Kelebihan Dan Kelemahan Ujian Subjektif

  • Uploaded by: noorazu
  • 0
  • 0
  • March 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kelebihan Dan Kelemahan Ujian Subjektif as PDF for free.

More details

  • Words: 310
  • Pages: 2
Loading documents preview...
Kelebihan-kelebihan Soalan Subjektif: 1. Soalan subjektif adalah lebih mudah digubal. Ia tidak perlu gunakan lebih masa untuk menyediakannya. 2. Soalan subjektif adalah sesuai digunakan dalam banyak mata pelajaran. 3. Ia juga sesuai digunakan untuk mengukur aras emahiran yang lebih tinggi daripada peringkat analisis sehingga peringkat penilaian. 4. Ia boleh menguji kebolehan calon menyusun, menganalisa dan mengintegrasikan ideaidea yang diperolehi. 5. Oleh kerana pilihan jawapan tidak diberikan, peluang untuk meneka jawapan adalah dikurangkan. 6. Memandangkan soalan subjektif memerlukan calon mengunakan perkataan-perkataan sendiri untuk menyatakan jawapanya, peluang untuk meniru jawapan calon yang lain adalah dapat dikurangkan. 7. Soalan subjektif adalah berguna untuk mengesan punca kelemahan, kesalahan tafsiran dan kesalahan konsep yang dipelajari. 8. Oleh kerana soalan subjektif memerlukan calon menulis jawapan dengan perkataan sendiri, ujian subjektif akan memberi peluang kepada calon untuk latihan kemahiran menulis.

Kelemahan-kelemahan Soalan Subjektif: 1. Bidang yang hendak diuji adalah terbatas kerana bilangan soalan subjektif yan boleh diberikan dalam sesuatu ujian adalah terhad. 2. Oleh kerana tidak ada banyak soalan subektif yang diberikan, calon boleh meramal soalan-soalan yang akan disediakan dalam ujian itu. 3. Soalan subjektif adalah kurang sesuai digunakan untuk menguji pencapaian calon dalam banyak topik yang dipelajari. 4. Sekiranya tujuan ujian adalah untuk mengukur pengetahuan sahaja dalam sesuatu bidang, soalan subjektif adalah kurang sesuai digunakan, terutama bagi calon yang kurang mahir dalam penggunaan bahasanya.

5. Ujian subjektif mungkin mempunyai kebolehpercayaan dan keesahan yang rendah, memandangkan bilangan soalan subjektif yang boleh diberkan adalah terhad. 6. Pemeriksaan kertas jawapan mengambi masa yang lama dan memerlukan tenaga yang banyak. 7. Ia juga mungkin mempunyai keobjektifan yang rendah kerana kesulitan memeriksa jawapan dengan tepat. Pemeriksa mungkin dipengaruhi oleh kesan halo atau kesan horn jika dia telah mengenal identity calonnya atau prestasi calon dalam soalan-soalan yang baru diperiksa. 8. Ujian subjektif mempunyai kemudahtafsiran yang rendah. Jika skim permarkahan bagi setiap soalan berlainan, adalah sukar kita mencari indeks kesukaran dan indeks diskriminasinya.

Related Documents


More Documents from "Syiffa Farhana"