Soalan Bahasa Melayu Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom

  • Uploaded by: Faiza RoSlan
  • 0
  • 0
  • February 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Soalan Bahasa Melayu Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom as PDF for free.

More details

  • Words: 610
  • Pages: 4
Loading documents preview...
Soalan Bahasa Melayu berdasarkan aras Taksonomi Bloom. ► Pemikiran Aras Rendah A. Peringkat Pengetahuan 1.

. Pakaian pengemis itu kelihatan _____________ sekali. A

lusuh

B

hodoh

C

cantik

D

indah

2. ____________ berguguran apabila angin bertiup. A. Pepohon B. Dedaun C. Reranting D. Dedahan B. Peringkat Kefahaman 1. Kita harus belajar bersungguh-sungguh untuk masa depan yang cerah. Tukarkan perkataan yang dihitamkan dengan kata-kata sendi nama yang lebih tepat. A

pada

B

demi

C

kepada

D

terhadap

2. Jelaskan maksud bagi simpulan bahasa ‘durian runtuh’. A. Keuntungan yang diperoleh dengan tidak disangka-sangka. B. Keuntungan yang diperoleh melalui usaha sendiri. C. Musim buah-buahan yang mempunyai banyak jenis. D. Kerugian yang diperoleh dengan tidak disangka-sangka.

C. Peringkat Aplikasi 1. Pilih tanda baca ang betul pada ayat berikut. A. Wah! Cantiknya baju ini! B. Cis, berani dia datang ke sini. C. Aduh, sakitnya lutut aku! D. Amboi melampau kau. 2. Pilih pernyataan ang betul berkaitan masalah pengamatan. i. Syed keliru antara huruf ‘b’ dan ‘d’ ii. Izzati sudah boleh menghafal huruff tapi masih tidak mampu menulis huruf tersebut. iii. Amirah selalu keliru dengan huruf ‘m’ dan ‘n’. iv. Aisyah dapat menyalin ayat dengan kemas dan cantik. A. B. C. D.

i dan ii ii dan iii i, ii dan iii i, ii, iii dan iv ’

► Pemikiran Aras Tinggi A. Peringkat Analisis 1. Yang manakah antara berikut merupakan Kata Ganda? i. jejari – gandaan separa ii. kacau-bilau – gandaan berirama iii. saudara-mara – gandaan berirama iv.tahu-menahu – gandaan menyalin A. B. C. D. 2.

i dan iv ii dan iii i, ii dan iii semua yang di atas

“Diana yang bercakap dengan saya tadi.” Pilih ayat tanya yang sesuai dengan pernyataan di atas. A. B. C. D.

Bilakah Diana bercakap dengan kamu? Apakah Diana cakapkan dengan kamu? Mengapa Diana bercakap dengan kamu? Siapakah yang bercakap dengan kamu sebentar tadi?

3. Ketika berjalan ke sekolah untuk menghadiri latihan sukan, aku terjumpa sebuah dompet. Aku membuka dompet itu untuk mengetahui pemilik dompet tersebut. Di dalam dompet tersebut terdapat wang yang banyak dan dokumen yang penting. Aku berfikir sejenak

sambil melihat sekeliling sekiranya ada orang yang sedang mencari dompetnya. Tiba-tiba rakanku datang dan aku memberitahunya tentang dompet tersebut. Dia menyuruh aku mengambil sahaja dompet itu. Aku tidak berani untuk berbuat demikian. Aku teringat akan pesanan ibu bapaku agar tidak mengambil barang kepunyaan orang lain. Aku membuat keputusan untuk menyerahkan dokumen tersebut kepada guru bertugas, Cikgu Raihan. Beliau telah membawa aku berjumpa dengan Guru Besar. Guru Besar memuji tindakan yang telah aku lakukan itu. Berikan lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di atas. B. Peringkat Sintesis 1. Berdasarkan teks yang telah anda baca tadi, tuliskan kesudahan cerpen tersebut jika Aslam terselamat dalam kemalangan tersebut. ATAU Tanam pisang sulung tahun, Malam-malam tanak nasi, Dalam batang ada daun, Dalam daun ada isi? Apakah yang dimaksudkan dengan teka-teki di atas? 2.

i. ii.

Adib merupakan pelajar yang paling tinggi di dalam kelasnya. Rumah itu sangat besar dan cantik bagaikan istana.

Apakah persamaan yang terdapat pada kedua-dua aat di atas? A. B. C. D.

Kata seru Kata nama Kata adjektif Kata imbuhan

3. Selepas makan tengah hari, kami sekeluarga duduk di ruang tamu sambil berbual-bual. Tidak lama kemudian, sebuah teksi berhenti di hadapan rumah. Aku menjenguk keluar. Aku melihat ………………..

Mulakan cerita kamu dengan: Aku melihat….

C. Peringkat Penilaian 1. 1 Malaysia Berdasarkan slogan di atas, berikan implikasinya terhadap rakyat Malaysia. 2. “Gejala sosial pembuangan anak semakin berleluasa pada masa kini.” Berikan pendapat anda mengenai penyataan di atas. 3. Pada pendapat kamu, adakah tinggal di asrama lebih baik daripada tinggal di rumah? Jelaskan. 4. Berbagai faktor yang menyebabkan gejala vandalisme semakin berleluasa dalam kalangan remaja pada masa kini. Bincangkan.

Related Documents


More Documents from "Madyha Azmi"

Kitab Ism
February 2021 1
Soura Giasin
February 2021 3
Asmaa_allah_housna.pdf
February 2021 0
Zara Case Study
February 2021 6