Takrif Dan Fungsi Komunikasi

  • Uploaded by: Muhammad Aslam Abdul Hashim
  • 0
  • 0
  • January 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Takrif Dan Fungsi Komunikasi as PDF for free.

More details

  • Words: 1,127
  • Pages: 25
Loading documents preview...
KEMAHIRAN KOMUNIKASI UMAR BIN AHMAD PENSYARAH JABATAN PENGAJIAN MELAYU IPG KAMPUS PULAU PINANG

Takrif Dan Fungsi Komunikasi • Berasal daripada bahasa Latin communiacatus yang bermaksud berkongsi sesuatu. • Menekankan penyebaran atau pengiriman mesej. • Komunikasi merupakan satu proses pertukaran dan penyebaran pendapat, pandangan atau maklumat melalui ucapan, tulisan ataupun isyarat.

• Menekankan perkongsian makna. • Schram (1971) dalam Zawiyah Mohammad Yusof (2009), mentakrifkan komunikasi sebagai satu perkongsian orientasi terhadap satu set isyarat maklumat. • Roger (1976) dalam Zawiyah Mohammad Yusof (2009), komunikasi ialah satu proses kerana kedua-dua pihak yang terlibat membentuk dan berkongsi makna sesama sendiri dengan tujuan mencapai persefahaman.

• Komunikasi berlaku sekiranya pihak yang terlibat bersetuju dan memahami maklumat, isyarat atau simbol yang disampaikan oleh sesuatu pihak.

• Menekankan aspek tingkah laku. • Careter (1973) dalam Zawiyah Mohammad Yusof (2009), menganggap komunikasi sebagai satu tindakan. • Satu cara individu mencari dan menyebarkan maklumat mengenai realiti di sekelilingnya supaya dapat mengawal perjalanan hidupnya sama ada secara sendirian ataupun berkelompok.

• Komunikasi adalah satu tingkah laku yang digerakkan oleh individu untuk mencari dan menyebarkan maklumat. • Apabila individu berkomunikasi, ia berusaha mencari maklumat yang boleh digunakan untuk mengatasi permasalahan. • Dengan cara ini, individu mempunyai gambaran yang tepat mengenai persekitaran yang perlu dihadapi.

• Menekankan pujukan. • Hovland (1953) dalam Zawiyah Mohammad Yusof (2009), komunikasi sebagai proses penyampaian rangsangan dengan tujuan untuk menukar tingkah laku individu lain. • Keberkesanan komunikasi bergantung sama ada pada keupayaan mempengaruhi atau menukar sikap atau tingka laku individu lain atau tidak.

• Theodorson & Theodorson (1969), dalam Khairuddin Mohamad (2012), melihat komunikasi dari perspektif penyebaran • proses pengiriman maklumat, pemikiran, sikap atau emosi daripada seseorang dengan menggunakan simbol-simbol.

• Menurut Emery, Anlt dan Agee (1965), • komunikasi ialah satu seni menyalurkan maklumat, idea-idea dan sikap-sikap dari seseorang kepada seseorang yang lain. • Satu proses pemindahan maklumat, perasaan, idea dan fikiran dari seseorang individu kepada individu yang lain.

• Untuk komunikasi yang berkesan perlu memberi penekanan kepada perkongsian makna dan maklum balas. • Ketiadaan komunikasi berkesan membawa banyak masalah dalam masyarakat. • Komunikasi berkesan dapat dicapai melalui hubungan baik antara penyampai dan penerima.

Hubungan baik melalui 4M • Mengetahui • mengetahui latar belakang individu penerima yang boleh memudahkan proses komunikasi.

• Memahami • memahami minat, nilai dan cara berfikir penerima.

• Menghargai • Memberikan penilaian yang positif terhadap tingkah laku dan maklum balas yang diterima daripada khalayak.

• Menghormati • menghormati pandangan khalayak akan mendorong mereka mengemukakan hujah-hujah yang berkesan.

Fungsi Komunikasi: • Sebagai Kendali : • Fungsi komunikasi sebagai kendali memiliki iaitu komunikasi bertindak untuk mengendalikan perilaku orang lain atau anggota dalam beberapa cara yang harus dipatuhi.

• Sebagai Motivasi : • Komunikasi memberikan perkembangan dalam memotivasi dengan memberikan penjelasan dalam halhal dalam kehidupan kita.

• Sebagai Pengungkapan Emosional : • Komunikasi berperanan dalam mengungkapkan perasaan-perasaan kepada orang lain, baik senang, gembira, kecewa, tidak suka. dan lain-lainnya.

• Sebagai Informasi : • Komunikasi memberikan informasi yang diperlukan dari setiap individu dan kelompok dalam mengambil sesuatu keputusan.

Bidang-Bidang Komunikasi • Intrapersonal • Interpersonal • Kumpulan Kecil • Massa • Awam

Interpersonal • Proses interaksi yang melibatkan individu dengan individu yang lain atau sekumpulan individu lain. • Perlu interaksi secara bersemuka atau menerusi media teknologi yang dapat melahirkan potensi maklum balas dengan segera. • Bagaimana dalam konteks PdP di bilik darjah?

Interpersonal • Komunikasi berlaku secara dalaman pada diri individu itu sendiri. • Data diproses dan ditafsirkan untuk membolehkan keputusan dibuat. • Melibatkan pemikiran, perasaan dan cara seseorang melihat dirinya sendiri. Setiap individu memegang dua peranan, iaitu sebagai sumber dan penerima. Mesej terdiri daripada pemikiran dan perasaan yang diproses oleh atak. Maklum balas pula boleh jadi dalam bentuk bercakap sendiri, mengeluh, menjerit atau menolak idea.

• Tumpuan kepada proses pemahaman ingatan yang diterima oleh pancaindera manusia. • Melibatkan proses perolehan maklumat yang merangkumi 4 tahap iaitu: • Sensasi – » proses pencerapan informasi melalui panca indera.

• Persepsi – » mentafsir pengamatan dan buat kesimpulan berdasarkan pengalaman sedia ada.

• Memori – » proses penyimpanan informasi.

• Berfikir – » aktiviti mengingat kembali dan bertindak atas informasi.

Massa • Komunikasi sehala yang melibatkan seorang komunikator dengan audiens/khalayak yang sangat ramai. • Penggunaan saluran-saluran tertentu bagi menyebarkan mesej seperti media cetak, elektronik, dan sebagainya. • Berguna untuk memberitahu, memujuk, mempengaruhi dan menghibur. • Komunikasi massa sebagai suatu proses melalui mana komunikator-komunikator menggunakan media untuk menyebarluaskan pesan-pesan secara luas dan terusmenerus menciptakan makna-makna serta diharapkan dapat mempengaruhi khalayak yang besar dan beragam dengan melalui berbagai-bagai macam cara.

• Komunikasi massa adalah suatu proses dengan mana organisasi-organisasi media memproduksi dan mentransmisikan pesanpesan kepada publik yang besar, dan proses di mana pesan-pesan itu dicari, digunakan, dimengerti, dan dipengaruhi oleh audiens/khalayak. • Ini bererti, proses produksi dan transmisi pesan dalam komunikasi massa sangat dipengaruhi kepentingan khalayak. • (Stephen W. Littlejohn.Theories of Human Communication. Belmont : Wardsword Publishing. 1999. hal 562)

Komunikasi Awam/Khalayak • Komunikasi awam melibatkan komunikasi seorang komunikator dengan sejumlah besar pendengar atau dengan rujukan lain sering disebut sebagai khalayak. • Biasanya bersifat sehala. • Berguna untuk memberitahu, memujuk, mempengaruhi dan menghibur.

• Pengucapan awam yang bersifat informatif • Dalam komunikasi bentuk ini, khalayak terdedah dengan pengetahuan serta maklumat semasa atau kemahiran-kemahiran baharu yang membolehkan individu meningkatkan daya penjanaan wang sampingan misalnya. • Khalayak dapat menikmati pengucapan awam begini di kampus universiti, ceramah agama di masjid, kempen keselamatan, bengkel kemahiran dan sebagainya.

• Pengucapan awam yang bersifat persuasif • Pengucapan jenis persuasif bermatlamat untuk mempengaruhi dan mengubah sikap khalayak. • Oleh yang demikian kita sering dapat mendengar pengucapan awam seperti ini dalam ceramah parti politik atau kempen syarikat semasa mempromosi barangan baharu keluaran mereka.

Komunikasi Kumpulan Kecil • Komunikasi dua hala yang melibatkan kumpulan terdiri daripada tiga hingga dua belas orang ahli. • Penting untuk berkongsi maklumat, mendapatkan idea, menyelesaikan masalah dan bantu membantu. Misalnya, dalam mesyuarat atau sesi kaunseling kelompok

• Saiz kumpulan yang sesuai: • Agak sukar mengawal kumpulan yang terlalu besar kerana boleh memberikan kesan terhadap proses proses interaksi yang berlaku. • Maka, saiz kumpulan yang sederhana dalam jumlah lima hingga tujuh orang adalah sesuai dan biasanya merupakan jumlah yang memadai bagi proses interaksi yang baik.

• Tingkat interaksi: • Kekerapan interaksi membantu meningkatkan persefahaman yang lebih tinggi dalam kalangan ahli kumpulan.

• Peranan ahli: • Setiap ahli kumpulan yang memainkan peranan dan melaksanakan amanah yang mereka terima memberikan nilai yang sangat penting. Kejayaan peranan yang mereka mainkan menyumbang kepada kejayaan menyeluruh operasi kumpulan.

• Kesepakatan: • Apabila menghadapi kebuntuan untuk membuat keputusan tentang sesuatu perkara, setiap ahli kumpulan tetap berusaha mencapai kata sepakat yang boleh diterima semua dan akur bagi kebaikan kumpulan.

• Faham matlamat yang perlu dicapai: • Apabila ahli kumpulan dapat memahami dan meyakini sesuatu matlamat, maka mudahlah membina kesepakatan dan seterusnya mengekalkan sinergi dalam kumpulan. • Kualiti kerjasama ahli akan lebih terserlah dengan pemahaman yang jitu tentang matlamat yang perlu dicapai.

Related Documents


More Documents from "Elkiw Matano"