Kesan Imperialisme Barat Di Aisa Tenggara

  • Uploaded by: Muhd Khairi Jaafar
  • 0
  • 0
  • March 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kesan Imperialisme Barat Di Aisa Tenggara as PDF for free.

More details

  • Words: 2,817
  • Pages: 12
Loading documents preview...
KURSUS: HSA3043 – ASIA TENGGARA ABAD KE-20 PENSYARAH: DR. AHMAD ZAINUDIN BIN HUSIN

TUGASAN INDIVIDU Group B

No. Soalan

Fakulti FSK

KESAN PENJAJAHAN TERHADAP NEGARA RANTAU ASIA TENGGARA BERKAIT RAPAT DENGAN MATLAMAT KEHADIRAN KUASA YANG MENJAJAHNYA. BINCANGKAN

NAMA: MUHAMMAD KHAIRI BIN JAAFAR NO. MATRIK: D20151071155

Jabatan Sejarah Fakulti Sains Kemanusiaan

KESAN PENJAJAHAN TERHADAP NEGARA RANTAU ASIA TENGGARA BERKAIT

RAPAT

DENGAN

MATLAMAT

KEHADIRAN

KUASA

YANG

MENJAJAHNYA. BINCANGKAN.

Pendahuluan Jika dilihat sekarang kebanyakkan negara-negara di Asia Tenggara mempunyai pengaruhpengaruh eropah yang besar dalam kehidupan mereka. Pengaruh ini amat besar peranannya dalam mengubah pemikiran dan adat penduduk setempat daripada takuk tradisional masyarakat tempatan di Asia Tenggara.1 Kemasukkan pengaruh eropah bermula seawal abad ke-16 di Asia Tenggara di tempat yang paling strategi di kawasan itu iaitu kerajaan Melaka yang mempunyai pelabuhan yang amat penting diseluruh kawasan Asia Tenggara. Kejatuhan Melaka oleh Portugis telah menyebabkan lanjutan perluasan kuasa eropah di kawasan nusantara dan kawasan asia tenggara yang lain. Kejatuhan Melaka telah menyebabkan pelabuhan kerajaankerajaan kecil di sekelilingnya mula bersaing untuk menyaingi Melaka yang di bawah kuasa eropah iaitu Portugis. Bagi kawasan Filipina pula, penemuan kepulauan itu oleh kuasa eropah adalah disebabkan oleh pelayaran Ferdinan Magellan yang tiba di pulau itu pada tahun 1521. Beliau merupakan berasal dari Portugal yang belayar menemukan kepulauan itu untuk raja Sepanyol akan tetapi mati di tempat tersebut kerana diserang oleh penduduk tempatan.2 Berbeza dengan kuasa eropah yang lain pada peringkat emperialisme lama ini, Sepanyol sememangnya dari awal adalah penguasaan terus daripada kerajaan tersebut dan bukannya di bawah syarikat milik kerajaan eropah. Pada peringkat awal emperialisme di Asia Tengggara, penjajahan dilakukan oleh syarikat-syarikat milik eropah antaranya V.O.C iaitu Syarikat Hindia Timur Belanda, E.I.C iaitu Syarikat Hindia Timur Inggeris. Namun, peranan syarikat-syarikat ini mula diganti

1 2

Mary Somers Heidhues, 2000. Southeast Asia A Concise History. London: Thames & Hudson Ltd. Hlm. 95 Ibid. Hlm. 96

2

oleh kuasa terus dari parlimen kerajaan eropah masing-masing apabila syarikat ini mula mengalami masalah kewangan. Hal ini berlaku kepada V.O.C yang telah muflis menjelang 1799 apabila kesemua asset dnn hutangnya telah diserahkan kepada kerajaan Belanda dan hal ini menyebabkan tanah jajahan VOC yang merupakan assetnya telah diserahkan terus kepada perlimen Belanda.3 Kuasa Perancis di Indochina adalaha bukan sahaja melibatkan penyebaran Kristian Katholik semata-mata akan tetapi berkait rapat juga dengan kepentingan ekonomi kolonialnya.4 Penguasaan Perancis ke atas Indochina adalah secara berperingkat da bermula apabila kuasa eropah ini Berjaya menguasai Cochin yang menawarkan penempatan pertanian yang sangat baik untuk pengkomersialan. Bagi Burma pula, penjajahn British terhadap kawasan itu hanya semata-mata untuk polisi keselamatan persempadanannya untuk mengelakkan kawasan kepentingan ekonominya di India tidak terjejas.5 Menjelang abad ke-19, telah memperlihatkan perkembangan baharu di Asia Tenggara apabila kuasa-kuasa eropah mula dengan darstiknya mencari kawasan koloni atau jajahan untuk pencarian sumber. Industrialisasi telah membawa kepada permintaan bahan mentah dalam kuantiti yang sangant besar.6 Pembinaan landasan kereta api, kapal stim, pembungkusan tin, persenjataan moden, fotografi, lampu elektrik, engine stim, motokar dan banyak lagi produk industry telah menarik perhatian eropah ke Aisa Tenggara. Pengindusterian asia tenggara dilakukan oleh eropah dari segi industeri bijih timah, arang batu da beberapa sumber mineral yang lain yang terdapat di Asia Tenggara khusunya di Malaya. Industry getah dan petroleum pula hanya muncul dan rancak bermua ada abad ke-20.7 Penawaran kawasan pemasaran merupakan salah satu taruhan penting dalam memperlihatkan Asia Tenggara oleh

3

Mary Somers Heidhues, 2000. Southeast Asia A Concise History. Hlm. 103 Ibd. Hlm. 106 5 Ibid. Hm. 105 6 M.C Ricklefs, 2010. A New History of Southeast Asia. England: Palgrave Macmilan. Hlm. 165 7 Ibid. Hlm. 166 4

3

kuasa eropah. Hal ini amat berkait rapat dengan kesan yang berlaku daripada pegenalan budaya mereka di Asia Tenggara dan perubahan ini telah menyebabkan barangan mereka dapat dijual dan digunakan oleh penduduk tempatan.

KESAN PENJAJAHAN EROPAH KEPADA ASIA TENGGARA

Kewujudan Konsep Persempadanan Negara Kemasukkan dan penjajahan kuasa eropah di Asia Tenggara adalah mengikut kawasan yang mereka terokai dan kepentingan masing-masing. Perlumbaan perluasan kuasa jajahn di Asia Tenggara menjelang abad ke 18 dan 19 telah menyebabkan kuasa Eropah berlumba-lumba mendaatkan tanah jajahan di Asia Tenggara. Dasar perluasan kuasa ini telah menyebabkan berlakunya pertembungan mereka antara kuasa eropah yang lain. Untuk mengelakkan berlakunya sebarang perebutan tanah jajahan di Asia Tenggara, kuasa eropah telah mula menetapkan persempadanan kuasa masing-masing yang akhinya membawa kesan kepada negara-negara di Asia Tenggara hingga ke hari ini. Sebelum penjajahan eropah, penduduk tempatan Asia Tenggara tidak mempunyai identity kawasan atau konsep yang difahami oleh barat.8 Konsep kawasan dan kedaulatan negara itu adalah berdasarkan ketaatan penduduk tempatan kepada raja dan konsep negeri di bawah angin.9 Konsep persempadanan ini jelas terlihat melibatkan dua kuasa eropah iaitu Belanda dan Britain di kawasan Nusantara. Indonesia dan Malaysia telah ditetapkan persempadanannya oleh British dan Belanda melalui perjanjian yang ditandatangani pada 1824 yang menetapkan sempadan antara penguasaan kuasa mereka.10 Tujuan perjanjian ini adalah untuk menguruskan masalah lanun yang melibatkan kedua kawasan itu yang mengganggu perdagangan kedua-dua 8

Howard Dick & Peter J. Rimmer, 2003.Cities, Transport and Communications: The Integration of Southeast Asia since 1850. New York: Palgrave Macmillan. Hlm. 6 9 Ibid. Hlm. 6 10 Mary Somers Heidhues, 2000. Southeast Asia A Concise History. Hlm. 104

4

kuasa itu.11 Melalui perjanjian ini, kedua-dua belah pihak boleh membawa masuk ketenteraan mereka untuk menangani masalah lanun ini tanpa berlakunya pertindanan kuasa di antara British dan Belanda di kawasan tersebut. Konsep persempadanan ini telah menyebabkan wujudnya pentadbiran negara baru era abad ke-20 apabila berlakunya proses dekolonisasi oleh penjajah eropah. Selepas perang dunia ke-2, kuasa-kuasa eropah mula melepaskan tanah jajahannya dan kedua-dua kawasan ini mula membentuk gerakkan nasionalisme mereka untuk memperjuangkan kemerdekaan bagi tanah mereka. Perjuangan mereka ini adalah kepada negara yang telah diwariskan persempadanannya ini oleh Belanda dan juga British.12 Intipati perjuangan para nasionalis di kedua negara ini adalah sama iaitu untuk merdeka daripada penjajah dan mendapatkan kedaulatan daripada persempadanan yang diwariskan. Namun perbezaannya ialah mereka ‘meminta’ kemerdekaan itu daripada colonial eropah yang berbeza.

Ekonomi Berpaksikan Eksport Dan Komersial Penjajahan eropah ke atas Asia Tenggara telah mengubah konsep ekonomi lama mereka. Dalam masa penjajahan eropah penduduk tempatan telah mengubah cara tanaman pertanian mereka dengan mengadaptasi tanaman baharu yang kemudiannya menjadi pengeluar kepada tanaman itu.13 Menelang abad ke-19, penduduka Asia Tenggara mula membuka tanah untuk tujuan pertanian komersial. Pihak penjajah memperkenalkan tanaman baru kepada penduduk tempatan untuk dikomersialkan yang sememangnya adalah untuk memenuhi kepentingan ekonomi penjajah itu. Kebanyakkan penduduka tempata Asia tenggara berkonsepkan ekonomi

11

Nicholas Starling, 1992. History of Southeast Asia The Nineteenth and twentieth Centuries. United Kigdom: Cambridge University Press. Hlm. 57 12 Nicholas Tarling, 2004. Nationalism in Southeast Asia: If the people are with us. UK: Rotledge Curzon. Hlm. 143 13 Mary Somers Heidhues, 2000. Southeast Asia A Concise History. Hlm. 112

5

sara diri dan apabila berada di bawah colonial barat, hal ini berubah kepada ekonomi berpaksikan eksport.14 Burma dibawah penjajahan British telah telah menarik para kapitalis barat untuk membuka ladang padi, kayu balak, getah untuk diperdagangkan.15 Pihak british memperlihatkan kemampuan Burma terhadap potensi ekonomi komersial dan keadaan Burma yang masih tidak membangun dan hal ini menjanikan buruh yang murah untuk tujuan ekonomi mereka.16 Dibawah pentadibiran British, kawasan delta Irrawaddy telah mengalami perubahan yang amat ketara dalam pertanian komersial iaitu diantara 1 juta ekar kepada 8.7 juta ekar keluasan tanah untuk kultivasi tanaman komersial.17 Perkembangan ekonomi ini telah mengubah sistem ekonomi tempatan daripada sara diri kepada eksport yang berpaksikan kepada kepentingan British dan para capitalist mereka sahaja. Bagi Malaya pula, menjelang abad ke 20, getah dan bijih timah menjadi satu industry ekonomi yang amat signifikan kepada kawasan tersebut. Walaupunpada awalnya, bijih timah di kawasan Malaya adalah dibawah dominasi pemodal Cina, bermula abad ke 20 pengenalan kapal korek telah mengubah peranan British kepada pemodal yang utama. Pencarian sumber bahan mentah oleh pihak penjajah telah menyebabkan banyak pemodal-pemodal barat membuka lombong dikawasan ini untuk memenuhi keperluan negara yang amat memerlukan bahan mentah.18 Hal ini juga dapat dilihat di Fiipina apabila pihak penjajah Sepanyol mengkultivasikan tanaman tembakau untuk tujuan perdagangan internasional.19 Kemasukkan, para penjajah ke negara-negara di Asia Tenggara sememangnya telah mengubah sistem ekonomi tradisi mereka. Kesan daripada perkembangan ekonomi penjajah ini terus kekal dan menjadi identiti kepada penduduk masyarakat tempatan. Kesan ekonomi ini

14

M.C Ricklefs, 2010. A New History of Southeast Asia. Hlm 198 Amarjit Kaur, 2004. Wage Labour in Southeast Asia sinve 1840. New York: Palgrave Macmillan. Hlm. 11 16 M.C Ricklefs, 2010. A New History of Southeast Asia. Hlm 199 17 Ibid. Hlm. 199 18 Mary Somers Heidhues, 2000. Southeast Asia A Concise History. Hlm. 115 19 Ibid. Hlm. 113 15

6

sememangnya adalah hasil daripada tujuan penjajahan eropah terhadap kawasa-kawasan di Asia Tenggara itu sendiri iaitu untuk mencari sumber bahan mentah demi kepentingan ekonomi mereka. Ekonomi berpaksikan eksport di Asia Tenggara ini menjadi penentu kepada perlumbaan kuasa-kuasa eropah dalam penguasaan ekonomi di tepat asal mereka.

Masyarakat Majmuk Pengenalan ekonomi penjajah secara langsung mengubah landskap demografi masyarakat tempatan. Pengenalan kepada tanaman komersial, perlombongan bijih timah, padi, tebu, getah, tembakau dan tanaman-tanaman yang lain telah menyebabkan berlakuknya kemasukkan buruh daripada luar oleh pihak penjajah. Dasar ekonomi British di Burma telah membawa kepada kemasukkan orang India dan Cina terhadap peluang ekonomi yang diperkenalkan oleh penjajah tersebut.20 Peningkatan kepada permintaan barangan komoditi yang tinggi bukanlah perkara biasa bagi penduduk tempatan Burma. Hal ini telah membawa kepada campur tangan oleh masyarakat India dan Cina yang telah mendominasi sektor ekonomi baharu oleh British ini.21 Hal ini membawa kepada perkembangan peranan baharu dalam demografi masyarakat tempatan Burma. Disebabkan hal ini, ramai penduduka tempatan tidak terlibat secara majority dalam sektor komersial ini dan hanya terlibat di peringkat yang kecil. Bagi Malaya pula, kesan dasar ekonomi British sememngnya memperlihatkan kesan yang mendalam dalam wujudnya masyarakat yang pelbagai kaum. Bermula tahun 1860, pihak British mula merekrut buruh Cina untuk tujuan mengerjakan ladang-ladang dan juga perlombongan yang telah dibuka oleh ahli kapitalis mereka.22 Buruh-birih cina ini akan memasuki ladang lada hitam yang yang merupakan salah satu tanaman komersial penting di kawasan itu. Selain buruh Cina, buruh India juga digunakan bagi menguruskan ladang-ladang

20

M.C Ricklefs, 2010. A New History of Southeast Asia. Hlm 199 Ibid. Hlm 200 22 Mary Somers Heidhues, 2000. Southeast Asia A Concise History. Hlm. 117 21

7

getah yang telah dibuka dan juga terlibat dalam pembinaan jalan kereta api yang telah di bawa oleh British dari Sri Lanka mahupun Selatan India.23 Dengan menggunakan buruh India yang murah Britsih telah Berjaya mengembangkan ndustri getahnya di Malaya dan hasinya telah melebihi tahap pengeluaran bijih timah.24 Kesan daripada dasar ekonomi penjajah ini telah menyebabkan lahirnya masyarakat yang majmuk di kawasan Asia Tenggara. Kemasukkan buruh-buruh dan pemodal asing telah mengubah demografi penduduk tempatan apabila kebanyakkan mereka ini tinggal dan menetap terus di kawasan tersebut.25 Kesan daripada kemasukkan imigran ini telah kekal sehingga sekarang dan menjadi identiti kepada negara-negara di Asia Tenggara yang merdeka.

Budaya Pembaratan Permulaan abad ke-20 telah memperlihatkan perkembangan sekolah-sekolah barat di kawasan-kawasan jajahan eropah di Asia Tenggara. Penduduk tempatan telah belajar di sekolah ini di sekolah ini dan melahirkan satu hieraki masyarakat baharu dalam pentadbiran colonial. Budaya pembaratan ini ataupun perkembangan ideology barat ini telah diperkembangkan di institusi sekolah ini bagi membaratkan pemikiran penduduk tempatan Asia Tenggara semata-mata tujuannya untuk menghapuskan sistem politik tradisional tempatan.26 Hal ini penting dan merupakan matlamat utama penjajah-penjajah eropah untuk menguasai dan menjaga kepentingan mereka di kawasan Asia Tenggara. Kesan daripada budaya pembaratan ini telah melahirkan masyarakat Asia Tenggara telah menjadi asas dan tulang belakang kepada wujudnya masyarakat yang berlandaskan industry.27 Menjelang separuh abad ke-20, maayarakat Asia Tenggara mula memperlihatkan

23

Ibid. Hlm. 117 M.C Ricklefs, 2010. A New History of Southeast Asia. Hlm 204 25 Mary Somers Heidhues, 2000. Southeast Asia A Concise History. Hlm. 119 26 Nicholas Starling, 1992. History of Southeast Asia The Nineteenth and twentieth Centuries. Hlm. 81 27 M.C Ricklefs, 2010. A New History of Southeast Asia. Hlm 204 24

8

pengaplikasian sistem negara moden yang menjadi penggaris perbezaan zaman penjajahan dan kemerdekaan. Pentadbiran moden yang berlandaskan sistem barat yang mempunyai birokrasi sendiri, jaringan pendidikan dan ketenteraan yang melibatkan penduduk tempatan merupakan kesan daripada perkembangannya ideology barat. Pembaratan ini telah membawa kepada pemikiran mayarakat secular di Asia Tenggara. Sekolah-sekolah barat ini telah mengubah sistem pendidikan dan pemikiran tradisional di Asia Tenggara yang berlandasakan agama tempatan kepada ideology sekularisme.28 Kelahiran daripada sekolah ini telah menghasilkan satu kelas baharu di dalam masyarakat temapatan asia Tenggara yang menjadi pemangkin kepada kemodenan ala barat.29 Kesan daripada colonial order ini telah terlihatnya penyebaran ideologi-ideologi barat seperti nasionalisme, sekularisme, kapitalisme, sosiolisme dna pelbagai lagi. Perkembangan ideology pembaratan ini amat terlihat dalam proses perjuangan negara di Asia Tenggara untuk kemerdekaan. Sekolah-sekolah barat ini juga berperanan dalam memperkembangkan kesedaran nasional kepada pemikiran penduduk tempatan. Sekolah-sekolah venakular ini menjadikan Bahasa ibunda penjajah sebagai Bahasa penghantar dalam pendidikan kokurikulum mereka.kadar literasi yang tinggi telah membawa kepada meletusnya perkembangan bahan pembacaan di Asia Tenggara. Hal ini dapat dilihat di Indonesi apabila terwujudnya Balai Pustakan yang menghasilkan bahan bacaan mereka tersendiri yang membicarakan tentang keadaan social dan pelbagai lagi yang membawa kepada kesedaran nasional.30 Di Vietnam dapat diperlihatkan perkembangan penulisa-penulisan ini menjelang abad ke -20. Sebanyak 10,000 tajuk buku dan kertas edaran telah diterbitkan diantara tahun 1923 hingga 1944.31 Antara majalah popular adalah Quoc-ngu yang membicarakan tentang isu-isu

28

Nicholas Starling, 1999. The Cambridge History of Southeast Asia. Volume 4: From World War II to the present. Cambridge University Press. Hlm. 206 29 M.C Ricklefs, 2010. A New History of Southeast Asia. Hlm 206 30 Mary Somers Heidhues, 2000. Southeast Asia A Concise History. Hlm. 123 31 Ibid. Hlm. 123

9

seharian masyarakat tempatan dengan kemodenan, etika dan politik serta kepentingan pendidikan dan peranan wanita. Majalah ini menjadi instrument penting dalam kesedaran masyarakat dan pendidikan untuk menjadi sebuah negara yang merdeka. Dapat dilihat bahawa, matlamat penjajah yang membuka sekolah untuk mengubah pemikiran tradisi telah memberi kesan kepada pembanguanan dan kesedaran serta kemodenan kepada pemikiran masyarakat Asia Tenggara. Penjajah barat menghapuskan politik tempatan dan membawa nilai kebaratan ke masyarakat Asia Tenggara.32

Nasionalis Sekular Budaya pembaratan yang telah di bawa oleh penjajah untuk menghapuskan politik dan pemikiran tradisional masyarakat tempatan Asia Tenggara telah melahirkan kesedaran nasionalisme yang tinggi kepada masyarakat tempatan. Hal ini dapat dilihat di Burma apabila lahirnya nasionalis Burma yang mewujudkan satu organisasi pada tahun 1921 untuk memperjuangkan kemerdekaan. Pada tahun 1930, telah berlakunya penentangan terhadap penjajah yang digelar thakin untuk menentang penjajahan Britsih di situ. Golongan ini diketuai oleh U Aung San yang cuba membawa kepada negara Burma yang secular dan bukannya negara Buddha.33 Di Indonesia ahli nasionalis secular telah memegang motto ‘satu negara, satu bangsa, satu Bahasa iaitu Indonesi’. Kebanyakkan ahli nasionalis ini adalah muslim akan tetapi mereka tidak memilih ideology pan Islamisme dan lebih cenderung kapada Ideology Marxsism.34 Mereka ini telah mewujudkan Parti Nasionalis Indonesia pada tahun 1927. Ahli-ahli pendidikan barat yang berpemikiran sekular menjadi tunjang kepada pembawa ideology parti ini. Hal ini juga terjadi kepada Malaya apabla perjuanagn kemerdekaan negara tersebut adalah

32

Craig A. Lockard, 2009. Southeast Asia in World History. London: Oxford University Press. Hlm. 118 Mary Somers Heidhues, 2000. Southeast Asia A Concise History. Hlm. 129 34 Ibid. Hlm. 129 33

10

diterajui oleh pejuang-pejuang nasionalis yang berlatar belakangkan pendidikan barat yang berfikiran secular. Kewujudan golongan ini adalah hasil daripada dasar matlamat british iaitu untuk menghapuskan pemikiran lama tradisi tempatan. Kesan dariada lahirnya golongan-golongan yang berfikiran dan berfalsafahkan ideology yang sama dengan mereka untuk menuntut pembebasan dari genggaman penjajahan itu sendiri. Dengan budaya pembaratan, maka wujudnya sistem pembinaan negara yang berlandaskan kepada parlimen yang lahir daripada kewujudan parti-parti politik tempatan. Penjajahan telah melahirkan juga masyarakat plural yang bersatu membentuk unit politik yang membawa ideology untuk memperjuangkan kemerdekaan mereka.35

Kesimpulan Kesimpulannya dapat dilihat bahawa matlamat-matalamat kuasa penjajah di Asia Tenggara telah memberi impak yang besar kepada penduduk tempatan. Kesan daripada dasar penjajah ini telah memberi impak yang positif mahupun negatif. Kesan yang mewujudkan negaranegara di Asia Tenggara sekarang amat berkait rapat dengan matlamat dan dasar penjajahan lalu. Menjelang abad ke-21, negara-negara Asia Tenggara telah memasuki era globalisasi yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Namun, kesan daripada penjajahan eropah ini juga telah Berjaya menghakis , politik tradisi tempatan dan juga budaya mereka. Di era baharu yang telah berpegang kepada konsep ekonomi ini, asia tenggara telah mempunyai jaringan-jaringan ekonominya yang luas sama ada dari USA, UK mahupun China.

35

Nicholas Starling, 1992. History of Southeast Asia The Nineteenth and twentieth Centuries. Hlm. 87

11

RUJUKKAN Mary Somers Heidhues, 2000. Southeast Asia A Concise History. London: Thames & Hudson Ltd M.C Ricklefs, 2010. A New History of Southeast Asia. England: Palgrave Macmilan Nicholas Starling, 1992. History of Southeast Asia The Nineteenth and twentieth Centuries. United Kigdom: Cambridge University Press Nicholas Tarling, 2004. Nationalism in Southeast Asia: If the people are with us. UK: Rotledge Curzon Nicholas Starling, 1999. The Cambridge History of Southeast Asia. Volume 4: From World War II to the present. Cambridge University Press Amarjit Kaur, 2004. Wage Labour in Southeast Asia sinve 1840. New York: Palgrave Macmillan Craig A. Lockard, 2009. Southeast Asia in World History. London: Oxford University Press Howard Dick & Peter J. Rimmer, 2003.Cities, Transport and Communications: The Integration of Southeast Asia since 1850. New York: Palgrave Macmillan

12

Related Documents


More Documents from "Vinz Laiho"