Reflection Paper

  • Uploaded by: Anonymous R2GlQvtTgk
  • 0
  • 0
  • August 2022
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Reflection Paper as PDF for free.

More details

  • Words: 2,381
  • Pages: 12
Loading documents preview...
CURRICULUM STUDIES SGDC 6044

REFLECTION PAPER

DILEMA SISTEM PENGASINGAN KELAS

DISEDIAKAN UNTUK: PROF. DR. NURAHIMAH MOHD YUSOFF

DISEDIAKAN OLEH: SITI ROHAIZALINA BINTI MOHD JALALUDDIN (823349)

Sistem pengasingan kelas atau streaming secara umumnya merujuk kepada sistem pengasingan pelajar

mengikut tahap

penguasan akademik. Sistem ini

mengelompokkan pelajar yang mempunyai tahap penguasaan akademik yang sama dan diletakkan dalam satu bilik darjah yang sama. Pengasingan murid mengikut kelas ini ditentukan berdasarkan pencapaian akademik mereka melalui keputusan peperiksaan tahun sebelumnya. Sistem pengasingan kelas ini tidak bebas dari pro dan kontranya yang tersendiri. Saya sangat bersetuju bahawa berdasarkan

sistem pengasingan pelajar

membolehkan guru untuk mengurus pola pembelajaran

mereka

dengan lebih

sistematik berdasarkan keupayaan pelajar dalam akademik. Sistem ini diharap agar pelajar dapat mengamati pembelajaran dalam bilik darjah dengan lebih efektif. Bagi melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lancar, guru perlu membuat perancangan pengajaran dengan rapi. Perancangan merupakan perkara utama yang perlu dilakukan oleh guru sebelum melaksanakan pengajaran. Kajian Johnson (2007), menyatakan

perancangan dapat mengawal pengajaran bagi

memastikan tercapainya objektif pembelajaran pelajar. Perancangan

yang rapi

secara tidak langsung menyebabkan silibus dapat dihabiskan dengan cepat dan guru dapat menumpukan kepada latih tubi pelajar. Manakala bagi kelas yang mempunyai pelajar yang lemah akan melalui proses pemulihan tanpa rasa tertekan, terganggu dan saling membantu antara mereka kerana berada dalam lingkungan pelajar yang memiliki kebolehan yang sama. Pandangan dalam kalangan guru, sistem streaming dapat memudahkan perancangan proses pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap dan kebolehan akademik pelajar. Hasil kajian Schemp (2003), mendapati bahawa guru yang baik adalah guru yang sentiasa merancang dan membuat persediaan tentang pengajaran

mereka. Oleh itu, bagi menjayakan proses pengajaran perlunya perancangan yang rapi terlebih dahulu. Penyeliaan terhadap guru memainkan peranan penting dalam memastikan mereka membuat perancangan sebelum melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Kajian oleh Arasaythamby Velo (2013), melalui kajian yang bertajuk ‘Kesan Penyeliaan Klinikal Terhadap Prestasi Pengajaran Guru Sekolah Menengah’ mendapati penyeliaan membantu guru dalam meningkatkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan supaya pengajaran dapat meningkatkan penguasaan pelajar. Kajian ini turut

disokong oleh Holland dan Adam (2002),

mendapati bahawa penyeliaan pengajaran yang dilaksanakan di sekolah dapat meningkatkan tahap perkembangan pengajaran guru disamping guru membuat pengubahsuaian amalan pengajaran yang baik dan berkesan. Selain itu menyifatkan amalan penyeliaan pengajaran di sekolah sebagai one size fits all. Melalui penyeliaan yang berkesan, guru boleh meningatkan amalan mereka bagi membantu memperbaiki tahap pengajaran guru di bilik darjah. Melalui sistem streaming, guru yang mengajar di kelas akhir perlu membuat persediaan pengajaran yang berbeza berbanding mengajar pelajar yang berada di kelas hadapan. Bagi merealisasikan aspek ini, guru memerlukan masa yang cukup untuk mengurus isi kandungan pengajaran dan strategi penyampaian yang efektif selaras dengan keupayaan pelajar. Pada masa yang sama, guru juga perlu mengerah keringat yang lebih daripada biasa terutamanya untuk mendidik kelas yang kurang menyerlah pencapaian akademik. Manakala, pelajar yang cemerlang lebih mudah memahami kandungan bahan pengajaran yang disampaikan oleh guru dan situasi ini berbeza bagi pelajar yang berpencapaian rendah.

Pelajar yang

kurang pencapaian akademik memerlukan lebih banyak tumpuan dan pendekatan mengajar yang bersesuaian. Hal ini sudah pasti menyukarkan guru dari segi

pembahagian masa dan keperluan tenaga untuk mengendalikan pengajaran dan pembelajaran mengikut keupayaan pelajar yang berbeza. Guru perlu mengetahui pelbagai model, kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran dan berusaha menggunakan kaedah dan kesesuaian ( Reece 1997; Norasmah 2000; Zamri 2004). Pernyataan ini turut disokong oleh Meor (2003), menyatakan bahawa para pelajar kurang berminat belajar disebabkan gaya pengajaran guru yang tidak memenuhi gaya pembelajaran mereka.

Wan Mohd Zaki (1993),

menjelaskan bahawa

sehubungan dengan hasrat kerajaan ke arah pendidikan bertaraf dunia, para guru harus membuat anjakan paradigma terhadap pemikiran serta tanggapan yang akan melibatkan penyusunan strategi pengajaran yang dipilih dalam bilik darjah. Pelaksanaan sistem streaming merupakan satu tanggungjawab yang amat berat dan mencabar bagi guru untuk mengawal disiplin pelajar terutama bagi pelajar yang berada di kelas akhir. Kebanyakkan guru biasanya berhadapan dengan kesukaran untuk mengawal disiplin pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Pengelompokkan pelajar berpencapaian rendah turut ‘mengelompokkan’ personaliti atau ciri – ciri yang hampir sama dalam kalangan mereka. Keperluan guru untuk mengawasi disiplin pelajar dalam bilik darjah sudah tentunya memberi kesan terhadap tumpuan guru semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Pada pandangan saya, kawalan disiplin dapat dikawal sekiranya guru bijak melaksanakan aktiviti yang menarik di dalam bilik darjah dengan menggunakan kaedah yang sesuai. Kenyataan ini disokong oleh Hidhir Ismail (2004), menyatakan pendekatan pengajaran yang digunakan oleh guru pada masa kini ialah gemar menggunakan cara tradisional. Ini menyebabkan pengajaran dan pembelajaran menjadi tidak menyeronokkan dan menimbulkan

suasana pembelajaran yang

membosankan.

Pelajar didapati ponteng, mengantuk, bermain, menganggu rakan lain

dan

bersembang serta tidak menumpukan perhatian di dalam bilik darjah. Apabila diteliti, perlakuan pelajar sedemikian disebabkan pelajar bosan dengan pengajaran yang tertumpu kepada guru yang tidak langsung melibatkan mereka secara aktif. Kajian Siti Fatimah & Ab Halim Tamuri (2010), menunjukkan guru yang mengekalkan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang membosankan boleh menyebabkan antaranya punca pelajar hilang fokus semasa mengajar. Pembelajaran koperatif telah terbukti sebagai satu cara pengajaran alternatif yang dapat melibatkan pelajar secara aktif dalam pembelajaran. Strategi pembelajaran Koperatif yang mewujudkan pelbagai aktiviti yang menarik membantu murid tertumpu kepada

pembelajaran. Hal ini juga akan mengelakkan murid

melakukan pelbagai gangguan di bilik darjah (Zamri et al. 2015). Namun, kebanyakkan guru kurang memberi

perhatian kepada kaedah pengajaran yang

pelbagai kerana terlalu menumpukan kepada usaha untuk menghabiskan sukatan pelajaran dan penguasaan teknik menjawab soalan peperiksaan. Kajian Zamri dan Jamaluddin

(2002),

mendapati

bahawa

perkembangan

pengajaran

yang

menerapkan pengajaran yang pelbagai dalam bilik darjah masih berada pada tahap yang kurang memuaskan. Sistem Streaming memberi kesan terhadap cara pelajar kurang cemerlang atau lemah melihat diri mereka sendiri. Di mana, pengasingan kelas mengikut tahap pencapaian akademik boleh menyebabkan pelajar yang berada di kelas ‘ belakang’ berasa rendah diri, dipinggirkan dan kurang dihargai. Pengasingan yang dilakukan berdasarkan keputusan peperiksaan dan penempatan mereka di kelas akhir boleh menjejaskan imej diri mereka. Pelajar beranggapan bahawa kesukaran untuk berjaya apabila telah ditempatkan di kelas akhir. Pelajar dikatakan mudah berputus asa dan gagal bersaing dengan pelajar dari kelas hadapan dan akibatnya hilangnya

motivasi diri untuk memajukan diri mereka. Kamarul Azmi (2012), berpandangan bahawa pelajar yang mengikuti pembelajaran di sekolah memiliki tahap ‘IQ’ yang berbeza. Kajian Ahmad Mohamad Salleh (2008), menjelaskan bahawa pemberian kata semangat untuk belajar akan dapat mengurangkan masalah pelajar itu sendiri. Menurut Norizan dan Mohamad (2007) , seorang guru yang berkesan bukan sahaja mengajar mata pelajaran akademik, tetapi turut berperanan sebagai penasihat, perunding, pendorong, pakar rujuk dan mengawasi disiplin pelajar. Sistem streaming mewujudkan jurang di antara

pelajar cemerlang dan

pelajar yang lemah. Pengasingan ini memberi kesan terhadap pergaulan pelajar yang secara lumrahnya mereka lebih gemar berkawan dengan rakan daripada kelas yang sama berbanding kelas yang berbeza. Situasi ini memperlebarkan jurang interaksi dan sosialisasi antara pelajar berpencapaian tinggi dan rendah. Pelajar yang berpencapaian tinggi dilihat sebagai bijak dan berkredibiliti manakala pelajar yang berpencapaian rendah dilihat sebagai lemah dan kurang potensi dalam pendidikan. Perlabelan terhadap pelajar lemah atas kekurangan mereka dalam pendidikan turut memberi kesan ke atas imej diri dan harga diri mereka. Sistem pengasingan kelas menimbulkan ketidakpuasan dalam kalangan ibu bapa apabila anak – anak mereka ditempatkan di kelas bawah. Ibu bapa turut merasa sangat

bimbang jika anak – anak

mereka terpengaruh

dengan sikap

pelajar lemah yang lain dari segi gaya pembelajaran dan masalah disiplin. Terdapat kajian yang membuktikan bahawa

rakan sebaya memberikan lebih banyak

pengaruh negatif dan juga tindakkan yang agresif berbanding pengaruh positif (Zahrt & Lange, 2011). Pendapat ini turut disokong oleh Tome et al. (2012), mendapati rakan sebaya mempunyai pengaruh secara langsung serta bertindak sebagai moderator untuk terlibat dalam tingkah laku yang ganas dan negatif.

Pandangan sesetengah ibu bapa mendapati sistem pengasingan ini bersifat diskriminasi terhadap pelajar yang lemah kerana sistem ini bertindak mengasingkan mereka daripada pelajar yang cemerlang. Ibu bapa beranggapan melalui sistem ini, anak – anak

mereka akan terpinggir dalam pembelajaran. Di samping itu,

ketidakpuasan

ibu

bapa

terhadap

pihak

sekolah

sedikit

sebanyak

akan

mengurangkan kepercayaannya kepada pihak sekolah dan juga guru. Mohd Amin Dawam et al. (2008), menjelaskan bahawa untuk menghasilkan suasana sekolah yang kondusif dan selamat memerlukan kepada beberapa dimensi seperti peranan guru besar, sekolah, ibu bapa serta peglibatan komuniti. Peranan pentadbir dilihat sebagai peranan yang paling utama dalam memastikan suasana sekolah yang selamat dari salah laku disiplin pelajar. Pandangan saya terhadap sistem pengasingan kelas ini jika diteruskan tidak bersesuaian dengan prinsip pendidikan holistik yang menjadi teras kepada pendidikan

negara.

Pemansuhannya

banyak

memberi

faedah

antaranya

mewujudkan persaingan yang sihat dalam kalangan pelajar dari pelbagai tahap akademik,

potensi,

keupayaan,

kecergasan

dan

kebolehan.

pembahagian kelas mengikut pencapaian akademik terutamanya

Pemansuhan seawal Tahun

Satu adalah menjadi platform yang baik untuk mewujudkan iklim pembelajaran yang positif berteraskan nilai – nilai murni. Kenyataan ini telah disambut baik daripada kalangan ibu bapa, warga pendidik dan ahli akademik sepertimana amanat Menteri Pendidikan , YB Dr. Maszlee Malik di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 14hb Januari 2019. Tidak semestinya jika seseorang pelajar itu lemah bermakna mereka lemah dalam semua mata pelajaran. Terdapat juga pelajar yang dikategorikan sebagai lemah, didapati cemerlang dalam satu – satu mata pelajaran tetapi tidak cemerlang dalam beberapa mata pelajaran lain. Malah, keputusan ‘tidak cemerlang’

juga boleh terhasil daripada pelbagai faktor lain seperti kekurangan persediaan menghadapi peperiksaan atas masalah tertentu, keadaan emosi ketika menduduki peperiksaan kelemahan pengurusan diri dan latar belakang sosioekonomi keluarga. Kenyataan ini turut disokong oleh Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr. Amir yang menjelaskan bahawa amalan pengasingan kelas perlu dihentikan, manakala kaedah pengasingan rasmi seperti Ujian Kemasukan Tahun Satu juga perlu dimansuhkan sepenuhnya bermula tahun 2019. Beliau bersetuju berkenaan tiada lagi keperluan untuk sekolah mengasingkan pelajar mengikut tahap akademik, sebaliknya menggalakkan semua pelajar yang mempunyai tahap penguasaan akademik dan kelebihan berbeza ditempatkan dalam satu kelas yang sama supaya pelajar dapat saling bantu – membantu (Utusan Malaysia Online 2019). Dalam konteks ini, markah hanya satu permainan angka yang ditentukan secara objektif melalui ketetapan manusia atas nama peperiksaan.

Keupayaan

sebenar adalah bersifat subjektif dan sukar diukur melalui markah atau gred. Hal ini bermakna kelemahan pelajar dalam pencapaian peperiksaan tidak seharusnya dilihat sebagai satu justifikasi bahawa pelajar tersebut lemah ilmu. Setiap pelajar mempunyai kelebihan yang tersendiri dan berbeza antara satu sama lain. Kajian oleh Norazura Tukiran et al. (2010),

yang bertajuk ‘Teori Kecergasan Pelbagai

Untuk Meningkatkan Penglibatan Aktif Pelajar Di Dalam Kelas’ mendapati bahawa teori ini perlu diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran kerana ia menyokong perbezaan bersepadu yang menyeluruh selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan keperluan pelajar. Di samping itu,

pendekatan ini

dilihat dapat menerima persamaan dan perbezaan antara individu dengan mengakui bahawa setiap pelajar adalah unik dengan cara pembelajaran yang berlainan.

Sehubungan dengan itu, pencampuran pelajar cemerlang dan pelajar lemah dalam satu kelas tanpa diskriminasi jurang kepandaian mampu memperlihatkan pelbagai implikasi yang positif terhadap budaya pembelajaran murid berasaskan kelebihan yang dimiliki mereka. Percampuran pelajar

dalam satu kelas

tanpa

mengira keupayaan akademik juga mampu meningkatkan motivasi pembelajaran dalam kalangan mereka. Melalui sistem ini, pelajar yang lemah dapat mempelajari pelbagai sikap dan tingkah laku positif daripada murid cemerlang. Pelajar yang lemah juga dapat mempelajari pelbagai teknik antaranya teknik pembelajaran dan pengurusan masa daripada murid cemerlang. Pada masa yang sama, sistem pencampuran pelajar

membolehkan program mentor – mentee dilaksanakan.

Pelajar yang cemerlang dapat dijadikan

sebagai mentor kepada rakan mereka

yang kurang cemerlang bagi membantu pembelajaran. Situasi ini

bersifat

membantu kerana pelajar yang lemah lebih gemar bertanyakan soalan kepada rakan mereka berbanding bertanyakan soalan kepada guru. Secara tidak langsung, pelajar cemerlang pula dapat membangunkan kemahiran mereka

kepimpinan dalam diri

dengan membantu dan memimpin rakan yang memerlukan dalam

pembelajaran. Sistem pencampuran pelajar

menyediakan pergaulan yang baik antara

pelajar cemerlang dan pelajar lemah di dalam bilik darjah yang sama. Sosialis yang positif tanpa mengambil kira batasan keupayaan pelajar dapat mendorong pembelajaran

koperatif

dengan

menggalakkan

penglibatan

pelajar

dalam

pembelajaran efektif. Keadaan ini dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang saling menyokong di bilik darjah melalui semangat kerjasama antara pelajar cemerlang dengan pelajar yang

kurang menyerlah. Pelajar yang lemah dapat

membangunkan sikap yang positif terhadap ilmu dan memberikan perhatian yang lebih serius terhadap pelajaran mereka. Kesimpulannya, penghapusan sistem pengasingan kelas dan penekanan kepada sistem pembelajaran yang bersifat menyeluruh tanpa pengasingan pelajar sudah pasti dapat memperbaiki pola pembelajaran mereka serta mewujudkan kemenjadian pelajar selaras dengan Pembelajaran Abad ke-21. Bagaimanapun. keberkesanan kelas kepelbagaian pelajar bergantung kepada jenis aktiviti yang mengambil tempat dalam persekitaran bilik darjah dan sejauh mana aktiviti tersebut memberi manfaat yang tinggi kepada pelajar secara holistik. Sehubungan itu, bagi merealisasikan semua aspirasi yang telah disebutkan, yang merupakan Enam Aspirasi Murid yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025, peranan dan tanggungjawab guru adalah penting. Guru perlu ‘menterjemahkan’ bentuk sesi pengajaran dan pembelajaran selain menjadi aktiviti yang berkualiti dan praktikal yang mampu menarik minat serta penglibatan yang tinggi dalam kalangan pelajar.

RUJUKAN Ahmad Mohd Salleh. (2008). Pengajaran agama islam & j- Qaf methodology dan pedagogi pendidikan . Penerbit Oxford Fajar Sdn Bhd. Arsaythamby Velo. (2013). Kesan penyeliaan klinikal terhadap prestasi pengajaran guru sekolah menengah. Jurnal Pendidikan. Vol. 28,81-102. Holland, P. E., & Adams, P. (2002). Through the horns of dilemma between instructional supervision and the summative evaluation of teaching. Journal of Educational Leadership, 5(3), 227–247. Johnson,D.A. (2007). Teacher planning, instruction, and reflection. Journal of Physical Education, Recreation & Dance. Vol. 78, Iss. 5, 11 (1p) Kamarul Azmi Jasmi & Abd Halim Tamuri (2007). Pendidikan Islam : Kaedah pengajaran dan pembelajaran. Penerbit UTM. Maszlee Malik (2019). Pendidikan untuk semua, tanggungjawab semua. Amanat Menteri Pendidikan 2019. https://moe.gov.my/index.php/my/arkib/pemberitahuan/2018/4779- amanat2019 Mohd Amin Dawam & Khuan Wai Bing (2008). Pengurusan sekolah selamat: Satu tinjauan ke atas sekolah – sekolah rendah daerah hilir Perak. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan. Nurazura Tukiran & Juliza Adira Mohd. (2010). Teori kecergasan pelbagai untuk meningkatkan penglibatan aktif pelajar di dalam kelas. Penerbit UKM. Salvin, R.E (2011). Student team learning : A practical guide to cooperative learning Washington D.C: national Education Association. Schemp, P.G.(2003). Teaching sport and physical activity. Insights on the road to excellance. USA: Human Kinetics Siti Fatimah & Ab Halim. (2010). Persepsi guru terhadap penggunaan bahan bantu mengajar berasaskan teknologi multimedia dan pengajaran jQaf. Jurnal Islam dan Pendidikan Arab 2(2) 53-64. Tomé, G., Matos, M. G., Simões, C., Camacho, I., & Diniz, J. A. (2012). How Can Peer Group Influence the Behavior of Adolescents: Explanatory Model. Global Journal of Health Science. 4(2): 26–35. Zahrt, D. M. & Lange, M. D. (2011). Aggressive Behavior in Children and Adolescents. Pediatrics in Review. 32, 325, doi: 10.1542/pir.32-8-325. Zamri Mahamod, Ruslin Amir & Mohamed Amin Embi. (2015). Kepelbagaian pelajar dan perbezaan pembelajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Zanaton.(2017). Pembelajaran kolaboratif guru. Penerbit UKM. http://press.ukm.my

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/tiada-lagi-pengasingan-kelas-pada-20191.581194#ixzz5fsWUCGAq © Utusan Melayu (M) Bhd

Related Documents

Reflection Paper
January 2021 0
Reflection Paper
March 2021 0
Pluma - Reflection Paper
February 2021 0
Reflection Paper 2 Family
January 2021 0
Portfolio Reflection
February 2021 0

More Documents from "api-317257113"