Panduan - Cpanel

  • Uploaded by: husna269
  • 0
  • 0
  • January 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Panduan - Cpanel as PDF for free.

More details

  • Words: 5,295
  • Pages: 63
Loading documents preview...
1

Kandungan 1.1 Modul-modul Tambahan ........................................................................................................................ 4 1.2 Tujuan Panduan ......................................................................................................................................... 5 1.3 Nama Domain ............................................................................................................................................ 5 1.4 Pengehosan Web (Web Hosting) ........................................................................................................ 7 2.1 Bahagian Kawalan cPanel ...................................................................................................................... 9 2.2 Bahagian Statistik cPanel .....................................................................................................................10 2.3 Log Masuk cPanel ....................................................................................................................................11 2.4 Log Keluar cPanel ....................................................................................................................................16 2.5 Menukar Kata Laluan (Password) cPanel ......................................................................................16 2.6 Update Contact Info (Kemas Kini Maklumat Hubung) ...............................................................18 2.7 Perubahan Gaya (Change Style) ..........................................................................................................20 3.1 Memadamkan (Delete) Akaun E-mel ...............................................................................................22 3.2 Menukarkan Kata Laluan (Password) Akaun E-Mel ..................................................................23 3.3 Mengaktifkan E-mel Beralih ( Forwarders ) ..................................................................................24 3.4 Balasan E-mel Automatik (Auto Responders) ...............................................................................25 3.5 Senarai E-mel (Mailing List) ................................................................................................................26 3.6 Penapis E-mel akaun (Account Level Filtering)...........................................................................27 3.7 Log Masuk Ke Akaun E-mel Melalui Pelayar Web ........................................................................28 3.8 Menghantar E-mel Baru Melalui Laman Web E-mel ...................................................................31 3.9 Menyemak E-mel Melalui Laman Web E-Mel ................................................................................33 3.10 Akses Akaun E-mel Melalui Window Live Mail ..........................................................................34 3.11 Akses Akaun E-mel Melalui MS Outlook .......................................................................................36 4.1 Cara untuk Melakukan Backup ...........................................................................................................41 4.2 Cara untuk Muat Naik Backup ............................................................................................................41 5.1 Membuat Fail Baru Daripada Pengurus Fail (File Manager) ...................................................44 5.2 Memuat Naik Laman Web Melalui Pengurus Fail ........................................................................44 5.3 Memadam Fail atau “folder” Melalui Pengurus Fail ......................................................................44 5.4 Membuat Akaun FTP yang baru ........................................................................................................46 5.5 Cara untuk Muat-Naik (Upload) Fail ................................................................................................47 5.6 Kegunaan Kapasiti Disk.........................................................................................................................49 6.1 Pelawat Terkini (Latest Visitor) .........................................................................................................50 6.2 Memasang Direktori Dilindungi Kata-Laluan (Password Protect Directories) ...............51 6.3 Perlindungan Hotlink (Hotlink Protection) ...................................................................................52 2

7.1 Domain Tambahan (Add On Domains) ...........................................................................................56 7.2 Cara untuk Memadam Domain Tambahan ....................................................................................57 7.3 Parked Domains ......................................................................................................................................57 7.4 Cara Memadamkan Parked Domains ..............................................................................................58

3

1. Pengenalan dan Prakata cPanel adalah perisian kawalan web berasaskan Unix/Linux yang menyediakan antara muka bergrafik dan alat automasi yang direka untuk memudahkan proses pengehosan laman web. cPanel menggunakan struktur 3 peringkat yang menyediakan fungsi-fungsi untuk pentadbir, penjual semula, dan pemilik laman web untuk mengawal pelbagai aspek laman web dan mentadbir pelayan melalui pelayar web standard.

Selain daripada GUI, antara muka cPanel juga mempunyai baris arahan dan akses API yang membolehkan vendor perisian pihak ketiga, organisasi, dan pemaju untuk mengautomasikan proses pentadbiran sistem yang standard. cPanel direka untuk berfungsi sebagai pelayan dedikasi dan pelayan persendirian maya yang menyokong CentOS, Red Hat Linux, dan FreeBSD. cPanel menyokong aplikasi-aplikasi seperti Apache, PHP, MySQL, Postgres, Perl, dan BIND (DNS), dan protokol-protokol e-mel seperti POP3, IMAP, dan perkhidmatan SMTP. cPanel biasanya diakses melalui port 2082, and juga port 2083 bagi operasi SSL.

1.1 Modul-modul Tambahan Bagi pelanggan, cPanel menyediakan depan-hujung untuk beberapa operasi yang sama, termasuk pengurusan tugas Cronjob, e-mel, akaun FTP, senarai mel (mailing list) dan banyak lagi. Pemasang script automatik yang paling menonjol ialah Installatron, Fantastico, SimpleScripts, Softaculous, dan WHMSonic (Shoutcast / radio Panel Kawalan Add-on). Pemasang automatik ikatan skrip mengautomasikan pemasangan aplikasi web seperti WordPress, SMF, phpBB, Drupal, Joomla, Tiki Wiki CMS Groupware, Geeklog, Moodle, MagicSpam WHMCS, dan ZamFoo. Softaculous merupakan pemasang script automatik yang popular kerana ia mudah diguna dan mempunyai banyak pemasang perisian laman web untuk pilihan anda. cPanel menguruskan beberapa pakej perisian secara berasingan dari sistem operasi asas, melakukan peningkatan untuk Apache, PHP, MySQL, dan pakej perisian yang berkaitan secara automatik. Ini memastikan bahawa perisian-perisian sentiasa berada dalam versi terbaru yang serasi dengan cPanel.

4

1.2 Tujuan Panduan Panduan ini bertujuan untuk menceritakan fungsi-fungsi cPanel secara terperinci dan memudahkan pengguna-pengguna memahami penggunaan cPanel dengan senang sekali. Panduan ini terdapat istilah-istilah dalam Bahasa Inggeris, kerana istilah-istilah tersebut merupakan nama-nama yang penting dalam cPanel, mereka dikekalkan agar pengguna- pengguna panduan ini dapat memahaminya dengan lebih senang. Selepas membaca panduan ini, anda akan menjadi lebih arif berkenaan dengan cPanel. Semogo berjaya!

1.3 Nama Domain Apakah nama domain? Secara ringkas domain ialah nama sekolah anda di Internet, perbezaan antara sekolah nyata dan sekolah cyber ini ialah di hujung nama domain ditambahkan dengan .edu.my dan .my. Contohnya jika nama sekolah anda ialah “Sekolah Menengah Kebangsaan Demo”, nama sekolah di Internet (domain) anda boleh jadi seperti “smkdemo.edu.my”, “demo.edu.my” dan sebagainya. Untuk membolehkan pengguna-pengguna Internet melawat dan melayari laman web sekolah anda, sekolah anda perlu mempunyai nama domain. Jika tiada nama domain, tiada siapa yang boleh menjumpai sekolah anda di Internet. Tahukah anda bagaimana pengguna-pengguna Internet dapat menjumpai sekolah anda di Internet? Satu contoh mudah, sekiranya nama domain sekolah anda ialah “smkdemo.edu.my”, anda boleh taipkan nama tersebut dalam bar alamat pelayar web anda. Klik pada pelayar web “Internet Explorer” anda.

5

Taipkan URL (nama domain) sekolah anda seperti paparan berikut. Panduan ini akan menggunakan “cpanels.net” sebagai contoh nama domain.

Anda akan menjumpai laman web sekolah anda sekiranya nama domain dan pengehosan web untuk sekolah anda sudah aktif. Untuk memeriksa ketersediaan domain, anda boleh layari salah satu laman web berikut: http://www.yeahhost.com.my http://www.domainregistry.my

Anda faham sekarang bagaimana nama domain anda berfungsi, tetapi untuk memastikan laman web anda dapat dilihat oleh semua orang, anda perlu mempunyai pengehosan web untuk menyimpan fail-fail laman web sekolah anda. Apa itu pengehosan web? Sila rujuk pada topik yang seterusnya.

6

1.4 Pengehosan Web (Web Hosting) Pengehosan web adalah tapak dan ruang sekolah anda di server. Apa itu server? Secara mudah jika anda tidak meletakkan (muat naik) laman web sekolah anda di server, tiada sesiapa pun dan dapat melihatnya. Contoh yang ketara adalah laman web pada komputer anda. Adakah penggunapengguna Internet lain dapat melihatnya? Sememangnya tidak selain daripada anda dan rakan-rakan anda yang duduk serumah. Namun dengan meletakkan laman web anda di server, sesiapa sahaja akan dapat melihat laman sekolah anda di mana-mana tempat, dengan syarat mereka mempunyai sambungan ke Internet dan tahu nama domain sekolah anda itu. Begitulah penerangan mengenai nama domain dan pengehosan web. Setelah anda mempunyai kedua-dua ini, anda masih belum boleh menggunakan terus nama domain & pengehosan web anda itu. Anda perlu menunggu sehingga domain dan pengehosan web anda diaktifkan, biasanya mengambil masa 24 jam. Selepas itu, anda boleh merujuk kepada butir-butir log-masuk yang dihantar kepada anda melalui e-mel untuk menguruskan pengehosan web anda. Contoh e-mel adalah seperti di bawah:

Pastikan anda simpan e-mel aluan (Welcome Email) ini dengan selamat kerana maklumat penting berkenaan nama domain dan pengehosan web anda ada disini. Yang paling penting ialah “username” dan “password” yang terdapat dalam e-mel ini, maklumat tersebut tidak patut diberikan kepada mana-mana pihak kecuali pihak yang boleh dipercayai.

7

2. cPanel

cPanel (control panel) adalah panel kawalan untuk memastikan pengehosan web anda dapat berfungsi dengan baik. cPanel yang diselenggarakan dengan baik menambah kecekapan pengehosan web dan laman web sekolah anda. cPanel akan diperoleh setelah nama domain dan pengehosan web anda diaktifkan. Ia boleh digunakan serta merta selepas pengaktifan pengehosan anda. Secara ringkas, cPanel mempunyai 2 bahagian penting iaitu Bahagian Kawalan dan Bahagian Statistik

8

2.1 Bahagian Kawalan cPanel Bahagian Kawalan cPanel merupakan bahagian yang menuju pada penetapan kawalan secara terperinci. Panduan ini akan memberikan anda langkah-langkah yang praktikal bagi pengawalan cPanel anda.

9

2.2 Bahagian Statistik cPanel Bahagian ini memberitahu anda apakah ciri-ciri dan fungsi-fungsi kawalan yang ditawarkan dan had penggunaannya. Selain daripada itu, bahagian ini juga membolehkan anda melihat versi-versi perisian yang telah dipasang dan digunakan oleh pelayan anda.

10

2.3 Log Masuk cPanel

Untuk log-masuk ke cPanel, anda perlu menaipkan url cPanel pengehosan web anda dalam pelayar web. Butir-butir login boleh didapatkan dari e-mel aluan pengehosan web anda. URL cPanel adalah seperti berikut: http://domain_anda.com/cpanel atau http://domain_anda.com:2082 “domain_anda” perlu ditukarkan dengan nama domain sebenar sekolah anda. Contohnya, nama domain anda ialah “cpanels.net”, URL yang perlu ditaip adalah seperti ini http://cpanels.net/cpanel atau http://cpanels.net:2082 Klik pelayar web (Internet Explorer) anda.

11

Taipkan URL cPanel di pelayar web anda. Panduan ini menggunakan “cpanels.net” sebagai contoh seperti berikut.

Tekan “Enter”, paparan seperti berikut akan terhasil.

12

Masukkan nama pengguna (username) dan kata laluan (password) cPanel yang diperoleh dari e-mel aluan.

13

Tekan butang “Login” untuk log masuk ke cPanel. Tahniah, paparan berikut menunjukkan bahawa anda telah berjaya masuk ke menu cPanel anda.

14

Sila ingatkan langkah untuk “login” ke cPanel anda ini kerana semua pembelajaran yang ditunjukkan oleh panduan ini akan bermula dari menu cPanel ini.

15

2.4 Log Keluar cPanel

Sekiranya anda sudah habis menggunakan cpanel, anda perlu “logout” dari cpanel. Butang log keluar terletak di bahagian hujung kanan. Klik pada butang “logout” untuk log keluar dari cpanel.

2.5 Menukar Kata Laluan (Password) cPanel Terpulang kepada anda sama ada hendak menggunakan “password” tetapan asal yang diberi oleh YeahHost. Namun untuk username anda memang tidak boleh menukarnya. Sekiranya anda ingin menukarkan “password” tersebut, pada menu cPanel klik “Change Password”.

Anda akan lihat paparan seperti ini.

16

Masukkan maklumat yang berkaitan.

Kemudian klik butang “Change your password now!”. Jika paparan seperti berikut keluar bermakna anda telah berjaya mendapatkan katalaluan baru anda.

Sila pastikan kata-laluan anda mengandungi 8 angka atau huruf. Jika terlalu pendek sistem cPanel anda akan menolak atas sebab keselamatan. Mesej ralat seperti berikut akan diperolehi sekiranya kata-laluan yang lemah digunakan.

Pastikan anda tidak terlupa kata-laluan baru anda. 17

2.6 Update Contact Info (Kemas Kini Maklumat Hubung) Fungsi ini membolehkan anda untuk menukar alamat e-mel hubung utama anda. Alamat e-mel ini akan berfungsi untuk memaklumkan anda informasi baru tentang halaman web anda. Sekiranya anda ingin menukarkan alamat e-mel tersebut, pada menu cPanel klik “Update Contact Info”.

Kotak semak dibawa alamat e-mel anda akan menentukan sebab anda akan dihubungi. E-mel akan dikeluarkan apabila:

18

Kuota Disk anda hampir penuh – Ini bermaksud halaman web anda teleh hampir had ruang disk yang ditentukan. Kuota Disk yang penuh akan menyebabkan halaman web anda tidak boleh membuat perubahan ke fail yang sedia ada atau menambah fail baru. Memadamkan fail yang lama atau fail yang tidak berguna, atau menaik taraf pelan hosting anda untuk menyelesaikan masalah ini. Jalur Lebar anda hampir had – Ini bermaksud halaman web anda hampir mencapai had jalur lebar yang dibenarkan. Apabila jalur lebar maksima dicapai, orang lain tidak akan boleh mengakses ke website anda. Anda perlu meningkatkan pelan hosting anda untuk menyelesaikan isu ini. Jika tidak anda perlu menunggu sampai ke bulan yang seterusnya untuk had ditetapkan semula. Akaun e-mel anda mendekati kuota – Ini bermaksud salah satu akaun e-mel anda telah hampir menghabiskan ruang disk yang dibenarkan. Memadamkan e-mel lama, atau meningkatkan pelan hosting anda untuk menyelesaikan isu ini. Nota: Pastikan anda klik “Save” untuk menyimpan sebarang perubahan.

19

2.7 Perubahan Gaya (Change Style) Gaya (kadang kala dikenali sebagai “skin”) menentukan bagaimana rupa halaman cPanel. cPanel menawarkan beberapa gaya untuk pilihan anda. Untuk menukar gaya ke gaya yang anda minat. Klik ikon “Change Style” di halaman utama cPanel.

Pilih gaya yang anda nikmati kemudian klik butang “Switch style to”.

20

3. Membuat Akaun E-mel Cara membuat akaun e-mel baru amat mudah. Pada menu cPanel anda, klik pada ikon “Email Accounts”.

Selepas klik ikon “Email Accounts”, skrin berikut akan terpapar.

Masukkan maklumat yang berkaitan.

21

Setelah selesai, tekan butang “Create Account”. Tahniah tambahan e-mel anda berjaya!

Untuk pengetahuan anda jika ada sesiapa yang menghantarkan e-mel kepada anda meletakkan “[email protected]” maka e-mel tersebut akan sampai pada akaun e-mel yang dibina itu. Contohnya anda hendak mengirimkan e-mel ke [email protected], maka anda perlu membuat akaun e-mel “pertanyaan” terlebih dahulu.

3.1 Memadamkan (Delete) Akaun E-mel Adalah amat mudah untuk memadam akaun e-mel yang dibina tadi jika anda tidak memerlukannya lagi, hanya klik “Delete”, paparan berikut akan terhasil.

Klik butang “Delete” dan anda selesai “delete” e-mel tambahan anda tadi.

22

3.2 Menukarkan Kata Laluan (Password) Akaun E-Mel Klik ikon “Change Password” paparan berikut akan terhasil.

Masukkan kata laluan (password) baru anda dalam paparan ini.

Selepas itu klik butang “Change Password” untuk selesaikan penukaran kata laluan. Sekiranya penukaran kata-laluan adalah berjaya, anda akan mendapat paparan seperti berikut.

23

3.3 Mengaktifkan E-mel Beralih ( Forwarders ) Fungsi ini akan menghantarkan satu salinan e-mel yang diterima ke akaun e-mel yang ditentukan. Untuk mengaktifkan fungsi e-mel beralih, Klik “Forwarders” di halaman utama cPanel.

Klik butang “Add Forwarders” dan anda akan dapat paparan seperti berikut

Isikan alamat akaun e-mel yang akan menghantarkan salinan e-mel ke alamat e-mel yang ditentukan untuk sebarang e-mel yang diterima. Isikan alamat e-mel yang akan menerima salinan e-mel. Klik butang “Add Forwarder”.

24

3.4 Balasan E-mel Automatik (Auto Responders) Fungsi ini akan menghantar balasan e-mel secara automatik. Fungsi ini berguna apabila penerima tiada.

Untuk mengaktifkan balasan e-mel automatik: Di halaman utama cPanel klik ikon “Add Autoresponder” untuk mewujudkan paparan balasan e-mel automatik baru. “Interval” bermaksud tempoh untuk menghantar balasan ke akaun e-mel yang sama. Contohnya, “Interval” di tetapkan 8. Anda terima 5 e-mel dari penghantar yang sama dalam masa 8 jam. Pengirim hanya akan menerima balasan e-mel automatik untuk emel pertama sahaja. Ia akan menerima balasan e-mel automatik lagi sekiranya ia menghantar e-mel lagi 8 jam selepas e-mel pertama. Jika “Interval” ditetapkan 0, pengirim akan mendapat satu balasan e-mel automatik untuk setiap e-mel yang dikirim. Menentukan akaun e-mel yang akan mempunyai fungsi balasan e-mel automatik. 25

Dalam ruangan “From” dan “Subject”, masukkan nama pengguna dan subjek yang anda ingin muncul di dalam balasan e-mel tersebut. Dalam ruangan “Body”, Isikan kandungan. Anda boleh menetapkan masa fungsi ini untuk bermula. Pilih “Immediately” untuk fungsi ini bermula serta-merta. Pilih “Custom” untuk menetapkan tarikh dengan masa bermula. Anda juga boleh menetapkan masa fungsi ini tamat. Pilih “Never” jika anda tidak ingin fungsi ini tamat pada masa tertentu. Pilih “Custom” untuk menetapkan tarikh dengan masa tamat. Klik butang “Create/Modify” untuk menghasilkan balasan e-mel automatik tersebut.

3.5 Senarai E-mel (Mailing List) Untuk menambah senarai e-mel baru: Pada halaman utama cPanel, klik ikon “Mailing List”.

Masukkan nama senarai di ruang yang disediakan.

Masukkan kata laluan anda dua kali di ruang “Password” dan “Password (again)” Klik “Add Mailing List” untuk menghasilkan senarai e-mel tersebut. Klik butang “Go Back”. Di senarai e-mel anda, klik “Modify” untuk menambah ahli di dalam senarai e-mel ini.

26

3.6 Penapis E-mel akaun (Account Level Filtering) Fungsi ini adalah untuk menapis e-mel seperti e-mel spam. Untuk mengaktifkan penapisan e-mel, Di halaman utama cPanel, klik ikon “User Level Filtering”.

Pada paparan berikut, klik butang “Create a New Filter”. Namakan penapis (filter) anda.

Memilih ciri-ciri e-mel ( Dari, Tajuk, Kepada, Dan lain-lain) Mengisi perkataan anda ingin menggunakan sebagai penapis. Klik “Activate” untuk mengaktifkan penapis e-mel tersebut. Konsep untuk penapisan e-mel pengguna (User Level Filtering) adalah sama seperti penapisan e-mel akaun kecuali penapisan e-mel pengguna hanya menapis e-mel pengguna tertentu.

27

3.7 Log Masuk Ke Akaun E-mel Melalui Pelayar Web Untuk log masuk ke akuan e-mel anda, anda perlu membuka pelayar web anda. Di ruang alamat masukkan nama domain anda diikuti /webmail. Contohnya nama domain saya ialah cpanels.net. Alamat untuk log masuk ke akaun e-mel ada adalah seperti cpanels.net/webmail.

Seterusnya masukkan alamat akaun e-mel anda dengan kata laluan anda di ruang EMel (Email) dan Kata Laluan (Password) .

28

Klik butang “Log in” untuk log masuk ke akaun e-mel anda. Selepas anda memasuki akaun e-mel anda, anda harus membuat pilihan di antara klien e-mel. Kami mengguna Roundcube sebagai contoh ini. Klik pada ikon “roundcube”.

29

1. Paparan berikut adalah halaman utama laman web e-mel '”Roundcube”.

Sekiranya anda selesai menggunakan akaun e-mel anda, klik pada butang “Logout” yang terletak di sudut kanan untuk log keluar dari akaun laman web e-mel anda.

30

3.8 Menghantar E-mel Baru Melalui Laman Web E-mel Untuk menghantar e-mel, klik pada ikon “Create a New Message”.

Pada paparan berikut, isikan nama penerima, tajuk e-mel dan isi kandungan di ruang yang disediakan.

Selepas isikan maklumat e-mel baru anda, contohnya berikut.

31

Klik butang “Send Now” untuk menghantar e-mel tersebut.

32

3.9 Menyemak E-mel Melalui Laman Web E-Mel Pada halaman utama laman web e-mel anda boleh klik pada butang “Sent” di bahagian kiri dalam kategori “Folders” untuk menyemak e-mel yang telah dihantar keluar. Untuk menyemak e-mel yang diterima klik “Inbox” dan klik dua kali pada tajuk e-mel yang diterima.

Sekiranya anda ingin menggunakan komputer awam atau internet awam untuk menyemak e-mel melalui laman web e-mel, sebagai cara yang selamat anda boleh log masuk ke akaun e-mel anda menggunakan alamat yang selamat (SSL) seperti berikut. https://namadomainanda.com.my:2096/ Tukar namadomainanda.com.my dengan nama domain anda yang sebenar. Akaun emel anda akan terlindung dengan SSL/TLS jikalau anda melayari laman web e-mel anda.

33

3.10 Akses Akaun E-mel Melalui Window Live Mail Untuk kesenangan mengendalikan akaun e-mel anda, anda boleh akses e-mel melalui perisian Windows Live MaiI. Pada kali pertama, anda perlu mengkonfigurasi Windows Live Mail sebelum anda bermula untuk menggunakannya. Buka perisian Windows Live Mail dari komputer anda.

Isikan alamat e-mel anda dan kata laluan anda di ruang e-mel address dan password. Anda juga boleh mengisikan nama anda di ruang Display Name.

Klik pada kotak Manually configure server setting for the e-mail acoount. Selepas itu tekan butang “Next”. Isikan mail.namadomainanda.edu.my ke ruang incoming server dan outgoing server. menukarkan nombor port selepas outgoing server dari 25 ke 2525.

34

Memastikan bahawa Login ID merupakan alamat penuh akaun e-mel anda. Klik pada kotak Requires authenthication dan akhirnya klik butang “Next” kemudian klik butang “Finish”.

35

3.11 Akses Akaun E-mel Melalui MS Outlook Anda perlu mengkonfigurasi Microsoft Outlook untuk kali yang pertama sebelum anda boleh menggunakannya. Langkah pertama, buka perisian MS Outlook dari komputer anda. Kemudian klik pada butang “File” dan seterusnya klik butang “Add Account”.

Pilih servis “E-mail Account” dan klik butang “Next”. Pilih “manually configure server setting or additional server types” dan klik butang “Next”. Klik butang “Next” sekali lagi untuk terus ke langkah seterusnya. Isikan nama anda, alamat e-mel penuh anda di ruang “User information”. Kami akan menggunakan POP3 sebagai “Account type”. “Incoming mail server” dengan “Outgoing mail server” adalah sama, contohnya adalah berikut: mail.namadomainanda.edu.my Sila menggantikan nama domain namadomainanda.edu.my dengan nama benar domain anda sendiri. Isikan alamat akaun e-mel penuh anda dan kata laluan anda.

36

Selepas itu kami akan pergi ke “More Setting...” untuk konfigurasi yang selanjut. Dalam tab Outgoing server klik pada kotak semak My outgoing server (SMTP) requires authentication.

Seterusnya dalam tab Advance menukarkan Outgoing server (SMTP) dari 25 ke 2525.

37

Akhirnya klik butang “OK” kemudian klik butang “Next”. Akaun e-mel anda telah habis di konfigurasi dan sedia diguna.

38

4.0 Melakukan Backup Backups adalah proses membuat salinan kesemua folder serta fail anda di server untuk simpanan anda. Ini adalah langkah keselamatan untuk memastikan jika server anda menghadapi masalah, anda tidak ada masalah untuk mendapatkan kembali kesemua data penting. Cara untuk backup amat mudah kerana kesemuanya telah disediakan untuk anda. Namun sebelum memulakan langkah ini anda perlu ‘create’ folder backup di komputer anda untuk menimpan fail backup server anda. Bagaimana untuk melakukan backup penuh? Pertama, pada halaman utama cPanel anda perlu klik butang “Backups”.

Paparan seperti berikut akan muncul.

39

Anda boleh “backup” fail laman web, “database” atau e-mel anda. Untuk “backup” penuh (full backup) anda perlu klik butang “Download or Generate a Full Website Backup” di paparan ini.

Masukkan alamat e-mel anda di ruangan yang disediakan dan tekan butang “Generate Backup” seperti di bawah.

Kemudian tekan butang “Generate Backup”, paparan berikut akan muncul.

Tekan butang “Go Back”. Anda akan dibawa ke paparan ini seterusnya. Satu pautan untuk muat turun backup penuh telah terhasil. Klik pada pautan itu untuk muat turun (download) backup anda.

Klik butang “Save as” kemudian cari folder backup yang anda bina di dalam komputer anda untuk menyimpan backup ini. Backup penuh juga akan dihantar ke alamat e-mel yang anda masukkan tadi.

40

4.1 Cara untuk Melakukan Backup Cara untuk backup ‘Home Directory’, MySQL dan E-mel adalah sama. Bermula pada paparan yang sama dengan full backup di atas. Panduan ini akan menunjukkan contoh untuk backup ‘Home Directory’. Di laman web ‘Backups’, tekan butang “Home Directory”. Paparan menu akan muncul seperti berikut, klik butang “Save as” dan pilih lokasi di komputer anda untuk simpan backup fail itu.

Selepas tekan butang “Save as” proses backup akan bermula. Anda perlu menunggu sehingga proses ini selesai. Biasanya proses ini mengambil masa yang agar lama bergantung kepada size “Home Directory” anda.

4.2 Cara untuk Muat Naik Backup Untuk ‘Home Directory’, ‘Mysql database’ atau ‘email domain forward’ anda boleh melakukan muat naik (upload) dari backup anda jika salah satunya menghadapi masalah. Cara untuk mengembalikan fail anda daripada backup dahulu adalah sama bagi ‘Home Directory’, ‘Mysql database’ dan ‘email domain forward’. Di laman utama cPanel, tekan butang icon “Backups”.

Jika backup fail anda adalah ‘Home Directory’, maka anda perlu muat naik (upload) melalui ruangan “Restore a Home Directory Backup”. Tekan butang “Browse” dan 41

seterusnya anda perlu mencari tempat simpanan untuk fail home directory yang anda backup di komputer anda. Cari folder backup cPanel anda, pilih fail backup kemudian klik butang “Open”. Klik butang “Upload” dan tunggu sehingga proses mengembalikan (restore) selesai.

42

5.0 Pengurus Fail (File Manager) Pengurus fail (File Manager) adalah tempat untuk menguruskan fail di server anda. Anda boleh memuat naik fail dari komputer anda, serta memadam fail yang tidak diperlukan lagi. Untuk membuka laman web pengurus fail, klik ikon “File Manager” pada halaman cPanel anda. Selepas itu anda akan terima satu mesej pop. Klik butang “Go”. Selepas itu anda akan melihat paparan pengurus fail seperti berikut.

Sebagai pengenalan ringkas pengurus fail. Untuk membuka “folder/file”, klik dua kali pada ikon “File”. Untuk kembali semula ke muka sebelumnya, klik ikon “up one level”. Untuk mengubah nama folder, kilk dua kali pada nama folder.

43

5.1 Membuat Fail Baru Daripada Pengurus Fail (File Manager) Untuk membuat fail baru. 1. Klik pada ikon “New Folder” dan pastikan ia berada di bahagian “public_html”. 2. Masukkan nama “Folder” baru anda pada ruang “New Folder Name”. 3. Klik pada butang “Create New Folder”. “Folder” baru akan dapat dilihat pada ruang paparan.

5.2 Memuat Naik Laman Web Melalui Pengurus Fail Anda boleh menggunakan “File Manager” untuk memuat naik fail laman web anda dari komputer. Klik pada “Folder” dimana anda hendak muatnaik fail. Klik pada ikon “Upload”. Klik pada “Browse”, dan cari mana‐mana fail yang hendak dimuatnaik. Ulang langkah diatas untuk setiap fail yang hendak dim Klik pada “Overwrite existing files” sekiranya anda ingin menyalin semula pada fail yang mempunyai nama yang sama. Klik pada link “Add Another Upload Box” sekiranya anda ada lagi file yang perlu diupload. Akhir sekali, klik pada link “Back to/…………” sekiranya anda telah selesai.

5.3 Memadam Fail atau “folder” Melalui Pengurus Fail Pastikan fail yang hendak dipadam tidak diperlukan lagi, sekiranya terpadam, anda tidak akan boleh mengembalikan semula fail tersebut. Untuk memadam file atau folder:‐ Pilih mana‐mana fail atau folder yang hendak di padamkan dengan tick pada kotak. Klik pada ikon “Delete” untuk memadam fail/folder. Anda akan terima mesej pop dan klik butang “Delete File”.

44

5.4 Membuat Akaun FTP yang baru Untuk membuat akaun FTP yang baru, pada laman utama cPanel klik pada ikon “FTP Accounts” di bahagian Files.

Di halaman web kemudian, masukkan nama akaun FTP yang baru.

Seterusnya masukkan kata laluan akaun FTP, kata laluan anda perlu kuat supaya dapat markah 60 ke atas. Contoh kata laluan yang kuat mengandungi huruf campur dengan nombor. Ulang lagi kata laluan FTP yang baru untuk memastikan kata laluan anda adalah betul. Pada ruang “Directory”, isikan nama direktori yang akaun FTP anda dapat akses. Untuk contoh ini, akaun FTP ini akan dibenarkan akses folder public_html. “Folder public_html” adalah folder utama laman web. Seterusnya anda boleh menetapkan ruang kuota akaun FTP, tetapkan pilihan “unlimited” supaya ruang akaun FTP ini tidak terhad. Selepas semua maklumat telah diisi, klik pada butang “Create FTP Account”. Tahniah, akaun FTP anda telah berjaya dicipta.

45

5.5 Cara untuk Muat-Naik (Upload) Fail Muat naik ialah proses memindahkan laman web atau apa-apa juga data anda dari komputer ke server untuk tujuan tatapan umum. Panduan ini akan menunjukkan anda bagaimana data anda dapat di pindahkan dari komputer ke server anda. Sebenarnya ada banyak cara untuk memuat naik fail anda, sama ada menggunakan perisian “FileZilla”, “CuteFTP” atau pun melalui “Pengurus Fail” cPanel anda. Panduan ini akan menunjukkan cara memuat naik laman web anda menggunakan “FileZilla”. “FileZilla” adalah perisian percuma yang boleh dimuat turun dari laman di bawah ini: http://filezilla-project.org/download.php Sila pastikan anda muat turun versi yang betul, iaitu versi Windows. Anda akan lihat paparan seperti ini selepas klik muat turun.

Tekan butang “Run” untuk mula memasang “FileZilla”. Selepas memasang “FileZilla”, klik ikon “FileZilla”. Sila rujuk kepada e-mel aluan untuk mendapatkan matlumat berkenaan dengan FTP dan isikan matlumat yang diperolehi dari e-mel itu ke FileZilla dengan sepenuhnya dan betul.

Setelah anda klik butang “Quickconnect”, anda akan disambungkan ke server anda. Dengan itu anda boleh memulakan proses muat-naik laman web anda. Cari “public_html” di ruangan server dan klik dua kali ganda pada folder itu.

46

Selepas itu cari folder dimana laman web anda disimpan dan muat-naik semua fail itu.

Setelah anda selesai memuat-naikkan kesemua fail dan folder anda, cuba taip URL (atau nama domain) anda di pelayar web, ia akan memaparkan laman web anda. Nota Tambahan: Sekiranya anda memuat-naikkan fail yang mempunyai name tetapan asal seperti index.html dan index.php, ia akan terpapar sebagai laman utama. Ini bermakna fail seperti index.html akan dijadikan fail utama bagi laman web anda.

47

5.6 Kegunaan Kapasiti Disk Ciri ini menunjukkan kegunaan kapasiti disk. Ini boleh membantu menguruskan kuota anda.

Anda juga boleh menyemak saiz setiap fail dalam direktori dengan klik pada nama direktori.

48

6.0 Webalizer Webalizer merupakan program yang boleh menunjukkan statistik analisis pelawat halaman web anda. Untuk melihat statistik tersebut, klik ikon “Webalizer” dalam kategori “Logs”, seterusnya klik butang di sebelah nama domain anda. Webalizer akan menunjukkan graf pelawat setiap hari dengan setiap bulan. Kategori yang akan dilihat didalam graf tersebut ialah:      

Hits Files Pages Visits Sites Kilobytes

6.1 Pelawat Terkini (Latest Visitor) Ciri ini akan menunjukkan informasi 300 pelawat akhir halaman web anda. Informasi ini amat berguna untuk mengubah kontent halaman web anda untuk menyesuaikan kehendak pengguna. Untuk menyemak informasi tersebut,klik butang

dan seterusnya klik butang di sebelah nama domain anda. Paparan tersebut akan menunjukkan:      

Alamat IP pelawat Masa halaman web dilawat Jumlah data yang diakses Alamat halaman web yang dilawat Lokasi pelawat link ke halaman web anda Pelayar Internet Yang digunakan

49

6.2 Memasang Direktori Dilindungi Kata-Laluan (Password Protect Directories) ‘Password Protect Directories’ digunakan untuk melindungi sesuatu laman web agar orang yang masuk ke laman web tersebut tidak dapat mengambil sesuatu data didalamnya tanpa memasukkan kata-laluan serta username terlebih dahulu. Anda boleh menggunakan fungsi ini untuk melindungi pautan muat turun fail anda dari pengguna yang tidak mempunyai kata-laluan atau tidak dibenarkan. Cara untuk memasangan ‘Password Protect Directories’ pada menu utama cPanel, klik ikon ‘Password Protect Directories’.

Masukkan maklumat yang berkaitan seperti dibawah ini.

Pilih ‘checkbox’ bagi ‘Password protect this directory’ dan masukkan nama ‘Password Protect Directories’ anda ini. Tekan butang ‘Save’. Lepas itu masukkan username dan kata-laluan. Setelah selesai mengisikan semua data seperti diatas tekan butang “Add/Modified authorized user”.

50

6.3 Perlindungan Hotlink (Hotlink Protection) Hotlink Protection menghalang halaman web lain dari link imej atau fail anda dari halaman web mereka. Ini adalah untuk mengelakkan kerugian jalur lebar. Untuk mengaktifkan HOTLINK protection, pada halaman utama cPanel klik ikon “Hotlink Protection” di bawah kategori “Security”.

Untuk mengaktifkan perlindungan fail anda, di halaman utama cPanel klik ikon “Hotlink Protection” di bahagian bawah “Security”.

51

Klik butang “Enable” untuk mengaktifkan fungsi ini. Isikan fail extension yang anda ingin melindungi. Contohnya saya akan menambah extension ,pdf supaya fail PDF saya dilindungi. Klik butang “Submit” untuk dan Hotlink Protection akan diaktifkan serta merta.

52

7.0 Cara untuk Menambah Subdomain Pada muka utama cPanel, klik pada ikon “Subdomains”.

Setelah anda klik pada ikon “Subdomains”, paparan berikut akan muncul.

Masukkan nama subdomain yang anda ingin menambah.

Selepas itu klik butang “Create”, paparan berikut akan terhasil, ini bermakna subdomain anda telah berjaya ditambahkan.

53

Selepas subdomain baru telah ditambah, anda boleh menguji subdomain dengan mengguna pelayar. Taip alamat subdomain http://baru.demo.com, anda akan dapat laman web kosong seperti dibawah. Ini adalah kerana anda belum muat naik (upload) mana-mana laman web anda ke subdomain ini.

54

7.1 Domain Tambahan (Add On Domains) “Add On Domain” bermaksud nama domain tambahan untuk domain utama. Contohnya saya mempunyai satu nama domain utama bernama demo.com. Dengan adanya ‘Add On Domain’ ini, saya boleh menambahkan satu atau berapa domain tambahan (contoh: demo1.com) ke atas domain utama saya. Domain tambahan akan mempunyai laman web yang berasingan dengan laman web utama. Bayangkan anda sudah mempunyai nama domain demo.com. Dengan masa yang sama, anda juga ingin mempunyai laman web untuk bidang lain yang berkaitan dengan sekolah anda. Dengan ‘Add On Domains’ ini anda boleh menambahkan domain lain tetapi menggunakan pengehosan yang sama dengan “demo.com” ini. Secara mudah anda berkongsi satu pengehosan untuk 2 atau lebih domain. Cara untuk Menambah Domain Tambahan Pada muka utama cPanel, klik ikon “Addon Domains”.

Masukkan maklumat domain tambahan yang berkaitan seperti paparan dibawah ini.

Selepas itu klik butang “Add Domain” untuk menambah domain tambahan.

55

7.2 Cara untuk Memadam Domain Tambahan Masuk semula “Addon Domains” dari laman utama cPanel. Semua domain tambahan akan disenaraikan. Pilih domain tambahan yang perlu dipadam dan tekan “Remove” di bawah “ACTIONS”. Ia akan memadamkan domain tambahan yang terpilih itu.

7.3 Parked Domains Secara mudah parked domains ialah domain lain yang anda beli, kemudian anda tumpangkan pada domain utama anda. Cara untuk memasangkan parked domain, anda perlu membeli atau register domain baru yang anda ingin letak pada domain utama anda. Kemudian klik ikon “Parked Domains” di menu cPanel. Paparan berikut akan anda lihat.

Masukkan domain yang anda ingin letak pada domain utama anda. Pastikan domain ini anda telah membelinya dari pihak pendaftar atau MYNIC. Jika anda meletakkan domain yang tidak didaftarkan atau belum dibeli, anda tidak akan berjaya memasang parked domain anda. Masukkan domain yang anda ingin letak dan tekan butang “Add Domain”. Pastikan domain ini telah dibeli atau didaftarkan.

56

7.4 Cara Memadamkan Parked Domains Jika anda sudah tidak perlu dan ingin memadamkan Parked Domains, anda hanya perlu klik seperti biasa pada ikon “Parked Domains” dan paparan yang sama anda lihat tadi akan terhasil. Tapi kali ini, klik “Remove” di bawah “ACTIONS”.

8.0 MySQL Database Database MySQL membenarkan anda menyimpan maklumat-maklumat anda dalam bentuk yang struktur. Laman web yang dibina sendiri akan menunjukkan informasi laman web yang disimpan di dalam database MySQL. Untuk membuat database MySQL yang baru, klik pada ikon “MySQL Databases” di bahagian Databases pada halaman utama cPanel.

Isikan nama database MySQL yang baru di ruang New Database kemudian klik pada butang “Create Database”.

Mesej seterusnya menunjukkan bahawa database MySQL anda telah berjaya dicipta. Untuk mencipta pengguna untuk akses database MySQL yang baru anda. Klik pada butang “Go Back” untuk kembali ke laman web muka dahulu. Isikan nama pengguna database di ruang “Username” and masukkan kata laluan pengguna database MySQL ini. Ulangi kata laluan sekali lagi, anda perlu memastikan bahawa kata laluan anda adalah kata laluan yang kuat dan tidak mempunyai nama pengguna anda di dalam kata laluan anda. Selepas ini klik pada butang “Create User” untuk mencipta pengguna database yang baru ini.

57

Langkah yang terakhir adalah untuk memberikan pengguna yang dicipta akses kepada database MySQL anda. Klik pada butang “Go Back” untuk kembali ke laman web muka dahulu. Di seksyen bawah “Add User To Database”, pastikan anda memilih pengguna User dan Database yang betul kemudian klik butang Submit.

Di paparan ini, klik pada kotak semak “All Privileges” kemudian klik butang “Make Changes”.

58

Kembali ke muka sebelum ini dan anda akan saksi bahawa pengguna baru telah mendapat akses ke database MySQL yang baru dicipta. Tahniah, semua langkah untuk membuat database dan pengguna MySQL telah siap.

59

9.0 Softtaculous Softaculous merupakan cara pemasangan automatik untuk script laman web. Pada kali ini kami akan menggunakan softaculous untuk memasang Wordpress. Dari halaman utama cPanel, klik ikon “Softaculous” pada bahagian Software/Services.

Halaman utama Softaculous adalah seperti berikut.

Klik ikon “Wordpress” pada bahagian tengah halaman utama softaculous. Klik butang “Install” untuk bermula pemasangan wordpress.

60

Kosongkan ruang “In Directory” kerana kami ingin memasang Wordpress pada halaman utama. Isikan Nama sekolah anda di ruang “Site Name” dan berapa patah perkataan mengenali sekolah anda di ruang “Site Description”. Rujuk ke gamabar berikut.

61

Menukarkan nama pengguna dan kata laluan untuk log masuk ke Wordpress ke nama anda dan kata laluan yang anda boleh diingati. Akhirnya klik butang “Install” dibawa paparan ini. Wordpress akan siap dipasang dalam masa beberapa saat.

Untuk menyemak skrip yang telah dipasang, klik pada ikon “all installation” pada bahagian kanan atas halaman Softaculos.

Skrip yang dipasang akan disenaraikan di paparan dengan butir masa dipasang, versi, dan butang “Remove” untuk memadam skrip tersebut.

62

63

Related Documents

Panduan - Cpanel
January 2021 1
Panduan
January 2021 4
Cpanel User Guide
January 2021 1
Bahan Ajar Cpanel
January 2021 0
Panduan Pcra
February 2021 1

More Documents from "Nila Sari Dwi Rahayu"

Panduan - Cpanel
January 2021 1