Pp Pandu Puteri 12 Pengurusan Dan Persia

  • Uploaded by: Jocelyn Yap Sze Ying
  • 0
  • 0
  • February 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pp Pandu Puteri 12 Pengurusan Dan Persia as PDF for free.

More details

  • Words: 834
  • Pages: 21
Loading documents preview...
PANDU PUTERI KADET

PENGURUSAN DAN PERSIAPAN PERKHEMAHAN

KANDUNGAN Konsep Perkhemahan  Tujuan Perkhemahan  Jenis Perkhemahan  Perancangan dan Persiapan  Pemilihan tempat  Aspek keselamatan 

KONSEP PERKHEMAHAN  Khemah : Pengertian amnya adalah - Tempat perlindungan

sementara yang selamat, selesa dan mempunyai kemudahan asas yang minima. Tidak kira apa bentuk dan jenis tempat berlindungan itu.  Maksud Tempat Perlindungan adalah sebarang bentuk tempat perlindungan tidak kira dari canves, nylon atau pun daun dan mungkin juga dari batu dan simen sepertimana yang didirikan oleh warga pelarian perang di tapak sementara di negeri orang . Yang pentingnya boleh memberi perlindungan dari hujan, panas, kesejukan dan juga angin.

SAMBUNGAN...  Bagi warga rekreasi, khemah yang diperlukan adalah

ringan, lasak dan senang dipasang dan dibuka semula. Yang paling sesuai adalah khemah dari bahan nylon dan jenis-jenis yang ringan.

TUJUAN PERKHEMAHAN  Melatih berdikari.  Melatih bertanggungjawab.  Memberi peluang merancang dan melaksana apa yang dirancang.  Mencintai alam sekitar.  Melatih ciri-ciri kepimpinan.  Merapatkan lagi perhubungan.  Melatih untuk bersabar dan bersyukor.  Melihat kebesaraan Allah.

JENIS-JENIS KHEMAH  Ridge Tent / Bentuk ‘A’

Mempunyai tiang yang melintang di sepanjang bumbung. Ia diperbuat dari bahan nilon (nylon) yang ringan supaya mudah dibawa dan dilipat.

JENIS-JENIS KHEMAH  Dome Tent

Berbentuk gelembung dan menggunakan bahan yang sesuai serta fleksibel. Ianya ringan, mudah dibawa dan sesuai digunakan untuk perkhemahan seperti di sekolah dan sebagainya

JENIS-JENIS KHEMAH  Frame Tent

Khemah jenis besar ini biasa digunakan untuk perkhemahan keluarga. Rangka khemah akan dipasang terlebih dahulu kemudian barulah dipasang kanvas.

JENIS-JENIS KHEMAH  Bell Tent

Mempunyai satu sahaja tiang tinggi di puncak khemah. Khemah jenis ini juga sudah jarang digunakan dan digantikan dengan khemah jenis ‘dome’.

PERANCANGAN DAN PERSIAPAN  Sebelum pergi berkhemah : i) Mendapat kebenaran daripada pihak berkenaan seperti tuan

ii) iii)

iv) v)

vi) vii)

tanah, pihak sekolah, dan sebagainya. Sekurang-kurangnya seorang pemimpin atau orang dewasa turut serta dalam sesuatu perkhemahan Memaklumkan kepada pesuruhjaya daerah mengenai perkhemahan dengan cara mengisi borang permohonan kebenaran berkhemah. Menghantar surat makluman kepadapihak polis mengenai perkhemahan tersebut. Memastikan kawasan perkhemahan tersebut selamat daripada binatang buas, jenayah, keadaan fizikal muka bumi, dan sebagainya. Memastikan segala alatan perkhemahan mencukupi seperti pisau, parang, cangkul, bekalan makanan, dan lain-lain. Memastikan setiap peserta perkhemahan mematuhi peraturan perkhemahan

PERANCANGAN DAN PERSIAPAN  Semasa berkhemah :

i) ii) iii) iv) v)

Semak semua chek list peralatan dan bahan makanan. Jaga disiplin murid. Lapor ke balai polis yang berhampiran dengan kawasan perkhemahan Beri taklimat kepada murid-murid dan guru ( kawasan, peraturan, aktiviti, jaga malam ) Menjalankan aktiviti yang dirancang

PERANCANGAN DAN PERSIAPAN  Selepas berkhemah :

i) ii) iii) iv) v) vi)

Mengemas kawasan perkhemahan Mengemas dan membuat semakan senarai semak peralatan. Membuat semakan bilangan semua murid dan guru. Makluman keluar dari tapak perkhemahan kepada balai polis. Membuat laporan Post mortem.

PEMILIHAN TEMPAT  Ciri-ciri tempat perkhemahan

i) Keselamatan peserta dan harta benda - Keselamatan diri daripada bahaya-bahaya seperti kemungkinan tanah runtuh, serangan binatang buas, dan sebagainya haruslah diberi perhatian yang serius kerana ia melibatkan nyawa peserta

PEMILIHAN TEMPAT  Ciri-ciri tempat perkhemahan

ii) Kemudahan Asas - Tempat yang ingin dijadikan tapak perkhemahan seharusnya mempunyai kemudahan asas seperti bekalan air, jalan perhubungan, bahan api dan sebagainya.

PEMILIHAN TEMPAT  Ciri-ciri tempat perkhemahan

iii) Tempat menarik dan selesa - Biasanya kawasan seperti di tepipantai, sungai, dan tasik merupakan kawasan yang menarik dan menjadi pilihan utama untuk diadakan perkhemahan

PEMILIHAN TEMPAT  Ciri-ciri tempat perkhemahan

iv) Kawasan persekitaran - Kawasan yang sangat sesuai untuk berkhemah ialah kawasan yang berada di kawasan yang agak tinggi. - Kawasan yang bertanah lembap dan berumput tebal pula tidak sesuai untuk berkhemah. - Bebas daripada serangga-serangga yang boleh mengganggu semasa berkhemah.

PEMILIHAN TEMPAT BERKHEMAH  Khemah anda tidak didirikan di bawah pokok yang tua dan

mudah sekah. Besar kemungkinan dahannya boleh patah dan menimpa khemah anda.  Khemah hendaklah didirikan di kawasan tanah yang rata atau

agak rata terutama apabila berkhemah di kawasan pergunungan. Ini sangat penting bagi mengekalkan kestabilan edaran darah keseluruh tubuh badan anda. Jangan tidur kaki lebih tinggi daripada aras kepala kerana peredaran darah akan menjadi kurang stabil. Kawasan yang didirikan khemah seharusnya lebih tinggi sedikit dan bersih daripada batu, lubang, tunggul kayu, sarang semut dan sebagainya.

PEMILIHAN TEMPAT BERKHEMAH  Jangan dirikan khemah di kawasan berhampiran dengan rumput dan

lalang yang panjang serta pokok renek. Tempat ini berkemungkinan terdapat binatang berbisa seperti kala jengking, ular, semut dan sebagainya.  Anda seharusnya meneliti cuaca, arah matahari dan tiupan angin.

Apabila mendirikan khemah tiada berpintu, anda seharusnya mengelakkan cahaya matahari terus memancar ke dalam khemah. Apabila berkhemah pada musim hujan, anda perlu mendirikan khemah berlawanan dengan arah tiupan angin. Ini bertujuan mengelakkan angin yang bertiup membawa membawa air hujan ke dalam khemah. Sebaliknya apabila berkhemah pada musim kemarau, khemah seharusnya didirikan menghadap tiupan angin. Keadaan ini bertujuan agar udara yang nyaman akan bertiup ke dalam khemah.

PEMILIHAN TEMPAT BERKHEMAH  Memilih tempat yang selesa dan teduh terutama

apabila waktu tengah hari. Tujuan khemah didirikan adalah untuk keselesaan dan kerehatan sepanjang masa.

SEKIAN, TERIMA KASIH

Related Documents


More Documents from "wen"