Kertas Kerja Pengurusan Kokurikulum - Webinar Kelebihan & Kekurangan Pdpr

  • Uploaded by: sonic im
  • 0
  • 0
  • November 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kertas Kerja Pengurusan Kokurikulum - Webinar Kelebihan & Kekurangan Pdpr as PDF for free.

More details

  • Words: 1,103
  • Pages: 8
Loading documents preview...
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS

Kertas Kerja Pengurusan Kokurikulum

Tajuk Program : Webinar : Kelebihan dan Kekurangan PdPR

Subjek : MPU2071 - Pengurusan Kokurikulum

Ahli Kumpulan : 1. Elyia Iryantie Binti Othman 2. Muhammad Nashrul Amirullah Bin Mohd Marzuki

Kumpulan : D1.4

Tarikh : 09 Julai 2021 (Jumaat)

Masa : 9.30 – 10.30 malam

Tempat : Pelantar Google Meet

1.0 Pendahuluan Warga pendidik masa kini haruslah mempunyai sifat responsif serta dinamik dan cerdik akal dalam menyesuaikan diri kerana setiap guru pasti akan menghadapi kelainan dan cabaran dari semasa ke semasa dalam usaha mendidik. Dengan berpaksikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013– 2025) yang mana telah menggariskan setiap individu murid hendaklah mampu untuk mendapat kemudahan dalam pendidikan bagi mencapai atau memperoleh potensi murid tersebut dan mempunyai peluang untuk mengikuti pendidikan, meskipun mereka tidak dapat hadirkan diri ke sekolah. Apabila Wabak Covid-19 melanda kita secara tiba tiba, wabak ini telah menghantui seluruh pelosok dunia dan telah mengubah 360 darjah landskap dunia pendidikan negara kita khususnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi warga pendidik mahupun murid. Seterunya, ia juga telah memberi cabaran yang amat besar kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, guru-guru atau warga pendidik dan ibu bapa serta para penjaga setelah sesi pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka di sekolah terpaksa ditutup dan digantikan dengan proses pengajaran dan pembelajaran di rumah atau dikenali sebagai PdPR. Hal ini demikian, secara tidak langsung, seluruh negara harus menerima segala perubahan ke arah norma baharu yang kita hadapi ini meskipun ia amat berbeza dengan norma hidup kita sebelum ini secara khususnya dalam bidang pendidikan di negara kita ini. 2.0 Matlamat Webinar ini direalisasikan dengan tujuan untuk membincangkan segala perihal berkaitan pembelajaran dan pengajaran di rumah(PdPR) yang merupakan satu norma baharu buat negara. Pembelajaran dan pengajaran di rumah(PdPR) secara tidak langsung telah melibatkan kemahiran TMK yang agak tinggi dan ia telah memberi banyak impak kepada setiap lapisan masyarakat di negara kita dalam usaha menyampaikan pendidikan kepada anak bangsa. Oleh itu, bagi memastikan pendidikan di norma baharu ini dapat diakses oleh murid-murid, setiap agen sosialisasi itu hendaklah memainkan peranannya dalam memastikan proses PdPR itu dapat disampaikan kepada murid. Namun begitu, telah menjadi kebiasaan bagi setiap perkara yang terjadi dimana, setiap yang berlaku itu pasti ada kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. Selain itu juga, webinar yang bakal membincangkan Kelebihan dan Kekurangan PdPR ini turut dianjurkan bagi memenuhi objektif kursus MPU2071.

2

3.1 Objektif Diantara objektif webinar ini dilakukan adalah : i.

Mengenalpasti kelebihan proses pengajaran dan pembelajaran dari rumah.

ii.

Mengenalpasti kekurangan proses pengajaran dan pembelajaran dari rumah.

iii.

Mengenalpasti hala tuju PdPR agar tidak tersasar dan seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

iv.

Melahirkan hubungan yang positif diantara warga pendidik serta ibu bapa atau penjaga dalam usaha bersama-sama memastikan pendidikan dapat disampaikan kepada murid meskipun di norma baharu.

4.0 Sasaran Program webinar ini mensasarkan melebihi 25 orang warga pendidik, ibu bapa dan para pelajar akan terlibat.

5.0 Butiran Program Webinar ini akan dilaksanakan mengikut butiran berikut :

i.

Tarikh

: 09 Julai 2021 (Jumaat)

ii.

Masa

: 9.30 – 10.30 malam

iii.

Tempat

: Secara atas talian (Google Meet)

6.0 Panel Jemputan / Penceramah Puan Nurfatin Izyani Zulkepli, Alumni Universiti Teknologi Malaysia Pahang dan Encik Muhammad Syamil Bin Hafiz , guru dari Sekolah Kebangsaan KLIA.

3

7.0 Cadangan Aturcara

Masa

Aturcara Program

9.30 malam :

Penyediaan pelantar Google Meet dan percubaan tayangan slaid

9.33 malam :

Kemasukan peserta

9.35 malam :

Bacaan Doa serta Ucapan alu-aluan pengerusi

9.40 malam :

Pengenalan diri panel mewakili guru dan ibu bapa

9.45 malam :

‘Sesi Ngeteh’ - Webinar : Kelebihan dan Kekurangan PdPR

10.15 malam :

Sesi soal jawab & penutup

10.30 malam :

Sesi tamat

8.0 Jawatankuasa Pelaksana

Bil

Jawatankuasa

Nama Pelaksana

1.

Penyelaras Program

Puan Siti Salmiah binti Mohd Alias

2.

Ketua Program

Muhammad Nashrul Amirullah Bin Mohd Marzuki

3.

Setiausaha

Elyia Iryantie Binti Othman

4.

Bendahari

Muhammad Nashrul Amirullah Bin Mohd Marzuki

5.

Surat Jemputan

Elyia Iryantie Binti Othman

6.

Sijil Penyertaan

Muhammad Nashrul Amirullah Bin Mohd Marzuki

7.

Penyediaan Slaid

Elyia Iryantie Binti Othman

8.

Penyediaan Tempat

9.

Moderator

Muhammad Nashrul Amirullah Bin Mohd Marzuki  Muhammad Nashrul Amirullah Bin Mohd Marzuki  Elyia Iryantie Binti Othman

10.

Publisiti

Muhammad Nashrul Amirullah Bin Mohd Marzuki

4

9.0 Proses Kerja

Bil

1.

2.

3. 4. 5.

Jawatankuasa Ketua Program

Setiausaha

Bendahari Surat Jemputan Sijil Penyertaan

6.

Penyediaan Slaid

7.

Penyediaan Tempat

8.

Moderator

9.

Pelaksana

Tugasan Kerja

Merangka, merancang dan memastikan sesi ‘Sesi Muhammad Nashrul Ngeteh’ bersama dua panel jemputan tidak Amirullah mengaitkan sebarang isu yang melibatkan perkauman atau sebarang isu yang sensitif dan menyinggung mana-mana pihak yang berkenaan. Elyia Iryantie Othman

Menyediakan kertas kerja bagi program ‘Sesi Ngeteh’ - Webinar : Kelebihan dan Kekurangan PdPR.

Muhammad Nashrul Mengemukakan perbelanjaan program dan Amirullah saguhati kepada panel jemputan. Elyia Iryantie Othman

Menyediakan surat jemputan kepada panel-panel jemputan.

Muhammad Nashrul Menyediakan sijil penyertaan digital untuk peserta Amirullah yang mengisi kehadiran. Elyia Iryantie Othman

Menyediakan slaid bagi program webinar pihak penganjur dan daripada panel-panel jemputan.

Muhammad Nashrul Memastikan pelantar Google Meet sentiasa Amirullah beroperasi dengan baik dan menekan butang terima peserta semasa pendaftaran. Muhammad Nashrul Mengemukakan persoalan, perbincangan dan Amirullah mengusulkan hal berkaitan Kelebihan dan Kekurangan PdPR.

Elyia Iryantie Othman Publisiti : Poster Muhammad Nashrul Menyediakan poster webinar untuk tujuan Amirullah pemasaran

5

10.0 Anggaran Perbelanjaan Bil

Perkara

Anggaran Perbelanjaan

Jumlah

RM0

RM0

RM0 x 25 peserta

RM0

1.

Pelantar Google Meet

2.

Sijil Penghargaan (Digital)

3.

Mereka bentuk Slaid

RM0 x 1

RM0

4.

Publisiti : Poster

RM50 x 1

RM50

5.

Elaun Panel Jemputan

RM150 x 2

RM350

Jumlah Perbelanjaan :

RM350

11.0 Penutup Usaha yang jitu serta komitmen dalam mempertingkatkan dan memantapkan kualiti pendidikan negara demi anak bangsa kita adalah sebahagian tugas utama warga pendidikan dan juga ibu bapa atau penjaga murid itu sendiri kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini demikian bagi menjamin kualiti murid yang dihasilkan serta kesejahteraan rakyat Malaysia serta negara kita pada masa hadapan. Perubahan era globalisasi yang semakin maju ke hadapan telah mencetuskan pelbagai cabaran dalam pelaksanaan pendidikan di Malaysia dan guru adalah agenda yang terbesar yang perlu memainkan peranan serta berganding bahu bersama institusi keluarga dalam pelaksanaan pembentukan pendidikan era globalisasi ini. Diharapkan agar webinar ini akan berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan dan berjalan seperti yang dirancang serta dapat memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat samada secara langsung atau secara tidak langsung. Terima kasih diatas kerjasama semua pihak.

6

Disediakan oleh, …………………………………………. Elyia Iryantie Binti Othman Setiausaha Program Webinar

Disemak oleh, …………………………………………. Muhammad Nashrul Amirullah Bin Mohd Marzuki Ketua Program Webinar

Diluluskan oleh, …………………………………………. Puan Siti Salmiah binti Mohd Alias Pensyarah Program Institut Pendidikan Guru Ilmu Khas Pengurusan Kokurikulum dan Kurikulum PJK

7

12.0

Lampiran

8

Related Documents


More Documents from "Noor Farrah Wahida Murad"