Keutuhan Wacana

  • Uploaded by: khairaiman
  • 0
  • 0
  • March 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Keutuhan Wacana as PDF for free.

More details

  • Words: 1,059
  • Pages: 35
Loading documents preview...
GWP1092 WACANA PENULISAN

Topik 2: Keutuhan Wacana

Perkara yang akan dibincangkan 2.1 2.2 2.3 2.4

Keutuhan semantik Keutuhan leksikal Keutuhan gramatikal Keutuhan fonologi

Perbincangan

Berdasarkan perbincangan pada kuliah yang lalu apakah ciri-ciri wacana yang baik?

Pengenalan

1. Wacana yang baik adalah merujuk kepada bentuk penulisan yang mempunyai dua ciri utama iaitu: a. kesatuan b. pertautan

2. Kesatuan ialah unsur dalam wacana mempunyai hubungan idea dengan tajuk atau judul.

Pengenalan 3. Pertautan pula merujuk kepada hubungan antara unsur-unsur bahasa seperti kata hubung, penanda wacana, kata rujukan, dan sebagainya yang berfungsi sebagai penyambung bahagianbahagian dalam wacana. 4. Sebuah wacana yang baik dikenali sebagai wacana yang utuh.

Pengenalan 5. Keutuhan wacana merupakan aspek yang penting kerana akan memastikan sama ada sesuatu kesatuan itu boleh dikatakan wacana atau hanya sekumpulan ayat yang tidak teratur.

6. Keutuhan wacana dapat diteliti daripada wujudnya kaitan-kaitan aspek semantik, fonologi, leksikal, dan gramatikal

Domain Keutuhan Wacana Keutuhan Wacana daripada empat domain; 1. 2. 3. 4.

Keutuhan Semantik Keutuhan Leksikal Keutuhan Fonologi Keutuhan Gramatikal

Keutuhan Semantik Bagaimana melihat hubungan dari segi keutuhan simantik?

Keutuhan Semantik Hubungan ini dapat dilihat dari dua segi iaitu : a. Hubungan semantik di antara bahagian-bahagian wacana. b. Hubungan semantik yang dilihat dari segi konteks atau latar wacana.

Keutuhan Semantik a. Hubungan semantik di antara bahagian-bahagian wacana i. Hubungan Sebab dan Akibat . Contoh : Amir tidak bersungguh-sungguh semasa belajar. Dia gagal dalam peperiksaan. Dia sangat mengantuk. Dia tertidur.

Keutuhan Semantik a. Hubungan semantik di antara bahagian-bahagian wacana i. Hubungan Sebab dan Akibat . Contoh : Amir tidak bersungguh-sungguh semasa belajar. Dia gagal dalam peperiksaan. Dia sangat mengantuk. Dia tertidur.

Keutuhan Semantik a. Hubungan semantik di antara bahagian-bahagian wacana ii. Hubungan Sebab Dan Tujuan. Contoh : Nabila sangat rajin belajar. Dia ingin berjaya dalam pelajaran. Murid ini rajin. Ia mahukan kejayaan yang cemerlang.

Keutuhan Semantik a. Hubungan semantik di antara bahagian-bahagian wacana iii. Hubungan Sebab Dan Hasil Contoh : Aisyah sangat rajin belajar. Dia lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah. Dia seorang pekerja yang amat rajin bekerja. Pendapatannya melebihi pendapatan seorang menteri.

Keutuhan Semantik a. Hubungan semantik di antara bahagian-bahagian wacana iv. Hubungan latar dan kesimpulan Contoh : Lagu itu sungguh enak didengar. Sebenarnya M.Nasir yang menciptanya.

Keutuhan Semantik a. Hubungan semantik di antara bahagian-bahagian wacana v. Hubungan memperkuatkan isi Contoh : Sungguh cantik gadis itu. Rambut ikal mayang, berlesung pipit dan hidung mancung.

Keutuhan Semantik b. Hubungan semantik dari segi konteks atau latar wacana i. Kesatuan tajuk atau topik Contoh : Wajahnya berseri-seri. Dia amat gembira sekarang. Perubahannya sungguhsungguh di luar dugaan. (Orang yang dimaksudkan itu dahulunya muram dan sering bersedih.)

Keutuhan Semantik b. Hubungan semantik dari segi konteks atau latar wacana ii. Hubungan Sosial Antara Penutur Dan Pendengar. Contoh : A. Sudah siap? B. Belum. Bekalan tidak mencukupi. (Kedua-dua penutur memahami apa yang dimaksudkan walaupun orang lain mungkin tidak memahaminya)

Keutuhan Semantik b. Hubungan semantik dari segi konteks atau latar wacana iii. Laras Bahasa yang bersesuaian. Contoh: Laras bahasa dalam iklan. Walaupun ayat-ayatnya diucapkan secara terputus-putus tetapi kita dapat memahaminya dan dapat menganggapnya sebagai wacana kerana itu adalah cara penyampaiannya.

Keutuhan Fonologi   

Hubungan dari aspek keutuhan fonologi boleh dilihat daripada segi hentian suara, nada suara, dan intonasi suara. Intonasi dapat menimbulkan hubungan semantik di antara bahagian wacana. Intonasi berperanan penting sebagai penanda dan pemisah frasa dan pembeza struktur ayat, contohnya seperti ayat di bawah: 1. Malaysia negara yang aman. a. Negara yang aman, Malaysia (ayat penyata) b. Aman negara Malaysia? (ayat tanya)

Keutuhan Fonologi  Hubungan wacana dari aspek fonologi berdasarkan hentian, intonasi atau nada suara. Unsur-unsur tersebut dapat membezakan sesuatu wacana.

Contohnya hubungan antara ayat penyata, “ Dia sudah pergi ? ” “Dia sudah pergi” Perbezaan antara kedua-duanya wujud melalui nada suara semasa penutur menuturkannya.

Keutuhan Fonologi  Unsur-unsur para linguistik juga membantu pemahaman tentang sesuatu wacana.  Dalam wacana tulisan, unsur-unsur para linguistik ini ialah alat-alat yang digunakan untuk memperjelaskan persembahan wacana.

Keutuhan Fonologi  Dalam wacana tulisan, alat-alat tersebut ialah tanda baca seperti noktah, koma, tanda soal, titik bertindih dan sebagainya.  Dalam wacana lisan pula, ekspresi wajah , iaitu keadaan air muka serta gerakan tangan dan badan merupakan alat-alat untuk membantu memahami ujaran.

Keutuhan Leksikal Berdasarkan pemilihan dan penggunaan perkataan yang sesuai dengan makna yang ingin disampaikan a.Antonim Contoh Pemuda harapan bangsa. Pemudi tiang negar

Keutuhan Leksikal b. Sinonim Contoh Ali seorang yang rajin. Kegigihannya belajar membolehkan dia melanjutkan pelajaran ke universiti

Keutuhan Leksikal c. Hiponim Kata yang maknanya terangkum dalam makna kata lain. Contoh, Dia menanam pokok melur, cempaka, bunga raya dan bunga kertas di halaman rumahnya. Jadi halaman rumahnya nampak indah dengan pokok-pokok bunga tersebut.

Keutuhan Leksikal d. Homonim Kata yang bunyinya sama, tetapi mempunyai erti yang berlainan Contoh Bukit yang aku daki sebentar tadi sangat tinggi . Aku berasa letih kerana mengeluarkan banyak peluh sehingga badan ku dipenuhi daki

Keutuhan Leksikal e. Pengulangan kata yang sama Contoh : Aminah memang mudah menangis . Disebabkan perkara kecil pun dia menangis. Semasa gembira pun dia menangis .

Keutuhan Leksikal f. Kolokasi Dua perkataan atau lebih yang masingmasing merupakan perkataan tersendiri , tetapi kebiasaannya dikaitkan antara satu sama lain. Contoh :

Pembalakan haram itu menggugat habitat flora dan fauna. Banyak haiwan liar seperti harimau, gajah, badak sumbu, dan lain-lain kehilangan tempat tinggal.

Keutuhan Leksikal g. Unsur bersambut Contoh : Pihak kerajaan mengemukakan hujah manakala pihak pembangkang membidas hujah tersebut.

Keutuhan Gramatikal Wacana berkualiti mesti memperlihatkan hubungan berdasarkan binaan tatabahasa dapat dilihat daripada penggunaan penanda gramatis seperti:

a. kata hubung: menghubungkan di antara ayat dengan ayat atau perenggan dengan perenggan yang lain. i. berfungsi sebagai penghuraian: seterusnya, selain itu, pada sudut yang lain, sebaliknya dan lain-lain.

Keutuhan Gramatikal ii. berfungsi sebagai pengembangan idea: seperti, dan, tetapi, oleh itu, kerana, dengan dan lain-lain iii. berfungsi sebagai penambahan: sebelum, selepas, kemudian, berikutnya, pada masa, ketika itu dan lain-lain

Keutuhan Gramatikal b. Kata rujukan Kata yang boleh menggantikan sesuatu, sama ada benda atau manusia.

i. kata ganti nama : saya, dia, mereka, kami, kita, itu, ini, siapa dan lain-lain

Keutuhan Gramatikal c. Peleburan dan penggantian Untuk mengelakkan pengulangan terhadap sesuatu maklumat daripada penyataan yang diberikan. Contoh: Ali menendang bola dengan laju, manakala Hasan menendang dengan perlahan.

Sekian Terima Kasih

Rujukan Asmah Hj. Omar (1980). Analisis Wacana, dalam Jurnal Dewan Bahasa 24:3, hal. 11-25 dan 24:4, hal. 9-25. Tarigan, Henry Guntur (1995), Pengajaran Wacana. Kuala Lumpur: DBP. Wacana Bahasa Melayu(2009). [Online], [Diakses: 5 Januari 2014]. Boleh didapati: http://gurubahasamelayu.blogspot.com/2009/07/waca na-bahasa-melayu.html

Related Documents

Keutuhan Wacana
March 2021 0
Keutuhan Wacana
March 2021 0
Wacana Penulisan
January 2021 0
Wacana Penulisan
January 2021 0

More Documents from "Matthew"

Keutuhan Wacana
March 2021 0