Konsep Alam Kehidupan Dan Kematian

  • Uploaded by: ammarimran91
  • 0
  • 0
  • March 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Konsep Alam Kehidupan Dan Kematian as PDF for free.

More details

  • Words: 781
  • Pages: 17
Loading documents preview...




Allah menciptakan manusia bertujuan mengabdikan diri kepada-Nya, iaitu melakukan perkara kebaikan dan meninggalkan kemungkaran. Antara firman Allah SWT dalam surah azZariyat ayat 6 yang menyatakan manusia diciptakan untuk tujuan ibadat adalah,“Tiadalah Aku menjadikan jin dan manusia, melainkan supaya mereka menyembah-Ku.”





Manusia juga merupakan khalifah dimuka bumi. Amanah ini dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT ke atas Adam as dan diwarisi sehingga kini. Ini berdasarkan firman Allah dalam surah alBaqarah ayat 30 yang bermaksud,“…sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang khalifah di atas bumi (Adam)….”



Antara peringkat kejadian manusia adalah :

Air mani → Alaqah → Mudghah → Tulang → Daging → Anggota → Bayi (sempurna)



Menurut Haron Din, usul jasmani manusia dicipta daripada tanah di bumi. Hasil kajian pakar sains menunjukkan bahawa unsur yang terdapat dalam tubuh manusia mempunyai persamaan dengan unsur semula jadi tanah di dalam bumi.

1.





Menurut pandangan Islam sebuah kehidupan adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Berdasarkan firman Allah dalam surah azZariyat ayat 6 yang bermaksud, “Tiadalah Aku jadikan jin dan manusia, melainkan supaya mereka menyembah-Ku.” Kejadian manusia termasuklah golongan jin adalah untuk melakukan ibadat kepada Allah SWT

2.





Matlamat yang kedua pula ialah untuk mencari keredhaan Allah. Oleh itu, perkara kebaikan yang dilakukan mestilah diniatkan untuk keredhaan Allah SWT hatta tidur sekalipun jika diniatkan kerana Allah SWT akan menjadikan tidur sebagai satu ibadah. Setiap perbuatan mestilah ikhlas kerana Allah SWT semata-mata.

3.





Allah SWT menciptakan manusia dengan suatu tanggungjawab besar iaitu khalifah di muka bumi Al-Quran diturunkan oleh Allah SWT sebagi petunjuk dan hidayah didunia ini sehingga hari kiamat. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 2 yang bermaksud, “Kitab itu(al-Quran) tidak ada keraguan di dalamnya, jadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa.”





Mati ialah perpisahan roh daripada jasad. Ia merupakan perpindahan daripada kehidupan di dunia ke alam barzakh.





Barzakh bererti pemisah. Maksudnya ialah suatu kehidupan di antara kehidupan di dunia dengan kehidupan di akhirat.







Menurut pandangan Islam, berlakunya sesuatu kematian apabila malaikat izrail as mencabut nyawa atau roh daripada tubuh Manakala pandangan daripada segi sains pula, kematian ditakrifkan sebagai terhentinya jasmani berfungsi (nafas), jalan darah, gerak, fikiran, perasan, tenaga dan lain-lain. Antara firman Allah SWT yang menyebut mengenai kematian adalah seperti ayat 185 surah Ali Imran, “tiap diri akan merasakan kematian….”

1.



Sebagai suatu titik perpisahan antara dua alam. Pemisahan antara dua alam ini adalah suatu perbezaan yang nyata di mana daripada alam jasad berubah kepada alam roh manakala jasad yang disemadikan di perkuburan akan mengalami proses pereputan semula jadi makhluk.

2.







Kematian bukan sahaja berlaku disebabkan umur yang tua bahkan bagi yang berusia muda juga perlu melakukan persediaan untuk kehidupan selepas mati. Allah SWT menjanjikan kepada manusia setiap yang hidup pasti akan merasai kematian. Ia bukan sahaja akan merasai oleh golongan manusia biasa bahkan juga kepada para nabi dan rasul. Firman Allah dalam surah al-An’am ayat 163 yang bermaksud, “Katakanlah wahai Muhammad, solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah kerana dan untuk Allah seru sekalian alam.”

3.



4.

Selain itu, mati juga adalah sebagai kiamat kecil yang dirasai oleh manusia manakala kiamat besar adalah pada hari kebangkitan atau hari akhirat kelak. Kematian akan mendorong manusia untuk memperbanyak amal soleh, amar makruf dan nahi mungkar sebagai bekalan di akhir akhirat. Kematian juga adalah salah satu cara bagaimana Allah SWT akan membalas segala perbuatan manusia semasa hidupnya.



     

sama ada dia diseksa sama ada dia dilepaskan terus daripada seksaan kubur sama ada dia ditanyakan oleh Malaikat Munkar dan Nakir atau tidak sama ada kepadanya dibukakan pintu neraka sama ada kepadanya dibukakan pintu syurga sama ada dia menghadapi fitnah (himpitan) kubur ataupun tidak sama ada dia menghadapi fitnah kubur, kemudian dia dilepaskan









Orang Islam yang beriman diluaskan kuburnya 70 hasta Dilayan dengan baik oleh malaikat Kehidupan seumpama di taman syurga Mereka diberitahu mengenai ganjaran syurga di akhirat

NIKMAT DAN KETENANGAN







Diseksa oleh malaikat apabila tidak dapat menjawab soalan yang ditanya Orang kafir dan orang fasik dihimpit oleh kubur sehingga berselisih tulang rusuk mereka Binatang berbisa akan mematuk dan menggigit mereka sehingga hari kiamat

AZAB DAN KESENGSARAAN

  

   

Bertaubat kepada Allah Banyakkan beristighfar Melaksanakan perintah Allah secara istiqamah Meninggalkan kejahatan Berbuat baik sesama manusia Mengikut sunnah Rasulullah S.A.W. Redha menghadapi kematian yang pasti berlaku

   



Konsisten dalam beribadat Bersifat zuhud Suka melakukan amal soleh Menyedari ada lagi kehidupan selain dari alam dunia Suka melakukan amalan yang boleh mendatangkan banyak pahala

KEPADA INDIVIDU

 

 

Hidup dalam keadaan harmoni Suka bantu membantu Ikhlas kerana Allah dalam hubungan sosial Mengamalkan amar makruf nahi mungkar

KEPADA MASYARAKAT

Related Documents


More Documents from "Mira Sabri"