Pasaran Sasaran (1)

  • Uploaded by: Hilda Hiew
  • 0
  • 0
  • January 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pasaran Sasaran (1) as PDF for free.

More details

  • Words: 615
  • Pages: 3
Loading documents preview...
Pasaran Sasaran Secara amnya, falsafah pasaran sasaran merupakan falsafah yang terkini dalam perniagaan dan menjadi amalan banyak institusi perniagaan. Melalui falsafah ini pengeluar atau pemasar akan lebih berusaha mengenal pasti beberapa segmen pasarannya secara lebih terperinci. Kemudian, pemasar akan memilih hanya satu atau dua di antara segmen tersebut untuk menjadi sasarannya. Secara jelasnya, sasaran pasaran memberi peluang kepada penjual untuk membentuk produk yang betul dan bersesuaian bagi pelanggan yang disasarkan serta menyesuaikan produk yang dihasilkan dengan harga, kaedah pengedaran, dan pengiklanan bagi memastikan para pelanggan mendapat kepuasan yang optimum. Secara tuntasnya, pasaran sasaran merujuk kepada kumpulan pengguna yang akan menjadi bakal pelanggan. Sebelum memulakan sesuatu perniagaan, soalan kritikal dan pertama yang harus ditanya oleh seorang usahawan ialah, “Siapakah sasaran utama perniagaan / produk ini?” Dalam konteks ini, sasaran bermaksud kategori pelanggan yang mempunyai ciri-ciri yang berbeza dari segi umur, keinginan, keperluan, kerjaya, tahap ekonomi, jantina, bangsa ataupun pendidikan. Selain itu, kegagalan berkemungkinan akan berlaku apabila seseorang usahawan itu tidak jelas sepenuhnya mengenai sasaran pasaran kerana ini akan menyebabkan seseorang usahawan itu tidak fokus, hilang daya konsisten, kerap menukar strategi, kurang yakin diri dan tidak mampu menyampaikan maklumat produk dengan baik kepada prospek. Untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan yang dimulakan, seseorang usahawan harus memulakan sebuah perniagaan dengan mendefinisikan pelanggan dengan spesifik dan jelas. Dalam konteks ini, peniaga akan lebih mampu beraksi dengan penuh keyakinan diri, kerana peniaga tersebut sedar tentang sasaran sebenar tanpa perlu berkomunikasi dengan prospek yang tidak sesuai. Sebagai contohnya, jika seorang peniaga ingin menjalankan sebuah perniagaan seminar dan latihan adalah amat mustahil untuk mensasarkan perniagaan tersebut kepada semua golongan masyarakat di negara ini, dan adalah lebih mudah dan menguntungkan apabila peniaga memfokuskan perniagaannya kepada golongan tertentu sahaja.

Dalam perniagaan 'GRAB N GO!!!' yang telah dipilih, pasaran sasaran telah ditetapkan kepada kumpulan pekerja dan golongan yang sangat sibuk dengan pekerjaan masing-masing sehingga tidak mempunyai masa untuk menjamu selera di restoran. Sebagai contohnya, dalam perjalanan pulang ke syarikat sendiri setelah selesai penghantaran dokumen kepada syarikat yang lain, Saiful yang bekerja sebagai pekerja am syarikat hanya mempunyai masa yang singkat untuk membeli makanan tengah harinya dengan membuat “pra-pesanan” melalui aplikasi 'GRAB N GO!!!' . Pada masa Saiful tiba di mesin makanan 'GRAB N GO!!!', Saiful akan mendapat makanan yang telah ditempahnya tanpa memerlukan penungguan. Dalam konteks ini, Saiful hanya perlu membuat pembayaran dengan kad Visa dan terus mendapat makanannnya daripada mesin 'GRAB N GO!!!'. Memang tidak dapat dinafikan kehidupan masyarakat kini adalah amat sibuk dengan pekerjaan. Kebanyakkan golongan rakyat tidak mempunyai masa yang cukup untuk rehat kerana mereka bekerja dari 8 pagi sehingga 7 petang. Secara jelasnya, adalah amat susah untuk golongan pekerja untuk meluangkan masa untuk membeli makanan di restoran. Untuk mengatasi masalah tersebut, mesin 'GRAB N GO!!!' telah menawarkan perkhidmatan “pra-pesanan” untuk membantu golongan masyarakat yang sibuk dengan pekerjaan untuk menjimatkan masa semasa membeli makanan di samping mengelakkan diri daripada menunggu giliran yang lama di restoran. Secara umumnya, perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat 'GRAB N GO!!!' telah berjaya membantu golongan sasaran pasaran, iaitu golongan rakyat yang sibuk dengan pekerjaan untuk menyelesaikan masalah makanan setiap hari. Sementelahan, sasaran pasaran syarikat 'GRAB N GO!!!' ditetapkan kepada golongan berpendapatan sederhana, iaitu golongan yang berpendapatan dari RM1000-RM2500. Secara jelasnya, harga satu set makanan tengan hari ialah RM9.90 di mana harga tersebut adalah dalam lingkungan kemampuan golongan berpendapatan sederhana. Sekiranya, seorang pekerja membeli makanan setiap hari selama sebulan daripada mesin 'GRAB N GO!!!', maka perbelanjaan makanan tengah hari selama sebulan adalah hanya RM300. Di samping itu, jika pekerja tersebut merupakan ahli VIP kepada syarikat 'GRAB N GO!!!', dia akan berpeluang menikmati diskaun sebanyak 10%, di mana harga satu set makanan adalah hanya RM9.00. Secara tuntasnya, jumlah perbelanjaan makanan sebulan sebanyak RM300 adalah amat berpatutan kepada mereka yang berpendapatan sederhana.

Related Documents


More Documents from "shahlan"