Keunikan Karya Hikayat Abdullah

  • Uploaded by: Niena Nin
  • 0
  • 0
  • February 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Keunikan Karya Hikayat Abdullah as PDF for free.

More details

  • Words: 1,088
  • Pages: 15
Loading documents preview...
KENAL PASTI DENGAN CONTOH2 NILAI-NILAI (KEUNIKAN) BERIKUT DALAM KARYA AGUNG: HIKAYAT ABDULLAH -Pendidikan -Pemikiran -Peranan Wanita Pensyarah: En.Linos Bin Sumping Disediakan oleh: Jessy Milla & Ermentia Ah Hing

PENDIDIKAN

Asas dalam kehidupan Abdullah

Zaman kanak-kanak Abdullah banyak dihabiskan bersama neneknya di sekolah

Mengemukakan pelbagai kritikan dan saranan tentang pendidikan orang Melayu yang jauh ketinggalan dan sikap tertutup orang Melayu yang menolak ilmu moden dibawa Barat

“maka barang apa-apa pengajarannya kepada budakbudak itu semuanya kuturut sahaja, itulah menjadi permainanku: dari bangun pagi sehingga pukul enam petang tiadalah bunyi apa lain melainkan riuh bunyi belajar dan mengaji sahaja”

Mula ditekankan dengan ilmu pengetahuan apabila dihadiahkan dengan sekeping papan loh dan kalam resam sebagai alat permainan semasa berumur tujuh tahun

Pembudayaan ilmu

Mempelajari pelbagai bahasa pertuturan

Berguru dengan dua orang ahli bahasa Melayu terkemuka di Melaka iaitu Datuk Sulaiman dan Datuk Astur

Bahasa Tamil, Hindi, Cina, Inggeris

Turut mengembangkan dan menyebarkan ilmu tersebut Menguasai pengetahuan bahasa Melayu dalam simpulan perkataan, ikatan perkataan, rangkai perkataan, kuasa perkataan dan tujuan perkataan(Siti Aisah Murad, 1996: 5)

Contoh: Semenjak kecil, Abdullah telah muncul sebagai seorang guru Al-Quran kepada tentera Benggali beragama Islam yang mengawal Melaka dan menjadi guru bahasa Melayu kepada orang Eropah termasuklah dua orang paderi iaitu Tuan Milne dan Tuan Keasberry

Mengkritik masyarakat Melayu yang langsung tidak mempelajari bahasa Melayu walau mempunyai sekolah

“...adalah sebesar-besar hairan dalam hatiku sebab melihat hal adat orang-orang kita Melayu itu, yang tiada diperbuat-buat oleh bangsa yang lainlain dalam dunia ini diperbuatnya! Adakah segala bangsa manusia dalam dunia ini membuangkan bahasanya sendiri, tiada bertempat belajar bahasanya itu, melainkan yang kulihat orang Melayulah yang tiada mengendahkannya.”

tidak wujud inisiatif dalam kalangan masyarakat Melayu untuk belajar bahasa Melayu walau mempunyai kemudahan

Pentingnya menguasai bahasa sendiri dalam kehidupan sehari-hari

Menekankan pentingnya bahasa Melayu sebagai panduan di dunia dan akhirat

“Syahadan dapat tiada kalau ada suatu bangsa yang besar itu, maka bahasanya pun besarlah, kerana sekalian perkara yang ada dalam dunia dan akhirat itu semuanya terbit daripadanyalah, menjalankan pekerjaan dan memberi nama tiaptiap suatu itu dengan bahasa, dan mendatangkan kekayaan dan kemuliaan kebesaran bagi manusia itu pun daripada bahasa datangnya. Maka bahasa itulah yang amat besar gunanya bagi manusia ini dunia akhirat adanya. Maka patutkah ia itu tiada engkau endahkan?”

Menekankan keperluan mewujudkan sebuah kitab nahu bahasa Melayu menjadi panduan kepada masyarakat Melayu

“....Bermula bahasa Melayu ini bukankah seperti hutan rimba besar keadaannya, penuh dengan semak samun dan duri pun berceracangan dan akar pun bersengkarut, dan kayu pun lintangpukang dan lorongnya pun simpang-siur dan tanahnya pun tinggi rendah? Maka daripada zaman adanya bahasa itu sampai sekarang ini adakah seorang yang bernafsu hendak membetulkan atau mengaturkan jalannya atau hukumnya?”

Sikap Abdullah terhadap ilmu begitu tinggi dan cukup menghargai ilmu pengetahuan yang dimiliki

“Kupohonkan kepada Allah SWT agar memberikan kerahmatan, kesejahteraan dan kebajikan kepada guru-guruku yang telah memberikan ilmu pengetahuan sehingga aku tidak terkena emas lancungan atau perak lancungan, dan intan disangka batu kelikir. Kebanyakan orang yang tidak mempunyai ilmu pengetahuan, tidak akan menyedari sama ada sesuatu perkara itu baik jahat ataupun salah benar.”

PEMIKIRAN

Kassim Ahmad (2004)

Abdullah bukan sahaja merupakan seorang penulis melayu yang agung malah beliau juga merupakan seorang mujaddid dan ahli fikir.

PEMIKIRAN YANG LIBERAL DAN KEHADAPAN BERBANDING MASYARAKAT SEZAMAN (RASIONALIS) Fokus kepada ilmu-ilmu Inggeris, injil dan Kristian serta kritikan terhadap kemunduran masyarakat Melayu yang menebal dengan kepercayaan lama yang penuh kekarutan

Disebabkan terpengaruh dengan pemikiran rasionalis, Abdullah secara terang menolak sebarang bentuk khurafat, tahyul dan kepercayaan karut lain

Abdullah Munsyi melalui pergaulannya dengan tokoh-tokoh Inggeris seperti Stamford Raffles dan Willliam Farquhar telah terpengaruh dengan idea renaissance(kelahiran semula) melanda Eropah pada ketika itu. (Kassim Ahmad,2004)

Pegawai Inggeris ini lebih cenderung kepada pemikiran rasionalis dan humanis yang memberi kesan kepada Abdullah

“....Segala hantu syaitan yang tersebut itu pun halnya kudapati bohong dan tipu dan perdaya dan silap mata. Maka sebab itulah berani aku bersumpah menyebut nama Allah mengatakan bukannya benar; hanya semata-mata kejahatan dalamnya dunia dan akhirat. Maka adapun orang yang percaya dan orang yang berbuat dan orang yang membenarkan pekerjaan itu sama hukumnya menduakan Allah, sekalikali tiada yang lain daripada Allah yang boleh memberi baik atau jahat, dan yang mematikan dan menghidupkan, dan yang mendatangkan sesuatu bahaya atau kesukaran di atas hamba-Nya....”

PEMIKIRAN HUMANIS Kritikan ke atas kezaliman Raja ke atas masyarakat Melayu pada waktu itu

“... sebab aku menyatakan zalim dan aniaya perintah raja-rajanya karena sentiasa tabiat raja Melayu itu, iaitu menghinakan rakyatnya, seolaholah pada pemandangannya akan rakyat itu seperti binatang, adanya. Maka sebab itulah apabila rakyatnya itu bertemu dengan dia dapat tiada hendaklah ia dapat duduk di tanah, baik di becak, baik di kotor. Dan lagi, apabila rajaraja itu menghendaki baik anak-anak perempuan, atau barang suatu harta benda rakyatnya, diambilnya sahaja tanpa menjadi suatu kesusahan atau takut kepada Allah...”

Pengisahan Raja-Raja Melayu dalam hikayatnya menunjukkan Abdullah telah dipengaruhi pemikiran humanis yang menjunjung tinggi kebebasan dan martabat setiap individu, pemikiran beliau penuh dengan islah(pembaharuan) dengan mengkritik secara terbuka ke atas Raja-Raja Melayu dan masyarakat Melayu yang dianggap bodoh dan malas

PEMIKIRAN YANG SARAT DENGAN KECINTAAN TERHADAP BAHASA Pemikiran Abdullah terhadap bahasa Inggeris berlawanan dengan sikap dan pemikiran masyarakat Melayu lain.

Catatan mengenai kepentingan bahasa Inggeris “ sudah berapa kali sudah aku ingatkan akan mereka itu serta akan mereka itu bahawa sekalikali Inggeris hendak memasukkan seseorang ke dalam agamanya kalau yang empunya diri tiada suka, melainkan supaya kamu boleh belajar dan mengetahui bahasa kamu dan bahasa Inggeris, kelak nanti di belakang banyak gunanya. Kalau sudah pandai, engkau sekalian boleh mencari kehidupan dengan mudahnya.”

PEMIKIRAN YANG PENUH DENGAN KETERBUKAAN

Abdullah telah membantu Tuan Thomsen menterjemah kitab Injil Matius ke dalam bahasa Melayu(Siti Aisah Murad, 1996:&)

Beliau dihina dan dipulau oleh masyarakat Melayu serta digelar sebagai “Abdullah Paderi” disebabkan tindakannya yang menyalahi agama

PERANAN WANITA

ISTERI TUAN RAFFLES

PERI ACHI

Berperanan dalam menunjukkan citra seorang wanita barat yang beperkerti tinggi dan sesuai dengan statusnya sebagai isteri seorang pegawai Inggeris.

Nenek kpd Abdullah. Nenek beliau merupakan guru besar di SK Kpg Pali. Sekolah ini mengajar membaca, menulis dan mengaji al-Quran. Wanita berperanan sebagai tenaga pendidik dalam kalangan masyarakat Melayu

SALAMAH Ibu kepada Abdullah. Karya beliau menggambarkan bahawa ibunya seorang yang penyayang dan sentiasa menyokong tindakan suaminya serta sering menasihati Abdullah.

• • • •

Pendidikan

Pembudayaan ilmu Belajar pelbagai bahasa Mengkritik masyarakat Melayu Pentingnya menguasai bahasa sendiri • Menekankan pentingnya wujud kitab nahu Bahasa Melayu • Sikap terhadap ilmu yang tinggi dan menghargai imu pengetahuan yang dimiliki

Pemikiran

Peranan Wanita

• Pemikiran liberal dan terkehadapan berbanding masyarakat sezaman • Pemikiran Humanis • Pemikiran yang sarat dengan kecintaan terhadap bahasa • Pemikiran yang penuh keterbukaan

• Isteri Tuan Raffles • Peri Achi • Salamah

Related Documents

Amin Abdullah
January 2021 0
Proposal Karya Tulis Ilmiah
February 2021 1
Hikayat 1001 Malam
January 2021 1
Karya Cendikia
February 2021 1

More Documents from "Faizal WALIY"