Kod / Kursus

  • Uploaded by: Pavitra Mohan
  • 0
  • 0
  • January 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kod / Kursus as PDF for free.

More details

  • Words: 1,938
  • Pages: 10
Loading documents preview...
KOD / KURSUS : LMCW 2022 / PENGURUSAN DAN ANALITIK DATA

SEMESTER / SESI : SEMESTER 3 / 20182019

TAJUK TUGASAN KERTAS KERJA : KES VANDALISME ANTARA TAHUN 2001-2007 DI MALAYSIA

PENSYARAH : ENCIK AHMAD RAFIZI BIN SALLEH

NAMA PELAJAR / NO MATRIK : MUHAMMAD NAZMI BIN ZULKIFLI (A172410) SITI FATIMAH BINTI KAMARUZAIN (A171580) SITI NURUL FATIHAH BINTI MUHAMAD (A171587) NURUL AZZA ASYIQIN BINTI SAZALI (A172096) PUTERI NURUL SA’DIAH BINTI MEGAT HUSAIN (A171574) NURUL FATYMAH BINTI MOHD ALI (A171567)

PENGENALAN Kursus LMCW 2022 yang bertajuk Pengurusan dan Analitik Data ini adalah salah satu kursus yang penting dalam meningkatkan kemahiran pengurusan data dalam kalangan pelajar. Di dalam kursus ini terdapat perkara yang memangkin kesedaran pelajar berkenaan kepentingan pengurusan data dalam sesuatu kajian serta memperkenalkan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pengurusan data. Pada era serba moden ini, seringkali manusia memilih untuk mengambil keputusan analisis atau kesimpulan daripada melihat dan menilai data itu sendiri dek kerana kesukaran memahami data yang terlalu banyak dan tidak berstruktur. Persoalannya, bagaimanakah keputusan analisis atau kesimpulan data dapat dibuat sekiranya tiada yang membuat pengurusan data dengan memproses data tidak berstruktur ini sehingga dapat dihasilkan kesimpulan yang mudah difahami? Oleh sebab itu, kursus ini amat memberikan nilai penting dalam kefahaman pengurusan data. Sumber data Kursus ini memerlukan untuk menganalisa data mentah pilihan bersama antara ahli kumpulan. Jadi, kajian telah memilih untuk mengambil data dari bahan mentah yang terdapat di internet untuk dianalisa. Atas persetujuan bersama ahli kumpulan, tajuk kajian yang telah dipilih adalah data Kes Vandalisme Antara Tahun 2001-2007 di Malaysia. Data ini merupakan data yang telah tersedia dalam slide share. Ia merupakan data sekunder dan salah satu data yang digunakan dalam penghasilan kajian yang bertajuk kajian masalah moral dalam kalangan pelajar dan telah dimuat naik didalam internet. Dengan memberi pengalaman dalam pencarian data mentah terhadap pelajar, kursus ini dapat menambahkan pengetahuan dan membantu pemahaman di mana maklumat tersirat yang terdapat dalam data itu dapat dikenalpasti. Oleh itu, sebagai bentuk latihan kefahaman bagaimana ahli kumpulan dapat mengurus dan menganalisa data serta mempersembahkan data dalam bentuk graf dan visual.

Jenis data TAHUN

2001

2002

2003

2004

2005

2006

2007

KUALA LUMPUR

742

1582

488

771

303

14

3

SELANGOR

610

744

1494

1109

1429

87

5

PUTRAJAYA

293

968

166

1849

1264

180

3

KEDAH/PERLIS

1875

1105

608

1804

716

580

26

P.PINANG

1283

1493

1574

453

165

44

32

PERAK

323

472

1083

470

1250

662

103

PAHANG

457

599

50

169

622

108

4

TERENGGANU

70

232

51

1004

647

53

7

KELANTAN

287

455

682

943

596

96

7

N.SEMBILAN

764

648

465

63

32

10

-

MELAKA

447

428

95

278

94

11

6

JOHOR

2052

654

271

449

413

27

6

SABAH

173

1

175

293

101

43

14

SARAWAK

237

364

202

1243

219

87

25

JUMLAH

9613

9745

7404

10898

7851

2002

241

NEGERI

Data yang digunakan dalam projek ini adalah jenis data berstruktur (kuantitatif). Jenis data ini adalah yang paling terorganisasi dan bentuk data yang paling mudah untuk dianalisis. Data jenis ini juga sering dipersembahkan dalam bentuk jadual dengan lajur dan baris. Pada bahagian lajur terdapat tahun dari 2001 hinggan 2007 dan baris terdapat 14 buah negeri. Data berstruktur ini merupakan pada bahagaian diskret yang mempunyai sukatan data tertentu yang mana hanya mengambil nilai integer sahaja. Tambahan pula, data diskret ini adalah pada jenis bilangan di mana data jenis ini berbentuk bilangan dan mempunyai jujukan. Dengan data yang lebih tersusun maka semakin mudah kita ingin memahami dan menganalisa sesuatu data dengan baik. OBJEKTIF KAJIAN 1) Mengkaji statistik kes vandalisme antara tahun 2001 hingga 2007 di Malaysia. 2) Membuat perbandingan kes vandalisme antara negeri Pantai Timur dan Pantai Barat pada tahun 2001 hingga 2007 di Malaysia. 3) Mengenalpasti negeri yang mempunyai catatan tertinggi & terendah dalam kes vandalisme antara tahun 2001-2007 di Malaysia.

METODOLOGI ANALISIS DATA Dalam kajian ini, analisis deskriptif akan dilakukan dengan menggunakan dua kaedah iaitu analisis deskriptif berangka dan analisis deskriptif bergraf. Perisian yang digunakan dalam menyediakan dan menganalisis data adalah perisian Microsoft Excel 365. Analisis Deskriptif Berangka Analisis deskriptif berangka akan meringkaskan data yang telah dikategorikan dalam satu nilai bagi menggambarkan sukatan memusat dan taburan data. Analisis deskriptif berangka yang akan digunakan bagi menggambarkan setiap objektif adalah kaedah mendapatkan min dan sisihan piawai. Min ialah purata sesuatu data manakala sisihan piawai pula memberi gambaran kepadatan dan penyebaran sesuatu set data. Tujuan utama kaedah ini dipilih adalah kerana ianya dapat meringkaskan data yang diperolehi dengan hanya menggunakan satu nilai yang boleh menggambarkan purata dan pusat lokasi data mentah tersebut. Bagi objektif pertama iaitu mengkaji statistik kes vandalisme antara tahun 2001-2007 di Malaysia, teknik min dan sisihan piawai akan digunakan. Setiap data mentah yang diperoleh akan dikumpul dan dimasukkan ke dalam perisian Microsoft Excel bagi membuat pengajian dan pengumpulan data. Hasil daripada keseluruhan analisa akan dapat dilihat bahawa min akan menggambarkan purata jumlah kes vandalisme antara tahun 2001-2007 di Malaysia manakala sisihan piawai akan menunjukkan taburan dan kepadatan kes vandalisme antara tahun 20012007 di Malaysia. Objektif kedua yang memerlukan untuk membuat perbandingan kes vandalisme antara negeri pantai timur dan pantai barat pada tahun 2001-2007 di Malaysia, teknik pengiraan data yang digunakan adalah min. Nilai min digunakan bagi tujuan membuat perbandingan nilai kes antara negeri pantai timur dan negeri pantai barat. Dengan menggunkan nilai min, perbandingan antara purata kes vandalisme yang terdapat antara negeri pantai timur dan pantai barat dapat dilakukan dengan mudah. Bagi objektif ketiga iaitu mengenalpasti negeri yang mempunyai catatan tertinggi & terendah dalam kes vandalisme di Malaysia, teknik hasil tambah data pada setiap negeri bermula tahun 2001 hingga 2007 akan digunakan bagi memenuhi hasil keseluruhan jumlah data. Tujuannya adalah untuk membuat perbandingan jumlah data kes yang telah direkodkan pada setiap negeri sekitar tahun 2001 hingga 2007. Hasilnya akan dapat dilihat negeri mana

yang paling tinggi dan yang paling rendah mencatatkan jumlah kes vandalisme antara tahun 2001 hingga tahun 2007. Analisis Deskriptif Bergraf Dalam memahami sesuatu data, rata-rata akan menggambarkan sesuatu data tersebut secara visual sama ada menggunakan carta atau graf bagi menghasilkan penceritaan yang lebih dramatik untuk sesuatu hasil data berbanding hanya dengan menunjukkan taburan kekerapan data tersebut. Ternyata teknik sebegini adalah lebih berkesan dalam memberi kefahaman membaca sesuatu data atau membuat pengukuran data tersebut. Maka, analisis deskriptif bergraf akan dilakukan dalam kajian ini dengan menggunakan kaedah visual asas seperti carta pai, carta palang, carta palang bertindih dan juga histogram. Tujuannya adalah untuk mempersembahkan data secara visual dan membolehkan perbandingan data dilihat dengan lebih jelas. Bagi analisis deskriptif bergraf objektif pertama, carta pai akan digunakan sebagai medium untuk mempersembahkan data. Carta pai akan dibina bermula dengan pengiraan peratusan bagi kes vandalisme setiap tahun antara 2001 hingga 2007. Kemudian, carta pai tersebut dibahagikan mengikut taburan peratusan yang telah dikira berdasarkan tahun. Tujuan penggunaan carta pai dengan mengambil nilai peratusan data mentah yang diperolehi adalah untuk merangkum serta memberi gambaran yang lebih jelas berkenaan data yang akan dianalisis. Pemilihan analisis deskriptif bergraf bagi objektif kedua adalah menggunakan graf garis. Pembinaan graf garis menggunakan min yang telah dianalisis pada analisis deskriptif berangka bagi menjelaskan trend perbandingan antara kedua-dua negeri Pantai Timur dan Pantai Barat. Ia menggabungkan titik-titik min pada titik tengah setiap selang dan terus disambung dengan garis. Tujuan penggunaan graf garis adalah untuk melihat pola perubahan atau trend kes vandalisme setiap negeri pantai timur dan pantai barat pada tahun antara 2001 hingga 2007 serta dalam masa yang sama dapat membandingkan min kes vandalisme yang tercatat pada data mentah. Bagi objektif ketiga, carta bar akan dipilih bagi melengkapkan analisis deskriptif bergraf. Hal ini kerana kaedah carta bar amat berkesan memberi penilaian yang akan dibuat pada objektif ketiga. Objektif ketiga memerlukan kepada kajian untuk membuat perbandingan negeri yang paling tinggi dan paling rendah terdapat kes vandalisme antara tahun 2001 hingga

2007. Permulaan pembinaan carta bar ini adalah dengan menyusun negeri yang paling tinggi tercatat kes vandalisme antara tahun 2001-2007.

RUMUSAN Pada akhir kajian ini, dapat disimpulkan bahawa ilmu pengurusan dan analitik data adalah sangat penting untuk dipelajari oleh semua mahasiswa tidak kira dalam bidang apa sekalipun. Hal ini demikian kerana ilmu ini mendedahkan para mahasiswa kepada cara-cara mengurus dan mengalisis data dengan baik yang secara tidak langsungnya memudahkan para mahasiswa dalam menguruskan data dalam kerjayanya di masa hadapan. Ilmu ini sangat penting kerana tidak ramai orang yang menguasai ilmu ini, maka ia menjadi satu nilai tambah kepada mahasiswa yang mempunyai kemahiran dalam ilmu ini. Daripada penghasilan tugasan ini, mahasiswa dapat lebih memahami dan membezakan jenis data, contohnya data berstruktur dan tidak berstruktur beserta perinciannya. Data berstrukur, data diskret berangka-bilangan adalah data yang digunakan dalam kajian ini. Mahasiswa juga dapat mempelajari tentang sumber data yang diperoleh dalam melakukan sesuatu kajian dan betapa pentingnya integriti sesebuah data yang akan digunakan. Dalam kajian ini, data yang digunakan adalah daripada sumber data sekunder yang didapati daripada laman sesawang. Dengan terhasilnya tugasan ini, mahasiswa juga mempelajari langkah-langkah penyediaan data sebelum dianalisis. Penyediaan data adalah penting untuk dilakukan bagi memudahkan proses analisis data yang akan dilakukan. Penyediaan data merangkumi cara mencipta hamparan data dan penyusunan data. Setelah data siap disediakan, barulah boleh diteruskan dengan proses analisis data. Kajian ini telah menjalankan analisis deskriptif berangka dan bergraf bagi setiap objektif kajian. Penghasilan kajian ini juga mengajar mahasiswa melakukan pengvisualan data yang bukan sahaja lebih menarik malah dapat membantu mahasiswa memahami set data dalam masa yang lebih singkat. Sebagai contoh, penggunaan carta atau graf yang sesuai dengan set data seperti carta pai, carta palang bertindan dan graf garis. Akhir sekali, tugasan ini dapat mengajar mahasiswa membuat pelaporan data yang merangkumi kedua-dua jenis laporan iaitu laporan akademik dan laporan bukan akademik. Laporan akhir tugasan ini ditulis dalam bentuk laporan akademik manakala laporan bukan

akademik pula, mahasiswa telah mencipta sebuah laporan infografik bagi hasil kajian ini. Tuntasnya, penghasilan tugasan ini telah banyak mendedahkan para mahasiswa kepada cara aplikasi ilmu pengurusan dan analitik data ini yang secara tidak langsungnya membuka minda para mahasiswa bahawa menguruskan dan memahami data tidaklah sesukar yang dibayangkan. SENARAI RUJUKAN Universiti Kebangsaan Malaysia. 2019. Modul 2 LMCW2022 Jenis Data. https://ifolio.ukm.my/courses/7169/75058/MODUL_2_LMCW2022%20JENIS%20JENIS%20D ATA-

20190910092648.pdf (23 November 2019)

Universiti Kebangsaan Malaysia. 2019. Modul 3 LMCW2022 Sumber Data. https://ifolio.ukm.my/courses/7169/75058/MODUL_3_LMCW2022%20SUMBER%20DATA% 20-

20190910092732.pdf (23 November 2019)

Google from Slideshare. 2013. Masalah Moral Dalam Kalangan Pelajar. https://www.slideshare.net/ShilaMelisha/masalah-moral-dalam-kalangan-pelajar (23 November 2019)

CARTA GANT JADUAL PERLAKSANAAN TUGASAN PROJEK

Bil.

Perkara/Minggu

1

Pembentukan Kumpulan

2

Perbincangan Tajuk Projek

3

Penyediaan Kertas Kerja

4

Perbincangan Pertama Bersama Pensyarah

5

Pembaikan Kertas Kerja

6

Pembahagian Tugas

7

Pengurusan Data

8

Analisis Data

9

Perbincangan Kedua Bersama Pensyarah

10

Laporan Akhir Projek

11

Penghasilan Poster

12

Pembangunan Klip Video Projek

13

Mengumpul Semua Keperluan Kursus

14

Memuatnaik Semua Keperluan Dalam Google Drive

1

2

3

4

5

6

7

8

9

JEJAK PERBATUAN JADUAL PELAKSANAAN TUGASAN PROJEK

Bil.

Tugasan

Tarikh Pelaksanaan

1

Pembentukan Kumpulan

23/11/2019

2

Perbincangan Tajuk Projek

23/11/2019

3

Penyediaan Kertas Kerja

23/11/2019

4

Perbincangan Pertama Bersama Pensyarah

23/11/2019

5

Pembaikan Kertas Kerja

03/12/2019

6

Pembahagian Tugas

09/12/2019

7

Pengurusan Data

16/12/2019

8

Analisis Data

18/12/2019

9

Perbincangan Kedua Bersama Pensyarah

21/12/2019

10

Laporan Akhir Projek

27/12/2019

11

Penghasilan Poster

02/01/2020

12

Pembangunan Klip Video Projek

13

Mengumpul Semua Keperluan Kursus

21/01/2020

14

Memuatnaik Semua Keperluan Dalam Google Drive

27/01/2020

07-16/01/2020

SENARAI TUGAS DAN PEMBAHAGIAN TUGAS BIL

TUGASAN

AHLI

1.

Pembentukan Kumpulan

Semua Ahli

2.

Perbincangan Tajuk Projek

Semua Ahli

3.

Penyediaan Kertas Kerja

4.

Perbincangan Pertama Bersama Pensyarah

5.

Pembaikan Kertas Kerja

Fatihah

6.

Pembahagian Tugas

Fatihah

7.

Pengurusan Data

Fatihah

8.

Analisis Data & Perbincangan

Fatimah

9.

Laporan Akhir Projek

10.

Penghasilan Poster Infografik

Nazmi

11.

Pembangunan Klip Video Projek

Nazmi

12.

Perbincangan Kedua Bersama Pensyarah

13.

Mengumpul Semua Keperluan Kursus

14.

Memuatnaik Semua Keperluan Dalam Google

Fatymah & Puteri Semua Ahli

Azza & Fatimah

Semua Ahli Azza Fatihah

Drive 15.

Laporan Aktiviti Kumpulan 1-5

Azza & Fatihah

Related Documents


More Documents from "seadhc"