Konsep Ying & Yang

  • Uploaded by: Fiona Ting
  • 0
  • 0
  • January 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Konsep Ying & Yang as PDF for free.

More details

  • Words: 1,238
  • Pages: 18
Loading documents preview...
KONSEP YIN YANG (ASAl USUL)

diasaskan oleh seorang lelaki bernama Fu Xi ( 伏 羲 ) melalui pemerhatian beliau terhadap alam sekelilingnya.

Pada masa itu, Fu Xi ingin mencari jawapan tentang perubahanperubahan yang berlaku di sekitarnya

akhirnya beliau mendapati bahawa terdapat dua elemen asas yang paling melengkapi antara satu dengan yang lain dan seterusnya wujud konsep Yin Yang.

• Yin dan yang adalah dua polar terpuji daripada falsafah Taoist yang merupakan salah satu daripada agama terbesar purba China. • Dalam Taoisme, terdapat Heaven seperti satu bulatan, dan di dalamnya adalah Earth (bumi) yang digambarkan sebagai “square within the circle”. • Falsafah yin dan yang adalah hasil daripada perkembangan gambaran tersebut. • Yin adalah perempuan, negatif, kegelapan, lembut, tetap, mudah memahami dan earth (bumi). • Manakala yang adalah lelaki, positif, terang, kuat, dinamik, kreatif. • Cahaya dan kegelapan adalah dua kuasa asas semula jadi, dapat disamakan dengan tegas dan mengalah serta malam dan siang.

• Ia termasuklah dua polar alam semesta iaitu positif dan negatif, menjadikan kedua-duanya dalam gerakan yang sama,

saling memelihara dan mempengaruhi antara satu sama lain. • Dua prinsip yang bertentangan iaitu Yin dan Yang adalah saling melengkapi, tiada dominasi salah satu daripadanya atau mengurangkan yang lainnya. • Kedua-duanya saling memerlukan untuk melengkapkan dan

memberi keseimbangan semula jadi alam semesta. Ia dapat diilustrasikan dalam Tai Chi Tu yang merupakan satu titik putih yang kecil diletakkan dalam Yin (gelap) dan satu titik

hitam yang kecil dalam yang (cahaya).

• Kedua-dua perkataan ini berasal dari Timur menggambarkan kualiti dan arus tenaga Chi.

• Yin bersifat negatif dan Yang bersifat positif yang menguasai alam semesta dan kehidupan. • Yin dan Yang bersama-sama melambangkan keselarasan yang sempurna. • Kedua-dua daya ini adalah berlawanan.

- Yin gelap manakala Yang terang. - Yin pasif dan Yang aktif, Yin wanita dan Yang lelaki. • Walapun demikian, Yin dan Yang saling melengkapi dan

menjadi suatu kekuatan yang tidak akan melawan.

• Yin dan Yang digambarkan seperti telur yang kuning dan putihnya terpisah. • Warna hitam dan putih membezakan prinsip ini. Yang melambangkan syurga, matahari, terang, kekuatan, dan tenaga positif. • Manakala Yin pula melambangkan tanah, bulan, kegelapan,

wanita, dingin, lembut, mati, angka ganjil dan negatif. • Dalam konsep Feng Shui, gunung dan tanah yang tinggi menggambarkan Yang manakala Yin melambangkan lembah sungai dan air melambangkan kualiti Yin.

• Prinsip Yin dan Yang adalah keseimbangan antara dua kekuatan yang harus dipelihara. • Sebagai contoh, tanah yang terlalu datar dikatakan terlalu banyak Yin. • Oleh itu, sebaiknya dibuat tambahan tanah yang mewakili Yang, sebaliknya jika seluruh tanah terbukti tanpa sungai ataupun tanaman, maka akan berlaku ketidakseimbangan kerana terlalu banyak Yang.

• Tanah tersebut perlu wujud lembah sungai atau saliran air untuk menyeimbangkan kawasan tersebut. Dalam masa yang sama, setiap tempat perlu ada kawasan yang teduh dan mendapat sinaran matahari yang mewakili aspek Yin dan Yang dalam alam semesta.

• Dalam Feng Shui mempercayai bahawa Yin dan Yang perlu selaras dan seimbang. • Hal ini demikian kerana kedua-dua kekuatan ini berada dalam aliran yang berterusan, seseorang individu yang menginginkan kehidupan dalam orentasi Feng Shui yang baik, mereka pula

berhati-hati terhadap perubahan kawasan yang mempengaruhi keseimbangan dan perlu menyesuaikan atau memperbaiki keseimbangan.

• Dalam praktikal Feng Shui, ia dapat dijelaskan dengan bukit atau gunung dan air (mountain and water) atau Yin dan Yang. • Secara umumnya, gunung adalah Yin dan teguh, manakala air disifatkan sebagai Yang dan dinamik. • Tempat atau kawasan yang hanya terdapat gunung tetapi tiada air menyebabkan jumlah tenaga yang menyusut. • Sekiranya di situ hanya terdapat air tiada gunung, tenaga yang

ada sukar untuk dikawal.

• Bumi dan keadaan persekitaran yang harmoni terjadi dalam keharmonian di antara Yin dan Yang. • Kawasan

yang

mempunyai

keseimbangan

tenaga

seharusnya tidak statik atau merata-rata. • Justeru, sudut yang paling baik bagi Feng Shui adalah tempat yang paling baik untuk kehidupan iaitu terdapat

gunung dan air.

• Yin dan Yang adalah dua dasar atau bahagian daripada Qi ( 气), seperti kuasa elektrik yang mempunyai cas positif dan negatif merupakan penjelasan kepada pertentangan dan penggantungan semulajadi Qi (气). • Prinsip seimbang dan sesuai dilihat pada arah yang berada dalam keadaan yang terbuka dan tertutup hasil berkait rapat dengan sifat gelap dan terang. • Unsur Yin dan Yang perlu diberi perhatian kerana ia akan menentukan keseimbangan sesuatu keadaan. • Keseimbangan dan keharmonian antara manusia dan alam hanya akan wujud sekiranya tidak ada dominasi atau unsur yang menindas unsur lain terutamanya Yin dan Yang. • Yin dan Yang bersama-sama membentuk Tao iaitu jalan prinsip keabadian langit dan bumi. Ia juga saling bergantung satu sama lain dan memberikan makna dalam kewujudan manusia

1. Seni Pembinaan Sejak dari awal lagi, orang Cina mempercayai sekiranya manusia ingin maju ia tidak harus menimbulkan kemarahan atau cuba menguasai alam semesta tetapi sebaliknya, harus berusaha untuk mencapai keharmonian dengannya. Pemikiran ini dapat dinyatakan dengan jelas dalam kepercayaan fengshui (geomancy), iaitu lokasi dan susunan dalam sesebuah rumah atau kubur selalunya ditetapkan dengan panduan teori fengshui. Lokasi dan susunan yang mempunyai fengshui yang buruk, iaitu yang tidak berharmoni dengan alam semesta akan menjejaskan masa depan sesebuah keluarga.

2. Akupuntur Pengobatan tradisional Cina atau Chinese Traditional Medicine (TCM) mengikuti prinsip yin dan yang dalam mengembalikan keseimbangan atau kesehatan dalam tubuh kita. Prinsip ini sudah dianut selama ribuan tahun. Kesehatan yang seimbang ini membutuhkan aliran chi atau tenaga yang mengalir lancar di sepanjang meridian tubuh. Aliran chi yang lancar ini dapat dicapai jika tubuh yang melawan keseimbangan prinsip yin dan yang diseimbangkan.

3. Tai Chi Chuan Tai Chi tidak dipisahkan dengan prinsip Yin dan Yang. Konsep Yin dan Yang merujuk pada dua aspek yang berada tetapi saling melengkapi. Segala sesuatu di dunia ini selalu mengandung unsur Yin dan Yang. Demikian juga dengan Tai chi. Yin dan Yang dalam Tai chi diwujudkan dalam empat aspek: bentuk, latihan tenaga, aplikasi, dan teori. Dalam Tai chi, biasanya gerakan sangat lambat, anggun, dan berwibawa, berbeza dengan gerakan dalam Shaolin atau ilmu keras lain. Tetapi dalam penerapannya, Tai chi dilakukan dengan cepat dan bertenaga. Jadi, ada unsur harmoni Yin (lambat dan berwibawa) dan Yang (cepat dan bertenaga).

KOMPAS FENG SHUI ( LUO PAN )

Kompas China atau Luo Pan merupakan hasil pemetaan perubahan tenaga (dari Yang ke Yin dan sebaliknya) yang timbul dari gerakan sinar matahari di permukaan bumi selama satu hari atau 24 jam. Sinar matahari bergerak di permukaan bumi setiap jam adalah 15 derajat, maka selama 1 hari sinar matahari akan bergerak penuh satu lingkaran ( 15 derajat x 24 jam = 360 derajat ).

Bidang Astronomi •





Gerhana matahari dan gerhana bulan tentunya dipandang sebagai satu kejadian yang merugikan. Bulan dan matahari memiliki jangka waktu kemunculan yang sama; masingmasing 12 jam. Apabila bulan muncul, matahari terbenam; apabila matahari muncul, bulan lenyap. Pada saat di mana matahari seharusnya muncul namun terhalang oleh bulan, maka terjadilah gerhana matahari; saat di mana bulan seharusnya menerangi bumi tetapi "cahayanya" terhalang oleh matahari, maka terjadilah gerhana bulan. Baik gerhana bulan dan gerhana matahari adalah akibat dari terjadinya ketidakseimbangan kekerapan kemunculan bulan dan matahari; bulan dan matahari itu sendiri masing-masing mewakili yin dan yang.

Tenaga yang berpengaruh pada setiap jam gerakan sinar matahari dipetakan sesuai dengan arah mata angin, di mana pada arah Timur adalah Kayu, pada arah Barat adalah Logam, pada arah Selatan adalah Api, pada arah Utara adalah Air, sedangkan pada arah Timur Laut, Barat Laut, Tenggara dan Barat Daya adalah Tanah ditambah 4Gua ( Qian = Langit, Kun = Bumi, Gen = Gunung, Xun = Angin) ,seluruhnya 24 tenaga yang dinamakan juga 24 Gunung.

Related Documents


More Documents from "Risa nurlaili"

Konsep Ying & Yang
January 2021 1
Panduan Merungkai Standard
February 2021 1
Bedah Mukogingival
February 2021 0
Key Point For Day 1 Mdp
February 2021 1
Referat Otitis Eksterna
January 2021 1