaifah kepada Nabi S.A.W: “Tidakkah Baitul Maqdis itu mulia di sisi Allah S.W.T ?”. Nabi S.A.W menjawab, “Allah S.W.T telah memuliakan Baitul Maqdis dengan Nabi Sulaiman bin Daud A.S dan Nabi Sulaiman telah membina Baitul Maqdis dengan emas, permata, yaqut dan zarbajad dan istana Sulaiman dari emas dan perak dan tiangnya juga dari emas”.93 Kemudian Ibnu Kathir telah member komentar beliau mengenai riwayat tersebut dalam kitab tafsir beliau Tafsir al-Qur’an al-‘Azim bahawa riwayat tersebut adalah mawdu’ dan tidak diketahu sumber pengambilannya.94 Selain itu, Isra’iliyyat juga telah dibahagikan mengikut tajuk seperti Isra’iliyat yang berkaitan akidah dan hukum-hakam. Contoh riwayat Isra’iliyyat dari segi akidah ialah sebuah hadith riwayat ‘Abdullah Ibnu Mas’ud: Maksudnya: “Seorang pendeta daripada pendeta-pendeta Yahudi telah dating bertemu Rasulullah S.A.W dan berkata kepada Rasulullah S.A.W: “Wahai Muhammad, sesungguhnya kami dapati Allah S.W.T tela menjadikan langit di atas satu jarinya daripada lima jarinya, menjadikan dunia di atas satu jarinya, menjadikan pokok di atas satu jarinya, menjadikan air dan tanah di atas satu jarinya, dan sekalian makhluk di atas satu jarinya, kemudian Dia berkata: “Akulah Maha Raja”.” Kemudian Rasulullah S.A.W tertawa sehingga nampak gigi gerahamnya kerana membenarkan kata-kata pendeta Yahudi itu. Kemudian Rasulullah S.A.W membaca ayat al-Qur’an……95

93

Abu Ja`far Muhammad bin Jarir bin Yazid bin Khalid al-Tabari (1995), op.cit, jld 14, hal. 20 Imam `Imaduddin Abi Fida Ismail bin Kathir al-Kursyi al-Dimasyqi (1998), Tafsir al-Qur`an al-`Azim, jld. 3, Damsyik: Maktabah Dar al-Fayha`, hal. 29 95 Imam Abu `Abdullah Muhammad bin Isma`il al-Bukhari (2001), op.cit, hal. 874, Kitab al-Tafsir Surah al-Zumar 94

41

Ada pendapat mengatakan bahawa Rasulullah S.A.W ketawa bukan kerana membenarkan kata-kata pendeta Yahudi itu tetapi mengingkarinya kerana pernyataan tersebut tajsim dan tasybih. Kemudian Rasulullah S.A.W menjawab dengan ayat al-Qur’an: Maksudnya: “Dan mereka (yang musyrik) tidak menghormati Allah S.W.T tidak menghormati Allah S.W.T dengan penghormatan yang sewajibnya diberikan kepadaNya, sedang bumi seluruhnya pada hari kiamat dalam genggaman kuasaNya, dan langit tergulung dengan kekuasaanNya. Maha Sucilah Ia dan Tertinggi keadaanNya dari apa yang mereka sekutukan.”96 Ini pula contoh riwayat Isra’iliyyat yang berkaitan hukum-hakam sebuah hadith riwayat Abdullah bin Umar: Maksudnya: “Sekumpulan orang Yahudi telah dating berjumpa Nabi S.A.W dengan membawa seorang lelaki dan seorang wanita dari kalangan mereka yang telah berzina dan Nabi S.A.W bertanya kepada mereka: “Bagaimana kamu lakukan terhadap orang berzina di kalangan kamu?”. Mereka menjawab: “kami tuangkan air panas padanya dan kami pukul”. Nabi S.A.W berkata lagi: “Kamu tidak dapati dalam kitab Taurat hukuman rejam?”. Mereka menjawab tidak menjumpai apa-apa ayat pun. Abdullah bin Salam berkata: “Kamu berdusta ! Tunjukkan Taurat dan bacakan sekiranya kamu orang yang benar”. Maka salah seorang guru yang mengajar Taurat membacanya tatkala sampai kepada ayat rejam, guru tersebut menutupnya dengan tangannya dan tidak membaca ayat rejam. Apabila diangkat tangannya dari ayat rejam, Nabi S.A.W berkata: “Apa ini ? , Kamu tidak lihatkah ini ayat rejam”. Maka Nabi S.A.W menyuruh melasanakan hukuman rejam ke atas mereka berdua. Hukuman rejam dilaksanakan di masjid berhampiran tempat jenazah. Aku (Abdullah bin Umar) nampak rakannya tunduk melindunginya daripada lontaran batu”.97 Hadith tersebut bertepatan dengan hukum yang terdapat dalam Kitab al-Tawrah manakala orang Yahudi tersebut nyata telah menipu Rasulullah S.A.W kerana mendakwa hukuman rejam tiada dalam Kitab al-Tawrah.

96 97

Surah al-Zumar ayat 67 Imam Abu `Abdullah Muhammad bin Isma`il al-bukhari (2001), op.cit, hal. 654, Kitab Tafsir Surah al-Nur

42

Isra’iliyyat yang berkaitan tentang ketinggian dan keterangan secara terperinci tentang sesuatu perkara yang tiada kaitan dengan akidah atau hukum-hakam. Isra’iliyyat berkaitan dengan perkara ini terlalu banyak kitab-kitab tafsir Bi al-Ma’thur. Kemudian Isra’iliyyat juga dibahagikan kepada Isra’iliyyat yang bertepatan dengan syariat kita da yang bertentangan dengan syariat kita. Contoh yang bertepatan dengan Islam seperti hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari ini di dalam kitan sahihnya dari Abu Sa’id al-Khudri: Maksudnya: “Nabi S.A.W bersabda pada hari kiamat nanti bumi akan menjadi seperti sekeping roti, Allah menggenggamnya dengan tangannya seperti kamu menggenggam rotinya ketika bermusafir sebagai tempat tinggal ahli syurga. Tiba-tiba datang seorang Yahudi berkata: “Semoga Allah S.W.T merahmati kamu wahai Abal Qasim. Hendakkah aku beritahu engkau tentang tempat tinggal ahli syurga pada hari kiamat ?”. Nabi S.A.W pun menjawab: “Ya”. Berkata Yahudi itu: “Bumi sama seperti sekeping roti”. Sama seperti apa yang telah Rasulullah S.A.W katakana tadi. Nabi S.A.W menoleh terus ke arah kami kemudian Baginda ketawa sehingga menampakkan gigi gerahamnya”.98 Sementara riwayat yang bertentangan dengan syariat kita pula seperti yang disandarkan kepada Ibnu ‘Abbas yang dikeluarkan oleh al-Nasa’I, Ibnu Jarir dan Abi Hatim dalam kitab tafsir Dar al-Manthur berkaitan ayat 34 Surah Sad: Maksudnya: “Dan demi sesungguhnya ! Kami telah menguji Nabi Sulaiman (dengan satu kejadian), dan kami letakkan di atas takhta kebesarannya satu jasad (yang tidak cukup sifatnya), kemudian ia kembali (merayu kepada kami).99 Cerita ini banyak terdapat dalam kitab tafsir bi al-Ma’thur tetapi penulis hanya mengambil satu contoh sahaja yang berkaitan dan terpaksa diringkaskan kerana terlalu panjang. Terjemahannya: “Jasad yang tidak sempurna itu adalah Syaitan Sakhar yang telah diubah rupanya menyerupai Nabi Sulaiman dan duduk di atas takhtanya lalu memerintah kerajaan Nab Sulaiman yang telah kehilangan cincinnya ketiak ke tandas. Ketika itu, Nabi 98 99

Imam Abu `Abdullah Muhammad bin Isma`il al-Bukhari (2001), op.cit, hal. 1144, Kitab al-Riqaq Surah Sad ayat 34.

43

Sulaiman tidak membawa cincinnya brsama lalu Syaitan Sakhar telah membuang cincin tersebut ke dalam laut dan ditelan oleh seekor ikan. Syaitan Sakhar telah memerintah selama 40 hari semasa Nabi Sulaiman mencari cincinnya.”100 Jelaslah riwayat tadi adalah batil lagi mungkar dan mustahil berlaku kepada seorang Nabi Allah dan mustahil Allah S.W.T membiarkan syaitan memerintah dunia dalam masa 40 hari. Ini pula adalah hadith dari Abu Hurairah dalam Sahih al-Bukhari berkaitan peristiwa tersebut: Maksudnya: “Nabi S.A.W bersabda: “Nabi Sulaiman bin Daud A.S telah berkata: Pada malam ini aku mengelilingi, menuju kepada sembilan puluh sembilan orang wanita yang semuanya datang dengan menunggang kuda berjihad di jalan Allah S.W.T. Maka sahabatnya berkata: Insya’-Allah tetapi dia berkata Insya’-Allah. Maka Nabi Sulaiman tidak dapat membawa perempuan-perempuan tersebut kecuali seorang yang datang dengan sebelah kaki”.101 Kemudian hadith dalam Sahih al-Bukhari itu telah menjelaskan keadaan sebenarnya yang telah berlaku kepada Nabi Allah Sulaiman bin Daud. Maka jelaslah bahawa riwayat yang ada padaal-Nasa’i, Abi Hatim dan Ibn Jarir itu adalah palsu dan dusta. Bahagian terakhir dalam kategori ini adalah sesuatu yang didiamkan oleh syariat Islam. Inilah bahagian yang paling banyak dalam perkhabaran Isra’iliyyat. Ia termasuk dalam perkara-perkara yang tidak berfaedah kepada kita walaupun kita mengetahuinya seperti ukuran kapal Nabi Nuh, bilangan Ashab al-Kahfi, jenis binatang yang menaiki kapal Nabi Nuh ketika banjir besar dan sebagainya. Beberapa ulama’ terkenal telah menyatakan bahawa terdapat tiga jenis perkhabaran Isra’iliyyat. Ibnu Taimiyyah102 berpendapat: 1. Sesuatu yang telah diketahui kebenarannya di kalangna kaum muslimin kerana ada bukti dalam syara’. 100

Imam `Abdul Rahman Jalaluddin al-Sayuti (1983), Dar al-Mathur fi Tafsir al-Ma`thur, jld. 7, Lubnan: Dar alFikr, hal. 179-180 101 Imam Abu `Abdullah Muhammad bin Isma`il al-Bukhari (2001), op.cit, hal. 873 Kitab Tafsir Surah Sad 102 Dr. Ramzi Na`na`ah (1970), op.cit, hal. 98

44

2. Sesuatu yang telah dikenal pasti sebagai dusta dan ada bukti syara’ yang bertentangan dengan riwayat tersebut. 3. Berada dalam dua pertimbangan sama ada benar atau dusta dan tidak dituntut untuk mempercayainya atau mendustainya. Walau bagaimanapun, menurut Ibnu Taimiyah, semua jenis Isra’iliyyat tadi tidak dituntut ke atas muslimin sebagai I’tiqad tetapi sebagai petunjuk (untuk diambil pengajaran dan pedoman) sahaja. Ibnu Kathir103 juga telah membahagikan Isra’iliyyat kepada tiga bahagian iaitu: 1. Isra’iliyyat yang harus kita meriwayatkannya kerana ada dalil syara’ yang membenarkannya. 2. Isra’iliyyat yang tidak harus bagi meriwayatkannya iaitu kisah-kisah yang bertentangan dengan syara’. 3. Isra’iliyyat yang menuntut kita supaya berdiam diri terhadapnya.

Manakala Imam al-Baqa’i104 mempunyai pendapat yang lain yang lebih terperinci berbanding Ibnu Taimiyah dan Ibnu Kathir. 1. Hukum meriwayatkan Isra’iliyyat dari Ahl al-Kitab adalah dalam perkara yang tidak dibenarkan dan tidak didustakan oleh al-Qur’an harus dan boleh dibahagikan kepada nas yang mawdu’, dha’if, dan lain-lain lagi. 2. Nas yang bukan mawdu’ dan bukan sahih boleh dijadikan sebagai perangsang. 3. Apabila berlaku persamaan riwayat antara ulama’ kita dan Ahl-al-Kitab, maka gugurlah riwayat mereka. 4. Tidak boleh mengambil riwayat mereka sebagai sumber hukum-hakam kita. 5. Tidak boleh meriwayatkan perkara yang diakui dusta kecuali disertakan penjelasan akan kebatilannya. 6. Perkara yang diakui kebenarannya diharuskan untuk meriwayatkannya walaupun tidak termasuk dalam hukum peringatan. 103

Imam `Imaduddin Abi Fida` Isma`il bin Kathir al-Kursyi al-Dimasyqi (1998), op.cit, jld.1, hal. 20 Imam Burhanuddin al-Baqa`i (t.t), al-Aqwal al-Qawimah fi Hukmi al-Naqli min Kutub al-Qadimah, Dar alKutub, hal. 34 104

45

Sebagai kesimpulan daripada pendapat para ulama’ tadi, bolehlah kita membahagikan hukum meriwayatkan Isra’iliyyat kepada dua bahagian: 1. Haram meriwayatkan perkara yang bersalahan dengan syara’ kecuali kita terangkan kebatilannya. Maka kita perlu dustakan perkara tersebut. 2. Harus kita meriwayatkan perkara

yang bertepatan dengan syara’ dan

membenarkanya. Sama juga harus kita meriwayatkan perkara yang didiamkan syara’ serta tidak menghukumnya sebagai dusta atau benar kerana ia tiada kaitan dengan akidah dan hukum hakam.

PANDANGAN ULAMA’ DALAM MENGHILANGKAN KEKELIRUAN TERHADAP ISRA’LIYYAT 1. Menghimpunkan seluruh kitab tafsir yang ada, kemudian dihantar ke seluruh negara Islam atau negara bukan Islam yang bebas mengamalkan Islam supaya ulama’ mereka dapat menyemak dan mengenal pasti semua riwayat Isra’iliyyat dan hadith mawdu’. Kemudian setelah selesai, maka kitab tersebut dicetak dan dihantar bersama-sama naskhah-naskhah asli agar tujuan penyelarasan dilakukan ulama’-ulama’ berkaliber. Selepas itu, barulah diumumkan kedudukan penafsiran yang patut diterima oleh umat Islam. Langkah seterusnya, diedarkan ke seluruh dunia Islam dan negara-negara yang memerlukannya. 2. Mewakilkan badan-badan tertentu yang terdiri dari ulama’ yang terpilih dan diakui kepakarannya dan keilmuannya dalam bidang tersebut menjelajah ke serata dunia bagi membetulkan kitab-kitab tafsir dan hadith. 3. Menggesa ulama’ tafsir supaya meminta badan ulama’ yang berautoriti seperti Universiti al-Azhar membina jawatankuasa khas meminta ulama’ tafsir dan hadith menyusun kitab-kitab tafsir baru yang bebas dari Isra’iliyyat dan hadith mawdu’. 4. Setiap Negara Islam perlu menjalankan usaha yang gigih untuk menerbitkan buk-buku khusus berkaitan Isra’iliyyat dan hdith mawdu’. Buku-buku tersebut perlulah disertakan sekali rujukan-rujukan yang lengkap dan berautoriti. Penerangan tentang penyelewengan dan pelakunya hendaklah dihuraikan sekali agar umat Islam dapat mengetahui keadaan yang sebenar.

46

KITAB JAMI ‘ AL-BAYAN ‘ AN TAKWIL AL-QUR`AN OLEH IMAM IBNU JARIR AL-TABARI

47

BIODATA PENULIS PENDAHULUAN Al-Imam Ibnu Jarir al-Tabari adalah seorang ulama` yang terkenal pada zaman Tabi`in. Beliau merupakan seorang ulama` tafsir yang merupakan penghulu seluruh Imam Tafsir dan memberi sumbangan yang begitu besar bukan sahaja dalam bidang tafsir tetapi juga bidang-bidang ilmu lain yang cukup luas. Bukan itu sahaja, beliau digelar al-Imam, al-Hafiz, al-Mufassir dan al-Muarrikh. Ibnu Jarir merupakan seorang yang terkenal, bijaksana dan berkuasa di antara ahli hadith, ahli fekah, ahli Qiraah dan orang yang berpotensi serta berusaha tinggi mengkayakan sejarah dan usul di samping bidang-bidang ilmu lain.105 NAMA DAN KETURUNAN Beliau lebih dikenali dengan Abu Ja`afar Muhammad Ibnu Jarir At-Tabari. Nama penuh beliau ialah Muhammad Ibnu Jarir Ibnu Yazid Ibnu Kathir Ibnu Ghalib Abu Jaafar AtTabari.106 Sesetengah pendapat mengatakan bahawa nama beliau ialah Abu Ja`afar Muhammad bin Jarir bin Yazid bin Khalid At-Tabari.107 Beliau pada mulanya merupakan seseorang yang bermazhab syafi`i,108 tetapi kemudian telah mengasaskan mazhab sebdiri yang dikenali sebagai “Mazhab Jariri” yang berhubung dengan persoalan fekah. Ahli Sejarah telah bersepakat dengan nama beliau dan bapa beliau, akan tetapi mereka berselisih pendapat dengan nama datuk beliau. Ibnu Jauzi dan Badr al-Din Al-`Aini menyebut, nama datuk beliau ialah Kathir, bukan Yazid. Para Jumhur Muarrikh dan Muhaqiqin berpendapat

bahawa nama datuknya ialah Kathir bin Ghalib. Pendapat ini

dipersetujui oleh Al-Khatib al-Baghdadi, Ya`qut al-Hamawi, Tajul Din al-Subki, Nawawi, Zahabi, Ibnu Kathir dan al-Qibti dan lain-lain lagi. Maka pendapat yang lebih tepat ialah pendapat yang pertama yang disepakati oleh ramai Ulama`.109

105

Ibnu At-Tabari, Jami` Al Bayan Fi Tafsir Al-Qur`an, Dar al-Ma`rif lit-Tibaah, hal. 1 Dr. Muhammad Abu Syahbah, A`lam Al-Muhadithin, Dar Al-Kutub Al-Arabi, Mesir, hal. 293 107 Ibnu Jarir Al-Tabari, Jami` Al-Bayan `An Takwil Ay Al-Qur`an, Dar Al-Fikri, hal. 4 108 Dr. Muhammad Hussayn Zahabi, Tafsir Wal Mufassirun, hal. 206 109 Dr. Muhammad Al-Zuhailiy, Al-Imam Tabari, Dar al-Qalam, Damsyiq (1990), hal. 27-28 106

48

Al-Tabari dipanggil dengan nama kunyah “Abu Ja`afar” dan dengan nama itu beliau lebih dikenali kerana ia disepakati oleh ahli sejarah. Sebenarnya beliau tidak mempunyai anak yang bernama Ja`afar keranan beliau tidak pernah berkahwin. Kunyah itu diberikan menandakan mereka beriltizam dengan peradaban dan syara` dan menganggap itu sebagai sunnah Nabi S.A.W yang memberikan nama kunyah kepada para sahabatnya atau kepada anak-anak mereka. Demikian pula sudah menjadi satu kebiasaan kepada masyarakat Arab yang lebih cenderung untuk memanggil seseorang dengan nama kunyah kepada anak-anak lelaki mereka sebelum memperolehi anak. Keturunan (nasab) al-Tabari tanpa anda perselisihan pendapat adalah keturunan Tabaristan. Nasab kedua bagi al-Tabari ialah al-Amuli iaitu dinisbahkan kepada Kota Baghdad iaitu kediamannya. Dengan itu, berkata Ibnu Jazri bahawa neliau digelar Al-Imam Abu Ja`afar, Al-Amuli, Al-Baghdadi dengan menggabungkan ketiga-tiga nasab yang telah dinyatakan sebelum ini.110

KELAHIRAN Ibnu Jarir Al-Tabari telah dilahirkan pada tahun 224 Hijrah atau 839 Masihi iaitu merupakan pendapat yang lebih tepat. Ada pendapat yang mengatakan beliau dilahirkan pada tahun 225 Hijrah atau 840 Masihi. Akan tetapi ada kemungkinan beliau lahir pada akhir tahun 224 Hijrah atau pada awal tahun 225 Hijrah. Beliau dilahirkan di Bandar Amul iaitu salah sebuah daripada bandar-bandar yang terdapat di Tabaristan dan Bandar itu adalah Bandar terbesar di sana. Pendapat ini disepakati oleh ahli sejarah.111 LATAR BELAKANG KEHIDUPAN Al-Tabari hidup dalam lingkungan tahun 224 hngga 310 Hijrah iaitu pada zaman kekuasaan Khilafah Abbasiyah yang memimpin kaum Musliminyang membawa panji-panji Islam dan beriltizam dengan hokum-hukum syara` serta yang membangunkan perkembangan Dakwah Islamiah dan lain-lain lagi. Beliau lahir pada awal pemerintahan Khalifah AlMuqtadir Bilah. Beliau bukan merupakan dari golongan seorang yang kaya atau berharta. Ketika bapanya masih hidup, bapanya yang menyara hidupnya dari masa ke semasa kepada beliau sama ada ketika beliau bermusafir atau semasa tinggal bersama bapanya. Akan tetapi, selepas 110 111

Ibid, hal. 28-29 Ibid, hal. 30

49

bapanya meninggal dunia, beliau terpaksa menyara hidupnya sendiri di samping memperolehi saki-baki harta peninggalan bapanya.112 Al-Tabari adalah seorang yang bujang dan tidak pernah berumahtangga kerana beliau terlalu sibuk dengan urusan pencarian ilmu semenjak kecil sehingga lanjut usianya iaitu mencapai 86 tahun. Bahkan tidak syak lagi bahawa hidup membujang dan meninggalkan hidup berumahtangga bukanlah daripada syara`. Dalam keadaan ini, Ibnu Jarir banyak menghabiskan masanya menuntut ilmu, sibuk menghasilkan karya-karya ilmu dan mengembara di merata-rata tempat bahkan beliau tidak menetap lama di suatu tempat. Masanya banyak dihabiskan dengan bermusafir, maka dari sebab yang dikemukakan maka beliau tidak mampu berumahtangga. SIFAT DAN KEPERIBADIAN YANG DIMILIKI BELIAU Beliau memilk wajah yang kacak dan segak, seorang yang tiggi dan mempunyai balaghah dan percakapan yang sangat fasih. Beliau juga memiliki iman yang mendalam dan disifatkan seperti beriut: “Matanya hitam, mukanya kacak, tubuhnya tinggi, lidahnya fasih dan seorang yang zuhud.” Pada suatu masa, Amir Al-Mu`minin “Al-Muqtadir” menghadiahkan sesuatu sebagai tanda penghargaan ke atas sumbangannya dalam bidang ilmu, tetapi beliau menolak hadiahhadiah itu. Selain itu beliau pernah menolak beribu-ribu diar sebagai hadiah dari salah seorang menteri. Bahkan lagi beliau juga pernah menolak tawaran sebagai “Qadhi”.113

PENGLIBATAN IBNU JARIR DALAM LAPANGAN ILMU Ketika berada di Amul, beliau telah mula menghafaz al-Qur`an dan menulis Hadith. Asy-Syajari Anhu menerusi riwayatnya berkata, “Ibnu Jarir mula menghafaz al-Qur`an ketika berusia 7 tahun. Ia merupakan adab orang muslimin dalam manhaj tarbiah Islam. Bapanya sendiri pendorong utama kejayaan beliau dalam lapangan ilmu. Ini kerana bapanya pernah bermimpi pada suatu malam bapanya melihat Ibnu Jarir dipegang oleh Rasulullah S.A.W. Bersama-samanya sebuah karung ang penuh berisi batu-batu. Bagnda melemparkan karung 112 113

Ibid, hal. 31 Dr. Muhammad Abu Syahbah, A`lam Al-Muhaddithin, hal. 3-4

50

itu ke tanan Ibnu Jarir. Apabila bapanya bertanya kepada penafsir mimpi, dia berkata: Itu merupakan nasihat yang besar dalam agamanya dan tanggungjawab memelihara syariatnya. Maka semenjak dari peristiwa itulah bapanya bertungkus-lumus menolongnya member galakan dalam menuntut ilmu. Di antara proses pendidikan para ulama` Islam ialah pengembaraan mencari ilmu atau lebih dienali dengan “Rehlah Al-Ilmiyah”. Ibnu Jarir al-Tabari sepertimana ulama`-ulama` tafsir yang lain telah mengembara ke merata tempat bertujuan untuk berguru dengan para ulama` yang ditemui khususnya ilmu yang berkaitan dengan tafsir, fekah, tarikh dan lain-lain lagi. Ibnu Jarir memulakan pengebaraan ilmunya yang pertama pada tahun 236 Hijrah ketika berusia 12 tahun, Ada juga pendapat mengatakan ketika berusia 20 tahun. Beliau mengembara dari sebuah negeri ke sebuah negeri yang lain dan antara negeri-negeri yang pernah dijelajahinya: 1)Al-Farisi (Parsi) Di Parsi, beliau mempelajari ilmu hadith, bahasa, sejarah tafsir pada waktu malam dan siang. Di situ terdapat ramai guru sehinggakan banyak terhasil ilmu-ilmu di situ. 2)Iraq Beliau mengembara ke Iraq untuk mempelajari ilmu daripada ulama` Mesir. Beliau mempelajari hadith daripada imam-imam yang terkemuka. Di situ, beliau sempat bertemu dengan Imam Ibnu Hambal, akan tetapi beliau tidak sempat berguru dengan beliau kerana Imam Ahamd wafat pada tahun 241 Hijrah. Di sana, beliau mempelajari hadith dan fekah dalam berbagai-bagai mazhab oleh ramai guru. Ketika sampai di Basrah, beliau telah mendengar hadith daripada beberapa rang guru seperti Muhammad Ibnu Musa Al-Qazzaz, Muhammad bin Abdul A`la Al-San`ani, Basyar bin Muaz, Abi Al-Ash`af, Muhammad bin Basyar Ibnu Bundar dan Muhammad bin AlMu`anni atau Al-Mu`li. Ketika di Kufah pula, beliau mempelajari ilmu-ilmu daripada ulama`-ulama` besar dan menulis hadith daripada Abi Kuraib Muhammad Bin Al-`Ala` Al-Hamzami (248 H) dan Hinnad Bin Al-Sarri (243H), Ismail Bin musa (245H) dan lain-lain lagi.

51

3)Syam Beliau mempelajari Al-Qur`an al-Karim dengan riwayat orang-orang Syam daripada Al-Abbas Ibnu Al-Walid seorang Qari dari Beirut. 4)Mesir Mesir terkenal kaya dengan ramai ulama`nya. Beliau tiba di Mesir pada tahun 253 Hijrah pada awal zaman pemerintahan Ahmad Bin Tulun dan beliau menuju ke Fustat. Di sana terdapat ramai guru dan ahli ilmu. Guru-guru yang mengajarnya di san ialah Yunus Bin Abdul `Ala Muhammad, Abdul Rahman, Saad dan lain-lain lagi.114 Selepas siri-siri pengembaraan ilmu yang dilaluinya, beliau telah kembali ke tempat asalnya, Tabaristan. Di sana beliau berkhidmat mengajar berbagai-bagai ilmu da seterusnya tinggal di Baghdad dan wafat di sana. Ibnu Jarir meneruskan usahanya mengajar murid-muridnya dengan sepenuh iman dan melaksanakan tanggungjawab keimanan itu. Di samping anak-anak muridnya menimba ilmu pengetahuan, mereka dapat mengikut jejak langkah dan jauh daripada perkara-perkara yang hina atau kelakuan yang buruk.115

KEWAFATANNYA Setiap yang hidup akan menemui ajalnya. Demikianlah janji Tuhan ke atas Imam Agung dan Muia ini iaitu Imam Ibnu Jarir al-Tabari. Pada tanggal 26 Syawal 310 Hijrah atau 923 Masihi menurut pendapat yang sahih,116 beliau telah dipanggil Allah S.W.T setelah hidup selama 86 tahun berbakti dalam berbagai-bagai lapangan ilmu. Beliau juga dikatakan meninggal pada waktu Isyak, hari Ahad, dua hari terakhir Syawal tahun 310 Hijrah. 117 Beliau wafat pada zaman pemerintahan Khalifah Abbasiyyah yang bernama Al-Muqtadir Billah.

114

Op.cit, hal. 38-40 A`lam Abu Abdullah Syamsuddin Az-Zahabi, Tazkirat Al-Huffaz, hal. 712 116 Ibid, hal. 33 117 Al-Imam Az-Zahabi, Tazkirat Al-Huffaz, hal. 715 115

52

Jenazah beliau telah selamat disemadikan berdekatan rumahnya iaitu di “Barhabah Ya`qub “ di Baghdad.118 KARYA-KARYA BELIAU YANG TERKENAL 1. Jami` Al-bayan `An Takwil Al-Quran yang lebih dikenali dengan “Tafsir Al-Tabari” 2. Tarikh Al-Umam Wal Muluk yang lebih dikenali dengan “Tarikh Al-Tabari” 3. KKitab Zail Al- Muzayyal, dicetak dalam 1 juzuk yang mendetailkan Tarikh AlTabari 4. Al-Khafif Fi Ahkam Syara`I Al-Islam, iaitu memuatkan perbahasan mengenai bidang fekah dan ia adalah ringkasan daripada Kitab “Al-Latif” 5. Tahzibul Athar Wa Tafsil Al-Thabit “An Rasulllah Min Al-Akhbar”, yang dinamakan juga Al-Qifti dan ia merupakan kitab hadith yang dicetak dalam empat jilid. 6. Adab Al-Qudhah, daripada bidang fekah 7. Al-Rad `Ala Zi Al-Asfar 8. Kitab Al-Qiraat Wa Tanzil Al-Qur`an 9. Al-`Adar Wal Taznzil 10. Kitab Al-Mustarshid

SUMBANGAN IBNU JARIR DALAM BIDANG TAFSIR PENDAHULUAN Apabila menyebut nama Imam al-Tabari ini sudah pasti nama beliau dikaitkan dengan bidang tafsir al-Qur’an. Bidang tafsir adalah satu bidang utama yang telah sebati dengan jiwanya di samping bidang-bidang lain. Sebagai seorang ahli berwibawa, beliau memberikan sumbangan yang cukup besar kepada masyarakat bukan sahaja pada zamannya tetapi juga sehingga kini.

Pendirian Dan Sikap Ibn Jarir al-Tabari Dalam menafsirkan al-Qur’an Ternyata setiap ulama’ dalam membuat sesuatu penafsiran, pastinya mereka berpegang kepada prinsip-prinsip atau pendirian-pendirian tertentu supaya penafsiran yang 118

Op.cit, hal. 33

53

dilakukan terpelihara daripada unsur-unsur yang tercemar dan terseleweng. Begitu juga halnya yang dipegang oleh Ibn Jarir. Ternyata beliau mengambil perhatian yang sangat serius dalam persoalan-persoalan ini. Antara pendirian atau sikap yang dimilikinya dalam menafsirkan al-Qur’an ialah seperti berikut secara ringkasnya: 1. Beliau mengingkari ulama’ yang mendahulukan Tafsir al-Ra’yi daripada Tafsir bi alMa’thur. 2. Beliau amat mengambil berat dalam menyebut periwayatan dengan sanad. 3. Beliau juga berijma’ dan mengadakan sesuatu hukum dan memperkenalkan mazhabnya sendiri di dalam kitab tafsirnya. 4. Ibn Jarir mempunyai pendirian tersendiri berhubung aspek Qiraat dengan membawa berbagai-bagai makna dan cara menyebut ayat tersebut. 5. Ibn Jarir tidak menyukai perbincangan tentang aspek-aspek yang tidak penting dan yang tidak membawa apa-apa faedah yang kadang-kadang perkara tersebut menimbulkan perselisihan di kalangan perawi.

PENDIRIAN BELIAU DALAM PERKARA ISRA’ILIYYAT Tidak dinafikan dalam tafsiran Ibnu Jarir tidak terlepas daripada membawa contohcontoh ayat yang terdapat unsur Isra’iliyyat. Beliau telah meriwayatkan cerita-cerita dari nama-nama seperti Ka’ab al-Akhbar, Wahab bin Munabbih Ibn Juraih, al-Sidi dan lain-lain lagi. Antara sanad-sanad yang terdapat kritikan pada isnadnya adalah : “ Telah bercerita Ibn Hamid, ia berkata, kami diceritakan Salmah daripada Ibn Ishak daripada Abi ‘Itab, seorang lelaki yang ingkar pada tuhannya kemudian memeluk Islam, beliau membacaal-Quran dan feqah dalam agama. Telah disebutkan beliau beragama Nasrani selama 40 tahun, kemudian memeluk Islam selama 40 tahun. Ibn Jarir lebih suka mengambil sikap berdiam diri dalam perkara-perkara Isra’iliyyat. Bagi orang-orang yang mempelajari tafsirnya ini, mereka perlu mencari sendiri kesahihan riwayat dibawa olehnya.119

119

Ibid, hal. 214-215

54

Kesabaran Ibn Jarir dalam mentafsirkan al-Qur’an Ketakjuban yang dimiliki Ibn Jarir ialah beliau telah menghabiskan masanya selama empat puluh tahun menulis empat puluh helai kertas sehari. Ini menunjukkan kesabaran yang kuat dan keazaman yang tinggi diberikan oleh Ibn Jarir sepanjang penglibatannya dalam bidang tafsir.120 Pengajaran Tafsir ibnu Jarir Pengajaran yang dapat diambil daripada tafsir Ibnu Jarir ialah beliau menyebut riwayat tanpa menjelaskan yang mana sahih dan yang mana dhaif. Yang jelasnya beliau merupakan antara Muhaddisin yang berpendapat perlu menyebut sanad sekalipun tidak menyatakan tingkatan

riwayat

itu.

Ia

dapat

mengelakkan

pengarang

menerima

akibat

dan

dipertanggungjawabkan. Walaupun pengarang Tafsir Ibnu Jarir ini seorang yang agung, namun ia tidak selamat daripada riwayat liar dan mungkar serta riwayat dhaif dan israiliyyat. Contohnya seperti hadith fitnah, kisah para nabi yang disebutkan serta kisah perkahwinan Nabi S.A.W dengan Saiyidah Zainab bin Jahsy berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh para pencerita dan orang-orang yang membuat kebatilan. Alangkah baiknya sekiranya beliau hanya menyebut riwayat yang sahih.

Pengenalan Kepada Jami’ ‘An Ta’wil Ay Al-Qur’an Karangan Ibn Jarir al-Tabari Kitab tafsir Kitab Tafsir yang dikarang Ibn Jarir ini merupakan satu-satunya kitab tafsir yang amat berharga yang ditulis oleh beliau. Kitab Jami’ al-Bayan ini merupakan sebuah kitab tafsir yang melengkapi kitab al-Qur’an.121 Tafsir ini adalah tafsir yang paling muktabar antara tafsir-tafsir lain yang sangat masyhur.122 Ia adalah tafsiran kepada 30 juzu’ al-Qur’an dalam saiz yang besar. Ia terdiri daripada 30 jilid, masing-masing berukuran tebal. Pada mulanya tafsir ini pernah ilang, 120

Al-Imam Abu `Abdullah Syamsuddin al-Zahabi, Tazkirat al-Huffaz, Juzu` ke-2, t.t, Dar al-Ihya` al-Turath al`Arabi, Beirut, hal. 712 121 Dr. Muhammad Rawwas, Qai`ah Ji`, Mausu`ah al-Feqah Tabari Wa Himad bin Abi Sulaiman, (1994), Dar alNafa`is, hal. 31 122 Dr. Muhammad Hussain Zahabi, At-Tafsir Wal Mufassirun, hal. 207

55

namun kemudiannya Allah S.W.T mentakdirkannya muncul kembali setelah diperolehi satu naskhah manuskrip yang tersimpan dalam penguasaan seorang Amir yang telah mengundurkan diri, iaitu Amir Hamud bin Abd Rasyid yang merupakan salah seorang penguasa Najd. Tidak lama kemudiannya,kitab ini diterbitkan dan beredar luas sampai ke tangan kita, menjadi sebuah ensiklopedia yang kaya dengan Tafsir bi al-Ma’thur.123 Ulama’ semuanya bersependapat bahawa tafsir ini adalah satu ensikopedia ilmu yang sangat besar, mempunyai berbagai-bagai ilmu pengetahuan tentang agama dan bahasa. Ia dimulakan dengan surah al-Fatihah dan diakhiri dengan surah An-Nas ayat demi ayat.124 Tafsir ini telah dicetak oleh Penerbitan Amiriyyah di Kaherah yang dimulakan pada tahun 1322 H sehingga tahun 1330 H, kemudiannya ia diulang cetak beberapa kali. Cetakan terakhir yang sangat berfaedah tela dilakukan oleh Penerbitan Dar al-Maa’rif, Kaherah pada tahun 1958 dan ia hanya sempat dicetak sebanyak 16 juzu’ dan juzu’-juzu’ lain tidak sempat dicetak.125 Manhaj Pentafsiran Jami’ al-Bayan ‘An Ta’wil Ay Al-Qur’an Dalam menafsirkan ayat-ayat al-qur’an menerusi kitabnya yang juga terkenal dengan nama “Tafsir al-Tabari” ini, didapati beliau menggunakan manhaj-manhaj seperti berikut: 1. Beliau menggunakan Athar daripada sahabat dan tabi’in dan menerangkan ayat tersebut diikuti dengan riwayat-riwayat yang membincangkan dan memperjelaskan ayat-ayat tersebut. Beliau banyak mengumpulkan pendapat daripada Ibn Mas’ud, Ali bin Abi Talib dan lain-lain lagi.126 2. Beliau juga memberikan komentar atau pandangan terhadap pendapat-pendapat lain dan mengambil hukumyang tepat berdasarkan penggunaan bahasa dan ‘Irab sekiranya perlu dan beliau mentarjihkan mazhab Ahli Kufah. 3. Beliau berpegang kepada athar sahabat atau pendapa mereka, tabi’in dan fatwa-fatwa yang diputuskan oleh mereka serta berpegang juga pada unsur-unsur lain sepert bahasa, ilmu dan pemikiran. Penggunaan kalimah “Ta’wil” digunakan olehnya dan

123

Manna` Al-Qattan, Studi Ilmu-Ilmu al-Qur`an, (terj), (1991), Pustaka Islamiyah, hal. 502 Dr. Muhammad Az-Zuhailiy, Al-Imam Al-Tabari, (1990), Dar al-Qalam, hal. 99 125 Abd. Qadir Zumamah, Mu`jam Tafsir al-Qur`an al-Karim, (1997), Dar al-Baidha`, hal. 453 126 Op.cit, Al-Imam al-Tabari, hal. 121 124

56

ulama’-ulama’ lain yang sezaman dengannya adalah sama erti dengan pengertian “Tafsir” itu sendiri.127 4. Di dalam tafsirnya turut dimuatkan juga perkara-perkara yang berkaitan dengan hukum-hukum feqah yang terpilih dari aspek Syariah dengan memperkenalkan mazhabnya sendiri “Mazhab Jariri”.128 5. Mukaddimah tafsirnya adalah berbentuk kritikan yang membahaskan tentang pandangannya kepada tafsir yang sebelumnya dan terhadap ali-ahli tafsir yang sebelumnya.129

Contoh tafsIr Ibn Jarir Dalam Ayat-ayat Tertentu Penulis akan membawakan dua contoh pentafsiran ayayt-ayat al-quran yang dipetik daripada tafsir al-tabari ini,iaitu:

1. Kata-kata melalui ta’wil Allah : ))‫((اذا قيل لهم ال تفسدوا في األرض‬

Surah al-Baqarah : ayat 12 ((

Ahli ta’wil berselisih pendapat dalam menta’wilkan ayat ini. Maka telah diriwayatkan

daripada Salman al-Farisi bahawa ia telah berkata : tidak pernah didatangkan oleh mereka sebelum ini. Kami telah diceritakan oleh Abu Kuraib berkata : Kami diceritakan oleh Hisyam bin ‘Ali berkata: kami telah diceritakan oleh A’mash,dia berkata : Aku mendengar Manhal Bin ‘Amru, diceritakan daripada Iyad bin ‘Abdullah daripada Salman, berkata: Apa yang didatangkan oleh mereka sebelum ini iaitu: ))‫((واذا قيل لهم ال تفسدوا في األرض قالوا إنما نحن مصلحون‬

127

Abd. Qadir Zumamah, Mu`jam Tafsir Al-Qur`an Al-Karim, Dar al-Baidha`, hal. 454 Ibid, hal. 454 129 Ibid, Abd. Qadir Zumamah, hal. 454 128

57

Telah diceritakan oleh Ahmad bin Uthman bin Hakim berkata: Telah diceritakan Abd.Rahman bin Syarik berkata: Kami telah diceritakan oleh Abi berkata: Kami diceritakan oleh al-A’mash daripada Wahab dan orang lain daripada Sulaiman bahawa ia telah berkata melalui ayat ini:

))‫((اذا قيل لهم ال تفسدوا في األرض قالوا إنما نحن مصلحون‬ Dia berkata ,itulah yang didatangkan oleh mereka sebelum ini.Berkata pula yang lainnya: Telah diceritakan kepada kami oleh Musa in Harun berkata: Telah diceritakan kepada kami oleh Musa ‘Amru Bin Himad ,berkata: Telah iceritakan kepada kami oleh Asbat daripada Al-Saddi,pada perkhabaran yang diucapkan oleh Abi Malik,dan daripada Abi Soleh daripada Ibn ‘Abbas dan daripada Murrah al-Hamdani130 daripada Ibn Mas’ud dan daripada Nas daripada sahabat-sahabat nabi s.a.w:

))‫((واذا قيل لهم ال تفسدوا في األرض قالوا إنما نحن مصلحون‬

Mereka itu adalah orang-orang Munafiqun berdasarkan ayat :

)) ‫((ال تفسدوا في األرض‬ Maka ,sesungguhnya kerosakan itu adalah kekafiran dan melakukan kemaksiatan.131

Telah diceritakan daripada ‘Ammar bin Al-Hasan berkata : Telah diceritakan kepada kami Ibn Abi Ja’far daripada bapanya,daripada Rabi’ : )) ‫((واذا قيل لهم ال تفسدوا في األرض‬ Dia berkata : Jangan berbuat maksiat di atas bumi ini.Dan seterusnya berkata : )) ‫((قالوا إنما نحن مصلحون‬ 130 131

Abd. Qadir Zumamah, Mu`jam Tafsir Al-Qur`an Al-Karim, (1997), Dar al-Baidha`, hal. 455 Ibid, hal. 456

58

Dia berkata :sesungguhnya kerosakan yang mereka lakukan itu adalah melakukan maksiat kepada Allah,maka barangsiapa sahaja yang menderhakai Allah di atas muka bumi ini atau menyuruh kepada kemaksiatan dan merosakkan bumi

ini, dia perlu segera

memperbetulkan kesalahannya dan berbuat ketaatan di langit dan di bumi. Dan ta’wil yang paling utama daripada ayat ini bagi setiap yang berkata sesungguhnya katakata Allah itu begini :

))‫((وذا قيل لهم ال تفسدوا في األرض قالوا إنما نحن مصلحون‬

Diturunkan ayat ini ke atas orang-orang munafiq ,iaitu orang-orang yang hidup pada zaman nabi s.a.w ,dan juga membawa makna kepada sesiapa sahaja yang menyerupai sifat-sifat orang munafiq selepas zaman nabi sampailah hari kiamat.132

)) ‫((صم بكم عمي فهم ال يرجعون‬ Surah al-Baqarah :ayat 18 Daripada kitab Tafsir al-Tabari : ((….Maka maklumnya daripada firman Allah Ta’ala)) )) ‫((صم بكم عمي‬ Dibawa oleh al-Rafi’ daripada dua bentuk atau nasab daripada dua bentuk.133 Pertama : Menurut al-Rafi’ ia merupakan satu bentuk ‘’celaan”, orang Arab membahagikan ayat tersebut kepada bentuk “pujian” dan “celaan”. Dan ia merupakan khabar ma’rifah (disifatkan kepada sesuatu yang ditentukan).

132 133

Ibid, hal. 456 Ibid, hal. 456

59

Sepertimana yang diungkapkan oleh penyair : ‫سم العداة وافة الجزر‬

‫ال يبعدون قوم الذين هم‬

‫والطيبين معاقد األزر‬

‫النازلين بكل معترك‬

Diriwayatkan bahawa ‫النازلون‬, ‫ النازلين‬,dan ‫ الطيبون‬dan ‫ الطيبين‬.Ia disifatkan kepada puji“pujian”.

Kedua :

Bentuk berikutnya pula ialah : Niat Al-Takrir daripada perkataan ((‫)) أولئك‬134 Maka ia membawa makna : ))‫((أولئك الذين اشتروا الضَللة بالهدى فما ربحت تجارتهم وما كانوا مهتدين‬ Surah al-baqarah :ayat 16 Ia menunjukan wajah nasab dan kepastian daripada lafaz ‫ الذين‬kerana lafaz itu menunjukkan kepada makrifah dan lafaz ‫ الصم‬adalah nakirah ,maka ia harus dinasabkan padanya dan ia juga merupakan bentuk celaan.

Berkata Abu Ja’far :

“Dan ini adalah perkhabaran Allah ke atas orang-orang munafiq bahawa mereka tidak akan didatangkan Allah petunjuk NYA dan mereka berada dalam kesesatan dan demikian jugalah pendapat ulama’ ahli Ta’wil.135

134 135

Ibid, hal. 457 Ibid, hal. 458

60

Kedudukan dan Pengiktirafan Ulama’ Terhadap Tafsir al-Tabari Kitab ini merupakan kitab tafsir yang tertua, yang telah sampai kepada kita dengan selamatnya walaupun pada mulanya ia dikatakan hamper-hampir hilang tetapi telah ditemui semula. Ulama` masing-masing mempunyai pandangan tersendiri dalam mengiktiraf tafsir alTabari: Al-Imam Jalaluddin Al-Sayuti Di dalam kitab Kasyfi Al-Zunun, Al-Imam Al-Sayuti telah mengatakan bahawa kitab Tabari ini merupakan tafsir yang paling mulia serta terbesar. Kitab ini membawa berbagaibagai pendapat dengan menjelaskan pendapat-pendapat yang terpilih dengan mengutarakan I’rab-I’rab di samping kesimpulan-kesimpulan yang boleh didapati daripada ayat-ayat, kerana itulah tafsir ini telah mengatasi segala tafsir-tafsir sebelumnya. Al-Imam An-Nawawi Bahawasanya seluruh umat telah bersepakat: “Tidak terdapat mana-mana penulisan yang setara dengan Tafsir al-Tabari”. Al-‘Alamah Abu Hamid Al-Asfarayini Beliau telah berkata: “Jika seseorang itu belayar sehingga ke negeri China bagi mempelajari Tafsir al-Tabari, sesungguhnya usaha itu tidaklah sia-sia.136 Al-Imam al-Qurtubi Beliau telah memuji al-Tabari dengan berkata: “Sesungguhnya Muhammad Ibn Jarir telah mengumpulkan kepada orang-orang segala tafsiran yang bertaburan, ia mendekatkan yang jauh dan menyelesaikan segala masalah. Jadi, jika ambil kira kitab-kitab tafsir yang lain, kita akan dapati kitab Jami’ al-Bayan ‘An Takwil Ay Al-Qur’an di kemuncak sekali berbanding kitab-kitab lain.137 Syeikh Al-Imam Ibn Taimiyyah

136 137

Az-Zahabi, Tazkirat al-Huffaz, hal. 712 Dr. Muhammad Hussain Zahabi, At-Tafsir Wal Mufassirun, Juzu` Pertama, hal. 207

61

Beliau juga pernah memberikan pandangan mengenai Ibn Jarir iaitu: “Berhubung dengan tafsir-tafsir yang sedang berada di tangan-tangan orang-orang tafsir yang paling tepat (benar) ialah Tafsir Ibn Jarir Al-Tabari, sesungguhnya ia menyebut kata-kata orang dahulu dengan sanad-sanad yang tepat, tidak terdapat di dalamnya bid’ah dan ia tidak mengambil dari sesiapa yang tertuduh seperti Maqatil Ibn Bakir dan Al-Kalbi.138

Kesimpulan Kehadiran Ibn Jarir al-Tabari dalam lapangan tafsir ini dengan memperkenalkan tafsirnya yang cuup agung beserta pendirian beliau dalam pelbagai aspek yang berkaitan dengan tafsir ini telah membuka ruang yang cukup luas kepada ahli-ahli tafsir selepasnya dan pada masa kini sebagai panduan dalam menafsirkan ayat-ayat al-Qur’an. Dengan panduan ini, juga dapat melahirkan ahli-ahli tafsir dan memperkembangkan pengajian tafsir ini dan mendorong masyarakat untuk berkecimpung dalam bidang ini. Kini, Tafsir al-Tabari menjadi rujukan terpenting oleh ulama’-ulama’ tafsir dan pelajar-pelajar tafsir yang banyak membantu dalam usaha mengkaji ayat-ayat al-Qur’an.

138

Ibid, hal. 208

62

Review Kitab Tafsir al-Tabari Kisah diriwayatkan tentang Nabi Adam A.S Firman Allah S.W.T ( ‫ )فأزلهما الشطن عنها فأخرجهما مما كانا فيه‬dan antara israiliyyat dalam ayat ini ialah kisah yang diriwayatkan oleh Ibnu Jarir139 di dalam tafsirnya dengan sanad daripada Wahab bin Munabbih telah berkata: “Apabila Allah S.W.T menempatkan Adam a.s dan zuriatnya atau isterinya (berlaku keraguan melalui riwayat daripada Abu Ja`afar dan di dalam kitabnya dinyatakan isterinya) dan Dia melarangnya daripada mendekati poko Khuldi yang dahannya bertemu antara satu sama lain. Pokok ini mempunyai buah yang dimakan oleh malaikat bagi membolehkan mereka kekal hidup.140 Buah Khuldi adalah buah yang dilarang oleh Allah S.W.T kepada Adam a.s dan isterinya daripada memakannya. Iblis membawa buah itu kepadanya dan berkata: Lihatlah pokok itu, alangkah wangi baunya dan rasanya serta cantik rupanya. Lalu Hawa mengambilnya lalu memakannya. Kemudia Hawa pergi kepada Adam a.s dan berkata kepadanya sepertiman iblis berkata kepadanya sehingga Adam a.s memakan buah daripada pokok itu. Maka aurat kedua-duanya terbuka dan terdedah. Adam a.s terus masuk ke dalam lubang pokok itu. Tuhan memanggilnya: Wahai Adam a.s, di mana engkau? Adam a.s menjawab: Aku di sin wahai Tuhanku. Tuhan berkata: Tidak bolehkah engkau keluar? Adam a.s menjawab: Aku malu kepada engkau wahai Tuhan. Tuhan berkata: Bumi tercela yang aku ciptakan engkau daripadanya, umatnya menjadi duri. Kemudian Tuhan berkata: Wahai Hawa, engkaulah yang telah menggoda hamba-Ku. Maka engkau tidak akan mengangung melainkan dengan bersusah-payah. Apabila engkau hendak melahirkan anak yang berada di dalam peerut engkau, engkau akan terasa seolah-olah mati beberapa kali. Tuhan berkata kepada ular: Engkaulah yang telah dimasuki oleh iblis laknat sehingga dia Berjaya menggoda hamba-Ku, engkau dilaknat dan kaki engkau bertukar terletak dalam perut engkau serta engkau tidak ada rezeki melainkan dari tanah. Engkau adalah musuh Bani Adam a.s dan mereka adalah musuh engkau… “Amru berkata: “Wahab ditanya: Malaikat tidak makan? Wahab menjawab: Allah S.W.T melakukan apa yang Dia kehendaki.”.141 Ibnu Jarir berkata: “Ibnu Abbas meriwayatkan kisah seperti ini.”

139

Beliau adalah Ibn Jarir. Beliau telah ragu berkenaan lafaz yang didengarnya daripada perawi yang meriwayatkan hadith kepadanya samada ia zuriat atau isteri Adam a.s. Maka beliau telah menyebut seperti itusebagai menjaga amanah dalam meriwayatkan. Yang zahirnya, lafaz (‫ )زوجته‬kerana Adam a.s masih belum mempunyai zuriat ketika di dalam syurga. 140 Bagaimana ia boleh berlaku sedangkan malaikat tidak makan dan tidak minum? 141 Dia melencong dari menjawab soalan dan tidak berupaya membetulkan pendustaan yang nyata ini.

63

Seterusnya Ibnu Jarir menyebut kisah seperti ini dengan sanadnya dari Ibnu Abbas, daripada Ibnu Mas`ud dan daripada beberapa orang sahabat. 142 Di dalam sanad kisah ini, Asbat meriwayatkan daripada al-Suddi. Riwayat-riwayat ini berkisah daripada mereka berdua. Kami telah menyebutkan tentang dua orang perawi ini dalam meriwayatkan hadith. Begitu juga Sayuti menyebut di dalam Al-Dar al-Manthur, kisah yang diriwayatkan dari Ibnu Jarir dan yang lainnya dalam kisah yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas dan Ibnu Mas`ud. Akan tetapi Sayuti tidak menyebut riwayat daripada Wahab bin Munabbih.143 Kebanyakkan kitab-kitab tafsir secara pendapat menyebut kisah-kisah ini. Semua ini merupakan kisah-kisah Bani Israil yang telah mereka tambah dan mencampurkan antara yang hak dan yang batil, kemudian Ibnu Abbas dan yang lain dari kalangan sahabat dan tabi`in menukilkan daripada mereka serta menggunakannya untuk menafsir al-Qur`an. Di dalam riwayat Ibnu Jarir yang pertama tadi, ada bukti yang menunjukkan bahawa perawi yang meriwayatkannya daripada Wahab dan orang lain ragu-ragu tentang kisah yang diriwayatkan kepada mereka. Di akhir riwayat itu Amru144 berkata: “Wahab bertanya: Bagaimana ia boleh berlaku sedangkan malaikat tidak makan? Wahab menjawab: Allah S.W.T melakukan apa yang dikehendaki-Nya.”. Mereka telah menimbulkan kemuskilan kepadanya denga berrtanya: “Bagaimana ia boleh berlaku sedangkan malaikat tidak makan?”. Tetapi Wahab tidak memberikan jawapan yang sepatutnya yang diberikan. Was-was yang dilakukan terhadap Adam a.s tidak bergantung kepada masuk ke dalam perut ular besar dan tidak perlu duduk hampir serta tidak perlu percakapan secara langsung. Kadang-kadang iblis bpleh menggodanya dari jarak berbatu-batu daripadanya. Ular telah dijadikan Allah S.W.T sejak dahulu lagi dengan tidak berkaki seperti unta. Tidak ada apa-apa yang boleh diterima dari sanad ini.145

142

Tafsir Ibn Jarir, jld. 1, hal. 186-187 Al-dar al-Manthur, jld. 1, hal. 53 144 Beliau adalah Amru bin Abdul Rahman bin Mahrab, perawi yang meriwayatkan dari Wahab. 145 Dr. Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah, Isra’iliyyat Dan Hadith Palsu Dalam Kitab-Kitab Tafsir, Pencetakan Nasional Malaysia Berhad,(2006), Kuala Lumpur, hal 238 143

64

Kisah yang dinisbahkan kepada salah seorang anak Nabi Adam A.S apabila salah seorang membunuh seorang yang lain Antara israiliyyat ialah tafsir yang disebutkan oleh beberapa Mufassirin seperti Ibnu Jarir dan Tabari di dalam tafisrnya dan Sayuti di dalam tafsirnya tentang kisah dua orang anak Adam a.s; Qabil dan Habil serta salah seorang dari keduanya membunuh seorang lain. Mereka menyebut tafsir yang diriwayatkan daripada kaab bahawa darah yang ada di atas Bukit Qasiyun adalah darah anak Adam a.s. Diriwayatkan daripada Wahab bahawa bumi telah menedut darah anak Adam a.s yang dibunuh. Maka anak Adam a.s telah melaknat bumi. Oleh itu, tanah tidak lagi menyedut darah anak Adam selepas dia menyedut darah Habil hingga hari kiamat. Serta Qabil telah mengangkat Habil selam setahun di atas tengkuknya sehingga baunya berubah. Lalu Allah S.W.T mengutuskan dua ekor burung gagak yang salah satunya membunuh yang satu lagi, lalu brung gagak yang membunuh itu menggali lubang dan menanamkan burung yang telah mati dengan kedua kaki dan paruhnya. Maka Qabil tahu apakah yang perlu dilakukannya kepada saudaranya. Sedangka al-Qur`an mengungkap kisah ini dengan huruf fa (‫ )ف‬yang menunjukkan perbuatan itu terus dilakukan tanpa ditangguhkan lagi.146

Kisah tubuh badan Kaum Jabbarin yang besar Antara kisah-kisah israiliyyat yang terkandung dalam kitab tafsir ialah kisah yang disebut oleh beberapa orang Mufassirin ketika menafsirkan firman Allah S.W.T: )22( ‫قالوا يموسى إن فيها قوما جبارين وإنا لن ندخلها حتى يخرجوا منها فإن يخرجوا منها فإنا دخلون‬ Maksudnya: “Mereka menjawab: Wahai Musa, bahawasanya di negeri itu ada kaum yang gagah perkasa, dan sesungguhnya kami tidak akan memasukinya sehingga mereka keluar daripada nya, maka sesungguhnya kami akan masuk (ke negeri itu).”. (Surah al-Maidah: 22) Sayuti dalam Al-Dar al-Manthur telah menyebut banyak riwayat tetang kaum itu dan tubuh badan mereka yang besar dan tidak bertepatan denga sunnah Allah S.W.T dalam kejadian-Nya serta bercanggah dengan yang terdapat dalam hadith-hadith Sahih. Contoh

146

Ibid, hal. 241

65

riwayat ini ialah yang diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hakim daripada Abu Dhamrah telah berkata: “tujuh puluh oorang lelaki dari kaum Nabi Musa a.s telah berlindung di dalam kasut seorang gergasi.” Contohnya lagi seperti yang diriwayatkan oleh Baihaqi di dalam cabang iman daripada Yazid bin Aslam telah berkata: “Dilihat serigala dan anak-anaknya berada di lekuk seorang lelaki kaum gergasi itu.”147 Contohnya lagi seperti yang diriwayatkan lagi Ibnu Jarir dan Ibnu Abu Hatim dari Ibnu Abbas telah berkata: “Musa a.s diperintahkan supaya memasuki Bandar golonga Jabbarin. Beliau pun berjalan bersam orang yang ada bersamanya shingga dia sampai berhampiran dengan bandar itu iaitu Hariha. Maka Musa a.s mengutuskan 12 orang pengitip dari kaum itu. Dari setiap kumpulan seorang pengintai setiap merekamembawa berita tentang kaum itu. Mereka pun memasuki Bandar itu dan mereka telah melihat sesuatu yang amat menakutkan dengan tubuh badan mereka yang amat besar. Mereka telah masuk ke dalam taman. Tuan punya kebun itu datang untuk mengutip buah-buahan nya.lalu dia terlihat kesan peninggalan pengintip tadi lalu mengikutnya. Apabila pekebun itu menjumpai salah seorang daripda mereka, dia telah menangkapnya dan meletakkannya di dalam poketnya bersama-sama buah dan dia terus pergi membawanya kepada raja mereka. Raja itu memisah-misahkan mereka di hadapannya. Raja itu berkata: Kamu telah melihat keadaan dan sifat kami. Pergilah beritahu tuan kamu. Ibnu Abbas berkata: Mereka pun pergilah kepada Nabi Musa a.s dan memberitahunya keadaan kaumgergasi yang telah mereka saksikan itu. Nabi Musa a.s berkata: sembunyika berita itu daripada kami. Setiap orang dari pengitip itu telah memberitahu saudara dan rakannya dan berkata: sembunyikan berita itu daripada kami. Mak berita itu telah tersebar di kalanga tentera-tenteranya. Tidak ada yang mengetahui perkara itu kecuali 2 orang iaitu Yusya` bin Nun dan Kalid bin Yuhana. Kepada dua orang inilah, Allah S.W.T telah menurunkan ayat tersebut yang berbunyi:148 َّ ‫اب فَإِذَا دَخ َْلت ُ ُموهُ فَإِنَّ ُك ْم غَا ِلبُونَ َو َعلَى‬ َّ ‫َلن ِم ْن الَّذِينَ يَخَافُونَ أ َ ْنعَ َم‬ ‫َّللاِ فَت ََو َّكلُوا إِ ْن‬ َ َ‫َّللاُ َعلَ ْي ِه َما ادْ ُخلُوا َعلَ ْي ِه ْم ْالب‬ ِ ‫قَا َل َر ُج‬ )23( َ‫ُكنت ُ ْم ُمؤْ ِمنِين‬ Maksudnya: “Berkatalah dua lelaki di antara orang-orang yang takut (menyalahi perintah Allah) lagi yang telah diberi nikmat (taufik) oleh Allah kepada duanya: Seranglah mereka

147 148

Ibid, hal. 244 Ibid, hal. 245

66

melalui pintu itu, kerana apabila kamu memasukinya maka sudah tentu kamulah orang-orang yang menang.” (Surah al-Maidah: 23) Ibnu Jarir meriwayatkan dengan sanadnya daripada Mujahid,kisah yang sama. Kemudian dia menyebut satu pundut anggur mereka hanya akan mampu dibawa oleh lima orang dari kalanga mereka di dalam bekas kayu. Buah delimanya pula apabila dikeluarkan bijinya terpaksa ditanggung oleh lima atau empat orang.149 Dan pelbagai kisah-kisah isariliyyat yang batil yang diriwayatkan.

149

Tafsir Ibn Jarir, jld. 6, hal. 112, Al-Dar al-Manthur, jld. 1, hal. 270

67

68

BIODATA PENULIS Latar Belakang Peribadi Nama penuh beliau adalah Ibn Khatib bin ‘Umar bin Kathir bin Du’ bin Kathri bin Dar’in.150 Di dalam tafsir al-Qur’an al-‘Azim pula menyebut beliau bernama Isma’il bun ‘Umar bin Kathir al-Qurshi al-Bushrawi.151 Terdapat gelaran yang diberikan kepada Ibn Kathir, antaranya adalah al-Imam, al-Jalil, al-Hafiz, Abu al-Fida’, ‘Imad al-Din namun beliau lebih dikenali dengan gelaran Ibnu Kathir. Dilahirkan pada tahun 700 Hijrah,152 di sebuah kampung yang terletak di timur Bushra.153 Terdapat juga riwayat yang mengatakan beliau dilahirkan pada tahun 701 Hijrah.154 Bapanya merupakan seorang khatib di kampungnya dan ketika beliau berusia empat tahun, bapanya meninggal dunia.155 Setelah kematian bapanya, beliau dipelihara dan dididik oleh abangnya, Syeikh Abd Wahab.156 Setelah berumur tujuh tahun, beliau berpindah bersama abangnya ke Damsyik. 157

Beliau merupakan seorang yang menjadi ikutan para ulama’ dan merupakan hafiz al-

Qur’an.158

Latar Belakang Pendidikan Anak kelahiran Basrah ini dibesarkan di di Damsyik dan mendapat pendidikan awal di sana.159 Sebagai seorang ulama’ yang mempunyai pengetahuan yang luas dalam pelbagai bidang terutamanya di dalam bidang tafsir, hadith dan sejarah, Ibnu Kathir menuntut ilmu dari beberapa orang tokoh agama di zamannya.

150

Syamsu al-Din Muhammad bin Ali Ibn Ahmad al-Dawudi, (1979), Tabaqat al-Mufassirin, Jld. 1, Maktabah Wahbah, hal. 110 151 Ismail bin Kathir al-Qurshi al-Damsyiqi, (1998), Tafsir al-Qur’an al-‘Aziim, jld. 1, Maktabah Dar al-Fiha’, hal. 15 152 Ahmad bin Ali bin Muhammad bin Muhammad bin Ali bin Ali bin Ahmad al-Syahir Ibn Hajar al-Asqolani (t.t), al-Dararu al-Kaminah, Dar al-Ahya’, Beirut, Lubnan, hal. 373 153 Syamsu al-Din Muhammad bin Ali Ibn Ahmad al-Dawudi, Op.cit, hal. 110 154 Ismail bin Kathir, Op.cit, hal. 15 155 Ibid 156 Dr. Muhammad Hussein al-Zahabi, Op.cit, hal. 232 157 Ibid 158 Syamsu al-Din Muhammad bin Ali Ibn Ahmad al-Dawudi, Op.cit, hal. 110 159 Ismail bin Kathir, (1971), Al-Sirah al-Nabawiyyah, jld. 1, Dar al-Ma’rifah, Beirut, hal.4

69

Sebagaimana yang pernah dinyatakan, Ibn Kathir telah mendapat pendidikan dari abangnya sendiri

iaitu Syeikh Abd Wahab.160 Antara guru beliau ialah al-Fazari dan

Kamaluddin bin Qadi Syihbah.161 Semasa menetap di Damsyik, beliau pernah berguru dengan dengan ‘Isa bin Mut’im, Ahmad bin Abi Thalib al-Shahir bi – Ibn al-Shahnah, Hajar, Baha’ al-Din al- Qasim bin Muzfar Ibn ‘Asakir, Ibn Shairozi, Ishak bin Yahya al-Amadi, dan Muhammad bin Zarrad.162 Mendalami ilmu hadith daripada al-Hafiz Aba al-Hajaj al-Mizzi.163 Pengetahuan beliau dalam sesuatu hadith itu meliputi aspek takhij, perawi, kesahihan dan kelemahan.164 Di samping itu, beliau turut mendalami ilmu fiqh dan sejarah sehingga menghasilkan beberapa buku dalam bidang ini. Ibn Kathir merupakan seorang pengikut mazhab Syafi’e dan mempunyai kefahaman yang mendalam tentang mazhab ini.165 Beliau dikenali sebagai seorang yang mempunyai ingatan yang kuat, kefahaman yang mendalam tentang sesuatu perkara dan mempunyai kelebihan dari segi kebijaksanaan.166 Selain dari guru yang telah disebutkan tadi, Ibn Kathir juga pernah berguru dengan Ibnu Taimiyyah.167 Beliau sangat mengasihi gurunya ini sehingga pernah difitnah kerana perkara tersebut.168 Di dalam bidang feqah dan tafsir, Ibn Kathir merupakn seorang yang berpegang kuat pada pendapat Ibnu Taimiyyah sehingga beliau pernah mengeluarkan fatwa berdasarkan pendapat gurunya ini dalam masalah talak tiga dengan sekali lafaz.169 Jasa Dan Sumbangan Sepanjang hayatnya, Ibn Kathir banyak mnghasilkan karya dalam bidang tafsir, sejarah dan hadith. Seasa beliau masih hidup, kitab-kitab karangannya in tersebar ke seluruh negeri sehinggalah selepas kewafatannya, umat Islam masih mengambil mutiara ilmu yang ditinggalkan.170 Antara hasil karya beliau adalah171: 1. Tafsir al-Qur’an al-‘Aziim 2. Ikhtisar Ulum al-Hadith li Ibn al-Salah 160

Ibid Syamsu al-Din Muhammad bin Ali Ibn Ahmad al-Dawudi, Op.cit, hal. 110 162 Ismail bin kathir, (tafsir), Op.cit, hal. 15 163 Syamsu al-Din Muhammad bin Ali Ibn Ahmad al-Dawudi, Op.cit, hal. 110 164 Ibid 165 Dr. Muhammad Hussein al-Zahabi, Op.cit, hal. 232 166 Ibid 167 Ibid, hal. 242 168 Ibid 169 Dr. Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah, op.cit, hal. 128 170 Ibn Hajar al-Asqolani, Op.cit, hal. 373 171 Ismail bin Kathir, Op.cit, hal. 10-11 161

70

3. Al-Bidayah wa al-Nihayah 4. Mukhtasar Kitab al-Mudkhal ila Kitab al- Sunan li al-Baihaqi 5. Risalah fi al-Jihad 6. Al-Takmil fi Ma’rifah al-Thiqat wa al-Du’afa’ wa al-Majahil 7. Al-Hadya wa al-Sanan fi Ahadith al-Masanid wa al-Sunan 8. Musnad al-Syaikhan Aba Bakr wa Umar 9. Sirah al-Nabawiyyah 10. Tabaqat al-Syafieyyah 11. Takhrij Ahadith Adillah al-Tanbih fi Fiqh al-Syafieyyah 12. Kitab al-Muqaddimah 13. Kharraj ahadith Mukhtasirah Ibn al-Hajib

Di dalam kesibukan dengan penulisannya, Ibn Kathir masih sempat meluangkan masanya dengan aktiviti berpersatuan. Ibn Kathir pernah dilantik memegang beberapa jawatan penting dalam pertubuhan, antaranya adalah sebagai ketua bagi ahli kelab bahasa, pemimpin bagi pertubuhan Ummu al-Salih selepas kematin al-Zahabi dan yang dipertua Dar al-Hadith wa al-Ashrafiyyah selepas kematian al-Sabaki.172 Di akhir riwayatnya, kedua-dua mata beliau telah buta.173 Ibn Kathir meninggal dunia pada bulan Sya’ban pada tahun 774 Hijrah.174

Metodologi Penulisan Di dalam kitab tafsir karangannya, Imam Ibn Kathir telah menggabungkan metologi penulisan tafsir bi al-Ma’thur dengan tafsir al-al-Ra’yi. Penggabungan itu telah melahirkan satu keistimewaan yang menjadikan tafsir al-Qur ‘an al-‘Aziim berbeza dengan tafsir-tafsir yang lain. Antara metodologi yang digunakan oleh Ibn Kathir dalam kitab tafsir karangannya ini adalah menafsirka al-Qurr’an dengan al-Qur’an, mentafsir al-Qur’an dengan al-Hadith, mentafsir al-Qur’an dengan pendapat sahabat, mentafsir al-Qur’an dengan pendapat tabi’in,

172

Syamsu al-Din Muhammad bin Ali Ibn Ahmad al-Dawudi, Op.cit, hal. 110-111 Dr. Muhammad Hussein al-Zahabi, Op.cit, hal. 242 174 Ibn Hajar al-Asqolani, Op.cit, hal. 373 173

71

menyebutkan kisah Isra’iliyyat, menyebut tentang permasalahan fiqh, menyebutkan cara bacaan serta menyebutkan kaedah nahu. Mentafsir al-Qur’an dengan al-Qur’an Di dalam muqaddimah tafsir al-Qur’an al-‘Aziim, Ibn Kathir menjelaskan metodologi penulisan yang digunakan oleh beliau ketika mengarang kitab ini. Kaedah pertama yang digunakan oleh Ibn Kathir ialah menafsirkan ayat al-Qur’an dengan ayat al-Qur’an yang lain.175 Keadaan ini dapat dilihat melalui jawapan Ibn Kathir terhadap persoalan yang diajukan kepadanya tentang cara terbaik untuk menafsirkan ayat al-Qur’an. Ibn Kathir menjelaskan bahawa sebaik-baik kaedah mentafsir al-Qur’an ialah dengan al-Qur’an itu sendiri. Contoh penafsiran yang menggunakan kaedah ini dapat dilihat melalui meliat ayat 14 surah al-Baqarah: )14( َ‫اطي ِن ِه ْم قَالُوا ِإنَّا َم َع ُك ْم ِإنَّ َما نَحْ نُ ُم ْستَ ْه ِزئُون‬ َ ‫َو ِإذَا لَقُوا الَّذِينَ آ َمنُوا قَالُوا آ َمنَّا َو ِإذَا َخلَ ْوا ِإلَى‬ ِ ‫ش َي‬ Ertinya: “Dan bila mereka berjumpa dengan orang-orang yang beriman, mereka mengatakan: “Kami telah beriman”. Dan bila mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka mengatakan: “Sesungguhnya kami sependirian dengan kamu, kami hanyalah berolokolok”.176 Ketika menjelaskan pengertian “syaitan” di dalm ayat di atas, Ibn Kathir membawakan ayat 112 surah al-An’am yang menerangkan syaitan terdiri daripada golongan jin dan manusia.

ُ ‫ف ْالقَ ْو ِل‬ َ ‫َو َكذَلِكَ َج َع ْلنَا ِل ُك ِل نَبِي ٍ َعد ُوا‬ ُ ‫ُوحي بَ ْع‬ ِ ‫نس َو ْال ِج ِن ي‬ ِ َ‫شي‬ ٍ ‫ض ُه ْم إِلَى بَ ْع‬ ُ‫غ ُرورا َولَ ْو شَا َء َربُّكَ َما فَعَلُوه‬ ِ ‫اْل‬ َ ‫ض ُز ْخ ُر‬ ِ َ‫اطين‬ )112( َ‫فَذَ ْر ُه ْم َو َما يَ ْفت َُرون‬ Ertinya: “Dan demikianlah Kami jadikan tiap-tiap Nabi itu musuh dari syaitan-syaitan manusia dan jin, sesetengahnya membisikkan kepada sesetengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah susunannya untuk memperdayakan pendengarnya. Dan jika Tuhanmu

175 176

Ismail bin Kathir, Op.cit, hal. 19 Surah al-Baqarah : ayat 14

72

mengkehendakinya, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta itu) itu.177

Mentafsir al-Qur’an dengan al-Qur’an Apabila tidak menemui ayat al-Qur’an bagi mentafsirkan ayat yang dimaksudkan Ibn Kathir menggunakan kaedah mentafsirkan ayat al-Qur’an dengn al-Hadith. Ini disebabkan hadith merupakan penghurai terhadap ayat al-Qur’an dan menjelaskan segala kesamaran yang terdapat di dalamnya.178 Contoh bagi kaedah ini adalah ayat 133 surah al-A’raf. ُّ ‫س ْلنَا َعلَ ْي ِه ْم ال‬ ٍ ‫صَل‬ ٍ ‫ع َوالد ََّم آ َيا‬ )133( َ‫ت فَا ْستَ ْك َب ُروا َوكَانُوا قَ ْوما ُمجْ ِر ِمين‬ َّ ‫طوفَانَ َو ْال َج َرادَ َو ْالقُ َّم َل َوال‬ َّ ‫ت ُم َف‬ َ ‫ضفَا ِد‬ َ ‫فَأ َ ْر‬ Ertinya: “Maka kami kirimkan kepada mereka taufan, belalang, kutu, katak, dan darah sebagai bukti yang jelas, tetapi mereka tetapmenyombongkan diri dan mereka adalah kaum yang berdosa.179 Bagi menjelaskan makna taufan yang terdapat di dalam ayat di atas, Ibn Kathir membawa hadith yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah r.a:180 َ ، ‫ ع َِن ا ْل َحك َِم ب ِْن ِمينَا َء‬، ‫َّاج‬ ٍ ‫ ثنا يَحْ يَى ْبنُ يَ َم‬: ‫ َقا َل‬، ‫الرفَا ِع ُّي‬ ِ ‫َح َّدثَنَا أَبُو ِهش ٍَام‬ ِ ‫ ع َِن ا ْلحَ ج‬، ‫ ثنا ا ْل ِم ْنهَا ُل ْبنُ َخ ِليفَة‬: ‫ َقا َل‬، ‫ان‬ ُ‫ ال ُّطو َفانُ ا ْل َم ْوت‬: ‫ّللاِ صلى هللا عليه وسلم‬ َّ ‫سو ُل‬ ُ ‫ َقا َل َر‬: ْ‫ قَالَت‬، َ‫ع َْن عَائِشَة‬ Ertinya: Daripada Ibn Hisyam al-Rafa’i, daripada Yahya bin Yaman, daripada al-Minhal bin Khalifah, daripada al-Hujjaj, daripada al-Hakim bin Mina’, daripada ‘Aisyah r.a berkata: Rasulullah S.A.W bersabda taufan bererti kematian.181 Semasa menggunakan kaedah ini, Ibn Kathir bukan sekadar menyebutkan hadith yang menjelaskan ayat tersebut malah beliau turut menyertakan turutan perawi bagi hadith berkenaan.

177

Surah al-An’am : 112 Ibid 179 Al-A’raf : 133 180 Isma’il bin Kathir, Op.cit, jld. 2, hal. 320 181 Hadith ini ditemui dalam Tafsir Ibn Kathir, jld. 2, hal. 320 178

73

Mentafsir Ayat al-Qur’an Dengan Pendapat Sahabat

Di samping menggunakan kedua-dua kaedah yang dinyatakan di atas, Ibn Kathir juga menggunakan kaedah menafsirkan ayat al-Qur’an dengan dengan pendapat para sahabat. Antara ayat yang ditafsirkan oleh Ibn Kathir dengan menggunakan kaedah ini ialah ayat ke 106 surah al-Taubah. َّ ‫َّللاِ ِإ َّما يُ َع ِذبُ ُه ْم َو ِإ َّما يَتُوبُ َعلَ ْي ِه ْم َو‬ َّ ‫َوآخ َُرونَ ُم ْر َج ْونَ أل َ ْم ِر‬ )106( ‫َّللاُ َع ِلي ٌم َح ِكي ٌم‬ Ertinya: “Dan ada pula orang-orang yang lain yang ditangguhkan sampai ada keputusan Allah Taala, adakalanya Allah Taala akan mengazab mereka dan adakalanya Allah Taala akan menerima taubat mereka. Dan allah Taala Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.182

Ketika menafsirkan ayat ke 15 dari surah al-Taubah ini, Ibn Kathir membawa pendapat Ibn Abbas r.a yang mengatakan ayat ini menceritakan kisah tiga orang sahabat Rasulullah S.A.W yang tidak menyertai peperangan Tabuk. Mereka terdiri daripada Murarah bin Rabi’, Ka’ab bin Malik dan Hilal bin Umayyah. Ketiga-tiganya tidak bertaubat sebagaimana segolongan sahabat yang tidak turut serta dalam peperangan ini tetapi menyesali apa yang telah merek lakukan an bertaubat dengan mengikat diri mereka pada sebatang pokok. Allah S.W.T menurunkan ayat ini bagi bertujuan untuk memberi kesedaran dan bertaubat terhadap dosa yang telah dilakukan.183 Mentafsir ayat al-Qur’an dengan Pendapat Tabi’in Selain daripada kaedah di atas, Ibn Kathir juga turut mengambil pendapat tabi’in ketika menafsir ayat-ayat tertentu. Adakalanya di dalm satu-satu ayat, Ibn Kathir menggabungkan beberapa metodologi seperti penafsiran dengan menggunakan hadith, pendapat ulama’ salaf, pendapat sahabat da pendapat tabi’in. Contoh bagi penafsiran ini adalah ayat ke 31 dari surah al-Nisa’: )31( ‫س ِيئ َاتِ ُك ْم َونُد ِْخ ْل ُك ْم ُمدْخََل ك َِريما‬ َ ‫ِإ ْن تَجْ تَنِبُوا َكبَائِ َر َما ت ُ ْن َه ْونَ َع ْنهُ نُك َِف ْر َع ْن ُك ْم‬

182 183

Surah al-Taubah : 106 Isma’il bin Kathir, Op.cit, jld. 2, hal. 510

74

Ertinya: “Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yang dilarang kamu mengerjakannya, nescaya Kami hapuskan kesalahan-kesalahanmu (dosa-dosa kecil) dan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga).184 Ketika memberikan penafsiran tentang ayat ini, Ibn Kathir membawakan pelbagai pendapat. Beliau telah membawakan hadith-hadith Nabi S.A.W yang mempunyai kaitan dengan ayat ini, mengemukakan pendapat ulama’ salaf, membawakan pendapat sahabat, dan membawakan pendapat slah seorang tabi’in iaitu Ibn Jarir al-Tabari. Menurut Ibn Jarir, dosa besar yang dimaksudkan dalam aya di atas adalah syrik kepada Allah S.W.T, melakukan pembunuhan yang diharamkan, lari dari medan perang, menambil harta anak yatim, melakukan riba dan bercakap bohong. Menyebut Kisah Isra’iliyyat Ibn Kathir turut menyebut kisah-kisah israiliyyat di dalam kitab tafsir karangannya dan menyatakan pendirian beliau terhadap kisah-kisah yang dipaparkan. Antara penafsiran ayat al-Qur’an yang disertakan dengan riwayat isra’iliyyat adalah ayat ke 22 dari surah alMa’idah. )22( َ‫اخلُون‬ ِ َ‫َّارينَ َوإِنَّا لَ ْن نَدْ ُخلَ َها َحتَّى يَ ْخ ُر ُجوا ِم ْن َها فَإ ِ ْن يَ ْخ ُر ُجوا ِم ْن َها فَإِنَّا د‬ َ ‫قَالُوا يَا ُمو‬ ِ ‫سى إِ َّن فِي َها قَ ْوما َجب‬ Ertinya: “Mereka berkata: Hai Musa, sesungguhnya di dalam negeri itu ada orang-orang yang gagah perkasa, sesungguhnya kami sekali-kali tidak akan memasukinya sebelum mereka keluar daripadanya. Jika mereka keluar daripadanya, pasti kami akan memasukinya. Sewaktu memberi penafsiran tentang ayat ini, Ibn Kathir memaparkan kisah tentang sebuah negeri yang mempunyai rakyat yang gagah perkasa. Pengikut Nabi Musa a.s diarahkan untuk masuk ke negeri itu dan menyerang penduduk sana. Kaum itu digambarkan mempuyai kekuatan luar biasa sehingga menangkap pengikut Nabi Musa a.s dan meletakkannya di dalam lengan baju mereka. Ibn Kathir mengatakan bahawa kisah ini adalah ceriat dari Bani Isra’il.185 Walaupun menyertakan riwayat Isra’iliyyat di dal kitab tafsir larangannya, Ibn Kathir akan menjelaskan bahawa ianya merupakan kisah yang diriwayatkan dari Bani Isra’il dari Ahl 184 185

Surah al-Nisa’ : 31 Isma’il bin Kathir, Op.cit, jld. 2, hal. 53-54

75

al-Kitab dan merupakan isra’iliyyat. Ia merupakan salah satu keistmewaan yang wujud di dalam kitab Ibn Kathir yang mewujudkan perbezaan dengan kitab tafsir yang lain. Menyebut Masalah Fiqh Ibn Kathir juga ada menyebutkan masalah fiqh ketika menafsirkan ayat-ayat tertentu yang berkaitan dengan hukum-hakam. Antara contoh ayat adalah ayat 185 dari surah al-Baqarah. َّ ‫ش ِهدَ ِم ْن ُك ْم ال‬ ٍ ‫اس َو َب ِينَا‬ ‫ص ْمهُ َو َم ْن َكانَ َم ِريضا‬ َ ‫ان فَ َم ْن‬ َ ُ ‫ش ْه َر فَ ْل َي‬ ِ َّ‫نز َل فِي ِه ْالقُ ْرآنُ هُدى ِللن‬ َ ‫ش ْه ُر َر َم‬ ِ ُ ‫ضانَ الَّذِي أ‬ ِ َ‫ت ِم ْن ْال ُهدَى َو ْالفُ ْرق‬ َّ ‫َّللاُ ِب ُك ْم ْاليُس َْر َوال ي ُِريد ُ ِب ُك ْم ْالعُس َْر َو ِلت ُ ْك ِملُوا ْال ِعدَّة َ َو ِلتُك َِب ُروا‬ َّ ُ ‫سفَ ٍر فَ ِعدَّة ٌ ِم ْن أَي ٍَّام أُخ ََر ي ُِريد‬ ‫َّللاَ َعلَى َما َهدَا ُك ْم َولَ َع َّل ُك ْم‬ َ ‫أ َ ْو َعلَى‬ )185( َ‫ت َ ْش ُك ُرون‬ Ertinya: “(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Qur’an, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keteranganketerangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dan yang salah. Oleh itu, siapa dari kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa dalam bulan itu, dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir, maka (bolehlah ia berbuka, dan kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itupada hari-hari yanng lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah S.W.T mengkehendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadhan), dan supaya kamu membesarkan Allah S.W.T dan kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.”186 Ketika menafsirkan ayat ini, Ibn Kathir menjelaskan tentang ketetapan, begitu juga mereka yang sakit dan musafir di dalam bulan Ramadhan.187 Menyebutkan Cara Bacaan Ibn Kathir turut menyebutkan beberapa kaedah bacaan bagi ayat-ayat tertentu yang terdapatdi dalam al-Qur’an. Contoh yang dapat dilihat adalah bagi ayat ke 4 surrah al-Fatihah: )4( ‫ِين‬ ِ ‫َما ِل ِك يَ ْو ِم الد‬ Ertinya: “Yang menguasai pemerintahan hari pembalasan”.188

186 187

Suah al-Baqarah : 185 Isma’il bin Kathir, Op.cit, jld. 2, hal. 294

76

Di sini, Ibn Kathir menyebutkan dua jenis bacaan yang biasa digunakan ketika membaca ayat ini dan mengatakan kedua-duanya adalah betul berdasarkan bacaan yang tujuh.189

Menyebut Kaedah Nahu Di samping itu, Ibn Kathir juga telah menyebut kaedah nahu ketika menafsirkan ayat al-Qur’an. Contohnya sebelum memberi penjelasan terhadap ayat kedua daripada surah alFatihah. Ibn Kathir menyebut kaedah nahu yang terdapat di dalam ayat yang dimaksudkan. )2( َ‫ب ْال َعالَ ِمين‬ ِ ‫ْال َح ْمد ُ ِ َّّللِ َر‬ Ertinya: “Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.190 Menurut Ibn Kathir, kalimah ُ ‫ ْال َح ْمد‬adalah subjek dan kalimah ِ‫ ِ َّّلل‬adalah prediket. Keistimewaan Sebagaimana kitab-kitab tafsir yang lain, tafsir al-Qur’an al-Aziim karangan Ibn Kathir mempunyai keistimewaan dan kelebihan yang tersendiri. Keistimewaan itu boleh dilihat dari sudut

uslub,

penjelasan

terhadap

riwayat

isra’iliyyat,perbincangan

masalah

fiqh,

penggabungan di antara tafsir bi ma’thur dengan tafsir bi ra’yi, kesahihan sumber dan menyertakan penafsiran dari ahli tafsir yang terdahulu.

Keindahan Uslub Ketika membuat penafsiran terhadap sesuatu ayat, Ibn Kathir menggunakan bahasa mudah, tidak berbelit-belit dan mampu difahami oleh seriap pembaca walaupun mempunyai 188

Surah al-Fatihah : 4 Isma’il bin Kathir, Op.cit, jld. 2, hal. 47 190 Surah al-Fatihah, ayat 2 189

77

tahap pendidikan yang berbeza. Apabila menafsirkan sesuatu ayat dengan ayat yang lain, beliau akan menyatakan kesamaan di atara kedua-duanya sehingga jelas maksud yang dikehendaki.191 Contohnya adalah pada ayat 91 dari surah al-Baqarah: َّ ‫َوإِذَا قِي َل لَ ُه ْم ِآمنُوا بِ َما أَنزَ َل‬ َ‫صدِقا ِل َما َمعَ ُه ْم قُ ْل فَ ِل َم تَ ْقتُلُون‬ َ ‫نز َل َعلَ ْينَا َويَ ْكفُ ُرونَ بِ َما َو َرا َءهُ َو ُه َو ْال َح ُّق ُم‬ ِ ُ ‫َّللاُ قَالُوا نُؤْ ِمنُ ِب َما أ‬ َّ ‫أ َ ْن ِبيَا َء‬ )91( َ‫َّللاِ ِم ْن قَ ْب ُل ِإ ْن ُكنت ُ ْم ُمؤْ ِمنِين‬ Ertinya: “Dan apabila dikatakan kepada mereka, “Berimanlah kau kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah S.W.T (kepada Nabi Muhammad S.A.W)”, mereka menjawab: “Kami hanya beriman kepada apa yang telah diturunkan kepada kami (Taurat)”. Dan mereka ingkarkan (kitab) yang lain yang diturunkan kemudian daripadanya, padahal al-Qur’an itu benar lagi mengesahkan Kitab Taurat yang ada pada mereka. Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika demikian, mengapa mereka membunuh nabi-nabi Allah pada masa lalu kalaulah kamu benar-benar orang yang beriman?”.192 Apabila Allah S.W.T berfirman ‫ َوإِذَا قِي َل لَ ُه ْم‬yang bermaksud “dan apabila dikatakan kepada mereka”. Mereka yang dimaksudkan di dalam ayat di atas ini adalah bangsa Yahudi yang َّ ‫ِآمنُوا بِ َما أَنزَ َل‬ terdiri dari Ahl al-Kitab. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi, ُ‫َّللا‬

yang

bermaksud “berimanlah kamu kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah S.W.T. Ibn Kathir menjelaskan firman Allah ini bermaksud beriman terhadap apa yang diturunkan Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad S.A.W, meyakininya dan mengikuti ajaran yang disampaikan olehnya. Firman Allah S.W.T ‫نز َل َعلَ ْينَا‬ ِ ُ ‫ قَالُوا نُؤْ ِمنُ بِ َما أ‬bermaksud iaitu “memadailah kami hanya beriman terhadap apa yang telah diturunkan kepada kami”. Ibn Kathir menjelaskan ayat ini membawa maksud memadailah kami beriman terhadap apa yang diturunkan kepada kami dari kitab Taurat dan Injil, ُ‫ َو َي ْكفُ ُرونَ ِب َما َو َرا َءه‬yang bermaksud “iaitu dan mereka ingkarkan (kitab) yang lain yang diturunkan kemudian daripadanya. Ibn Kathir memberi penjelasan kitab lain yang dimaksudkan di dalam ayat ini ialah kitab yang diturunkan selepas kitab Taurat.193 Penjelasan Terhadap Riwayat Isra’iliyyat Walaupun turut menyatakan riwayat isra’iiyyat di dalam kitabnya ini, namun Ibn Kathir mengingatkan pembaca bahawa kisah tersebut merupaan kisah isra’iliyyat dan ianya

191

Dr. Muhammad Hussein al-Zahabi, Op.cit, hal. 244 Surah al-Baqarah : 91 193 Ismail bin Kathir, Op.cit, jld. 1, hal. 177 192

78

merupakan satu pembohongan yang terdapat di dalam kitab-kitab tafsir.194 Ibn Kathir juga turut menyatakan pendiriannya terhadap riwayat isra’iliyyat yang disertakan.195 Contohnya ayat pertama surah Qaaf. )1( ‫آن ْال َم ِجي ِد‬ ِ ‫ق َو ْالقُ ْر‬ Ertinya: Qaaf, Demi al-Qur’an yang melimpah-limpah kemuliaan dan kebaikan.196 Ketika menjelaskan makna bagi huruf ‫ ق‬yang terdapat di awal surah ini, Ibn Kathir berkata “Menurut riwayat ulama’ salaf , ‫ ق‬merupakan sebuah bukit yang mengelilini bumi. Bukit ini dikenali dengan nama Qaaf. Hanya Allah S.W.T yang lebih mengetahui kebenarannya. Kisah ini merupakan khurafat Bani Isra’il dan ianya diambil tanpa meyakini dan menafikan kebenaran cerita yang disampaikan.197 Mengemukakan Permasalahan Fiqh Antara keistimewaan yang disebutkan di dalam kitab tafsir Ibn Kathir ini adalah, ia turut menyertakan permasalahan fiqh. Contohnya adalah melalui surah al-Baqarah ayat ke 230. َ ‫طلَّقَ َها فََل ُجنَا َح َعلَ ْي ِه َما أ َ ْن َيت ََرا َج َعا ِإ ْن‬ َ ‫طلَّقَ َها فََل ت َِح ُّل لَهُ ِم ْن َب ْعد ُ َحتَّى ت َن ِك َح زَ ْوجا َغي َْرهُ فَإِ ْن‬ َ ‫فَإِ ْن‬ َّ َ‫ظنَّا أ َ ْن يُ ِقي َما ُحد ُود‬ َ‫َّللاِ َوتِ ْلك‬ َّ ُ ‫ُحد ُود‬ )230( َ‫َّللاِ يُ َب ِينُ َها ِلقَ ْو ٍم َي ْعلَ ُمون‬ Ertinya: “Sesudah (diceraikan dua kali itu), jika diceraikan pula (bagi kali yang ketiga), maka perempuan itu tidak halal lagi baginya sesudah itu, sehingga ia berkahwin dengan suami yang lain. Setelah itu, kalau ia diceraikan (oleh suami yang baru itu dan habis ‘iddahnya), maka mereka berdua (suami lama dan bekas isterinya) tidak berdosa untuk kembali (berkahwin semula), jika mereka kuat menyangka akan dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah S.W.T. Dan itulah aturan-aturan hukum Allah S.W.T, diterangkan kepada kaum yang (mahu) mengetahui dan memahaminya.198 Sewaktu menafsirkan ayat ini, Ibn Kathir membahaskan pendapat ulama’ tentang masalah talak tiga dan menggemukan dalil-dalil yang digunakan oleh mereka. Antara ulama’

194

Dr. Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah, op.cit, hal. 129 Ibid 196 Surah Qaaf : 1 197 Isma’il bin Kathir, Op.cit, jld. 4, hal. 272 198 Surah al-Baqarah : 230 195

79

yang dikemukakan pendapat mereka itu adalah Imam Abu Daud, Ibn Abi Hatim, Ibn Jarir ddan lain-lain lagi.199 Penggabungan di antara tafsir bi al-Ma’thur dengan tafsir bi al-Ra’yi Di samping itu, Ibn Kathir juga menggabungkan di antara tafsir bi al-Ma’thur dengan tafsir bi al-Ra’yi. Semasa menafsirkan ayat ke 110 dari surah Ali ‘Imran, Ibn Kathir telah menggabungkan di antara kaedah tafsir bi al-Ma’thur dengan tafsir bi al-Ra’yi. ْ ‫ُك ْنت ُ ْم َخي َْر أ ُ َّم ٍة أ ُ ْخ ِر َج‬ َّ ‫وف َوت َ ْن َه ْونَ َع ْن ْال ُمن َك ِر َوتُؤْ ِمنُونَ ِب‬ ‫ب لَ َكانَ َخيْرا لَ ُه ْم ِم ْن ُه ْم‬ ِ ‫اس تَأ ْ ُم ُرونَ ِب ْال َم ْع ُر‬ ِ َّ‫ت ِللن‬ ِ ‫اّللِ َولَ ْو آ َمنَ أَ ْه ُل ْال ِكتَا‬ )110( َ‫ْال ُمؤْ ِمنُونَ َوأ َ ْكث َ ُر ُه ْم ْالفَا ِسقُون‬ Ertinya: “Kamu (wahai Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) sesama manusia, (kerana) kemu menyuruh berbuat kebaikan dan melarang berbuat kemungkaran, serta kamu pula beriman kepada Allah Taala (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaiman yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka, (tetapi) di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakkan mereka orang-orang yang fasik.200 Cuntoh penafsiran ayat ini secara bi al-Ma’thur dapat dilihat apabila Ibn Kathir membawakan hadith Nabi S.A.W yang berkaitan ayat tersebut yang bermaksud: “Riwayat daripada Hakim bin Muawiyyah bin Hidah daripada bapanya berkata: Rasulullah S.A.W bersabda: “Kamu umat yang ke tujuh puluh, kamu adalah yang sebik-baiknya dan kamu jualah yang paling mulia di sisi Allah S.W.T.201 Manakala kaedah yang menggunakan tafsir bi al-Ra’yi di dalam kitab ayat yang sama dapat dilihat apabila beliau mengemukakan pendapat Abu Hurairah yang mengatakan firman ْ ‫ ُك ْنت ُ ْم َخي َْر أ ُ َّم ٍة أ ُ ْخ ِر َج‬yang bermaksud “kamu adalah sebaik-baik manusia Allah S.W.T ‫اس‬ ِ َّ‫ت ِللن‬ yang dilahirkan untuk (faedah) manusia yang lain” membawa pengertian bahawa sebaik-baik

199

Isma’il bin Kathir, Op.cit, jld. 1, hal. 366 Surah Ali Imran : 110 201 Sunan al-Tirmizi, Cd Rom Mausu’ah al-hadith al-Sharif, Kitab Tafsir al-Qur’an, 2927, Ibn Majah, Kitab al-Zuhd, 4278, Musnad al-Basriyyin, 19162, 19171, 19189, 2642. 200

80

manusia yang dimaksudkan itu apabila datang kepada kamu rantai yang mengikat leher-leher mereka sehingga mereka memeluk agama Islam.202

Kesahihan Sumber Kesahihan sumber yang dimaksudkan di sini adalah sewaktu mengemukakan sesuatu hadith bagi menafsirkan ayat-ayat tertentu. Ibn Kathir turut menyebutkan turutan perawi bagi hadith berkenaan dan sebhagian besar hadith tersebut terdapat di dalam kitab-kitab sahih. Di samping itu, Ibn Kathir juga turut menyatakan kecatatan yang terdapat di dalam hadith tersebut serta menyatakan kedudukannya samada ianya bertaraf sahih, hasan, atau dha’if.

Menyertakan Pendapat Ahli Tafsir Yang Lain Di dalam kitab tafsir karangannya, Ibn Kathir banyak menyatakan pendapat-pendapat ahli tafsir yang lain seperti Ibn Jarir, Ibn Abi Hatim, Ibn ‘Atiyyah dan lain-lain. Contohnya ketika memberi penafsiran ayat ke 102 dari surah al-Anbiya’, Ibn Kathir membawaka pendapat Ibn Abi Hatim: ْ ‫َو ُه ْم فِي َما ا ْشت َ َه‬ )102( َ‫س ُه ْم خَا ِلدُون‬ ُ ُ‫ت أَنف‬ Ertinya: “Dan mereka akan kekal selama-lamanya di dalam (nikmat-nikmat syurga) yang diingini oleh jiwa mereka”. Ibn Abi Hatim mengatakan yang dimaksudkan daripada ayat tersebut ialah orang yang berjaga bersama kepekatan malam.

Ulasan Ulama’ Terhadap Tafsir Ibn Kathir Melalui pengkajian yang dijadikan penulis mendapati tidak ramai ulamak yang memberi ulasan secara khusus terhadap kitab tafsir Al-Quran al-Azim ini. Kebanyakan merka

202

Isma’il bin Kathir, Op.cit, jld. 1, hal. 519

81

lebih banyak memberikan kritikan dan pandangan terhadap ilmuan dan ketokohan yang terdapat pada ibnu Kathir sendiri.

Antara ulamak yang memberi ulasan secara khusus

terhadap kitab ini ialah al-Sayuti.menurut beliau” tidak ditemui lagi karangan yang menggunakan metodologi seperti yang digunkan oleh ibnu Kathir”.203 Sesungguhnya keilmuan dan keperibadian yang tinggi yang dimiliki oleh Imam Ibnu Kathir tidak dinafikan lagi. Ketinggian ilmu beliau ini telah diakui sendiri oleh ul’ma' sezaman dan yang selepasnya. Penggabungan dua kaedah pentafsiran yang digunakan oleh Ibnu Kathir yang menyebut kedudukan israiliyat yang disertakan di dalam kitab tafsirnya ini menjadikannya istimewa yang mungkin tidak ditemui di dalam kitab-kitab tafsir yang lain.

203

Isma’il bin Kathir, Al-Sirah al-Nabawiyyah, Op.cit, hal. 9

82

Review Kitab Tafsir Ibn Kathir KISAH HIDANGAN YANG DITUNTUT OLEH HAWARIYUN Antara israiliyyat lagi yang disebut oleh para Mufassirin lagi ialah ketika menafsirkan firman Allah S.W.T: )112( ‫إذ قال الحواريون يعيسى ابن مريم هل يستطيع ربك أن ينزل علينا مآئدة من السماء قال اتقوا هللا إن كنتم مؤمنين‬ ‫) قال عيسى ابن مريم اللهم‬113( ‫قالوا نريد أن نأكل منها وتطمنئن قلوبنا ونعلم أن قد صدقتنا ونكون عليها من الشهدين‬ ‫) قال هللا إنى‬114( ‫ربنا أنزل علينا مآئدة من السمآء تكون لنا عيد األولنا وءاخرنا وءاية منك وارزقنا وأنت خير الرزقين‬ )115( ‫منزلها عليكم فمن يكفر بعد منكم فإنى أعذبه عذابا ال أعذبه أحدا من العلمين‬ Maksudnya: “Dan (ingatlah) ketika Orang-orang Hawariyun berkata: “Wahai `Isa ibni Maryam! Dapatkah kiranya Tuhanmu berkenan menurunkan kepada kami satu hidangan dari langit? Nabi `Isa menjawab: Bertaqwalah kamu orang-orang beriman. Mereka berkata: Kami hanya ingin hendak makan dari hidangan itu (untuk mengambil berkat), dan supaya tenang tenteram hati kami, dan juga supaya kami ketahui dengan yakin, bahawa sesungguhnya engkau telah berkata benar kepada kami dan supaya menjadilah kami orang-orang yang menyaksikan sendiri. `Isa ibni Maryam (pun berdoalah ke hadrat Allah dengan) berkata: Ya Allah, Tuhan kami, turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit untuk menjadi hari raya bagi orang-orang kami yang datang kemudian, dan sebagai satu tanda (mukjizat) daripada-Mu (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaan-Mu), dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik pemberi rezeki. Allah berfirman: Sesungguhnya Aku akan menurunkan hidangan itu berulang-ulang kepada kamu, kemudian sesiapa di antara kamu kufur ingkar sesudah (turunnya hidangan itu), maka sesungguhnya Aku akan menyeksanya dengan azab sengsara yang tidak pernah Aku seksakan seseorang pun dari sekalian makhluk.” (Surah al-Ma`idah: 112-115) Para ulama` telah berselisih faham tentang maidah204: adakah ia diturunkan atau tidak? Jumhur ulama` sama ada Khalaf atau Salaf mengatakan ia diturunkan. Ini adalah zahir daripada maksud al-Qur`an. Sesungguhnya Allah S.W.T telah berjanji dan sudah pasti janjiNya akan terlaksana. Hasan dan Mujahid berpendapat ia tidak diturunkan kerana apabila Allah S.W.T mengugut dengan azab yang amat dahsyat jika mereka kufur setelah turunnya

204

Op.cit, hal. 254

83

maidah itu. Mereka takut sesetengah mereka akan kufur, lalu mereka meminta ampun dan berkata: “Kami tidak mahukan maidah itu.” Maka ia tidak diturunkan. Penulis tidak tahu apakah bukti yang mereka ada bagi pendapat mereka ini. Banyak kisah telah diriwayatkan tentang maidah, di mana ia merupakan israiliyyat berat yang diriwayatkan daripada Wahab bin Munabbih, Kaab, Sulman, Ibnu Abbas, Muqatil, Kilabi, Ata` dan lain-lain lagi. Malah mereka telah meriwayatkan tentang kisah ini dalam satu hadith yang diriwayatkan daripada Ammar bin Yasir daripada Nabi S.A.W bahawa baginda telah bersabda: “Bahawa maidah itu telah diturunkan dalam bentuk roti dan daging, mereka diperintahkan supayya tidak melakukan khianat dan tidak menyimpannya untuk esok hari.” Di dalam satu riwayat lain terdapat penambahan: “Mereka tidak boleh menyembunyikan lau mereka akan berlaku khianat, mereka menyimpan dan akan mengeluarkannya pada keesokan hari lalu mereka berubah menjadi kera dan babi.”205 Menjadikan kisah ini marfu` kepada Nabi S.A.W adalah satu kesilapan dan hanya sangkaan daripada salah seorang perawi berdasarkan apa yang penulis tarjihkan. Ibnu Jarir telah meriwayatkan kisah ini secara marfu` dan mauquf di dalam tafsirnya. Menjadikannya mauquf adalah lebih sahih. Imam Abu Isa al-Tarmizi telah menegaskan bahawa menjadikan marfu` adalah tidak ada bukti. Beliau berkata: “Setelah beliau meriwayatkan riwayat-riwayat secara marfu` ini adalah satu hadith yang telah diriwayatkan oleh Abu Asim dan ramai perawi lain daripada Said bin Abu Urubah daripada Qatadah daripada Khalas daripada Mamar bi Yasir secara mauquf. Kami tidak tahu ia marfu` melainkan melalui hadith saluran Hasan bin Qaz`an. Sesungguhnya kami langsung tidak tahu hadith ini marfu`.”206 Kisah-kisah berkaitan dengan maidah ini telah berbeza anatara satu sama lain. Al-Aufi merieayatkan daripda Ibnu Abbas bahawa telah diturunkan kepadanya roti dan ikan, mereka memakannya di mana ia diturunkan dan bila mereka mahu. Ikramah berkata daripada Ibnu Abbas: “ Maidah itu adalah dalam bentuk ikan besar dan roti kering .” Said bin Jabir berkata dengan riwayat Ibnu Abbas: “Hidangan yang diturunkan terdiri dari semua jenis makanan kecuali roti dan daging.” Kaab al-Ahbar berkata: “Ma`idah diturunkan di mana malaikat membawanya terbang antara langit dan bumi. Di dalam hidangan itu ada semua jenis makanan kecuali daging.”

205 206

Ibid, hal.255 Sunan al-Tirmizi, Kitab al-Tafsir, bab Surah al-Ma’idah

84

Wahab bin Munabbih berkata: “Ma`idah itu diturunkan daripada langit kepada Bani Israil. Ma`idah yang diturunkan pada setiap hari terdiri daripada buah-buahan dari syurga. Mereka memakan mengikut apa yang mereka mahu dari pelbagai jenis buah itu. Ma`idah itu dimakan bersama oleh 4000 orang. Apabila mereka memakannya, Allah S.W.T akan menurunkan pada tempat maidah itu makanan yang sama. Mereka berada dalam keadaan itu hingga tempoh yang dikehendaki Allah S.W.T.” Wahabi juga berkata: “Allah S.W.T menurunkan ke atas mereka beberapa tangkai gandum dan beberapa ekor ikan. Demi Allah S.W.T, apabila mereka memakannya beramairamai ia menghasilkan keberkatan. Mereka memakan makanan itu, kemudian mereka keluar. Selepas itu, dating pula kaum yang lain dan memakannya, kemudian mereka keluar. Sehinggalah semua mereka memakannya.” Begitulah semua perawi tidak sepakat terhadap satu pendapat yang menunjukkan bahawa ia adalah israiliyyat yang direka-reka. Sumber ambilannya bukanlah daripada Nabi S.A.W.207 Memadai penulis menyebut satu riwayat panjang yang disebut oleh Abu Hatim di dalam tafsirnya dengan sanad daripada Wahab bin Munabbih daripada Abi Uthman al-Mahdi daripada Salman al-Farisi r.a di mana kesimpulannya ialah: “Sesungguhnya apabila pengikut Nabi Isa a.s meminta supaya diberikan makanan, Musa a.s tidak menyukainya kerana takut Allah S.W.T akan menurunkan maidah tetapi mereka tidak beriman kepadanya maka ia akan menjadi sebab mereka dibinasakan. Apabila mereka berkeinginan juga Isa a.s berdoa intuk mereka, dia berdoa kepada Allah S.W.T. Maka Allah S.W.T telah memperkenankan doanya. Allah S.W.T menurunkan kain alas hidangan berwarna merah yang terletak antara dua awan mendung, satu awan berada di atasnya dan satu lagi di bawahnya. Mereka menyaksikannya berada di udara yang sedang turun dari mangit menuju kepada mereka. Sedang ketika itu Isa a.s menangis, kerana takut kepada syarat yang diberikan kepada mereka. Dia terus berdoa sehingga kain hidangan itu berada di hadapannya dan para pengikutnya berada di sekelilingnya mendapat bau yang enak. 208 Mereka tidak pernah berjumpa dengan bau seperti itu sebelum ini. Nabi Isa a.s dan para pengikutnya tunduk sujud kerana bersyukur kepada Allah S.W.T. Orang-orang yahudi datang memandang kepada mereka, lalu mereka dapat menyaksikan apakah yang telah berlaku pada mereka. Kemudian mereka beredar. Nabi Musa a.s dan orang-orang yang bersamanya pergi

207 208

Op.cit, hal. 256 Ibid, hal. 256-257

85

melihat hidangan itu. Mereka dapati ia tertutup dengan tisu. Maka Isa berkata: Siapakah di kalangan kita yang berani membukanya, kami akan percaya kepadanya dan siapakah yang paling baik ujiannya di sisi Tuhannya supaya kita dapat melihat hidangan ini, kita memuji Tuhan kita dan kita makan rezeki yang telah dikurniakannya kepada kita? Mereka menjawab: Wahai Ruh Allah S.W.T dan kalimah-Nya, engkau lebih utama membukanya.” Nabi Isa a.s berdiri dan mengambil wuduk dan bersembahyang beberapa rakaat, kemudian dia menangis dalam tempoh yang lama. Dia berdoa kepada Allah S.W.T supaya membenarkannya membuka hidangan dan tisu itu. Dia berkata: “Denga nama Allah S.W.T, Tuhan pemberi Rezeki yang terbaik.” Dia terus membukanya. Di dapati di atas bekas hidangan itu ada ikan besar yang dipanggang yang tidak mempunyai minyak, di dalam perutnya tidak ada tulang dan lemak mengalir daripadanya. Di sekelilingnya ada semua jenis bawang kecuali bawang putih, di kepalanya ada cuka, di insangnya ada garam, di sekeliling bawang tadi ada lima tangkai, di atas salah satunya ada buah zaitun, di atas yang satu lagi ada tamar, di atas satu lagi ada buah delima. Di dalam satu riwayat menyatakan: Di atas yang pertama ada buah zaitun, yang kedua ada madu lebah, di atas yang ketiga ada lemak, di atas yang keempat ada keju dan di atas yang kelima ada daging kering. Syam`un iaitu ketua pengikut Nabi Isa a.s berkata kepada Nabi Isa a.s: “Wahai Ruh Allah S.W.T dan kalimahNya, adakah ini daripada makanan dunia atau ini daripada makanan syurga?” Maka Isa a.s berkata: “Tidak bolehkah sekarang ini kamu mengambil pengajaran daripadabukti-bukti kekuasaan Allah S.W.T dan kamu berhenti daripada banyak bertanya. Tidak ada yang paling aku takutkan kecuali kamu cuba menyelidik sebab dan bukti kekuasaan Allah S.W.T ini diturunkan.” Syam`un berkata kepada Isa a.s: “Tidak, demi Tuhan Israil (Yaakob) bukan itu maksud soalan aku, wahai anak perempuan yang benar.” Maka Isa a.s berkata: “Tidak ada suatu pun dari makanan yang kamu lihat ini dari makanan dunia dan tidak juga dari makanan akhirat. Akan tetapi ia adalah makanan yang diciptakan oleh Allah S.W.T di udara dengan kekuasaan-Nya Yang Maha Perkasa.” Mereka berkata: “Wahai ruh dan kalimah Allah S.W.T, kami ingin Allah S.W.T memperlihatkan kepada kami satu tanda di dalam tanda ini.” Maka Nabi Isa a.s berkata: “Maha Suci Allah S.W.T, adakah tidak memadai bagi kamu?” Kemudian Isa a.s berkata: “Wahai ikan besar, kembalilah hidup dengan izin Allah S.W.T sebagaimana asal engkau.” Maka Allah S.W.T menghidupkannya dan ia kembali hidup. Nabi Isa a.s berkata lagi: “Wahai ikan, kembalilah dengan izin Allah S.W.T menjadi ikan panggang sebagaimana keadaan asal engkau.” Kemudian Nabi Isa a.s mengajak mereka makan tetapi mereka tidak mahu

86

sehinggalah Nabi Isa a.s memulakan untuk memakannya. Nabi Isa a.s tidak mahu memulakannya. Kemudian Nabi isa a.s menyeru orang-orang fakir dan berkata: “Makanlah dari rezeki Tuhan kamu kerana doa nabi kamu dan bersyukurlah dengan memuji Allah S.W.T yang telah menurunkannya kepada kamu. Habuannya akan diperolehi oleh kamu dan balasannya akan terkena kepada orang lain. Mulakanlah memakannya dengan menyebut nama Allah S.W.T dan sudahilah dengan Alhamdulillah.” Mereka pum melakukannya. Hidangan itu telah dimakan oleh 1300 orang manusia, ada lelaki dan ada perempuan. Setiap oaring dari mereka keluar dari memakannya dalam keadaan kenyang dan sendawa. Isa a.s dan pengikutnya melihat kea rah makanan itu. Tiba-tiba mereka dapati ia tetap dalam keadaan asalnya seperti mana ia diturunkan dari langit,209 tidak sedikitpun berkurangan dari asalnya. Kemudian ia diangkat ke langit dan mereka menyaksikannya. Setipa orang fakir yang telah memakannya tidak perlu makan lagi. para pengikut Isa a.s yang tidak mahu makan hidangan itu menyesal dan menyebabkan air mata mereka mengalir dan sesalan itu kekal di dalam hati mereka sehingga hari mereka mati.210 Apabila ada maidah turun selepas peristiwa itu, Bani Israil akan cepat-cepat menuju ke arahnya dari segenap tempat dengan berkerumun mendapatkannya. Apakah begitu keadaannya, ia turun dengan berselang, satu hari ia turun dan satu hari lagi ia tidak turun. Hidangan makanan itu turun kepada mereka selama 40 hari ketika hari mula siang. Makanan itu sentiasa terletak untuk mereka makan sehingga apabila mereka berkata berqailulah (berehat waktu tengahari). Mereka melihat bayangnya di bumi hingga ia lupus dari pandangan mereka.211 Maka Allah S.W.T mewahyukan kepada Nabi Isa a.s supaya menjadikan rezeki itu untuk anak yatim, orang miskin dan orang yang sakit dan bukannya untuk orang kaya di kalangan manusia. Apabila Nabi Isa a.s melakukan sedemikian maka menyebabkan orang kaya berasa ragu sehingga menyebabkan mereka mengadu di dalam diri mereka tentang makanan itu dan manusia berasa keji tentang makanan itu. Syaitan mendapat peluang untuk mencaoai matlamatnya dalam keadaan ini. Ia telah meniupkan was-wasnya ke dalam diri mereka yang ragu. Apabila Nabi Isa a.s mengetahui perbuatan mereka itu, dia telah berkata: 209

Ibid, hal. 257-258 Ini adalah antara faktor yang membuatkan cerita ini lemah dan membuktikanna direka-reka. Jika tidak, bagaimana boleh berlaku mereka yang memintanya tetapimereka enggan untuk makan kerana Nabi Isa a.s tidak memulakan memakannya. 211 Al-Qur’an menunjukkan dengan jelas bahawa ma’idah itu hanya turun sekali sahaja, sedangkan riwayat ini menunjukkan ia diturunkan berulang kali. Ini juga menunjukkan perincian kisah ini adalah rekaan dan ia merupakan penambahan yang dilakukan oleh Bani Isra’il. Tadrib al-Rawi, hal. 192 210

87

“Demi Tuhan al-Masih, binasalah kamu, kamu telah meminta nabi kamu supaya meminta makanan bagi kamu daripada Tuhan kamu. Apabila dia telah melakukannya dan Allah S.W.T telah menurunkan makanan kepada kamu sebagai satu rahmat dan rezeki serta telah memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaan-Nya sebagai pengajaran, tiba-tiba kamu mendustakannya dan kamu meraguinya. Maka terimalah berita tentang azab yang akan menimpa kamu, kerana ia akan turun kepada kamu kecuali Allah S.W.T merahmati kamu.” Maka Allah A.W.T mewahyukan kepada Nbi Isa a.s: “Sesungguhnya Aku bertindak ke atas orang-orang yang mendustakan dengan syarat yang Aku tetapkan. Sesungguhnya Aku akan mengazab di kalangan mereka yang mendustakan maidah setelah ia turun dengan azab yang tidak pernah Aku kenakan ke atas seseorang pun sebelum ini dari kalangan manusia.” Apabila orang-orang yang ragu itu sampai ke waktu petang dan mereka masuk ke tempat tidur mereka bersama-sama isteri mereka dalam keadaan aman, tiba-tiba pada waktu akhir malam. Allah S.W.T telah menukar mereka menjadi babi. Maka mereka merayau mencari benda-benda kotor di tempat buangan sampah. Ibnu Kathir berkata di dalam tafsirnya setelah menyebut athar yang luar biasa ini: “Ia telah dipisah-pisahkan oleh Ibnu Abi Hatim di beberapa tempat dan aku telah menghimpunkannya supaya susunannya menjadi sempurna dan lengkap.” Penulis mengatakan: Melalui riwayat yang asing ini, bala telah menimpa Islam dan Muslimin kerana kebanyakkannya adalah tidak sahih. Oleh itu, Imam Agung Ahmad bin Hanbal berkata: “Jangan kamu tulis hadith-hadith janggal ini kerena sesungguhnya ia adalah mengkar dan secara keseluruhannya adalah datang daripada perawi dhaif.” Imam Malik berkata: “Sejahat-jahat ilmu ialah yang janggal dan sebaik-baik ilmu ialah yang zahir dan diriwayatkan oleh ramai periwayat.” Ibnu Mubarak berkata: “Ilmu ialah yang datang daripada riwayat yang masyhur yang diriwayatkan oleh ramai perawi.” Baihaqi meriwayatkan di dalam Al-Madkhal diriwayatkan daripada Al-Zuhri bahawa beliau telah berkata: “Bukan termasuk dalam ilmu perkara yang tidak diketahui, akan tetapi ilmu ialah perkara yang diketahui dan ramai orang memperkatakannya.”212 Penulis ingin memberikan peringatan bahawa usul kisah ini adalah sabit di dalam alQur`an yang tidak boleh diragui. Akan tetapi yang menjadi tempat keraguan ialah semua penambahan yang berasal daripada israiliyyat.

212

Tadrib al-Rawi, hal. 192

88

Semua Mufassirin telah menyebut kisah yang berkaitan dengan kisah maidah, perbezaan di kalangan mereka hanyalah tentang banyak atau tidak kisah yang dibawakan. 213 Yang menghairankan ialah tidak ada seorang pun yang memberikan pernyataan tentang asalusul kisah yang diriwayatkan ini, sehingga dua orang imam yang agung Ibnu Kathir dan Alusi sekalipun tidak menyatakannya. Namun begitu, Ibnu Kathir telah memberitahu secara tidak langsung akan ketidaksahihan kebanyakkan kisah yang diriwayatkan. Moga-moga mereka mengambil perhatian dengan peringatan tentang kisah yang harus diriwayatkan dan yang ada andaian benar atau dusta. Para Mufassirin telah menyebut kisah itu tanpa menolaknya. Sepatutnya mereka hendaklah membersihkan tafsir mereka daripada kisah-kisah ini dan yang seumpama dengannya. Imam Abdullah Muhammad bin Ahmad al-Qurtubi telah menimbulkan keraguan terhadap kisah panjang yang telah kami ringkaskan, beliau berkata: “Hadith ini boleh dipertikaikan kerana ia tidak sahih dari segi sanadnya.”214 Kemudian beliau membincangkan tentang kisah yang diriwayatkan secara marfu` dan mauquf serta beliau menyebut apa yang diperkatakan oleh Imam Abu Isa al-Tarmizi: “Bahawa riwayat secara mauquf adalah lebih sahih, sedangkan riwayat secara marfu` langsung

KISAH

tidak

MUSA

A.S

mempunyai

MEMINTA

KEPADA

sumber

KEPADA

ambilan.”215

TUHANNYA

UNTUK

MELIHATNYA Terdapat israiliyyat dalam kisah yang disebut oleh sesetengah Mufassirin ketika menafsirkan firman Allaj S.W.T: ‫ولما جاء موسى لميقتنا وكلمه ربه قال رب أرنى أنظر إلى الجبل فإن استقر مكانه فسوف ترنى فلما تجلى ربه للجبل جعله‬ )143( ‫دكا وخر موسى صعقا فلما أفاق قال سبحنك تبت إليك وأنا أول المؤمنين‬ 213

Lihat Tafsir Ibn Jarir ketika menafsirkan ayat ini, Tafsir al-dar al-Manthur ketika tafsiran ayat ini juga. Lihat juga Tafsir al-Zamakhsyari, Fakhrul Razi dan Abu Sa’ud ketika tafsiran ayat ini serta tafsir Ibn Kathir Wa alBaghawi, jld. 3, hal. 274-279. Lihat juga Tafsir al-Alusi, jld. 7, hal. 62-65, Tafsir al-Qurtubi, jld. 6, hal. 369-372. Beliau menambah: Hadith ini boleh dipertikaikan dan ia tidak sahih dari segi sanad. 214 Tafsir al-Qurtubi, jld. 6, hal. 372, cetakan pertama 215 Ungkapan ini bagi sesetengah Muhaddithin digunakan kepada hadith maudhu’. Tidak ragu lagi bahawa menjadikannya marfu’ kepada Nabi S.A.W, sekiranya ia dilakukan dengan sengaja, maka ia adalah pendustaan dan rekaan terhadap baginda, sekiranya tidak sengaja dan tersilap, maka ia dimasukkan di kalangan hadith maudhu’ sebagaimana yang dijelaskan oleh para imam hadith seperti Ibnu Soleh dan lain-lainnya.

89

Maksudnya: “Dan tatkala Nabi Musa datang pada waktu yang Kami telah tentukan itu, dan Tuhannya berkata-kata dengannya maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata: Wahai Tuhanku, perlihatkanlah kepadaku (Zat Mu Yang Maha Suci) supaya aku dapat melihat-Mu. Allah berfirman: Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihat-Ku, tetapi pandanglah ke gunung itu maka kalau ia tetap berada di tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihat-Ku. Setelah Tuhannya “Tajalla” (menzahirkan kebesaran-Nya) kepada gunung itu, (maka) “Tajalli-Nya” menjadikan gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh pengsan. Setelah ia sedar semula, berkatalah ia: Maha Suci Engkau (wahai Tuhanku), aku bertaubat kepada-Mu dan akulah orang yang awal pertama beriman (pada zamanku).” (Surah al-A`raf: 143) Tha`labi dan al-Baghawi serta lain-lainnya telah menyebutnya daripada Wahab bin Munabbih dan Ibnu Ishak bahawa mereka berdua telah berkata: “Apabila Nabi Musa a.s meminta untuk melihat Tuhannya, Allah S.W.T telah mengutuskan kabus, guruh, kegelapan, kilat dan petir. Ia telah meliputi bukit tempat Musa a.s berada sejauh empat farsakh dari segenap penjuru. Allah S.W.T memerintahkan malaikat dari langit supaya pergi berdepan dengan Nabi Musa a.s. Maka malaikat langit melintasi Nabi Musa a.s seperti seladang,216 mulut mereka mengeluarkan tasbih dan tajdis denga suara yang kuat sperti suara guruh yang sangat kuat. Kemudian Allah S.W.T menyuruh malaikat langit kedua supaya turun kepada Nabi Misa a.s lalu melintasinya. Maka malaikat itu telah turun kepada Musa a.s seperti singa yang mempunyai kebisingan dengan bertasbih dan taqdis. Maka hamba yang dhaif, Ibnu Imran terkejut terhadap apa yang dilihat dan didengarnya. Maka semua rambut di kepalanya dan di badannya rasa gementar. Kemudian dia berkata: Sesungguhnya aku menyesal terhadap apa yang aku pinta. Adakah aku dapat diselamatkan daripada tempat aku berada?”. Ketua malaikat dan yang paling baik di kalangan malaikat berkata kepadanya: “Wahai Musa a.s, bersabarlah terhadap apa yang telah engkau pinta. Apa yang engkau lihat adalah sedikit daripada yang banyak.”. Kemudian Allah S.W.T memrintahkan malaikat langit yang ketiga: “Turunlah kamu kepada Nabi Musa a.s dan melintaslah di hadapannya.”. Maka mereka pun turun seperti helang yang mempunyai bunyi bising yang kuat, mulut mereka mengeluarkan tasbih dan tajdis seperti bunyi askar yang ramai. Warna mereka seperti kepala api. Nabi Musa a.s terkejut dan sangat takut serta putus asa dari hidup. Malaikat terbaik dari

216

Ini adalah adab buruk Bani Isra’il terhadap malaikat

90

kalangan malaikat berkata kepadanya: “Kalau Allah S.W.T di tempat engkau sehingga engkau melihat apa yang engkau tidak tahan melihatnya.” Kemudian Allah S.W.T memerintahkan malaikat langit keempat: “Turunlah kamu dan melintasi di hadapan Musa a.s bin Imran.”. Maka mereka turun kepadanya dalam bentuk yang tidak sama dengan malaikat-malaikat yang turun kepadanya sebelum ini. Warna mereka seperti api dan seluruh badan mereka putih seperi salji, suaranya mereka kuat mengucapkan tasbih dan tajdis. Tidak ada satu pun bunyi yang lalu pada Musa a.s sebelum ini menyamai bunyi mereka. Maka kedua lutut Nabi Musa a.s lemah, hatinya kecut dan dia menangis denga kuat sekali. Kemudian ketua malaikat itu berkata kepadanya: “Wahai anak Imran, bersabarlah disesbabkan apa yang telah engkau pinta, apa yang engkau telah lihat itu adalah sedikit dari yang banyak lagi.”.217 Kemudian Allah S.W.T memerintahkan malaikat langit kelima: “Turunlah kamu kepada Musa a.s dan melintas di hadapannya.” Maka mereka pun turun kepadanya. Di tangan setiap malaikat itu ada api yang panjang dan sangat kuat sinarnya yang diambil daripada matahari, manakala pakaian mereka seperti api. Apabila mereka bertasbih dan bertajdis, mereka akan dijawab oleh semua malaikat langit yang dating sebelum mereka. Mereka berkata denga suara yang kuat (‫)سبوب قدوس رب المَلئكة والروح رب العزة أبدا ال يموت‬. Di kepala setiap malaikat itu ada empat muka. Apabila Nabi Musa a.s melihat mereka maka dia mengangkat suaranya bertasbih bersama mereka ketika mereka bertasbih sambil menangis dan berkata: “Wahai Tuhanku, ingatlah kepadaku dan janganlah Engkau lupa hamba-Mu. Aku tidak tahu adakah aku dapat beredar daripada tempat aku ini atau tidak? Sekiranya aku keluar aku akan terbakar dan sekiranya aku kekal di sini aku akan mati.” Maka ketua malaikat yang paling besar di kalangan mereka berkata: “Aku khuwatir wahai Ibnu Imran, engkau akan bertambah takut dan hati engkau akan tercabut. Bersabarlah untuk mendapatkan apa yang engkau pinta.”218 Kemudian Allah S.W.T menyuruh supaya malaikat langit ketujuh mengangkat arasyNya. Apabila sinaran arasy itu mula kelihatan, bukit itu telah terbelah disebabkan keagungan Tuhan Yang Maha Tinggi dan semua malaikat langit menguatkan suara mereka dengan berkata: (‫ )سبحان الملك القدوس رب العزة أبدا ال يموت‬dengan suara yang paling kuat. Maka bukit

217

Dr. Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah, Isra’iliyyat Dan Hadith Palsu Dalam Kitab-Kitab Tafsir, Pencetakan Nasional Malaysia Berhad,(2006), Kuala Lumpur, hal 266-267 218 Ibid, hal 268

91

bergoncang dan semua pokok yang ada di atasnya tercabut.219 Hamba yang dhaif, Musa a.s terus sujud di atas mukanya,ruhnya tidak ada bersamanya. maka denga rahmat Allah S.W.T, Dia telah menghantarkan ruh, lalu ruh itu menutupnya dan Allah S.W.T menerbalikkannya batu tempat Musa a.s duduk dan menjadikannya seperti kubah supaya Musa a.s tidak terbakar.220 Maka Nabi Musa a.s bangun bertasbih kepada Allah S.W.T dan berkata: “Aku beriman kepada Engkau wahai Tuhanku dan aku percaya bahawa tidak seorang pun dapat melihat Engkau. Sesiapa yang memandang malaikat Engkau akan tercabutlah hatinya. Maka alangkah hebat dan besarnya malaikat Engkau. Engkau adalah Tuhan segala tuhan dan Raja segal raja. Tidak ada sesuatu dapat menandingi Engkau dan tidak ada yang dapat melawan Engkau. Wahai Tuhan, aku bertaubat kepada Engkau. Segala puji bagi Allah S.W.T, tidak ada sekutu bagi Engkau. Alangkah agungnya Engkau wahai Tuhan sekalian alam.” Setelah Alusi menyebut banyak pendapat yang sekaian denga nur Allah S.W.T, beliau berkata: “Di dalam setengah tafsir dinyatakan: (‫)فلما تجلى ربه للجبل جعله دكا‬. Disebabkan kebesaran-Nya, enam buah bukit telah melayang, tiga daripadanya jatuh di Madinah iaitu Bukit Uhud, Warqan dan Radhwa, dan jatuh di Mekah iaitu Bukit Thur, Thubir dan Hira`.221 Kisah-kisah yang diriwayatkan seperti ini dan kisah-kisah yang seumpama dengannya adalah tidak ragu lagi datang daripada israiliyyat Bani Israil serta pendustaan mereka terhadap Allah S.W.T, para nabi dan para malaikat. Maka ia tidak perlu diberikan perhatian. Tafsiran ayat ini tidak perlu kepada kisah-kisah seperti ini. Ayat ini adalah jelas dan nyata. Ia langsung tidak mengandungi dalil menunjukkan tidak boleh melihat Allah S.W.T di akhirat kelak sebagaimana yang ditunjukkan oleh al-Qur`an dan al-Sunnah yang sahih dan mutawatir. Apa yang hendak ditunjukkan oleh ayat ini ialah tidak boleh melihat Allah S.W.T dengan pandangan mata di dunia kerana mata akan binasa kerana tidak berupaya melihat zat yang kekal. Antara kisah ini juga ialah yang disebutkan oleh Tha`labi, al-Baghawi dan Zamakhsyari di dalam tafsir mereka ketika menafsirkan firman Allah S.W.T (‫)وخر موسى صعقا‬ iaitu Nabi Musa a.s terjatuh dalam keadaan tidak sedarkan diri. Bukanlah maksudnya Nabi Musa a.s mati sebagaimana yang disebut oleh Qatadah.

219

Ibid, hal 268 Ini satu lagi pendustaan dan antara tanda kisah ini adalah rekaan. Bukanlah Allah S.W.T berupaya melindunginya tanpa mengutuskan ruh dan batu. 221 Tafsir al-Baghawi di nota tepi Tafsir Ibn Kathir, jld. 3, hal 547-550 220

92

Al-Baghawi telah berkata di dalam setengah kitab bahawa malaikat langit telah datang kepada Musa a.s dalam keadaannya pengsan. Para malaikat itu menyentuhnya dengan kaki mereka dan berkata: “Wahai anak perempuan haid, adakah engkau ingin melihat Tuhan Yang Maha Agung?”222 Zamakhsyari menyebut kisah seperti ini di dalam tafsirnya. Beliau menukilkan kerana kisah ini membantunya untuk mensabitkan mazhab dan jemaahnya yang rosak iaitu yang mengatakan mustahil melihat Allah S.W.T di dunia dan di akhirat. Kisah ini dan kisah yang seumpama dengannya memang tidak syak lagi datangnya daripada israiliyyat yang dusta. Sikap Bani Israil terhadap nabi Musa a.s dan semua nabi adalah sedia maklum. Mereka cuba mencacatkan mereka sedaya upaya. Imam Ahmad bin Munir, pengarang Al-Intisaf min Sahibul Kasyaf telah mengingatkan tentang perkara ini dengan berkata: “ Kisah ini adalah dibawa oleh orang yang beria-ria mengatakan mustahil melihat Allah S.W.T di dunia dan di akhirat. Maka mereka telah menggunakannya sebagai pembantu bagi pendapat dan keyakinan mereka yang rosak. Ini dapat dibuktikan dengan kesilapan yang ada pada orang yang menukilkannya dengan menyatakan malaikat menghina Nabi Musa a.s dengan menyepaknya dengan kaki serta bercakap dengan biadap.”223

222 223

Tafsir al-Baghawi, jld. 3, hal 551 Tafsr al-Kasyaf ketika menafsirkan firman Allah (‫صعِقا‬ ّ َ ‫)وخر موسى‬

93

KITAB DUR-AL MANTHUR FIL TAFSIR BIL MA`THUR OLEH IMAM JALALUDDIN AL-SAYUTI

94

BIODATA PENULIS Pengarangnya ialah Al – Imam Al Hafiz Jalaluddin Abdul Rahman Bin Abu Bakar Bin Muhammad Al – Sayuti. Beliau dilahirkan pada tahun 849h. Bapanya meniggal dunia ketika beliau masih kecil. Bapanya telah mewasiatkan beliau kepada sekumpulan ulama’, antara mereka ialah Al Imam Al- kamal Bin Al- Humam. Beliau telah menerima ilmu daripada ramai sheikh dan beliau mempunyai kemahiran dalam pelbagai ilmu sehingga dikatakan beliau mencapai tahap seorang mujtahid. Beliau Ilyas meninggalkan kitab yang dikarangnya dalam jumlah yang banyak dan dikatakan melebihi 500 buah. Beliau merupakan hafiz dan ulama’ hadith yang mahir dalam bidang tersebut termasuk tentang riwayat dan dirayah sama ada matan, perawi, dan istilahnya. Beliau telah mengasingkan diri daripada orang ramai pada penghujung hidupnya dan meniggalkan kerja mengajar dan memberi fatwa. Sebaliknya telah menumpukan perhatian pada ibadah. Beliau meniggnal dunia di Kaherah pada tahun 911h.224 Kitab beliau, Al- Dar, Al- Manthur fi Al- Tafsir Bil Ma’thur menghimpunkan riwayat daripada Nabi S.A.W, para sahabat dan tabi’in. Beliau hanya menyebut dalam kitab tafsir hadith yang diriwayatkan yang bersih. Beliau telah menyebut di dalam mukhadimah tafsirnya bahawa ia adalah ringkasan daripada kitabnya, Terjemah Al-Quran. Ia merupakan tafsir yang disandarkan kepada Rasullah S.A.W, kepada para sahabat dan para tabi’in. Beliau menggunakan langkah mengtakhrijkan sanad-sanad yang digunakan oleh para imam dalam meriwayatkan hadith-hadith ini serta memastikan semua riwayat kepada orang yang mengtakhrijkannya.225 Pandangan terhadap kitab tafsir al-Dur al-Manthur Pandangan yang diberikan kepada tafsir ini ialah sekalipun semua riwayat dipastikan kepada orang yang mengtakhrijkannya, akan tetapi beliau tidak menjelaskan kepada kita kedudukannya samada sahih, hasan, dhaif, atau maudhu’. Jarang sekali beliau menerangkan perkara itu. Tidak semua pembaca kitab ini akan dapat mengetahui sahih, hasan, dhaif, dan maudhu’sesuatu hadith hanya dengan semata-mata menyebut sanad terutamanya dizaman kita kebelakangan ini. Yang jelas kepada penulis ialah beliau merupakan antara muhaddisin yang 224

Dr. Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah, Isra’iliyyat dan Hadith Palsu dalam Kitab-Kitab Tafsir, Pencetakan Nasional Malaysia Berhad, (2006), Kuala Lumpur, hal. 162 225 Ibid, hal. 162-163

95

meyatakan sanad. Dalam kitab ini terdapat banyak Israiliyyat dan perkara-perkara palsu. Contohnya seperti kisah Harut dan Marut, kisah penyembelihan anak Nabi Ibrahim a.s dimana beliau menyebut anak yang disembelih itu ialah Ishak a.s, kisah Nabi Yusuf a.s, Nabi Daun a.s, Nabi Sulaiman a.s, dan kisah Nabi. Beliau keterlaluan menyebut ujian yang menimpa Nabi Ayub a.s. Kebanyakkan kisah itu adalah tidak sahih dan tidak sabit. Ia hanyalah merupakan Israiliyyat Bani Israil dan pendustaan yang mereka lakukan terhadap para nabi.226 REVIEW KITAB TAFSIR DUR AL-MANTHUR FI AFSIR BI AL-MA’THUR KISAH HARUT DAN MARUT Sayuti meriwayatkan dalam Al-Dar-Al-Manthur didalam menafsirkan firman Allah SWT

( َ‫َين ِببَا ِب ٍل َه ُروتَ َو َم ُروت‬ َ ‫نز َل‬ ِ ُ ‫ ) َو َما أ‬banyak riwayat dan kisah yang merangkumkan ِ ‫ع َلى اٌلٌ َم َلك‬

yang diriwayatkan daripada Ibnu Umar, Ibnu Mas’ud, Ali, Ibnu Abbas, Mujahid, Kaab, Rabi’, Al-Suddi yang diriwayatkan oleh Ibnu Jarir Al-Tabaridi dalam tafsirnya, oleh Ibnu Mardawaih, Hakim, Ibnu Munzir, Ibnu Abi Dunya, Baihaki dan Khatib didalam tafsir dan kitab mereka.227 Apabila manusia dari kalangan Bani Adam melakukan maksiat dan kufur kepada Allah SWT, malaikat telah berkata di langit: “ Wahai Tuhanku, sesungguhnya alam ini telah Engkau jadikan untuk mengabdikan diri kepada Engkau dan mentaati Engkau tetapi mereka telah melakukan kekufuran, membunu jiwa yang diharamkan membunuhnya, memakan harta haram, mencuri, berzina, dan meminum arak.”. Maka malaikat itu telah berdoa agar manusia dilaknat tanpa meberikan keuzuran kepada mereka. Lalu Allah SWT berkata kepada malaikat228 : “ Sesungguhnya mereka berada dalam ghaib maka mereka tidak memberi keuzuran kepada manusia.”. Di dalam sesetengah riwayat, Allah SWT berkata kepada malaikat : “Sekiranya kamu menduduki tempat mereka, nescaya kamu akan melakukan apa yang mereka lakukan. Malaikat berkata : “Maha Suci Engkau, kami tidak sepatutnya berkata demikian.”. Dalam riwayat lain malaikat berkata : Tidak. Lalu Allah SWT kepada mereka : Pilihlah dua malaikat dari kalangan kamu untuk aku perintahkan mereka berdua dengan perintah-Ku dan Aku larang mereka berdua daripada ingkarkan-Ku.”. Lalu mereka memilih Harut dan Marut.

226

Ibid, hal.163 Al-Dar al-Manthur, jld.1, hal. 97-103. Tafsir Ibn Jarir, jld .1, hal. 362-367 228 Op.cit, hal. 209 227

96

Kedua-duanya telah turun kebumi. Allah SWT telah meletakkan shahwat kepada kedua-dua malaikat itu. Maka Allah SWT telah memerintahkan keduanya supaya menyembah Allah SWT dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu serta melarang keduanya daripada membunuh jiwa yang dilarang membunuhnya, memakan harta haram, mencuri, berzina dan meminum arak. Mereka mengikut perintah itu buat beberapa masa dimuka bumi. Mereka menghukum sesama manusia dengan kebenaran. Pada zaman itu, ada seorang perempuan dimana kecantikan jika dibandingkan dengan perempuan lain sama seperti planet Zuhal dikalangan planet lain. Kedua-dua malaikat itu ingin memiliki perempuan itu. Perempuan itu tidak mahu melainkan kedua-duanya menganut agama dan ajarannya. Kedua malaikat itu bertanyakan tentang agamanya lalu perempuan itu mengeluarkan berhala. Kedua malaikat itu berkata : “Kami tidak perlu menyembah berhala ini.”. maka kedua-dua malaikat itu pun pergi dan bersabar sehingga tempoh yang dikehendaki oleh Allah SWT.229 Kemudian kedua-dua malaikat itu datang kepada perempuan itu dan memujuknya untuk diri mereka. Perempuan itu tidak mahu melainkan mereka berdua mengikut agamanya dan menyembah berhala yang disembahnya. Kedua malaikat itu tidak mahu melakukannya. Apabila perempuan itu melihat kedua mereka tidak mahu menyembah berhala, dia telah berkata kepada mereka berdua : “Kamu berdua boleh memilih antara tiga pilihan ini : samada kamu berdua menyembah berhala ini atau kamu berdua membunuh orang atau kamu meminum arak.”. Maka kedua malaikat itu berkata : “ Kami tidak boleh melakukan perbuatan ini.”. Perbuatan yang paling ringan antara tiga pilihan itu ialah meminum arak. Maka perempuan itu pun menuangkan arak untuk mereka berdua. Apabila arak telah membuat mereka berdua mabuk, mereka telah melakukan zina dengan perempuan itu. Seorang manusia telah lalu ditepi mereka berdua dalam keadaan kedua-duanya melakukan perbuatan keji itu. Kedua-dua malaikat itu takut manusia itu menyebarkan berita perbuatan mereka, lalu mereka membunuh manusia itu. Apabila mereka sudah sedar dari mabuk, mereka berdua tahu kesalahan yang telah mereka lakukan dan hendak naik kelangit tetapi tidak berupaya. Tirai antara mereka dan penghuni langit telah dibuka. Para malaikat telah melihat dosa yang telah mereka berdua lakukan dan mereka mengetahui bahawa orang yang jauh dari pandangan adalah kurang ketakutannya. Selepas peristiwa ini, malaikat telah meminta ampun bagi malaikat yang ada dibumi. Apabila kedua malaikat ini telah melakukan kesalahan Allah SWT telah berkata kepada mereka berdua : “ Pilihlah azab dunia atau azab akhirat.”. Maka mereka

229

Ibid, hal 209-210

97

berdua menjawab : “ Azab dunia akan ada penghujungnya dan akan hilang, sebaliknya azab akhirat tidak akan tamat.”. Maka keduanya memilih azab dunia. Lalu mereka berdua diletakka di Babil dengan diazab dan kaki mereka berdua diikat. Di dalam sesetengah riwayat, keduakeduanya mengajar Babil dengan kalimah yng digunakan untuk naik ke langit dan terus naik kelangit, lalu Allah memadamkannya. Babil itu ialah planet yang dikenali sebagai planet Zuhal. 230 Sayuti juga menyebut di dalam kitabnya : Kisah yang diriwayatkan oleh Ibnu Jarir, Ibnu Abu Hatim, dan Hakim serta Hakim menyatakan ia adalah sahih 231 serta diriwayatkan oleh Baihaki didalam Sunannya dari Aisyah r.a bahawa beliau telah didatangi oleh seorang perempuan dari sebatang pokok tumbang menyatakan kepada Aisyah r.a bahawa dia telah dibawakan dengan dua ekor anjing kitab, lalu dia menaiki salah seekor anjing itu dan seorang perempuan laki yang seekor lagi. Mereka berjalan tidak jauh dan berhenti di Babil. Tiba-tiba mereka berdua mendapati dua orang lelaki yang terikat kedua kakinya iaitu Harut dan Marut. Perempuan yang datang berjumpa Aisyah itu terus bercerita panjang tentang kisah yang luar biasa dan mengkagumkan. 232 Sayuti juga menyebut bahawa Ibnu Munzir meriwayatkan melalui saluran Al-Auza’i dari Harun bin Rabab telah berkata : “ Aku telah masuk berjumpa dengan Abdul Malik bin Marwan dan disisinya ada seorang lelaki yang diberikan bantal untuk bersandar dan lelaki itu sedang bertelekan pada bantal itu. Orang yang berada disitu berkata : Orang ini telah bertemu dengan Harut dan Marut. Mereka telah berkata kepada Harun : Ceritakanlah kepada kami, semoga Allah SWT ,merahmati engkau.”. Maka lelaki itu mula bercerita dengan kisah yang luar biasa dan menghairankan. 233 Semua kisah ini merupakan antara khurafat dan dongengan Bani Israil yang tidak dapat dibuktikan oleh akal dan naqli serta syarak. Sesetengah perawi kisah khurafat dan batil ini tidak cukup dengan mengatakan mereka telah meriwayatkannya daripada sahabat dan tabi’in, malah mereka telah mengjangkau ke bab melakukan dosa dan melakukan jenayah yang keji dengan mengaibkan kisah palsu ini kepada nabi dan menyatakan ia adalah marfu’ kepada baginda. Sayuti berkata : “ Said Ibnu Jarir dan Khatib telah meriwayatkan dalam kitab 230

Ibid, hal 210-211 Pensahihan oleh Hakim tidak boleh diambil kira kerana beliau terkenal dengan mengambil mudah dalam menghukum sahih sebagaimana yang dikatakan Ibn Solah dan lainnya. Haki pernah menyatakan sahih kepada hadith yang kemudiannya disemak semula oleh al-Zahabi dan menghukumnya sebagai maudhu’. 232 Ibid, hal. 211-212 233 Al-Dar al-Manthur, hlmn. 101, dan Tafsir al-Tabari, jld.1, hal. 366. 231

98

sejarah karangannya dari Nafi’ telah berkata : Aku telah bermusafir bersama Ibnu Umar. Apabila tiba waktu penghujung malam, Ibnu Umar telah berkata : Wahai Nafi’, lihatlah, adakah engkau melihat warna merah? Aku menjawab: tidak dua atau tiga kali. Kemudian aku berkata : Aku telah nampaknya. Ibnu Umar berkata : Aku tidak memberikan apa-apa tindak balas kepadanya. Dia berkata : Aku tidak mengatakan kepada engkau melainkan kisah yang telah aku dengar daripada Rasulullah SAW telah bersabda : Sesunggahnya malaikat telah berkata : bagaimana bentuk kesabaran Engkau terhadap Bani Adam dengan dosa dan kesalahan yang mereka lakukan?? Allah SWT menjawab : Sesungguhnya Aku telah meguji mereka dan Aku telah mengampunkan mereka. Para malaikat berkata: Sekiranya kami duduk di tempat mereka nescaya kami tidak akan mengingkari Engkau. Allah SWT menjawab : Kamu pilihlah dua malaikat dari kalangan kamu.”. Lalu mereka tidak ada pilihan lain melainkan memilih Harut dan Marut, lalu keduanya turun ke bumi.234 Maka Allah telah mencampakkan diri mereka Al-Syabak. Aku bertanya : “ Apakah Syabak?? Baginda berkata : “ Shahwat.”. Maka datang seorang perempuan yang dipanggil Zuhal lalu mereka berdua jatuh cinta kepada perempuan itu. Setiap seorang dari mereka berdua menyembunyikan isi hatinya daripada sahabat mereka yang lagi satu. Salah seorang dari kedua malaikat itu telah berkata kepada yag satu lagi : “ Adakah engkau berasa didalam hati engkau seperti yang aku rasa??”. Malaikat yang lagi satu menjawab : “ Ya.”. Lalu keduanya memikat perempuan itu untuk mereka sendiri. Perempuan itu berkata : “ Aku tidak akan menyerahkan diri kepada kamu berdua sehiggalah kamu berdua memberitahu aku tentang nama yang membolehkan kamu naik dan turun langit.”. Kedua malaikat itu enggan memberitahu nama itu. Maka perempuan itu tidak mahu menyerahkan dirinya kepada mereka. Maka dengan itu, kedua malaikat itu pun memberitahu nama itu. Apabila perempuan itu terbang maka Allah SWT telah memadamkan bintang dan memotong kepaknya. Kemudian kedua malaikat itu telah meminta taubah daripada Tuhan. Lalu Allah SWT memberi pilihan kepada mereka berdua samada hendak menerima azab dunia atau azab akhirat. Kedua mereka memilih azab dunia keatas azab akhirat. Maka Allah SWT mewahyukan kepada keduanya : “ Pergilah ke Babilon.”. Maka dua malaikat itu pergi ke Babilon235 lau Allah SWT menerbalikkan bumi keatas mereka berdua. Mereka berdua tersepit antara langit dan bumi diazab hingga ke hari kiamat. Seterusnya Sayuti menyebut riwayat lain yang marfu’ kepada

234 235

Op. cit, hal. 212-213 Salah sebuah negeri di Iraq

99

Nabi SWT yang tidak lari dari mana kisah yang telah kami sebutkan.236 Seorang Muslim berakal tidak boleh ragu (Terutama penuntut ilmu hadith) bahawa ia adalah maudu’ dan direka-reka terhadap Nabi SAW, walau bagaimana sekalipun sanadnya dikatakan sabit. Maka bagaimana pula jika sanadnya tidak terpakai, tidak terlepas daripada pereka hadis atau dhaif atau majhul serta telah dinyatakan oleh para imam hadis bahawa ia adalah maudu’. Kisah ini telah dihukum sebagai maudu’ oleh Imam Abu Raraj bin Al-Jauzi.237 AlSyihab Al-Iraki telah menyatakan bahawa siapa yang berkeyakinan bahawa Harut dan Marut adalah dua malaikat yang diazab kerana kesalahan mereka maka orang itu adalah kafir kepada Allah SWT.238 Imam Al-Qadhi Iyadh berkata di dalam Al-Syifa, kisah yang disebutkan oleh para pencerita dan yang dinukirkan oleh para mufassirun tentang kisah Harut dan Marut tidak dibuktkan oleh sebarang riwayat samada dhoif atau sahih daripada Rasulallah SAW serta ia bukanlah suatu yang boleh dihasilkan dengan qias. Begitu juga kisah ini dihukum maudu’, marfu’ oleh Al-Hafiz Imanuddin, Ibnu Kathir. Manakala kisah yang dihukum tidak marfu’ dijelaskanya bahawa sumbernya dalah riwayat Israiliyyat yang diambil daripada Kaab dan yang lain-lainya yang dikaitkan oleh golongan Zindiq dari kalangan Ahli Kitab kepada Islam. Rahimahullah berkata di dalam tafsirnya setelah memperkatakan tentang hadis yang kedapatan tentang Harut dan Marut dan riwayat Marfu’ amat luar biasa : “ Yang lebih hampir tentang kisah ini ialah ia merupakan riwayat daripada Abdullah bin Umar daripada Kaab alAhbar sebagamana yang dikatakan oleh Abdul Razak didalam tafsirnya daripada al-Thauri daripada Musa binUqbah daripada Salim bin Abdullah daripada Ibnu Umar daripada Kaab. Menghukum riwayat Israiliyyat seperti ini sebagai marfu’ kepada Nabi SAW merupakan satu pendustaan dan rekaan yang dikaitkan oleh golongan Zindiq daripada kalangan Ahli Kitab sebagai satu pendustaan dan rekaan palsu.” Ibnu Kathir juga menyebut seperti ini di dalam Bidayah wa al-Nihayah.239 Kami berpendapat pandangan yang diberikan oleh Ibnu Kathir ini adalah pandangan yang benar yang tidak perlu kepada pandangan lain lagi.240

236

Al-Dar al-Manthur, jld. 1, hal. 97. Tafsir al-Tabari, jld. 1, hal. 364 Al-Alik al-Masnu’ah fi al-Ahadith al-Maudhu’ah, jld. 1, hal. 82 238 Ruh al-Ma’ani, jld. 1, hal. 341 239 Al-Badayah wa al-Nihayah,jld. 1,hal. 37 240 Dr.Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah, Isra’illiyyat Dan Hadith Palsu Dalam Kitab-Kitab Tafsir, Pencetakan Nasional Malaysia Berhad, (2006), Kuala Lumpur,hal. 214 237

100

Kisah al-Tabut

Antara israiliyyat yang tidak antara hak dan batil ialah yang ditafsirkan oleh kebanyakkan Mufassirin dalam tafsir mereka tetang kisah Tabut iaitu tentang kuasanya menjadikan seseorang sebagai raja bagi Bani Israil, penentangan mereka terhadapnya dan pemberitahuan oleh nabi kepada mereka tentang bukti yang menunjukkan kekuasaan Tabut. 241

Hal ini terdapat di dalam firman Allah S.W.T:

ُ‫سى و َءا ُل َه ُرونَ تَحْ ِملُهُ اْ ْل َملَئِكَة‬ َ ‫س ِكينَةٌ ِمن َّر ِبكُم َوبَ ِقيَّةٌ ِم َّما ت َ َركَ َءا ُل ُمو‬ َ ‫َوقَا َل لَ ُهم ْنَبِيُّ ُهم إِنَّ َءايَةَ ُم ْل ِك ِه أَن يَأْتِيَ ُك ُم التَّابُوتُ فِي ِه‬ )248( ‫إِنَّ فِى ذَ ِلكَ َألَيَةً لَ ُك ْم إِن كُنت ُم ُّمؤْ ِمنِين‬ Masudnya: “Dan Nabi mereka berkata lagi kepada mereka: Sesungguhnya tanda Kerajaan Talut itu (yang menunjukkan benarnya dari Allah) ialah datangnya kepada kamu peti Tabut yang mengandungi (sesuatu yang memberi) ketenteraman jiwa dari Tuhan kamu, dan (berisi) sebagai dari apa yang telah ditinggalkan oleh keluarga Nabi-Nabi Musa dan Harun, peti Tabut itu dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya peristiwa kembalinya Tabut itu mengandungi satu tanda keterangan bagi kamu, jika betul kamu orang-orang yang beriman.” (Surah al-Baqarah: 248) Ibnu Jarir, al-Tha`labi, al-Baghawi, Ibnu Kathir dan Sayuti di dalam Al-Dar alManthur dan Myfassirin lain di dalam tafsir mereka telah menyebut banyak akhbar daripada para sahabat dan tabi`in serta yang diriwayatkan daripada Wahab bin Munabbih dan Ahli Kitab yang telah memeluk Islam yang lain tentang cirri Tabut,bagaimana ia dating, apakah kandungannya dan trntang sifat ketenangan yang disebut di dalam ayat tersebut. Mereka telah menyebut tentang Tabut bahawa ia diperbuat daripada kayu syamsat yang ukurannya lebih kurang 3×2 hasta. Tabut ini berada pada Adam a.s sehingga baginda wafat, kemudian ia berada pada Nabi Syith a.s. Kemudian ia diwarisi oleh anak-anaknya hingga sampai ke Nabi Ibrahim a.s. Seterusnya ia berada pada Nabi Ismail a.s, Nabi Ya`akub a.s, pada Bani Israil sehinggalah sampai kepada Nabi Musa a.s. Ia dijadikan bekas tempat meletakkan Taurat dan peralatannya. Tabut ini berada di tangan Nabi Musa a.s sehingga baginda wafat. Seterusnya ia dipegang secara silih berganti oleh para nabi Bani Israil 241

Ibid, hal. 224

101

sehingga ke zaman Bangsa Syamwil. Ia berada di tangan mereka sehinggalah mereka ingkarkan Tuhan dan dikalahkan oleh golongan Amaliqah.242 Penjelasan ini sekalipun ada andaian benar atau dusta, akan tetapi kita tidak perlu kepadanya dan ia bukanlah menjadi suatu yang penting dalam menfsirkan ayat di atas. Beberapa orang Mufassirin berkata: “Sesungguhnya Tabut itu berada pada Bani Israil dan ia bukannya wujud sejak Nabi Adam a.s. Ia merupakan satu bekas kotak yang dijadikan oleh Nabi Musa a.s sebagai tempat menyimpan Taurat.”. Boleh jadi pendapat ini adalah lebih hampir kepada kebenaran. Begitu juga para Mufassirin banyak meriwayatkan tentang makna sakinah di dalam ayat. Diriwayatkan daripada Ali bin Abi Thalib r.a bahawa ia adalah angin putting beliung yang laju dan tidak menentu halanya. Angin itu mempunyai dua kepala dan mempunyai muka seperti muka manusia. Mujahid berkata: “Ia adalah sejenis haiwan seperti kucing yang mempunyai dua kepak dan ekor. Matanya ada cahaya. Apabila ia memandang kea rah tentera maka tentera itu akan kalah.”. Muhammad bin Ishak berkata dengan riwayat daripada Wahab bun Munabbih: “Sakinah ialah kepala kucing mati, apabila ia berteriak di dalam tabut dengan teriakan kucing maka para tentera itu yakin memperolehi kemenangan.” Ini merupakan antara khurafat dan dongengan Bani Israil. Diriwayatkan juga daripada Wahab bin Munabbih berkata: “Sakinah ialah ruh daripada Allah S.W.T yang boleh bercakap, apabila mereka berselisih dalam sesuatu perkara maka ia akan bercakap dan memberitahu mereka penjelasan apa yang mereka mahukan.”. Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas: Sakinah ialah besen yang diperbuat daripada emas yang digunakan untuk membasuh hati para nabi di dalamnya yang telah diberikan oleh Allah S.W.T kepada Nabi Musa a.s.243 Sebenarnya di dalam al-Qur`an tidak ada petanda yang menunjukkan kepada maknamakna tersebut dan tidak ada juga apa- apa keterangan yang dating daripada Nabi S.A.W menjelaskan tafsiran seperti itu. Semua ini hanyalah dating daripada berita Bani Israil yang dinukilkan kepada kita oleh Ahli Kitab yang telah memeluk Islam dan beberapa orang sahabat

242 243

Ibid, hal. 224-225 Ibid, hal. 225

102

dan tabi`in yang sumbernya adalah daripada Wahab bin Munabbih, Kaab al-Ahbar dan orang seumpama dengan mereka.244

Pembinaan Ka`bah Baitullah al-Haram Dan Hajar al-Aswad Sayuti banyak menyebut di dalam tafsirnya Al-Dar al-Manthur ketika menafsirkan firman Allah S.W.T: )127( ‫س ِم ْي ُع اْ ْلعَ ِلي ُم‬ ِ ‫َوإِذَا يَرفَ ُع إِب َْر ِه َم القَ َوا ِع َد ِمنَ البَ ْي‬ ْ ِ‫ت و إ‬ َّ ‫س َم ِعي َل َربَّنَا تَقَبَّل ِمنَّا إِنَّكَ أ َ ْنتَ ال‬ Maksudnya: “Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Ka`abah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami (amal kami), sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Baqarah: 127) Nukilan daripada al-Arzaqi dan para ahli sejarah seumpamanya yang menjadi seperti kayu api di waktu malam, tidak membezakan antara hadith sahih dan hadith bukan sahih berkenaan pembinaan Baitullah dan orang yang membinanya sebelum Nabi Ibrahim a.s. Adakah yang membinanya itu malaikat atau Nabi Ibrahim a.s.? Dari manakah datangnya Hajar al-Aswad serta kelebihan kedua-dua makhluk yang dinyatakan. Nukilan yang kebanyakkannya adalah terdiri dari israiliyyat yang diterima daripada Ahli Kitab telah memenuhi hampir beberapa belas halaman245 di mana yang sahih dan yang sabit tidak melebihi satu persepuluh daripada jumlah ini.246 Sekiranya Sayuti hanya berada berpada dengan riwayat sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari di dalam Sahihnya247 dan yang diriwayatkan oleh selain beliau dari kalangan ulama` muktabar nescaya akal kita akan tenang dan rehat serta jiwa tidak akan diracuni dan dirosakkan oleh semua israiliyyat yang tidakk kita perlukan ini kerana kita telah mempunyai kisah yang mutawatir datangnya daripada al-Quran dan yang sabit melalui al-Sunnah yang sahih. Sebenarnya Ilmu Jarir adalah sederhana dalam menyebut israiliyyat berkaitan hal ini,

244

Ibid, hal. 225-226 Al-Dar al-Manthur, jld. 1, hal. 102-103 246 Op.cit, hal. 221-222 247 Sahih Bukhari, Kitab Hadith Anbiya’ bab )‫)واتّخذ هللا إبراهيم خليال‬ 245

103

sekalipun beliau tidak terselamat dari menyebut beberapa daripadanya. Contohnya ialah seperti kisah yang diriwayatkannya dengan sanad daripada Abdullah bin Umar bin al-As telah berkata : “ Apabila Allah SWT menurunkan Adam a.s daripada syurga, Dia berkata : Sesungguhnya aku menurunkan bersama-sama engkau sebuah rumah yang akan dikelilingi oleh manusia sebagaimana malaikat mengelilingi di arash Aku.” Apabila sampai dalam banjir besar, Allah SWT telah mengangkatnya. Para nabi telah menunaikan haji di tempatnya tetapi mereka tidak mengetahui di mana tempatnya.248 Sehinggalah Allah SWT menempatkan Ibrahim a.s telah membinanya daripada lima bukit: dari Bukit Hira’, Bukit Thubir, Bukit Lubnan, Bukit Thur, dan Bukit Khamar.249 Yang lebih menghairankan daripada itu ialah kisah yang diriwayatkan olehnya dengan sanad daripada Ata’ bin Abi Rabah telah berkata: “Apabila Allah SWT menurunkan Adam a.s daripada syurga, kedua kakinya berada di bumi dan kepalanya di langit, dia mendengar percakapan dan doa penghuni langit. Dia semakin rapat kepada penghuni langit sehingga malaikat takut kepadanya, lalu mereka mengadu kepada Allah SWT di dalam doa dan sembahyang mereka. Maka Allah SWT menghalakannya ke Mekah. Di mana tempat sebelah kakinya meliputi sebuah kampung dan langkahnya menjangkau hingga ke Mekah. Allah SWT menurunkan batu zamrud daripada syurga. Ia terletak pada tempat Baitullah sekarang dan ia masih dikelilingi oleh manusia sehinggalah Allah SWT menurunkan banjir besar, maka batu zamrud itu telah diangkat. Sehingga Allah SWT mengutuskan Nabi Ibrahim a.s lalu dia membinanya.” Itulah maksud firman Allah SWT )‫)واذ بوأنا ْلبراهيم مكان البيت‬.250 Dan pelbagai kisah dan riwayat seumpama ini bersumber daripada berita dan khurafat Bani Israil. Tidak ada satu hadis yang sahih datang daripada Nabi Muhammad SAW yang maksum. Moga-moga Allah SWT merahmati Imam Ibnu Kathir, beliau telah menjelaskan kepada kita kebanyakkan tempat ambilan riwayat-riwayat yang merupakan rekaan Bani Israil dan yang diserapkan oleh golongan Zindiq dari kalangan mereka. Ibnu Kathir telah berkata mengikut yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi di dalam Al-Dalail melalui saluran daripada Abdullah bin Amru bin al-As daripada Nabi SAW, Ibnu Kathir berkata : “ ia merupakan antara kata-kata Ibnu Lahi’ah dan dia seorang dhaif. Ia lebih hampir kepada hukum mauquf kepada Abdullah bin Amru bin al-

248

Penulis tidak tahu bagaimana mereka menunaikan haji padanya sedangkan mereka tidak tahu di mana tempatnya. 249 Dr. Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah, Isra’iliyyat Dan Hadith Palsu Dalam Kitab-Kitab Tafsir, Pencetakan Nasional Malaysia Berhad,(2006), Kuala Lumpur, hal. 222 250 Tafsir Ibn Jarir, jld. 1, hal. 428-429

104

As. Ia diambil daripada dua kitab yang dijumpainya ketika Peperangan Yarmuk dan Abdullah telah menceritakan kisah yang didapatinya di dalam kitab itu.”251 Ibnu Kathir berkata di dalam Bidayah wa Nihayah karangannya: “ Tidak ada terdapat dalam hadith sahih daripada Nabi SAW bahawa Baitullah telah dibina sebelum Nabi Ibrahim a.s. Sesiapa yang berpegang dalam menafsirkan ayat ini dengan perkataan (MAKAN AL BAITI) maka ia tidak boleh digunakan secara zahir kerana maksudnya ialah tempat yang ditetapkan di dalam ilmu Allah SWT yang telah ditentukan dalam kekuasaan-Nya yang diagungkan oleh para nabi sejak dari Nabi Adam a.s hingga ke zaman Nabi Ibrahim a.s.”252

251 252

Tafsir Ibn Kathir wa al-Baghawi, jld. 1, hal. 316, Cetakan al-Manar, dan Fathul Bari, jld. 6, hal 310 Al-Bidayah wa al-Nihayah, jld. 1, hal. 163, jld. 2, hal. 299

105

BIBLIOGRAFI RUJUKAN AL-QUR’AN Tafsir al-Qur’an al-Karim: Tafsir Pimpinan Al-Rahman Kepada Pengertian al-Qur’an H. Zainuddin Hamidy Fachruddin Hs, Tafsir Quran, Klang Book Center, Selangor, Al-Tabari Ibn Jarir, (1995), Jami’ al Bayan ‘An Ta’wil Ay Al-Qur’an RUJUKAN BAHASA ARAB Dr. Muhammad Abu Syahbah, A’lam al-Muhaddithin, t.t, Dar al-Kutaib Al-Arabi, Mesir Dr. Muhammad Husayn Zahabi, Tafsir Wal Mufassirun, t.t, Kaherah Dr. Muhammad al-Zuhailiy, Al-Imam al-Tabari, (1990), Dar al-Qalam, Damsyik A’lam Abu Abdullah Syamsuddin Az-Zahabi, Tazkirat al-Huffaz Dr. Muhammad Rawas Qai’ah Ji’, Mausu’ah Feqah al-Tabari Wa Hamad Bin Abi Sulaiman, Dar al-Nafa’is Abdul Qadir Zumamah, Mu’jam Tafasir al-Qur’an al-Karim, Dar al-Baidha’ Dr. Muhammad Ibrahim Abd Rahman, Al-Tafsir al-Nawawi Lil Qur’an al-Karim Wa Mauqif al-Mufassirun Minhu, (1995), Maktabah al-Saqafah al-Diniah Ya’qut al-Mamawi, Mu’jam al-Udaba’,(1993), Dar al-‘Urub al-Islamiy Nasa’i al-Jalaluddin al-Suyuti, Sunan al-Nasa’i, t.t, Dar al-Ma’rifah, Beirut RUJUKAN KAMUS Muhammad Idris Abd. Rauf al-Marbawi, Kamus al-Marbawi, t.t, (Cet. 4), Dar al-Fikr, Beirut RUJUKAN BAHASA MELAYU Dr. Muhammad Bin Muhammad Abu Syahbah, Israiliyyat Dan Hadith Palsu Dalam KitabKitab Tafsir, Pencetakan Nasional Malaysia Berhad, Kuala Lumpur Dr. Rosmawati Ali, Pengantar Ulum Al-Qur`an, Pustaka Salam, Kuala Lumpur

106

RUJUKAN LATIHAN ILMIAH Muzirah Binti Osman @ Marzuki, Ibn Jarir: Satu Kajian Kepada Sumbangan Beliau dalam Bidang Tafsir (Di Pusat-Pusat Pengajian Tinggi Di Malaysia Sebagai Contoh), Latihan Ilmiah untuk memperolehi keperluan ijazah Sarjana Muda Usuluddin sesi 1999/2000.

More Documents from "imam zamrudi"