Pengenalan Usul Fiqh

  • Uploaded by: yusri_mym88
  • 0
  • 0
  • January 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pengenalan Usul Fiqh as PDF for free.

More details

  • Words: 20,831
  • Pages: 136
Loading documents preview...
Fakulti Sains Sosial Gunaan

ADSF1103

Pengenalan Usul Fiqh

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

ADSF1103 PENGENALAN USUL FIQH Dr Azman Ab Rahman

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Pengarah Projek:

Prof Dato’ Dr Mansor Fadzil Assoc Prof Dr Mohd Yusuf Ahmad Open University Malaysia

Penulis Modul:

Dr Azman Ab Rahman Universiti Sains Islam Malaysia

Penyederhana:

Prof Madya Dr Shamsiah Mohamad Universiti Malaya

Dibangunkan Oleh:

Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi Open University Malaysia

Edisi Pertama, Ogos 2012 Hak cipta © Open University Malaysia (OUM), Ogos 2012, ADSF1103 Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada bahan ini boleh disalin semula dalam manamana cara tanpa kebenaran secara bertulis daripada Presiden Open University Malaysia (OUM).

Hak Cipta Cipta © Open Open University University Malaysia Malaysia (OUM) (OUM) Hak

Isi Kandungan Panduan Kursus

ix - xiv

Topik 1

Pengenalan Ilmu Usul Fiqh 1.1 Definisi Ilmu Usul Fiqh 1.2 Sejarah Perkembangan Ilmu Usul Fiqh 1.2.1 Zaman Awal Islam 1.2.2 Zaman Penyusunan 1.2.3 Zaman Selepas Penyusunan 1.3 Faedah Mempelajari Ilmu Usul Fiqh 1.4 Kandungan Ilmu Usul Fiqh 1.5 Aliran Ulama Ilmu Usul Fiqh 1.5.1 Aliran Ulama Rumusan Kata Kunci Rujukan

1 2 3 4 4 5 6 7 9 10 11 12 12

Topik 2

Konsep Hukum Syarak 2.1 Definisi Hukum Syarak 2.1.1 Definisi Hukum Menurut Bahasa dan Istilah 2.1.2 Definisi Hukum Menurut Ulama Fiqh dan Ulama Usul Fiqh 2.2 Pembahagian Hukum Syarak 2.2.1 Hukum Taklifi dan Pembahagiannya 2.2.2 Hukum WadÊi dan Pembahagiannya 2.3 Perbezaan antara HukumTaklifi dan Hukum WadÊi 2.4 Rukun Hukum Rumusan Kata Kunci Rujukan

14 15 15 16

Bahagian-bahagian Hukum Syarak 3.1 Pembahagian Hukum Taklifi 3.1.1 Wajib 3.1.2 Sunat 3.1.3 Haram 3.1.4 Makruh 3.1.5 Harus

25 26 26 27 29 30 31

Topik 3

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

17 17 18 20 21 23 23 23

iv



ISI KANDUNGAN

3.2

Pembahagian Hukum WadÊi 3.2.1 Al-Sabab (Sebab) 3.2.2 Al-Shart (Syarat) 3.2.3 Al-ManiÊ (Halangan) 3.2.4 Al- Sihhah (Sah) 3.2.5 Al-Butlan (Batal) 3.2.6 Azimah dan Rukhsah Rumusan Kata Kunci Rujukan

31 32 32 33 33 34 34 36 36 37

Topik 4

Pembahagian Hukum Taklifi 4.1 Pembahagian Wajib 4.1.1 Hukum Wajib dari Segi Waktu Perlaksanaannya 4.1.2 Hukum Wajib dari Segi Penentuan Kadar 4.1.3 Hukum Wajib dari Segi Penentuan Perbuatan 4.1.4 Hukum Wajib dari Segi Tuntutan Melakukannya 4.2 Pembahagian Sunat 4.3 Pembahagian Haram 4.4 Pembahagian Makruh Rumusan Kata Kunci Rujukan

40 39 39 41 42 44 45 47 48 49 50 50

Topik 5

Konsep Al-Hakim, Al- Mahkum Fih dan Al-Mahkum 5.1 Definisi Al-Hakim 5.2 Permasalahan Al-Tahsin dan Al-Taqbih 5.3 Pandangan Ulama Usul Fiqh Tentang Permasalahan Al-Tahsin dan Al-Taqbih 5.4 Al-Mahkum Fih 5.4.1 Syarat-syarat Al-Mahkum Fih 5.4.2 Jenis-jenis Al-Mahkum Fih 5.5 Al-Mahkum ÂAlayh Rumusan Kata Kunci Rujukan

61 53 53 54

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

55 56 57 61 63 64 64

ISI KANDUNGAN



v

Topik 6

Al-Ahliyyah dan Pembahagiannya 6.1 Definisi Al-Ahliyyah 6.2 Pembahagian Al-Ahliyyah 6.3 Tahap-tahap Al-Ahliyyah Rumusan Kata Kunci Rujukan

66 67 67 69 73 74 74

Topik 7

ÂAwaridh Ahliyyah 7.1 Pembahagian `Awarid Ahliyyah 7.2 ÂAwarid Samawiyyah 7.2.1 Takrif ÂAwarid Samawiyyah 7.2.2 Jenis-jenis ÂAwarid Samawiyyah 7.3 ÂAwarid Muktasabah 7.3.1 Takrif ÂAwarid Muktasabah Rumusan Kata Kunci Rujukan

76 77 77 77 77 85 85 93 94 94

Topik 8

Dalil yang Disepakati: Al-Quran 8.1 Takrif Al-Quran 8.2 Kehujahan Al-Quran 8.3 Status Thubut dan Dalalah Kandungan Al-Quran 8.3.1 Status Thubut Kandungan Al-Quran 8.3.2 Status Dalalah Kandungan Al-Quran Rumusan Kata Kunci Rujukan

96 97 97 99 99 99 100 101 101

Topik 9

Dalil yang Disepakati: Al-Sunnah 9.1 Definisi Al-Sunnah 9.2 Kategori Al-Sunnah 9.3 Kehujahan Al-Sunnah 9.3.1 Al-Quran 9.3.2 Ijmak 9.3.3 Akal 9.4 Status Thubut dan Dalalah Al-Sunnah Rumusan Kat Kunci Rujukan

103 104 104 106 107 108 108 108 109 109 110

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

vi



Topik 10

ISI KANDUNGAN

Dalil yang Disepakati: Ijmak dan Qiyas 10.1 Definisi Ijmak 10.2 Jenis-jenis Ijmak 10.3 Kehujahan Ijmak 10.4 Definisi Qiyas 10.5 Kehujahan Qiyas 10.6 Jenis-jenis Qiyas Rumusan Kata Kunci Rujukan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

111 112 112 113 114 115 116 117 118 118

PANDUAN KURSUS

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

PANDUAN KURSUS



DESKRIPSI PANDUAN KURSUS Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati dari awal sehingga akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan membantu anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah tempoh masa untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan sepenuhnya. Sentiasalah rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda membaca kandungan kursus kerana ia dapat membantu dalam menjelaskan komponen-komponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas pandang.

PENGENALAN ADSF1103 Pengenalan Usul Fiqh adalah salah satu kursus yang ditawarkan oleh Fakulti Sains Sosial Gunaan di Open University Malaysia (OUM). Kursus ini melibatkan 3 jam kredit dan harus dijalankan dalam tempoh masa 8 hingga 15 minggu.

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN Kursus ini ditawarkan kepada semua pelajar yang mengambil program Diploma Pendidikan Islam. Modul ini bertujuan untuk menjelaskan tentang hukum syarak dan pembahagiannya serta kaedah mengeluarkan hukum. Modul ini seharusnya membentuk dasar yang kukuh untuk Usul Fiqh 1 dan Usul Fiqh 2 berikutnya. Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya fasih dengan keperluan pembelajaran kendiri dan mampu mengoptimakan kaedah pembelajaran dan persekitaran yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan anda maklum dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus tersebut dikendalikan.

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN Berdasarkan piawaian OUM, seseorang pelajar itu perlu memperuntukkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Selaras dengan piawaian ini, kursus yang bernilai tiga jam kredit memerlukan masa selama 120 jam pembelajaran. Anggaran masa pembelajaran ialah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

ix

x



PANDUAN KURSUS

Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran

Aktiviti Pembelajaran

Jam Pembelajaran

Membaca kandungan kursus dan mengambil bahagian dalam perbincangan awal

3

Membaca modul

60

Menghadiri 3 hingga 5 sesi tutorial

10

Perbincangan atas talian

12

Ulang kaji

15

Menyiapkan tugasan, Ujian dan Peperiksaan

20

JUMLAH MASA PEMBELAJARAN

120

OBJEKTIF KURSUS Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan hukum syarak yang terkandung dalam al-Quran dan sunnah; 2. Menerangkan prinsip-prinsip Usul Fiqh; 3. Menghuraikan hukum hakam yang telah ditetapkan oleh syarak; dan 4. Mengaplikasikan hukum syarak yang berkaitan dalam semua aspek kehidupan.

SINOPSIS KURSUS Kursus ini terbahagi kepada 10 topik. Sinopsis untuk setiap topik adalah seperti yang disenaraikan berikut: Topik 1 menjelaskan definisi Usul Fiqh, sejarah perkembangannya dan faedah mempelajarinya. Topik ini juga menerangkan kandungankandungan yang terdapat dalam ilmu ini dan perbezaan kaedah aliran ulama-ulama Usul Fiqh dalam mengeluarkan hukum. Topik 2 membincangkan definisi hukum syarak dan pembahagiannya, perbezaan hukum taklifi dan hukum wadÊi serta menghuraikan rukunrukun hukum syarak. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

PANDUAN KURSUS



Topik 3 membincangkan bahagian-bahagian hukum Islam dan mengenal pasti bahagian-bahagian hukum taklifi dan hukum wadÊi. Topik 4 menjelaskan definisi bahagian-bahagian hukum taklifi dan mengenal pasti bahagian-bahagian hukum taklifi. Topik 5 menerangkan konsep al-hakim, permasalahan al-tahsin dan altaqbih. Topik ini juga menjelaskan konsep al-mahkum fih dan menghuraikan konsep al-mahkum Âalayh. Topik 6 membincangkan definisi al-Ahliyyah, pembahagian Ahliyyah alWujud dan Ahliyyah al-AdaÊ dan menjelaskan tahap-tahap al-Ahliyyah. Topik 7 membincangkan definisi ÂAwarid Ahliyyah dan pembahagiannya. Topik ini juga membincangkan definisi ÂAwarid Samawiyyah dan ÂAwarid Muktasabah serta jenis-jenis ÂAwarid Samawiyyah. Topik 8 menjelaskan definisi al-Quran, kehujahan al-Quran dan menghuraikan dalalah al-Quran sama ada dalalah qatÊiyyah atau dalalah zanniyyah. Topik 9 menjelaskan definisi as-Sunnah, sejarah perkembangannya dan faedah mempelajarinya. Topik ini juga membincangkan perbezaan kategori Sunnah dan bahagian-bahagiannya serta menerangkan dalalah as-Sunnah. Topik 10 membincangkan definisi ijmak dan qiyas serta membezakan kategori ijmak dan qiyas serta bahagian-bahagiannya termasuk penghujahannya.

PANDUAN SUSUN ATUR TEKS Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda ambil tahu akan susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan. Amnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti berikut: Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau capai setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap topik anda digalakkan merujuk kepada senarai Hasil Pembelajaran berkenaan untuk memastikan sama ada anda dapat atau tidak

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

xi

xii 

PANDUAN KURSUS

mencapainya. Amalan seperti ini akan membantu anda mengukur dan mempertingkatkan penguasaan kandungan sesuatu topik. Semak Kendiri: Soalan-soalan diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu topik. Soalan-soalan ini menguji kefahaman tentang maklumat yang anda telah baca. Jawapan untuk soalan-soalan ini biasanya terdapat dalam perenggan-perenggan yang sebelumnya. Anda digalakkan menjawab soalan-soalan Semak Kendiri ini untuk menguji dan memastikan sama ada anda telah memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya menyediakan anda menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan jawapan kepada soalan-soalan yang ditanya terdapat dalam modul itu sendiri. Aktiviti: Aktiviti-aktiviti juga diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu topik dengan tujuan menggalakkan anda mengaplikasi konsep dan prinsip yang anda telah pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti-aktiviti ini juga memperluaskan kefahaman kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan anda melakukan sesuatu seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat, berbincang bersama rakan dalam kelas, merujuk kepada laman sesawang, membaca artikel jurnal dan seumpamanya. Rumusan: Di akhir sesuatu topik, isi-isi penting topik tersebut disenaraikan. Komponen ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas kembali keseluruhan topik. Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap pernyataan yang disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan. Perkataan Penting: Di akhir topik disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting yang digunakan dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan. Rujukan: Rujukan adalah bahagian di mana senarai buku teks, jurnal, artikel, kandungan elektronik atau sumber-sumber yang boleh ditemui yang berkaitan dan berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat dalam beberapa bahagian seperti dalam Panduan Kursus (di bahagian Rujukan), di akhir setiap topik atau di akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagian-bahagian yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

PAN DU AN KURSUS



xiii

PENGETAHUAN ASAS Anda tidak perlu mempunyai pengetahuan asas tertentu sebelum memulakan kursus ini.

KAEDAH PENILAIAN Sila rujuk myINSPIRE.

RUJUKAN Al-Ghazali., & Abu Hamid Muhammad bin Muhammad. (1332H). Al-mustasfa min ilm al-usul. Kaherah: MatbaÊah al-Amiriyyah. Al-Juwayni., & Abd al-Malik. (1999). Al-burhan fi fi usul al-fiqh. Mesir: Dar alWafaÊ. Al-Razi., Fakhr al-Din Muhammad. (1992). Al-mahsul fi ilm al-usul. Cet. 2. Beirut: MuÊassasah al-Risalah. Al-Shawkani., Muhammad bin Ali. (2000). Irshad al-fuhul ila tahqiq al-haq min ilm al-usul. Cet. 1. Dimashq: Dar al-Fikr. Al-Zarkashi., Badr al-Din. (2000). Al-bahr al-muhit fi usul al-fiqh. Beirut: Dar alKutub al-Ilmiyyah. Muhammad Abu Zahrah. (1997). Usul al-fiqh. Kaherah: Dar al-Fikr al-Arabi. Shalabi., & Muhammad Mustafa. (1986). Usul al-fiqh al-islamiyy. Beirut: Dar alNahdah al-Arabiyyah. Zaydan., & Abd al-Karim. (1993). Al-wajiz fi usul al-fiqh. Maydan Sayyidah Zaynab: Dar al-TawziÊ Wa al-Nashr al-Islamiyyah. Zuhayr., & Muhammad Abu al-nur. (2004). Usul al-fiqh. Beirut: al-Madar al-Islami.

Hak Cipta Cipta © Open Open University University Malaysia Malaysia (OUM) (OUM) Hak

xiv 

PANDUAN KURSUS

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Topik  Pengenalan

1

Ilmu Usul Fiqh

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan definisi Usul Fiqh; 2. Menghuraikan sejarah perkembangan Usul Fiqh; 3. Membincangkan faedah mempelajari ilmu Usul Fiqh; 4. Menerangkan kandungan ilmu Usul Fiqh; dan 5. Membezakan kaedah mengeluarkan hukum.

aliran

ulama-ulama

Usul

Fiqh

dalam

 PENGENALAN Usul Fiqh merupakan satu-satunya manhaj ilmiah untuk menetapkan hukum syarak. Ia merupakan panduan untuk memahami serta mentafsirkan nas-nas al-Quran dan al-Sunnah ketika merumus hukum-hakam dan mendabit pemikiran mahupun ijtihad. Pentafsiran yang dilakukan adalah yang berkaitan dengan hukum syarak dan hukum-hakam yang dimaksudkan hanyalah hukumhakam amali bukan hukum-hakam akidah. Perkataan amali bermaksud semua perbuatan termasuk perbuatan hati. Majoriti ulama membuktikan bahawa sumber dalil yang dijadikan sandaran hukum adalah al-Quran, al-Hadith, ijmak dan qiyas. Oleh itu, ulama membahas dan menjelaskan bahawa dalil hukum tersebut adalah hujah bagi semua manusia dan sumber hukum syariat yang harus diikuti hasilnya (hukum). Kumpulan kaedah dan perbahasan ulama di atas terangkum dalam sebuah disiplin ilmu iaitu ilmu Usul Fiqh.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

2



TOPIK 1

PENGENALAN ILMU USUL FIQH

AKTIVITI 1.1 Nyatakan fungsi-fungsi dan kepentingan ilmu Usul Fiqh. Bincangkan dengan rakan-rakan sekelas anda dalam kumpulan.

1.1

DEFINISI ILMU USUL FIQH

Istilah Usul Fiqh mungkin asing bagi sebahagian daripada anda. Mungkin juga ada di kalangan anda pernah mendengar istilah itu. Sebenarnya, ilmu ini merupakan antara ilmu bagi disiplin pengajian hukum Islam. Untuk penjelasan terperinci tentang maksud Usul Fiqh, anda boleh lihat Rajah 1.1 berikut.

Rajah 1.1: Maksud Usul Fiqh

Fiqh merupakan himpunan perbincangan fuqaha tentang hukum-hakam isu-isu tertentu, manakala Usul Fiqh adalah ilmu yang menerangkan kaedah dan metodologi yang perlu diguna oleh para fuqaha dalam pengeluaran sesuatu Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1

PENGENALAN ILMU USUL FIQH



3

hukum bagi sesuatu isu. Ini penting bagi memberi gambaran lebih jelas perbezaan antara fiqh dan Usul Fiqh. Maka melalui Rajah 1.1, dapatlah dirumuskan bahawa Usul Fiqh ialah ilmu yang membincangkan kaedah bagaimana membuat kesimpulan hukum syarak daripada sumber atau dalil-dalil syarak.

1.2

SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU USUL FIQH

Ilmu Usul Fiqh telah muncul dalam tradisi keilmuan Islam bersama wujudnya ilmu Fiqh itu sendiri. Ini memang benar kerana Usul Fiqh merupakan asas kepada kewujudan Fiqh itu sendiri. Secara mudah, proses perkembangan yang dilalui ilmu ini boleh dibahagikan kepada tiga zaman utama seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.2.

Rajah 1.2: Perkembangan ilmu Usul Fiqh

SEMAK KENDIRI 1.1 1. Dengan ringkas, nyatakan definisi Usul Fiqh. 2. Mengapakah ilmu Usul Fiqh dianggap satu disiplin pengajian? Jelaskan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

4



1.2.1

TOPIK 1

PENGENALAN ILMU USUL FIQH

Zaman Awal Islam

Usul Fiqh telah lama wujud sebagai satu kaedah penentuan hukum. Namun kemunculannya sebagai satu cabang ilmu yang tersusun berlaku satu abad lebih selepas kewafatan junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW. Zaman awal Islam terbahagi kepada dua iaitu: •

Zaman Sahabat; dan



Zaman Tabi`in.

Mari kita bincang kedua-dua bahagian ini dengan lebih lanjut. (a)

Zaman Sahabat Sebarang masalah dirujuk kepada para Sahabat kerana mereka mampu mengeluarkan hukum terus daripada al-Quran dan al-Sunnah disebabkan beberapa faktor iaitu: (i)

Penguasaan bahasa Arab yang baik membolehkan mereka memahami al-Quran dan sunnah dengan tepat.

(ii)

Mengetahui asbab nuzul al-Quran dan asbab al-wurud sesebuah hadis.

(iii) Kebanyakan mereka adalah perawi hadis. (b)

Zaman Tabi`in Gerakan ini semakin meluas selepas Zaman Sahabat disebabkan berlakunya pelbagai perkara baharu dalam masyarakat. Para ulama tabi`in seperti Sa'id bin Musayyab, Urwah bin Zubayr, Qadi Syurayh dan Ibrahim al-Naqa'i telah menggunakan kaedah tertentu dalam membuat kesimpulan hukum. Namun, mereka belum menyusun kaedah tersebut dalam satu bentuk ilmu yang tersusun.

1.2.2

Zaman Penyusunan

Perkembangan baharu telah mula tercetus pada zaman ini yang dikenali sebagai zaman para mujtahid. Keperluan ilmu Usul Fiqh telah mula dirasai. Antara sebab perkara ini berlaku adalah: (a)

Banyak masalah baharu yang timbul.

(b)

Penguasaan bahasa Arab di kalangan orang-orang Arab agak lemah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1

PENGENALAN ILMU USUL FIQH



5

(c)

Perluasan wilayah-wilayah Islam dan percampuran orang-orang Arab dengan orang-orang Ajam.

(d)

Munculnya perdebatan antara umat Islam, khususnya yang terdiri daripada dua kelompok besar iaitu ahli-ahli al-hadith dan ahli al-raÊy.

Perkembangan tempatan dan semasa yang berlaku menuntut para ulama mempunyai kaedah penyelidikan yang mantap untuk menangani keperluan yang wujud pada waktu itu. Imam Muhammad bin Idris al-SyafiÊi dianggap sebagai pengasas ilmu ini melalui kitabnya al-Risalah yang membincangkan tentang al-Quran dan al-Sunnah dari segi kehujahan serta kedudukan kedua-duanya sebagai sumber penentuan hukum. Ia turut membahaskan sumber hukum yang lain seperti qiyas, ijmaÊ dan aqwal al-sahabah. Imam SyafiÊi mengambil pendekatan pertengahan (kompromi) iaitu lebih banyak mengguna al-raÊy, namun ia tidak seluas Abu Hanifah. Imam SyafiÊi juga mengguna pakai hadis tetapi pendekatan ini tidak seluas pendekatan Imam Malik.

1.2.3

Zaman Selepas Penyusunan

Al-Risalah merupakan model penulisan Usul Fiqh yang pertama dan telah dijadikan asas kepada perkembangan usaha selanjutnya. Selepas tersusunnya al-Risalah, ulama-ulama terkemudian telah membuat usaha baharu berasaskan kitab tersebut. Antaranya, usaha-usaha untuk membuat penghuraian dan ulasan terhadap beberapa konsep dan kaedah yang dikemukakan oleh Imam SyafiÊi. Berikut adalah sebahagian kitab penulisan yang lahir selepas kitab al-Risalah (kurun keempat): •

Kitab Ta'at al-Rasul;



Al-Nasikh wa al-Mansukh;



Kutub al-'Ilah;



Ibtal al-Taqlid;



Ibtal al-Qiyas;



Syarh Abu al-Walid al-Naisaburi;



Syarh Abu Bakar al-Sairafi; dan



Syarh al-Qaffal al-Syasyi. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

6



TOPIK 1

PENGENALAN ILMU USUL FIQH

SEMAK KENDIRI 1.2 Dengan ringkas, jelaskan perbezaan ilmu Usul Fiqh ketika zaman awal Islam, zaman penyusunan dengan zaman selepas penyusunan.

1.3

FAEDAH MEMPELAJARI ILMU USUL FIQH

Penguasaan ilmu Usul Fiqh ini sangat penting dalam pengajian hukum Islam. Faedah utama ilmu ini ialah memberi kemahiran untuk menentukan sesuatu hukum yang terkandung dalam teks al-Quran dan al-Sunnah sebagai perundangan Islam. Mari kita fahami serta renungkan antara faedah yang dapat kita peroleh setelah mempelajari ilmu ini yang akan dijelaskan di Rajah 1.3 di bawah.

Rajah 1.3: Faedah ilmu Usul Fiqh

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1

1.4

PENGENALAN ILMU USUL FIQH



7

KANDUNGAN ILMU USUL FIQH

Sebagaimana yang dijelaskan sebelum ini, ilmu Usul Fiqh adalah ilmu yang membincangkan tentang kaedah bagaimana suatu kesimpulan hukum syarak bersifat amali. Hukum itu pula diambil dan dirumuskan daripada dalil dan sumbernya. Dengan demikian, kandungan ilmu ini sudah tentu akan menyentuh dalil-dalil atau sumber-sumber hukum syarak dan hukum syarak itu sendiri secara umum atau ijmali. Dari sumber ini, kaedah Usul Fiqh akan dirumus dan dibentuk. Rajah 1.4 menyatakan tiga sumber kaedah Usul Fiqh yang dibentuk berpandukan al-Quran dan al-Sunnah.

Rajah 1.4: Al-Quran dan al-Sunnah sebagai sumber kaedah Usul Fiqh

Dengan kaedah yang dibentuk ini, para ulama akan membuat penelitian terhadap sumber-sumber hukum sama ada berpandukan al-Quran dan al-Sunnah untuk menghasilkan suatu kesimpulan hukum amali. Sebagai contoh, kaedah Usul Fiqh menyebutkan bahawa setiap ayat perintah biasanya akan mendatangkan hukum wajib. Contoh-contoh ayat al-Quran berupa arahan dan perintah dapat dilihat dalam Rajah 1.5.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

8



TOPIK 1

PENGENALAN ILMU USUL FIQH

Rajah 1.5: Beberapa contoh ayat Al-Quran yang menyatakan arahan atau perintah sesuatu

Ilmu Usul Fiqh akan menyentuh perbincangan dalil-dalil hukum syarak secara umum atau ijmali dan tidak menyentuhnya secara terperinci atau tafsili kerana perbincangan yang lebih menyeluruh akan dibincangkan dalam hukum fiqh. Perbezaan antara kaedah Usul Fiqh dengan hukum fiqh atau amali boleh dirumuskan melalui Jadual 1.1 berikut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1

PENGENALAN ILMU USUL FIQH



9

Jadual 1.1: Perbezaan Kaedah Usul Fiqh dengan Hukum Fiqh Kaedah Usul Fiqh

Dalil Ijmali

• Setiap dalil atau ayat menunjukkan hukum wajib.

perintah

• Setiap dalil atau ayat menunjukkan hukum haram.

larangan

• Setiap lafaz umum ('am) menunjukkan hukum yang menyeluruh. Hukum Fiqh

Dalil Tafsili

• Ayat memerintahkan wajib menunaikan solat. Contohnya, Surah al-Baqarah 2:110. • Ayat memerintahkan wajib menunaikan zakat. Contohnya, Surah al-Baqarah 2:110. • Ayat memerintahkan wajib mengerjakan haji. Contohnya, Surah al-Baqarah 2:196.

SEMAK KENDIRI 1.3 1. Berasaskan apa yang sudah anda pelajari, nyatakan perbezaan yang ketara antara dalil ijmali dan dalil tafsili. 2. Pada pendapat anda, mengapakah ilmu Usul Fiqh tidak wujud pada zaman Nabi Muhammad SAW? Nyatakan. 3. Berikan lima contoh ayat al-Quran yang lain yang menunjukkan perintah wajib.

1.5

ALIRAN ULAMA ILMU USUL FIQH

Hasil daripada perkembangan ilmu Usul Fiqh, wujud dua aliran pemikiran hukum yang jelas seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.6.

Rajah 1.6: Dua aliran ulama ilmu Usul Fiqh Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

10



TOPIK 1

PENGENALAN ILMU USUL FIQH

Kadangkala antara kedua aliran ini berlaku perdebatan yang serius. Hasilnya, penyusunan ilmu Usul Fiqh yang teratur sebagai garis panduan yang lengkap kepada penyelidikan hukum menjadi semakin penting. Inisiatif ke arah cita-cita tersebut akhirnya menjadi kenyataan. Imam SyafiÊi Pengasas Penyusunan Usul Fiqh Beliau merupakan orang pertama yang berusaha mengumpul, menyusun dan membukukan kaedah-kaedah Usul Fiqh. Usaha ini dibuat sejurus mendapati terdapat pelbagai perdebatan dan perbahasan antara kedua-dua aliran tadi. Oleh yang demikian, adalah menjadi satu disiplin ilmu dalam membuat satu kesimpulan hukum bagi membolehkan para mujtahid aliran Madinah dan Iraq menjadikan gagasan tersebut sebagai panduan dalam ijtihad mereka.

1.5.1

Aliran Ulama

Sebagaimana yang dijelaskan terlebih dahulu, terdapat dua aliran pemikiran iaitu aliran pemikiran Madinah (aliran Imam Malik bin Anas) dan aliran pemikiran Iraq (aliran Imam Abu Hanifah). Kedua-dua imam tersebut telah pun menyusun penulisan yang dianggap baharu dan tersendiri dengan membawa metodologi yang tersendiri. Penulisan-penulisan tersebut disusun berdasarkan kepada unsur-unsur berikut: (a)

Hukum-hakam fiqh;

(b)

Dalil dan sumber-sumber hukum tersebut;

(c)

Kaedah dalam membuat ketetapan hukum; dan

(d)

Ulama mujtahid.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1

PENGENALAN ILMU USUL FIQH



11

Jadual 1.2 menjelaskan tiga aliran rumusan daripada dua aliran pemikiran hukum ulama. Jadual 1.2: Aliran-aliran Rumusan Aliran-aliran Rumusan Aliran Ahli Ilmu Kalam

Penerangan • Diwakili oleh para ulama mazhab Maliki, Syafi'i dan Mu'tazilah. • Mereka menekankan unsur penetapan kaedah yang bersifat teori dengan sokongan dalil aqli dan naqli. • Kitab-kitab yang dihasilkan ialah Al-Mu'tamad oleh Abu al-Husin Muhammad bin Ali al-Basri, Al-Burhan oleh Imam al-Haramain al-Juwaini dan Al-Mustasfa oleh Imam Ghazali.

Aliran Hanafi

• Generasi ini menggunakan kaedah berdasarkan hukumhukum fiqh yang diambil daripada ijtihad yang dibuat oleh imam-imam mazhab. • Jika didapati beberapa kaedah tertentu berlawanan dengan hukum fiqh, mereka akan berusaha mengubah kaedah tersebut supaya selari dengan hukum yang ada. • Kitab-kitab yang ada ditonjolkan oleh aliran ini ialah Kitab Usul al-Kharkhi oleh Abu al-Hasan al-Kharkhi, Kitab al-Usul oleh Abu Bakar al-Jassas, Ta'sis al-Nazar dan Taqwim al-Adillah oleh Abu Zaid al-Dabusi.

Aliran Muta'akhkhirin

• Usaha bersama ulama Hanafi dan Syafi'i dalam pembentukan kaedah usul yang disertakan dengan dalil serta hujah-hujahnya. • Antara kitab yang ditulis dalam aliran ini ialah Badi' alNizam, al-Jami' Bayn Usul al-Bazdawi Wa a-Ahkam oleh Muzfiruddin al-Hanafi, Tanqih al-Usul oleh Ubaidullah Ibn Mas'ud al-Hanafi dan Tashil Usul al-Fiqh oleh Abdul Wahab Khallaf.



Usul Fiqh didefinisikan sebagai ilmu yang membincangkan tentang kaedah dan cara menetapkan hukum.



Ilmu Usul Fiqh mengalami tiga tahap perkembangan iaitu zaman awal Islam, zaman penyusunan dan zaman selepas penyusunan.



Setiap tahap tersebut mempunyai latar belakang dan ciri perkembangan tersendiri. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

12



TOPIK 1

PENGENALAN ILMU USUL FIQH



Zaman penyusunan merupakan kemuncak kepada perkembangan ilmu Usul Fiqh.



Imam SyafiÊi adalah penyusun pertama ilmu Usul Fiqh.



Pembaharuan terus dilakukan dalam penyusunan dan penulisan Usul Fiqh sehingga hari ini.

Aliran Mazhab Hanafi

Imam SyafiÊi

Al-Quran

Sahabat

As-Sunnah

Tabi`in

Dalil ijmali

Usul Fiqh

Dalil tafsili

Wajib

Al-Ghazali., & Abu Hamid Muhammad bin Muhammad. (1332H). Al-mustasfa min `ilm al-usul. Kaherah: MatbaÊah al-Amiriyyah. Al-Juwayni., & Abd al-Malik. (1999). Al-burhan fi fi usul al-Fiqh. Mesir: Dar alWafaÊ. Al-Razi., & Fakhr al-Din Muhammad. (1992). Al-mahsul fi ilm al-usul: Cet. 2. Beirut: MuÊassasah al-Risalah. Al-Shawkani., & Muhammad bin Ali. (2000). Irshad al-Fuhul Ila Tahqiq al-Haq Min Ilm al-Usul: Jil.1. Beirut: Dar al-Fikr. Al-Zarkashi., & Badr al-Din. (2000). Al-bahr al-muhit fi usul al-Fiqh. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah. Muhammad Abu Zahrah. (1997). Usul al-Fiqh. Kaherah: Dar al-Fikr al-Arabi. Shalabi., & Muhammad Mustafa. (1986). Usul al-Fiqh al-Islami. Beirut: Dar alNahdah al-Arabiyyah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1

PENGENALAN ILMU USUL FIQH



13

Zaydan., & Abd al-Karim. (1993). Al-wajiz fi usul al-Fiqh. Maydan Sayyidah Zaynab: Dar al-Tawzi` Wa al-Nashr al-Islamiyyah. Zuhayr., & Muhammad Abu al-nur. (2004). Usul al-Fiqh. Beirut: al-Madar alIslami.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Topik  Konsep

2

Hukum Syarak

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menyatakan definisi hukum syarak; 2. Mengenal pasti bahagian-bahagian hukum syarak; 3. Membezakan antara hukum taklifi dengan hukum wad`i; dan 4. Menghuraikan rukun-rukun hukum syarak.

 PENGENALAN Sebelum ini, kita telah membincangkan secara umum mengenai latar belakang ilmu Usul Fiqh dan sejarah perkembangannya. Dapat dirumuskan bahawa Usul Fiqh mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan persoalan hukum. Hal ini kerana bagi menentukan sesuatu hukum dalam kehidupan kita, Usul Fiqh merupakan satu-satunya ilmu yang mengandungi cara-cara untuk menentukan hukum sesuatu perkara. Oleh yang demikian, topik ini akan membincangkan hukum syarak dan beberapa perkara yang berkaitan dengannya. Antara lain, perbincangan ini akan mentakrifkan definisi hukum menurut pendapat ulama fiqh dan ulama Usul Fiqh. Di samping itu, pembahagian hukum syarak, perbezaan antara kedua-duanya dan juga rukun bagi sesuatu hukum syarak itu akan turut dibincangkan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2

KONSEP HUKUM SYARAK



15

AKTIVITI 2.1 Sebagai seorang mukallaf, anda tentu pernah melakukan sesuatu perkara yang berkaitan dengan hukum syarak. Sebelum kita bincangkan dengan lebih lanjut berkenaan tajuk ini, nyatakan maksud hukum mengikut pemahaman anda.

2.1

DEFINISI HUKUM SYARAK

Dalam topik ini, perbincangan kita akan menyentuh definisi hukum syarak, iaitu: (a)

Menurut bahasa dan istilah; dan

(b)

Menurut ulama fiqh dan ulama Usul Fiqh.

2.1.1

Definisi Hukum Menurut Bahasa dan Istilah

Dalam kehidupan seharian, hukum biasanya ditakrifkan sebagai peraturan, perintah, kekuasaan atau ketentuan mengenai sesuatu. Walau bagaimanapun, definisi hukum dari segi bahasa dan istilah adalah seperti yang dinyatakan dalam Rajah 2.1 berikut.

Rajah 2.1: Definisi hukum syarak

Perintah Allah SWT dalam membentuk iqtidaÊ dan takhyir akan membentuk sejenis hukum yang dikenali sebagai hukum taklifi, manakala perintahNya yang berbentuk wadÊi akan membentuk hukum wadÊi. Hukum taklifi bermaksud Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

16

TOPIK 2



KONSEP HUKUM SYARAK

hukum wajib, sunat, haram, makruh dan harus. Manakala hukum wad'i pula untuk hukum sebab, syarat dan halangan. Kalimah khitab Allah SWT di sini bermaksud segala perintah atau segala ketentuan Allah SWT secara mutlak yang ingin disampaikan kepada mukallaf sama ada menerusi utusanNya, Muhammad SAW, dalam bentuk wahyu yang terkandung dalam al-Quran, al-Sunnah atau menerusi perantaraan seperti ijmak, qiyas dan dalil-dalil syarak yang lain. Melalui dalil-dalil inilah penerangan hukum disampaikan oleh Allah SWT kepada para mukallaf dan ditafsirkan oleh para ulama yang berintelektual dalam menafsirkan hukum daripada sesuatu dalil syarak. Justeru itu, perubahan dalam sesuatu hukum akan berlaku hasil daripada kefahaman para ulama mengenai sesuatu isu dan juga faktor-faktor lain yang mempengaruhi agar ia selari dengan perubahan zaman dan tempat.

2.1.2

Definisi Hukum Menurut Ulama Fiqh dan Ulama Usul Fiqh

Dua golongan ulama Islam iaitu para ulama fiqh dan para ulama Usul Fiqh telah mentakrifkan istilah hukum secara berbeza (rujuk Jadual 2.1). Jadual 2.1: Definisi Hukum Sumber

Definisi

Ulama Usul Fiqh

Khitab atau kalam Allah SWT yang berkaitan dengan perbuatan-perbuatan mukallaf sama ada secara tuntutan, pilihan atau dijadikan.

Ulama Fiqh

Kesan hukum yang boleh dikeluarkan daripada dalil-dalil syarak mengenai sesuatu perkara seperti hukum wajib, sunat, haram dan sebagainya.

Sebagai contoh, firman Allah SWT „⁄.dan janganlah kamu menghampiri zina‰. Kedua-dua golongan ulama melihatnya dengan pandangan dimensi yang berbeza. Bagi ulama Usul Fiqh, mereka melihat pengharaman zina itu dari segi penggunaan perkataan larangan iaitu „La Taqrabu‰. Manakala ulama fiqh pula melihat pengharaman zina itu sebagai dalil.

SEMAK KENDIRI 2.1 Berdasarkan pemahaman anda terhadap perbincangan di atas, berikan definisi hukum menurut ulama Usul Fiqh.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2

2.2

KONSEP HUKUM SYARAK



17

PEMBAHAGIAN HUKUM SYARAK

Pada amnya, ulama Usul Fiqh telah membahagikan hukum kepada dua bahagian iaitu: •

Hukum taklifi; dan



Hukum wadÊi.

Kedua-dua hukum ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam subtopik seterusnya.

2.2.1

Hukum Taklifi dan Pembahagiannya

Hukum taklifi ialah perintah Allah SWT yang mengandungi tuntutan melakukan perbuatan atau meninggalkannya atau diberi pilihan antara keduanya. Ia dinamakan sebagai taklifi kerana ia mengandungi elemen pentaklifan atau tanggungjawab agama yang dibebankan ke atas manusia, sama ada tanggungjawab tersebut dinyatakan menerusi arahan agar ia dilakukan (talab al-fiÊl) atau ditinggalkan (talab al-kaf) atau sebagai suatu pilihan antara melakukannya atau meninggalkannya (takhyir). Para ulama Usul Fiqh tetap memasukkan takhyir dalam bahagian hukum taklifi walaupun ia sebagai pilihan, memandangkan ia masih mempunyai kaitan dengan perbuatan mukallaf. Hukum taklifi boleh dibahagikan kepada lima bahagian seperti yang dinyatakan dalam Jadual 2.2.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

18



TOPIK 2

KONSEP HUKUM SYARAK

Jadual 2.2: Lima Bahagian Hukum Taklifi Hukum

Penerangan

Wajib

• Dikenal pasti menerusi dalil yang berbentuk iqtidaÊ iaitu dalil yang mengandungi arahan secara tegas agar sesuatu perkara dilakukan seperti wajibnya solat fardu, zakat, haji kepada sesiapa yang berkemampuan dan sebagainya. Oleh itu, setiap mukallaf mesti mengerjakannya secara pasti.

Sunat

• Dikenal pasti menerusi dalil yang berbentuk iqtidaÊ. Namun arahan dalam dalil ini tidak dinyatakan secara tegas. Oleh itu, segala yang berbentuk sunat tidak semestinya dilakukan secara pasti. Cukup sekadar ia digalakkan supaya dilakukan. Antara contoh hukum sunat ialah mencatatkan hutang, menunaikan solat rawatib, puasa pada tarikh 13, 14 dan 15 dalam setiap bulan Hijrah dan sebagainya. • Bezanya dengan hukum wajib hanyalah pada ketegasan sifat arahan. Jika arahan itu tegas, maka ia adalah wajib. Jika sebaliknya ia adalah sunat.

Haram

• Dikenal pasti menerusi dalil yang berbentuk iqtidaÊ yang menyatakan arahan secara tegas supaya sesuatu perkara tidak dilakukan. Antara contoh hukum haram ialah pengharaman zina, mencuri, membunuh dan lain-lain. Oleh itu meninggalkan sesuatu yang haram adalah dituntut secara pasti.

Makruh

• Dikenal pasti menerusi dalil yang berbentuk iqtidaÊ yang menyatakan arahan tidak secara tegas supaya sesuatu perkara tidak dilakukan. Oleh itu meninggalkan perkara makruh adalah digalakkan dan bukannya satu kemestian. Antara contoh hukum makruh ialah banyak bertanya pada perkara-perkara yang tidak perlu.

Harus

• Dikenal pasti menerusi dalil syarak yang berbentuk takhyir (pilihan) di mana ia tidak menyatakan tentang arahan mahupun larangan yang perlu diikuti sama ada secara tegas atau tidak. Oleh itu, perkara yang telah ditetapkan sebagai harus dianggap suatu perkara yang bebas untuk dilakukan atau sebaliknya. • Antara contoh hukum harus ialah berburu, memakan makanan yang lazat, makan secara berkumpulan atau bersendirian dan sebagainya.

2.2.2

Hukum Wad’i dan Pembahagiannya

Hukum wadÊi ialah hukum ketentuan di mana Allah SWT menjadikan sesuatu perkara sebagai sebab kepada perkara yang lain atau syarat kepadanya atau halangan (maniÊ) daripadanya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2

KONSEP HUKUM SYARAK



19

Ia dinamakan sebagai wadÊi kerana ia menentukan sah atau batalnya sesuatu hukum fiqh dengan menjadikan atau meletakkan sesuatu sebagai sebab atau syarat atau penghalang baginya. Berbeza dengan hukum taklifi, hukum wadÊi terbahagi kepada tiga iaitu seperti yang dijelaskan dalam Jadual 2.3. Jadual 2.3: Tiga Bahagian Hukum WadÊi Hukum

Penerangan

Sebab

• Antara contoh „sebab‰ yang boleh menentukan sesuatu hukum ialah seperti firman Allah SWT: „Dan dirikanlah solat dari saat matahari tergelincir...‰ di mana Allah SWT telah menjadikan gelincir matahari sebagai sebab kepada wajibnya solat zuhur. • Daripada contoh tadi, gelincir matahari menjadi sebab wajibnya solat zohor dan solat zohor itu menjadi musabbab.

Syarat

• Manakala contoh bagi „syarat‰ pula ialah seperti firman Allah SWT: „Dan mengerjakan haji di Baitullah adalah kewajipan manusia terhadap Allah (iaitu) bagi sesiapa yang mampu menyiapkan diri menuju ke arahnya‰. • Dalam ayat ini, Allah SWT telah menjadikan „kemampuan mengerjakan haji‰ sebagai syarat bagi wajibnya haji. Dengan itu, sesiapa yang tidak memenuhi syarat kemampuan, maka kewajipan haji tidak tertanggung olehnya.

Halangan

• Contoh bagi halangan pula dapat diperhatikan menerusi sabda Rasulullah SAW: „Diangkatkan qalam (tidak dikenakan dosa) ke atas tiga golongan - orang yang tidur sehinggalah dia terjaga (daripada tidurnya), kanak-kanak sehinggalah dia baligh dan daripada orang gila sehinggalah dia sedar (daripada gilanya)‰. • Menerusi hadis ini, baginda SAW telah menjadikan tidur, usia muda (kanak-kanak) dan gila sebagai maniÊ atau halangan daripada dikenakan dosa terhadap tindakan yang bersalahan dengan syarak.

SEMAK KENDIRI 2.2 Hukum syarak terbahagi kepada dua iaitu hukum taklifi dan hukum wadÊi. Dengan ringkas, jelaskan pembahagian hukumhukum tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

20



2.3

TOPIK 2

KONSEP HUKUM SYARAK

PERBEZAAN ANTARA HUKUM TAKLIFI DAN HUKUM WAD’I

Jadual 2.3 menjelaskan perbezaan antara hukum taklifi dan hukum wadÊi. Jadual 2.3: Perbezaan antara Hukum Taklifi dan Hukum WadÊi Hukum Taklifi

Hukum WadÊi

Hukum Tugasan

Hukum Ketentuan

• Hukum taklifi merupakan hukum tugasan di mana ia merupakan arahan supaya melakukan atau meninggalkan sesuatu perkara atau memilih antara melakukannya atau tidak.

• Sebaliknya, hukum wadÊi merupakan hukum ketentuan di mana ia menentukan sejauh mana sah atau batalnya sesuatu hukum berdasarkan perkaitan suatu perkara dengan sesuatu sebab, syarat atau halangan yang boleh menentukan hukumnya. • Oleh yang demikian, sekiranya sebab atau syarat kepada suatu hukum dan kewajipan tidak wujud, maka perkara tersebut boleh dianggap tidak wujud atau tidak sah. Misalnya, tidak wujud kewajipan solat zohor jika tidak tergelincirnya matahari. Tidak akan sah solatnya jika dilakukan tanpa wuduk kerana ia menjadi syarat kesahan solat yang dikerjakan. • Keadaan yang sama juga berlaku dalam kes maniÊ atau halangan di mana kewujudannya dalam sesuatu perkara akan menyebabkan hukumannya terhalang dan terbatal.

Dikawal oleh Al-mukallaf fih

Tidak Semestinya Dikawal oleh Mukallaf

• Al-mukallaf fih atau perkara yang berkait dengan perbincangan hukum taklifi yang terdiri daripada wajib, sunat, haram, makruh dan harus mampu dikawal oleh seseorang mukallaf.

• Sebaliknya, perkara yang dibincangkan dalam hukum wadÊi tidak semestinya dikawal oleh mukallaf kerana terdapat sebahagian daripadanya berada di luar kemampuan beliau.

• Ini adalah apabila dia mampu melakukan atau meninggalkan perbuatan yang disuruh, dilarang atau diberikan pilihan mengikut keinginannya sendiri. • Sebagai contoh, dia mampu melakukan kewajipan solat. Dia juga mampu untuk meninggalkan zina.

• Sebagai contoh, antara perkara yang boleh dikawal oleh mukallaf ialah perbuatan mencuri dan zina sebagai sebab kepada perlaksanaan hukuman hudud, kehadiran saksi sebagai syarat kesahihan perkahwinan dan perbuatan membunuh sebagai maniÊ (halangan) kepada hak seorang pembunuh menerima pusaka waris yang dibunuhnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2

Ini kerana kedua-dua perkara tersebut merupakan perkara yang berada di bawah kawalan manusia. • Perkara ini berlaku kerana matlamat di sebalik hukum taklifi ialah supaya mukallaf mampu melakukan perbuatan-perbuatan tersebut seperti mana yang diarahkan. • Jika tidak, nescaya pentaklifan yang ditetapkan oleh syarak akan dianggap sebagai suatu yang sia-sia kerana ia tidak mampu dilakukan oleh para mukallaf.

KONSEP HUKUM SYARAK



21

• Manakala contoh bagi hukum wadÊi yang berada di luar kawalan mukallaf pula ialah seperti gelincir matahari sebagai sebab kepada kewajipan menunaikan solat zohor, baligh sebagai syarat menghentikan hak wali untuk menguruskan hal ehwal kanak-kanak yang berada di bawah jagaannya dan kewujudan penyakit gila sebagai maniÊ kepada kesahihan akad yang dimeterai olehnya.

Hal-Hal Berkaitan Mukallaf

Hal-Hal Berkaitan Individu Bukan Mukallaf

• Hukum taklifi hanya membincangkan hal-hal berkaitan dengan mukallaf sahaja.

wadÊi turut • Sebaliknya, hukum membincangkan bersama hal-hal yang berkaitan dengan individu yang bukan mukallaf. • Contohnya, kanak-kanak dan orang gila. Sebagai contoh, hukum wadÊi membincangkan sama ada tindakan yang diambil oleh dua golongan tersebut terutamanya dalam perlaksanaan kontrak jual beli dianggap sah atau sebaliknya.

2.4

RUKUN HUKUM

Rajah 2.2: Rukun hukum Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

22



TOPIK 2

KONSEP HUKUM SYARAK

Rukun hukum terdiri daripada tiga iaitu al-Hakim (syarak), al-Mahkum Fih (perbuatan mukallaf) dan al-Mahkum Alayh (mukallaf) sebagaimana yang dinyatakan dalam Rajah 2.2. Mari kita bincang rukun-rukun hukum tersebut dengan lebih lanjut. (a)

Al-Hakim (Syarak) Hukum ialah khitab Allah SWT yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf sama ada ia dinyatakan dalam bentuk iqtidaÊ, takhyir mahupun wadÊi. Oleh itu, al-Hakim adalah Allah SWT yang mana Dialah satusatunya yang berhak untuk menentukan hukum syarak. Perkara ini juga disepakati oleh para ulama dalam Islam.

(b)

Al- Mahkum Fih (Perbuatan Mukallaf) Al-Mahkum fih dapat didefinisikan sebagai perbuatan mukallaf yang terkait dengan perintah syari`e (Allah dan RasulNya) bersifat tuntutan mengerjakan. Ia juga boleh dianggap sebagai subjek yang akan disabitkan dengan sesuatu hukum, sama ada dinyatakan dalam bentuk iqtidaÊ, takhyir atau wad`i. Dengan kata lain, al-mahkum fih merangkumi perbuatan mukallaf dan juga faktor-faktor luaran yang mempengaruhi perbuatan mukallaf sama ada ia dalam bentuk sebab, syarat mahupun mani`.

(c)

Al-Mahkum Alayh (Mukallaf) Al-Mahkum alayh adalah mukallaf itu sendiri. Mukallaf itu dikenali sebagai al-mahkum alayh kerana dia ditaklifkan hukum syarak. Selain itu, menurut istilah Usul Fiqh, mukallaf itu sering disebut sebagai subjek hukum.

SEMAK KENDIRI 2.3 1. Antara rukun bagi hukum syarak adalah al-hakim, al-mahkum fih dan al-mahkum alayh. Dengan ringkas, nyatakan perbezaan antara rukun hukum syarak tersebut. 2. Mengikut penerangan di atas, dengan ringkas nyatakan maksud istilah al-mahkum fih.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2

KONSEP HUKUM SYARAK



23



Hukum syarak adalah perintah Allah SWT yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf sama ada bersifat iqtidaÊ, takhyir atau wadÊi.



Hukum syarak terbahagi kepada dua iaitu hukum taklifi dan hukum wadÊi.



Terdapat tiga rukun yang perlu dipenuhi untuk disabitkan dengan hukum syarak iaitu al-hakim, al-mahkum fih dan al-mahkum alayh.



Bagi setiap rukun, al-hakim bermaksud menetapkan hukum atau penguasa hukum, manakala al-mahkum fih adalah perbuatan mukallaf dan al-mahkum alayh ialah mukallaf itu sendiri.

Al- Mahkum fih

Hukum taklifi

Al-Mahkum alayh

Hukum wadÊi

Al-Hakim

Usul Fiqh

Hukum khitab

Al-Ghazali., & Abu Hamid Muhammad bin Muhammad. (1332H). Al-mustasfa min `ilm al-usul. Kaherah: MatbaÊah al-Amiriyyah. Al-Juwayni., & Abd al-Malik. (1999). Al-burhan fi fi usul al-fiqh. Mesir: Dar alWafaÊ. Al-Razi., & Fakhr al-Din Muhammad. (1992). Al-mahsul fi ilm al-usul: Cet. 2. Beirut: MuÊassasah al-Risalah. Al-Shawkani., & Muhammad bin Ali. (2000). Irshad al-Fuhul Ila Tahqiq al-Haq Min Ilm al-Usul: Jil.1. Beirut: Dar al-Fikr. Al-Zarkashi., & Badr al-Din. (2000). Al-bahr al-muhit fi usul al-fiqh. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah. Muhammad Abu Zahrah. (1997). Usul al-Fiqh. Kaherah: Dar al-Fikr al-Arabi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

24



TOPIK 2

KONSEP HUKUM SYARAK

Shalabi., & Muhammad Mustafa. (1986). Usul al-fiqh al-Islami. Beirut: Dar alNahdah al-Arabiyyah. Zaydan., & Abd al-Karim. (1993). Al-wajiz fi usul al-fiqh. Maydan Sayyidah Zaynab: Dar al-Tawzi` Wa al-Nashr al-Islamiyyah. Zuhayr., & Muhammad Abu al-nur. (2004). Usul al-fiqh. Beirut: al-Madar alIslami.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Topik  Bahagian-

3

bahagian Hukum Syarak

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mentakrifkan bahagian-bahagian hukum syarak. 2. Mengenal pasti bahagian-bahagian hukum taklifi dan hukum wadÊi. 3. Menghuraikan contoh bagi setiap bahagian hukum syarak .



PENGENALAN

Sebelum ini, kita telah membincangkan secara umum mengenai definisi hukum, pembahagiannya kepada taklifi dan wadÊi serta perbezaan yang wujud antara kedua-duanya. Justeru, topik ini akan membincangkan pembahagian hukum taklifi dan juga pembahagian hukum wadÊi. Di samping itu, perbincangan ini juga akan merangkumi takrifan bagi hukum taklifi iaitu wajib, sunat, haram, makruh dan harus serta takrifan hukum wadÊi yang merangkumi sebab, syarat, halangan, sah dan batal. Huraian konsep bagi setiap hukum adalah untuk memastikan anda dapat memahami setiap bahagian hukum dan perbezaan yang terdapat padanya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

26



TOPIK 3

BAHAGIAN-BAHAGIAN HUKUM SYARAK

AKTIVITI 3.1 Sebelum ini telah dibincangkan tentang terdapatnya perbezaan antara hukum taklifi dan hukum wadÊi. Apakah perbezaanperbezaan tersebut? Bincangkan.

3.1

PEMBAHAGIAN HUKUM TAKLIFI

Hukum taklifi merangkumi elemen pentaklifan atau tanggungjawab agama yang dibebankan ke atas manusia. Hukum ini terbahagi kepada lima bahagian iaitu wajib, sunat, haram, makruh dan harus. Bahagian-bahagian ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam subtopik berikutnya.

3.1.1

Wajib

Maksud wajib adalah sesuatu perkara yang dituntut agar dilakukan dengan berdasarkan dalil yang mengandungi secara tegas dalam bentuk iqtidaÊ. Hukumnya, sesiapa yang melakukannya akan diberi pahala dan sesiapa yang meninggalkannya akan mendapat dosa. Contohnya: •

Solat lima waktu;



Puasa di bulan Ramadan; dan



Membayar zakat.

Perbezaan antara Wajib dan Fardu Terdapat perbezaan antara wajib dan fardu dalam mazhab Hanafi, iaitu (rujuk Jadual 3.1). Jadual 3.1: Perbezaan antara Wajib dan Fardu Wajib

Fardu

• Martabat yang lebih rendah berbanding fardu.

• Martabat yang lebih tinggi daripada wajib.

• Disabitkan dengan dalil zanni seperti qiyas.

• Disabitkan dengan dalil qatÊi melalui al-Quran dan hadis mutawatir.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 3

BAHAGIAN-BAHAGIAN HUKUM SYARAK



27

Bahagian-Bahagian Wajib Amnya, terdapat empat bahagian utama perkara wajib seperti yang dinyatakan dalam Rajah 3.1 di bawah.

Rajah 3.1: Empat bahagian utama perkara wajib

3.1.2

Sunat

Maksud sunat adalah perkara yang dituntut oleh syarak agar dilakukan menerusi arahan yang tidak tegas. Hukumnya, seseorang yang melakukan perkara sunat akan diberikan ganjaran pahala. Namun sesiapa yang meninggalkannya tidaklah berdosa. Dikenali juga sebagai nadb, nafilah, mustahab dan tatawwuÊ. Sebagai contoh: •

Solat rawatib;



Bersedekah; dan



Berpuasa pada hari ke 13, 14 dan 15 dalam setiap bulan Hijrah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

28



TOPIK 3

BAHAGIAN-BAHAGIAN HUKUM SYARAK

Bahagian-Bahagian Sunat Tiga bahagian utama perkara sunat adalah seperti yang dinyatakan dalam Rajah 3.2 di bawah.

Rajah 3.2: Tiga bahagian utama perkara sunat

Mari kita lihat bahagian-bahagian tersebut satu persatu. (a)

Sunnah MuÊakkad Sunnah muÊakkad adalah perbuatan tidak wajib yang selalu dikerjakan oleh Rasul. Contohnya, solat Tarawih dan solat `Idul Fitri.

(b)

Sunnah Ghayr MuÊakkad ÂSunnah ghayr muÊakka adalah perbuatan tidak wajib yang kadang-kadang dikerjakan oleh Rasul. Contohnya solat Dhuha dan puasa pada hari Isnin dan Khamis.

(c)

Sunnah ZawaÊid Sunnah zawaid merupakan sunnah yang dilakukan mengikuti kebiasaan sehari-hari Rasul sebagai manusia. Contohnya cara tidur, makan dan minum.

SEMAK KENDIRI 3.1 1. Berdasarkan pemahaman anda, apakah perbezaan antara wajib dan fardu? Nyatakan mazhab manakah yang membezakan antara kedua-duanya. 2. Hukum wajib berbeza dengan hukum sunat. Jelaskan contohcontoh bagi setiap hukum tersebut. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 3

3.1.3

BAHAGIAN-BAHAGIAN HUKUM SYARAK



29

Haram

Haram bermaksud sesuatu perkara yang dituntut dengan tegas oleh syarak agar ia ditinggalkan. Hukum-hukumnya adalah: •

Sesiapa yang melakukannya akan mendapat seksaan di akhirat kelak; dan



Sesiapa yang tidak melakukan perkara haram akan mendapat ganjaran pahala.

Sebagai contoh: •

Berzina;



Riba; dan



Minum arak.

Bahagian-Bahagian Haram Tiga bahagian utama perkara haram adalah seperti yang dinyatakan dalam Rajah 3.3.

Rajah 3.3: Dua bahagian utama perkara haram

Mari kita lihat bahagian-bahagian tersebut satu persatu. (a)

Haram Lizatihi Apa yang diharamkan oleh syarak sejak awal lagi kerana wujud kemudaratan dan kerosakan di dalamnya. Contohnya berzina dan berkahwin dengan mahram. Maka pelakunya akan mendapat dosa atau hukuman.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

30



(b)

Haram Lighayrihi Haram jenis ini merujuk kepada sesuatu yang pada awalnya disyariatkan kerana tidak ada mudarat atau manfaat yang ada adalah lebih banyak tetapi disertakan dengan perbuatan lain yang haram. Misalnya, solat di atas harta (tanah) yang dirampas. Perbuatan ini asalnya diharuskan tetapi telah disertakan dengan perbuatan lain yang memudaratkan.

3.1.4

TOPIK 3

BAHAGIAN-BAHAGIAN HUKUM SYARAK

Makruh

Makruh bermaksud sesuatu perkara yang dituntut ditinggalkan, bukan dengan cara yang tegas dan pasti.

oleh

syarak

agar

Hukum-hukumnya adalah: Seseorang yang melakukan perkara yang makruh tidak dianggap berdosa. Namun, seseorang yang meninggalkannya kerana Allah SWT akan mendapat pahala. Contohnya: •

Mandi terlalu kerap ketika berpuasa.



Berkumur berlebihan ketika berpuasa.

Bahagian-Bahagian Makruh Dua bahagian utama perkara makruh adalah seperti yang dinyatakan dalam Rajah 3.4.

Rajah 3.4: Dua bahagian utama perkara makruh

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 3

BAHAGIAN-BAHAGIAN HUKUM SYARAK



31

Mari kita lihat bahagian-bahagian tersebut satu persatu. (a)

Makruh tahrimi Hukum yang dilandasi oleh dalil yang zanni (tidak pasti, seperti hadis Ahad, bukan qat`i). Jika dalilnya qat`i (pasti) maka menjadi haram. Contohnya, melamar perempuan yang sudah dilamar oleh lelaki lain, kerana hadis tersebut bukan hadis mutawatir, melainkan hadis ahad.

(b)

Makruh tanzihi Makruh yang mendekati boleh, tetapi mendapatkan pahala jika kita meninggalkannya. Contohnya, makan daging keldai kerana keperluan ketika perang. Berwuduk dalam bekas atau sisa binatang dan perkara makruh biasa seperti dalam mazhab Imam Syafi`i.

3.1.5

Harus

Harus bermaksud perkara yang diberikan pilihan oleh syarak kepada mukallaf sama ada melakukannya atau meninggalkannya. Namun, seseorang yang melakukan perkara harus akan mendapat pahala jika perbuatan itu disertakan dengan niat yang baik kerana Allah Taala. Hukum-hukum harus adalah: Seseorang yang melakukan atau tidak melakukan perkara harus, tidak berdosa. Contohnya: •

Makan;



Minum; dan



Mandi.

3.2

PEMBAHAGIAN HUKUM WAD’I

Hukum wadÊi dianggap sebagai hukum ketentuan kerana ia akan menentukan sah atau batalnya sesuatu hukum fiqh. Hukum ini terbahagi kepada enam bahagian seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.5 berikut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

32



TOPIK 3

BAHAGIAN-BAHAGIAN HUKUM SYARAK

Rajah 3.5: Enam bahagian hukum wadÊi

Keenam-enam bahagian tersebut akan dibincangkan dalam subtopik berikutnya.

3.2.1

Al-Sabab (Sebab)

Al-Sabab bermaksud sesuatu yang menjadi asas terbentuknya sesuatu hukum. Sekiranya ia wujud, maka wujudlah hukum dan sekiranya ia tidak wujud, maka tidak wujudlah hukum berkenaan. Contohnya: •

Gelincir matahari merupakan sebab kepada wajibnya solat Zohor. Oleh sebab itu hukum menunaikan solat Zohor adalah wajib.



Bermusafir melebihi dua marhalah adalah sebab kepada harus melakukan solat jamak.

3.2.2

Al-Shart (Syarat)

Al-Shart merujuk kepada sesuatu yang menyebabkan ketiadaan hukum ketika ketiadaannya. Namun tidak semestinya wujud hukum ketika ketiadaannya. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 3

BAHAGIAN-BAHAGIAN HUKUM SYARAK



33

Sebagai contoh: •

Wuduk adalah syarat sah solat. Sekiranya seseorang menunaikan solat tanpa wuduk, maka solatnya tidak sah. Namun, tidak semestinya seseorang mengambil wuduk untuk bersolat. Mungkin dia berwuduk untuk membaca al-Quran.



Kemampuan mengerjakan haji sebagai syarat bagi wajibnya haji.

3.2.3

Al-Mani’ (Halangan)

Al-ManiÊ bermaksud tegahan atau halangan yang menyebabkan sesuatu hukum itu tidak dapat dilaksanakan. Apabila syarat dan sebab terjadinya hukum taklifi sudah ada, ia masih lagi belum berlaku sekiranya ada mani'. Sebagai contoh: •

Haid atau nifas menghalang kewajipan bersolat bagi seorang perempuan.



Perbezaan agama menjadi penghalang pewarisan harta dalam hukum faraid.

Bahagian-Bahagian Al-ManiÊ Dua bahagian utama al-maniÊ adalah seperti yang dinyatakan dalam Rajah 3.6.

Rajah 3.6: Dua bahagian utama al-maniÊ

3.2.4

Al-Sihhah (Sah)

Al-Sihhah bermaksud sesuatu perbuatan yang boleh menghasilkan kesan yang bersifat syarak, sama ada berbentuk ibadat, percakapan atau muamalat. Perbuatan ini menjadi sah dan mendapat pahala.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

34



TOPIK 3

BAHAGIAN-BAHAGIAN HUKUM SYARAK

Contohnya: •

Solat yang mencukupi rukun-rukun dan syarat-syaratnya.



Jual beli yang menepati rukun-rukun dan syarat-syaratnya.

3.2.5

Al-Butlan (Batal)

Al-Butlan bermaksud sesuatu perbuatan yang tidak menghasilkan kesan yang bersifat syarak, sama ada disebabkan oleh ketinggalan mana-mana rukun atau syarat-syarat. Contohnya: •

Solat tanpa rukuk atau sujud.



Solat tanpa wuduk.

Para ulama Hanafi telah membezakan antara al-butlan dan al-fasad. Rujuk Jadual 3.2 untuk penjelasannya. Jadual 3.2: Perbezaan antara Al-Butlan dan Al-Fasad Al-Butlan

Al-Fasad

• Tidak lahir mana-mana kesan syarak.

• Lahir daripada sebahagian kesan-kesan syarak.

• Tidak memenuhi rukun dan syarat.

• Memenuhi rukun dan syarat tetapi terdapat kecacatan pada syarat atau rukun.

• Contohnya bercakap ketika solat.

• Contohnya, solat yang tidak cukup syarat, maka ia batal dan tidak tinggalkan kesan.

3.2.6

Azimah dan Rukhsah

Rajah 3.7 menjelaskan maksud dan contoh azimah dan rukhsah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 3

BAHAGIAN-BAHAGIAN HUKUM SYARAK



Rajah 3.7: Maksud dan contoh azimah dan rukhsah

Manakala Jadual 3.3 menyatakan bahagian-bahagian azimah dan rukhsah. Jadual 3.3: Bahagian-bahagian Azimah dan Rukhsah Bahagian Azimah • • • • •

Wajib Sunat Haram Makruh Harus

Bahagian Rukhsah • Wajib • Sunat • Harus

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

35

36

TOPIK 3



BAHAGIAN-BAHAGIAN HUKUM SYARAK

SEMAK KENDIRI 3.2 1. Hukum-hukum syarak terbahagi kepada dua iaitu hukum taklifi dan hukum wadÊi. Nyatakan pembahagian-pembahagian hukum wadÊi dan contoh bagi setiap pembahagian tersebut. 2. Rukhsah dari segi bahasa adalah mudah. Berdasarkan pengertian ini, nyatakan bagaimanakah rukhsah dilakukan dalam keadaankeadaan di bawah. (a)

Solat ketika bermusafir.

(b)

Ketiadaan makanan ketika darurat kecuali bangkai.



Hukum syarak terbahagi kepada dua iaitu hukum taklifi dan hukum wadÊi.



Hukum taklifi boleh dibahagikan kepada lima iaitu wajib, sunat, haram, makruh dan juga harus.



Hukum wadÊi juga terbahagi kepada lima iaitu al-sabab, al-shart, al-maniÊ, al-sihhah, al-butlan dan azimah serta rukhsah.

Al-Butlan

Rukhsah

Al-Fasad

Sunnah ghayr muÊakkad

Azimah

Sunnah muÊakkad

Makruh tahrimi

Sunnah zawa'id

Makruh tanzihi

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 3

BAHAGIAN-BAHAGIAN HUKUM SYARAK



37

Al-Ghazali., & Abu Hamid Muhammad bin Muhammad. (1332H). Al-mustasfa min `ilm al-usul. Kaherah: MatbaÊah al-Amiriyyah. Al-Juwayni., & Abd al-Malik. (1999). Al-burhan fi usul al-fiqh. Mesir: Dar alWafaÊ. Al-Razi., & Fakhr al-Din Muhammad. (1992). Al-mahsul fi ilm al-usul: Cet. 2. Beirut: MuÊassasah al-Risalah. Al-Shawkani., & Muhammad bin Ali. (2000). Irshad al-Fuhul Ila Tahqiq al-Haq Min Ilm al-Usul: Jil.1. Beirut: Dar al-Fikr. Al-Zarkashi., & Badr al-Din. (2000). Al-bahr al-muhit fi usul al-fiqh. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah. Hasan Bin Ahmad., & Muhammad Soleh Bin Ahmad. (1998). Usul Fiqh dan qawaid fiqhiyyah. Kuala Lumpur: Pustaka Hj Abd Hamid. Muhammad Abu Zahrah. (1997). Usul al-Fiqh. Kaherah: Dar al-Fikr al-Arabi. Shalabi., & Muhammad Mustafa. (1986). Usul al-fiqh al-Islami. Beirut: Dar alNahdah al-Arabiyyah. Zaydan., & Abd al-Karim. (1993). Al-wajiz fi usul al-fiqh. Maydan Sayyidah Zaynab: Dar al-Tawzi` Wa al-Nashr al-Islamiyyah. Zuhayr., & Muhammad Abu al-nur. (2004). Usul al-fiqh. Beirut: al-Madar alIslami.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Topik  Pembahagian

4

Hukum Taklifi

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan takrif bahagian-bahagian hukum taklifi; 2. Mengenal pasti bahagian-bahagian hukum taklifi; 3. Menerangkan contoh yang sesuai bagi setiap bahagian-bahagian kecil hukum taklifi; dan 4. Membezakan bahagian-bahagian kecil hukum taklifi.

 PENGENALAN Sebelum ini kita telah membincangkan secara umum mengenai definisi hukum, pembahagiannya kepada taklifi dan wadÊi serta perbezaan yang wujud antara kedua-duanya. Justeru itu, sebagai lanjutan kepada perbincangan tersebut, topik ini akan membawa penjelasan kepada anda mengenai konsep hukum taklifi dengan lebih terperinci dan mendalam. Perbincangan dalam topik ini akan merangkumi huraian mengenai pembahagian bagi hukum taklifi iaitu wajib, sunat, haram dan makruh serta dengan contohcontoh yang relevan bagi memastikan anda dapat memahami setiap bahagian hukum dan hubung kait serta perbezaan yang wujud antara setiap bahagian.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4

PEMBAHAGIAN HUKUM TAKLIFI



39

AKTIVITI 4.1 Sebelum anda melanjutkan pembacaan terhadap tajuk ini, anda diminta supaya membuat semakan terhadap beberapa istilah yang telah dihuraikan maksudnya dalam topik yang lepas.

4.1

PEMBAHAGIAN WAJIB

Para ulama Usul Fiqh telah membahagikan hukum wajib kepada beberapa bahagian tertentu. Pembahagian kecil ini penting kerana ia memberi kesan kepada pelaksanaan hukum tersebut. Terdapat empat pembahagian hukum wajib seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.1 terikut.

Rajah 4.1: Empat pembahagian hukum wajib

Pembahagian-pembahagian berikutnya.

4.1.1

tersebut

akan

dibincangkan

dalam

subtopik

Hukum Wajib dari Segi Waktu Pelaksanaannya

Rajah 4.2 yang berikut menunjukkan pembahagian hukum wajib dari segi waktu pelaksanaannya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

40



TOPIK 4

PEMBAHAGIAN HUKUM TAKLIFI

Rajah 4.2: Pembahagian hukum wajib dari segi waktu pelaksanaan

Sekarang, mari kita bincang pembahagian tersebut satu persatu. (a)

Wajib Mutlaq (tidak terikat dengan waktu) Wajib mutlaq bermaksud perkara yang dituntut oleh syarak agar ia dilakukan tanpa terikat dengan waktu tertentu. Hal ini merupakan kewajipan seorang Muslim yang mukallaf untuk melakukan sesuatu perkara pada mana-mana waktu yang diingininya. Namun begitu, dia digalakkan melakukannya dalam masa yang terdekat dan tidak melengahlengahkannya tanpa sebarang keuzuran. Sebagai contoh:

(b)

(i)

Melunaskan hukuman kafarah bagi mereka yang melanggari sumpah.

(ii)

Menggantikan (qadaÊ) puasa bagi meninggalkannya disebabkan keuzuran.

mereka

yang

telah

Wajib Muqayyad (terikat dengan waktu) Wajib muqayyad bermaksud perkara yang dituntut oleh syarak agar dilakukan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Seseorang mukallaf wajib melakukan perkara tersebut dalam masa yang ditetapkan. Sebagai contoh: (i)

Solat fardu; dan

(ii)

Puasa Ramadan. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4

PEMBAHAGIAN HUKUM TAKLIFI



41

Jika seseorang mukallaf melakukan perkara wajib dengan sempurna dalam masa yang telah ditetapkan, maka amalannya dianggap sebagai tunai (adaÊ). Namun, jika dia melakukannya buat kali yang kedua dalam masa yang masih berbaki lantaran amalan pertama kali tidak memenuhi syarat, maka tindakan ini dianggap sebagai ulangan (iÊadah). Manakala jika dia melakukan perkara wajib tersebut di luar masa yang ditetapkan, maka amalannya itu dianggap sebagai qadaÊ. Kemudian, wajib muqayyad ini terbahagi kepada dua bahagian mengikut pandangan jumhur ulama iaitu: (i)

Wajib Muwassa' (wajib dengan waktu yang luas) Wajib yang mempunyai waktu luas, lebih dari kadar masa untuk menunaikannya. Contohnya: •

(ii)

Solat fardu subuh. Waktunya bermula dari naik fajar sehingga naik matahari sedangkan masa menunaikannya adalah beberapa minit sahaja.

Wajib Mudayyaq (wajib dengan waktu yang sempit) Wajib yang mempunyai waktu yang secukupnya dengan menunaikannya, tidak lebih dan tidak kurang. Contohnya: •

4.1.2

masa

Puasa pada bulan Ramadan. Tempoh berpuasa ialah bermula dari naik fajar sehingga terbenam matahari.

Hukum Wajib dari Segi Penentuan Kadar

Rajah 4.3 menyatakan dua pembahagian hukum wajib dari segi penentuan kadar.

Rajah 4.3: Pembahagian hukum wajib dari segi penentuan kadar Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

42



TOPIK 4

PEMBAHAGIAN HUKUM TAKLIFI

Sekarang, mari kita bincang pembahagian tersebut dengan lanjut. (a)

Wajib Muhaddad (yang ditentukan kadarnya) Wajib muhaddad bermaksud perkara wajib yang telah ditetapkan kadarnya yang jelas oleh syarak. Selagi mana kewajipan yang dinyatakan gagal dilaksanakan mengikut kadar yang sepatutnya, maka tanggungjawab tersebut terus kekal dan dianggap sebagai hutang yang wajib dilunaskan. Sebagai contoh:

(b)

(i)

Kadar pengeluaran zakat; dan

(ii)

Kadar pembayaran diyat.

Wajib Ghayr Muhaddad (yang tidak ditentukan kadarnya) Wajib ghayr muhaddad bermaksud perkara yang wajib dilakukan tanpa ditentukan kadarnya oleh syarak. Perkara-perkara yang termasuk dalam kategori wajib ghayr muhaddad tidak boleh dianggap sebagai hutang yang boleh dituntut di kemudian hari walaupun hanya diberi dengan kadar yang sedikit kerana ia tidak mempunyai kadar tertentu seperti mana yang berlaku dalam wajib muhaddad. Sebagai contoh: (i)

4.1.3

Bersedekah pada jalan Allah SWT di mana kadar sedekah yang wajib disumbangkan dalam keadaan ini adalah fleksibel, bergantung pada keperluan semasa.

Hukum Wajib dari Segi Penentuan Perbuatan

Rajah 4.4 pula menunjukkan dua pembahagian hukum wajib dari segi penentuan perbuatan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4

PEMBAHAGIAN HUKUM TAKLIFI



43

Rajah 4.4: Pembahagian hukum wajib dari segi penentuan perbuatan

Sekarang, mari kita bincang pembahagian tersebut dengan lanjut. (a)

Wajib MuÊayyan (yang tertentu) Wajib muÊayyan bermaksud suatu kewajipan yang dituntut oleh syarak agar dilakukan mengikut jenis yang telah ditetapkan tanpa diberi pilihan. Selagi mana pelaksanaannya gagal dilakukan mengikut jenis yang telah ditetapkan, maka tanggungjawab untuk melakukannya akan terus kekal. Contohnya: (i)

Solat dan puasa fardu;

(ii)

Membayar zakat; dan

(iii) Membayar hutang. (b)

Wajib Mukhayyar (yang boleh dipilih) Wajib mukhayyar (atau wajib ghayr muÊayyan) bermaksud suatu kewajipan yang dituntut oleh syarak untuk melakukannya tanpa dihadkan jenisnya. Sebaliknya, syarak telah memberikan hak kepada mukallaf untuk memilih salah satu kewajipan yang perlu dilakukan mengikut kemampuan. Contohnya: (i)

Kewajipan melunaskan salah satu daripada tiga bentuk kafarah sebagai hukuman pelanggaran sumpah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

44

TOPIK 4



(ii)

4.1.4

PEMBAHAGIAN HUKUM TAKLIFI

Kafarah tersebut adalah: •

Memberi makan kepada 10 orang miskin; atau



Membebaskan seorang hamba; atau



Jika tidak mampu, maka sebagai jalan terakhir adalah dengan mewajibkan berpuasa selama tiga hari.

Hukum Wajib dari Segi Tuntutan Melakukannya

Rajah 4.5 menunjukkan dua pembahagian hukum wajib dari segi tuntutan melakukannya.

Rajah 4.5: Pembahagian hukum wajib dari segi tuntutan melakukannya

Sekarang, mari kita bincang pembahagian tersebut dengan lebih terperinci. (a)

Wajib ÂAyni (Fardu Ain) Wajib Âayni merupakan suatu kewajipan yang dikenakan oleh syarak ke atas setiap mukallaf dan tanggungjawab untuk melaksanakannya terletak di atas bahu masing-masing. Sebarang tindakan mewakilkan kewajipan ini dianggap terbatal dan tanggungjawab melakukannya terus kekal ke atas setiap individu yang mukallaf. Sebagai contoh: (i)

Ibadah-ibadah khusus seperti: •

Solat fardu;



Puasa di bulan Ramadan; dan



Menunaikan haji.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4

(b)

PEMBAHAGIAN HUKUM TAKLIFI



45

Wajib KifaÊi (Fardu Kifayah) Wajib kifaÊi bermaksud suatu kewajipan yang dipertanggungjawabkan ke atas orang ramai tetapi bukan untuk dilakukan oleh semua. Hal ini dikira mencukupi jika satu kelompok dalam masyarakat telah melaksanakannya sehingga baki ahli masyarakat yang lain dianggap terlepas daripada tanggungjawab tersebut. Namun demikian, jika tiada seorang pun yang melakukan wajib kifaÊi, seluruh ahli masyarakat berdosa akibat meninggalkan kewajipan tersebut. Sebagai contoh: •

Menyuruh perkara yang makruf dan melarang daripada melakukan perkara yang mungkar.

• Mempelajari ilmu perubatan, pertanian, kejururawatan dan sebagainya.

4.2

PEMBAHAGIAN SUNAT

Pembahagian sunat terdiri daripada tiga jenis iaitu seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.6.

Rajah 4.6: Pembahagian hukum sunat

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

46

TOPIK 4



PEMBAHAGIAN HUKUM TAKLIFI

Sekarang, mari kita bincang pembahagian tersebut dengan lebih mendalam. (a)

Sunat MuÊakkad (yang amat dituntut) Sunat muÊakkad bermaksud sunat yang sangat digalakkan daripada ibadah-ibadah yang sering dilakukan oleh Rasulullah SAW dan ibadah ini jarang sekali ditinggalkan. Contohnya: (i)

Solat sunat sebelum solat subuh;

(ii)

Suruhan agar azan dilaungkan bagi setiap solat fardu; dan

(iii) Solat berjemaah. (b)

Sunat Ghayr MuÊakkad (yang dituntut) Sunat ghayr muÊakkad bermaksud suatu ibadah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW tetapi bukan secara konsisten. Contohnya: (i)

Solat sunat rawatib sebelum solat fardu;

(ii)

Sedekah sunat; dan

(iii) Berpuasa sunat hari Isnin dan Khamis. (c)

Sunat ZawaÊid (tambahan) Sunat zawaÊid bermaksud suatu tindakan yang cuba mencontohi perlakuan Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian baginda sebagai seorang insan. Contohnya: (i)

Adab makan dan minum;

(ii)

Adab tidur; dan

(iii) Adab berpakaian.

SEMAK KENDIRI 4.1 1. Nyatakan bahagian-bahagian bagi hukum wajib serta berikan contoh yang bersesuaian dengan setiap bahagian tersebut. 2. Jelaskan faktor yang membezakan tuntutan yang bersifat wajib dan sunat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4

4.3

PEMBAHAGIAN HUKUM TAKLIFI



47

PEMBAHAGIAN HARAM

Hukum haram boleh dibahagikan kepada dua seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.7.

Rajah 4.7: Pembahagian hukum haram

Mari kita bincang pembahagian tersebut dengan lanjut. (a)

Haram Lizatihi (haram kerana dirinya) Haram lizatihi bermaksud perkara yang diharamkan pada asalnya kerana perkara tersebut memberikan kesan buruk secara sepenuhnya atau jauh lebih banyak jika dibandingkan dengan kesan yang baik. Sebagai contoh: (i)

Meminum arak;

(ii)

Berzina;

(iii) Membunuh diri; (iv) Mengahwini mahram; dan (v)

Perniagaan yang berunsurkan riba.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

48



(b)

Haram Lighayrihi (haram kerana sebab lain) Haram lighayrihi pula bermaksud perkara yang pada asalnya adalah halal kerana memiliki kebaikan yang jauh lebih banyak serta tidak memberikan sebarang kemudaratan kepada manusia. Namun begitu, hukum bagi perkara tersebut berubah menjadi haram disebabkan faktor luaran yang wujud.

TOPIK 4

PEMBAHAGIAN HUKUM TAKLIFI

Sebagai contoh: (i)

Hukum transaksi jual beli: Pada asalnya jual beli adalah harus, namun hukumnya boleh berubah kepada haram lighayrihi apabila dilakukan sewaktu azan solat Jumaat dilaungkan.

(ii)

Hukum berpuasa pada hari pertama Syawal: Pada asalnya puasa sunat adalah harus, namun hukumnya boleh menjadi haram lighayrihi jika seseorang berpuasa sunat pada hari tersebut.

4.4

PEMBAHAGIAN MAKRUH

Jumhur ulama berpandangan bahawa hukum makruh tidak mempunyai apa-apa pecahan kecil. Namun, ulama Hanafiyyah menegaskan bahawa makruh boleh dibahagikan kepada dua seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.8.

Rajah 4.8: Pembahagian hukum makruh

(a)

Makruh Tahrimi Makruh tahrimi yang ditafsirkan oleh ulama Hanafiyyah sebagai perkara yang dituntut oleh syarak agar ditinggalkan dengan tuntutan yang tegas menerusi dalil syarak yang berstatus zanni seperti hadis ahad. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4

PEMBAHAGIAN HUKUM TAKLIFI



49

Contohnya:

(b)

(i)

Meminang pinangan orang lain; dan

(ii)

Membeli barang yang telah dibeli oleh orang lain.

Makruh Tanzihi Makruh tanzihi pula bermaksud hukum makruh yang sebenar seperti yang difahami oleh jumhur ulama iaitu perkara yang dituntut oleh syarak agar ditinggalkan bukan dengan cara yang tegas.

SEMAK KENDIRI 4.2 1. Kedua-dua hukum makruh dan haram merupakan perkara yang dilarang. Nyatakan perbezaan antara kedua-dua hukum tersebut. 2. Haram lighayrihi merupakan hukum bagi perkara halal yang berubah menjadi haram disebabkan faktor luaran yang wujud. Berikan contoh bagi hukum haram lighayrihi.



Hukum taklifi merupakan salah satu pembahagian hukum syarak. Hukum taklifi boleh dipecahkan kepada beberapa bahagian iaitu wajib, sunat, haram, makruh dan harus.



Wajib pula boleh dibahagikan kepada empat kategori iaitu: (a)

Pembahagian wajib dari segi waktu perlaksanaannya (wajib mutlaq dan wajib muqayyad);

(b)

Pembahagian wajib dari segi penentuan kadar (wajib muhaddad dan wajib ghayr muhaddad);

(c)

Pembahagian wajib dari segi penentuan perbuatan (wajib muÊayyan dan wajib mukhayyar); dan

(d)

Pembahagian wajib dari segi tuntutan melakukannya (wajib Âayni dan wajib kifaÊi).



Sunat terbahagi kepada tiga kategori iaitu sunat muÊakkad, sunat ghayr muÊakkad dan sunat zawaÊid.



Haram pula terbahagi kepada haram lizatihi dan haram lighayrihi, manakala makruh terbahagi kepada makruh tahrimi dan makruh tanzihi. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

50



TOPIK 4

PEMBAHAGIAN HUKUM TAKLIFI

Haram lighayrihi

Wajib ghayr muhaddad

Haram lizatihi

Wajib kifaÊi

Hukum taklifi

Wajib muÊayyan

Makruh tahrimi

Wajib mudayyaq

Makruh tanzihi

Wajib muhaddad

Sunat ghayr muÊakkad

Wajib mukhayyar

Sunat muÊakkad

Wajib muqayyad

Sunat zawaÊid

Wajib mutlaq

Wajib Âayni

Wajib muwassaÊ

Wajib ghayr muÊayyan

Zanni

Al-Ghazali., & Abu Hamid Muhammad bin Muhammad. (1332H). Al-mustasfa min `ilm al-usul. Kaherah: MatbaÊah al-Amiriyyah. Al-Juwayni., & Abd al-Malik. (1999). Al-burhan fi usul al-fiqh. Mesir: Dar alWafaÊ. Al-Razi., & Fakhr al-Din Muhammad. (1992). Al-mahsul fi ilm al-usul: Cet.2. Beirut: MuÊassasah al-Risalah. Al-Shawkani., & Muhammad bin Ali. (2000). Irshad al-Fuhul Ila Tahqiq al-Haq Min Ilm al-Usul: Jil.1. Beirut: Dar al-Fikr. Al-Zarkashi., & Badr al-Din. (2000). Al-bahr al-muhit fi usul al-fiqh. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah. Muhammad Abu Zahrah. (1997). Usul al-Fiqh. Kaherah: Dar al-Fikr al-Arabi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4

PEMBAHAGIAN HUKUM TAKLIFI



51

Shalabi., & Muhammad Mustafa. (1986). Usul al-fiqh al-Islami. Beirut: Dar alNahdah al-Arabiyyah. Zaydan., & Abd al-Karim. (1993). Al-wajiz fi usul al-fiqh. Maydan Sayyidah Zaynab: Dar al-Tawzi` Wa al-Nashr al-Islamiyyah. Zuhayr., & Muhammad Abu al-nur. (2004). Usul al-fiqh. Beirut: al-Madar alIslami.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Topik  Konsep

5

Al-Hakim, Al- Mahkum Fih dan Al-Mahkum

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menyatakan konsep al-hakim berserta contohnya; 2. Menerangkan perbezaan antara al-tahsin dan al-taqbih; 3. Menjelaskan konsep al-mahkum fih serta syarat-syaratnya bagi menentukan sama ada ia boleh ditaklifkan ke atas mukallaf atau sebaliknya; dan 4. Menghuraikan konsep al-mahkum Âalayh berserta syarat-syarat yang diperlukan.

 PENGENALAN Dalam topik ini, anda perlu memahami maksud al-hakim secara jelasnya menurut hukum syarak. Anda juga perlu mengetahui perbincangan sebenar mengenai permasalahan al-tahsin dan al-taqbih dan isu tentangnya. Selain itu, topik ini juga membincangkan mengenai konsep al-mahkum fih serta syaratsyarat yang akan menentukan kesahihannya untuk dibebankan ke atas mukallaf.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 5

KONSEP AL-HAKIM, AL- MAHKUM FIH DAN AL-MAHKUM



53

Di samping itu, anda juga akan didedahkan dengan perbincangan mengenai konsep al-mahkum Âalayh dengan syarat-syaratnya.

AKTIVITI 5.1 Ahli al-Sunnah wa al-Jamaah dan Maturidiyyah berpendapat bahawa akal tidak dapat berdiri secara sendiri seterusnya menjadi sumber hukum Islam. Sedangkan Mu`tazilah dan Ja`fariyyah mengatakan bahawa akal merupakan sumber hukum Islam ketiga selepas al-Quran dan Sunnah. Pada pendapat anda, apakah akal dapat menjadi salah satu sumber hukum? Bincangkan.

5.1

DEFINISI AL-HAKIM

Hukum merupakan khitab Allah SWT yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf sama ada ia dinyatakan dalam bentuk iqtidaÊ, takhyir mahupun wadÊi. Justeru itu, takrifan ini telah menjelaskan secara tidak langsung bahawa hak untuk menentukan hukum syarak adalah menjadi milik mutlak bagi Allah SWT sahaja. Ini kerana Nabi Muhammad SAW sendiri hanya berperanan sebagai penyampai mesej Allah SWT sama ada menerusi ayat-ayat al-Quran mahupun sunnah yang telah diriwayatkan daripada baginda. Tambahan pula, sunnah itu sendiri pada hakikatnya merupakan salah satu bentuk wahyu seperti mana yang dijelaskan dalam firman Allah SWT: „Dan dia (Muhammad) tidak memperkatakan (sesuatu yang berkaitan dengan agama) menurut kemahuan nafsu; (tetapi sebaliknya) segala yang diperkatakan olehnya itu (sama ada berkenaan al-Quran mahupun sunnah) tidak lain hanyalah merupakan suatu wahyu yang diwahyukan (kepadanya)‰. (Surah al-Najm: 3-4) Perkara ini telah disepakati oleh para ulama dalam Islam.

5.2

PERMASALAHAN AL-TAHSIN DAN AL-TAQBIH

Jadual 5.1 menjelaskan permasalahan antara al-tahsin dan al-taqbih.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

54



TOPIK 5

KONSEP AL-HAKIM, AL- MAHKUM FIH DAN AL-MAHKUM

Jadual 5.1: Permasalahan antara Al-Tahsin dengan Al-Taqbih Al-Tahsin

Al-Taqbih

• Sifat yang sempurna, pengetahuan dan kemuliaan.

seperti

• Sifat yang negatif, berupa kekurangan seseorang, seperti bodoh dan kikir.

• Sesuatu yang boleh dikerjakan manusia, dia mengetahui kebaikannya dan mampu mengerjakannya.

• Bersifat bertentangan daripada tahsin iaitu sesuatu yang tidak boleh dikerjakan manusia dan tidak dapat dicapai oleh akal.

• Sesuatu yang apabila dikerjakan maka orang yang mengerjakannya mendapat pujian di dunia dan mendapat imbalan pahala di akhirat. Misalnya taat.

• Sesuatu yang apabila dikerjakan mendapat cercaan di dunia dan mendapat seksaan di akhirat, seperti mengerjakan maksiat.

5.3

PANDANGAN ULAMA USUL FIQH TENTANG PERMASALAHAN AL-TAHSIN DAN AL-TAQBIH

Jadual 5.2 akan menjelaskan pandangan-pandangan para ulama Usul Fiqh tentang permasalahan yang wujud antara al-tahsin dengan al-taqbih. Jadual 5.2: Pandangan Ulama tentang Permasalahan antara Al-Tahsin dengan Al-Taqbih Ulama Pendapat Ahli Sunnah wal Jamaah

Pandangan • Sebelum diangkatnya rasul dan turunnya syariat, akal manusia tidak mampu menetapkan hukum. Akal manusia tidak mampu mengetahui yang baik dan yang buruk tanpa perantaraan rasul dan kitabkitab samawi (kitab yang datang dari Allah). • Tidak ada kewajipan untuk Allah untuk menetapkan baik terhadap sesuatu yang dipandang baik oleh akal. Sehingga manusia diperintahkan untuk mengerjakannya. Allah juga tidak berkewajipan menetapkan keburukan yang dipandang buruk oleh akal manusia, sehingga manusia diperintahkan untuk meninggalkannya. Allah mempunyai kehendak yang mutlak, tanpa bergantung kepada sesuatu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 5

KONSEP AL-HAKIM, AL- MAHKUM FIH DAN AL-MAHKUM

Pendapat Ulama Muktazilah



55

• Muktazilah berpendapat Rasulullah SAW adalah satu-satunya manusia yang berhak mengenalkan hukum Allah kepada manusia. Muktazilah mengatakan bahawa akal manusia mampu menentukan hukum-hukum Allah tersebut sebelum datangnya syariat. Akal manusia mampu menentukan sesuatu itu baik dan buruk tanpa perantaraan kitab samawi dan Rasul. • Pendapat ini sepakat dalam menempatkan Rasul sebagai pembawa hukum Allah dan Rasul yang berhak mengenalkan hukum Allah kepada manusia. Dengan datangnya Rasul pembawa hukum itu, maka berlakulah taklifi.

Pendapat Ulama Maturidiyyah

• Perbuatan atau perkataan yang dipandang baik atau buruk oleh akal tidak wajib dikerjakan dan orang yang mengerjakannya tidak akan mendapat imbalan semata-mata melalui akal. • Allah juga tidak wajib memerintahkan manusia untuk melakukan sesuatu yang baik menurut akal, sebagaimana Allah juga tidak wajib memerintahkan untuk meninggalkan pekerjaan-pekerjaan yang menurut akal adalah buruk.

SEMAK KENDIRI 5.1 1. Apakah yang anda faham tentang konsep al-hakim? Jelaskan. 2. Nyatakan perbezaan antara permasalahan al-tahsin dan al-taqbih. 3. Jelaskan pandangan ulama Usul Fiqh tentang permasalahan al-tahsin dan al-taqbih.

5.4

AL-MAHKUM FIH

Al-mahkum fih atau al-mahkum bih merupakan istilah ketiga selepas hukum dan al-hakim dalam perbahasan mengenai hukum syarak. Ia dapat didefinisikan sebagai perkara yang ingin disampaikan menerusi khitab atau perintah Allah SWT kepada para mukallaf. Berdasarkan definisi ini, al-mahkum fih boleh dianggap sebagai subjek hukum yang akan disabitkan dengan sesuatu hukum sama ada ia dinyatakan dalam bentuk iqtidaÊ, takhyir atau wadÊi. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

56



TOPIK 5

KONSEP AL-HAKIM, AL- MAHKUM FIH DAN AL-MAHKUM

Jadual 5.3: Pengertian Al-Mahkum Fih Mengikut Perspektif Berlainan Perspektif Perspektif Hukum WadÊi

Pengertian • Tidak hanya merujuk kepada perbuatan mukallaf semata-mata, bahkan ia turut merangkumi faktorfaktor luaran yang mempengaruhi perbuatan mukallaf sama ada ia dalam bentuk sebab, syarat mahupun mani'. • Contohnya: Kemunculan anak bulan Ramadan merupakan almahkum fih yang mana ia menjadi sebab yang mewajibkan seseorang mukallaf menunaikan ibadat puasa.

Perspektif Hukum Taklifi

• Hanya merujuk kepada perbuatan yang mampu dilakukan oleh mukallaf. • Contohnya: Menunaikan solat atau melangsaikan bayaran zakat daripada hartanya.

5.4.1

Syarat-syarat Al-Mahkum Fih

Dalam membincangkan persoalan al-mahkum fih, anda juga perlu memahami bahawa terdapat sekurang-kurangnya tiga syarat yang perlu dipenuhi untuk memperakukan sesuatu perbuatan sebagai al-mahkum fih yang boleh ditaklifkan ke atas mukallaf dari perspektif syarak. Syarat-syarat tersebut adalah seperti yang dijelaskan dalam Rajah 5.1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 5

KONSEP AL-HAKIM, AL- MAHKUM FIH DAN AL-MAHKUM



57

Rajah 5.1: Syarat-syarat Al-Mahkum Fih

5.4.2

Jenis-jenis Al-Mahkum Fih

Al-mahkum fih terbahagi kepada empat jenis seperti yang dinyatakan dalam Rajah 5.2 yang berikut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

58



TOPIK 5

KONSEP AL-HAKIM, AL- MAHKUM FIH DAN AL-MAHKUM

Rajah 5.2: Jenis-jenis Al-Mahkum Fih

Mari kita bincang jenis-jenis tersebut dengan lebih mendalam. (a)

Perkara Yang Menjadi Hak Allah Perkara yang menjadi hak Allah SWT sebenarnya merujuk kepada hak masyarakat. Namun demikian, hak ini sengaja disandarkan kepada Allah SWT memandangkan ia boleh memberikan kesan yang menyeluruh terhadap umat manusia. Justeru itu, hak ini tidak boleh diketepikan atau digugurkan dengan sengaja sekalipun oleh individu yang terlibat dengannya.

Rajah 5.3 menerangkan beberapa contoh hak Allah SWT seperti yang disenaraikan oleh para ulama.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 5

KONSEP AL-HAKIM, AL- MAHKUM FIH DAN AL-MAHKUM

Rajah 5.3: Contoh-contoh hak Allah SWT mengikut para ulama

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)



59

60



(b)

Perkara yang Menjadi Hak Hamba Perkara yang menjadi hak hamba yang merujuk kepada hak atau kepentingan seseorang individu. Antara contoh hak ini ialah hak untuk mendapatkan ganti rugi terhadap barangan yang dirosakkan oleh individu lain, hak pemilikan terhadap barangan yang dibeli atau bayaran terhadap barangan yang dijual dan seumpamanya.

TOPIK 5

KONSEP AL-HAKIM, AL- MAHKUM FIH DAN AL-MAHKUM

Dalam hal ini, pemilik hak tersebut memiliki kebebasan untuk memanipulasi haknya mengikut kehendak sendiri selagi mana ia tidak melanggar batasan syarak. Justeru itu, dia berhak sama ada untuk menggunakan haknya atau menggugurkannya dengan rela. (c)

Perkara yang Mengandungi Kedua-Dua Hak Allah SWT dan Hak Hamba tetapi Hak Allah SWT Lebih Menonjol Perkara yang mengandungi kedua-dua hak Allah SWT (masyarakat) dan hak hamba tetapi hak Allah SWT lebih menonjol, adalah merujuk kepada hukuman hudud terhadap qazaf iaitu sebatan 80 kali rotan yang dikenakan ke atas pesalah yang menuduh individu suci sebagai penzina. Ini kerana pelaksanaan hukuman ini adalah bermatlamat untuk menjaga kepentingan kedua-dua hak masyarakat dan juga hak individu yang dituduh sebagai penzina. Namun demikian, para ulama melihat hak atau kepentingan masyarakat adalah lebih menonjol dalam pelaksanaan hukuman qazaf kerana ia mampu mengelak daripada berlakunya kekecohan dalam kehidupan bermasyarakat. Sebaliknya, kepentingan hak individu yang dituduh sebagai penzina dilihat kurang menonjol kerana natijah buruk yang diterimanya seperti nama baik yang tercemar adalah hanya terhad kepada dirinya sahaja. Justeru itu, pelaksanaan hukuman qazaf ke atas pesalah dianggap lebih mirip kepada hak Allah SWT atau masyarakat dan ia tidak boleh digugurkan oleh mana-mana individu, sekalipun oleh individu yang telah dituduh sebagai penzina.

(d)

Perkara yang Mengandungi Kedua-Dua Hak Namun Hak Hamba yang Lebih Menonjol Perkara yang mengandungi kedua-dua hak Allah SWT dan hak hamba tetapi hak hamba lebih menonjol adalah merujuk kepada pelaksanaan hukuman qisas ke atas pesalah yang melakukan pembunuhan dengan sengaja. Dari satu sudut, pelaksanaan hukuman ini mengandungi hak Allah SWT kerana ia bertujuan untuk menjaga keamanan dalam masyarakat dan mengurangkan kegiatan jenayah. Namun, dari sudut lain, Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 5

KONSEP AL-HAKIM, AL- MAHKUM FIH DAN AL-MAHKUM



61

pelaksanaannya bertujuan untuk menjaga hak dan kepentingan hamba iaitu untuk meredakan perasaan marah dan dendam ahli keluarga mangsa yang dibunuh. Namun demikian, hak atau kepentingan hamba dalam hal ini dilihat lebih menonjol berbanding hak Allah SWT kerana kesannya akibat individu yang telah dibunuh akan berterusan dan ahli keluarga si mati akan terdorong untuk membalas dendam dengan cara mereka sendiri. Memandangkan qisas dianggap sebagai hak hamba, maka pelaksanaannya hanya boleh dijalankan setelah mendapat permintaan daripada pihak waris si mati. Sebaliknya, jika mereka memaafkan si pembunuh maka hukuman qisas boleh digugurkan daripadanya dan diganti dengan hukuman takzir mengikut budi bicara hakim.

5.5

AL-MAHKUM ‘ALAYH

Istilah al-mahkum Âalayh merujuk kepada mukallaf atau individu yang layak dibebankan dengan tanggungjawab agama. Namun begitu, terdapat dua syarat yang perlu dipenuhi oleh individu berkenaan sebelum dia boleh dianggap sebagai mukallaf. Dua syarat tersebut adalah seperti dalam Jadual 5.4 berikut. Jadual 5.4: Syarat-syarat Al-Mahkum ÂAlayh Syarat-syarat Syarat pertama – Berkemampuan memahami kandungan dalil syarak atau perintah Allah SWT terhadap dirinya.

Penerangan (i)

Kemampuan ini diukur berdasarkan kemampuan akal yang dimiliki. Syarak menetapkan had umur baligh sebagai petunjuk kepada kewujudan akal dan kemampuannya untuk memahami sesuatu. Justeru itu, seseorang dianggap mukallaf apabila mencapai umur baligh dan akalnya tidak mengalami sebarang kecacatan.

(ii) Kanak-kanak dan orang gila tidak dianggap mukallaf kerana akal mereka tidak memiliki kemampuan untuk berfikir secara normal. Namun demikian, jika mereka melakukan sesuatu yang boleh memudaratkan orang lain, mereka tetap akan dipertanggungjawabkan atas apa yang mereka lakukan, akan tetapi bukan secara langsung. Mereka akan dipertanggungjawabkan melalui para wali atau ahli waris yang memegang tanggungjawab untuk menyelesaikan segala masalah yang timbul di kalangan mereka. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

62



TOPIK 5

KONSEP AL-HAKIM, AL- MAHKUM FIH DAN AL-MAHKUM

(iii) Sebagai contoh: • Jika seorang kanak-kanak kecil merosakkan mainan di kedai, maka walinya wajib membayar ganti rugi terhadap mainan tersebut yang mana bayarannya diambil daripada harta kanak-kanak tersebut sekiranya ada. • Orang yang berada dalam keadaan tidur, terlupa atau mabuk juga tidak boleh dianggap sebagai mukallaf kerana mereka tidak mampu untuk mengetahui apa yang sedang berlaku. Syarat kedua – Memiliki al-ahliyyah atau kelayakan untuk memikul bebanan atau tanggungjawab agama.

(i)

Al-ahliyyah atau kelayakan ini akan diperoleh oleh seseorang mukallaf menerusi akal dan kefahamannya terhadap tanggungjawab agama yang dibebankan ke atasnya.

(ii) Justeru itu, topik yang seterusnya akan mengajak anda untuk memahami konsep al-ahliyyah dan jenis-jenisnya dari perspektif syarak.

SEMAK KENDIRI 5.2 1. Apakah yang anda faham dengan istilah al-mahkum fih? Nyatakan syarat-syaratnya. 2. Apakah yang membezakan al-mahkum fih dari perspektif hukum taklifi dan hukum wadÊi? Jelaskan. 3. Jelaskan konsep al-mahkum Âalayh dari segi istilah serta nyatakan syarat-syaratnya.



Al-hakim merujuk kepada Allah SWT yang berkuasa mutlak untuk menentukan hukum syarak. Ini kerana Nabi Muhammad SAW sendiri hanya berperanan sebagai penyampai mesej Allah SWT sama ada menerusi ayatayat al-Quran mahupun Sunnah.



Topik ini turut membincangkan beberapa permasalahan antara al-tahsin dengan al-taqbih.



Al-mahkum fih atau al-mahkum bih dapat didefinisikan sebagai perkara yang ingin diutarakan menerusi kitab atau mesej Allah SWT kepada para Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 5

KONSEP AL-HAKIM, AL- MAHKUM FIH DAN AL-MAHKUM



63

mukallaf. Ia dianggap sebagai subjek hukum yang akan disabitkan dengan sesuatu hukum, sama ada ia dinyatakan dalam bentuk iqtidaÊ, takhyir atau wadÊi. •





Terdapat tiga syarat yang perlu dipenuhi untuk memperakukan sesuatu perbuatan sebagai al-mahkum fih iaitu: (a)

Al-mahkum fih atau perbuatan yang ditaklifkan mestilah benar-benar diketahui dan difahami sepenuhnya oleh mukallaf agar dia dapat melakukannya mengikut cara yang sepatutnya.

(b)

Mukallaf yang terlibat mestilah mengetahui arahan itu datang daripada pihak yang mesti ditaati kepatuhan yang ditunjukkan, selari dengan kehendak Allah SWT.

(c)

Al-mahkum fih atau perbuatan yang akan ditaklifkan mesti berada dalam kawalan seseorang mukallaf.

Al-mahkum fih dapat dibahagikan kepada empat bahagian iaitu: (a)

Perkara yang menjadi hak Allah SWT;

(b)

Perkara yang menjadi hak hamba;

(c)

Perkara yang mengandungi kedua-dua hak tetapi hak Allah SWT lebih menonjol; dan

(d)

Perkara yang mengandungi kedua-dua hak, namun hak hamba yang lebih menonjol.

Al-mahkum Âalayh bermaksud mukallaf atau individu yang layak dibebankan dengan tanggungjawab agama. Namun begitu terdapat dua syarat yang perlu dipenuhi oleh individu berkenaan sebelum dia boleh dianggap sebagai mukallaf iaitu: (a)

Berkemampuan memahami kandungan dalil syarak atau mesej (khitab) Allah SWT terhadap dirinya; dan

(b)

Memiliki al-ahliyyah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

64



TOPIK 5

KONSEP AL-HAKIM, AL- MAHKUM FIH DAN AL-MAHKUM

Ahli sunnah wal jamaah

Maturidiyyah

Al-ahliyyah

MuÊunah

Al-hakim

Muktazilah

Al-mahkum fih

Qazaf

Al-makum Âalayh

Samawi

Al-tahsin

Takhyir

Al-taqbih

Taklifi

IqtidaÊ

Usul fiqh

Kharaj

WadÊi

Khitab

Al-Ghazali., & Abu Hamid Muhammad bin Muhammad. (1332H). Al-mustasfa min `ilm al-usul. Kaherah: MatbaÊah al-Amiriyyah. Al-Juwayni., & Abd al-Malik. (1999). Al-burhan fi usul al-fiqh. Mesir: Dar alWafaÊ. Al-Razi., & Fakhr al-Din Muhammad. (1992). Al-mahsul fi ilm al-usul: Cet. 2. Beirut: MuÊassasah al-Risalah. Al-Shawkani., & Muhammad bin Ali. (2000). Irshad al-Fuhul Ila Tahqiq al-Haq Min Ilm al-Usul: Jil.1. Beirut: Dar al-Fikr. Al-Zarkashi., & Badr al-Din. (2000). Al-bahr al-muhit fi usul al-fiqh. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah. Hasan Bin Ahmad., & Muhammad Soleh Bin Ahmad. (1998). Usul fiqh dan qawaid fiqhiyyah. Kuala Lumpur: Pustaka Hj Abd Hamid. Muhammad Abu Zahrah. (1997). Usul al-Fiqh. Kaherah: Dar al-Fikr al-Arabi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 5

KONSEP AL-HAKIM, AL- MAHKUM FIH DAN AL-MAHKUM



65

Shalabi., & Muhammad Mustafa. (1986). Usul al-fiqh al-Islami. Beirut: Dar alNahdah al-Arabiyyah. Zaydan., & Abd al-Karim. (1993). Al-wajiz fi usul al-fiqh. Maydan Sayyidah Zaynab: Dar al-Tawzi` Wa al-Nashr al-Islamiyyah. Zuhayr., & Muhammad Abu al-nur. (2004). Usul al-fiqh. Beirut: al-Madar alIslami.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Topik



6

Al-Ahliyyah dan Pembahagiannya

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan makna al-ahliyyah dari segi bahasa dan istilah; 2. Membincangkan pembahagian ahliyyah al-wujub dan ahliyyah al-adaÊ berdasarkan contoh-contohnya yang sesuai; dan 3. Menjelaskan tahap-tahap al-ahliyyah.

 PENGENALAN Dalam topik ini, anda perlu memahami maksud al-ahliyyah dari segi bahasa dan istilahnya. Anda juga perlu mengetahui perbincangan sebenar mengenai alahliyyah yang mana berkisar tentang kedudukan al-ahliyyah itu sendiri seperti kelayakan bagi seseorang untuk melakukan sesuatu perbuatan yang sah dengan mengambil kira beberapa aspek termasuklah halangan-halangan yang menghalang seseorang daripada melakukan perbuatan tersebut. Di samping itu, anda akan memahami didedahkan dengan perbincangan mengenai tahap-tahap al-ahliyyah yang mempengaruhi aktiviti masyarakat dalm kehidupan seharian mereka seperti dalam muamalat, perkahwinan dan sebagainya. Al-ahliyyah terbahagi kepada dua iaitu ahliyyah al-wujub dan ahliyyah al-adaÊ. Kesemua persoalan yang dibangkitkan di atas akan dibincangkan dalam topik ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 6

AL-AHLIYYAH DAN PEMBAHAGIANNYA



67

AKTIVITI 6.1 Cuba fikirkan bilakah bermulanya seseorang itu dianggap bertanggungjawab sepenuhnya terhadap segala perbuatan yang dilakukan. Adakah tanggungan tersebut berlaku seumur hidup atau boleh datang dan pergi dengan beberapa sebab? Bincangkan.

6.1

DEFINISI AL-AHLIYYAH

Al-ahliyyah menjadi satu perkara yang penting dalam kebanyakan aspek seperti jual beli, perkahwinan dan sebagainya malah ia juga merupakan salah satu syarat yang menjadikan sesuatu perbuatan itu sah di sisi Islam. Jadual 6.1 menerangkan definisi al-ahliyyah dari sudut bahasa dan istilah. Jadual 6.1: Definisi Al-ahliyyah dari Sudut Bahasa dan Istilah Sudut

Definisi

Bahasa

Al-ahliyyah diertikan sebagai kesesuaian seseorang individu untuk melakukan sesuatu perkara atau dituntut melakukan sesuatu.

Istilah

Al-ahliyyah merujuk kepada kesesuaian individu untuk berhadapan dengan kewajipan atau hak yang boleh menjadi miliknya atau berhak dituntut daripadanya.

6.2

PEMBAHAGIAN AL-AHLIYYAH

Dalam membincangkan isu ini, para ulama telah membahagikan al-ahliyyah kepada dua jenis seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6.1.

Rajah 6.1: Jenis-jenis al-ahliyyah Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

68



TOPIK 6

AL-AHLIYYAH DAN PEMBAHAGIANNYA

Mari kita bincang jenis-jenis tersebut dengan lebih lanjut. (a)

Al-ahliyyah al-Wujub (i)

Ahliyyah al-wujub dapat ditakrifkan sebagai kesesuaian individu untuk menerima sesuatu hak dan diwajibkan melaksanakan sesetengah kewajipan.

(ii)

Jenis ahliyyah ini juga boleh dikenali sebagai dhimmah dan ia dianggap wujud pada diri setiap manusia sejak dari saat dia mula bernyawa dalam rahim ibunya sehinggalah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

(iii) Asas kepada kewujudan ahliyyah al-wujub ialah nyawa yang dimiliki oleh setiap manusia sekalipun dia masih belum menjadi mukallaf. (b)

Al-ahliyyah al-AdaÊ (i)

Ahliyyah al-adaÊ pula boleh diertikan sebagai kesesuaian seseorang dalam melakukan sesuatu sehingga ia boleh dianggap sah oleh syarak.

(ii)

Jenis ahliyyah ini juga boleh dikenali sebagai masÊuliyyah atau tanggungjawab.

(iii) Asas bagi ahliyyah al-adaÊ adalah al-bulugh dan al-`aql yang dimiliki oleh seseorang. Sebagai contoh, seseorang yang telah menunaikan solat fardu subuh dengan sempurna akan dianggap telah melaksanakan salah satu tanggungjawab agamanya yang diambil kira oleh syarak. Sebaliknya, jika dia melakukan jenayah dia akan berhadapan dengan hukuman yang ditentukan, sama ada hukuman fizikal mahupun kebendaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 6

AL-AHLIYYAH DAN PEMBAHAGIANNYA



69

SEMAK KENDIRI 6.1 1. Sebutkan syarat yang mesti dipenuhi oleh seseorang bagi melayakkannya memikul tanggungjawab agama. 2. Nyatakan perbezaan antara ahliyyah al-wujub dan ahliyyah al-adaÊ. 3. Nyatakan apakah perkara yang menjadi asas kepada kewujudan ahliyyah al-wujub dan ahliyyah al-adaÊ.

6.3

TAHAP-TAHAP AL-AHLIYYAH

Bagi memastikan para pelajar dapat memahami kedua-dua konsep al-ahliyyah ini serta pengaruhnya kepada penentuan hukum syarak, perbincangan mengenainya akan dikaitkan dengan adwar al-ahliyyah (tahap al-ahliyyah) iaitu peringkat-peringkat kehidupan individu yang berhubung dengan konsep ahliyyah (rujuk Rajah 6.2).

Rajah 6.2: Tahap-tahap al-ahliyyah Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

70



TOPIK 6

AL-AHLIYYAH DAN PEMBAHAGIANNYA

Sekarang, mari kita bincang tahap-tahap tersebut satu persatu. (a)

Peringkat Janin Di peringkat ini, al-ahliyyah al-wujub memang wujud kerana asas kewujudannya adalah nyawa. Status al-ahliyyah al-wujub pada peringkat ini adalah kurang sempurna atau naqisah. Ini kerana sekalipun janin tersebut dianggap memiliki nyawa iaitu setelah kandungannya berusia empat bulan, namun kesinambungan nyawanya belum pasti lantaran masih belum dilahirkan. Para ulama menegaskan bahawa janin berhak mendapat sebahagian hak yang menguntungkan dan tidak memerlukan kepada persetujuan secara langsung seperti mewarisi harta pusaka, mendapat wasiat dan menerima harta wakaf. Namun demikian, kesemua hak-hak ini hanya akan menjadi milik janin jika dia selamat dilahirkan oleh ibunya. Manakala hak yang memerlukan persetujuan penerimaan seperti transaksi jual beli misalnya tidak dimiliki oleh janin. Alasannya ialah kerana hak-hak tersebut boleh memberikan kesan kepada janin dan individu lain sedangkan dia tidak diwajibkan untuk menanggung sebarang tanggungjawab terhadap orang lain. Contohnya, semua transaksi jual beli, pemberian hibah atau sedekah yang melibatkan harta seorang janin yang dilakukan oleh walinya dianggap batal kerana persetujuan daripadanya tidak dapat diperoleh sedangkan transaksi yang sedemikian mungkin boleh menyebabkan kerugian kepada dirinya.

(b)

Peringkat Kanak-kanak Peringkat ini merujuk kepada waktu janin selamat dilahirkan dan membesar sebagai kanak-kanak sehingga sebelum mumaiyiz. Jika ditinjau dari sudut ahliyyah al-wujub, ia sememangnya wujud pada setiap diri kanak-kanak secara sempurna kerana dia telah bernyawa dan mampu hidup seperti insan normal. Justeru itu, dia berhak mendapatkan hak-hak yang diperuntukkan baginya serta melunaskan sebahagian tanggungjawab yang dikenakan ke atas dirinya. Sebagai contoh, jika seorang kanak-kanak terlibat dalam hal yang berkaitan dengan hak sesama hamba seperti dia merosakkan barangan bukan miliknya atau melantik seseorang untuk melakukan kerjanya, maka dia berkewajipan untuk membayar ganti rugi terhadap barangan tersebut dan melunaskan upah kepada pekerja yang telah dilantik. Namun demikian, pembayaran ini hanya boleh dilakukan oleh walinya bagi mengelakkan penipuan terhadap kanak-kanak tersebut. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 6

AL-AHLIYYAH DAN PEMBAHAGIANNYA



71

Jika kanak-kanak terbabit melakukan jenayah seperti pembunuhan, dia juga tidak boleh dihukum dengan hukuman qisas. Ini kerana kanak-kanak tidak boleh dianggap sebagai seorang penjenayah yang mempunyai motif memandangkan dia belum mampu berfikir secara waras. Dalam hal ini, wali tidak boleh menjadi wakil untuk menerima hukuman qisas bagi pihaknya kerana sesuatu jenayah tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas individu lain yang tidak bersalah. Justeru itu, pelaksanaan qisas terpaksa diganti dengan ganti rugi iaitu bayaran diyat yang mana diberikan kerpada keluarga si mati. Dari sudut ahliyyah al-ada' pula, ia sememangnya tidak wujud pada diri kanak-kanak kerana dia belum mencapai umur tamyiz serta masih tidak mampu membezakan antara perkara yang baik atau sebaliknya. Justeru itu, dia tidak boleh dituntut dalam melaksanakan sesuatu perkara melainkan dalam sesetengah hak berkaitan ahliyyah al-wujub yang mana boleh diwakili secara sah. Sebaliknya, semua tindakan kanak-kanak yang dikaitkan dengan ahliyyah al-ada' seperti persetujuannya dalam melakukan transaksi jual beli adalah terbatal sama sekali. (c)

Peringkat Mumaiyiz Peringkat ini bermula apabila seseorang kanak-kanak mencapai umur tamyiz di mana dia sudah mampu membezakan antara perkara baik atau sebaliknya. Justeru itu, al-ahliyyah al-wujub dianggap telah wujud secara sempurna pada setiap mumaiyiz kerana dia sememangnya bernyawa. Natijahnya, dia berhak mendapatkan hak-hak yang diperuntukkan baginya serta melunaskan sesetengah tanggungjawab yang turut dikenakan ke atas dirinya. Manakala al-ahliyyah al-ada' pada peringkat ini sebenarnya telah wujud namun dalam bentuk yang kurang sempurna memandangkan kemampuan berfikir yang dimiliki olehnya masih lagi terhad. Maka, kesemua tanggungjawab agama seperti keimanan dan ibadat fizikal yang dilaksanakan olehnya dianggap sah kerana ia memberikan kebaikan sejati kepada dirinya. Manakala mengenai tindakan mumaiyiz yang berkaitan dengan harta, ia dijelaskan oleh para ulama seperti berikut: (i)

Bagi tindakan yang boleh memberikan kebaikan sejati kepada dirinya seperti persetujuannya untuk menerima hibah, sedekah dan wasiat, hukumnya adalah sah sekalipun dilakukan tanpa izin wali atau penjaga.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

72



(ii)

TOPIK 6

AL-AHLIYYAH DAN PEMBAHAGIANNYA

Tindakannya boleh memberikan mudarat yang besar kepada dirinya seperti persetujuannya untuk menghadiahkan sesuatu atau mewakafkan kepada orang lain. Maka hukum bagi tindakan ini adalah terbatal secara automatik kerana tindakan ini dianggap sebagai satu penganiayaan terhadap dirinya sendiri walaupun tanpa keizinan wali atau penjaganya.

(iii) Tindakan mumaiyiz yang mempunyai risiko yang seimbang iaitu sama ada memberikan kesan yang baik atau buruk kepada dirinya seperti dalam jual beli, sewaan dan semua transaksi muamalat, maka hukumnya bergantung kepada walinya. Ini kerana hal-hal yang demikian memerlukan campur tangan daripada individu yang telah baligh agar mumaiyiz yang terlibat akan memperoleh keuntungan dan bukannya kerugian di sebalik transaksi yang dibuat. (d)

Peringkat Baligh Sehingga ke Akhir Hayat Pada peringkat ini, individu yang terlibat dikenali sebagai mukallaf. Oleh itu, dia dianggap memiliki al-ahliyyah al-wujub serta al-ahliyyah al-ada' yang sempurna. Alasannya, kerana seorang mukallaf adalah insan bernyawa dan memiliki kemampuan berfikir yang sempurna. Dari sudut al-ahliyyah al-wujub, dia berhak mendapat kesemua hak yang menjadi miliknya serta wajib melunaskan tanggungjawab yang dikenakan terhadap dirinya. Manakala dari sudut al-ahliyyah al-ada' pula, dia layak untuk dibebankan dengan pelaksanaan segala tanggungjawab agama. Selain itu, syarak juga menegaskan bahawa segala tindakan dan persetujuan akan diambil kira dan memberikan kesan kepada kesemua transaksi dan akad tanpa bergantung kepada keizinan mana-mana pihak. Jika dia melakukan jenayah dan disahkan bersalah maka dia dikenakan hukuman yang sepatutnya kerana dia telah melakukanya secara waras.

Jadual 6.2 menyatakan peringkat kehidupan manusia dan hubungannya dengan al-ahliyyah dengan ringkas. Jadual 6.2: Peringkat Kehidupan Manusia dan Hubungannya dengan Al-ahliyyah Peringkat

Al-ahliyyah al-Wujub

Al-ahliyyah al-AdaÊ

Janin

Ada (tidak sempurna)

Tiada

Kanak-kanak

Ada (sempurna)

Tiada

Mumayyiz

Ada (sempurna)

Ada (tidak sempurna)

Baligh sehingga ke akhir hayat

Ada (sempurna)

Ada (sempurna)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 6

AL-AHLIYYAH DAN PEMBAHAGIANNYA



SEMAK KENDIRI 6.2 1. Sebutkan peringkat-peringkat ahliyyah dan kapasiti hukum secara ringkas. 2. Huraikan kesan setiap peringkat ahliyyah mengikut kelayakan seseorang dalam ahliyyah al-wujub dan ahliyyah al-adaÊ. 3. Jelaskan hubungan kontrak yang dilakukan oleh seorang kanakkanak mumayyiz dengan keizinan daripada walinya.









Terdapat dua sudut definisi bagi al-ahliyyah iaitu: (a)

Bahasa; dan

(b)

Istilah.

Dua jenis pembahagian al-ahliyyah adalah: (a)

Al-wujub; dan

(b)

Al-adaÊ.

Kedua-dua al-wujub dan al-adaÊ boleh dibahagikan kepada: (a)

Kamilah; dan

(b)

Naqisah.

Empat tahap al-ahliyyah adalah: (a)

Peringkat janin;

(b)

Peringkat kanak-kanak;

(c)

Peringkat mumaiyiz; dan

(d)

Peringkat baligh hingga ke akhir hayat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

73

74

TOPIK 6

AL-AHLIYYAH DAN PEMBAHAGIANNYA

Ahliyyah al-wujub

Peringkat janin

Al-Ahliyyah

Peringkat kanak-kanak

Al-Ahliyyah al-adaÊ

Peringkat mumayyiz

Istilah

Sempurna (Kamilah)

Peringkat baligh

Tidak sempurna (Naqisah)



Ahmad Mahir Danial. (2008). Mahir al-hujjah. Dicapai pada Mei 5, 2012, daripada http://mahir-al-hujjah.blogspot.com/2008/07/fiqh-muamalat-bab-alahliyyah.html. Al-Ghazali., & Abu Hamid Muhammad bin Muhammad. (1332H). Al-mustasfa min `ilm al-usul. Kaherah: MatbaÊah al-Amiriyyah. Al-Juwayni., & Abd al-Malik. (1999). Al-burhan fi fi usul al-fiqh. Mesir: Dar alWafaÊ. Al-Razi., & Fakhr al-Din Muhammad. (1992). Al-mahsul fi ilm al-usul: Cet. 2. Beirut: MuÊassasah al-Risalah. Al-Shawkani., & Muhammad bin Ali. (2000). Irshad al-Fuhul Ila Tahqiq al-Haq Min Ilm al-Usul: Jil.1. Beirut: Dar al-Fikr. Al-Zarkashi., & Badr al-Din. (2000). Al-bahr al-muhit fi usul al-fiqh. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah. Muhammad Abu Zahrah. (1997). Usul al-Fiqh. Kaherah: Dar al-Fikr al-Arabi. Shalabi., & Muhammad Mustafa. (1986). Usul al-fiqh al-Islami. Beirut: Dar alNahdah al-Arabiyyah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 6

AL-AHLIYYAH DAN PEMBAHAGIANNYA



75

W. Md. Naif., Md. Nor Akmal., Md. Ridhwan., Md. Khumaini., & Amir AlHafiyy. (2012). Usul Figh 1. Dicapai pada Mei 5, 2012, daripada http://usulfiqh1.blogspot.com. Zaydan., & Abd al-Karim. (1993). Al-wajiz fi usul al-fiqh. Maydan Sayyidah Zaynab: Dar al-Tawzi` Wa al-Nashr al-Islamiyyah. Zuhayr., & Muhammad Abu al-nur. (2004). Usul al-fiqh. Beirut: al-Madar alIslami.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Topik



7

ÂAwaridh Ahliyyah

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menyatakan definisi Âawarid ahliyyah dan pembahagiannya; 2. Membezakan antara Âawarid samawiyyah dengan Âawarid muktasabah; 3. Menjelaskan jenis-jenis Âawarid samawiyyah; dan 4. Menerangkan jenis-jenis Êawarid muktasabah.

 PENGENALAN Dalam Topik 6 yang lalu, anda telah mempelajari dengan terperinci tentang ahliyyah yang terbahagi kepada dua iaitu ahliyyah al-wujub dan ahliyyah aladaÊ. Kedua-dua ahliyyah ini mempunyai asas yang tertentu, dan apabila asas bagi sesuatu ahliyyah itu wujud, maka ahliyyah telah dianggap sempurna. Namun begitu, ahliyyah yang telah bersifat sempurna masih boleh terhalang sehingga menyebabkan individu terlibat tidak lagi berhak ke atas haknya atau layak dibebankan dengan tanggungjawab agama. Hal ini disebut sebagai halangan kemampuan (Âawarid ahliyyah). Melalui topik ini, kita akan mengetahui dengan lebih mendalam berkenaan dengan Âawarid ahliyyah dan juga pembahagiannya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 7

7.1

‘AWARIDH AHLIYYAH

 77

PEMBAHAGIAN ’AWARID AHLIYYAH

Sepertimana yang telah diterangkan di atas, kewujudan Êawarid ahliyyah ini akan menghalang seseorang daripada mempunyai hak ke atas haknya atau layak dibebankan dengan tanggungjawab agama. ÊAwarid ahliyyah ini terbahagi kepada dua bahagian sebagaimana dinyatakan dalam Rajah 7.1 berikut.

Rajah 7.1: Dua bahagian Êawarid ahliyyah

7.2

’AWARID SAMAWIYYAH

Subtopik ini akan membincangkan Êawarid samawiyyah dengan lebih lanjut.

7.2.1

Takrif ‘Awarid Samawiyyah

ÊAwarid samawiyyah boleh diertikan sebagai halangan yang datangnya daripada Allah atau ketentuan syarak dan bukan disebabkan perbuatan manusia. Justeru itu, para ulama mengklasifikasikan awarid ini sebagai samawiyyah yang bermaksud halangan yang ditetapkan oleh „kuasa dari langit‰ iaitu Allah SWT.

7.2.2

Jenis-jenis ‘Awarid Samawiyyah

Menurut para ulama, Âawarid samawiyyah ini terbahagi kepada enam jenis seperti yang dinyatakan dalam Rajah 7.2.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

78



TOPIK 7

‘AWARIDH AHLIYYAH

Rajah 7.2: Jenis-jenis Âawarid samawiyyah

Mari kita bincang jenis-jenis tersebut dengan lebih mendalam. (a)

Gila (Junun) Amnya, gila secara ringkasnya bermaksud penyakit yang berpunca daripada hilang akal atau kewarasan fikiran. Gila atau hilang akal ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu (rujuk Rajah 7.3):

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 7

‘AWARIDH AHLIYYAH

 79

Rajah 7.3: Dua bahagian gila

Kedua-dua keadaan ini tidak menghilangkan ahliyyah al-wujub kerana masih ada nyawa tetapi tiada ahliyyah al-adaÊ kerana tidak berakal. Berikut dinyatakan kesan-kesan gila terhadap ahliyyah al-wujub dan ahliyyah al-adaÊ seseorang individu yang gila. (i)

Kesan kepada Ahliyyah al-Wujub Gila (junun) tidak menafikan kewujudan ahliyyah al-wujub kerana pesakit gila masih bernyawa.

(ii)

Kesan kepada Ahliyyah al-Ada' Gila (junun) menafikan kewujudan ahliyyah al-ada' kerana pesakit gila sudah hilang kewarasannya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

80



TOPIK 7

‘AWARIDH AHLIYYAH

Kesan Gila (Junun) ke atas Ibadat dan Amalan Seharian Seorang Pesakit Gila (i)

Pesakit gila yang berpanjangan tidak diwajibkan untuk menunaikan ibadat khusus dan tidak pula perlu untuk mengqadaÊnya kerana ia akan mengundang kesulitan kepada dirinya.

(ii)

Tindakan yang dilakukan oleh pesakit gila dalam urusan harta. •

Hukumnya batal, walaupun secara memberikan manfaat kepada dirinya.



Ini disebabkan kesahihan sesuatu tindakan yang melibatkan harta adalah berasaskan kepada kewarasan akal, sedangkan pesakit gila langsung tidak memilikinya.

zahirnya,

ia

dilihat

SEMAK KENDIRI 7.1 1. Huraikan maksud Âawarid samawiyyah dan Âawarid muktasabah. 2. Nyatakan jenis-jenis Âawarid samawiyyah.

(b)

Ketidaksempurnaan Akal (ÂAtah) ÂAtah adalah ketidaksempurnaan akal yang menyebabkan seseorang kurang memahami sesuatu perkara, bercakap tanpa fokus dan gagal menguruskan sesuatu. ÂAtah terbahagi kepada dua iaitu: (i)

'Atah yang Langsung Tidak Boleh Menimbang dan Menilai antara Baik dan Buruk 'Atah seperti ini sama hukumnya dengan orang gila iaitu hanya hilang ahliyyah al-ada' tetapi ahliyyah al-wujub masih ada kerana masih bernyawa.

(ii)

'Atah yang Masih Ada Lagi Pertimbangan dan Boleh Menilai antara Baik dan Buruk 'Atah ini mempunyai ahliyyah al'ada tetapi tidak sama dengan orang yang sempurna akalnya. Manakala ahliyyah al-wujub sempurna kerana masih bernyawa.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 7

‘AWARIDH AHLIYYAH

 81

Berikut dinyatakan kesan-kesan gila terhadap ahliyyah al-wujub dan ahliyyah al-adaÊ seseorang individu yang Âatah. (i)

(ii)

(c)

Kesan ke atas Ahliyyah al-Wujub •

'Atah tidak menafikan kewujudan ahliyyah al-wujub.



Sebabnya asas ahliyyah al-wujub (nyawa) masih wujud pada orang 'Atah.

Kesan ke atas Ahliyyah al-Ada' •

Kewujudan ahliyyah al-ada' kepada seseorang 'atah bergantung kepada jenis 'atah yang ada padanya.



Jika 'atah yang dialaminya bersifat total (menyamai penyakit gila), maka ia akan menafikan kewujudan ahliyyah al- ada' ke atas dirinya.



Jika 'atah yang dialaminya bersifat separa (masih memiliki kewarasan), maka dia akan mempunyai ahliyyah al-ada' yang tidak sempurna.

Lupa (Nisyan) Lupa disebabkan gangguan pada akal seketika yang menyebabkannya tidak mengingati sesuatu pentaklifan. Ia adalah halangan yang mendatang, bukan yang asal. Berikut dinyatakan kesan-kesan gila terhadap ahliyyah al-wujub dan ahliyyah al-adaÊ seseorang individu yang nisyan. (i)

Kesan ke atas Ahliyyah al-Wujub Nisyan tidak menafikan kewujudan ahliyyah al-wujub ke atas seseorang individu. Sebabnya, asas ahliyyah al-wujub (nyawa) masih wujud padanya.

(ii)

Kesan ke atas Ahliyya al-Ada' Nisyan juga tidak menafikan kewujudan ahliyyah al-ada' ke atas individu terbabit. Sebabnya, asas ahliyyah al-ada' (akal yang waras) masih wujud padanya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

82



TOPIK 7

‘AWARIDH AHLIYYAH

Kesan Nisyan kepada Ibadat dan Amalan Seharian Seseorang Individu (i)

Seseorang yang terlupa tidak boleh menjadikannya alasan untuk mengelakkan diri daripada bertanggungjawab terhadap kesalahan merosakkan harta dan hak milik orang lain.

(ii)

Sifat terlupa yang berlaku dalam perkara yang melibatkan hak Allah SWT (seperti solat dan puasa) dianggap sebagai keuzuran sehingga mengecualikan pelakunya daripada dosa.

(iii) Contohnya, seseorang yang berpuasa lalu makan dalam keadaan terlupa dianggap sebagai tidak berdosa dan puasanya dianggap sah. (d)

Tidur (Nawm) dan Pengsan (IghmaÊ) Berikut dinyatakan kesan-kesan nawm dan ighmaÊ terhadap ahliyyah al-wujub dan ahliyyah al-adaÊ seseorang individu. (i)

Kesan kepada Ahliyyah al-Wujub Nawm dan ighma' tidak menafikan kewujudan ahliyyah al-wujub. Sebabnya adalah asas ahliyyah al-wujub (nyawa) masih wujud kepada orang yang tertidur dan pengsan.

(ii)

Kesan kepada Ahliyyah al-Ada' Nawm dan ighma' menafikan kewujudan ahliyyah al-ada'. Sebabnya adalah individu yang tidur atau pengsan tidak memiliki akal yang waras.

Kesan Nawm dan IghmaÊ kepada Ibadat dan Perbuatan Seharian (i)

Dalam Konteks Ibadat Khusus •

(ii)

Seseorang yang tertidur atau pengsan sehingga luput waktu untuk menunaikan sesuatu ibadat, tidak dianggap berdosa. Namun, harus mengqadaÊ ibadat tersebut sebaik sahaja mereka sedar.

Dalam Konteks Jenayah •

Seseorang yang mencederakan orang lain dalam keadaan tidur atau pengsan tetap akan dihukum. Hukumannya adalah diyat.



Dia tidak akan dikenakan qisas kerana kejadian itu berlaku di luar kawalan dan tanpa motif.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 7



‘AWARIDH AHLIYYAH

 83

Contohnya, Salman tidur di atas sofa lalu terjatuh menghempap rakannya sehingga menyebabkan kematian; hukumannya adalah bayaran diyat kepada ahli si mati.

(iii) Perkataan/Lisan •

(e)

Segala perkataan yang keluar dari mulut orang yang tidur atau orang yang pengsan tidak boleh diambil kira.

Sakit yang Tiada Harapan untuk Sembuh (Marad Al-Maut) Berikut dinyatakan kesan-kesan marad al-maut terhadap ahliyah al-aujub dan ahliyah al-adaÊ terhadap seseorang individu. (i)

Kesan kepada Ahliyyah al-Wujub Marad tidak menafikan kewujudan ahliyyah al-wujub. Sebabnya individu yang sakit masih bernyawa.

(ii)

Kesan kepada Ahliyyah al-Ada' Marad juga tidak menafikan kewujudan Ahliyyah al-Ada'. Sebabnya individu yang sakit masih berfikiran waras.

Kesan Marad ke atas Ibadat dan Perbuatan Orang yang Sakit (i)

(ii)

Ibadat Khusus •

Islam memberikan keringanan kepada orang yang sakit dalam menunaikan ibadat.



Marad tidak menafikan kesahan ibadah yang dilakukan.



Contohnya, orang yang lumpuh dibenarkan melakukan solat dalam keadaan baring atau duduk.

Pengurusan Harta •

Orang sakit boleh disekat daripada menguruskan hartanya sekiranya tindakannya boleh menafikan hak orang lain.



Marad tidak dilakukan.

menafikan

kesahan

pengurusan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

harta

yang

84

(f)



TOPIK 7

‘AWARIDH AHLIYYAH



Contohnya, pesakit yang kritikal tidak dibenarkan menghadiahkan hartanya kepada waris dengan sewenangwenangnya.



Tujuannya adalah untuk menjaga hak ahli waris dan menjamin hak pemiutang (sekiranya ada).

Kematian (Mawt) Berikut dinyatakan kesan gila terhadap ahliyah al-wujub dan ahliyah aladaÊ seseorang individu sudah mati. (i)

Kesan kepada Ahliyyah al-Wujub Kematian menafikan kewujudan ahliyyah al-wujub. Sebabnya ialah orang mati sudah tidak bernyawa.

(ii)

Kesan kepada Ahliyyah al-Ada' Kematian juga menafikan kewujudan ahliyyah al-ada' kerana orang mati sudah semestinya tidak mempunyai akal.

Hak dan Tanggungjawab yang Perlu Dilaksanakan oleh Si Mati •

Segala hak dan tanggungjawab yang ditanggung oleh si mati sewaktu hayatnya, akan gugur selagi mana ia tidak melibatkan hak-hak orang lain.



Sebagai contoh, hutang. Jika dia meninggal dunia sebelum sempat hutangnya dilunaskan, maka pembayarannya wajib diambil daripada harta pusakanya.



Jika harta yang ditinggalkan olehnya tidak mencukupi, maka waris terdekat akan menanggung pembayaran baki hutang.



Sekiranya hutang tersebut berkait dengan hak Allah (zakat, haji dan lain-lain) dan tidak sempat dilunaskan oleh si mati semasa hidupnya sedangkan dia mampu, maka ahli warisnya perlu melunaskan bagi pihak si mati.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 7

7.3

‘AWARIDH AHLIYYAH

 85

‘AWARID MUKTASABAH

Subtopik ini akan membincangkan Âawarid muktasabah dengan lebih lanjut.

7.3.1

Takrif ‘Awarid Muktasabah

ÂAwarid muktasabah boleh ditakrifkan sebagai halangan terhadap ahliyyah yang berlaku akibat tindakan manusia sendiri. ÂAwarid muktasabah boleh dibahagikan kepada enam seperti yang dinyatakan dalam Rajah 7.4.

Rajah 7.4: Jenis-jenis Âawarid muktasabah

Sekarang, mari kita bincang jenis-jenis tersebut satu persatu. (a)

Kejahilan (Jahl) Kejahilan dalam konteks Âawarid muktasabah ini merujuk kepada kejahilan seseorang individu tentang sesuatu perkara atau hukum perkara tersebut. Islam telah menggariskan beberapa perkara berkaitan dengan kejahilan seseorang. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

86



TOPIK 7

‘AWARIDH AHLIYYAH

Kejahilan tidak menafikan ahliyyah al-wujub dan ahliyyah al-ada' kerana asas kedua-dua ahliyyah ini masih wujud. Namun, kejahilan boleh dianggap sebagai keuzuran dalam sesetengah keadaan. Sebagai contoh: • Seseorang yang baru memeluk Islam yang menetap di negara yang antiIslam telah meminum arak. Hukumnya: • Dalam situasi ini, dakwaan kejahilannya tentang pengharaman arak boleh diterima. •

Dia dianggap tidak berdosa serta tidak dikenakan hukuman hudud.

Sebabnya: • Dia menetap di negara yang asing daripada pengaruh Islam dan kemungkinan sampainya ilmu mengenai hukum-hukum Islam adalah tipis. Islam telah menggariskan bahawa kejahilan boleh dianggap sebagai keuzuran dalam sesetengah keadaan sepertimana yang telah dijelaskan dalam contoh di atas. Namun demikian, hukum terhadap situasi di atas akan berubah dalam situasi berikut (rujuk Rajah 7.5).

Rajah 7.5: Kejahilan yang dianggap uzur

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 7

(b)

‘AWARIDH AHLIYYAH

 87

Tersilap (KhataÊ) Tersilap (khataÊ) boleh ditafsirkan sebagai perbuatan yang tidak dilakukan dengan sengaja oleh seseorang individu. Tersilap (khataÊ) juga tidak menafikan ahliyyah al-wujub dan ahliyyah al-adaÊ seperti mana yang dijelaskan berikut: (i)

Tersilap (khata') tidak menafikan kedua-dua ahliyyah.

(ii)

Sebabnya: •

Asas kedua-dua ahliyyah tersebut masih wujud.



Setiap individu yang tersilap masih memiliki kewarasan akal walaupun dia tidak sedar ketika melakukan perbuatan tersebut.

Walau bagaimanapun, Islam telah menetapkan beberapa perkara berkaitan dengan hukuman ke atas kesilapan seseorang individu yang terlibat dalam perkara ini. Perkara ini diterangkan dalam Jadual 7.1. Jadual 7.1: Hukuman ke atas Kesilapan Seseorang Individu – Hak Allah dan Hak Hamba Hak Allah

Hak Hamba

• Kesilapan yang dilakukan oleh seseorang individu dalam perkara yang melibatkan hak Allah dianggap sebagai keuzuran.

• Juga dianggap sebagai keuzuran. • Dikecualikan daripada hukuman sebenar dan dosa.

• Maka dia dikecualikan daripada dosa. Contoh: • Kesalahan seorang mufti dalam memutuskan hukum.

Contoh: • Ali tersilap menembak ke arah Abu sehingga menyebabkan Abu mati.

• Kesilapan dalam menentukan arah kiblat.

• Ali tidak dikenakan hukuman sebenar (qisas).

• Kesilapan menilai syubhah dalam pelaksanaan hukuman hudud.

• Ali diwajibkan membayar diyat kepada ahli waris Abu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

88



TOPIK 7

‘AWARIDH AHLIYYAH

SEMAK KENDIRI 7.2 1. Nyatakan kesan khataÊ ke atas ahliyyah al-wujub dan ahliyyah al-adaÊ. 2. Jelaskan konsep jahil yang boleh dianggap sebagai keuzuran dalam Islam.

(c)

Boros dalam Menguruskan Harta (Safih) Safih boleh ditakrifkan sebagai boros dalam pengurusan harta sehingga ia bercanggah dengan batas syarak serta logik akal sedangkan pelakunya memiliki akal yang waras. Safih tidak menafikan kewujudan kedua-dua jenis ahliyyah, namun ia masih boleh memberikan kesan kepada sesetengah hukum. Contohnya: • Hakim boleh menjatuhkan hukuman berbentuk larangan ke atas kanakkanak dan individu mukallaf daripada menguruskan hasrat masingmasing akibat safih. Sebabnya: • Tindakan mereka berbelanja boleh memberikan mudarat, sama ada kepada diri sendiri atau individu yang berada di bawah tanggungan.

(d)

Mabuk (Sukr) Sukr boleh ditafsirkan sebagai kemabukan yang diakibatkan oleh tindakan meminum arak atau seumpamanya sehingga menyebabkan pelakunya tidak sedar apa yang dilakukan olehnya ketika mabuk. Rajah 7.6 menyatakan kesan-kesan kewujudan ahliyyah al-wujub dan ahliyyah al-adaÊ terhadap seorang pemabuk.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 7

‘AWARIDH AHLIYYAH

 89

Rajah 7.6: Kewujudan ahliyyah al-wujub dan ahliyyah al-adaÊ ke atas pemabuk

Manakala mengikut pendapat ulama, mabuk yang boleh menafikan ahliyyah al-adaÊ sehingga mengecualikan dosa kepada pelakunya adalah khusus kepada mabuk yang berlaku secara tidak sengaja sahaja. Contoh: • Ali memakan sejenis ubat kerana demam, lalu menjadi mabuk. •

Abu dipaksa meminum arak sehingga menyebabkannya mabuk.

Jika Ali dan Abu meninggalkan solat fardu semasa dalam keadaan ini, mereka tidak dianggap berdosa dan diwajibkan mengqadaÊ solat tersebut sebaik sahaja sedar daripada kemabukan. Jika mereka pula merosakkan harta orang lain semasa dalam keadaan ini, mereka perlu membayar ganti rugi kepada pemilik harta tersebut. Manakala jika mereka melakukan jenayah seperti pembunuhan, mereka dikecualikan daripada hukuman qisas tetapi perlu membayar diyat sebagai ganti. (e)

Sikap Bermain-main (Hazl) Hazl ialah sikap bermain-main atau bergurau dalam kata-kata di mana pelakunya menuturkan sesuatu perkataan dengan maksud gurauan. Dengan kata lain, seseorang yang bergurau menuturkan sesuatu dengan keadaan waras dan rela tetapi pada hakikatnya dia tidak bermaksud untuk merealisasikan kesan daripada ungkapan yang dikeluarkan. Hazl tidak menafikan kewujudan kedua-dua jenis ahliyyah, namun ia masih boleh memberikan kesan kepada sesetengah hukum. Ini kerana, perkataan seseorang boleh dibahagikan kepada tiga iaitu ikhbarat, iÊtiqadat dan insyaÊat. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

90



TOPIK 7

‘AWARIDH AHLIYYAH

Jadual 7.2 menjelaskan beberapa jenis perkataan yang dapat dikaitkan dengan hazl. Jadual 7.2: Jenis-jenis Perkataan dengan Hazl Jenis-jenis Perkataan Ikhbarat

Penerangan • Kata-kata atau pengakuan terhadap kebenaran sesuatu perkara. • Jika ikhbarat diceritakan secara gurauan (hazl), ia tidak boleh diterima dan dianggap sebagai kata-kata bohong.

I'tiqadat

• Kata-kata yang berkaitan dengan akidah seseorang. • Gurauan (hazl) dalam hal ini boleh memberi kesan kepada akidah sesorang. • Contohnya: (i)

Insya'at

Ali bergurau mengatakan bahawa dia telah keluar daripada Islam; maka dia sememangnya dianggap sebagai murtad.

• Kata-kata berkaitan akad yang boleh memberikan kesan kepada hukum. • Hukum tersebut terbahagi kepada dua: (i)

Gurauan (hazl) tersebut dianggap sebagai benar.

(ii) Gurauan (hazl) akan membatalkan hukum dan boleh ditarik balik jika berlaku ketidakpuasan hati.

(f)

Paksaan (Ikrah) Ikrah ialah perbuatan atau tindakan memaksa seseorang individu untuk melakukan perkara yang tidak diinginkan dengan cara memberikan ancaman bunuh kepadanya atau ancaman untuk mengenakan seksaan fizikal yang teruk. Paksaan (ikrah) boleh menafikan kewujudan kedua-dua jenis ahliyyah, jika ia memenuhi syarat-syarat tertentu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 7

‘AWARIDH AHLIYYAH

 91

Syarat-syarat Paksaan (i)

Pemaksa mestilah seseorang yang mampu untuk melakukan ancaman yang dijanjikan.

(ii)

Individu yang dipaksa merasa benar-benar takut serta yakin ancaman itu akan berlaku.

(iii) Ancaman itu melibatkan nyawa atau kecederaan parah kepada fizikal pihak yang dipaksa. Kesan Paksaan terhadap Perbuatan/Perkataan Orang yang Dipaksa Pada asalnya, ikrah tidak menafikan kewujudan kedua-dua jenis ahliyyah kerana individu yang dipaksa masih bernyawa dan berfikiran waras. Maka, asas kedua-dua ahliyyah masih wujud ke atas diri individu yang dipaksa itu. Namun demikian, para ulama menegaskan bahawa terdapat tiga jenis tindakan yang dilakukan oleh pihak yang dipaksa yang boleh memberikan kesan kepada penentuan hukum. Tindakan-tindakan tersebut dijelaskan melalui Rajah 7.7.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

92



TOPIK 7

‘AWARIDH AHLIYYAH

Rajah 7.7: Kesan paksaan terhadap perbuatan/perkataan orang yang dipaksa

AKTIVITI 7.1 Topik ini telah menerangkan kepada anda mengenai awarid ahliyyah dan pembahagiannya. Selain itu, anda juga telah mendapat penjelasan tentang jenis-jenis setiap awarid samawiyyah dan muktasabah. Pada pendapat anda, mengapakah Islam telah menetapkan awarid ini dalam kehidupan manusia?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 7

‘AWARIDH AHLIYYAH

 93



Ada kalanya sesuatu ahliyyah yang telah sempurna masih boleh terhalang sehingga menyebabkan seseorang individu tidak lagi berhak ke atas haknya atau layak dibebankan dengan tanggungjawab agama.



Perkara yang menghalang ahliyyah ini dikenali sebagai Âawarid ahliyyah. ÂAwarid ini terbahagi kepada dua jenis iaitu Âawarid samawiyyah dan Âawarid muktasabah.



ÂAwarid samawiyyah merupakan halangan terhadap ahliyyah yang berlaku secara semula jadi dan tidak boleh dipengaruhi oleh manusia. Ia terdiri daripada tujuh jenis iaitu gila (junun), ketidaksempurnaan akal (Âatah), terlupa (nisyan), tertidur (nawm), pengsan (ighmaÊ), sakit (marad) dan kematian (mawt).



ÂAwarid muktasabah pula merupakan halangan terhadap ahliyyah yang berlaku akibat tindakan manusia itu sendiri. Ia termasuklah kejahilan (jahil), tersilap (khataÊ), boros dalam menguruskan harta (safih), kemabukan (sakr) dan sikap bermain-main (hazl).



Terdapat Âawarid yang boleh menafikan ahliyyah seseorang dalam bidang ibadat, muamalat dan ada juga Âawarid yang menjejaskan nilai jenayah yang dilakukan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

94



TOPIK 7

‘AWARIDH AHLIYYAH

ÂAwarid

Kematian (Mawt)

ÂAwarid muktasabah

Ketidaksempurnaan akal (ÂAtah)

ÂAwarid samawiyyah

Lupa (Nisyan)

Al-ahliyyah

Mabuk (Sukr)

Al-ahliyyah al-adaÊ

Paksaan (Ikrah)

Al-ahliyyah al-wujub

Pengsan (IghmaÊ)

Boros (Safih)

Sakit (Marad)

Gila (Junun)

Sikap bermain-main (Hazl)

Hak Allah

Tersilap (KhataÊ)

Hak hamba

Tidur (Nawm)

Kejahilan (Jahl)

Al-Ghazali., & Abu Hamid Muhammad bin Muhammad. (1332H). Al-mustasfa min `ilm al-usul. Kaherah: MatbaÊah al-Amiriyyah. Al-Juwayni., & Abd al-Malik. (1999). Al-burhan fi usul al-fiqh. Mesir: Dar alWafaÊ. Al-Razi., & Fakhr al-Din Muhammad. (1992). Al-mahsul fi ilm al-usul: Cet. 2. Beirut: MuÊassasah al-Risalah. Al-Shawkani., & Muhammad bin Ali. (2000). Irshad al-Fuhul Ila Tahqiq al-Haq Min Ilm al-Usul: Jil.1. Beirut: Dar al-Fikr. Al-Zarkashi., & Badr al-Din. (2000). Al-bahr al-muhit fi usul al-fiqh. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah. Muhammad Abu Zahrah. (1997). Usul al-Fiqh. Kaherah: Dar al-Fikr al-Arabi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 7

‘AWARIDH AHLIYYAH

 95

Shalabi., & Muhammad Mustafa. (1986). Usul al-fiqh al-Islami. Beirut: Dar alNahdah al-Arabiyyah. Zaydan., & Abd al-Karim. (1993). Al-wajiz fi usul al-fiqh. Maydan Sayyidah Zaynab: Dar al-Tawzi` Wa al-Nashr al-Islamiyyah. Zuhayr., & Muhammad Abu al-nur. (2004). Usul al-fiqh. Beirut: al-Madar alIslami.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Topik



8

Dalil yang Disepakati: Al-Quran

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan definisi al-Quran; 2. Menerangkan kehujahan al-Quran, serta pandangan ulama berkaitan dengan kehujahan al-Quran; 3. Menghuraikan dalalah al-Quran; dan 4. Membezakan antara dalalah qatÊiyyah dan dalalah zanniyyah.

 PENGENALAN Penentuan hukum syarak dapat dilakukan menerusi proses penetapan daripada sumber atau dalil-dalil syarak yang terpilih. Sumber atau dalil ini boleh dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu sumber hukum yang disepakati oleh para ulama dan sumber hukum yang tidak disepakati oleh ulama. Dalam membincangkan sumber-sumber hukum, kita haruslah memahami bahawa perbezaan pandangan dalam kalangan ulama terutamanya dalam menerima atau menolak sesetengah sumber hukum yang tidak disepakati, tidak akan mencacatkan sistem perundangan Islam. Hal ini kerana, perbezaan yang timbul adalah disebabkan perbezaan metodologi yang mereka gunakan untuk menilai sesetengah sumber hukum tersebut dengan berasaskan hujah masing-masing.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 8

DALIL YANG DISEPAKATI: AL-QURAN



97

Dalam topik ini, anda akan didedahkan dengan perbincangan mengenai salah satu sumber hukum yang disepakati iaitu al-Quran. Al-Quran merupakan sumber hukum yang teragung dan tidak boleh dipertikaikan. Justeru itu, ulama menegaskan bahawa mana-mana dalil yang bercanggah dengan al-Quran akan tertolak dan terbatal secara automatik.

8.1

TAKRIF AL-QURAN

Para ulama telah mendefinisikan al-Quran sebagai Kitab Allah SWT yang mempunyai mukjizat, diturunkan kepada Rasulullah SAW dalam bahasa Arab, ditulis dalam bentuk mushaf, dimulai dengan surah al-Fatihah dan diakhiri dengan surah al-Nas, disampaikan kepada kita dari generasi ke generasi secara mutawatir sehingga ia diyakini bebas daripada sebarang keraguan sama ada berbentuk tambahan mahupun kekurangan dan membacanya dianggap sebagai ibadat.

8.2

KEHUJAHAN AL-QURAN

Para ulama sepakat berpendapat bahawa sah berhujah dan berpegang dengan ayat al-Quran yang disampaikan secara mutawatir. Hal ini kerana, jalan mutawatir meyakinkan kita tentang kesahihan al-Quran itu sendiri. Namun begitu, para ulama berselisih pendapat tentang kesahihan berhujah dan berpegang dengan nas al-Quran yang disampaikan secara tidak mutawatir dalam membuat kesimpulan hukum. Perselisihan ulama dalam hal ini boleh dibahagikan kepada dua pendapat seperti yang dijelaskan dalam Jadual 8.1 yang berikut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

98



TOPIK 8

DALIL YANG DISEPAKATI: AL-QURAN

Jadual 8.1: Pembahagian Pendapat Ulama Mazhab Hanafi dan Hanbali dengan Ulama Mazhab Maliki dan ShafiÊi Ulama Mazhab Hanafi dan Hanbali

Ulama Mazhab Maliki dan Shafi'i

• Sah berhujah dengan ayat Al-Quran yang disampaikan secara tidak mutawatir.

• Tidak sah berhujah dengan ayat alQuran yang disampaikan secara tidak mutawatir.

• Pendapat mereka walaupun nas tersebut tidak dipindah melalui jalan mutawatir, ia pastinya tetap didengar daripada Rasulullah.

• Pendapat mereka nas yang tidak dipindah melalui jalan mutawatir bukanlah al-Quran kerana ayat alQuran dipindah melalui jalan mutawatir.

• Sekiranya nas tersebut tidak diperoleh daripada Rasulullah, mustahil sahabat yang adil menulis dan mensabitkannya di dalam mashaf. • Ataupun setidak-tidaknya nas tersebut adalah sunnah dari Rasulullah yang menjelaskan/mentafsirkan al-Quran. • Maka, disebabkan ulama mazhab Hanafi dan Hanbali mengkategorikan nas tersebut sebagai sunnah, jadi sah berhujah dengannya kerana sunnah merupakan salah satu sumber hukum dan sah berpegang dengannya.

• Ia juga bukan sunnah kerana perawinya tidak memindahkan nas tersebut atas dasar ia adalah sunnah. • Maka, sekiranya nas tersebut tidak dapat dikategorikan sebagai alQuran/sunnah, maka ia tidak boleh dijadikan hujah.

SEMAK KENDIRI 8.1 1. Dengan ringkas, nyatakan definisi al-Quran. 2. Jelaskan implikasi sekiranya sesuatu dalil bercanggah dengan al-Quran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 8

8.3

DALIL YANG DISEPAKATI: AL-QURAN



99

STATUS THUBUT DAN DALALAH KANDUNGAN AL-QURAN

Subtopik ini akan membincangkan status thubut dan dalalah kandungan al-Quran dengan lanjut.

8.3.1

Status Thubut Kandungan Al-Quran

Status thubut kandungan al-Quran adalah qatiÊyyah. Ini adalah kerana ayat al-Quran disampaikan dari generasi ke generasi secara mutawatir sehinggakan tidak wujud sebarang kemungkinan ia boleh dipalsukan.

8.3.2

Status Dalalah Kandungan Al-Quran

Dalalah al-Quran boleh dibahagikan kepada dua kategori sebagaimana dijelaskan dalam Rajah 8.1 berikut.

Rajah 8.1: Dua kategori dalalah al-Quran Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

100



TOPIK 8

DALIL YANG DISEPAKATI: AL-QURAN

SEMAK KENDIRI 8.2 1. Nyatakan status thubut al-Quran. 2. Jelaskan perselisihan ulama berkaitan dengan kehujahan al-Quran.

AKTIVITI 8.1 Topik ini telah menerangkan status dalalah al-Quran. Anda telah memahami bahawa dalalah al-Quran terbahagi kepada dua iaitu qatÊiyyah dan zanniyyah. Dengan mengemukakan contoh, bezakan antara ayat al-Quran yang bersifat qatÊiyyah dalalah dengan ayat yang bersifat zanniyyah dalalah.



Sumber atau dalil hukum boleh dibahagikan kepada dua, sumber hukum yang disepakati oleh para ulama dan sumber hukum yang tidak disepakati oleh ulama.



Al-Quran dikategorikan sebagai sumber hukum yang disepakati oleh ulama.



Al-Quran ditakrifkan oleh para ulama sebagai kitab Allah SWT bermukjizat, diturunkan kepada Rasulullah SAW dalam bahasa Arab dalam bentuk mushaf, dimulai dengan surah al-Fatihah dan diakhiri dengan surah an-Nas, disampaikan secara mutawatir sehingga ia diyakini bebas daripada sebarang keraguan sama ada dalam bentuk penambahan atau pengurangan dan membacanya dianggap sebagai suatu ibadat.



Thubut boleh didefinisikan sebagai status kesahihan sesuatu dalil hukum. Thubut al-Quran terbahagi kepada dua iaitu qatÊiyyah thubut dan zanniyyah thubut.



Bagi ayat al-Quran, thubutnya bersifat qatÊiyyah di mana boleh diertikan sebagai dalil hukum yang diyakini kesahihannya sehinggakan tidak wujud keraguan sama sekali dalam menerimanya sebagai sumber hukum.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 8

DALIL YANG DISEPAKATI: AL-QURAN



101



Dalalah al-Quran juga terbahagi kepada dua iaitu dalalah yang bersifat qatÊiyyah dan dalalah yang bersifat zanniyyah.



Bagi kategori dalalah yang bersifat qatÊiyyah, ia merujuk kepada keterangan dalam nas al-Quran yang sangat jelas dan tidak perlu ditafsirkan lagi. Manakala dalalah yang bersifat zanniyyah pula merujuk kepada keterangan dalam nas al-Quran yang tidak jelas dan perlu kepada penafsiran.

Al-Quran

QatÊiyyah

Bermukjizat

Thubut

Dalalah

Zanniyyah

Mutawatir

Al-Ghazali., & Abu Hamid Muhammad bin Muhammad. (1332H). Al-mustasfa min `ilm al-usul. Kaherah: MatbaÊah al-Amiriyyah. Al-Juwayni., & Abd al-Malik. (1999). Al-burhan fi usul al-fiqh. Mesir: Dar alWafaÊ. Al-Razi., & Fakhr al-Din Muhammad. (1992). Al-mahsul fi ilm al-usul: Cet. 2. Beirut: MuÊassasah al-Risalah. Al-Shawkani., & Muhammad bin Ali. (2000). Irshad al-Fuhul Ila Tahqiq al-Haq Min Ilm al-Usul: Jil.1. Beirut: Dar al-Fikr. Al-Zarkashi., & Badr al-Din. (2000). Al-bahr al-muhit fi usul al-fiqh. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah. Muhammad Abu Zahrah. (1997). Usul al-Fiqh. Kaherah: Dar al-Fikr al-Arabi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

102



TOPIK 8

DALIL YANG DISEPAKATI: AL-QURAN

Shalabi., & Muhammad Mustafa. (1986). Usul al-fiqh al-Islami. Beirut: Dar alNahdah al-Arabiyyah. Zaydan., & Abd al-Karim. (1993). Al-wajiz fi usul al-fiqh. Maydan Sayyidah Zaynab: Dar al-Tawzi` Wa al-Nashr al-Islamiyyah. Zuhayr., & Muhammad Abu al-nur. (2004). Usul al-fiqh. Beirut: al-Madar alIslami.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Topik



9

Dalil yang Disepakati: Al-Sunnah

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menyatakan definisi al-Sunnah; 2. Menjelaskan sejarah perkembangannya; 3. Membincangkan faedah mempelajari ilmu al-Sunnah; 4. Membezakan kategori al-Sunnah dan bahagian-bahagiannya; dan 5. Menerangkan dalalah al-Sunnah dengan lebih terperinci.

 PENGENALAN Para ulama usul telah mendefinisikan al-Sunnah sebagai setiap perkara yang berasal daripada Rasulullah SAW selain daripada al-Quran. Ia boleh berbentuk perkataan, perbuatan, mahupun perakuan baginda yang boleh menjadi asas kepada penentuan hukum. Keautoritian al-Sunnah sebagai sumber hukum telah ditegaskan sendiri oleh Allah SWT dalam al-Quran. Allah berfirman bahawa alSunnah merupakan salah satu bentuk wahyu yang wajib diterima oleh setiap individu Muslim. FirmanNya „Dan dia (Muhammad) tidak bercakap (mengenai soal agama) berdasarkan hawa nafsu‰, (sebaliknya) ia (kata-katanya) tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan kepada‰ dan firmanNya: „Taatilah Allah dan taatilah Rasul SAW dan pemerintah dalam kalangan kamu‰.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

104



TOPIK 9

DALIL YANG DISEPAKATI: AL-SUNNAH

AKTIVITI 9.1 Al-Sunnah ialah salah satu sumber dalam penentuan hukum. Ia merupakan perkara yang berasal daripada Rasulullah SAW yang berbentuk perkataan, perbuatan, mahupun perakuan baginda. Bincangkan dalam kumpulan, apakah kepentingan memahami al-Sunnah.

9.1

DEFINISI AL-SUNNAH

Sebagaimana yang kita sudah pelajari, al-Sunnah atau al-Hadith adalah sumber hukum kedua selepas al-Quran. Sila rujuk Rajah 9.1 untuk definisi al-Sunnah mengikut segi bahasa dan istilah.

Rajah 9.1: Definisi al-Sunnah

9.2

KATEGORI AL-SUNNAH

Para ulama telah membahagikan al-Sunnah kepada beberapa kategori berdasarkan aspek yang berbeza. Dari aspek hakikat (mahiyyah) al-Sunnah, para ulama membahagikannya kepada tiga kategori seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 9.2.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 9

DALIL YANG DISEPAKATI: AL-SUNNAH



105

Rajah 9.2: Tiga kategori mahiyyah

Sekarang, mari kita lihat kategori-kategori tersebut dengan lebih teliti lagi. (a)

Sunnah Qawliyyah Merujuk kepada ucapan Rasulullah SAW yang diriwayatkan dalam pelbagai situasi, seperti sabda baginda mengenai persoalan niat. Contohnya:

‫إﳕﺎ اﻷﻋﻤﺎل ﺑﺎﻟﻨﻴﺎت وإﳕﺎ ﻟﻜﻞ اﻣﺮءى ﻣﺎ ﻧﻮى‬ Maksudnya: Hanya segala amal dengan niat dan hanya bagi setiap seorang apa yang diniatkan. (b)

Sunnah Fi'liyyah Merujuk kepada perbuatan yang dilakukan oleh baginda seperti solat, haji, puasa dan lain-lain. Contohnya:

‫ﺻﻠﻮا ﻛﻤﺎ رأﻳﺘﻤﻮﱐ أﺻﻠﻰ‬ Maksudnya: Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersembahyang. (c)

Sunnah Taqriyyah Merujuk kepada perakuan/persetujuan Rasulullah SAW terhadap perbuatan sesetengah sahabatnya yang ditunjukkan menerusi kata-kata yang jelas bersetuju atau menerusi tindakan berdiam diri terhadap perkara yang berlaku di depan matanya. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

106



TOPIK 9

DALIL YANG DISEPAKATI: AL-SUNNAH

Contohnya: Rasulullah pernah memperakukan hukum halal memakan biawak dhob dalam peristiwa baginda dihidangkan biawak dhob tetapi baginda tidak memakannya sementara para sahabat memakannya. Di samping itu, al-Sunnah turut dibahagikan kepada dua kategori berbeza dari aspek jumlah perawi yang meriwayatkannya. Dua kategori tersebut seperti yang ditegaskan oleh jumhur ulama adalah seperti berikut. (a)

Sunnah Mutawatirah Ditafsirkan sebagai sunnah yang diriwayatkan oleh jumlah perawi yang ramai pada ketiga-tiga lapisan iaitu peringkat sahabat, tabiin dan tabi' altabiin sehingga keadaan ini dianggap menghalang mereka berpakat memalsukan sunnah berkenaan.

(b)

Sunnah Ahad Diriwayatkan oleh sejumlah perawi yang tidak seramai jumlah perawi sunnah mutawatirah. Sebagai contoh, jumlah perawi bagi sunnah ahad mungkin terdiri daripada seorang dua perawi pada mana-mana tabaqah atau lapisan.

SEMAK KENDIRI 9.1 1. Apakah perbezaan antara sunnah mutawatir dan sunnah ahad? 2. Jelaskan kategori sunnah dari aspek hakikat atau mahiyyah berserta contohnya.

9.3

KEHUJAHAN AL-SUNNAH

Para ulama sepakat berpendapat bahawa al-Sunnah dianggap hujah dan sumber hukum, wajib beramal dengannya jika sumbernya daripada Rasulullah SAW. Rajah 9.3 menyatakan tiga bentuk hujah al-Sunnah tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 9

DALIL YANG DISEPAKATI: AL-SUNNAH



107

Rajah 9.3: Tiga bentuk hujah al-Sunnah

9.3.1

Al-Quran

Al-Quran menunjukkan bahawa apa yang diperkatakan oleh Rasulullah SAW secara mensyariatkan adalah wahyu Allah Taala. Firman Allah:

‫وﻣﺎ ﻳﻨﻄﻖ ﻋﻦ اﳍﻮى إن ﻫﻮ إﻻ وﺣﻲ ﻳﻮﺣﻰ‬ Maksudnya: Dan ia (Muhammad) tidak berkata-kata menurut hawa nafsu, sesungguhnya kata-katanya itu wahyu yang diwahyukan. (Surah An-Najm ayat 3-4) Allah telah memberi kepada Rasulullah SAW tugas menjelaskan makna al-Quran dan menerangkan hukum-hukumnya yang mujmal (yang samar). Firman Allah:

‫وأﻧﺰﻟﻨﺂ اﻟﻴﻚ اﻟﺬﻛﺮ ﻟﺘﺒﲔ ﻟﻠﻨﺎس ﻣﺎ ﻧﺰل إﻟﻴﻬﻢ‬ Maksudnya: Dan Kami (Allah) telah turunkan kepada engkau (Muhammad) al-Quran sampai engkau dapat terangkan kepada orang ramai apa yang diturunkan kepada mereka. (Surah An-Nahl ayat 44)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

108



9.3.2

TOPIK 9

DALIL YANG DISEPAKATI: AL-SUNNAH

Ijmak

Para ulama dari zaman Nabi kita SAW sehingga hari ini sepakat berpendapat wajib berpegang dengan hukum yang terdapat dalam al-Sunnah dan kita mesti merujuk kepadanya untuk mengetahui hukum syarak.

9.3.3

Akal

Sebagaimana yang kita yakini bahawa Nabi Muhammad SAW adalah pesuruh Allah. Tugas Rasul ialah menyampaikan sesuatu daripada Allah, mempercayai kerasulannya, mentaatinya serta patuh kepada apa yang disampaikannya.

SEMAK KENDIRI 9.2 Apakah yang dimaksudkan dengan kehujahan al-Sunnah menurut fahaman anda?

9.4

STATUS THUBUT DAN DALALAH AL-SUNNAH

Berdasarkan huraian terdahulu, para pelajar pastinya sudah mampu menjangka status thubut dan dalalah bagi sunnah Rasulullah. Status dalalah bagi al-sunnah terbahagi kepada dua kategori iaitu qatÊiyyah dan zanniyyah. Dalalah sunnah yang bersifat qatÊiyyah merujuk kepada kandungan sunnah yang hanya boleh ditafsirkan dengan satu maksud sahaja dan tidak boleh ditakwilkan. Rajah 9.4 akan menerangkan secara terperinci tentang kekuatan thubut dan dalalah bagi al-Quran dan al-Sunnah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 9

DALIL YANG DISEPAKATI: AL-SUNNAH



109

Rajah 9.4: Kekuatan thubut dan dalalah bagi al-Quran dan al-Sunnah



Sumber atau dalil hukum boleh dibahagikan kepada dua iaitu boleh disepakati dan tidak boleh disepakati.



Kategori dalil yang disepakati ialah al-Quran, al-Sunnah, ijmak dan qiyas.



Thubut atau dalalah boleh ditafsirkan sebagai status kesahihan sesuatu dalil hukum. Ia terbahagi kepada dua kategori iaitu dalil hukum yang thubutnya bersifat qatÊiyyah dan dalil hukum yang thubutnya bersifat zanniyyah.



Al-Sunnah boleh dibahagikan kepada beberapa kategori berdasarkan aspekaspek yang berbeza. Dari hakikat (mahiyyah) sunnah, para ulama membahagikannya kepada tiga kategori iaitu sunnah qawliyyah dan sunnah fiÊliyyah dan sunnah taqririyyah.



Manakala dari segi aspek jumlah perawi yang meriwayatkan sunnah boleh dibahagikan kepada dua iaitu sunnah mutawatirah dan sunnah ahad. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

110



TOPIK 9

DALIL YANG DISEPAKATI: AL-SUNNAH

Dalalah

Sunnah mutawatirah

Dalalah qatÊiyyah

Thubut

Dalalah zhonniyyah

Wajib

Sunnah ahad

Al-Ghazali., & Abu Hamid Muhammad bin Muhammad. (1332H). Al-mustasfa min `ilm al-usul. Kaherah: MatbaÊah al-Amiriyyah. Al-Juwayni., & Abd al-Malik. (1999). Al-burhan fi fi usul al-fiqh. Mesir: Dar alWafaÊ. Al-Razi., & Fakhr al-Din Muhammad. (1992). Al-mahsul fi ilm al-usul: Cet. 2. Beirut: MuÊassasah al-Risalah. Al-Shawkani., & Muhammad bin Ali. (2000). Irshad al-Fuhul Ila Tahqiq al-Haq Min Ilm al-Usul: Jil.1. Beirut: Dar al-Fikr. Al-Zarkashi., & Badr al-Din. (2000). Al-bahr al-muhit fi usul al-fiqh. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah. Hasan Ahmad., & Muhammad Soleh Ahmad. (1998). Usul fiqh dan qawaid fiqhiyyah. Kuala Lumpur: Pustaka Hj Abd Hamid. Muhammad Abu Zahrah. (1997). Usul al-Fiqh. Kaherah: Dar al-Fikr al-Arabi. Shalabi., & Muhammad Mustafa. (1986). Usul al-fiqh al-Islami. Beirut: Dar alNahdah al-Arabiyyah. Zaydan., & Abd al-Karim. (1993). Al-wajiz fi usul al-fiqh. Maydan Sayyidah Zaynab: Dar al-Tawzi` Wa al-Nashr al-Islamiyyah. Zuhayr., & Muhammad Abu al-nur. (2004). Usul al-fiqh. Beirut: al-Madar alIslami.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Topik



10

Dalil yang Disepakati: Ijmak dan Qiyas

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menyatakan definisi ijmak dan qiyas; 2. Membincangkan faedah-faedah mempelajari ijmak dan qiyas; 3. Membezakan kategori ijmak dan qiyas serta bahagian-bahagiannya; dan 4. Menerangkan hujahan ijmak dan qiyas.

 PENGENALAN Ijmak dan qiyas merupakan dalil-dalil yang digunakan setelah al-Quran dan al-Sunnah untuk dijadikan pedoman dalam mengeluarkan hukum-hukum syarak. Namun ada sebilangan umat Islam yang tidak mengiktiraf ijmak dan qiyas. Ijmak dan qiyas muncul setelah Rasulullah SAW wafat. Para sahabat melakukan ijtihad untuk menetapkan hukum terhadap masalah-masalah yang mereka hadapi. Khalifah Umar Ibnu Khattab r.a. misalnya selalu mengumpulkan para sahabat untuk berbincang dan bertukar fikiran dalam menetapkan hukum. Jika mereka telah sepakat pada satu hukum, maka ia menjalankan pemerintahan berdasarkan hukum yang telah disepakati.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

112



TOPIK 10

10.1

DALIL YANG DISEPAKATI: IJMAK DAN QIYAS

DEFINISI IJMAK

Kita mesti memahami maksud ijmak dari segi bahasa dan istilah secara mendalam. Rajah 10.1 menyatakan definisi ijmak tersebut.

Rajah 10.1: Definisi ijmak

10.2

JENIS-JENIS IJMAK

Al-ijmak atau ijmak terbahagi kepada dua bahagian iaitu ijmak sarih dan ijmak sukuti. Jadual 10.1 akan menjelaskan secara terperinci tentang jenis-jenis ijmak. Jadual 10.1: Jenis-jenis Ijmak Jenis-jenis

Penerangan

Ijmak Sarih

Semua ulama mujtahidin bersepakat dalam masa mengeluarkan hukum yang serupa sama ada melalui kata atau fatwa atau mahkamah atau amalan (perbuatan).

Ijmak Sukuti

Sebahagian daripada ulama mujtahidin mengeluarkan pendapatnya mengenai satu masalah dan sampai pendapatnya ini kepada ulamaulama mujtahidin yang lain dan mereka hanya mendiamkan diri iaitu tidak bersetuju dan tidak pula membantah secara terang.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 10

10.3

DALIL YANG DISEPAKATI: IJMAK DAN QIYAS

 113

KEHUJAHAN IJMAK

Ijmak adalah sumber hukum ketiga setelah al-Quran dan al-Sunnah. Untuk mengetahui kehujahan ijmak itu, kita hendaklah mengetahui kehujahannya melalui jenis sarih atau sukuti dan bagi keduanya mempunyai hukum yang berlainan antara satu sama lain dari segi hujahnya. (a)

Kehujahan Ijmak Sarih Jumhur telah sepakat bahawa ijmak sarih itu merupakan hujah secara qatÊi, wajib mengamalkannya dan haram menentangnya. Bila sudah terjadi ijmak pada suatu permasalahan, maka itu menjadi hukum qatÊi yang tidak boleh ditentang dan menjadi masalah yang tidak boleh diijtihad lagi. Dalil-dalil yang dikeluarkan oleh jumhur ialah berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud: „Barang siapa menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran petunjuk (yang dibawanya), dan ia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman, Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam; dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.‰ (Surah an-NisaÊ ayat 115) Kehujahan dalil ayat tersebut adalah ancaman Allah SWT terhadap mereka yang tidak mengikuti jalan orang-orang mukmin. Seterusnya, kehujahan ijmak sukuti pula berbeza dengan kehujahan ijmak sarih. Ini dapat dilihat melalui penerangan berikut:

(b)

Kehujahan Ijmak Sukuti Sebahagian daripada mereka tidak memandang ijmak sukuti sebagai hujah bahkan tidak mengatakan sebagai ijmak. Antara mereka ialah pengikut Imam Maliki dan Imam SyafiÊi yang menyebutkan hal tersebut dalam pelbagai pendapat mereka. Mereka berselisih pendapat bahawa diamnya sebahagian mujtahid itu mungkin bermakna mereka bersepakat dengan sebahagian yang lain. Contohnya kerana tidak melakukan ijtihad pada satu masalah atau takut mengemukakan pendapatnya sehingga kesepakatan mereka terhadap Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

114



TOPIK 10

DALIL YANG DISEPAKATI: IJMAK DAN QIYAS

mujtahid lain tidak boleh ditetapkan sama ada dalam hal qatÊi atau zanni. Jika demikian keadaannya, ijmak jenis ini tidak boleh dijadikan sebagai hujah.

AKTIVITI 10.1 Bincangkan dalam kumpulan tentang kepentingan ijmak dalam kaedah penentuan hukum Islam. Seterusnya, bentangkan segala perbincangan tersebut di dalam kelas.

10.4

DEFINISI QIYAS

Qiyas menurut ulama usul adalah menerangkan sesuatu yang tiada nasnya dalam al-Quran dan al-Sunnah dengan cara membandingkan dengan sesuatu yang ditetapkan hukumnya berdasarkan nas. Mereka juga mendefinisikan qiyas sebagai menyamakan sesuatu yang tidak ada nas hukumnya dengan sesuatu yang ada nas hukumnya kerana adanya persamaan illah hukum. Rajah 10.2 menunjukkan definisi qiyas dengan lebih terperinci.

Rajah 10.2: Definisi qiyas

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 10

10.5

DALIL YANG DISEPAKATI: IJMAK DAN QIYAS

 115

KEHUJAHAN QIYAS

Para jumhur ulama berpendapat bahawa qiyas adalah hujah dan dalil hukum syarak melalui al-Quran, al-Sunnah, ijmak dan dalil Âaqli. Hujah-hujah mereka adalah seperti yang dijelaskan dalam Jadual 10.2. Jadual 10.2: Kehujahan Qiyas Kehujahan Qiyas

Penerangan

Al-Quran

"Hendaklah kamu ambil pengajaran wahai orang-orang yang mempunyai fikiran" (Surah Al-Hasyr: 2).

Al-Sunnah

Rasulullah mengutus sahabatnya Muaz bin Jabal ke Yaman. • Baginda bertanya pada Muaz: „Bagaimana kamu menghukum sesuatu masalah?" • Jawab Muaz: "Saya akan menghukum mengikut kitab Allah." Baginda bertanya lagi: "Jika engkau tidak temui dalam kitab Allah?‰ • Jawab Muaz: Rasulullah".

"Saya akan

menghukum dengan

Sunnah

• Baginda bertanya lagi: "Jika engkau tidak temuinya dalam Sunnah Rasulullah?" • Jawab Muaz: Saya akan berijtihad dan tidak akan terpesong". Ijmak

Para sahabat telah menghukum dengan dibunuh beberapa pembunuh yang sama-sama terlibat membunuh seorang kerana diqiyaskan hukuman potong tangan beberapa pencuri yang samasama terlibat mencuri satu harta.

'Aqli

Bahawa Allah telah menjadikan syariat Islam sebagai kesudahan syariat, maka sebab itulah mesti mempunyai sumber-sumbernya yang lengkap merangkumi segala hukum bagi masalah yang telah dan akan ada sehingga Hari Kiamat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

116



TOPIK 10

DALIL YANG DISEPAKATI: IJMAK DAN QIYAS

SEMAK KENDIRI 10.1 1.

Mengapakah para ulama usul menerima qiyas sebagai hujah dalam penentuan hukum? Nyatakan.

2.

Dengan ringkas, berikan dalil kehujahan qiyas daripada al-Quran, al-Sunnah, ijmak dan Âaqli.

10.6

JENIS-JENIS QIYAS

Qiyas merupakan sumber hukum selepas al-Quran, al-Sunnah dan ijmak ulama. Seterusnya kita akan memperkatakan tentang beberapa jenis qiyas yang akan dijelaskan dalam Rajah 10.3.

Rajah 10.3: Jenis-jenis qiyas

Mari kita bincang jenis-jenis tersebut satu persatu. (a)

Qiyas Jali Qiyas yang sebabnya sabit dengan nas atau al-ijmak atau sebabnya amat jelas dan pasti kerana tiada perbezaan antara asal dan cabangnya.

(b)

Qiyas Khafi Qiyas yang sebabnya sabit dengan al-istinbat (penetapan hukum) dan tidak dapat dipastikan ketiadaan perbezaan antara asal dan cabang.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 10

DALIL YANG DISEPAKATI: IJMAK DAN QIYAS

 117

SEMAK KENDIRI 10.2 1. Apakah yang dimaksudkan dengan qiyas khafi dan qiyas jali? Nyatakan. 2. Jelaskan perbezaan antara ijmak ulama dan qiyas.



Ijmak dan qiyas muncul setelah Rasulullah SAW wafat. Para sahabat melakukan ijtihad untuk menetapkan hukum terhadap masalah-masalah yang mereka hadapi.



Ijmak dari segi bahasa bermaksud azam atau membulatkan hati untuk melakukan sesuatu perkara, manakala dari segi istilah pula ialah persepakatan para ulama mujtahidin daripada umat Nabi Muhammad SAW pada mana-mana masa terhadap hukum syarak selepas kewafatan Rasulullah.



Ijmak mempunyai dua jenis iaitu ijmak sarih dan ijmak sukuti.



Ijmak sarih bermaksud semua ulama mujtahidin bersepakat dalam masa mengeluarkan hukum yang serupa sama ada melalui kata atau fatwa.



Ijmak sukuti pula bermaksud sebahagian daripada ulama mujtahidin mengeluarkan pendapatnya mengenai satu masalah dan sampai pendapatnya ini kepada ulama-ulama mujtahidin yang lain dan mereka mendiamkan diri tidak bersetuju dan tidak pula membantah secara terang.



Jumhur ulama telah sepakat bahawa ijmak sarih itu merupakan hujah secara qatÊi, wajib mengamalkannya dan haram menentangnya.



Qiyas menurut ulama usul adalah menerangkan sesuatu yang tidak ada nasnya dalam al-Quran dan al-Sunnah dengan cara membandingkan dengan sesuatu yang ditetapkan hukumnya berdasarkan nas.



Qiyas bermaksud menyamakan masalah yang tidak ada dalam al-Quran atau al-Sunnah atau ijmak dengan masalah yang dijelaskan hukumnya dalam salah satu daripadanya kerana menyamai `illahnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

118



TOPIK 10

DALIL YANG DISEPAKATI: IJMAK DAN QIYAS



Qiyas jali bermaksud qiyas yang sebabnya sabit dengan nas atau al-ijmak atau sebabnya amat jelas dan pasti kerana tiada perbezaan antara asal dan cabangnya.



Qiyas khafi bermaksud qiyas yang sebabnya sabit dengan al-istinbat (penetapan hukum) dan tidak dapat dipastikan ketiadaan perbezaan antara asal dan cabang.

ÂIllah

Istinbat

Dalil qatÊi

Mujtahid

Ijmak

Qiyas

Ijmak sharih

Qiyas jali

Ijmak sukuti

Qiyas khafi

Al-Ghazali., & Abu Hamid Muhammad bin Muhammad. (1332H). Al-mustasfa min `ilm al-usul. Kaherah: MatbaÊah al-Amiriyyah. Al-Juwayni., & Abd al-Malik. (1999). Al-burhan fi fi usul al-fiqh. Mesir: Dar alWafaÊ. Al-Razi., & Fakhr al-Din Muhammad. (1992). Al-mahsul fi ilm al-usul: Cet. 2. Beirut: MuÊassasah al-Risalah. Al-Shawkani., & Muhammad bin Ali. (2000). Irshad al-Fuhul Ila Tahqiq al-Haq Min Ilm al-Usul: Jil.1. Beirut: Dar al-Fikr. Al-Zarkashi., & Badr al-Din. (2000). Al-bahr al-muhit fi usul al-fiqh. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah. Hasan Bin Ahmad., & Muhammad Soleh Bin Ahmad. (1998). Usul fiqh dan qawaid fiqhiyyah. Kuala Lumpur: Pustaka Hj Abd Hamid.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 10

DALIL YANG DISEPAKATI: IJMAK DAN QIYAS

 119

Muhammad Abu Zahrah. (1997). Usul al-Fiqh. Kaherah: Dar al-Fikr al-Arabi. Shalabi., & Muhammad Mustafa. (1986). Usul al-fiqh al-Islami. Beirut: Dar alNahdah al-Arabiyyah. Zaydan., & Abd al-Karim. (1993). Al-wajiz fi usul al-fiqh. Maydan Sayyidah Zaynab: Dar al-Tawzi` Wa al-Nashr al-Islamiyyah. Zuhayr., & Muhammad Abu al-nur. (2004). Usul al-fiqh. Beirut: al-Madar alIslami.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

MODULE FEEDBACK MAKLUM BALAS MODUL

If you have any comment or feedback, you are welcome to: 1.

E-mail your comment or feedback to [email protected]

OR 2.

Fill in the Print Module online evaluation form available on myINSPIRE.

Thank you. Centre for Instructional Design and Technology (Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi ) Tel No.:

03-27732578

Fax No.:

03-26978702

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Related Documents

Pengenalan Usul Fiqh
January 2021 1
Usul-handasa.pdf
March 2021 0
Kaedah Fiqh
January 2021 1
1.0 Pengenalan
January 2021 0
Pengenalan Etap
January 2021 2
Fiqh Seksualitas
January 2021 1