Sinopsis Sejarah Melayu

  • Uploaded by: Hazlina Azmi
  • 0
  • 0
  • February 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sinopsis Sejarah Melayu as PDF for free.

More details

  • Words: 1,166
  • Pages: 4
Loading documents preview...
Cetera 1 Permulaan cetera mengisahkan tentang Raja Iskandar Zulkarnain yang dikahwinkan dengan Tuan Puteri Syahrul Bariyah, anak Raja Kinda Hindi dari benua Keling. Baginda mendapat zuriat bernama Raja Aristun Syah. Raja Aristun Syah berkahwin dengan anak Raja Turkistan dan mendapat zuriat bernama Raja Aftus. Setelah Raja Kida Hindi mangkat, Raja Aristun Syah naik takhta dan kemudian diwarisi anakandanya. Tradisi pewarisan takhta berterusan sehinggalah kepada anak cucu Raja yang bernama Tersi Berderas. Tersi Berderas berkahwin pula dengan anak Raja Sulan dan mendapat tiga orang zuriat bernama Raja Hiran, Raja Suran dan Raja Fandin. Raja Suran bercadang hendak menyerang China sebagai jajahan takluknya. Dalam perjalanan ke sana, baginda telah berjaya menawan kota Gangga Nagara dan Ganggayu. Baginda berkahwing dengan tuan puteri di negara-negara tersebut dan memperolehi empat orang zuriat. Ketika Raja China mendengar khabar tentang perancangan Raja Suran, baginda telah bijak mencari helah hingga menyebabkan Raja Suran tidak jadi menyerang dan mengambil keputusan untuk masuk ke dalam laut. Di dalam laut, Raja Suran telah bertemu dengan Raja Aftabul Ard dan berkahwin dengan anak baginda, Tuan Putri Mahtabul Bahri dan mendapat tiga orang zuriat. Setelah beberapa lama, Raja Suran ingin kembali ke benua Keling. Baginda berpesan supaya ketiga-tiga anaknya dihantarkan ke dunia setelah dewasa. Tiga buah mahkota dijadikan sebagai tanda saksi bahawa ketiga-tiga mereka pewaris Raja Iskandar Zulkarnain. Cetera 2 Cetera kedua mengisahkan tiga orang anak Raja Suran bernama Nila Pahlawan, Kerisyna Pandita dan Nila Utama keluar dari laut menaiki seekor lembu ke Bukit Siguntang di Perlembang. Mereka telah bertemu dengan Wan Empuk dan Wan Malini yang berhuma di sana lalu menceritakan perihal asal usul mereka. Dengan takdir Allah, lembu yang dinaiki itu memuntahkan seorang lelaki bernama Bat. Bat mengahwinkan Nila Pahlawan dengan Wan Empuk manakala Kerisyna Pandita dengan Wan Malini. Nila Utama yang digelar Sang Sapurba pula berkahwin dengan Wan Sendari, anak Demang Lebar Daun yang merupakan Raja Perlembang. Setelah itu, Sang Sapurba diangkat menjadi raja Perlembang. Baginda mempunyai seorang anak angkat yang bernama Putri Tunjong Buih kerana ditemukan dalam buih di Sungai Palembang, dan empat orang anak kandung bernama Putri Seri Dewi, Putri Cendera Dewi, Sang Maniaka dan Sang Nila Utama.

Dalam perjalanan ke Tanjung Pura, Sang Sapurba bertemu Batara Majapahit dan Permaisuri Iskandar Syah. Raja Bentan. Sang Maniaka dikahwinkan dengan anak Batara Majapahit bernama Tuan Putri Cendera Dewi manakala Sang Nila Utama pula dengan Wan Seri Beni, anak Raja Bentan. Baginda pun meneruskan perjalanan dan singgah di Kuala Kuantan. Sewaktu baginda menjejakkan kaki ke dalam laut di situ, air masin bertukar menjadi air tawar. Baginda juga mengarahkan hulubalangnya Permasku Mambang untuk membunuh Ular Saktimuna menggunakan pedang Corek Semandang kurniaan baginda. Akhirnya, Sang Sapurba dirajakan di Kuantan. Cetera 3 Cetera ketiga mengisahkan Sang Nila Utama dan Wan Seri Beni yang pergi ke Tanjung Bemban. Sewaktu berburu di sana, baginda telihat hujung tanah besar bernama Temasik lalu mengambil keputusan untuk ke sana menggunakan perahu. Dalam perjalanan, berlaku hujan ribut. Semua barang terpaksa dibuang ke dalam laut bagi mengelakkan perahu karam namun tidak berhasil. Akhirnya, ribut berhenti apabila mahkota milik Sang Nila Utama terpaksa dibuang. Ketika sampai di Temasik, baginda menjumpai seekor haiwan yang tangkas, berwarna merah, pantas dan perkasa. Atas nasihat Demang Lebar Daun, baginda mengambil keputusan untuk membuat negeri di situ yang dinamakan Singapura. Bat menggelarkan Sang Nila Utama sebagai Seri Teri Buana. Baginda memperolehi zuriat bernama Raja Kecil Besar dan Raja Kecil Muda. Anak Demang Lebar Daun pula dirajakan di Bentan bergelar Tun Telanai. Singapura menjadi makmur dan maju. Cetera 4 Cetera keempat mengisahkan perkahwinan Raja Kecil Besar dengan Tuan Putri Nila Pancadi, anak Raja Mudeliar dan Raja Kecil Muda dengan cucu Demang Lebar Daun. Setelah Seri Teri Buana mangkat, Raja Kecil Besar mewarisi takhta sebaga Raja Singapura dan digelar Paduka Seri Pikrama Wira. Raja Kecil Muda pula menjadi bendahara dan digelar Tun Perpatih Permuka Berjajar manakala cucu Demang Lebar Daun dijadikan Perdana Menteri dan digelar Tun Perpatih Permuka Segalar. Setelah beberapa lama, Seri Pikrama Wira mendapat zuriat yang dinamakan Raja Muda. Cetera 5 Cetera kelima mengisahkan tentang perihal Betara Majapahit yang mengirimkan tatal yang digulung seperti subang kepada Seri Pikrama Wira kerana tidak menyembah baginda. Namun, Seri Pikrama Wira bijak menganalogikan kepala budak yang mudah dicukur oleh Pawang Bentan ibarat mudahnya menarah tatal yang dikirimkan. Betara Majapahit murka

mendengar khabar itu lalu mengarahkan hulubalangnya menyerang Singapura, tetapi malangnya mereka tewas. Anaknda baginda, Raja Muda dikahwinkan dengan anak Tun Perpatih Permuka Berjajar dan mewarisi takhta setelah baginda mangkat dan bergelar Seri Rana Wira Kerma. Setelah Tun Perpatih Permuka Berjajar meninggal, beliau digantikan dengan anaknya yang digelar Tun Perpatih Tulus. Cetera 6 Cetera keenam mengisahkan Badang yang menjadi kuat akibat makan muntah hantu. Seri Rana Wira Kerma menjadikan Badang hulubalang di Singapura kerana selalu melaksanakan

kehendak

baginda

menggunakan

kekuatannya.

Badang

berjaya

mengalahkan pahlawan dari benua Keling bernama Nadi Bijaya Pikrama dan mendapat hasil tujuh isi kapal. Pahlawan yang gagah dan ternama dari Perlak bernama Benderang juga teringin beradu kekuatan dengan Badang. Namun perlawanan tersebut dibatalkan kerana ditewaskan semasa beradu menindih paha dengan Badang ketika jamuan makan malam sehari sebelum perlawanan. Tidak lama kemudian, Badang pun meninggal. Seri Rana Wira Kerma mendapat seorang zuriat lelaki bernama Dasia Raja dan seorang zuriat perempuan. Anak perempuan baginda dikahwinkan dengan anak Tun Perpatih Tulus. Dasia Raja pula berkahwin dengan Dasia Putri, anak Tun Perpatih Permuka Berjajar. Dasia Raja kemudiannya naik takhta dan medapat zuriat yang dinamakan Raja Iskandar Zulkarnain. Cetera 7 Cetera ini mengisahkan asal usul nama Semudra. Rasulullah bersabda kepada sahabat bahawa di negeri ini akan muncul ramai wali Allah. Sebelum ke sana, sahabat perlu membawa sekali raja dari Muktabar. Maka, Syekh Ismail dari Mekah pun berlayar ke Semudra. Beliau singgah di Muktabar dan berjumpa Sultan Muhammad. Baginda dibawa sekali berlayar dan digelar Fakir Muhammad. Dalam pelayaran, mereka telah singgah di beberapa buah negeri dan berjaya mengislamkan rakyatnya. Namun tidak ada yang tahu membaca Quran. Apabila tiba di Semudra, Fakir Muhammad bertemu dengan Merah Silu, raja di Semudra itu. Baginda bermimpi bertemu Rasulullah setelah diislamkan dan berjaya membaca Quran. Baginda dinamakan Sultan Malikus Saleh. Sultan Malikus Saleh ingin meminang anak raja Perlak namun telah berlaku salah faham menyebabkan baginda berkahwin dengn anak gundik Raja Perlak bernama Puteri Genggang. Baginda dikurniakan anak bernama Sultan Malikul Tahir dan Sultan Malikul Mansur. Masing-masing diserahkan kepada Sidi Ali Ghiyatuddin dan Sidi Ali Hisammuddin,

orang besar baginda. Ketika baginda pergi ke Seberang, anjing bernama Si Pasai menyalak dengan kuat ke arah sebuah tanah tinggi. Baginda mengarahkan supaya sebuah istana bernama Pasai dibina sempena nama anjing tersebut dan Sultan Malikut Tahir dirajakan di situ. Baginda meninggalkan pesan kepada anak-anaknya sebelum mangkat. Cetera 8 Cetera kelapan mengisahkan Sultan Malikul Tahir ditangkap oleh hulubalanghulubalang Raja Syahrun Nuwi yang cemburu mendengar kemakmuran dan kemajuan Semudra. Baginda diarahkan menggembala ayam. Sidi Ali Ghiyatuddin yang menjadi penjaga baginda mencari helah bersama askar-askarnya berpakaian seperti Arab mepersembahkan pelbagai jenis perhiasan dan barang kepada Raja Syahrun Nuwi tanpa meminta apa-apa balasan. Raja Syahrun Nuwi berkenan mendengar hajat mereka. Sidi Ali Ghiyatuddin meminta supaya gembala ayam raja itu diberikan kepada mereka. Atas kebijaksanaan, Sidi Ali Ghiyatuddin, Sultan Malikul Tahir berjaya dikembalikan sebagai Raja Semudra.

Related Documents

Sinopsis Sejarah Melayu
February 2021 1
Sejarah Bahasa Melayu
January 2021 1
Sinopsis
February 2021 3
Sinopsis Francisco
January 2021 1
Contoh Lpm Dan Sinopsis
February 2021 0

More Documents from "Wiko Sicoker"

Sinopsis Sejarah Melayu
February 2021 1
Pasak
February 2021 4
Seni Ragam Hias
February 2021 1