Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Penggal 3 2017; Campuran Pemasaran; Khind

  • Uploaded by: Nazrin Sharif
  • 0
  • 0
  • February 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Penggal 3 2017; Campuran Pemasaran; Khind as PDF for free.

More details

  • Words: 4,303
  • Pages: 34
Loading documents preview...
1.0 PENGENALAN

Menurut Mokhtar Pet (Pengajian Perniagaan Penggal 1) campuran pemasaran boleh didefinisikan sebagai satu kombinasi pemboleh ubah pemasaran yang meliputi produk, harga, pengedaran dan promosi yang boleh dikawal oleh pemasar untuk digunakan sebagai alat dalam perancangan taktikal pemasaran.

Definisi produk merujuk kepada sesuatu kombinasi barang dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh perniagaan kepada pengguna di pasaran sasaran yang telah ditetapkan. Produk juga meliputi objek fizikal, perkhidmatan, individu, tempat, organisasi, idea atau kombinasi unsur-unsur tersebut. Menurut Sumarni (2010, 272), produk adalah setiap apa yang ditawarkan di pasar untuk mendapatkan perhatian, permintaan, dan penggunaan yang dapat memenuhi keinginan.

Definisi harga pula merujuk kepada nilai pertukaran yang diletakkan bagi tujuan memberikan nilai ke atas sesuatu barang atau perkhidmatan. Penetapan harga ialah nilai yang ditetapkan bagi sesuatu produk dalam pasaran dan harus dibayar oleh pengguna dengan wang sekiranya pengguna memilih untuk membeli produk tersebut.

Pengedaran merujuk kepada penglibatan proses pengeluaran produk sehingga produk tersebut diedarkan dan digunakan oleh pengguna. Pengedaran juga melibatkan proses pemindahan produk dari pusat pengeluaran kepada pengguna pada masa dan tempat yang dihendaki. Menurut kamus (Kamus Pelajar Edisi Kedua), pengedaran didefinisikan sesuatu perbuatan atau hal mengedarkan ke satu tempat ke tempat yang lain

Promosi pula merujuk cara yang akan digunakan oleh pemasaran untuk memberitahu, memberi penerangan, memujuk dan mempengaruhi pengguna untuk membeli sesuatu produk. Setiap pemasar akan berusaha untuk mengetengahkan imej 1

produk dan menyatakan kelebihan yang ada pada produk melalui promosi. Promosi mempunyai tujuan dan campuran tertentu.

2

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk :

i.

Mengkaji tentang perlabelan, klasifikasi produk , pembungkusan, dan lini produk bagi syarikat Khind Holding Berhad.

ii. Meneliti tentang sistem pengedaran dan agihan yang dilakukan oleh syarikat Khind Holding Berhad. iii. Menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi penetapan harga dan penentuan harga yang dijalankan oleh syarikat Khind Holding Berhad. iv. Menentukan tujuan dan campuran promosi yang dijalankan oleh syarikat Khind Holding Berhad.

3

3.0 LATAR BELAKANG

Pada tahun 1961, Cheng King Fa telah memulakan perniagaan sederhana barangan perdagangan Sekinchan. Didorong oleh wawasannya yang jelas, perniagaannya telah berkembang dan pada akhir tahun tujuh puluhan, syarikat tersebut dibangunkan semula dengan memasukkan pembuatan aksesori dan lampu elektrik. Sedekad seterusnya telah menyaksikan peningkatan usaha Khind ke dalam peningkatan pasaran eksport.

Pada tahun 1992, perkilangan Khind berkembang termasuk kipas dan alat aksesori rumah yang lain dan pada abad ke-21, Kumpulan organisasi telah mengedarkan produk audio-visual dan barangan putih.

Hari ini, Khind Group, yang disenaraikan di BSKL pada 12 Ogos 1998, pengeluaran dan pengedaran aksesori rumah elektrik bertaraf dunia di seluruh Malaysia dan mengeksport lebih daripada 50 negara di seluruh dunia.

4

3.1 LOKASI KAJIAN

5

Gambar 1 : Kawasan kilang syarikat Khind Holdings Berhad

Sumber : Google Maps

Alamat : No. Seksyen U8, Shah Alam, Malaysia, 2, Jalan Astaka U8/82, Bukit Jelutong Business And Technology Centre, 40150 Shah Alam, Selangor, Malaysia 6

4.0 KAEDAH KAJIAN

Bahagian ini menjelaskan cara yang digunakan oleh saya untuk mendapatkan hasil kajian. Pengkaji dibenarkan menggunakan data primer mahupun data sekunder.

Data primer adalah data yang diperoleh atau dikumpulkan oleh peneliti secara langsung dari sumber datanya. Data primer disebut juga sebagai data asli atau data baru yang memiliki sifat ‘kemaskini’. Untuk mendapatkan data primer, saya harus mengumpulkannya secara langsung. Selain itu, data primer lebih mementingkan kebenaran dan bukti yang dilihat. Teknik yang dapat saya gunakan untuk mengumpulkan data primer antaranya ialah pemerhatian, dan borang soal selidik. Oleh sebab itu, saya tidak menggunakan data primer dan datanya tidak menepati dengan kajian saya kerana jarak antara saya dan tempat kajian adalah jauh.

Data sekunder merupakan data yang boleh diperoleh atau dikumpulkan maklumat dari semua sumber yang sudah ada melalui media perantaraan yang diperoleh dan dicatat oleh pihak lain. Manfaat yang diperoleh dari data sekunder adalah bahawa seorang peneliti mampu memperoleh informasi lain selain informasi utama. Data sekunder biasanya diperolehi dari pelbagai sumber misalnya jurnal, buku, majalah dan surat khabar.

Pengkaji menggunakan kaedah data sekunder bagi memperoleh maklumat sepanjang menjalankan kajian ini. Data sekunder merupakan data yang diperoleh daripada internet, buku, keratan akhbar, jurnal dan majalah. Pengkaji telah mengenal pasti campuran pemasaran syarikat Khind Holding Berhad berdasarkan kedalaman, kelebaran, klasifikasi dan atribut produk. Pengkaji juga menentukan tujuan dan campuran promosi yang dijalankan oleh syarikat Khind Holding Berhad. Seterusnya, pengkaji menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi penetapan harga dan penentuan harga yang dijalankan oleh syarikat Khind Holding Berhad serta pengkaji 7

meneliti tentang sistem pengedaran dan agihan yang dilakukan oleh syarikat Khind Holding Berhad.

5.0 DAPATAN KAJIAN Dapatan kajian ini menjelaskan tentang campuran pemasaran iaitu produk, promosi, pengedaran, dan penetapan harga yang dilakukan oleh syarikat Khind Holdings Berhad.

5.1 PRODUK Produk bermaksud kombinasi barang dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh perniagaan kepada pengguna di pasaran sasaran yang telah ditetapkan. Produk meliputi objek fizikal, perkhidmatan, individu, tempat, organisasi, idea atau kombinasi unsur-unsur tersebut.

5.1.1 Pelabelan Pelabelan merupakan ringkasan berkaitan dengan produk yang diletakkan pada bungkusan bagi menerangkan identiti produk yang mengandungi maklumat penting seperti tarikh pengeluaran, tarikh luput, kandungan produk, alamat pengeluar atau pengimport, cara penggunaan, dan cara penyimpanan.

1

8

Logo dan jenama 2

Saiz produk

3 Ciri-ciri

Info dan Perhatian

4

5

Penyimbas kod bar

Gambar 2 : Pelabelan yang berada pada kotak kipas Khind

Gambar 2 di atas menunjukkan nombor 1 adalah logo dan jenama kepada syarikat Khind Holdings Berhad. Nombor 2 pula menunjukkan nama produk dan saiz produk iaitu kipas meja bersaiz 12 inci. Manakala nombor 3, menunjukkan ciri-ciri produk kipas seperti voltan, kuasa, saiz, kuantiti, berat kasar, dimensi kotak, dan warna pada kipas tersebut. Nombor 4 menunjukkan pula info dan perhatian ketika mengendalikan kotak tersebut. Akhir sekali, pada nombor 5 pula menunjukkan pengimbas kod bar untuk kegunaan pengeluaran syarikat dan peruncit-peruncit.

5.1.2 Klasifikasi Produk Klasifikasi produk merupakan pembahagian produk mengikut jenis produk tersebut. Klasifikasi produk juga terbahagi kepada dua jenis produk iaitu produk pengguna dan produk industri. Produk pengguna merangkumi barangan mudah beli, barangan asas, barangan kecemasan, barangan gerak hati, barangan beli-belah, barangan istimewa, dan barangan tidak dicari manakala produk industri merangkumi bahan dan komponen, item modal, serta bekalan dan perkhidmatan. 9

Bagi syarikat Khind Holdings Berhad, klasifikasi produk merangkumi jenis produk pengguna iaitu barangan gerak hati, dan barangan beli-belah sahaja. Lazimnya, produk pengguna dibeli oleh pengguna akhir untuk kegunaan peribadi atau keluarga.

a) Barangan gerak hati Barangan gerak hati ialah barangan yang dibeli tanpa memerlukan perancangan rapi. Hal ini demikian kerana, pengguna tertarik dengan faktor seperti tawaran hebat dan hadiah percuma. Barangan tersebut dibeli tanpa ada sebarang pertimbangan. Sebagai contoh, syarikat Khind Holdings Berhad, memberikan tawaran hebat melalui potongan harga.

b) Barangan beli-belah Barangan beli-belah merujuk kepada barangan yang dibeli oleh pengguna melibatkan proses pemilihan berasaskan kesesuaian, kualiti, harga, dan gaya. Barangan ini lazimnya ditinjau atau dibuat perbandingan terlebih dahulu oleh pengguna berdasarkan proses pemilihan tersebut. Imej dan jenama barangan akan mempengaruhi pemilihan pengguna terutama produk seperti periuk nasi. Sebagai contoh, jenama Khind biasanya mempamerkan kipas tersebut di sudut kipas di dalam pasar raya untuk memudahkan tatapan dan mencuba oleh pengguna.

5.1.3 Pembungkusan Pembungkusan merupakan aktiviti mereka bentuk dan mengeluarkan bungkusan atau bekas untuk produk yang dikeluarkan ke dalam pasaran. Pembungkusan yang menarik dapat menambahkan nilai sesuatu produk. Aktiviti pembungkusan mengambil kira aspek keselamatan bagi mengelakkan kerosakan semasa proses penghantaran.

Menurut laman rasmi syarikat Khind Holdings Berhad, syarikat tersebut memperkenal pembungkusan wajah baharu sebagai usaha memasarkan Khind sebagai 10

jenama berwibawa dan ciri keselarasan gaya hidup masa kini ke pasaran dalam dan luar negara. Tambahan pula, pembungkusan baharu tersebut memperkenalkan sebanyak 216 produk peralatan kediaman yang bertujuan untuk membina imej tersendiri yang lebih konsisten dan selamat bagi membezakan produk yang terdahulu yang tampak biasa.

Gambar 3 : Pembungkusan Syarikat Khind Holding Berhad

Gambar 3 di atas menunjukkan pembungkusan di balut dengan plastik bagi meningkatkan ketahanan ketika berlaku ketelusan cecair seperti hujan. Selain itu, penggunaan pembungkusan secara berkotak tebal meningkatkan lagi daya ketahanan dan tahan lebih lasak di samping dilindungi oleh plastik keras di setiap tepi kotak agar tidak berlaku sebarang ketelusan.

5.1.4 Keputusan Lini Produk Keputusan lini produk merupakan keputusan barisan produk yang dibuat oleh pihak pengurusan organisasi yang mngeluarkan beberapa produk jenis produk tetapi mempunyai fungsi yang sama dengan julat harga yang sama, digunakan oleh kumpulan pengguna yang sama serta menggunakan saluran pengagihan yang sama.

Keputusan lini produk perlu mengambil kira aspek-aspek kelebaran lini produk iaitu bilangan lini produk yang dipasarkan kepada pengguna dalam sesuatu pasaran 11

dan kedalaman produk iaitu merujuk bilangan item produk yang dihasilkan dan bilangan versi yang ditawarkan oleh setiap produk tersebut

Jadual 1 : Konsep Lini Produk

KEDALAMAN PRODUK

KELEBARAN PRODUK SYARIKAT KHIND HOLDINGS BERHAD

Kipas

Penyaman udara

Periuk

Mesin pengisar

Biasa

Penyejuk udara

Penggoreng udara

Biasa

mudah alih Pelembap udara

Pelembap udara

Dandang dua

Ais

Bersalji

Pembersih udara

Multi periuk

Ekstrak jus biasa

Ekzos dapur

3 dalam 1

Periuk nasi

Eksrak jus terus

Sumber : Khind.com.my

Berdasarkan jadual diatas menunjukkan kelebaran, kedalam, dan ketekalan produk yang dijalankan oleh syarikat Khind Holdings Berhad. Secara umunya, kelebaran produk syarikat tersebut ialah kipas, penyaman udara, periuk, dan mesin pengisar

Kedalaman produk bagi kipas pula ialah kipas biasa, kipas pelembap udara, kipas bersalji, dan kipas Ekzos dapur. Kedalaman penyaman udara pula ialah penyejuk udara mudah alih, pembersih udara, dan 3 dalam 1. Periuk pula mempunyai bilangan kedalaman produk iaitu penggoreng udara, dendang dua, multi periuk, dan periuk nasi dan kedalaman mesin pengisar ialah pengisar biasa, pengisar ais, pengisar ekstrak jus biasa dan pengisar ekstrak jus terus.

12

Ketekalan dikenali sebagai konsistensi campuran produk yang mengehadkan pengeluaran pengeluaran produk yang pelbagai.

Rajah 1 : Ketekalan barang elektrik syarikat Khind Holdings Berhad

Sebagai contoh, syarikat Khind Holdings Berhad terkenal dengan syarikat yang mengeluarkan produk elektrik seperti periuk nasi, mesin pengisar, kipas, dan pendingin hawa untuk kegunaan rumah.

5.2 PENGEDARAN/PENGAGIHAN Menurut Moktar Pet (Pengajian Perniagaan Penggal 1, 2016), ada menyatakan bahawa pengedaran atau pengagihan merujuk kepada proses pemindahan produk dari pusat pengeluaran kepada pengguna pada masa dan tempat yang dikehendaki. Lazimnya, pengedaran dikaitkan dengan saluran pengagihan dan setiap organisasi yang terlibat dalam proses pengedaran untuk memastikan produk selamat tiba kepada pengguna.

5.2.1 Saluran Agihan

13

Dalam bahagian ini, saya menerangkan saluran agihan yang dilakukan oleh Syarikat Khind Holdings Berhad. Terdapat dua jenis saluran agihan iaitu saluran agihan mendatar dan saluran agihan menegak.

5.2.1.1 Saluran Agihan Menegak Saluran agihan menegak ialah pengedaran melibatkan penggunaan satu atau lebih orang tengah untuk mengedarkan sesuatu produk. Terdapat 2 jenis saluran menegak iaitu saluran terus atau langsung dan saluran tidak langsung. Saluran terus atau langsung ialah pengeluarkan menjual produk terus kepada pengguna tanpa menggunakan khidmat orang tengah manakala saluran tidak langsung, pengeluar menggunakan khidmat orang tengah dalam mengedarkan barang kepada pengguna. Terdapat 4 saluran yang digunakan iaitu saluran 1, saluran 2, saluran 3 dan saluran 4. Syarikat tersebut mengamalkan agihan saluran 2. Saluran ini merupakan saluran tidak terus atau tidak langsung kerana ia melibatkan penggunaan orang tengah seperti peruncit. Jenis saluran ini lazimnya diedarkan melalui saluran 2 ialah barang beli-belah seperti kipas.

PENGELUAR

PERUNCIT

PENGGUNA

14

Rajah 2 : Saluran agihan produk pengguna yang menggunakan saluran 2

Berdasarkan rajah diatas, syarikat Khind Holdings Berhad merupakan pengeluar utama dalam mengeluarkan produk kipas yang masih bertapak di Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor. Syarikat tersebut telah mengagihkan produk tersebut kepada peruncit-peruncit berdaftar yang terkemuka di seluruh Malaysia seperti AEON, Tesco, Giant, TF-Value Mart, dan di kedai-kedai elektrik di seluruh Malaysia. Oleh itu, pengguna dapat menikmati barangan-barangan tersebut secara langsung oleh penjual.

5.2.1.2 Saluran Agihan Mendatar Saluran agihan mendatar pula menekankan bilangan ahli yang terlibat dalam sesuatu saluran pengagihan. Sekiranya bilangan ahli yang terlibat adalah ramai, reka bentuk saluran pengagihan harus lebar dan luas. Pengedaran ini melibatkan tiga jenis reka bentuk iaitu pengagihan intensif, pengagihan selektif, dan pengagihan ekslusif. syarikat Khind Holdings Berhad melibatkan pengagihan secara selektif yang mana pihak syarikat tersebut memberikan hak untuk memperkenalkan kipas meja kepada pengguna. Misalnya, syarikat Khind Holdings Berhad memberikan hak kepada peruncit seperti Aeon, Tesco, dan TF Value-Mart untuk memperkenalkan kipas meja dan menawarkan potongan harga produk tersebut.

5.2.2 Perantaraan Dalam Saluran Agihan Produk Definisi perantaraan dalam saluran agihan ialah satu bantuan untuk pengeluar kepada pengguna melalui pelbagai jenis perantaraan agar berjalan lancar. Antaranya ialah pemborong, broker dan ejen, dan peruncitan. Syarikat Khind Holdings Berhad menggunakan perantaraan agihan secara peruncitan sahaja dari kilang ke kedai atau pasar raya dan terus kepada pengguna.

5.2.2.1 Peruncitan 15

Peruncitan merupakan aktiviti perniagaan yang melibatkan penjualan produk kepada pengguna akhir secara akhir secara terus dalam kuantiti yang kecil berdasarkan keperluan dan kehendak pengguna. Peruncitan terbahagi kepada dua, iaitu peruncitan berkedai dan peruncitan tanpa kedai. Syarikat Khind Holdings Berhad menggunakan kedua jenis peruncitan tersebut.

5.2.2.1.1 Peruncitan Berkedai Peruncitan berkedai merupakan perniagaan runcit yang menjalankan operasi perniagaan dengan menggunakan premis perniagaan secara tetap. Peruncitan berkedai mempunyai 6 jenis iaitu kedai berjabatan, pasar raya, kedai mudah beli, superstore, pasar raya hiper, dan kedai istimewa. Syarikat Khind Holdings Berhad hanya memasarkan produk kipas tersebut melalui pasar raya, dan pasar raya hiper.

1. Pasar raya Pasar raya merupakan kedai runcit berjabatan bersaiz besar yang menawarkan pelbagai jenis produk pengguna. Sebagai contoh, syarikat Khind Holdings Berhad menawarkan produk kipas berjenama tempatan di dalam pasar raya terkemuka seperti TF Value Mart dan Billion bagi berhubung secara langsung dari peruncit kepada pengguna akhir.

16

Gambar 3 : Kipas keluaran Khind di Pasar Raya TF Value-Mart

2. Pasar raya hiper Pasar raya hiper lebih besar daripada superstore dan menawarkan lebih banyak produk beraneka pilihan. Misalnya, syarikat Khind Holdings Berhad menawarkan pelbagai pilihan produk bukan sahaja kipas malah produk-produk lain seperti periuk nasi, ketuhar, dan alatan dapur dalam satu jenama yang sama. Syarikat tersebut telah berhubung secara langsung menerusi peruncit seperti AEON, Tesco, dan Giant

17

Gambar 4 : Kipas keluaran Syarikat Khind di Pasar Raya Aeon

Gambar 5 : Kipas keluaran Syarikat Khind di Pasar Raya Tesco

5.2.2.1.2 Peruncitan Tanpa Kedai Peruncitan tanpa kedai merupakan perniagaan runcit yang menjalankan operasi perniagaan tanpa menggunakam premis perniagaan secara tetap dan antaranya ialah pemasaran langsung, jualan langsung, pemasaran elektronik, dan peruncitan automatik. Syarikat Khind Holding Berhad telah menjalankan pemasaran langsung 18

dan pemasaran elektronik serta mengambil inisiatif dengan memasarkan produk tersebut ke dalam pasaran internet dan media massa ekoran penggunaan internet dan televisyen semakin tinggi dari semasa ke semasa.

1. Pemasaran langsung Pemasaran langsung melibatkan penggunaan pelbagai media pengiklanan seperti katalog, risalah, dan pos serta peralatan teknologi seperti telefon, televisyen dan radio untuk memasarkan sesuatu produk. Sebagai contoh, syarikat tersebut menggunakan aplikasi telefon bimbit yang boleh di muat turun dalam Google Play Store dan App Store.

Gambar 6 : contoh “screenshot” pemasaran elektronik melalui Google Play.

2. Pemasaran elektronik Pemasaran elektonik berhubung secara langsung dengan pemasar melalui Internet. Melalui teknologi pemasaran ini, pembelian produk boleh dibuat secara dalam 19

talian (online) dan pembayaran akan ditolak secara terus daripada akaun kad kredit pengguna. Syarikat Khind Holdings Berhad memasarkan produk menggunakan internet seperti Lazada.

berhubung secara langsung dengan pemasar

Gambar 7 : Pemasaran elektronik melalui Lazada

berhubung secara langsung dengan pemasar

Gambar 8 : Pemasaran elektronik melalui Facebook

20

berhubung secara langsung dengan pemasar

Gambar 9 : Pemasaran elektronik melalui laman rasmi Khind

5.3 PENETAPAN HARGA Penetapan harga ialah nilai yang ditetapkan bagi tujuan produk dalam pasaran dan harus dibayar oleh pengguna dengan wang sekiranya pengguna memilih untuk membeli produk tersebut. Dalam penetapan harga terbahagi kepada dua faktor iaitu faktor dalaman dan faktor luaran. Berdasarkan kajian saya mendapati bahawa Syarikat Khind Holding Berhad dipengaruhi oleh faktor dalaman dan faktor luaran.

5.3.1 Faktor yang Mempengaruhi Penetapan Harga Faktor penetapan harga dipengaruhi oleh faktor dalaman iaitu objektif penentuan harga, objektif pemasaran, strategi campuran pemasaran, kos pengurusan pemasaran, dan pertimbangan organisasi. Selain itu, dipengaruhi oleh faktor luaran iaitu pasaran dan permintaan,harga, kos dan tawaran pesaing, serta keadaan ekonomi negara dan dunia. Syarikat Khind dipengaruhi oleh faktor dalaman iaitu penaakatan atau tumpuan khusus terhadap operasi dan kepimpinan kualiti produk manakala faktor luaran dipengaruhi oleh harga, kos, dan tawaran pesaing sahaja. 21

5.3.1.1 Faktor Dalaman Faktor dalaman merujuk kepada faktor keputusan penentuan harga oleh pemasar. Faktor dalaman boleh mempengaruhi keputusan penentuan harga syarikat Khind Holding Berhad melalui objektif penentuan harga, objektif pemasaran, strategi campuran pemasaran, kos pengurusan pemasaran, dan pertimbangan organisasi.

Menurut kajian saya mendapati syarikat Khind Holding Berhad dipengaruhi oleh objektif pemasaran iaitu penaakatan atau tumpuan khusus terhadap operasi, dan pertimbangan organisasi.

a) Penaakatan atau tumpuan khusus terhadap operasi. Syarikat Khind Holding Berhad akan menetapkan harga produk yang rendah sesuai dengan peredaran ekonomi semasa dan musim panas yang tidak menentu serta persaingan hebat pasaran yang lain dalam memasarkan produk yang sama. Syarikat Khind Holding Berhad terpaksa menetapkan harga yang rendah agar persaingan antara pasaran dapat dikurangkan ekoran lambakan pasaran produk kipas dibuka.

b) Kepimpinan kualiti produk Namun begitu, Syarikat Khind Holding Berhad juga menetapkan harga yang tinggi

bagi

sesetengah

kipas

yang

mempunyai

kualiti

dan

struktur

kecanggihannya agar dapat menampung kos yang dilibatkan untuk mengeluarkan produk baharu dan mendapatkan keuntungan maksimum.

5.3.1.2 Faktor Luaran

22

Faktor luaran merujuk faktor keputusan penetapan harga produk berdasarkan keadaan persekitaran perniagaan, jumlah permintaan dalam pasaran dan desakan serta tekanan persaingan. Faktor luaran yang boleh dipengaruhi keputusan penetapan harga seperti pasaran dan permintaan yang terdiri daripada pasaran persaingan sempurna, pasaran monopoli, pasaran persaingan monopolistik, pasaran oligopoli. Selain itu, dipengaruhi oleh harga, kos dan pesaing, dan keadaan ekonomi negara dan dunia.

Syarikat Khind Holdings Berhad hanya berkait pada harga, kos dan pesaing sahaja berdasarkan kajian lapangan saya. Syarikat Khind Holdings Berhad menetapkan harga sama ada lebih tinggi atau lebih rendah daripada harga pesaing seperti syarikat Pensonic Holdings Berhad dan syarikat Deka Marketing Sdn Bhd. Bagi syarikat tersebut biasanya penetapan harga tidak terlalu tinggi dengan harga pesaing kerana syarikat tersebut memasarkan produk yang sama. Faktor itu juga memberikan syarikat tersebut menawarkan potongan harga kepada pengguna.

5.3.2 Pendekatan Harga Secara Umum Pendekatan harga secara umum boleh dibahagikan kepada tiga pendekatan yang digunakan untuk menentukan harga umum sesuatu produk yang dihasilkan oleh pengeluar, iaitu penentuan harga berasaskan kos, penentuan harga berasaskan nilai, dan penentuan harga berasaskan persaingan.

Menurut syarikat Khind Holdings Berhad, syarikar tersebut telah menggunakan pendekatan harga berasaskan persaingan yang melibatkan persaingan produk yang sama dalam sesuatu dunia perniagaan. Penentuan harga berasaskan persaingan juga boleh dibahagikan kepada dua kaedah iaitu kaedah penentuan harga kadar lini dan penentuan harga bida.

23

a) Penentuan harga kadar lini

Jadual 2 : Harga Produk kipas syarikat khind dan pesaing Pesaing

Pensonic

Khind

Deka

RM 94

RM 94.35

RM 125

Jadual 2 di atas menunjukkan harga kipas yang ditetapkan oleh syarikat Khind Holdings Berhad, Pensonic Holdings Berhad, dan Deka Marketing Sdn Bhd dalam berrsaing untuk memasarkan produk yang sama. Dalam memasarkan produk yang sama, syarikat masing-masing perlu sentiasa mengambil perhatian dalam menentukan harga kipas pesaing dengan menetapkan harga yang lebih tinggi, sama, atau lebih lebih rendah daripada harga kipas pesaing agar pengguna dapat mendeskriptifkan kualiti produk adalah sama cuma berbeza harga sahaja.

Syarikat Khind Holdings Berhad telah menetapkan harga produk kipas bernilai RM 94.35 iaitu kedua tertinggi daripada kipas syarikat Deka Marketing Sdn Bhd. 24

Namun begitu, harganya tidak terlalu tinggi dengan harga yang ditetapkan oleh syarikat pesaing iaitu peningkatan sebanyak RM 0.35 sen sahaja dari harga syarikat Pensonic Holdings Berhad dan berkurang sebanyak RM 30.65 sahaja dari harga syarikat Deka Marketing Sdn Bhd. Oleh itu, syarikat Khind Holding Berhad dapat memasarkan produk kipas dalam pasaran dengan produk pesaing yang sama sambil memaksimum keuntungan.

5.4 PROMOSI Pengertian promosi menurut Swastha (2000, 222), promosi dipandang sebagai arus informasi atau pujukan satu arah yang dibuat untuk mempengaruhi seseorang atau organisasi kepada tindakan yang mewujudkan pertukaran dalam pemasaran. Hal ini menjadikan promosi adalah usaha syarikat untuk mewujudkan kesedaran, pujukan dan mempengaruhi pelanggan untuk melakukan pembelian terhadap produk yang di tawarkan syarikat. Dalam bahagian ini, saya menentukan tujuan dan campuran promosi yang dijalankan oleh syarikat Khind Holding Berhad.

5.4.1 Tujuan Promosi Tujuan promosi dalam pemasaran adalah untuk memastikan pengguna mengetahui kewujudan sesuatu produk dalam pasaran dan seterusnya membeli produk tersebut tanpa perlu berfikir panjang. Tujuan promosi diadakan adalah untuk memperkenalkan produk tersebut, mempengaruhi dan memujuk pengguna, meningkatkan jualan dan keuntungan, mengekalkan imej produk, serta meluaskan pasaran. Syarikat Khind Holdings Berhad secara objektifnya adalah untuk memperkenalkan produk baharu dan mempengaruhi dan memujuk pengguna

a) Memperkenalkan produk baharu

25

Syarikat Khind Holdings Berhad sentiasa berusaha untuk memasarkan produk baharu yang dikeluarkannya dalam pasaran peruncit berkedai mahupun tidak berkedai.

Oleh

itu,

Syarikat

Holding

Berhad

sentiasa

bekerjasama

dengan

peruncit-peruncit besar seperti AEON, Giant, Tesco, dan TF-Value Mart untuk mengeluarkan produk baharu yang lebih berkuali dan bermutu tinggi melalui risalah-risalah. Di samping itu, syarikat Khind Holding Berhad juga bekerjasama dalam mengiklankan produk baharu menerusi siaran-siaran televisyen, radio, serta dalam akhbar harian.

Selain itu, syarikat Khind Holdings Berhad memanfaatkan musim panas dengan memperkenalkan produk baharu ke pasaran dalam talian melalui laman web beli-belah terkemuka seperti Lazada, Zalora, dan 11street.

b) Mempengaruhi dan memujuk pengguna Promosi secara amnya memang bertujuan untuk mempengaruhi pengguna dan memujuk pengguna untuk membeli produk tersebut tanpa berfikir panjang. Oleh itu, syarikat Khind Holding Berhad bersama-sama dengan peruncit-peruncit dan pemasar-pemasar dalam talian untuk memberikan potongan harga sempena perayaaan seperti perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, dan Hari Natal. Menurut laman rasmi syarikat Khind Holding Berhad. Sebagai contoh, syarikat Lazada memberikan potongan harga produk kipas sempena Hari Raya Aidilfitri sebanyak 23% daripada harga asal iaitu RM 115 kini menjadi RM 89 sahaja.

26

Gambar 10 : Lazada memberikan potongan harga

5.4.2 Campuran Promosi Menurut Kotler el al (2012) memberi definisi campuran promosi merupakan gabungan penggunaan pengiklanan, promosi jualan, perhubungan awam, jualan peribadi dan alat pemasaran langsung yang digunakan oleh firma untuk mempengaruhi nilai komunikasi pengguna dan membina hubungan baik dengan pengguna.

5.4.2.1 Promosi Jualan Promosi jualan merupakan aktiviti-aktiviti memberi insentif kepada pengguna boleh meningkatkan jualan bagi barang dan perhidmatan yang ditawarkan oleh pemasar dalam jangka pendek. Promosi jualan mempunyai pelbagai jenis jualan seperti sampel, kupon, premium, rebat, tawaran istimewa, peraduan, dan potongan harga. 27

Syarikat Holdings Berhad hanya menggunakan promosi jualan berdasarkan potongan harga atau diskaun harga dan pengiklanan. Potongan harga merupakan suatu kaedah yang diguna pakai sebagai medium paling berkesan kepada syarikat tersebut. Hal ini membantu dalam meningkatkan jualan kipas.

5.4.2.1.1 Potongan Harga Potongan harga merupakan strategi yang sesuai dilaksanakan untuk sesuatu musim dan berupaya meningkatkan jualan sesuatu produk.

Gambar 11 : Portal Khind Holdings Berhad

Gambar 5 di atas, menunjukkan potongan harga kipas syarikat Khind Holdings Berhad. Harga asal sebuah kipas diatas ialah RM 111. Namun begitu, syarikat Khind Holdings Berhad memberikan potongan harga sebanyak 15% dari harga asal. Oleh itu, harga sebuah kipas tersebut bernilai RM 94.35.

28

5.4.2.2 Pengiklanan Pengiklanan didefinisikan sebagai satu proses komunikasi secara tidak langsung yang dikenakan bayaran kepada pihak pemasar. Pengiklanan boleh dibahagikan kepada dua iaitu pengiklanan produk dan pengiklanan institusi. Syarikat Khind Holdings Berhad telah menggunakan pengiklanan produk iaitu memberi tumpuan terhadap jualan kipas yang merangkumi barangan dan perkhidmatan selepas jualan. Pihak syarikat juga bertanggungjawab

dalam

menyediakan

perkhidmatan

selepas

jualan

iaitu

menggantikan barang tersebut jika berlaku sebarang kerosakkan. Sebagai contoh, syarikat tersebut pengiklankan produk kipas melalui media massa seperti di laman facebook dan laman Youtube.

Gambar 12 : Pengiklanan menggunakan media Youtube

29

6.0 RUMUSAN Syarikat Khind Holdings Berhad telah menggunakan campuran pemasaran dalam memacu produk ke peringkat antarabangsa. Oleh itu, penggunaan elemen campuran pemasaran seperti produk, pengedaran dan pengagihan, penetapan harga, dan promosi sentiasa dititikberatkan dalam memasarkan produk yang sama dengan produk syarikat pesaing.

Syarikat Khind Holding Berhad tersebut telah memasukkan campuran produk seperti pelabelan, pembungkusan, klasifikasi produk, dan keputusan lini produk. Rangkuman tersebut membantu syarikat tersebut dalam meningkatkan pemasaran di samping permintaan yang tinggi dalam musim-musim tertentu seperti musim perayaan dan musim panas. Oleh itu, produk kipas sentiasa menjadi saingan tinggi dalam dunia pemasaran. Syarikat Khind Holdings Berhad juga sentiasa mengemaskini reka bentuk agar tampak anggun dengan mempedalamkan lini produk. Sebagai contoh, syarikat Khind Holdings Berhad telah mengeluarkan produk kipas daripada kipas biasa kepada kipas pelembap udara, bersalji, dan ekzos dapur.

Pengagihan merupakan keutamaan syarikat Khind Holdings Berhad dalam memasang strategi untuk bersaing secara sihat dengan produk pesaing. Syarikat tersebut telah menggunakan kaedah peruncitan berkedai dan tanpa kedai dalam membantu memasarkan produk kipas kepada pengguna akhir. Syarikat Khind Holdings Berhad tahu bahawa sesetengah pengguna tidak gemar untuk membeli produk kipas tersebut di kedai-kedai jalanan. Oleh itu, syarikat Khind Holdings Berhad telah memasarkan ke pasaraya-pasaraya berdaftar yang terkemuka seperti AEON, Tesco, Giant, dan TF Value-Mart. Oleh itu, produk tersebut sentiasa menjadi mata-mata kepada pengguna kerana jenamanya dipasarkan ke pasaraya terkemuka. 30

Penetapan harga juga adalah aktiviti yang sentiasa menjadi strategi penting dalam meluaskan pasaran. Namun begitu, penetapan harga juga tidak boleh terlalu tinggi dan terlalu

rendah

kerana

keuntungan

daripada

itu

akan

digunakan

untuk

memaksimumkan pengeluaran. Oleh itu, syarikat Khind Holdings Berhad menetapkan harga secara umum dengan harga syarikat pesaing. Secara keseluruhan harga yang ditetapkan oleh syarikat tersebut adalah bersederhana dengan harga syarikat pesaing. Dengan itu, pengguna dapat mempercayai produk tersebut disamping harganya yang hampir sama dengan syarikat pesaing.

Bukan itu sahaja, promosi juga merupakan strategi paling ampuh dalam memasarkan produk agar pengguna dapat mengetahui kewujudan dalam pasaran. Oleh itu, syarikat Khind Holdings Berhad menggunakan kaedah promosi jualan dengan mengenakan potongan harga terhadap produk tersebut sempena musim-musim perayaan dan permintaannya yang melambung tinggi dalam musim panas. Dengan itu, pengguna dapat menjimatkan perbelanjaan dan mendapat kualiti produk yang bermutu tinggi

Kesimpulannya, syarikat Khind Holdings berhad haruslah sentiasa bersedia dalam memperluas perniagaan dengan syarikat pesaing. Sejajar dengan moto syarikat Khind Holdings Berhad iaitu“Delivery Happiness” mereka haruslah komited untuk meningkatkan kualiti kehidupan pengguna dengan terus menambah baik rangkaian barangan elektrik dan saluran agihan. Strategi campuran pemasaran amat penting untuk syarikat Khind Holdings Berhad dalam membangunkan dan memperluaskan perniagaan agar jenama Khind dapat direalisisasikan dan mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah di pesada antarabangsa.

31

7.0 RUJUKAN

7.1 Karya Penulis Mokhtar Pet, 2016 Pengajian Perniagaan Penggal 1. Shah Alam, Selangor : Oxford Sdn. Bhd

7.2 Kamus Kamus Pelajar Edisi Kedua, 2016. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

7.3 Latihan ilmiah Swastha, 2000. “Pengantar Bisnis Modern dalam ekonomi Perusahaan”. Latihan ilmiah. Liberty, Jakarta.

7.4 Bahan Internet 32

Khind (2017). Khind Delivery Happiness 60.0.3112.90. Dicapai pada Julai, 20, 2017, dari http://www.khind.com.my/

Lazada (2017). Lazada.com.my 60.0.3112.90. Dicapai pada Julai, 28, 2017, dari http://www.lazada.com.my/catalog/?q=Khind%2012%22%20Table%20Fan%20

Youtube (2017), Khind Official TVC : Fans Series (Full) 60.0.3112.90. Dicapai pada September, 6, 2017, dari https://www.youtube.com/watch?v=iQEAdj0o52A

8.0 LAMPIRAN

33

Jualan kipas keluaran syarikat Khind Holdings Berhad

Encik Cheng King Fa, CEO Syarikat Khind Holdings Berhad

34

Related Documents


More Documents from "MonMon NomNom"