Proses Pembelajaran

  • Uploaded by: NuRuN sYaZwAnI bT mD rAdZi
  • 0
  • 0
  • March 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Proses Pembelajaran as PDF for free.

More details

  • Words: 1,208
  • Pages: 31
Loading documents preview...
PROSES PEMBELAJARAN AINUN SAADAH BINTI KAMARUZAMAN NOR ATIRAH BINTI REDZUAN NURUN SYAZWANI BINTI MD RADZI

KESEDIAAN BELAJAR

 Merujuk kepada keadaan dalaman individu yang bersedia dan berupaya untuk mempelajari sesuatu dengan tujuan memperolehi pengalaman yang baru.

 Bruner (1966), kesediaan belajar ialah apa jua yang dapat disampaikan secara berkesan kepada kanak-kanak di peringkat perkembangannya.

AFEKTIF

JENIS KESEDIAAN BELAJAR

PSIKOMOTOR

KOGNITIF

KEMATANGAN

ASPEK EMOSI

PENGALAMAN

FAKTOR KESEDIAAN BELAJAR ASPEK SOSIAL

MOTIVASI

KEMAHIRAN ASAS

PEMERHATIAN

IMPLIKASI KESEDIAAN BELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1. Proses PnP yang dirancang mengikut kebolehan dan pengetahuan sedia ada murid. 2. Memenuhi keperluan asan seseorang murid (fisiologi). 3. Memberikan kemahiran asas yang cukup yang diperlukan seseorang murid. 4. Bangkitkan naluri ingin tahu murid melalui set induksi.

PENANGGAPAN

DEFINISI PENANGGAPAN “proses penyusunan maklumat deriaan khasnya pada deria perhatian dan pendengaran.” Mohd Daud Hamzah (1990)  

• Konsep membolehkan kita mengumpulkan pelbagai jenis perkara dan benda yang kita alami ke dalam kumpulan atau kategori. • Untuk menyelesaikan masalah dan untuk menghasilkan kombinasi idea-idea baru yang kreatif.

Konsep Penaggapan Seseorang itu dapat mengingat dengan  mudah, menganalisis, menghubung  dengan situasi yang lain dan  mengumpulkan maklumat yang berguna  dan dapat menyelesaikan masalah untuk  tujuan-tujuan tertentu.

1. Konsep Konjunktif • Konjunktif adalah konsep yang dihadkan kepada dua atau beberapa sifat yang tergabung. Contohnya, burung mesti mempunyai bulu dan mempunyai sayap sebelum ia boleh terbang.

TEORI JEROME BRUNER • Bruner (1966) mengatakan bagi membentuk konsep yang baik, pelajar perlu tahu ciri-ciri konsep. Dalam hal membentuk konsep, Bruner mengemukakan tiga jenis konsep.

2. Konsep Disjunktif • Konsep disjungtif memerlukan atribut yang berlainan untuk membezakan sesuatu kategori. Contohnya berkaitan dengan burung yang tidak boleh terbang seperti ayam dan penguin tidak dapat dimasukkan dalam kategori yang sama.

3. Konsep Hubungan atau Gabungan • Konsep hubungan mempunyai ciri-ciri yang saling berkaitan. Sebagai contoh apabila terdapat jerebu, kualiti udara turun dan orang ramai jatuh sakit. Ini menunjukkan jerebu mempunyai perkaitan dengan indeks kualiti udara dan kesihatan manusia.

Faktor-faktor mempengaruhi penanggapan • Pengalaman Pengalaman seseorang akan membantunya membentuk konsep. Satu ransangan atau pengalaman yang telah dialami dapat dikodkan dengan lebih senang.

• Imaginasi Imaginasi adalah kebolehan mental seseorang membayangkan sesuatu walaupun objek atau orang itu tiada di depan matanya. Daya imaginasi yang tinggi akan memudahkan seseorang memahami konsep yang abstrak.

• Penguasaan Bahasa Pembentukan konsep memerlukan perbendaharaan kata dan pengungkapan ayat, penggunaan perkataan dan struktur ayat yang baik sahaja yang akan dapat menggambarkan sesuatu konsep dengan tepat.

• Contoh-contoh Bagi membolehkan pembentukan konsep yang baik, pelajar perlu mengetahui segala ciri-ciri konsep. Hal ini boleh diperoleh daripada contoh-contoh yang banyak. Contohnya benda hidup beranak untuk membiak tetapi ada juga benda hidup yang bertelur.

• Kejelasan Fakta Minda mudah membentuk konsep apabila fakta mempunyai sifat-sifat yang jelas. Contohnya seperti bunga, sifatnya berwarna-warni, mempunyai kelopak, terletak dihujung tangkai.

• Kecerdasan Kecerdasan merujuk kpd kebolehan mental utk mengubah (shaping) persekitarannya supaya memenuhi keperluannya (Piaget, 1950). Melibatkan pemikiran peringkat tinggi seperti menganalisis, mensintesis pengalaman lama dengan baru, membuat penilaian dan sebagainya.

INGATAN DAN LUPAAN

INGATAN • Ingatan merupakan proses mental yang menyimpan perkaraperkara yang telah dipelajari dan kemudian mengeluarkannya kembali sebagai tindak balas dalam situasi yang diperlukan, seperti menyelesaikan masalah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya. • Fein (1978), beliau mentafsirkan ingatan sebagai pemprosesan maklumat yang diterima dalam otaknya, menyimpan dan mengeluarkannya. • Verno (1980), berpendapat ingatan merupakan bentuk menyimpan maklumat-maklumat yang bermakna untuk menjadi pengalaman pada masa hadapan.

JENIS-JENIS INGATAN 1. INGATAN SENSORI. Ingatan sensori berfungsi sebagai rakaman deria. Masa proses ingatan sensori ini adalah sangat singkat, biasanya berlaku beberapa saat sahaja. Ini adalah kerana ransangan yang diterima sampai ke bahagian organ deria tidak akan kekal lama, tetapi dihantar terus ke stor ingatan jangka pendek dengan serta merta. 3. INGATAN JANGKA PENDEK. berfungsi menerima maklumat dari ingatan sensori untuk diproses untuk sementara waktu sahaja, iaitu dalam 15-30 saat sahaja. Ia menggunakan tempoh yang singkat ini untuk memerhati maklumat yang berguna, mengekodkannya dalam satu sistem yang mudah diingat, kemudian menghantarnya ke stor ingatan jangka panjang

3. INGATAN JANGKA PANJANG Berfungsi menerima dan proses maklumat yang telah diekodkan secara kasar dari ingatan jangka pendek untuk disimpan dalam masa yang lebih lama, mungkin di antara beberapa minit hingga bertahun-tahun. Maka maklumat yang diterima akan diproses semula dan dipindahkan kepada satu sistem yang lebih mudah, lebih sistematik dan lebih sempurna, seperti dalam sistem fail yang dibahagikan mengikut jenis dan kategori supaya mudah disimpan dan mudah dikeluarkan.

LUPAAN • Proses lupaan adalah bertentangan dengan proses ingatan. • Segala maklumat yang telah diterima dalam stor ingatan tetapi tidak dapat diingat atau dikeluarkan kembali sebagai tindak balas adalah dilenyapkan dalam proses lupaan. • Menurut Erikson (1963), lupaan merupakan satu motif di mana maklumat yang tertentu sengaja dilupai kerana dianggap tidak penting, kurang seronok atau tidak berguna berdasarkan kesedaran mental seseorang.

JENIS-JENIS LUPAAN 1. LUPAAN KEUSANGAN Berlaku apabila maklumat yang disimpan dalam ingatan jangka panjang dilupai akibat jarang digunakan. Ini bermaksud kod-kod maklumat yang disimpan tidak aktif dan tidak dipanggil semula. 2. LUPAAN KEGAGALAN Individu-individu gagal untuk memanggil semula maklumat yang spesifik. Setiap kali manusia mempelajari maklumat baru, otak akan mewujudkan satu tanda halus ingatan untuk maklumat tersebut. Jika maklumat ini tidak dilatih dan dipanggil balik, ia akan lama kelamaan hilang begitu sahaja. 3. LUPAAN PENGGANTIAN Berlaku apabila maklumat baru menggantikan segala ingatan yang lama.

4. LUPAAN GANGGUAN Berlaku akibat gangguan yang berlaku akibat pembelajaran baru atau pembelajaran lama. 5. LUPAAN TERDESAK Berlaku akibat sesuatu pengalaman pahit atau sesuatu peristiwa yang menyakitkan. 6. LUPAAN KEBIMBANGAN/KETAKUTAN Berlaku dalam keadaan yang tertekan seperti individu yang bimbang atau semasa murid-murid berada di dalam dewan peperiksaan. 7. LUPAAN LEDAKAN MAKLUMAT Maklumat yang terlalu banyak untuk dipelajari dan yang tidak mempunyai kaitan di antara satu sama lain juga boleh menyebabkan proses lupaan.

CARA MENINGKATKAN INGATAN DAN MENGURANGKAN LUPAAN • Guru perlu menggunakan bahan pembelajaran yang bermakna dan berkaitan dengan kehidupan murid-murid • Guru meningkatkan isi pembelajaran dengan menggunakan pelbagai cara iaiti daripada senang kepada susah, maujud kepada abstrak, dekat kepada jauh dan kecil kepada besar. • Memeringkatkan kaedah pembelajaran melalui interaksi guru murid dua hala, pelajar bebas bertanya dan mengeluarkan pendapat serta merancang aktiviti pembelajaran menarik dan berkesan. • Menyusun jadual waktu di mana subjek yang susah seperti matematik, kimia dan fizik di sebelah pagi, manakala subjek seperti seni di sebelah tengah hari atau petang. • Menggunakan kaedah mnemonik dan singkatan. Ia digunakan bagi mengingat jenis memori dalam ingatan jangka panjang. • Guru perlu menjarakkan isi pelajaran yang ingin disampaikan. Elakkan mengajar satu sesi pengajaran dengan maklumat atau isi pelajaran yang terlalu padat.

PEMINDAHAN PEMBELAJARAN

• Kecekapan dan kebolehan menggunakan pengalaman, pengetahuan atau kemahiran sedia ada dalam ingatan untuk aplikasi kepada proses pembelajaran • Secara ringkasnya, pemindahan belajar ialah dengan mengambil sesuatu yang telah dipelajari dan menggunapakainya semula di situasi yang berlainan.

JENIS – JENIS PEMINDAHAN PEMBELAJARAN 1. PEMINDAHAN POSITIF .PEMINDAHAN MENDATAR Pengalaman seseorang dan individu tersebut dapat mengaplikasikannya kepada suatu situasi yang serupa atau peringkat kesukaran yang sama. .PEMINDAHAN MENEGAK penambahbaikan pengalaman sedia ada kepada satu tahap yang lebih tinggi.

2. PEMINDAHAN NEGATIF Pembelajaran lama yang mengganggu pembelajaran baru dan menyebabkan kekeliruan dan menyebabkan pemindahan pembelajaran yang salah.

UNSUR KESAMAAN

PENGUKUHAN KONSEP

PRINSIP-PRINSIP PEMINDAHAN PEMBELAJARAN

KEPELBAGAIAN RANSANGAN

LATIHAN ASAS

IMPLIKASI PEMINDAHAN PEMBELAJARAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1. Penentuan pencapaian objektif yang eksplisit. 2. Mengutamakan pemerolehan konsep dan memupuk kemahiran berfikir. 3. Penyusunan organisasi yang sistematik. 4. Mengajar menggunakan konsep dengan contoh yang bersesuaian.

SEKIAN, TERIMA KASIH

Related Documents


More Documents from "Nikai Hermawan Amrullah"

Proses Pembelajaran
March 2021 0
335 Md Ed01 Rv00 072007
January 2021 1
335 Mc Ed01 092007
January 2021 0
January 2021 3
Api Spec 13a 2019.pdf
February 2021 0