Perancangan Dan Penilaian Pdp

  • Uploaded by: Wan
  • 0
  • 0
  • January 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Perancangan Dan Penilaian Pdp as PDF for free.

More details

  • Words: 2,583
  • Pages: 22
Loading documents preview...
PIM3023 PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM

UNIT 5

PANDUAN PENGELOLAAN SESI pdp PENDIDIKAN ISLAM BAGI SEMUA BIDANG

5.1 Sinopsis Bab ini memberi penekanan kepada kefahaman dan kemahiran bagi membuat perancangan pengajaran, pelaksanaan dan penilaian dalam pengelolaan sesi pdp Pendidikan Islam bagi semua bidang. Unit ini mengandungi: 1.Perancangan pengajaran semester, mingguan dan harian. 2.Pelaksanaan pdp. 3.Penilaian proses pdp.

5.2 Hasil Pembelajaran Di akhir pembelajaran ini, anda diharap dapat:

1. Memahami serta membuat jadual perancangan semester, mingguan dan harian dalam sesi pdp Pendidikan Islam. 2. Melaksanakan langkah-langkah pdp bagi mencapai objektif yang telah dirancang. 3. Mengelola sesi pdp dalam semua bidang Pendidikan Islam Sekolah Rendah mengikut prinsip dan garispanduan yang betul. 4. Membuat penilaian dan mengambil tindakan susulan bagi merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.

Arahan 1. Baca dan fahami objektif modul. 2. Jawab soalan berdasarkan pengalaman sedia ada. 3. Sila baca arahan dan isi kandungan dalam unit. 66

PIM3023 PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM

4. Setelah menyempurnakan bacaan dan mendapatkan bahan-bahan yang diperlukan bagi setiap unit, anda dikehendaki menjawab semula soalan yang diberikan. 5. Semak jawapan anda berdasarkan jawapan yang diberikan oleh pensyarah dan buat perbandingan. 6. Sila serahkan tugasan anda kepada pensyarah semasa mendaftar pada sesi berikutnya. 7. Anda dikehendaki membuat rujukan lain yang berkaitan dengan tajuk ini bagi meluaskan lagi pengetahuan dan berhubung dengan mana-mana pihak yang berkenaan untuk mendalami setiap unit.

Peringatan: Anda dikehendaki membuat rujukan lain yang berkaitan untuk meluaskan lagi pengetahuan dan berhubung dengan mana-mana pihak yang berkenaan untuk mendalami setiap unit.

5.3 Kerangka Tajuk pdp Berkesan

Perancangan

+

Pelaksanaan

+

Penilaian

Rajah 20: Pengelolaan sesi pdp yang berkesan Nota : Guru perlu merancang dan menyediakan persediaan/ rancangan mengajar sebelum memulakan sesuatu pengajaran. Persediaan mengajar melibatkan tiga peringkat iaitu perancangan, pelaksanaan dan penilaian . 67

PIM3023 PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM

5.4 PERANCANGAN PENGAJARAN

Rancangan pengajaran merupakan rangka kerja aktiviti pdp untuk dilaksanakan oleh guru di dalam bilik darjah dalam satu tempoh yang telah ditetapkan. Tujuan utama penyediaan rancangan pengajaran adalah untuk menjamin murid mencapai objektif pengajaran secara berkesan, di samping meningkatkan keyakinan guru untuk mengajar.

ILMU PENGETAHUAN

Apakah pengajaran?

KEMAHIRAN PROSES PENYAMPAIAN

PENGAJARAN

SIKAP

NILAI

Rajah 21: Proses penyampaian pengajaran

 ILMU PENGETAHUAN : yang berkaitan dengan mata pelajaran.  KEMAHIRAN : penentuan objektif, pemeringkatan dan pemilihan isi pelajaran, cara penyampaian dan lain-lain.  SIKAP: Perubahan tingkahlaku.  NILAI: Nilai murni.

68

PIM3023 PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM

Apakah pembelajaran? Proses perubahan tingkahlaku yang agak tetap dan berlaku kerana pengalaman dan latihan yang diteguhkan

PEMBELAJARAN

Rajah 22: Proses pembelajaran

Pelaksanaan proses pdp .

PENGAJARAN + PEMBELAJARAN

BERKAIT RAPAT DENGAN PENDEKATAN, STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK

Rajah 24: Proses pdp

Sebelum mengajar, guru perlu merancang pengajarannya berdasarkan kepada Sukatan Pelajaran serta latar belakang murid. Semasa merancang, guru perlu membuat keputusan mengenai keperluan, matlamat dan objektif pengajarannya. Menurut Atan Long (1982), seorang guru perlu mengetahui secara mendalam apa yang hendak disampaikan kepada murid kerana pengetahuan dan kemahiran guru akan menimbulkan rasa percaya dalam dirinya. Kepercayaan murid juga akan bertambah terhadap guru. Manakala Kauchak dan Eggen (1998) pula berpandangan bahawa guru mesti mengetahui isi kandungan yang mereka hendak sampaikan dan tahu cara untuk memindahkan ilmu tersebut dalam bentuk yang boleh diterima oleh pelajarnya. 69

‫‪PIM3023 PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM‬‬

‫‪5.4.1 Rancangan Tahunan/ Semester‬‬

‫‪Satu jadual perancangan yang dibuat dengan mengagihkan sukatan pelajaran‬‬ ‫‪mengikut tahun atau semester.‬‬

‫راخنغو سيميسرت فهديديقو اسالم تايوى‬

‫ميغضو‬

‫‪1‬‬

‫بيدغ‬

‫‪5‬‬

‫خادغو‬ ‫سومرب‬ ‫‪/‬ايسي تاجوق حاصيل‬ ‫فغاملو‬ ‫فغاجرى داى‬ ‫نيالي‬ ‫كاندوغو فمبالجرى‬ ‫فغاجرى‬ ‫فمبالجرى‬

‫تالوة‬ ‫القرءاى‬ ‫(باخاءى)‬

‫سورة البلد‬ ‫(اية ‪)5-1‬‬

‫تالوة‬ ‫القرءاى‬

‫سورة العلق‬

‫عبادة‬

‫جاوي‬

‫‪70‬‬

‫خاتنت‬

PIM3023 PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM

5.4.2 Rancangan Mingguan

Satu perancangan yang dibuat untuk satu minggu.

05/09/2011

‫خاتنت‬

‫تاجوق‬

‫راخنغو ميغضواى‬ ‫ ييغض‬09/09/2011 ‫دري‬

)‫مات فالجرى (بيدغ‬

‫ماس تايوى‬ 05/09/2011

06/09/2011

07/09/2011

‫رابو‬ 08/09/2011

09/09/2011

‫مجعة‬

71

PIM3023 PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM

5.4.3 Rancangan Pengajaran Harian

Rancangan mengajar untuk satu-satu masa/ setiap hari persekolahan. Rancangan pengajaran harian disediakan berdasarkan rancangan mingguan. Ia merupakan susunan perancangan aktiviti dan tindakan yang akan dilaksanakan oleh guru melalui proses penyampaian sesuatu tajuk pelajaran dengan bantuan bahan dan peralatan yang sesuai.

Ringkasnya, rancangan pengajaran harian merupakan rancangan mengenai apa yang perlu dilakukan oleh guru dan murid dalam satu atau dua waktu pengajaran. Dalam penulisan persediaan mengajar, guru perlu menggunakan strategi tertentu untuk mencapai objektif pengajaran. Segala aktiviti guru murid yang dicadangkan hendaklah dinyatakan dalam bentuk yang mudah dicerap.

Semasa merancang sesuatu pengajaran, guru perlu memikirkan perkara berikut: • Apakah perkara yang perlu dipelajari murid? • Apakah yang perlu dipelajari atau dicapai murid? • Apakah kaedah pengajaran yang paling sesuai digunakan supaya objektif tercapai dengan berkesan? • Bagaimanakah cara terbaik menilai pdp?

Setiap persediaan mengajar perlu mengandungi tiga komponen utama:

i. Objektif ii. Isi pelajaran iii. Aktiviti murid dan guru.

72

PIM3023 PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM

        

Perancangan

     

Penyampaian

Butiran am Pengetahuan lepas Kemahiran Hasil Pembelajaran Penggabungjalinan Penyerapan kurikulum Penerapan nilai Sumber P&P Set induksi Perkembangan isi pelajaran Kemahiran Strategi pengajaran Penggabungjalinan Penyerapan kurikulum Penerapan nilai PenggunaanSumber P&P

 Aktiviti susulan  Penilaian hasil pembelajaran  Rumusan / kesimpulan  Pengubahsuaian

Penutup

Rajah 24: Perancangan Proses Pengajaran

73

PIM3023 PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM

FORMAT RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Mata pelajaran

:

Tahun / Kelas

:

Tarikh

:

Masa

:

Bilangan Pelajar

:

Bidang

:

Tajuk

:

Kemahiran

:

Pengetahuan Sedia Ada

:

Hasil pembelajaran

:

Aras 1 : Aras 2 : Aras 3: Kemahiran berfikir

:

Penerapan Nilai

:

Gabungjalin

:

Penyerapan / rentasan

:

Bahan Bantu Mengajar

:

74

PIM3023 PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM

Langkah Muqaddimah (1 minit)

Set Induksi (3-5 minit)

Langkah 1 (5-7 minit)

Langkah 2 (10 -15 minit)

Isi Pelajaran Doa Syahadatain

Aktiviti P&P Murid Guru

Isi Soalan Tajuk

Guru Murid Guru

Isi Soalan Isi Gabungjalin Penyerapan Soalan

Guru

GJ Penyeraran Nilai BBM

Guru Murid

GJ Penyeraran Nilai BBM

Soalan

Murid Guru

KB GJ Penyerapan Nilai BBM

Isi Kerja lanjutan

Guru Murid

Langkah 3 (12-15 minit)

Penutup (5 minit)

Catatan

Catatan Refleksi

75

PIM3023 PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM

5.5

PELAKSANAAN PENGAJARAN

Setiap proses pdp melibatkan tiga peringkat, iaitu; pengenalan, penyampaian dan penutup. Tumpuan utama dalam setiap peringkat ini adalah mengarah kepada pencapaian objektif yang dirancang.

5.5.1 Set Induksi Set induksi berperanan sebagai montaj dalam sesuatu persembahan. Manarik atau tidaknya sesuatu pengajaran bergantung kepada cara guru menggunakan (kira-kira) 5 minit pertama pengajarannya. Bahagian set induksi

memainkan

peranan penting untuk menarik dan mengekalkan minat murid, seterusnya mengambil bahagian secara aktif dalam proses pdp.

Sebelum menyampaikan konsep atau fakta, guru perlu melibatkan fikiran atau menarik minat murid terlebih dahulu. Pengajaran berbentuk stereotaip, di mana guru terus menulis tajuk dan mengajar apabila masuk ke dalam bilik darjah, biasanya membosankan kerana murid masih belum bersedia untuk mengikuti pelajaran. Pelbagai pendekatan digunakan oleh guru untuk melibatkan fikiran dan menarik minat murid terhadap tajuk yang akan diajar. Misalnya, memulakan pengajaran dengan membuat cerita ringkas atau membincang isu semasa yang berkaitan.

5.5.2 Penyampaian Penyampaian merangkumi segala langkah yang perlu diambil atau dilakukan untuk mencapai objektif pengajaran. Penyampaian merupakan pengajaran sebenar. Penyampaian yang berkesan melibatkan usaha guru mengaplikasikan segala kemahirannya, melalui peralatan, kaedah, strategi dan pendekatan tertentu untuk menyampaikan bahan pengajaran. Semasa proses ini guru perlu melibatkan murid secara aktif, membimbing dan menilai pembelajaran mereka, selaras dengan objektif pengajaran.

76

PIM3023 PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM

5.5.3 Penutup Pengajaran Pada peringkat akhir sesuatu pengajaran, guru perlu memberi pengukuhan terhadap pembelajaran murid, di samping mendapatkan maklum balas mengenai prestasi murid ke arah pencapaian objektif yang dirancang. Segala konsep, prinsip, fakta atau kemahiran penting yang telah dibincang hendaklah dinyatakan kembali.

Terdapat dua jenis penutup pengajaran iaitu: Penutup Kognitif Merumus dan mengulang segala fakta penting. Aktiviti yang dicadangkan ialah: pemetaan konsep, melukis gambarajah dan sebagainya. Penutup Sosial Menimbulkan perasaan pencapaian murid-murid. Aktiviti yang dicadangkan ialah peneguhan positif, mewujudkan perasaan ingin tahu dan sebagainya.

5.6. PENILAIAN

Penilaian adalah suatu sistem atau proses yang meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti dan untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya, seperti merancang aktiviti pdp selanjutnya dengan cara yang lebih berkesan.

5.6.1 Tujuan Penilaian Penilaian dilaksanakan untuk mendapatkan gambaran tentang kemajuan pembelajaran murid di samping memberi maklum balas tentang keberkesanan pengajaran guru.

Penilaian dapat membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dan membantu guru memperkukuhkan kekuatan murid.

77

PIM3023 PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM

5.6.2 Kaedah penilaian 1. Hasil pembelajaran yang telah

dikenal pasti boleh

dinilai dengan

menggunakan kaedah:  pemerhatian  lisan  penulisan 2. Pemilihan kaedah penilaian bergantung kepada:  hasil pembelajaran yang hendak dinilai.  kesesuaian dengan perkara yang hendak dinilai. 3. Kaedah-kaedah ini boleh dilaksanakan secara berasingan atau digabungkan untuk mendapatkan maklumat penilaian yang lebih jelas dan tepat mengenaii kebolehan, perkembangan dan kemajuan murid.

Ketiga-tiga kaedah inii

boleh digunakan untuk:  Mengesan serta-merta hasil pembelajaran dalam

pengajaran

harian dan tidak memerlukan instrumen yang khusus  Mengesan kemajuan (kekuatan dan kelemahan selepas beberapa pembelajaran - perlu dirancang secara individu atau kumpulan - menggunakan instrumen tertentu seperti senarai semak, lembaran kerja, ujian bertulis  Mengesan pencapaian selepas beberapa pembelajaran atau pada akhir program - perlu dirancang secara teratur -dijalankan dengan menggunakan senarai semak, skala kadar, ujian bertulis dan ujian lisan

78

PIM3023 PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM

A. Penilaian secara pemerhatian  Digunakan untuk menilai aspek-aspek yang sukar dikesan melalui kaedah lisan dan penulisan seperti: - sikap - perlakuan/amalan - amali - kemahiran manipulatif - kemahiran bersosial - kemahiran belajar - kemahiran kinestetik - kemahiran literasi komputer - kemahiran mereka cipta  Pemerhatian proses dan hasil kerja murid seperti lukisan, buku skrap, kraf tangan dan kerja kursus membolehkan guru menilai sikap serta penguasaan sesuatu kemahiran.  Maklumat

daripada

pemerhatian

boleh

membantu

guru

melengkapkan gambaran mengenai keputusan penilaian yang diperoleh melalui kaedah lisan dan penulisan.  Instrumen penilaian pemerhatian meliputi senarai semak dan skala kadar.

B. Penilaian secara lisan.  Digunakan untuk mengumpul maklumat semasa berlaku interaksi antara: - murid dengan guru - murid dengan murid - murid dengan bahan pembelajaran  Antara aspek yang boleh dinilai secara lisan ialah: - kefahaman konsep - pengetahuan fakta - kecekapan mendengar 79

PIM3023 PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM

- penggunaan bahasa yang tepat - kefasihan menghafaz - sebutan dalam berbahasa - kecekapan mencongak - gaya persembahan - pertuturan dan sikap

Instrumen Penilaian Lisan  Kemahiran lisan boleh dinilai melalui aktiviti seperti yang berikut: - bacaan kuat - syarahan - perbahasan - bercerita - perbincangan - hafazan - temu bual - soal jawab - nyanyian - deklamasi sajak - mendengar dan memberi respon secara lisan  Penilaian lisan membolehkan guru : - mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam kemahiran mendengar dan bertutur secara gramatis. - mendapat maklumat serta-merta tentang pengetahuan dan kefahaman murid. - mengesan kebolehan murid dalam kemahiran membaca dan menghafaz. - mengesan kelancaran dalam sebutan. - mengesan amalan dan sikap murid secara serta merta.

80

PIM3023 PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM

 Instrumen penilaian lisan boleh dipelbagaikan merangkumi soalan dan aktiviti yang memerlukan respon murid dalam bentuk lisan. Dalam menyediakan instrumen guru perlu dipastikan: - soalan, pernyataan, ilustrasi dan bahan rangsangan perlu jelas dan mudah difahami. - aktiviti/bahan boleh merangsang murid mengeluarkan idea. - pelbagai bentuk soalan seperti soalan bertumpu dan bercapah digunakan untuk merangsang murid berfikir. - aras kesukaran perlu sesuai dengan kebolehan murid.

C. Penilaian secara penulisan.  Penilaian secara penulisan melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa tugasan dan hasil penulisan murid seperti yang berikut: - karangan - laporan projek/kerja kursus/folio - latihan dan ujian bertulis - huraian atau tafsiran peta, jadual, graf atau carta.

Instrumen Penilaian Penulisan  Digunakan untuk mengesan kemahiran bahasa dan perkembangan intelek murid yang meliputi kemahiran seperti yang berikut: - kemahiran menulis - menyusun idea - penggunaan tanda baca - perbendaharaan kata - mengaplikasi - mentafsir - menilai

81

PIM3023 PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM

 Dalam menyediakan soalan-soalan yang sahih, perkara yang berikut mestilah diambil kira: - soalan menepati kemahiran yang akan diuji - bahasa yang digunakan jelas dan mudah difahami - bilangan soalan sesuai dengan masa yang diperuntukkan - aras kesukaran soalan dipelbagaikan - skema pemarkahan disediakan  Soalan yang digunakan dalam penilaian penulisan yang biasa dijalankan ialah: - soalan subjektif - soalan objektif

Guru perlu mempelbagaikan soalan yang merangkumi soalan kognitif peringkat rendah dan peringkat tinggi. Soalan yang

berperingkat dapat menilai

peningkatan tahap pemikiran murid. Soalan peringkat rendah dan bertumpu dapat mengesan penguasaan pengetahuan asas murid. Soalan peringkat tinggi yang bercapah boleh merangsang murid untuk memperkembang apa yang telah dipelajari dan difahami secara kritis dan kreatif.

5.7 Refleksi Kendiri

Refleksi adalah suatu usaha secara sedar dan rasional mencari penyelesaian kepada suatu masalah. Proses refleksi mengarahkan pemikiran yang positif bagii menjana amalan pengajaran guru yang berkesan. Refleksi didefinisikan sebagai inkuiri yang sistematik pada amalan pengajaran sendiri bagi membaiki amalan pengajaran serta meningkatkan kefahaman mengenai sesuatu perkara.Refleksi dibuat selepas guru selesai melaksanakan pengajaran sebagaii penilaian kendiri atau muhasabah berkenaan pengajaran guru.

82

PIM3023 PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM

Mengesan masalah

Memahami masalah melalui pemikiran kognitif

Memproses dan menganalisis data dengan pemikrian secara kritis

Mengingat kembali perhubungan pengalaman yang sedia ada dengan penyelesaian masalah

Mencadang pelbagai penyelesaian dengan pemikiran kritis dan kreatif

Menilai penyelesaian dengan penggunaan pemikiran refleksi untuk membuat keputusan atau menetap tindakan

Rajah 25: Langkah-langkah Refleksi pdp

83

PIM3023 PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM

5.8 RUMUSAN Pdp mata pelajaran Pendidikan Islam yang berkesan merupakan isu yang sangat penting dan mencabar kepada semua guru Pendidikan Islam. Istilah “berkesan” dan “menarik” adalah sesuatu yang amat sukar didefinasikan secara tepat kerana kedua-duanya bersifat “relatif” dan berbeza mengikut keadaan dan presepsi seseorang (Kamarul Azmi Jasmi & Ab.Halim Tamuri, 2007)

Terdapat beberapa kriteria dalam menentukan keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran murid yang boleh diterima dan diakui bersama, antaranya;

5.8.1 Tercapainya objektif pembelajaran a. Objektif pembelajaran sesuai dengan tajuk dan isi pelajaran. b. Objektif pembelajaran tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit. c. Objektif yang dipilih hendaklah mudah, sesuai, realistik, jelas, tepat dan disusun mengikut urutan.

5.8.2 Penyampaian isi secara sistematik dan lancar a. Isi pelajaran disampaikan secara tersusun bermula dari konsep yang asas. b. Mengemukakan contoh-contoh yang sesuai dengan isi pelajaran. c. Penyampaian isi pelajaran merangkumi tiga peringkat iaitu peringkat permulaan, peringkat perkembangan dan peringkat penutup.

5.8.3 Menggunakan bahasa yang berkesan a. Menggunakan bahasa persuratan. b. Bertutur dengan lancar dan fasih. c. Memberi arahan yang jelas dan dapat didengari oleh murid.

84

PIM3023 PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM

5.8.4 Penggunaan bahan bantu mengajar a. Menggunakan bahan bantu mengajar yang dapat membantu guru menyampaikan isi pelajaran secara berkesan. b. Menggunakan bahan bantu mengajar yang dapat membantu murid memahami penyampaian guru. c. Menggunakan bahan bantu mengajar berasaskan teknologi terkini

5.8.5. pdp interaktif

Proses pdp akan menjadi lebih menarik jika ada pdp interaktif dilaksanakan di dalam bilik darjah. Pdp interaktif ini boleh dibahagikan kepada beberapa suasana: a. Interaktif antara guru dengan murid b. Interaktif guru dengan bahan pengajaran c. Interaktif murid dengan bahan pengajaran d. Interaktif murid dengan murid

5.8.6. Penguasaan Ilmu

Menurut Kamarul Azmi Jasmi (2007) guru perlu menguasai ilmu kerana dengan ilmu yang luas dan mendalam sahaja mereka dapat menghuraikan sesuatu topik pengajaran dengan baik dan mantap. Pendidikan Islam akan menjadi menarik dan relevan kepada pelajar sekiranya guru boleh mengaitkan apa yang dipelajari dengan realiti dengan isu semasa yang berlaku. Relevannya ilmu wahyu dengan kehidupan seharian menjadikan Pendidikan Islam itu sesuai sepanjang zaman.

85

PIM3023 PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM

PENGELOLAAN SESI pdp

(1) Perancangan (2) Pelaksanaan (3) Amalan Refleksi (4) Sikap & Sahsiah

Hasil Pembelajaran Isi Pelajaran Perancangan

Strategi P & P Sumber P&P Penerapan nilai (nilai murni/nilai PAS) Unsur Kemahiran Berfikir

Permulaan Perkembangan Pengajaran Pengurusan Bilik Darjah Pelaksanaan

Komunikasi Kualiti Pembelajaran Penutup Pencapaian Hasil Pembelajaran Aplikasi Nilai

Amalan Refleksi

Pemikiran Reflektif

Penampilan Diri Sikap & Sahsiah

Keprihatinan Pekerti Sifat Profesional

86

PIM3023 PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM

Latihan

1.

Bina satu rancangan pengajaran harian bagi mata pelajaran Pendidikan Islam dan laksanakan di dalam kelas pdp anda.

2.

Selepas pengajaran di dalam kelas anda, buat satu refleksi terhadap pdp yang telah anda laksanakan.

87

Related Documents


More Documents from "Agung Nara"

Chinese Mythology
March 2021 0
Teh Tarik Place
January 2021 1
Biokim Fix
February 2021 0