Pengkelasan Bahan

  • Uploaded by: Fitriah Mohamad
  • 0
  • 0
  • February 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pengkelasan Bahan as PDF for free.

More details

  • Words: 1,992
  • Pages: 63
Loading documents preview...
Pengkelasan Bahan Perpustakaan Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey Sektor Perkhidmatan Sumber Pendidikan

Bahagian Teknologi Pendidikan

PENGKELASAN Proses mengumpulkan bahanbahan perpustakaan mengikut susunan tertentu secara teratur. Melalui proses ini bahan-bahan yang berkaitan dari segi perkara dapat disimpan.

DEFINISI - Satu susunan yang sistematik mengikut perkara bagi koleksikoleksi perpustakaan / pusat sumber yang terdapat di rak dan pada entri katalog.

DEFINISI - Satu sistem penyusunan bahanbahan perpustakaan / pusat sumber ataupun pengelompokan perkara-perkara yang sama.

DEFINISI - Satu sistem penyusunan bahanbahan perpustakaan / pusat sumber ataupun pengelompokan perkara-perkara yang sama.

DEFINISI - Satu sistem penyusunan bahanbahan perpustakaan / pusat sumber ataupun pengelompokan perkara-perkara yang sama.

TUJUAN Untuk menentukan bahan-bahan perpustakaan tersusun dalam satu kelompok yang sama.

KEGUNAANNYA - Dapat mengetahui garis besar perkara-perkara yang diliputi oleh koleksi-koleksi tertentu.

KEGUNAANNYA - Dapat mengetahui berapa banyak jumlah bahan-bahan perpustakaan bagi sesuatu perkara.

KEGUNAANNYA - Memudahkan pengguna mendapat bahan yang dicari dengan cepat.

KEGUNAANNYA - Memudahkan petugas perpustakaan / pusat sumber menyusun semula bahan-bahan perpustakaan dengan cepat.

NOMBOR PENGGILAN Setiap nombor panggilan bagi sesuatu bahan akan mengandungi nombor kelas dan nombor/tanda pengarang/buku atau tanda-tanda lain untuk penyusunan bahan.

NOMBOR PENGGILAN Untuk memperolehi nombor kelas kita perlulah merujuk kepada sesuatu skim pengkelasan dan bagi setiap skim pengkelasan yang digunakan, notasi diperlukan.

NOTASI Notasi ialah suatu simbol ringkas atau kod sesuatu perkara khusus dari suatu sistem pengkelasan tertentu. Terdapat dua jenis notasi.

1. Notasi Tulin Notasi yang terdiri dari satu simbol, nombor atau huruf sahaja. Contoh skim pengkelasan yang beranotasi tulin ialah DDC ( Dewey Decimal Classification).

2. Notasi Campuran Notasi yang terdiri dari dua simbol (nombor dengan huruf). Contoh skim pengkelasan yang beranotasi campuran ialah LCC ( Library of Congress Classification).

Peranan Notasi - Dapat menunjukkan hubungan hirarki perkara-perkara. - Dapat diketahui lokasi perkaraperkara tertentu. - Mneghubungkan satu perkara dengan satu perkara yang lain.

Nombor Panggilan 



Setiap bahan diberi nombor panggilan yang mengandungi notasi untuk kelas (nombor kelas) dan nombor buku. Nombor kelas berdasarkan nombornombor yang terdapat dalam sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey

Nombor Panggilan 

Nombor buku adalah dari tiga huruf awal dari entri utama. Tujuan utama nombor buku adalah untuk membezakan karyakarya yang berlainan mengenai perkara yang sama.

 Nombor

Panggilan ialah alamat kepada bahan-bahan dalam pusat sumber.  Ia terdiri daripada:Nombor Pengkelasan  3 Abjad awal ‘entry utama’. 

 Biasanya

ia ditulis / dipaparkan di bahagian bawah tulang (spine) buku.

Nombor Panggilan Contoh 1 The role of public libraries in our community/ by Adam Miles. 027.4 (Nombor kelas) MIL (Nombor buku dari tiga huruf awal entri utama)

Nombor Panggilan Contoh 2 Kurikulum sekolah menengah masa kini/oleh Kamariah Latif…[et.al.] 373.19 (Nombor kelas) KUR (Nombor buku dari tiga huruf awal entri utama)

Nombor Panggilan Contoh 3 Gerimis/Sabar Bohari FIK (Nombor untuk fiksyen) SAB (Nombor buku dari tiga huruf awal nama pengarang)

Skim/Sistem Pengkelasan Utama 1. 2. 3.

Dewey Decimal Classification (DDC) Library of Congress Classification (LCC) Universal Decimal Classification (UDC)

Kaedah Mengkelas 



Terlebih dahulu sebelum sesuatu bahan dikelas kita perlulah menentukan tajuk perkaranya dahulu. Ini dilakukan dengan kenalpasti isi kandungannya. Rujuk kepada judul, jadual kandungan, pendahuluan, tajuk bab, sinopsis, abstrak dan lain-lain lagi. Sekiranya bahan mempunyai perkaraperkara yang berbeza, pilih perkara yang lebih banyak dibincangkan.

Kaedah Mengkelas 

Bagi sesuatu karya yang mempunyai 2 atau 3 perkara, kelaskan di bawah perkara yang paling ditekankan di dalam karya itu atau di bawah perkara yang pertama di dalam DDC jika kesemuanya diberi penekanan yang sama. Contohnya, sejarah United States dan Japan adalah sama layananya, kelaskan di bawah Japan kerana nombor Japan disebutkan dahulu, iaitu 952 sebelum 973.

Kaedah Mengkelas 

Untuk bahan-bahan yang mengandungi perkara-perkara yang spesifik atau mengandungi lebih dari 3 topik, kelaskan dibawah nombor/notasi am yang mengandungi kesemua topik-topik itu. Contohnya, Portugal (946.9), Sweden (948.5), Greece (949.50) dan England (942), dikelaskan di bawah History of Europe (940).

Kaedah Mengkelas 

Bagi bahan-bahan bukan buku, perlulah diletakkan jenis bahan di atas nombor panggilan untuk membezakan dengan bahan buku.

SKIM/SISTEM ‘DEWEY DECIMAL CLASSIFICATION’ EDISI 21 

Sejarah   

Ciptaan Mevil Dewey diterbitkan pada 1876 dan hanya mengandungi 44 mukasurat Telah disunting beberapa kali Edisi 21 diterbitkan pada 2000 dalam 4 jilid

 Untuk

mengelas bahan-bahan PSS, skim pengkelasan yang digunakan ialah ‘Senarai Ringkas Sistem pengkelasan Perpuluhan Dewey Untuk Perpustakaan-Perpustakaan Sekolah Di Malaysia’.

1. Notasi DDC menggunakan satu simbul sahaja iaitu angka-angka Arab untuk notasinya. Setiap topik dalam skim ini diwakili oleh angka-angka Arab contoh 510 untuk Mathematics. Ilmu Pengetahuan dalam DDC dibahagikan kepada 10 kelas utama, dari 0-9

1. Notasi 000 adalah kelas utama yang paling am dan digunakan untuk karya-karya yang tidak terhad pada sebarang disiplin. Contoh: kamus, suratkhabar, ensaiklopedia dll. Kelas ini juga digunakan untuk disciplin tertentu yang berkaitan dengan pengetahuan dan maklumat spt Sains perpustakaan, Sains Komputer, Bibliografi, Sains Maklumat dan Journalism. Bagi sembilan kelas utama yang lain, disiplinnya adalah jelas dengan sendirinya.

1. Notasi samb… Digit yang pertama dalam nombor menunjukkan kelas utama. Walaupun setiap nombor mengandungi tiga digit, hanya digit yang pertama dikira penting. Angka kosong yang berikutnya mengisi notasi kepada tiga digit yang diperlukan.

1. Notasi samb… Setiap kelas utama seterusnya dipecahkan kepada 10 bahagian juga bernombor 0-9. Jumlah digit yang diambil kira ialah dua, dimana digit kedua menunjukkan pembahagiannya. Contohnya 600 digunakan untuk karya-karya am mengenal Sains Gunaan, 610 untuk Medical Sciences, 620 untuk Engineering and 630 untuk Agriculture.

1. Notasi samb… Seterusnya, setiap bahagian pula boleh dipecahkan lagi kepada 10 seksyen, bernombor 0-9. Digit ketiga dalam setiap nombor tiga digit ini menunjukkan seksyen. Contohnya: 630 untuk Agriculture, 631 untuk Techniques,equipment & materials, 632 untuk Plant injuries dan 633 untuk Field and plantation crops.

1. Notasi samb… Bagi nombor-nombor yang mengandungi lebih dari tiga digit, satu titik perpuluhan diletakkan selepas digit yang ketiga. Ini merupakan pembahagian-pembahagian selanjutnya pada nombor-nombor kelas, untuk menjadikan nombor-nombor tersebut lebih spesifik, contohnya: 610.3 untuk Dictionary of medicine.

2. Susunan Edisi 21 terdiri dari enam bahagian utama dalam empat jilid. JILID 1 (a) Introduction : Memperkenalkan pengguna kepada DDC dan menyediakan arahanarahan bagaimana menggunakannya. (b)

(c)

Tables : Tujuh tabel yang bernombor menyediakan notasi yang boleh ditambah kepada nombornombor kelas dalam Schedules supaya subjek menjadi lebih spesifik. Lists with compare Editions 20 and 21.

2. Susunan JILID 2 dan 3 (d) Schedules : Pengetahuan disusun dari 001 kepada 999.

2. Susunan JILID 4 (e) Relative index : Senarai berabjab subjeksubjek yang terdapat dalam schedules dan tabel, termasuk sinonim dan istilah-istilah terpilih yang biasa diguna. (f) Manual : Menyediakan nasihat dan panduan untuk mengkelas. Maklumat dalam manual disusun mengikut nombor-nombor dalam Schedules dan tabel.

SEPULUH BAHAGIAN UTAMA dalam DDC SELURUH MAKLUMAT DIBAHAGIKAN KEPADA 10 BAHAGIAN UTAMA

Geografi & Sejarah

Am

Sastera

Falsafah

Seni

Agama

Teknologi

Sains Sosial Sains Tulin

Bahasa

BAHAGIAN KECIL dari Bahagian Utama SELURUH MAKLUMAT DIBAHAGIKAN KEPADA 10 BAHAGIAN UTAMA

Geografi & Sejarah

Am

Sastera

Falsafah

Seni

Agama

Teknologi

Sains Sosial Sains Tulin

Bahasa

SEPULUH BAHAGIAN UTAMA dengan NOTASI dalam DDC 

      

 

000 100 200 300 400 500 600 700 800 900

Karya Am Falsafah dan Psikologi Agama Sains Kemasyarakatan Bahasa Sains Jati (Tulin) & Matematik Teknologi (Sains Gunaan) Kesenian Kesusasteraan Ilmu Alam (Geografi) & Sejarah

Pembahagian lebih khusus (Ringkasan Ketiga) 510 511 512 513 514 515 519

Matematik (Am) Prinsip am Algebra Kira-kira Topologi Geometri Matematik gunaan

513.2 Operasi 513.4 Siri 513.5 Sistem nombor 513.9 Kiraan cepat

Pembahagian lebih khusus (contoh) 590 - Haiwan 595 - Invertebrata 597 - Ikan / Ampibia 598 - Burung 599 - Mamalia

Pembahagian Mengikut Geografi & Sejarah Geografi 915 915.9 915.95 915.955

Kawasan Asia Asia Tenggara Malaysia Brunei

Sejarah 950 959 959.5 959.55

Pembahagian Bagi Bahasa dan Kesusasteraan Bahasa 420 430 440 450 460 470 480

Kesusasteraan Inggeris German Perancis Itali Sepanyol Latin Greek

820 830 840 850 860 870 880

Peruntukan Nombor DDC Untuk Bentuk Tulisan -01 -02 -03 -04 -05 -06 -07 -08 -09

Falsafah dan teori Pelbagai (ilustrasi, direktori, radas) Kamus, ensaiklopedia Tajuk khas Terbitan bersiri’ Organisasi dan pengurusan Pendidikan, penyelidikan Sejarah / huraian ikut peringkat umur orang Dari sudut sejarah

Pastikan supaya nombor DDC yang dibentuk dengan menggunakan nombor tambahan ini belum lagi diperuntukkan.

Cara Mengkelas Perkara yang perlu diambil kira: Karya itu sendiri jadual kandungan  pendahuluan  ciri-ciri istimewa  teks  tajuk 



Dari punca lain buku rujukan  pakar 

Cara Mengkelas Pilih nombor DDC ikut 1. Tentukan bahagian utama bidang berkenaan 2. Dapatkan bahagian kecilnya 3. Pilih nombor yang paling tepat. Letakkan bahan di bawah nombor pengkelasan yang anda fikir paling sesuai dan akan dicari oleh ramai pengguna.

Cara Mengkelas (Sambungan) Jika lebih daripada satu perkara atau aspek dibincangkan, 1. Pilih satu nombor pengkelasan yang dapat merangkum semua perkara atau aspek tersebut 2. Pilih perkara yang ditegaskan melalui jumlah muka surat, atau pun perkara yang mencerminkan hasrat penulisnya 3. Jika dua perkara diberi penekanan yang sama, pilih mana yang sebut dulu.

Panduan Am Pengkelasan Sesebuah buku atau bahan itu perlulah diberikan nombor pengkelasan yang anda fikir paling sesuai dan yang akan dicari oleh ramai pengguna. Anda hendaklah ada alasan mengapa sesebuah buku atau bahan itu diletakkan pada nombor yang anda pilih itu.

Bahan-Bahan Khas Buku-buku Rujukan biasanya dikelaskan sebagai satu bahan khas, dan ada peraturan khas untuk meminjamnya. Buku ini biasanya dibezakan daripada koleksi lain dengan menambahkan ‘R’ sebelum nombor pengkelasannya. Nombor pengkelasan (DDC) bagi Fiksyen Melayu ialah 899.23. Biasanya sepertiga daripada koleksi PSS, terutamanya di sekolah rendah, ialah fiksyen. Untuk memudahkan kerja, pustakawan boleh menggantikan nombor ‘899.23’ kepada ‘F’.

Bahan Khas (Bentuk Bahan) Dengan perkembangan teknologi maklumat yang pesat, bentuk media juga turut berubah. Supaya mudah diakses, bahanbahan seperti kaset video, kaset audio, cakera padat dan lain-lain perlu dikhaskan kelas dan tempatnya. Contohnya CD782.42 - Cakera padat lagu Melayu VID591.5 - Pita video mengenai Gajah

Pengkelasan - Panduan Am Mana-mana sistem pengkelasan boleh digunapakai asalkan: Munasabah  Membantu pengguna mengesan bahan  ‘User friendly’

3. Pembinaan Nombor DDC (a) Dari standard subdivisions (Table 1)

Contoh: Dictionary of ancient architecture 722.03 Ancient architecture – 722 dari Schedule Dictionary -03 dari Table 1

Pembinaan Nombor DDC (c) Dari bahagian-bahagian lain jadual

Contoh: A bibliography of physics 016.53 Bibliography – 016 dari Schedule Physics – 53 dari Schedule (judul ini boleh dikelaskan mengikut subjeknya iaitu 530 untuk Physics atau mengikut bentuknya iaitu 016 untuk subject bibliographies)

Pembinaan Nombor DDC (d) Dari tabel-tabel dalam jadual

“Add Table” dalam jadual menyediakan nombor-nombor untuk ditambahkan kepada nombornombor jadual yang dinyatkan melalui nota kaki. Tabel-tabel ini hanya boleh digunakan apabila ada arahan.

Pembinaan Nombor DDC Samb…

Contoh: “add table” pada 616.1-616.9 digunakan hanya untuk penyakit-penyakit yang bertanda * atau dalam “class-here notes” yang bertanda *. Notasi dari “add table” seperti 061 Drug therapy, boleh digunakan untuk 616.521 Eczema yang bertanda *.

4. Langkah-langkah Menetapkan Nombor Kelas 1.

Tetapkan subjek dari bahan yang dikelas (dari judul, senarai kandungan,kata pendahuluan dll.)

2.

Tetapkan aspek-aspek subjek seperti bentuk, geografi, masa dan topikal. Boleh mengginakan ringkasan I,II dan III terlebih dahulu atau terus menggunakan notasi dari Schedule.

3.

Langkah-langkah Menetapkan Nombor Kelas 4.

Menggunakan indeks. Indeks adalah relatif (tidak semestinya nombor kelas yang diberikan pada indeks adalah nombor yang benar, bergantung dari sudut pandangan, aspek atau disiplin satu-satu subjek)

5. Perhatikan catatan dan arahan yang terdapat diseluruh jadual (spt notes providing definitions, scope of numbers, see and see also references, class-here and class-elsewhere, notes, variant names for topics, dll.)

Langkah-langkah Menetapkan Nombor Kelas 6.

Semak nombor-nombor kelas yang lebih khusus serta fahami arahan-arahan pada setiap nombor kelas yang akan digunakan.

7.

Guna tabel-tabel mengikut arahan; tabel-tabel 2,5,6 & 7 tidak dapat digunakan tanpa arahan atau mesti menggunakan tabel 1 terlebih dahulu sebelum menggunkan tabel-tabel yang lain. Tabel 3 hanya digunakan untuk Kesusasteraan (800) dan tabel 4 hanya untuk Bahasa (400)

Langkah-langkah Menetapkan Nombor Kelas 8.

Notasi pada tabel-tabel tidak boleh digunakan sebagai nombor kelas secara persendirian. Ia hanya digunakan sebagai notasi tambahan kepada nombor-nombor kelas dalam jadual.

9.

Notasi dari tabel-tabel tidak boleh digunakan apabila notasi dalam jadual sudah memberi pengkhususan yang serupa.

Pembinaan Nombor DDC (b) Dari tabel-tabel lain (Table 2-7)

Contoh: English grammer 425 English Language–42 dari Schedule Grammar -5 dari Table 4

Wassalam

Related Documents

Pengkelasan Bahan
February 2021 1
Bahan Kosmetik
February 2021 1
Bahan Bakar.pdf
January 2021 0
Bahan Operkulektomi
February 2021 0
Mekanika Bahan
January 2021 1

More Documents from "Adick Cool"

Pengkelasan Bahan
February 2021 1
Aeb
March 2021 0
Buku Teks Fizik T4 Kssm.pdf
February 2021 3
Doc-20190410-wa0150.pdf
February 2021 1