Pantang Larang Dan Kepercayaan Kaum Iban

  • Uploaded by: noor_afifah_14
  • 0
  • 0
  • March 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pantang Larang Dan Kepercayaan Kaum Iban as PDF for free.

More details

  • Words: 1,505
  • Pages: 34
Loading documents preview...
EDU3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN: PANTANG LARANG

PELBAGAI KAUM/MASYARAKAT DI MALAYSIA AHLI KUMPULAN: FATHANAH BT CHE ISMAIL NADIA NASUHA BT MOHD SAIDI NOOR AFIFAH BT ABD WAHAB NURAIN BT MOHD ZEE NURUL FATIHAH BT ABD HAMID ZAIAZLINA BT ZAINUDIN OPSYEN: PISMP SEMESTER 5 BM/PJ/MU PENSYARAH PEMBIMBING : ENCIK KUSHAIRI B. JUSOH

PANTANG LARANG KAUM MELAYU DI MALAYSIA

TEMUBUAL BERSAMA Aini Nadhirah bt Ali -PISMP MT/PJ/BI -Asal Pahang  Nur Syamira bt Mohd Syukri -PISMP PK/PJ/PSV(BM) -Asal Kedah 

PANTANG LARANG KAUM MELAYU Pantang Larang Orang Melayu Tradisional merupakan kepercayaan masyarakat Melayu zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang.  Kebanyakan adalah bertujuan untuk mendidik masyarakat agar mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan.  Apa yang disebut bukan untuk dipercayai tetapi untuk dihayati mesej yang tersembunyi di sebalik pantang larang yang telah diperturunkan secara lisan sejak zaman berzaman. 

Pantang Larang Ke Atas Perempuan -Dilarang menyanyi di dapur,nanti kawin orang tua. -Dilarang memakan leher ayam, nanti leher terkulai di pelamin. -Pantang bangun lewat, nanti sukar mendapat jodoh. -Dilarang makan berubah tempat, nanti berkahwin ramai. -Dilarang melalui dibawah ampaian, nanti datang sial. 

Pantang larang ketika makan -Tidur selepas makan, nanti perut buncit. -Makan dalam pinggan sumbing, dapat anak bibir sumbing. -Makan dalam belanga, dapat anak rupa hodoh. -Makan bertindih pinggan, akan beristeri dua. -Makan pisang kembar, akan beranak kembar. -Makan tidak basuh pinggan, nanti lambat dapat menantu. 

Pantang larang ke atas kanak-kanak -Tidak boleh duduk di atas bantal, nanti dapat bisul. -Tak boleh duduk atas tangga ketika maghrib, nanti dirasuk hantu. -Dilarang bersiul dalam rumah, nanti ular masuk. -Makan kepala ikan, nanti jadi bodoh. -Dilarang bermain diluar rumah pada waktu senja, nanti disorok hantu. 

PANTANG LARANG MASYARAKAT CINA

SEMASA MENGANDUNG 

Wanita-wanita masyarakat Cina yang mengandung sentiasa diberikan kawalan ketat di dalam setiap tindak-tanduk dan kegiatan seharian mereka.



Dalam masyarakat Cina ibu mertua bertanggungjawab menjaga wanita mengandung dan bukannya suami.



Masyarakat Cina juga amat mementingkan anak lelaki. Ini kerana anak lelaki boleh melanjutkan keturunan mereka melalui pewarisan nama nenekmoyang.



Anak perempuan hanya menjadi milik ibu bapa buatsementara waktu sahaja dan apabila berkahwin,mereka dianggap menjadi milik keluarga suaminya.



Tidak dibenarkanmelakukan kerja-kerja seperti memaku kerana dikhuatiri bayi yang lahir akan mengalami kecacatan.



Wanita hamil juga perlu mengawal tingkah laku seperti tidakmengeluarkan kata-kata kesat dandilarang memukul binatang. Ini bertujuan menghindari bayi dari terkena badi.



Mereka juga digalakkan bekerja supaya mudahbersalin. Sebarang konflik atau perselisihan perludihindari supaya kandungan tidak mengalamisebarang gangguan.



Memberi nama kepada bayi yang belum lahir semasa mengandung juga adalah antarapantang larang dalam masyarakat Cina. Ini adalah untuk mengelakkan perasaan kecewabila harapan tidak tercapai.



Selain itu wanita hamil tersebut tidak digalakkanterlalu kerap menggosok perut mereka kerana bayi yang lahir kelak akan mempunyai sifatyang manja.

PENYAPU 

Ia tidak boleh digunakan untuk membersihkan perkakas memuja dan kawasan sembahyang di rumah orang cina. Hanya kain bersih dan berus khas boleh dibenarkan. Semasa perayaan Tahun Baru Cina, menyapu rumah ataupun kedai milik orang cina tidak dibenarkan pada 3 hari pertama perayaan ini kerana ia boleh menghilangkan tuah.



Memukul seseorang dengan penyapu boleh mendatangkan kecelakaan selama beberapa tahun. Dalam aktiviti perjudian, roh ataupun semangat penyapu itu boleh‘diugut’ sehingga kembalinya tuah kepada pertaruhan yang sedang dilaksanakan.



Dari segi penjagaan makanan, wanita yang hamil dilarang sama sekali makan makananyang tajam seperti nenas dan mangga, serta tidak digalakkan makan banyak keranaditakuti bayi akan menjadi besar dan ini akanmembuatkan ibu sukar untuk bersalin.



Untuk menentukan sama ada kandungan itulelaki atau perempuan, maka masyarakat Cinamelihat bentuk perut wanita yang hamil,terutama apabila kandungan berusia empatbulan ke atas.



Jika perut ibu agak bulat, bayi yang dikandungadalah perempuan dan sebaliknya lelaki jikaperut kelihatan tajam.

SELEPAS BERSALIN (BERPANTANG) 

Wanita-wanita Cina yang baru melahirkananak terpaksa berpantang selama empatpuluh hari hari.



Ibu tidak dibenarkan mandi air sejuk keranadibimbangi masuk angin.



Pusat bayi yang baru dilahirkan diikat dandililit dengan sehelai kain pada perutnya.Ini bertujuan untuk mengelakkan perutbayi dimasuki angin dan untukmengeringkan tali pusat.



Anak tersebut dipercayai akan menjalanikehidupan yang senang pada masa depan.Manakala pusat yang tersembul dikaitkandengan hidup yang kurang baik.

PANTANG LARANG DAN KEPERCAYAAN KAUM IBAN

EDMUND AK AUSTRUS LAZARUS PISMP PK SEM 3 SIBU SARAWAK

PENGENALAN 





Kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak ,mereka mendiami daerah dan bahagian negeri Sarawak dari daerah Lundu di barat dan Limbang di timur laut, tetapi kepadatan penduduk iban adalah di bahagian Kota Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Sibu,Kapit, Bintulu dan Miri. Amalan cara hidup yang diamalkan adalah berlandaskan hukum adat ,pantang-larang, tolak-ansur (toleransi), dan berteraskan perhubungan persaudaraan yang erat antara satu samalain. Kebanyakan masyarakat iban pada hari ini menerima agama Kristian sebangai pegangan,tetapi dalam masa yang sama masih mengekalkan nilai adat resam dan ciri-ciri kebudayaanyang menjadi lambang tradisi masyarakat Iban.

PANTANG LARANG KAUM IBAN BUDAYA MENGURUT  Masyarakat Iban mengamalkan budaya mengurut untuk mengelakkan sakit badan dan tegang urat. Bagi mereka, mengurut dapat meredakan ketegangan perasaan, ketakutan, dan seterusnya memberi kedamaian dan ketenangan.  masyarakat Iban dilarang mandi selepas berurut kerana boleh menambahkan lagi kesakitan dan keuzuran.

PANTANG LARANG SEWAKTU MENGANDUNG  Mereka dilarang menggali parit di kawasan padi atau di mana-mana sahaja.  Mereka dilarang memotong pokok yang menjalar di atas tanah, kerana dibimbangi akan menghalang pendarahan yang berterusan semasa melahirkan anak.  Wanita yang mengandung dilarang menuang minyak ke atas tapak tangan untuk disapu pada rambut supaya bayi yang bakal lahir tidak akan bernanah.

 Kedua

suami isteri tidak boleh mengetuk telur menggunakan pisau atau kayu kerana dikhuatiri bayi itu akan cacat penglihatan.  Mereka tidak boleh menanam pokok pisang supaya si bayi tidak berkepala besar.  Mereka tidak boleh memikul batu-bata tajam di dalam raga kerana dikhuatiri bayi akan lumpuh.  Mereka tidak boleh membawa kura-kura ke dalam bilik supaya bayi tidak tersekat di dalam rahim semasa dilahirkan

PANTANG LARANG KETIKA TIDUR Mereka dilarang menunjuk ke dahan reput di atas pokok.  Mereka juga dilarang tidur di kawasan yang terlalu bersih atau terlalu cantik kerana mereka percaya kawasan sebegitu berpenunggu.  Apabila mimpi buruk, kerja keesokan harinya harus ditangguhnkan.cth: mimpi mati dipatuk 

PANTANG LARANG UNTUK BERSUKAN 

Mereka tidak dibenarkan mandi selepas bersukan kerana mandi boleh mengakibatkan seseorang itu mengalami kembang badan, tangan dan khususnya kaki. Mereka percaya bahawa air mandian boleh masuk ke dalam liang roma yang terbuka selepas bersukan

PANTANG LARANG UNTUK TEMPAT KEDIAMAN 

Kalau ada bunyi burung kematian, tempat tersebut tidak boleh dijadikan tempat untuk mendirikan rumah

PANTANG LARANG MASYARAKAT SIAM

BIODATA INDIVIDU YANG DITEMURAMAH

NAMA: LIAN @ SURAYA ABDULLAH UMUR : 45 TAHUN BANGSA : SIAM ASAL : KEDAH

PENGENALAN 

mendiami negeri bersempadan dengan Thailand, iaitu Kedah, Kelantan, Perlis dan Perak. Pulau Pinang walaupun agak jauh sedikit tetapi kedudukannya sebagai zon perindustrian menarik minat penghijrahan mereka di samping terdapat penduduk Siam yang tetap, sama ada dari Kedah atau Thailand.



merupakan penduduk luar bandar, terutama di daerah Pendang, Baling, Padang Terap, Kubang Pasu dan Sik (Kedah), Tumpat dan Pasir Mas (Kelantan) serta Pengkalan Hulu (Perak).



Kehidupan budayanya tidak banyak berbeza dengan saudara mara di Thailand (Selatan).



Hampir keseluruhannya beragama Buddha, dilambangkan oleh biara (wat) dan para bikkhunya yang memakai jubah serba kuning. Pengasas agama ini Putera Sidharthak dari Kabilavasthu (India-Nepal).



Bangunan wat yang unik dengan ukiran seni tampak Siam merupakan satu citra/ imej tersendiri.

PANTANG LARANG SEMASA TIDUR 

Semasa tidur, bantal anak tidak boleh melebihi bantal ibu kerana dianggap perbuatan itu berdosa dan tidak menghormati orang yang lebih tua.

PANTANG LARANG PERKAHWINAN 

Gadis yang akan berkahwin tidak boleh keluar rumah pada malam perkahwinan kerana dikhuatiri akan ditimpa musibah atau perkara buruk.

PATANG LARANG KEPADA PEREMPUAN 

Perempuan yang datang bulan tidak boleh masuk ke kawasan memukul padi /menuai kerana dikhuatiri mendapat gangguan makhluk halus dan lemah semangat.



Gadis tidak elok menyanyi di dapur kerana dikhuatiri akan berkahwin dengan lelaki tua (sama dengan pantang larang masyarakat Melayu)

PANTANG LARANG IBU MENGANDUNG 

Tidak boleh makan makanan sejuk seperti, tembikai, laksa, rambutan, taugeh dan makanan laut kerana dikhuatiri urat akan mengembang dan mengakibatkan kecederaan dalaman dan sakitsakit badan.

PANTANG LARANG KAUM BAJAU

Larangan ketawa terbahak- bahak - tidak baik untuk anak dara kerana membawa imej yang tidak baik pada pandangan orang  Larangan tidak saling mengadap ketika makan - kelak jika punya masalah, tiada yang membantu  Larangan memotong kuku pada waktu malam - akan kematian ahli keluarga  Larangan membawa bayi keluar pada waktu malam - takut ditimpa sesuatu yang tidak baik seperti jatuh sakit 

Larangan menggunakan cermin pada waktu malam - takut kehilangan seri wajah  Larangan meletakkan tangan di hadapan semasa duduk bersimpuh ketika makan - akan sentiasa menyakiti atau disakiti orang lain  Larangan duduk di tangga - jodoh lambat datang  Larangan makan cili/ lada/ cabai - hati keras, degil dan tidak mudah dinasihati 

Wanita hamil tidak boleh berjalan malam kerana dikhuatiri akan diganggu oleh makhluk halus.  Wanita hamil tidak boleh memakan semua jenis sotong kerana akan menyukarkan proses kelahiran kelak  Larangan memerah santan kelapa ketika haid - makanan cepat basi  Larangan menggunakan pinggan mangkuk yang retak - takut dapat pasangan yang tidak sempurna 

SEKIAN, TERIMA KASIH


Related Documents