Loading documents preview...
CARA-CARA PENGGUNAAN PERISIAN AI v5.0 Dr. Ng Kok Fu IPG Kampus Sultan Abdul Halim Sungai Petani, Kedah Darul Aman
Perisian Penyemakan Ujian & Analisis Item (AI v5.0) telah dibangunkan bagi memudahkan proses analisis item menggunakan model pengukuran klasik. Rajah 1 menunjukkan skrin utama perisian yang mengandungi 4 tab yang merujuk kepada 4 fungsi utama yang disediakan oleh perisian ini. 1. 2. 3. 4.
Memasukkan Maklumat Ujian Memasukkan Respon Calon Melihat Senarai Skor (keputusan) Melihat Hasil Analisis (statistik umum dan analisis item)
Rajah 1. Skrin utama perisian AI v5.0.
Seterusnya diterangkan secara ringkas bagaimana perisian ini digunakan dari proses memasukkan respon calon sehingga mendapatkan hasil analisis item. 1.
Memasukkan Maklumat Ujian
Tab ”Maklumat Ujian” digunakan untuk memasukkan nama ujian dan jawapan (kunci) setiap item aneka pilihan dalam ujian tersebut (Rajah 2).
1/6
Panduan Ringkas Perisian AI v6.0
Selepas siap, tekan butang ”Verify”. Perbetulkan kesilapan jawapan jika ada. Kemudian , tekan ikon untuk simpan data. Selepas berjaya disimpan, lokasi fail akan ditunjukkan pada ruang ”File Path” (Rajah 3).
1. Taipkan nama ujian
2. Pilih huruf pilihan, eg: ABCD atau ABCDE, dsb. 3. Taipkan jawapan bagi setiap item. Jarakkan untuk memudahkan semakan.
4. Tekan “Verify”.
Rajah 2. Memasukkan maklumat ujian.
Lokasi fail.
Rajah 3. Skrin menunjukkan lokasi fail selepas data disimpan.
2/6
Panduan Ringkas Perisian AI v6.0
2.
Memasukkan Respon Calon
Tekan tab ”Masuk Respon Calon” untuk mendapatkan skrin kedua seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4. Skrin ini digunakan untuk memasukkan respon calon, satu per satu.
1. Taipkan nama atau angka giliran calon.
2. Taipkan respon calon dari item pertama hingga item terakhir. Space tidak perlu ditekan, ia akan dimasukkan secara otomatik. Simbol titik (.) bermakna betul, pangkah (x) bermakna salah.
3. Tekan butang “OK – save” untuk menerima data yang telah dimasukkan.
Rajah 4. Skrin memasukkan respon seorang calon. Selepas butang ”OK – Save” ditekan, skrin baru akan dipamerkan untuk anda memasukkan respon calon seterusnya. Jika checkbox ”Automatic running number” telah ditanda, maka angka giliran (yang berbentuk numerik) akan dijana untuk anda. Teruskan masukkan respon calon-calon yang lain. 3.
Melihat Senarai Skor (keputusan)
Selepas beberapa calon telah dimasukkan melalui skrin ”Masuk Respon Calon”, anda sudah boleh melihat senarai keputusan dan hasil analisis item. Tekan tab ”Senarai Skor” untuk melihat senarai skor yang diperolehi oleh semua calon yang responnya telah dimasukkan setakat ini (Rajah 5). Lajur-lajur yang dipaparkan dalam senarai skor ini boleh ditambah atau dikurang melalui ikon ”Output Option”
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6.
3/6
Panduan Ringkas Perisian AI v6.0
Rajah 5. Melihat senarai skor (keputusan) calon.
Rajah 6. Memilih lajur maklumat yang hendak dipaparkan dalam senarai skor. 4.
Melihat Hasil Analisis
Tekan tab ”Hasil Analisis” untuk melihat hasil analisis item (Rajah 7). Seperti senarai skor, maklumat yang dipaparkan dalam hasil analisis boleh ditambahkurang melalui ikon ”Output Option”
.
Calon-calon yang memilih pilihan (option) tertentu boleh dilihat dengan menekan kawasan berkenaan (Rajah 8).
4/6
Panduan Ringkas Perisian AI v6.0
Rajah 7. Melihat hasil analisis (statistik umum dan analisis item).
5/6
Panduan Ringkas Perisian AI v6.0
Tekan pada suatu kawasan pilihan untuk melihat calon yang memilihnya.
Rajah 8. Melihat calon yang memilih pilihan tertentu.
6/6