Opik 8: Hasil Pembelajaran

  • Uploaded by: Azwa Nadhira
  • 0
  • 0
  • February 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Opik 8: Hasil Pembelajaran as PDF for free.

More details

  • Words: 2,524
  • Pages: 11
Loading documents preview...
PENDIDIKAN ISLAM (GPI1083)

TOPIK 8

HIJRAH RASULULLAH SAW

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, pelajar akan dapat: 1. Menjelaskan peristiwa Hijrah Rasulullah SAW 2. Menganalisis hikmah pensyariatan hijrah dalam masyarakat Islam 3. Menghuraikan strategi dakwah Rasulullah SAW dalam menyebarkan Islam

GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK HIJRAH RASULULLAH SAW

Kronologi Peristiwa Hijrah Rasulullah

Strategi Dakwah Rasulullah

Pengertian Hijrah

Hikmah pensyariatan Hijrah Rasulullah SAW

PENGENALAN Peristiwa penghijrahan Rasulullah SAW dan para sahabat daripada Kota Mekah ke Madinah atau Yathrib merupakan satu peristiwa penting dan menjadi titik tolak dalam perkembangan dakwah Islam sehingga ke hari ini. Untuk itu, topik ini akan membincangkan kronologi JAPIM

Page 1

PENDIDIKAN ISLAM (GPI1083) tentang peristiwa penghijrahan

tersebut, strategi dakwah Rasulullah SAW dalam

menyampaikan dan menyebarkan Islam serta hikmah pensyariatan hijrah kepada masyarakat Islam khususnya. 1. 0

KRONOLOGI PERISTIWA PENGHIJRAHAN RASULULLAH SAW

Bilangan masyarakat Islam di Mekah semakin meningkat sehingga tujuh puluh orang, namun tekanan dan penyiksaan keatas orang-orang Islam Mekah ini semakin kuat disebabkan masyarakat kuffar Quraisy tahu tentang perhubungan mereka dengan kaum Khazraj di Madinah. Keadaan ini menyebabkan orang-orang Islam di Mekah menemui Rasulullah SAW untuk meminta keizinan untuk berhijrah. Ibnu Saad dalam kitabnya ‘Al-Tabaqat Al-Kubra’ menceritakan apa yang telah diriwayatkan oleh Aisyah RA “akhirnya mereka (orang-orang Islam Mekah) pun mengadu nasib dan perasaan yang mereka tanggung kepada Rasulullah SAW sambil meminta izin untuk berhijrah, jawab Rasulullah SAW “sesungguhnya aku telah pun diberitahu akan tempat perpindahan (hijrah) kamu, iaitu ‘Yathrib’. Siapa sahaja yang ingin berpindah bolehlah berpindah ke sana.”

Kemudian mereka pun tolong menolong

bersiap-siap dan mengemaskan barang-barang masing-masing. Akhirnya, mereka keluar berpindah secara sembunyi dari kota Mekah. Orang yang pertama keluar ialah Abu Salamah bin ‘Abdil Asad, diikuti ‘Amir bin Rabi’ah dan isterinya, Laila binti Abi Hasymah. Inilah kumpulan pertama yang sampai di Yathrib. Lepas itu berturut-turutlah Pada tahun keempat belas Kenabian, bersamaan 12 September 622 tahun masihi (hari Khamis), ‘Parlimen Quraisy’ yang terdiri daripada pembesar-pebesar kuffar Quraisy telah mengadakan mesyuarat. Antara perkara perbincangan

mereka ialah rancangan untuk

membunuh Rasulullah SAW. Untuk tujuan itu, mereka telah menetapkan waktu yang sesuai bagi menjalankan niat jahat mereka itu. Namun perancangan jahat kuffar Quraisy ini telah dimaklumkan oleh malaikat Jibril ‘Alaihissalam’ kepada Rasulullah SAW, sambil menyuruh Rasulullah SAW berangkat untuk berhijrah dan melarang baginda tidur ditempatnya pada malam tersebut. Malaikat Jibril telah mengatur perjalanan hijrah Rasulullah SAW , dengan ditemani Saidina Abu Bakar mereka berdua bergerak meninggalkan Mekah ke arah selatan, mendaki puncak gunung Jabal Thur serta mengambil keputusan berlindung di dalam gua. JAPIM

Page 2

PENDIDIKAN ISLAM (GPI1083) Manakala orang-orang Quraisy yang telah mengepung rumah Rasulullah SAW terkejut melihatkan Saidina Ali RA yang berbaring ditempat pembaringan Nabi dan bukannya Muhammad SAW. Tarikh Nabi SAW keluar meninggalkan rumahnya ialah pada 27 Safar, tahun ke empat belas kerasulan iaitu 12/13 September 622 Masihi ( Ibn Hisyam, 1/424 ) 2.0

PENGERTIAN HIJRAH

Hijrah dalam konteks sirah ialah perpindahan Nabi Muhammad dan orang-orang Islam Makkah ke Madinah. Orang Islam telah merangka strategi yang cukup teliti untuk berhijrah bagi memastikan kejayaannya dari segi agama, moral, sosio-ekonomi dan politik. Yathrib atau Madinah telah dipilih sebagai tempat hijrah kerana kesesuaiannya dari segi agama, moral dan sosio-ekonomi. Rombongan pertama yang berhijrah ke Madinah ialah seramai 70 orang dan mereka berhijrah dalam kumpulan-kumpulan kecil agar tidak diketahui oleh kaum Musyrikin Makkah.

( Ilustrasi diambil dari www.suatu perjalananmaya.com)

2.1 i.

JAPIM

Faktor-faktor yang mendorong penghijrahan Perjanjian Aqabah ( Bai’at al-Aqabah)

Page 3

PENDIDIKAN ISLAM (GPI1083) Perjanjian Aqabah yang dimeterai antara orang-orang Yathrib dan Rasulullah telah mempermudahkan lagi proses penghijrahan masyarakat Islam Mekah. Perjanjian atau bai’ah ini telah dilakukan sebanyak dua kali. Pada bai’ah pertama, seramai 12 orang-orang Ansar ini menemui Rasulullah dan berjanji tidak menyekutu dan mensyirikkan Allah serta beriman dengan Rasulullah. Selepas selesai bai’ah ini, Rasulullah SAW telah mengutuskan Mus’ab bin Umair bersama-sama rombongan ini untuk mengajar mereka mempelajari dan membaca al-Quran. Seterusnya pada tahun berikut, berlaku pula bai’ah Aqabah II di mana seramai 73 orang-orang Ansar berjumpa dan berikrar di hadapan Rasulullah. Mereka bukan sahaja mahu menerima Islam tetapi sanggup memberi perlindungan kepada Nabi dan orang-orang Islam. ii. Tekanan Musyrikin Mekah Ancaman dari musyirikin Mekah telah mendorong Nabi dan orang Islam berhijrah ke Madinah. Nabi dan orang-orang Islam telah dihina, diseksa dan dipulau. Malah, Nabi sendiri telah diancam untuk dibunuh. Orang-orang musyirikin mula menunjukkan penentangan mereka secara terbuka apabila Nabi tidak lagi menyebarkan Islam secara rahsia. Musyirikin Mekah bimbang kedudukan politik, ekonomi dan sosial mereka akan terjejas. Nabi juga telah menyebarkan Islam di dalam kalangan penduduk Taif namun, mereka tidak mahu menerima Islam memandangkan mereka mempunyai hubungan yang rapat dengan orang Quraisy di Mekah.Penolakan dakwah masyarakat Taif ini juga menyebabkan Nabi cuba mengalihkan perhatian ke tempat lain, iaitu Yathrib atau Madinah. Kedatangan penduduk Madinah ke Mekah dan kesungguhan mereka untuk menerima dan menyebarkan Islam memberi satu gambaran dan harapan yang baik kepada Nabi. iii. Penolakan Dakwah di Taif Penolakan dakwah di Taif menyebabkan Nabi telah mengalihkan perhatian ke Yathrib atau Madinah. Kedatangan penduduk Madinah ke Mekah dan kesungguhan mereka untuk menerima dan menyebarkan Islam memberi satu gambaran yang baik kepada Nabi. Penduduk Taif ternyata tidak mahu menerima Islam memandangkan mereka mempunyai hubungan yang rapat dengan orang Quraisy di Mekah. Selepas peristiwa penolakan dakwah ini, Nabi menghadapi pula dua peristiwa sedih iaitu kematian Abu Talib dan Saidatina Khadijah. Peristiwa ini menyebabkan Nabi kehilangan tempat untuk berlindung. Ia sedikit sebanyak meninggalkan kesan ke atas Nabi. Khadijah adalah seorang isteri yang sangat setia dan sanggup mengorbankan segala-galanya untuk Nabi dan orang Islam. Abu Talib pula walaupun tidak menerima Islam, tetapi beliau tetap melindungi Nabi dari ancaman. JAPIM

Page 4

PENDIDIKAN ISLAM (GPI1083) iv. Mencari tempat baru untuk berdakwah Nabi berhasrat untuk mendapatkan sebuah tempat baru untuk berdakwah memandangkan sambutan dari penduduk Mekah kurang menggalakkan. Nabi agak kecewa dengan sikap penduduk Mekah. Selama 13 tahun Nabi berdakwah di Mekah, bilangan yang menerima Islam agak kecil berbanding dengan tempoh 10 tahun Nabi berdakwah di Madinah. Persediaan penduduk Madinah menerima Nabi telah mendorong Nabi berhijrah ke sana. Penduduk Madinah sangat berharap Nabi dapat membantu mereka menyelesaikan perbalahan antara orang Arab dan Yahudi, dan di antara Aus dan Khazraj yang berpunca dari perebutan kuasa di Madinah. v. Kedudukan Madinah yang strategik Kedudukan Madinah di tengah-tengah jalan perdagangan antara Syam dan Yaman sangat sesuai untuk dijadikan sebagai pusat penyebaran Islam. Ia juga berpotensi menyaingi kedudukan Mekah sebagai pusat perdagangan. Dengan ini, Madinah bukan sahaja dapat dijadikan sebagai sebuah negara yang kukuh dari segi politik tetapi juga ekonomi. vi. Kepercayaan penduduk Madinah kepada Agama Samawi Penduduk Madinah kebanyakannya sudah mengetahui serba sedikit tentang agama Samawi, terutamanya melalui cerita-cerita yang dibawa oleh orang Yahudi. Pengetahuan ini memudahkan mereka memahami dan menerima ajaran yang dibawa oleh Nabi. Lagipun, penduduk Madinah mempunyai sifat-sifat semulajadi yang lebih lembut berbanding penduduk Mekah. vii. Wahyu Hijrah berlaku apabila Nabi menerima wahyu dari Allah yang mengizinkan orang Islam berhijrah. Ayat 30 Surah al-Anfal telah mengingatkan Nabi tentang pakatan yang dilakukan oleh orang musyirikin Mekah terhadap Nabi. Wahyu ini menggesa Nabi dan orang-orang Islam supaya segera berhijrah ke Madinah. 4.0

HIKMAH PENSYARIATAN HIJRAH i. Mempergiatkan lagi penyebaran Dakwah Islamiah

Hijrah merupakan suatu proses jangka panjang dalam perjuangan umat Islam dan dilakukan secara terancang dan teratur dari segi kerohanian dan kebendaan. Dengan penghijrahan ini, JAPIM

Page 5

PENDIDIKAN ISLAM (GPI1083) penyebaran dakwah Islamiah dapat diaturkan dengan lebih tersusun dan berorganisasi. Aktiviti dakwah Islamiah dapat dijalankan dengan lebih aman dan bebas dari ancaman kaum Quraisy. Ajaran Islam dapat diamalkan dengan bebas tanpa kekhuatiran dimana-mana sahaja di seluruh pelusuk kota Madinah. ii. Pemerkasaan masyarakat Islam dari sudut politik dan ketenteraan Kedatangan Rasulullah SAW ke Madinah telah juga menyebabkan orang-orang Islam mempunyai suara dan kekuatan dalam bidang politik. Rasulullah telah dilantik menjadi pemimpin masyarakat Madinah yang berlatar belakang penduduk yang bercirikan pelbagai bangsa dan kepercayaan, namun Rasulullah berjaya memerintah dengan baik. Kekuatan kepimpinan ini secara langsung telah memperkukuhkan lagi kegiatan ketenteraan di mana ketenteraan Islam yang berpusat di Madinah berjaya menundukkan dua buah empayar besar iaitu Parsi dan Rom. iii. Penyebaran Islam Semakin Meluas Ajaran Islam dapat disebarkan dengan lebih meluas dan pesat. Penyebarannya begitu meluas sehingga melepasi sempadan politik Mekah dan Madinah. Nabi Muhammad telah menghantar utusan kepada pemerintah Rom, Farsi, Habsyah, Ghassan, Mesir, Bani Bakar dan sebagainya yang menyeru mereka kepada Islam. Di antara yang menerima utusan tersebut ialah Heraclius (Maharaja Byzantine), Muqaucis (pemimpin golongan Qibbi di Mesir), Najashy (Maharaja Habsyah) dan Kisra Farsi. iv. Pengiktirafan terhadap kepimpinan Rasulullah SAW Baginda tidak lagi diancam secara fizikal atau dihina oleh kaum Quraisy. Malah baginda menjadi pemimpin utama Madinah yang dihormati dan disegani. Semasa di Madinah, baginda turut menjadi hakim, ketua negara, panglima perang, guru agama, pemimpin umat dan sebagainya. Peranan Rasulllah SAW itu tidak dapat dimainkan semasa baginda di Mekah. v. Mewujudkan kedaulatan ummah Hijrah umat Islam adalah atas arahan Allah dan merupakan pekerjaan yang berkaitan dengan agama. Tujuan utama hijrah adalah untuk menuntut keredaan Allah. Madinah dipilih adalah kerana kesesuaiannya untuk dijadikan pusat penyebaran agama Islam. Peristiwa hijrah ke Madinah juga terdapat banyak unsur- unsur mukjizat yang berkaitan dengan aspek JAPIM

Page 6

PENDIDIKAN ISLAM (GPI1083) keagamaan secara langsung dan dapat mempertingkatkan iman dan keyakinan orang Islam. Umat Islam semakin bertambah dan terdiri dari dua golongan iaitu golongan Ansar dan Muhajirin. Golongan Ansar ialah orang Madinah yang menganut agama Islam. Majoritinya ialah kaum Aus dan Khazraj. Manakala golongan Muhajirin ialah umat Islam Mekah yang mengikuti Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah. Pertumbuhan masyarakat Islam ini mewujudkan sebuah ummah Islamiyah. Umat Islam menjadi semakin kukuh dan mampu mempertahankan diri mereka. vi. Penubuhan Negara Islam Kota Madinah menjadi negara Islam yang pertama di dunia apabila Nabi berjaya membentuk Piagam Madinah. Ia menukarkan imej kota Madinah yang hampir dikuasai oleh kaum Yahudi kepada sebuah kota Islam. Piagam ini dianggap sebagai perlembagaan bertulis yang pertama di dunia kerana ia mempunyai negara yang ditentukan kawasannya, mempunyai ummah yang tertentu dan menyentuh hak-hak seluruh masyarakat. vii. Perubahan Kehidupan masyarakat Madinah Sebelum Nabi berhijrah, penduduk Madinah hidup dalam suasana Jahiliah tanpa sistem undang-undang yang teratur. Keadilan terletak pada kekuatan fizikal manusia. Manusia yang lemah sering ditindas. Dengan kedatangan Nabi, sistem perundangan yang teratur diperkenalkan. Peraturan ini meliputi hampir keseluruhan aspek kehidupan masyarakat seperti bidang ekonomi, kekeluargaan, pemerintahan dan sebagainya. Semua penduduk Madinah hidup bebas dari penindasan. viii.

Menamatkan Permusuhan Tradisi Antara Kaum Ansar dan Khazraj

Konflik diantara suku Aus dan Khazraj ditamatkan dengan mempersaudarakan mereka melalui ikatan semangat ukhuwwah Islamiyah. Sebelum itu, mereka saling bermusuhan. Peperangan sering tercetus sesama mereka. Peperangan yang terakhir ialah Perang Buath pada 618 M di antara suku Aus dan Khazraj yang mengorbankan banyak nyawa dan harta benda. ix.

Permulaan Kalendar Hijrah

Tarikh penghijrahan Nabi Muhammad dijadikan sebagai titik terawal bagi pengiraan sistem kalendar Islam iaitu Tahun Hijrah. Hal ini dilakukan oleh Khalifah Umar al-Khattab pada 634

JAPIM

Page 7

PENDIDIKAN ISLAM (GPI1083) M. Takwim ini mengikut peredaran bulan. Dalam setahun mengandungi 12 bulan atau 354 hari. Setiap bulan mempunyai 29-30 hari. x.

Pertumbuhan Ekonomi

Kedudukan ekonomi orang Islam sewaktu di Madinah semakin kukuh. Orang-orang Muhajirin telah diberi bantuan oleh orang Ansar. Selain itu, Madinah merupakan kawasan yang sesuai untuk pertanian dan kedudukannya yang strategik untuk perdagangan. Setelah hijrah, sistem ekonomi Islam yang bertepatan dengan syariat Islam telah diperkenalkan dan ekonomi masyarakat Islam bertambah kukuh dan negara Islam menjadi lebih makmur dan stabil. xi.

Sosial ( pembentukan ummah )

Semasa di Makkah, masyarakat Jahiliah mengamalkan cara hidup berkabilah sementara para peniaga pula bersifat individualistik. Penghijrahan telah menghapuskan nilai-nilai masyarakat Jahiliyah dan digantikan dengan nilai-nilai murni berpandukan akidah dan akhlak. Dalam sistem sosial Islam, setiap orang diberi kebebasan tanpa mengira kaum, agama dan keturunan di mana hidup berkabilah telah digantikan dengan sistem sosial dalam bentuk ummah. Kesimpulannya, sejarah penghijrahan Nabi Muhammad (SAW) merupakan perjuangan Baginda untuk menegakkan ajaran agama Islam. Baginda didorong dan didesak oleh keperluan untuk mencari sesuatu yang lebih baik dan lebih menguntungkan demi kebahagiaan dan kesejahteraan umat Islam. Umat Islam harus mengambil iktibar daripada penghijrahan Rasullulah untuk meneruskan perjuangan hidup demi kebaikan umat Islam. Penghijrahan ini juga telah membuka satu lembaran baru dalam episod penyebaran dan perkembangan agama Islam. Terlalu banyak kebaikan yang dinikmati oleh umat Islam dan umat manusia rentetan dari penghijrahan tersebut.

JAPIM

Page 8

PENDIDIKAN ISLAM (GPI1083) 5.0

STRATEGI DAKWAH RASULLAH SAW

Strategi dakwah Rasulullah terbahagi kepada beberapa peringkat: 1. Berdakwah secara rahsia  Menyeru orang perseorangan daripada kalangan keluarga yang terdekat dan sahabatsahabat yang rapat.  Kebanyakan pengahut Islam pada peringkat ini dari kalangan hamba dan orang miskin  Rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam dijadikan sebagai pusat penyeruan Islam & mempelajari Islam secara sulit  Strategi dakwah secara sulit ini berjalan selama 3 tahun 

Orang yang mula menerima Islam antaranya:  Kalangan wanita – Khadijah Al Khuwailid (isteri Rasulullah)  Kalangan lelaki - Abu Bakar As Siddiq di ikuti sahabat lain spt Uthman b Affan Abd Rahman b. Auf dll  Kalangan kanak-kanak – Ali bin Abi Talib 

Kalangan hamba – Bilal bin Rabbah

2. Berdakwah secara terus terang kepada kaum kerabat



Cara ini dilaksanakan setelah menerima perintah Allah melalui firman Allah yang bermaksud : “Dan berilah peringatan kepada kerabatmu yang terdekat”

 Setelah turun ayat ini, Rasulullah saw telah mengadakan jamuan di rumah Ali bin Abi Talib . Semua kaum keluarga dijemput dan Rasulullah menerangkan tentang dasar-dasar agama Islam . Sebahagian menerima & sebahagian lagi menentangnya.

JAPIM

Page 9

PENDIDIKAN ISLAM (GPI1083) 3. Berdakwah secara terus Terang kepada orang ramai ( umum)



Peringkat ini dijalankan oleh Rasulullah setelah turun perintah Allah dalam surah al hijr ayat 94 :‫ﻓﺎﺻﺪع ﺑﻤﺎ ﺗﺆﻣﺮ واﻋﺮض ﻋﻦ اﻟﻤﺸﺮﻛﯿﻦ‬ berterus

terang apa yang

bermaksud : Sampaikanlah secara

diperintahkan kepada kamu (wahai Muhammad) dan

jangan engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum musyrikin 

Apabila turun ayat ini Rasulullah terus menjemput kaum Quraisy serta pembesarpembesar Quraisy menghadiri perjumpaan di kaki bukit Safa dan menyeru mereka kepada agama Islam dan menyembah Allah SWT.



Dakwah pada peringkat ini

menerima tentangan yang hebat dari kafir Quraisy.

Penganut Islam khususnya golongan hamba dan orang miskin

menerima pelbagai

penyeksaan . 

Selepas peringkat ini, ajaran Islam terus tersebar luas dan pengikut Islam semakin bertambah meliputi penduduk Mekah dan luar Mekah.

5.1Sebab- sebab Rasulullah berdakwah secara rahsia (sulit) 

Bilangan penganut Islam masih sedikit



Untuk mengelakkan penentangan terbuka dari kafir Quraisy



Ajaran yang dibawa oleh Rasulullah bertentangan dengan amalan biasa masyarakat Arab pada masa itu



Dakwah secara sulit selaras dengan strategi dakwah yang berhikmah



Ajaran Islam dapat sampaikan dan diterima tanpa gangguan



Dapat menghindari penentangan terbuka dari kafir Quraisy



Mengelakkan kejutan kepada masyarakat Arab yang mengamalkan kepercayaan dan amalan tradisi nenek moyang mereka

JAPIM

Page 10

PENDIDIKAN ISLAM (GPI1083)

1. Berhikmah atau Bijaksana 

Iaitu menggunakan pendekatan yang sesuai dengan penerima atau kumpulan sasarannya

Teknik / Pendekatan Dakwah Rasulullah



Baginda menjalankan dakwahnya kepada masyarakat dari peringkat hamba sehingga peringkat pemimpin / cerdik pandai dengan menggunakan pendekatan yang berbeza ( mengikut kesesuaian )

2. Contoh Teladan dan Pengajaran yang Baik 

Rasulullah telah menunjukkan sifat peribadi yang unggul dan contoh teladan yang baik,yang amat dikagumi oleh masyarakat ketika itu seperti berakhlak mulia, berlapang dada, pemaaf, amanah, pemurah dan lain-lain



Akhlak dan kemuliaan peribadian baginda adalah faktor terpenting kejayaan baginda dalam usaha menyebarkan agama Islam.

3. Berhujah dan Berbahas secara baik dan rasional 

Rasulullah

sangat

petah

dalam

bernas,jelas dan tepat berlandaskan

percakapan.

Setiap

hujahnya

petunjuk Allah. Setiap hujah

disertai contoh yang mudah difahami dan mudah diterima..

JAPIM

Page 11

Related Documents

Opik 8: Hasil Pembelajaran
February 2021 1
Skenario Pembelajaran
January 2021 1
Metode Pembelajaran
February 2021 0
Pembelajaran Berkhidmat
February 2021 1
Proses Pembelajaran
March 2021 0
Teori Pembelajaran
January 2021 2

More Documents from "yusri yusof"

Topik 6 - Jinayah
February 2021 0
Topik 2 - Akidah
February 2021 0
Topik 3 - Solat
February 2021 0
Topik 1 - Al-quran
February 2021 0
Opik 8: Hasil Pembelajaran
February 2021 1
Topik 7 - Akhlak
February 2021 0