Petroleum

  • Uploaded by: iffa_96
  • 0
  • 0
  • February 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Petroleum as PDF for free.

More details

  • Words: 771
  • Pages: 15
Loading documents preview...
PETROLEUM

Sifat & kegunaan pelbagai pecahan petroleum Petroleum dan Gas Asli

• Petroleum ialah sejenis cecair pekat hitam yang dijumpai dalam tanah. Ia merupakan sumber asli hidrokarbon. • Petroleum terbentuk berjuta-juta tahun dahulu daripada hidupan laut yang mati, kemudian tertimbus oleh lumpur dan pasir. Apabila hidupan laut mati , bangkai mereka tenggelam ke dasar laut, kemudian ditimbus oleh sedimen .Pereputan separa berlaku dalam keadaan kekurangan oksigen. Penguraian seterusnya di bawah suhu dan tekanan yang tinggi akhirnya menghasilkan petroleum dan gas asli. Petroleum berkumpul apabila terperangkap di antara dua lapisan batuan yang tidak telap.Gas asli biasanya terkumpul di atas cecair petroleum. Gas asli terutamanya terbina daripada metana , sedikit etana , propana serta hidrokarbon berat • Petroleum terdiri daripada campuran hidrokarbon yang kompleks yang boleh diasingkan kepada pecahan berlainan melalui kaedah penyulingan berperingkat kerana setiap pecahan mempunyai takat didih yang berlainan.

PENYULINGAN PETROLEUM

Hidrokarbon dalam petroleum diasingkan melalui proses penyulingan berperingkat. Semasa penyulingan berperingkat , petroleum dipanaskan dalam sebuah menara pemeringkat . Hidrokarbon dengan takat didih yang lebih rendah meruap terlebih dahulu , naik ke bahagian atas menara lalu dikondensasikan dan diasingkan. Hidrokarbon dengan takat didih yang lebih tinggi akan terkumpul di bahagian bawah menara dan dikondensasikan sebagai cecair.Hidrokarbon (pecahan) dalam petroleum dapat diasingkan kerana setiap hidrokarbon mempunyai takat didihnya tersendiri. Proses peretakan digunakan untuk memecahkan molekul hidrokarbon yang besar kepada molekul hidrokarbon yang kecil . Sebelum setiap hidrokarbon dipasarkan , proses peretakan dan penulenan dilakukan bagi menjamin mutu pecahan tersebut.

Sifat Pecahan-Pecahan Petroleum Yang Diperolehi Makin rendah takat didih pecahan petroleum itu

Makin tinggi takat didih pecahan petroleum itu

• makin kurang likat pecahan itu • makin cerah warnanya • makin mudah pecahan itu terbakar • makin bersih nyalanya ( kurang berjelaga )

• makin likat pecahan itu • makin gelap warnanya • makin sukar pecahan itu terbakar • makin berjelaga nyalanya.

Pecahan-pecahan Petroleum Dan Kegunaannya.

Pecahan Petroleum

Kegunaan

Gas-gas petroleum

Dicairkan di bawah tekanan dan digunakan sebagai gas untuk memasak.

Petrol

Digunakan sebagai bahan api untuk kereta dan kenderaan ringan.

Nafta

Sumber bagi pembuatan plastik, dadah, dan kain sintetik dalam industri petrokimia dan sebagai pelarut

Kerosin

Digunakan sebagai bahan api untuk pesawat terbang serta untuk pemanasan dan pencahayaan (lampu kerosin )

Diesel

Digunakan sebagai bahan api untuk kenderaan berat seperti bas , lori dan kereta api.

Minyak pelincir

Digunakan sebagai pelincir untuk mengurangkan geseran

Parafin

Digunakan untuk membuat lilin,bahan penggilap dan bahan pencuci

Minyak Bahan Api

Digunakan sebagai bahan api dalam kapal , mesin kilang dan stesen jana kuasa

SUMBANGAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP PEMBANGUNAN NEGARA

1) PELUANG PEKERJAAN

3) PENINGKATAN TARAF HIDUP

-Sektor perkilangan menyediakan paling banyak peluang pekerjaan. -Sektor perkhidmatan menyediakan kedua banyak pekerjaan.

-Purata pendapatan purata penduduk Malaysia semakin tinggi. -Kuasa beli penduduk meningkat.

2) PENINGKATAN

INFRASTUKTUR

-Pendapatan negara digunakan dalam pembinaan kemudahan pengangkutan dan perhubungan.

4) PENGURANGAN IMPORT -Kemajuan dalam sektor pertanian dapat mengurangkan import makanan seperti beras dari luar negara.

5) PEMINDAHAN TEKNOLOGI - Pemindahan teknologi merujuk

kepada pemindahan kemahiran, kepakaran dan teknik melalui proses pembelajaran, latihan, pengalaman dan peniruan dari sebuah negara ke negara lain. -Kerjasama antara kerajaan dengan syarikat asing telah melatih pekerja separuh mahir. -Pekerja tempatan juga dihantar ke luar negara untuk belajar dan mendapat latihan. -Pakar dan buruh mahir dari luar negara juga dijemput ke Malaysia. -Pemindahan teknologi juga melalui syarikat multinasional seperti SHELL, DELL, SONY dan lain-lain.

6) PROSES PEMBANDARAN -Perkembangan pertanian menggalakkan pertambahan pusat pengumpulan pertanian, seperti Keningau (Sabah). Sibu (Sarawak), Ringlet (Tanah Tinggi Cameron) Bandar Tenggara (Johor). -Bandar Kerteh, Miri dan Bintulu disebabkan oleh perlombongan petroleum dan gas asli. -Peratusan penduduk tinggal di bandar semakin meningkat.

PENGGUNAAN YANG CEKAP PETROLEUM & SUMBER BAHAN API SEMULA JADI YANG LAIN

MINYAK MENTAH BAGI MEMASTIKAN BEKALAN MINYAK DAN GAS YANG MAMPAN, USAHA AKAN DITERUSKAN BAGI MEMBANGUNKAN LAPANGAN MINYAK KECIL DI LUAR PESISIR PANTAI SERTA KAWASAN LAUT DALAM TERUTAMANYA DI SABAH DAN SARAWAK. USAHA BERTERUSAN AKAN DIAMBIL BAGI MENARIK SYARIKAT MINYAK ANTARABANGSA UNTUK MELABUR DALAM AKTIVITI CARI GALI.

Gas Asli Bagi mengalakkan lebih banyak penggunaan gas asli untuk kenderaan (NGV) dalam sektor pengangkutan, 54 stesen bari NGV akan dibina menjadikan keseluruhannya 94 pada akhir tempoh rancangan . Langkah akan diambil untuk menggalakkan penggunaan NGV secara lebih meluas termasuk membangunkan stesen NGV khusus, pakej pembiayaan bagi pengubahsuaian kenderaan kepada NGV serta mempergait program penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Arang Batu Penggunaan arang batu bagi penjanaan elektrik dijangka mencapai 19.0 juta tan metrik dan kegunaan oleh industri 2.2 juta metrik terutamanya berikutan daripada beropirasinya dua loji baru berasaskan arang batu di Semenanjung Malaysia. Usaha akan diteruskan untuk meningkatkan jaminan bekalan dengan meneroka potensi untuk membangunkan sumber tempatan terutamanya di Sarawak serta mendapatkan bekalan jangka hayat panjang dari luar negara

SEKIAN TERIMA KASIH THANKS FOR WACTHING 

Related Documents

Petroleum
February 2021 1
Petroleum
March 2021 0
Petroleum Engineering
February 2021 1
Petroleum Engineering.pdf
January 2021 1
Petroleum Engineering
February 2021 1