Kertas Kerja Dewan Serbaguna Sktg2017

  • Uploaded by: NurAiniNasir
  • 0
  • 0
  • February 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kertas Kerja Dewan Serbaguna Sktg2017 as PDF for free.

More details

  • Words: 754
  • Pages: 6
Loading documents preview...
SEKOLAH KEBANGSAAN TEBAANG, 96200 DARO, SARAWAK.

TAJUK PROJEK: CADANGAN PEMBINAAN DEWAN SERBAGUNA TERBUKA SK KG. TEBAANG DARO, SARAWAK

TARIKH: 26 JULAI 2017 TEMPAT: SK KG. TEBAANG

0

1.0

LATAR BELAKANG PROJEK

SK Kg. Tebaang, Daro, Sarawak merupakan sekolah luar bandar. SK Kg. Tebaang kini menerima pertambahan murid yang semakin ramai sejak tahun 2014. Sejak dibuka pada tahun 1958 hinggalah jumlah murid yang mendaftar masuk ke sekolah ini sentiasa meningkat dengan pesat dan bertambah dari setahun ke setahun dengan enrolmen pelajar pada tahun 2017 iaitu melebihi 200 orang. Pembangunan dan kemajuan pesat di daerah Daro menyaksikan pertambahan jumlah penduduk dan aktiviti kemasyarakatan serta aktiviti menyeluruh warga SK Tebaang. PROFIL SEKOLAH Nama Alamat Tarikh ditubuhkan Kod Kategori Dun Majlis Bandaran Laman Web E-mail Luas kawasan Peringkat Bahasa Pengantar

: SK Tebaang : Kampung Tebaang, 96200 Daro : 1 Januari 1958 : YBE 6405 :B : N 43 Daro : Daerah Matu-Daro ; http://sktebaang.blogspot.com : [email protected] : 9 ekar : Rendah : Bahasa Melanau dan Bahasa Melayu

Kawasan perhimpunan yang sedia ada tidak berbumbung. Tumpuan murid tidak selesa dalam cuaca yang panas dan pelaksanaan aktiviti terganggu atau tidak dapat dijalankan apabila berlaku hujan. Penyediaan persekitaran yang kondusif adalah tanggungjawab yang perlu dititikberatkan oleh sesebuah institusi pendidikan. Dalam perjumpaan yang lalu, PIBG SK Tebaang telah memberi cadangan bagi pembinaan sebuah dewan terbuka di tapak perhimpunan. Tetapi pihak kami tidak mempunyai sumber kewangan untuk pembinaan dewan tersebut. Jesteru itu, kami menyediakan kertas kerja ini untuk mencari dana bagi projek pembinaan dewan tersebut.

1

2.0

MATLAMAT

Pembinaan dewan terbuka ini dirancang bertujuan untuk menyediakan infrastruktur yang kondusif dan sesuai bagi menjalankan aktiviti di sekolah. Ini adalah untuk kegunaan semua warga sekolah dan penduduk kampung Tebaang. Pembinaan bumbung bagi dewan serbaguna juga dilihat sebagai satu inisiatif bagi menyediakan kemudahan pembelajaran yang sesuai dan selesa kepada murid semasa menjalankan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran serta kokurikulum. Memandangkan keadaan padang sekolah yang seringkali becak dan berair semasa air pasang. Dengan adanya dewan serbaguna terbuka ini, maka keselamatan murid juga lebih terjamin dan pelbagai aktiviti boleh dilaksanakan.

Kami telah mengadakan perbincangan bersama dan bersetuju untuk membina dewan terbuka di tapak perhimpunan dan gelanggang serbaguna seperti gambar dibawah.

2

3.0

OBJEKTIF

Pada akhir aktiviti Pembinaan Dewan Serbaguna, objektif yang dapat dicapai ialah: 2.1

Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi yang bersih, indah, selamat dan ceria.

2.2

Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara murid, ibu bapa, pendidik dan warga sekolah dalam melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan penglibatan semua pihak

dalam

program

pembangunan

dan

penambahbaikan

persekitaran sekolah. 2.3

Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah dan ibu bapa terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah disediakan.

3.0 KOMPONEN PROJEK Komponen dewan besar serbaguna yang dicadangkan terdiri daripada pentas utama dan gelanggang serbaguna 5.0

ANGGARAN KOS PROJEK

SPESIFIKASI UMUM Ukuran tapak ialah Panjang 50 Meter x Lebar 23 meter persegi. 1. 2. 3. 4. 5.

Tiang Besi / Kerangka (ketinggian 20 kaki) Bumbung ‘Metal Deck’ / Kerangka Besi Lampu 40 unit Kipas angin 20 unit Lantai simen

Anggaran perbelanjaan bagi aktiviti membina dewan serbaguna terbuka adalah dianggarkan RM 100,000.00 dan keatas. 6.0

TEMPAT Tapak perhimpunan SK Tebaang Daro. Plan dewan serbaguna terbuka (Lampiran 1). 3

7.0

JAWATANKUASA PELAKSANA JAWATANKUASA INDUK Penasihat

: En. Hassan bin Norden

Pengerusi

: Encik Yusri bin Solhi (YDP PIBG)

Naib Pengerusi

: Pn. Hajijah binti Yasin (NYDP PIBG) : En. Serudin bin Mahiden (PK 1) : Pn. Saudah binti Dor (PK HEM) : En. Mustapha bin Hasim (PK KO)

Setiausaha

: Cik Nuraini binti Mohamad Nasir En. Nurden Hj Kiprawi

P. Setiausaha

: Cik Siti Aishah Nabihah binti Mokhtar

Bendahari

: Cik Manisah binti Solhi

JAWATANKUASA KERJA Encik Mohamad bin Boseman (Ketua ranting PBB KG Tebaang) Encik Draman bin Lebak (KK KG Tebaang Hilir) Encik Jaafar bin Rasdi (KK KG Tebaang Hulu) Encik Solhi bin Salleh (Ketua Bapa PBB KG Tebaang) Puan Saerah binti Rini (Ketua Wanita PBB KG Tebaang) Encik Liman bin Sahjuan (Ketua Pemuda PBB KG Tebaang) Encik Mustapha bin Hasim (PK Kokurikulum) 11.0

PENUTUP

Sehubungan dengan itu juga, kami bercadang jika projek pembinaan dewan serbaguna ini berjaya dilaksanakan kami ingin menamakan dewan tersebut sebagai “Dewan YB Shafiee Ahmad”. Ini sebagai tanda penghargaan kami atas sumbangan yang YB bakal berikan. Semoga segala sumbangan, kebaikan dan jasa baik semua pihak yang sama menjayakan program ini diberkati dan dirahmati.

4

Disediakan oleh,

Disokong oleh,

___________________

______________________

( Nuraini Binti Mohamad Nasir )

(Yusri bin Solhi)

Setiausaha,

YDP PIBG,

Sekolah Kebangsaan Tebaang.

Sekolah Kebangsaan Tebaang.

Diluluskan oleh, ________________________ ( Hasan Bin Norden) Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Tebaang.

1

Related Documents


More Documents from "Malvin Tan"