Jenis-jenis Nilai

  • Uploaded by: Lihui Goh
  • 0
  • 0
  • March 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Jenis-jenis Nilai as PDF for free.

More details

  • Words: 2,663
  • Pages: 10
Loading documents preview...
1.0

Pengenalan Sebagaimana yang kita ketahui, perkataan “nilai” merupakan satu

perkataan yang mempunyai makna yang luas. Dengan merujuk kepada kamus dewan, nilai ditafsirkan dalam pelbagai aspek termasuk ekonomi, bahasa, matematik, muzik, seni lukis, kualiti, mutu, taraf dan nilai moral. Sekiranya kita lihat dari aspek kepentingan, perkataan nilai didefinisikan sebagai kepentingan atau kegunaan yang sepenuhnya bagi sesuatu benda atau perkara. Nilai dilihat dari sudut prinsip ditafsirkan sebagai prinsip seseorang tentang apa yang betul dan apa yang salah atau idea tentang apa yang penting dalam kehidupan. Fokus utama dalam Pendidikan Moral ialah terhadap nilai moral. Semua objek atau perkara mempunyai nilainya yang tersendiri tetapi tidak semestinya merupakan nilai moral. Sebagai contohnya, taman bunga yang cantik mempunyai nilai estetik tetapi menjaga kebersihan dan kecanikan taman bunga itu merupkan nilai moral. Menurut Koo & Tan (1990:70), nilai merupakan standard dan prinsip dalam mempertimbangkan harga sesuatu benda sebagai baik, berfaedah, diingini, berharga atau sebaliknya iaitu buruk, tidak berfaedah, dibenci atau di antara kedua pola ini, iaitu sederhana. Sebenarnya, menilai sesuatu perkara sama ada baik atau buruk merupakan penilaian yang dibuat oleh akal manusia mengikut piawaian mereka yang tersendiri. Oleh itu, wujudlah pelbagai kegunaan nilai. Secara umunnya, terdapat 6 jenis nilai utama yang sering digunakan oleh individu dalam pelbagai konteks, antaranya ialah nilai instrumental (nilai ekstrinsik), nilai intrinsik, nilai subjektif, nilai objektif, nilai relatif dan nilai mutlak. Individu akan menggunakan sesuatu nilai dalam pelbagai konteks dan cara. Hal ini disebabkan nilai amat penting dalam memantau kelakuan seseorang individu. Secara amnya, nilai bertindak sebagai ukuran yang membantu individu mengenal pasti kedudukannya dalam sesuatu isu moral dan menjadikan piawai bagi seseorang untuk bertindak. Pada masa yang sama, nilai juga berfungsi sebagai panduan untuk menyelesaikan konflik serta mengekalkan kesejahteraan masyarakat. Oleh itu, kita haruslah jelas tentang konsep-konsep nilai ini dan menjadi seseorang individu yang bermoral.

2.0

Jenis-jenis Nilai

2.1

Nilai Subjektif Nilai Subjektif didefinisikan sebagai nilai atau kualiti yang diterima atau

ditolak oleh seseorang individu dengan berdasarkan kepada pandangannya sendiri terhadap sesuatu benda atau perkara. Dengan kata lain, nilai subjektif adalah berasal daripada “dunia dalaman” individu, iaitu berpunca daripada dalaman individu dan merupakan suara hati seseorang yang tersendiri. Oleh itu, nilai subjektif yang dimiliki oleh setiap individu adalah berbeza kerana setiap individu mempunyai pandangan yang berbeza. Nilai sebjektif ini akan dipengaruhi oleh latar belakang, sikap, status ekonomi, umur, jantina, kebiasaan, budaya, adat, dan agama seseorang yang berbeza-beza dalam dunia ini. Justeru itu, nilai subjektif yang dipegang oleh seseorang individu mungkin dipersetujui atau tidak dipersetujui oleh orang yang berlainan. Berdasarkan penjelasan di atas, boleh kita dapati bahawa nilai subjektif mempunyai beberapa fungsi yang penting. Nilai subjektif yang dipegang oleh seseorang individu akan menyampai beberapa mesej kepada orang lain mengenainya. Yang pertama adalah nilai subjektif akan membayangkan keinginan, minat dan harapan seseorang individu terhadap sesuatu benda atau perkara. Contoh yang boleh kita lihat adalah terdapat sesetengah orang yang mempunyai keinginan untuk mengejar produk berjenama tetapi bukan semua orang berbuat demikian. Selain itu, nilai subjektif juga dapat membayangkan perasaan gemar atau tidak gemar seseorang individu terhadap sesuatu perkara atau benda. Contohnya, bukan semua individu gemar menggunakan mesin basuh untuk membersihkan baju. Sesetengah orang menganggap mesin basuh memudahkan kerja tetapi sesetengah orang pula menganggap mesin basuh tidak dapat membersihkan baju dengan sepenuhnya. Oleh itu, kita boleh merumuskan bahawa apa yang baik bagi satu pihak mungkin diterima atau ditentang oleh pihak yang lain mengikut perspektif nilai subjektif. Ini bermaksud kualiti ini boleh diterima atau ditolak oleh seseorang yang memberi pandangan citarasa peribadi. Terdapat banyak contoh yang boleh dikaitkan dengan nilai subjektif, contoh yang dipilih ialah isu pemilihan kerjaya remaja lepasan SPM/STPM.

Secara umumnya, terdapat pandangan yang berbeza mengenai peranan ibu bapa dalam membantu anak mereka memilih kerjaya yang sesuai. Sesetengah pihak berpendapat bahawa ibu bapa perlu memberi bantuan kepada anak mereka untuk membuat pilihan. Hal ini disebabkan remaja yang baru tamat pengajian tidak jelas tentang alam pekerjaan yang sebenar. Sekiranya mereka memilih kerjaya dengan minat dan keinginan sendiri sahaja, kerjaya itu mungkin tidak dapat memberi rezeki kepada mereka. Contoh kerjaya yang sering dibincang dan dipertikaikan termasuk artis, pelukis, pereka fesyen dan peniaga. Kerjaya-kerjaya ini mampu memberi rezeki yang tinggi hanya dengan syarat mereka yang terlibat mendapat pencapaian yang tinggi dan cemerlang. Oleh itu, sesetengah ibu bapa berasa risau dengan masa depan anak mereka dan sering meminta anak mereka mengikut kerjaya yang telah mereka pilih. Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah remaja yang tidak berpandangan demikian dan meinginkan kebebasan yang sepenuhnya dalam memilih kerjaya sendiri. Hal ini disebabkan mereka berharap dalam terlibat dengan pekerjaan yang diminati dan bukan demi mencari rezeki sahaja. Di samping itu, mereka juga mempunyai keyakinan diri yang tinggi untuk terlibat dengan kerjaya yang dipillih.

2.2

Nilai Objektif Nilai objektif merupakan kualiti yang bernilai atau berbaliknya yang

bebas daripada pilihan peribadi. Nilai yang diterima atau ditolak adalah berdasarkan pengalaman dalaman yang dialami atau berpunca dari aspek luar yang dipersetujui oleh kebanyakkan orang. Dengan kata lain, nilai objektif terbentuk apabila nilai tersebut diterima atau ditolak oleh majoriti berdasarkan satu set kriteria. Oleh itu, nilai objektif adalah terbalik dengan nilai subjektif yang bergantung pada pandangan peribadi seseorang individu. Nilai objektif adalah sangat rigid dan tidak boleh dinafikan kebenarannya. Sama seperti nilai subjektif, nilai objektif juga mempunyai fungsinya yang tersendiri. Nilai objektif mempunyai peranan dalam menegaskan bahawa setiap objek atau perkara mempunyai bentuk dan kegunaan

tersendirinya. Dengan dapat mengenalpasti bentuk atau kegunaan objek, maka kita dapat membuat pertimbangan selanjutnya. Sebagai contohnya, setiap orang bersetuju bahawa penggunaan kalkulator dapat memudahkan kerja pengiraan yang rumit. Kita dapat lihat penggunaan kalkulator amat meluas seperti penggunaan dalam mata pelajaran matematik, pengiraan jumlah bayaran dalam restaurant, mini market, kedai-kedai dan ramai lagi. Tidak dapat kita nafikan bahawa penciptaan kalkulator memudahkan kerja kita. Oleh itu, penggunaan kalkulator mengambarkan satu nilai objektif yang diterima oleh kebanyakan orang. Bagi contoh nilai objektif yang dititikberatkan dalam masyarakat kini adalah seperti isu rusuhan kaum perlu dielakkan. Nilai ini amat penting dalam menjamin perpaduan negara terutamanya bagi negara yang diduduki pelbagai kaum seperti Malaysia, Indonesia, Amerika Syarikat dan Singapura. Secara umumnya, rusuhan kaum berlaku disebabkan oleh faktor kekurangan sikap toleransi dan hormat-menghormati antara kaum yang berlainan adat dan budaya. Rusuhan kaum akan mengakibatkan kehilangan nyawa dan menjejaskan kesejahteraan negara. Contoh kejadian yang berlaku adalah peristiwa 13 Mei 1969 di Malaysia yang menjadi detik hitam bagi masyarakat kita. Rusuhan kaum akan memecah-belahkan rakyat jelata dan mengehadkan pembangunan ekonomi negara. Oleh itu, rusuhan kaum perlu dielakkan dengan mengamalkan sikap toleransi dan hormat-menghormati antara satu sama lain.

2.3

Nilai Instrumental (Ektrinsik) Nilai instrumental atau dipanggil sebagai nilai ektrinsik merupakan nilai

yang memerlukan kepada nilai lain untuk mencapai sesuatu matlamat. Dengan kata lain, nilai instrumental mewakili kualiti yang diterima atau ditolak sebagai alat mencapai sesuatu matlamat. Nilai instrumental ini adalah nilai peringkat kedua, misalnya berani, rajin, dan hormat-menghormati. Oleh itu, nilai instrumental merupakan pembentukan suatu nilai bagi mewujudkan satu nilai yang lain. Sehubungan dengan itu, matlamat atau objektif sesuatu perkara dapat dicapai dengan pembentukan nilai yang memerlukan nilai yang

lain. Secara amnya, nilai instrumental memerlukan faktor luaran yang merangsangkan nilai tersebut terbentuk. Fungsi utama nilai Instrumental adalah digunakan sebagai satu kepiawaian kepada apa

yang

dilaksanakan serta membantu dalam

menunjukkan arah kepada suatu matlamat. Sebagai contohnya, seseorang mengamalkan nilai instrumental sekirannya dia menghormati pengurus atau bosnya. Dia akan menurut arahan mereka dan menyempurnakan tugas yang diberi. Dengan nilai ini yang diamalkan, seseorang itu mempunyai matlamat agar memberi tanggapan yang baik kepada bosnya dan seterusnya mempunyai peluang untuk dinaikkan pangkat. Matlamat itu akan menjadi faktor luaran yang menyebabkan pembentukan nilai instrumental. Selain itu, nilai instrumental juga menjadi penentu dalam membuat pilihan dan tindakan. Akan tetapi, nilai ini menegaskan unsur teguh beriman dan bertakwa dalam setiap tindakan. Seterusnya, contoh yang dapat dipetik dalam kehidupan seharian adalah seperti situasi guru yang mendenda pelajar yang mempunyai kesilapan dalam kerja rumah. Contohnya, Mei Ling sering menulis salah perkataan Bahasa Cina yang sudah diajar. Oleh itu, guru mata pelajaran Bahasa Cina mendenda Mei Ling untuk menulis perkataan-perkataan yang salah sebanyak dua puluh kali. Tindakan guru sebenarnya adalah untuk memberi peluang kepada Mei Ling untuk berlatih dan menulis perkataan dengan betul supaya dia dapat mengingati cara penulisan perkataan tersebut. Pada masa yang sama, tindakan guru sebenarnya dapat memberi pengajaran kepada Mei Ling supaya menumpukan perhatian semasa guru mengajar dan menulis perkataan dengan teliti. Tindakan ini dapat membantu Mei Ling mengubah kelemahannya dan meningkatkan prestasi Mei Ling pada masa depan.

2.4

Nilai Instrinsik Nilai instrinsik boleh didefinisikan sebagai nilai yang tidak perlu

bergantung kepada nilai lain untuk mencapai matlamatnya. Hal ini disebabkan nilai itu sendiri merupakan matlamat yang terakhir. Oleh itu, kualiti bagi nilai ini diterima atau ditolak semata-matanya ia berniat baik atau buruk dan tanpa mengira kesannya. Dengan kata lain, tiada faktor luaran yang merangsang pembentukan nilai ini dan pembentukannya adalah disebabkan oleh faktor dalaman seseorang individu. Tiada matlamat atau tujuan lain yang ingin dicapai menerusi nilai instrinsik. Nilai ini merupakan nilai peringkat pertama, misalnya baik hati, kasih sayang, keadilan dan sebagainya. Nilai instrinsik mempunyai fungsi tersendiri, antaranya ialah menjadi penentuan dalam membuat pilihan atau tindakan. Sebagai contohnya, seseorang individu memilih untuk memaafkan orang yang melukai hatinya semata-matanya kerana dia baik hati dan pemaaf. Dia tidak berniat untuk mendapatkan apa-apa faedah menerusi tindakannya. Selain itu, nilai ini juga menegaskan menyempurnakan tugas dan amanah serta mengutamakan keadilan

dalam

setiap

perbuatan.

Contohnya,

seorang

hakim

akan

menjatuhkan hukuman kepada pesalah mengikut keputusan para anggota juri dan undang-undang. Beliau tidak berniat untuk menganiayi atau membantu pesalah tersebut. Oleh itu, tindakan tersebut menggambarkan bahawa beliau telah menjalankan tugasnya dengan adil dan saksama tanpa dipengaruhi oleh faktof lain. Nilai instrinsik yang diamalkan adalah seperti kejujuran. Contoh situasi adalah seperti Susan merupakan ketua kelas 3C. Pada suatu hari, rakan Susan, John telah memecahkan tingkap bilik kelas kerana bermain bola dalam kelas semasa waktu rehat. John meminta Susan menolongnya dengan tidak memberitahu kejadian ini kepada guru. Walaupun John merupakan kawan baik Susan, tetapi selaku ketua kelas, Susan tetap memberitahu guru kejadian ini dengan jujur. Keputusan yang diambil oleh Susan tidak dipengaruhi oleh permintaan rakannya. Contoh ini menyampaikan nilai kejujuran yang diamalkan oleh Susan sepatutnya diamalkan juga oleh John dan perlu dicontohi oleh semua remaja.

2.5

Nilai Relatif Secara umumnya, nilai relatif boleh diterangkan sebagai nilai yang

diterima atau ditolak dengan berdasarkan peraturan masyarakat untuk mencapai matlamat masyarakat. Nilai relatif ini adalah bersifat arbitrari, iaitu tidak tertentu, tidak sempurna dan berbeza antara masyarakat yang berlainan. Dengan kata lain, nilai relatif ini boleh berubah mengikut masa dan fahaman mengenai benar atau salah bagi suatu topik yang dibincangkan. Biasanya, nilai relatif adalah berbeza mengikut masyarakat atau negara. Hal ini disebabkan nilai yang dipegang oleh sesuatu masyarakat atau negara mungkin tidak sesuai untuk diaplikasikan di negara yang berlainan. Perkara ini biasanya dipengaruhi oleh kebiasaan, agama, budaya, dan kepercayaan masyarakat tersebut. Nilai relatif memainkan peranan penting dalam membolehkan semua manusia membentuk nilai norma masyarakat yang berbeza mengikut kesesuaian pandangan masyarakat masing-masing. Oleh itu, nilai relatif menjamin keharmonian sedunia kerana nilai relatif yang diamalkan oleh masyarakat lain tidak boleh dianggap salah walaupun nilai tersebut tidak diamalkan oleh masyarakat yang berbeza. Sebagai contohnya, masyarakat India tidak menjadikan lembu sebagai sumber makanan kerana kepercayaan mereka menyatakan lembu merupakan haiwan yang suci dan melambangkan dewa mereka. Walau bagaimanapun, masyarakat yang lain seperti Cina dan Melayu tetap menjadikan lembu sebagai sumber makanan kerana berlain kepercayaan. Tindakan mereka tidak boleh dianggap salah kerana nilai relatif adalah dibentuk berdasarkan peraturan agama masing-masing. Di samping itu, nilai ini mampu mengubah nilai norma masyarakat mengikut masalah yang dihadapi dan juga pemikiran manusia. Nilai relatif yang berdasarkan pandangan digunakan untuk menggantikan nilai atau norma masyarakat yang tidak sesuai atau kurang relavan. Contoh yang boleh kita lihat pada zaman sekarang adalah pendidikan dalam kalangan wanita. Pada zaman dahulu, wanita tidak digalakkan untuk belajar kerana kedudukan sosial yang rendah. Perkara ini semakin ditentang mengikut peredaran masa kerana amalan ini adalah tidak adil bagi wanita. Oleh itu, nilai ini sudah tidak

dipegang pada zaman sekarang dan isu pendidikan dalam kalangan wanita merupakan perkara yang biasa serta digalakkan oleh kebanyakan orang. Seterusnya, contoh bagi nilai relatif ini dapat dilihat menerusi isu pengguguran bayi. Sebagaimana yang kita ketahui, tindakan pengguguran bayi adalah salah dari segi undang-undang Malaysia. Pengguguran bayi ini dianggap

sebagai

satu

tindakan

yang

sangat

kejam

dan

tidak

berperikemanusian oleh masyarakat kita. Hal ini disebabkan tindakan ini sama seperti membunuh dan setiap bayi mempunyai hak untuk memulakan kehidupan. Walau bagaimanapun, tindakan pengguguran bayi dibenarkan di sesetengah negara seperti negara Amerika Syarikat. Tindakan ini dapat diluluskan dari segi undang-undang Amerika Syarikat disebabkan pihak pentadbir mempunyai pandangan bahawa dengan kelulusan undang-undang ini, isu pembuangan bayi akan dapat dikurangkan. Selain itu, terdapat sesetengah wanita berhamil adalah disebabkan dirogol. Oleh itu, undangundang ini juga dapat membantu mangsa-mangsa kes rogol untuk menjalani kehidupan yang baharu. Menerusi contoh ini, kita dapat melihat perbezaan pandangan oleh negara yang berbeza dan itu yang merupakan nilai relatif.

2.6

Nilai Mutlak (Absolute) Nilai Mutlak merupakan nilai yang dihargai dan tidak terikat kepada

sesuatu kebiasaan bagi sesebuah masyarakat. Segala idea atau fakta yang diterangkan oleh nilai mutlak dapat diterima secara umun oleh semua masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama. Hal ini disebabkan nilai mutlak telah diuji atau terbukti samada ia baik ataupun buruk dan tidak akan dipersoalkan lagi. Nilai ini adalah berkekal sepanjang masa dan di semua tempat serta hampir sama bagi semua situasi norma masyarakat. Biasanya, nilai tersebut telah diamalkan dalam suatu jangka masa yang panjang dari zaman dahulu hingga sekarang. Dari segi peranannya, nilai ini berfungsi sebagai satu standard yang konsisten dan kukuh bagi seseorang individu atau masyarakat untuk bertindak supaya tindakan mereka adalah berhala niat baik dan betul serta

dapat diterima oleh pihak lain. Contohnya, menghormati hak golongan kurang berupaya merupakan nilai mutlak yang menerangkan semua individu perlu menerima golongan ini tanpa diskriminasi. Perbuatan ini adalah berniat baik dan betul kerana golongan ini juga merupakan insan ciptaan Tuhan yang setaraf dengan semua orang. Selain itu, nilai mutlak juga berperanan untuk sebagai batasan terhadap perbuatan dan kelakuan individu supaya seseorang dapat bertindak secara rasional dan tidak keterlaluan. Sebagai contohnya, setiap masyarakat mengamalkan nilai menghormati ibu bapa. Tindakan seperti memarahi dan mendera ibu bapa adalah dilarang sama sekali dan tidak boleh dilakukan oleh semua orang. Dalam kehidupan seharian, contoh nilai mutlak yang dipegang oleh semua individu adalah seperti menjaga kebersihan dan keharmonian alam sekitar. Semua individu tanpa mengira agama, bangsa dan budaya, bersetuju bahawa kita mesti menjaga alam sekitar kita kerana kita hanya mempunyai satu bumi. Alam sekitar yang bersih dan harmoni akan menjamin keselesaan hidup semua pendudukannya. Oleh itu, pelbagai usaha telah dilaksanakan bagi merealisasikan harapan ini. Sebagai contohnya, penghasilan petrol kenderaan tanpa plumbun, amalan kitar semula, mengurangkan penggunaan beg plastik dan sebagainya merupakan tindakan yang telah diambil oleh penghuni dunia ini bagi menjaga alam sekitar. Hakikatnya, usaha melindungi bumi kita akan sentiasa dilakukan sehingga ke masa depan dan disokong oleh semua individu.

3.0

Kesimpulan Setelah meneliti keenam-enam jenis nilai di atas, kita boleh membuat

kesimpulan bahawa terdapat tiga konteks utama yang boleh membantu kita memahami sesuatu nilai. Pertama sekali adalah nilai yang digunakan untuk menunjukkan hubungan antara nilai, iaitu nilai instrumental atau dipanggil nilai ekstrinsik dan nilai Intrinsik. Nilai instrumental merupakan nilai yang bergantung kepada nilai lain untuk mencapai sesuatu matlamat manakala nilai intrinsik tidak mengambil kira kesannya kerana nilai sendiri tersebut sebagai matlamat yang terakhir. Seterusnya merupakan nilai yang digunakan untuk menunjukkan pandangan seseorang terhadap nilai, iaitu nilai subjektif dan nilai objektif. Nilai subjektif akan ditaksif mengikuti pandangan seseorang individu. Sebaliknya, nilai objektif adalah berdasarkan satu set kriteria yang dipersetujui oleh semua orang. Yang terakhir, nilai digunakan untuk menunjukkan apa yang dinilai, iaitu nilai relatif dan nilai mutlak. Nilai relatif tidak sempurna, tidak tertentu dan berbeza-beza antara masyarakat yang berlainan. Namun, nilai mutlak adalah diterima umum dan telah diuji atau terbukti sebagai baik atau buruk serta tidak akan dipertikaikan lagi. Sehubungan dengan itu, kita perlu faham bahawa terdapat sesetengah nilai yang boleh berubah dan kadang-kadang berbeza di antara seseorang dengan yang lain atau sesuatu masyarakat dengan masyarakat yang lain. Oleh itu, kita perlu memahami fungsi nilai iaitu satu piawai yang konsisten agar kita dapat bertindak dengan baik, betul dan boleh diterima dalam masyarakat kita. Dengan itu, kita akan dapat menjadi seorang yang bermoral dan mengetahui apa yang boleh dilakukan serta menilai kemoralan diri sendiri mahupun orang lain.

Related Documents

Skor Nilai
January 2021 4
Nilai Agama
March 2021 0
Nilai Dmft
February 2021 0
Fungsi Nilai
March 2021 0

More Documents from "MARIAH BINTI RABAEE"