Nota Sains Sukan Semester 1

  • Uploaded by: jevier cassidy
  • 0
  • 0
  • March 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Nota Sains Sukan Semester 1 as PDF for free.

More details

  • Words: 5,551
  • Pages: 19
Loading documents preview...
NOTA PEMBELAJARAN

SAINS SUKAN 966 TINGKATAN ENAM SEMESTER 1

DITAIP OLEH : JEVIER CASSIDY ANAK JEFFERY

TARGET STPM SAINS SUKAN : A

G00DLUCK , WORK HARDER , NEVER SURRENDER, LIFE NEED INTERGRITY..... #BUKAN BIASE BIASE... # BUKAN KALENG KALENG # JANGAN LUPA BAHAGIA..

TAJUK 1 : SOSIOLOGI SUKAN/SPORT SOCIOLOGY 1.1 PENGENALAN SOSIOLOGI SUKAN Sosiologi sukan merupakan subbidang dalam sosiologi yang berfokus pada proses social yang berlaku dalam konteks sukan. Pengetahuan dalam bidang sosiologi sukan membolehkan pelajar mudah berimteraksi dalam kalangan meraka. Mereka juga mudah berinteraksi dengan guru dan pihak pemgurusan. KONSEP DAN DEFINISI SOSIOLOGI  Definisi sosiologi : kajian saintifik tentang struktur dan proses social dalam masyarakat.  Kajian saintifik yang dimaksudkan ialah sosiologi merupakan bidang kajian yang teratur dan sistematik. Kajian dalam bidang sosiologi mengambil kira isu isu yang berkaitan dengan kesahan (validity) dan kebolehpercayaan (reliability).  Struktur pula bermaksud suatu organisasi mikro dan makro yang wujud dalam masyarakat.  Organisasi mikro ialah individu yang terdapat dalam masyarakat tersebut seperti murid, atlet dan guru.  Organisasi makro ialah kelompok individu seperti sekumpulan murid, satu pasukan sukan atau unit beruniform.  Proses yang dimaksudkan dalm dalam definisi sosiologi ialah interaksi yang berlaku antara individu dengan kumpulan dalam masyarakat berbentuk komunikasi , konflik , komersialisme, birokratik, sosiologi, proses menginstitusi, dan proses lain yang berkaitan. DEFINISI SOSIOLOGI SUKAN  Coakley (2009) ,sosiologi sukan merupakan subdisiplin dalam sosiologi yang mengkaji sukan sebagai suatu fenomena social.  Sosiologi sukan boleh didefinisikan sebagai bidang ilmu yang mengkaji fenomena social yang berlaku dalam sukan.  Bidang kajian sosiologi sukan mengaplikasikan konsep sosiologi untuk mengkaji secara saintifik tentang struktur social dan proses sosialasi dalam dunia sukan.  Aspek kajian dalam sosiologi sukan : usaha untuk memahami interaksi yang wujud antara individu dalam pasukan dengan ahli masyarakat yang berkaitan seperti jurulatih, penonton, pihak pengurusan, dan media massa.  Isu sosialogi yang signifikan dalam bidang sukan berfokus pada corak organisasi social yang terlibat, sifat formal sukan seperti pasukan , jurulatih,pemain, penganjur, undang undang dan peraturan tertentu.  Sosiologi sukan juga melihat aspek etika dalam menghadapi pertandingan seperti salah laku dan keagresifan dalam bidang sukan, motif individu yang melibatkan diri dalam bidang sukan serta kesan penglibatan dalam sukan terhadap perkembangan dan perhubungan social manusia. KONSEP ASAS KESUKANAN MAIN (play) :

 Ia bebas di mana individu yang terlibat bebas untuk memilih apa sahaja aktiviti dan jangka masa yang ia perlukan (tidak tetap).  Ruang dan masa : ia merajuk kepada penhadan tertentu seperti ruang dan masa. Tidak seperti sukan, main tidak terikat kepada ruang dan masa tertentu.  Kos, keputusan dan hasil atau outcome tidak dijangkakan.  Hasilnya bukan berbentuk material atau kebendaan (ganjaran). PERMAINAN (GAME) :  Lebih formal dari main.  Ada unsur organisasi dan pertandingan.  Individu menyertai permainan mempunyai matlamat tertentu seperti seerti prestige, status atau pengiktirafan.  Ada struktur tertentu berdasarkan undan undang formal atau tidak formal.  Ada karektor, keseriusan, dan kemenangan. SUKAN (SPORTS) :  Tersusun dari segi stuktur organisasinya.  Ada unsur pertandingan untuk menghasilkan pemenang.  Melibatkan kemahiran perancangan, kemahiran motor/ motor skills, strategi/ taktikal, dan factor nasib.  Melibatkan keupayaan fizikal dan mental yang tinggi.

 Sukan itu adalah berstruktur :  Sukan adalah aktiviti fi zikal yang berstuktur : ( undang undang dan peraturan : tie breaker, sudden-death, golden goal, penalty, dsb ), ( ada ruang

Spesifik: balapan /trek larian, kolam renang, padang, gelanggang, arena litar ).    

Mempunyai masa yang spesifik : hoki 35:10:35, bola sepak 45:15:45,extra time. Mempunyai kiraan point/mata : ( badminton, tenis, squash, bola keranjang, bola tampar ). Berbentuk formal : pengelolaan, mesyuarat opening & closing ceremonies ) Ada hierarki / organisasi : KBS, MSN, ISN, MS NEGERI, MSSM, MSSS, MSSD, kelab professional, persatuan sukan kebangsaan, pengerusi pengelola, jawatan kuasa pengelola, presiden, majlis exco persatuan, dsb).

Sukan ada matlamat :   

Setiap situasi sukan menyediakan pelbagai bentuk pertandingan dan ujian kendiri. Semua bentuksukan melibatkan pencapaian dan tingkah laku dalam sukan yang bermaltamat. Ianya merupakan bukti kepada atlet, jurulatih, pegawai pasukan dan penonton terhadap keupayaan , persaingan ,usaha, darjah kesukaran, kepakaran dan pencapaian.



Atlet dan pasukanminkin berbeza matlamat / objektif, dan pelbagai standard atau tahap kecemerlangan.

Sukan adalah satu persaingan :   I. II.

III.

Atlet dan pasukan akan bertanding / bersaing dengan pihak lain untuk menentukan pemenang. Persaingan dalam sukan melibatkan tiga bentuk : Pertandingan secara terus : bertanding dengan orang lain /dua pihak berlainan secara individu atau pasukan ( badminton, hoki, tinju, bola sepak, bola jaring ) Pertandingan selari : bertanding antara satu sama lain secara beramai ramai / ramai pihak secara langsung ( marathon, lumba basikal lebuh raya, lumba kereta F1), atau bertukar ganti (olahraga,medley,renang,dsb),atau di kawasan dipisahkan(trek balapan, tenpin bowling, kolam renang). Pertandingan melawan standard : memanah gimnastik, terjun junam dsb.

Sukan adalah bersaskan pertandingan :  i. ii. iii. iv. v.

Weiss (1969), dalam pertandingan, atlet biasanya akan cuba mempersembahkan keupayaannya atau individu berdasarkan kepada lima perkara : Kelajuan Daya tahan Kekuatan Ketepatan Koordinasi

Sukan adalah ludic : Sukan biasanya mempunyai sekurang kurangnya dua elemen ludic (ludic : latin”ludus” =play/game) yang menjadikannya sesuatu yang menyeronokkan iaitu : i. ii.

Hasil yang tidak pasti : ada unsur kejutan (suprise), emosi dan perasaan yang menyeronokkan. Ada sanction display / dibenarkan untuk ditontonkan, kemahiran fizikal, kekuatan, pengetahuan, kepintaran, dan kawalan kendiri.

PENGKELASAN SUKAN a) b) c) d) e)

Sukan individu (olahraga, renang, badminton, tenis, squash, tinju,dll) Sukan berpasukan (hoki, basketball,soccer, baseball,dll) Sukan dengan alam sekitar (canoeing, motocross, skiing, water surfing, mountain bike,dll) Sukan dengan binatang (equestrian, show jumping, dressage, cross country) Sukan dengan mesin (lumba kereta F1, Motosikal GP,cycling, sailing, dll)

KEPENTINGAN SUKAN DARI SUDUT SOSIAL  Penglibatan penonton  Penyertaan individu dan masyarakat  Impak ekonomi

 Gender  Integrasi kaum

1.2 SUKAN DAN SOSIALISASI  Sosialisasi ialah proses mempelajari budaya dan cara menjadi ahli dalam sesuatu masyarakat.  Tujuan sosialisasi adalah untuk mengembangkan kemampuan individu berkomunikasi dan memainkan peranan social dalam masyarakat.  Sosialisasi bermula sejak dilahirkan dan berterusan sepnjang hayat. SOSIALISASI KE DALAM SUKAN           

KELUARGA : Agensi penting dalam mempengaruhi sosialisasi sukan. Penting dalam penyertaan awal kanak kanak dalam sukan. Menyediakan sumber kewangan, sokongan psikologi & emosi (nilai, pengetahuan & norma). Ahli keluarga lain yang sudah menceburi sukan (Berjaya) mendorong minat. Sukan menjadi topic perbualan dalam keluarga, mencetus minat untuk menceburi. Menonton acara sukan bersama keluarga (TV,stadium dsb). RAKAN SEBAYA : Mewujudkan sosialisasi mengikut peringkat umur tertentu. Pengaruh kuat rakan sebaya pada peringkat remaja. Factor lain : latar belakang, kelas social, hubungan keluarga, dan kepentingan bersama dalam kalangan remaja (sub-budaya).  Pengaruh rakan sebaya terhadap sukan akan membentuk gaya hidup.  SEKOLAH :  Boleh mewujudkan proses sosialisasi melalui pendidikan jasmani & kokurukulum.  Program yang disediakan dan peluang untuk menceburi / mempelajari sukan sukan lain dalam pjk.  Penglibatan dalam aktiviti di sekolah & sokongan keluarga member pengaruh yang kuat.  Komuniti :  Persekitaran yang sihat (budaya sukan) akan mempengaruhi individu.  Persatuan / kelab sukan memperkenalkan pelbagai program pembangunan sukan.  Peluang – peluang menyertai pelbagai pertandingan yang dianjurkan memberi pengaruh yang kuat.  MEDIA MASSA :  Memainkan peranan dramatic yang penting dalam program sosialisasi sukan.

  

Sukan didedahkan melalui siaran di TV, internet, radio, majalah, akhbar. Sumber maklumat penting kepada umum untuk mendapatkan maklumat penting berkaitan sukan. Siaran yang menarik dan dipromosikan dengan gah memberi pengaruh yang besar terhadap penonton.

SOSIALISASI MENERUSI SUKAN  Sukan itu sendiri menjadi alat yang sebenar kea rah proses sosialisasi.  Elemen elemen yang terdapat dalam sukan seperti kerjasama, toleransi, disiplin, hormat, mematuhi peraturan dsb boleh membantu proses pembentukan sikap, nilai, dan tingkah laku individu.  Individu tersebut sudah menceburi sukan, dan melalui penglibatan dalam sukan akan dapat membentuk sikap dan nilai dalam diri individu tersebut (berdisiplin, menepati masa, dsb).  Ia melibatkan kemahiran, nilai, kepercayaan dan norma hidup.  Ia diperolehi melalui program pembelajaran dalam sukan.  Ia dijana oleh institusi social yang luas & melibatkan semangat kesukanan (sportsmanship), amanah, kerjasama , patriotism dan pencapaian.

1.3 SUKAN DAN INTEGRASI KAUM  Perbezaan warna kulit dan warisan budaya mempengaruhi penglibatan individu dalam sukan yang diceburinya.  Sukan boleh menjadi alat untuk mewujudkan integrasi melalui penglibatan masyarakat pelbagai kaum dalam sukan sebagai penonton, penyokong, pegawai pegawai sukan, atlet, jurulatih dsb.  Polarisasi kaum : punca dan kesan terhadap integrasi kaum.  Polarisasi / taburan masyarakat berdasarkan kaum dan tahap sosioekonomi seperti kawasan Bandar, pinggir Bandar dan luar Bandar.  Polarisasi ini boleh mewujudkan dominisasi kaum dalam sesuatu sukan.

 Kaji dan bincangkan berkenaan punca dan kesan polarisasi kaum terhadap sosialisasi sukan.  Kaji dan bincangkan, punca dan kesan dominisasi kaum terhadap sesuatu sosialisasi sukan.  Jika kedua dua isu ini (polarisasi & dominisasi kaum) dapat diatasi / dikurangkan, adakah ia akan membantu dalam mewujudkan integrasi kaum yang lebih jitu.

1.4 SUKAN DAN GENDER I. PERBANDINGAN PENGLIBATAN LELAKI DAN WANITA DALAM SUKAN  Penglibatan wanita dalam sukan jika dibandingkan dengan lelaki, sebelum ini amat ketara yang mana kebanyakan sukan dimonopoli oleh lelaki.  Sukan sukan tradisi lelaki seperti ragbi, bola sepak, sepak takraw, hoki ais, American football, tinju dsb,jarang/ tiada penglibatan wanita.  Masa kini, sukan sukan ini telah dibuka peluang kepada wanita untuk melibatkan diri. Ini sedikit sebanyak telah meningkatkan penglibatan wanita dalam sukan sukan tersebut.  Prestasi wanita yang baik dalam sukan tersebut juga telah member banyak peluang penglibatan wanita dalam sukan tersebut.  Kejohanan /pertandingan sukan peringkat dunia juga telah diperkenalkan (FIFA Women World Cup, Liga Profeional American Football, sukan olimpik, sukan asia dsb). Halangan untuk wanita bergiat aktif dalam sukan : 

 

 

II.     

Keluarga : perkahwinan (tidak mendapat restu suami untuk bergiat aktif dalam sukan selepas berkahwin), melahirkan anak (perubahan fizikal & fisiologi selepas melahirkan anak), menjaga anak(masa untuk menjaga anak / ada yang sanggup berhenti kerja), rumah tangga. Kerjaya : kekangan masa bekerja sehingga malam (over time) selalu menjadi penghalang untuk wanita bersukan. Ramai wanita amat mementingkan kerjaya untuk masa depan. Perubahan fizikal : jika bergiat aktif dalam sukan, bentuk badan akan lebih berotot & lebih maskulin/ seperti tubuh lelaki. Wanita inginkan susuk tubuh yang ferminine & menarik. Bersukan mendedahkan mereka kepada peluh & cahay matahari. Persepsi masyarakat : segelintir masyarakat memandang serong wanita yang bergiat aktif dalam sukan kerana personality yang ekstrovert, aktif, social, dsb. Agama : pemakaian sesetengah sukan yang tidak menutup aurat (sukan gimnastik : sukan yang memerlukan pemakaian sukan yang telah ditetapkan). Pergaulan antara lelaki dan wanita dalam kumpulan kumpulan tertentu dalam sukan.

PENAJAAN DAN GANJARAN Terdapat perbezaan dari segi nilai penajaan dan ganjaran kepada atlet wanita dalam sukan jika dibandingkan dengan atlet lelaki. Penajaan barangan lebih memihak kepada atlet lelaki sebagai duta mereka. (barangan sukan ADIDAS,NIKE). Nilai wang hadiah bagi sesentengah sukan juga berbeza , yang mana nilai hadiah untuk wanita adalah lebih kecil jika dibandingkan dengan lelaki. Namun demikian, nilai wang kemenangan/ganjaran telah diselaraskan pada masa kini. Ini telah menunjukkan bahawa jurang antara atlet lelaki dan wanita dari segi pengiktirafan / ganjaran sudah setara. Tetapi masih ada beberapa sukan yang menyediakan ganjaran yang berbeza seperti golf dan tinju professional.

III.       

IV.        

LANGKAH MENINGKATKAN PENGLIBATAN WANITA DALAM SUKAN Beri lebih banyak peluang untuk wanita terlibat dalam sukan (atlet, jurulatih, pengurus, pegawai sukan tertinggi dalam persatuan sukan, pengadil dsb). Dasar sukan sesebuah Negara perlu memberi ruang kepada wanita untuk terlibat dalam sukan dalam menentukan dasar sukan (menteri, jawatankuasa tertinggi sukan Negara dsb). Undang undang Negara tertentu yang selama ini melarang wanita terlibat dalam sukan juga perlu digubal semula. Mewujudkan pertubuhan sukan khas untuk wanita agar hak wanita dalam sukan boleh diperjuangkan. Memperhebatkan kempen dan promosi khas berkenaan kesihatan dan kecergasan fizikal wanita yang terlibat dalam sukan. Persepsi negative masyarakat terhadap penglibatan wanita dalam sukan perlu dihapuskan. Liputan media massa kepada wanita dalam sukan perlulah diberi liputan yang sama banyaknya dengan liputan ke atas atlet lelaki.

SUMBANGAN WANITA DALAM SUKAN Datuk Azlina Othman (bekas menteri sukan) Nicol ann david (pemain skuash kebangsaan) Nurul huda Abdullah (renang) Sylvia ng (badminton) M. Vasugi ( takwondo ) Shalin zulkifli (tenpin bowling) Pandalela rinong (atlet terjun kebangsaan) Ramai lagi atlet wanita kebangsaan telah mengharumkan nama Negara di persada dunia.

DISKRIMINASI WANITA DALAM SUKAN Adakah masih terdapat unsure diskriminasi dalam sukan? Definisi Diskriminasi (kamus DBP) : Perlakuan membeza bezakan sesuatu hal kerana keturunan, warna kulit, gender, agama, kaum dll. Diskriminasi merujuk kepada pelayanan yang tidak adil terhadap individu tertentu, di mana layananini dibuat berdasarkan kumpulan yang diwakili oleh individu berkenaan. Diskriminasi merupakan suatu amalan yang biasa dijumpai dalam masyarakat manusia. Ia berpunca daripada kecenderungan manusia untuk membeza bezakan manusia yang lain. Diskriminasi ini dianggap sebagai sesuatu yang tidak adil berdasarkan prinsip “setiap manusia harus diberi hak dan peluang yang sama” (equal opportunity). Cth diskriminasi :

 

Hadiah kemenangan untukwanita lebih tinggi daripada lelaki Liputan mengenai wanita dalam media cetak sangat sedikit dibandingkan dengan lelaki.

GANGGUAN SOSIAL DALAM SUKAN       

Tingkah laku seksual yang tidak disenangi oleh mangsa. Ianya juga satu kelakuan seksual yang dilakukan ke atas penerima tanpa diminta atau dibalas balik oleh penerima. Gangguan seksual merupakan pelbagai tingkah laku seksual yang boleh dibahagikan kepada 5 kategori iaitu : Gangguan secara lisan (pertuturan / pernyataan) Gangguan bukan lisan (isyarat tangan) Gangguan visual (paparan grafik) Gangguan psikologi (ugutan) Gangguan fizikal (sentuhan)

Contoh contoh gangguan seksual :         

Menulis, mempamer atau mengedar bahan bukan pengajaran yang berbentuk lucah. Bercerita atau membuat jenaka berbau lucah. Membuat perlakuan atau isyarat lucah. Mengejek atau menggekar pelajar dengan panggilan lucah. Memaksa atau mempengaruhi pelajar membuat perlakuan seksual. Menawar ganjaran tertentu atau upah atas perlakuan seksual. Melakukan sentuhan yang berunsur seksual. Memegang kemaluan sendiri di hadapan pelajar. Menyebar khabar angin berunsur seksual.

EKSPLOITASI WANITA DALAM SUKAN Definisi eksploitasi (kamus DBP) : Perbuatan mengambil kesempatan terhadap seseorang atau sesuatu secara tidak adil untuk kepentingan atau keuntungan sendiri. EKSPLOITASI WANITA : suatu tindakan memanfaatkan kaum wanita untuk mendapatkan keuntungan bagi suatu kelompok.  Eksploitasi wanita di media massa (TV, media cetak, internet, iklan dll) yang bertujuan untuk meningkatkan perhatian masyarakat terhadap suatu produk atau media.  Dalam sukan, imej wanita sering dipaparkan dalam iklan bagi tujuan promosi sukan atau barangan sukan sebagai medel. Wanita sering dipaparkan dengan imej seksi untuk menarik perhatian. Contoh : gadis litar, gadis gelanggang, ataupun sebagai penghias muka depan (front cover) untuk majalah sukan seperti “SPORTS ILLUSTRATED”,yang mana memaparkan atlet wanita memakai bikini sebagai penghias muka depan majalah tersebut.

1.5 SUKAN DAN EKONOMI  Dalam sejarah, sukan digunakan sebagai satu daripada hiburan umum.  Dulu, sukan tidak menggunakan pakej yang betul, tidak dipromosikan dengan baik, tidak begitu jelas peranannya dan tidak berperanan sebagai produk komersil.  Masa kini, sukan dan hubungan social sangat berkaitan dalam ekonomi sesebuah Negara.  Organisasi ekonomi dan badan korporat yang besar boleh menarik minat atau boleh mengawal sesuatu jenis sukan dan telah membantu dalam pembangunan sukan sukan di peringkat dunia. PERANAN SUKAN SEBAGAI SATU INDUSTRI DALAM MENINGKATKAN EKONOMI NEGARA  Sukan boleh membantu dalam meningkatkan ekonomi Negara kerana masa kini sukan berperanan sebagai satu industry yang boleh menjana ekonomi yang besar.  Penjanaan ekonomi melalui industri boleh dilaksanakan  Tahun 2011/2012 : tahun industri sukan (TIS) Malaysia  Tahun 2011 : industry sukan di Malaysia menjana perolehan sebanyak RM 30.2 billion setahun melalui barangan berasaskan sukan, perubatan sukan, fasiliti sukan, media massa dan perlancongan sukan.  TIS bukan semata mata mengenai sukan, tetapi, ia turut menjana pendapatan rakyat dan Negara, selain membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat.  Melalui industry sukan, kira kira 75 bidang pekerjaan mampu ditawarkan termasuk bidang perubatan, kejurulatihan dan insuran untuk manfaat rakyat. Penganjuran acara sukan :   

   

Sukan sukan bertaraf dunia (sukan komanwel, sukan asia, sukan SEA, Badminton super series, CIMB Nicol David Squash KL Open, Hoki Piala Sultan Azlan Shah dll). Pembinaan infrastruktur / fasiliti sukan (stadium, dewan, kolam renang, padang, litar dsb) meningkatkan sector pembinaan / peluang pekerjaan yang banyak / pelaburan syarikat korporat. Kehadiran peminat sukan : kutipan tiket memberi pulangan yang besar (cth: tiket untuk menyaksikan perlumbaan lumba kereta formula 1 di litar antarabangsa sepang : rm 50, rm 80, rm 100, rm 150, rm 200, rm 300). Penginapan peserta / pegawai & peminat : sector perhotelan akan mendapat keuntungan Makanan , minuman, barangan cenderahati ( keyvhain, baju t, paying, beg, dll) Pengangkutan awam : ke venue kejohanan(teksi, lrt, bas, komuter, monorail dsb) Atlet/pegawai/peminat yang hadir dari luar akan berbelanja / membeli belah

Pelancongan sukan :  

Sukan sukan yang boleh menarik perhatian ramai pelancong luar dan dalam Negara spt kejohanan sukan bertaraf dunia (f1,moto gp,le tour de langkawi,monsoon cup, maybank golf master dsb) Kewujudan pusat pusat rekreasi yang menyediakan kemudahan sukan rekreasi ( pulau pulau, taman Negara pendakian gunung ) untuk sukan scuba ,canoeing, mountain bike, jungle tracking, base jump dsb).

Penajaan :



Pelaburan oleh syarikat korporat Negara untuk pasukan / kelab professional member pulangan yang banyak dan membantu meningkatkan ekonomi ( PETRONAS, MAS, AIR ASIA, GENTING, CIMB, MAYBANK dsb).

Perolehan hak siaran : 

Penganjuran sukan bertaraf dunia di Malaysia telah mendapat liputan meluas oleh media elektronik antarabangsa (siaran secara langsung) spt ESPN sports dan STAR sports.

Penghasilan produk sukan : 

Penghasilan barangan sukan & yang berasaskan sukan juga menyumbang kepada peningkatan ekonomi Negara seperti peralatan, pakaian sukan, & barangan untuk kemudahan fasiliti sukan.

SUKAN SEBAGAI SEBUAH INSTITUSI 

Ciri ciri:

Sukan ialah ejen perpaduan yang berkesan bagi segenap lapisan masyarakat. Malaysia adalah antara Negara yang telah terbukti Berjaya menggunakan sukan sebagai platform untuk mengukuhkan integrasi nasional dan mendukung aspirasi Negara. Bidang sukan mempunyai ciri ciri yang unik yang membolehkannya berfungsi sebagai sebuah institusi social dalam masyarakat. Beberapa criteria tertentu bagi membolehkan sukan diterima sebagai suatu institusi social. Antara criteria tersebut adalah seperti yang berikut :      

Undang undang dan peraturan Sosioemosi Sosialisasi Integrasi Politik Mobiliti social

a) Undang undang dan peraturan Sukan sringkali dikaitkan dengan cabaran fizikal dalam persekitaran dan persaingan antara ahli sukan. Aktiviti sukan biasanya memerlukan kemahiran fizikal dan mental yang tinggi. Menurut Mohd. Salleh Aman (2005), sukan boleh ditakrifkan sebagai aktiviti yang dimainkan secara koperatif ( saling bekerjasama) dan kompetitif (besifat pertandingan) dalam bentuk permainan. Permainan merujuk kepada reka bentuk struktur, dan format sesuatu aktiviti sukan yang meliputi peraturan, strategi, kemudahan dan peralatan permainan. Undang undang dan peraturan dalam sukan diwujudkan untuk mengawal perjalanan sukan tersebut. Masalah yang timbul dalam sukan biasanya berpunca daripada ketidakpatuhan tehadap undang undang yang telah ditetapkan. Keinginan yang keterlaluan untuk memenangi sesuatu perlawanan akan menyebabkan individu sering bertindak di luar batasan undang undang dan peraturan. Justeru, undang

undang dan peraturan sukan yang tekal dan perlaksanaan yang telus akan menjadikan sukan sebagai institusi social yang terbaik untuk masyarakat keseluruhannya. b) Sosioemosi Perkataan sosioemosi terdiri daripada dua perkataan iaitu social dan emosi. Emosi bermaksud segala hal yang berkaitan dengan masyarakat atau kemasyarakatan. Emosi ialah perasaan efektif yang melibatkan gerak hati, tindak balas, fisiologi, dan pernyataan emosi. Emosi dikelaskan sebagai emosi positif dan emosi negative. Emosi positif adalah seperti gembira , teruja, dan girang. Emosi negatif pula adalah seperti marah, sedih dan kecewa. Perkembangan sosioemosi merupakan perkembangan penguasaan emosi dan kemahiran social yang matang. Sukan merupakan institusi social yang dapat memperkembangkan kemahiran sosioekonomi dan membolehkan individu belajar mengawal emosi, pemikiran, dan tindakan supaya dapat menyesuaikan diri dalam kehidupan seseorang. Antara kesan sosioemosi yang boleh dicapai menerusi penglibatan dalam sukan ialah :   

Katasis Semangat kekitaan atau berpasukan Semangat patriotism (i) Katarsis ialah proses meluahkan atau melegakan keagrefsifan dan ketegangan emosi melalui aktiviti seni atau sukan. Keagresifan merupakan suatu naluri dalaman yang tertanam dalam diri manusia. Oleh sebab katarsis merupakan naluri semula jadi manusia , maka sifat keagresifan ini tidak boleh dikikis dalam diri manusia. Sebaliknya,keagresifan boleh dikawal serta diluahkan dengan pelbagai cara. Sukan merupakan wadah yang sesuai untuk meluahkan keagresifan dengan cara yang dibenarkan. Sebagai contoh, seorang atlet taekwondo dapat melepaskan tekanan atau naluri keagresifan dalam gelanggang. (ii) Penglibatan dalam sukan dapat mewujudkan semangat kekitaan atau berpasukan yang juga dikenali sebagai spirit de corps. Semangat kekitaan dan berpasukan dapat dijelmakan melalui sukan menerusi kecenderungan sesuatu kumpulan atau pasukan untuk bersatu dan bersama mencapai matlamat dan objektif kumpulan tersebut. Pasukan yang Berjaya mempunyai kesepaduan pasukan yang tinggi antara ahli. Semangat kekitaan dan berpasukan yang erat dapat membantu ahli di dalam pasukan mencapai satu matlamat yang diidamkan. Penglibatan dalam sukan juga dapat mengeatkan jalinan persahabatan dengan ramai kenalan yang melibatkan diri dalam sukan tanpa mengira bangsa, agama dan Negara. Aktiviti sukan merupakan cara yang terbaik untuk kita mempererat semangat kekitaan selaras dengan dasar dasar semasa kerajaan. (iii) Semangat patriotisme ialah perasaan taat setia individu kepada agama, bangsa dan Negara. Aktiviti sukan dapat meningkatkan semangat patriotism menerusi penglibatan atlet pada peringkat antarabangsa. Atlet yang mempunyai semangat patriotism yang tinggi biasanya mempamerkan tahap kesungguhannya yang tinggi ketika bertanding dengan atlet dari negar lain. Kesungguhan ini bertujuan untuk menjaga dan menaikkan nama Negara di persada antarabangsa. Individu perlu diasuh supaya mencintai Negara dengan sepenuh hati, iaitu sanggup mempertahankan Negara daripada serangan musuh dan sentiasa berusaha memajukan Negara. Aktiviti menaikkan bendera dan menyanyikan lagu kebangsaan sebelum

c)

d)

e)

f)

sesuatu perlawanan secara tidak langsung dapat mewujudkan semangat patritisme dalam diri atlet. Sosialisasi ialah satu proses individu mengenali norma dan kebudayaan masyarakat sekeliling. Sosialisasi menjadi penting kerana manusia tidak dapat hidup sendirian. Sukan dapat merangsang individu untuk saling mengenali antara satu sama lain merentasi warna kulit, kepercayaan, dan aspek sosial lain yang sering menjadi faktor pemisah dalam sesuatu masyarakat. Sosialisasi dalam konteks sukan mewujudkan satu bentuk integrasi yang sentiasa berjaya menyatupadukan individu daripada pelbagai latar belakang untuk berkongsi membentuk satu entiti yang umum. Contoh, sesebuah pasukan yang diwakili oleh atlet pelbagai kaum membentuk identiti yang tersendiri. Sukan dapat menjadi alat untuk memupuk integrasi pelbagai kaum yang terdapat dalam sesebuah kelompok masyarakat. Dalam perspektif ini, Malaysia adalah antara negara yang telah terbukti berjaya menggunakan sukan sebagai platform untuk mengukuhkan kepada pengukuhan integrasi nasional. Matlamat utama penggubalan Dasar Sukan Negara (DSN) adalah untuk mewujudkan budaya sukan dalam kalangan rakyat Malaysia. Budaya sukan ini merangkumi penyertaan dalam aktiviti sukan dan kegiatan fizikal melalui; Sukan Untuk Semua dan Sukan Prestasi Tinggi. DSN Malaysia telah memberikan hala tuju kepada pembangunan sukan Negara ke arah pemupukan integrasi nasional melalui amalan gaya hidup aktif dan sihat, pembinaan kesejahteraan diri, dan semangat kesukanan yang tulen. Melalui aktiviti sukan individu daripada pelbagai latar belakang boleh disatukan menjadi satu pasukan yang mempunyai matlamat yang sama bermula daripada peringkat sekolah, daerah, negeri dan negara. Politik didefinisikan sebagai suatu situasi yang bertujuan menunjukkan kewujudan kuasa. Aspek politik dalam sukan merujuk kepada kuasa dalam bidang pengurusan pasukan atau persatuan, atau hierarki yang wujud dalam struktur organisasi sesuatu persatuan sukan. Setiap persatuan sukan mempunyai pemimpin seperti Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha, dan Bendahari yang mempunyai kuasa untuk menentukan hala tuju persatuan sukan tersebut. Dalam sesebuah pasukan pula, jurulatih dan pengurus pasukan merupakan individu yang penting untuk membimbing pasukan mencapai kejayaan. Contoh, pasukan sukan yang mempunyai unsur politik yang positif dan dapat melahirkan atlet yang berjaya seperti Persatuan Skuasy Malaysia yang telah berjaya melahirkan jaguh skuasy dunia Datuk Nicol Ann David. Mobility ialah proses yang bersifat dinamik dan sentiasa berubah. Proses ini memberi peluang kepada individu untuk memperkembangkan bakat melalui penyertaan dalam sukan, daripada peringkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan dan seterusnya ke peringkat antarabangsa. Mobility sosial ialah peluang yang diberikan kepada perubahan status seseorang. Mobility sosial wujud apabila penyertaan member implikasi kepada peningkatan taraf hidup individu. Melalui penglibatan dalam sukan, seseorang berpeluang mencapai perubahan dalam kehidupan. Perubahan yang diperolehi adalah seperti menerima gaji yang lumayan hasil daripada kontrak sebagai pemain professional, imbuhan dari tajaan syarikat korporat, hadiah kemenangan dalam sukan, ganjaran oleh kerajaan kerana kejayaan dalam sukan seperti sukan olimpik melalui skim hadiah kemenangan sukan (SHAKAM), tawaran melanjutkan pengajian di ipt dan sebagainya. Situasi ini akan memudahkan atlet tersebut untuk menceburi pelbagai bidang kerjaya dan seterusnya mengubah kehidupan dan status ekonomi sosial mereka.

Peranan sukan 

Sukan sebagai alat perpaduan dan perpaduan antarabangsa

Malaysia terdiri daripada berbagai kaum dan etnik. Aktiviti sukan melibatkan pelbagai etnik menyediakan peluang untuk bekerjasama dan saling memahami di samping mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Selain itu, kegiatan sukan juga boleh menyumbang ke arah perpaduan serta dapat mengikis segala gejala sosial yang kurang diingini dalam pembangunan Negara seperti dikriminasi, pengasingan dan sebagainya. Pada peringkat antarabangsa pula, pelancaran aktiviti sukan secara global juga dapat mewujudkan hubungan diplomatic antara sesebuah Negara dengan Negara yang lain. Keamanan Negara dapat dicapai jika setiap Negara menitikberatkan fungsi sukan dalam membentuk perhubungan global yang baik. 

Sebagai asas dalam pembentukan PENDIDIKAN JASMANI dan KEGIATAN KOKURIKULUM

Kewujudan aktiviti sukan juga mendorong pelancaran pendidikan jasmani di sekolah sekolah rendah dan menengah serta pusat pusat pengajian tinggi. Pendidikan jasmani ini adalah terdedah kepada semua pelajar bahawa fungsi fungsi sukan secara berfokus kepada fizikal dan mental seseorang dan juga mengajar mereka bagaimana melakukan setiap aktiviti sukan dengan tatacara yang betul supaya tidak membahayakan diri sendiri. Selain itu, kegiatan kokurikulum juga diperkenalkan selepas kewujudan sukan. Kegiatan kokurikulum juga dilaksanakan di kebanyakkan institusi pengajian tinggi. Kegiatan kegiatan yang dijalankan adalah seperti aktiviti sukan yang biasa dijalankan. 

Sebagai satu industry dan perdagangan serta penyumbang kepada pendapatan Negara

Sukan berkembang menjadi satu industry seperti yang terdapat di Negara Negara maju. Contohnya : amerika syarikat memperolehi sebanyak RM 135 billion sebagai pendapatan Negara kasar bagi pengeluaran alat alat sukan pada 1987. Industry sukan sahaja menyumbangkan kira kira 1% dan 2% pengeluaran Negara Negara kasar di Negara Negara perindustrian yang memperlihatkan kadar pertumbuhan yang lebih pesat. Malaysia pula memperolehi kira kira RM45.41 juta hasil daripada pertumbuhan eksport alat alat sukan sukan baru baru ini. Contoh alat alat sukan tersebut : raket yonex, kasut reebok dan kasut bola sepak puma. Perkembangan industry sukan telah meningkatkan pasaran antarabangsa untuk pengeluaran, perniagaan dan pengedaran alat alat sukan, barangan dan perkhidmatan yang berkait dengan industry sukan. Pasaran dunia untuk alatan sukan melebihi RM50 billion pada tahun tahun 1980 an. 

Menyediakan peluang pekerjaan

Melalui aktiviti sukan, peluang pekerjaan professional dan bukan professional dapat diwujudkan. Pada 1980, terdapat kira kira 300000 pekerjaan dan 7000 buah syarikat yang menceburi dalam French federation of sporting industries. Di jerman pula, terdapat kira kira 45000 orang pekerja yang terlibat dalam sector sukan. Di antara pekerjaan yang diwujudkan melalui aktiviti sukan adalah pemain bola sepak, pengurus pasukan , jurulatih, pegawai perubatan sukan, peguam sukan dan pemain badminton. Ini berkait rapat untuk mereka yang tidak pandai dalam bidang akademik. 

Kegiatan sukan juga dapat mengurangkan kos perubatan untuk rakyat

Bersukan dapat menjadikan tubuh badan seseorang individu sihat dan cergas. Sehubungan dengan itu, kerajaan dapat mengurangkan peruntukan kewangan untuk membeli bahan bahan perubatan dan teknologi yang canggih bagi mengubati penyakit rakyat. Manakala, kerajaan dapat mengalihkan modal modal yang berlebihan ke sector sector penting dalam mencpai hasrat wawasan 2020 terutama sector industry dan pembangunan. Jika dilihat dari segi perspektif individu sendiri, seseorang itu juga dapat menjimatkan perbelanjaannya terhadap bahan perubatan kerana tubuh badan yang sihat disebabkan bersukan secara kerap. Manakala, individu berkenaan juga boleh menggunakan pendapatan yang berlebihan untuk membeli keperluan asas seperti makanan, minuman , pakaian dan lain lain bagi menjamin kesejahteraan kehidupannya.

KEPENTINGAN SUKAN DALAM PEMBANGUNAN SOSIOBUDAYA  Sukan melahirkan insan yang cergas dan cerdas Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa sukan akan melahirkan insan yang cergas dan cerdas. Aktiviti sukan melibatkan pergerakan anggota badan. Senaman menguatkan sendi sendi dan otot otot tubuh. Lemak yang termendap dalam badan dapat digunakan untuk menjana tenaga. Aktiviti sukan juga dapat membantu proses perpeluhan dan menghilangkan panas badan. Dengan ini, seseorang akan dapt menghindarkan masalah penyakit kronik seperti sakit jantng dan diabetes. Dengan bada yang sihat, kita dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap pekerjaan dan pelajaran. Lantas, kemajuan dan kemakmuran sesebuah Negara dapat dicapai.  Sukan menawarkan peluang perniagaan dan pekerjaan Sukan juga boleh mewujudkan peluang perniagaan dan pekerjaan. Kemajuan sukan akan meningkatkan permintaan terhadap peralatan sukan. Oleh itu, bidang pembuatan dan pengeluaran alat alat sukan secara komersial berkembang pesat. Selain itu, usaha untuk menyediakan pelbagai kemudahan prasarana sukan turut mendatangkan pulangan yang lumayan. Misalnya, untuk mebina stadium, kolam renang bertaraf antarabangsa dan sebagainya, peluang pekerjaan terbuka luas kepada kontraktor dan pembekal bahan binaan. Peluang peluang pekerjaan juga diwujudkan. Hal ini bermakna industry sukan bukan sahaja menyumbang kepada pendapatan Negara malah juga menjamin peluang peluang baharu bagi rakyat mencari kerjaya yang sesuai.  Sukan memupuk perpaduan Sukan juga dapat memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum. Sebelum sesuatu pertandingan, para atlet atau pemain akan berkumpul di kem latihan. Di situlah mereka tinggal, makan, berhat, dan berlatih bersama sama. Pergaulan dan interaksi atlet dan pemain pelbagai kaum akan melahirkan persefahaman yang erat. Ketika pertandingan atau permainan berlangsung, mereka akan bersatu hati, saling membantu untuk menjayakan misi Negara. Rakyat jelata sebagai penyokong dan peminat sukan,juga membantu perpaduan Negara. Misalnya, para penyokong pasukan Negara menunjukkkan semangat kebangsaan mereka dengan menyokong semua pemain yang terdiri daripada pelbagai kaum. Terdapat 15000

orang rakyat berbilang kaum mendaftarkan diri sebagai sukarelawan untuk sukan komanwel (SUKOM) 1998. Mereka berganding bahu membuktikan Malaysia boleh dan mampu menjayakan SUKOM sepenuhnya.  Sukan mengangkat martabat negara Sukan juga dapat mengangkat martabat negar ke mercu yang lebih tinggi. Pencapaian cemerlang dalam temasya sukan membolehkan nama Malaysia terukir dalam sukan antarabangsa. Contoh yang paling ketara adalah apabila Malaysia Berjaya merampas Piala Thomas semula pada tahun 1992 setelah 25 tahun kehilangannya. Dalam sukan olimpik Beijing 2008 pula, Dato’ Lee Chong Wei mengharumkan nama Negara dengan memenangi pingat perak dalam sukan badminton. Pencapaian ratu skuasy Negara, Dato Nicol Ann David, lebih membanggakan. Beliau telah menjadi juara dunia dalam sukan itu sebanyak empat kali, iaitu pada tahun 2005-2006 dan 2008-2009 serta menduduki ranking pertama dunia sejak tahun 2006  Sukan juga dapat mengatasi masalah sosial Sukan juga dapat mengatasi masalah sosial seperti lepak, bohsia, penyalahgunaan dadah dan vandalisme yang melanda remaja kita. Masalah ini terjadi kerana remaja tidak mempunyai hobi yang sihat untuk mengisi masa lapang mereka. Aktiviti sukan merupakan salah satu hobi yang sihat dan membolehkan remaja mengisi masa lapang dengan bermakna. Selain itu, sukan juga dapat memupuk disiplin dan azam yang kuat yang membantu remaja menghindarkan diri daripada masalah sosial yang serius.

Langkah langkah meningkatkan mutu sukan  Peruntukan kewangan yang secukupnya kepada badan sukan penting Kerajaan perlulah memperuntukkan wang yang secukupnya kepada badan sukan. Dengan adanya wang yang cukup, pelbagai program latihan dapat dijalankan. Alatan latihan yang canggih dapat disediakan dengan secukukupnya. Jurulatih yang bertauliah dan professional dapat diupah. Selain itu, atlet dan pemain juga dapat dihantar keluar Negara untuk menjalani latihan. Lebih banyak pertandingan juga dapat dianjurkan. Atlet kita juga dapat ditaja untuk menyertai pertandingan antarabangsa. Pendedahan ini akan membolehkan mereka mengenal pasti kelemahan diri sendiri sambil belajar daripada jaguh sukan yang lain. Dengan itu, pastilah mutu sukan tanah air akan meningkat.  Percaturan politik dalam persatuan persatuan sukan juga harus dibanteras Percaturab politik dalam persatuan persatuan sukan juga harus dibanteras demi kemajuan sukan. Punca utama kemerosotan mutu sukan ialah kekurangan kerjasama antara Majlis Sukan Negara(MSN), Majlis Olimpik Malaysia (MOM), dan persatuan persatuan sukan. Percaturan politik dalaman, seperti perebutan kuasa dan jawatan juga menjejaskan mutu sukan. Masa, tenaga dan wang dibazirkan kerana perebutan yang sia sia ini. Pemimpin tua memegang tampuk selama bertahun tahun tanpa membawa sebarang perubahan dan kemajuan kepada bidang sukan tersebut. Merka juga enggan memberikan laluan kepada orang baharu. Keadaan ini haruslah dibetulkan jika kita mahu memajukan sukan tanah air. Tegasnya. Keutuhan persatuan sukan itu juga penting.  Ganjaran yang lumayan kepada ahli sukan

Ganjaran yang lumayan kepada ahli sukan juga penting dalam hal ini. Ganjaran wang yang lumayan akan memikat ahli sukan. Sebagai contohnya, pemenang pingat di peringkat antarabangsa diberikan insentif kewangan yang banyak. Tambahan pula, gaji tinggi boleh ditawarkan kepada ahli sukan professional. Dengan demikian, mereka dapat menumpukan perhatiannya tehadap bidang sukan sepenuhnya. Peluang pendidikan dan pekerjaan juga boleh ditawarkan. Anugerah tertentu seperti olahragawan dan olahragawati juga diberikan. Dengan itu, ahli sukan tidak perlu risau masa hadapan yang tidak menentu apabila prestasi merka merosot nanti.  Bakat perlu dicungkil ketika kecil Bakat ahli sukan juga erlu dicungkil ketika kecil. Pertandingan peringkat sekolah rendah dan menengah diutamakan. Dalam pertandingan sedemikian, bakat muda yang berpotensi dapat dicungkil. Selanjutnya, bakat merka dapat diasah pada usia muda. Bimbingan dan latihan kursus diberikan, misalnya golongan yang berpotensi ini dihantar ke sekolah sukan. Maka lahirlah para pelapis ahli sukan Negara yang dapt menyambung perjuangan Negara dalam bidang ini.  Jurulatih perlu ditambah Jurulatih juga memainkan peranan yang penting. Lebih banyak jurulatih yang berpengelaman perlu diupah. Merka dapat memberikan tunjuk ajar yang bernas kepada ahli sukan kita. Mereka juga menggunakan kaedah latihan yang tekini. Hal ini dapat meningkatkan mutu sukan Negara. Sebagai contohnya, jurulatih daripada Negara China telah Berjaya membantu pasukan badminton Negara merampas pialaThomas pada tahun 1992. Jurulatih renang yang diupah dari Negara barat akhirnya Berjaya melahirkan banyak perenang Negara yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Oleh itu, amtlah penting untuk kita mengupah jurulatih yang betul betul berupaya dalam pelbagai bidang sukan.

TAJUK 2 : PENGURUSAN SUKAN 2.1 FUNGSI PENGURUSAN Takrif pengurusan sukan : pengurusan sukan boleh ditakrifkan sebagai proses menguruskan sumber manusia dan peralatan serta perlaksanaan kegiatan kegiatan yang telah dirancang dan perlu dalam sesebuah organisasi sukan untuk memastikan bahawa setiap individu bersatu tenaga untuk mencapai matlamat yang ditetapkan terlebih dahulu. Dalam situasi pengurusan sukan, sumbernya ialah peruntukan kewangan, jurulatih, peralatan sukan dan kemudahan kemudahan lain, manakala hasilnya ialah atlet yang mendapat faedah daripada penglibatan merka dalam aktiviti sukan.

KOMPONEN PENGURUSAN SUKAN 1. Perancangan : merancang program program seperti pengelolaan pertandingan, sesi latihan, program pembangunan atlet, program persediaan atlet/ pasukan untuk kejohanan, menyediakan belanjawan, pengurusan fasiliti sukan dsb. 2.

Related Documents


More Documents from "Arsha Lisa"