Konsep Asas Komunikasi: Takrifan Oleh Wood (2001)

  • Uploaded by: Ann Cleveland
  • 0
  • 0
  • February 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Konsep Asas Komunikasi: Takrifan Oleh Wood (2001) as PDF for free.

More details

  • Words: 350
  • Pages: 2
Loading documents preview...
KONSEP ASAS KOMUNIKASI Takrifan umum menganggap komunikasi sebagai proses interaksi dan perkongsianmakna, pertukaran idea, pendapat atau perkongsian maklumat sama ada secara bertulis,simbol, bunyi-bunyian atau bertuturan baik yang disampaikan secara bersemukamahupun menggunakan media massa. Terdapat pelbagai pengertian komunikasi. Ada yang menganggapnya sebagai satu seniyang menyalurkan maklumat, idea-idea dan perlakuan dari seseorang kepada seorangyang lain. Tujuan komunikasi ialah menyalurkan sesuatu mesej daripada seseorangindividu kepada seseorang individu lain. Perkataan komunikasi kadangkala digantikandengan perkataan interaksi atau perhubungan. Seterusnya kita akan meninjau pengertian komunikasi yang dikemukakan untukmengukuhkan lagi pemahaman terhadap maksudnya. Setiap pengertian itu pasti adamatlamat yang tertentu dan sesuai dimengertikan pada masa dan konteks tertentu.Walaupun komunikasi dianggap sebagai proses yang kompleks, ianya boleh di lihat dariberbagai dimensi dan berdasarkan konteks, peranan sumber dan penerima, tujuan sertamaksud simbol. Jika diperhatikan takrifan yang diberikan, pengertian komunikasi bolehdilihat dari pelbagai perspektif berdasarkan tujuan komunikasi itu dijalinkan.(i) Takrifan oleh Wood (2001) Wood mengemukakan empat aspek penting dalam definisi komunikasi sebagai proses yang sistemik yang melibatkan seseorang berinteraksi menggunakan simbol tertentu untuk membentuk dan menginterpretasi makna.

Empat Aspek Penting dalam Definisi Komunikasi yang Ditakrifkan oleh Wood

i.

Proses

Komunikasi itu berterusan dan sentiasa mengalamiperubahan. Sukar ditentukan bila ia bermula dan berakhir.Dipengaruhi oleh pelbagai faktor. ii.

Sistemik

Komunikasi berlaku dalam sistem yang saling berkait rapat.Ia saling mendatangkan kesan kepada satu sama lain. Sistemwujud dari sistem yang sekecil-kecilnya seperti sebuahkeluarga sehinggalah sistem yang lebih besar sepertiorganisasi, komuniti dan bangsa serta budaya yangdiamalkan.

iii.

Simbolik

Komunikasi bersifat simbolik. Ia melibatkan simbol yangberbentuk abstrak, arbitrari, dan kabur maksudnya.(iv) iv.

Makna

Makna amat penting dalam komunikasi dan untukmenerangkan sesuatu fenomena. Makna juga dapat dilihatmenerusi simbol. Makna dalam komunikasi dilihat dari duatahap iaitu: (i)tahap kandungan makna dalam mesej, dan (ii)tahap hubungan makna apa yang dinyatakan tentanghubungan komunikator dan mesej.(ii)

Takrifan oleh Verdeber & Verdeber (2002) Komunikasi merupakan proses membentuk dan berkongsi makna dalam perbualan tidakformal, interaksi kumpulan atau perucapan publik. Proses komunikasi itu melibatkankomunikator, konteks, mesej, saluran, elemen gangguan (bising) dan maklumbalas.

Takrifan oleh Gamble & Gamble (2002) Komunikasi didefinisikan sebagai proses pemindahan makna sama ada secara sengajaatau tidak. Gamble mengaitkan pengalaman dengan perlakuan yang diperhatikan dantanggapan terhadap perlakuan tersebut. Jika perlakuan yang diperhatikan itu.

Related Documents


More Documents from "katerina_stathaki"