Refleksi

  • Uploaded by: Gwen Wen Jing
  • 0
  • 0
  • March 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Refleksi as PDF for free.

More details

  • Words: 925
  • Pages: 4
Loading documents preview...
PERMAINAN HOKI

GK 3311K

REFLEKSI WONG WEN JING IPGKG/PPISMP/BM (SJKC)/2012/06/020 Saya amat bersyukur kerana saya telah berjaya menyiapkan kerja kursus yang berkod GK 3311K ini. Saya telah menghantar tugasan ini tepat pada masanya tanpa sebarang masalah. Saya berasa amat gembira kerana ditugaskan oleh pensyarah- pensyarah saya seperti Encik Jamil, Encik Manalan, Encik Bala, Encik Awang dan sebagainya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Setelah menerima kerja kursus ini, saya beranggapan tugasan ini agak sukar dan berasa keliru tentang tugasan ini pada mulanya tetapi pensyarah- pensyarah telah menerangkan secara terperinci mengenai tugasan ini. Setelah tugasan kerja kursus ini diterangkan oleh pensyarah, saya mendapati bahawa sebenarnya tugasan ini tidaklah begitu sukar seperti yang saya jangkakan. Saya mula mengorak langkah menyempurnakan tugasan ini dengan menghabiskan masa mencari bahan rujukan di perpustakaan dan juga mencari informasi tentang tajuk kerja kursus ini melalui internet. Hal ini demikian telah memudahkan kami untuk menyempurnakan tugasan ini. Saya juga berbincang dengan ahli kumpulan agar memperoleh informasi dan pendapat yang bernas serta berguna terhadap kerja kursus ini. Dalam proses pelaksanaan kerja kursus ini, saya juga menghadapi beberapa masalah. Saya telah mengalami kesulitan dalam mendapatkan bahan saya kerana sumber dari internet kurang tepat dan juga sumber dari perpustakaan telah banyak dipinjam oleh pelajar yang lain. Saya juga menghadapi masalah kekangan masa kerana terpaksa menyempurnakan beberapa kerja kursus dalam satu masa. Walaupun begitu, ia tidak mematahkan semangat saya tetapi membuatkan saya semakin bersemangat dan bersungguh–sungguh untuk meyempurnakannya. Segala ujian yang terpaksa ditempuhi dalam usaha pelaksanaannya saya hadapi dengan tabah dan sabar. Syukurlah saya mempunyai rakan sekelas yang begitu ambil berat dan pensyarah yang murah hati sudi menghulurkan bantuan kepada saya. Saya lebih memahami dan menimba ilmu pengetahuan seperti kemahiran asas permainan Hoki. Kemahiran seperti memukul, menggelecek, menolak kelihatan mudah, tetapi agak sukarnya semasa mengaplikasikannya. Kemahiran- kemahiran tersebut penting untuk

PERMAINAN HOKI

GK 3311K

dikuasai supaya mampu bermain hoki dengan baik sekali. Sebagai seorang guru bukan sahaja kaya dengan ilmu pengetahuan, tetapi juga perlu cergas dan cerdas dalam bidang sukan. Secara tidak langsung, kita mampu melahirkan pelajar yang berkembang secara menyeluruh. Di samping itu, kerja kursus ini juga membantu saya membina gambaran awal tentang permainan hoki. Pelaksanaan tugasan ini mampu membolehkan saya lebih memahami tentang sistem pertandingan yang digunakan dalam permainan hoki. Setiap sistem tersebut mempunyai kelebihan dan kelemahan serta digunakan berdasarkan keadaan pertandingan. Sistem liga, separuh liga, kalah mati biasa kita dengar tetapi aspek dalamnya memang susah untuk dilaksanakan. Jelaslah, guru perlu memahami sistem sebelum mengadakan sebuah pertandingan permainan. Justeru, saya akan mengaplikasikan ilmu yang saya peroleh ini dalam kehidupan sebagai guru nanti. Tambahan pula, saya juga berpeluang untuk menjalinkan perhubungan positif dengan semua ahli kumpulan. Kumpulan saya bekerjasama dengan baik dan saling bertukar pendapat agar menghasilkan kerja kursus yang berkualiti. Dalam kerja kumpulan, sikap hormatmenghormati dan menerima pendapat orang lain dengan hati yang terbuka telah saya pelajari daripada kerja kursus ini. Dengan itu, atas kerjasama yang baik dan penerapan nilai- nilai murni tersebut, kami akhirnya menyempurnakan kerja kursus ini dan menghantar pada masa yang ditetapkan. Dengan melaksanakan kerja kursus ini, saya telah meningkatkan kefahaman tentang penggunaan teknologi untuk menyediakan bahan pengajaran. Selain latihan di padang hoki, teori juga amat mustahak untuk kita kuasai agar lebih memahami permainan tersebut. Kumpulan kami telah menggunakan power point untuk menghasilkan slaid dengan teratur, sesuai dan menarik. Sebelum membuat persembahan, kami telah banyak mencari dan membaca maklumat

tentang

sistemp pertandingan

permainan

hoki

supaya mampu

membekalkan rakan lain lebih banyak maklumat. Oleh itu, sebagai seorang pendidik haruslah bersedia sebelum mempersembahkan sesuatu. Tidak dapat menafikan bahawa saya telah disedarkan dengan kepentingan sukan bagi manusia. Kehidupan manusia tidak dapat dipisahkan dengan sukan kerana ia banyak membawa manfaat kepada kita semua. Permainan hoki amat sesuai dimainkan oleh remaja dan patut diperkenalkan di semua sekolah. Permainan hoki mementingkan kerjasama pasukan, team

work

dan

memerlukan

kemahiran-

kemahiran

tertentu.

Jadi,

saya

mampu

PERMAINAN HOKI

GK 3311K

mengaplikasikan kaedah latihan bagi meningkatkan tahap kecergasan fizikal berdasarkan prinsip- prinsip latihan. Kesimpulannya, kerja kursus ini telah amat memanfaatkan saya. Oleh itu, saya akan menpratikkan ilmu yang diperolehi dalam perkhidmatan sebagai guru nanti.

PERMAINAN HOKI

GK 3311K

PENGHARGAAN Pertama sekali, ribuan terima kasih diucapkan kepada setiap pihak yang membantu kumpulan kami menyiapkan kerja kursus yang telah diusahakan selama ini bertajuk Matematik Asas. Kami juga bersyukur kepada Tuhan kerana menyempurnakan kerja kursus ini dengan lancar dan berjaya. Ribuan terima kasih kami rakamkan kepada individu penting yang banyak membantu kumpulan kami sepanjang menyiapkan kerja kursus ini. Pertama sekali, kepada Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Puan Salmah kerana beliau telah banyak memberikan semangat dan bimbingan kepada semua pelajar. Sekalung penghargaan untuk pensyarah- pensyarah kami kerana mereka sudi memberikan tunjuk ajar kepada kumpulan kami sepanjang menyempurnakan kerja kursus ini. Selain itu, kumpulan kami juga amat menghargai jasa pensyarah kami kerana memberikan bimbingan, sokongan dan nasihat yang amat berguna untuk kerja kursus serta membantu kami dari semasa susah dan senang. Mereka sanggup mengorbankan masa untuk membantu kumpulan kami tanpa mengharapkan balasan. Jasa mereka akan kami kenang ke akhir hayat. Seterusnya, kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa kami kerana mereka banyak memberikan dorongan dan sokongan kepada kami sepanjang kerja kursus disempurnakan. Terima kasih yang tidak terhingga juga kami ucapkan kerana memberikan kami bantuan dari segi moral dan kewangan. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam menyempurnakan kerja kursus masing-masing. Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai kerja kursus amat kami hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan kami maklumat tidak akan kami lupakan. Akhir sekali, terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu kumpulan kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang kerja kursus kami dijalankan dan dibentangkan.

Related Documents

Refleksi
March 2021 0
Seismik Refleksi
January 2021 1
Rpp Refleksi Kelas Ix
January 2021 1
Refleksi Perniagaan Masri
January 2021 1
Contoh Jurnal Refleksi Guru
February 2021 1

More Documents from "Anonymous QAB826Ge"