Jalan Lasak Dan Pandu Arah

  • Uploaded by: sharmimiameerasanady
  • 0
  • 0
  • January 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Jalan Lasak Dan Pandu Arah as PDF for free.

More details

  • Words: 817
  • Pages: 7
Loading documents preview...
JALAN LASAK DAN PANDU ARAH TUJUAN 1. mewujudkan pengurusan aktiviti pandu arah dengan lebih berkesan dan mengikut prosedur yang ditetapkan. 2. mempunyai sistem pengurusan aktiviti panddu arah yang mantap. 3. melaksanakan aktiviti yang terancang mengikut prosedur pengendalian aktiviti. PERATURAN & PERSEDIAAN 1. Kebenaran •

Sebelum kita memulakan sesuatu aktiviti perkhemahan, perkara yang amat penting sekali ialah memohon kebenaran. Kebenaran daripada ibu bapa ataupun penjaga adalah perlu dan kita harus memaklumkan mengenai aktiviti serta tujuannya kepada mereka ataupun orang yang terdekat dengan kita.

2. Persediaan Alatan  Titik kawalan (control point) •

Suatu tanda kedudukan yang telah ditentukan diatas peta yang perlu dilawati oleh peserta.



Biasanya merupakan ciri-ciri muka bumi atau ciri-ciri buatan manusia yang jelas.



Titik kawalan bukanlah “check-point” kerana ia tiada penjaga dititik.

 Penanda Kawalan •

Tujuannya bagi membantu peserta tiba ke destinasi yang betul.



Suatu objek yang diperbuat daripada kain berwarna merah muda dan putih sebagai tanda yang diletakkan di Titik kawalan (dalam lingkungan 10m).



Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang (puncher) yang unik.

 Kad Kawalan •

Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad kawalan ketika menyertai acara sebagai bahan bukti atau pengesahan.



Dalam kad ini akan dicatatkan nama peserta serta masa bermula (start time) dan tersedia petak-petak untuk ditebuk apabila sampai di titik kawalan nanti.



Kad ini perlu diserahkan kepada penjaga masa di garisan penamat untuk mencatat masa penamat.

 Peta utama •

Peta yang telah ditandakan dengan landasan dan disertakan dengan keterangan kawalan.



Landasan ini akan disediakan oleh Perancang Landasan

 Keterangan Kawalan •

Keterangan asas sebagai panduan titik-titik (control description) kawalan berkenaan. Butirbutir yang disenaraikan adalah siri titik kawalan, kod kawalan dan keterangan mengenai kedudukan titik kawalan.



Diperingkat antarabangsa, keterangan tidak ditulis dalam bentuk ‘teks’ tetapi dalam bentuk kod/gambar rajah.

 Landasan •

Landasan adalah panduan arah perjalanan dari permulaan titik kawalan ke titik kawalan yang lain hingga ke penamat. Landasan ini akan dilukis diatas peta utama dan akan disalin oleh peserta kemudiannya.



Tanda yang berkenaan landasan adalah :

   

Titik permulaan ditandakan dengan tiga segi. Titik kawalan dengan tanda bulatan. Titik penamat dengan tanda 2 bulatan bertindih. ‘Leg’ adalah perjalanan diantara 2 titik kawalan.

KOMPAS •

Untuk menentukan arah.



Dijadikan panduan asas bagi ahli-ahli pengembara menentukan hala tuju di dalam hutan.



Kompas hendaklah digunakan dengan teliti bagi mendapatkan arah yang tepat.

Kompas bearing sudut:

Diukur mengikut arah pusingan jarum jam dan jumlah sudutnya ialah 360 darjah.

Kompas mata angin 16

Berpandukan empat mata angin yang utama.

Perkara-perkara penting semasa guna kompas i.

Memeriksa bearing kompas (arah yang hendak dituju) bagi memastikan arah yang betul dan tepat.

ii.

Tentukan sesuatu objek sebagai tanda supaya anda boleh terus menghala ke arah yang hendak dituju dengan mudah, misalnya pokok besar, benda yang ganjil atau gatu besar yang berada di persekitaran.



Langkah-langkah bagi mencari kedudukan sesuatu tempat di atas peta:

i.

letakkan peta di atas permukaan yang rata.

ii.

tandakan kedua-dua tempat yang hendak dicari bearing sudutnya, misalnya A dan B.

iii.

lukiskan kedudukan arah mata angin utara selata. ini dapat dilakukan dengan melukis garisan yang selari dengan mana-mana garisan gred yang berhampiran.

iv.

sambungkan kedua-dua titik A dan B dengan satu garis lurus.

v.

Gunakan jangka sudut bagi mengukur sudut bermula dari utara mengkut arah pusingan jarum jam sehingga ke garisan yang menyambungkan kedua-dua titik tersebut.



Aktiviti penggunaan kompas

I.

mengenal arah mata angin.

II.

mencari arah mata angin.

III.

mencari arah kiblat.

IV.

praktikal mencari bearing (arah mata angin).

V.

latihan di kawasan sekolah.

VI.

menggunakan peta.

VII.

merintis hutan menggunakan kompas.

VIII.

pertandingan mencari bearing di hutan.

IX.

mencari harta karun.

X.

aktiviti orienteering atau pandu arah.

Peta topografi

Peta topografi dengan garisan kontur

Peta Topografi ialah peta yang menunjukkan keadaan muka bumi sesebuah kawasan, selalunya menggunakan garisan kontur dalam peta moden. Peta topografi mestilah mempunyai garisan lintang dan garisan bujur dan titik pertemuannya menghasilkan koordinat. Koordinat ialah titik persilangan antara garisan lintang dan bujur. Peta topografi yang piawai biasanya menggunakan skala 1:50,000. Skala begini dapat menunjukkan sesebuah kawasan seluas Putrajaya dengan lebih lengkap dan sempurna. Peta topografi memiliki beberapa kesamaan dan perbezaan dengan peta rupa bumi.

Mengesan tanda dan simbol  

Tanda dapat dilakukan dalam pelbagai bentuk seperti batu, ranting, anak panah, lakaran atas pokok dsb. Pelbagai jenis simbol juga dapat dicipta.

Laporan Pengembaraan  Disediakan oleh setiausaha aktiviti.  Melaporkan mengenai aktiviti ini kepada balai polis ataupun ranjer taman yang bertugas ditempat yang anda hendak tuju untuk memaklumkan mereka bahawa aktiviti perkhemahan akan dilakukan di dalam kawasan mereka. Tujuannya adalah untuk memudahkan mereka untuk membuat rondaan keselamatan ataupun melakukan kerjakerja menyelamat sekiranya anda memerlukanbantuan. Bukan itu sahaja, mungkin mereka juga boleh memberikan penerangan yang lebih terperinci mengenai keadaan kawasan tersebut.     

Kandungan adalah seperti maklumat umum iaitu masa, tempat, aktiviti. Lakaran kawasan peta jalan lasak disertakan. Catatan perjalanan. Pembahagian tugasan ahli. Gambar-gambar sepanjang aktivti jalan lasak disertakan.

Related Documents


More Documents from "Ah Chuan"